siswa kembara masa hidupkan teater 1950-an - sim.edu.sg · kata pelakon utama, cik nuruljannah...

1
EHARYANI ISMAIL [email protected] BAGAIKAN mempelawa rakan sebaya menaiki mesin kembara masa, dua maha- siswa SIM Global Education bersemangat menghidupkan era nostalgia 1950-an dalam pementasan teater Cinta Mawar. Encik Shaik Zabir Abdul Jabbar, 24 tahun, yang mengikuti kursus ijazah pernia- gaan dan pengurusan di Universiti London- SIM Global Education, gembira kebanyakan temannya serasi dengan pementasan berla- tarbelakangkan zaman 1950-an. Mahasiswa psikologi di Universiti Buffa- lo-SIM Global Education, Cik Siti Rauzaanah Abdul Hamid, 22 tahun, pula te- ruja membayangkan cabaran tugas perem- puan joget di kelab malam, bahasa ‘orang lama’ dan pakaian pada waktu itu. Hasilnya, mereka berdua, yang bertindak sebagai pengarah projek dan penolong pe- ngarah projek tahunan Persatuan Budaya dan Muslim Institut Pengurusan Singapura (SIM), Introspeksi, berpuas hati dapat me- nyatukan siswa pelbagai kursus bagi teater tentang pemerkasaan wanita itu. Cinta Mawar hasil ilham kededuanya yang kemudian disuntik daya kreatif peng- giat teater mapan, Keatar H.M., selaku pem- bimbing. Ia mengisahkan seorang wanita berwiba- wa, Maria, yang cuba menegakkan hak pen- duduk Kampung Mawar yang diancam ba- haya sikap pentingkan diri sendiri Tauke Wong yang tamak haloba. Ada juga kisah sampingan Hawa, gadis yang dipaksa menjadi penyanyi kelab malam oleh ayahnya. Ketika ditemui Gah! baru-baru ini, Encik Shaik Zabir, berkata: “Tidak terlintas di fikiran kami ingin me- niru drama televisyen popular Bunga Tan- jong walaupun era dan juga suasana kelab malam itu menjadi antara teras pementasan ini. “Kebetulan kami memikirkan satu kelai- nan buat Instrospeksi yang banyak menyelongkar isu masa kini dalam beberapa naskhah sebelumnya. “Jadi, mengapa tidak tahun ’50-an menja- di tumpuan kali ini? Itu juga era pilihan ra- mai teman kami apabila ditinjau secara ram- bang. Mereka harap era silam ini akan men- cabar pelakon agar menebarkan imaginasi.” Cik Siti Rauzaanah pula akur banyak ka- jian perlu dilakukan tentang era tersebut dari segi bahasa dan pakaian masyarakat- nya. “Kalau ada yang merasakan wanita dahu- lu lemah daripada sekarang, kami ingin buk- tikan ia satu tanggapan yang salah. “Dari dulu lagi, kita ada wanita berani seperti watak Maria dalam teater Cinta Mawar ini. Dia mampu berdiri teguh demi kebajikan penduduk Kampung Mawar yang diancam sikap tamak haloba Tauke Wong,” dedahnya lagi. Pesanan bahawa wira dalam sesebuah naskhah kreatif tidak semestinya lelaki juga ditekankan. Kata pelakon utama, Cik Nuruljannah Abdul Razak, 22 tahun, mahasiswa Sosiolo- gi daripada Universiti Buffalo-SIM Global Education: “Ini adalah pertama kali saya terlibat dalam pementasan teater Melayu. Saya membawa watak Maria, seorang wanita baik hati, pemurah dan penyabar. Dia pulang ke kampung halaman selepas perkahwinan de- ngan orang asing di London tidak bertahan. “Niat baiknya menjaga kebajikan pen- duduk kampung terancam dengan kehadiran Tauke Wong yang mengambil alih tanah ba- gi membangun pusat hiburan. “Watak ini mencabar kerana saya perlu tampilkan tonasi suara wanita berkarisma. Keseimbangan perlu agar dalam dia berbi- cara, dia tidak kelihatan seperti