berita harian 11 gah! - sim.edu.sg · ketika ditemui di berita harian baru-baru ini, encik muhamad...

1
EHARYANI ISMAIL [email protected] PETIKAN gitar ‘mat rok’ di ko- long blok merupakan irama muzik yang biasa didengari siswa Encik Mohamad Zahiruddin Amin. Timbul idea seorang teman agar Persatuan Budaya dan Muslim Insti- tut Pengurusan Singapura (SIM) menganjurkan pesta muzik yang menjejaki peredaran muzik Mel- ayu dari 1970-an hingga kini. Idea itu diterima dua lagi teman, Encik Muhamad Shakir Mohd Anuar dan Cik Fitri Amalia Salim yang sama-sama menerajui tugas se- bagai pengarah projek yang turut mencakupi jualan makanan dan mi- numan kecil-kecilan. Pesta menjejak sejarah muzik Melayu yang dinamakan Evolusi Muzika itu bakal berlangsung dalam dua sesi di Pusat Seni Aliwal pada 3 Februari ini. Sesi pertama 1 hingga 3 petang menampilkan bakat tempatan Haikal Ali, Iskandar Ismail, Fairuz Adam dan dua kumpulan pelajar Among 4 dan Azra & Sofi. Sesi kedua 4.30 hingga 6.30 pe- tang mengetengahkan penyanyi Aqmal N dan Hydir Idris serta bakat pelajar, Bazilah, Werewolf Weekdays dan Favourite Playlist. Ketika ditemui di Berita Harian baru-baru ini, Encik Muhamad Sha- kir, 24 tahun, siswa ekonomi dan politik SIM Global Education-Uni- versiti London (UOL), berkata: “Kami sedang mencari acara yang boleh dijadikan tukikan per- satuan. Jika acara teater Instrospek- si sudah menjadi jenama tahunan, mengapa tidak Evolusi Muzika? “Tambahan pula, acara sebegini akan mendorong anak muda lebih menghargai keindahan bahasa Me- layu dalam lagu. “Ia persis surat cinta kami buat muzik Melayu. Kami cuba papar- kan peredaran – daripada era muz- ik rok ‘jiwang’ kepada lagu runut bunyi filem, lagu ‘hit’ era MTV, ke- munculan idola tempatan seperti Sleeq dan Taufiq Batisah hingga ke- bangkitan muzik retro dan saduran kini”. Dalam memastikan mereka mengetahui perjuangan muzik Me- layu dari masa ke masa, penulis lir- ik Cikgu Yusnor Ef dijadikan sum- ber rujukan. Cik Diana Lorensa Marzuki, 21 tahun, siswi bidang kewangan Uni- versiti Sains Kemasyarakatan Si- ngapura (SUSS), pula menambah: “Dalam memasarkan Evolusi Muzika, kami perlu fikirkan cara unik menggunakan media sosial ba- gi menarik minat dan mencetus tan- da tanya ramai. “Kami juga ingin acara ini men- jadi pembangkit semangat usa- hawan muda membuka gerai.” Penyanyi bersuara emas, Haikal Ali, 25 tahun, pula menambah: “Saya teruja melihat semangat belia yang berkobar-kobar. “Tambahan pula, selain menya- nyi, kedai gunting milik saya dan te- man saya, Ampas Studios Barber Co., terlibat membawa khidmat ka- mi kepada awam.” E Tiket $7 bagi setiap sesi boleh ditempah menerusi talian 9121-1334. PELAKON asal Singapura Adi Putra, 37 tahun, menikahi semula bekas isteri pertamanya Zuhaidah Yusof, 43 tahun, dalam majlis di Kuala Lumpur kelmarin. Adi, atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, me- muatnaikkan berita itu menerusi Instagram, lapor akhbar Kosmo! dan mStar Online. Beliau menunjukkan gambar- nya dengan Zuhaidah, atau lebih dikenali sebagai Aida, dalam per- salinan sedondon warna putih. “Hubungan 12 tahun yang ber- sambung semula, alhamdulillah. Terima kasih buat semua yang ha- dir dalam majlis ini serta mendoa- kan saya dan isteri. Semoga Allah sentiasa permudah urusan kita ber- sama sebagai umat, amin,” tulis Adi. Mereka berkahwin kali perta- ma pada 14 April 2006 dan dikur- niai anak angkat Zara Adelia, kini berusia enam tahun. Kontroversi tercetus apabila Adi bernikah pula dengan Norsha- hida Dzolkifly, 34 tahun, pada 20 Jun 2016. Namun, menerusi Instagram pada 23 Mac tahun lalu, pelakon KL Gangster itu memberitahu be- liau tidak lagi mempunyai hubu- ngan dengan dua isterinya. Difahamkan Adi memfailkan perceraian dengan Aida di Mahka- mah Syariah Kuala Lumpur pada 3 Mac tahun lalu. Oktober lalu, Adi diberi Anu- gerah Darjah Indera Mahkota Pah- ang yang membawa gelaran Datuk, di Istana Abu Bakar. Selain berlakon, beliau usaha- wan umrah. ENUR DHUHA ESOOF [email protected] KATA orang, kehidupan bermula pada usia 40 tahun. Namun, bagi warga berusia 50 tahun ke atas, masih