sertai lensa milenial 9 pelbagai kaum indonesia - sim.edu.sg · telefon pintar akan menjadi...

1
HIDUP harmoni penduduk tiga kaum yang pelbagai dian- cam apabila seorang dalang asing tiba yang menghasut pen- duduk dan menyebabkan ketegangan di pulau itu. Kisah bagaimana penduduk mengatasi cabaran tersebut merupakan bahan cerita pementasan muzikal anjuran per- satuan pelajar Indonesia Institut Pengurusan Singapura (SIM). Persatuan yang lebih dikenali dengan nama InSIM itu mempunyai sekitar 1,000 anggota. Menurut pemimpin InSIM Cik Livia Giovani, pementasan Ekata – Hope for a New Beginning dipersembahkan oleh pe- lajar dan ditujukan untuk pelajar. Selain menampilkan barisan pelakon yang terdiri daripa- da para pelajar, kumpulan itu juga berganding bahu meng- hasilkan skrip dan menggubah muzik bagi pementasan itu. Cik Giovani, 20 tahun, yang berasal dari Bandung, Indo- nesia, berkata pementasan itu antara lain mempunyai matla- mat mempamerkan keindahan kepelbagaian kaum di Indone- sia kepada pelajar di Singapura “Pelakon dalam muzikal ini misalnya akan mengenakan pakaian tradisional kaum Jawa, Sumatera dan Papua,” kata Cik Giovani, pelajar tahun kedua SIM. Bagi membiayai pementasan yang menelan belanja seki- tar $30,000 itu, Cik Giovani berkata persatuannya mengada- kan usaha mengumpul dana dengan menjual baju-baju dan kemeja-T. Beliau menambah bahawa seramai 36 pelajar yang mempersembahkan pementasan itu berlatih secara intensif sejak November lalu. Salah seorang pelajar yang terlibat dalam pementasan itu ialah Claudia Tann Priscilla. Penuntut SIM berusia 17 tahun itu melakonkan watak Eu- lis, anak kepada ketua salah satu kaum dalam muzikal itu. “Watak Eulis amat berbeza daripada watak diri saya. “Eulis mudah mengalah, amat lembut tetapi perwatakan saya pula lebih tegas,” kata Cik Claudia yang bukan sahaja akan berlakon bahkan menari dan menyanyi dalam pemen- tasan itu. Mengulas tentang kisah muzikal itu, beliau berkata selain hubungan antara penduduk berbilang kaum, pementasan itu juga mengupas isu pergelutan kuasa dan pengkhianatan. “Terdapat juga kisah cinta, asmara dan harapan dalam muzikal ini,” ujar Cik Claudia yang berasal dari Jakarta. Acara yang dipersembahkan dalam bahasa Inggeris itu di- jadualkan berlangsung pada 19 dan 20 Januari di SIM Per- forming Arts Theatre. Tiket bagi muzikal Ekata – Hope for a New Beginning berharga $20 dan $22. Hubungi Veren di talian 8130 2047. Muzikal pelajar SIM papar budaya pelbagai kaum Indonesia PEMENTASAN MUZIKAL: Pelajar Indonesia yang menuntut di Institut Pengurusan Singapura (SIM) berganding bahu untuk mempersembahkan muzikal yang memaparkan kisah kehidupan penduduk tiga kaum di sebuah pulau. – Foto InSIM

Upload: nguyennga

Post on 10-May-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PEMBACA berpeluang memenangi hadiah menarik kesemuanya berjumlah $30,000 dalam acara pemilihan peranti teknologi anju-

ran akhbar The Straits Times.

Sebagai contoh, pemenang hadiah pertama akan membawa pulang pakej Singtel 1Gbps Fi-

bre Home Bundle, sepasang pakej Samsung Connect Home dan rumah bijak bernilai $3,079

Pemenang hadiah kedua akan memenangi pakej Singtel 2Gbps Fibre Home Bundle dan sepasang router Wi-Fi bernilai $1,731.