menga- da-ngada.” Cik Nur Izzah Sutari, 26 tahun, maha- siswa pengurusan perniagaan daripada Uni- versiti RMIT-SIM Global Education pula da- pat merealisasikan impian menyanyi dalam pementasan ini. “Watak Hawa ini sesuai dengan saya sebab saya lemah lembut dan suka menya- nyi. Kasihannya, dia dipaksa menjadi penya- nyi kelab malam oleh ayahnya yang pema- buk dan kaki judi. “Penyesuaian yang perlu dibuat ialah dari segi lenggok bahasa Hawa,” kongsinya. Selaku Tauke Wong, lulusan pengkom- puteran kreatif daripada Universiti Lon- don-SIM Global Education, Encik Muham- mad Nur Hakim Azman, 27 tahun, pula per- lu keluar daripada zon selesa dan mewujud- kan watak lelaki licik yang memporakperan- dakan kampung. “Banyak yang perlu saya fikirkan dari se- gi cara dia berjalan, berbual dan berinteraksi dengan watak lain. Saya perlu bawa diri saya menjadi orang yang jauh beza daripada personaliti saya sebenar,” katanya. Selaku pembimbing, Keatar mengambil kira minat pelajar berlakon, menari dan ber- main muzik sebelum memutuskan kisah yang berlegar di sekitar suasana kelab malam. Cinta Mawar mencabar kewibawaan mereka kerana saya menyelongkar kisah se- buah kampung yang didatangi seorang penia- ga, Tauke Wong, yang ingin membina pusat hiburan di Kampong Mawar. “Siswa yang terlibat perlu berusaha me- ngenali era 1950-an demi menjiwai pemen- tasan itu. Alhamdulillah, mereka terima anja- kan kelainan ini kerana mereka melihat ‘warna’ era itu dan belajar bermacam perka- ra yang dilalui datuk moyang mereka. Cinta Mawar sekali gus mengajar mereka erti arus kemodenan dan kemudahan zaman ini,” tambahnya. Rai lima tahun majukan Siswa kembara masa hidupkan teater 1950-an TEBAR IMAGINASI: (Dari kiri) Cik Nur Izzah Sutari, Cik Nuruljannah Abdul Razak, Encik Muhammad Nur Hakim Azman, Encik Shaik Zabir Abdul Jabbar dan Cik Siti Rauzaanah Abdul Hamid cuba mengimbau nostalgia era datuk moyang mereka pada tahun 1950-an bagi menghidupkan pementasan‘Cinta Mawar’. – Foto BH OLEH KHALID BABA CINTA MAWAR Dipentaskan: Persatuan Budaya dan Muslim Institut Pengurusan Singapura (SIM) Bila: 10 November (8 malam), 11 November (2 petang dan 8 malam) Di mana: Teater Seni Pementasan SIM, Ibu Pejabat SIM, 461 Clementi Road Hasil bimbingan: Keatar H.M. Sinopsis: Maria memperjuangkan nasib orang kampung walaupun berasal daripada keluarga kaya. Berbekalkan pendidikan luar negara, Maria membantu anak desa mempertingkat diri mereka. Tamparan hebat datang apabila Tauke Wong ingin membeli tanah orang kampung bagi membina pusat hiburan. Beliau menjanjikan tempat tinggal dan wang pampasan buat mereka. Maria cuba menyekat orang kampung daripada mendengar pujuk rayu Tauke Wong yang berniat jahat. Leman, seorang pemabuk dan kaki judi, terpengaruh dengan ajakan Tauke Wong dan memaksa anaknya, Hawa, agar bekerja sebagai penyanyi Kelab Malam Cinta Mawar. Nasib Hawa yang bekerja di rumah kebajikan kendalian Maria bagai jatuh ditimpa tangga dengan dirinya menjadi mangsa nafsu buas lelaki pengunjung kelab malam itu. Dapatkah Maria dan Hawa menyelamatkan nasib Kampung Mawar? Tiket: $20 (pementasan 8 malam) dan $15 (2 petang) Tempahan tiket: Hubungi 9121-1334 atau kirim pesanan ke akaun Instagram @simcmsintrospeksi TEATER PELAJAR 10 Berita Harian | Khamis, 2 November 2017 Gah!

