sesi jaringan rangkaian kerja rakan kongsi … seminar... · dalam bidang bioteknologi pertanian...

5
1 SESI JARINGAN RANGKAIAN KERJA RAKAN KONGSI BIONEXUS (BNP) DALAM BIDANG BIOTEKNOLOGI PERTANIAN DAN PERINDUSTRIAN SAINS KEPADA PERNIAGAAN: SUMBANGAN FRIM UCAPAN PEMBUKAAN DATO’ DR. ABD. LATIF MOHMOD KETUA PENGARAH FRIM SESI JARINGAN RANGKAIAN KERJA RAKAN KONGSI BIONEXUS (BNP) DALAM BIDANG BIOTEKNOLOGI PERTANIAN DAN PERINDUSTRIAN 26 July 2011 YB Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Puan Hajah Nancy Haji Shukri, Pengerusi Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Malaysia (MFRDB), Y. Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Zaharudin Idrus, Pengerusi Malaysian Biotech Coorporation Y. Bhg. Dato’ Dr. Mohd Nazlee Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysian Biotech Coorporation Wakil-wakil daripada NRE, Ahli-ahli Lembaga yang dihormati, Rakan-rakan dari pihak media, Y. Bhg. Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Pagi Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan Y. Bhg. Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan ke SESI JARINGAN RANGKAIAN KERJA RAKAN KONGSI BIONEXUS DALAM BIDANG BIOTEKNOLOGI PERTANIAN

Upload: hadien

Post on 27-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: SESI JARINGAN RANGKAIAN KERJA RAKAN KONGSI … Seminar... · DALAM BIDANG BIOTEKNOLOGI PERTANIAN DAN PERINDUSTRIAN 26 July 2011 ... teknik kejuruteraan genetik, di mana pendekatan

1

SESI JARINGAN RANGKAIAN KERJA RAKAN KONGSI BIONEXUS (BNP)

DALAM BIDANG BIOTEKNOLOGI PERTANIAN DAN PERINDUSTRIAN

SAINS KEPADA PERNIAGAAN: SUMBANGAN FRIM

UCAPAN PEMBUKAAN

DATO’ DR. ABD. LATIF MOHMOD

KETUA PENGARAH FRIM

SESI JARINGAN RANGKAIAN KERJA RAKAN KONGSI BIONEXUS (BNP)

DALAM BIDANG BIOTEKNOLOGI PERTANIAN DAN PERINDUSTRIAN

26 July 2011

YB Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili,

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,

YB Puan Hajah Nancy Haji Shukri,

Pengerusi Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Malaysia (MFRDB),

Y. Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Zaharudin Idrus, Pengerusi Malaysian Biotech

Coorporation

Y. Bhg. Dato’ Dr. Mohd Nazlee Kamal,

Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysian Biotech Coorporation

Wakil-wakil daripada NRE,

Ahli-ahli Lembaga yang dihormati,

Rakan-rakan dari pihak media,

Y. Bhg. Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Pagi

Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan Y. Bhg.

Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan ke SESI JARINGAN RANGKAIAN KERJA

RAKAN KONGSI BIONEXUS DALAM BIDANG BIOTEKNOLOGI PERTANIAN

Page 2: SESI JARINGAN RANGKAIAN KERJA RAKAN KONGSI … Seminar... · DALAM BIDANG BIOTEKNOLOGI PERTANIAN DAN PERINDUSTRIAN 26 July 2011 ... teknik kejuruteraan genetik, di mana pendekatan

2

DAN PERINDUSTRIAN ini. Tema sesi jaringan rangkaian hari ini adalah: “Sains

kepada Perniagaan : Sumbangan FRIM”.

Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Program Rakan kongsi BioNexus (BNP) ini adalah inisiatif dari Malaysian

Biotechnology Corporation Sdn Bhd (BiotechCorp) yang bertujuan menyokong

keperluan industri bioteknologi Malaysia untuk kemudahan, infrastruktur dan

keupayaan penyelidikan berteknologi tinggi dengan harapan syarikat-syarikat

BioNexus akan dapat menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang

ditawarkan ini.

FRIM yang telah dipilih sebagai salah satu Rakan Kongsi BioNexus pada

Disember 2008 berasa bangga menjadi institusi penyelidikan pertama yang

dianugerahkan status BNP. Fasa 1 penganugerahan status ini, melibatkan 2

makmal dari FRIM iaitu Makmal Kultur Tisu dan Makmal Genetik. Terbaru 4 lagi

makmal dari FRIM telah dianugerahkan status BNP iaitu Makmal Fitokimia,

Makmal Pembangunan Produk, Makmal Farmakognosi dan Makmal Teknologi

Herba. Kesemua makmal yang terlibat sememangnya dilengkapi dengan

kemudahan berteknologi tinggi untuk penyelidikan bioteknologi serta

mempunyai saintis-saintis berpengalaman dalam pelbagai bidang. FRIM juga

sangat berbangga kerana telah dipilih dan diiktiraf sebagai “BNP Centre of

Excellence for Natural Product Development”.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Malaysian

BiotechCorp atas penyaluran sumbangan dana menerusi perkongsian ini.

Sehingga kini, FRIM telah menerima lebih kurang RM setengah juta dan akan

menerima RM1.2 juta lagi. Selain daripada itu, BiotechCorp juga telah

memainkan peranan yang sangat penting dalam merapatkan jurang antara FRIM

dan “stakeholders” dengan merealisasikan sesi Jaringan Rangkaian Kerja Rakan

Kongsi BioNexus (BNP) dalam Bidang Bioteknologi Pertanian dan Perindustrian

ini.

Page 3: SESI JARINGAN RANGKAIAN KERJA RAKAN KONGSI … Seminar... · DALAM BIDANG BIOTEKNOLOGI PERTANIAN DAN PERINDUSTRIAN 26 July 2011 ... teknik kejuruteraan genetik, di mana pendekatan

3

Hadirin sekalian,

Seperti yang kita semua sedia maklum, semasa Polisi Bioteknologi Kebangsaan

dirangka pada tahun 2005, bioteknologi telah dikenalpasti sebagai jentera

pertumbuhan yang bakal meningkatkan pertumbuhan ekonomi Negara. Ini

menunjukkan bahawa industri bioteknologi mampu memperbaiki kualiti hidup,

melahirkan sumber kekayaan baru dan menjadi sumber ekonomi bukan sahaja

untuk populasi bandar tetapi juga luar bandar.

Dalam menyokong pelaksanaan Polisi Bioteknologi Kebangsaan ini, FRIM telah

berusaha sedaya-upaya dalam meningkatkan pembangunan modal insan

terutamanya melalui pemberian latihan dan pengetahuan dalam bidang

bioteknologi. Sehingga kini, FRIM mempunyai 21 orang kakitangan berkelulusan

PhD dalam bidang Bioteknologi Perhutanan dan Hasilan Semula Jadi, sementara

7 lagi pegawai sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah kedoktoran di

dalam serta luar negara. Kepakaran dan potensi saintis-saintis yang

berpengalaman membolehkan FRIM berupaya untuk memenuhi keperluan

industri dengan menjalankan penyelidikan berimpak tinggi.

Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

FRIM telah menjalankan penyelidikan herba sejak awal 1990-an lagi demi

membantu dan memperkasa industri herba tempatan. Pelbagai produk herba

telah dibangunkan termasuklah ekstrak piawai antioksidan, produk penjagaan

diri, aromaterapi serta produk pengawalan berat badan. FRIM juga memainkan

peranan dalam mengenalpasti tumbuhan herba yang mempunyai nilai perubatan

selain membantu usahawan muda untuk memulakan perniagaan berasaskan

herba dan penyebaran pengetahun serta output penyelidkan melalui penerbitan.

Keselamatan sesuatu produk semula jadi amat diutamakan oleh pengguna-

pengguna dinamik pada masa kini. Justeru itu, FRIM menawarkan perkhidmatan

untuk menentusahkan kualiti, keselamatan dan keberkesanan sesuatu produk

untuk pasaran tempatan juga luar negara.

Page 4: SESI JARINGAN RANGKAIAN KERJA RAKAN KONGSI … Seminar... · DALAM BIDANG BIOTEKNOLOGI PERTANIAN DAN PERINDUSTRIAN 26 July 2011 ... teknik kejuruteraan genetik, di mana pendekatan

4

Di samping itu, FRIM telah membangunkan protokol tisu kultur untuk pelbagai

spesies tumbuhan hiasan dan pokok hutan yang dikongsi dengan pihak industri.

Pihak FRIM juga menjalankan kajian kultur akar rerambut tongkat ali melalui

teknik kejuruteraan genetik, di mana pendekatan ini membolehkan penghasilan

kompaun bioaktif jauh lebih cepat berbanding cara konvensyen.

Dalam usaha ke arah pengurusan hutan secara mampan, kajian genetik adalah

penting demi pemuliharaan sumber genetik hutan. Informasi genetik untuk

pokok hutan tropika yang telah dijana boleh dijadikan panduan oleh pengurus

hutan untuk melaksanakan program pengurusan dan pemuliharaan hutan secara

berkesan. Selain daripada itu, FRIM juga memberi sokongan kepada pengusaha

ladang hutan melalui penjanaan penanda molekul untuk perlindungan hak

varieti tumbuhan serta penghasilan bahan tanaman elit, diantaranya pokok jati

transgenik yang mempunyai kerintangan terhadap serangga perosak.

Hadirin yang dihormati sekalian

Beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran bioteknologi di Malaysia telah

meningkat secara mendadak berikutan kekayaan biodiversiti Negara,

penglibatan aktif agensi kerajaan dan swasta, peningkatan pelaburan serta

teknologi. Berdasarkan laporan penyelidikan dalam sektor bioteknologi

Malaysia, pasaran bioteknologi Malaysia telah mencecah RM663 juta pada tahun

2010 dan dijangka akan terus meningkat serta mencecah RM885 juta pada tahun

2012. Sektor bioteknologi dianggarkan menyumbang 2.2% daripada jumlah

produk domestik (GDP) dan kerajaan mensasarkan sumbangan ini akan

meningkat kepada 5% menjelang akhir 2020.

Justeru itu, diharap semua pihak berkepentingan dan pelanggan akan

bekerjasama dalam merealisasikan impian kerajaan ini. Kepada mana-mana

syarikat yang belum menjadi rakan kongsi BioNexus, saya sarankan untuk

mengambil peluang keemasan ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai

program ini. Juga, jangan lepaskan peluang untuk berbincang dan berkongsi

maklumat penyelidikan dengan saintis-saintis FRIM dari makmal-makmal BNP

FRIM melalui sesi jaringan ini.

Page 5: SESI JARINGAN RANGKAIAN KERJA RAKAN KONGSI … Seminar... · DALAM BIDANG BIOTEKNOLOGI PERTANIAN DAN PERINDUSTRIAN 26 July 2011 ... teknik kejuruteraan genetik, di mana pendekatan

5

Semoga perkhidmatan yang ditawarkan FRIM akan memenuhi kehendak semua

serta menyumbang kepada peningkatan jalinan kerjasama strategik diantara

semua pihak. Saya berdoa agar segala yang dirancang akan tercapai dan sesi

jaringan ini dapat dijalankan dalam suasana yang harmoni serta membuahkan

hasil yang berguna.

Sekian, terima kasih.