belum terlambat menjalani kehidupan ‘baru’ dengan tahap kesihatan dan kecergasan lebih tinggi dan meraih pelbagai kemahi- ran berguna. Di bawah program asas Sijil bagi Kesejahteraan Warga Emas anjuran Persatuan Rakyat (PA), warga emas berusia 50 tahun ke atas berpeluang menimba pengetahuan baru dalam pelbagai bidang seperti masakan dan kesihatan, belajar buat kraf tangan dan ketahui cara memperbaiki pera- bot rosak. Program itu kali pertama diperke- nal tiga tahun lalu bagi menggalak warga emas memburu aspirasi pem- belajaran sepanjang hayat dan men- jalani kehidupan aktif. Kali ini, program tersebut ditawar- kan dalam bahasa Melayu dan Ingg- eris, dengan jurulatih daripada masyarakat Melayu/Islam seperti Cef Siti Mastura Alwi dan pakar pema- kanan dan fisiologi senaman Dee Dee Mahmood. Kelas pertama dalam pusingan ka- li ini bermula bulan depan. Kursus itu mengambil masa empat bulan untuk diselesaikan. Di bawah program itu, peserta per- lu mengikuti 10 kelas. Setiap kelas berlangsung selama tiga jam sebelum diberikan sijil. Peserta perlu mengambil empat program teras yang antara lain meng- ajar tentang keselamatan ketika ber- senam dan pengenalan kepada pe- nuaan sihat. Mereka kemudian perlu memilih dua kursus daripada setiap kategori tubuh, minda dan jiwa. Ditemui baru-baru ini, Dee Dee, yang nama sebenarnya Abidah Mah- mood, berkata kelas bimbingannya akan menyelitkan bahagian teori dan amali. Bagi kelas Senaman Asas Pilates Kerusi di bawah kategori Tubuh, Dee Dee akan mengajar beberapa teknik pilates asas yang dapat mem- bantu memperbaiki postur dan me- ningkatkan kestabilan sendi dan perg- erakan. “Kelas pilates kerusi akan mem- bantu peserta membentuk kekuatan asas dan memberi fokus lebih baik. “Saya akan kongsi beberapa sena- man yang peserta boleh lakukan di rumah ketika mereka sedang menon- ton televisyen dan sebagainya,” kata Dee Dee. Beliau juga akan membimbing pe- serta dalam kelas asas imbangan, ke- tangkasan dan kefleksibelan; penge- tahuan asas dalam langkah berjaga-ja- ga dan keselamatan semasa berse- nam; serta pengurusan tekanan se- cara berkesan. Cef Mastura pula akan membim- bing peserta kelas Cef Rumah Emas – Resepi Rahsia dan mengongsi be- berapa resipi istimewa seperti ayam masak merah dan panduan me- ningkatkan kemahiran memasak. Penyampai popular Hafeez Gla- mour pula akan membimbing kelas Jadilah Bintang Emas Masa Depan, dengan membangunkan kemahiran peserta bercakap petah di khalayak ramai serta membina keyakinan. Pe- serta juga akan meraih kemahiran berkomunikasi secara lebih berke- san. Selain itu, peserta boleh belajar cara memperbaiki barang rosak dalam kelas Teknik Asas Menukang di Rumah, yang akan dibimbing Sus- tainable Living Lab. Peserta akan mempelajari cara memperbaiki kerosakan kecil di ru- mah seperti cara membetulkan pera- bot dan menyambung wayar. Yuran program ialah $50 bagi ang- gota PA dan $62 bagi bukan anggo- ta. Pembayaran boleh dilakukan menggunakan kredit SkillsFuture. Maklumat lanjut boleh didapat- kan dengan menghubungi talian Aka- demi Warga Emas di 8344-4129 atau 9081-5580. Kursus sejahtera holistik warga emas Siswa susur ‘Evolusi Muzika’ Adi Putra nikah semula bekas isteri pertama BERSATU SEMULA: Adi Putra dan Aida Yusof bernikah semula kelmarin. – Foto INSTAGRAM ADI PUTRA KENALI SEJARAH MUZIK MELAYU: (Dari kiri, barisan belakang) Encik Muhamad Shakir Mohd Anuar, Cik Bazilah Bahar dan Cik Diana Lorensa Marzuki teruja dapat bekerjasama dengan penyanyi Haikal Ali (pegang ukulele) bagi projek ‘Evolusi Muzika’. – Foto BH oleh HARYANI ISMAIL JALANI KEHIDUPAN AKTIF: Dee Dee (tengah) membimbing warga emas berusia 50 tahun dan ke atas dalam program PA berjudul ‘Sijil dalam Kesejahteraan Warga Emas’ peringkat asas mulai bulan depan. Cik Paridah Said (kiri) dan Cik Sapiah Rosdi kini lebih rajin bersenam setelah mengikuti kelas Dee Dee. – Foto BH oleh M.O. SALLEH Brand Your Assets Call 6289 8822 or e-mail [email protected] to publicise your Financial Statements NOTICES Berita Harian | Sabtu, 20 Januari 2018 11 Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