Upload: nguyendat

Post on 30-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Siswa kembara masa hidupkan teater 1950-an - sim.edu.sg · Kata pelakon utama, Cik Nuruljannah Abdul Razak, 22 tahun, mahasiswa Sosiolo- gi daripada Universiti Buffalo-SIM Global

DENGAN ramai pengamat muz-ik kini lebih selesa menonton klip video menerusi telefon bijak atau tablet, dua pencinta muzik yang hanya ingin dikenali sebagai Dani dan Bobby, mengenalkan saluran YouTube, Siaran 69, lima tahun la-lu.

Saluran ini menjadi wadah bagi band tempatan mengenalkan single mereka menerusi sesi jamming atau klip video muzik menyeronokkan.

Wadah televisyen alternatif itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pencinta muzik tempatan yang jemu akan muzik komersial daripada luar negara.

Band Singapura seperti Diora-ma, Sazu dan Lapan Band pula meli-hat Siaran 69 sebagai ruang mendedahkan kebolehan mereka.

Menjelang ulang tahun kelima Siaran 69 tahun ini, satu majlis dirancang di ruang gig Sled Produc-tions X Decline di 37 Lorong 23 Geylang, Ahad ini. Ruang tersebut biasanya menjadi perhimpunan pen-cinta muzik punk.

Namun, ia kelak akan menjadi le-lapang meluah kreativiti buat lima bakat tempatan – Kraton, Sazu, Lapan Band, Diorama dan pe-nyanyi muda, Nadyaa.

Acara itu berlangsung dari 4 pet-ang hingga 9 malam.

Dalam pertemuan di pejabat Ber-ita Harian Dani, 36 tahun, berkata:

“Kami bermula sebagai wadah alternatif bagi band tempatan mendekati pengikut mereka.

“Menerusi laman YouTube di mana band ini akan membuat per-sembahan akustik atau secara lang-sung single baru mereka, pengamat muzik setempat dapat menikmati kandungan muzik Singapura tanpa meninggalkan keselesaan rumah mereka.

“Perlahan-lahan, kami kemudi-an membuat liputan acara hiburan radio tempatan seperti Singa Maksi-ma, konsert Kembara Ekspress Rakyat dan Wings and Temasek Su-perfriends. Tujuan utama kami ad-

alah mengetengahkan muzik tempa-tan.”

Bobby, 40 tahun, pula gembira dapat menggunakan ruang gig Sled Productions X Decline sebagai cara memperbetul salah anggap masyarakat mengenai perhim-punan pemuzik punk. Ruang terse-but boleh menampung sehingga 150 orang.

Menurut Dani, nombor 69 (dalam Siaran 69) itu dipilih se-bagai lambang sikap kru mereka yang terjun botol buat apa sahaja dengan misi ‘janji buat dan janji siap’.

Di majlis itu kelak, single perta-ma Nadyaa, Rindu Bertaut, akan berkumandang dan dilancarkan.

“Ini kali pertama saya tampil se-bagai bakat S ingapura . Mudah-mudahan, lagu ini diterima baik,” ujar gadis berusia 20 tahun itu, yang memenangi satu peraduan menyanyi di acara anjuran Farah Di-ana Catering & Wedding Services, Mei lalu.

Gitaris dan vokalis Diorama, Er-

za Eskandar Abu Bakar, pula berka-ta: “Siaran 69 banyak membantu kami mengetengahkan lagu-lagu ka-mi kepada generasi muda yang leb-ih selesa menonton persembahan di YouTube menerusi telefon bimbit atau tablet mereka.

“Zaman sudah berubah. Sebilan-gannya berat nak berkunjung ke gig.”

Mengenai cara menarik ramai mencintai muzik Singapura, Emyl Shah daripada kumpulan Lapan Band pula menambah:

“Kami titikberatkan trend lagu. Kita perlu mengambil kira selera pendengar. Kalau mereka sukakan lagu band Indonesia, irama muzik kami disesuaikan dengan genre band sebegitu dengan sentuhan kes-ingapuraan. Kami juga bekerjasama dengan penyanyi tempatan, Zaibak-tian, bagi lagu Lebih Memilihnya.”