Dalam pada itu sebuah kamera tanpa cer-min Sony a6300 dengan kit lensa bernilai

$1,699 pula menanti pemenang hadiah ke tiga.

Anugerah Teknologi The Straits Times atau

The Straits Times Tech Awards meraikan per-anti digital dan permainan terbaik yang dikelu-arkan pada tahun lalu.

Seperti dalam tahun sebelumnya The Straits Times akan memilih pemenang bagi anugerah Pilihan Editor.

Pembaca pula berpeluang menentukan produk tek pilihan mereka bagi anugerah Pili-

han Pembaca.

Terdapat 18 kategori produk yang dipertandingkan merangkumi pelbagai peranti dan sofwe teknologi daripada permainan kom-puter hingga kepada kamera digital.

Ini termasuk telefon bijak terbaik, kompu-ter riba terbaik, dan kamera terbaik.

Sebagai contoh, dalam kategori telefon bi-jak lima telefon bijak berjaya menyertai sena-rai pendek itu. Telefon tersebut ialah Apple iP-hone X, Goggle Pixel 2 XL, Huawei Mate 10 Pro, LG V30+ dan Samsung Galaxy Note8.

Dalam kategori kamera padat pula pem-baca diminta memilih daripada Canon Power-Shot G1 X Mark III, Canon PowerShot G9X Mark II, Casio TR mini, Fujifilm X100F dan So-ny Cyber-shot DSC-RX10 IV.

Asus ZenBook 13 UX331, Dell XPS 13 (2017), HP Spectre 13 (2017), LG gram 14 dan Razer Blade Stealth pula disenaraikan dalam kategori komputer riba jenis ultra.

Pembaca boleh membuat pemilihan mas-ing-masing sekarang. Pemilihan ditutup pada 31 Januari dan pemenang akan diumumkan pada Mac ini.

Untuk membuat pilihan, kunjungi bahagian S T T e c h W a r d s 2 0 1 8 d i str.sg/techawards2018.

HIDUP harmoni penduduk tiga kaum yang pelbagai dian-cam apabila seorang dalang asing tiba yang menghasut pen-duduk dan menyebabkan ketegangan di pulau itu.

Kisah bagaimana penduduk mengatasi cabaran tersebut merupakan bahan cerita pementasan muzikal anjuran per-satuan pelajar Indonesia Institut Pengurusan Singapura (SIM).

Persatuan yang lebih dikenali dengan nama InSIM itu mempunyai sekitar 1,000 anggota.

Menurut pemimpin InSIM Cik Livia Giovani, pementasan Ekata – Hope for a New Beginning dipersembahkan oleh pe-lajar dan ditujukan untuk pelajar.

Selain menampilkan barisan pelakon yang terdiri daripa-da para pelajar, kumpulan itu juga berganding bahu meng-hasilkan skrip dan menggubah muzik bagi pementasan itu.

Cik Giovani, 20 tahun, yang berasal dari Bandung, Indo-

nesia, berkata pementasan itu antara lain mempunyai matla-mat mempamerkan keindahan kepelbagaian kaum di Indone-sia kepada pelajar di Singapura

“Pelakon dalam muzikal ini misalnya akan mengenakan pakaian tradisional kaum Jawa, Sumatera dan Papua,” kata Cik Giovani, pelajar tahun kedua SIM.

Bagi membiayai pementasan yang menelan belanja seki-tar $30,000 itu, Cik Giovani berkata persatuannya mengada-kan usaha mengumpul dana dengan menjual baju-baju dan kemeja-T.

Beliau menambah bahawa seramai 36 pelajar yang mempersembahkan pementasan itu berlatih secara intensif sejak November lalu.

Salah seorang pelajar yang terlibat dalam pementasan itu ialah Claudia Tann Priscilla.

Penuntut SIM berusia 17 tahun itu melakonkan watak Eu-

lis, anak kepada ketua salah satu kaum dalam muzikal itu.

“Watak Eulis amat berbeza daripada watak diri saya.

“Eulis mudah mengalah, amat lembut tetapi perwatakan saya pula lebih tegas,” kata Cik Claudia yang bukan sahaja akan berlakon bahkan menari dan menyanyi dalam pemen-tasan itu.

Mengulas tentang kisah muzikal itu, beliau berkata selain hubungan antara penduduk berbilang kaum, pementasan itu juga mengupas isu pergelutan kuasa dan pengkhianatan.

“Terdapat juga kisah cinta, asmara dan harapan dalam muzikal ini,” ujar Cik Claudia yang berasal dari Jakarta.

Acara yang dipersembahkan dalam bahasa Inggeris itu di-jadualkan berlangsung pada 19 dan 20 Januari di SIM Per-forming Arts Theatre.

Tiket bagi muzikal Ekata – Hope for a New Beginning berharga $20 dan $22. Hubungi Veren di talian 8130 2047.

PENGGUNAAN kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) semakin me-luas dan pengeluar telefon bijak dijangka memanfaat AI untuk memberi nilai tam-bahan kepada pengguna.

Firma penyelidikan teknologi Gartner mengenal pasti beberapa penggunaan AI dalam telefon bijak akan datang.

Diri digitalTelefon pintar akan menjadi lanjutan

pengguna, mampu mengenali dan mera-malkan langkah pengguna. AI berupaya memahami siapa anda, apa yang anda mahu, bila anda mahu, bagaimana anda mahu melakukannya dan melaksanakan keinginan tersebut.

“Telefon pintar anda akan menjejaki anda sepanjang hari dan ia berupaya bela-jar, merancang dan menyelesaikan masalah untuk anda,” kata Cik Angie Wang, penganalisis penyelidikan utama Gartner.

“Ia akan memanfaatkan sensor, kam-era dan data untuk menyelesaikan tugas ini secara automatik. Sebagai contoh, di ru-mah yang disambungkan, ia boleh meme-san bot vakum membersihkan apabila ru-mah itu kosong, atau menghidupkan peri-uk nasi 20 minit sebelum anda pulang ke rumah,” kata Cik Wang

Pengesahan PenggunaKata laluan berasaskan kata laluan, te-

lah menjadi terlalu rumit dan kurang berkesan, mengakibatkan tahap keselama-tan lemah, pengalaman pengguna yang lemah, dan kos pemilikan yang tinggi.

Teknologi keselamatan digabungkan dengan pembelajaran mesin, biometrik dan tingkah laku pengguna akan men-ingkatkan keupayaan dan keupayaan lay-an diri.

Sebagai contoh, telefon pintar boleh menangkap dan mempelajari tingkah laku pengguna semasa menggunakan telefon.

Kesan EmosiSistem pengesanan emosi dan peng-

gunaan komputer berkesan membolehkan telefon pintar mengesan, menganalisis, memproses dan bertindak balas terhadap keadaan emosi dan mood seseorang.

Pengeluar kereta, contohnya, boleh menggunakan kamera depan telefon pin-tar untuk memahami keadaan fizikal pe-mandu atau mengukur tahap keletihan demi meningkatkan keselamatan.

Realiti Tambahan (AR) dan Visi AIDengan pelancaran iOS 11, Apple me-

masukkan ciri ARKit yang menyediakan alat baharu kepada pemaju untuk menam-bahkan AR ke aplikasi lebih mudah.

Begitu juga, Google mengumumkan alat pemaju AR ARore untuk Android dan merancang akan membolehkan AR dalam kira-kira 100 juta peranti Android menje-lang akhir tahun depan.

Google mengharapkan hampir setiap telefon Android baru akan memunyai ke-lengkapan AR pada tahun depan.

Salah satu contoh bagaimana AR boleh digunakan adalah dalam aplikasi yang membantu mengumpul data pengguna dan mengesan penyakit seperti barah kulit atau barah pankreas.

Profil PeribadiTelefon pintar dapat mengumpul data

untuk profil tingkah laku dan peribadi. Pengguna boleh menerima perlindungan dan bantuan secara dinamik, bergantung pada kegiatan yang sedang dijalankan dan persekitaran mereka .

Penyedia perkhidmatan seperti syarikat insurans kini boleh memberi tum-puan kepada pengguna, dan bukannya aset. Sebagai contoh, mereka akan dapat menyesuaikan kadar insurans kereta ber-

dasarkan tingkah laku memandu.

Penapisan Kandungan / Pengesanan

Kandungan terkawal boleh dikesan se-cara automatik. Imej, video atau teks yang tidak boleh disentuh boleh ditandakan dan sekali gus menggerakkan pelbagai wadah pemberitahuan.

Sebagai contoh, mengambil foto dalam kemudahan keselamatan yang tinggi atau menyimpan data sulit menggunakan tele-fon bijak yang dibiayai syarikat akan men-geluarkan notis secara automatik kepada jabatan IT.

Analisis Audio

Mikrofon telefon pintar dapat terus mendengar bunyi dunia sebenar. Keu-payaan AI pada peranti dapat memberi-tahu bunyi tersebut, dan memberi arahan kepada pengguna atau memulakan lang-kah baru.

Sebagai contoh, telefon pintar yang mendengar pengguna berdengkur mence-tuskan gelang lengan pengguna untuk menggalakkan perubahan dalam kedudu-kan tidur.

Anda mempunyai kegiatan atau pementasan seni/budaya yang dianjurkan untuk pelajar institut pengajian tinggi atau

maktab rendah?Anda mempunyai saranan atau idea tentang laporan yang wajar disiarkan dalam

ruangan ini?Kongsi berita dan idea anda.Jika berita yang anda kongsi

atau idea yang anda sarankan digunakan dalam ruangan ini,

anda akan menerima cenderahati istimewa Berita

Harian sebagai tanda penghargaan kami.

Kirimkan maklumat atau idea kepada [email protected] atau hubungi 9430 8505.

Kecerdasan buatan bantutelefon bijak jadi lebih bijak

Menangi hadiah menarik dalam acara anugerah

teknologi The Straits Times

Muzikal pelajar SIM papar budaya pelbagai kaum Indonesia

LEBIH BIJAK: Kecerdasan buatan semakin menyerlah dan akan menjadi ciri utama dalam telefon bijak akan datang. – Foto REUTERS

Sertai Lensa Milenial

Berita Harian mengundang be-lia yang mahu berjinak-jinak dengan bidang media menyer-tai program Lensa Milenial. Ka-mi alu-alukan sumbangan lapo-ran berita daripada belia. Lapo-ran perlu ada unsur berita dan ada kaitan dengan masyarakat Melayu/Islam tidak kira dari dalam atau luar negara. Lapo-ran yang dikirimkan juga tidak harus melebihi 300 perkataan. Untuk maklumat lanjut hubun-gi Berita Harian di talian 9430 8 5 0 5 a t a u e - m e l : [email protected].

Kongsi beritadan dapatkan

cenderahati istimewa

HADIAH MENARIK: Pembaca antara lain berpeluang memenangi (dari atas ikut putaran jam) kamera Sony a6300, telefon bimbit Samsung Galaxy S8 dan monitor Dell 27 Ultrathin S2718D dengan membuat pilihan peranti, sofwe terbaik dalam Anugerah Teknologi The Straits Times. – Foto fail

PEMENTASAN MUZIKAL: Pelajar Indonesia yang menuntut di Institut Pengurusan Singapura (SIM) berganding bahu untuk mempersembahkan muzikal yang memaparkan kisah kehidupan penduduk tiga kaum di sebuah pulau. – Foto InSIM

Berita Harian | Isnin, 8 Januari 2018 9