Upload: phamdiep

Post on 02-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Berita Harian 11 Gah! - sim.edu.sg · Ketika ditemui di Berita Harian baru-baru ini, Encik Muhamad Sha-kir, 24 tahun, siswa ekonomi dan ... rumah ketika mereka sedang menon-ton televisyen

EHARYANI [email protected]

PETIKAN gitar ‘mat rok’ di ko-long blok merupakan irama muzik yang biasa didengari siswa Encik Mohamad Zahiruddin Amin.

Timbul idea seorang teman agar Persatuan Budaya dan Muslim Insti-tut Pengurusan Singapura (SIM) menganjurkan pesta muzik yang menjejaki peredaran muzik Mel-ayu dari 1970-an hingga kini.

Idea itu diterima dua lagi teman,

Encik Muhamad Shakir Mohd Anuar dan Cik Fitri Amalia Salim yang sama-sama menerajui tugas se-bagai pengarah projek yang turut mencakupi jualan makanan dan mi-numan kecil-kecilan.

Pesta menjejak sejarah muzik Melayu yang dinamakan Evolusi Muzika itu bakal berlangsung dalam dua sesi di Pusat Seni Aliwal pada 3 Februari ini.

Sesi pertama 1 hingga 3 petang menampilkan bakat tempatan Haikal Ali, Iskandar Ismail, Fairuz

Adam dan dua kumpulan pelajar Among 4 dan Azra & Sofi.

Sesi kedua 4.30 hingga 6.30 pe-tang mengetengahkan penyanyi Aqmal N dan Hydir Idris serta bakat pelajar, Bazilah, Werewolf Weekdays dan Favourite Playlist.

Ketika ditemui di Berita Harian baru-baru ini, Encik Muhamad Sha-kir, 24 tahun, siswa ekonomi dan politik SIM Global Education-Uni-versiti London (UOL), berkata:

“Kami sedang mencari acara yang boleh dijadikan tukikan per-satuan. Jika acara teater Instrospek-si sudah menjadi jenama tahunan, mengapa tidak Evolusi Muzika?

“Tambahan pula, acara sebegini akan mendorong anak muda lebih menghargai keindahan bahasa Me-layu dalam lagu.