Asyraf Onailom daripada Sazu pula menambah pihaknya juga menyerantau, malah ke Bandung untuk memperkenal muzik Si-ngapura. – HARYANI ISMAIL

TIADA salah berkongsi pengala-man jerih payah membangun mu-zik tempatan Singapura dalam sua-sana yang lebih menjunjung muzik sajian Malaysia dan Indonesia.

Apabila Jufri Salim dan isteri-nya, Surayah Akbar, daripada kumpulan Kraton digandingkan dengan bakat muda Amy Hakimi bagi Episod 9, Gah(kustik) Edisi Singapura, ia merupakan satu cara menyuntik semangat bakat baru itu.

Gah(kustik) Edisi Singapura bersiaran di laman Facebook, Beri-ta Harian Singapura sejak awal September lalu.

Ia satu usaha wadah digital akh-bar ini memajukan muzik Singapu-ra menerusi paparan lagu ciptaan dan sajian anak watan di sini.

Kraton juara peraduan Ria Band Remix 2007 dan berpengala-

man membawa lagu-lagu mereka ke pesta muzik di Indonesia.

Semalam, lagu baru berunsur mistik, Dalam Gelap, ciptaan dan hasil tulisan lirik Jufri dimuatnaik dalam bahagian pertama, Episod 9.

Lagu Amy, Aku Redha, yang dicipta Olly Maguire dan hasil tu-lisan lirik Budi pula akan dimuat-naik petang ini.

Fanaq, yang merupakan lagu pertama Kraton dan berjaya men-duduki carta muzik Top 20 Chartz di radio Ria 89.7FM, pula dijadi-kan lagu duet Kraton dan Amy. Ia akan diketengahkan di laman Face-book, esok.

Kata Jufri: “Pengalaman berada dalam persada muzik tempatan dan membuat persembahan di pes-ta muzik di luar Singapura dijadi-kan bekalan berharga.

“Kami gembira dapat bekerjasa-ma dengan bakat muda seperti

Amy dalam lagu Fanaq yang mu-la-mula menaikkan nama kami dalam persada muzik Singapura.”

Amy pula gementar tetapi terha-ru dapat bergandingan dengan band legenda Kraton yang dikenali kerana penampilan dramatik di pentas dengan pengaruh Jawa yang dikongsi dalam irama.

“Kerjasama sulung ini memberi saya semangat agar terus mencuba tanpa lelah dalam bidang nya-nyian.

“Kemunculan saya dengan lagu Aku Redha pula adalah satu cara mengasah semangat dengan tawakal dan reda.

“Tambahan pula, sewaktu menghasilkan lagu ini, saya berada di tahap paling rendah dalam ke-hidupan saya dan mendambakan pacuan semangat agar lebih kuat dan berani dalam setiap projek se-ni yang dikendalikan,” jelas Amy.

EHARYANI [email protected]

BAGAIKAN mempelawa rakan sebaya menaiki mesin kembara masa, dua maha-siswa SIM Global Education bersemangat menghidupkan era nostalgia 1950-an dalam pementasan teater Cinta Mawar.

Encik Shaik Zabir Abdul Jabbar, 24 tahun, yang mengikuti kursus ijazah pernia-gaan dan pengurusan di Universiti London- SIM Global Education, gembira kebanyakan temannya serasi dengan pementasan berla-tarbelakangkan zaman 1950-an.

Mahasiswa psikologi di Universiti Buffa-lo-SIM Global Education, Cik Siti Rauzaanah Abdul Hamid, 22 tahun, pula te-ruja membayangkan cabaran tugas perem-puan joget di kelab malam, bahasa ‘orang lama’ dan pakaian pada waktu itu.

Hasilnya, mereka berdua, yang bertindak sebagai pengarah projek dan penolong pe-ngarah projek tahunan Persatuan Budaya dan Muslim Institut Pengurusan Singapura (SIM), Introspeksi, berpuas hati dapat me-nyatukan siswa pelbagai kursus bagi teater tentang pemerkasaan wanita itu.

Cinta Mawar hasil ilham kededuanya yang kemudian disuntik daya kreatif peng-giat teater mapan, Keatar H.M., selaku pem-bimbing.

Ia mengisahkan seorang wanita berwiba-wa, Maria, yang cuba menegakkan hak pen-duduk Kampung Mawar yang diancam ba-haya sikap pentingkan diri sendiri Tauke Wong yang tamak haloba.

Ada juga kisah sampingan Hawa, gadis yang dipaksa menjadi penyanyi kelab malam oleh ayahnya.

Ketika ditemui Gah! baru-baru ini, Encik Shaik Zabir, berkata:

“Tidak terlintas di fikiran kami ingin me-niru drama televisyen popular Bunga Tan-jong walaupun era dan juga suasana kelab malam itu menjadi antara teras pementasan ini.

“Kebetulan kami memikirkan satu kelai-nan buat Instrospeksi yang banyak menyelongkar isu masa kini dalam beberapa naskhah sebelumnya.

“Jadi, mengapa tidak tahun ’50-an menja-di tumpuan kali ini? Itu juga era pilihan ra-mai teman kami apabila ditinjau secara ram-

bang. Mereka harap era silam ini akan men-cabar pelakon agar menebarkan imaginasi.”

Cik Siti Rauzaanah pula akur banyak ka-jian perlu dilakukan tentang era tersebut dari segi bahasa dan pakaian masyarakat-nya.

“Kalau ada yang merasakan wanita dahu-lu lemah daripada sekarang, kami ingin buk-tikan ia satu tanggapan yang salah.

“Dari dulu lagi, kita ada wanita berani seperti watak Maria dalam teater Cinta Mawar ini. Dia mampu berdiri teguh demi kebajikan penduduk Kampung Mawar yang diancam sikap tamak haloba Tauke Wong,” dedahnya lagi.

Pesanan bahawa wira dalam sesebuah naskhah kreatif tidak semestinya lelaki juga ditekankan.

Kata pelakon utama, Cik Nuruljannah Abdul Razak, 22 tahun, mahasiswa Sosiolo-gi daripada Universiti Buffalo-SIM Global Education:

“Ini adalah pertama kali saya terlibat dalam pementasan teater Melayu. Saya membawa watak Maria, seorang wanita baik hati, pemurah dan penyabar. Dia pulang ke

kampung halaman selepas perkahwinan de-ngan orang asing di London tidak bertahan.

“Niat baiknya menjaga kebajikan pen-duduk kampung terancam dengan kehadiran Tauke Wong yang mengambil alih tanah ba-gi membangun pusat hiburan.

“Watak ini mencabar kerana saya perlu tampilkan tonasi suara wanita berkarisma. Keseimbangan perlu agar dalam dia berbi-cara, dia tidak kelihatan seperti menga-da-ngada.”

Cik Nur Izzah Sutari, 26 tahun, maha-siswa pengurusan perniagaan daripada Uni-versiti RMIT-SIM Global Education pula da-pat merealisasikan impian menyanyi dalam pementasan ini.

“Watak Hawa ini sesuai dengan saya sebab saya lemah lembut dan suka menya-nyi. Kasihannya, dia dipaksa menjadi penya-nyi kelab malam oleh ayahnya yang pema-buk dan kaki judi.

“Penyesuaian yang perlu dibuat ialah dari segi lenggok bahasa Hawa,” kongsinya.

Selaku Tauke Wong, lulusan pengkom-puteran kreatif daripada Universiti Lon-don-SIM Global Education, Encik Muham-mad Nur Hakim Azman, 27 tahun, pula per-

lu keluar daripada zon selesa dan mewujud-kan watak lelaki licik yang memporakperan-dakan kampung.

“Banyak yang perlu saya fikirkan dari se-gi cara dia berjalan, berbual dan berinteraksi dengan watak lain. Saya perlu bawa diri saya menjadi orang yang jauh beza daripada personaliti saya sebenar,” katanya.

Selaku pembimbing, Keatar mengambil kira minat pelajar berlakon, menari dan ber-main muzik sebelum memutuskan kisah yang berlegar di sekitar suasana kelab malam.

“Cinta Mawar mencabar kewibawaan mereka kerana saya menyelongkar kisah se-buah kampung yang didatangi seorang penia-ga, Tauke Wong, yang ingin membina pusat hiburan di Kampong Mawar.

“Siswa yang terlibat perlu berusaha me-ngenali era 1950-an demi menjiwai pemen-tasan itu. Alhamdulillah, mereka terima anja-kan kelainan ini kerana mereka melihat ‘warna’ era itu dan belajar bermacam perka-ra yang dilalui datuk moyang mereka. Cinta Mawar sekali gus mengajar mereka erti arus kemodenan dan kemudahan zaman ini,” tambahnya.

Rai lima tahun majukan muzik Singapura di YouTube Kraton bakar semangat

bakat muda Amy

Siswa kembara masa hidupkan teater 1950-an

PADUAN SUARA BAND MAPAN DAN BAKAT BARU: Jufri Salim (kiri) dan Surayah Akbar daripada Kraton memberi semangat buat bakat muda, Amy Hakimi (tengah), ketika menyanyikan lagu popular Kraton, ‘Fanaq’, di segmen Gah(kustik) Edisi Singapura. – Foto BH OLEH PUTRI MARDHIYAH YAZID

KONGSI MISI KETENGAH MUZIK SINGAPURA: (Belakang dari kiri, ikut putaran jam) Joey dan Emyl Shah daripada Lapan Band, Asyraf Onailom daripada Sazu, bakat baru Nadyaa dan pengendali laman YouTube, ‘Siaran 69’, Dani, seiring sejalan ingin membangunkan persada muzik tempatan. – Foto BH oleh OLEH KHALID BABA

TEBAR IMAGINASI: (Dari kiri) Cik Nur Izzah Sutari, Cik Nuruljannah Abdul Razak, Encik Muhammad Nur Hakim Azman, Encik Shaik Zabir Abdul Jabbar dan Cik Siti Rauzaanah Abdul Hamid cuba mengimbau nostalgia era datuk moyang mereka pada tahun 1950-an bagi menghidupkan pementasan‘Cinta Mawar’. – Foto BH OLEH KHALID BABA

GAH(KUSTIK) EDISI SINGAPURA

CINTA MAWAR

Dipentaskan: Persatuan Budaya dan Muslim Institut Pengurusan Singapura (SIM)Bila: 10 November (8 malam),11 November (2 petang dan 8 malam)Di mana: Teater Seni Pementasan SIM, Ibu Pejabat SIM, 461 Clementi RoadHasil bimbingan: Keatar H.M.

Sinopsis: Maria memperjuangkan nasib orang kampung walaupun berasal daripada keluarga kaya. Berbekalkan pendidikan luar negara, Maria membantu anak desa mempertingkat diri mereka.Tamparan hebat datang apabila Tauke Wong ingin membeli tanah orang kampung bagi membina pusat hiburan. Beliau menjanjikan tempat tinggal dan wang pampasan buat mereka. Maria cuba menyekat orang kampung daripada mendengar pujuk rayu Tauke Wong yang berniat jahat.Leman, seorang pemabuk dan kaki judi, terpengaruh dengan ajakan Tauke Wong dan memaksa anaknya, Hawa, agar bekerja sebagai penyanyi Kelab Malam Cinta Mawar.Nasib Hawa yang bekerja di rumah kebajikan kendalian Maria bagai jatuh ditimpa tangga dengan dirinya menjadi mangsa nafsu buas lelaki pengunjung kelab malam itu.Dapatkah Maria dan Hawa menyelamatkan nasib Kampung Mawar?

Tiket: $20 (pementasan 8 malam) dan $15 (2 petang)

Tempahan tiket: Hubungi 9121-1334 atau kirim pesanan ke akaun Instagram @simcmsintrospeksi

TEATER PELAJAR

10 Berita Harian | Khamis, 2 November 2017

Gah!