“Ia persis surat cinta kami buat muzik Melayu. Kami cuba papar-kan peredaran – daripada era muz-ik rok ‘jiwang’ kepada lagu runut bunyi filem, lagu ‘hit’ era MTV, ke-munculan idola tempatan seperti Sleeq dan Taufiq Batisah hingga ke-bangkitan muzik retro dan saduran kini”.

Dalam memastikan mereka mengetahui perjuangan muzik Me-layu dari masa ke masa, penulis lir-ik Cikgu Yusnor Ef dijadikan sum-ber rujukan.

Cik Diana Lorensa Marzuki, 21 tahun, siswi bidang kewangan Uni-versiti Sains Kemasyarakatan Si-ngapura (SUSS), pula menambah:

“Dalam memasarkan Evolusi Muzika, kami perlu fikirkan cara unik menggunakan media sosial ba-gi menarik minat dan mencetus tan-da tanya ramai.

“Kami juga ingin acara ini men-jadi pembangkit semangat usa-hawan muda membuka gerai.”

Penyanyi bersuara emas, Haikal Ali, 25 tahun, pula menambah:

“Saya teruja melihat semangat belia yang berkobar-kobar.

“Tambahan pula, selain menya-nyi, kedai gunting milik saya dan te-man saya, Ampas Studios Barber Co., terlibat membawa khidmat ka-mi kepada awam.”

E Tiket $7 bagi setiap sesi boleh ditempah menerusi talian 9121-1334.

PELAKON asal Singapura Adi Putra, 37 tahun, menikahi semula bekas isteri pertamanya Zuhaidah Yusof, 43 tahun, dalam majlis di Kuala Lumpur kelmarin.

Adi, atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, me-muatnaikkan berita itu menerusi Instagram, lapor akhbar Kosmo! dan mStar Online.

Beliau menunjukkan gambar-nya dengan Zuhaidah, atau lebih dikenali sebagai Aida, dalam per-salinan sedondon warna putih.

“Hubungan 12 tahun yang ber-sambung semula, alhamdulillah. Terima kasih buat semua yang ha-dir dalam majlis ini serta mendoa-

kan saya dan isteri. Semoga Allah sentiasa permudah urusan kita ber-sama sebagai umat, amin,” tulis Adi.

Mereka berkahwin kali perta-ma pada 14 April 2006 dan dikur-niai anak angkat Zara Adelia, kini berusia enam tahun.

Kontroversi tercetus apabila Adi bernikah pula dengan Norsha-hida Dzolkifly, 34 tahun, pada 20 Jun 2016.

Namun, menerusi Instagram

pada 23 Mac tahun lalu, pelakon KL Gangster itu memberitahu be-liau tidak lagi mempunyai hubu-ngan dengan dua isterinya.

Difahamkan Adi memfailkan perceraian dengan Aida di Mahka-mah Syariah Kuala Lumpur pada 3 Mac tahun lalu.

Oktober lalu, Adi diberi Anu-gerah Darjah Indera Mahkota Pah-ang yang membawa gelaran Datuk, di Istana Abu Bakar.

Selain berlakon, beliau usaha-wan umrah.

ENUR DHUHA [email protected]

KATA orang, kehidupan bermula pada usia 40 tahun.

Namun, bagi warga berusia 50 tahun ke atas, masih belum terlambat menjalani kehidupan ‘baru’ dengan tahap kesihatan dan kecergasan lebih tinggi dan meraih pelbagai kemahi-ran berguna.

Di bawah program asas Sijil bagi Kesejahteraan Warga Emas anjuran Persatuan Rakyat (PA), warga emas berusia 50 tahun ke atas berpeluang menimba pengetahuan baru dalam pelbagai bidang seperti masakan dan kesihatan, belajar buat kraf tangan dan ketahui cara memperbaiki pera-bot rosak.

Program itu kali pertama diperke-nal tiga tahun lalu bagi menggalak warga emas memburu aspirasi pem-belajaran sepanjang hayat dan men-jalani kehidupan aktif.

Kali ini, program tersebut ditawar-kan dalam bahasa Melayu dan Ingg-eris, dengan jurulatih daripada masyarakat Melayu/Islam seperti Cef Siti Mastura Alwi dan pakar pema-kanan dan fisiologi senaman Dee Dee Mahmood.

Kelas pertama dalam pusingan ka-li ini bermula bulan depan. Kursus itu mengambil masa empat bulan untuk diselesaikan.

Di bawah program itu, peserta per-lu mengikuti 10 kelas. Setiap kelas berlangsung selama tiga jam sebelum diberikan sijil.

Peserta perlu mengambil empat program teras yang antara lain meng-ajar tentang keselamatan ketika ber-senam dan pengenalan kepada pe-nuaan sihat.

Mereka kemudian perlu memilih dua kursus daripada setiap kategori tubuh, minda dan jiwa.

Ditemui baru-baru ini, Dee Dee, yang nama sebenarnya Abidah Mah-mood, berkata kelas bimbingannya akan menyelitkan bahagian teori dan amali.

Bagi kelas Senaman Asas Pilates Kerusi di bawah kategori Tubuh, Dee Dee akan mengajar beberapa teknik pilates asas yang dapat mem-bantu memperbaiki postur dan me-ningkatkan kestabilan sendi dan perg-erakan.

“Kelas pilates kerusi akan mem-bantu peserta membentuk kekuatan asas dan memberi fokus lebih baik.

“Saya akan kongsi beberapa sena-man yang peserta boleh lakukan di rumah ketika mereka sedang menon-ton televisyen dan sebagainya,” kata Dee Dee.

Beliau juga akan membimbing pe-serta dalam kelas asas imbangan, ke-tangkasan dan kefleksibelan; penge-tahuan asas dalam langkah berjaga-ja-

ga dan keselamatan semasa berse-nam; serta pengurusan tekanan se-cara berkesan.

Cef Mastura pula akan membim-bing peserta kelas Cef Rumah Emas – Resepi Rahsia dan mengongsi be-berapa resipi istimewa seperti ayam masak merah dan panduan me-ningkatkan kemahiran memasak.

Penyampai popular Hafeez Gla-mour pula akan membimbing kelas Jadilah Bintang Emas Masa Depan, dengan membangunkan kemahiran peserta bercakap petah di khalayak ramai serta membina keyakinan. Pe-serta juga akan meraih kemahiran berkomunikasi secara lebih berke-san.

Selain itu, peserta boleh belajar cara memperbaiki barang rosak dalam kelas Teknik Asas Menukang di Rumah, yang akan dibimbing Sus-tainable Living Lab.

Peserta akan mempelajari cara memperbaiki kerosakan kecil di ru-mah seperti cara membetulkan pera-bot dan menyambung wayar.

Yuran program ialah $50 bagi ang-gota PA dan $62 bagi bukan anggo-ta.

Pembayaran boleh dilakukan menggunakan kredit SkillsFuture.

Maklumat lanjut boleh didapat-kan dengan menghubungi talian Aka-demi Warga Emas di 8344-4129 atau 9081-5580.

Kursus sejahteraholistik warga emas

Siswa susur ‘Evolusi Muzika’

Adi Putra nikah

semulabekas isteri

pertama

BERSATU SEMULA: Adi Putra dan Aida Yusof bernikah semula kelmarin. – Foto INSTAGRAM ADI PUTRA

KENALI SEJARAH MUZIK MELAYU: (Dari kiri, barisan belakang) Encik Muhamad Shakir Mohd Anuar, Cik Bazilah Bahar dan Cik Diana Lorensa Marzuki teruja dapat bekerjasama dengan penyanyi Haikal Ali (pegang ukulele) bagi projek ‘Evolusi Muzika’. – Foto BH oleh HARYANI ISMAIL

JALANI KEHIDUPAN AKTIF: Dee Dee (tengah) membimbing warga emas berusia 50 tahun dan ke atas dalam program PA berjudul ‘Sijil dalam Kesejahteraan Warga Emas’ peringkat asas mulai bulan depan. Cik Paridah Said (kiri) dan Cik Sapiah Rosdi kini lebih rajin bersenam setelah mengikuti kelas Dee Dee. – Foto BH oleh M.O. SALLEH

Brand Your AssetsCall 6289 8822 or e-mail

[email protected] to publiciseyour Financial Statements

NOTICES

Berita Harian | Sabtu, 20 Januari 2018 11

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan