pengguna bijak_2

310
SUMBER: ELEKTRONIK

Upload: peningla

Post on 25-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

lklk

TRANSCRIPT

Page 1: Pengguna Bijak_2

SUMBER:

ELEKTRONIK

Page 2: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 24/08/2011

Pengguna perlu guna hak bantu kerajaan kawal harga

MELAKA 23 Ogos - Orang ramai dinasihatkan supaya bijak menggunakan hak sebagai pengguna bagi membantu kerajaan mengawal harga barang yang dijangka naik mendadak menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad berkata, hanya dengan hak yang digunakan itu ia dapat menghalang peniaga daripada menaikkan harga barang keperluan musim perayaan dengan sewenang-wenangnya.

"Jika ada peniaga menaikkan harga sewenang-wenangnya, di sinilah pentingnya orang ramai menggunakan hak sebagai pengguna untuk tidak membeli barangan yang dijual itu dan beralih ke peniaga lain yang menjual lebih murah.

"Jika semua pengguna mengambil langkah yang sama, ia secara tidak langsung akan memaksa peniaga terbabit menurunkan harga barangan yang dijual mengikut harga semasa," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan dan meninjau pelaksanaan skim kawalan harga musim perayaan di Pasar Besar Melaka Sentral di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri (PPDNKK), Muhabir Ibrahim.

Menurutnya, tindakan peniaga menaikkan harga barang keperluan musim perayaan dijangka berlaku dan sukar untuk dikawal khususnya antara dua atau tiga hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.

Katanya, penguat kuasa tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengawalnya kerana barang terbabit bukan barangan kawalan dan mempunyai harga siling.

Dalam pada itu Ghazale memberi jaminan pelbagai barangan keperluan musim perayaan di negeri ini adalah mencukupi menjelang sambutan Aidilfitri.

"Kita telah mendapat jaminan daripada pemborong dan peruncit dan tidak timbul masalah bekalan tidak mencukupi sewaktu musim perayaan," ujarnya.

1

Page 3: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 19/08/2011

Jangan jual makanan basi - Amisah

Amisah Yasin (dua dari kanan) meninjau makanan dan kuih muih di Bazar Ramadan Asia City, Kota Kinabalu, kelmarin.

KOTA KINABALU 18 Ogos _ Hanya satu aduan mengenai penjualan makanan basi direkodkan di bazar Ramadan di daerah ini setakat ini.

Pengerusi Rakan Pengguna Sabah, Datuk Amisah Yasin berkata, meskipun ia adalah kes terpencil pihaknya amat memandang serius perkara yang melibatkan kepentingan pengguna.

"Pada masa ini, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melakukan tindakan segera dan bertemu dengan peniaga terbabit.

"Jadi kita minta semua peniaga bazar Ramadan memastikan mereka tidak menjual makanan yang sudah basi kerana ia melibatkan kesihatan pengguna," katanya selepas melakukan tinjauan di Bazar Ramadan Asia City, di sini semalam.

Menurut Amisah, pengguna seharusnya bijak menggunakan kuasa mereka dengan tidak membeli makanan dan minuman yang tidak bersih dan berkualiti.

Selain itu, katanya, pengguna juga perlu segera membuat aduan kepada pihak berkuasa terbabit sekiranya berasa ditindas dan tertipu.

2

Page 4: Pengguna Bijak_2

Sementara itu mengulas mengenai tinjauan berkenaan beliau berkata, amat berpuas hati dengan kadar harga makanan dan minuman yang dijual.

ARKIB : 06/08/2011

Harga makanan Bazar Ramadan perlu munasabah

06/08/2011 3:00am

KUALA LUMPUR 6 Ogos — Peniaga Bazar Ramadan diminta menjual makanan pada harga yang berpatutan atau berdepan tindakan tegas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, kata Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe.

"Peniaga yang didapati cuba mengaut keuntungan berlebihan akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, yang boleh dikenakan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas memantau harga barangan serta juadah di Bazar Ramadan Taman Medan semalam.

Mengenai peningkatan harga juadah berbuka di sesetengah tempat, beliau berkata, ia mungkin disebabkan bahan yang digunakan adalah berbeza.

"Dalam hal ini, nilai tambahnya mungkin berbeza seperti ramuan dan rempah ratus yang digunakan...Kita akan sentiasa memantau dan pengguna juga harus menjadi mata dan telinga untuk kerajaan bagi mengawal kenaikan harga barang,” katanya.

Sehubungan itu, Lian Hoe mengingatkan pengguna agar bijak merancang perbelanjaan serta membuat perbandingan harga, terutama ketika membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan.

Beliau berkata, sepanjang Ramadan ini, belum terdapat sebarang aduan tentang kenaikan harga barang.

Bagaimanapun, Lian Hoe berkata, di Selangor, bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, sejumlah 145 kes telah diambil tindakan dengan nilai rampasan RM32,809.

Katanya, sepanjang bulan lepas, sebanyak 23 kes dikenakan tindakan dan nilai rampasan ialah RM3,244.40.

Mengenai ayam, beliau berkata bekalan untuk musim perayaan adalah mencukupi. — Bernama

3

Page 5: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 05/08/2011

Peniaga diingatkan tidak cemari bulan Ramadan

KOTA KINABALU 4 Ogos - Semua peniaga bazar Ramadan di negeri ini diingatkan supaya tidak mencemari bulan Ramadan dengan mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan minuman.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin sebaliknya berkata, mereka perlu mengambil kesempatan bulan mulia itu untuk menerapkan elemen sedekah sekali gus menjual pada harga berpatutan dan murah.

Yahya Hussin menyampaikan Jalur Gemilang kepada para peniaga yang berniaga di Bazar Ramadan di Kota Kinabalu, kelmarin.

"Selain itu para peniaga juga perlu mengutamakan faktor kebersihan. Bagi pengguna pula kena bijak memilih gerai yang menjual dengan harga berpatutan," katanya selepas melakukan tinjauan di Bazar Ramadan Asia City di sini semalam.

Dalam pada itu, mengenai bazar Asia City itu, Yahya mengharapkan jumlah pengunjung dan jumlah jualan bazar Ramadan Asia City pada tahun ini akan meningkat berbanding tahun lalu.

Katanya, tahun lalu, bilangan pengunjung di bazar tersebut meningkat kepada 75,000 orang berbanding 50,000 pada tahun sebelumnya.

"Daripada jumlah pengunjung tersebut jumlah jualan keseluruhan juga telah meningkat daripada RM500,000 pada 2009 kepada RM750,000 pada 2010," ujarnya.

4

Page 6: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 05/08/2011

Bekalan sempena Aidlifitri cukup

Oleh SOPI SAMAILE [email protected]

KUCHING 4 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi jaminan bekalan barangan keperluan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri mencukupi bagi negeri ini.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, pihaknya telah berjumpa dengan semua persatuan peniaga, penternak, pemborong dan mereka memberi jaminan bekalan mencukupi untuk sambutan perayaan berkenaan.

Menurut beliau, bagi memenuhi permintaan pada musim perayaan itu juga, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan meningkatkan kapasiti import daging dan ikan.

''Sehubungan itu, orang ramai tidak perlu bimbang berhubung bekalan pada musim perayaan nanti," katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Uzir memberitahu, kementeriannya menerima aduan daripada orang ramai mengenai kenaikan harga telur dan ayam di beberapa kedai pada Selasa lalu.

Katanya, kementerian tidak boleh mengawal bekalan tersebut memandangkan kedua-dua barangan berkenaan bukan barangan kawalan dan ia terpulang kepada kebijaksanaan pengguna untuk membuat pilihan.

''Para pengguna kena bijak semasa berbelanja dengan melakukan perbandingan harga sebelum membuat pembelian memandangkan tidak semua peniaga menaikkan harga barangan.

''Ketika ini mungkin ada peniaga tidak bertanggungjawab menaikkan harga barang kerana sedar kerajaan akan memperkenalkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan pada pertengahan bulan ini," ujarnya.

5

Page 7: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 24/07/2011

Amalkan budaya berjimat cermat

TEMERLOH 23 Julai - Rakyat dinasihati mengubah gaya hidup dengan mengamalkan budaya berjimat cermat semasa menguruskan perbelanjaan bagi menghadapi kenaikan harga barangan keperluan harian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong berkata, sebagai pengguna, rakyat mempunyai kuasa membendung kenaikan harga barangan.

Katanya, rakyat tidak boleh mengharap kerajaan semata-mata untuk melindungi mereka daripada dieksploitasi peniaga yang mengambil kesempatan ekoran kenaikan harga minyak di pasaran dunia.

"Kita boleh mencontohi rakyat negara maju apabila mereka bijak menggunakan hak masing-masing daripada ditipu peniaga tidak bertanggungjawab.

"Sebagai contohnya, jika harga ayam naik di pasaran, mereka dengan sendirinya mengambil langkah berjimat cermat dari makan satu kilogram ayam sehari kepada setengah kilogram sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada penduduk warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan penduduk miskin di Mentakab dekat sini baru-baru ini.

Menurut Boon Seong, langkah seumpama itu boleh mengawal sikap rakus peniaga yang suka mengambil kesempatan meraih keuntungan yang tidak sepatutnya.

Katanya, rakyat negara maju menggunakan sepenuh kuasa yang ada pada mereka sebagai pengguna untuk memastikan mereka tidak dieksploitasi oleh peniaga yang cuba mengambil kesempatan.

"Melalui pendekatan seperti itu, peniaga, pemborong dan pembekal tidak berani menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat sedia berubah untuk berhadapan dengan kenaikan harga barangan dan membantu kerajaan mengawal inflasi.

6

Page 8: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 08/07/2011

Menu Rakyat 1Malaysia

Oleh MOHD. NAZRIF MOHD. NOR [email protected]

KUALA LUMPUR 7 Julai – Para pengusaha restoran di seluruh negara dipelawa menyertai program Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan harga RM2 bagi pakej sarapan dan RM4 bagi makan tengah hari dalam membantu mengurangkan beban perbelanjaan rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program yang julung-julung kali diadakan itu diperkenalkan ekoran trend makan di luar yang menjadi pilihan rakyat ketika ini.

Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kiri) merasmikan Program Menu Rakyat 1Malaysia di Restoran Q Nasi Kandar, Bandar Sri Permaisuri di Kuala Lumpur, semalam.

“Kita lihat rakyat negara ini jarang balik ke rumah untuk makan tengah hari pada waktu bekerja. Malah hendak makan pagi juga tidak sempat. Oleh itu, dengan hanya RM6 sehari, mereka boleh menikmati sarapan dan makan tengah hari di restoran-restoran yang mengambil bahagian dalam program ini.

“Ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat terutama dalam suasana kenaikan harga barangan global ketika ini,” katanya semasa melancarkan program Menu Rakyat 1Malaysia di ‘Q’ Bistro Nasi Kandar di Bandar Sri Permaisuri di sini hari ini.

Beliau menambah, sehingga hari ini sebanyak 728 buah kedai telah memberi komitmen untuk menjayakan program tersebut dan mereka boleh menentukan masing-masing.

“Kita menyasarkan sebanyak 1,000 buah kedai akan menyertai program ini yang terdiri daripada restoran-restoran, kedai-kedai kopitiam dan gerai-gerai makan sebelum akhir tahun ini,” katanya.

7

Page 9: Pengguna Bijak_2

Menurut Ismail Sabri, para pengusaha kedai makan yang berminat untuk turut serta dalam program itu boleh memaklumkan hasrat mereka kepada kementeriannya melalui pejabat cawangan negeri masing-masing.

“Apabila restoran mereka sudah didaftarkan di bawah program Menu Rakyat 1Malaysia, kita akan menyenaraikan restoran serta menu mereka yang ditawarkan di portal Pengguna 1Malaysia Bijak,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata, program tersebut merupakan program tanggungjawab sosial yang boleh dijalankan pengusaha restoran.

“Ini adalah program amal jariah yang boleh dilakukan oleh ahli-ahli di bawah naungan Presma dan menolak sangkaan orang ramai bahawa kami hanya mengejar keuntungan,” ujarnya.

Setakat hari ini, restoran yang turut serta dalam program tersebut adalah restoran di bawah naungan Persatuan Kedai Kopi Malaysia-Singapura, Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) dan Koperasi Ukhuwah.

8

Page 10: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 07/07/2011

Air: Kesedaran pengguna masih sederhana

SHAH ALAM 6 Julai – Kurang maklumat tentang krisis air yang bakal berlaku dan terlalu selesa dengan kemudahan air sedia ada merupakan antara punca penduduk Lembah Klang kurang berhemah dalam menggunakan keperluan asas itu.

Sehubungan itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAn), Ir. V.Subramaniam berkata, mereka perlu diberikan pendedahan terperinci mengenai krisis air yang bakal berlaku agar mereka dapat berjimat cermat semasa menggunakan air.

Beliau berkata, pengguna juga perlu diberi kesedaran bahawa sikap membazir keperluan asas tersebut hanya akan merugikan mereka dalam jangka masa panjang.

“Pihak SWAn akan terus mengadakan kempen kesedaran penggunaan air berhemah seperti bagaimana kita boleh menggunakan air hujan sebagai sumber air baru.

“Kita juga akan mengadakan banyak aktiviti berbentuk pendidikan untuk menyedarkan masyarakat.

“Mereka perlu tahu, jika kita tidak mula mengurus air dengan bijak bermula dari sekarang, kita akan menghadapi krisis air yang lebih serius seperti tahun 1998,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan SWAn kali ke-5 di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, beliau berkata, mesyuarat tersebut akan mencadangkan kepada pemain industri langkah yang lebih berkesan untuk pengurusan air.

Pihaknya juga akan mencadangkan kepada pihak pembekal air untuk mewujudkan sumber air baru seperti air hujan dan air ditebus guna bagi bekalan jangka panjang.

9

Page 11: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 15/06/2011

58,094 kes diselesaikan Tribunal Tuntutan Pengguna

15/06/2011 8:50pm

KUALA LUMPUR 15 Jun — Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berjaya menyelesaikan 58,094 kes yang difailkan pengguna terhadap pembekal barangan dan perkhidmatan atau pengilang dengan nilaian award berjumlah RM135.2 juta bagi tempoh Januari 2000 sehingga 31 Mei lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu membabitkan 97.73 peratus daripada 59,441 kes dengan jumlah tuntutan bernilai RM275.6 juta.

Katanya, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini sebanyak 4,542 tuntutan yang didaftarkan berbanding pemfailan sebanyak 2,272 bagi tempoh sama pada tahun lepas.

"Saya percaya peningkatan ini disebabkan oleh kesedaran pengguna dan promosi secara meluas yang dilakukan melalui program-program kementerian seperti ceramah, seminar, taklimat dan publisiti melalui media massa.

"Malah lebih banyak tuntutan lagi akan dibuat selepas pelancaran portal 1Malaysia Pengguna Bijak pada minggu lepas kerana pengguna boleh mendaftarkan tuntutan mereka hanya melalui SMS (sistem pesanan ringkas),” katanya ketika melancarkan Malaysian Consumer Law Journal (My.Consum.L.J) di Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia di sini hari ini. — Bernama

10

Page 12: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 08/06/2011

FOMCA saran ibu bapa semak label permainan anak

08/06/2011 6:37pm

KUALA LUMPUR 8 Jun - Ibu bapa disaran lebih peka terhadap tahap keselamatan alat permainan kanak-kanak dengan menyemak tanda "MC" (Malaysian Conformity) dan label peringkat umur pada barangan itu sebelum membelinya.

Bendahari Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, selain perlunya meneliti tahap keselamatan alat permainan, ibu bapa juga perlu bijak memilih alat permainan yang sesuai untuk anak mereka mengikut kesesuaian peringkat umur.

"Alat permainan ini sebenarnya satu medium yang dapat membantu ke arah tumbesaran yang lebih seimbang bagi kanak-kanak dan menjana daya imaginasi tetapi jika tersalah beli, contohnya senapang untuk kanak-kanak berusia tiga tahun, kita bimbang ia boleh mendatangkan risiko kecederaan.

"Anak-anak pada tahap itu tidak ada rangsangan untuk mengetahui tahap bahaya sesuatu alat permainan dan di sinilah peranan ibu bapa diperlukan untuk menentukan supaya alat permainan yang dibeli itu selamat digunakan," katanya di sini hari ini. - Bernama

11

Page 13: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 08/06/2011

Semak, banding harga melalui portal 1MPB

KUALA LUMPUR 7 Jun - Pengguna kini boleh membuat perbandingan harga barang keperluan melalui 'Portal 1Malaysia Pengguna Bijak' (1MPB) yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, portal www.1pengguna.com itu memaparkan harga 355 barang di pasar raya besar, 100 barang di pasar raya dan kedai serbaneka di samping 50 barang lagi di pasar basah.

ISMAIL Sabri Yaakob merasmikan Portal 1Malaysia Pengguna Bijak di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Turut serta (dari kiri) Daud Tahir, Tan Lian Hoe dan Mohd. Zain Mohd. Dom.

"Jumlah premis yang dipantau dalam program ini keseluruhannya berjumlah 1,255 membabitkan 110 pasar raya besar, 404 pasar raya, 360 pasar basah dan 381 kedai serbaneka yang dikemas kini secara harian.

"Data harga yang diperoleh akan dimasukkan terus ke dalam sistem oleh Pegawai Pemantau Harga manakala data harga pasar raya besar dimasukkan oleh mereka sendiri," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan portal berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom dan Timbalan Setiausaha Kementerian, Datuk Daud Tahir.

Ismail berkata, pelaksanaan program itu juga bakal diperluaskan pada fasa kedua membabitkan kedai runcit dan pasar mini.

''Fasa pertama hanya membabitkan pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan pasar basah. Justeru kita menantikan respons daripada pengguna untuk melaksanakan fasa kedua itu nanti," katanya.

12

Page 14: Pengguna Bijak_2

Sementara itu, beliau berkata, portal berkenaan juga berperanan sebagai saluran untuk membincangkan isu kepenggunaan secara interaktif melalui blog, laman sembang, ruang maklum balas dan komen.

"Selain itu, portal tersebut juga memuatkan aplikasi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk semakan harga, aduan dan tribunal, termasuk sesi 'Soal Jawab Bersama Menteri' yang bersiaran secara langsung setiap Rabu selama sejam bermula pukul 6 petang," katanya.

13

Page 15: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 07/06/2011

Guna portal 1MPB semak harga barang - Ismail Sabri

07/06/2011 4:03pm

KUALA LUMPUR 7 Jun — Pengguna kini boleh mendapatkan maklumat tentang harga barangan yang dijual di 1,255 premis perniagaan melalui portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) yang akan mengemas kini sebarang perubahan harga secara harian.

Portal itu akan juga dipantau oleh seramai 1,200 pegawai pemantau harga (PPH) dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi memastikan peniaga yang mengambil bahagian menjual barangan mereka pada harga yang berpatutan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, premis yang mengambil bahagian melibatkan 110 buah hipermarket, 404 pasar raya, 360 pasar basah dan 381 Kedai Serbaneka 24 Jam.

Sejumlah 355 jenis barangan di hipermarket akan dipantau melalui portal berkenaan, 100 jenis di pasar raya, pasar basah (50 jenis) dan kedai serbaneka (100 jenis), katanya.

"Bagi hipermarket, mereka sendiri akan key-in data perubahan harga manakala bagi premis-premis lain pegawai PPH akan menjalankan tanggungjawab mereka.

Sekiranya ada perubahan harga, maka mereka (pegawai PPH) akan maklumkan menerusi portal ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan portal berkenaan di sini hari ini.

Portal tersebut boleh dilayari di www.1pengguna.com. Antara harga barangan keperluan harian yang dipamerkan pada portal berkenaan ialah barangan keperluan dapur seperti ayam, ikan dan hasil laut, kicap, kunyit dan makanan kering. — Bernama

14

Page 16: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 05/06/2011

Kembalikan kepada pengguna

PENGGUNA adalah golongan yang paling cepat menerima kesan daripada sebarang kenaikan harga barang ataupun sumber tenaga. Pengguna boleh dikatakan akan menanggung semua kos kenaikan malah yang lebih teruk lagi ada pihak yang sengaja mencari peluang untuk menaikkan harga barang.

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan tarif baru elektrik. Ini bukan harga baru tetapi pengecilan subsidi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Tarif baru ini tidak memberi kesan secara langsung kepada pengguna biasa. Sebaliknya yang kesannya yang kecil hanya terkena kepada sektor industri.

Bagaimanapun apa yang dibimbangkan pengguna biasa juga mungkin turut menerima tempias daripada tarif baru elektrik secara tidak langsung apabila pihak pengilang dan pembekal mengambil kesempatan menaikkan harga barang.

Bagi kami, kenaikan tarif elektrik ini telah membuka mata semua dan ia patut menjadi pemangkin untuk kita sama-sama mencari jalan bagaimana untuk menjimatkan lebih banyak tenaga terutama elektrik.

Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tunku Azwil Tunku Abdul Razak tidak menolak pihak pembekal atau pengilang akan mengambil kesempatan menaikkan harga barang ekoran tarif baru elektrik ini.

Bagaimanapun beliau menekankan, pengguna mesti bijak menggunakan kuasa mereka untuk mendepani pihak yang mengambil kesempatan daripada sebarang kenaikan yang diumumkan oleh kerajaan.

“Pengguna sepatutnya lebih peka dan prihatin tentang kenaikan harga barang kerana mereka sebenarnya yang berkuasa dalam soal pembelian,” tegas Tunku Azwil ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID Jumaat lalu.

15

Page 17: Pengguna Bijak_2

MINGGUAN: Bagaimana Tunku melihat kesan kenaikan tarif elektrik terutama kepada pengguna?

TUNKU AZWIL: Kenaikan ini merangkumi pelbagai sudut. Yang banyak terkena tempiasnya adalah industri namun kami berpandangan ia tidak menjejaskan sangat terutama dari kenaikan kos pemprosesan, pembuatan dan sebagainya. Namun jika dilihat dari rasional kenaikan ini kami melihat ia masih boleh diterimapakai oleh kebanyakan pengguna. Ini kerana subsidi kerajaan terhadap bahan bakar untuk elektrik ini mencecah RM27 bilion. Oleh itu jika kita tidak menerima kenaikan tarif ini ia akan membawa masalah kepada kerajaan dari sudut defisit. Kami sebagai wakil persatuan pengguna melihat setiap pengguna perlu memainkan peranan bersama dengan kerajaan. Ini kerana dalam banyak sudut banyak penjimatan boleh dilakukan. Jika kita lihat di negara-negara Eropah misalnya penjimatan banyak berlaku dalam industri melalui penggunaan dan pembelian peralatan yang mampu menjimatkan tenaga. Mereka lebih prihatin tentang soal penjimatan tenaga dan penggunaan tenaga hijau.

Namun dalam industri di negara ini kebanyakan pemprosesan itu melibatkan teknologi yang usang serta barangan dan teknologi terpakai. Kebanyakannya diambil dari Thailand, Hong Kong, Taiwan dan sebagainya. Pastinya penggunaan ini tidak melibatkan soal penjimatan tenaga yang efisien. Oleh itu jika kita melabur dalam penggunaan teknologi yang lebih efisien dan jimat tenaga maka pelaburan ini akan memberi pulangan yang baik kepada industri. Maka bagi kami, kenaikan tarif elektrik ini telah membuka mata semua dan ia patut menjadi pemangkin untuk kita sama-sama mencari jalan bagaimana untuk menjimatkan lebih banyak tenaga terutama elektrik. Ini kerana kenaikan ini adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan.

Persoalannya adalah ditakuti pihak peniaga dan pembekal akan mengambil kesempatan menaikkan harga?

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

16

Page 18: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 31/05/2011

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

KITA perlu menyatakan syukur kerana kerajaan terus memperlihatkan keprihatinan dalam melindungi kepentingan rakyat terbanyak ketika mengumumkan kenaikan tarif elektrik yang puratanya hanya 2.23 sen sekilowatt sejam (kWj), berkuat kuasa esok.

Kepentingan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah menjadi keutamaan dalam hal ini ketika harga gas asli yang menjadi sumber utama penjanaan elektrik di negara ini meningkat dengan ketara di pasaran dunia. Ia sebenarnya di luar kawalan kita semua.

Namun, formula terbaik telah diperoleh bagi memastikan 75 peratus iaitu 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik kurang 300kWj sebulan tidak perlu membayar lebih.

Secara mudah sesebuah keluarga biasa yang bil elektrik mereka berjumlah RM77 sebulan, tidak perlu gusar.

Malahan kerajaan akan terus membantu memberikan bekalan elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektrik mereka RM20 atau ke bawah sehingga akhir tahun.

Kita juga tidak boleh menafikan betapa perbelanjaan kerajaan bagi subsidi dalam sektor bahan bakar cukup tinggi.

Di pihak pengguna, adalah cukup bermakna jika langkah penjimatan penggunaan elektrik dapat diperbaiki.

Gunakan tenaga elektrik secara bijak dan pertahankanlah jumlah elektrik tidak lebih 300kWj sebulan, jika selama ini kita dapat berbuat demikian. Ia cukup membantu.

Awang – Juga pengguna.

17

Page 19: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 31/05/2011

Dua pengguna dapat balik deposit RM500

ADAKAH orang ramai yang membuat tempahan kereta berhak memperoleh semula wang deposit mereka daripada syarikat pengedar kereta setelah membatalkan urus niaga tersebut?

Bagi pengguna yang bijak, mereka perlu menggunakan hak mereka untuk menuntut semula wang deposit kereta tersebut kerana ia kini telah termaktub dalam pindaan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Perkara itu dibangkitkan dalam Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Kangar, Perlis semalam semasa prosiding tuntutan juruelektrik, Md. Surizan Md. Salleh, 31, dan peniaga, Shabaren Shafeei, 33.

Menurut Md. Surizam, dia membayar deposit RM500 kepada syarikat Laytac Auto Sdn. Bhd. untuk menempah seunit kereta Perodua Viva 850 berwarna putih pada 11 Disember 2010 tetapi seminggu kemudian, syarikat itu memberitahu mereka hanya mempunyai kereta berwarna hitam.

''Bila saya bertanya bila boleh dapat kereta yang ditempah, pihak syarikat tidak memberi jawapan justeru saya membatalkan pembelian dan membuat surat permohonan untuk mereka mengembalikan wang deposit,'' katanya.

Md. Surizan berkata, walaupun berulang kali dia pergi ke pejabat syarikat berkenaan untuk menuntut wang tersebut, syarikat itu hanya memintanya menunggu.

Sementara itu, Shabaren pula mendakwa, dia membuat tempahan model kereta yang sama pada 11 Ogos tahun lalu setelah membayar wang deposit RM500 kepada syarikat berkenaan.

''Namun pihak bank tidak meluluskan permohonan pinjaman saya kerana tiada penjamin. Saya kemudian membatalkan pembelian kereta berkenaan dan memohon wang deposit dikembalikan tetapi syarikat itu enggan berbuat demikian,'' katanya.

Wakil Laytac Auto dalam keterangan di TTPM pula mendakwa, berdasarkan kontrak pembelian, pihaknya mempunyai hak untuk tidak membayar balik wang deposit berkenaan.

Setelah mendengar keterangan kedua-dua pihak, Presiden TTPM, Pretam Singh Darshan Singh berkata, terdapat unsur 'terma tidak adil' dalam kontrak pembelian kenderaan itu sehingga merugikan pengguna.

18

Page 20: Pengguna Bijak_2

Selain itu, katanya, kontrak berkenaan tidak boleh lagi diguna pakai berdasarkan pindaan terhadap Akta Perlindungan Pengguna 1999.

''Klausa dalam arahan penjualan dan pengedaran secara prosedur dan substantif adalah tidak adil kepada pengguna justeru ia tidak boleh dilaksanakan dan terbatal,'' katanya.

Dengan keputusan tersebut, beliau meminta syarikat berkenaan membayar semula wang deposit sebanyak RM500 kepada kedua-dua penuntut terbabit dalam tempoh 14 hari.

19

Page 21: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 18/05/2011

Pengguna sambut baik pemansuhan tol

KUALA LUMPUR 17 Mei - Pengguna Lebuh raya Hubungan Timur-Barat gembira dengan keputusan kerajaan memansuhkan kutipan di plaza tol itu bermula malam semalam.

Bayaran tol sebanyak 50 sen tersebut yang ditamatkan tujuh tahun lebih awal itu dianggap sebagai langkah bijak kerajaan untuk meringan beban pengguna jalan raya.

Seorang pengguna, Nor Hamizah Karim, 25, berkata, pemansuhan itu adalah satu berita gembira terutamanya kepada penduduk yang tinggal di sekitar kawasan tersebut.

Katanya, lebuh raya sememangnya menjadi pilihan utama pemandu dari Cheras dan Kajang untuk ke Petaling Jaya yang ia memendekkan jarak perjalanan mereka.

"Apabila pemansuhan ini dibuat lebih awal maka lebih banyak pengguna yang akan mendapat faedah daripadanya.

"Bajet setiap bulan untuk bayaran tol juga dapat dikurangkan dan ini meringan beban warga kota," katanya ketika ditemui di sini malam semalam.

Sementara itu, seorang penduduk Taman Connaught, Ngai Kim Leong, 40, berkata, dia amat gembira dengan pemansuhan tersebut kerana ia dapat meringan bebannya yang menggunakan lebuh raya itu setiap hari.

"Sebagai seorang wakil syarikat insurans, saya sentiasa bergerak ke sana sini dan ini membuatkan kos tol saya setiap hari agak tinggi.

"Namun begitu, pemansuhan tol ini adalah berita yang baik kepada kami terutamanya penduduk di sekitar Taman Connaught kerana akan memudahkan mereka ke pusat bandar dan Petaling Jaya," jelasnya.

Edward Liew, 38, berkata, pemansuhan tol itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap beban yang dipikul oleh penduduk yang kerap menggunakan jalan raya di kawasan tersebut.

"Sebelum ini, tindakan memansuhkan tol 50 sen di Jalan Pahang telah memudahkan ribuan rakyat. Kini pemansuhan tol ini telah memudahkan kehidupan rakyat di sini," ujarnya.

20

Page 22: Pengguna Bijak_2

R. Amarannadan, 55, pula meminta kerajaan mengkaji semula kadar tol lain di ibu negara supaya tidak terlalu membebankan rakyat.

"Pemansuhan beberapa tol sejak tahun lalu adalah satu langkah yang dialu-alukan dan berharap kerajaan akan terus prihatin dengan beban yang ditanggung oleh warga kota," katanya.

21

Page 23: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 28/04/2011

Media bantu jelas kenaikan harga barang

Ismail Sabri Yaakob (belakang, lapan dari kiri) dan Nik Naizi Husin (sebelas dari kanan) bersama ahli media Pahang pada majlis makan malam dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 27 April - Peranan media amat penting untuk menjelaskan pelbagai isu kepenggunaan terutama berkaitan kenaikan harga barang di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penjelasan daripada pihak media berhubung isu kenaikan harga barang dapat membantu kementeriannya memberi kefahaman kepada masyarakat.

''Baru-baru ini di Sarawak, kenaikan harga barang dapat diselesaikan dengan baik hasil daripada penerangan yang jelas oleh pihak media dan masyarakat menerima penjelasan yang kita berikan," katanya ketika berucap pada majlis makan malam media bersama kementerian itu di sini, baru-baru ini.

Majlis yang bertemakan '1Malaysia Extravaganza' itu turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom dan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz.

Lebih 200 pengamal media dan kakitangan kementerian menghadiri majlis yang julung kali diadakan itu.

22

Page 24: Pengguna Bijak_2

Pada majlis tersebut, pelbagai hadiah cabutan bertuah menarik disediakan antaranya telefon pintar Blackberry, televisyen LCD dan barangan elektrik berjenama terkenal.

Sementara itu, Presiden Kelab Media Pahang, Nik Naizi Husin berkata, misi utama media ialah menjadi pengantara masyarakat dan kementerian di negara ini.

Katanya, media menjadi saluran penting kepada orang ramai untuk menjadikan pengguna yang bijak membuat keputusan dalam memilih barangan di pasaran.

''Saya berharap kerjasama yang sedia terjalin antara pihak media dan kementerian dapat diteruskan demi faedah dan kepentingan rakyat," katanya.

23

Page 25: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 26/04/2011

Ramai kurang peka urus pakaian

Oleh AZMAN MD. [email protected]

BALING 25 April - Rakyat negara ini didapati kurang peka dengan aspek pengurusan pakaian apabila didapati lebih banyak membeli berbanding memakai hingga berlaku pembaziran tanpa disedari.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan negeri, Sakri Salleh berkata, kebanyakan golongan itu hanya seronok membeli pakaian termasuk yang berjenama tetapi kurang pula memakainya.

SAKRI Salleh (dua dari kiri) berbual dengan seorang peniaga pada Program Kesedaran Kepenggunaan Luar Bandar di Sekolah Kebangsaan Rambong Pulai, Baling, kelmarin. -utusan/Azman Md Noor

"Kalau dahulu pepatah 'alah membeli menang memakai' tetapi peribahasa itu tidak lagi sesuai pada zaman ini kerana para pengguna lebih banyak membeli daripada memakai dengan tujuan untuk bergaya," katanya pada Program Kesedaran Kepenggunaan Luar Bandar peringkat Baling di Sekolah Kebangsaan (SK) Rambong Pulai di sini semalam.

Hadir sama Ketua Cawangan Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Baling, Abdul Ghaffar Wahid.

Program berbentuk karnival itu turut melibatkan pelajar sekolah dan komuniti masyarakat dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Rambong Pulai.

Tambah Sakri, mereka yang terlibat dengan tabiat itu rata-rata kumpulan masyarakat bergaji tetap termasuk kakitangan kerajaan yang suka pada cara hidup lebih bergaya.

Katanya, mereka lebih gemar membeli pakaian hanya dengan memakai sekali atau dua kemudiannya membeli pula pakaian baru.

24

Page 26: Pengguna Bijak_2

Sakri menambah, pengurusan pakaian juga adalah lebih penting dalam usaha mengelak berlakunya pembaziran berbanding perbuatan mengejar jenama pakaian semata-mata mahu bergaya berlebihan.

Dalam pada itu, beliau berkata, program kesedaran kepenggunaan akan diadakan di setiap daerah dalam bentuk karnival bagi memberi pendedahan kepada orang ramai secara lebih menyeluruh mengenai isu kepenggunaan.

Menurutnya, dengan cara ini, orang ramai terutama penduduk kampung dapat mengetahui lebih dekat hak dan peranan mereka sebagai pengguna bijak.

25

Page 27: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 04/12/2010

Pasar raya tipu pengguna patut diarah tutup

PULAU PINANG 3 Dis. - Kerajaan diminta memberi hukuman lebih berat ke atas pasar raya di negeri ini yang didapati memperdaya pengguna apabila mengenakan harga barang lebih tinggi daripada tanda harga yang dipamerkan.

Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), R. Uma berkata, hukuman itu termasuk mengeluarkan arahan tutup sementara kepada pasar raya terlibat untuk memberi pengajaran kepada mereka.

Katanya, tindakan sedemikian juga sebagai tanda amaran kepada pasar raya lain untuk tidak berbuat perkara yang sama serta mencegah perbuatan tersebut terus berulang.

''Memang perkara seumpama ini sering berlaku, cuma kebanyakan pelanggan tidak mahu menghebahkannya kerana ia melibatkan jumlah yang kecil. Tetapi jika difikirkan, jumlah itu akan menjadi semakin besar bila ramai pengguna yang tertipu.

''Justeru, memberi denda sahaja tidak memadai kerana mereka mampu untuk membayarnya. Adalah lebih wajar pasar raya yang menipu pengguna ini diarah tutup dalam tempoh tertentu sebagai pengajaran," katanya di sini semalam.

Beliau mengulas tindakan sebuah pasar raya besar di sini yang memperdaya pengguna dengan mengenakan harga barang lebih tinggi daripada dipamerkan.

Dalam serbuan tengah hari semalam, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri turut merampas 40 bungkus serbuk kari ayam dan daging, 40 tin tomato puri dan 17 peket santan dari pasar raya berkenaan.

Timbalan Pengarahnya, M. Guna Selan berkata, hasil pemeriksaan dijalankan empat pegawai mendapati harga beberapa barang makanan dipamerkan tidak sama dengan jumlah yang dibayar pengguna dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana mempamerkan harga mengelirukan.

Katanya, jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun manakala bagi syarikat sendirian berhad atau berhad pula sebanyak RM250,000.

26

Page 28: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 02/12/2010

Pasar raya kena serbu

Oleh NURUL HUDA HASSAN [email protected]

PULAU PINANG 1 Dis. - Tindakan sebuah pasar raya besar di sini yang memperdaya pengguna dengan cara mengenakan harga barang lebih tinggi daripada dipamerkan, menerima padah apabila diserbu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari hasil maklumat awam itu, pasukan tersebut turut merampas 40 bungkus serbuk kari ayam dan daging, 40 tin tomato puri dan 17 peket santan di pasar raya terbabit untuk membantu siasatan.

Timbalan Pengarahnya, M. Guna Selan berkata, hasil pemeriksaan dijalankan empat pegawainya mendapati harga beberapa barangan makanan dipamerkan tidak sama dengan jumlah yang dibayar pengguna.

"Sebagai contoh, harga santan peket dipamerkan adalah RM10.99 tetapi apabila hendak bayar di kaunter pembeli terpaksa bayar RM11.29, begitu juga dengan serbuk kari ayam dan daging harga dipamer RM2.95 dan harga dibayar pula (RM3.19)," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada penyelia pasar raya itu berhubung kes yang disiasat mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana mempamerkan harga mengelirukan.

Katanya, jika disabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau tiga tahun penjara manakala bagi syarikat Sdn. Bhd. atau Bhd. pula sebanyak RM250,000.

"Serbuan seumpama itu kita pernah lakukan, namun seolah-olah ia tidak dipandang serius pihak berkenaan dan disebabkan itu, kita memberi amaran kepada semua terlibat supaya mematuhi undang-undang jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan.

"Pada masa sama, kita berharap mana-mana pengguna yang mempunyai maklumat atau menjadi mangsa perkara seumpama ini boleh laporkan kepada kementerian di talian bebas tol 1800 866 800," ujarnya.

27

Page 29: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 08/12/2009

Fenomena pasar raya halal

Oleh SITI AINIZA KAMSARI

HUJAN yang masih renyai dan petang yang semakin larut mungkin bukan cuaca dan keadaan yang sesuai bagi mengumumkan berita yang sebaik ini.

Namun bagi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Pak Aji dan Shamensi Sdn. Bhd. Hishammuddin Mohammad, beliau tidak perlu menunggu lebih lama lagi kecuali segera pada petang itu mengumumkan berita yang disifatkan tidak ubahnya sebagai satu pengisytiharan, perang!

SERAMAI 30,000 pengunjung memeriahkan Karnival Jualan Mega 2009 Jom Halal Pasar Raya Pak Aji yang berakhir Ahad lalu.

"Syarikat kini dalam usaha untuk membuka sebanyak 50 buah pasar raya Pak Aji Halal Fresh Mart sepanjang tahun hadapan dan sehingga tahun 2020 dijangka sebanyak 500 buah pasar raya seperti itu akan dibuka di seluruh negara," katanya dalam ucapan di Majlis Perasmian Karnival Jualan Mega 2009 Jom Halal Pasar Raya Pak Aji di Taman Tasik Permaisuri Bandar Tun Razak Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau mengisytiharkan perang tersebut kerana sudah kena pada masa dan ketikanya untuk memenuhi tuntutan hak umat Islam iaitu menikmati hanya produk-produk halal bagi membolehkan hidup mereka terjamin selamat di dunia dan akhirat kelak.

"Kita telah mempunyai pelbagai produk yang berkualiti malah isunya sebaik mana pun sesebuah produk itu termasuk mempunyai di bawah naungan label jenama antarabangsa dan terkenal tetapi jika tidak memenuhi standard dan mempunyai status halal, maka kita tidak dapat terima ia sebagai barangan yang berkualiti.

"Sebaliknya dianggarkan kita telah mempunyai lebih daripada 1,000 jenis produk-produk halal, daripada 200 hingga 300 para pembekal Muslim, kesemuanya telah memenuhi standard dan piawaian yang tinggi terutama status halal.

"Maka sudah tiba masanya umat Islam untuk beralih arah, kepada yang lebih baik!" katanya.

28

Page 30: Pengguna Bijak_2

Namun sayangnya, tidak dinafikan produk-produk tersebut sukar untuk menembusi pasaran yang ada!

"Lantaran itu Syarikat (Pak Aji Holdings) tidak sahaja rasa terpanggil malah mengambil tanggungjawab berat ini bagi memastikan produk-produk halal tersebut dapat dipasarkan dan seterusnya memenuhi tuntutan agama dan umat Islam," katanya.

Karnival yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek ini merupakan anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang kali ini diadakan untuk peringkat daerah Cheras dan ke 50 kali diadakan sepanjang tahun ini di seluruh negara.

Walaupun terdapat karnival jualan seumpama ini yang dianjurkan oleh pelbagai pihak, namun karnival anjuran Mara dengan kerjasama syarikat Pak Ali Holding jelas menampakkan perbezaan dan keunikan yang tersendiri. Sesuai dengan penubuhan MARA yang antara lain, untuk membantu para usahawan bumiputera dan Syarikat Pak Aji Holding yang berorientasikan kepada produk-produk halal dan 100 peratus Muslim maka karnival jualan yang mereka adakan tentunya amat memenuhi segala keperluan umat Islam terutama produk makanan, minuman, pakaian, kesihatan, dandanan sehinggalah kepada penggunaan baja tanaman dan perkhidmatan alat telekomunikasi.

Di karnival yang diadakan kali ini, pelbagai acara lain turut diadakan bagi menarik perhatian pengunjung yang datang.

Mereka tidak sahaja datang untuk mendapatkan pelbagai produk halal tetapi turut disajikan minda mereka dengan pelbagai acara yang bersifat ilmu. Ini termasuklah Forum Perdana yang dibarisi ahli panel terkenal seperti Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Razak Wan Ahmad, pendakwah-pendakwah bebas, Meeftah Anuar, Reduan Mohd. Nor dan Akhil Hayy.

Namun aspek hiburan juga tidak diketepikan, dengan satu Konsert: Eksklusif Mini Konsert Bersama Akhil Hayy turut diadakan pada karnival tersebut.

Turut diadakan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertunjukan Fesyen Kanak-kanak Busana Muslim, Kempen Derma Darah, Pertunjukkan Silap Mata dan sebagainya lagi menyebabkan beribu-ribu pengunjung tidak melepaskan peluang ke karnival ini.

Menurut Shamsuddin lagi, pembukaan pasar-pasar raya mini tersebut merupakan satu tindakan yang sangat berani perlu dilakukan. Di saat pembukaan begitu banyak pasar-pasar raya pasar raya hyper di hampir setiap daerah dan tempat serta kedai-kedai 24 jam beroperasi, maka sesetengah menyifatkan Pak Aji Holding itu sengaja menempah satu risiko yang besar.

29

Page 31: Pengguna Bijak_2

"Namun kita tidak ada pilihan, kita mesti bergerak ke hadapan dengan apa daya sekalipun, di tambah lagi banyak agensi-agensi yang sepatutnya membantu usahawan-usahawan baru dan hendak naik namun mereka begitu memilih.

"Mujur sahaja Mara masih begitu membantu, maka segala usaha antara kita dengan bantuan MARA ini sahajalah diharapkan dapat merealisasikan produk-produk halal agar mempunyai pasaran yang meluas dan mudah didapati dengan pembukaan Pak Aji Halal Fresh Mart ini kelak," kata Hishamuddin.

Walaupun disifatkan bagaikan anak seluang menodak laut, laut yang terbentang luas, namun Pak Aji Holding tidak menoleh ke belakang lagi kecuali menjayakan pelbagai produk Muslim sementelah 65 peratus pengguna di negara ini adalah terdiri daripada penduduk Islam.

"Jika dengan peratus besar tersebut begitu dikuasai oleh produk-produk yang diragui soal halal haram, bersih dan tidak bersih hama atau kuman, maka fikirkanlah kesannya kepada pertumbuhan fizikal dan mental umat Islam, ia pasti ada memberikan kesan kepada ketahanan umat itu sendiri," katanya.

Saingan

Tidak dinafikan, umat Islam di negara ini agak terkebelakang dalam bidang peruncitan, borong dan pemasaran.

Faktor saingan daripada peruncit-peruncit bangsa asing dan bukan Islam sememangnya menjadi penghalang, namun Shamsuddin sedar umat Islam semakin sedar soal kepentingan mendapatkan produk-produk yang halal.

"Walaupun ada gerakan-gerakan dan dakyah yang memburuk-burukkan produk halal sebagai tidak memenuhi standard kualiti, pembungkusan tidak menarik, harga yang mahal dan sebagainya namun umat Islam perlu disedarkan bahawa semua itu adalah dakyah semata.

"Sehingga mereka mendapatkan sendiri produk-produk tersebut maka mereka akan sedar, mereka telah tertipu selama ini," katanya.

Sebagaimana yang ditegaskan sendiri oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, menyedari kepentingan mengeluar dan memasarkan produk-produk Muslim ini sebagai satu tanggungjawab fardu kifayah terhadap umat Islam, Mara menjadi salah satu agensi kerajaan yang akan memastikan semua itu dapat dilaksanakan dengan baik.

30

Page 32: Pengguna Bijak_2

"Masyarakat Islam kita dahulunya adalah begitu kaya sebagai pedagang dan saudagar antarabangsa dan Islam begitu menekan sembilan daripada sumber rezeki adalah menerusi bidang perniagaan maka umat Islam hari ini tidak perlu ada sebarang halangan untuk menerokai bidang ini sehingga berjaya," kata Hassan Malek.

Berdasarkan rekod Mara dan penubuhan jabatan di dalamnya yang bertujuan untuk membantu para usahawan Bumiputera, Melayu dan Islam telah membelanjakan sehingga Julai lalu, hampir lebih daripada RM3.7 bilion untuk tujuan pembiayaan perniagaan.

"Di peringkat Mara Negeri Wilayah Persekutuan sahaja, lebih daripada 3,000 usahawan telah mendapat mendapat hasil dari bantuan pembiayaan Mara sebanyak RM157 juta.

"Sebahagiannya sebagai suntikan modal kepada para usahawan baru Bumiputera yang kita percaya pada hari ini telah menjadikan ramai di kalangan mereka sebagai jutawan dan tokoh-tokoh korporat yang terkenal," kata Hassan.

Apabila kita mengunjungi kedai pameran yang dimiliki oleh Pak Aji Holding di Karnival itu sendiri, tanpa di sangka kesemua produk-produk harian terutama makanan dan minuman daripada pelbagai pengeluar Muslim ada dijual di situ.

Sama ada daripada barangan runcit, sehinggalah kepada bekalan ayam, ikan, susu pekat isian manis, krimer dan susu formula bayi dijangka dapat memenuhi keperluan umat Islam.

Tidak syak lagi, bahawa kita tidak ada lagi alasan bahawa produk-produk Islam tidak memenuhi setiap inci keperluan tetapi sebenarnya telah lama ada dan malah mempunyai harga yang lebih kompetatif murah dan berkualiti tinggi.

Begitu juga apabila mengunjungi hampir 60 gerai pameran yang mengambil bahagian sepanjang tiga hari karnival itu berlangsung, sukar untuk dipercayai bahawa kita mempunyai segala-galanya.

Sama ada makanan yang diproses atau segar yang menjadi keperluan utama setiap hari ada pembekalnya dan ini menyebabkan kita sebagai umat Islam mahukan agar karnival seperti ini lebih banyak diadakan. Cawangan (outlet) pasar raya mini yang seratus peratus menjual keperluan Muslim perlu dibuka di banyak tempat serta pelbagai cara lain kaedah pemasaran perlu di kuasai oleh para usahawan.

Umat Islam sememangnya tidak perlu lagi tercari-cari. Demi untuk membina darah daging yang mengalir di dalamnya daripada bersumberkan bahan-bahan yang halal,

31

Page 33: Pengguna Bijak_2

suci dan bersih (halalan wa toyyibban), maka apa alasannya lagi untuk kita menghalang usaha-usaha murni seperti yang dilakukan oleh syarikat Pak Aji Holding ini.

Malah umat Islam itu sendiri perlu menyahut bagi menjayakannya dengan tanpa terlalu berkiblat kepada pasar-pasar raya besar walaupun konsep semuanya ada dalam satu tempat begitu menjadi pilihan utama kepada semua pengguna di negara ini.

ARKIB : 18/09/2009

Haramkan makanan GM

RAMAI pengguna di seluruh dunia memakan makanan yang dihasilkan daripada tanaman yang diubah suai secara genetik atau GM (genetically modified) secara tidak sengaja. Tidak ketinggalan di Malaysia, ramai di antara kita yang tidak tahu yang kita memakan makanan GM sebab makanan yang mengandungi ramuan GM juga dijual di sini.

Pengguna membelinya tanpa mengetahui hal sebenar kerana makanan dengan ramuan GM adalah tidak ketara, kecuali jika ia dijelaskan dalam label.

Makanan yang diimport oleh Malaysia merupakan pintu masuk makanan GM. Makanan untuk ternakan juga adalah pasaran besar bagi tanaman GM. Di kebanyakan negara, daging, hasil tenusu dan telur yang dihasilkan daripada haiwan ternakan yang diberi makanan GM tidak perlu dilabelkan kerana wujudnya kelemahan dalam undang-undang penglabelan makanan.

Ramuan GM juga banyak digunakan dalam makanan diproses, contohnya di Amerika Syarikat, di mana kebanyakan tanaman GM adalah ditanam. Ini adalah alasan kenapa kerajaan Malaysia mengalami tekanan untuk membatalkan penglabelan wajib bagi makanan dan produk GM semasa perundingan Perjanjian Perdagangan Bebas di antara Amerika Syarikat dan Malaysia kerana ia didakwa akan menghalang peluang pasaran bagi syarikat bioteknologi Amerika Syarikat.

Melalui makanan ternakan, GM juga memasuki rantaian makanan manusia. Di United Kingdom (UK), menurut kajian Soil Association, hampir semua susu, hasil tenusu dan khinzir di pasar raya UK adalah dihasilkan daripada haiwan yang diberi makanan tanaman GM dan semuanya tidak berlabel. Laporan 2007 ini mendapati 60 peratus daripada jagung dan 30 peratus daripada soya yang diberikan sebagai makanan lembu dan khinzir adalah yang diubah suai genetik.

Kenapakah kita sebagai pengguna harus was-was dengan makanan GM? Kejuruteraan genetik melibatkan pemindahan asid nukleik daripada satu konteks genetik ke yang lain,

32

Page 34: Pengguna Bijak_2

kerapnya dengan spesies lain atau secara kombinasi, dan ini adalah tidak wujud secara semula jadi. Perubahan genetik ini adalah amat berbeza daripada kaedah pembiakan tradisional.

Oleh kerana organisma hidup adalah amat kompleks, jurutera genetik tidak boleh meramalkan semua kesan daripada pengenalan perubahan genetik ini. Makanan yang diubah suai genetik diperkenalkan tanpa mengira risiko kepada kesihatan dan yang amat dibimbangkan adalah kesan buruknya tidak boleh dipulihkan semula.

Tanaman yang diubah suai genetik adalah ditanam dan dimakan oleh pengguna, walaupun kurang kajian saintifik mengenai risiko kepada kesihatan, kaedah mengkaji keselamatan adalah tidak memadai untuk menilai bahaya yang mungkin berlaku, ia mungkin membawa toksin yang tidak diketahui dan juga mampu meningkatkan risiko reaksi alahan.

Pada bulan Mei 2009, Akademi Perubatan Persekitaran Amerika (American Academy of Environmental Medicine - AAEM), sebuah persatuan antarabangsa berpusat di Amerika Syarikat menggesa satu moratorium ke atas makanan ubah suai genetik, menyatakan yang ia membawa kepada 'risiko kesihatan yang serius'.

AAEM merumuskan bahawa 'wujud lebih daripada perkaitan kasual di antara makanan GM dan kesan buruk kesihatan' dan 'makanan GM membawa risiko kesihatan serius dari segi toksikologi, alahan dan fungsi imun, kesihatan reproduktif, metabolik, fisiologi dan kesihatan genetik'.

Oleh kerana makanan GM membawa kepada risiko kesihatan serius, AAEM percaya bahawa kita perlu mengambil prinsip mencegah dan berhati-hati.

Di Malaysia, terdapat lima jenis transgenik yang telah diluluskan iaitu 'kacang soya Roundup Ready, jagung MON 810, jagung MON 863 dan jagung NK 603 untuk kegunaan sebagai makanan, untuk ternakan dan pemprosesan, serta juga protein membentuk ais yang dihasilkan daripada yis GM, yang digunakan dalam aiskrim. Kelima-lima ini telah diluluskan sebelum undang-undang bio-keselamatan wujud di Malaysia.

Kini kita mempunyai perlindungan undang-undang dengan adanya Akta Biokeselamatan 2007 (Akta 678), tetapi Akta ini masih belum dilaksanakan sepenuhnya kerana peraturan untuk perlaksanaan masih dalam bentuk draf.

Di samping kesan kepada kesihatan yang mungkin berlaku apabila kita memakan makanan GM, pengenalan tanaman GM yang toleran racun rumpai adalah dikaitkan

33

Page 35: Pengguna Bijak_2

dengan peningkatan penggunaan racun perosak. Ini membawa kepada kesan kesihatan berkaitan dengan residue racun perosak dalam makanan kita.

Bagaimanakah pengguna boleh membuat keputusan mengenai makanan GM memandangkan kita kurang mempunyai maklumat mengenai keselamatannya atau kewujudannya dalam makanan kita?

Daripada perspektif pengguna, penglabelan penuh yang wajib untuk makanan dan barangan GM adalah perlu agar pengguna boleh memilih sama ada hendak memakan makanan GM. Dengan penglabelan, pengguna boleh tahu ramuan, kandungan GM dalam makanan dan memberi amaran kepada yang mempunyai alahan atau bimbang tentang kesihatan mereka. Label juga akan membantu mengesan punca masalah kesihatan yang berbangkit daripada makanan GM ini.

Penglabelan mestilah diwajibkan untuk sebarang makanan, walaupun dengan satu ramuan GM; tidak kira peratusan kandungan GM; serta yang dihasilkan dengan organisma atau enzim yang diubah suai genetik. Penglabelan akan membantu pengguna memilih, khasnya dari segi pandangan agama, etika dan moral.

Makanan dan tanaman GM telah menunjukkan ada risiko kepada kesihatan manusia dan binatang, serta menyebabkan masalah sosio-ekonomi dan alam sekitar. Dengan adanya kaedah yang selamat untuk memenuhi keperluan makanan dunia pada masa kini dan akan datang, contohnya dengan pertanian organik yang mapan, tanaman GM adalah suatu risiko yang tidak diperlukan.

Sehubungan ini, kami menyeru kepada kerajaan Malaysia untuk mengharamkan semua makanan yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik, mengharamkan pengimportan makanan mengandungi ramuan GM dan membatalkan kelulusan yang diberikan kepada lima bahan transgenik di Malaysia. Selain daripada ini, semua kajian kejuruteraan genetik yang dijalankan perlu dibatalkan dan bahan kajian adalah dilupuskan dengan selamat untuk mencegah sebarang kontaminasi.

S.M. MOHAMED IDRIS

Presiden Persatuan

Pengguna Pulau Pinang

34

Page 36: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 14/06/2010

Senarai hitam pengusaha produk yang terlibat

KITA berasa sedih bila berulang kali isu halal haram makanan buat umat Islam dianggap enteng oleh para peniaga dan pengilang produk makanan bukan Islam. Mereka tidak langsung ingin memahami dan belajar apa yang dikatakan halal dan penting buat umat Islam. Ia umpama negara Israel yang diboikot oleh negara Islam, tetapi masih boleh menjalankan perniagaan dengan negara tersebut kerana banyak cara termasuk penipuan boleh dilakukan kerana penyeliaan dan kawalan negara-negara Islam amat lemah. Malah di dalam banyak perkara, duit dapat memudahkan cara kerana yang memegang jawatan penyeliaan bekerja bukan kerana agama.

Kelmarin tersiar berita di dalam akhbar Utusan Malaysia tentang tindakan pemilik kilang bukan Islam menyimpan produk makanan halal dan haram di dalam peti sejuk yang sama. Ia sekali gus membuktikan betapa rendahnya pemahaman tauke tersebut tentang isu halal haram, padahal apabila sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dikeluarkan, perkara-perkara tersebut telah dijelaskan.

Jika umat Islam membiarkan pemantauan dan penguatkuasaan hanya dilakukan oleh Bahagian Hab Halal Jakim, maka kita akan mengambil masa yang lama untuk memberi kesan kerana pihak lain yang mengamalkan perkara yang sama dan masih menunggu bila giliran mereka. Ini kerana badan tersebut mempunyai kakitangan yang terhad dan bila ada syarikat dikenakan tindakan, mereka hanya perlu bayar saman sahaja.

Selepas segalanya selesai, orang ramai mudah melupakannya. Selain itu, umat Islam juga tidak mempunyai tempat untuk menyemak senarai peniaga dan pengilang yang tidak boleh kita berurusan di dalam membeli produk halal. Umat Islam begitu mudah diperlekehkan walaupun mereka adalah majoriti penduduk negara ini dan mempunyai kuasa beli yang tinggi. Kita mempunyai kuasa untuk bertindak atas dasar kita yang akan membeli atau tidak, tetapi kita tidak bersatu untuk menggunakan hak kita dan mengajar mereka yang sengaja tidak mahu faham.

Sebenarnya, kita mempunyai pengeluar-pengeluar makanan yang kita tidak perlu was-was tetapi kita tidak membeli daripada mereka dan membantu mereka untuk lebih maju. Syarikat-syarikat milik bumiputera itu boleh menambah bilangan produk-produk halal di pasaran, jadi kita tidak perlulah bergantung kepada peniaga dan pengilang bukan Islam.

Jika pihak bank berjaya menyekat peminjam melalui sistem CTOS, mengapa umat Islam tidak dapat menyenaraikan produk-produk dari syarikat-syarikat dan peniaga-peniaga yang mempermainkan umat Islam melalui produk dan penyediaan makanan yang tidak

35

Page 37: Pengguna Bijak_2

halal. Kita sendiri perlu menyenaraihitamkan mana-mana pengeluar dan peniaga yang menyalahi ketetapan halal terutama mereka yang mempermainkan label halal Jakim.

Nama mereka akan berada di dalam Carta Senarai Hitam sehingga mereka membuat pembetulan dan meminta maaf kepada umat Islam tentang kesilapan mereka. Ini penting kerana umat Islam telah ditipu untuk memakan sesuatu yang tidak halal tanpa pengetahuan mereka.

Carta Was-was juga perlu diperkenalkan untuk dibuat penyelidikan dan bagi pihak yang terlibat dalam menghasilkan produk atau barangan keperluan pengguna, mereka boleh tampil untuk membuat pembetulan jika berlaku kesilapan. Tentu sekali perlu ada penyeliaan daripada pihak undang-undang bagi mengelakkan penganiayaan. Sebenarnya pada zaman siber ini, laluan Internet dapat digunakan untuk menyebarkan maklumat dengan cepat dan efektif. Perlu ada pihak yang menggembeling data-data di dalam web-web tertentu yang mudah diikuti ramai. Mungkin Jakim boleh mengendalikannya dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dalam memberi informasi tentang mana-mana pemerosesan, pekilang, peniaga serta restoran-restoran yang disangsikan ketelusan halal produk mereka.

Ini dapat memudahkan pihak Jakim bertindak tanpa membuang masa dan tenaga kakitangan mereka. Web-web halal yang dikendalikan itu juga dapat membantu pengeluar serta peniaga-peniaga Islam memasarkan produk mereka serta tempat-tempat yang boleh didapati. Tentulah ia dapat membantu kita memilih apa yang harus dibeli nanti. Umat Islam perlu bertindak dengan kelebihan yang mereka ada agar tidak dipermainkan oleh pengusaha bukan Islam.

SHARUPIDIN CHE ABDULLAH

Shah Alam, Selangor

36

Page 38: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 24/07/2008

2,873 sampel makanan langgar peraturan

KUALA LUMPUR 23 Julai - Sebanyak 2,837 daripada 59,352 sampel makanan yang diperiksa Kementerian Kesihatan pada tahun 2007 didapati melanggar Akta Makanan 1983.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kesalahan itu antaranya meliputi aspek pelabelan, bahan pengawet, bahan pewarna, sisa racun perosak, cemaran logam dan bahan pemanis tanpa zat.

"Pada tahun 2007, daripada 26 kategori makanan yang diperiksa, terdapat 10 kategori makanan didapati tidak mematuhi peraturan antaranya bijirin, kanji, ikan, sayur-sayuran dan buah- buahan.

"Kategori seterusnya pula ialah minuman ringan, daging, konfeksi, garam dan rempah, cuka, sos, cakni dan jeruk," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan Senator Datuk Lee Sing Chooi pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Abdul Latif berkata, bermula bulan Januari hingga Mei 2008 pula, sebanyak 39 daripada 27,362 sampel makanan yang diperiksa didapati gagal mematuhi akta itu.

Katanya, dalam tempoh itu, hanya enam kategori makanan sahaja yang didapati gagal dalam pemeriksaan.

"Kategori makanan itu antaranya ialah ikan, sayur-sayuran, kekeras , cuka, sos, cakni, jeruk dan susu kocak," katanya.

37

Page 39: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 11/06/2008

Tanggungjawab rakyat sejahterakan ekonomi

Persoalan di sebalik daya usaha bersungguh jemaah Menteri dan pimpinan kerajaan mencari formula, strategi dan kaedah terbaik untuk mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan harga kos minyak sedunia dan pertambahan dalam perbelanjaan bagi barangan makanan, apa pula peranan rakyat?

Bagaimana dengan sifat tanggungjawab dan patriotisme yang tinggi rakyat sebagai antara pemegang saham utama dan penentu kestabilan negara ini patut juga memainkan peranan yang lebih besar.

Peranan pertama haruslah dimulai dengan keinsafan diri dan kurangkan sikap merungut. Mengaku bahawa kos sara hi- dup di Malaysia antara yang masih mu- rah dan kompetitif.

Ketahui dan sedarlah terlampau banyak elemen subsidi diberikan dalam sektor dan biaya pendidikan, kesihatan, pengang- kutan dan bermacam sektor ekonomi lain termasuk pertanian sehinggakan subsidi yang sepatutnya berperanan meningkatkan produktiviti dan kecekapan dijadikan alasan untuk rakyat bersikap lemah, meng- harap dan kurang kreatif dalam menghadapi sebarang suasana tidak menentu ekonomi dunia, yang kesannya pasti dirasai oleh ekonomi setempat.

Ini disebabkan Malaysia adalah negara perdagangan yang sudah pasti interaksi dalam soal import eksport barangan akan memberi kesan kepada perjalanan ekonomi dalam negara.

Dengan kos utiliti yang juga kompetitif dan masih murah serta peluang penjanaan pendapatan yang pelbagai, sehinggakan barangan buruk, lusuh dan lama pun boleh ditukar kepada wang tunai. Bermakna di sebalik pengorbanan dan sikap kepimpinan negara yang berikhtiar dengan pelbagai cara serta kaedah, rakyat juga haruslah mampu membentuk ekonomi kendiri.

Misalnya sayuran kegunaan seharian boleh dirumuskan dengan minat dan ke- sedaran untuk bertani di kawasan lapang halaman rumah.

Mengelakkan pembaziran bagi sebarang perbelanjaan yang tidak perlu serta menjauhi daripada membeli barangan mewah. Merumus dan mencari ruang tambahan pendapatan misalnya dalam sektor seperti ICT dan teknologi berasaskan pengetahuan.

38

Page 40: Pengguna Bijak_2

Menabung 10 peratus daripada sebarang tambahan pendapatan atau pendapatan tetap bulanan. Mematikan langsung tabiat dan amalan hidup kurang sihat yang ditegah agama dan mampu merosakkan sistem kehidupan seperti amalan pengambilan bahan tembakau, merokok, alkohol dan dadah.

Mengutamakan dan memilih pengangkutan awam sebagai pilihan ke tempat kerja, mengurangkan pengambilan berlebihan makanan yang terlebih diproses, punyai kandungan gula yang tinggi serta, tahap kandungan pewarna dan perisan tiruan agar kos sosial lain seperti penjagaan kesihatan dapat dikurangkan.

Menumpukan pelancongan dengan melawat banyak lagi tempat menarik da- lam negara sebagai pilihan percutian se- keluarga.

Mengurangkan atau menamatkan lang- sung tabiat bermegah membeli barangan import yang akan menyumbang kepada peningkatan indeks inflasi dan Indeks Harga Pengguna.

Menambahkan senarai barangan ganti agar tumpuan kepada sesuatu barangan berjenama yang mahal dapat diganti oleh barangan lain yang fungsinya hampir sa- ma, sebagai contoh tidak salah menggunakan sabun pencuci keluaran tempatan berbanding yang dikeluarkan oleh MNC antarabangsa.

Ini adalah sekelumit contoh bagaimana kesedaran pengguna dapat ditingkatkan di kalangan rakyat. Apa yang lebih penting dalam menghadapi krisis sedunia berhubung kenaikan harga minyak dan kos bahan makanan ini, diharapkan rakyat mampu mencari alternatif, bertindak sebagai pengeluar walaupun di tahap kecil-kecilan, menentukan hala tuju pengurusan ekonomi kendiri agar kita tidak terlalu menjadi masyarakat yang hanya tahu mengguna dan mengharap pada apa yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Dengan langkah-langkah proaktif yang diambil bagi menjayakan ekonomi kendiri, penulis yakin setiap rakyat yang pu- nyai perasaan patriotisme dan nasionalisme yang tinggi akan sama-sama menyumbang untuk bergading bahu dengan kerajaan sedia ada bagi membebaskan negara ini dari belenggu krisis ekonomi yang kian kuat mencengkam.

Sobri Sudin

Felo Unit Ekonomi dan Politik, Yayasan Sumber Maklumat, Kuala Lumpur.

39

Page 41: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 28/03/2008

Haram guna Rhodamine B dalam belacan

KUALA LUMPUR 27 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengharamkan penggunaan bahan pewarna Rhodamine B dalam belacan yang boleh menyebabkan penyakit barah atau karsinogen.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Noraini Mohd. Othman berkata, penjualan dan penyediaan makanan yang mengandungi Rhodamine B adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983.

Katanya, jika sabit kesalahan, peniaga atau pengeluar boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Noraini menambah, bagi pelanggaran yang melibatkan belacan yang diimport, produk tersebut akan disenarai hitamkan serta pengimportan seterusnya adalah tertakluk kepada prosedur ‘Tahan, Uji dan Lepas’.

‘‘Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas semua makanan di bawah Program Keselamatan dan Kualiti Makanan sama ada ia diimport atau disediakan dalam negara ini.

‘‘Bagi menangani masalah melibatkan pembuatan belacan, kementerian juga telah melancarkan satu Operasi Khas Belacan pada bulan ini yang melibatkan pengambilan sampel belacan dan pemeriksaan premis belacan di seluruh negara,’’ katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut Noraini, bagi tahun 2007, denda sebanyak RM300 dikutip melalui operasi yang sama berbanding RM800 pada tahun 2006 dan RM4,408.10 pada tahun 2005.

Katanya, penumpuan aktiviti penguatkuasaan bagi menjamin keselamatan makanan tidak hanya terhad kepada belacan sahaja sebaliknya melibatkan pelbagai jenis makanan.

Beliau berkata, keprihatinan pelbagai pihak termasuk persatuan pengguna amat diharapkan untuk menyalurkan maklumat lengkap beserta nama dan alamat pengilang yang disyaki menyalahi kehendak perundangan makanan kepada KKM atau Jabatan Kesihatan Negeri supaya tindakan segera dapat dilakukan.

40

Page 42: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 27/03/2008

Pewarna Rhodamine B dalam belacan dilarang

27/03/2008 2:44pm oleh RASHIDAH ABD. RAHIM

KUALA LUMPUR 27 Mac - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan penggunaan bahan pewarna Rhodamine B dalam makanan adalah dilarang di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Menurut KKM, kajian menunjukkan pewarna tersebut boleh memudaratkan kesihatan dan mempunyai potensi untuk menyebabkan penyakit barah.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM, Noraini Mohd. Othman berkata, penjualan dan penyediaan makanan yang mengandungi Rhodamine B adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983.

Katanya, jika sabit kesalahan, peniaga atau pengeluar boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Noraini menambah, bagi pelanggaran yang melibatkan belacan yang diimport, produk tersebut akan disenaraihitamkan serta pengimportan seterusnya adalah tertakluk kepada prosedur `Tahan, Uji dan Lepas’.

``KKM sentiasa menjalankan pemantauan ke atas semua makanan di bawah Program Keselamatan dan Kualiti Makanan sama ada ia diimport atau disediakan dalam negara ini.

``Bagi menangani masalah melibatkan pembuatan belacan, KMM juga telah melancarkan satu Operasi Khas Belacan pada bulan ini yang melibatkan pengambilan sampel belacan dan pemeriksaan premis belacan di seluruh negara,’’katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Noraini, bagi tahun 2007, denda sebanyak RM300 dikutip melalui operasi yang sama berbanding RM800 pada tahun 2006 dan RM4408.10 pada tahun 2005.

Jelasnya, penumpuan aktiviti penguatkuasaan bagi menjamin keselamatan makanan tidak hanya terhad kepada belacan sahaja sebaliknya melibatkan pelbagai jenis makanan.

41

Page 43: Pengguna Bijak_2

Justeru, beliau mengharapkan keprihatinan pelbagai pihak termasuk persatuan pengguna untuk menyalurkan maklumat lengkap berserta nama dan alamat pengilang yang disyaki menyalahi kehendak perundangan makanan kepada KKM atau Jabatan Kesihatan Negeri supaya tindakan segera dapat dilakukan.

ARKIB : 30/01/2008

Produk belacan guna logo halal palsu

MELAKA 29 Jan. – Sebuah kilang memproses belacan dan cencaluk di Taman Merdeka di sini dikesan memperdaya pengguna dengan menggunakan logo halal tanpa kebenaran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Selain cencalok dan belacan, terdapat lebih 10 produk lain kilang tersebut iaitu budu, gula-gula, coklat dan kek durian keluarannya turut menggunakan logo halal palsu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAIM, Shafiee Abd. Wahab memberitahu, kilang yang beroperasi sejak dua tahun lalu itu pernah diserbu pada awal tahun lepas atas kesalahan sama.

‘‘Kilang ini juga tidak pernah memohon untuk mendapatkan sijil halal daripada JAIM atau Jakim.

‘‘Sebaliknya kilang ini didapati meletakkan logo halal JAIM dan Jakim tanpa kebenaran pada produk-produk keluarannya,” katanya kepada pemberita selepas melakukan serbuan bersepadu di kilang tersebut di sini hari ini.

Dalam serbuan bersepadu melibatkan pihak JAIM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Jabatan Kesihatan itu, sejumlah 600 unit belacan, cencaluk dan lain-lain produk yang mempunyai pelekat logo halal dirampas

Katanya lagi, produk keluaran kilang yang menggunakan logo halal itu dipercayai dipasarkan di sekitar Melaka dan Singapura.

“Taktik menggunakan logo halal tanpa kebenaran ini dipercayai dilakukan pengusaha kilang tersebut bagi menarik lebih ramai pelanggan terutamanya umat Islam membeli produk berkenaan,’’ katanya.

Pengilang akan disiasat di bawah Seksyen 15, Akta Perihal Perdagangan 1972 iaitu menggunakan logo halal tanpa kebenaran.

42

Page 44: Pengguna Bijak_2

Jika sabit kesalahan untuk individu, pesalah boleh dikenakan denda RM100,000 dan tiga tahun penjara, manakala bagi sesebuah syarikat pula boleh didenda RM250,000.

Utusan Malaysia difahamkan, selain kesalahan menggunakan logo halal tanpa kebenaran, kilang itu juga dikesan menggunakan pewarna yang tidak dibenarkan untuk makanan pada belacan.

43

Page 45: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 08/09/2008

Bekalan makanan untuk musim perayaan mencukupi - Shahrir

08/09/2008 6:59pm

PUTRAJAYA 8 Sept. — Bakalan makanan, termasuk ayam pada musim perayaan ini adalah mencukupi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Beliau yang memberi jaminan itu hari ini berkata kepastian itu diperoleh setelah mengadakan pertemuan dengan penternak, pengilang dan pengusaha bekalan makanan itu di sini hari ini.

Agensi kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Bahagian Kawalselia Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga memberi jaminan yang sama, katanya.

“Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani misalnya telah keluarkan lesen pengimport kepada 16 syarikat dengan jumlah pengimportan sebanyak 20,000 tan ayam proses, bukan sahaja untuk menyambut raya, tetapi juga Deepavali,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan itu.

Shahrir berkata bekalan yang mencukupi itu juga bakal membantu mengelakkan sebarang kenaikan harga barangan berkenaan.

“Biasanya bila permintaan bertambah harga akan naik. Sebab itu dari awal kita rencanakan dan ambil langkah mencukupkan bekalan. Bila bekalan cukup maknanya tiada sebab mengapa harga patut dinaikkan,” katanya.

Shahrir berkata Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) akan dimulakan pada 24 Sept hingga 8 Okt dan dan dalam tempoh itu sebanyak 17 jenis barangan terpilih termasuk ayam dan daging akan ditetapkan harga jualannya di peringkat borong dan runcit.

Barangan lain ialah ikan kembung tempatan, telur, kubis bulat import (tidak termasuk kubis Beijing), cili merah, kelapa parut, bawang merah kecil (India), tomato, ikan bawal putih dan udang putih besar, katanya.

44

Page 46: Pengguna Bijak_2

Beliau yang tidak menafikan terdapat permintaan untuk menaikkan harga siling barangan kawalan itu, berkata harga barang-barang berkenaan akan diumum minggu depan dengan mengambil kira permintaan dan pandangan semua pihak termasuk pengguna.

“Barang-barang kawalan yang tertakluk di bawah SKHMP ini nanti dijual dengan menggunakan tanda harga berwarna merah jambu untuk dibezakan dengan barang-barang lain,” katanya.

Mengulas mengenai tempoh yang lebih singkat berbanding 39 hari tahun lepas, Shahrir berkata ia akan lebih memudahkan semua pihak iaitu peniaga, pembekal, dan pengguna.

Selain itu katanya, sebanyak 25 jenis barang akan diwartakan sebagai barang kawalan semasa musim perayaan bagi tempoh 10 bulan, mulai Rabu ini hingga 9 Jun depan bagi membolehkan kementerian menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dan mendapatkan status bekalan barang-barang berkenaan di pasaran.

— BERNAMA

45

Page 47: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 30/07/2008

Hidup senang dengan hasil timun

KUALA SELANGOR 29 Julai - Tidak mudah menyerah kalah dan kuat semangat merupakan kunci kejayaan, Nurwahidah Hambali, 28, pengusaha muda yang kini hidup selesa dengan hasil dari ladang timun seluas 0.6 hektar miliknya.

Menurut graduan Institut Pertanian Semenanjung Malaysia itu, jika semangatnya tidak kuat, pasti ladang timun yang diusahakan sejak empat tahun lalu dan kini memberi pendapatan sehingga RM5,000 sebulan, telah lama berkubur.

Ini kerana, kata Nurwahidah, pada tahun pertama dia mengusahakan ladang timun tersebut, beliau mengalami kerugian besar akibat pokok timunnya tidak menjadi.

Namun, berkat kesabaran dan sokongan suaminya, Norhisham Ramlan, 35, ibu kepada dua anak ini meneruskan tanaman timunnya di samping mengikuti kursus-kursus tambahan bagi menambahkan ilmu dan pengalaman.

NURWAHIDAH Hambali (kiri) dibantu oleh pekerjanya membungkus timun yang dipetik untuk dipasarkan.

Akhirnya, dia bangkit semula dan kini berjaya mendapat hasil yang sememangnya lumayan sehingga terpaksa mendapat bantuan empat pekerja kerana tidak cukup tangan untuk mengerjakan ladang sendirian.

"Kini bagi mendapatkan hasil tanaman yang lebih banyak dan bermutu, saya menggunakan kaedah tanaman fertigasi iaitu penanaman di bawah satu bumbung dengan permulaan 4,000 beg.

"Saya juga masih meneruskan tanaman timun di atas tanah," kata beliau ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Ditanya mengapa beliau memilih menanam timun sebagai punca rezekinya, Nurwahidah berkata, timun kini mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan harga ladangnya juga menguntungkan iaitu RM1 hingga RM1.30 sekilogram.

46

Page 48: Pengguna Bijak_2

Tambahnya, penjagaan tanaman timun juga tidak terlalu rumit kerana apa yang penting ialah benih yang baik, dibaja seminggu sekali, disiram dua kali sehari dan dikawal dari serangga perosak.

"Selepas satu musim atau 65 hari, 15 tan timun sudah boleh dipetik secara berperingkat-peringkat setiap hari untuk dipasarkan.

"Perlu diingat, timun seelok-eloknya dipetik pada sebelah pagi bagi menjamin kesegarannya," tambahnya lagi.

Ujar Nurwahidah, dia menjual 60 peratus hasil timunnya kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang datang mengambil timun di kebunnya enam kali seminggu.

Sebahagian lagi hasil tanaman timun itu, katanya, akan dijual di pasar atau kedai runcit di sekitar Kuala Selangor.

Dia berhasrat meluaskan projek timunnya kepada 1.2 hektar pada masa depan bagi meningkatkan hasil pengeluaran dan memenuhi permintaan di pasaran.

"Bagi tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, saya melihat bekalan makanan mentah akan berkurangan berikutan krisis ekonomi sejagat.

"Jadi saya berharap dapat membantu dengan hasil tanaman saya ketika itu," katanya yang juga menanam cili padi, cili merah dan selepas ini bakal memulakan tanaman tembikai wangi pula.

47

Page 49: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 24/10/2009

1Malaysia, Kemakmuran Bersama

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang bertajuk "Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2010 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu" dibaca bagi kali kedua.

Alhamdulillah, dipanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat saya membentangkan Bajet 2010 di Dewan mulia ini. Sesungguhnya bajet ini merupakan bajet sulung saya sejak memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Suka saya memulakan bajet pertama ini dengan membacakan firman Allah SWT dalam surah Al-Zukhruf, ayat ke 32 yang bermaksud: "Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan rahmat Tuhanmu wahai Muhammad? Kami telah menentukan antara mereka segala keperluan hidup di dunia ini dan Kami juga telah meninggikan darjat sesetengah mereka melebihi sesetengah yang lain, semuanya ini supaya sebahagian daripada mereka mendapat kemudahan menjalani kehidupan daripada sebahagian yang lain".

Beriktibar daripada ayat itu, sebagai pihak pemerintah yang diberi amanah, kerajaan memikul tanggungjawab besar untuk memastikan hasil negara dapat dinikmati oleh seluruh rakyat secara adil dan saksama.

Sekalipun Bajet 2010 ini merupakan bajet terakhir untuk tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), tetapi ia amat penting sebagai asas pembentukan model ekonomi baru dan pembuka tirai kepada RMK-10.

Kini, negara berada di kedudukan kritikal sama ada untuk terus terperangkap dalam kelompok negara berpendapatan sederhana atau memilih untuk melonjak sebagai ekonomi pendapatan tinggi. Lantaran itu, kita perlu menjadi negara pelaku perubahan dan pencipta penyelesaian dalam mengharungi saat-saat paling mencabar iktisad global.

Kita telah berjaya melakukan transformasi ekonomi berasaskan pertanian kepada perindustrian. Kini kita akan beranjak kepada satu bentuk model ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi.

Inovasi merupakan agenda utama negara. Kerajaan akan mentransformasikan Malaysia melalui proses inovasi yang menyeluruh. Merangkumi inovasi tadbir urus dalam sektor awam dan swasta, inovasi dalam kemasyarakatan (societal innovation), inovasi bandar, inovasi desa, korporat, industri, pendidikan, penjagaan kesihatan, pengangkutan,

48

Page 50: Pengguna Bijak_2

jaringan keselamatan sosial dan inovasi penjenamaan. Sebahagian daripada proses inovasi ini sedang dilaksanakan melalui pelbagai prakarsa seperti Gagasan 1Malaysia, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Penunjuk Prestasi Utama (KPI), model ekonomi baru dan pengwujudan PEMUDAH, PEMANDU dan NEAC. Kerajaan amat komited dan serius untuk melakukan total innovation untuk membawa negara ke tahap ekonomi lebih maju. Innovative Leadership for 1United, Innovative Malaysia.

Saya mengambil beberapa langkah penting bagi merangsang ekonomi demi menjamin kesejahteraan rakyat iaitu:

i. Memperkenalkan Gagasan 1Malaysia: "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan";

ii. Meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan dan kewangan;

iii. Melaksanakan NKRA dan KPI; memansuh garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing dan menubuhkan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS);

iiii. Melaksanakan program untuk meringankan beban rakyat termasuk Program Perumahan Rakyat dan infrastruktur luar bandar;

v. Melancarkan Amanah Saham 1Malaysia untuk menggalakkan pelaburan dan meningkatkan pendapatan.

Saya telah mengumumkan KPI anggota perkhidmatan awam. Ia merupakan langkah besar yang belum pernah diambil oleh mana-mana negara.

Bagi mencapai matlamat KPI dengan lebih berkesan, saya mengumumkan enam NKRA iaitu mengurangkan kadar jenayah; memerangi rasuah; meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkat taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; serta menambah baik pengangkutan awam.

PRESTASI EKONOMI

Ekonomi Malaysia merupakan sebuah ekonomi terbuka, di mana jumlah dagangan lebih kurang 200 peratus daripada KDNK. Oleh itu, ia terdedah kepada ketidaktentuan perdagangan luar dan aliran modal antarabangsa. Natijah daripada krisis global, eksport negara merosot sebanyak 23.4 peratus dalam tempoh separuh pertama tahun 2009 berbanding peningkatan 15.5 peratus dalam tempoh yang sama tahun lepas. Indeks pengeluaran perindustrian pula merosot kepada 12.7 peratus berbanding peningkatan

49

Page 51: Pengguna Bijak_2

3.3 peratus. Manakala, jumlah bersih pelaburan langsung asing berkurangan kepada RM3.6 bilion berbanding RM19.7 bilion bagi tempoh sama.

Sebagai langkah proaktif, kerajaan telah bertindak pantas dengan melaksanakan dua Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM67 bilion. Pakej ini merupakan antara yang terbesar dan komprehensif daripada segi jumlah dan liputan berbanding negara lain. Pelaksanaannya berjaya mengelakkan negara daripada terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi yang lebih teruk. Sehingga 16 Oktober 2009, lebih 48,000 projek telah siap dan hampir 40,000 projek sedang dilaksanakan. Alhamdulillah, saya ingin maklumkan, secara keseluruhannya kesemua pelaksanaan pakej rangsangan adalah mengikut jadual.

Tanda-tanda pemulihan ekonomi telah mula dilihat melalui tindakan proaktif kerajaan. KDNK suku kedua 2009 menguncup dengan lebih perlahan pada kadar negatif 3.9 peratus berbanding suku pertama pada kadar negatif 6.2 peratus. Prestasi baik ini disokong oleh kecergasan sektor pembinaan yang berkembang 2.8 peratus pada suku kedua hasil pelaksanaan projek di bawah pakej rangsangan. Sektor pertanian dan perkhidmatan mencatat pertumbuhan 0.3 dan 1.6 peratus. Perbelanjaan penggunaan swasta pula kembali meningkat sebanyak 0.5 peratus berikutan bertambahnya keyakinan sektor isi rumah dan sentimen pasaran buruh yang lebih baik.

Seperti yang diunjurkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF pada 1 Oktober, ekonomi dunia tahun 2009 menguncup pada kadar lebih rendah iaitu negatif 1.1 peratus berbanding negatif 1.4 peratus semasa anggaran dibuat pada Julai tahun ini. Bagi tahun 2010 pula, ekonomi dunia dijangka kembali berkembang pada kadar 3.1 peratus. Perdagangan dunia pula, dijangka mencatat negatif 11.9 peratus pada 2009 dan kembali pulih 2.5 peratus pada 2010. Mengambil kira perkembangan ekonomi dan perdagangan dunia serta persekitaran ekonomi domestik yang lebih baik, KDNK bagi 2009 diunjurkan negatif 3 peratus - lebih baik daripada anggaran awal antara negatif 4 hingga negatif 5 peratus pada 28 Mei 2009.

Menjelang tahun depan, ekonomi negara dijangka kembali pulih dan cergas. Bagi tahun 2010, ekonomi dijangka berkembang kepada 2 hingga 3 peratus. Semua sektor ekonomi dijangka mencatat pertumbuhan positif iaitu sektor perlombongan 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus dan pembinaan 3.2 peratus. Sektor perkhidmatan kekal menjadi penggerak utama, berkembang 3.6 peratus. Pertumbuhan ekonomi ini juga didorong oleh penggunaan swasta 2.9 peratus dan pelaburan swasta yang kembali pulih 3.4 peratus.

Di samping itu, peningkatan semula eksport sebanyak 3.5 peratus, dianggar turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kadar inflasi kekal rendah antara 1.5 hingga 2.5 peratus. Kadar pengangguran rendah di bawah 4 peratus. Pendapatan

50

Page 52: Pengguna Bijak_2

per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661. Pendapatan daripada segi pariti kuasa beli meningkat kepada AS$13,177.

STRATEGI BAJET 2010

Bajet 2010 akan menjadi asas kepada pembentukan model ekonomi baru dan penggubalan RMK-10. Selaras dengan Gagasan 1Malaysia, fokus Bajet kali ini akan mendahulukan kesejahteraan rakyat dan mengutamakan pencapaian matlamat NKRA. Bajet ini juga memberi penekanan kepada usaha melonjakkan peranan sektor swasta sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi, membangunkan modal insan berkemahiran tinggi dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam. Bertemakan "1MALAYSIA, KEMAKMURAN BERSAMA" Bajet ini bertumpu kepada 3 strategi berikut:

Pertama: Memacu Negara ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi;

Kedua: Memastikan Pembangunan Holistik Dan Mapan; dan

Ketiga: Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat.

STRATEGI PERTAMA: MEMACU NEGARA KE ARAH EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI

Kerajaan akan mengambil pendekatan baru berpaksikan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi. Langkah ini akan meningkatkan pendapatan per kapita rakyat lebih dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun akan datang.

MENINGKATKAN PELABURAN SWASTA

Sektor swasta pernah menerajui pertumbuhan ekonomi. Sumbangan pelaburannya mencecah 30 peratus daripada KDNK. Namun, keadaan ini berubah sejak krisis kewangan Asia 1997/98. Kini, pelaburan swasta menyusut ketara di bawah 10 peratus daripada KDNK. Pelaburan langsung domestik berkurangan daripada RM72 bilion pada 1997 kepada RM56 bilion pada 2008.

Oleh itu, sumbangan sektor swasta dalam memacu ekonomi perlu diperkasakan kembali. Kerajaan akan memberi keutamaan kepada usaha meningkatkan pelaburan domestik dan menggalakkan syarikat kita di luar negara membawa balik keuntungan untuk melabur semula di sini. Negara menghadapi persaingan sengit dari negara serantau untuk menarik pelaburan asing yang terhad. Dengan itu, langkah-langkah agresif dan inovatif akan segera diambil bagi menambat dan meningkatkan semula kemasukan pelaburan.

51

Page 53: Pengguna Bijak_2

Menyediakan Persekitaran Mesra Perniagaan

Kerajaan akan menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif melalui perubahan struktur menjadi sebuah ekonomi berorientasikan pasaran. Ke arah ini, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memudahkan urusan pendaftaran perniagaan dan mempercepatkan pengeluaran Perintah Pembangunan. Dua buah Mahkamah Baru Bahagian Dagang juga ditubuhkan oleh Kerajaan dalam usaha mempercepatkan pelupusan kes-kes dagang dan memendekkan tempoh masa penyelesaian kepada sembilan bulan sahaja.

Memenuhi maksud sistem penyampaian yang efektif, individu dan syarikat kini hanya perlu menggunakan nombor rujukan tunggal. Maknanya tidak perlu lagi bersusah payah menghafal pelbagai nombor rujukan yang kadang kala mengelirukan dalam urusan seharian di pejabat-pejabat kerajaan. Perkara ini sudah dimudahkan. Bagi individu, ia dikenali sebagai MyID menggunakan nombor MyKad. Bagi syarikat, MyCoID dengan menggunakan nombor pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Kedua-dua inisiatif ini diperkenalkan pada 1 September 2009. Pada peringkat awal, MyID digunakan di Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). MyCoID pula, digunakan di LHDN, KWSP, Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan SOCSO. Penggunaan MyID dan MyCoID ini akan diperluaskan kepada agensi kerajaan lain secara berperingkat mulai awal 2010.

Usaha gigih untuk menarik individu berbakat dan berkemahiran tinggi dari negara luar adalah kritikal. Untuk ini, kerajaan akan mempermudah pelaksanaan program pemberian Taraf Pemastautin Tetap (PR) kepada individu berbakat dan berkemahiran tinggi bagi mempercepatkan pemindahan teknologi dan proses transformasi. Selain itu, kini ahli keluarga ekspatriat yang masih berada di bawah tanggungan akan diberi visa secara automatik dalam tempoh 14 hari sahaja. Dengan itu juga, kemudahan PR akan dipanjangkan kepada lelaki warga asing yang berkahwin dengan wanita warga Malaysia seperti yang diberikan kepada wanita warga asing.

Persekitaran mesra perniagaan juga menuntut bekalan elektrik berkualiti tanpa sebarang gangguan untuk menjamin kelancaran operasi perniagaan. Tenaga Nasional Berhad akan membelanjakan RM5 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek penjanaan, penghantaran dan pengagihan bekalan pada 2010. Ini termasuk pelaksanaan projek hidroelektrik Ulu Jelai di Pahang dan Hulu Terengganu. Manakala, Sabah Electricity Sendirian Berhad akan meningkatkan kapasiti penjanaan elektrik dan memperkukuhkan sistem penghantaran dan pengagihan di Sabah. Langkah ini dapat mengurangkan Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem ke tahap 700 minit menjelang 2010.

52

Page 54: Pengguna Bijak_2

Pelaksanaan Inisiatif Penswastaan

Dalam melaksanakan inisiatif penswastaan, kerajaan akan mengurangkan secara beransur-ansur penglibatan dalam aktiviti ekonomi yang bersaing dengan sektor ini. Kerajaan akan menswastakan syarikat di bawah Kementerian Kewangan dan agensi kerajaan yang berdaya maju. Gelombang kedua penswastaan ini bermatlamat membolehkan syarikat dan agensi berkenaan beroperasi dengan lebih cekap. Kesan penswastaan ini akan mengurangkan kebergantungan kewangan kepada kerajaan.

Meningkatkan Inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta (PPP)

Kerjasama awam-swasta dipergiatkan dalam usaha menjadikan sektor swasta sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi. Pelaksanaan projek berimpak tinggi oleh sektor swasta akan dijalankan secara kerjasama dengan kerajaan. Peranan kerajaan adalah membantu menyediakan prasarana asas agar projek-projek ini berdaya maju. Antara projek yang dilaksanakan pada 2010 adalahPembangunan Kompleks Bersepadu Imigresen, Kastam dan Kuarantin di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam buah kampus UiTM dan pembangunan Pusat MATRADE.

Mempergiatkan Kemasukan Pelaburan Asing

Malaysia dihimpit persaingan sengit dari negara serantau dalam merebut pelaburan asing. Kita tidak boleh berpeluk tubuh dan membiarkan peluang berlalu. Kerajaan mengambil keputusan untuk melonggarkan syarat serta memudahkan prosedur bagi syarikat asing beroperasi di Malaysia.

Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad pula akan terus mempertingkatkan usaha sama dengan pelabur asing dalam bidang seperti pendidikan, pelancongan dan infrastruktur. Kerajaan akan mempergiatkan kemasukan pelaburan asing dengan membenarkan pemilikan ekuiti syarikat dan penglibatan secara usaha sama dalam projek tempatan yang dikenal pasti.

Jelasnya lagi, tanpa berlengah, kita telah mengorak langkah agresif untuk menarik pelabur dari negara seperti Timur Tengah, China dan India. Syukur, inisiatif ini telah mula membuahkan hasil. Baru-baru ini, sempena lawatan ke Arab Saudi, sebuah syarikat negara itu telah menyuntik dana sebanyak AS$1.5 bilion Usaha sama pelaburan berimpak tinggi ini dijayakan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB.) - sebuah "Sovereign Wealth Fund" milik kerajaan yang turut melabur sebanyak AS$1.

Sehubungan ini, saya sering mengingatkan pihak swasta dan syarikat berkaitan kerajaan, dalam kejayaan meraih keuntungan, hendaklah jangan dilupa kepada

53

Page 55: Pengguna Bijak_2

tanggung jawab sosial. Kembalilah berbudi kepada masyarakat. Bertolak dari situ, saya ingin mengumumkan bahawa 1MDB akan menubuhkan satu dana tanggungjawab sosial korporat atau CSR, antara tabungan yang terbesar berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti kemasyarakatan.

MEMPERGIAT PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN PENGKOMERSIALAN

Perbelanjaan ke atas aktiviti R&D adalah rendah. Sebanyak 0.6 peratus daripada KDNK berbanding 3 peratus di Amerika Syarikat, 3.5 peratus di Korea dan 2.4 peratus di Taiwan. Justeru, untuk melonjak menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi, kita memerlukan asas aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan atau R&D&C yang kukuh dengan langkah berikut:

Pertama: Merasionalisasikan semua dana juga geran penyelidikan supaya lebih efektif dan mencapai sasaran yang ditetapkan;

Kedua: Menubuhkan sebuah Pusat Inovasi Negara yang dilengkapi dengansrangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, diselaraskan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi;

Ketiga: Mengintegrasi aktiviti R&D dengan pendaftaran paten, hak cipta dan cap dagang supaya proses R&D&C dapat dilaksana dengan lebih berkesan. Kerjasama antara agensi paten dan institusi penyelidikan dapat mempercepatkan pengkomersialan hasil penyelidikan.

Keempat: Memberi galakan potongan cukai ke atas perbelanjaan bagi pendaftaran paten dan cap dagangan dalam negara kepada perusahaan kecil dan sederhana.

MEMANFAATKAN SEPENUHNYA NICHE AREAS

Sehingga ini, sumbangan sektor perkhidmatan kepada KDNK ialah sebanyak 58 peratus dan masih banyak lagi ruang untuk dibangunkan. Justeru, kita perlu memberi tumpuan kepada niche areas berpotensi dan mempunyai rantaian nilai tambah tinggi serta dapat menjana pulangan lebih besar. Bidang tersebut termasuk pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kewangan, perbankan Islam, industri halal serta teknologi hijau.

Merancakkan Industri pelancongan

Industri pelancongan pula perlu dirancakkan kerana potensinya yang mempunyai nilai tambah tinggi meliputi ekopelancongan, agro pelancongan, edu pelancongan dan pelancongan kesihatan. Meskipun dalam persekitaran ekonomi dunia yang lembap serta

54

Page 56: Pengguna Bijak_2

penularan wabak H1N1, kunjungan pelancong kekal tinggi pada purata dua juta sebulan. Sehingga Ogos 2009, kemasukan pelancong asing meningkat 4.4 peratus kepada 15.4 juta, berbanding 14.7 juta dalam tempoh sama pada 2008. Kerana itulah kerajaan memperuntukkan sebanyak RM899 juta kepada sektor pelancongan bagi 2010. Antara program utama yang akan dilaksanakan adalah:

Pertama: Menarik lebih ramai warga asing dari United Kingdom, Jepun, Republik Korea, Asia Barat, India dan China menyertai program Malaysia My Second Home (MM2H);

Kedua: Meningkatkan kualiti infrastruktur pelancongan di pusat pelancongan di seluruh negara seperti program pembangunan eco-tourisme dan program peningkatan kemudahan homestay;

Ketiga: Memastikan tenaga kerja barisan depan terdiri daripada rakyat tempatan. Pekerja asing yang sedang bekerja di barisan depan akan ditamatkan perkhidmatan secara berperingkat;

Keempat: Menggunakan kaedah pengiklanan di Internet untuk mempromosi aktiviti pelancongan negara; dan

Kelima: Mengadakan lebih banyak produk dan acara pelancongan yang lebih menarik, termasuk KL Grand Prix Fest, Pesta Air Nasional, Rain Forest Eco Challenges dan Malaysia International Golf Exhibition. Kita juga akan membuka pusat membeli-belah barangan berjenama berkonsepkan factory outlet yang berskala besar.

Bagi terus memajukan industri pelancongan kesihatan, kerajaan akan menambah baik galakan cukai untuk penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada pelancong kesihatan asing.

Berita baik kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan ialah pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.

Harapan kita, langkah ini membolehkan penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan menawar perkhidmatan yang berkualiti bagi menarik lebih ramai pelancong kesihatan.

Memantapkan Industri ICT

Dalam memantapkan bidang ICT, kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan High Speed Broadband dengan jumlah kos sebanyak RM11.3 bilion. Sejumlah RM2.4 bilion dari kerajaan dan RM8.9 bilion dari Telekom Malaysia.

55

Page 57: Pengguna Bijak_2

Sebagai permulaan, perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 10 megabait sesaat akan disediakan di kawasan terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor menjelang akhir Mac 2010. Seterusnya, perkhidmatan ini akan diperluaskan di kawasan terpilih di seluruh negara dalam tempoh 2010 hingga 2012.

Sebagai tanda galakan kepada rakyat dan komitmen, kerajaan mencadangkan agar pembayar cukai individu diberi pelepasan cukai ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai tahun 2010 sehingga 2012.

Pada masa ini, penjawat awam dibenar membuat pinjaman kerajaan untuk membeli komputer setiap lima tahun dengan maksimum RM5,000. Bagi menggalakkan pemilikan komputer, syarat ini akan dilonggarkan dengan membenarkan penjawat awam membuat pinjaman setiap tiga tahun sekali.

Mempergiatkan Industri Halal

Umat Islam di seluruh dunia kini jumlahnya melebihi 1.8 bilion. Permintaan untuk perkhidmatan dan produk halal menurut syariah semakin meningkat hingga mencecah AS$2.1 trilion setahun. Malah, bukan Islam yang turut berminat terhadap produk halal juga meningkat. Dalam konteks ini, sebagai negara Islam, Malaysia sudah mula dikenali sebagai hab makanan dan produk halal. Sayugialah kita mengambil peluang untuk menjadi peneraju kepada industri ini. Untuk tujuan ini, sebanyak RM24 juta akan disediakan oleh kerajaan.

MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN

Ternyata, lapangan pertanian merupakan antara sektor yang menjadi sumber penting pendapatan rakyat di luar bandar dan pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan yakin sektor ini berupaya dipertingkatkan untuk memainkan peranan lebih besar dalam menjana ekonomi rakyat. Oleh itu, transformasi sektor ini perlu dipergiatkan bermula daripada peringkat tanaman hingga ke pemasaran hasil pertanian. Proses ini melibatkan program menarik lebih ramai usahawan tani muda, menggalakkan amalan pertanian terbaik dan menaik taraf prasarana pertanian. Saya ingin memaklumkan bahawa peruntukan besar sejumlah RM6 bilion akan digunakan untuk sektor ini seperti berikut:

Pertama: Menaik taraf dan membaik pulih sistem infrastruktur pengairan dan saliran di dalam dan luar jelapang padi. Nikmatnya akan melimpah ruah kepada seramai 180,000 petani dengan peruntukan sejumlah RM137 juta;

Kedua: Tahun depan, sejumlah RM70 juta diperuntukkan bagi melaksanakan projek Empangan Paya Peda di Terengganu. Ini pastinya akan membawa kemudahan kepada

56

Page 58: Pengguna Bijak_2

ramai pesawah apabila keupayaan bekalan air Skim Pengairan Padi daerah Besut ditingkatkan;

Ketiga: Berita baik kepada industri akuakultur. Sejumlah RM82 juta akan diagihkan manfaatnya kepada lebih 1,150 peserta dalam memodenkan industri akuakultur serta melaksanakan skim latihan pengusaha dan penternak akuakultur. Penumpuan akan diberikan kepada pembenihan perikanan dan pembangunan ikan hiasan;

Keempat: Tidak lupa kepada industri tanaman makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung walit, kerajaan bersetuju memperuntukkan sebanyak RM149 juta;

Kelima: Untuk membangunkan prasarana keperluan asas ladang ternakan dan mewujudkan rantaian bekalan dalam industri pengeluaran daging lembu dan kambing, peruntukan sejumlah RM58 juta telah dikhaskan; dan

Keenam: Kita akan melaksanakan program inkubator untuk melatih dan membimbing belia serta graduan menjadi usahawan tani berjaya. Program ini akan dijalankan secara kerjasama antara Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani; Kementerian Belia dan Sukan; Universiti Putra Malaysia; AgroBank dan Wilayah Pembangunan Koridor.

Sejajar dengan matlamat ini, saya gembira dengan agenda FELDA untuk menjadi gedung makanan negara yang mampu mengeluarkan hasil tanaman berskala besar. Kawasan tanah lapang di penempatan FELDA akan ditanam dengan tanaman seperti cili, terung, bunga kantan dan pisang. FAMA akan membantu memasarkan hasil tanaman tersebut. Pada 23 Ogos lalu, saya menyarankan FELDA, FELCRA dan RISDA bekerjasama mewujudkan konsortium bagi melaksanakan pelbagai projek industri hiliran dan huluan berimpak tinggi. Sukacita diumumkan, konsortium ini akan ditubuhkan pada akhir 2009 dengan modal berbayar sebanyak RM300 juta iaitu RM100 juta daripada setiap agensi tersebut. Konsortium ini akan terlibat dalam perkongsian teknologi, pengurusan perladangan, kerjasama perniagaan termasuk aktiviti pembekalan dan pemprosesan keluaran pertanian.

Sebagai sebuah pentadbiran yang mendahulukan rakyat, segala sumpah janji dan khidmat diabdikan tidak lain tidak bukan, adalah untuk melihat kesejahteraan serta kemakmuran dinikmati semua pihak tanpa sebarang pengecualian. Saya sentiasa mahukan pentadbiran ini prihatin terhadap keluh kesah dan rintihan golongan seperti petani dan nelayan. Kita faham akan jerih payah mereka menongkah arus kehidupan, memugar tanah dan bergelut dengan badai demi mencari rezeki. Untuk membela untung nasib golongan ini, sukacita diumumkan bahawa kerajaan akan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah hampir RM2 bilion.

57

Page 59: Pengguna Bijak_2

Antara subsidi dan insentif yang disediakan pada 2010 adalah subsidi harga padi lebih RM400 juta dan baja padi hampir RM300 juta. Manakala insentif peningkatan, pengeluaran hasil padi dan subsidi beras melibatkan hampir RM220 juta. Selain itu elaun sara hidup nelayan dan insentif mendapat peruntukan RM170 juta. Inilah bukti bahawa kerajaan bukan sekadar membuat janji-janji kosong. Kita merencana yang terbaik untuk rakyat, kita telah mendahulu dan mempertamakan kehendak rakyat. Hakikatnya kita sedang mengotakan apa yang dijanji, bahkan berusaha membuat lebih daripada itu sebagai kerajaan yang menjuarai kebajikan serta periuk nasi rakyat.

MENGGALAKKAN INDUSTRI PEMBINAAN

Jika ditinjau secara keseluruhannya, industri pembinaan mencatat pertumbuhan positif di celah-celah persekitaran ekonomi yang sukar. Tampaknya, sektor ini berupaya untuk diperkembangkan lagi dengan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan. Sememangnya langkah ini mencergaskan industri berkaitan bahan binaan dan merancakkan sektor perkhidmatan. Bagi tahun 2010, peruntukan lebih RM9 bilion disediakan untuk membiayai projek infrastruktur termasuk:

Pertama: RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan sementara RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembetungan

Kedua: Menyediakan RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk pelabuhan dan perkhidmatan laut dan bakinya sebanyak RM276 juta untuk projek lapangan terbang.

MEMPERKASA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA

Kerajaan bukanlah sekadar menumpu kepada inisiatif niaga besar-besaran atau projek mega sahaja. Menjadi tanggung jawab kerajaan untuk terus memperkasa perusahaan kecil dan sederhana atau PKS. Pada masa ini, terdapat 79 bentuk dana pinjaman dan geran PKS berjumlah RM8.8 bilion yang dikendalikan oleh pelbagai agensi. Bagi memudahkan akses pembiayaan PKS, ia sedang diperkemaskan kepada hanya 33 jenis dana yang akan diselaraskan oleh SME Corp.

Kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM350 juta kepada SMECorp. di mana RM200 juta untuk skim pinjaman mudah PKS dan RM100 juta untuk skim peningkatan dan keupayaan PKS dan bakinya untuk program penjenamaan dan promosi PKS. Kadar faedah bagi pinjaman mudah yang ditawarkan oleh SME Corp. akan diselaraskan supaya sama dengan kadar yang dikenakan oleh Institusi Kewangan Pembangunan.

Selain itu, terdapat enam tabung PKS yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia berjumlah RM13.4 bilion. Tabung ini telah memberi manfaat kepada 46,000 PKS

58

Page 60: Pengguna Bijak_2

dengan nilai pembiayaan RM20 bilion. Kerajaan telah menerima maklum balas dan sedar tentang rungutan ramai berkaitan betapa susah dan lecehnya untuk mendapatkan pinjaman seperti ini. Lantas, demi memastikan dana ini disalurkan dengan cepat dan mudah, kerajaan memutuskan bahawa institusi kewangan hendaklah meluluskan pembiayaan mikro dalam purata enam hari, manakala tempoh pengeluarannya pula dalam purata empat hari. Kerajaan juga memperuntukkan RM538 juta bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan PKS.

MEMBANGUNKAN TEKNOLOGI HIJAU

Kerajaan melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara pada Ogos lalu. Dasar ini bertujuan menyediakan hala tuju pengurusan alam sekitar yang mapan. Untuk menggalakkan pembangunan aktiviti teknologi hijau kerajaan akan:

Pertama: Menstruktur semula Pusat Tenaga Malaysia sebagai Pusat Teknologi Hijau Negara dengan tanggungjawab untuk menyediakan pelan tindakan pembangunan teknologi hijau. Pusat ini berperanan sebagai focal point untuk menetapkan piawaian dan mempromosi teknologi hijau. Untuk memperhebatkan aktiviti kesedaran mengenai perlu menghijau persekitaran dan mengamalkan budaya hidup mesra alam, peruntukan sebanyak RM20 juta disediakan;

Kedua: Menganjurkan pameran antarabangsa tentang teknologi hijau pada April 2010. Pameran ini dijangka menarik syarikat terkemuka dunia dan pakar dalam bidang teknologi hijau;

Ketiga: Menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Teknologi Hijau yang akan menjadi pelopor kepada pembangunan bandar lain; dan

Keempat: Memberi keutamaan kepada barangan dan perkhidmatan yang mesra alam sekitar dan mematuhi standard produk teknologi hijau dalam perolehan kerajaan.

Seterusnya, bagi memajukan pembekalan dan penggunaan teknologi hijau, kerajaan akan mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion. Ia membolehkan syarikat pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah untuk membiayai aktiviti. Bagi syarikat pengeluar, pinjaman maksimum adalah RM50 juta dan syarikat pengguna RM10 juta. Kerajaan akan menanggung dua peratus daripada jumlah kadar faedah dengan nisbah jaminan 60 peratus dan institusi perbankan 40 peratus. Permohonan pinjaman boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara. Skim ini dijangka memberi faedah kepada lebih 140 syarikat dan dimulakan pada 1 Januari 2010.

59

Page 61: Pengguna Bijak_2

Menggalakkan Pembinaan Bangunan Hijau

Bagi tujuan meluaskan penggunaan teknologi hijau lagi, kerajaan melancarkan Green Building Index (GBI) pada 21 Mei 2009. GBI adalah indeks penarafan hijau ke atas bangunan mesra alam. Didapati, bangunan hijau dapat menjimatkan kos utiliti dan memelihara kualiti alam sekitar. Kerana itulah kerajaan menggalakkan teknologi hijau.

MENGGALAKKAN INDUSTRI KREATIF

Dalam memacu negara ke kemuncak kemajuan, kreativiti dan daya pemikiran di luar kotak perlu dicambah dan dirangsangkan. Lantaran itu, industri kreatif wajar dimajukan untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Industri ini meliputi seni persembahan dan muzik, reka bentuk, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan. Bagi menyelaras perkembangan pelbagai segmen, kerajaan akan:

Pertama: Menggubal Dasar Industri Kreatif yang komprehensif sebagai asas pembangunan industri kreatif negara;

Kedua: Menyediakan Dana Industri Kreatif berjumlah RM200 juta bagi membiayai aktiviti seperti pengeluaran filem dan drama, muzik, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan tempatan. Dana berbentuk pinjaman dengan kadar faedah rendah akan dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional. Urusan mendapatkan pinjaman ini akan dipermudahkan supaya boleh dimanfaatkan oleh industri; dan

Ketiga: Para penggiat seni juga tidak sekali-kali diabaikan. Kerajaan akan menubuhkan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni dengan sejumlah RM3 juta diperuntukkan sebagai geran pelancaran.

STRATEGI KEDUA: MEMASTIKAN PEMBANGUNAN HOLISTIK DAN MAPAN

Untuk membolehkan negara menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi, pembangunan secara tuntas dan mapan perlu diberi penekanan. Pembangunan setiap bidang ekonomi memerlukan modal insan berkualiti tinggi dengan kemahiran yang bersesuaian. Kita juga perlu memastikan pembangunan seimbang supaya dapat merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar. Selain itu, kemajuan yang ingin dicapai memerlukan asas sistem kewangan dan perbankan kukuh. Pengurusan yang cekap dan profesional serta berintegriti dengan nilai positif juga penting untuk mencapai matlamat pembangunan negara.

60

Page 62: Pengguna Bijak_2

MENINGKATKAN MODAL INSAN BERKEMAHIRAN TINGGI

Modal insan berkualiti tinggi merupakan prasyarat utama untuk menyokong agenda pembangunan negara. Oleh itu, kerajaan akan memastikan pembangunan modal insan dilaksana secara komprehensif, meliputi usaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan. Langkah akan diambil untuk membentuk individu berintelek dalam bidang sains dan teknologi, menggilap keupayaan keusahawanan serta memupuk nilai positif dan progresif.

Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Dan Berkemampuan

Selaras matlamat membangunkan modal insan berkualiti tinggi, kerajaan memperuntukkan lebih RM30 bilion kepada pendidikan rendah dan menengah, yang akan memberi manfaat kepada 5.5 juta pelajar di seluruh negara. Peruntukan ini termasuk bayaran emolumen operasi pendidikan sebanyak RM19 bilion serta RM2.8 bilion untuk program bantuan pelajar dan biasiswa. Sejumlah RM1.6 bilion disediakan bagi pembinaan 80 sekolah baru serta 1,100 blok tambahan dan 347 projek gantian sekolah. Peruntukan ini adalah untuk pembinaan Sekolah Kebangsaan Rendah dan Menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan,Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah Mubaligh (mission school). Di samping itu, sebanyak RM1.1 bilion disediakan bagi mengubah suai dan menaik taraf sekolah di seluruh negara, terutama di Sabah dan Sarawak.

Selanjutnya kerajaan mengumumkan NKRA bagi meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Ia bertujuan supaya setiap rakyat menikmati pendidikan terbaik bermula daripada peringkat asas hingga ke tahap tertinggi. Untuk ini, empat komponen kecil NKRA akan diberi tumpuan.

Pertama: Memantapkan pendidikan prasekolah

Sehingga kini, kadar penyertaan kanak-kanak lingkungan umur 5 dan 6 tahun dalam prasekolah kerajaan dan swasta adalah 67 peratus. Kerajaan berhasrat meningkatkan kadar penyertaan kepada 87 peratus menjelang 2012.

Bagi mencapai sasaran ini, semua kemudahan dan kurikulum prasekolah dibawah KEMAS dan agensi lain akan diubah suai, selaras dengan dasar dan piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Untuk ini, peruntukansebanyak RM48 juta akan disediakan bagi 2010.

Kedua: Meningkatkan kadar literasi dan numerasi

61

Page 63: Pengguna Bijak_2

Tiada gunanya kita bercakap tentang kemajuan seandai dan sekiranya masih kedapatan golongan yang tercicir hatta tidak boleh membaca dan mengira. Sedangkan ilmu itu adalah penyuluh dan pelita. Menurut maklumat, pada masa ini, terdapat sebilangan kalangan murid normal sekolah rendah yang masih belum dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Oleh yang demikian, kerajaan bertekad untuk memastikan semua murid normal dapat menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun bersekolah.

Antara programnya termasuk menyediakan modul khas untuk murid dan guru, menyaring murid mengikut keupayaan serta menyediakan programlatihan khas untuk guru. Langkah ini mula dilaksanakan pada 2010, melibatkan semua murid Tahun Satu dengan jumlah peruntukan RM32 juta.

Ketiga: Mewujudkan sekolah berprestasi tinggi

Kita perlu memperbaiki kualiti pendidikan dan memberi autonomi kepada pengurusan sekolah supaya dapat menghasilkan pelajar cemerlang. Kerajaan akan mengklasifikasikan sekolah yang dikenal pasti sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Prinsip asas SBT akan menumpukan kepada kecemerlangan akademik dan pencapaian keseluruhan pelajar termasuk disiplin dan kebersihan, aktiviti kokurikulum dan penguasaan bidang keutamaan sekolah.

Kerajaan menyasarkan 20 sekolah di beri pengiktirafan SBT pada 2010 dengan peruntukan tambahan RM20 juta.

Keempat:Mengiktiraf Pengetua dan Guru Besar Sekolah

Kerajaan akan memastikan sekolah ditadbir secara profesional oleh pengetua dan guru besar serta pasukan pengurusan mereka. Bagi sekolah yangmenunjukkan prestasi cemerlang, kerajaan akan memperkenalkan New Deal atau Bai'ah Baru bagi menghargai jasa dan prestasi pengetua serta guru besar. Kerajaan akan menentukan sasaran prestasi yang perlu dicapai oleh mereka yang dipersetujui bersama. Sekiranya sasaran tersebut dicapai, ganjaran berbentuk insentif kewangan dan bukan kewangan serta autonomi dalam mentadbir sekolah akan diberikan. Namun, bagi mereka yang tidak mencapai sasaran selama dua tahun berturut-turut, tidaklah pula terlepas daripada tindakan bersesuaian.

Kesemuanya ini dilakukan atas prinsip kebertanggungjawaban untuk melahirkan generasi yang cemerlang.

62

Page 64: Pengguna Bijak_2

Menjaga Kebajikan Golongan Pelajar

Kerajaan berhasrat memberi ganjaran kepada pelajar cemerlang dalam pendidikan. Untuk ini, Kerajaan akan:

Pertama: Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik dikalangan yang terbaik atau crème de la crème berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang biasiswa ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia;

Kedua: Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010;

Ketiga: Kerajaan prihatin terhadap kebajikan pelajar terutama daripada keluarga berpendapatan rendah. Untuk itu kita akan memberi diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun selagi mereka masih bertaraf pelajar. Kad diskaun pelajar 1Malaysia percuma boleh diperoleh dari KTMB. Diskaun tambang ini bermula 1 Januari 2010; dan

Keempat: Menawarkan pakej netbook, termasuk perkhidmatan broadband percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh 2 tahun. Pakej ini jauh lebih murah daripada harga pasaran dengan prioriti kepada pelajar tahun pertama dan dari keluarga berpendapatan rendah. Sebagai permulaan, pakej ini akan ditawar oleh Telekom Malaysia kepada 100,000 pelajar di semua universiti tempatan bermula 1 Januari 2010.

Menggilap Kemahiran Tenaga Kerja

Usaha berterusan akan diambil untuk melatih dan menggilap tenaga kerjasupaya menepati keperluan pasaran. Bagi tujuan ini, kerajaan akan:

Pertama: Menyediakan RM1.3 bilion bagi membiayai pengurusan dan menaik taraf politeknik dan kolej komuniti serta menyediakan peruntukan kepada tabung pinjaman pelajaran untuk 32,000 Pelajarnya;

Kedua: Memperuntukkan RM504 juta bagi membina dan menaik taraf serta menyelenggarakan peralatan di Institut Latihan Perindustrian dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi;

Ketiga: Menyediakan RM438 juta kepada Institut Kemahiran Mara dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara serta Institut Kemahiran Belia Negara juga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara untuk pengurusan latihan termasuklah menaik taraf institusi;

63

Page 65: Pengguna Bijak_2

Keempat: Menyediakan RM110 juta kepada pusat latihan kemahiran negeri dan institusi latihan terpilih bagi menjalankan program latihan industri, terutamanya dalam bidang teknikal, hospitaliti, kulinari serta perabot; dan

Kelima: Mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 4 dan ke atas supaya setaraf dengan aliran akademik. Dengan pengiktirafan ini, pemegang SKM tahap 4 layak memohon untuk berkhidmat di sektor awam, manakala bagi mereka yang berkhidmat di sektor swasta dapat menikmati gaji setaraf dengan pemegang sijil diploma.

Mempergiatkan Program PERMATA

Setiap anak itu adalah permata. Merekalah pelaburan terbaik sebagai pewaris. Justeru, program PERMATA memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanakkanak secara bersepadu dan terancang. Program ini menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berilmu dan berprestasi tinggi.

Sehingga kini, program PERMATA diperkenalkan kepada 457 pusat asuhan dan telah berjaya mendidik seramai 17,565 kanak-kanak. Untuk terus memperkasakan program ini, kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi pelaksanaan programnya.

Selain itu, PERMATA akan turut melaksanakan program Perkasa Remaja untuk melatih dan membimbing remaja berumur 18 hingga 25 tahun bagi mengelakkan mereka terlibat dalam gejala sosial. Program yang dikendalikan oleh UKM akan membolehkan belia dibentuk menjadi lebih bertanggungjawab.

MEMANTAPKAN SISTEM PERBANKAN DAN KEWANGAN

Pada masa ini, struktur skim insurans motor tidak begitu fleksibel kerana tidak mengambil kira kos perniagaan dan kadar tuntutan yang kian meningkat. Untuk memastikan rakyat terus mendapat akses kepada perlindungan insurans motor, satu skim insurans dan takaful asas akan ditawarkan. Premium skim perlindungan insurans akan ditetapkan pada kadar berpatutan dan tidak membebankan rakyat serta berpadanan dengan tahap perlindungan. Skim ini akan memberi perlindungan insurans asas mandatori bagi kecederaan kepada anggota badan dan kematian pihak ketiga serta membolehkan pihak yang menuntut untuk mendapatkan pampasan pada kadar segera. Skim ini dijangka diperkenalkan pada pertengahan 2010.

Kerajaan menyokong inisiatif industri insurans dan takaful dalam membangunkan produk kewangan bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah. Usaha ini juga akan membantu meningkatkan kadar pemilikan perlindungan kewangan rakyat.

64

Page 66: Pengguna Bijak_2

Mutakhir ini kegiatan pemberi pinjaman wang yang tidak mematuhi undang-undang dan membebankan peminjam, terutamanya kegiatan pemberi pinjaman tidak berlesen atau 'ah long' semakin menjadi-jadi. Untuk membendung kegiatan seperti ini, kerajaan akan mengguna pakai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 bagi mendakwa yang terlibat. Kerajaan akan mengkaji semula Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 bagi memperkemaskan keberkesanan dan penguatkuasaan ke atas pemberi pinjaman wang berlesen.

Mencergaskan Pasaran Saham

Struktur pasaran saham akan diliberalkan lagi untuk meningkatkan kecekapan serta menarik aktiviti pelaburan dalam dan luar negara. Kerajaan akan melaksanakan langkah berikut:

Pertama: Meliberalisasikan struktur perkongsian komisen antara broker saham dan remisier dalam dua peringkat untuk menggalakkan penyertaan pelabur runcit dalam pasaran saham. Pada peringkat pertama, berkuat kuasa serta- merta, kadar perkongsian komisen dilonggarkan dengan kadar minimum 40 peratus bagi remisier. Di peringkat kedua, perkongsian komisen ini akan diliberalisasikan sepenuhnya mulai 1 Januari 2011;

Kedua: Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat kewangan korporat dan syarikat perancangan kewangan, berbanding syarat sedia ada yang memerlukan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti tempatan;

Ketiga: Menghendaki semua syarikat awam tersenarai untuk menawarkan e-Dividen kepada pemegang saham dalam usaha meningkatkan sistem pembayaran yang lebih cekap. Begitu juga, syarikat pembrokeran saham akan menyediakan pilihan e-Payment kepada pelanggan untuk menerima dan membuat bayaran.

Memajukan Lagi Sistem Kewangan Islam

Sememangnya sejak awal 80-an, Malaysia menjadi pelopor penting dalam pembangunan sistem kewangan Islam. Kita maju setapak demi setapak sebagai pelaku utama bukan sahaja di rantau ini bahkan di seantero dunia. Nilai aset perbankan Islam kini mencecah 18.8 peratus daripada keseluruhan aset industri perbankan Malaysia. Manakala, aset industri takaful menyumbang 7.7 peratus daripada jumlah aset industri insurans dan takaful. Kita berbangga dengan pencapaian Malaysia di bidang ini kerana Malaysia mampu menerbitkan jumlah sukuk terbesar di dunia. Ia melibatkan AS$94.7 bilion iaitu 62 peratus keseluruhan sukuk dunia pada 2008. Atas perkembangan dan pencapaian ini, bagi memastikan perkhidmatan kewangan khususnya kewangan Islam

65

Page 67: Pengguna Bijak_2

berkembang pesat, kerajaan mencadangkan galakan cukai sedia ada dilanjutkan sehingga 2015 manakala skop galakan diperluaskan.

MEMERANGI RASUAH

Kerajaan menjadikan satu NKRA utama untuk memerangi rasuah. Usaha ini bertujuan meningkatkan lagi keyakinan dan persepsi masyarakat dalam membanteras rasuah di kalangan anggota penguat kuasa dan pentadbiran awam serta memastikan proses juga prosedur Perolehan kerajaan dipatuhi. Langkah ini dapat memastikan negara berada di kedudukan yang lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa. Untuk melaksana NKRA ini, kerajaan akan:

Pertama: Menggubal Whistle Blower Act bagi menggalakkan pemberi maklumat tampil membuat pendedahan jenayah rasuah dan salah laku lain. Akta ini akan memberi kekebalan kepada pemberi maklumat daripada diambil tindakan sivil atau jenayah akibat pendedahan yang dilakukan. Akta ini akan diperkenalkan pada 2010;

Kedua: Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan 4 buah Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah. Kini hanya terdapat 2 mahkamah khas tersebut di Kuala Lumpur dan 2 lagi di Shah Alam;

Ketiga: Meningkatkan usaha memperbaiki imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia termasuk mengadakan persidangan memerangi rasuah peringkat antarabangsa, kempen kesedaran melalui mediamassa dan menjalin hubungan baik dengan masyarakat.

PEMBANGUNAN WILAYAH KORIDOR

Kerajaan melancarkan lima koridor pembangunan untuk merapatkan jurang pertumbuhan ekonomi antara wilayah, meningkatkan pendapatan dan mengagihkan kekayaan untuk dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat. Kerajaan akan memastikan pembangunan wilayah koridor dilaksana mengikut jadual.

Sehingga kini, sebanyak 126 projek berada di pelbagai peringkat pelaksanaan daripada jumlah 195 projek yang telah dirancang. Jumlah pelaburan swasta yang direncana berjumlah RM221 bilion telah melepasi sasaran RMK-9 sebanyak RM145 bilion.

Bagi menyokong pelaksanaan projek oleh sektor swasta di wilayah koridor, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM3.5 bilion pada 2010 untuk membina infrastruktur dan kemudahan asas serta melaksanakan program latihan dan projek sosio-ekonomi.

66

Page 68: Pengguna Bijak_2

Antara projek yang akan dilaksanakan termasuk Projek Perumahan Awam dan Pembersihan Sungai Segget di Iskandar Malaysia, Projek Pertanian Bersepadu dan Pusat Latihan Usahawan Tani di NCER, ProjekPelebaran Jalan Persekutuan Kuala Krai-Gua Musang dan Kuala Lipis-Raub-Bentong di ECER.

Di koridor lain, antaranya projek Kluster Industri Minyak Sawit Sandakan dan Keningau Integrated Livestock Centre di SDC serta projek jalan akses ke Empangan Murum dan jalan akses ke Empangan Baram di SCORE.

MENINGKATKAN KEBERKESANAN DAN KECEKAPAN PENGURUSAN KERAJAAN

Dalam menjayakan program dan aktiviti pembangunan negara, usaha meningkatkan keberkesanan dan kecekapan jentera pentadbiran kerajaan akan diberi keutamaan. Kerajaan akan menyusun semula dasar dan garis panduan berkaitan peranan dan fungsi setiap agensi agar lebih bersesuaian dengan perubahan persekitaran dan keperluan semasa. Jalinan kerjasama semua agensi akan dipertingkatkan lagi untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara serta mengelakkan pertindihan. Memperkukuhkan Pengurusan Kewangan Kerajaan.

Kerajaan adalah dalam peringkat akhir kajian pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), terutamanya untuk menilai impak sosial (social impact study) terhadap rakyat. Tujuan kajian adalah supaya rakyat tidak dibebankan dengan pengenalan cukai ini, jika didapati GST perlu dilaksanakan bagi mencapai kestabilan kewangan Kerajaan. Sekiranya kerajaan melaksanakan GST, ia akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada serta pengecualian tertentu akan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah. Kadar GST yang akan dikenakan dijangka lebih rendah daripada kadar cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada.

Untuk meringankan beban cukai syarikat petroleum huluan, kerajaan mencadangkan cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2010 berdasarkan pendapatan yang diperoleh pada tahun 2009 dibenarkan dibayar secara ansuran selama 5 tahun.

Kerajaan perlu memastikan sistem percukaian di Malaysia adalah saksama dan dapat menjana hasil bagi tujuan pembangunan. Selaras dengan ini, kerajaan mencadangkan cukai sebanyak 5 peratus dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Januari 2010.

Dewasa ini perangkaan menunjukkan bahawa penggunaan kad kredit adalah semakin meluas. Bilangan kad kredit meningkat daripada lebih 2 juta pada tahun 1997 kepada 11 juta sehingga Ogos 2009. Bilangan tersebut tidak termasuk kad caj sebanyak 285 ribu yang telah dikeluarkan pada ketika ini. Sebagai langkah untuk menggalakkan perbelanjaan berhemat, kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan sebanyak RM50

67

Page 69: Pengguna Bijak_2

setahun dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma. Kerajaan juga mencadangkan cukai perkhidmatan sebanyak RM25 setahun dikenakan ke atas setiap kad kredit tambahan. Langkah ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2010.

Kerajaan akan melaksanakan dasar automotif yang lebih terbuka berikutan liberalisasi dan komitmen negara di peringkat antarabangsa.

Untuk ini, kerajaan akan mengenakan bayaran sebanyak RM10 ribu bagi setiap unit AP yang dikeluarkan kepada pemegang AP Terbuka bagi agihan peruntukan AP tahun 2010. Cadangan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2010. Sebahagian daripada jumlah kutipan ini akan disalurkan untuk dana pembangunan bumiputera dalam sektor automotif.

Usaha juga akan diambil untuk menambah hasil kerajaan dengan menggalakkan agensi menggunakan kemudahan ruang bangunan, dewan, asrama, makmal dan peralatan latihan untuk disewakan kepada sektor swasta dan orang ramai. Langkah ini mesti dilaksanakan tanpa menjejaskan aktiviti teras agensi berkenaan. Sebagai insentif, kerajaan bersetuju membenarkan agensi menggunakan 50 peratus hasil sewaan untuk kegunaan sendiri manakala 50 peratus lagi akan diserah sebagai hasil kerajaan. Langkah ini akan berkuatkuasa1 Januari 2010 dan satu garis panduan akan disediakan.

Menstruktur Semula Skim Subsidi Minyak

Minyak bersubsidi kini dinikmati oleh semua pengguna kenderaan termasuk pemilik kereta mewah dan rakyat asing. Keadaan ini membebankan kerajaankerana menanggung subsidi yang tinggi. Bagi memastikan hanya kumpulan sasar diberi subsidi, kerajaan akan melaksanakan satu sistem pengurusan subsidi minyak pada awal 2010. Sistem yang mesra rakyat ini akan mengguna pakai MyKad dan infrastruktur sedia ada. Pendekatan untuk memberi subsidi bagi kumpulan sasar sahaja akan juga digunakan untuk komoditi lain.

STRATEGI KETIGA: MENGUTAMAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

Peruntukan ini mencerminkan dasar perbelanjaan kerajaan yang lebih berhemat dan mengutamakan value for money. Kita perlu mengambil peluang untuk menyusun semula program, proses dan jentera pentadbiran kerajaan supaya lebih efisien dan berkesan serta memenuhi keperluan rakyat.

Sememangnya kegigihan penjawat awam dalam memastikan pembangunan negara tercapai demi kesejahteraan rakyat adalah dihargai. Lalu, baru-baru ini, saya telah mengumumkan bayaran khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam

68

Page 70: Pengguna Bijak_2

69

kumpulan sokongan. Sukacita saya ingin mengumumkan bayaran khas ini dipanjangkan kepada semua penjawat awam gred 41 hingga gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan. Bayaran khas ini akan dibuat pada bulan Disember tahun ini. Langkah ini memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM400 juta. Ini menunjukkan kerajaan amat prihatin dengan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh penjawat awam dan pesara. Oleh itu, kerajaan berharap supaya penjawat awam dan pesara menggunakan pemberian ini dengan sebaik-baiknya.

Kesimpulannya, sebagai sebuah negara sedang membangun dan bercita-cita besar, Malaysia seperti mana yang lainnya sedang bertarung di gelanggang dunia yang sungguh mencabar. Malah, sejak merdeka, kita tidak sunyi daripada dihambat pelbagai dugaan dan rintangan. Syukur kepada Tuhan, semuanya kita harungi dan tempuhi dengan semangat dan perancangan yang tersusun.

Marilah kita mencipta helaian kisah Malaysia yang lebih maju dan progresif. Pujangga berpesan kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih. Makanya, saya menyeru setiap seorang daripada kita yang kasihkan negaranya, tidak kira bangsa atau keturunan, apa jua latar kedudukan mahu pun fahaman, bergerak sederap dan seiring, dengan satu suara, satu harapan, membentuk satu cita untuk Malaysia tercinta.

Akhirul kalam, seperti mana mafhum ayat suci al-Quran di awal pembentangan tadi, kepada Allah kita memohon segala kerahmatannya agar Bajet 2010 ini bakal menjadi landasan kepada haluan yang ingin ditujui. Bersama api semangat Bagan Pinang yang masih bergejolak dan membakar sukma, bersama harapan yang marak lagi menyala, marilah kita membuat satu transformasi besar-besaran seraya menjulang Malaysia tercinta ini ke persadanya.

Sesungguhnya, inilah bajet yang menelusuri keperluan dan meresapi denyut nadi rakyat. Sesungguhnya inilah satu persembahan yang tulus dan ikhlas daripada kerajaan yang menjiwai rakyat. Bulatkanlah tekad, tetapkanlah hasrat, menjunjung gagasan 1Malaysia, segala yang mustahil kan pasti menjadi nyata. 1Malaysia, Kemakmuran Bersama.

Sumber : http://www.utusanmalaysia.com.my Tarikh Akses : 20 September 2011

Page 71: Pengguna Bijak_2

Headline: Bijak berbelanja bantu kawal harga Publication: HM Date of publication: Sep 7, 2011 Section heading: Main Section Page number: 020 Byline / Author: Oleh Mohamad Sofee Razak

MASIH ada peniaga bersikap tamak, rakus dan tidak amanah menaikkan harga barangan pada harga tidak munasabah sehingga menyusahkan pengguna. Peniaga yang tidak bertanggungjawab ini mengambil kesempatan di atas kemewahan dan gaya hidup pengguna hari ini. Baru-baru ini 12 peniaga dikenakan tindakan mengikut Akta Anti Pencatutan 2010 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana menjual barangan makanan pada harga tinggi. Tindakan itu diambil selepas mendapati peniaga terbabit menjual barangan mereka dengan harga tidak munasabah berbanding sebelum ini. Namun begitu, sebelum tindakan diambil terhadap mereka, peniaga berkenaan diminta menulis surat tunjuk sebab terlebih dulu dan jika alasan yang diberikan tidak bersesuaian maka tindakan tegas akan diambil terhadap tindakan melampau tersebut. Walaupun harga barangan makanan yang dimasak sukar dikawal, namun pihak berkuasa perlu menjalankan pemantauan terhadap barangan itu dari semasa ke semasa agar pengguna di negara ini tidak menjadi mangsa rakus peniaga. Sehubungan itu, Akta Anti Pencatutan 2010 digubal bagi mewujudkan sebuah mekanisme menghalang dan melarang peniaga menaikkan harga barang tanpa sebab dan peniaga tidak boleh menaikkan harga barang serta mengaut untung berlebihan sesuka hati sehingga menyusah dan menekan pengguna yang sedikit sebanyak sama-sama membantu memajukan perniagaan mereka. Sekiranya melanggar peraturan tersebut, mereka akan berdepan hukuman berat bagi menyekat sikap tamak dan tidak amanah berkenaan. Selaras dengan kewujudan akta itu juga ditubuhkan Majlis Penasihat Harga Barang dianggotai golongan peniaga, pengguna dan pegawai kementerian yang akan

1

Page 72: Pengguna Bijak_2

menjalankan pemantauan ke atas semua peniaga. Jika didapati peniaga menaikkan harga barang tanpa sebab, jawatankuasa terbabit akan membuat laporan dan tindakan tegas akan diambil ke atas mereka. Akta Anti Pencatutan 2010 adalah akta baru bagi menggantikan Akta Kawalan Harga 1946. Melalui akta baru ini pihak berkuasa boleh bertindak segera terhadap peniaga yang mengaut keuntungan secara berlebihan dan akan menjadi satu lagi platform penting yang menjaga hak dan kepentingan pengguna. Dengan pelaksanaan undang-undang itu, ia akan dapat menghalang peniaga daripada menaikkan harga sesuatu barangan tanpa sebab di negara kita. Walaupun tidak dinafikan masih terdapat ramai peniaga yang jujur dan amanah, namun segelintir peniaga yang hanya mementingkan diri sendiri sehingga mengambil pendekatan menjejaskan pengguna demi mengaut keuntungan secara berlebihan sehingga sanggup mengenepikan larangan agama dan undang-undang pengguna. Oleh itu, cara terbaik bagi mengatasi sikap tamak ini ialah melalui penguatkuasaan undang-undang yang mantap dan komprehensif. Oleh itu, Akta Anti Pencatutan 2010 diwujudkan bagi menyekat peniaga membuat keuntungan tanpa had dan akta ini juga membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap peniaga tanpa menunggu aduan daripada pengguna. Sebelum ini pengawalan harga barang tidak dapat dilakukan kerana tidak ada akta khusus untuk berbuat demikian. Melalui Akta Kawalan Harga 1946 sedia ada, kerajaan hanya boleh mengawal harga terhadap barangan yang diwartakan saja, tetapi melalui akta baru itu, kerajaan berupaya mengawal peniaga daripada menaikkan harga sesuka hati. Contohnya, ketika isu H1N1 merebak di negara kita, terdapat peniaga mengambil peluang menaikkan harga topeng muka dengan sewenang-wenangnya dan sebagai contoh, harga topeng muka di mana peniaga membelinya dengan harga 30 sen dan menjualnya 50 sen, tetapi apabila permintaan meningkat dan mereka masih membeli dengan harga 30 sen sekeping, tetapi menjualnya sehingga RM5. Sikap tamak dan tidak munasabah inilah yang wajar dikenakan tindakan mengikut akta berkenaan. Begitu juga masalah kenaikan harga barang pada musim perayaan, kerajaan hanya boleh melaksanakan pewartaan jangka pendek selama dua minggu dan tidak boleh melaksanakan pewartaan jangka panjang kerana ia bertentangan dengan dasar pasaran terbuka yang diamalkan negara kita.

2

Page 73: Pengguna Bijak_2

Biarpun begitu, dalam keadaan tertentu, kementerian tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kenaikan harga sesuatu barang di negara ini sekiranya harganya benar-benar meningkat di pasaran dunia. Sekatan harga tidak boleh dilakukan ke atas barangan itu disebabkan ia di luar kawalan kita terutama melibatkan barangan yang diimport seperti susu tepung, bawang putih dan sebagainya kerana harganya terpaksa dinaikkan berikutan harga import dari negara asal turut meningkat. Meskipun Akta Anti Pencatutan 2010 digubal bagi menyekat peniaga daripada mengaut keuntungan tidak munasabah dan tanpa sebab, namun ia masih tidak boleh menghalang pengeluar menaikkan harga barang tersebut sekiranya pengeluar mempunyai bukti bahawa harga bahan mentah itu benar-benar meningkat di seluruh dunia dan kerajaan tidak boleh menghalang ataupun mengambil tindakan jika mereka menaikkan harga barangan import berkenaan. Akta ini hanya boleh menyekat dan mengenakan tindakan terhadap peniaga yang menjual barangan untuk mencari keuntungan berlebihan tanpa sebab munasabah. Sehubungan itu, adalah dinasihatkan pengguna supaya merancang perbelanjaan mereka selain membeli barang dengan lebih bijak dan dalam pada itu, kementerian juga perlu mengadakan lebih banyak penerangan kepada pengguna termasuk melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai harga barang serta senarai kedai yang menjual harga murah dan berpatutan. * Penulis ialah peguam

3

Page 74: Pengguna Bijak_2

Headline: Pengguna perlu bijak Publication: HM Date of publication: Aug 20, 2011 Section heading: Main Section Page number: 023 Byline / Author: Oleh Abdullah Wahab

KUALA LUMPUR: "Pengguna perlu prihatin dan bijak pilih produk halal. Jika setiap pengguna bersikap sedemikian ia akan beri tamparan kepada pengeluar produk," kata Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah. Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam berhubung penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam sos jenama HP Souce dan Tabasco, sejak bulan lalu. Mohd Mustaffa berkata, sebagai pengguna, mereka perlu menggunakan kuasa yang dimiliki untuk tidak membeli produk yang mengandungi unsur was-was, sekali gus menyebabkan jualan sesuatu produk itu jatuh merudum. "Kita tengok baru-baru ini, apabila Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) isytihar beberapa produk dicemari DNA babi, jualan produk itu jatuh merudum. "Jadi saya minta orang ramai khususnya pengguna Islam supaya peka dengan produk terutama makanan. Soal halal ini kita kena hati-hati," katanya. Beliau pada masa sama meminta pengguna sentiasa merujuk kepada laman web Jakim atau PPIM bagi mendapatkan info berhubung status produk halal. Selain itu, beliau berharap mendapat kerjasama pengguna untuk melaporkan kepada Jakim sekiranya was-was terhadap sesuatu produk makanan kerana sekarang ini banyak penipuan khususnya membabitkan logo halal. Sementara itu, Pengarah Komunikasi Fomca, Yusoff Abd Rahman ketika berkata, Akta Perihal Dagangan yang akan dikuat kuasakan tahun depan diharap mampu mengelak kejadian seperti itu daripada berulang. "Dalam kes ini, kita kena tengok siapa yang keluarkan logo halal.

4

Page 75: Pengguna Bijak_2

"Tindakan tegas perlu dibuat bagi mengelak kejadian sama berulang," katanya. Akhbar ini semalam melaporkan Jakim bertindak menghantar notis pemberitahuan kepada Persatuan Hotel Malaysia dan syarikat makanan segera berhubung penemuan DNA babi di dalam sos jenama HP Souce dan Tabasco sejak bulan lalu. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, dipetik sebagai berkata, pihaknya sudah menghantar notis peringatan memaklumkan kepada pengamal industri makanan yang menggunakan sos jenama berkenaan baru-baru ini. Bagaimanapun, katanya, aspek penguat kuasaan belum dijalankan berikutan pihaknya sedang melakukan beberapa siasatan terakhir sebelum menguatkuasakan larangan penggunaan dua jenis sos jenama terkenal itu. Difahamkan, Jakim sudah mengambil sampel produk berkenaan untuk dihantar sebanyak dua kali ke Jabatan Kimia Malaysia sebelum ia disahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

5

Page 76: Pengguna Bijak_2

Headline: Menjadikan pengguna lebih terdidik Publication: BH Date of publication: Jul 30, 2011 Section heading: Main Section Page number: 032 Byline / Author: Oleh Abu Hassan Alshari Yahaya

KITA sering mendengar pelbagai rungutan daripada pengguna bahawa perkhidmatan oleh institusi kewangan atau bank belum memenuhi kehendak mereka sepenuhnya serta pelbagai keluhan mengenai tahap kualiti dan masalah lain ketika berurusan dengan institusi kewangan. Oleh itu, untuk menangani rungutan berkenaan, peranan dan usaha bersama antara pengguna, Bank Negara Malaysia dan institusi kewangan perlu ditingkatkan bagi menjadikan perkhidmatan kewangan di negara ini lebih berkualiti. Dalam hal ini, tidak dinafikan bahawa peranan pengguna penting kerana ia menjadi antara penunjuk utama kepada institusi kewangan untuk membuat perubahan dan pembaharuan yang sewajarnya. Sektor kewangan di Malaysia sudah meningkat dengan pesat sejak beberapa tahun. Persekitaran kewangan juga kini lebih berdaya saing dengan usaha berterusan oleh institusi kewangan untuk mencari kaedah yang lebih baik dan inovatif bagi menawarkan rangkaian perkhidmatan dan produk kewangan yang dapat memenuhi keperluan kewangan pengguna. Jelas bahawa pendekatan seperti itu banyak memberikan manfaat kepada pengguna. Pengguna kini mempunyai lebih banyak pilihan perkhidmatan dan produk kewangan yang boleh disuaipadankan dengan keperluan kewangan mereka. Daripada akaun simpanan sehingga kad kredit, akaun deposit, dana pelaburan, pinjaman dan pilihan lain yang ada, pengguna kini mempunyai pilihan yang lebih pelbagai dan termasuk juga yang semakin kompleks dalam menguruskan kewangan mereka. Dalam persekitaran kewangan sedemikian, penting bagi pengguna supaya mempunyai pengetahuan dan kebolehan untuk membuat keputusan kewangan dengan baik. Bagi meningkatkan tahap pengetahuan kewangan, pengguna perlu melengkapi diri mereka dengan ilmu seperti kemahiran praktikal berhubung dengan pengurusan kewangan yang

6

Page 77: Pengguna Bijak_2

berhemat, maklumat produk dan perkhidmatan kewangan, pelaburan, pengurusan hutang dan sebagainya. Pengetahuan ini akan membolehkan pengguna membuat keputusan kewangan berdasarkan maklumat yang mencukupi dalam persediaan melangkah ke fasa kehidupan seperti membeli rumah dan kereta, mendirikan rumah tangga, menguruskan kewangan keluarga, menyediakan wang pendidikan anak, membuat pelaburan dan sebagainya. Pengguna yang aktif juga mempunyai peranan yang penting dalam meningkatkan disiplin pasaran institusi kewangan serta menggalakkan institusi kewangan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan bermutu. Malah trend yang wujud sejak kebelakangan ini menunjukkan kesedaran dan keyakinan pengguna semakin tinggi dalam tuntutan mereka bagi perkhidmatan yang berkualiti dan pada harga berpatutan. Selain itu, pengguna juga kini lebih yakin dalam menegaskan dan menyuarakan hak mereka sebagai pengguna dengan menggunakan pelbagai saluran, termasuk saluran undang-undang bagi mencari jalan menyelesaikan pertikaian yang dihadapi mereka. Untuk meningkatkan kuasa pengguna dalam urusan kewangan mereka, Bank Negara Malaysia sudah melaksanakan beberapa inisiatif bagi menggalakkan amalan pasaran yang lebih adil dan saksama oleh institusi kewangan. Menyedari pentingnya penzahiran maklumat yang mencukupi dan secara berkesan kepada pengguna, Bank Negara Malaysia mengeluarkan garis panduan mengenai ketelusan dan penzahiran produk. Garis panduan ini bertujuan untuk meningkatkan standard penzahiran maklumat bagi produk kewangan runcit dan membantu pengguna membuat keputusan kewangan yang bijak menerusi penzahiran maklumat yang berguna dan tepat pada masa. Langkah ini akan meningkatkan pemahaman pengguna mengenai maklumat yang diberikan oleh institusi kewangan apabila mereka menilai kesesuaian sesuatu produk dan membuat perbandingan. Proses penyeliaan dan pengawasan Bank Negara Malaysia terhadap amalan pasaran juga akan memastikan amalan penetapan harga yang telus dan caj yang dikenakan oleh institusi kewangan adalah setara dengan tahap perkhidmatan dan kos yang ditanggung untuk menyediakan perkhidmatan ini.

7

Page 78: Pengguna Bijak_2

Bagi tujuan pengawasan, antara perkara yang menjadi fokus ialah pengenaan fi dan caj, promosi kad kredit dan jualan produk berkaitan pelaburan termasuk produk pelaburan yang direka khusus mengikut keperluan pengguna. Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk melindungi pengguna, Bank Negara Malaysia juga menetapkan dan menguatkuasakan standard bagi wakil/ejen jualan dan pemasaran serta perantara kewangan lain seperti broker insurans dan penasihat kewangan untuk menjalankan perniagaan mereka secara telus dan adil. Pada masa sama, pengguna juga perlu memainkan peranan dan tanggungjawab mereka bagi memastikan kredibiliti dan disiplin pasaran tidak terjejas. Pengguna perlu lebih peka dan memahami terma dan syarat dokumen perjanjian sebelum bersetuju untuk membeli produk dan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan. Ini amat penting untuk memastikan pengguna memahami perkhidmatan dan produk kewangan yang bakal diterima, bayaran yang akan dikenakan serta hak mereka sebagai pengguna sekiranya institusi kewangan melanggar terma dan syarat yang sudah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Walau bagaimanapun, pengguna juga perlu bertanggungjawab dengan membuat bayaran balik kepada bank selepas menerima perkhidmatan yang dikehendaki. Kerjasama antara pengguna dengan bank akan memudahkan pelbagai urusan dan seterusnya tidak akan memberikan tekanan kepada industri, yang akhirnya merugikan pihak bank dan paling penting kepada pengguna sendiri. Selain itu, pengguna perlu mendisiplinkan diri supaya menjadi pengguna yang berhemat tinggi dengan mempunyai sejarah kredit yang baik tanpa sebarang masalah. Sekiranya pengguna menghadapi sebarang isu berkenaan dengan produk dan perkhidmatan kewangan, segeralah berbincang dengan institusi kewangan untuk mendapatkan penyelesaian yang efektif. Bank Negara Malaysia bersama-sama industri kewangan sudah memulakan program pendidikan kewangan untuk pengguna. Inisiatif terkini termasuk program POWER! dan kit maklumat kewangan tambahan untuk pengguna. Buku kecil yang mengandungi maklumat mengenai cara membuat aduan juga diterbitkan sebagai sebahagian daripada siri kit maklumat bankinginfo yang memberikan

8

Page 79: Pengguna Bijak_2

garis panduan mengenai bagaimana untuk memilih produk kewangan yang bersesuaian dan menepati kehendak pengguna serta hak dan tanggungjawab pengguna. Bank Negara Malaysia menyediakan kaedah penyelesaian dan sokongan untuk pengguna produk kewangan, termasuk menyediakan saluran aduan dan pengantaraan, perkhidmatan kaunseling kewangan dan program pengurusan hutang. Bank Negara Malaysia juga memberikan maklumat serta khidmat nasihat selain menerima aduan daripada orang ramai melalui pusat perkhidmatan pelanggannya iaitu BNMLINK, BNMTELELINK dan kaunter bergerak BNMLINK (Mobile LINK). Satu lagi saluran penyelesaian lanjutan ialah Biro Pengantaraan Kewangan, sebuah badan yang menjadi pengantara bebas untuk menyelesaikan pertikaian antara pengguna dengan institusi perbankan. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) pula memberikan pendidikan mengenai pengurusan kewangan berhemat serta menyediakan program kaunseling dan pengurusan hutang untuk orang ramai secara percuma. Perkhidmatan ini disediakan kepada orang ramai secara percuma. Tahap kesedaran serta pengetahuan kewangan pengguna yang lebih tinggi bukan saja meningkatkan tuntutan pengguna untuk perkhidmatan berkualiti, malah yang lebih penting untuk ketelusan serta amalan yang adil dalam menawarkan produk dan perkhidmatan. Bagi memenuhi tuntutan ini, penyedia perkhidmatan kewangan bertanggungjawab untuk menerapkan amalan perniagaan yang baik, termasuk standard penzahiran dalam pengurusan perniagaan harian mereka. Model perniagaan institusi kewangan perlu berlandaskan pada amalan yang adil dan mampu bertindak balas secara proaktif terhadap keperluan pengguna yang sentiasa berubah-ubah. Institusi kewangan seharusnya memperkenalkan produk mereka di pasaran hanya selepas menyediakan sistem pengawasan dan kawalan yang bersesuaian selain memberikan latihan yang sewajarnya kepada pekerja pemasaran mereka. Institusi kewangan juga dikehendaki memberikan penerangan yang jelas dan perlu telus dalam menyampaikan maklumat supaya pengguna memahami dan dapat membuat keputusan dengan baik. Lebih penting lagi, institusi perbankan sudah diarahkan supaya mewujudkan Unit Aduan yang berkesan untuk pengguna membuat aduan dan memberikan maklum balas mengenai produk dan perkhidmatan mereka. * Penulis ialah Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia

9

Page 80: Pengguna Bijak_2

Headline: 83 kedai 1Malaysia bakal dibuka Publication: BH Date of publication: Jul 14, 2011 Section heading: Main Section Page number: 008

PUTRAJAYA: Lebih ramai rakyat berpeluang mendapat bekalan barangan berkualiti pada harga lebih murah apabila kerajaan menambah 83 lagi Kedai Rakyat 1Malaysia yang berkonsepkan pasar mini, di seluruh negara sehingga akhir tahun depan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata 23 kedai akan dibuka tahun ini sekitar Lembah Klang dengan empat daripadanya di Cheras, Pantai Dalam, Bandar Tun Razak dan Gombak, sebelum September ini. "Selepas pembukaan kedai pertama di Kelana Jaya bulan lalu yang mendapat sambutan orang ramai, kerajaan akan memperluaskannya di seluruh negara. "Harga barangan murah iaitu purata 40 peratus lebih rendah daripada produk berjenama lain ," katanya kepada pemberita selepas sesi perbualan dalam talian secara langsung bersama pengguna menerusi portal 1Malaysia Pengguna Bijak, di sini, semalam. Bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia yang menjual 250 produk dibekalkan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang dijenamakan sebagai Kedai 1Malaysia. Ismail Sabri berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan 114 pemilik kedai runcit rumah pangsa kos rendah sekitar ibu kota hari ini untuk membekalkan produk jenama 1Malaysia di kedai runcit masing-masing.

10

Page 81: Pengguna Bijak_2

Headline: Jimat belanja Publication: HM Date of publication: Jul 9, 2011 Section heading: Main Section Page number: 045 Byline / Author: Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

KUALA LUMPUR: Pelancaran program Menu Rakyat 1Malaysia oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelmarin membuktikan kerajaan sentiasa peka dengan beban perbelanjaan yang terpaksa ditanggung rakyat. Malah, usaha kementerian menarik lebih ramai pengusaha restoran dan kedai menyertai program sedemikian menunjukkan komitmen kerajaan membantu masyarakat kurang mampu menjalani hidup lebih selesa. Pengerusi Majlis Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, berkata, pihaknya menyokong inisiatif kerajaan untuk membantu mengurangkan beban kewangan rakyat. "Ini adalah sebahagian daripada usaha kementerian untuk pengguna terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana supaya dapat berbelanja secara berhemah serta tidak dibebani kos kenaikan harga barang. "Justeru, sebagai tanda menyokong inisiatif kerajaan, kita turut menyertai program Menu Rakyat 1Malaysia dengan menawarkan sarapan dan hidangan tengah hari mampu beli, bernilai kurang dari RM2 hingga RM4 di Sembang-sembang Cafe di The Mall," katanya. Menurut Tunku Azwil, selain mengambil bahagian dalam program berkenaan, pihaknya juga menyampaikan maklumat berhubung Menu Rakyat 1Malaysia kepada ahli PPIM seluruh negara. "Kita berbangga dengan keprihatinan kerajaan membantu pengguna menikmati pelbagai keistimewaan ketika berbelanja. "Ini bukti kerajaan komited menyelesaikan masalah dan mengurangkan bebanan kos yang ditanggung rakyat.

11

Page 82: Pengguna Bijak_2

"Secara tidak langsung, ia mendidik pengguna membuat pilihan dan berbelanja secara bijak," katanya. Ketika majlis pelancaran Menu Rakyat 1Malaysia kelmarin, sebanyak 728 restoran di Semenanjung menyertai program terbabit. Usaha membela rakyat itu dikatakan menerima sambutan menggalakkan daripada restoran di bawah naungan Persatuan Pengusaha Resto ran Muslim Malaysia (Presma), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas), Persatuan Kedai Kopi Malaysia Singapura dan koperasi. Ismail Sabri berkata, pihaknya menyasarkan 1,000 restoran menyertai program berkenaan bagi menawarkan menu sarapan dengan harga maksimum RM2 dan hidangan tengah hari (maksimum RM4) kepada pelanggan Melayu, India dan Cina di seluruh negara. "Jenis makanan disediakan terpulang kepada restoran dan mereka yang berminat boleh memaklumkan kepada KPDNKK dan akan dimasukkan dalam senarai restoran yang menyediakan menu rakyat di Portal 1Malaysia Pengguna Bijak di laman web KPDNKK," katanya.

12

Page 83: Pengguna Bijak_2

Headline: Masih lalai hak pengguna Publication: HM Date of publication: Jul 1, 2011 Section heading: Main Section Page number: 042 Byline / Author: Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

KUALA LUMPUR: Kebanyakan pengguna sedar dan tahu mereka mempunyai hak dalam isu kepenggunaan tapi sering lalai dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pengguna. Senario itu terbukti melalui hasil kajian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang mendapati kesedaran rakyat berhubung perkara berkenaan masih pada tahap mengecewakan. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KPDNKK sentiasa berusaha melindungi hak pengguna menerusi pelbagai langkah proaktif termasuk menjalankan kempen kesedaran dan hebahan di media. "Selepas pelancaran laman web 1Malaysia Pengguna Bijak, kami terus mendekati rakyat menerusi pelancaran Bulan Pengguna Kebangsaan yang dijadualkan bermula esok (hari ini) hingga 31 Julai 2011. "Dalam tempoh berkenaan, kementerian akan menjalankan pelbagai aktiviti menarik khusus untuk memberi kesedaran kepada pengguna mengenai tanggungjawab mereka," katanya.

13

Page 84: Pengguna Bijak_2

Headline: Kedai Rakyat 1Malaysia pilihan bijak Publication: BH Date of publication: Jun 23, 2011 Section heading: Main Section Page number: 032 Byline / Author: Oleh Mohd Yusof Abdul Rahman

PEMBUKAAN Kedai Rakyat 1Malaysia, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri semalam amat dialu-alukan oleh pengguna. Kedai Rakyat 1Malaysia, yang dikendalikan oleh Mydin Mohammed Holdings Berhad, pengusaha Pasar Raya Besar Mydin, menawarkan barangan pada harga lebih rendah. Kedai Rakyat 1Malaysia pertama dibuka di Stesen LRT Kelana Jaya. Kedai Rakyat 1Malaysia ini menjual pelbagai barangan yang dibungkus semula dengan jenama 'Kedai Rakyat 1Malaysia'. Pada masa ini sebanyak 250 jenis barangan dibungkus di bawah jenama ini. Usaha mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia ini bertujuan membolehkan pengguna membuat pilihan untuk membeli barang bukan berjenama pada harga lebih rendah. Dalam menghadapi cabaran harga barang yang meningkat pada masa ini, kewujudan kedai seperti ini amat diharapkan oleh pengguna. Berdasarkan kajian, rakyat Malaysia masih memilih produk berjenama apabila membeli barangan, khususnya di pasar raya besar, walaupun wujud jenama gedung pasar raya yang menawarkan harga 30 peratus hingga 40 peratus lebih rendah. Pengguna di Malaysia dikatakan membeli produk jenama gedung sebanyak 14 peratus. Ini bertentangan dengan sikap pengguna di negara maju yang membeli 40 peratus jenama gedung. Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) berharap kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia dapat diperluaskan di seluruh negara. Kewujudannya juga tidak sewajarnya hanya untuk menampung keperluan pengguna di kawasan bandar saja, tetapi juga di kawasan luar bandar. Ini dapat membantu pengguna di luar bandar yang turut menghadapi masalah kenaikan harga barangan. Selain membantu pengguna untuk membeli pada harga lebih rendah, kedai ini juga boleh dijadikan sebagai penanda aras harga barangan di pasaran sebagai panduan

14

Page 85: Pengguna Bijak_2

kepada pengguna. Dengan ini, kedai lain tidak sewenang-wenangnya meletakkan harga lebih tinggi daripada yang sepatutnya. Kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia ini bukan bertujuan untuk melumpuhkan operasi kedai runcit lain, tetapi untuk mewujudkan persaingan sihat dan menyediakan pilihan kepada pengguna. Kedai runcit lain masih terus beroperasi dengan menjual barang berjenama yang masih mempunyai penggemarnya tersendiri. Kedai Rakyat 1Malaysia boleh menjadi tempat untuk memasarkan produk yang dihasilkan oleh pengilang tempatan serta pengusaha tanaman dan ternakan tempatan, yang mungkin menghadapi masalah untuk memasarkan produk mereka di kedai dan pasar raya besar. Ini sudah pasti dapat membantu pengusaha tempatan di samping memperluaskan pasaran produk keluaran tempatan. FOMCA juga berharap operasi Kedai Rakyat 1Malaysia ini akan berterusan dalam tempoh yang panjang. Kegagalan rangkaian pasar mini G Mart yang dikendalikan oleh PERNAS Edar perlu dijadikan pengajaran agar tidak berulang kembali. MOHD YUSOF ABDUL RAHMAN, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).

15

Page 86: Pengguna Bijak_2

Headline: Portal 1Malaysia Pengguna Bijak diperkenal Publication: BH Date of publication: Jun 8, 2011 Section heading: Main Section Page number: 006

KUALA LUMPUR: Rakyat kini boleh melakukan semakan dan perbandingan harga barangan pada setiap hari melalui `Portal 1Malaysia Pengguna Bijak', dalam usaha kerajaan untuk memperkasakan pengguna di negara ini. Selain itu, portal berkenaan juga berperanan sebagai saluran untuk membincangkan isu kepenggunaan lain secara interaktif melalui blog, laman sembang, ruang maklum balas dan komen. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembangunan portal bernilai RM1.4 juta itu merangkumi fasa pertama dan kedua bertujuan memberi panduan dan rujukan kepada rakyat mengikuti perkembangan harga barangan semasa di negara ini. Katanya, orang ramai boleh melayari `Portal 1Malaysia Pengguna Bijak di alamat www.1pengguna.com.

16

Page 87: Pengguna Bijak_2

Headline: Keberkesanan sistem kad debit perlu dikaji semula Publication: BH Date of publication: Jun 8, 2011 Section heading: Main Section Page number: 027 Byline / Author: Oleh Pengguna Serik

KEMUDAHAN kad debit yang diperkenalkan kebanyakan bank sejak beberapa tahun lalu memang diakui satu langkah bijak yang memudahkan pengguna ketika berbelanja. Ini kerana, pengguna tidak perlu lagi membawa banyak wang tunai untuk membeli-belah dan pada masa sama mengelakkan mereka terlalu bergantung kepada kad kredit yang lebih membebankan. Namun, dalam kecanggihan teknologi dan kemudahan yang disediakan ini, nyata masih banyak kelemahan dan risiko yang terpaksa dihadapi pengguna. Apatah lagi, kad debit bukan seperti kad kredit yang selalunya dimiliki oleh orang berkemampuan. Saya sering menggunakan kad itu untuk berbelanja dan menghadapi masalah dikenakan dua kali bayaran. Kejadian pertama berlaku ketika saya membeli pakaian anak di sebuah kedai pakaian bayi di kompleks beli-belah di Seri Kembangan. Jumlah pembelian adalah RM510 dan seperti biasa saya membuat pembayaran menggunakan kad debit. Selepas dimasukkan jumlah harga, saya diminta menekan nombor pin tetapi selepas terlalu lama menunggu pengesahan, mesej menyatakan transaksi terlalu lama terpampang di skrin. Juruwang mengulangi proses itu dan saya sekali lagi diminta menekan nombor pin dan kali ini berjaya. Lega rasanya, namun selepas balik ke rumah dan disemak transaksi dalam laman web, didapati berlaku dua kali pembayaran untuk jumlah RM510 itu. Dua hari lalu, sekali lagi saya mengalami nasib sama selepas dua kali menggunakan kad debit. Nasib baik jumlahnya kecil tetapi tetap dianggap menyusahkan. Kali ini, pembayarannya RM253 dibuat di sebuah restoran Jepun di kompleks berkenaan. Keadaannya sama, iaitu gagal untuk transaksi pertama dan berjaya untuk kali kedua,

17

Page 88: Pengguna Bijak_2

semak di laman web, ternyata berlaku dua kali pembayaran. Saya yakin kejadian ini akan berulang menyebabkan saya serik untuk menggunakan kemudahan ini pada masa depan. Sewajarnya pihak bertanggungjawab sama ada Bank Negara atau bank itu sendiri perlu melihat keberkesanan sistem mereka. PENGGUNA SERIK, Serdang, Selangor.

18

Page 89: Pengguna Bijak_2

Headline: Jadilah pengguna bijak Publication: HM Date of publication: May 11, 2011 Section heading: Main Section Page number: 020 Byline / Author: Oleh Jasni Majed

PELBAGAI kempen mengenai kepenggunaan dilancar dan diperkemas dari semasa ke semasa untuk mendidik pengguna mengenai soal perbelanjaan harian mereka. Kenaikan tidak menentu harga barang di pasaran membuatkan ramai antara kita melatah dan menuding jari kepada kerajaan. Mendidik pengguna untuk berjimat-cermat bukannya mudah. Persaingan antara peniaga dan pengguna juga sangat hebat. Gedung beli-belah mempunyai taktik dan teknik tersendiri untuk mendekatkan pengguna dengan pusat perniagaan mereka. Perlu difahami bahawa selama ini kedai dan pasar raya sering memikirkan pelbagai cara supaya pengguna berbelanja di tempat mereka termasuk mengadakan jualan murah, potongan harga, berhutang cara mudah, iklan, pameran serta susunan barang yang sangat menarik. Gedung beli-belah pula berusaha memancing pengguna agar lebih lama berada di premis mereka dengan menyediakan ruang luas, selesa, muzik yang menenangkan perasaan, malah tempat permainan kanak-kanak turut disediakan. Makin banyak masa seseorang itu berada di premis perniagaan mereka, makin banyak jenis barang yang dibelek kemudian dibeli, meskipun ada antara barang berkenaan tidak tersenarai ketika seseorang pengguna itu berada di rumah. Pengguna yang bijak, berfikir panjang tidak akan terpengaruh dengan segala macam taktik dan teknik peniaga. Mereka tidak perlu diasak dengan pelbagai kempen supaya berjimat-cermat atau mengalami poket kering sebelum hujung bulan. Kempen penurunan harga barang akan diadakan secara besar-besaran bermula 15 Jun

19

Page 90: Pengguna Bijak_2

hingga 31 Ogos 2011. Gedung perniagaan diharap bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menurunkan harga pelbagai jenis barang yang ditetapkan untuk membantu pengguna. Kempen yang akan berjalan lebih dua bulan ini dianggap paling sesuai memandangkan umat Islam akan menyambut Aidilfitri hujung Ogos nanti. Selalunya, isu utama yang diperkatakan sejak awal Ramadan hinggalah menjelang hari raya ialah kenaikan mendadak pelbagai jenis barang keperluan yang membebankan pengguna. Bagaimanapun, apa yang dikhuatiri ialah benarkah kempen ini betul-betul mendidik pengguna agar berhemat dalam perbelanjaan mereka? Contohnya, jika barang yang diperlukan hanya enam jenis, benarkah enam jenis barang itu yang hanya dibeli oleh mereka? Kita ambil contoh lagi, jika seseorang itu ke pasar raya yang menawarkan 20 jenis barang yang diturunkan harga, kemungkinan lebih banyak lagi barang yang akan dibeli oleh pengguna tersebut. Sikap rambang mata pengguna selalunya memudahkan lagi peniaga dalam urusan perniagaan mereka. Hari Tidak Berbelanja dianjurkan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) sejak 2008 dan ditetapkan pada 16 Julai setiap tahun seiring dengan Kempen Konsumer Kebangsaan 2008-2012. Hari Tidak Berbelanja diilhamkan seorang artis Kanada, Ted Dave dan rakan-rakannya pada 1992. Di mana-mana negara pun tentunya kempen ini berusaha menggalakkan pengguna mengurangkan perbelanjaan mereka seboleh mungkin. Kita mengadakan pelbagai kempen demi mendidik pengguna agar bijak berbelanja dengan berjimat. Minggu Tanpa Menonton Televisyen juga diadakan bukan hanya untuk menjauhkan diri kita daripada memerap di rumah berdepan dengan televisyen, tetapi di sebaliknya berharap kita menjimatkan elektrik. Beberapa bulan lepas, kerajaan Terengganu melancarkan Kempen Teliti Dulu Sebelum Beli. Kempen ini lebih menjurus kepada mengubah sikap pengguna agar berhati-hati

20

Page 91: Pengguna Bijak_2

ketika membeli-belah di samping menanam sikap menjaga hak sebagai pengguna. Apapun, pengguna selalunya sukar dikawal atas beberapa sebab. Pertama, taktik peniaga yang licik menjadikan pengguna tertarik dengan pelbagai jenis barang termasuk barang yang sebenarnya tidak perlu. Di samping itu, berapa ramaikah antara kita yang menyahut kempen Hari Tidak Berbelanja dalam keadaan hidup yang serba mencabar ini? Jika kebetulan hari berkenaan jatuh pada hari bekerja, mampukah kita berbasikal ke pejabat? Kita mungkin mampu tidak membeli barang makanan pada hari itu. Kita memang boleh membawa bekalan makanan dan minuman ke tempat kerja, tetapi ramai yang perlu menyedari bahawa sehari sebelum kempen Hari Tidak Berbelanja itu sudah ramai yang mengisi petrol lebih banyak ke dalam tangki, membeli barang makanan dengan kadar lebih daripada biasa kerana tidak mahu membeli pada hari kempen berkenaan. Dalam pada itu, kita mesti memahami bahawa setiap kempen yang diadakan tidak mendapat sambutan. Ini kerana ada antara pengguna yang tidak kisah dengan sebarang kenaikan harga barang. Contohnya, golongan berada tidak mengambil kira harga barang naik kerana mereka mempunyai kuasa beli. Malah, setiap kali kakitangan kerajaan dan swasta mendapat durian runtuh seperti bonus, tabiat berbelanja pengguna berubah sekelip mata. Hal ini menjadikan pengguna lain turut terbeban dan merungut dengan kenaikan harga barang. Di kampung pun, sudah ramai yang boros berbelanja setelah berlaku kenaikan harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit. Tetapi, oleh sebab kita ini mudah lupa dan cepat sangat terpengaruh, terpaksalah kita digerakkan dengan kempen. Hal ini menunjukkan bahawa apa yang berlaku di dapur kita pun kita kena minta orang lain membantu kita. Menariknya, apabila menjelang Aidilfitri, pelbagai saranan dibuat oleh pelbagai pihak untuk mengekang sikap rakus kita berbelanja. Dalam pada itu, pengguna tidak terlepas pula 'berperang' dengan gedung perniagaan yang ghairah mempromosi barang jualan

21

Page 92: Pengguna Bijak_2

mereka dengan pelbagai kaedah sehingga mampu mengumpul sejumlah besar pelanggan ke premis perniagaan mereka. Pengguna tentunya menyambut baik Kempen Penurunan Harga Barang mulai bulan depan. Bagaimanapun, pengguna perlu diingatkan mengenai pentingnya sikap berhati-hati ketika berbelanja. Pengguna mestilah memastikan barang-barang yang mengalami penurunan harga itu bermutu jika dibandingkan sebelum berlaku penurunan harga. Pengguna juga mestilah memikirkan tujuan membeli sesuatu barang, adakah barang itu benar-benar diperlukan atau tidak. Pengguna yang bijak adalah pengguna yang sentiasa berjimat dalam semua keadaan dan berterusan tanpa menunggu sebarang kempen. Pepatah lama ada mengatakan 'beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis'. Oleh itu kita mesti menyedari bahawa saranan mengenai berjimat-cermat ini bukanlah perkara baru. Malah, dalam al-Quran pun disebut mengenai pentingnya berjimat-cermat atau tidak boros dalam perbelanjaan. * Penulis seorang guru

22

Page 93: Pengguna Bijak_2

Headline: Bijak urus wang elak muflis Publication: BH Date of publication: May 6, 2011 Section heading: Sentral Page number: 004 Byline / Author: Oleh Md Fuzi Abd Lateh

BUKIT BERUNTUNG: Masjid As Salam Bukit Sentosa di sini dengan kerjasama Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menganjurkan Bengkel Pengurusan Kewangan Bersama Bank Negara di masjid itu, baru-baru ini. Program bermanfaat mendidik pengguna bijak menguruskan kewangan mereka disertai 60 penduduk setempat itu dikendalikan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dengan jawatankuasa masjid berkenaan dan Pertubuhan Nisa Malaysia (Nisa') cawangan Hulu Selangor. Peserta mendapat maklumat yang disampaikan wakil FOMCA dan PIDM dalam slot ceramah khas. Turut hadir, Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman; Pengurus Kanan Unit Outrich Nisa', Siti Rahayu Zakaria dan nazir masjid As Salam, Abu Bakar Yang. Peserta, Mohd Basir Bakar, 34, berkata bengkel itu amat baik disertai penduduk kerana mampu memberi pengetahuan dan maklumat terkini pengurusan kewangan berkesan. Katanya, banyak input baru dapat diperoleh dengan mudah melalui perkongsian ilmu itu. "Pujian perlu diberikan kepada penganjur yang memilih masjid ini sebagai destinasi untuk peserta berkursus. "Saya dapat mengaplikasi pengetahuan diperoleh demi kebaikan pengurusan kewangan keluarga," katanya. Sementara itu, Mohd Yusof berkata, kemahiran menguruskan kewangan dan perbelanjaan juga membantu masyarakat bebas daripada masalah kewangan.

23

Page 94: Pengguna Bijak_2

"Ada statistik menunjukkan masyarakat negara ini muflis disebabkan kegagalan mengurus kewangan dan perbelanjaan. "Justeru, FOMCA mengambil inisiatif dengan mendidik masyarakat khususnya di sekitar kawasan ini supaya sedar dan akhirnya bebas kekangan kewangan," katanya sambil menambah program diadakan bersempena Hari Pengguna Malaysia yang akan disambut pada 26 Julai ini. Sementara itu, Abu Bakar berkata, kerjasama pihak Masjid Salam yang menjadi lokasi pelaksanaan dua program terbabit antara usaha menjelaskan kepada masyarakat mengenai fungsi masjid yang bukan sekadar untuk tujuan ibadah solat, malah sebagai pusat penyatuan masyarakat.

24

Page 95: Pengguna Bijak_2

Headline: Pengguna mudah terpengaruh dengan tawaran harga murah Publication: BH Date of publication: Dec 28, 2010 Section heading: Main Section Page number: 031 Byline / Author: Oleh Norzilah Ibrahim

SAYA teringat kata-kata Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohammed Idris tidak lama dulu mengenai sukarnya mengubah tabiat rakyat di negara kita dalam soal perbelanjaan. Kaji selidik AC Nielsen mendedahkan, ramai rakyat Malaysia bersifat tegar membeli-belah tanpa menggunakan akal fikiran apatah lagi pada musim perayaan atau ketika pusat-beli belah mengadakan pelbagai tawaran jualan. Kini, jika diteliti akhbar harian dan mingguan, pusat beli-belah menawarkan jualan hujung tahun dan pelbagai promosi untuk menarik minat pengguna berbelanja di premis mereka. Tidak cukup dengan itu, jualan kembali ke sekolah juga sudah bersemarak sejak dua minggu lalu diikuti jualan sempena perayaan Krismas. Pengguna yang tidak mementingkan mutu atau kualiti barang selalunya terjerat dengan tawaran jualan hebat hingga ada barang dibeli tidak tahan lama dan akhirnya merugikan pengguna. Mencari pengguna yang benar-benar bijak memang sukar ditambah kaedah `umpan' yang diguna pakai sesetengah peniaga seperti menawarkan kupon atau hadiah untuk menarik pelanggan. Pengguna sepatutnya memahami ilmu kepenggunaan untuk menjadi pengguna yang berhemah, bijak dan mampu mengendalikan ekonomi keluarga. Apa yang penting, mereka juga mestilah memahami hak sebagai pengguna. NORZILAH IBRAHIM, Shah Alam.

25

Page 96: Pengguna Bijak_2

Headline: Pengguna harus lebih bijak memilih Publication: BH Date of publication: Jul 31, 2010 Section heading: Main Section Page number: 035 Byline / Author: Oleh Ismail Abdul Aziz

MENJELANG Ramadan dan Syawal, sering kita dengar rungutan mengenai kenaikan harga barangan membabitkan bahan mentah makanan, kuih muih dan makanan yang dijual di pasar Ramadan naik harga, ditambah pula kesan kenaikan harga gula dan bahan api, baru-baru ini. Ada peniaga tidak meletakkan tanda harga dan ini menyebabkan pengguna tertipu dan sukar untuk membuat perbandingan. Lebih penting tahap kebersihan sekitar pasar Ramadan perlu kita pastikan tidak tercemar daripada sampah sarap dan mempunyai kemudahan asas seperti tong sampah dan bekalan air paip. Bazar Ramadan tidak sepatutnya dicemari debu dan lalat. Keadaan ini akan menyebabkan keracunan makanan dan boleh membahayakan pengguna. Isu iklan yang melampau mempengaruhi pengguna untuk berbelanja untuk persediaan Aidilfitri sudah mula dipamerkan. Pengguna harus bijak membuat keputusan kerana peniaga lebih bijak memutar-belitkan iklan terbabit. Harus kita sedar barangan yang dipromosikan dengan tawaran potongan harga itu kebanyakannya tidak tepat maklumatnya dan sengaja diletakkan harga tawaran murah sebaliknya itulah harga sebenarnya dengan kualiti yang rendah mutunya. Dalam hal ini, adalah wajar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menguatkuasakan semula peraturan jualan murah yang mewajibkan semua premis perniagaan yang meletakkan iklan jualan murah, potongan harga, harga istimewa dan sebagainya, perlu dan wajib memohon permit dari KPDNKK. Saya mengingatkan pengguna, janganlah kita berbelanja mengikut nafsu, rancanglah bajet mengikut pendapatan dan kemampuan keluarga. Elakkan kita berhutang selepas hari raya nanti.

26

Page 97: Pengguna Bijak_2

ISMAIL ABDUL AZIZ, Setiausaha Kehormat Persatuan Pengguna dan Sosial Petaling (CAPS).

27

Page 98: Pengguna Bijak_2

Headline: Pengguna mesti proaktif pertahan hak Publication: BH Date of publication: Jul 5, 2010 Section heading: Main Section Page number: 027 Byline / Author: Oleh Selva Raj

PADA 2008, pengguna Malaysia mengalami krisis kenaikan harga makanan dan minyak secara mendadak. Ia membawa kesan negatif kepada rakyat khususnya yang miskin dan terpinggir. Krisis kenaikan harga makanan dan petroleum ketika itu bukan saja memberi impak kepada pengguna di Malaysia, pengguna seluruh dunia sebagai fenomena global. Walaupun kenaikan harga fenomena global, di Malaysia wujud masalah serius iaitu persepsi rakyat. Apabila harga makanan dan minyak naik, ramai pengguna marah terhadap kerajaan dan pengeluar minyak. Mereka berpendapat, menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan mengekalkan harga pada paras rendah tidak kira apapun yang berlaku di pasaran dunia. Persepsi seperti ini tidak tepat dan tidak realistik. Pasaran Malaysia agak terbuka. Oleh itu, sebarang perubahan harga di dunia ada kesan secara langsung atau tidak langsung kepada pengguna Malaysia. Tambahan pula, harga ditentukan penawaran dan permintaan. Dalam konteks dunia sekarang, yang menyaksikan penawaran semakin menurun lantaran sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui semakin berkurangan. Selain itu, perubahan iklim dan permintaan semakin naik kerana pengguna kelas pertengahan yang baru di China dan India juga mewujudkan tekanan kepada kenaikan harga barangan pada peringkat antarabangsa. Peranan kerajaan dalam penentuan harga agak terbatas. Kerajaan dapat menentukan harga barang tertentu melalui mekanisme kawalan harga iaitu melalui subsidi makanan dan minyak. Dalam pembentangan pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi, Datuk Seri Idris Jala, memberi gambaran bahawa pada tahap sekarang ini kerajaan secara purata

28

Page 99: Pengguna Bijak_2

mengeluarkan sehingga RM12,900 setahun bagi setiap isi rumah pada 2009 tidak kira sama ada miskin atau kaya. Seterusnya subsidi menggalakkan penyeludupan, sorok dan penggunaan berlebihan. Pemberian subsidi yang diamalkan kini secara jelas tidak mapan. Dalam konteks ini pengguna harus memahami perkara berikut. * Peranan pasaran dalam penentuan harga. * Keterbatasan kerajaan dalam penentuan harga. * Kesan subsidi kepada ekonomi negara bukan saja kepada rakyat pada masa kini tetapi juga kesan kepada generasi akan datang. Seterusnya, pengguna tidak harus berasakan mereka mangsa pasif kepada kesan ekonomi. Mereka sebenarnya mampu menjadi pengguna yang bijak dan proaktif. Namun, sudah tentu ini tidak akan berlaku secara automatik. Pengguna perlu pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap. Dengan itu, mereka akan melakukan anjakan minda seterusnya mengubah tingkah laku penggunaan. Perubahan ini hanya berlaku melalui kesedaran, latihan dan pendidikan pengguna. Dalam konteks ini, FOMCA dengan kerjasama tiga organisasi peringkat kebangsaan iaitu Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) melancarkan Kempen Konsumer Kebangsaan pada 6 Mei 2008. Pada 1 Januari 2009, Petronas turut menjadi rakan kongsi kelima. Tema kempen iaitu `Perubahan Bermula Dengan Saya' mencerminkan asas kempen iaitu pengguna harus lebih bertanggungjawab untuk melindungi dan mempertahankan kepentingan. Mereka tidak harus mengharapkan semata-mata kepada kerajaan untuk menjaga kepentingan itu. Mereka harus memperoleh ilmu untuk menjamin kepentingan diri. Kempen 3K dikendalikan melalui tiga kaedah. Pertama, melalui media massa. Dua rancangan radio diadakan untuk memberi panduan kepada pengguna mengenai

29

Page 100: Pengguna Bijak_2

kaedah menguruskan kewangan serta mengurangkan perbelanjaan. Seterusnya satu laman sesawang 3K juga diwujudkan. Kedua, sempena kempen 3K, FOMCA mengendalikan beberapa kempen kebangsaan untuk menyedarkan pengguna mengenai beberapa aspek kepenggunaan iaitu: * Minggu Tidak Menonton Televisyen. * Hari Tidak Berbelanja. * Kempen Melindungi Anak Kita. * Kempen tanam Sendiri. * Kempen Gaya Hidup Sihat. * Kempen Wanita Sebagai Pengguna. Ketiga, FOMCA mengendalikan program latihan 3K pada peringkat akar umbi. Ia dianggap program paling penting dalam pelaksanaan kempen 3K. Program itu dikendalikan secara bersemuka dengan pengguna khususnya yang miskin di bandar, pinggiran bandar dan luar bandar. Program latihan itu merangkumi topik seperti hak dan tanggungjawab pengguna, penggunaan berhemat, pengurusan kewangan dan cara berkesan membuat aduan. Selain itu, 25 risalah diterbitkan merangkumi topik seperti penggunaan berhemat, pengurusan kewangan, berkebun di rumah, gaya hidup sihat, jimat penggunaan elektrik, lindungi alam sekitar, jimat penggunaan air dan cara mudah menjimatkan petrol. Objektif utama kempen 3K adalah perubahan corak penggunaan pengguna. Adakah program dan aktiviti kempen 3K yang dijalankan pada 2009 mencapai objektif? Berdasarkan soal selidik dikendalikan, didapati ada perbezaan signifikan antara pengguna yang menghadiri program 3K dengan mereka yang tidak hadir, berkaitan kepelbagaian niat untuk mengubah tingkah laku.

30

Page 101: Pengguna Bijak_2

Seramai 30 peserta program latihan 3K dipilih secara rawak selepas sebulan menghadiri program ini. Mereka diminta memberi maklum balas mengenai perbezaan pada diri sebelum dan selepas menghadiri program latihan 3K. Antara jawapan diterima termasuk mengurangkan penggunaan elektrik, merancang kewangan, menyenaraikan barangan sebelum keluar membeli-belah, menanam sayuran di halaman rumah dan mengetepikan wang untuk simpanan sebelum membelanjakan pendapatan. Maka jelas, kempen ini memberi kesan kepada pengguna dan mempengaruhi mereka untuk menjadi pengguna yang bijak dan proaktif. * Penulis ialah Penyelaras Nasional 3K dan Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA

31

Page 102: Pengguna Bijak_2

Headline: Berbelanja cara bijak Publication: HM Date of publication: Mar 14, 2009 Section heading: Main Section Page number: 025 Byline / Author: Oleh Kamarulzaman Pid

PUTRAJAYA: Pengguna kini berpeluang berbelanja dengan lebih bijak terutama dalam menghadapi kemelesetan ekonomi ketika ini dengan membuat perbandingan harga menerusi sebuah laman web yang dilancarkan semalam. Laman web www.smartpengguna.my yang dibangunkan syarikat tempatan, Zenito Global Sdn Bhd, itu memaparkan perbandingan harga semua produk di lima pasar raya terbesar di negara ini iaitu Giant, Carrefour, Mydin, Tesco dan Jaya Jusco. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata maklumat dalam laman web itu boleh menjadi asas kepada pengguna untuk berbelanja dengan lebih bijak dengan membuat perbandingan harga antara satu pasar raya dengan pasar raya lain. "Ia dapat membantu dan membentuk satu suasana di mana pengguna mempunyai maklumat tepat dan cukup untuk membuat keputusan membeli barangan keperluan mereka dengan lebih bijak. "Menerusi laman web ini juga, komuniti pasar raya sanggup bersaing secara terbuka dengan memaparkan harga barangan mereka secara terbuka dan ini secara langsung memberi faedar besar kepada pengguna," katanya pada sidang media selepas melancarkan laman web itu di kementeriannya di sini, semalam. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Zenito Global Sdn Bhd, Adam Breimo serta wakil pasar raya berkenaan. Shahrir berkata, pihaknya tidak menjangka pasar raya berkenaan akan berpakat dalam menentukan harga barangan yang dipaparkan pada laman web itu bagi meraih keuntungan. "Saya tak fikir mereka (pasar raya) akan berpakat (tentukan harga). Ini mungkin

32

Page 103: Pengguna Bijak_2

33

pandangan sinis daripada segelintir pihak. "Berikutan itu, saya meminta pemilik laman web ini supaya memasukkan pasar raya lain supaya wujud persaingan dan pengguna mempunyai lebih banyak pilihan," katanya. (END)

Page 104: Pengguna Bijak_2

PENGGUNA PERLU BIJAK MENILAI SEMASA MEMBELI-BELAH

Date: 19-07-2011 Author: / MK KHY RHM PENGGUNA-PILIHAN SHAH ALAM, 19 Julai (Bernama) -- Pengguna di negara ini perlu bijak membuat penilaian semasa membeli barangan keperluan yang harganya semakin melambung seperti harga ayam baru-baru ini. Pengarah Bahagian Gerakan Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Mat Pauzi Awang berkata sebagai contoh pengguna boleh memilih untuk membeli daging sekiranya harga ayam melambung. Beliau berkata demikian kepada para peserta Seminar Kebangsaan Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) ke-15 di sini hari ini. Beliau berkata walaupun harga ayam di pasar basah kini melambung kepada kira-kira RM7 sekilogram daripada RM6 sekilogram sebelum ini, masih ada lagi tempat yang menjual ayam pada harga yang lebih murah seperti di pasar raya. Mat Pauzi yang mewakili menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan seminar dua hari itu yang bermula hari ini, turut meminta peserta seminar supaya dapat memberi input kepada masyarakat supaya berbelanja secara berhemat mengikut keperluan sebenar mereka sempena bulan puasa pada bulan depan. -- BERNAMA MK KHY RHM

1  

Page 105: Pengguna Bijak_2

TNB USAHA TERUS DIDIK PENGGUNA GUNA ELEKTRIK DENGAN BIJAK

Date: 11-02-2011 Author: / SFW AHM TNB-USAHA KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama)-- Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengambil pendekatan melaksanakan usaha berterusan untuk memberi kesedaran kepada pengguna tentang cara penggunaan elektrik dengan bijak yang mampu memberi faedah kepada semua, kata Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Ir Azman Mohd. "Banyak syarikat yang tidak menyedari bahawa angkadar kuasa mereka berada pada tahap kurang optimum yang bermaksud penggunaan tenaga elektrik mereka tidakbegitu efisien," katanya selepas majlis penyampaian hadiah: Peraduan Kecekapan Tenaga TNB-NST dan Harian Metro siri ketiga di sini hari ini. Selain penganjuran peraduan, TNB juga telah memberi mesej dan pendedahan kepada pengguna melalui papan iklan tentang cara penggunaan elektrik yang bijak. Katanya, TNB, melalui anak syarikatnya, TNB Energy Services Sdn Bhd, turut memberi khidmat nasihat tentang cara menguruskan tenaga elektrik dengan baik. "Kesedaran tentang penggunaan elektrik yang betul bukan sahaja berfaedah kepada pengguna malah ianya membantu kami dalam melambatkan atau langsung tidak perlu membina stesen janakuasa baru yang mahal," katanya. Peraduan kecekapan tenaga TNB-NST dan Harian Metro ini merupakan inisiatif bersama TNB dan Kumpulan NSTP dalam memberi kesedaran umum tentang kepentingan penggunaan elektrik dengan bijak. -- BERNAMA SFW AHM

2  

Page 106: Pengguna Bijak_2

RAKYAT M'SIA PERLU JADI PENGGUNA YANG BIJAK

Date: 01-02-2011 Author: / SHY SHY NH PENGGUNA-BIJAK KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Orang ramai perlu meningkatkan tahap kesedaran mereka berhubung hak-hak kepenggunaan dan belajar menjadi pengguna yang bijak, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe. Para pengguna tempatan perlu bersatu dan menggunakan pengaruh mereka ke atasharga terutama apabila berurusan dengan peniaga yang gemar mengaut keuntungan, katanya kepada Bernama. "Pengguna mempunyai kuasa untuk melindungi diri sendiri. Mereka boleh sahaja mencari alternatif yang lebih murah jika mengamalkan sikap kepenggunaan yang bijak kerana banyak outlet yang menjual barangan yang sama," katanya. Dalam satu kaji selidik yang dijalankan kementeriannya menunjukkan bahawa kesedaran pengguna di Malaysia secara relatifnya rendah, katanya. Mengambil satu contoh mengenai industri kafe tempatan di mana pengguna menggunakan hak dan pengaruh mereka, Tan berkata beliau mendapati bahawa rangkaian runcit kopi asing telah menutup sebilangan outlet mereka di Malaysia berikutan saingan hebat dari kopitiam moden tempatan di mana kopinya lebih murah tetapi dengan rasa yang lebih kurang sama. Tan berkata beliau memahami bahawa apabila orang ramai memulakan perniagaan,matlamat mereka adalah untuk membuat untung. "Semua itu boleh difahami. Tapi kadang kala terdapat usaha mengaut untung lebih apabila peniaga meletakkan harga yang tinggi sehingga benar-benar membebankan pengguna. Menggunakan satu analogi, beliau berkata peningkatan harga bermakna bahawa pengguna akan berasa terbeban dan masih boleh menanggungnya tetapi apabila sikapmengaut untung berlebihan mengambil tempat " ia seolah-olah mereka akan jadi lebam atau berdarah". Sehubungan itu, Tan yang juga Anggota Parlimen Grik berkata para pengguna perlu meningkatkan kesedaran mengenai hak-hak mereka dan belajar untuk menyuarakan penentangan mereka terhadap peningkatan harga yang berlebihan. Beliau juga meminta para peniaga supaya mengamalkan etika perniagaan yang baik dan mengelakkan sikap mengaut untung berlebihan kerana mereka juga merupakan pengguna bagi barangan atau perkhidmatan yang lain. "Mereka tidak sepatutnya memulakan rantaian reaksi ke arah harga barangan yang tinggi. Jika harga barangan mereka berpatutan, ia tidak bermakna bahawa mereka akan rugi. Mungkin mereka mendapat pendapatan yang lebih kerana mereka dapat menjual dalam jumlah yang banyak apabila lebih ramai pengguna tertarik untuk membeli kerana harga yang murah," katanya. Tan, yang juga Ketua Wanita Parti Gerakan berkata, kerajaan amat prihatin mengenai beban harga yang tinggi ke atas pengguna dan akan campur tangan terutama semasa musim perayaan. Bagi sambutan Tahun Baru Cina, kementeriannya telah meletakkan kawalan harga

3  

Page 107: Pengguna Bijak_2

ke atas 11 barangan termasuk pelbagai jenis ayam, telur, ikan bawal putih, kobis dan daging babi. "Kerajaan juga meletakkan kawalan harga ke atas barangan keperluan bagi perayaan yang lain seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Krismas, katanya. Menurut laman web kementerian, 842 kes atau aduan direkodkan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 tahun lepas dan dalam proses itu barangan berjumlah RM740,128 dirampas. Sebanyak 794 kes aduan di bawah Akta Perliundungan Pengguna, 1999 dan barangan bernilai RM596,141 dirampas. Tan berkata kementeriannya yang mempunyai Bahagian Konsumerism, akan mengambil langkah pro aktif ke arah mendidik lebih ramai pengguna mengenai hak-hak mereka melalui media dan dengan turun ke padang terutama di kawasan luar bandar. Beliau juga berharap para pengguna akan bekerjasama dengan persatuan-persatuan pengguna bagi membantu kerajaan meningkatkan kesedaran kepenggunaan yang tinggi di kalangan orang ramai ke arah mewujudkan gerakan pengguna yang adil dan objektif. Di bawah Dasar Kepenggunaan Negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan berusaha mewujudkan persekitaran yang harmoni dan hak yang adil dan saksama dan kebertanggungjawaban di kalangan pengguna, peniaga/pengeluar dan kerajaan melalui peraturan yang dipertingkatkan, etika perniagaan, pendidikan, amalan kesihatan dan kemudahan awam. -- BERNAMA SHY SHY NH

4  

Page 108: Pengguna Bijak_2

PENGGUNA PERLU BIJAK MAIN PERANAN AGAR PENIAGA TIDAK NAIKKAN HARGA SESUKA HATI

Date: 01-08-2010 Author: / JH HK ROS TAN-PENGGUNA LABUAN, 1 Ogos (Bernama) -- Para pengguna perlu bijak memainkan peranan dalam memastikan peniaga tidak menaikkan harga sesuka hati, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe. Beliau berkata para pengguna seharusnya menggunakan hak mereka untuk menstabilkan harga di pasaran, dan bukannya hanya membiarkan peniaga tidak beretika menetapkan harga untuk mereka. "Sekiranya kita sebagai pengguna tahu kuasa kita sebagai pengguna, kita tidak akan mudah terpedaya dengan peniaga tidak beretika," katanya kepada wartawan ketika melakukan lawatan dua hari ke Labuan bermula hari ini. Tan turut meluangkan masa melawat pasar basah, beberapa premis perniagaan serta menghadiri majlis perjumpaan bersama peniaga dan pemimpin-pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Labuan. Beliau berkata pengguna perlu ke kedai yang menjual dengan harga yang berpatutan dan bijak mengurus perbelanjaan mereka. Selain itu, mereka perlu menjalankan tanggungjawab untuk membuat laporan kepada kementerian berkenaan sekiranya ada peniaga yang menaikkan harga barangan secara tidak beretika, katanya. -- BERNAMA JH HK ROS

5  

Page 109: Pengguna Bijak_2

JADILAH PENGGUNA BIJAK

Date: 22-07-2010 Author: Melati Mohd Ariff / MMA PR RON PENGGUNA-GULA (BIJAK) Kekurangan bekalan dan kenaikan harga runcit baru-baru ini menimbulkan persoalan apa yang ada pada gula sehingga pengguna yang mendabik dada sebagai bijak turut membiarkan diri mereka menjadi 'semut' sanggup `berebut' kerana bahan pemanis ini? Rencana tiga siri ini memaparkan beberapa pandangan mengenai gula. Ini ialah bahagian akhir daripada tiga siri. KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Apabila berlaku kekurangan bekalan gula, orang ramai bukan sahaja mengeluh tetapi menunjukkan reaksi marah. Paparan media juga menunjukkan mereka menyerbu kedai dan pasar raya untuk membeli gula dalam kuantiti yang banyak sehingga mencetuskan 'pembelian panik' dalam kalangan pengguna lain. Natijahnya, tindakan melulu sesetengah pengguna menyebabkan berlaku kekurangan bekalan gula di beberapa tempat. Keadaan terus meruncing apabila ada peniaga yang mengambil kesempatan denganmenaikkan harga atau menyorok barang keperluan itu untuk meraih keuntungan singkat. ISU YANG BERULANG Bekalan tidak mencukupi, harga naik dan diseludup ke luar negara ialah antara alasan yang sering dikaitkan dengan kekurangan bekalan gula di negara ini. Seperti tidak berpenghujung, saban tahun pasti berulang kemelut isu gula lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan dan yang aneh sekali kekurangan bekalan gula ini hanya berlaku di Malaysia. Mengapa agaknya? Di samping banyak pihak yang menuding jari, semua ini juga terjadi di sebalik pelbagai langkah serta penguatkuasaan yang dilakukan pihak berkuasa. Ada pihak pantas mendakwa berlaku manipulasi oleh pengilang dan peniaga. Ada pula pihak yang mahu kerajaan menarik balik sepenuhnya subsidi gula supaya harga gula di negara ini akan menjadi "setanding" dengan harga di negara-negara jiran dan ini akan mengurangkan penyeludupan keluar gula. Difahamkan harga gula dijual sekitar RM2.50 hingga lebih RM3 sekilogram di negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura. Di Malaysia harga runcit gula yang disubsidi ialah RM1.90. PEMBAZIRAN SUBSIDI Kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi gula hampir RM1 bilion setiap tahun walaupun bahan pemanis itu banyak mendatangkan mudarat dari segi

6  

Page 110: Pengguna Bijak_2

kesihatan termasuk penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung. Beban subsidi sepatutnya bertambah kepada RM1.26 bilion jika harga gula di pasaran kekal pada RM1.45 sekilogram. Beban subsidi yang melampau itu membuatkan kerajaan tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga gula sebanyak 20 sen berkuatkuasa 1 Jan 2010, menjadikan harga gula RM1.65 sekilogram di Semenanjung dan RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak. Pada 16 Julai 2010, selepas berulangnya episod kekurangan bekalan, kerajaan terus mengurangkan subsidi gula menyebabkan harga runcitnya naik kepada RM1.90 sekilogram. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dipetik sebagai berkata kerajaan menanggung subsidi sebanyak 80 sen bagi setiap kilogram gula yang dijual pada harga semasa. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengulas kenaikan harga gula itu mahu rakyat negara ini daripada semua lapisan hidup, mengubah cita rasa dan kurangkan pengambilan gula. Beliau dilaporkan berkata: "tidak ada logiknya kerajaan keluarkan subsidi hampir RM1 bilion untuk satu bahan makanan yang boleh mendatangkan mudarat kepada rakyat." CARI ALTERNATIF Walau apa pun, pengguna akan terus menjadi mangsa jika masih mahu terus berada dalam zon keselesaan hidup mereka. Sikap tidak bersedia untuk mencari alternatif kepada kemelut gula ini akan membuatkan masyarakat pengguna terus terperangkap dengan isu yang tidak berkesudahan ini seperti yang dinyatakan oleh Mohd Yusof Abdul Rahman, Pengarah Komunikasi Kumpulan, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca). "Memang ada pengguna yang belum bersedia untuk mencari alternatif jika berlaku kekurangan barangan keperluan. "Contohnya bekalan gula. Jika harga naik atau bekalan berkurangan oleh kerana faktor tertentu, pengguna perlu mengurangkan pengambilan gula atau mencari pemanis alternatif. "Tetapi apa yang berlaku, sesetengah pengguna lebih suka merungut. Ada yang membuat pembelian panik. Jika biasanya mereka membeli sekilogram gula bagi tempoh sebulan, mereka membeli lebih daripada itu kerana bimbang kekurangan bekalan gula akan membuatkan mereka terputus bekalan," katanya. Beliau turut memberi contoh apabila berlaku kenaikan harga ayam, ada pengguna yang tidak bersedia untuk beralih kepada daging lembu atau ikan. "Sebaliknya mereka merungut kerana harga ayam naik dan anak mereka suka makan daging ayam. Sepatutnya masa itulah mereka boleh mendidik anak mereka tentang isu-isu kepenggunaan," tambahnya. Menurut beliau, pengguna sewajarnya bersikap bijak menentukan permintaan barang supaya permintaan tidak menjadi terlalu tinggi sehingga menyebabkan industri bertindak menaikkan harga. Pengguna di negara ini, tegas Mohd Yusof perlu bersikap bijak mencari

7  

Page 111: Pengguna Bijak_2

pilihan lain apabila berlaku kenaikan harga barang tertentu bagi memaksa industri menstabilkan semula harga barang keluaran dan jualan mereka. UTAMAKAN KESIHATAN Menakutkan! Statistik yang ada menunjukkan pengguna di Malaysia mengambil sebanyak 26 sudu teh gula sehari sedangkan keperluan gula yang disyorkan sekitar tujuh sudu teh sahaja. Fomca, kata Mohd Yusof, memaklumkan kepada pengguna menerusi programnya agar tidak mengambil gula secara berlebihan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. "Berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk pakar pemakanan, pengambilan gula yang berlebihan boleh membahayakan kesihatan. "Sebenarnya manusia tidak memerlukan gula terutama di dalam makanan atau minuman yang sudah ada gula terkandung di dalamnya. "Gula yang terdapat dalam makanan sudah mencukupi untuk menampung keperluan bekalan gula kepada pengguna," katanya. Bagaimanapun, sesetengah pengguna masih tidak menghiraukan kepentingan kesihatan kerana mereka belum lagi menghidapi penyakit seperti kencing manis yang disebabkan oleh pengambilan gula berlebihan. "Masalahnya apabila penyakit ini telah dikesan pada diri mereka, dikhuatiri ia berada pada tahap yang kritikal. "Pada masa itu sudah terlambat untuk mengurangkan pengambilan gula. Oleh itu mereka perlu mengamalkan pengambilan gula yang kurang dari sekarang sebagai langkah pencegahan penyakit yang berkaitan," tegas Mohd Yusof. UBAH GAYA HIDUP Beliau berkata Fomca pada tahun lalu menjalankan program "Gaya Hidup Sihat" dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta beberapa persatuan lain. Program berkenaan, katanya, bertujuan mendidik pengguna agar mengamalkan gaya hidup sihat dari segi pemakanan dan amalan seharian di mana isu pengambilan gula berlebihan turut disentuh. Pengguna juga, kata Mohd Yusof, menerusi Kempen Konsumer Kebangsaan (Kempen 3K) dididik agar mengubah suai gaya hidup mereka terutama dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup dan harga barang. "Jika mereka merasa beban akibat kenaikan kos sara hidup, maka mereka sendiri perlu bijak melakukan langkah penjimatan antaranya mengurangkan belanja makanan, menanam sendiri sayur-sayuran dan mengurangkan bil utiliti seperti air, telefon dan elektrik. "Negara kita sama seperti negara yang lain, terdedah dengan perubahan kos sara hidup. Kerajaan tidak selama-lamanya berkemampuan untuk memberikan subsidi khasnya apabila berlaku kekangan kewangan.

8  

Page 112: Pengguna Bijak_2

"Oleh itu, pengguna sendirilah yang perlu melakukan perubahan!" tegas Mohd Yusof. -- BERNAMA MMA PR RON

9  

Page 113: Pengguna Bijak_2

PENGGUNA INTERNET DISERU BIJAK TAPIS MAKLUMAT - ROSMAH

Date: 04-08-2009 Author: / ZIM ZIM DC ROSMAH-WEB PUTRAJAYA, 4 Ogos (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyeru pengguna internet supaya bijak menapis maklumat dan tidak mudah terpengaruh dengan mesej berbau fitnah dan hasutan yang diperoleh melalui medium komunikasi tersebut. Katanya ini adalah berikutan trend masa kini di mana kemajuan teknologi maklumat digunakan untuk menyebarkan fitnah dan dakyah. "Kemajuan teknologi maklumat seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin dan secara bijak untuk dimanfaatkan," katanya semasa merasmikan laman webnya, di sini hari ini. Rosmah berkata laman web beliau yang boleh dicapai melalui alamat www.pmo.gov.my/datinrosmah itu dibangunkan untuk memberi peluang kepada orang ramai mengenali dirinya secara terus dengan lebih dekat lagi. Laman web yang boleh boleh diakses dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris itu dilengkapi dengan biodata beliau, berita dan aktiviti bergambar, koleksi teks ucapan, diari, keratan akhbar dan galeri video dan sebagainya. "Melalui lama web ini para pengunjung juga boleh mengakses ke beberapa laman web yang mana saya menjadi penaung, penasihat atau yang dipertua seperti Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Permata Negara, Permata Pintar, Yayasan Pembangunan Anak-anak Yatim dan Miskin(Pemangkin), Yayasan Aids Kebangsaan dan Universiti Industri Selangor (Unisel)," katanya. Laman web yang dibangunkan oleh Bahagian Sistem Maklumat Pengurusan Ketua Eksekutif (SMPKE) Pejabat Perdana Menteri itu juga akan ditambah baik dari semasa ke semasa, dengan menambah aplikasi lain seperti interaktif dan maklum balas, sekiranya terdapat permintaan, katanya. -- BERNAMA ZIM ZIM DC

10  

Page 114: Pengguna Bijak_2

PORTAL BANTU PENGGUNA BUAT PILIHAN BIJAK

Date: 13-03-2009 Author: / ZIM ZIM HM SHAHRIR-PORTAL PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) -- Pengguna kini boleh menggunakan Internet untuk membuat pilihan bijak dalam berbelanja dengan adanya portal smartpengguna.my. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir AbdulSamad berkata portal itu merupakan pusat sehenti yang memaparkan harga harga barangan di beberapa pasar raya besar, yang memberi peluang kepada pengguna untuk membuat perbandingan harga dan seterusnya membolehkan mereka membuat pilihan terbaik. Ia turut memberi peluang kepada pengguna untuk memberi sebarang pendapat serta maklum balas, terutama jika terdapat sebarang percanggahan maklumat daripada apa yang dipaparkan itu, katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman web itu, di sini hari ini. Shahrir berkata laman web hasil inisiatif syarikat Zenito Global Sdn Bhd itu juga akan mewujudkan keterbukaan pasaran dan menggalakkan persaingan sihat di kalangan pengusaha pasar raya. Walaupun kementeriannya tidak campur tangan terhadap perkembangan laman webitu, namun sebarang laporan yang tidak diambil tindakan yang sepatutnya akan disusuli oleh kementerian, katanya. Ketua Pegawai Eksekutif Zenito Global, Adam Breimo berkata melalui laman web tersebut, pasar raya yang menyertainya akan mengisi sendiri harga barangan masing-masing yang dikemas kini setiap hari. Beliau berkata isu-isu kepenggunaan, serta promosi-promosi barangan akan turut dipaparkan. Adam berkata pada masa ini hanya lima pasar raya yang menyertainya iaitu Mydin, Tesco, Giant, Jusco dan Carrefour, dan ianya terhad di kawasan Lembah Klang sahaja. Ia akan dikembangkan ke peringkat negeri dalam tempoh tiga hingga lima bulan lagi, kata beliau. Portal ini juga bakal dikembangkan untuk barangan lain seperti sektor perhotelan dan perusahaan kecil dan sederhana, katanya. -- BERNAMA ZIM ZIM HM

11  

Page 115: Pengguna Bijak_2

JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK

Date: 08-07-2007 Author: Rosliwaty Ramly / RR Rencana-PenggunaKUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna baru-baru ini melancarkan Kempen Pengguna Bijak di seluruh negara bagi membendung kebimbangan pengguna tentang kenaikan harga barangan, seterusnya mengawal pasaran daripada ancaman peniaga tidak bertanggungjawab. Melalui Kempen ini, pengguna memiliki pilihan untuk membeli barang keperluan harian atau menggunakan perkhidmatan, dan peniaga yang menjual pada harga yang tinggi tidak akan disokong. Kempen Pengguna Bijak ini bertumpu kepada pasar raya besar di seluruh negara. Ia bukan bertujuan menjejaskan perniagaan peniaga runcit malah merupakan strategi bagi membolehkan orang ramai mengetahui hak dan pilihan serta memperkasakan diri mereka sebagai pengguna. Serentak dengan Kempen ini, penguatkuasaan juga ditingkatkan di seluruh negara, membabitkan anggota penguatkuasa dan lebih 14,000 sukarelawan. HAK-HAK PENGGUNA Kempen ini juga sejajar dengan usaha Kementerian untuk memperkasakan pengguna supaya mereka mengetahui hak-hak mereka sebagai pengguna. Antaranya ialah: * Hak mendapatkan keselamatan Pengguna berhak dilindungi daripada pemasaran barangan atau perkhidmatan yang boleh memudaratkan kesihatan dan kehidupan. Contoh perkhidmatan yang keselamatannya dicurigai, antaranya ialah pembuatan dan penggunaan pelbagai bahan kimia dalam makanan, racun makhluk perosak, ubat-ubatan dan kenderaan bermotor. Justeru, bagi melindungi pengguna daripada amalan yang memudaratkan kesihatan, Parlimen meluluskan beberapa akta seperti Akta Makanan 1983 (Akta 281), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Bagi memastikan semua ubat di pasaran adalah selamat, mujarab dan bermutu, akta-akta seperti Akta Pendaftaran Farmasi 1951, Akta Jualan Dadah 1952, Akta Racun dan Akta Ubat (Iklan dan Jualan) 1956 turut digubal. Malah, setiap ubat yang dijual di Malaysia wajib didaftarkan dahulu dengan Kementerian Kesihatan dan semua ubat hanya boleh diiklankan dengan kebenaran kementerian itu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. * Hak mendapat penerangan Ini merupakan keperluan untuk membekalkan para pengguna dengan maklumat yang tepat, terkini dan mencukupi bagi membolehkan mereka membuat pemilihan terbaik dan memastikan penggunaan yang sempurna dan lestari serta selamat bagi alam sekitar.

12  

Page 116: Pengguna Bijak_2

Akta Perihal Dagangan 1972, misalnya membolehkan keterangan yang palsu atau mengelirukan terhadap sesuatu produk sebagai suatu kesalahan yang boleh dibawa ke muka pengadilan. Akta-akta lain termasuklah Akta Kawalan Harga (Arahan Melabel) 1980 yang mewajibkan pengilang dan pengeluar memberi maklumat asas pada pembungkusan makanan yang dikilangkan seperti kandungan, jenis makanan, jumlah kandungan dan berat minimum manakala Akta Pembangunan Perumahan pulamenetapkan syarat-syarat bagi pengiklanan projek perumahan. * Hak mendapat pilihan Hak ini merujuk kepada isu kemampuan untuk memilih antara barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Ia bererti suatu jaminan agar jumlah barangan dan perkhidmatan di pasaran mencukupi dengan harga yang berpatutan. Antara undang-undang yang menjamin pengguna bebas untuk membuat pilihan ialah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Pindaan 1973), Akta Kawalan Harga 1946, Akta Jualan Barangan 1957. Akta Kawalan Bekalan 1961, misalnya memastikan bekalan sentiasa mencukupi di pasaran dan menghukum pihak yang terbabit dalam aktiviti menyorok barangan keperluan. * Hak mendapatkan ganti rugi Hak ini pula melayakkan pengguna mendapat pampasan yang adil dan berpatutan berikutan produk atau perkhidmatan yang dibeli didapati tidak seperti yang dijanjikan, cacat atau tidak berfungsi. Untuk itu, Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan yang membolehkan pengguna yang mengalami kerugian membuat tuntutan ganti rugi. Penyelesaian akan cuba dilakukan dalam tempoh 60 hari dan had nilai yang boleh dirujuk ialah tidak melebihi RM25,000 manakala belanja perbicaraan dalam tribunal adalah percuma. Setiap pengguna wajar merebut peluang menggunakan khidmat tribunal ini apabila dirundung masalah mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan sama ada daripada pihak swasta mahupun kerajaan. * Hak mendapatkan keperluan asas Hak ini pula bererti pengguna berhak untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan yang perlu bagi meneruskan kehidupan iaitu makanan yang mencukupi, pakaian, tempat tinggal, kesihatan dan sanitasi. Untuk menjamin hak pengguna berhubung bekalan makanan yang mencukupi, selamat dan harganya berpatutan, beberapa undang-undang digubal dan dilaksanakan. Antaranya ialah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Pindaan 1973), Akta Timbang Sukat 1972, Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Bagi melindungi pengguna daripada penipuan pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab, Akta Pemaju Perumahan (Mengawal dan Melesen) digubal dan dikuatkuasakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

13  

Page 117: Pengguna Bijak_2

Selain itu, Akta Pembangunan Perumahan turut memberi lebih kuasa kepada menteri untuk melindungi para pembeli rumah kerana di bawah akta ini juga ditubuhkan satu Tribunal Pembeli Rumah. FIKIR DAHULU SEBELUM MEMBELI Membelanjakan wang adalah mudah tetapi membelanjakan wang berdasarkan maklumat yang berguna tidak semudah itu. Justeru, sebelum membeli sesuatu produk, pastikan anda mengikuti saranan yang disyorkan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) sebagaimana yang terkandung dalam buku panduannya mengenai Kewangan Perseorangan. * Buat perbandingan produk Untuk meneliti sesuatu produk, adalah wajar jika dibuat satu senarai mengenai ciri-ciri yang diinginkan. Kemudian bandingkan beberapa produk yang sama jenis daripada beberapa buah kedai. * Bandingkan harganya Bandingkan harga dan pastikan ia sudah meliputi semua bayaran, caj dan cukai serta bayaran pos atau kos penghantaran. Jika anda membeli produk dari luar negeri, pastikan harganya sudah merangkumi duti kastam atau kos-kos lain apabila barangan itu masuk ke negara ini. * Teliti warantinya Semak sama ada produk itu mempunyai waranti. Seelok-eloknya bandingkan waranti yang ditawarkan dengan beberapa barangan atau jenama untuk melihat apakah perlindungan yang diberikan. Ini kerana tidak semua waranti adalah sama. Sesetengahnya memberi ganti rugi sepenuhnya manakala yang lain hanya membaiki atau menggantikan bahagian-bahagian yang rosak sahaja. * Teliti prosedur aduan Anda juga perlu menyemak sama ada penjual itu mengendalikan sebarang bentuk aduan atau adakah mereka merujuk kepada pengeluar atau pembuat produk itu. * Periksa keselamatan produk Paling penting, anda harus menyemak sama ada produk itu menepati standard piawaian keselamatan negara ini. Cara paling mudah ialah dengan melihat sama ada tertera logo persijilan SIRIM pada produk itu. * Buat aduan Seandainya anda tidak berpuas hati dengan sesuatu produk, segera hubungi pekedai di mana produk itu dijual. Hubungi sendiri sama ada dengan menelefon atau menulis kepadanya. Catatkan bentuk hubungan anda dari segi waktu dan butir-butir perbualan anda itu. Apabila berurusan dengan tempat untuk mengadu, sentiasa kemukakan bentuk aduan anda dengan jelas dan tenang serta cuba kawal emosi anda. Jika usaha ini tidak berjaya atau anda berdepan dengan masalah, cuba hubungi pegawai atasannya. Lazimnya, aduan bertulis lebih berkesan. Berikan sedikit masa untuk syarikat atau kedai itu untuk bertindak berdasarkan aduan anda.

14  

Page 118: Pengguna Bijak_2

Jika anda masih menemui jalan buntu, usaha seterusnya ialah dengan melaporkan kepada tribunal untuk penyelesaian secara rasmi. Penyelesaian dan keputusan adil boleh dicapai menerusi tribunal dan prosesnya juga lebih cepat. Hakikatnya, memiliki tahap kepekaan yang tinggi terhadap hak pengguna penting untuk membolehkan mereka mengamalkan gaya hidup lestari yang juga mampu melindungi diri dan keluarga mereka daripada pelbagai ragam muslihat dunia perniagaan. Layarilah laman web http://www.kpdnhep.gov.my dan http://www.fomca.org.my untuk memperkayakan minda anda dengan isu-isu kepenggunaan. -- BERNAMA RR

15  

Page 119: Pengguna Bijak_2

TERPULANG KEPADA PENGGUNA UNTUK BIJAK BERBELANJA

Date: 28-05-2007 Author: Jeswan Kaur / JES PR RR Rencana-KepenggunaanKUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Berjimat-cermat harus menjadi matlamat setiap pengguna dalam usaha membendung kegiatan mengaut keuntungan berlebihan. Penasihat kepada Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Profesor Datuk Hamdan Adnan berkata mendidik pengguna berbelanja berhemat bukan satu perkara mudah. "Para pengguna mesti ingat bahawa wang untuk berbelanja tidak boleh disalahguna. Ini bagaikan kuasa untuk mengundi, semuanya terpulang kepada siapa yang kita undi," katanya kepada Bernama baru-baru ini. Hamdan menegaskan bahawa kenaikan gaji baru-baru ini bagi lebih sejuta kakitangan awam bukan alasan bagi peniaga menaikkan harga barangan serta makanan. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini mengumumkan berkuatkuasa 1 Julai kakitangan awam serta anggota pasukan keselamatan akan menyaksikan kenaikan gaji antara 7.5 peratus dan 42 peratus. Juga elaun sara hidup (COLA), dinaikkan 100 peratus. Ini merupakan kenaikan pertama sejak 1992. Hamdan berkata: "Sekarangpun perbuatan mengaut keuntungan berlebihan semakin berleluasa. Harga barangan perlu seperti minyak dan tepung gandum telahpun naik. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mesti mengadakan rundingan bersama dewan-dewan perniagaan untuk mengelak pencatutan daripada berterusan." Beliau berkata sementara semua pihak mahu melihat taraf hidup di negara ini terus meningkat, ia bukan dengan merugikan pengguna. "Kita tidak mahu satu situasi di mana semasa taraf hidup meningkat, kos hidup juga meningkat, menyebabkan pengguna tertekan dan dibebani secara berterusan," tambah beliau. SEKOLAH TEMPAT TERBAIK UNTUK MENDIDIK KEPENGGUNAAN Hamdan berkata cara belanja berhemat harus diajar di sekolah-sekolah, khasnya di sekolah-sekolah rendah. "Oleh kerana kita belajar menggunakan wang dari kecil lagi, adalah penting kita diajar cara terbaik menggunakan wang kita. Konsep bekalan dan permintaan tidak hanya boleh dihadkan kepada pelajar-pelajar tingkatan enam yang mengambil matapelajaran ekonomi tetapi mesti dipermudah dan diajar kepada pelajar-pelajar dari usia yang lebih muda," jelas beliau. Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mengajar anak-anak mereka bagaimana untuk menggunakan wang dengan bijak. "Mereka perlu mendidik anak-anak mereka untuk bijak berbelanja dan elakkan daripada boros. Sebagai contoh, kanak-kanak boleh diajar membawa minuman dari rumah di sebalik membelinya di kantin. Kita semua perlu

16  

Page 120: Pengguna Bijak_2

berusaha ke arah mencapai gaya hidup berhemat secara kekal, satu cabaran yang dihadapi oleh semua dan oleh sistem pendidikan kita," katanya. JANGAN JADIKAN PENGGUNA SEBAGAI TEBUSAN Sementara itu, Pengarah Pusat Aduan Pengguna Kebangsaan Darshan Singh memberitahu Bernama buat masa ini tiada undang-undang khusus yang membolehkan peniaga ingkar dibicarakan. "Apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengetahui peniaga telah melanggar undang-undang tertentu, peniaga tidak bertanggungjawab itu harus dibicarakan khasnya apabila ia membabitkan barangan kawalan. Kita mempunyai Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 tetapi sehingga sekarang tidak ramai yang dibicarakan oleh kerajaan dan dalam kebanyakan kes mereka dikenakan kompaun sahaja. Mengapa Kementerian keberatan untuk membicarakan pesalah-pesalah ini? "Tindakan terbaik yang boleh diambil ialah segera menghentikan mereka ini daripada berniaga. Jangan sekali-sekali benarkan peniaga menjadikan pengguna mangsa mereka". Darshan berkata buat masa ini tiada ketelusan pada Kerajaan dalam menentukan harga barangan perlu. "Penggiat-penggiat utama industri dan kerajaan mengadakan pertemuan tertutup dan kenaikan harga diumumkan. Sepatutnya perlu ada perwakilan pelbagai pihak dengan kepentingan dalam menentukan harga barangan perlu kerana apabila harga barangan ini naik, ia akan menyebabkan harga barangan lain juga naik. "Terdapat monopoli bagi pengeluaran barangan kawalan dan oleh itu penyertaan pihak dengan kepentingan adalah wajar. Syarikat-syarikat ini kemungkinan mencatatkan untung berjuta-juta, yang pastinya tidak mewajarkan sebarang kenaikan harga. Sebagai contoh harga minyak masak di United Kingdom lebih murah daripada di Malaysia, lagipun ia barangan kawalan di Malaysia. Bagaimana anda menjelaskan ini?" PULAUKAN PENIAGA INGKAR Darshan berkata para pengguna boleh mengubah keadaan dengan memulaukan premis-premis niaga yang menaikkan harga barang secara rambang. "Saya rasa sudah tiba masanya bagi pengguna di Malaysia untuk bersatu dan berjuang dalam isu-isu yang menjejaskan mereka. "Saya rasa ini satu-satunya cara untuk memastikan kerajaan mengambilkira suara kita. Integriti pegawai-pegawai penguatkuasa juga menimbulkan tanda tanya dan orang ramai tidak mahu mengadu kerana khuatir aduan mereka tidak akan dihiraukan. Talian hotline Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga dijawab oleh mesin suara. Nampaknya tiada siapa yang mengambil berat akan kebajikan pengguna," keluh beliau. PENGGUNA DISERU LAPOR PENCATUTAN Sementara itu, Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam

17  

Page 121: Pengguna Bijak_2

Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Roslan Mahayudin menyeru pengguna supaya menghubungi Kementerian jika mereka mendapati terdapat peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan perlu dan makanan. Pada satu persidangan berita yang diadakan baru-baru ini, beliau berkata kerjasama orangramai adalah penting dalam membantu membendung masalah kenaikan harga seperti yang berlaku sekarang ini. "Kami tidak akan bertolak-ansur dengan peniaga tidak bertanggungjawab dan ingkar yang menaikkan harga barangan dengan sesuka hati," katanya memberi amaran. Mohd Roslan berkata 2,100 pegawai penguatkuasa di seluruh negara sedang memantau keadaan di lapangan. Tetapi katanya itu tidak cukup untuk mengatasi masalah kenaikan harga. Beliau berkata kerjasama orang ramai juga penting dalam membantu kementerian bertindak segera terhadap mereka yang melakukan kesalahan. Mohd Roslan berkata pengguna boleh memanggil hotline Kementerian di 1-800-886-800 untuk membuat aduan atau menyalurkan maklumat. -- BERNAMA JES PR RR

18  

Page 122: Pengguna Bijak_2

KPDNHEP HARAP LEBIH RAMAI DAFTAR PROGRAM PENGGUNA BIJAK

Date: 16-12-2006 Author: / MZM MZM LAT Veerasingam-PenggunaSUNGAI PETANI, 16 Dis (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berharap lebih ramai pengguna mendaftar diri menyertai program rakan pengguna apabila program itu diperluaskan meliputi 191 kawasan parlimen mulai tahun depan. Timbalan Menteri berkenaan Datuk S. Veerasingam berkata setakat ini seramai 21,710 orang telah mendaftar sebagai rakan pengguna. Katanya kementerian itu mahu menarik seramai mungkin pengguna menyertai program berkenaan kerana pengguna yang meyertai program itu merupakan matadan telinga kepada penguatkuasa kementerian itu dalam menyalurkan maklumat peniaga yang melakukan pelbagai kesalahan. Mulai awal tahun depan, program itu akan memasuki fasa seterusnya apabila diperkenalkan ke seluruh kawasan parlimen kelak, katanya. "Selain pengguna, program pengguna bijak itu juga melibatkan badan bukan kerajaan seperti persatuan pengguna," katanya pada persidangan akhbar selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan kementerian di Kedah di sini hari ini. Beliau berkata program rakan pengguna itu terbukti banyak membantu menyalurkan maklumat tentang kesalahan peniaga kepada kementerian serta berjaya meningkatkan kesedaran pengguna mengenai hak mereka. -- BERNAMA MZM MZM LAT

19  

Page 123: Pengguna Bijak_2

PROGRAM PENGGUNA BIJAK DILAKSANA AWAL TAHUN DEPAN

Date: 18-11-2006 Author: / FAD RAS RS Veerasingam-PenggunaTAPAH, 18 Nov (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan Program Pengguna Bijak (PPB) di191 kawasan Parlimen seluruh negara mulai awal tahun depan, kata Timbalan Menterinya Datuk S. Veerasingam hari ini. Beliau berkata semua Majlis Pengguna Daerah (MPD) diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program tersebut dalam usaha mendidik rakyat berjimat-cermat dan bijak berbelanja bagi mengelak pembaziran. "Program ini turut membabitkan badan-badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan wanita dan kelab pengguna di sekolah-sekolah menengah dengan kerjasama persatuan pengguna peringkat negeri. "Penubuhan PPB sebagai menyahut desakan orang ramai yang gelisah terhadap kenaikan harga barang-barang keperluan yang melampau di pasaran," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Undang-undang Remaja di Dewan UMNO Tapah di sini. Beliau berkata penubuhan PPB di semua daerah akan dilaksanakan setelah selesai pemilihan jawatankuasa peringkat negeri dan daerah di bawah pemantauan MPD. Menurut Ahli Parlimen Tapah itu kajian KPDNHEP mendapati purata 50 peratus barang-barang yang dibeli tidak digunakan di setiap rumah disebabkan tiada perancangan sebelum pembelian dan sebahagiannya hanya dijadikan perhiasan. "Menerusi penubuhan PPB, ia dapat memberi kuasa kepada pengguna dalam menentukan harga barang dan membeli barang-barang yang diperlukan sahaja dengan harga yang berpatutan sekaligus mengawal inflasi," katanya. Sementara itu beliau memaklumkan sejumlah RM51,049.85 barangan di bawah skim kawalan harga telah dirampas di seluruh negara sepanjang musim perayaan Deepavali dan Hari Raya Puasa hingga 31 Oktober lepas. "Dari 109,324 pemeriksaan...membabitkan 53,221 lesen, sebanyak RM43,920.00 kompaun dikenakan yang membabitkan 731 kes dalam pelbagai kesalahan," katanya. Beliau berkata Selangor mendahului negeri-negeri lain dengan 135 kes, diikuti Johor dan Sabah masing-masing 116 dan 99 kes. -- BERNAMA FAD RAS RS

20  

Page 124: Pengguna Bijak_2

JADI PENGGUNA BIJAK, ELAK DITIPU PADA MUSIM PERAYAAN

Date: 13-10-2006 Author: Rozlinda Yahya / RZY AM MAI Pengguna-NasihatKUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Jika anda seorang yang mudah terpengaruh dengan tawaran dan iklan jualan murah, anda perlu lebih berhati-hati bagi mengelak daripada tertipu lebih-lebih lagi menjelang perayaan Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. "Sebagai pengguna kita seharusnya lebih peka dan berwaspada agar iklan dan tawaran jualan murah tidak akan menjerat diri kita," kata Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Rungit Singh. Beliau memberitahu Bernama bahawa terdapat banyak kes tuntutan difailkan oleh pengguna ke TTPM kerana tidak berpuas hati, ditindas dan merasa tertipu dengan barangan serta perkhidmatan terutama pada musim perayaan. Seorang pengguna pernah memfailkan tuntutan ganti rugi terhadap sebuah syarikat bas yang gagal menyediakan bas untuk pulang ke kampung sempena Hari Raya seperti yang telah dijanjikan, sedangkan tiket telahpun dibeli. Terdapat juga kes pengguna tidak berpuas hati dengan pakej percutian yang telah dibayar untuk musim perayaan kerana tidak menepati ciri-ciri yang dijanjikan oleh agen pelancongan. Dalam aduannya pengguna terbabit mendakwa apabila tiba di hotel, pihak pengurusan memberitahunya bilik yang dijanjikan telah penuh dan untuk mendapatkan bilik lain, dia dikehendaki membayar kadar penginapan waktu puncak. Contoh lain kes tuntutan ganti rugi yang difailkan di TTPM pada musim perayaan termasuk yang melibatkan pembelian perabot, perkakasan elektrik, perkhidmatan hiasan dalaman dan pengubahsuaian rumah yang kurang berkualiti. Rungit berkata pengguna perlu mendapatkan maklumat terperinci mengenai barangan yang hendak dibeli secara terus daripada penjual dan pengeluar, atau sumber lain seperti Internet. "Sebagai pengguna yang bijak, anda hendaklah sentiasa membuat perbandingan harga dan kualiti sesuatu barangan. Jangan tergesa-gesa untuk membuat pembayaran. Teliti dahulu ciri-ciri barang yang hendak dibeli serta jaminan yang ditawarkan," katanya. Selepas membuat pembayaran, pengguna dinasihat mendapatkan resit, bil atau invois dan menyimpannya sebagai rekod. "Jika bayaran dibuat dengan menggunakan kad kredit, pastikan anda memeriksa dan menandatangani resit," katanya. Rungit berkata adalah lebih baik jika setiap pengguna mengetahui sedikit sebanyak undang-undang berkaitan pembelian barangan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan serta mengelakkan daripada ditipu atau ditindas oleh penjual, pengeluar atau pembekal perkhidmatan. Sebagai contoh, katanya, jika pembeli membeli barangan melalui kaedah

21  

Page 125: Pengguna Bijak_2

jualan langsung, mereka sebenarnya mempunyai hak untuk memulangkan baranganyang telah dibeli dalam tempoh 10 hari dari tarikh pembelian seperti yang diperuntukkan dalam Akta Jualan Langsung. Bagi pembelian barang-barang yang perlu dihantar ke rumah oleh penjual atau pengeluar, pengguna perlu memberi tumpuan kepada beberapa perkara termasuk kos dan tempoh penghantaran. "Semasa penghantaran dibuat ke rumah, sentiasa periksa dahulu keadaan barang yang dipesan sebelum menerima atau memasangnya. Mungkin barangan itumengalami kerosakan atau tidak menepati ciri-ciri sebenar pesanan," katanya. Beliau berharap pengguna tidak membuat pembelian dalam keadaan tertekan, terpaksa atau kerana terpengaruh dengan janji manis penjual. "Sikap gelojoh dan kurang berwaspada pasti membuat pengguna lebih mudah ditipu," kata Rungit. --BERNAMA RZY AM MAI

22  

Page 126: Pengguna Bijak_2

S'GOR AKAN PERLUASKAN KEMPEN PENGGUNA BIJAK KE LUAR BANDAR

Date: 12-01-2006 Author: / SYA ASF RON Pengguna-KempenSHAH ALAM, 12 Jan (Bernama) -- Selangor akan memperluaskan Kempen Pengguna Bijak ke kawasan luar bandar selepas Februari dalam usaha meningkatkan kesedaran hak kepenggunaan di kalangan penduduk di kawasan berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna Selangor Datuk Dr Lim Thuang Seng berkata kempen itu akan dijalankan melalui Jabatan Hal Ehwal Pengguna. "Dari pemantauan yang dilakukan, kempen ini memberikan kesan positif dan kesedaran yang agak baik di kalangan pengguna di bandar manakala mereka yang berada di luar bandar masih kurang peka akan peranan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program "Roadshow" Pengguna Bijak Peringkat Negeri Selangor di sini hari ini. Dr Lim berkata kempen kesedaran kepada pengguna di luar bandar itu akan dijalankan secara bersepadu dalam usaha melahirkan komuniti pengguna yang mampu mempertahankan hak mereka dan menjadi pengguna bijak. "Kita (kerajaan) tidak mahu mereka diperdaya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Kita mahu pengguna di luar bandar juga peka dan menyedari peranan dan hak kepenggunan," katanya. Dr Lim berkata kempen yang memasuki bulan ke enam itu menyediakan landasan kepada golongan pengguna untuk menjadi lebih bermaklumat dan mempertingkatkan tahap kesedaran berhubung hak kepenggunaan dan akan mampubergerak secara produktif. Golongan pengguna sebenarnya boleh memberikan kesan kepada naik turunnya inflasi dan kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK), katanya. Beliau berkata selain melahirkan pengguna yang bijak kempen itu juga bertujuan menjadikan pengguna mampu bertindak dengan lebih matang dan rasional tanpa dipengaruhi oleh emosi dan perasaan. "Roadshow" Kempen Pengguna Bijak itu akan berlangsung di kompleks membeli belah Shah Alam City Centre (SACC) di sini bermula hari ini sehingga Isnin sebelum ke Negeri Sembilan bulan depan. -- BERNAMA SYA ASF RON

23  

Page 127: Pengguna Bijak_2

KEMENTERIAN PUAS HATI PENGLIBATAN KONSEP PENGGUNA BIJAK

Date: 17-12-2005 Author: / NO NO LAT Hoo-PenggunaMELAKA, 17 Dis (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berpuas hati dengan penglibatan semua pihak menerusi konsep pengguna bijak yang dilancarkan awal tahun ini. Setiausaha Parlimennya Hoo Seong Chang berkata kementerian itu melancarkan kempen pengguna bijak sepanjang tiga tahun bermula tahun ini bagi mengubah pemikiran dan mentaliti pengguna. "Tidak dapat dinafikan, pengguna di Malaysia masih terlalu bergantung kepada kerajaan untuk melindungi mereka, namun berdasarkan bilangan kes yang difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna, kesedaran pengguna terhadap hak mereka semakin meningkat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog bersama pelanggan kementerian itu di sini hari ini. Hoo berbakat antara Januari dan 14 Dis lepas, 5,783 kes difailkan dan daripada itu 4,288 kes berjaya diselesaikan. Menurutnya pengguna yang merasakan mereka mungkin ditipu atas perkhidmatan yang telah dibayar tetapi tidak diberikan atau barangan yang dibeli tidak boleh digunakan boleh memfailkan tuntutan mereka dengan dikenakan yuran RM5 bagi setiap aduan. "Proses pengadilan akan diselesaikan tidak lebih 60 hari bagi barangan yang dibeli untuk kegunaan sendiri serta nilai tuntutan tidak melebihi RM25,000," katanya. Hoo berkata 3,586 kes yang difailkan membabitkan tuntutan ganti rugi terhadap barangan manakala 2,197 kes lagi merupakan tuntutan perkhidmatan. Beliau berkata pejabat dan mahkamah tribunal tuntutan terdapat di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Sabah dan Sarawak. Menurutnya tahun depan, antara perkara yang menjadi agenda utama kementerian ialah meningkatkan sistem penyampaian bagi memberi perkhidmatanterbaik kepada semua pengguna. Kementerian juga akan mengadakan majlis perundingan tahunan dengan agensi-agensi swasta, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan serta persatuan-persatuan pengguna bagi mendapat maklum balas dan idea baru, katanya. -- BERNAMA NO NO LAT

24  

Page 128: Pengguna Bijak_2

PENGGUNA PERLU BIJAK DAN BELI BARANGAN BERKUALITI, KATA VEERASINGAM

Date: 18-08-2005Author: / RP AZH Veerasingam-PenggunaSEREMBAN, 18 Ogos (Bernama) -- Pengguna kini perlu bertindak bijak di samping mengubah sikap dengan memberi keutamaan kepada barang dan perkhidmatan yang berkualiti, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk S. Veerasingam. Beliau berkata pada masa ini banyak barangan pengguna yang kurang berkualiti diimport serta dipasarkan dalam negara, di mana sekiranya pengguna kurang bijak, membeli barangan tersebut, ia boleh merugikan mereka. "Kewujudan barangan ini adalah atas permintaan dari pengguna yang kurang bijak dan mementingkan harga murah semata-mata," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Pengguna Malaysia 2005 peringkat Negeri Sembilan di sini, hari ini. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna dan Perladangan negeri Datuk T. Rajagopalu. Katanya barangan yang tidak berkualiti ini akan terus membanjiri pasaran tempatan jika pengguna tidak bijak dan rasional menggunakan kuasa membeli yang ada pada mereka. Veerasingam berkata pengguna kini harus dibekalkan, dan melengkapkan diri dengan segala bentuk maklumat supaya mereka menjadi pengguna yang bijak, selaras dengan kempen pengguna bijak yang dilaksanakan oleh pihak kementerian. Menurutnya melalui konsep ini, rakyat dapat memperkasakan diri sebagai pengguna dan ia dapat memberikan perlindungan kepada mereka apabila menghadapi cabaran yang bakal mendatang. Katanya masih terdapat banyak ruang untuk meningkatkan tahap kesedaran isu kepenggunaan di kalangan rakyat dalam negara dan kerajaan akan sentiasa meneruskan usaha memupuk serta meningkatkan lagi kesedaran mengenai hak dantanggungjawab pengguna. -- BERNAMA RP AZH

25  

Page 129: Pengguna Bijak_2

"JADI PENGGUNA BIJAK", KATA MB JOHOR

Date: 08-08-2005 Author: / SMK RHM Ghani-PenggunaJOHOR BAHARU, 8 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman menasihati rakyat negeri ini memainkan peranan sebagai pengguna yangbijak kerana kuasa membeli dan berbelanja terletak di tangan mereka. Beliau berkata tindakan yang bijak itu amat penting memandangkan peningkatan kes dibawa ke Tribunal Tuntutan Pengguna. "Statistik menunjukkan kes-kes yang melibatkan hal kepenggunaan serta kes yang dibawa ke tribunal di negeri ini semakin meningkat. "Jadi, rakyat harus sedar peranan mereka sebagai pengguna dan langkah yang boleh diambil untuk memperbetulkan keadaan sekiranya tertipu dan teraniaya," katanya dalam ucapan sempena majlis pelancaran Sambutan Hari Pengguna Peringkat Negeri di Danga Bay, di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor Datuk K.S Balakrishnan. Katanya antara aduan yang diterima melibatkan barangan elektrik, kamera, alat ganti kenderaan, telefon, komputer, barangan kemas, cabutan bertuah dan peraduan Gores dan Menang. Sementara itu, Balakrishnan ketika ditemui selepas majlis itu berkata peningkatan kes yang dibawa ke tribunal menunjukkan masyarakat kini mulai sedar tanggungjawab dan hak mereka sebagai pengguna. "Biasanya, 95 peratus daripada aduan yang dikemukakan orang ramai berjaya diselesaikan oleh pihak tribunal," katanya. -- BERNAMA SMK RHM

26  

Page 130: Pengguna Bijak_2

PENDEDAHAN AWAL BANTU KANAK-KANAK JADI PENGGUNA BIJAK, KATA PEGAWAI CAP

Date: 30-07-2005 Author: / MUN RAR MAI KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Pendidikan pengguna perlu dilaksanakan di semua peringkat sekolah bagi memberi pendedahan awal kepadakanak-kanak agar mereka mempunyai daya fikir yang baik serta menjadi pengguna yang bijak, kata Ketua Bahagian Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Mohd Azmi Abdul Hamid. Ketika menyampaikan ceramah bertajuk "Peranan Guru Pra-Sekolah dalam Pendidikan Pengguna" pada Seminar Pendidikan Pengguna di sini hari ini, beliau berkata daya kawalan pengguna untuk membuat keputusan dengan bijak kini dipengaruhi oleh iklan, dan sebab itulah, orang ramai perlu disedarkan dari peringkat awal lagi supaya mengetahui segala taktik yang ada. Seminar sehari anjuran CAP itu dihadiri 100 guru pra-sekolah dari Wilayah Persekutuan. Mohd Azmi berkata pendidikan pengguna perlu menekankan nilai dan pemikiran yang kritikal serta kepekaan yang tinggi terhadap aspek hak dan keadilan. "Kanak-kanak perlu diajar cara memilih barang, bersederhana, tidak membazir dan jangan terikut-ikut dengan cara barat," katanya. Beliau berkata guru perlu kreatif dalam menyampaikan pendidikan supaya ia sesuai dengan tahap umur kanak-kanak dengan mengambil kira minat, daya tumpuan, bakat dan latar belakang mereka. -- BERNAMA MUN RAR MAI

27  

Page 131: Pengguna Bijak_2

SYARIKAT PENGELUAR MOHON GUNA LOGO PENGGUNA BIJAK

Date: 22-07-2005 Author: / MA MFJ RS Logo-PenggunaKUALA LUMPUR, 22 Julai, (Bernama) - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima permohonan dari sebuah syarikat makanan untuk menggunakan logo "Pengguna Bijak" pada pembungkusanmakanan buatan syarikat itu sebagai pengesahan jaminan kementerian. Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Talaat Husain berkata kementerian sedang mengkaji supaya penggunaan logo itu tidak akan dikaitkan dengan unsur negatif. Setakat ini kementerian telah membenarkan beberapa pasaraya besar seperti Giant, Carrefour, Watson dan The Store menggunakan logo "Pengguna Bijak" sebagai tanda pengesahan jaminan di pasaraya-pasaraya terbabit. Beberapa "kedai harga patut" juga diberi kebenaran menggunakan logo tersebut kerana telah memenuhi syarat-syarat kementerian itu, katanya pada sidang media bagi mengumumkan sambutan Hari Pengguna 2005 di sini hari ini. Hari Pengguna akan berlangsung dari 26 hingga 31 Julai. "Kalau hotel-hotel ada lima bintang kerana menepati kriteria tertentu, begitu juga dengan logo "Pengguna Bijak," katanya. "Logo itu adalah sebagai pengesahan dari kementerian kerana kedai-kedai itu telah menepati syarat-syarat yang ditetapkan," tambahnya. Logo "Pengguna Bijak" berupa tanda isyarat tangan bagus bersalutkan bendera Jalur Gemilang bagi melambangkan patriotisme. Talaat berkata pelbagai acara dan aktiviti telah diatur sempena menyambut Hari Pengguna yang bertemakan "Pengguna Bijak, Peniaga Beretika, Negara Sejahtera". Pelancaran Hari Pengguna dan Expo Pengguna itu diadakan serentak dengan Mega Sale yang berlangsung di seluruh negara mulai esok, katanya. Sebanyak 232 gerai dari 110 syarikat menyertai expo di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu, katanya. "Barangan berkualiti dijual pada harga diskaun," tambahnya. Kemuncak Hari Pengguna ialah penyampaian anugerah untuk memberi pengiktirafan kepada individu, organisasi, kelab sekolah yang cemerlang dalam sumbangannya kepada isu kepenggunaan. Kategori anugerah bagi tahun ini terbahagi kepada Tokoh Pengguna, Tokoh Organisasi Pengguna Terbaik, Tokoh Media Pengguna Terbaik Dan Tokoh Syarikat Mesra Pengguna. Talaat menjelaskan bahawa Tokoh Syarikat Mesra Pengguna merupakan kategori baru diperkenalkan oleh kementerian sebagai tanda pengiktirafan kepada syarikat yang mengamalkan perniagaan beretika dan mengutamakan keperluan pengguna atau pelanggan. Katanya anugerah baru ini adalah galakan atau insentif supaya syarikat-syarikat meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan mereka demi manfaat pengguna.

28  

Page 132: Pengguna Bijak_2

-- BERNAMA MA MFJ RS

29  

Page 133: Pengguna Bijak_2

PENGGUNA PERLU BIJAK PILIH TEMPAT TAWAR HARGA BARANG MURAH

Date: 16-05-2005 Author: / SHS KAY RONKLANG, 16 Mei (Bernama) -- Pengguna perlu menggunakan kebijaksanaan dan kuasa membeli mereka dengan membeli barangan murah bagi memastikan merekatidak terbeban dengan kenaikan harga barang keperluan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shafie Apdal. Beliau berkata pengguna yang bijak akhirnya akan dapat membantu mengawal kadar kenaikan inflasi. "Gunakan kuasa membeli dan membendung tabiat tidak baik membeli barang dengan harga tinggi. Inilah masa yang paling sesuai pengguna menggunakan kuasa mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen PenggunaBijak di Pasaraya Besar Tesco di sini hari ini. Katanya kementerian akan meuar-uarkan di media untuk panduan pengguna, semua pasaraya besar dan pasar di seluruh negara yang dikenalpasti menjual barangan murah. Shafie berkata kementerian itu juga bekerjasama dengan anggota exco kerajaan negeri yang berkaitan hal ehwal pengguna dalam Kempen Pengguna Bijak itu. -- BERNAMA SHS KAY RON

30  

Page 134: Pengguna Bijak_2

PENGGUNA PERLU BIJAK MEMBELI, KATA NAJIB

Date: 15-05-2005 Author: / HM AFY LAT Najib-BarangKUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Para pengguna dinasihatkan menjadi pembeli bijak dalam menghadapi kenaikan harga barangan yang dikaitkan dengan kenaikan harga minyak. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebelum mereka membeli, pengguna perlu mengetahui tempat mereka boleh mendapatkanharga terbaik. "Misalnya mereka boleh membeli ayam yang saya difahamkan ada oulet besar (pasar raya besar) yang harganya lebih rendah berbanding sesetengah tempat lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Bukit Bintang di sini hari ini. Beliau ditanya tentang mekanisme yang sedang digunakan kerajaan untuk membendung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang serta-merta naik setelah diumumkan kenaikan runcit diesel dan petrol, masing-masing sebanyak 20 sen dan 10 sen seliter pada 5 Mei lepas. Najib berkata "sekiranya mereka tahu, mereka boleh menjadi pengguna yang dapat menentukan pembelian yang akan memberi faedah maksimum kepadamereka dan tidak menjadi mangsa kepada kenaikan harga sewenang-wenangnya." Inilah cara yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan iaitu dengan memberi maklumat kepenggunaan yang meluas kepada orang ramai dalam menghadapi kenaikan harga barangan, katanya. Beliau berkata kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang mengawasi secara terperinci bagi memastikan harga barangan kawalan tidak dinaikkan sesuka hati. Bagi barangan lain, ia akan dipastikan agar kenaikannya mesti merupakan kenaikan yang berpatutan atau munasabah dan tidak akan memberi ruang kepadamana-mana pihak seperti orang tengah, pembekal dan penjual untuk menaikkan harga melebihi kos sebenar. Terdahulu semasa merasmikan mesyuarat Umno bahagian itu, Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata perjuangan parti sekarang perlu ditumpukan kepada mengubah budaya orang Melayu. Umno perlu menjadi pemangkin untuk melahirkan lebih ramai orang Melayu yang berjaya, katanya. Beliau berkata untuk berjaya, perubahan perlu dilakukan dengan menjana minda orang Melayu melalui penguasaan maklumat dan ilmu. -- BERNAMA HM AFY LAT

31  

Page 135: Pengguna Bijak_2

SAINTIS DIMINTA BANTU PENGGUNA BUAT PILIHAN BIJAK MENGENAI MAKANAN PERUBATAN

Date: 27-07-2000 Author: / NH JK NAK Shafie-Kesihatan/ILANGKAWI, 27 Julai (Bernama) -- Saintis hari ini diminta mencari jalan untuk menghalang golongan pengguna daripada membelanjakan berjuta-juta ringgit ke atas "makanan perubatan" dan mengejar impian yang tidak boleh atau tidak mungkin dicapai. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Haji Shafie Mohamed Salleh berkata para saintis perlu menyedarkan rakyat mengenai perkara itu bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang bijak. Beliau percaya bahawa para saintis akan dapat mencari jawapan dan memperluaskan pemahaman mengenai hubungan rumit yang ada antara pemakanandan kesihatan atau penyakit. Semasa berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa mengenai Mikronutrien dan Kesihatan: Mekanisme Biologikal Molekular di Teluk Burau, di sini, beliau berkata persoalan masih belum terjawab sama ada gaya hidup sihat dapat diperolokkan dengan mengawal pengambilan makanan dari aspek kualiti dan kesan kesihatan. Kira-kira 200 saintis dari 21 negara menyertai persidangan empat hari itu anjuran bersama Gabungan Persatuan Saintifik dan Teknologikal di Malaysia (Costam), Unesco dan Persatuan Antarabangsa Penyelidikan Radikal Bebas (SFRR). Dr Shafie berkata fenomena itu telah membawa kepada percambahan pelbagai produk dan makanan perubatan yang bernilai berjuta-juta ringgit di pasaran dan "kita tidak tahu sama ada pengguna benar-benar mendapat manfaat daripada wang yang dibelanjakan mereka untuk makanan perubatan ini." "Dengan perubatan saintifik dikeluarkan dengan penuh berwaspada dan berdasarkan kajian yang berlandaskan etika dan ujian klinika, perubatan berasaskan pemakanan adalah kurang dikawal selia," katanya. Beliau berkata kaunter-kaunter ubat juga dipenuhi dengan pelbagai formula herba seperti ginseng, ginkgo, minyak bunga primrose, bawang putih, tongkat ali, lingzhi dan lain-lain yang menjanjikan kesihatan yang baik. Dr Shafie berkata satu perkara penting dalam kitaran kesihatan ialah sama ada perkembangan teknologikal bergerak selari dengan kualiti kehidupan memandangkan adanya peningkatan aspirasi umum terhadap kesihatan yang lebih baik. -- BERNAMA NH JK NAK

32  

Page 136: Pengguna Bijak_2

PENGGUNA PERLU BIJAK SERTA BERHATI-HATI BILA BERURUSAN SECARA E-DAGANG

Date: 30-04-2000Author: / AKT zb Pahamin-E-dagangKUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pengguna perlu bijak serta berhati-hati ketika membuat urusan pembelian barangan secara elektronik atau E-dagang kerana kerajaan belum bercadang mewujudkan undang-undang bagimengawal kegiatan itu. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Pahamin Rajab hari ini berkata buat masa sekarang kerajaan masih dengan dasar tidak menyekat siaran daripada Internet. Katanya mana-mana syarikat adalah bebas untuk mengadakan laman web masing-masing bagi mempromosikan produk mereka menerusi Internet. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 200 peserta kursus kepimpinan anjuran sebuah syarikat yang mempromosikan konsep E-dagang, Q Suite (M) Sdn Bhd. Mengenai kemungkinan berlaku penipuan dalam urusniaga menerusi E-dagang, Pahamin tidak menafikan kemungkian itu tetapi berkata ianya merupakan satu gejala yang boleh berlaku walaupun bukan menerusi E-dagang. Bagaimanapun, katanya kerajaan akan mengkaji sekiranya perlu diwujudkan peruntukan undang-undang tertentu pada masa hadapan bagi mempastikan urusniaga E-dagang berkembang dengan sihat. Mengenai Rang Undang-Undang Cakera Optik, beliau berkata rang undang-undang itu tidak dapat dibentangkan pada sesi persidangan parlimen lepas kerana kesuntukan masa. Ia akan dibentangkan pada persidangan akan datang. Rang undang-undang itu antara lain mengandungi peruntukan bagi pelesenan dan pengawalseliaan pengilangan cakera optik di negara ini. --BERNAMA AKT zb

33  

Page 137: Pengguna Bijak_2

KEPENGGUNAAN BERMULA DI SEKOLAH LAHIRKAN PENGGUNA BIJAK

Date: 02-04-1996 Author: / MNY AKD Pengguna SHAH ALAM, 2 April (Bernama) -- Gerakan kepenggunaan perlu dimulakan seawal peringkat sekolah bagi melahirkan generasi pengguna yang bijak dan peka terhadap hak-hak mereka, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna Selangor, S.S Rajagopal. Beliau berkata kesedaran kepenggunaan di kalangan pelajar mesti diberikan tumpuan kerana pelajar merupakan golongan pengguna yang besar bilangannya. "Selain meningkatkan kesedaran di kalangan peniaga untuk menjadikan mereka pengamal perdagangan yang beretika, media massa juga harus menumpukan usaha mendidik pengguna di sekolah," katanya ketika merasmikan forum "Media Massa dan Pengguna" dan pameran "Pengguna Bijak" di sini, hari ini. Forum dan pameran itu dianjurkan bersama oleh para pelajar semester empat kewartawanan Pusat Pendidikan Luar Institut Teknologi Mara (ITM) dan Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor dengan kerjasama Penguatkuasa Perdagangan Selangor, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan Jabatan Penerangan di Muzium Negeri di sini. Rajagopal berkata gerakan kepenggunaan yang terancang akan membolehkan persatuan pengguna bertindak dengan berkesan dalam memperluaskan pendidikan kepenggunaan dan menjamin hak-hak pengguna seperti hak mendapatkan maklumat, bersuara dan membuat pilihan. Beliau mahu media massa meneruskan peranan menjadi mata dan telinga kerajaan dan membantu pihak berkuasa menjalankan tugas melindungi kepentingan pengguna daripada dieksploit oleh amalan perdagangan yang kurang sihat. Penolong Pengarah Direktorat ITM, Dr Ibrahim Ismail yang mewakili Pengarah ITM, ketika berucap berkata ITM bangga kerana pelajar luar kampusnya bukan sahaja gigih menimba ilmu bahkan sedia berkongsi pengetahuan untuk manfaat bersama masyarakat. "Ini selaras dengan dasar ITM yang tidak memisahkan kampus daripada masyarakat," katanya. Pengarah Projek forum dan pameran itu, Mohamad Nasir Yusoff berkata projek itu dianjurkan sebagai sebahagian sambutan Hari Pengguna Sedunia di samping memberi peluang mengamalkan pengetahuan yang dipelajari di bilik kuliah untuk faedah umum. Katanya, pengaruh media massa dalam mencorakkan budaya pengguna di Malaysia, yang dapat diukur melalui industri pengiklanan yang bernilai ribuan juta ringgit, merupakan aspek menarik untuk dikaji oleh bakal wartawan dan bakal aktivis pengguna. Presiden Fomca Prof Mohd Hamdan Adnan, Pengarah Penguatkuasa Perdagangan Selangor Haji Mohamad Ismail dan Pengarang Berita Bernama Azman

34  

Page 138: Pengguna Bijak_2

35  

Ujang merupakan tiga ahli panel pada forum itu. -- BERNAMA MNY AKD

Sumber : http://www.mylib.pnm.my Tarikh Akses : 23 September 2011

Page 139: Pengguna Bijak_2

FINANCIAL MANAGMENT ARKIB : 22/12/2002

e-Cop.net advocates holistic approach in e-business info-security

KUALA LUMPUR Dec 21 - e-Cop.net Surveillance Sdn Bhd (e-Cop.net), a company provider of info-security services, believes that corporations need to seriously re-evaluate their e-business information security policies and implementation as a result of the growth of Internet usage in Malaysia.

Its chief executive officer, Alan See, said the possible risks generated as a result of the sharp growth in Internet usage could cost corporations millions of dollars.

There were some 4.06 million Internet users in Malaysia by the end of 2001 and this number is expected to reach 6.7 million by 2005.

e-Cop.net offers its clients a number of core services to arm themselves against potential loss of data, including Managed Security Services (MSS) and Managed Security Monitoring (MSM).

"Losses to the tune of millions of dollars is not unreasonable for large and multi-national organisations that are Internet-connected," he said in a statement recently.

According to the Computer Security Institute's (CSI) "2002 Computer Crime and Security Survey", 90 percent of respondents in the US detected computer security breaches during the past year.

Eighty percent reported financial losses due to computer breaches with 44 percent claiming losses of US$455,848,000.

See said the first step in avoiding these kind of losses would require a change of mindset among most companies to have a holistic approach info-security.

Risk management, he said, was more than just protecting the network against intrusion as potential losses from malicious intrusions can be significant, and this would shift the impact of cyber threats and risk managment from the IT realm into the domain of business.

He said that the management of that risk then became a company-wide concern impacting all sectors of the organisation, from core decision-making processes to business continuity and disaster recovery.

1

Page 140: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 12/10/2002

RHB Unit Trust declares 9.40 sen income for per unit of RHB Bond Fund

KUALA LUMPUR Oct 11 - RHB Unit Trust Management Bhd has declared a 9.40 sen per unit annual gross income distribution for the RHB Bond Fund for the financial year ended Sept 30, 2002.

In a statement today, RHB said the distribution brings the total gross income distribution to 46.11 sen since inception or an average income yield of 9.22 sen gross per annum.

The unit trust managment also declared a second and final gross income distribution of 4.50 sen per unit or net of 3.7247 sen for the RHB Islamic Bond Fund for the same financial year-end.

Together with the interim gross income distribution of 3.0 sen per unit, the total gross income distribution of the fund is 7.5 sen per unit for the financial year ended Sept 30, 2002.

Both the RHB Bond and RHB Islamic Bond funds are tailored to provide investors with regular income through investments in fixed income securities.

The Islamic Bond Fund invests only in Islamic debts and fixed income securities which are acceptable under the Syariah principles.

For more information on the funds, please contact toll free 1-800-88-3656 or RHB PhoneBanking at 03-92068118 or visit its website at www.rhb.com.my.

ARKIB : 07/11/2001

Globalisation management crucial amidst slowdown

KUALA LUMPUR Nov 6 - World Trade Organisation (WTO) director-general designate, Dr Supachai Panitchpakdi, said amidst a global economic slowdown, globalisation should be even more crucial with a pronounced need for it to be better managed.

Dr Supachai, who sees a global recession for the whole of 2002, said although most economies are predicting a more optimistic economic outlook, they should be more cautious since this is the first global recession in the new millennium.

2

Page 141: Pengguna Bijak_2

Countries need to brace themselves for a period of global recession for the whole of next year, he said when met on the sidelines of the MIER National Economic 2002 Outlook Seminar here today.

However, Dr Supachai said that there was still a slight optimism that the world economy would recover in the second half of 2002.

Meanwhile, he said amidst the slowdown, countries should take the opportunities to deepen their economic reforms.

"The recession may be quite severe, and lack of financial reform as well as growing public debts, may depress the economy further," he added.

Thus, he said that the reform in industrial areas to move the economy into knowledge-based economy (k-economy) is vital.

Countries need to be more competitive in the k-economy and the government will have to invest more in training of human resource, build up institutions as well as legal framework.

"I fear that when we get over the first crisis, another crisis may come about ... so for the whole of next year, we should brace ourselves for a global recession," Dr Supachai said.

He pointed out that at times like this, globalisation should be even more crucial.

"I would say that there is a pronounced need for globalisation to be better managed. We need globalisation even more so now, but we need also a better managment of globalisation," he said.

He said that the poor countries had not really been part of the globalisation process because they lacked capacity, resources and legal framework to attract foreign direct investments.

As for competition from China, Dr Supacahai said that countries need to group themselves and integrate with China and vice versa as soon as possible so as to compete with that country.

"We need a closer economic partnership within this area, you may call it East Asian Economic Community or ASEAN + 3, this is much needed because we need to get into China's market," he said.

The best way to do it is to have closer economic cooperation, he added.

3

Page 142: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 19/08/1998

Asian Countries Must Learn Intricacies Of Hedge Funding

KUALA LUMPUR Aug 18 - Asian countries must catch up with and learn the intricacies of hedge funding or they will find themselves figting un unprepared war in this new financial strategy, Deputy International Trade and Industry Minister Datuk Kerk Choo Ting, said here today.

Some countries might already be equipped to a certain degreee with experience and skills, ''but for many of us, especially in the private sector, we still do not understand what a hedge fund is for and how to deal with this phenomenon which emerged in the 1990's,'' he said.

''We do not have the people and resources to counter, every attack they make is a war to them and unless we get ourselves prepared, we will be subjected to the test whenever they like,'' he said, lamenting that there was no single institution in Asia which could operate an hedge fund like in Wall Street.

Speaking to reporters after opening the Malaysian Chief Financial Officers Summit organised by the Asian Strategic Leadership Institute, he said ''we must try to understand the pros and cons of hedge funds.''

''Some, even in the banking sector must provide some facility to the private sector especially in the collection of adequate and up-todate data on hedge funds,'' the deputy minister said.

''We must equip ourselves not only with the software and hardware, but we must also have a group of capable people in the private sector to handle this, otherwise, when there is an onslaught, we will be sitting there helplessly at the mercy of other people,'' said Kerk.

''I think those operating in the United States may be the most powerful factor for the economy especially in the latter part of the 1990's.''

''I forsee multilateral institutions such as the United Nations, the International Monetary Fund and World Bank, are ready to come out with regulations and mechanisms in providing reasonable and aceptable ways in handling these type of situations.

Kerk said that Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad has been advocating for regulations to discipline hegde funds as well as currrency speculators since after the currency crisis broke out last July.

4

Page 143: Pengguna Bijak_2

And even as late as yesterday, Deputy Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim called on international institutions such as the IMF not to practise double standards but push hedge funds and global investors to adopt similar standards imposed on developing countries such as transparency.

Earlier in his speech, Kerk said that many chief financial officers were still not technically skilled in using hedging instruments offered by banks.

Kerk said before the economic crisis, most international banks in East Asia were lining up at the doors of CFOs, now they were cutting credit lines and CFOs have to engage in delicate and tough negotiations with bankers but many did not have these skills.

''Where funds are now available, skittish investors are insisting that companies hedge their foreign currency exposures to guarantee future cash flows.'' he said

''CFO's need to understand the parameters of the risk instruments available. Many CFOs are still not technically skilled in using hedging instruments offered by banks,'' he said.

Kerk also said that the Asian economic meltdown was posing a tough and challenging time for CFOs and those who pull their companies through the crisis would be worth their weight in gold.

He listed four major concerns facing CFOs operating in Asia - corporate governance involving investor relations and communications, strategy for mergers, acquisitions and divestitures, risk management and control and, change managment to tackle new issues and managing volatile situation.

''In Asia's new cut throat markets, the quality of treasury can literally determine the survival of a company,'' said Kerk.

Many companies today were looking for CFOs with dynamic and varied backgrounds that included global knowledge, financing experience, merges and acquisition wisdom as well as large and small company experience, he added.

5

Page 144: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 28/05/1998

Alcom To Retain Prudent Cash Management Strategy

PETALING JAYA May 27 - Cash-rich Aluminium Company of Malaysia Bhd (Alcom), which is in the process to implement ISO 14000, will retain a prudent cash flow managment strategy to allow it to take up opportunities when the country's economy recovers.

At the moment, there is uncertainty over the market's direction following the economic slowdown looming over the region, chairman Tunku Tan Sri Imran ibni Tuanku Jaafar told reporters after the company's annual general meeting here today.

He said this strategy will be maintained until the situation became clearer.

Currently Alcom, a manufacturer of aluminium products, has more than RM9 million cash in hand and no capital debts.

Tunku Imran stressed that it was different for the company this time as it has no bad debts and loans to service compared to the previous recession in the late 1980s, when Alcom had debts of about RM20 million.

''Alcom has a strong financial position. During the last recession our factory was just completed and we were in a heavy debt. Now it is different because we are healthier,'' he added.

However, based on the year-to-year first quarter earnings this year, its managing director Pierre Arseneault said, ''earnings was slightly less''.

He said during the economic slowdown, the company will take the opportunity to expand and become more competitive internationally.

He explained that Alcom's direct exports has changed since year end to 53 percent from the total production.

Meanwhile, in a statement Tunku Imran said with the onset of economic difficulties in much of Asia-Pacific region and the resultant downturn in the aluminium market, 1998 will be an extremely challenging year for the Alcom Group.

However, he said the company is responding to the difficulties by further improving its competitive position through aggressive cost reductions, improving inventory and working capital management, shortened delivery lead times and better technical support and service for customers.

6

Page 145: Pengguna Bijak_2

7

''While these are short-term imperatives, in the longer-term, these actions will also place us in excellent stead to compete in an increasingly global market place,'' he added.

In the current development, Arseneault said the company is in a process to implement the ISO 14000 by the end of next year.

He said Alcom will process waste and recycle whatever they could like metal scrap.

Sumber : http://www.utusanmalaysia.com.my Tarikh Akses : 20 September 2011

Page 146: Pengguna Bijak_2

Headline: Managing your personal finance Publication: NST Date of publication: Jun 14, 2011 Section heading: 1Klassifieds Page number: 032

WITH changing times, it becomes even more important now for individuals to manage their lifestyle and expenses. Personal finance may not be everyone's cup of tea, especially those who have no experience in business and management. Basically it is about balancing your income and expenses, and to put some savings aside for rainy days. Financial planning is a dynamic process which requires regular monitoring and reevaluation, so you can maintain your financial control. An accurate financial plan will ease your work and guarantee a successful completion of your financial goals. The first step is an assessment of one's personal financial situation. You can start by compiling onto a piece of paper, all the personal assets, income and outcome. Use a simplified balance sheet for listing the values of personal assets (for instance, cars, houses, stocks and bank account) along with liabilities such as credit card debt, bank loan and mortgage. Make sure you list your personal income and expenses on a personal cash flow statement form. The second step is setting the goals. One should formulate his or her material desires in a financial language. You can set long-term goals such as retiring at 65 years old with a significant personal net worth. You can also make short-term plans, for example: buying a house or a car by paying a monthly mortgage for years but no more than 25% of monthly income. You can also

1

Page 147: Pengguna Bijak_2

establish several goals both long and short-term, in the limit of your financial resources. After setting the goals, you must develop an efficient plan to accomplish them. The plan should detail the exact actions you need to undertake. This is the third and most difficult part of your personal finance management as it demands thorough research for the most convenient loans, investment or mortgage deals. The fourth step is the execution of one's personal financial plan, which includes monitoring and reassessment; and the fifth step is about efficient personal finance management. Discipline and perseverance are necessary to accomplish this part . As time goes by, conscious fulfillment of every action must be included in your financial planning with continuous monitoring and reassessment until you achieve your financial goals.

2

Page 148: Pengguna Bijak_2

Headline: Budgeting the key to wealth Publication: NSUNT Date of publication: Jan 30, 2011 Section heading: Sunday Life & Times Page number: 008 Byline / Author: By Yap Ming Hui

THERE'S a saying that goes, "Just as soon as people make enough money to live comfortably, they want to live extravagantly". This is why we need to budget so that we don't spend all our income. Budgeting is a process to create and implement a specific plan so you spend well within your means and create savings for financial freedom. To most people, the word "budget" conjures up all sorts of negative thoughts. To spend according to budget makes many feel uncomfortable. But in a larger context, budgeting is a method of worrying before you spend instead of later, when the damage is done. The planning and control of consumption behaviour is the foundation of wealth accumulation. Most self-made millionaires spend plenty of time and effort on budget control. The book The Millionaire Next Door, by Dr Thomas J. Stanley and Dr William D. Danko, points out that a family without budget planning is not unlike a company that operates without a business plan, direction and goals. For most millionaires, or the "high accumulator", the saving and investment rate ranks as high as more than 40 per cent of earned income. How do they do that? By consciously depressing and containing their consumption and living way below their means. A lot of them invest before they spend. For the "under accumulator", despite their high income, their living standard is equivalent to those whose income is double theirs. They spend most, if not all, of their income. The

3

Page 149: Pengguna Bijak_2

only control is their income limit. According to the authors, most millionaires create and keep their millions through disciplined budgeting. This analogy describes it best: Have you ever noticed those who jog regularly? They look fit and healthy and they are the people who need to exercise the least. But this is exactly why they are fit and healthy. Likewise, the wealthy work hard to maintain their financial health while those who are not, seldom make any effort. Here are three simple steps to plan your budget. 1. Estimate your income on a month-to-month basis for 12 months. It's important to estimate your income on a month-to-month basis rather than a standard income estimate for every month because you may have different incomes at different months of the year. For example, you may have a bonus income in January but not for the rest of the year. When doing your estimates, start by identifying your active income. This refers to income that you need to spend time and effort to generate such as salary, director fee, commission, part-time income and bonus. Next, identify your passive income. This refers to income that you spend little or no effort to generate such as bank interest, stock dividend, business dividend and rental income. 2. Develop estimates for your expenses on a month-to-month basis for 12 months. Since we may have different expenses in different months, we must not set a standard expense estimate for every month. For example, you may pay your insurance premiums on a half-yearly basis, say, in March and September, so this expense only happens in these two months. To estimate your expenses, start by identifying your "need" expenses, or money you spend on basic living. These include rental, mortgage payment, loan payment, food, household maintenance and transportation expenses. Next, identify your "want" expenses, or money you spend to improve your quality of living. These include

4

Page 150: Pengguna Bijak_2

entertainment, vacation, books, eating out and gym. 3. Determine surplus or deficit. Before you determine if you have a surplus or deficit, make provisions for unforeseen expenses. For example, you may have visiting friends or relatives from abroad and so you may have to spend more to host them while they are in town. Or your car breaks down and that could set you back a few thousand ringgit for repairs. So I'd suggest setting aside an extra five per cent on your total expenses as provisions for unforeseen expenses. Now, determine your budget surplus or deficit by deducting your total yearly expenses from your total yearly income. If you have a surplus, congratulations! But don't stop there - make plans to save and invest the surplus. It's even better if you can do it before you start spending every month. For example, if you have RM2,000 surplus every month, put that into some investment on a regular basis. But if you see a deficit, don't worry. This is just a budgeting exercise. You still have time to find ways to increase your income and decrease expenses. If you were to cut your expenses, which would you cut first? Start with the "want" expenses. If you're serious about setting a budget for 2011, I have a gift for you: Go to www.yapminghui.com, under the Latest News section, to download a comprehensive budget template as a guide. Happy budgeting!

5

Page 151: Pengguna Bijak_2

Headline: What is a Budget? Publication: NST Date of publication: Jul 3, 2010 Section heading: 1Klassifieds Page number: 032

A budget is simply a plan for spending your money. Yes, most of us love to spend but very few are able to control their spending. A budget is a way to balance the money you have with the money you spend. You create a plan by making choices. You decide what you will spend money on, how much money you will spend. and how much money you will save. Your plan is based on your income and expenses. Income is money coming into your pocket. Expenses take money out of your pocket. Since every person's income and expenses are different, your plan must fit your situation. Your budget is based on your Goals, Needs and Wants. Let's take a look at some examples: As you can see from the list above, sometimes it is hard to differentiate between Needs and Wants. As time evolves, our basic needs may extend to more than just food, shelter and clothing. A salesperson may work more effectively with a car. In today's IT age, mobile phones are practically indispensable, so are computers. However, there are cars that costs from RM30,000 to RM300,000 mobile phones from RM100 to RM1,000 and computers that costs from RM1,000 to RM10,000. We only Need a few things but our Wants are endless! Is it hard to differentiate now??? Why Should I Have One? Anyone who has income and expenses needs a budget. Having a plan helps you use your money to reach your goals. You can learn and practice the skills needed to make a budget. This money plan will help you be in control of your money. You can avoid financial trouble and reach your goals easier. How Do I Start a Budget?

6

Page 152: Pengguna Bijak_2

To make a money plan, list your Income and your Fixed Expenses, that do not change from month to month, like rental, home and car installments or insurance premiums. Other expenses include variables, like utility bills, clothing or entertainment. Next, you'll need to keep track of how you spend your money. You can do this by writing what you buy and how much you spend. This will take some time and effort but it is worthwhile because it helps you see where your money goes. For the next 30 days, every time you spend, write down in your planner how much you spent, and where you spent it. When you pay a bill, pump petrol, go to a movie, give money to charity or even buying your favourite nasi lemak, record everything down. At the end of the month, use a calculator to total each column at the bottom of the chart to see how much money you spent in each area. Then, total all the columns to see how much money you spend in an average month. Get your children involved as this will not only sharpen their math skills but also expose them to the concept of budgeting. How Do I Decide Where to Spend My Money? By reviewing your completed chart/ spreadsheet, you can see where your money goes. It is often helpful to discuss your chart with a counselor or someone you know who manages their money well. A big part of your money is used for basic necessities like food, housing and clothing. These are needs and you will always be spending money to live but you can choose how much to spend. Other spending might include buying new clothes, new dishes or new toys for your children. The following questions may help you decide what to do: * Which spending can't be cut? * What is the minimum I need to live on? * Which spending is Needs and which is Wants? * What would happen if I delayed some of my spending?

7

Page 153: Pengguna Bijak_2

* Can I buy cheaper substitutes? Now that you have studied your chart and discussed the questions above, you are ready to make your personal budget. Write down how much money you need for each kind of expenses for one month. For example: RM300 for food, RM100 for transportation, RM50 for savings and so on. Try to set some short-term goals and long-term goals. Some short-term goals include: limit money for food to RM10 per day, take the bus/ LRT instead or driving to work and check (your neighbour's) newspaper for free family entertainment. Some long-term goals include: saving RM1,000 for a new refrigerator (energy-saving & environmentally-friendly models would be ideal!), get out of debt or perhaps move to a different neighbourhood (or as some might say, balik kampung!) How Do I Stick to My Budget? This is the hardest part, mind you! It will take practice and self- discipline to follow your budget. You are the only one who can maintain your plan. Here are some suggestions that can help you stick to your budget: * Pay necessary bills first. If possible, try to stretch your bills out evenly over the month so they are not all due on the same day. * Save some money every month, no matter how small. You just want to form that habit. * Make a list before you go shopping. When you shop, remember the difference between needs and wants. * Plan ahead and buy items on sale. Check out discount stores and garage sales. Share reusable items with family and friends. * Stay away from stores or places where you waste money! * Learn ways from family and friends to save money and follow a plan. * Keep a record of where you spend money and how much money is spent.

8

Page 154: Pengguna Bijak_2

9

Make it simple and easy to do. * Compare this record to your written money plan so you can see if you are following your spending decisions. When Should I Change My Budget? Don't panic or feel disappointed if you are unable to follow your budget completely. It takes time and practice to change any behaviour, especially spending habits! You may need to change your budget as your needs or the needs of your family change. If your income increases or decreases, you will also have to make adjustments. The important thing is that you have a plan and that you are in control of your money. (END)

Page 155: Pengguna Bijak_2

UTUSAN ONLINE PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI DAN KELUARGA ARKIB : 01/03/2011

Memahami kewangan Islam

Oleh NIZAM YATIM [email protected]

PERKEMBANGAN sistem ekonomi dan kewangan Islam di negara ini memang cukup membanggakan sehingga ia mendapat pengiktirafan di seluruh dunia.

Malangnya, perkembangan pesat itu tidak seiring dengan kefahaman umat Islam Malaysia yang sebahagian besar masih 'jahil' mengenai pengurusan kewangan yang mematuhi prinsip syariah, khususnya membabitkan pinjaman peribadi.

Hakikat mengejutkan itu didedahkan melalui satu kajian oleh dua pegawai penyelidik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Siti Fatimah Abdul Rahman dan Azrina Sobian yang diterbitkan pada tahun lalu.

Pada sesi temu ramah dengan Utusan Malaysia baru-baru ini, Siti Fatimah yang juga Pengarah Pusat Perundingan dan Latihan IKIM memberitahu, kebanyakan umat Islam membuat pinjaman peribadi dengan nilai lebih daripada RM20,000 untuk perkara yang dianggap bukan keperluan oleh Islam.

''Dalam Islam, hutang dibenarkan untuk tujuan tertentu misalnya apabila atap rumah diterbangkan ribut dan kita tiada wang untuk menggantikan yang baru. Ia juga dibolehkan bagi membayar kos rawatan perubatan, modal perniagaan dan melanjutkan pelajaran.

''Pinjaman peribadi tidak boleh dibuat untuk perkara bukan keperluan seperti membeli perabot baru pada hari raya, melancong atau bagi perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam seperti berjudi,'' jelas beliau.

Katanya, kajian yang dilakukan pihaknya mendapati sebahagian besar responden mengakui membuat pinjaman peribadi untuk membayar pendahuluan membeli kenderaan.

''Ini tidak dianggap sebagai satu keperluan dalam Islam kerana kalau tiada wang pendahuluan untuk membeli kereta yang mahal, umat Islam masih boleh membeli kereta murah yang tidak memerlukan bayaran pendahuluan yang banyak.

''Mereka juga mempunyai alternatif lain untuk membeli motosikal atau menaiki pengangkutan awam sahaja,'' katanya.

1

Page 156: Pengguna Bijak_2

Tambah beliau, majoriti responden berpendapat pinjaman peribadi patut digalakkan dan pandangan itu bercanggah dengan ajaran Islam yang tidak menggalakkan seseorang itu berhutang kerana ia akan meletakkan para penghutang dalam keadaan tidak tenteram.

Katanya, pihaknya juga terkejut kerana majoriti responden tidak mengambil kira jumlah sebenar yang perlu dilangsaikan termasuk kadar faedah yang dikenakan, sebaliknya hanya melihat adakah diri masing-masing mampu membayar balik setiap bulan.

Jelas beliau, kebanyakan responden lebih tertarik untuk membuat pinjaman peribadi berasaskan prinsip syariah yang ditawarkan oleh institusi kewangan konvensional berikutan mutu perkhidmatan yang ditawarkan dan bukannya yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam sepenuhnya.

Dalam pada itu, Siti Fatimah memberitahu, kajian itu turut melibatkan pinjaman peribadi tidak formal daripada ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan dengan nilai pinjaman antara RM500 hingga RM2,000.

Ujar beliau, majoriti pinjaman menerusi cara itu tidak mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam iaitu perlunya ada saksi dan mencatatkan butir-butir hutang berkenaan termasuk jumlahnya, bila hendak dibayar dan berapa banyak perlu dibayar balik.

Katanya, kajian itu juga mendapati 64 peratus responden yang meminjam secara tidak formal berbuat demikian pada masa kecemasan.

''Ia adalah satu trend yang membimbangkan kerana mereka jelas sekali tidak mempunyai tabungan untuk dijadikan payung ketika kesusahan.

''Ini bertentangan dengan ajaran Islam yang mensyaratkan penganutnya membahagikan pendapatan bulanan kepada tiga tujuan iaitu tabungan, sedekah dan perbelanjaan,'' katanya.

Sementara itu, Azrina yang merupakan Felo Pusat Sains dan Teknologi IKIM pula mendedahkan bahawa majoriti responden turut terjebak berhutang menerusi penggunaan kad kredit dengan masing-masing mempunyai satu atau dua kad.

Menurut beliau, perkara itu terjadi berikutan kad kredit mudah diperoleh dengan had kelayakan gaji hanya RM1,500 sebulan.

''Kita tertanya-tanya mampukah mereka membayar balik sedangkan kita tahu bahawa kadar cajnya sangat tinggi iaitu sekitar 18 peratus dan sampai bilakah hutang ini akan habis dibayar berikutan separuh daripada responden hanya membayar kadar bayaran minimum setiap bulan,'' katanya.

Bagi memastikan, fenomena itu tidak berterusan, Azrina mencadangkan, had kelayakan untuk memperoleh kad kredit ditingkatkan kepada minimum RM3,000 sebulan dan umat Islam merujuknya

2

Page 157: Pengguna Bijak_2

sebagai 'kad hutang' bagi mewujudkan persepsi negatif dan mengelak mereka berterusan menggunakan kemudahan berkenaan.

Berdasarkan kajian yang melibatkan 131 responden, kedua-dua mereka telah menggariskan beberapa langkah bagi memastikan kejahilan umat Islam itu tidak berterusan termasuk mendedahkan pelajar di sekolah rendah dan menengah mengenai kemahiran pengurusan kewangan berlandaskan Syariah.

Ibu bapa juga harus mengajar anak-anak mereka khususnya yang mula memegang wang dalam jumlah banyak ketika menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) untuk mengurus kewangan mereka secara berhemah.

Tambah mereka, di peringkat komuniti setempat termasuk pihak masjid harus mengadakan sesi ceramah bagi menerangkan keburukan tabiat suka berhutang dan perlunya umat Islam mempelajari pengurusan kewangan secara betul.

Maklumat lanjut mengenai hasil kajian itu boleh diperoleh dalam buku 130 halaman bertajuk Pinjaman Peribadi: Hasil Kajian Terhadap Masyarakat Malaysia yang diterbitkan oleh IKIM.

Buku berharga RM20 senaskhah itu boleh dibeli dengan melayari Rakan Baca IKIM di Facebook atau hubungi Unit Penerbitan institut itu di talian 03-62046250 atau 03- 62046251.

Diharap buku berkenaan akan menyedarkan umat Islam bahawa berhutang itu memang mudah tetapi untuk membayar balik adalah satu tanggungjawab cukup berat, bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Hakikat itu dipaparkan dalam hadis riwayat Muslim yang berbunyi:

''Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia).''

Maksud hadis itu adalah jelas bahawa orang yang mati syahid, yang dijanji syurga oleh Allah SWT akan tertangguh urusan kemasukan ke syurga akibat hutang tidak berbayar.

3

Page 158: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 11/10/2010

MoneySmart: Didik pelajar celik kewangan

KUALA LUMPUR - Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) menggunakan pendekatan yang kreatif dan interaktif untuk memupuk amalan menabung dan pengurusan kewangan secara berhemat di kalangan pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara.

Ketua Pegawai Operasinya, Md. Khairuddin Arshad berkata, usaha itu dilaksanakan melalui Projek PIDM MoneySmart yang memberi pendidikan tentang asas kewangan seperti kepentingan menabung dari usia muda, penetapan matlamat serta pelan tindakan pengurusan kewangan peribadi.

Md. Khairuddin Arshad (kiri) menyerahkan cenderamata kepada Dr. Khair Mohamad Yusof

selepas perasmian Program Pendidikan MoneySmart PIDM di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut beliau, projek mendidik kepentingan pengurusan dan perancangan kewangan yang bijak ini merangkumi empat komponen utama iaitu Permainan Dalam Talian MoneySmart, Permainan Papan MoneySmart, Buku Komik Bijak Wang dan sesi taklimat.

"Permainan yang mudah dan menyeronokkan serta boleh dimainkan secara individu atau berkumpulan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran para peserta selain berpeluang memenangi hadiah istimewa yang disediakan oleh PIDM," katanya.

Jelasnya, permainan dalam talian Money Smart memberi peluang kepada para peserta membina kekayaan kewangan dengan pilihan kerjaya dan pengalaman hidup yang berbeza.

Permainan interaktif ini, ujar Md. Khairuddin, memerlukan peserta untuk menjawab soalan bagi mengumpul mata dan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai.

Bagi kategori individu, pemenang pertama akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan mendapat hadiah bernilai RM2,000 dan RM1,000.

Bagi kategori kumpulan pula, pemenang pertama, kedua dan ketiga masing-masing akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM6,000, RM4,000 dan RM2,000.

4

Page 159: Pengguna Bijak_2

Tiga buah sekolah yang mempunyai penyertaan pelajar paling tinggi akan memenangi komputer. Tiga buah komputer untuk johan, dua komputer untuk tempat kedua dan sebuah komputer bagi tempat ketiga.

Tambah Md. Khairuddin lagi, bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai perlindungan deposit di kalangan generasi muda, PIDM akan terus melaksanakan program kesedaran dan pendidikan awam untuk para pelajar pada masa akan datang.

"PIDM juga akan terus berusaha memperluaskan skop program pendidikan, peruntukan sumber dan kerjasama pelbagai pihak bagi meningkatkan tahap penglibatan semua pelajar di negara ini," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Bahagian Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Dr. Khair Mohamad Yusof ketika melancarkan program itu berkata, Kementerian Pelajaran sangat mengalu-alukan usaha PIDM dalam menyumbang kepada peningka-tan celik kewangan di kalangan pelajar.

"Projek PIDM MoneySmart amat bermanfaat kerana menggalakkan penglibatan guru, ibu bapa, ahli keluarga, saudara mara dan juga rakan-rakan melalui penyertaan bersama dalam salah satu komponen utama program ini," kata beliau.

Jelasnya, penerapan pendidikan dan kemahiran berkenaan pengurusan kewangan bagi generasi muda perlu diutamakan demi membolehkan mereka menghadapi persekitaran ekonomi yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

5

Page 160: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 14/12/2009

Bantuan mengurus hutang

''Kredit saya keliling pinggang dan tiada tempat untuk mengadu.''

''Mustahil untuk saya menguruskannya sendirian.''

''Lega rasanya apabila ada yang membimbing saya tentang pengurusan wang secara berhemah.''

AKPK boleh membantu untuk menstrukturkan semula pinjaman atau baki tertunggak kad kredit

asalkan peminjam sanggup mengikut pelan disediakan. - Gambar hiasan

Inilah kata-kata yang terluah daripada ratusan pelanggan yang pada mulanya menghadapi jalan buntu dalam menguruskan hutang dan kewangan yang begitu kritikal.

Kini dengan adanya satu badan yang boleh membantu untuk menstrukturkan semula pinjaman seperti perumahan, kenderaan, peribadi atau baki tertunggak kad kredit yang didapati dari penyedia kewangan, maka beban ratusan ribu orang itu akan menjadi ringan.

Setakat 30 Oktober lalu, lebih daripada 106,000 pelanggan telah mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan hampir 35,000 pelanggan telah dibantu melalui Program Pengurusan Kredit Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia.

Objektifnya untuk secara proaktif memastikan sektor isi rumah terus berdaya tahan dengan menyediakan saluran bagi peminjam individu dan bakal peminjam mendapatkan nasihat dan bantuan berhubung dengan pengurusan kredit dan pada masa yang sama, menggalakkan sistem perbankan yang teguh dan mantap dengan memudahkan usaha pembayaran balik hutang dan meminimumkan kes-kes tidak berbayar akibat daripada pengurusan hutang yang kurang cekap.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK , Mohamed Akwal Sultan berkata, semenjak ditubuhkan pada April 2006, AKPK dapat membantu peminjam mengurus belanjawan, menolong membuat pembayaran balik pinjaman dan mengendalikan perbelanjaan harian dengan teratur.

Menariknya, AKPK adalah agensi kedua di dunia yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu pengguna.

6

Page 161: Pengguna Bijak_2

''Negara pertama yang mempunyai agensi khidmat kaunseling kredit yang ditubuhkan oleh kerajaan ialah Korea Selatan. Di negara lain, kebanyakan agensi seperti itu digerakkan oleh agensi bukan kerajaan atau swasta.

''Sebab itulah, saya ingin tekankan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan oleh AKPK adalah percuma," katanya.

Menurut Mohamed Akwal, terdapat tiga perkhidmatan yang ditawarkan iaitu pendidikan kewangan untuk kemahiran asas pengurusan wang dan juga tip bagaimana untuk menggunakan kredit secara bertanggungjawab.

Kedua, kaunseling kewangan dan nasihat iaitu untuk menguruskan kewangan anda dengan bijak daripada bajet, pengurusan wang dan isu berkaitan dengan kredit serta mempelajari bagaimana menangani bebanan kredit dengan penuh tanggungjawab untuk masa depan yang cerah.

Ketiga, Program Pengurusan Kredit (PPK) di mana para kaunselor akan bekerjasama dengan pelanggan untuk menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman peribadi melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan.

''Bukan semua pelanggan yang mendapatkan kaunseling layak untuk mengikuti PPK. Ada syarat-syaratnya iaitu mempunyai sumber pendapatan yang positif selepas menolak tanggungan keluarga, jumlah pinjaman tidak melebihi RM2 juta dan tidak berada di bawah tindakan undang-undang tahap lanjut serta tidak diisytiharkan sebagai muflis.

''Apabila syarat itu dipenuhi, maka duit lebihan itu akan dimasukkan ke dalam AKPK bagi diagihkan kepada institusi-institusi kewangan yang menjadi tanggungan pelanggan itu,'' katanya.

Beliau memberitahu, bagi pelanggan yang menyertai PPK, maka harus mematuhi sekatan yang dikenakan iaitu paling penting ialah mengubah cara hidup sedia ada.

''Sekiranya selama ini anda hidup dalam keadaan mewah, berkereta mewah, berbelanja besar, mempunyai banyak rumah dan aset, maka dengan menyertai PKK, cara hidup itu perlu berubah.

''Pertama harus membatalkan semua kad kredit, menjual salah sebuah rumah atau kereta mewah. Hanya hidup dengan sebuah rumah dan berkereta biasa. Inilah polisi AKPK iaitu kita tolong orang dengan satu rumah, satu kereta.

''Selain itu, nama pelanggan itu akan dimasukkan ke dalam sistem pangkalan data berkomputer yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) sehinggalah jumlah hutangnya selesai dan keluar dari PPK.

7

Page 162: Pengguna Bijak_2

''Bagaimanapun satu keistimewaan bagi mereka yang masuk program ini ialah di mana semua tindakan undang-undang yang telah diambil oleh institusi kewangan akan dihentikan buat sementara waktu sehingga pembayaran dibuat mengikut program. Jangka bayaran balik selalunya lima tahun hingga 10 tahun, terpulang aliran tunai seseorang,'' jelasnya sambil mengalu-alukan lebih ramai lagi yang bermasalah kewangan untuk berkunjung ke AKPK bagi mendapatkan kaunseling.

Ibu pejabat AKPK terletak di Maju Junction Mall, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dan boleh dihubungi melalui talian 1 800 88 2575.

ARKIB : 17/11/2009

Bentuk rakyat cekap urus wang

Oleh DR. SHAIFUL ANNUAR KHALID

AKHBAR ini pada 9 November lalu melaporkan, seramai 35,000 pengguna menanggung hutang bernilai RM1.9 bilion telah mengikuti program pengurusan kredit di bawah Agensi Kaunseling and Pengurusan Kredit (AKPK) sehingga Oktober 2009.

Ia menunjukkan kejayaan agensi itu dalam menyalurkan perkhidmatan kepada anggota masyarakat yang memerlukannya. Namun daripada segi lain, berita ini menunjukkan bahawa masalah hutang kini semakin serius dan wajar diberikan perhatian.

Ada yang berhutang kerana ia adalah jalan keluar terakhir. Ramai yang tersepit akibat dibuang kerja, kematian pencari nafkah atau masalah kesihatan. Namun, peribahasa Melayu seperti "hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh datang pula" memang memberikan gambaran sebenar sebahagian atau segelintir masyarakat pengguna hari ini.

Sikap hendak menunjukkan kemewahan dan kurangnya disiplin dalam soal berbelanja menyebabkan ada anggota masyarakat terjebak dengan masalah hutang. Amalan membuat hutang baru, biarpun hutang terdahulu masih banyak sudah menjadi sebahagian dari budaya masyarakat.

Jika tidak bijak mengurus pendapatan dan tidak ada usaha untuk menambah pendapatan dengan cara yang halal pasti timbul keperluan untuk berhutang. Apabila hutang gagal diuruskan dengan baik akan timbul banyak masalah. Tekanan emosi, berhadapan tindakan mahkamah, diseksa ah long dan rasuah adalah antara natijah yang biasa didengar. Lebih menakutkan, tabiat ini juga boleh menyebabkan manusia menggadai maruah termasuk melacur dan merompak.

Akhbar ini pada 9 Ogos lalu turut melaporkan mengenai sebahagian besar daripada 1.2 juta penjawat awam menghadapi masalah hutang. Ada yang potongan gaji mereka sehingga 60 peratus. Yang tinggal di bandar besar terpaksa berhutang kerana peningkatan kos sara hidup dan bukannya kerana tidak mahir mengurus kewangan.

8

Page 163: Pengguna Bijak_2

Kita juga tidak boleh menafikan terdapat ramai yang terjebak dengan hutang ah long dan kad kredit kerana sikap "lebih sudu dari kuah". Gara-gara hendak menikmati gaya hidup lebih dari kemampuan, ramai yang terperangkap dengan hutang. Bebanan hutang sudah tentu memberi kesan terhadap tahap integriti, kualiti kerja dan kecekapan.

Begitu juga dengan penggunaan kad kredit. Perangkaan Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan sehingga Mac lalu, secara keseluruhannya pemegang kad kredit menanggung tunggakan kad kredit berjumlah RM24.4 bilion. Sikap sebahagian masyarakat pengguna yang terus terpengaruh dengan iklan-iklan 'mesra' ah long yang ada hampir di mana sahaja juga makin merisaukan. Kita juga perlu memandang serius kegagalan sebilangan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membayar balik pinjaman mengikut perjanjian. Sehingga Oktober 2008, terdapat sejumlah 18,532 kes kegagalan pembayaran balik PTPTN yang dirujuk ke mahkamah.

Kementerian Pengajian Tinggi juga menjangka PTPTN akan mengalami defisit berjumlah RM46 bilion pada 2020 berpunca dari kegagalan pembayaran balik. Tidak mustahil jangkaan tersebut menjadi kenyataan jika jumlah peminjam yang gagal melunaskan pinjaman bertambah.

Kegagalan pembayaran balik adalah berpunca daripada sikap peminjam. Sesetengah pelajar mudah terpengaruh dengan iklan, ingin bergaya, tidak berpuas hati dengan apa yang sudah ada serta bernafsu besar untuk berbelanja. Tabiat boros akan berterusan bila sudah bekerja dan menjejaskan kemampuan untuk membayar balik pinjaman. Kenyataan ini ada kebenarannya. Pekerja yang masih muda serta beliau merupakan golongan paling ramai terlibat dengan hutang kad kredit dan ceti haram.

Kelemahan pengurusan kewangan dan kredit dikenal pasti sebagai satu daripada punca timbulnya masalah sosial. Antaranya rasuah. Bagi mereka yang rendah tahap intregriti, jalan pintas mungkin menerima rasuah.

Masalah kewangan juga dilaporkan sebagai satu daripada punca penceraian. Statistik menunjukkan terdapat sejumlah 75,299 kes cerai di seluruh negara pada 2007 dan 2008 termasuk kes-kes tertunggak bagi tahun-tahun sebelumnya. Keruntuhan keluarga seterusnya boleh menyumbang kepada masalah akhlak dan disiplin remaja seperti dibuang sekolah, merempit, penyalahgunaan dadah, seks bebas dan sebagainya.

Masalah hutang juga menyumbang kepada gangguan emosi, tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pekerjaan atau tertekan kerana diburu ah long. Ada yang disenarai hitam oleh institusi kewangan sehingga tidak boleh membuat sebarang pinjaman dan diisytiharkan bankrap. Data BNM mendedahkan bahawa jumlah individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2008 adalah sebanyak 13,907 kes yang berpunca daripada kegagalan membayar hutang kad kredit, pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman pendidikan dan tunggakan hutang bank.

Tindakan undang-undang tidak mampu menyelesaikan masalah-masalah berkaitan hutang dengan berkesan. Untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai kesedaran akan kepentingan pengurusan

9

Page 164: Pengguna Bijak_2

kewangan dan kredit memerlukan tindakan-tindakan yang berbentuk jangka panjang. Antara usaha jangka panjang yang boleh dibuat ialah dengan memperkenalkan mata pelajaran yang berkaitan pengurusan kewangan peribadi untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta pelajar sekolah.

Panduan-panduan yang berkaitan dengan pengurusan kewangan berhemah, tabiat menabung, mengurus kredit dengan berkesan, mengurus perbelanjaan, etika dan tanggungjawab sebagai peminjam dan lain-lain lagi perlu dirangka dan dijadikan sekurang-kurangnya kursus di peringkat elektif di IPT.

Usaha-usaha sebegini bukan sahaja mampu melahirkan graduan berilmu tetapi membantu pembentukan sikap yang betul dalam soal pengurusan kewangan. Begitu juga dengan pelajar sekolah. Jika anak-anak diberikan tunjuk ajar bagaimana wang belanja yang diberikan oleh ibu bapa boleh digunakan dengan berkesan, kita akan dapat melahirkan generasi yang cekap menguruskan kewangan. Maka masyarakat masa depan juga akan kurang berdepan dengan masalah berpunca dari wang.

Jika kita dapat mendidik remaja dalam soal pengurusan kewangan yang berhemah, saya percaya kita akan menyediakan remaja dengan benteng yang kuat untuk berdepan dengan 'ancaman-ancaman' iklan dan promosi gaya hidup moden yang hanya mementingkan keuntungan.

Sama ada pelajar IPT atau pelajar sekolah, kaedah-kaedah yang berbentuk hands-on seperti penglibatan pelajar dengan kegiatan pengurusan koperasi, aktiviti keusahawanan serta kempen-kempen berkaitan, mampu membentuk generasi yang mahir mengurus kewangan. Kita sangat memerlukan satu mekanisme yang berkesan untuk membentuk generasi masa depan yang cekap mengurus hutang dan perbelanjaan.

Usaha-usaha sebegini perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas. Individu yang mempunyai kesedaran dan pengetahuan untuk mengurus kewangan peribadi dengan berkesan akan membantu melahirkan masyarakat pekerja yang lebih berdisiplin. Perkara itu dapat dilihat daripada segi perbelanjaan dan membantu negara untuk menggunakan sumber kewangan secara berkesan. Secara tidak langsung ia akan turut menyumbang kepada keharmonian hidup berkeluarga dan bermasyarakat serta mengurangkan gejala sosial yang berpunca dari wang. Berdasarkan kepada beberapa teori gelagat, manusia akan cenderung untuk bertingkah laku berdasarkan kepada sikap yang telah terbentuk.

Jika kita mampu membentuk sikap yang betul dalam soal pengurusan kewangan seperti berhutang, menabung, perbelanjaan berhemat dan sebagainya, nescaya kita akan mampu memastikan remaja pada hari ini akan menjadi generasi pekerja yang bebas dari masalah hutang yang tidak sepatutnya.

10

Page 165: Pengguna Bijak_2

PENULIS ialah Pensyarah kanan

di Fakulti Pengurusan Perniagaan

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis

ARKIB : 22/09/2009

Pakej rangsangan ekonomi berkesan

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Dua pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini berada pada landasan yang betul dan mula memberi kesan positif terhadap pemulihan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pakej rangsangan tersebut berjumlah RM67 bilion itu telah menjana peluang pekerjaan dan pendapatan kepada kontraktor kecil termasuk mereka di kawasan pedalaman," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi pertama berjumlah RM6.07 bilion pada November tahun lalu manakala pakej kedua bernilai RM60.93 bilion pada Mac tahun ini.

Sektor pembinaan menyaksikan pertumbuhan 2.8 peratus pada suku akhir kedua berbanding 1.1 peratus yang dicatatkan pada suku akhir pertama tahun ini, kata Najib semasa menghuraikan perkembangan terbaru hasil pakej rangsangan itu.

Najib juga mengarahkan semua kementerian dan agensi kerajaan supaya melaksanakan dan menyiapkan semua projek yang dikenalpasti di bawah pakej pertama tahun ini.

"Setakat ini, sejumlah 83,939 telah ditawarkan di mana 53,076 projek bernilai RM6.07 bilion di bawah pakej pertama dan bakinya di bawah pakej kedua yang dirangka meliputi tempoh masa dua tahun," katanya.

"Ini bermakna dalam masa 10 bulan selepas pengumuman pakej pertama, 90 peratus projek yang dikenalpasti telah ditawarkan dan sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan," katanya.

Sektor pembinaan adalah antara penerima faedah terbesar di kalangan beberapa sektor yang diberi suntikan dana kerana sektor itu membawa kesan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Najib berkata, sejumlah RM7.92 bilion telah dibayar kepada kontraktor bagi penyiapan 41,176 projek di bawah pakej pertama dan kedua rangsangan ekonomi yang dilancarkan bagi menangani kelembapan ekonomi global ekoran krisis kewangan antarabangsa yang menjejaskan teruk pasaran eksport.

11

Page 166: Pengguna Bijak_2

Projek yang disiapkan termasuk pembinaan rumah kos rendah, infrastruktur, sekolah, balai polis dan kuarters pelbagai kelas untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Najib berkata selaras dengan strategi kerajaan "rakyat didahulukan", sejumlah 1,126 projek perumahan dibina untuk 5,630 keluarga di seluruh negara.

Perdana Menteri itu secara peribadi memantau secara dekat pelaksanaan semua aspek pakej secara mingguan.

"Pendekatan secara dekat itu bagi memastikan sasaran yang ditetapkan di bawah dua pakej itu dapat dicapai," katanya.

Kerajaan juga memperuntukan RM1 bilion bagi pembangunan modal insan bagi mengekalkan kompetitif negara serta meningkatkan kecekapan pasaran tenaga kerja," jelasnya.

Pelaksanaan pakej rangsangan itu dikawal selia oleh beberapa agensi dengan dipimpin oleh Ketua Pegawai Operasi Unit Pengurusan Projek (PMU), Datuk Mohamad Othman Zainal Azim yang melaporkan secara terus kepada Perdana Menteri.

Sebuah jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan juga melaporkan segala kemajuan pakej itu kepada jawatankuasa pemandu yang dipengerusikan oleh Najib.

Prosedur juga diseragamkan bagi memastikan pelaksanaan semua projek dilakukan secara pantas.

Orang awam boleh mendapatkan butiran dan maklumat terbaru serta pertanyaan mengenai kemajuan pakej rangsangan dengan melayari laman web di www.rangsangekonomi.treasury.gov.my. - BERNAMA

ARKIB : 30/01/2010

Swasta tingkat pendapatan

Oleh Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob

MEMANG kita tidak boleh menafikan bahawa kekayaan negara sangat bergantung kepada sumbangan sektor swasta dan pengurusannya.

Peranannya jelas dalam tiga bidang utama, iaitu dalam meningkatkan jumlah nilai tambah (value added), dalam meningkatkan pendapatan eksport, serta dalam menyediakan peluang pekerjaan.

Di Malaysia, didapati satu pekerjaan daripada setiap sebelas pekerjaan (atau 9 peratus) ialah dalam sektor swasta. Justeru, segala usaha untuk meningkatkan pendapatan atau kekayaan negara perlu

12

Page 167: Pengguna Bijak_2

melibatkan sektor swasta yang meliputi sektor korporat, bukan korporat seperti kegiatan informal (sektor industri dan perniagaan kecilan) dan sektor tradisional seperti pertanian pekebun kecil dan sebagainya.

Adalah tidak hairan setiap negara giat memupuk perkembangan sektor swasta dengan memberi galakan (incentives), membina infrastruktur, dan menyediakan tenaga kerja terlatih di samping mewujudkan kerangka undang-undang (regulatory framework) perniagaaan dan perdagangan yang mantap.

Dalam konteks ini, Kerajaan Malaysia mempunyai sistem galakan dan sokongan termasuk bantuan kewangan, yang komprehensif untuk mendorong kegiatan sektor swasta dalam setiap bidang perusahaan.

Peranan seterusnya terletak di atas bahu pihak pengusaha dan pengurusan bagi melibatkan diri dalam kegiatan yang menguntungkan negara serta menjalankan perusahaan (enterprise) dengan cekap dan strategik supaya sejumlah besar faedah kegiatannya memanfaatkan negara kita.

Di sini letaknya cabaran kepada pihak pengusaha dan pengurus agar mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan faedah daripada kegiatan mereka memanfaatkan negara khususnya kalau mereka menggunakan bantuan dan galakan yang disediakan oleh kerajaan.

Setiap perusahaan dan pihak pengurusan ketika ini berhadapan dengan cabaran -- bagaimana mereka harus menangani arus globalisasi dan liberalisasi dalam bidang pasaran dan aliran sumber kewangan dan pekerja.

Pemahaman selok-belok pasaran dan sistem maklumat yang lengkap tentang peluang pasaran dan cabaran persaingan, boleh membantu perusahaan dan pengurusan untuk mengurangkan risiko pasaran, khususnya bagi mereka yang mencari untung daripada perniagaan antarabangsa. Sebagai contohnya, kerangka Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan AFAS (ASEAN Framework on Services) menentukan peluang dan cabaran bagi mereka yang ingin beraktif dalam pasaran ASEAN.

Begitu juga dengan terma-terma Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang telah dirundingkan dalam rundingan perdagangan pelbagai hala (Uruguay Round) tahun-tahun 1987-1994 yang menetapkan kaedah dan syarat perdagangan antarabangsa serta pasaran-pasaran yang dibuka (market access) untuk penyertaan negara-negara yang menjadi ahli WTO.

Pengusaha dan ketua eksekutif syarikat perlu memahami tentang ekosistem ini bagi mencari peluang berniaga khusus (niche areas) dan melabur di peringkat global. Terma-terma ini berserta komitmen setiap negara perlu diketahui dan difahami sebelum sesebuah perbadanan dan syarikat, berhasrat menyertai perdagangan global dan serantau.

13

Page 168: Pengguna Bijak_2

Berbalik kepada dimensi dalam negeri, perusahaan dan ketua eksekutifnya, perlu memaksimumkan prosesan setiap produk di negara ini selagi faedahnya mengatasi kos relatif dan kos sebenar.

Ini bertujuan supaya nilai tambah yang dijana di negara ini dimaksimumkan dan dengan demikian mengayakan negara. Bagi perusahaan yang beroperasi di luar negara akibat faedah berbanding yang lebih baik, mereka harus membawa pulang keuntungannya dengan segera agar aliran masuk pendapatan negara dapat dimantapkan dan jika ada defisit semasa, diatasi.

Keperluan ini jelas penting bagi syarikat yang melabur di luar tetapi mendapat faedah dari negara kita dalam beberapa operasinya di negara ini, seperti mendapat faedah daripada bantuan R&D, latihan kemahiran, serta galakan fiskal yang lain.

Ketua eksekutif yang terlibat dalam pengeluaran dan prosesan produk sumber asli seperti minyak, gas, bijih, dan hasil hutan, bukan sahaja perlu meningkatkan prosesan yang sedia ada di negeri ini, bahkan yang lebih penting berusaha meningkatkan kegiatan hiliran (downstream) supaya jumlah value added yang dijana dalam negara ini terus bertambah dari segi jumlah (volume) dan juga lebih berbagai jenis (diversified). Tambahan pula jika proses dan produk baru itu mempunyai kegunaan yang baru dan bernilai tinggi pula.

Kelemahan kita dalam bidang ini masih wujud. Misalannya, walaupun kita menguasai tanaman dan pengeluaran minyak sawit dan getah, banyak produk hiliran berasaskan bahan-bahan ini khususnya yang mempunyai ‘brand’ yang berjenama telah dijana di luar negara dan sebaliknya kita jadi pengimport.

Ketua eksekutif harus peka kepada isu ini dan menonjolkan aspek ini dalam merancang kegiatan perbadanan dan syarikat. Satu agenda economic nationalism mesti wujud dalam setiap pengusaha dan ketua eksekutif syarikat kepunyaan negara kita, khususnya yang mengendalikan syarikat berkaitan kerajaan.

Ini membawa kita kepada isu betapa mustahaknya kegiatan penyelidikan atau R&D dan pengwujudan harta intelek seperti patent and industrial design’ yang jika dimajukan untuk menjadi stok ‘asset intelek negara’ akan memberi kepastian nilai-tambah dan pendapatan yang tinggi.

Begitulah pembangunan kawasan Silicon Valley yang berteraskan kegiatan R&D serta berpaksikan Universiti Stanford, berbanding dengan pembangunan Route 128 (berpaksikan Harvard dan MIT), adalah disebabkan oleh adunan antara kegiatan universiti, keusahawanan, dan peranan modal teroka (venture capital).

Dari itu, ketua eksekutif mesti bersedia untuk menyediakan peruntukan yang cukup bagi menggalakkan kegiatan R&D walaupun kadang kala pulangan R&D lambat dan kurang dihargai oleh sesetengah pihak yang kurang faham apa erti penyelidikan.

14

Page 169: Pengguna Bijak_2

Namun demikian isu tenaga mahir dan kepakaran sentiasa menghantui pihak pengurusan tertinggi sektor korporat negara ini. Negara mudah kehilangan jurutera minyak dan gas, juruterbang, doktor perubatan, akauntan, dan juga jururawat. Kecekapan pekerja Malaysia bertutur dalam bahasa Inggeris di samping mempunyai kemahiran iktisas, menjadikan mereka mudah dilamar oleh pengusaha asing, khasnya dari Singapura dan dari negara-negara dari Timur Tengah.

Hakikat ini meletakkan ketua eksekutif untuk terus memberi perhatian serius kepada latihan kemahiran tenaga kerja dan mewujudkan dasar upah dan terma pekerjaan yang terus menarik minat pekerja untuk kekal bertugas. Walaupun demikian, persaingan mendapatkan pekerja mahir di peringkat tinggi sangat ketara.

Aspek dan kepentingan keluarga seperti kemudahan pendidikan anak-anak dan keselamatan peribadi kini menjadi penting kepada perkiraan ketua eksekutif untuk berhijrah dari satu tempat ke suatu tempat lain atau dari satu jawatan ke jawatan yang lain.

Di samping aspek-aspek di atas, kehendak masyarakat supaya aspek urus tadbir korporat (corporate governance) serta aspek akauntabiliti yang mantap untuk mengelak budaya negatif (rasuah dan sebagainya), semakin menjadi penting setiap hari selepas peristiwa Enron dan kerosakan sistem kewangan di Amerika Syarikat (AS) dan banyak negara Barat. Ia memanggil semua pengusaha dan ketua eksekutif agar memperbaiki sistem pengurusan dan membuat keputusan supaya percanggahan kepentingan (conflict of interest) dapat dikawal dan dibendung sebelum menjadi kanser dalam sesebuah organisasi.

Sesungguhnya kerosakan sektor swasta di negara Barat adalah disebabkan berkuranganya aspek prudence atau budaya berhemah, dan lemahnya sistem urus tadbir.

Pengalaman pahit kita dalam krisis kewangan Asia Timur 1997/1998 menunjukkan bahawa aspek ini perlu terus diutamakan setiap masa. Pengalaman ini telah menyebabkan Bank Negara untuk menitik beratkan dasar penggabungan institusi kewangan di negara ini di samping pengurusan risiko yang mantap dalam sistem bank kita.

Hasilnya jumlah non-performing loan (NPL), yang rendah semasa itu menunjukkan kekuatan sistem kewangan negara tatkala sistem di negara-negara Barat tergugat.

Sebagai penutupnya, cabaran kepada pengusaha dan ketua eksekutif syarikat memang banyak dan mereka terduga untuk membantu meningkatkan kekayaan atau kemewahan negara.

Dari itu gabungan dasar dan undang-undang serta amalan yang sihat di kalangan pihak kawal selia (regulatory bodies), pemegang saham, lembaga pengarah dan ketua eksekutif yang sentiasa mengutamakan akauntabiliti, akan membantu negara meningkatkan prestasi sektor swasta dan membantu proses menjana kekayaan negara serta kemampanannya.

15

Page 170: Pengguna Bijak_2

Dalam hal ini, peranan masyarakat tidak kurang penting juga. Kita semua, juga terpanggil untuk memastikan adunan peranan-peranan ini berkesan dan dijadikan budaya korporat setiap hari di negara ini.

TAN SRI DR. SULAIMAN MAHBOB

ialah Pengerusi Lembaga Kemajuan

Perindustrian Malaysia (MIDA).

Beliau juga mantan Ketua Pengarah Unit

Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

ARKIB : 05/01/2010

Belanja apa yang perlu

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

SOAL kewangan memang menjadi topik hangat setiap kali menjelang tahun baru. Boleh dikatakan setiap individu yang bekerja mempunyai azam baru dan semangat untuk memastikan perjalanan kewangan mereka berjalan dengan lancar sepanjang tahun itu.

Tiada istilah terlambat bagi setiap individu untuk memulakan sesuatu perancangan kewangan yang baik.

Pengerusi Eksekutif dan juga Ketua Perunding Kewangan Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd., Rohani Datuk Mohd. Shahir mempunyai panduan untuk resolusi kewangan 2010.

Sistem sampul surat sesuai bagi mengenal pasti ke mana wang anda pergi setiap bulan.

Menurut Rohani, sebelum memulakan resolusi setiap individu perlu terlebih dahulu mengetahui kedudukan kewangan sekarang.

Caranya ialah dengan menyenaraikan semua hutang dan harta serta kemaskini semua perbelanjaan bulanan.

16

Page 171: Pengguna Bijak_2

"Untuk berjimat apa yang penting kita perlu simpan wang sebelum dibelanja. Pastikan tabungan sekitar enam hingga lapan bulan kos saraan hidup.

"Prinsip asasnya ialah belanja apa yang perlu bukan apa yang kita mahu. Selain itu kita perlu tetapkan matlamat untuk kurangkan hutang dan jangan tambah hutang baru pada tahun 2010 ini," ujar Rohani yang mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan kewangan.

Rohani tidak menafikan ramai antara rakyat Malaysia yang terikat dengan komitmen pembiayaan bulanan, hutang peribadi, kad kredit dan sebagainya.

Antara persoalan yang harus ditanya pada diri si penghutang ialah adakah mereka mempunyai tabung kecemasan dan adakah pekerjaan mereka kukuh? Dan jika jawapannya 'ya' maka perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menjelaskan hutang-hutan peribadi terutama kad kredit.

"Caranya ialah dengan menyenaraikan baki yang paling rendah hingga yang tinggi, cuba bayar lebih setiap bulan bagi melangsaikan hutan yang baki terendah secepat mungkin baki terendah dan ulang tindakan ini kepada hutang kad kredit seterusnya dengan efek snow ball.

"Kemudian boleh mulakan pelan perbelanjaan dengan cara menyediakan bajet perbelanjaan. Pastikan sentiasa fokus terhadap apa yang 'diperlukan' dan bukan apa yang 'dimahukan'.

"Mulakan pelan tabungan dan sasarkan untuk capai cukup untuk lapan bulan kos saraan hidup (perbelanjaan bulanan). Periksa berapa yang mampu disimpan dan tambah 20 peratus daripada jumlah simpanan tersebut," jelas beliau.

Rohani juga berpesan, untuk mengelakkan perbelanjaan di luar dugaan seperti perubatan dan sebagainya, sebaiknya individu mempunyai pelan perlindungan, bukan sahaja untuk diri sendiri malah ahli keluarga juga.

"Ini penting dan jika memilih polisi pastikan anda ambil polisi hospital dan pembedahan untuk menampung kos hospital supaya tidak timbul masalah kewangan kelak," tambahnya.

17

Page 172: Pengguna Bijak_2

Penuhi kehendak

Kereta dan rumah memang merupakan impian bagi semua yang bekerja.

"Ansuran kereta dan rumah merupakan 50-60 peratus daripada gaji individu, jadi seeloknya jangan membuat hutang atau membeli kereta yang mana ansurannya melebihi 30 peratus daripada gaji anda.

" Sebaiknya, letakkan deposit di antara 10-20 peratus dan berhutang jangan melebihi lima tahun. Jangan terpedaya dengan skim bayaran pendahuluan '0' dan berhutang sehingga sembilan tahun.

"Beli kereta atas dasar keperluan bukan kerana ingin bergaya, jika perlu kereta sedan jangan pula pilih kenderaan pelbagai guna (MPV)," kata Rohani lagi.

Lazimnya keperluan untuk menyediakan tabung kecemasan adalah antara tiga hingga enam perbelanjaan bulanan. Jadi jika terjadi perbelanjaan di luar jangkaan, ini boleh digunakan dan sediakan ini dulu sebelum melabur.

"Sistem sampul surat sesuai bagi mengenal pasti ke mana wang pergi setiap bulan. Amalkan ini supaya perbelanjaan terkawal walaupun mempunyai anak ramai kerana ia sudah terbukti berkesan.

"Ada pasangan suami isteri yang mengamalkan sistem ini selama 20 tahun dan mereka telah berjaya mengumpul tabungan mencecah RM400,000.

"Bayar untuk perbelanjaan diri dulu. Kemudian asingkan wang pada awal bulan mungkin dalam lingkungan 10 hingga 20 peratus daripada gaji dan letakkan dalam akaun yang tidak ada kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

" Bila mencukupi mulalah melabur dan teruskan setiap bulan. Jika disimpan RM100 sebulan dengan pulangan 10 peratus setahun dalam tempoh 30 tahun akan menghasilkan RM226,048 pada akhir tempoh," ujarnya.

Jangan Terpedaya

Rohani turut berpesan agar berhati-hati dengan sebarang bentuk pelaburan yang menjanjikan pulangan segera.

Jika seseorang itu dijanjikan pulangan setiap bulan dengan kadar yang tidak munasabah, sebagai contoh melebihi dua peratus sebulan, dikatakan tiada risiko, tiada barangan dan hanya perlu 'cari orang', besar kemungkinan ia skim cepat kaya.

18

Page 173: Pengguna Bijak_2

Jika berlaku keadaan itu langkah paling bijak ialah buat semakan di Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti (SC) tentang kesahihan skim tersebut kerana setiap syarikat penerima wang mestilah berlesen dari dua agensi tersebut.

Bagi individu yang memasang niat untuk membuat pinjaman peribadi, janganlah ambil hanya kerana ia mudah nak dapat. Pastikan anda benar-benar perlu baru ambil. Sebagai contoh untuk perubatan, tetapi sebaiknya sediakan polisi perubatan untuk ini.

"Jangan juga melabur dengan menggunakan pinjaman peribadi sebab anda kena tolak kos pinjaman sebelum mendapat keuntungan bersih di atas pelaburan," pesan Rohani.

ARKIB : 14/08/2009

Kemahiran urus kewangan penting

Oleh SITI FATIMAH ABDUL RAHMAN

MEDIA baru-baru ini melaporkan, ramai penjawat awam berhutang untuk membeli rumah dan kenderaan. Bagaimanapun penulis pasti ia bukan masalah penjawat awam sahaja.

Berhutang untuk membeli rumah dan kenderaan adalah perkara lazim kerana harga kedua-duanya tinggi dan tidak termampu untuk dibeli secara tunai. Berhutang untuk memiliki rumah dan kenderaan dianggap wajar kerana ia merupakan keperluan hidup.

Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW diriwayatkan bersabda: Di antara kebahagiaan hidup seseorang itu ialah mempunyai isteri yang baik serta kediaman dan kenderaan yang baik.

Selain hutang rumah dan kenderaan, ramai yang turut menanggung hutang peribadi daripada koperasi atau bank-bank perdagangan.

Sesetengah mereka pula menanggung hutang tidak formal apabila meminjam daripada ahli keluarga mahupun rakan karib. Itu belum dikira hutang membeli kain sutera yang bukan sahaja mahal, tetapi memerlukan kos penjagaan yang tinggi.

Ada juga yang berhutang untuk membeli pinggan-mangkuk berjenama yang hanya dipakai dua kali setahun ketika hari raya.

Sememangnya ramai yang suka berhutang sedangkan Uqbah bin Amir meriwayatkan Nabi Muhammad bersabda: Janganlah engkau takut-takuti jiwa setelah ia tenteram." Sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah itu? Baginda menjawab: "Hutang".

19

Page 174: Pengguna Bijak_2

Hadis ini menjelaskan, berhutang itu tidak digalakkan oleh Islam. Bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang dilarang. Sebaliknya dibenarkan dalam keadaan tertentu.

Jika tidak, tidak mungkin diturunkan wahyu mengenai perkara-perkara yang mesti dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam sesuatu urusan hutang seperti yang dijelaskan dengan panjang lebar dalam Surah al-Baqarah, ayat 282-283.

Secara ringkas dalam kedua-dua ayat ini, Allah memerintahkan agar mereka yang terlibat dalam hutang: (a) menulis butiran hutang seperti jumlah, tempoh bayaran, tarikh pinjaman, tarikh pinjaman akan dilangsaikan dan seumpamanya; dan, (b) mewujudkan saksi bagi mengesahkan urusan hutang ini dijalankan dengan perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Perincian yang diberikan oleh kedua-dua ayat ini juga menunjukkan bahawa mereka yang berhutang, wajib membayar hutang tersebut. Malah, jika orang yang berhutang meninggal dunia sebelum melangsaikan hutang, harta peninggalannya hendaklah digunakan untuk melunaskan hutang itu sebelum diagihkan kepada waris-warisnya.

Kewajipan membayar hutang ditegaskan oleh hadis: Diampunkan semua dosa bagi orang yang mati syahid kecuali hutangnya kepada manusia. (Hadis riwayat Muslim).

Islam memberikan panduan lengkap berkenaan hutang. Namun, berapa ramaikah umat Islam yang mengambil berat tentang hal ini? Berapa ramaikah yang tahu Islam tidak menggalakkan kita berhutang?

Berapa ramai pula yang tahu bahawa butiran hutang perlu dicatatkan dan perlunya saksi dalam setiap urusan hutang, bukan hanya ketika berhutang dengan bank, tetapi juga dengan saudara-mara dan kawan-kawan? Berapa ramai pula yang berhutang sesuka hati tanpa memikirkan apakah tujuan ia berhutang itu dibenarkan oleh Islam? Berapa ramai pula yang tahu bahawa membayar hutang itu wajib?

Dalam tinjauan penulis mengenai tingkah laku berhutang masyarakat Islam di kalangan 130 responden, didapati majoriti responden berpendapat pinjaman peribadi patut digalakkan walaupun Islam tidak menggalakkan hutang.

Selain itu, walaupun terdapat perintah agar butiran hutang dicatatkan, majoriti responden tidak berbuat demikian apabila melibatkan saudara mara dan rakan handai.

Majoriti responden membuat pinjaman peribadi untuk membuat bayaran pendahuluan membeli kereta, membayar hutang-hutang lain, membiayai pendidikan dan membuat pelaburan.

Jelas bahawa masyarakat kita ada masalah dalam perkara hutang. Sebagai umat yang sikap serta tingkah lakunya dipandu oleh syariat, pendirian Islam tentang hutang perlu disebarluaskan.

20

Page 175: Pengguna Bijak_2

Umat Islam perlu tahu tentang pendirian Islam terhadap hutang, keadaan-keadaan yang dibenarkan berhutang, perkara-perkara yang perlu dilakukan dalam urusan hutang dan kewajipan membayar hutang.

Ahli masyarakat juga perlu dididik dengan kemahiran menguruskan wang agar ia digunakan secara berhemah. Menyeru mereka untuk berbelanja secara berhemah berulangkali adalah tidak memadai seandainya mereka tidak diperkasakan dengan kemahiran yang diperlukan untuk melakukannya.

Bagi majikan yang serius mahu mengelakkan pekerjanya daripada terlibat dengan hutang yang mampu mengganggu tumpuan kerja, dua langkah berikut boleh diambil.

Pertama, bagi pekerja muda yang baru melapor diri, majikan boleh menyediakan kursus kemahiran pengurusan kewangan agar mereka mendapat panduan mengenai hal ini. Kedua, untuk pekerja lain, majikan boleh memantau tabiat berhutang mereka melalui slip gaji yang diedarkan pada setiap bulan.

Bahagian kewangan boleh diarahkan untuk mengenal pasti para pekerja yang sebahagian besar gajinya dipotong untuk membayar hutang. Pekerja-pekerja ini perlu diberi kaunseling kewangan bagi mengelakkan mereka daripada terus terperangkap dengan hutang.

Pastinya, peratusan tertentu daripada gaji yang digunakan untuk membayar hutang perlu dikenal pasti lebih awal agar tindakan intervensi ini tidak terlalu lewat diberikan.

PENULIS ialah Felo Kanan, Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

ARKIB : 10/07/2009

Gaji adalah hak individu

Soalan: ADAKAH gaji isteri adalah hak mutlak suami, bermakna setiap perbelanjaan isteri terhadap gajinya sendiri perlu meminta izin suami terlebih dahulu dan isteri tidak boleh berbelanja tanpa pengetahuan suami?

Jawapan:

Gaji isteri bukan hak mutlak suami, begitu juga gaji suami bukan hak mutlak isteri. Gaji yang diperoleh oleh setiap individu melalui pekerjaan yang dilakukan adalah hak individu.

Ini adalah kerana gaji adalah hasil titik peluh masing-masing dan tidak boleh dianggap gaji isteri sebagai gaji suami dan gaji suami sebagai gaji isteri.

21

Page 176: Pengguna Bijak_2

Dalam urusan rumah tangga maka suamilah yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyedia makan minum, tempat tinggal dan keperluan-keperluan asas bagi sebuah keluarga.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.(al-Nisa':34)

Namun hari ini, kita lihat kebanyakan suami isteri berkerja. Adakalanya selepas perkahwinan suami meminta isteri berhenti kerja supaya dapat memberi tumpuan kepada urusan rumah, lebih-lebih lagi sekiranya sudah mempunyai zuriat.

Ada pula suami yang meminta isterinya kerja supaya dapat meringankan tanggungannya memandangkan pendapatannya yang sangat terhad.

Biarpun kaum lelaki sepatutnya bertanggungjawab dalam semua hal urusan rumah tangga lebih-lebih lagi dalam urusan mencari rezeki, namun tidak salah kalau dibantu oleh isteri bagi meringankan bebanan suami.

Kadang-kadang lahir pandangan bahawa duit gaji masing-masing punya, gaji suami untuk keperluan suami manakala gaji isteri bagi keperluan isteri, maksudnya suami jangan campur pendapatan isteri dan isteri tidak akan mencampuri pendapatan suami.

Sebenarnya pandangan sebegini boleh merosakkan keharmonian rumah tangga, ini kerana suami isteri mula hidup berkiblatkan material dan hidup untuk kepentingan peribadi.

Dari awal lagi, sebagai seorang suami kena faham bahawa isteri berkerja untuk meringankan suami bukan untuk melepaskan tanggungjawab suami. Adalah salah sekiranya suami menggangap bahawa gaji isteri adalah hak mutlaknya.

Antara yang perlu difahami ialah suami berpendapatan tinggi dan isterinya juga berkerja tidak melepaskan si suami daripada menanggung keperluan isteri, anak-anak dan rumah.

22

Page 177: Pengguna Bijak_2

Soalan 2:

Sekiranya gaji isteri adalah hak mutlak suami, bolehkah disamakan gaji isteri sebagai nafkah? Bermaksud sudah memadai sekiranya isteri menggunakan gaji sendiri untuk keperluan diri dan anak-anak, maka suami tidak perlu lagi memberi nafkah?

Jawapan:

Pendapatan isteri tidak boleh dianggap sebagai hak mutlak suami ini kerana pendapatan itu hak isteri secara mutlak. Hak mentadbir kewangan isteri akan berpindah sekiranya isteri gagal mentadbir kewangan secara betul. Selain dari itu adalah hak isteri mengurus kewangannya.

Pendapatan isteri atau gaji isteri adalah untuk membantu suami dalam meringankan bebanan itupun jika suami tidak mampu menanggung kesemua kos pengurusan keluarga.

Namun, sekiranya ada suami yang beranggapan gaji isteri untuk menanggung segala kos keluarga dan suami lepas tangan adalah tidak betul dan sikap sebegini sikap yang tidak bertanggungjawab.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya. Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.(al-Talaq: 6-7).

Di dalam kedua-dua ayat ini Allah SWT memperincikan tanggungjawab seorang suami ke atas isteri dan keluarganya. Apa yang penting dalam mengemudi bahtera rumah tangga, ialah memahami peranan masing-masing, suami memahami peranannya dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, isteri juga perlu faham dan memahami tanggungjawabnya dalam membantu dan meringankan bebanan suami. Inilah di antara kunci keharmonian rumah tangga.

23

Page 178: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 29/05/2009

Kenapa pihak berkuasa tidak bertindak ke atas ah long?

SUNGGUH kejam dan menyayat hati! Itulah kata-kata yang mampu diucapkan apabila melihat gambar-gambar kekejaman ah long terhadap tiga lelaki peminjam yang diseksa tanpa berperikemanusiaan di Utusan Malaysia, semalam.

Ah long bertindak di luar batasan sifat manusia dengan menjadikan sebuah bangunan rumah kedai lima tingkat di Taman Perindustrian Bukit Serdang, Selangor sebagai lokap buatan sendiri bagi menahan peminjam yang tidak membayar hutang mereka.

Paling mengejutkan 'lokap' tersebut umpama lokap bagi tahanan Teluk Guantanamo, di Cuba. Ketiga-tiga lelaki tersebut dirantai di leher dan kaki umpama anjing yang ditambat. Inilah kekejaman ah long yang semakin berleluasa.

Sebelum ini, kita selalu mendengar ah long menyimbah cat ke rumah peminjam yang tidak membayar hutang dan mengganggu keluarga mereka. Kini dengan terbongkarnya kes 'lokap ah long' terbuktilah bahawa mereka sanggup buat apa sahaja dan berani melanggar undang-undang seolah-olah mereka amat berkuasa.

Tindakan segera perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini supaya ia tidak menjadi barah yang tidak boleh lagi diubati. Maka, satu perancangan teliti dan pelaksanaan yang berhemah secara holistik perlu dirangka dan dilaksanakan. Perkara paling utama yang perlu difokuskan ialah mencari punca permasalahan ini.

Sudah pasti, faktor utamanya ialah permasalahan hutang di kalangan rakyat Malaysia. Permasalahan hutang ini bukannya hanya berlaku di Malaysia, bahkan krisis ekonomi yang melanda kini yang bermula di Amerika Syarikat (AS) juga berpunca daripada permasalahan hutang.

Statistik di Malaysia menunjukkan rakyat Malaysia berhutang terutamanya kad kredit berbilion-bilion ringgit. Bank-bank menawarkan pelbagai kaedah dan insentif untuk memberi pinjaman secara kad kredit sehingga memudahkan sesiapa sahaja memperolehi kad itu.

Lantaran penggunaan berlebihan menyebabkan pengguna kad kredit tersebut mencari alternatif lain bagi memperolehi wang untuk membayar hutang. Cara paling mudah ialah melalui ah long. Mudah dan segera! Tanpa perlu penjamin, bakal peminjam hanya sekadar perlu menyertakan salinan bil telefon, bil air atau bil elektrik dan kad pengenalan bagi tujuan ah long mengetahui alamat sebenar rumah bakal peminjam. Selepas itu wang boleh dikeluarkan dengan kadar tidak sampai beberapa minit.

24

Page 179: Pengguna Bijak_2

Cuba bayangkan seseorang yang meminjam sebanyak RM250 perlu membayar kembali hutang tersebut sebanyak RM1,000 dalam tempoh sebulan! Inilah jenis perniagaan yang cukup menguntungkan sesiapa sahaja.

Penawaran tidak akan sehebat begini, jika tiada permintaan. Maka permintaan terhadap pinjaman ah long perlu ditangani segera.

Apakah yang menyebabkan golongan peminjam sanggup meminjam wang daripada ah long meskipun dikehendaki membayar dengan kadar yang amat tinggi dan risiko keselamatan bakal diterimanya jika tidak membayar hutang tersebut? Apakah tidak ada cara lain untuk memperolehi sumber kewangan? Jika ada, kenapakah perkara ini terjadi?

Begitu juga dengan persoalan bahawa faktor kos sara hidup yang amat tinggi pada masa kini, membelenggu rakyat Malaysia menyebabkan permintaan terhadap pinjaman ah long meningkat?

Bagaimana pula, ah long dengan sewenang-wenangnya mengiklan dan menampal poster di hentian-hentian bas dan tempat-tempat awam tanpa tindakan diambil? Adakah mereka merupakan pemberi pinjaman yang sah? Jika tidak, kenapakah pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap mereka berpandukan dengan nombor-nombor telefon yang tertera di iklan-iklan tersebut.

Adakah ah long begitu licik dan dilindungi sehinggakan tiada tindakan yang berani dan segera dapat diambil terhadap mereka?

Inilah sebahagian daripada persoalan-persoalan asas yang perlu dijawab dan dirungkai agar permasalahan ini dapat diatasi segera.

Namun, walau apa pun persoalannya, perkara pokok yang perlu diambil tindakan segera ialah kesedaran semua pihak berkaitan dengan pengurusan kewangan peribadi secara berhemah.

Jika ini boleh dilakukan maka permintaan terhadap pinjaman ah long akan berkurangan dengan kadar yang banyak.

Sudah sampai masanya setiap rakyat Malaysia memahami dan menerapkan budaya pengurusan kewangan peribadi yang berhemah. Jika ini dapat diamalkan, sudah pasti permintaan terhadap pinjaman ah long dapat dikurangkan dan tidak mustahil satu hari nanti perniagaan ceti haram atau ah long berkubur bersama-sama dengan kekejaman mereka.

25

Page 180: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 26/06/2008

Remaja dan tabiat berbelanja

Oleh NURUL IZZAH SIDEK ([email protected])

SIBUK diperkatakan kini mengenai isu kenaikan harga makanan, harga bahan api petrol dan diesel serta kenaikan harga barang yang lain.

Kenaikan harga asas keperluan ini meresahkan bukan sahaja kepada pihak berkuasa, tetapi juga rakyat sebagai pengguna utama yang menerima kesan langsung daripada kenaikan harga ini. Kerajaan telah menggalakkan rakyat supaya merancang perbelanjaan secara berhemah dan terurus.

Namun begitu, terdapat juga rakyat Malaysia yang tidak terkesan daripada fenomena ini dan masih lagi meneruskan tabiat perbelanjaan yang boros dan tidak berhemah. Sebagai remaja, apakah peranan kita dalam mengawal perbelanjaan seharian? Apakah signifikan remaja dalam mengawal tabiat berbelanja?

Tabiat Berbelanja

Mengikut laporan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada tahun lalu, pendapatan isi rumah purata di kalangan rakyat Malaysia meningkat kepada RM3,686 sebulan pada tahun 2007 berbanding RM3,249 sebulan pada tahun 2004.

Pendapatan isi rumah di kawasan bandar naik kepada RM4,356 sebulan pada tahun 2007 berbanding RM3,956 sebulan pada tahun 2004, manakala pendapatan isi rumah di luar bandar bertambah kepada RM2,283 sebulan berbanding RM1,875 sebulan. (Utusan Malaysia, 6 Mac 2008)

Sungguhpun demikian, dengan kenaikan harga kos bahan api, harga barang serta harga makanan, pengguna perlu lebih berhati-hati dengan perbelanjaan agar urusan lain seperti pembayaran kereta, rumah, bil-bil elektrik, air dan telefon serta lain-lain dapat diuruskan dengan baik.

Perangkaan yang dikeluarkan oleh JPM menyatakan kebanyakan kes bankrap pada tahun 2006 adalah disebabkan pinjaman peribadi termasuk pembelian secara kredit dan sewa beli. Bagi hutang kad kredit, ia menyumbang sebanyak 2.10 peratus daripada 13,590 kes yang dicatatkan 2006.

Kerajaan mengadakan pelbagai kempen dan dasar untuk menggalakkan pengguna supaya lebih berhemah dalam perbelanjaan seharian. Malah pelbagai agensi diwujudkan untuk membantu pengguna dalam perancangan perbelanjaan mereka. Antaranya, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu kaunseling kewangan dan pengurusan hutang kepada individu dan juga pembiayaan pendidikan untuk mengawal situasi kewangan daripada penggunaan kredit.

26

Page 181: Pengguna Bijak_2

Bagaimanapun, dasar kewangan dan belanjawan belum memadai jika rakyat tidak memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan dalam menjayakan dasar yang diperkenalkan. Kejayaan setiap dasar yang diperkenalkan itu banyak bergantung kepada sikap dan budaya rakyat berbelanja.

Sekiranya rakyat mengamalkan membeli barangan atau perkhidmatan mengikut selera dan tanpa perancangan, maka sudah tentu pihak yang menawarkan barangan atau perkhidmatan akan mengambil kesempatan daripada keghairahan pengguna berbelanja dengan menaikkan harga. Fenomena ini tentunya tidak akan berupaya mengekang kesan lain seperti inflasi.

Remaja juga tidak terkecuali daripada menerima impak ini. Kini timbul kecenderungan di kalangan remaja untuk membeli telefon bimbit, mengubah suai kenderaan, beli pakaian, permainan video yang bersifat sampingan atau hiburan.

Sayang sekali terdapat juga remaja yang membelanjakan wang sama ada daripada wang saku yang diberikan ibu bapa, pinjaman atau biasiswa daripada organisasi tertentu mahupun hasil duit poket daripada kerja sambilan mereka dengan membeli rokok, barang-barang terlarang, berbelanja di tempat-tempat hiburan dan sebagainya.

Perubahan gaya hidup yang cenderung untuk berhibur dan bersuka-suka telah mengubah pola perbelanjaan remaja dengan menghabiskan kepada perkara-perkara yang sia-sia. Apatah lagi dengan tabiat remaja yang suka mengikut trend terkini, pengeluar produk berlumba-lumba untuk menghasilkan barangan untuk menarik golongan muda ini untuk membeli.

Dengan kos hidup yang semakin meningkat, remaja perlu memahami beban yang ditanggung oleh ibu bapa dan perancangan kewangan yang lebih teliti perlu dilakukan supaya perbelanjaan terancang dapat dijalankan serta mengikut kemampuan yang ada.

Ubah Tabiat Berbelanja

Sama ada negara dilanda krisis ekonomi atau tidak, Islam sememangnya menganjurkan supaya umatnya mengamalkan amalan berjimat-cermat dan perbelanjaan berhemah. Ajaran Islam juga pada dasarnya amat melarang perbuatan yang membazir dan sia-sia.

Allah berfirman:…Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (al-Israk: 26-27).

Oleh itu, remaja juga hendaklah mengambil peranan dalam merancang perbelanjaan secara berhemah. Ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Perkara pokoknya adalah bagaimana menguruskan sumber wang yang diperolehi dengan baik.

27

Page 182: Pengguna Bijak_2

Pakar kewangan ada mencadangkan perkara asas yang mudah iaitu senarai barang perbelanjaan ditulis dan dicatatkan supaya aliran keluar masuk wang dapat diperiksa selalu. Keperluan utama perlu didahulukan seperti membeli buku, peralatan sekolah dan sebagainya. Keperluan hendaklah diasingkan antara keperluan yang mendesak ataupun keperluan pada masa jangka panjang. Dalam hal ini, kekuatan dalaman adalah sangat mustahak kerana tanpanya, senarai yang disediakan pun tidak akan berguna.

Selain itu, remaja juga amat digalakkan menabung untuk simpanan hari depan. Dalam keadaan masa kini, pembiayaan kos pendidikan dan taraf hidup yang makin meningkat memungkinkan bahawa semakin susah untuk mendapat pembiayaan perbelanjaan pendidikan atau sara diri.

Maka, dengan amalan menabung seawal umur remaja lagi, wang tersebut dapat digunakan untuk keperluan yang mendesak nanti.

Remaja juga boleh mengambil langkah untuk mengurangkan perbelanjaan kepada perkara-perkara yang mereka sering belanjakan. Contohnya, perbelanjaan membeli kredit panggilan telefon, pakaian dan makanan. Tidak dapat dinafikan barang-barang tersebut menjadi keperluan pada zaman ini.

Namun begitu, pengurangan penggunaan kredit telefon misalnya, dapat menjimatkan banyak wang yang boleh seterusnya dijadikan tabungan. Pembelian pakaian baru dapat dihadkan, pembelian makanan yang tidak berkhasiat juga dapat dielakkan sebagai langkah berjimat-cermat.

Dalam pada itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Mereka perlu menerangkan tentang kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan harga barang baru-baru ini kepada remaja agar remaja memahami situasi sebenar. Ibu bapa juga boleh melibatkan remaja dalam perancangan perbelanjaan harian supaya mereka memahami akan perbelanjaan rumah yang perlu untuk keperluan mereka seisi keluarga.

Selain itu, ibu bapa perlu memberi contoh yang baik kepada remaja dalam aspek perbelanjaan supaya anak-anak mereka dapat meneladaninya. Mereka perlu mengawal diri daripada terpengaruh dengan jualan-jualan murah dan menggalakkan anak-anak berberjimat-cermat dengan memberikan wang saku yang secukupnya mengikut keperluan dan tempat.

Di peringkat sekolah, subjek ekonomi dan perancangan ekonomi boleh menjadi subjek teras kerana ia relevan kepada kehidupan sekarang, sama seperti pentingnya subjek sejarah dalam silibus pelajaran. Ini kerana kerajaan turut dapat manfaat kerana dapat menjelaskan suatu keputusan berkaitan isu ekonomi contohnya kenaikan minyak baru-baru ini. Dengan ilmu ekonomi juga, kesedaran pelajar mengenai perancangan kewangan dan ekonomi mereka dalam mendepani cabaran pada masa akan datang akan meningkat.

28

Page 183: Pengguna Bijak_2

Kesimpulan

Remaja perlu mengamalkan tabiat berbelanja berhemah dan berdisiplin dalam membantu keluarga dan diri sendiri pada masa akan datang. Amalan berjimat-cermat yang amat dituntut dalam Islam ini seharusnya menjadi panduan supaya suatu hari nanti, remaja serta keluarga tidak merasa tertekan dan bersedia dengan kemungkinan akibat daripada krisis ekonomi atau kenaikan harga barang dan kos sara hidup, bak kata pepatah Melayu, sediakan payung sebelum hujan.

Ukurlah baju di badan sendiri setiap kali berbelanja atau membeli belah, jangan sampai besar pasak dari tiang.

ARKIB : 24/05/2008

Hutang kad kredit tidak serius

Oleh ANI AWANG

IPOH 23 Mei - Sebanyak 10.1 juta pemegang kad kredit di negara ini belum menjelaskan hutang berjumlah RM570 juta sehingga Mac lalu bagaimanapun ia tidak membimbangkan berbanding jumlah hutang keseluruhan sebanyak RM22.4 bilion.

Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Mohd. Razif Abdul Kadir berkata, nilai hutang kad kredit juga tidak membimbangkan jika dibandingkan dengan nilai hutang isi rumah di negara ini iaitu RM364.8 bilion dengan nisbah Hutang Tidak Berbayar (NPL) kira-kira 4.9 peratus atau RM19.1 bilion sehingga Mac lalu.

''Statistik juga menunjukkan sebanyak 60 peratus daripada jumlah transaksi kad kredit telah dibayar balik sepenuhnya oleh pengguna dalam tempoh tiga tahun manakala baki 40 peratus tidak membayar dalam tempoh yang ditetapkan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis Pelancaran Pejabat Cawangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Ipoh di sini hari ini.

Pembukaan pejabat itu merupakan cawangan AKPK yang kesembilan iaitu agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada April 2006.

Katanya, sebahagian besar daripada 40 peratus pemegang kad kredit yang tidak membayar hutang kad kredit mereka kini menggunakan pelbagai skim baru yang diperkenalkan oleh institusi kewangan kepada pemegang kad seperti skim bayaran secara fleksibel, flexi pay, ansuran tanpa faedah dan pemindahan kredit 0 peratus.

''Skim-skim ini baik kerana ia menggalakkan pengurusan wang yang cekap dan bijak,'' katanya.

29

Page 184: Pengguna Bijak_2

Mohd. Razif berkata, sehubungan itu, penubuhan pejabat AKPK bertujuan menyediakan khidmat pendidikan, kaunseling dan pengurusan untuk membantu para peminjam mengatur belanjawan masing-masing.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat secara percuma di semua pejabat AKPK.

''Orang ramai boleh datang kerana AKPK memberikan nasihat berkaitan dengan pinjaman dalam urusan pembayaran balik hutang dan mengurangkan kes-kes hutang tidak berbayar akibat pengurusan wang yang kurang cekap,'' katanya.

Menurut Mohd. Razif, jika seseorang tidak cekap mengurus kewangan dan kredit, akan timbul pelbagai masalah yang boleh memberi kesan kepada keluarga dan pembangunan masyarakat di negara ini.

Katanya, kejayaan AKPK dalam menguruskan masalah ini telah menyakinkan lapan buah universiti untuk melaksanakan modul Program Pendidikan Kewangan Peribadi dalam Program Asas Pembudayaan Keusahawanan pada Julai ini.

Melalui usaha itu, katanya, ia akan membantu generasi muda mengamalkan sikap berbelanja secara berhemat demi masa depan mereka.

ARKIB : 22/04/2008

AKPK bantu 41,366 orang bermasalah kewangan

KUANTAN 21 April - Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah membantu seramai 41,366 pengguna yang menghadapi masalah kewangan di seluruh negara sejak 2006 hingga 31 Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Mohamed Akwal Sultan berkata, daripada jumlah itu, 29,685 orang mendapat perkhidmatan kaunseling dan selebihnya menerima bantuan melalui program pengurusan kredit.

Dalam tempoh itu, kata beliau, penduduk Kuala Lumpur paling ramai mendapatkan khidmat AKPK iaitu seramai 25,527 orang diikuti Johor Bahru seramai 5,494 orang.

"Kebanyakan yang hadir mendapatkan kaunseling itu ialah golongan yang kehilangan pekerjaan, kegagalan perniagaan, masalah kesihatan, penganggur dan kematian anggota keluarga," katanya ketika berucap pada majlis perasmian AKPK cawangan Kuantan di Teluk Chempedak dekat sini hari ini.

30

Page 185: Pengguna Bijak_2

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Mohamed Akwal menjelaskan, faktor yang menyumbang kepada masalah hutang dan ketidakmampuan membayar balik pinjaman berpunca daripada kelemahan pengurusan kewangan.

"Kebanyakan mereka tidak mempunyai pengetahuan membuat perancangan kewangan dan tidak berdisiplin dalam kehidupan mereka," jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, AKPK berperanan memberi pendidikan dalam aspek pengurusan supaya peminjam bijak menguruskan kewangan masing-masing.

Bagi mencapai matlamat itu, Mohamed Akwal memberitahu, AKPK merangka modul pengurusan kewangan peribadi bagi semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang akan dilancarkan pada Jun ini.

Dalam pada itu, Mohamed Akwal menambah, AKPK yang beribu pejabat di Kuala Lumpur kini mempunyai tujuh cawangan iaitu di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu, Ipoh, Melaka dan Kuantan sejak ditubuhkan pada April 2006.

"Di Kuantan sahaja, kita telah menerima 500 pelanggan yang berurusan sejak pejabat cawangan itu dibuka pada 19 November tahun lalu," katanya.

ARKIB : 16/01/2008

Ajar anak berjimat

Oleh KHAIRUNNEEZAM MOHD. NOOR

“Ayah, duit sekolah ayah berikan tak cukuplah.” “Ibu, tambang bas sudah naik, boleh tambah sedikit lagi duit saku saya?” Sebagai ibu bapa, pasti kita selalu mendengar anak-anak merungut dengan nada seperti ini, yang menyatakan bahawa wang perbelanjaan di sekolah yang diberikan sehari-hari tidak mencukupi.

Rungutan ini lebih selalu kedengaran dalam kalangan kanak-kanak yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Jika RM2 sehari diberikan kepada setiap anak-anak ini, ia mungkin sekadar habis untuk membeli makanan di kantin sekolah pada waktu rehat. Itu tidak termasuk bayaran untuk tambang bas awam bagi kanak-kanak yang tidak menaiki bas sekolah.

Pada zaman serba canggih dengan teknologi maklumat ini, ramai kanak-kanak yang memerlukan duit tambahan membayar perkhidmatan melayari Internet di kafe siber.

31

Page 186: Pengguna Bijak_2

Diakui bahawa pada zaman sekarang tidak seperti 20 atau 30 tahun lepas, semua harga barangan atau perkhidmatan telah berlipat kali ganda lebih tinggi. Kalau dahulu, kantin sekolah menjual sepinggan nasi lemak pada harga sekadar 20 sen hingga 50 sen dan kadang-kadang dengan harga tersebut turut disertakan dengan sekeping telur goreng atau kuih.

Hari ini, jangankan telur, timun dan ikan bilis pun tidak disajikan bersama dalam sepinggan nasi lemak kosong berharga RM 1.50 di sesetengah kantin sekolah! Kalau dahulu, tambang bas untuk kanak-kanak mungkin sekadar 10 sen hingga 50 sen, di mana mereka diberi diskaun khas kerana masih bersekolah. Sekarang ada syarikat bas yang tidak membezakan harga penumpang sama ada orang awam atau kanak-kanak sekolah, semuanya sama rata.

Begitu juga harga sebuah buku latihan yang dijual di sekolah yang harganya lebih daripada RM1 berbanding 25 sen hingga 40 sen dijual pada sedekad yang lalu. Ada sekolah yang menjual pada harga yang agak tinggi, hanya kerana buku latihan tersebut mempunyai cap sekolah atau cap Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.

Ini adalah contoh yang sejajar dengan perkembangan taraf sosioekonomi masyarakat Malaysia yang semakin meningkat dan ‘kuasa beli’ yang semakin besar dimiliki oleh segenap anggota masyarakat. Hal ini tidak dapat disekat, bahkan tidak boleh dinafikan akan hak pihak-pihak terbabit untuk menetapkan harga perkhidmatan atau produk yang disediakan.

Mereka juga berhadapan dengan kenaikan harga bahan mentah, kos sewa, kos perkhidmatan, dan cukai yang juga semakin meningkat saban hari. Cumanya, apa yang perlu kita fikirkan adalah untuk membantu anak-anak dalam masalah ‘duit belanja sekolah’ yang semakin menjerat dan tidak mencukupi sebegini?

Anak-anak tidak seharusnya dibebankan dengan masalah sebegini kerana mereka perlu fokus kepada usaha mentelaah pelajaran di sekolah dan seterusnya mendapatkan keputusan peperiksaan yang bagus.

Bagi ibu bapa yang berpendapatan tinggi, tuntutan anak-anak terhadap tambahan wang saku sehari-harian bukanlah masalah besar, bahkan elaun saku untuk tempoh setahun pun mereka boleh berikan dalam satu-satu masa tanpa berfikir panjang.

Namun, bagi ibu bapa yang berpendapatan sederhana dan rendah, ditambah lagi golongan yang memiliki anak yang ramai dan bersekolah, tuntutan wang saku tambahan oleh anak-anak ini benar-benar meletakkan mereka dalam dilema.

Sebenarnya, ada banyak kaedah yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa dalam mendepani permasalahan sebegini. Ibu bapa perlu mewujudkan situasi ‘menang-menang’, di mana mereka masih dapat memenuhi tuntutan perbelanjaan bulanan mereka dan memenuhi keperluan anak-anak.

32

Page 187: Pengguna Bijak_2

Antaranya adalah mengajar anak-anak untuk faham dan mengamalkan budaya berjimat cermat dan tidak bermewah-mewah. Anak-anak perlu dididik supaya tidak terikut-ikut gaya berbelanja besar oleh rakan-rakan yang berada dan seakan-akan mampu memiliki ‘seisi dunia’.

Ada sesetengah ibu bapa yang mengamalkan kaedah di mana anak-anak turut diberitahu tentang jumlah pendapatan ibu bapa dan perbelanjaan bulanan seisi rumah yang perlu dilangsaikan. Misalnya memberitahu anak-anak agihan wang untuk makanan, bayaran bil-bil air, elektrik dan telefon, bayaran sewa rumah dan kereta, sehinggalah kepada agihan untuk tabungan kecemasan keluarga.

Dengan cara ini, baru anak-anak faham hakikat bahawa ibu bapa tidaklah sebenarnya lokek untuk memberikan mereka duit saku tambahan, tetapi ada keperluan kewangan yang lebih penting pada aspek-aspek yang lain.

Perbelanjaan

Anak-anak perlu dilatih untuk mengetahui ‘aliran tunai’ duit perbelanjaan mereka. Caranya mudah iaitu dengan mengajar mereka untuk mempunyai ‘buku akaun’ sendiri yang mencatatkan berapa banyak duit yang mereka terima dan berapa banyak pula duit yang mereka belanjakan sehari-harian.

Dengan cara ini, anak-anak faham jika duit keluar itu lebih banyak daripada duit masuk, ini menunjukkan bahawa mereka mungkin perlu menyingkirkan apa-apa pembelian barangan yang tidak patut dan merugikan.

Kaedah ini juga melatih anak-anak supaya jangan ‘muflis’ yang bermaksud bahawa mereka perlu ada wang simpanan untuk tujuan kecemasan dan keperluan terdesak pada masa hadapan.

Seterusnya, anak-anak boleh dididik dengan konsep ‘sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.’ Ini adalah sesuai bagi anak-anak yang mungkin mahukan sesuatu seperti membeli basikal, buku rujukan, atau pergi ke kafe siber untuk melayari Internet, di mana mereka perlu menyimpan duit secukupnya hasil lebihan duit saku sehari-harian untuk memiliki apa yang dihajatinya.

Konsep ini juga selaras dengan amalan menabung sama ada menyimpan duit dalam tabung di rumah, atau dalam institusi perbankan atau institusi amanah saham yang ternyata lebih selamat. Lebih-lebih lagi sejak tahun 2004, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) telah diwujudkan bagi menggalakkan tabungan untuk pembiayaan pengajian anak-anak di menara gading merupakan platform terbaik untuk anak-anak membuat tabungan.

Anak-anak sebaiknya dibiasakan untuk membawa bekal makanan sendiri dari rumah yang lebih terjamin kebersihan dan keseimbangan gizi dan khasiatnya. Dalam hal menggunakan buku-buku latihan, wajar mereka diasuh untuk menggunakan semula buku-buku latihan lama yang masih boleh digunakan agar ia tidak dibuang dengan sia-sia.

33

Page 188: Pengguna Bijak_2

Selain itu, ibu bapa perlu mendidik anak-anak akan ajaran agama yang melarang seseorang untuk membazir, kerana membazir itu adalah amalan kesukaan syaitan. Apabila anak-anak dapat diasuh mentaliti dan tindakan mereka untuk berjimat cermat dan menghargai setiap sen yang dimiliki, maka diyakini bahawa mereka dapat membentuk peribadi berhemah dalam berbelanja dan mengusir jauh akan tabiat boros dan ‘biar papa, asal bergaya’.

* KHAIRUNNEEZAM MOHD. NOOR ialah Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan,

Universiti Sains Islam Malaysia.

ARKIB : 19/03/2007

Melayu masih lemah sistem kewangan

Oleh: LUKMAN MOIDIN

APABILA timbul skim cepat kaya dan pelaburan menerusi Internet, orang Melayu yang paling ramai berhimpun mendengar cerita dan sanggup menghabiskan wang untuk menyertainya.

Sedangkan orang Melayu tidak pernah mempersoalkan di mana wang itu dilaburkan dan siapa yang menguruskan dana tersebut. Betapa singkatnya minda bangsa kita untuk mendapatkan wang dengan cara mudah hanya dengan menaja beberapa orang kononnya akan mendapat pulangan yang lumayan.

Tetapi apabila terdapat sistem kewangan yang dipantau oleh kerajaan, kebanyakan kita mempersoalkan halal dan haram dan perkara remeh yang sengaja diperbesarkan untuk menyempitkan minda bangsa sendiri.

Dalam membicarakan soal-soal kewangan, orang Melayu agak jauh ketinggalan dalam sistem kewangan seperti bidang insurans, unit amanah dan lain-lain produk kewangan yang mendapat kelulusan kerajaan dan di bawah pemantauan Bank Negara.

Kelemahan ini wujud hampir di semua lapisan masyarakat Melayu dari yang berpendidikan tinggi hingga kepada mereka yang berpendidikan rendah. Amat mendukacitakan untuk mengakui bahawa hampir 80 peratus golongan profesional Melayu masih kurang memahami mengenai sistem perancangan kewangan yang boleh membantu menjana ekonomi keluarga mereka.

Sikap tertutup bangsa Melayu seperti ‘katak bawah tempurung’ masih tebal dalam soal membicarakan pengurusan kewangan khususnya melalui penasihat kewangan yang bertauliah. Malah keadaan ini juga mungkin disebabkan sikap negatif diri mereka sendiri (paling ramai) dan kemungkinan sikap ajen dan penasihat kewangan yang tidak profesional dan beretika.

34

Page 189: Pengguna Bijak_2

Dalam membina kekuatan ekonomi, tugas perunding kewangan insurans dan wakil takaful adalah sangat penting demi memberikan pemahaman yang baik untuk bangsa kita mengubah paradigma dalam pengurusan kewangan.

Namun kekesalan utama bidang kewangan ini ialah apabila ada wakil takaful menjalankan tugas tanpa etika profesional semasa berurusan dengan pelanggan. Apa yang berlaku di depan mata menyebabkan penulis terfikir mengenai sistem dan amalan perniagaan takaful yang kononnya ‘Islamik’ adalah benar-benar tidak beretika.

Daripada 10 penasihat takaful yang ada, saya berani mengatakan hanya seorang dua daripada mereka menjual produk syarikat dengan profesional, dan selebihnya memburukkan syarikat insurans konvensional dengan pelbagai tohmahan kononnya haram dan tidak Islam. Malah di kalangan penasihat takaful juga mereka memburukkan syarikat takaful yang lain demi menambat hati pelanggan.

Untuk pengetahuan, ramai penasihat takaful berhijrah dari sebuah syarikat ke syarikat takaful yang lain demi mengejar komisen dan ganjaran. Apa yang berlaku ini adalah realiti yang menjejaskan reputasi takaful yang dilihat sebagai sistem kewangan Islam. Malah pemegang polisi menjadi mangsa apabila wujud pelbagai masalah yang berlaku disebabkan sikap penasihat takaful yang mementingkan diri sendiri.

Bank Negara melalui badan khas yang mempunyai kuasa perlu menyiasat bagaimana begitu ramai pelanggan insurans konvensional yang menamatkan polisi mereka melalui usaha wakil takaful yang bermoral rendah ini. Terdapat banyak bukti pelanggan dihasut dan diminta menulis surat memberhentikan polisi yang telah dibayar bertahun-tahun kerana dikatakan ‘haram’ menggunakan wang tersebut.

Sepatutnya menjadi dasar Bank Negara untuk bertindak tegas jika amalan ini dikesan. Maklumat atau info insurans yang dikeluarkan oleh BNM melalui kerjasama syarikat insurans dan takaful di dada-dada akhbar yang tertulis “Membeli polisi insurans hayat, jangan jadi mangsa kepada penukaran polisi” jelas tidak diendahkan oleh kebanyakan wakil takaful. Adakah info tersebut hanya sekadar melepaskan batuk di tangga dan tiada usaha konkrit menanganinya? Kita bimbang jika industri kewangan ini terjejas pastinya merugikan ramai pemegang polisi dan kaum keluarga mereka jika terjadi sesuatu.

Keutuhan sistem kewangan juga secara tidak langsung akan terjejas akibat sikap penasihat takaful yang sebegini.

Apa yang tidak diketahui oleh pemegang polisi insurans konvensional ialah kebanyakan sistem konvensional telah lama mematuhi pelaburan berasaskan syarak. Malah hal-hal yang meragukan seperti riba tidak lagi menjadi amalan syarikat insurans konvensional kini. Paling terbukti ialah sistem

35

Page 190: Pengguna Bijak_2

takaful sehingga hari ini masih tidak dapat menanding operasi insurans konvensional yang jauh cekap dan efisien.

Malah rungutan mengenai masalah tuntutan adalah amat minimum berbanding surat pembaca yang terpampang di akhbar dan banyak lagi masalah yang sebenarnya tidak diadukan secara terbuka. Inilah natijah yang ditanggung oleh operasi takaful kerana sikap tidak beretika wakil mereka dalam urusan menambat hati pelanggan.

Pengalaman seorang rakan yang pernah menjadi ajen insurans konvensional dan dipujuk menyertai sebuah syarikat takaful menjadi asas dan bukti kukuh apa yang sedang berlaku dalam industri takaful. Setelah mendaftar dan lulus sebagai ajen beliau telah menghadiri sesi penerangan dan mesyuarat oleh agensi takaful berkenaan selama beberapa minggu.

Akhirnya beliau mengambil keputusan menjalankan semula perniagaan insurans konvensional apabila mendapati ‘modal besar’ syarikat tersebut memasarkan produk mereka ialah dengan memburukkan insurans konvensional. Persoalannya adakah mereka ini benar-benar memahami sistem insurans konvensional.

Paling menyedihkan kebanyakan orang Melayu difahamkan bahawa maksud ‘konvensional’ adalah ‘haram’. Sedangkan merujuk Kamus Dewan, ‘Konvensional’ bermaksud sesuatu amalan, ciri-ciri atau lain-lain yang sudah diiktiraf secara meluas dan dipatuhi.

Seperti yang dinyatakan dalam satu dalil “ Janganlah engkau menghukum tanpa ilmu, kelak engkau akan menganiaya orang lain.”

Sudah sampai masanya Bank Negara mengambil tindakan proaktif terhadap amalan niaga wakil takaful seperti ini agar mereka tidak menjadikan amalan ini sebagai budaya kerja syarikat takaful yang semakin ketara. Sikap mereka yang seronok memburukkan pihak lain tidak pernah diajar dan dibenarkan dalam Islam. Apakah rezeki yang mereka peroleh dengan usaha ‘memijak’ orang lain mempunyai keberkatan ?

Adalah amalan niaga yang berunsur kotor seumpama ini dapat meningkatkan kefahaman orang Melayu terhadap sistem dan pengurusan kewangan yang berkesan. Lihatlah teras dan amalan niaga bangsa lain yang mengutamakan kepuasan pelanggan dan menyediakan perkhidmatan yang memuaskan.

Jarang sekali kita mendengar sikap ‘menghentam’ orang lain dalam budaya niaga mereka. (Rujuk buku Rahsia Bisnes Orang Cina – Ang Wang Seng).

Orang Melayu sebagai bangsa yang beragama Islam wajar mengubah budaya ini dalam segenap kontek khususnya dalam bidang ekonomi, perniagaan, politik, kemasyarakatan dan sebagainya.

36

Page 191: Pengguna Bijak_2

Amalan bermoral dan membina kekuatan peribadi dalam kontek modal insan yang dibina dalam diri sendiri dan seterusnya masyarakat Melayu perlu terus diterapkan dan diingatkan sesama kita.

ARKIB : 10/03/2006

Didik masyarakat baiki persepsi hutang

Oleh SITI FATIMAH ABDUL RAHMAN

DALAM satu wawancara yang disiarkan di akhbar Mingguan Malaysia pada Ahad lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), T. Indrani menyebut bahawa ``kita ini masyarakat yang berhutang''.

Kita tidak memerlukan satu kajian di peringkat kebangsaan untuk membuktikan perkara tersebut. Lihat sahaja di sekeliling, ramai yang berhutang untuk membeli sesuatu barang.

Kalau sekadar berhutang untuk membeli rumah dan kereta, itu dapat diterima. Tetapi, jika membeli perabot rumah dan peti televisyen juga secara berhutang, ia adalah sesuatu yang serius kerana kedua-dua barangan berkenaan sebenarnya bukan barangan keperluan.

Selain berhutang untuk mendapatkan barangan bukan keperluan, masyarakat kita juga adalah masyarakat yang liat untuk menjelaskan hutang.

Lihat sahaja senarai nama mereka yang tidak membayar balik pinjaman yang dibuat untuk melanjutkan pelajaran.

Begitu juga senario di mana berapa ramai penjamin yang menjadi mangsa kerana peminjam yang dijamin tidak menjelaskan pinjaman peribadi kepada bank.

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sedang menjalankan satu kajian untuk melihat pandangan orang Islam terhadap hutang.

Walaupun masih pada tahap awal, beberapa penemuan kajian rintis yang dijalankan boleh diketengahkan di sini.

Data daripada kajian rintis ini menunjukkan bahawa: (i) 61 peratus menjawab pernah memohon pinjaman peribadi; (ii) sebab utama membuat pinjaman peribadi ialah untuk membayar hutang-hutang yang lain; (iii) 53 peratus menjawab telah meminjam lebih dari RM15,000 dan (iv) selain meminjam dari bank, mereka juga meminjam dari keluarga dan kawan-kawan pada masa kecemasan.

37

Page 192: Pengguna Bijak_2

Data ini selari dengan pandangan umum bahawa ramai masyarakat kita berhutang. Malah, kajian ini menunjukkan bahawa ramai yang membuat pinjaman peribadi untuk membayar hutang-hutang yang lain.

Dengan perkataan lain, mereka menggali lubang baru untuk menutup lubang-lubang lama.

Pada waktu kecemasan pula, mereka meminjam daripada sumber-sumber tidak formal seperti keluarga dan rakan-rakan.

Mengenai pandangan mereka terhadap pinjaman peribadi pula: (i) 84.6 peratus setuju bahawa pinjaman peribadi telah menyelesaikan masalah kewangan mereka; (ii) 81.8 peratus merasakan pinjaman peribadi boleh menimbulkan masalah baru kepada mereka; dan (iii) 50 peratus merasakan pinjaman peribadi tidak patut digalakkan.

Ini menunjukkan bahawa pandangan mereka terhadap pinjaman peribadi adalah bercampur-campur di antara positif dan negatif.

Pada satu pihak, mereka bersetuju bahawa pinjaman peribadi boleh menyelesaikan masalah kewangan mereka, tetapi di pihak yang lain, mereka tahu bahawa pinjaman tersebut boleh menimbulkan masalah baru kepada mereka.

Justeru, tidak hairanlah separuh daripada mereka merasakan pinjaman peribadi tidak patut digalakkan manakala yang lain berpendapat sebaliknya.

Keperluan

Dalam Islam, hutang bukanlah sesuatu yang digalakkan. Namun, ia diharuskan dalam keadaan-keadaan tertentu dan dengan syarat-syarat tertentu.

Ini difahami dengan jelas oleh kebanyakan responden dalam kajian ini (77.8 peratus).

Dalam Surah al-Baqarah, ayat 282 pula, dinyatakan dengan panjang lebar tentang keperluan ketika memberi dan mengambil hutang.

Antaranya, jumlah dan tempoh membayar balik perlu dicatatkan di hadapan dua orang saksi. Tuntutan ini bertujuan untuk memudahkan kedua-dua belah pihak di kemudian hari.

Bagaimanapun, sebanyak 64 peratus responden menyatakan bahawa mereka tidak tahu tentang keperluan-keperluan tersebut.

Maka, tidak hairanlah mengapa 50 peratus daripada responden tidak mencatatkan butir-butir hutang mereka.

38

Page 193: Pengguna Bijak_2

Penemuan-penemuan awal ini dapat memberikan kita sedikit-sebanyak gambaran tentang pandangan masyarakat Islam terhadap hutang.

Walaupun secara umumnya mereka tahu bahawa Islam tidak menggalakkan hutang, namun amalan berhutang masih meluas di kalangan umat Islam.

Hakikat bahawa ramai yang berhutang untuk membayar hutang yang lain serta ramai yang berhutang pada waktu kecemasan membuktikan bahawa mereka membelanjakan wang lebih daripada pendapatan mereka.

Akibatnya, mereka tiada simpanan untuk kegunaan pada masa-masa kecemasan.

Sudah tiba masanya ahli masyarakat kita dididik untuk menguruskan kewangan mereka. Pengurusan kewangan adalah satu kemahiran hidup yang amat diperlukan oleh semua.

Dengannya, mereka yang bergaji rendah akan dapat hidup selesa dengan pendapatan yang ada. Dan tanpanya, si kaya juga boleh jatuh muflis dalam sekelip mata.

- SITI FATIMAH ABDUL RAHMAN ialah Fellow Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

ARKIB : 04/01/2006

Penyelesaian masalah hutang

Oleh: AZIZ IBRAHIM

Masalah tanggungan hutang dan kegagalan mengurus kredit dengan baik sebenarnya bukan hanya dihadapi oleh penjawat awam bahkan kira-kira 1.72 juta orang Melayu dewasa dan pencari pendapatan yang aktif di Malaysia.

Kakitangan awam amat bernasib baik kerana jaminan pendapatan tetap daripada majikannya iaitu kerajaan, ia sudah pasti memudahkan mereka mendapat pinjaman dari semua arah. Tidak semua rakyat negara ini khususnya orang Melayu memperoleh kemudahan ini.

Oleh kerana wujudnya kemudahan sedemikian rupa, ada di antara penjawat awam yang telah menyalahgunakan bukti pendapatan mereka itu untuk memperoleh wang pinjaman.

Tetapi, perkara sedemikian tidak dapat dielakkan dalam sesetengah perkara. Tuntutan keperluan semasa, kenaikan harga barangan, tanggungan hutang, kecemasan, pendidikan anak-anak dan lain-lain lagi telah memaksa mereka mengambil jalan mudah dengan meminjam seboleh-bolehnya tanpa mengira akibatnya.

39

Page 194: Pengguna Bijak_2

Persoalannya, apakah terdapat jalan penyelesaiannya? Jawapannya sudah tentu ada. Terdapat dua cara mengatasi masalah ini. Satu, menerusi penyelesaian mikro manakala cara lainnya berbentuk makro iaitu dengan kerjasama kerajaan.

Penyelesaian secara mikro iaitu penglibatan individu-individu dalam kategori `masalah' sahaja yang akan diketengahkan. Sekiranya terdapat minat untuk mencari penyelesaian makro, perkara ini boleh diterangkan dengan lebih lanjut lagi.

Bagaimanakah penyelesaian mikro atau berkaitan individu ini? Jawapannya adalah menerusi kreativiti dan inovasi perancangan kewangan.

Perancangan kewangan adalah satu proses di mana seseorang individu merancang masa hadapan dalam memenuhi matlamat peribadi dan kewangan melalui pembangunan dan pelaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh.

Secara ringkasnya ia adalah personal corporate finance. Ia merupakan suatu ilmu dan industri yang terpenting dalam kehidupan. Rakyat Malaysia pada dasarnya masih tidak diberi pendedahan secukupnya mengenai perkara ini.

Asas perancangan kewangan adalah simpanan. Dengan adanya simpanan, seseorang itu boleh membentuk platform dengan mudah. Bagaimanapun tidak semua orang mempunyai tabiat menyimpan yang baik. Oleh itu cara alternatif yang boleh digunakan adalah dengan meminjam.

Dengan kecairan yang tinggi dan kadar faedah yang rendah sekarang ini, bank adalah opsyen yang mudah dan murah bagi membentuk platform atau dengan kata lain, modal, bagi memulakan langkah merancang kewangan. Penubuhan platform (modal) merupakan tonggak kepada perancangan kewangan yang menyeluruh.

Bagaimanapun, untuk menubuhkan sebuah platform yang baik menerusi kaedah meminjam seseorang itu perlu mengetahui beberapa prinsip asas pengurusan kredit.

Pada dasarnya platform boleh dibentuk daripada tiga sumber pendapatan, sama ada menerusi simpanan sendiri (tunai), pemberian (pinjaman) keluarga dan cara kebiasaan yang ramai menggunakannya yakni menerusi pinjaman daripada institusi kewangan.

Melalui pinjaman, individu boleh memperolehnya menerusi tiga cara juga iaitu, pinjaman peribadi, overdraf (tanpa cagaran) dan pinjaman tetap (kebiasaannya pinjaman perumahan).

Bagi individu yang ingin membina platform melalui cara meminjam, mereka harus memahami pengiraan kadar faedah. Sesebuah pinjaman itu terbahagi kepada dua yang merangkumi pokok (prinsipal) dan faedah. Pokok harus dibayar, tiada cara lain. Tetapi faedah boleh dielak sekiranya kita mengetahui cara pengiraannya.

40

Page 195: Pengguna Bijak_2

Terdapat empat jenis pengiraan faedah iaitu, kadar tetap - kebiasaannya untuk pembelian kereta atau pinjaman peribadi; kadar tahunan - kadar ini digunakan untuk sesetengah pembelian konsumer; kadar bulanan - untuk pembelian rumah (pinjaman perumahan kerajaan dan swasta) dan kadar harian - yang digunakan untuk kemudahan overdraf dan sesetengah pinjaman perumahan swasta.

Kadar faedah yang menguntungkan kita adalah kadar harian. Ini adalah pilihan sekiranya kadar sebenar untuk pengiraan kadar harian adalah yang paling murah.

Bagaimanapun sebelum seseorang itu meminjam, persoalan pertama yang harus dijawab adalah bagaimana hendak membayarnya?

Menerusi kreativiti perancangan kewangan, modal menerusi pinjaman untuk pembentukan platform terlebih da-hulu dilaburkan ke dalam alat pelaburan yang memberi pulangan serta boleh disandarkan untuk mendapatkan kemudahan overdraf.

Dengan cara ini, pulangan menerusi pelaburan dengan hanya pulangan lapan peratus setahun dikompaunkan untuk lapan tahun, cukup untuk membayar pinjaman tanpa perlu membayarnya. Kemudahan overdraf boleh digunakan sebagai platform.

Setelah pembentukan platform (modal) ini, seseorang itu boleh melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:-

1. Menyelesai/mengurangkan hutang.

2. Untuk memenuhi keperluan tuntutan semasa.

3. Penyediaan tabungan kecemasan

4. Keperluan pendidikan anak-anak.

5. Melawan kenaikan harga/inflasi.

6 Penyediaan menghadapi persaraan.

Adalah salah jika anda diberitahu bahawa berhutang itu bagus. Hidup akan lebih bermakna dan mudah jika kita tiada bebanan hutang.

Bagaimanapun masalahnya adalah mampukah kita membayar pembelian seperti kereta, rumah dan lain-lain perbelanjaan yang mahal secara tunai?

Perancangan kewangan yang berjaya akan membolehkan kita melabur dan merancang tanggungan hutang kita dengan sempurna. Hasilnya nanti akan membolehkan kita membentuk kekayaan.

41

Page 196: Pengguna Bijak_2

Bagaimanapun ramai antara kita gagal mengumpul kekayaan disebabkan oleh masalah hutang. Dalam budaya meminjam khususnya di kalangan masyarakat Melayu, jika boleh mereka tidak mahu meminjam, jika meminjam pula mereka tak mahu bayar.

Ini merupakan satu sikap yang salah. Sepatutnya kita harus mempunyai sikap, jika perlu berhutang, hutang harus diselesaikan dengan segera.

Kegagalan memenuhi faktor ini dan mengurus hutang dengan baik telah menyebabkan ramai orang tersungkur sebelum sempat memulakan langkah pertama membina kekayaan. Kebebasan kewangan pada asasnya adalah bebas daripada hutang.

* Aziz Ibrahim ialah Konsultan Perancangan Kewangan dan Penasihat Pelaburan Berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti.

ARKIB : 05/10/2005

Jimat cermat tanda bersyukur

Pendapat Pembentangan Bajet 2006 yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri disambut dengan berbagai reaksi dari masyarakat Malaysia.

Ada yang menyatakan bahawa ia merupakan satu bajet mesra rakyat dan ada yang menyatakan bahawa ia hanya satu agen dalam meraih sokongan masyarakat di saat dunia dilanda permasalahan ekonomi yang merudum disebabkan kenaikan harga minyak yang mendadak.

Apa pun telahan masyarakat, kita perlulah belajar untuk bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan dan jika dbandingkan dengan rakyat negara lain yang sering dilanda permasalahan berkala, masyarakat kita amat jauh berbeza di mana kenikmatan insentif kerajaan ini dapat dirasai sama rata antara setiap lapisan masyarakat.

Perkara utama yang perlu dilakukan oleh masyarakat sekarang ialah mula berjinak-jinak dengan tabiat menabung dan juga belajar untuk bersyukur.

Insentif yang telah diberikan oleh kerajaan patut disambut dengan hati terbuka ia dilakukan secara sukarela dan ikhlas. Satu hingga satu setengah bulan ganjaran bonus yang dijanjikan oleh pihak kerajaan adalah setimpal dengan balasan perit jerih penjawat awam bekerja sepanjang tahun ini memandangkan keadaan ekonomi yang kurang enak dipandang setiap hari.

42

Page 197: Pengguna Bijak_2

Kita perlu mengikis tabiat berbelanja berlebihan yang sudah menjadi seperti tradisi kepada masyarakat kita lebih-lebih lagi menjelang perayaan Hari Raya. Syawal sepatutnya disambut dengan bersederhana dan keinsafan kerana kita telah melewati Ramadan yang penuh berkat.

Kebanyakan anggota masyarakat menjadikan Syawal sebagai medan pertempuran untuk bermewah-mewah, bersuka ria, dan bermegah-megah dengan kekayaan yang diraih sepanjang tahun. Dalam Islam, penekanan terhadap seruan supaya menggunakan segala sumber dengan sebaiknya dinyatakan di dalam surah al-Israk' ayat 26-27 dan janganlah kamu membazir; sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan... tiada gunanya kita bermewah-mewah jika ia hanya akan menambah beban hutan keliling pinggang dan akhirnya akan menyebabkan berlakunya permasalahan yang lain seperti perpecahan rumah tangga dan penglibatan dalam jenayah-jenayah lain seperti merompak dan samun.

Selain daripada memberi insentif bonus dan lain-lain lagi melalui Bajet 2006, pihak kerajaan sewajarnya mewujudkan kempen kesedaran kepada masyarakat Malaysia mengenai peri pentingnya pengurusan kewangan individu. Ini adalah kerana tidak kira berapa bulan bonus yang diberikan kepada kakitangan awam, dengan kelemahan dari segi pengurusan kewangan peribadi dan keluarga, masalah yang sama akan timbul.

Masyarakat Malaysia patut dididik mengenai kepentingan menjaga dan mengawal kewangan melalui muhasabah nengenai bertapa susahnya untuk mendapatkan duit. Jika masyarakat sedar mengenai perkara itu, tabiat membazir dapat dikurangkan dan seterusnya dihapuskan. Tidak dapat dinafikan bahawa tabiat membazir ini lahir dari naluri manusia itu sendiri di mana manusia gagal untuk membezakan yang mana satu keperluan dan yang mana satu kehendak.

Sebagai contoh, tidak dapat dinafikan bahawa manusia memerlukan pengangkutan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain. Bas, kereta api, teksi, Perodua Kancil, BMW, basikal dan motosikal adalah merupakan contoh alat pengangkutan yang ada tetapi dalam proses pemilihan, manusia telah memasukkan elemen status, tanggapan orang lain dan ego untuk memilih alat pengangkutan yang terbaik untuk mereka.

Berbalik kepada Bajet 2006, usaha kerajaan dalam membantu siswazah menganggur perlulah disambut bukan sahaja dengan tangan yang terbuka, tetapi juga dengan semangat dan ilmu yang tinggi.

Kita tidak mahu skim Prosper ini turut menjadi seperti beberapa skim galakan siswazah untuk terlibat dalam keusahawanan yang telah dijalankan oleh kerajaan sebelum ini di mana semangat dan azam yang kuat jika tidak berbekalkan pengalaman dan ilmu praktikal perniagaan yang tinggi telah menyebabkan banyak program seperti ini gagal.

Kerajaan perlu memandang serius perkara ini jika tidak mahu peruntukan tersebut lenyap tanpa melihat sebarang peningkatan positif di dalam bidang terbabit. Tidak dinafikan bahawa golongan ini

43

Page 198: Pengguna Bijak_2

perlu dibantu dari segi kewangan untuk memulakan penerokaan ke dalam bidang keusahawanan tetapi sokongan dan dorongan kepakaran juga tidak boleh diambil ringan.

Dengan kata lain jika modal berjuta ringgit pun, jika tidak dibekalkan bersama ilmu kepakaran dalam bidang keusahawanan, maka apa jenis program yang dijalankan akan menemui kegagalan.

Akhir kata, masyarakat perlu menyambut baik insentif yang telah diberikan oleh kerajaan melalui Bajet 2006. Penekanan perlulah diberikan di dalam bidang pengurusan kewangan dalam mengelakkan berlakunya pembaziran sumber.

Selain itu, skim galakan siswazah untuk terlibat di dalam bidang peruncitan perlulah dipantau dari masa ke semasa supaya matlamat asal program tersebut dapat tercapai dengan jayanya.

- MOHAMMAD NOORIZZUDDIN NOOH, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Nilai.

Kirim pendapat anda melalui e-mel: [email protected]

ARKIB : 19/08/2005

Perancangan kewangan mencabar lagi menarik

Oleh HAZNAN HAMZAH

RAMAI yang kurang arif tentang cara menguruskan wang dengan teratur.Mereka tidak tahu bagaimana mengira keperluan persaraan dan apakah risiko-risiko yang akan mereka hadapi pada masa hadapan.

Bagi yang berpendapatan rendah atau sederhana, mereka akan lebih tertekan apabila bersara kerana jumlah pendapatan yang diterima kadang kala tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian.

Mereka yang berpendapatan tinggi pula menghadapi masalah membahagikan harta mereka sehingga menyebabkan pergaduhan antara ahli keluarga atau adik beradik sendiri.

Ibu bapa inginkan anak-anak mereka berjaya dalam kehidupan melalui pendidikan yang mencukupi.

Namun begitu, universiti tempatan mempunyai tempat yang terhad dan ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke luar negara untuk meneruskan pelajaran.

Kos belajar di universiti luar negara amat tinggi dan jikalau tidak dirancang dengan teliti maka cita-cita tersebut tidak tercapai.

44

Page 199: Pengguna Bijak_2

Seorang perancang kewangan yang bertauliah berupaya membantu individu atau keluarga merancang hal ehwal kewangan mereka agar cita-cita dan harapan mereka boleh dicapai dengan lebih teratur, dengan mengambil kira segala risiko yang mungkin dihadapi.

Seorang perancang kewangan meneliti kedudukan kewangan, tahap risiko, cita-cita, keperluan peribadi dan keluarga, cukai pendapatan, aset, liabiliti, insurans nyawa dan insurans lain, pengurusan estet dan sebagainya untuk klien mereka sebelum sesuatu pelan atau strategi yang munasabah dan praktikal dapat dilaksanakan.

Ini bermakna seorang perancang kewangan akan menjalin hubungan yang sangat intim dengan pelanggan mereka seperti hubungan dengan peguam atau doktor peribadi.

Kerjaya sebagai seorang perancang kewangan secara amnya bermula selepas menjadi ejen insurans, ejen amanah saham atau penulis wasiat untuk beberapa tahun.

Bertauliah

Ada juga perancang kewangan yang berpengalaman berkhidmat sebagai akauntan dan peguam.

Untuk menjadi seorang perancang kewangan yang bertauliah, mereka perlu mengambil kursus perancangan kewangan seperti yang dikendalikan oleh Financial Planning Association of Malaysia (FPAM).

Kursus ini merangkumi enam modul dan selepas berjaya menduduki kesemua peperiksaan, mereka layak menggunakan perkataan CFP (Certified Financial Planner) di belakang nama mereka.

Kelayakan CFP diiktiraf di seluruh dunia dan mereka yang berjaya dikehendaki menjalani kerjaya mereka dengan mematuhi kod etika yang telah ditetapkan.

Label CFP juga diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai salah satu kelayakan untuk memohon lesen Investment Adviser.

Kebanyakan bank, syarikat insurans, syarikat amanah saham, firma sekuriti, firma perakaunan, firma perancangan kewangan dan firma guaman pada masa kini memerlukan pegawai perancang kewangan yang bertauliah kerana syarikat dan firma tersebut dapat memberi perkhidmatan yang menyeluruh kepada pelanggan atau pelanggan mereka.

Seorang perancang kewangan juga boleh menubuhkan syarikat mereka sendiri selepas beberapa tahun pengalaman bekerja atau bekerjasama dengan firma perakaunan, firma guaman, perunding cukai pendapatan dan sebagainya.

45

Page 200: Pengguna Bijak_2

Di luar negara, seperti di Amerika Syarikat (AS) dan Australia, pegawai perancang kewangan ialah seorang profesional yang setaraf dengan profesional lain seperti peguam, akauntan, penganalisis saham, dan penganalisis kewangan.

Di Australia, dalam setiap 10 keluarga, satu keluarga akan menggunakan perkhidmatan Perancang Kewangan untuk menguruskan hal ehwal kewangan mereka.

Di Malaysia, perancang kewangan merupakan satu kerjaya yang baru tetapi telah mendapat perhatian daripada semua pihak.

Sebuah universiti tempatan telah menawarkan kursus CFP bersama dengan program sarjananya. Begitu juga beberapa institusi yang pakar dalam bidang ini.

Dari segi pendapatan, seorang perancang kewangan boleh menyara hidupnya dengan pelbagai cara.

Contohnya, dengan bekerja (makan gaji), mendapat komisyen daripada produk kewangan, yuran perundingan, bergaji dengan komisyen atau pun yuran dan komisyen.

Yuran perundingan bergantung kepada pelan yang disediakan oleh perancang kewangan untuk kliennya dan jumlahnya adalah antara RM5,000 hingga RM80,000.

Kadangkala, ia boleh melebihi - ataupun kurang - daripada jumlah tersebut.

Setiap pelan berbeza bagi setiap klien dan setiap pelan adalah unik bagi memenuhi keperluan klien tersebut.

Pelan yang dimaksudkan adalah seperti pelan persaraan, pelan perubatan, pelan pendidikan untuk klien atau anak, pelan insurans, pelan pengurusan estet, pelan keperluan peribadi, pelan mengurus hutang, pelan pengurusan harta, pelan cukai pendapatan dan sebagainya.

Perancangan kewangan adalah untuk semua orang tidak kira bangsa, agama dan peringkat umur. Setiap individu perlu menjaga segala aspek kewangannya agar mendapat ketenangan jiwa (peace of mind) dan hak-hak orang yang disayangi terjamin supaya sebarang keraguan dapat diatasi dengan teratur.

Seorang perancang kewangan menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dengan objektif membantu kliennya mencapai matlamat dan hasrat hidup dengan lebih teratur dengan cara yang profesional. Seorang perancang kewangan terikat kepada undang-undang negara supaya klien dapat mengambil tindakan undang undang terhadapnya jikalau berlaku sebarang penyelewengan.

Dari berita-berita yang tersebar di akhbar-akhbar tempatan, jumlah insan yang bergelar bankrap kerana hutang kad kredit yang tidak terbayar, bertambah setiap tahun.

46

Page 201: Pengguna Bijak_2

Begitu juga berita wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang selama 25 tahun dikumpul tetapi habis dalam masa hanya tiga tahun selepas bersara.

Anak-anak yang mendapat keputusan yang baik tetapi tidak mendapat tempat di Universiti tempatan dan ibu bapa tidak berupaya membiayai kos pelajaran di universiti luar negara atau di universiti kolej tempatan selalu juga disiarkan.

Kos perubatan dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Anak-anak yang sukar mendapat pekerjaan dan bergantung kepada ibu bapa yang telah bersara yang wang pencennya tidak cukup untuk keperluan harian.

Hutang peribadi atau pun hutang kad kredit yang tidak habis-habis dibayar.

Tidak dapat menunaikan haji kerana tidak mencukupi wang.

Isteri dan anak kebuluran kerana tidak dibuat persediaan untuk mereka, sebelum ketua keluarga meninggal dunia dan pelbagai lagi masalah hidup yang selalu tersebar di surat khabar atau televisyen, berupaya diatasi sekiranya khidmat seorang Perancang Kewangan telah terlebih dahulu digunakan. - Haznan Hamzah ialah Pengajar Perancangan Kewangan, IFPA Resources Sdn. Bhd.

ARKIB : 20/07/2005

KUTUB KHANAH

ADA kemungkinan semakin kaya seseorang itu semakin besar hutang yang ditanggung. Hakikat ini berlaku di Amerika Syarikat. Hampir seorang dalam lapan sekeluarga di negara yang dianggap kaya itu, sedang berusaha untuk diisytihar muflis. Tindakan pelik ini adalah satu cara orang Amerika mengurus hutang yang tertunggak.

Kita di Malaysia semakin dekat mengekori mereka. Anggapan masalah kewangan itu sifat khusus orang miskin ternyata agak meleset. Suara-suara kebimbangan mula kedengaran. Bilangan kes bankrap dan hutang kad kredit menjadi kerisauan masyarakat.

Masalah kewangan juga merupakan faktor yang ketara dalam kes-kes perceraian di Malaysia. Dalam hal ini pun kita sedang menghampiri dunia barat. Satu kajian yang teliti oleh firma penyelidikan Roper / Starch mendapati bahawa punca utama pertengkaran dan pergeseran suami isteri di Amerika ialah masalah kewangan (melebihi masalah seks dan kerenah anak-anak).

Buku Cukup Wang Hati Tenang tulisan Rohani Datuk Mohd Shahir membicarakan masalah kewangan peribadi dan keluarga yang sedang kita hadapi sekarang. Petanda minat masyarakat untuk berupaya mengurus kewangan peribadi dan mengelak masalah kewangan sudah ada. Buku ini misalnya

47

Page 202: Pengguna Bijak_2

melonjak ke tangga no. 1 carta buku paling laris MPH untuk kategori bukan fiksyen bagi minggu pertama Julai 2005.

Pendapatan yang kecil memang boleh membawa masalah kewangan. Namun ia bukanlah punca masalah. Ramai golongan yang berpendapatan tinggi menghadapi masalah yang sama. Penulis menyelami jiwa manusia untuk memahami kefahaman, sikap, tabiat dan cara seseorang itu mengurus wang.

Ini mengingatkan kita takrif kekayaan dan kemiskinan menurut perspektif tasawuf Islam. Imam al-Ghazali pernah menjelaskan bahawa Allah itu Maha Kaya, oleh kerana Dia tidak berkehendak akan sesuatu. Ini amat berbeza sekali dengan makhluk-Nya, terutamanya manusia yang amat banyak kehendaknya.

Rohani memulai tulisannya dengan kenyataan bahawa menjadi kaya itu tidak semestinya kita dapat mengecap kebahagiaan. Kebahagiaan itu akan hanya tercerna apabila tersusunnya keseimba-

ngan antara matlamat kewangan dengan peranan dan tanggungjawab kehidupan. Beliau menjelaskan perkara ini melalui satu model pengurusan kewangan peribadi yang diberi nama `kubah kehidupan'.

Menjana

Sebagai suami, isteri, anak ataupun anggota masyarakat, setiap orang hendaklah mengurus wang dan harta itu dengan penuh amanah.

Masalah utama ialah untuk menjana satu desakan dalam diri seseorang itu untuk mula me-

ngurus kewangan peribadi dan keluarganya. Di sini kaitan antara pengurusan kewangan dan pengurusan jiwa menjadi penting.

Rohani mengenal pasti tujuh penyebab utama masalah kewangan. Empat daripadanya terbit daripada sikap dan tabiat kita. Pertama ialah tidak membuat perancangan kewangan dan sikap suka bertangguh. Ini diikuti dengan sikap dan tabiat mudah berhutang, boros dan ingin cepat kaya.

Tiga penyebab masalah kewangan lagi bolehlah disabitkan kepada sifat alpa manusia. Ini tidak cukup hanya dengan perlindungan takaful ataupun insurans, tidak cukup persediaan untuk persaraan dan membuat keputusan kewangan apabila berada dalam keadaan tekanan emosi yang kuat.

`Kubah kehidupan' adalah model pengurusan kewangan peribadi mengenal pasti perkara-perkara asas dalam kewangan peribadi yang perlu diurus. Ini merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan pendapatan, perbelanjaan, pengurusan hutang, penyucian harta, perlindungan takaful, pelaburan dan persaraan.

48

Page 203: Pengguna Bijak_2

Menurut penulis, buku ini disusun agar mencakupi segala perkara yang dasar dalam hal kewangan keluarga. Ia ditulis dengan bahasa yang mudah dan setiap topik dibicarakan dalam bab-bab yang padat dengan maklumat.

Kartun yang ceria memulai setiap bab yang baru. Panduan-panduan penting dirumuskan pada permulaan setiap huraian untuk memudahkan bacaan. Cerita-cerita kehidupan dipaparkan sebagai renungan dan ingatan bahawa panduan yang diberi relevan dalam kehidupan kita. Buku ini dirancang agar pembaca tidak jemu membaca sehingga muka surat yang terakhir.

ARKIB : 23/05/2005

Bayar balik pinjaman PTPTN melalui insurans

Oleh Amran Ahmad (Wartawan Utusan)

Pada Mac lalu, negara dikejutkan dengan permohonan pinjaman tambahan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mendapat bantahan keras dua kesatuan sekerja terbesar negara.

Sekiranya diluluskan kali ini, jumlah keseluruhan pinjaman wang KWSP bagi membantu mahasiswa di institusi pengajian tinggi menerusi PTPTN akan bertambah RM6 bilion.

Ini kerana setiap tahun KWSP akan memenuhi tanggungjawab sosialnya untuk meluluskan pinjaman berjumlah RM2 bilion kepada perbadanan itu yang telah dilakukan sejak tahun 2003.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Adham Baba dipetik sebagai berkata, PTPTN perlu meminjam RM7.5 bilion daripada KWSP untuk menampung pemberian pinjaman pengajian para pelajar bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Kata Adham, perbadanan itu juga perlu membuat pinjaman RM3.5 bilion lagi daripada KWSP bagi menampung keperluan pada RMK-10.

Keadaan kewangan PTPTN `sentiasa' berada dalam keadaan kritikal ekoran sikap liat bekas graduan membayar pinjaman pengajian mereka.

Untuk menyelesaikan kemelut berpanjangan yang tidak berkesudahan sehingga hari ini, Perancang Kewangan Bertauliah, Aziz Ibrahim yang memiliki kepakaran selama 18 tahun dalam bidang berkenaan tampil memberi cadangan penyelesaian kemelut tersebut dengan membolehkan para pelajar di negara ini melanjutkan pelajaran ke IPT dengan `kos sifar'.

49

Page 204: Pengguna Bijak_2

`Biar betul?' Mungkin itulah yang timbul di fikiran pembaca sekiranya mendengar penyelesaian oleh Aziz yang telah pun mengarang kertas cadangan berkenaan dan dihantar kepada PTPTN dan beberapa pihak lain yang berkaitan.

Mendengar penjelasan Aziz, corak penyelesaian yang dicadangkan beliau sememangnya logik, masuk akal, munasabah serta boleh dilaksanakan.

Bagaimana? Mudah sahaja, pelajar iaitu peminjam akan memohon kepada PTPTN untuk mendapatkan pinjaman pelajaran, contohnya RM40,000.

Kata Aziz, sebagai jaminan bahawa PTPTN akan mendapat balik pinjaman yang dikeluarkan itu, pelajar berkenaan akan membeli insurans berkelompok tempoh matang 30 tahun dari firma insurans misalnya AmAssurance Bhd. sebanyak RM12,000 sebagai premium kepada RM40,000 pinjaman pelajaran daripada PTPTN yang diinsuranskan.

Untuk membayar premium insurans itu, para pelajar boleh membuat pinjaman peribadi sebanyak RM12,000 yang akan diperoleh daripada bank menerusi suatu skim khas atau mendapat sokongan kewangan keluarga.

Pada peringkat ini, masalah pelajar untuk menyelesaikan hutang PTPTN berjumlah RM40,000 telah selesai dengan hanya membayar ansuran pinjaman peribadi sebanyak RM12,000 sahaja manakala PTPTN dijamin akan mendapat balik pinjaman yang diberikan apabila tempoh matang insurans telah tamat mengikut perjanjian antara PTPTN dan firma insurans.

Kemudahan

Yang perlu bekerja keras sekarang ialah firma insurans kerana mereka perlu untuk menjana pulangan pelaburan atas premium RM12,000 yang diterima daripada pembeli insurans pinjaman pelajaran untuk membayar RM40,000 kepada PTPTN. Ini dapat dilakukan dengan kaedah jaminan berganda oleh syarikat insurans dan produk pelaburan.

Menurut Aziz, rata-rata firma insurans di negara ini bersedia dan sanggup untuk menawarkan polisi insurans pinjaman pelajaran seperti itu yang bakal menjana pulangan pelaburan yang lebih besar kepada mereka pada masa hadapan.

Proses `kebijaksanaan' aspek pengurusan dan perancangan kewangan, menurut Aziz lagi, tidak hanya tamat di sini kerana jika pelajar itu lebih bijak, dia akan menggunakan dana pinjaman pelajaran yang diperoleh daripada PTPTN untuk membeli sijil saham amanah bertujuan menjana pendapatan dividen.

50

Page 205: Pengguna Bijak_2

Ujar beliau lagi, dengan menggunakan sijil itu, ia boleh digunakan sebagai cagaran kepada pihak bank bagi memohon kemudahan overdraf yang boleh digunakan oleh para pelajar dalam memenuhi keperluan seharian dan pelajaran.

Di samping itu pula sijil pelaburan dibiarkan pulangannya berganda sehingga suatu peringkat di mana pulangan serta pelaburan pokok cukup untuk membayar keseluruhan pinjaman PTPTN.

Jika takut faedah overdraf tinggi, jelas Aziz, faedah kemudahan tersebut adalah berdasarkan kepada tahap pinjaman asas (BLR) yang mana kebiasaannya tidak naik lebih tinggi daripada kadar dividen yang ditawarkan oleh pulangan pelaburan yang popular di kala ini.

Kedua-dua cara penyelesaian pinjaman PTPTN itu secara langsung akan menerapkan ilmu perancangan kewangan kepada pelajar-pelajar di samping ia akan menggalakkan mereka membayar hutang kerana pulangan pelaburan yang menguntungkan menanti mereka setelah hutang mereka diselesaikan.

Selain daripada itu, dengan cara ini juga boleh memberi suntikan baru terhadap sektor kewangan dan merancakkan ekonomi dalam negara.

ARKIB : 16/05/2005

Rancang kewangan usia emas

KUALA LUMPUR 15 Mei - Golongan wanita digesa merancang kewangan peribadi untuk memastikan mereka mampu hidup berdikari sehingga usia persaraan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, mereka tidak boleh lagi melepaskan tanggungjawab itu kepada suami dan anak-anak memandangkan tempoh hayat lelaki yang lebih pendek berbanding perempuan dan saiz keluarga masa kini yang semakin mengecil.

``Ini bermakna kebanyakan wanita akan menghabiskan masa emas mereka berseorangan, sama ada mereka berkahwin atau tidak.

``Oleh itu, adalah amat penting bagi wanita merancang kewangan untuk persaraan bagi memastikan mereka memiliki dana yang mencukupi untuk menikmati kebebasan kewangan dan kehidupan yang sempurna jangka panjang,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya pada Persidangan Wanita dan Kekayaan 2005 anjuran OSK Holdings, di sini hari ini.

51

Page 206: Pengguna Bijak_2

Raja Permaisuri Agong, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan merasmikan persidangan sehari itu.

Shahrizat berkata, jika dahulu perancangan kewangan hanya perlu bagi memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan dan tempoh persaraan yang selesa, ia sekarang berhadapan dengan beberapa cabaran getir.

``Antaranya adalah ketidaktentuan ekonomi akibat status Malaysia sebagai ekonomi terbuka dan gaya hidup masa kini lebih materialistik,'' jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, kewujudan instrumen kewangan baru yang kreatif dan canggih dapat pastikan keperluan setiap peringkat masyarakat dipenuhi.

Beliau memberitahu, satu kajian oleh kementeriannya mendapati kira-kira 69 peratus wanita melakukan simpanan gaji di dalam akaun simpanan sebagai satu bentuk simpanan wang.

``Jenis simpanan ini sebenarnya memberikan pulangan yang rendah berbanding dengan pelaburan di dalam hartanah, saham atau perniagaan,'' ujarnya.

Selain itu, kata Shahrizat, kira-kira 66 peratus wanita didapati cenderung untuk membelanjakan wang sekarang dan berjimat kemudian.

``Wanita perlu sedar, perancangan kewangan persendirian meliputi bidang luas iaitu menentukan sama ada dan bagaimana seseorang individu itu dapat memenuhi sasaran kehidupan melalui pengurusan sumber kewangan,'' ujarnya.

Kata Shahrizat, dana khas dan skim pinjaman yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk menggalakkan penglibatan wanita di dalam bidang keusahawan berjaya memanfaatkan banyak syarikat milik wanita.

52

Page 207: Pengguna Bijak_2

ARKIB : 30/09/2004

Cantas operasi along

Oleh Othman Chin

Isu tindakan along yang membebankan peminjam bermasalah kini menjadi antara jenayah yang utama perlu ditangani oleh pihak berkuasa. Masyarakat harus faham mengenai kewujudan `sistem kredit mudah' dan kaitannya dengan kutipan hutang cara `along.'

Perkara pokok yang memulakan peristiwa ancam-mengancam, ugut-mengugut hinggalah kepada bunuh-membunuh bermula apabila individu yang meminjam wang daripada syarikat-syarikat pemberi kredit tidak dapat menjelaskan bayaran pinjaman mereka.

Kewujudan syarikat-syarikat peminjam wang ini bukanlah perkara baru di negara ini. Cuma bagi menjadikan ia sah dari segi undang-undang, individu atau syarikat yang ingin menjalankan `perniagaan' memberi pinjaman ini harus mendapatkan lesen dan kebenaran yang termaktub di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan & Pencegahan) 2003 dan diletakkan dalam bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Akta dan peraturan ini hanya meliputi prosedur, peraturan dan keperluan untuk memberi pinjaman wang. Perkara lain mengenai kutipan dan lain-lain tidak ada peraturan khusus mengenainya.

Berbeza dengan watak seorang `ceti' di zaman P. Ramlee atau sezaman dengannya seperti dalam filem Do Re Mi, yang mana `ceti' adalah seorang yang baik dan boleh bertolak ansur. Tiada paksaan bagi mengutip hutang daripada peminjam. Malah kadangkala mempertimbangkan lebih keperluan sosial lebih daripada kepentingannya. Kewujudan `ceti' pada ketika itu dianggap sebagai sumber penyelamat terhadap keadaan yang terdesak.

Melihat dari segi keperluan hutang ketika itu ia lebih kepada memenuhi keperluan asas sama ada keperluan peribadi atau keluarga untuk mendapatkan barangan perlu. Jika ada untuk tujuan perniagaan ia merupakan keperluan mendesak dan berdasarkan keupayaan menjelaskan bayaran hutang.

Tetapi masa dan zaman kini telah berubah. Kemudahan dan peluang ini telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak yang mementingkan keuntungan dan kekayaan. Walaupun menggunakan akta yang sama, tetapi aplikasinya amat jauh berbeza.

Hari ini kita boleh lihat hampir setiap hari di dalam akhbar-akhbar utama tempatan terdapat syarikat-syarikat yang mengiklankan kemudahan pinjaman wang secara mudah dan cepat. Di bangunan-bangunan tumpuan orang ramai, di stesen bas dan teksi, di kawasan premis perniagaan, di pondok

53

Page 208: Pengguna Bijak_2

telefon, di tandas awam, di pokok-pokok yang ditanam untuk seni taman atau di mana sahaja tempat orang berkunjung, akan ada iklan tentang kemudahan ini. Perniagaan ini amat menguntungkan walaupun risikonya agak tinggi.

Keperluan pinjaman kini juga berbeza. Selain daripada keperluan peribadi ada juga meminjam untuk keperluan hiburan. Manakala bagi peniaga pula yang mencari jalan mudah, mereka berusaha mendapatkan kemudahan daripada syarikat-syarikat pemberi pinjaman ini untuk survival.

Masalah ini boleh ditangani dengan menumpukan kepada tiga aspek utama. Pertamanya kewujudan syarikat-syarikat pemberi pinjaman perlu diawasi oleh badan pengawal atau pihak berkuasa tertentu. Seperti yang dinyatakan, akta dan peraturan sedia ada yang diguna pakai bagi `perniagaan' ini harus dikaji secara menyeluruh tentang implikasinya.

Perubahan dan pindaan terhadap akta ini amat perlu. Sebagai contoh, aktiviti memberi pinjaman ini juga dibenarkan oleh institusi-institusi lain selain institusi kewangan seperti bank, syarikat kewangan, koperasi, syarikat insurans, institusi kewangan, pembangunan dan agensi-agensi kerajaan.

Tetapi kebanyakan institusi ini masih terikat dengan peranan Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai `badan pemantau' terhadap perjalanan operasi perniagaan institusi dan agensi ini. Kaedah-kaedah pemberian pinjaman seharusnya mempunyai peraturan-peraturan khusus mengenai viability. Sistem ini harus telus dan boleh `diakses' oleh pihak berkuasa.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan akta di bawah perhatiannya mungkin tidak berupaya menangani sepenuhnya dengan `desakan' yang dihadapi dan bidang kuasa yang dimilikinya.

Seperti sistem perbankan dan pinjaman yang diamalkan oleh institusi kewangan dan agensi diawasi sepenuhnya dan telus proses penilaiannya hinggalah kepada pemberian pinjaman. Tetapi bagi `syarikat kredit mudah' yang menggunakan khidmat-khidmat `along' untuk mengutip balik bayaran pinjaman ini tidak mempunyai sistem penilaian yang telus.

Sebagai contoh bagi melayakkan seseorang mendapatkan pinjaman mudah ini, dia mestilah ada kerja, ada buku akaun bank, ada kad ATM yang akan dipegang oleh syarikat kredit mudah, sudah cukup bagi membolehkan mereka memberi pinjaman tunai.

Tidak ada satu sistem `penilaian kredit' yang dilakukan oleh mereka. Pihak berkuasa seharusnya diberi hak untuk menilai proses penilaian yang dilakukan oleh syarikat berkenaan.

Aspek kedua yang perlu diberi perhatian adalah pendidikan pengguna. Peminjam berdasarkan kepada keperluan bukanlah tidak boleh meminjam. Tetapi jumlah pinjaman ini harus diukur dengan kemampuan membayar balik. Keperluan mestilah benar-benar keperluan mutlak dan bukan untuk hiburan.

54

Page 209: Pengguna Bijak_2

Keperluan-keperluan peribadi boleh menggunakan sistem kredit yang disediakan oleh institusi kewangan berlesen seperti kad kredit, overdraf dan lain-lain. Pengurusan tunai peribadi haruslah diberi penekanan. Penggunaan sumber pendapatan berbanding dengan perbelanjaan mestilah berdasarkan kepada formula Y = Ca + by + S. Di mana: Y adalah jumlah pendapatan; Ca adalah jumlah perbelanjaan autonomous yang wajib dibelanjakan secara `tetap'.

Manakala by adalah Marginal Propensity to Consume atau jumlah perubahan terhadap perbelanjaan lain setelah perbelanjaan Ca.

S adalah jumlah simpanan sama ada untuk tujuan pelaburan atau kecemasan sekiranya berlaku. Malah pengurusan tunai ini boleh dijadikan subjek utama di peringkat persekolahan.

Bagi keperluan-keperluan perniagaan, sebaik-baiknya ia boleh mendapatkan kemudahan daripada institusi kewangan atau agensi-agensi kerajaan yang terbabit. Peniaga tidak seharusnya menggunakan jalan mudah mendapatkan wang kerana implikasi kepada perniagaan juga harus diambil kira.

Kajian keupayaan atau kapasiti menjelaskan bayaran balik pinjaman harus dilihat secara menyeluruh.

Sekiranya terdesak kekurangan tunai, cuba menggunakan sumber-sumber `tidak berkos' seperti pembekal, cek-cek tarikh tertunda, berniaga secara tukar barang (barter trade) dan lain-lain lagi. Institusi kewangan seperti Rumah Diskaun atau kemudahan Bill of Discount boleh digunakan untuk mendapatkan pembiayaan jangka pendek.

Aspek ketiga adalah peranan agensi pelaksana program bantuan kecil sama ada awam atau swasta harus cekap dan efisien. Kerajaan melalui pelbagai agensi telah cuba menyediakan bantuan dan kemudahan untuk keperluan peribadi atau perniagaan.

Institusi seperti zakat, baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan yayasan-yayasan boleh memainkan peranan membantu secara `segera' bagi keperluan mendesak peribadi. Tetapi ini haruslah dilihat sebagai `alat membantu' dan bukan pertolongan mutlak.

Skim mikro kredit, jaminan, Skim Amanah Ikhtiar dan lain-lain harus dilihat berperanan sebagai agensi membantu menyelesaikan segera masalah keperluan perniagaan yang mendesak. Cuma sedikit perubahan kepada sistem pemberian pinjaman yang diberikan oleh agensi dan institusi ini perlu dibuat bagi menangani birokrasi dan halangan yang dialami oleh peniaga-peniaga yang mungkin bermasalah.

Kita harus ingat, penawaran khidmat `along' wujud kerana adanya permintaan terhadap `along'. Permintaan khidmat ini wujud kerana masalah bayaran balik pinjaman oleh peminjam. Masalah bayaran balik pinjaman ini wujud kerana ketidakupayaan peminjam menjelaskan bayaran serta kadar faedah yang dikenakan adalah tinggi.

55

Page 210: Pengguna Bijak_2

56

Kadar faedah yang tinggi ini kerana ia dijalankan oleh syarikat yang mementingkan keuntungan mutlak. Keuntungan mutlak menjadi matlamat kerana tidak ada kawalan dan pengawasan terhadap operasi perniagaan mereka oleh pihak berkuasa atau badan pengawal.

Penawaran terhadap perkhidmatan pinjaman mudah ini pula wujud kerana adanya permintaan. Permintaan wujud kerana tiada pilihan lain bagi peminjam. Pilihan lain tidak ada kerana keupayaan dan masalah yang dihadapi oleh peminjam.

Pokoknya keupayaan peminjam di samping kemudahan untuk mendapatkan pinjaman yang disediakan menjadi `akar umbi punca' kepada masalah ini. Sekiranya masalah asas ini dapat ditangani, dijangkakan masalah berkaitan akan dapat ditangani dan dibendung. Secara tidak langsung kita akan melihat perkembangan kredit dalam negara memberi sumbangan yang produktif kepada keluaran dalam negara.

- Othman Chin ialah Pensyarah Kanan, Jabatan Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Sumber : http://www.utusanmalaysia.com.my Tarikh Akses : 20 September 2011

Page 211: Pengguna Bijak_2

Headline: Ibu tunggal harus bijak urus kewangan Publication: HM Date of publication: Aug 20, 2011 Section heading: Main Section Page number: 032

SEBAGAI ibu tunggal, anda mempunyai beban kewangan yang sama seperti orang lain - cuma tiada pasangan untuk berkongsi bebanan seperti pinjaman perumahan, sewa beli, bil, makanan dan perbelanjaan anak yang perlu ditanggung. Keadaan ini amat merumitkan terutama di peringkat awal kerana dahulu anda berkongsi pendapatan dengan suami, tetapi sekarang semua beban terletak di bahu sendiri. Kalau tidak betul caranya, mungkin anda akan mengalami masalah kewangan yang serius dan hidup dalam keadaan tertekan. Sehubungan itu, sebagai ibu tunggal, perancangan kewangan sangat penting kerana ia bakal menentukan masa depan anda dan lebih penting lagi, keluarga iaitu anak-anak yang disayangi. Berikut disenaraikan beberapa petua yang diharap dapat membantu anda mengurus wang dengan lebih bijak: Panduan 1: Buat Bajet Setiap orang, tidak kira sama ada bujang atau sudah berkahwin, perlu merancang bajet bagi pengurusan pendapatan yang lebih baik. Namun, jika anda ibu tunggal, keperluan membuat bajet adalah lebih besar kerana pendapatan yang terhad perlu disalurkan kepada pelbagai perbelanjaan. Ibu tunggal perlu mempunyai perancangan belanjawan seisi rumah dan berdisiplin mematuhi bajet itu. Senaraikan pendapatan anda dan bandingkannya dengan senarai perbelanjaan. Kenal pasti bagaimana anda boleh memastikan pendapatan melebihi perbelanjaan ataupun adalah seimbang. Panduan 2: Buat Konsep 'Bayar Diri Sendiri Dahulu' Apabila membuat bajet, jangan lupa untuk menyediakan peruntukan setiap bulan untuk perancangan tabungan. Perancangan ini ada kala dipanggil sebagai 'membayar diri sendiri dahulu'. Kaedah ini sangat mudah dan berkesan memastikan kewangan anda stabil dan kukuh. Jika anda bekerja makan gaji, potong sebahagian gaji dan masukkan secara automatik ke sebarang produk pelaburan bersesuaian. Kebanyakan majikan susah menyediakan skim potongan gaji automatik, jadi manfaatkan kemudahan ini untuk kesenangan masa depan anda. Bagi yang bekerja sendiri gunakan teknik yang sama, tetapi perlu lebih berdisiplin kerana anda perlu membuat simpanan sendiri setiap bulan secara konsisten. Tabungan ini seelok-eloknya dimasukkan dalam pelaburan kurang berisiko kerana sebagai ibu tunggal, anda sahajalah yang menyara keluarga jadi anda tidak mahu kehilangan wang itu. Panduan 3: Tingkatkan Celik Kewangan Kesilapan terbesar yang mungkin dilakukan wanita ialah kurang ilmu mengenai perkara membabitkan perancangan kewangan. Didiklah diri sendiri dengan menghadiri seminar dan bengkel termasuk yang membincangkan mengenai bijak melabur dan merancang kewangan agar anda berada di landasan yang betul ketika membuat keputusan kewangan. Selain itu, dengan adanya ilmu menguruskan wang, anda tidak akan mudah

1

Page 212: Pengguna Bijak_2

tertipu dengan skim cepat kaya, skim penipuan atau skim pelaburan tidak sah yang berleluasa sekarang ini. Panduan 4: Sediakan Dana Kecemasan Sebagai ibu tunggal, lebih penting bagi anda mempunyai dana kecemasan, iaitu simpanan yang cukup untuk perbelanjaan selama beberapa bulan. Sesetengah pakar kewangan mencadangkan selain tabungan sedia ada, sediakan juga simpanan yang cukup untuk perbelanjaan sekurang-kurangnya tiga bulan. Ini bertujuan menyediakan anda dana yang boleh digunakan jika berlaku sesuatu tidak diingini, umpamanya kehilangan pekerjaan. Laburkan wang ini dalam pelaburan kurang berisiko atau unit amanah yang boleh anda tunaikan dengan mudah. Selain itu, anda juga boleh membeli insurans, terutama insurans kesihatan serta kehilangan upaya dan jika anda sumber utama yang menyara pendidikan anak-anak, pastikan insurans yang diambil mencukupi untuk membiayai pendidikan mereka. Panduan 5: Mulakan Perancangan Persaraan Mahu atau tidak, anda akan bersara atau tidak lagi mampu bekerja suatu hari nanti. Mulakan perancangan persaraan anda dari sekarang dan jangan tunggu sehingga tempoh persaraan sudah dekat. Lagi awal bermula, lagi baik. Wanita patut mengambil kira jangka hayat mereka ketika membuat perancangan persaraan memandangkan ada statistik menyatakan wanita mempunyai jangka hayat lebih panjang daripada lelaki. Panduan 6: Didik anak mengenai wang Sebagai ibu tunggal, tanggungjawab membesar dan mendidik anak bukan mudah, pelbagai halangan terpaksa ditempuhi dan oleh itu, didik anak anda mengenai wang iaitu bagaimana wang boleh menjadikan seorang berjaya, mengajar kita membuat pilihan dan menghalakan kita ke jalan yang salah jika tidak berhati-hati mengendalikannya. Anak-anak kepada ibu tunggal selalu mempunyai perasaan takut memikirkan apa akan jadi kepada mereka jika ibu sudah tiada. Terangkan kepada mereka mengenai perancangan kewangan, pelaburan unit amanah, insurans, harta atau wasiat anda. Semua maklumat ini boleh memberi keyakinan kerana dapat mendidik anak mengenai kepentingan membuat perancangan kewangan untuk masa depan. Kesimpulannya, sebagai ibu tunggal, penting mempunyai perancangan kewangan supaya anda dan anak-anak mempunyai masa depan lebih baik. Jika anda belum lagi mempunyai perancangan kewangan, sekaranglah masanya untuk bermula. Mulakan sekarang! Jangan berlengah lagi demi kepentingan mereka yang tersayang. Artikel ini dibawa oleh (C) Securities Industry Development Corporation. Untuk maklumat lanjut tentang pengurusan kewangan dan pelaburan bijak, layari laman web Pelabur Malaysia (www.min.com.my). Jika anda ingin berkongsi, menerbit atau mengedarkan artikel ini sila e-mel ke: [email protected].

2

Page 213: Pengguna Bijak_2

Headline: Mendidik anak tentang pengurusan kewangan Publication: BH Date of publication: May 25, 2011 Section heading: 1Klassifieds Page number: 023

TIDAK terlalu awal untuk mengajar anak anda tentang pengurusan kewangan. Kebanyakan syarikat kini menjadikan kanak-kanak seawal usia 18 bulan sebagai sasaran untuk memasarkan produk mereka. Didiklah anak anda tentang pengurusan kewangan sebelum syarikat tersebut mengajar mereka untuk berbelanja. Kanakkanak boleh diajar untuk menyimpan duit dalam tabung walaupun sebelum mereka tahu cara untuk mengira duit. Mengajar anak anda tentang pengurusan kewangan dari usia muda dapat membimbing mereka menuju ke arah masa depan yang celik kewangan. Kenali tentang wang Kebanyakan kanak-kanak tidak tahu dari mana datangnya wang. Mereka menganggap wang datang dari bank atau poket ibu bapa mereka. Oleh itu amat penting untuk memberi kefahaman kepada mereka bahawa wang bukan jatuh dari langit. Seseorang itu perlu bekerja untuk mendapatkan gaji. Dengan ini, mereka akan memahami bahawa sukar bagi ibu bapa untuk mendapatkan wang, dan mereka tidak sepatutnya membazir wang. Pada peringkat awal, anda perlu mengajar anak anda tentang duit kertas dan syiling. Biarkan mereka untuk cuba membuat bayaran sendiri semasa membeli barang. Nilai untuk wang Semasa membeli belah, anda boleh menunjukkan kepada anak anda produk sama dengan jenama dan harga yang berlainan. Kira produk yang mana adalah senilai dengan harganya. Terangkan kepada mereka cara untuk membandingkan harga barangan yang berlainan jenama dan di kedai yang berlainan sebelum membeli sesuatu barang. Bawa mereka ke pusat membeli belah untuk membiasakan mereka dengan harga pasaran sesuatu barang. Menetapkan matlamat kewangan Ketahui benda yang anak anda hendak beli. Bantu mereka untuk menetapkan satu matlamat kewangan benda yang mereka hendak beli sekarang (jangka masa pendek) dan juga benda yang mereka hendak beli kemudian (jangka masa panjang). Selepas menetapkan matlamat, bantu mereka untuk memikirkan cara mereka boleh mencapai matlamat mereka seperti menabung. Proses ini bukan sahaja dapat membantu anak anda untuk menguruskan wang mereka dengan baik, tetapi juga dapat memenuhi kepuasan mereka. Ini berlaku semasa mereka mencapai matlamat mereka dengan wang yang mereka simpan. Perbelanjaan

3

Page 214: Pengguna Bijak_2

Ajar anak anda tentang kuasa pembelian mereka, iaitu berapa yang mereka miliki dan berapa yang mereka mampu untuk berbelanja. Biar mereka faham bahawa wang akan habis jika digunakan. Ajar mereka tentang konsep keperluan dan kemahuan, iaitu mereka perlu memahami dan tahu membezakan benda yang mereka betulbetul memerlukan dan benda yang mereka mahu untuk kepuasan diri. Ajar anak anda untuk berbelanja secara bijak dan tidak dipengaruhi oleh media. Berbincang dengan mereka dengan iklan yang mereka tengok. Bincang dengan mereka dakwaan dan gimik iklan tersebut serta benda yang sebenarnya dijualkan oleh syarikat tersebut. Contohnya, serbuk pencuci yang mengatakan baju akan menjadi putih selepas menggunakannya, sebenarnya tidak seputih dalam iklan. Simpanan Berbincang dengan anak cara mereka dapat menyimpan wang dengan: * Menyimpan sebahagian wang daripada wang saku harian mereka. * Mengaitkan simpanan dengan benda yang mereka hendak membeli. Ini akan mendorong mereka untuk menyimpan Tunjukkan kepada anak anda jika dia menyimpan RM1 sehari, maka pada akhir bulan dia akan mempunyai RM30. Berbincang dengan mereka amaun yang mereka perlu simpan daripada duit saku mereka setiap hari untuk mencapai matlamat mereka. Galakkan anak anda dengan menyimpan secara berterusan dengan menambahkan tabung mereka jika mereka menabung untuk suatu jangka masa. Pengalaman simpanan pertama yang baik akan menggalakkan anak anda untuk menyimpan lagi. Membantu yang lain Berbincang dengan anak anda tentang membantu orang lain yang bernasib malang dari segi wang, barangan atau sokongan. Ini boleh dibuat dengan membantu saudaramara atau kawan-kawan yang memerlukan pertolongan. Berkongsi dengan mereka pengalaman seseorang yang pernah membantu anda atau yang anda pernah membantu orang lain. Anda juga boleh membaca berita tentang sesuatu kerja amal yang telah dijalankan oleh sesuatu organisasi atau seseorang. Melibatkan anak anda dalam kewangan keluarga Kadangkala ibu bapa menghadapi kesukaran untuk melarang anak mereka membeli sesuatu barang. Anda hendaklah memberitahu anak anda tentang kedudukan kewangan keluarga dengan menerangkan pendapatan isi rumah dan perbelanjaan bulanan rumah (rumah, kereta, bil-bil, pendidikan). Dengan ini mereka dapat memahami situasi kewangan rumah dan tidak membazirkan duit dengan sesuka hati. Libatkan mereka dalam membuat keputusan membeli sesuatu barangan rumah seperti TV. Mereka akan berasa mereka juga salah satu ahli keluarga yang bertanggungjawab untuk menjaga kewangan keluarga. - Yu Kin Len, Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC)

4

Page 215: Pengguna Bijak_2

Headline: Anak-anak perlu dididik tentang wang Publication: BH Date of publication: Aug 31, 2011 Section heading: 1Klassifieds Page number: 007

ANDA perlulah mendedahkan anak-anak kepada pengurusan kewangan bermula daripada sekarang. Ini dapat membantu dalam mengurangkan jumlah perbelanjaan bulanan anda. Dengan harga barang runcit yang semakin meningkat, anda sememangnya memerlukan bantuan daripada kesemua ahli keluarga dan anak-anak juga tidak terkecuali. Mungkin ada di kalangan ibu bapa yang tertanya-tanya "Perlukah kita mendidik anak-anak mengenai wang?" Untuk menerapkan nilai dan asas yang kukuh pada anak-anak Mahu atau tidak, anda perlu mengakui bahawa pengurusan kewangan adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini di mana semuanya memerlukan duit. Malangnya, ramai di kalangan ibu bapa yang gagal mendidik anak-anak mereka mengenai asas-asas pengurusan kewangan. Ini perlu diubah kerana mendidik anak-anak mengenai wang adalah sama pentingnya dengan mengajar anak mengenai perkara-perkara asas lain seperti memberus gigi, mencuci tangan sebelum makan dan sebagainya. Pengajaran yang paling penting untuk disampaikan kepada anak-anak ialah kepentingan menabung dan mengelakkan pembaziran. Ini perlu dilaksanakan demi kebaikan anda dan juga anak-anak. Duit tidak turun dari langit Mungkin ada anak-anak zaman sekarang tidak menganggap bahawa mendapatkan duit itu satu perkara yang sukar. Semuanya dianggap mudah belaka oleh mereka. Cubalah bayangkan senario yang benar-benar berlaku ini - seorang anak kecil meminta ibunya membelikannya mainan baru tetapi ibunya tidak mempunyai duit yang cukup dalam dompetnya untuk membelikannya mainan tersebut, lalu dia berkata "Mak tak cukup duit nak belikan adik mainan ni". Si anak pula dengan lurusnya menjawab "ATM kan ada. Mak keluarkan je la duit dari mesin ATM tu". Inilah fikiran kanak-kanak zaman sekarang! Menakutkan bukan? Bagi mereka, wang yang dikeluarkan mesin ATM itu tidak ada kesudahannya, dan anda boleh ke mesin ATM pada bila-bila masa sahaja untuk mengeluarkan seberapa banyak wang yang anda mahu. Kanak-kanak akan melalui satu peringkat dalam hidup mereka di mana mereka ingin memiliki pelbagai benda. Mereka mahukan itu, mahukan ini dan macam-macam lagi. Mereka tidak sedar bahawa untuk mendapatkan wang, anda sebagai ibu bapa perlu bekerja keras. Tidak semua yang dihajatkan boleh menjadi milik mereka. Apabila anak-anak sudah sampai ke peringkat ini, sudah tiba masanya untuk anda memberikan mereka pendedahan mengenai pengurusan kewangan. Mendisiplinkan anak anda mengenai wang Salah satu pengajaran yang paling penting dalam usaha anda mendidik anak-anak

5

Page 216: Pengguna Bijak_2

mengenai pengurusan kewangan ialah- anak-anak perlu mengetahui bahawa mereka perlu mempunyai disiplin dalam berbelanja dan menguruskan wang. Ramai di kalangan ibu bapa yang mungkin menggeleng kepala dan mengeluh sambil berkata "Kanak-kanak sekarang bukan macam dulu. Bukan senang nak diajar untuk berdisiplin". Anda boleh berbahas mengenai isu disiplin ini, namun apa yang pasti ialah disiplin itu satu keperluan. Anak-anak perlu mempunyai disiplin, sama ada dalam konteks menyimpan wang dalam akaun simpanan mahupun sekadar dalam tabung di rumah. Ketika anak-anak mengenali perbezaan diantara keperluan dan kehendak serta perlunya menabung, disiplin yang diperolehi dalam usaha mereka menabung dan mengawal diri daripada membazir akan menjadi satu pengajaran yang boleh digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan kelak. Mereka akan berusaha dengan lebih gigih untuk berbelanja mengikut kemampuan diri dan meringankan beban anda. Untuk mengelakkan anak anda daripada menjadi Generasi Hutang (Generation Debt) Ramai anak-anak kita yang masih menuntut di universiti sudahpun mempunyai hutang yang perlu mula dibayar apabila setelah tamat pengajian. Contohnya pinjaman pelajaran. Apa yang dikhuatiri ialah apabila memasukki alam pekerjaan, bukan saja pinjaman pelajaran yang perlu dibayar tetapi ditambah pula dengan hutan kad kredit, pinjaman peribadi dan sebagainya. Jika hutang ini tidak dikawal, mereka mungkin akan dibelenggu hutang untuk tempoh yang lama dan mungkin juga akan melarat sehingga mereka sudah berkeluarga. Oleh itu, bagi mengelakkan anak-anak daripada ditimpa masalah sebegini, anda perlu membimbing mereka mengenai perancangan kewangan sejak dari awal lagi. Untuk menanamkan sifat pemurah dan dermawan pada anak-anak Jika anak-anak anda dapat menguruskan wang dengan lebih baik, mereka akan dapat menabung dan melabur wang yang telah dijimatkan itu. Disamping itu juga, wang lebihan itu boleh digunakan untuk menderma atau menolong kawan atau orang-orang susah. Inilah masanya untuk memberikan anak-anak pendedahan kepada golongan yang kurang bernasib baik agar mereka tahu menilai kepentingan jati diri yang baik dan sentiasa bersyukur dengan segala kemewahan dan kesenangan yang dimiliki. Dengan menggalakkan sikap dermawan dalam diri anak-anak pada usia yang muda, mereka akan membesar sebagai individu yang mempunyai sifat terpuii dan menghargai kesan positif yang dibawa mereka kepada persekitaran dan masyarakat sekeliling. - Securities Industry Development Corporation, 2010

6

Page 217: Pengguna Bijak_2

Headline: Dikit jadi bukit Publication: BH Date of publication: Jul 9, 2011 Section heading: Inspirasi Page number: 005

BAJET juga boleh membantu anda memupuk tabiat menabung. Tanpa pelan tabungan yang teratur, adalah sukar untuk mencapai matlamat kewangan anda seperti membeli rumah atau kereta, melanjutkan pelajaran atau membina dana persaraan. Adalah dicadangkan anda menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan bulanan anda. Malah, lebih baik jika anda boleh meningkatkan tabungan kepada 15 peratus hingga 20 peratus kerana anda akan mempunyai lebih banyak wang untuk masa depan. Disertakan juga beberapa panduan untuk memupuk tabiat menabung yang sesuai diikuti oleh semua lapisan umur. 1. Menabung sebelum berbelanja * Menabung sekurangkurangnya 10 peratus daripada pendapatan anda. * Menabung secara automatik dengan menggunakan skim potongan gaji, auto debit atau cara lain sepertinya. 2. Dorong diri anda dengan menetapkan matlamat kewangan * Tetapkan matlamat yang bermakna dan penting untuk menggalakkan diri anda menabung. Anda juga boleh menetapkan matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang. 3. Jadikan tabiat menabung suatu cabaran * Selepas menabung 10 peratus daripada pendapatan anda, cabar diri anda untuk meningkatkan jumlah tabungan secara beransuransur. 4. Simpan sebahagian `durian runtuh' * Setiap kali anda menerima wang seperti bonus atau hadiah wang tunai, masukkan sebahagian wang itu ke dalam akaun simpanan anda. * Jika anda menerima kenaikan gaji, tingkatkan jumlah tabungan bulanan anda. Menabung untuk kecemasan kewangan DALAM kehidupan seharian, kadangkala kejadian tidak diduga atau kecemasan boleh menyebabkan anda hilang keupayaan untuk mencari pendapatan. Malah, ada kalanya anda mungkin memerlukan jumlah wang yang banyak dalam masa yang singkat untuk menangani masalah itu.

7

Page 218: Pengguna Bijak_2

Lazimnya, tabungan kecemasan digunakan untuk menampung perbelanjaan sekiranya anda kehilangan pekerjaan atau mengalami masalah kesihatan serius dengan tiba-tiba ataupun akibat kos membaiki kerosakan rumah atau kereta. Jika anda atau pasangan kehilangan pekerjaan, semua bil masih perlu dibayar. Dalam keadaan begini, adalah penting bagi anda mempunyai tabungan untuk menanganinya. Sebagai panduan, anda perlu mempunyai simpanan yang boleh menampung perbelanjaan asas anda selama tiga hingga enam bulan. Keadaan akan bertambah buruk jika anda perlu meminjam untuk mengatasi masalah yang timbul itu. Selain menabung untuk tujuan kecemasan, bajet juga boleh membantu anda menabung untuk pembelian atau perkhidmatan yang bernilai besar sambil meningkatkan nilai harta bersih anda. Menambah nilai harta bersih PENYATA nilai harta bersih adalah kad skor kewangan anda yang lazimnya boleh digunakan untuk menilai kedudukan kewangan anda. Ini boleh menjadi titik rujuk semasa membuat sebarang keputusan membabitkan kewangan dan melaporkan harta yang anda miliki (aset) dan tanggungan hutang (liabiliti) hartanah, amanah saham dan saham syarikat. Manakala liabiliti pula merangkumi semua jenis pinjaman - sama ada hutang bank (termasuk hutang kad kredit), hutang keluarga atau kawan dan pembayaran sewa rumah serta bil utiliti. Nilai harta bersih anda boleh ditingkatkan dengan menjejak perbelanjaan melalui penggunaan bajet. Bajet boleh membantu mengawal perbelanjaan anda. Justeru, ia membolehkan anda melabur dan mengumpul aset untuk meningkatkan nilai harta bersih anda. Jadi, kunci untuk meningkatkan nilai harta bersih ialah dengan mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan tabungan. INFO Cara mengira nilai harta bersih anda Langkah 1 - Senaraikan barangan bernilai yang anda miliki * Wang tunai dan yang seumpamanya seperti akuan simpanan tetap dan deposit tetap. * Pelaburan seperti saham, bon dan dana amanah saham. * Dana persaraan seperti KWSP dan akuan persaraan peribadi. * Hartanah seperti rumah, pangsapuri dan tanah. * Kepunyaan peribadi yang boleh dijual seperti barangan kemas, jongkong emas, hasil seni dan barangan antik. Langkah 2 - Jumlahkan aset anda Langkah 3 - Senaraikan hutang anda dengan orang lain. * Pinjaman termasuk pinjaman pendidikan, pinjaman bank dan pinjaman lain. * Baki kad kredit * Cukai perlu dibayar seperti cukai hartanah dan cukai pendapatan. * Hutang kepada saudaramara, kawan dan orang lain. * Baki bayaran ansuran bagi barangan pengguna seperti perabot dan televisyen. Langkah 4 - Jumlahkan liabiliti anda. Langkah 5 - Aset tolak liabiliti. - Sekiranya jawapan adalah positif, tahniah! Anda harus merancang cara menambahkan nilai harta bersih anda. Jika jawapannya negatif, jangan kecewa kerana anda masih boleh mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki keadaan anda. Dipetik dari buku terbitan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Power - Pengurusan Wang Ringgit Anda. (END)

8

Page 219: Pengguna Bijak_2

Headline: Kesedaran menabung rakyat Malaysia masih rendah Publication: BH Date of publication: May 2, 2009 Section heading: Main Section Page number: 018 Byline / Author: Oleh Syed Mazlan Syed Mat Dom

BARU-baru ini saya terbaca laporan akhbar tempatan memaparkan berita mengenai tabiat menabung rakyat Malaysia. Laporan itu dikeluarkan oleh Citi's Financial Quotient (Fin-Q), Citibank Berhad untuk 2008. Soal selidik berkaitan dijalankan pada Oktober tahun lalu, membabitkan seramai 500 orang responden secara dalam talian dan setiap responden ditanya sebanyak 40 soalan berkaitan dengan hal ehwal kewangan peribadi mereka serta tatacara mereka mengendalikan persoalan kewangan masing-masing. Maka terhasil satu laporan yang saya rasa perlu kita semua terutama pihak kerajaan memberikan perhatian khusus. Antara keputusan yang dapat dilihat daripada soal selidik itu adalah bagi 500 orang yang menjawab soalan, 12 peratus mengaku tidak ada menabung langsung pada bulan berkenaan, 34 peratus mengatakan mereka ada menabung antara satu hingga 10 peratus daripada pendapatan bulanan mereka, 28 peratus lagi mengatakan mereka menabung sebanyak 11 hingga 20 peratus. Sementara itu, 15 peratus lagi menjawab mereka menabung sebanyak 21 hingga 30 peratus, enam peratus menyimpan sebanyak 31 hingga 40 peratus, empat peratus menyimpan antara 41 hingga 50 peratus dan hanya satu peratus yang menabung lebih daripada 50 peratus pendapatan bulanannya. Maka, jika kita andaikan pendapatan purata mereka RM2,000 sebulan, bermakna 46 peratus atau hampir separuh daripada 500 orang yang berkenaan mempunyai tabungan bulanan kurang daripada RM200 sebulan. Yang paling membimbangkan kita adalah keadaan apabila sebanyak 12 peratus daripada 500 orang ini iaitu seramai 60 orang, tidak langsung mempunyai sebarang simpanan untuk bulan berkenaan. Ini adalah satu fenomena amat tidak baik, apatah lagi dalam keadaan kita menangani ketidaktentuan keadaan ekonomi semasa dan akan datang. Potensi untuk kehilangan pekerjaan masih ada dan sekiranya berlaku sedemikian, pasti saja akan mendatangkan kesan kepada ekonomi keluarga keseluruhannya. Apa yang dapat saya simpulkan daripada paparan keputusan soal selidik dipaparkan itu adalah betapa perlunya agensi kerajaan memperhebatkan kempen kesedaran untuk berjimat cermat dan juga menggalakkan rakyat untuk memulakan tabiat menabung. Pihak terbabit boleh memaparkan pelbagai kebaikan menabung seperti kegunaannya sebagai simpanan kecemasan keluarga yang boleh membantu masa kesusahan dan juga untuk simpanan sebagai menyusun dan merancang kewangan keluarga bagi

9

Page 220: Pengguna Bijak_2

menempuh masa depan serba mencabar. Kita perlu juga mengakui hakikat bahawa bukan semua orang mempunyai hobi untuk menabung sebegini. Bahkan desakan keperluan hidup yang semakin mendesak dewasa ini juga tidak memungkinkan sesetengah daripada kita mahu belajar untuk menabung. Ungkapan `kais pagi makan pagi kais petang makan petang' adalah perkataan usang tetapi realitinya ia masih lagi berlaku sehingga ke hari ini. Hanya yang berbeza adalah konteks kehadirannya. Di luar, mungkin kita nampak `biasa-biasa' saja tetapi sebenarnya kebanyakan daripada kita mungkin berada di bawah tahap kemampuan untuk menyimpan. Tidak ada lebihan langsung selepas ditolak perbelanjaan isi rumah di setiap bulan. Kini juga kita dapat melihat bagaimana generasi baru zaman celik komputer ini cukup mudah untuk dipengaruhi dan cukup cepat terpengaruh dengan tarikan pelbagai bentuk dan jenis iklan yang kadangkala mereka tumpas dan terjebak ke dalam musibah berbelanja di luar tahap kemampuan sendiri. Meneliti hasil laporan itu juga, didapati masih banyak ruang yang boleh dan perlu diperbaiki. Masyarakat Malaysia hari ini ramai yang bukan financial savvy . Generasi muda hari ini yang diakui celik serba serbinya tetapi mereka belum tentu lagi celik dan pintar dalam merencanakan perancangan kewangan peribadi. Begitu juga dengan generasi yang lainnya. Tidak ada kursus awam yang khusus dan menjurus kepada penggalakkan berjimat cermat dan penabungan dijalankan selama ini yang boleh mendidik masyarakat kita untuk lebih peka serta mahir dalam selok belok percaturan kewangan individu, peribadi mahupun keluarga. Pengharapan simpanan atau tabungan nampaknya sepenuh hati diberikan kepada tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) saja. Jika tiada tabungan itu, adalah tidak mengejutkan bahawa rata-rata warga Malaysia tidak ada duit pada hari tua mereka. Pelaburan kewangan atau pelan persaraan juga tidak banyak disertai. Hanya 28 peratus daripada 500 responden itu mempunyai pelan terperinci yang boleh membantu mereka ketika dan selepas umur bersara nanti. Selebihnya langsung tidak peka, malah langsung tidak mempunyai apa-apa perancangan khusus untuk menempuh hari tua mereka. Satu perkara yang mendorong kepada ketidakpekaan menabung atau mempunyai perancangan kewangan ini adalah kerana ramai daripada warga Malaysia berpendapat tahap kewangan mereka tidak cukup untuk melakukannya. Bagi mereka, hanya yang kaya raya dan berduit saja layak melakukannya, manakala bagi mereka yang berpendapatan biasa-biasa, mereka tidak nampak akan keperluan mendesak untuk turut sama melakukan perancangan kewangan. Inilah yang perlu diperjelaskan oleh kerajaan dalam setiap kempen mengenai kewangan dan tabungannya nanti. Masyarakat perlu dididik dan salah tanggapan ini perlu dikikis sama sekali.

10

Page 221: Pengguna Bijak_2

Laporan itu juga ada menyebut bahawa terdapat empat jenis personaliti boleh disimpulkan daripada keadaan mereka menangani hal ehwal kewangan kendiri. Yang pertama, mereka berusia antara 30 ke 39 tahun, bertungkus lumus di dalam menjana dan mengawal keadaan kewangan masing-masing. Mereka juga didapati tidak puas hati dengan cara kehidupan mereka hari ini. Kumpulan kedua pula adalah generasi muda yang berasa selamat dan berpuas hati dengan keadaan kewangan semasa mereka. Kumpulan ketiga pula adalah mereka berusia 40-an dan ke atas dan 80 peratus daripada mereka amat berpuas hati dengan keadaan kehidupan dan kewangan mereka yang ada. Kumpulan terakhir adalah blur budgeter' iaitu hampir 50 peratus daripada mereka tidak berpuas hati sama sekali dengan corak kehidupan dan keadaan kewangan mereka masa kini. Oleh itu, jika dirujuk kepada kategori yang dipaparkan itu, maka jelas sekali wujud dua kumpulan besar yang harus menjadi sasaran bagi kempen kerajaan untuk menggalakkan tabiat menabung, perbelanjaan berhemah serta perancangan kewangan masa depan ini. Kumpulan sasar itu adalah blur budgeter dan mereka berusia 30-an. Kumpulan ini majoritinya terdiri daripada lelaki dan rata-ratanya bekerja sendiri atau mempunyai perniagaan sendiri. Bagi dua kumpulan yang agak selesa dan tidak perlu diberikan fokus pula adalah terdiri daripada majoritinya golongan wanita yang mempunyai pendapatan atau pekerjaan tetap. Kempen tabiat menabung dan merancang kewangan ini harus dimulakan segera kerana keperluannya diperkuatkan oleh fakta yang didapati daripada soal selidik terbabit yang berjaya membuka minda kita betapa nazak dan daifnya perancangan kewangan individu dan keluarga sebahagian rakyat kita. Masakan tidak, tabungan bulanan yang menjadi rutin kepada warga terdahulu pun tidak mampu untuk kita lakukan hari ini. Itulah hakikat sebenar yang pahit untuk diterima tetapi harus kita semua mengakui akan kebenarannya. Penulis ialah pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Kampus Bandar Raya Johor Bahru (END)

11

Page 222: Pengguna Bijak_2

Headline: RM2,000 tak cukup Publication: BH Date of publication: May 14, 2011 Section heading: Inspirasi Page number: 005 Byline / Author: Oleh Alzahrin Alias

PERANCANGAN kewangan secara berhemah dan kukuh adalah penanda aras dalam menentukan hala tuju kewangan anda, apalagi yang sudah berkeluarga. Malah setiap keluarga mestilah mempunyai perancangan kewangan sendiri kerana tanpa perancangan yang betul, nescaya mengundang pelbagai masalah seperti kesempitan wang, hutang, pinjaman dan pembayaran balik pinjaman secara tidak konsisten. Bagi Pembantu Am Pejabat, Aziz Darus, 40, yang mempunyai lima orang anak berusia di antara enam hingga 12 tahun, menjadi cabaran baginya menguruskan kewangan keluarga dengan berhemah tambahan pula hidup di tengah ibu kota dengan gaji RM2,000 sebulan. Desakan dan tekanan sekeliling memaksanya melakukan kerja sampingan bagi menampung perbelanjaan harian dan simpanan untuk masa depan mereka sekeluarga. Begitu juga dengan isterinya walaupun berstatus suri rumah, namun dia terpaksa melakukan tugasan sampingan sebagai pengasuh kanak-kanak. Aziz berkata, untuk terus hidup di tengah-tengah ibu kota, apa yang paling utama adalah dengan rajin bekerja dan mencari duit. Jika mengharapkan kepada gaji sematamata tidak akan cukup perbelanjaan setiap bulan. "Anak-anak masih bersekolah dan setiap bulan perlu bayar bil, kereta, rumah dan perbelanjaan harian. Jika harap pada gaji tidak cukup tambahan pula anak-anak semakin membesar. "Kita kena bijak mengatur dan rajin bekerja. Ramai kata tak penat ke bekerja sampingan, tapi pada saya sudah biasa kerana kita mencari rezeki yang halal untuk menjaga keluarga," katanya yang melakukan tugas sampingan sebagai penanggah pada majlis rasmi. Walaupun boleh dikatakan lambat membeli rumah, Aziz kini sudah boleh menarik nafas lega kerana perkara asas dalam kehidupan seperti kereta dan rumah sudah mampu dimilikinya. Setiap bulan setiap kali mendapat gaji, perkara utama yang dilakukan adalah mengasingkan di antara keperluan utama dan sampingan. Begitu juga dengan keperluan dapur yang akan dibeli secara borong sekali setiap bulan. "Boleh dikatakan separuh pendapatan saya dan isteri akan digunakan untuk membayar bil, rumah, kereta, simpanan pendidikan anakanak dan simpanan kami untuk masa tua. Selebihnya baru digunakan membeli barangan dapur.

12

Page 223: Pengguna Bijak_2

"Begitu juga duit poket anak-anak. Tiga anak saya bersekolah rendah dan satu sekolah menengah. Setiap bulan hampir RM200 diberi sebagai perbelanjaan harian anak-anak," katanya. Aziz berkata, sudah menjadi tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk mencari nafkah dan dia tidak pernah mengeluh walaupun terpaksa bekerja setiap hari. Apa yang penting baginya adalah pelajaran dan masa depan anakanaknya terjamin. Buat bajet, kenali perbelanjaan PENDAPATAN kecil, keluarga besar ditambah pula hidup di Kuala Lumpur tentunya mencabar. Mari analisis pendapatan dan perbelanjaan Aziz melalui alat kewangan dikenali sebagai bajet mengikut taksiran Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bersama Ketua Hal Ehwal Korporat dan Komunikasinya, Devinder Singh. Seperti yang dilihat dari ilustrasi bajet ini, kita dapati jika Aziz serta isteri tidak membuat kerja sampingan, mereka akan mengalami kekurangan wang di mana Aziz mungkin terpaksa meminjam untuk memenuhi komitmen bulanan keluarganya. Nisbah bayaran bulanan pinjaman iaitu sebanyak RM1,000 (bagi pembayaran rumah dan kereta) adalah 50 peratus daripada pendapatan kasar Aziz. Nisbah ini sangat tinggi dan tidak digalakkan. Berikutan kesedaran Aziz untuk hidup lebih selesa dan sentiasa memiliki baki wang atau lebihan dalam bajet bulanannya, Aziz dan isteri mengambil tindakan betul iaitu membuat kerja sampingan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah. Ini boleh dilihat melalui ilustrasi bajet berkenaan. Dengan adanya pendapatan sampingan, nisbah bayaran bulanan yang ditanggung Aziz hanyalah 30 peratus. Ini suatu peratusan yang baik berbanding dengan peratusan maksimum sebanyak 40 peratus. Melihat dari kes ini, dapat dirumuskan bahawa seseorang perlu tahu membezakan jenis-jenis perbelanjaan. Secara asasnya, ada tiga jenis perbelanjaan iaitu perbelanjaan tetap, berubah dan budi bicara. Perbelanjaan tetap adalah perbelanjaan keperluan hidup dengan jumlah yang sama dibelanjakan setiap bulan. Contohnya, ansuran pinjaman rumah, sewa beli dan premium insuran. Perbelanjaan berubah pula adalah sama seperti perbelanjaan tetap. Bagaimanapun, jumlahnya berubah-ubah seperti makanan, bil utiliti dan pakaian. Manakala perbelanjaan budi bicara pula dibuat mengikut keinginan masing-masing. Ini bukanlah keperluan tetapi sesuatu yang boleh membawa kepada keseronokan. Namun, jika semua itu diambil kira, seseorang masih lagi menghadapi kekangan kewangan. Jadi, tindakan seterusnya ialah meningkatkan pendapatan melalui kerja-kerja sampingan yang boleh mendatangkan pendapatan tambahan.

13

Page 224: Pengguna Bijak_2

Selain itu, setiap individu haruslah membuat bajet peribadi. Ini kerana ia boleh membantu hidup mengikut kemampuan, memupuk tabiat menabung, menyimpan untuk kecemasan dan menambah nilai harta bersih. Pendapatan (A) Gaji - RM2,000 Pendapatan Sampingan - RM500 Pendapatan Pasangan - RM500 Jumlah Pendapatan - RM3,000 Perbelanjaan (B) Makanan - RM750 Pakaian - RM150 Ansuran Rumah - RM600 Ansuran Kereta - RM400 Perbelanjaan Anak - RM200 Petrol dan tol - RM250 Penyelenggaraan - RM100 Simpanan - RM300 Jumlah Perbelanjaan - RM2,750 Lebihan - RM250 (END)

14

Page 225: Pengguna Bijak_2

Headline: Kepentingan menabung untuk hari pesaraan Publication: BH Date of publication: Feb 1, 2011 Section heading: Main Section Page number: 022 Byline / Author: Oleh Shahrizan Salian

SETIAP tahun bekerja, kita semakin menghampiri waktu persaraan. Kita perlu bertanya kepada diri sendiri - adakah akan bersara atas kemahuan sendiri atau terpaksa? Adakah kita perlu bekerja lebih lama daripada yang dijangka kerana tidak mempunyai perancangan persaraan yang baik? Jika anda berada dalam kedudukan kewangan yang baik dan mempunyai kekayaan yang berlebihan, sudahkah anda membuat perancangan bagaimana aset diagihkan nanti? Siri artikel ini bermula tiga minggu lalu dengan membincangkan mengenai isu penting yang mempunyai kesan terhadap kewangan dan perlu dipantau dengan baik. Minggu ini, kita menumpukan perhatian kepada individu yang sudah matang sebagai pencari nafkah dan mempunyai gaji tetap untuk disimpan bagi masa depan keluarga masing-masing. Golongan itu kini sedang bersedia dalam memastikan wang dan aset disimpan kekal nilainya, sama ada untuk diwarisi oleh anak pada kemudian hari atau untuk hari tua masing-masing. Ini adalah ciri-ciri "Wealth Protectors" iaitu bagi zaman Generasi X dan "Baby Boomer" iaitu kategori individu dilahirkan pada 1975 dan sebelumnya. Peringkat penting kehidupan dalam kitaran pengurusan kekayaan yang perlu dihadapi kumpulan ini adalah persaraan. Apabila umur semakin meningkat, masalah kesihatan mula timbul dan kita perlu menjaga kesihatan serta mendapatkan pemeriksaan fizikal secara berkala. Pemeriksaan kewangan pertengahan umur juga perlu dilakukan. Rasanya seolaholah hanya baru semalam saja anda memulakan kerja baru, berusaha membayar sewa dan melobi untuk mendapatkan jawatan yang lebih penting di pejabat lebih besar. Kini, kedudukan kerjaya sudah mantap, berkahwin dan tinggal di rumah yang dicagarkan bersama anak yang akan melanjutkan pendidikan ke peringkat tinggi. Simpanan sepanjang hayat anda akan digunakan yuran pengajian anak anda akan digunakan bagi tujuan berkenaan. Hidup tetap indah tetapi keindahan itu hanya kekal selagi anda mempunyai masa dan tenaga untuk mendapatkan gaji bulanan berkenaan. Sama ada bersedia atau tidak, kita akan bersara pada suatu hari nanti. Tiba masanya, kita semua berharap ia adalah masa untuk berehat dan menikmati kehidupan. Namun, soalan yang kebanyakan kita perlu tanya pada diri masingmasing

15

Page 226: Pengguna Bijak_2

adalah: "Mampukah saya bersara?" Sepanjang hayat, anda sentiasa fikirkan mengenai wang. Pastinya, apabila tiba waktu persaraan nanti, adakah anda juga akan bersara daripada memikirkan mengenai wang? Tidak mempunyai pendapatan tetap menjelang umur persaraan sememangnya akan mengganggu fikiran kita. Kebanyakan orang sentiasa risau mengenai jumlah yang perlu disumbangkan untuk persaraan dan memandangkan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, apakah yang akan terjadi kepada wang simpanan itu dalam lima hingga 10 tahun yang akan datang. Adakah wang itu mencukupi? Hasil kajian menunjukkan bagaimana sistem perancangan persaraan berkanun seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak diselaraskan untuk jangka hayat yang lebih panjang dan ia pastinya tidak akan mencukupi untuk mereka yang bakal bersara antara 20 hingga 30 tahun. Bagaimanakah caranya untuk memastikan kita mempunyai dana yang mencukupi untuk kehidupan selesa atau untuk menghadapi peristiwa di luar jangkaan? Rahsianya adalah ia perlu bermula pada peringkat awal. Seperti mula menyimpan untuk anak pada peringkat awal, anda juga patut mula menabung untuk persaraan sebaik saja mampu melakukannya. Bakal pesara sepatutnya lebih berminat untuk melindungi aset mereka berbanding dengan membuat pelaburan baru. Anda harus berwaspada terhadap produk yang berisiko tinggi. Simpanan tetap warga emas, pelaburan modal dilindungi dan pelan anuiti berisiko rendah adalah beberapa produk persaraan relevan yang dapat membantu memenuhi keperluan persaraan. Dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan peribadi institusi kewangan yang mempunyai reputasi untuk bimbingan dalam penilaian berbanding pilihan lain. Sebagai contoh, bancassurance yang ditawarkan hampir setiap institusi kewangan mempunyai pelbagai rangkaian produk dan perkhidmatan pengurusan kekayaan untuk pelanggan daripada pelbagai kumpulan umur. Anda boleh memilih pelan berkaitan pelaburan, sesuaikan wang yang terkumpul dengan keperluan pendapatan bayar balik, memilih untuk pengeluaran sekali gus atau memastikan perancangan harta pusaka dirangkumkan sekali jika mahu menjaga pengagihan aset kepada yang tersayang. Pilihan itu adalah di bawah Bancassurance yang akan membantu bakal pesara merancang lebih awal. Kuncinya adalah memilih institusi kewangan yang betul, memenuhi dua kriteria utama iaitu yang pertama, mempunyai penasihat terlatih, berkelayakan serta berpengetahuan dan yang kedua mempunyai perkongsian produk strategik dengan pihak mempunyai reputasi dalam industri seperti Prudential dan AIA.

16

Page 227: Pengguna Bijak_2

Anda juga mungkin boleh menimbang untuk memohon perbankan istimewa atau perbankan peribadi yang mengutamakan perkhidmatan dan perhubungan pelanggan selain daripada kemudahan teknologi capaian jauh dan automasi. Akhir sekali, apabila tiba masanya untuk memikirkan mengenai persaraan, ia memastikan apa yang dimiliki itu dilindungi dan dapat menampung kehidupan semasa tempoh rehat. Tidak kira apa pun peringkat kehidupan dan kekayaan, sebuah bank yang baik boleh membimbing anda dalam memilih antara pelbagai pelan persaraan yang ada dan merancang pelan yang benarbenar sesuai untuk mengimbangi antara gaya hidup yang dimahukan dengan kemampuan. Daripada artikel pertama dalam siri ini, mesejnya tetap sama - tidak kira kumpulan umur atau pendapatan, semua orang memerlukan pengurusan kewangan yang baik dan nasihat kewangan yang sesuai sama ada untuk mencapai impian sendiri atau yang tersayang. Untuk mendapat bimbingan, kebebasan dan keyakinan dalam kewangan serta mampu pergi lebih jauh dengan wang, sebuah bank yang mantap dan penasihat kewangan boleh dipercayai adalah persinggahan pertama anda.

17

Page 228: Pengguna Bijak_2

Headline: Manfaat pengurusan kewangan sepanjang hayat Publication: BH Date of publication: Jan 11, 2011 Section heading: Main Section Page number: 022 Byline / Author: Oleh Azli Ayob

TIDAK kira berapa usia anda, pekerjaan yang anda lakukan atau di mana anda bekerja, pemikiran mengenai isu kewangan sentiasa ada dalam benak fikiran, dan ia menjadi teras kepada harapan dan impian serta menjadi asas kepada kita dalam membuat keputusan dan sesuatu tindakan. Apabila usia semakin meningkat, kita melalui fasa kitaran kekayaan yang berbeza. Pada setiap pencapaian utama dalam kehidupan, kita perlu memantau urusan kewangan dengan baik. Kita perlu menguruskan dengan berhati-hati dan mengagihkan sumber kewangan yang ada dengan cara yang baik supaya tidak terjerat dalam keadaan yang terdesak apabila berdepan dengan masalah kewangan. Pembina kekayaan (Generasi Z): Lahir pada 1991 dan selepasnya Jika anda baru menerima gaji pertama, anda mungkin tergolong dalam kumpulan membina kekayaan atau Generasi Z, iaitu terma yang sering digunakan untuk merujuk kepada golongan remaja lewat usia dan orang muda. Pada masa sama, anda mungkin sedang membayar pinjaman pendidikan dan ingin mempunyai wang yang mencukupi untuk percutian hujung tahun bersama rakan ke Bali. Hidup ini menyeronokkan dan menarik. Dunia ini milik anda dan anda mahu menikmati kehidupan dengan sepenuhnya. Walaupun anda mempunyai pekerjaan yang baik, anda mungkin tiada simpanan atau tidak mempunyai jumlah simpanan yang banyak kerana perlu membayar bil dan sewa beli kereta setiap bulan. Perbelanjaan yang tidak dijangka seperti membaiki kereta rosak mungkin akan menggugat kedudukan kewangan anda. Jika anda tidak berhati-hati dengan kewangan anda, anda akan dibebani dengan hutang kad kredit dan pinjaman peribadi. Anda memerlukan nasihat kewangan baik yang dapat membantu anda berhadapan dengan realiti kehidupan sebenar. Tidak ada masa yang terlalu awal untuk mula menabung. Pelan kewangan yang mantap akan membantu anda mengagihkan gaji dengan cara yang baik dan berkesan serta membolehkan simpanan terkumpul secepat mungkin.

18

Page 229: Pengguna Bijak_2

Pelan kewangan juga membolehkan anda merancang untuk sedikit kemewahan tanpa mengabaikan lain-lain komitmen asas. Simpanan awal memastikan anda mempunyai sedikit lebihan untuk diketepikan untuk membiayai perniagaan impian apabila anda mendapat ilham untuk melakukannya suatu hari nanti. Mungkin pelaburan masih terlalu awal bagi generasi ini, maka kami menggalakkan anda untuk mula menabung dan merancang jika ditimpa kesusahan, dan mula membina kekayaan ke arah rancangan pelaburan masa akan datang apabila mereka mempunyai jumlah wang yang mencukupi. Selain itu, satu kelebihan menabung pada peringkat awal usia ialah kuasa pengkompaunan yang dapat memberikan kelebihan untuk menggandakan wang dalam jangka panjang. Pemaksimum Kekayaan (Generasi Y): Lahir antara 1976-1990 Generasi ini terdiri daripada mereka yang telah bekerja untuk beberapa lama serta mempunyai karier yang stabil. Anda mungkin mampu memenuhi keperluan asas anda dan mempunyai simpanan yang ditabung setiap bulan. Anda juga mungkin sedang bersedia untuk perubahan besar dalam kehidupan seperti memulakan kehidupan berkeluarga, membeli sebuah rumah atau merancang kelahiran anak sulung anda. Mereka yang mempu nyai jumlah pendapatan boleh guna yang besar dan simpanan yang lebih banyak juga mungkin mencuba nasib di pasaran saham dan mempunyai impian untuk menjadi seperti Warren Buffett. Anda juga mungkin sedang memikirkan semula tentang kerjaya anda dan mempunyai rancangan perubahan kerjaya, meningkatkan kemahiran anda atau mungkin ingin memulakan perniagaan anda sendiri. Anda memerlukan nasihat kewangan yang baik yang dapat membantu anda berhadapan dengan tanggungjawab baru anda dan melakukan perubahan untuk mencapai impian kerjaya dan aspirasi anda. Kebanyakan orang sering melakukan kesilapan dengan memikirkan bahawa caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cukup untuk menampung kehidupan sepanjang hayat mereka. KWSP hanya membantu pekerja menyimpan sebahagian daripada gaji mereka melalui skim caruman. Tetapi sebagai pelan persaraan, ramai yang tidak sedar bahawa wang yang terkumpul dalam KWSP itu hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencapai umur 50 tahun, yang mana pada masa itu, mereka boleh mengeluarkan sebanyak 30 peratus saja daripada simpanan mereka.

19

Page 230: Pengguna Bijak_2

Bagaimanapun, ahli yang telah mencapai umur 55 tahun atau lebih boleh mengeluarkan keseluruhan jumlah simpanan mereka. Soalan penting yang perlu dipertimbangkan ialah adakah simpanan dalam KWSP itu cukup untuk menampung kehidupan kita selepas bersara nanti? Tahukah anda purata hayat di Malaysia adalah 75 tahun dan mereka yang bersara pada umur 55 tahun perlu menguruskan simpanan KWSP mereka untuk anggaran selama 20 tahun? Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pesara menghabiskan semua wang KWSP mereka dalam masa tiga tahun selepas bersara. Maka, adakah simpanan KWSP saja mencukupi? Apabila tiba masanya, kita akan berhadapan dengan situasi kewangan yang berbeza dan adalah penting untuk kita membina portfolio pelaburan sendiri, memulakan simpanan di peringkat awal dan tidak bergantung pada simpanan KWSP saja. Mempunyai pelan kewangan yang kukuh dapat membantu anda `memiliki semuanya'. Pelan kewangan dapat menunjukkan kepada anda pelaburan mana yang dapat membantu anda menjalani kehidupan yang anda inginkan dan tidak menjadi hamba kepada pekerjaan atau perbelanjaan tetap anda. Pelaburan yang baik dapat membantu anda mencapai persaraan awal dan masih memiliki kedudukan kewangan yang stabil untuk anda dan keluarga. Pelindung Kekayaan (Generasi X dan Baby Boomers): Lahir antara 1965- 1975 dan 1946-1964. Kedua-dua Generasi X dan Baby Boomers seharusnya mula memikirkan mengenai pelan persaraan mereka. Tiada siapa yang mahu bekerja untuk sepanjang hayat. Pelan persaraan mungkin sukar ditentukan. Contohnya, anda patut memastikan yang anda mempunyai cukup dana untuk hidup selesa tanpa perlu bekerja. Pada masa dulu, kebanyakan orang hanya dijangka hidup sehingga usia 60-an. Kini, dengan keadaan kehidupan dan pemakanan yang lebih baik, jangka hayat telah meningkat. Kebanyakan kita dijangka hidup sehingga usia 80-an. Tetapi, sistem pelan persaraan berkanun seperti KWSP mungkin tidak mampu untuk menampung kehidupan mereka sehingga dua puluh atau tiga puluh tahun dalam tempoh persaraan. Anda perlu mendapat nasihat kewangan yang baik bagi membolehkan anda meniti usia emas dengan selesa - merancang untuk keperluan gaya hidup idaman dan bersedia untuk saat-saat kecemasan adalah penting. Pelan anuiti berisiko rendah, simpanan tetap warga emas, menambah jumlah pelan insurans berkaitan pelaburan dan surat wasiat adalah antara cara untuk memastikan

20

Page 231: Pengguna Bijak_2

wang akan terus bertambah dan terjamin apabila tiba masanya untuk memenuhi pelan masa depan anda. Mempunyai pelan persaraan yang baik akan menjamin bahawa anda boleh menikmati tahun-tahun akhir anda bekerja dan mengakhiri kerjaya anda dengan perasaan positif. Sebuah bank yang baik dapat membimbing anda melalui pencapaian utama dalam mengumpulkan kekayaan dan membimbing anda melalui kitaran kekayaan anda. Bank itu akan menyesuaikan produk dan perkhidmatan kewangan dengan keperluan dan kemahuan anda pada setiap fasa kehidupan anda. Artikel ini menekankan kepada keperluan dan kehendak dalam setiap peringkat kitaran kekayaan anda. Pada minggu depan, kita akan berbincang mengenai isu-isu kewangan yang dihadapi oleh Wealth Builders dari Generasi Z.

21

Page 232: Pengguna Bijak_2

Headline: `Biar papa asal bergaya' merugikan diri Publication: BH Date of publication: Sep 23, 2010 Section heading: Sentral Page number: 022

"UKUR baju di badan sendiri". Jika kemampuan seseorang hanya setakat itu, tidak wajar berlagak mewah. Umpamanya, jika orang kaya berkereta, pakaian, aksesori dan memiliki kediaman mewah, mereka juga ingin ikut rentak sama sedangkan kehidupan dan kemampuan ala kadar saja. Hakikatnya jika ingin mengikut perumpamaan `biar papa asal bergaya', tidak akan membawa sebarang keuntungan. Bagi mereka yang gagal mengurus aliran keluar masuk kewangan dengan bijak, melangkaui gaji bulanan diterima, pastinya membawa padah apabila terpaksa berhadapan dengan lambakan hutang pada setiap hujung bulan. Sikap tidak konsisten dalam pengurusan kewangan itu, akhirnya akan memakan diri apabila mereka sendiri terjerut dengan hutang yang semakin menggunung hingga sebilangannya diisytiharkan muflis atas kegagalan membayar semula hutang. Keadaan bertambah parah apabila mereka menggunakan kad kredit, meminjam dengan Along, membuat pinjaman peribadi di bank. Kegagalan mengurus bayaran balik mengikut jadual tidak saja akan terus meningkatkan hutang yang semakin menimbun, tetapi ia umpama gali lubang tutup lubang. Lebih malang, bagi insan pendek fikiran akibat terlalu buntu untuk melangsaikan hutang, mereka terus mengambil jalan mudah dengan membunuh diri. Tindakan itu ternyata tidak membawa sebarang penyelesaian masalah, sebaliknya waris pula akan menanggung bebanan dan malu. Justeru, pengurusan kewangan adalah aspek paling penting dalam melayari kehidupan untuk memastikan tidak menghadapi pada masa depan, khususnya untuk kegunaan ketika berhadapan saat kecemasan dan ketika selepas bersara. Ada jalan penyelesaian terbaik boleh dilakukan mengatasi masalah ini. Antaranya menguruskan kewangan dengan mendapatkan khidmat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). AKPK ternyata mampu meningkatkan daya tahan dan berhemah dari segi pengurusan kewangan dan pengurusan kredit melalui pendidikan kewangan yang komprehensif serta memberi perkhidmatan kaunseling kewangan dan program pengurusan kredit profesional adalah jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah itu. Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Mohamed Akwal Sultan, berkata misi agensi itu ialah menyediakan perkhidmatan pendidikan kewangan dengan memberi kemahiran asas pengurusan wang dan penggunaan kredit.

22

Page 233: Pengguna Bijak_2

Katanya, laporan AKPK mendapati, 90 peratus daripada pengguna di Malaysia sudah mengetahui mengenai kewujudannya dan kadar kunjungannya semakin meningkat sejak dua tahun lalu, terutama ketika negara berhadapan dengan krisis kewangan. "Kegagalan membayar hutang itu disebabkan ramai rakyat tidak menyediakan bajet dalam kehidupan sedangkan ia dianggap aspek penting untuk menentukan hala tuju keluar masuk perbelanjaan seharian. Jika ada buat bajet tetapi tidak melakukan dengan serius. "Misi kami untuk memastikan lebih ramai berpengetahuan dan tahu mengurus kewangan, selain mendapatkan kaunseling mengenai masalah hutang yang dihadapi termasuk membantu berunding dengan institusi perbankan bagi memanjangkan tempoh bayaran. Ini penting untuk mengelak sesuatu hartanah dan sebagainya dilelong," katanya. Objektif APPK adalah untuk memastikan setiap isi rumah terus berdaya tahan dengan menyediakan saluran bagi peminjam individu dan pada masa sama menggalakkan sistem perbankan yang teguh dan mantap dengan memudahkan usaha pembayaran balik hutang dan meminimumkan kes tidak berbayar akibat pengurusan hutang yang kurang cekap. Program yang disediakantermasuk taklimat dan penerangan kepada kumpulan atau individu, strategi Struktur Pendidikan Pengurusan Kewangan Peribadi komprehensif melalui Rangka Tindakan Pendidikan Kewangan AKPK yang menentukan taraf pengetahuan dan pendedahan pengurusan kewangan masa kini dan meningkatkan tahap mendalam mengenainya kepada masyarakat. AKPK juga akan memberikan nasihat dan kaunseling mengenai pengurusan kewangan termasuk bajet kewangan sehingga perbelanjaan serta Program Pengurusan Kredit dengan membantu menyelesaikan masalah pinjaman dengan institusi kewangan yang dikawal Bank Negara Malaysia (BNM) dengan menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman. "AKPK beri perkhidmatan percuma membantu penstrukturan semula pinjaman seperti perumahan, pinjaman kenderaan, peribadi atau baki tertunggak kad kredit daripada penyedia kewangan di bawah BNM," katanya. "Ternyata sejak penubuhan April 2006 yang mempunyai cawangan di seluruh negara itu perancangan pengurusan kredit dapat membantu individu membayar balik pinjaman dan mengendalikan perbelanjaan seharian dengan lebih teratur dan sekali gus berjaya mengurangkan jumlah hutang tidak berbayar sehingga mengelakkan muflis atau harta dilelong," katanya. Sehingga 30 Jun lalu, lebih 126,292 pelanggan mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan hampir 45,336 berjaya dibantu menerusi Program Pengurusan Kredit. "Selain itu, dengan pengetahuan pengurusan kewangan itu, memberi peluang langsaikan hutang dan menabung sebagai persediaan menghadapi perbelanjaan tidak diduga dan selepas persaraan. Oleh itu, kita sentiasa mahu menerapkan amalan pengurusan kewangan berhemat sebagai budaya hidup," tambahnya.

23

Page 234: Pengguna Bijak_2

Berdasarkan sebab utama kegagalan bayaran hutang itu adalah disebabkan terpaksa menanggung kos perbelanjaan yang tinggi untuk perubatan, perancangan kewangan kurang cekap, penggunaan kad kredit di luar kawalan, perniagaan gagal atau kurang berjaya, kehilangan atau pemberhentian kerja, pelaburan yang tidak menguntungkan serta kematian. INFO Langkah dalam perancangan kewangan: * Menilai kedudukan kewangan anda sekarang; * Menetapkan matlamat; * Menyediakan pelan kewangan; * Melaksanakan pelan itu; * Memantau dan menilai semula. Dengan pelan kewangan peribadi anda: * Mempunyai kawalan terhadap hal ehwal kewangan dan berupaya mengelakkan perbelanjaan berlebihan, hutang tidak terurus, kebankrapan atau kebergantungan kepada orang lain. * Mengeratkan lagi hubungan peribadi dengan orang sekeliling dan seperti keluarga anda. kawan dan rakan sekerja kerana anda gembira dengan kehidupan anda dan tidak perlu meminjam wang untuk memenuhi keperluan atau mengharapkan sumbangan daripada orang lain. * Bebas daripada kebimbangan kewangan kerana anda merancang bagi masa depan, menjangka perbelanjaan dan mencapai matlamat peribadi hidup anda. * Menjadi lebih efektif untuk mendapatkan, menggunakan dan melindungi sumber kewangan anda sepanjang hayat, bukan hanya bagi diri sendiri malah bagi mereka yang tersayang. Perancangan kewangan sebagai tabiat positif: * Penting untuk memberikan anda ketenangan fikiran, jaminan masa depan dan kualiti hidup yang lebih baik * Perancangan kewangan sangat perlu untuk mencapai impian dan matlamat hidup anda * Selagi wang boleh memperoleh faedah, nilai wang yang sama pada masa depan. * Adalah penting untuk memulakan simpanan dari sekarang. Lebih awal menyimpan, lebih besar faedah kompaunannya.

24

Page 235: Pengguna Bijak_2

* Anda akan memperoleh lebih faedah jika pelaburan anda mendapat faedah kompaun bulanan berbanding tahunan. * Faedah kompaun bagaikan pedang bermata dua. Jika anda lewat membuat bayaran bagi pinjaman atau hutang kad kredit akhirnya anda terpaksa membayar faedah yang berlebihan. Tanda anda menghadapi masalah kewangan: * Jika anda tidak dapat mengawal perbelanjaan iaitu perbelanjaan melebihi pendapatan. * Jika hutang lebih daripada apa yang boleh anda uruskan. * Anda hanya mampu membayar lima peratus setiap bulan bagi bil kad kredit. * Anda tiada tabungan untuk menghadapi kecemasan peribadi atau keluarga. * Anda mendapat panggilan yang kerap daripada peminta hutang. * Anda mendapat surat saman. * Sumber daripada Celik Wang- Pengurusan Wang Secara Bijak Sebab utama peminjam gagal bayar hutang 26% - Perbelanjaan perubatan yang tinggi 25% - Perancangan kewangan yang kurang cekap 15% - Penggunaan kad kredit diluar kawalan 12% - Perniagaan gagal / kurang berjaya 6% - Lain-lain 2% - Pelaburan yang tidak berjaya 2% - Kematian Lelaki lebih ramai minta bantuan AKPK WANITA terutama yang berkerjaya dan tinggal di bandar besar sering kali dilabelkan sebagai insan suka berbelanja, sanggup memperuntukkan sejumlah pendapatan bulanan membeli pakaian, kasut, kosmetik, aksesori, mengunjungi pusat rawatan dan sebagainya untuk kelihatan lebih bergaya serta berketerampilan. Kehidupan di kota pula memang banyak cabarannya. Setiap langkah akan membabitkan aliran keluar wang, sekiranya tidak bijak mengawal. Dengan perang iklan di merata tempat mengenai sesuatu perkhidmatan, produk, hartanah di akhbar, televisyen dan papan tanda yang memaparkan jualan murah dan harga runtuh menjadikan sesiapa saja yang tidak kuat daya ketahanan diri dalam berbelanja teruja untuk membeli apa

25

Page 236: Pengguna Bijak_2

yang ditawarkan. Bagaimanapun, benarkah golongan Hawa ini berbelanja tinggi? Pandangan itu mungkin ada benarnya kerana masing-masing mempunyai tabiat tersendiri bagi memenuhi keperluan diri. Namun mengikut laporan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dari segi pengurusan kewangan, wanita lebih bijak berbanding lelaki, malah cenderung membuat simpanan untuk persediaan pada masa depan untuk kegunaan pada masa depan. Berdasarkan kes yang diterima, ramai lelaki yang berstatus suami yang datang ke pusat khidmat pelanggan AKPK untuk mendapatkan kaunseling mengurus wang mereka serta nasihat untuk menyelesaikan hutang. Untuk setengah kes, lelaki juga disifatkan berada pada tahap kronik dengan hutang sehingga ada antaranya hampir diisytiharkan muflis. Berdasarkan pembahagian demografi gender, mendapati jumlah wanita yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling jauh lebih rendah, iaitu 13,018 atau 31.7 peratus berbanding lelaki 28,039 atau 68.3 peratus, sepanjang tiga tahun kebelakangan ini. Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Mohamed Akwal Sultan, menjelaskan jika dilihat dari segi umur, mereka berusia antara 30 hingga 40 tahun paling tinggi datang mendapatkan perkhidmatan iaitu 18,147 orang; 40-an (16,598) manakala 20 hingga 30 tahun (6,312). "Dari segi purata gaji, golongan yang berpendapatan antara RM24,000 hingga RM36,000 paling tinggi berhadapan masalah hutang. "Lelaki lebih ramai yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling kerana kegagalan melangsaikan hutang. Kira-kira 30 peratus wanita berusia 30-an yang datang mendapatkan Kaunseling di APPK pula lebih membabitkan hutang kad kredit," katanya. Mohamed Akwal menambah, kesedaran terhadap pengurusan kewangan ratarata masih berada pada tahap rendah dengan tabiat menyimpan belum menjadi budaya secara menyeluruh kalangan masyarakat sehingga ramai kalangan mereka yang berhadapan dengan krisis kewangan akibat kegagalan menguruskan kewangan dengan sistematik. Jelasnya, ramai golongan muda iaitu sekitar 30-an tidak membuat simpanan. Isu hutang yang gagal dilangsaikan itu dianggap masalah yang kerap berlaku kepada masyarakat yang duduk di bandar besar berbanding di bandar kecil atau kampung. "Dengan iklan yang banyak dengan tawaran potongan diskaun hebat dan jualan murah untuk pelbagai jenis barangan, perkhidmatan dan hartanah menjadikan ramai yang ingin berbelanja tanpa melihat sama ada mereka mampu atau tidak membayar balik mengikut perjanjian jual beli ditetapkan. Dalam hal ini, institusi perbankan tidak patut dipersalahkan kerana khidmat mereka diperlukan untuk membantu pembiayaan aliran kewangan seseorang, namun yang tidak bijak mengurus kewangan adalah individu sendiri. "Golongan muda juga tidak mengira batasan gender juga rata-rata tidak mempunyai pengurusan kredit yang bijak," katanya. Amalan menabung sepatutnya bermula sejak

26

Page 237: Pengguna Bijak_2

dari awal mula mendapat gaji pertama supaya ia terus meresap dalam diri. Budaya menabung juga perlu dilakukan setiap bulan sebaik saja mendapat gaji pada akhir bulan dengan membuat simpanan secara automatik ke dalam akaun lain yang susah untuk dikeluarkan. Justeru, tabiat menabung perlu menjadi agenda penting dalam pengurusan kewangan seseorang dengan menetapkan sekurang-kurangnya antara 10 hingga 30 peratus simpanan di akaun lain setiap bulan mengikut kemampuan seseorang. "Simpanan penting kerana ia digunakan pada saat kecemasan dan sebagai penyelamat kepada masalah hutang seperti menggunakan kad kredit," katanya. Mengenai penggunaan kad kredit, seseorang itu perlu kawal penggunaannya dan jika gagal melakukan, mereka perlu hentikan penggunaan atau tidak membuat permohonan lain. Cara terbaik ialah menggunakan kad debit supaya dapat mengawal setiap perbelanjaan dan tidak terikat dengan hutang yang meningkatkan faedah jika tidak dibayar mengikut jadual. Dalam usaha meningkatkan pengetahuan terhadap pengurusan kewangan, AKPK menyediakan beberapa program bagi menggalakkan golongan muda terhadap budaya terbabit. Malah, AKPK mempunyai modul yang diguna pakai oleh 32 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diserapkan dalam Kursus Keusahawanan) sebagai program elektif bagi mendidik generasi muda terhadap kepentingan pengurusan kewangan. "Kita didik generasi yang baru ini sebelum terlewat. Mereka akan keluar bekerja sebaik saja menamatkan pengajian. AKPK akan memberikan kaunseling supaya mengurangkan perbelanjaan dan ubah cara hidup, selain tingkatkan pendapatan sama ada membuat kerja lebih masa atau sebagainya. bagi menampung kehidupan. "Kebanyakan yang datang adalah mereka tidak tahu mengurus kewangan keluar dan masuk. Oleh itu, kami beri kaunseling bagaimana ingin menyediakan bajet yang baik dan jika ada salah kita akan cari jalan terbaik untuk mereka," katanya. Pihaknya akan bantu sediakan pelan pembayaran balik untuk setiap hutang yang dihadapi termasuk berundingdengan pihak bank yang berada di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tempoh bayaran tertentu, iaitu memanjangkan tempoh bayaran balik. Apa yang penting, sentiasalah menerapkan amalan pengurusan kewangan berhemat sebagai budaya hidup. Contoh kes SITI mempunyai tiga kad kredit setiap satu dengan had kredit RM5,000. Dia sedang menghadapi masalah menguruskan kewangan kerana mempunyai hutang kad kredit yang berjumlah RM10,000.

27

Page 238: Pengguna Bijak_2

Dia hanya membuat bayaran minimum sebanyak lima peratus setiap kad. Gaji bulanan Siti ialah RM3,300. Selepas potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perkeso dan cukai, gaji bersih ialah RM2,882. Bagi contoh ini, dianggarkan kadar faedah bagi setiap kad kredit tetap pada 18 peratus setahun, bermakna 1.5 peratus sebulan. Siti bercadang menangani keadaan ini sendiri tanpa membuat apa-apa rundingan dengan bank. tanpa membatalkan kad itu atau memohon pihak ketiga. Pada masa sama Siti juga perlu membuat ansuran kereta RM525, sewa rumah RM650 dan kos sara hidup RM900 sebulan. Baki sebanyak RM300 yang Siti cuba menabung biasanya sebahagian besar diberi kepada ibu bapa. Jumlah tertunggak kad kredit Siti ialah RM10,000 lebih kurang 25.25 peratus daripada pendapatan kasar tahunan beliau sebanyak RM39,600. Peratusan jumlah bayaran minimum daripada gaji bersih bulanan beliau ialah 17.35 peratus. Siti mahu tahu bagaimana ingin menyelesaikan hutang kad kredit. Apakah jalan penyelesaiannya? Pertama Siti harus mengakui hakikat dia seoarang yang boros dan perlu berjimat cermat. Jika tidak ini akan menyebabkan dia menjadi miskin. Kedua, Siti perlu menghentikan penggunaan kad kreditnya; ketiga dia perlu merancang dengan sistematik pelan pembayaran setiap kad kredit dengan menambah lagi amaun bagi setiap bayaran minimum. Dia perlu menjelaskan hutang kad kredit satu persatu, memandangkan dia ada tiga kad kredit.

28

Page 239: Pengguna Bijak_2

Headline: Atur belanja dengan bijak Publication: HM Date of publication: Apr 10, 2008 Section heading: Variasi Page number: 10 Byline / Author: Oleh Noriah Idris

SALAH satu punca berlakunya perceraian adalah apabila ekonomi rumah tangga tidak kukuh. Malah, ia sering menjadi punca berlakunya pergaduhan dalam rumah tangga. Ia bukan disebabkan gaji tidak mencukupi, tetapi ketidakpuasan hati cara pasangan membelanjakan wang gaji, kata Shamsuddin Abdul Kadir. Beliau yang juga perunding kewangan berkata, pasangan yang baru berkahwin perlu memulakan perancangan mengenai gaji yang mereka terima sejak hari pertama mereka diijabkabulkan atau bergelar suami isteri. Saranannya supaya pasangan yang baru mendirikan rumah tangga mendalami ilmu dalam pengurusan wang gaji supaya mereka dapat mengatur perbelanjaan dengan bijak. "Bukan saja peniaga yang terpaksa melalui tempoh sumpahan maut, pasangan baru berkahwin juga perlu memastikan mereka dapat melepasi tempoh lima tahun pertama hidup berumah tangga. "Jika ketua keluarga iaitu suami gagal menunjukkan kebolehan merancang wang dengan betul, sudah pasti isteri tidak lagi menaruh harapan pada suami bagi menjamin masa depan yang selamat," katanya. Untuk memastikan ekonomi keluarga terus mantap, menurutnya, setiap pasangan baru perlu memastikan mereka mengamalkan gaya hidup bersesuaian dengan pendapatan mereka. Menurut Shamsudin, ramai yang menganggap mempelajari kaedah merancang kewangan keluarga adalah tidak penting. "Mereka percaya mengurus kewangan semudah dua campur dua bahagi dua, sedangkan jawapan bagi persoalan matematik itu bukan dua seperti yang mereka sangkakan. "Mengurus kewangan tidak rumit apabila pasangan yang baru berkahwin melengkapkan diri dengan kemahiran dalam kewangan peribadi. "Pasangan yang mempunyai kelulusan dalam bidang perakaunan tidak menjamin dirinya dapat mengurus kewangan peribadi dengan betul. "Akaun syarikat yang dipelajari tidak sama dengan pengurusan akaun wang masuk dan keluar untuk dirinya sendiri. Ini bererti, semua pasangan walaupun berkelulusan dalam bidang perakaunan sekalipun perlu melengkapkan diri dengan selok-belok pengurusan kewangan peribadi," katanya. (END)

29

Page 240: Pengguna Bijak_2

Headline: Manifestasi kegagalan pengurusan kewangan Publication: HM Date of publication: Oct 27, 2007 Section heading: Main Section Page number: 12 Byline / Author: Oleh Muhamad Safar Ahmad

PINJAMAN Ekspres, sungguh mudah dan kelulusan segera." Siapa yang tidak teruja dengan tawaran sebegini, apatah lagi yang kesempitan wang. Bagi yang mempunyai selera `eksotik', tetapi tidak mampu dari segi kewangan, tawaran seumpama itu adalah pilihan paling hampir yang ada. Hakikatnya, paling banyak perkhidmatan pinjaman wang didominasi kumpulan ceti haram atau bahasa mudahnya, along. Seperti semua sedia maklum, meminjam daripada along bukan sesuatu yang mahu kita dengar, apatah lagi terjebak sebagai peminjam, namun kegagalan kita mengekang nafsu berbelanja menyebabkan sesetengah daripada kita tidak mempedulikan bahana yang bakal menimpa. Memang sikap lintah darat, bermulut manis ketika mengumpan pelanggan membuat pinjaman, namun sekali gagal membayar balik pinjaman, ada yang berakhir dengan pertumpahan darah. Itu juga pastinya semua sudah maklum. Bukan sekali dua kita dengar kisah ada peminjam `hilang' berbulan-bulan selepas meminjam daripada along dan yang menanggung beban adalah anak isteri serta keluarga yang setiap hari diganggu dan diugut along. Ada yang dipukul, rumah dicat merah dan dilontar bom petrol, malah ada yang dikurung seperti anjing. Terbaru di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, seorang peniaga dikurung dalam sangkar besi dengan kaki serta tangannya dirantai dalam rumah kedai gara-gara berhutang dengan along. Sama ada kegiatan along itu halal atau haram di sisi undang-undang bukan soalnya, namun sikap orang ramai sendiri yang masih bergantung dengan sistem kredit konvensional itu atas alasan memohon pinjaman daripada institusi sah membabitkan terlalu banyak prosedur dan birokrasi. Kegagalan memenuhi syarat membuat pinjaman daripada institusi terbabit juga menyebabkan khidmat along lebih popular kerana, katanya, along tidak banyak kerenah tanpa menyedari `kerenah' lebih besar menunggu mereka pada masa depan. Di pihak berkuasa berkaitan pula, menangani along bukan tugas mudah. Ia sesuatu yang sangat rumit sama ada dari segi penguatkuasaan akta tertentu, mengumpul bukti seterusnya proses pendakwaan, itupun jika mempunyai kes benar-

30

Page 241: Pengguna Bijak_2

benar kukuh. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut mengakui memang sukar mengambil tindakan terhadap along kerana mereka sering menggunakan alamat palsu, tidak mendaftar selain nombor sukar dihubungi. "Bila kita cuba hubungi syarikat berkenaan, nama mereka tiada dalam senarai didaftarkan secara sah dengan pendaftar syarikat. Keadaan ini menyukarkan kementerian mengambil tindakan. "Bagaimanapun, ada kes yang sudah dikenal pasti dan polis sudah menjalankan siasatan," kata Setiausaha Parlimen kementerian itu, Dr S Subramaniam. Perangkaan tidak rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sekurang-kurangnya 3,000 pemberi pinjaman wang tidak berlesen masih bebas beroperasi di seluruh negara ketika ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff, pula menyatakan tiada rekod mengenai jumlah sebenar along di Malaysia. Polis, katanya, percaya kemungkinan besar bilangan mereka tidak kurang daripada pemberi pinjaman wang yang berdaftar. Beliau berkata, hingga kini hanya 3,100 syarikat diberikan lesen menjalankan urusan pinjaman wang di seluruh negara, manakala selebihnya dikenal pasti beroperasi secara haram. Bagi Pengarah Komunikasi, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, cadangan PDRM agar along dikenakan tindakan perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan. Langkah berkenaan satu usaha membanteras kegiatan ceti haram kerana tiada peminjam tiadalah along. Kesukaran mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap along yang sebahagiannya berlindung di sebalik syarikat pemberi pinjam wang berlesen perlu diatasi. Apatah lagi peminjam menggunakan khidmat along sedia maklum mengenai kadar faedah tinggi dikenakan, di samping tindakan yang bakal diambil jika gagal menjelaskan pinjaman berkenaan. Pihak berkuasa perlu terus memantau dan mengambil tindakan. Ini termasuk pemantauan terhadap syarikat pemberi pinjaman wang berlesen yang turut beroperasi seperti ceti haram. Menurut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, kadar faedah yang boleh dikenakan adalah 12 peratus setahun bagi pinjaman berjamin atau 18 peratus setahun bagi pinjaman tanpa jaminan. Sebagai penyelesaiannya, Fomca mencadangkan agar syarikat kewangan, koperasi

31

Page 242: Pengguna Bijak_2

atau badan tertentu seperti Bank Islam, Bank Rakyat dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) mewujudkan tabung pinjaman tanpa faedah atau Qardhul Hassan untuk membantu golongan terdesak yang memerlukan wang. Bagi memastikan pemberian lesen dan penguat kuasa terhadap pemberi pinjaman berlesen dilakukan secara terkawal, Fomca mencadangkan agar Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang kini di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dipindahkan kepada Kementerian Kewangan atau disepadukan di bawah akta baru yang perlu diwujudkan iaitu Akta Kredit Pengguna. Mungkin cadangan Fomca ini boleh dilaksanakan, namun kita perlu menilai beberapa kemungkinan yang bakal berlaku. Sebagai contoh, lihat saja apa yang berlaku kepada peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) beberapa tahun lalu yang sebahagiannya dikatakan menyalahgunakan pinjaman yang dikhususkan untuk mengembangkan perniagaan itu untuk kegunaan peribadi. Masalah orang kita ialah mereka sukar mengawal diri jika berdepan dengan sejumlah wang yang besar. (END)

32

Page 243: Pengguna Bijak_2

Headline: Jana kewangan keluarga Publication: HM Date of publication: Dec 6, 2007 Section heading: Variasi Page number: 13 Byline / Author: Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

"DUIT mungkin bukan segala-galanya yang diperlukan dalam hidup ini tetapi ia penting untuk kita membeli sesuatu dan mendapatkan yang terbaik untuk keluarga. "Namun, untuk mendapatkan duit, selain duduk saja di rumah tanpa melakukan sesuatu, wanita boleh menceburi perniagaan yang dimulakan secara kecil-kecilan bagi menjana ekonomi keluarga," kata perunding motivasi, Dr Irene Au Tugiano. Menurutnya, pembabitan wanita amat diperlukan untuk memajukan ekonomi negara kerana mereka dapat membantu menjana dan mengukuhkan kewangan keluarga. Perubahan gaya hidup terkini menyaksikan wanita hari ini tidak boleh duduk diam tanpa melakukan apaapa kerana pelbagai bidang terbuka luas untuk diteroka. "Untuk memulakan perniagaan, memadailah jika bermula secara kecil-kecilan dari rumah kerana apa yang penting ilmu untuk memulakan sesuatu perniagaan. "Wanita perlu ada keyakinan diri, menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan dan cara untuk mengembangkan sesuatu idea untuk menjana kewangan keluarga," katanya ketika ditemui di ibu negara, baru-baru ini. Sehubungan itu, Dr Irene berkata, dia bergabung tenaga dengan Timbalan Presiden 7 Heavens, Anita Harman yang berpengalaman luas dalam bidang komunikasi dan perunding pengurusan majlis serta pakar Internet dan laman web, Lilian Thien, untuk mengadakan tiga siri seminar bertajuk `Siri Seminar Mencipta Kekayaan dan Perubahan Gaya Hidup Masyarakat Malaysia' bagi membimbing wanita yang berminat menjana pendapatan sendiri. "Wanita kini tidak boleh terlalu bergantung kepada orang lain untuk memajukan diri sendiri dan keluarga. "Melalui siri seminar ini, kami akan membimbing wanita yang benar-benar berminat untuk menjana pendapatan sendiri. Selain motivasi, seminar berkenaan turut memberi panduan kepada peserta termasuk bimbingan pilihan bidang perniagaan yang sesuai, pemasaran, pembinaan dan pembangunan imej diri serta aplikasi internet. "Kita menyedari ramai wanita yang berminat untuk menceburi perniagaan tetapi mereka tidak mendapat tunjuk ajar dan sokongan yang diperlukan. Akhirnya, impian mereka terhenti di tengah jalan. "Namun, dengan pendedahan yang akan diperoleh menerusi seminar berkenaan, peserta tidak lagi ragu-ragu dan bersedia untuk melangkah ke depan bagi merebut peluang yang ada," katanya.

33

Page 244: Pengguna Bijak_2

Seminar terbabit akan diadakan pada 10, 12 dan 15 Disember ini di Menara Kek Seng, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. "Penyertaan peserta disasarkan kepada wanita tetapi lelaki yang berminat, boleh turut memohon menyertainya. Seminar berkenaan diadakan secara percuma serta eksklusif dan terhad kepada kumpulan seramai 10 hingga 12 peserta yang benar-benar berminat saja," katanya. Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 019-6404388/012-2349935 atau emel kepada [email protected]. (END)

34

Page 245: Pengguna Bijak_2

Headline: Merungkai belenggu hutang Publication: HM Date of publication: Dec 22, 2007 Section heading: Main Section Page number: 12 Byline / Author: Oleh Muhamad Safar Ahmad

SETIAP bulan, kira-kira 1,600 individu tampil di Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan bagi menyelesaikan masalah hutang mereka. Perkembangan mutakhir ini menyaksikan peningkatan mendadak angka mereka yang mendapatkan bantuan agensi berkenaan sejak diperkenalkan Bank Negara 18 bulan lalu. Daripada angka itu, 25 peratus daripada mereka mendapatkan bantuan di bawah Program Pengurusan Hutang bagi membolehkan agensi itu mengadakan rundingan dengan institusi kewangan berkaitan untuk skim pembayaran semula pinjaman mereka. Tahun lalu, seramai 6,837 individu mendapatkan bantuan agensi itu, bagaimanapun angka itu meningkat tiga kali ganda kepada 20,853 individu sehingga Oktober tahun ini. Faktanya, jumlah berkenaan tidak mewakili angka sebenar mereka yang berdepan dengan krisis pengurusan kewangan dan masalah hutang kerana sudah pasti jumlah itu jauh lebih besar. Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Mohamed Akwal Sultan, percaya ramai peminjam berdepan masalah berikutan kurangnya pengetahuan mengenai aspek pengurusan kewangan mereka. "Kebanyakan mereka yang datang mendapatkan khidmat kami adalah mereka yang sudah tidak mampu menguruskan hutang yang sebahagian besar dari Lembah Klang dalam lingkungan usia antara 30-an dan 40-an. "Secara umum, pada usia ini kos sara hidup mereka meningkat berikutan komitmen untuk keluarga dan pembelian rumah," katanya. Faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah itu termasuk penggunaan kad kredit tanpa kawalan dan perancangan kewangan kurang bijak. Ramai golongan muda berdepan masalah kewangan berpunca daripada sikap mereka sendiri. Gaya hidup moden dan sikap tidak mahu 'ketinggalan' atau dipandang rendah menyebabkan ramai kecundang dan menjadi buruan institusi kewangan atau bank. AKPK mungkin dilihat sebagai `klinik' untuk merawat mereka yang dibebani hutang tidak berbayar yang bertimbun. Pada dasarnya, memang matlamat agensi itu untuk membantu membuka laluan mudah

35

Page 246: Pengguna Bijak_2

bagi melangsaikan hutang tertunggak pelanggan. Selain itu, menjadi matlamat AKPK untuk mendidik rakyat Malaysia supaya berhemah dalam menguruskan kewangan dan secara proaktif dapat mengelak daripada bebanan hutang yang tidak dikawal. Namun, ada yang tidak memanfaatkan niat murni agensi itu memberikan khidmat secara percuma kepada pelanggan apabila mereka masih gagal menyelesaikan masalah mereka. Buktinya, daripada sejumlah 3,500 permohonan menerusi AKPK yang diluluskan itu, lebih 200 individu terpaksa dikeluarkan daripada program itu dengan pinjaman berjumlah lebih RM40 juta. Antara punca mereka digugurkan termasuk gagal membuat bayaran seperti ditetapkan bank selepas pinjaman distruktur semula, hilang pekerjaan atau peminjam gagal untuk dihubungi. Fungsi AKPK sewajarnya tidak dilihat sekadar jalan keluar daripada kemelut kewangan tetapi lebih penting sebagai ejen pendidik bagi golongan muda dan pelajar yang belum terjebak dalam masalah kewangan. Seorang kaunselor kredit dan pakar pengurusan kewangan Barat, Mike Schiano, berkata pengurusan hutang perlu dibuat secara bijak dengan pinjaman yang mempunyai kadar faedah tinggi perlu diberi keutamaan. Selain itu, katanya, peminjam perlu mengelakkan membuat bayaran pinjaman terutama kad kredit pada kadar minimum kerana kadar faedah akan meningkat lebih tinggi menyebabkan pinjaman mengambil masa lama untuk dilangsaikan. "Bagi remaja yang memegang kad kredit, ibu bapa perlu memantau perbelanjaan anak mereka dan membuat kawalan ketat," kata Schiano. Ilmu pengurusan kewangan sewajarnya dipupuk di peringkat kanak-kanak supaya mereka memiliki kemahiran dalam pengurusan sumber berkenaan. Amalan menabung dan berjimat sebenarnya perlu diberi perhatian ibu bapa sejak kanak-kanak berada di usia bertatih. Timbalan Pengarah Credit Action, sebuah konsultan pengurusan kewangan di United Kingdom, Chris Tapp, berpendapat mata pelajaran berkaitan aspek pengurusan kewangan wajar dimasukkan dalam sukatan pelajaran di sekolah. "Ketika ini pelajar kurang didedahkan dengan pengetahuan berkenaan menyebabkan mereka berdepan dilema hutang yang banyak apabila menempuh alam pekerjaan," katanya. Mempunyai latar belakang keluarga berada bukan alasan untuk kita memanjakan anak dengan wang ringgit sehingga pada satu tahap mereka menjadi manusia tidak tahu menghargai kesenangan.

36

Page 247: Pengguna Bijak_2

Jika ini berlaku, ia akan mendatangkan masalah besar apabila mereka dewasa dan mula berdikari. Pada tahap ini, mereka sukar membentuk disiplin dalam pengurusan kewangan yang akhirnya akan menjerumuskan mereka ke dalam kemelut lebih rumit. (END)

37

Page 248: Pengguna Bijak_2

Headline: Rancang kewangan dari awal usia Publication: HM Date of publication: Apr 26, 2005 Section heading: Main Section Page number: 28 Byline / Author: Oleh Ahmad Nazri Mohamad

PADA tahun ini, rakyat Negeri Sembilan bertuah kerana Seremban terpilih sebagai lokasi penganjuran Minggu Saham Amanah (MSAM) 2005. "Seluruh rakyat Negeri Sembilan serta masyarakat berhampiran seharusnya mengambil peluang untuk mengunjungi dan menimba pengalaman sepanjang acara selama seminggu," begitulah ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Perdana Menteri yang merasmikan MSAM 2005 pada 20 April lalu, menaruh harapan tinggi terhadap rakyat Malaysia terutama penduduk Negeri Sembilan untuk menjadi pelabur yang bijak. Bersesuaian dengan tema MSAM tahun ini, `Pilihan Pelabur Bijak', rakyat didedahkan dengan pelbagai dana pelaburan yang boleh dimanfaatkan masyarakat semua peringkat umur dan taraf hidup. Sejak seminggu berlangsungnya MSAM 2005, ribuan pengunjung yang membanjiri Dewan Pameran, meninjau dari setiap ruang pameran dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Kunjungan masyarakat berbilang kaum dan pelbagai peringkat umur itu ternyata tidak sia-sia apabila rakyat semakin memahami kepentingan dan manfaat setiap pelaburan. Apa lagi pelaburan yang dibuat berbentuk dana unit amanah yang berisiko rendah dan menjanjikan pulangan pada masa depan. Jika dulu orang kampung masih tidak memahami saham amanah, selepas mengunjungi MSAM, petani dan nelayan mula sedar betapa pentingnya melaburkan wang. Mereka semakin faham, kelebihan membuat pelaburan berbanding hanya sekadar menyimpan duit di bank. Pelbagai skim saham amanah harga tetap seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Malaysia, Amanah Saham Didik, Amanah Saham Wawasan 2020 dan saham amanah berubah-ubah seperti Amanah Saham Gemilang dan Amanah Saham Nasional memberi pulangan yang lebih lumayan berbanding memasukkan wang ke akaun simpanan. Bagi golongan remaja terutama pelajar, MSAM 2005 berjaya menyuntik pengetahuan mengenai kepentingan merancang kewangan masa depan dengan memulakan langkah dari peringkat awal usia. Kuiz dan pertandingan yang dianjurkan sepanjang minggu saham bukan sekadar memberi keseronokan, ia menguji kefahaman dan mencetuskan minat dan azam remaja untuk menceburi dunia pelaburan.

38

Page 249: Pengguna Bijak_2

Ibu bapa yang pentingkan jaminan kewangan keluarga dan pendidikan anak, mendapat peluang terbaik untuk mempertingkatkan pengetahuan dan menyertai pelbagai skim takaful yang turut serta dalam program MSAM. Bagi pengunjung yang sudah mempunyai kehidupan yang stabil dan memiliki harta, Amanah Raya Berhad (ARB) menyediakan perkhidmatan pengurusan harta pusaka dan wasiat. Bagi masyarakat yang sudah sedia melabur dalam pelbagai dana unit saham amanah pula, mereka boleh menyaksikan sendiri bagaimana PNB memanfaatkan wang yang dilaburkan. Pelbagai syarikat yang menyertai MSAM 2005 adalah anak syarikat dan syarikat di mana PNB melaburkan wang yang dikumpulkan daripada rakyat. Hasil pelaburan PNB itulah yang telah digunakan untuk membayar dividen dan bonus berjumlah RM46 bilion kepada 8.2 juta pemegang sahamnya sejak 25 tahun yang lalu. Pengerusi PNB, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid ada menjelaskan bahawa PNB memainkan peranannya dalam bidang mewujudkan kekayaan bagi pelabur Bumiputera dan bukan Bumiputera melalui pemilikan ekuiti dalam beberapa syarikat pelaburan. "Alhamdulillah, setakat ini PNB bukan saja mampu meningkatkan pegangan pelaburan dalam syarikat berkenaan. "Malah, PNB berjaya menambah nilai pelaburan menerusi penstrukturan semula beberapa syarikat dalam sektor perladangan, hartanah, insurans, kewangan, pelabuhan dan perolehan jumlah saham yang besar dalam syarikat CCM dan Bank Islam," katanya. Menurut beliau, pelaburan PNB dalam pelbagai sektor itu menjadikan kedudukan ekonomi Bumiputera lebih seimbang dengan bukan Bumiputera selaras dengan prinsip Islam Hadari Kelima iaitu pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif. Sehingga kini PNB berjaya mengumpulkan lebih 49.8 bilion unit saham daripada 8.2 juta pemegang unitnya hingga memberi penguasaan PNB sebanyak 42 peratus bagi industri unit amanah negara. Bumiputera menjadi pemegang unit paling tinggi dengan 7.5 juta pelabur dengan 45.4 bilion unit saham amanah. Secara keseluruhannya, MSAM 2005 berjaya mewujudkan satu gerakan cetusan kesedaran kepada masyarakat Malaysia mengenai pelaburan saham amanah. Bak kata Perdana Menteri, MSAM adalah landasan pendidikan bersepadu dalam usaha menjalinkan hubungan antara kumpulan PNB dan pelabur, serta memanfaatkan masyarakat keseluruhannya. "Saya berharap orang ramai akan mengambil manfaat daripada pelbagai acara yang dianjurkan sempena MSAM 2005 ini untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan pelaburan.

39

Page 250: Pengguna Bijak_2

"Di samping itu, saya turut berharap saudara saudari sekelian akan turut menyertai aktiviti pendidikan yang dilaksanakan ke arah merealisasikan matlamat melahirkan masyarakat celik pelaburan dan bijak merancang kewangan," kata beliau. (END)

40

Page 251: Pengguna Bijak_2

Headline: Kewangan terancang jamin masa depan Publication: BH Date of publication: Nov 29, 2004 Section heading: Ekonomi Page number: 01

DALAM siri 10 bahagian rencana yang akan disiarkan pada setiap Isnin, AIA akan memperkenalkan beberapa subjek biasa dalam insurans dan perancangan kewangan dalam format yang mudah difahami. Rencana ini memperkenalkan kepentingan perancangan kewangan. HAFIDZ ialah seorang jurutera berusia 50 tahun. Beliau sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang cahaya mata. Malangnya, keluarga Hafidz mempunyai sejarah penyakit berkaitan jantung dan beliau sendiri diserang penyakit jantung. Sejak itu, kehidupannya benar-benar berubah. Beliau dimasukkan ke hospital untuk jangka masa yang lama dan akhirnya terpaksa berhenti kerja bagi menjalani hidup kurang tekanan dan pemulihan di rumah. Mujurlah hasil daripada pandangan jauh dan perancangan awal, beliau telah membeli satu polisi insurans komprehensif 20 tahun dulu. Perlindungan insurans itu membolehkannya menjelaskan kos rawatan hospital, disamping menerima bayaran tahunan bagi menggantikan pendapatannya. Bayaran itu akan dapat menampung perbelanjaan sara hidup untuk tempoh beberapa tahun akan datang. Lama-kelamaan, beliau barangkali akan dapat menyesuaikan diri dengan situasi dan keadaan kesihatannya dan bekerja di rumah. Hafidz juga memiliki portfolio pelaburan komprehensif yang sepatutnya dapat menampung hidupnya dengan selesa sepanjang tahun persaraannya. Walaupun tidak lama lagi seorang anaknya akan memasuki universiti dan seorang lagi ke kolej, beliau tidak perlu bimbang kerana dana pendidikan mereka akan matang dalam masa beberapa bulan saja lagi. Pandangan jauh Hafidz memang mengagumkan. Kita sepatutnya mencontohi sikapnya yang sentiasa bersedia membuat rancangan kewangan secukupnya demi masa depan. Apa itu perancangan kewangan? Pada zaman ini, jaminan kewangan bukan sekadar memperoleh pendapatan yang mencukupi. Menguruskan sumber kewangan adalah perlu jika mahu mencapai kejayaan dan jaminan kewangan. Perancangan kewangan adalah proses membuat keputusan berterusan bagi mendapatkan, melindungi dan memelihara sumber kewangan sepanjang hidup anda. Perancangan kewangan bermaksud membentuk dan melaksanakan rancangan bagi mencapai matlamat dan objektif kewangan yang telah ditentukan. Matlamat dan objektif anda

41

Page 252: Pengguna Bijak_2

Matlamat kewangan adalah gambaran umum dan luas apa yang ingin dicapai menerusi sumber kewangan anda. Satu contoh matlamat kewangan ialah menghantar anak anda belajar di institusi pengajian tinggi. Objektif kewangan adalah unsur yang lebih khusus jangka masa yang lebih pendek. Misalnya, memasukkan RM1,000 dalam Dana XYZ untuk pendidikan tinggi anak anda adalah satu objektif kewangan. Bagaimana saya hendak merancang? Proses kewangan adalah mengenal pasti matlamat dan objektif kewangan jangka pendek dan panjang; menjangka perubahan hidup dan kos berkaitan dengan perubahan itu; menganalisis situasi semasa berbanding matlamat dan objektif tertentu, dan keperluan masa depan; serta membentuk rancangan yang akan membantu mematuhi matlamat dan objektif kewangan anda. Rancangan Kewangan terdiri daripada: * Perancangan Estet * Perancangan Insurans * Perancangan Pelaburan * Perancangan Kewangan Persendirian * Perancangan Gaya Hidup * Perancangan Cukai * Pengurusan Hutang * Perancangan Persaraan Mengapa Perancangan Kewangan Penting? Kehidupan kita ibarat satu perniagaan. Setiap perniagaan memerlukan rancangan kewangan mantap untuk berdaya maju. Begitu juga pendekatan yang sistematik dalam menguruskan hal ehwal kewangan persendirian dan isi rumah adalah perlu bagi kelangsungan hidup. Merancang sumber kewangan membolehkan anda mengawal situasi kewangan dan menjamin masa depan. Ia bagi memastikan setiap hasil daripada titik peluh dibelanjakan untuk perkara yang benar-benar anda mahukan dalam hidup. Perancangan adalah satu petanda yang anda telah menerima tanggungjawab ke atas masa depan kewangan anda sendiri. Meskipun anda mungkin mendapatkan maklumat daripada sumber lain, keputusan terakhir terletak di tangan anda. A. Membina rizab tabungan anda

42

Page 253: Pengguna Bijak_2

Tanpa rancangan sedemikian, kemungkinan besar anda akan memasukkan semua wang dalam tabungan. Bagi kebanyakan orang, tabungan terkumpul dengan cara itu akan menambah secara perlahan atau tiada langsung, melainkan ada perancangan tertentu. Pakar kewangan menyarankan supaya menabung sekurang- kurangnya 10 peratus daripada pendapatan kasar. B. Persediaan untuk menghadapi perubahan Pada zaman ini tiada apa yang pasti. Perubahan pasti berlaku. Menyedari perubahan akan memerlukan pelarasan kepada kewangan anda dan dengan membuat persediaan menghadapi kemungkinan itu dalam rancangan kewangan, maka sebarang beban kewangan yang tidak diduga dapat diringankan. Rancangan kewangan juga dapat mengurangkan kerisauan dan ketidaktentuan kerana anda akan berasa selamat dan terjamin kerana tahu anda telah melakukan terbaik sebagai persediaan menghadapi masa depan. C. Mempertingkatkan komunikasi dan mengeratkan hubungan kekeluargaan Proses perancangan kewangan memerlukan ahli isi rumah membincangkan matlamat individu dan kumpulan, menentukan keutamaan dan mempertimbangkan akibat tindakan yang diambil. Ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan mewujudkan hubungan yang lebih stabil. D. Meningkatkan kemampuan berbelanja anda Dengan perancangan yang betul, anda tidak perlu berasa bimbang apabila membeli barang keperluan atau barang mewah. Kebanyakan daripada kita cenderung untuk membelanjakan pendapatan masa depan. Ini menimbulkan tekanan kewangan apabila kekurangan wang untuk perbelanjaan utama, seperti pembayaran balik pinjaman rumah, ansuran kereta atau yuran pengajian anak. Satu-satunya cara yang boleh meningkatkan kemampuan berbelanja kita ialah dengan merancang terlebih dulu supaya kita mempunyai wang untuk menghadapi semua situasi, sama ada bercuti, membeli kereta yang lebih besar ataupun membayar bil perubatan. Bagaimana sekiranya saya tidak merancang kewangan saya? Berikut adalah akibat tidak merancang kewangan anda: * Tanggungan dan pemilikan tidak dilindungi secukupnya daripada risiko seperti kematian dan pengangguran. * Matlamat dan objektif kewangan tidak tercapai kerana wang tidak diperuntukkan secara rutin untuknya atau tiada matlamat kewangan dan ini menjadikan matlamat jangka panjang seperti tidak dapat dicapai. * Sumber menjadi sia-sia kerana tiada perancangan dan bermakna keputusan harian

43

Page 254: Pengguna Bijak_2

mungkin dibuat tanpa memikirkan masa depan. * Pembayaran cukai pendapatan dan estet yang lebih tinggi yang mungkin dapat dielakkan sekiranya perancangan kewangan dibuat lebih awal. * Seseorang itu mungkin tidak dapat mencapai matlamatnya dalam hidup! Ingatlah: Perancangan adalah 80 peratus daripada Hasilnya! (END)

44

Page 255: Pengguna Bijak_2

Headline: Kegawatan tuntut rakyat bijak berbelanja Publication: BH Date of publication: Feb 20, 2009 Section heading: Main Section Page number: 24

APAKAH kita sudah bersedia mengharungi kesan kemelesetan ekonomi global yang diramal hanya akan pulih selepas 2010? Ternyata kita belum bersedia, malah hasil kaji selidik terbaru Citibank Bhd menunjukkan rakyat Malaysia belum bersedia dari segi kewangan jika berlaku kehilangan punca pendapatan atau diberhentikan kerja ekoran kegawatan ekonomi kerana kurang menabung. Kajian itu juga mendapati hanya dua daripada lima individu atau 39 peratus rakyat negara ini yang menabung, manakala kurang satu daripada tiga individu atau 28 peratus merangka bajet bulanan dan mematuhinya. Hasil kajian itu juga mendapati 21 peratus daripada responden membayangkan tabungan mereka hanya mampu bertahan untuk empat minggu. Penemuan ini amat membimbangkan kita berdasarkan persekitaran ekonomi global semasa yang amat mencabar. Bayangkan ribuan pekerja, terutama dalam sektor pembuatan sudah diberhentikan dan sementara mencari kerja lain, mereka tentu memerlukan wang untuk perbelanjaan harian. Jika mereka ada menabung, sudah tentu dapat membantu meringankan bebanan sewaktu menganggur. Mungkin ada yang menyesal kerana tiada atau kurang kesedaran untuk menyimpan wang ketika bekerja sebelum ini. Hakikatnya, pengurusan kewangan yang baik bukan bermakna membina kekayaan, tetapi penghidupan selesa dengan jaminan kewangan, kualiti hidup yang lebih baik, rasa optimis terhadap masa depan serta bersedia menghadapi cabaran hidup. Dengan itu, menabung amat penting bukan saja bagi menghadapi kemungkinan diberhenti kerja, pemotongan gaji dan sebagainya, malah bagi masa depan diri serta keluarga. Syarikat insurans baru-baru ini pernah membuat kajian di banyak negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia dan mendapati kira-kira 48 peratus saja pekerja kita membuat persediaan menabung untuk persaraan berbanding di Amerika Syarikat (79 peratus); Britain (71 peratus); Singapura (54 peratus) dan Thailand (38 peratus). Itu bagi persediaan persaraan, tetapi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, ia menuntut setiap rakyat untuk lebih berjimat atau menabung sekurang-kurangnya bagi tempoh jangka pendek. Namun, ketika kegawatan ekonomi, jika semua orang menyekat perbelanjaan sendiri pula boleh mendatangkan mudarat kepada sistem kewangan negara. Sebab itu, kerajaan menggalak rakyat berbelanja bagi merangsang pertumbuhan. Kita berharap apabila bajet mini dibentangkan bulan depan, kerajaan boleh memperkenalkan insentif untuk menggalakkan orang ramai berbelanja. Antara yang boleh difikirkan ialah kemungkinan mengurangkan lagi kadar faedah bayaran minimum kad kredit, memanjangkan tempoh hutang tidak berbayar (NPL) daripada tiga kepada enam bulan seperti dilakukan ketika krisis 1997/98 dan memberi insentif kepada pasar raya yang menjual produk tempatan. Pihak bank pula yang bakal mendapat manfaat daripada amalan menabung daripada pelanggannya, tidak seharusnya terlalu mengetatkan prosedur pinjaman supaya kecairan terus mengalir dalam sistem kewangan tempatan. Tidak salah untuk membuat sedikit simpanan dan pada masa sama berbelanja pada kadar sepatutnya bagi membantu membebaskan negara daripada belenggu kegawatan ekonomi. (END)

45

Page 256: Pengguna Bijak_2

Headline: Ketahui kedudukan kewangan anda Publication: BH Date of publication: Mar 31, 2009 Section heading: Main Section Page number: 22 Byline / Author: Oleh Azli Ayob

KEADAAN ekonomi yang agak mencabar ket ika ini adalah waktu terbaik bagi kita menilai kedudukan kewangan masing-masing. Dari situ juga, kita akan mengetahui di mana kedudukan kewangan kita dan mula meneliti ke mana wang dibelanjakan. Jika tidak berbuat demikian, kita mungkin menghadapi kesukaran mencapai matlamat kewangan yang diinginkan seperti menyimpan untuk membeli rumah, kereta, tujuan persaraan dan sebagainya. Dalam menilai kedudukan kewangan ini, langkah awal yang perlu dilakukan adalah untuk mengetahui nilai bersih atau dalam bahasa mudahnya, mengetahui keseluruhan kedudukan kewangan anda. Mulakan dengan menyenaraikan aset atau harta kepunyaan anda yang boleh dijual. Kemudian senaraikan pula tanggungan atau liabiliti iaitu baki hutang anda dengan pihak bank, syarikat kewangan, kad kredit dan sebagainya. Bagi mendapatkan nilai bersih, tolakkan jumlah liabiliti dari jumlah aset. Inilah satu-satunya nilai yang menentukan kedudukan kewangan anda. Jika perbezaan antara harta dan hutang anda memberikan nilai positif, ini bermakna anda mempunyai nilai bersih positif. Sebaliknya, jika jawapannya negatif, anda sedang berdepan masalah kewangan. Selepas mengenal pasti keseluruhan status kewangan anda, langkah seterusnya adalah menganalisis aliran tunai bulanan. Analisis ini akan menunjukkan sama ada anda mengumpul wang atau terus dibelenggu hutang. Jika anda mempunyai lebihan wang pada akhir bulan iaitu setelah menjelaskan semua perbelanjaan yang wajib iaitu seperti bayaran bil atau komitmen lain, ini bermakna nilai bersih anda akan meningkat. Justeru, anda harus menyimpan atau melaburkan baki lebihan tunai itu. Sebaliknya, jika anda tidak dapat menampung keperluan bulanan, anda harus pula mengubahsuai perbelanjaan supaya dapat membayar semua bil atau komitmen anda. Tidak kira ke mana wang anda mengalir, amalan memeriksa perbelanjaan secara

46

Page 257: Pengguna Bijak_2

berterusan adalah penting jika ingin berjaya dalam aspek menguruskan wang, terutama dalam tempoh sukar seperti sekarang. Selain membuat analisis perbelanjaan bulanan ada beberapa perkara penting yang perlu diberikan perhatian dalam aspek pengurusan kewangan, iaitu:. Pengurusan hutang Pada umumnya berhutang bukanlah satu idea yang tidak baik. Namun perkara yang mencabar mengenai amalan berhutang adalah selain daripada perlu membayar semula hutang pokok, iaitu jumlah asal yang dipinjam, kita juga harus membayar faedah yang dikenakan atas baki hutang berkenaan. Bagi pinjaman 30 tahun untuk membeli rumah misalnya, peminjam akan membayar kira-kira dua kali ganda nilai pembelian rumah itu, disebabkan tambahan yang diperlukan bagi membayar faedah. Justeru, anda harus berhati-hati sebelum membabitkan diri dalam apa-apa komitmen hutang. Hutang yang tidak dilangsaikan dengan serta-merta akan bertambah banyak tanpa disedari. Pembelian rumah Bagi tujuan ini, anda perlu bersedia dengan bayaran pendahuluan iaitu antara 10 atau 20 peratus daripada harga pembelian. Selain itu anda harus mengetahui mengenai kos dan yuran lain yang berkaitan. Jika anda membuat keputusan untuk menjual rumah pula, bayaran yuran ejen hartanah perlu dibayar terlebih dulu. Selain itu ada juga beberapa kos pentadbiran seperti duti setem, yuran guaman dan sebagainya serta bayaran denda terhadap pinjaman perumahan jika rumah itu dijual dalam tempoh wajib pinjaman berkenaan. Disebabkan kos tambahan ini, sesiapa yang ingin membeli rumah hanya untuk tinggal dalam jangkamasa yang pendek dan kemudian menjualnya semula, mereka hendaklah membuat keputusan itu dengan bijak dan mempunyai pengetahuan kewangan yang waras. Disebabkan itu anda harus menyimpan wang mencukupi bagi tujuan pembelian rumah. Pengangkutan Mempunyai kereta sendiri memberikan seseorang itu kemudahan pengangkutan yang baik, tetapi ia boleh mengambil sebahagian besar daripada bajet perbelanjaan anda. Tetapi jika kita anda tiada pilihan lain dan terpaksa membeli kereta disebabkan ketiadaan pengangkutan awam di kawasan tempat anda tinggal, anda mesti pastikan anda mempunyai kemampuan untuk membayar segala kos yang terbabit dalam aspek pemilikan kereta, terutama kos minyak dan penyelenggaraannya. Makanan

47

Page 258: Pengguna Bijak_2

Kos makanan adalah satu lagi bahagian utama dalam bajet sesebuah keluarga. Justeru, membeli secara borong kemudian menyediakan makanan di rumah adalah lebih menjimatkan daripada membeli makanan yang telah diproses atau makan di luar. Pakaian Kita tidak dapat nafikan setiap orang memerlukan pakaian. Bagaimanapun dalam aspek pengurusan kewangan, perkara yang perlu diberikan perhatian dalam soal ini adalah cara bagaimana untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan ke atas pakaian. Jadi, belilah pakaian yang berkualiti dan bergaya klasik kerana ini boleh menjimatkan dalam jangka panjang. Pakaian sebegitu boleh tahan lama dan akan bertahan biarpun dunia fesyen sering mengalami berubah. Simpanan Dalam aspek pengurusan kewangan, kita memberikan tumpuan kepada tabiat menyimpan wang. Ia sepatutnya dimasukkan dalam bajet setiap isi rumah. Alasannya mudah. Wang simpanan ini adalah untuk digunakan pada waktu kecemasan atau bagi perbelanjaan ke atas perkara yang tidak diduga yang boleh terjadi pada bila-bila masa. Selain mewujudkan dana simpanan untuk kecemasan, ia juga bagi perbelanjaan dirancang seperti membeli rumah, kereta, barang persendirian, pendidikan dan juga sebagai tujuan untuk meninggalkan dana pusaka. (END)

48

Page 259: Pengguna Bijak_2

Headline: Tujuh tanda awal berdepan masalah kewangan Publication: BH Date of publication: Oct 7, 2008 Section heading: Main Section Page number: 28 Byline / Author: Oleh Azli Ayob

MENDISIPLINKAN diri dalam segenap aspek perbelanjaan atau pengurusan kewangan adalah penting bagi mengelak daripada dibelenggu masalah kewangan. Tidak cukup dengan masalah itu, kita dibebani pula dengan hutang keliling pinggang. Bayaran bulanan seperti pinjaman kereta, kad kredit dan rumah gagal dijelaskan mengikut waktu. Jika berdepan masalah seperti itu ia adalah tanda anda memerlukan bantuan pakar perancangan bagi membantu menguruskan kewangan anda. Adalah lebih baik jika mengetahui tanda awal yang menunjukkan anda tidak mempunyai perancangan kewangan yang baik. Jika anda mempunyai tanda seperti dijelaskan di bawah, anda perlu mendapatkan bantuan pakar bagi menguruskan kewangan anda. 1. Selalu bertengkar dengan pasangan berhubung soal wang. Jika anda sering bertengkar dengan pasangan mengenai soal ketiadaan atau kekurangan wang, ini adalah satu tanda bahawa anda sedang menghadapi kesulitan kewangan. Jika masalah kewangan ini tidak ditangani dengan bijak ia mungkin membawa kepada lain-lain masalah dalam rumah tangga dan boleh menyebabkan perceraian. 2. Nisbah hutang lebih tinggi daripada pendapatan. Peraturan wajib yang perlu diikuti adalah kita perlu mengehadkan semua tanggungjawab hutang kita hanya kepada kira-kira satu pertiga daripada pendapatan atau gaji bersih yang diterima setiap bulan. Gaji bersih bermakna setelah ditolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cukai pendapatan, Socso dan sebagainya. Ini bermakna jika gaji bersih anda sebulan adalah RM3,000, maka pembayaran semula pinjaman kereta, rumah dan lainlain pinjaman jika ada tidak boleh melebihi RM1,000 sebulan. Berdasarkan hakikat yang mengejutkan ini, tidak hairan jika statistik menunjukkan bahawa kebanyakan keluarga mempunyai nisbah hutang berbanding pendapatan yang melebihi 50 peratus. Ini bermakna mereka mempunyai kurang daripada separuh daripada pendapatan yang boleh digunakan bagi perbelanjaan lain dan untuk perbelanjaan membesarkan anak.

49

Page 260: Pengguna Bijak_2

Bagaimana pula dengan perbelanjaan untuk tujuan lain seperti melancong, hiburan, makan di luar dan lain-lainnya? Kemungkinan besar bagi perbelanjaan untuk perkara berkenaan mereka terpaksa berhutang terutama dengan menggunakan kad kredit atau pinjaman peribadi atau kedua-duanya sekali. Keadaan ini hanya akan mengakibatkan mereka terus terhimpit dengan hutang yang semakin menggunung. 3. Menggunakan had kad kredit sehingga maksimum. Apabila sebahagian besar daripada pendapatan tunai digunakan bagi tujuan membayar hutang, secara automatik anda akan menggunakan kad kredit untuk berbelanja. Jika anda mendapati baki kredit kad kredit anda semakin tinggi setiap bulan, ia adalah satu amaran bahaya. Jika perkara ini tidak diteliti, anda akan mencapai ke tahap maksimum kad kredit anda tidak lama lagi. Jika ini berlaku, kita akan mula mencari peluang untuk memohon kad kredit yang kedua dan ketiga. Ini seterusnya akan menyebabkan hutang kad kredit anda terus menggunung. 4. Hanya membayar bayaran minimum. Satu lagi tanda yang menunjukkan anda menghadapi krisis kewangan adalah apabila hanya membayar jumlah minimum kad kredit. Baki kad kredit itu selalunya akan menyebabkan anda dikenakan caj faedah 1.5 peratus sebulan atau 18 peratus setahun. Jika anda mempunyai baki tertunggak RM1,000 dan memutuskan untuk membayar hanya lima peratus atau RM50 atau yang mana lebih tinggi, jumlah faedah yang dikenakan ke atas anda dalam bulan pertama hanya kira-kira RM14.25 saja. Anda mungkin tidak merasakan jumlah itu banyak. Bagaimanapun apabila anda meneruskan corak pembayaran seperti itu, anda akan mengambil masa dua tahun untuk menyelesaikan semua baki awal berjumlah RM1,000 itu. Jumlah faedah terkumpul pula adalah kira-kira RM173. Bayangkan jika jumlah itu adalah RM10,000, ia akan mengambil masa tujuh tahun untuk pembayaran semula dan jumlah faedah saja akan meningkat kepada RM3,740. 5. Selalu lambat menyelesaikan bil bulanan. Jika anda selalu terpaksa melambatkan pembayaran bil utiliti atau Astro setiap bulan ini bermakna anda tidak mempunyai wang yang mencukupi bagi bulan berkenaan. Ini kerana ada sesetengah daripada bil itu datang ketika gaji belum masuk dan tarikh akhir pembayaran pula berada di tengah-tengah bulan. Jika anda dapat mendisiplinkan diri untuk membayar bil mengikut waktu yang ditetapkan, ia menunjukkan ada mempunyai pengurusan kewangan yang baik. Membayar bil lewat akan menyebabkan anda dikenakan caj penalti dan sebagainya. Ini

50

Page 261: Pengguna Bijak_2

akan menambahkan lagi beban kewangan anda. Kita perlu ingat, jika lambat membayar bil elektrik, telefon atau air malah Astro, perkhidmatan berkenaan akan digantung. Untuk menyambung semula perkhidmatan anda terpaksa membayar wang tambahan untuk caj penyambungan. Jika pinjaman kereta lambat dibayar pula, anda akan berdepan kemungkinan kereta ditarik pihak bank. Lebih membebankan lagi apabila anda terpaksa menanggung kos penarikan kereta dan kos undang-undang. 6. Terlalu banyak berhutang dengan saudara atau rakan. Satu petanda yang menunjukkan anda tidak mempunyai disiplin kewangan adalah apabila sanggup meminjam daripada orang lain terutama kawan atau saudara sendiri untuk membeli sesuatu barang yang sebelum ini akan membayar dengan tunai. Ini adalah sesuatu yang tidak sihat. Anda bukan saja hilang kawalan ke atas wang sendiri tetapi akan kehilangan kawan. 7. Tidak dapat tidur malam. Ini adalah satu ujian untuk menunjukkan sama ada anda mengalami masalah kewangan atau tidak. Tanyakan diri sendiri adakah anda dapat tidur nyenyak setiap malam atau tidur terganggu kerana memikirkan hutang keliling pinggang. Jika anda lulus ujian tidur ini, ia bermakna anda tidak mempunyai masalah kewangan. Jika anda hanya memikirkan mengenai wang, lebih banyak masalah wang yang akan anda hadapi. Sebaliknya, fikirkan jalan bagaimana untuk menyelesaikan kemelut hutang. Salah satu caranya adalah dengan berjumpa kaunselor kewangan atau mendapat khidmat nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Info Panduan menggunakan kad caj KAD caj ialah kad bayaran yang mempunyai had perbelanjaan yang sudah ditetapkan. Ia membolehkan pemegangnya membuat bayaran bagi sebarang perkhidmatan atau barangan yang dibeli. Contoh kad caj ialah American Express, Diners Club International dan HSBC Amanah Mastercard. TERMA DAN SYARAT Secara amnya, terma dan syarat kad memperuntukkan perkara berikut: * Maklumat mengenai yuran dan caj. * Syarat pembayaran.

51

Page 262: Pengguna Bijak_2

* Liabiliti bagi urus niaga tanpa kebenaran atau penipuan. * Prosedur untuk membuat aduan atau pertanyaan mengenai penyata bulanan. * Notis pemberitahuan mengenai perubahan syarat pemegangan kad. * Hak dan tanggungjawab pemegang kad. * Kerahsiaan maklumat. YURAN DAN CAJ Berikut adalah caj yang lazim dikenakan: * Yuran Penyertaan Yuran yang mungkin dikenakan sekali saja oleh pengeluar kad caj ialah yuran penyertaan, juga dikenali yuran kemasukan ataupun yuran keahlian. Yuran penyertaan ini mungkin berbeza di kalangan pelbagai pengeluar kad caj. * Yuran Tahunan Ini adalah yuran tetap yang wajib dibayar setahun sekali walaupun anda tidak pernah menggunakan kad caj itu. Yuran tahunan biasanya dalam lingkungan RM80 hingga RM160 bagi pemegang kad utama dan RM40 hingga RM125 untuk pemegang kad tambahan. * Caj Bayaran Lewat Anda akan dikenakan caj bayaran lewat jika anda gagal untuk melunaskan bayaran sepenuhnya sebelum atau pada tarikh tamat tempoh atau hanya membayar sebahagian daripada baki belum jelas anda. Bergantung kepada pengeluar kad caj, caj bayaran lewat lazimnya adalah di antara 3.0 peratus hingga 3.5 peratus sebulan (atau 36 hingga 42 peratus setahun) daripada jumlah baki belum jelas atau caj minimum sebanyak RM15 hingga RM50, mengikut mana yang lebih tinggi. * Yuran Pendahuluan Wang Tunai Sesetengah pengeluar kad caj mungkin menyediakan kemudahan pendahuluan wang tunai. Jika anda menggunakan kemudahan itu, anda akan dikenakan yuran pendahuluan wang tunai, lazimnya antara tiga peratus hingga empat peratus daripada jumlah pendahuluan ataupun caj minimum sebanyak RM15 hingga RM30, mengikut mana yang lebih tinggi. Jumlah pendahuluan wang tunai perlu dibayar balik sepenuhnya sebelum tarikh tamat tempoh. Beberapa had mungkin dikenakan seperti had maksimum pengeluaran. Bagi kad caj yang berlandaskan prinsip Islam, anda akan dikenakan yuran tetap untuk pendahuluan wang tunai, lazimnya sebanyak RM15 untuk setiap urus niaga. (END)

52

Page 263: Pengguna Bijak_2

Headline: Pengurusan perbelanjaan bebas belenggu hutang Publication: BH Date of publication: Oct 21, 2008 Section heading: Main Section Page number: 28 Byline / Author: Oleh Azli Ayob

KITA sering terbaca di akhbar kisah `along' atau si pemberi hutang haram yang sanggup melakukan apa saja termasuk mengancam nyawa pemiutang atau keluarga mereka demi mendapatkan kembali wang pinjaman yang telah diberikan. Sememangnya begitu lumrah atau sifat semula jadi pemberi hutang. Namun tidak semua pemberi hutang sekejam along. Pihak bank tidak mengambil tindakan sekejam itu, tetapi kita perlu ingat, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengheret pemiutang sehingga ke mahkamah demi mendapatkan kembali pinjaman yang telah diberikan. Disebabkan itu anda tidak boleh mengabaikan atau melupakan hutang dengan sewenangwenangnya kerana ia tidak akan lenyap begitu saja selagi belum dibayar. Kreditor atau pemberi pinjaman juga tidak akan pernah melupakan mengenai hutang atau pinjaman yang diberikan. Justeru, cara mencapai matlamat ke arah kehidupan bebas hutang adalah dengan menguruskan hutang kita secara bijak. Di sini disertakan tujuh kaedah disarankan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam menguruskan hutang. * Kawal penggunaan kad kredit Peraturan penting dalam penggunaan kad kredit adalah dengan menganggap kad itu sebagai tunai. Ini bermakna jika sekarang ini anda tidak mempunyai wang tunai untuk membeli sesuatu, jangan sesekali berfikir untuk mengeluarkan kad kredit daripada dompet. Menggunakan kad kredit dalam situasi seperti itu pada asasnya adalah membelanjakan pendapatan masa depan untuk membayar pada masa ini yang mana ia mungkin menyebabkan anda tidak mampu membayar sepenuhnya di kemudian hari. Perkara ini adalah pemula untuk menjebakkan anda ke dalam perangkap hutang. Jika anda tidak dapat mempercayai diri sendiri, maka jangan berfikir untuk mendapatkan sekeping kad kredit. * Tahu ke mana wang anda mengalir Jika anda tidak boleh menjejak ke mana wang anda dibelanjakan, bermakna anda tidak mampu menguruskannya.

53

Page 264: Pengguna Bijak_2

Semaikan tabiat merekodkan perbelanjaan bulanan anda. Anda mungkin boleh mencatatkannya dalam buku nota kecil atau menyimpan rekod dalam PDA. Menyimpan resit juga satu amalan yang baik. Buat penilaian semula ke atas segala perbelanjaan yang berlebihan dengan membandingkannya dengan pendapatan yang diperoleh. Anda juga perlu menganalisis mana-mana perkara yang menggunakan wang yang paling banyak daripada pendapatan dan cuba cari jalan penyelesaian. Anda mungkin terkejut jika perkara itu adalah perbelanjaan bagi membeli rokok, menonton wayang dan minum kopi berjenama. Perkara penting perlu diingat adalah jangan berbelanja lebih daripada pendapatan. * Meminimumkan `seronok kalau ada' Salah satu penyebab seseorang itu terjerumus ke perangkap hutang adalah apabila mereka tidak dapat membezakan antara `Perlu Ada' dan `Seronok Kalau Ada'. Makanan, pakaian, rumah dan insurans nyawa adalah contoh sesuatu yang `perlu'. Anda tidak perlu sekotak rokok setiap hari. Anda juga tidak perlu secawan kopi berharga RM10 setiap hari. Anda juga tidak perlu memakai pakaian berjenama sepanjang masa. Anda mungkin tidak perlu televisyen satelit atau televisyen plasma atau LCD 42 inci. Semak rekod perbelanjaan dan kenal pasti perkara yang perlu dipotong. Pengorbanan perlu dilakukan dan semakin besar hutang atau semakin kecil pendapatan, bermakna pengorbanan lebih besar diperlukan. * Sediakan bajet Tiada sebuah negara yang dapat ditadbir dengan sempurna tanpa belanjawan tahunan, begitu juga dengan kita. Salah satu kaedah paling berkesan dalam menguruskan hutang adalah dengan mempunyai bajet teratur. Bajet memberikan kita gambaran mengenai kedudukan kewangan bagi membolehkan kita membuat anggaran kasar sama ada kita mempunyai lebihan atau defisit. Jika bajet anda sudah menunjukkan defisit, satu langkah drastik perlu diambil iaitu sama ada meningkatkan pendapatan atau mengurangkan perbelanjaan ke atas perkara yang tidak perlu. Dalam sebarang kes, bajet sebenarnya adalah suatu perancangan perbelanjaan bagi membolehkan anda berbelanja ke atas perkara yang mustahak kepada anda dan pada masa sama memastikan tidak berbelanja secara berlebihan. * Mencari alternatif lebih murah

54

Page 265: Pengguna Bijak_2

Lihat semula bajet bulanan anda dan lihat sama ada anda boleh menggunakan alternatif lebih murah untuk perkara perlu. Sebagai contoh ubat gigi. Bolehkah kita bertukar kepada jenama yang memberikan lebih nilai kepada wang?. Periksa berat bersih dan buat keputusan untuk membeli jenama yang memberikan anda nilai yang sama pada harga lebih rendah. Kadangkala, barangan yang lebih murah tidak bermakna ia adalah lebih baik. Apa yang kita perlu cari adalah sesuatu yang boleh memberikan nilai kepada wang. * Jauhkan diri godaan untuk membeli Kerap kali apabila keluar membeli barangan runcit, kita membeli barangan yang tidak termasuk dalam senarai untuk dibeli. Fenomena ini akan menjadi lebih buruk jika anak kecil turut serta. Mereka akan cenderung memasukkan gula-gula atau alat permainan ke dalam troli dan sebelum kita menyedarinya, kita telah berbelanja melebihi daripada yang ditetapkan. Ibu-bapa juga boleh disalahkan kerana mereka juga tergoda untuk membeli barangan yang mereka tidak perlu. Justeru, patuhi senarai membeli-belah anda dan jangan melihat kepada barangan yang tiada dalam senarai. * Berikan ganjaran kepada diri sendiri Menguruskan hutang adalah sesuatu yang sukar tetapi dan biarkan ia menjadikan sesuatu yang menyakitkan. Sesekali, berikan ganjaran kepada diri sendiri dengan menghadiahkan diri anda seperti makan di tempat istimewa. Dengan memberikan ganjaran kepada diri sendiri, anda sebenarnya memberikan motivasi kepada diri anda sendiri. Jalan ke arah menguruskan hutang anda secara bijak tidak akan menjadi lancar tanpa melakukan sedikit pengorbanan. Ingat, tindakan yang diambil hari ini boleh menentukan nasib di hari kemudian. (END)

55

Page 266: Pengguna Bijak_2

Headline: Budaya menabung membimbangkan Publication: BH Date of publication: Mar 18, 2010 Section heading: Sentral Page number: 031 Byline / Author: Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim

BUDAYA menabung di kalangan masyarakat termasuk orang Melayu yang berada pada tahap membimbangkan dan dianggap membebankan, diburukkan lagi dengan kecenderungan masyarakat yang mempercayai skim cepat kaya kononnya mampu memberi keuntungan dalam jangka masa singkat. Kaji selidik terbaru Citibank Bhd berhubung kesedaran perancangan kewangan bagi suku terakhir 2008 menunjukkan hanya dua daripada lima individu atau 39 peratus rakyat negara ini yang mengamalkan budaya menabung secara tekal. Senario ini pasti memberi kesan negatif khususnya kepada golongan berpendapatan rendah berikutan kos sara hidup yang semakin tinggi dan peningkatan kadar inflasi yang berlaku setiap tahun, sekali gus akan menjejaskan cara hidup mereka pada masa depan. Tanpa menafikan sebahagian besar tabungan di negara ini melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedikit sebanyak membantu individu meneruskan hidup selepas bersara, tetapi dengan hanya berbekalkan satu tabungan masih belum cukup untuk menjamin kehidupan mereka pada masa akan datang kerana nilai wang mungkin merosot ekoran masalah inflasi yang menyerang ekonomi negara. Ini kerana lebih tinggi inflasi, lebih banyaklah susutnya nilai mata wang yang disimpan berbanding melabur dalam keadaan inflasi sifar, keuntungan yang dilabur masih dapat mendatangkan keuntungan. Justeru, budaya menabung yang dijadikan tabiat dapat menambahkan pendapatan dan simpanan, sekali gus membantu pertumbuhan ekonomi negara dan berupaya mengatasi masalah seperti kemalangan yang membabitkan wang yang banyak. Penulis buku motivasi kewangan, Sunthara Segar, berkata kesedaran masyarakat tempatan mengenai kepentingan menabung masih berada pada tahap rendah berdasarkan isu kewangan yang sentiasa menjadi masalah utama dalam masyarakat khususnya senario meminjam wang daripada along tanpa memikirkan kesan negatif kepada diri sendiri. "Berdasarkan senario semasa, budaya menabung semata-mata tidak boleh dianggap sebagai langkah bijak dan memadai, sebaliknya masyarakat perlu menjadikan konsep dan kaedah menabung ini sebagai perdagangan dan pelaburan. "Usaha menabung hendaklah disepadukan dengan pelaburan bersifat jangka panjang tetapi kesediaan rakyat untuk menabung selalunya bergantung kepada pendapatan bersih yang dimiliki selepas melangsaikan hutang yang perlu dibayar sehingga menyebabkan kecenderungan rakyat untuk menabung lazimnya berlaku sekiranya kadar pendapatan bersih mereka tinggi," katanya kepada Sastera di Kuala Lumpur,

56

Page 267: Pengguna Bijak_2

57

baru-baru ini. Justeru, golongan berpendapatan rendah mesti berwaspada dengan penipuan dalam bentuk skim tabungan dan pelaburan, selain perlu bijak memilih pelaburan yang diurus oleh profesional dan menyimpan wang dalam bank sebagai jaminan masa depan. Beliau berkata, tabungan boleh dibuat melalui pelaburan dalam bentuk insuran dan skim takaful kerana pelaburan sedemikian ibarat menyediakan payung sebelum hujan yang dapat menolong pengguna semasa kecemasan dan ia turut berfungsi sebagai wang simpanan. Sementara itu, Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Kamariah Kamarudin, berkata rakyat negara ini didapati belum bersedia daripada segi kewangan apabila hilang punca pendapatan atau diberhentikan kerja akibat kegawatan ekonomi kerana kebanyakannya memandang ringan terhadap kepentingan menabung. Justeru, beliau menyarankan budaya menabung diterapkan dalam masyarakat khususnya golongan Melayu yang kurang memberi perhatian terhadap amalan itu untuk memberikan jaminan keselamatan dan ganjaran yang sewajarnya. "Orang ramai perlu sedar bahawa pengurusan kewangan yang baik bukan bermakna membina kekayaan, tetapi penghidupan selesa dengan jaminan kewangan, kualiti hidup yang lebih baik, rasa optimis terhadap masa depan dan bersedia untuk menghadapi cabaran hidup. "Sebagai jaminan masa depan sendiri dan keluarga, setiap anggota masyarakat perlu merangka perancangan kewangan yang tersusun bagi membantu mereka mengharungi tempoh kelembapan ekonomi," katanya. Dr Kamariah berkata, sarjana dan pemikir ekonomi serta kewangan negara seharusnya membantu masyarakat untuk memikirkan bagaimana wang simpanan dan tabungan rakyat dapat dilabur dan memberikan pulangan yang lumayan kepada penabung.

Page 268: Pengguna Bijak_2

BNM TERBIT DUA BUKU MENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI

Date: 28-11-2001 Author: / CL FR NHD BANK NEGARA-BUKU/I

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengeluarkan "Buku Wang Saku" dan "Buku Perancangan dan Penyata Kewangan Keluarga" bagi tahun 2002. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, BNM berkata tema bagi "Buku WangSaku" tahun 2002, untuk pelajar sekolah ialah "Pengurusan Kewangan Bermula Dengan Anda." Ia bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang pentingnya pengurusan wang peribadi yang mantap. "Buku Perancangan dan Penyata Kewangan Keluarga 2002" adalah untuk membantu pengurusan pendapatan, perbelanjaan, tabungan dan pelaburan keluarga bagi tahun 2002. Bahagian yang berasaskan konsep "perancangan dan belanjawan," yang merupakan satu ciri penting dalam pengurusan kewangan keluarga juga dimuatkan di dalam buku itu, kata BNM. Penerbitan kedua-dua buku itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menambah kesedaran dan kebolehan orang ramai mengenai perancangan kewangan serta pengurusan kewangan peribadi, kata BNM. Ia berkata kedua-dua buku tersebut merupakan terbitan siri keempat, setelah siri pertama diperkenalkan pada tahun 1999. Kedua-dua buku berkenaan kini boleh didapati di Muzium Matawang dan Kaunter Penerbitan di BNM Kuala Lumpur; ibu pejabat bank perdagangan dan kedai-kedai buku terpilih di Lembah Kelang dan Kedai Pos 2020. "Buku Wang Saku 2002" diillustrasikan oleh Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat. -- BERNAMA CL FR NHD  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 269: Pengguna Bijak_2

PENGURUSAN KEWANGAN SABAH ANTARA TERBAIK DI NEGARA, KATA MUSA

Date: 22-08-2011 Author: / NAB NAB RHM MUSA-KEWANGAN

KOTA KINABALU, 22 Ogos (Bernama) -- Pengurusan kewangan kerajaan negeri Sabah dianggap antara yang terbaik di negara ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata beliau bukan bercakap besar kerana beliau bertanggungjawab bagi hal ehwal kewangan negeri tetapi perkara itu diperakui oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang. "Saya dimaklumkan oleh Tan Sri Ambrin baru-baru ini bahawa kewangan Sabah diuruskan dengan cemerlang," katanya pada majlis buka puasa dengan wakil media di sini malam ini. Katanya walaupun Sabah ada meminjam wang daripada kerajaan Persekutuan bagi program-program pembangunannya, tetapi rekod pembayarannya menepati masa dan warga kerja kerajaan negeri bekerja keras untuk memastikan projek-projek pembangunan dilaksanakan dengan lancar. "Saya berasa malu bahawa terdapat pihak tertentu, khususnya pembangkang, yang menuduh kerajaan negeri terlebih belanja dan kakitangan awamnya tak buat kerja. "Amat tidak adil kepada kakitangan awam yang bekerja keras ini apabila mendapat tahu menerusi media yang kerja mereka tidak dihargai," kata Musa. Walaupun kerajaan negeri terbuka kepada semua jenis laporan berita, beliau berharap ianya (laporan berita} dibuat secara profesional, beretika dan bertanggungjawab. Beliau menjelaskan ini bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil langkah proaktif untuk memastikan matlamat pembangunannya dicapai demi manfaat rakyat. Musa juga berharap pengamal media berhati-hati apabila melaporkan kenyataan pembangkang yang mungkin mengelirukan. -- BERNAMA NAB NAB RHM  

 

 

 

 

 

Page 270: Pengguna Bijak_2

KEYAKINAN PASARAN DUNIA TERHADAP PENGURUSAN KEWANGAN DAN MAKRO NEGARA SEMAKIN

Date: 17-03-2011 Author: / NIM KHY LAT PARLIMEN-NAJIB (MATA WANG)

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keyakinan pasaran dunia terhadap pengurusan kewangan dan makro negara semakin nyata dan tidak dapat dinafikan, terutama dengan pengukuhan nilai mata wang ringgit. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata pengukuhan nilai ringgit serta pertumbuhan ekonomi Malaysia yang memberangsangkan juga telah meningkatkan keyakinan pelabur asing dan menarik aliran modal masuk ke dalam negara. Katanya mengikut perangkaan Imbangan Pembayaran Negara (BOP), Malaysia telah kembali mencatatkan aliran masuk wang bersih pelaburan langsung asing (FDI) yang besar sebanyak RM27.6 bilion pada tahun lepas berbanding hanya RM5 bilion pada tahun sebelumnya. "Aliran masuk bersih pelaburan portfolio pula telah meningkat kepada RM44.9 bilion pada tahun lepas berbanding aliran keluar bersih sebanyak RM1.7 bilion pada 2009. Ini membuktikan keyakinan pelabur asing untuk melabur di Malaysia dari segi pegangan sekuriti ekuiti dan hutang," katanya menjawab soalan Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Ahmad mahu kerajaan menyatakan peluang yang bakal diambil dalam mengeksploitasi pengukuhan nilai mata wang ringgit berbanding mata wang utama dunia bagi menyokong aliran masuk modal yang lebih besar serta pengukuhan asasmakro ekonomi negara. Najib berkata pengukuhan nilai ringgit secara amnya memberi kelebihan dan implikasi positif terhadap dagangan import, terutama dalam menangani kenaikan harga barang makanan global. "Kesan peningkatan harga barang makanan import akan meningkatkan kadar inflasi serta menjejaskan pertumbuhan ekonomi. Justeru, pengukuhan nilai ringgit mampu mengurangkan kenaikan harga barang makanan dan seterusnya membantu mengekang kenaikan kadar inflasi negara," katanya. Di samping itu, Najib berkata peningkatan nilai ringgit juga mampu meningkatkan pelaburan langsung melalui peningkatan pelaburan dalam bidang-bidang berimpak tinggi seperti minyak dan gas, minyak sawit dan infrastruktur yang memerlukan jentera dan peralatan import. Menjawab soalan tambahan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) berhubung laporan Integriti Kewangan Sedunia (GFI) mengenai berlakunya pengaliran keluar wang secara besar-besaran dalam tempoh tujuh ke lapan tahun berjumlah RM889 bilion sehingga menyebabkan nilai ringgit terganggu, Perdana Menteri berkata, laporanGFI itu mengandungi maklumat yang benar dan ada yang tidak tepat. Bagaimanapun, katanya perkara itu akan dijawab secara tuntas pada bulan depan. "Saya sudah minta Bank Negara untuk mengumpulkan segala maklumat supaya jawapan kita mengenai laporan GFI itu dibuat secara komprehensif," katanya. -- BERNAMA NIM KHY LAT

Page 271: Pengguna Bijak_2

CUEPACS CADANG MODUL PENGURUSAN KEWANGAN PERSENDIRIAN BAGI PENJAWAT AWAM

Date: 03-03-2011 Author: / SHK AR HS CUEPACS-MUFLIS

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bimbang dengan jumlah muflis di kalangan penjawat awam, Cuepacs, kesatuan yang mewakili lebih sejuta pegawai kerajaan di negara ini mahu satu modul "pengurusan kewangan persendirian" diperkenalkan kepada penjawat awam baru. Setiausaha Agung Cuepacs, Lok Yim Pheng berkata modul itu boleh dimasukkan ke dalam kursus induksi bagi pengambilan baru. Adalah penting untuk mendidik para penjawat awam baru dengan kemahiran pengurusan kewangan pada awal kerjaya mereka supaya mereka dapat mengelakkan hutang, katanya kepada Bernama hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan bahawa 1,086 penjawat awam diisytihar muflis pada 2009, dengan 72.74 peratus daripada mereka adalah lelaki. Lok berkata jika perkara ini tidak dipantau, ia akan menjejaskan keberkesanan dan integriti perkhidmatan kerajaan kerana penjawat awam tidak mampu memberikan tumpuan kepada tugas mereka. Hutang berkenaan akan membawa kepada gejala rasuah dan ini akan menjejaskan sistem penyampaian kerajaan, katanya. Beliau berkata kebanyakan kes muflis berlaku berikutan kedudukan penjawat awam sebagai penjamin bagi pinjaman yang dilakukan rakan atau anggota keluarga mereka. "Nasihat kami adalah supaya mereka berhati-hati apabila menandatangani perjanjian sebagai penjamin kerana sebaik sahaja peminjam gagal membayar pinjaman, penjamin perlu melunaskan baki pinjaman," kata Lok, yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). "Kami mempunyai banyak kes penjawat awam yang terpaksa membayar pinjaman yang dilakukan oleh orang lain," katanya. Menurut Lok, penjawat awam perlu mengelakkan diri daripada mengambil pinjaman yang besar sehingga menyusahkan mereka melunaskan bayaran balik. Beliau turut mengingatkan bahawa penjawat awam menghadapi risiko hilang pekerjaan dan pencen jika mereka diisytiharkan muflis. -- BERNAMA SHK AR HS  

 

 

 

 

Page 272: Pengguna Bijak_2

PENGURUSAN KEWANGAN SARAWAK TERIMA PERAKUAN BAIK KETUA AUDIT NEGARA

Date: 01-11-2010Author: / CJ HS DEWAN-SARAWAK (AUDIT)

KUCHING, 1 Nov (Bernama) -- Ketua Audit Negara memberikan perakuan yang baik kepada Akaun Awam Negeri Sarawak 2009, tahun kelapan negeri itu menerima perakuan seumpamanya, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini. Taib, yang juga Menteri Kewangan negeri, berkata Kerajaan Sarawak akan terus berusaha mengekalkan perakuan yang baik pengurusan kewangan bagi tahun-tahun akan datang dengan memastikan semua pegawai pengawal, termasuk ketua-ketua kementerian, jabatan dan agensi menyemak kelemahan-kelemahan yang dibangkitkan dalam laporan Ketua Audit Negara dan mengambil langkah pembaikan. "Saya mahu membawa perkara ini untuk perhatian media memberikan laporan yang seimbang pandangan Ketua Audit Negara berhubung kedudukan kewangan negeri agar tidak disalah tafsir oleh orang ramai," katanya semasa membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (2011), yang kemudiannya diluluskan persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini. Ketua Menteri Sarawak itu berkata akaun awam bukan hanya tertakluk kepada audit dan semakan Ketua Audit Negara tetapi kedudukan kewangannya turut dipantau agensi penarafan secara berkala dan berdisiplin, selaras dengan standard tinggi kewangan dan perakaunan antarabangsa yang digunakan. Semua badan-badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan di Sarawak juga dikehendaki untuk mematuhinya, kata beliau. Taib berkata kesemua strategi dan mekanisme kawalan yang ada merupakan sebahagian daripada strategi proaktif pengurusan kewangan negeri yang bertujuan mengekalkan kemakmuran dan kestabilan politik. -- BERNAMA CJ HS  

 

 

 

 

 

Page 273: Pengguna Bijak_2

BANYAK KEMENTERIAN & JABATAN CAPAI TAHAP CEMERLANG DALAM PENGURUSAN KEWANGAN 2009

Date: 25-10-2010 Author: / VMP NAK SN AUDIT-PENGURUSAN KEWANGAN

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Sepuluh kementerian dan empat jabatan mencapai tahap cemerlang dalam prestasi pengurusan kewangan pada 2009 dengan memperolehi 90 markah ke atas berbanding dengan hanya empat kementerian dan dua jabatan pada tahun sebelumnya. Laporan Ketua Audit Negara 2009, yang dikeluarkan hari ini berkata kementerian yang dinilai cemerlang ialah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kementerian lain ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Manusia serta KementerianWilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Jabatan yang mendapat markah cemerlang pula ialah Agensi Nuklear Malaysia,Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Sementara itu, 15 kementerian dinilai sebagai baik dalam prestasi pengurusan kewangan pada 2009 dengan memperoleh markah antara 80 dan 89, manakala 36 jabatan/agensi memperoleh antara 70 dan 89 markah. Tiga jabatan memperoleh tahap memuaskan dalam pengurusan kewangan dengan markah antara 60 dan 70 bagi tahun 2009. Pada keseluruhannya, prestasi pengurusan kewangan di peringkat kementeriandan jabatan bagi 2009 bertambah baik berbanding 2008, kata laporan itu. Semakan Audit selanjutnya terhadap 25 kementerian mendapati secara umumnya, tiga daripada enam kawalan utama berada pada tahap cemerlang iaitu Kawalan Pengurusan, Perbelanjaan dan Terimaan manakala Kawalan Bajet, Pengurusan dan Akaun Amanah/ Kumpulan Wang Amanah dan Deposit serta Pengurusan Aset dan Stor didapati pada tahap baik. Bagi 44 Jabatan pula, lima kawalan utama kecuali Pengurusan Aset dan Stor mendapat tahap baik. Pengurusan Aset dan Stor hanya mencapai tahap memuaskan. Laporan Audit itu turut mengesyorkan beberapa cadangan untuk memantapkan lagi prestasi pengurusan kewangan termasuk Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan mengambil tindakan "corrective dan preventive" (membetulkan dan mencegah) terhadap kelemahan yang dibangkitkan Jabatan Audit Negara dan mempertingkatkanpenglibatan pegawai pengawal dan ketua jabatan secara "hands-on" dalam perkaraini. Ia juga mengesyorkan tindakan surcaj atau tatatertib dikenakan terhadap mereka yang gagal memungut hasil atau membuat bayaran yang tidak teratur. -- BERNAMA VMP NAK SN

Page 274: Pengguna Bijak_2

TAHAP PENGURUSAN KEWANGAN AGENSI KERAJAAN MENINGKAT PADA 2009

Date: 24-10-2010 Author: / SHY SHY ROS AUDIT-AGENSI KERAJAAN

PUTRAJAYA, 24 Okt (Bernama) -- Jabatan Audit Negara berkata tahap pengurusan kewangan bagi agensi kerajaan adalah lebih baik pada tahun 2009 daripada tahun sebelumnya dan peningkatan itu menunjukkan pelaksanaan sistem penarafan yang berasaskan kepada indeks akauntabiliti (IA) telah memberi dorongan kepada ketua-ketua jabatan untuk memberi lebih perhatian kepada pengurusan kewangan. Dalam satu kenyataan mengenai Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Isnin ini, jabatan tersebut berkata daripada 386 agensi yang dinilai pada tahun 2009, sebanyak 47 (12.17 peratus) telah mendapat penarafan "sangat baik". Pada tahun 2008, daripada 275 agensi yang dinilai, hanya 20 (7.27 peratus) telah mendapat penarafan "sangat baik". Berdasarkan kepada pengauditan terhadap 382 penyata kewangan kerajaan dan agensi kerajaan pada tahun 2009, sebanyak 357 (93.5 peratus) penyata kewangan telah diberi sijil audit tanpa teguran. Baki sebanyak penyata kewangan 25 agensi atau jabatan (6.5 peratus) telah diberi sijil audit berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya. Penilaian itu dibuat ke atas pengurusan kewangan kementerian/jabatan/badan berkanun/pihak berkuasa tempatan/majlis agama Islam sama ada penyata kewangan disediakan secara teratur mengikut piawaian perakaunan yang diterima pakai dan memberi gambaran yang sebenar tentang kedudukan kewangan mereka. Setiap tahun Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan prestasi bertujuan menilai sejauh mana pelbagai aktiviti dan projek Kerajaan telah dirancang, dilaksanakan dan dipantau dengan cekap dan berkesan serta sejauh mana objektif asal aktiviti dan projek ini telah tercapai. Ia juga bertujuan menilai sejauh mana wang awam telah dibelanjakan dengan berhemat tanpa pemborosan dan pembaziran. Agensi yang berjaya mendapat tahap prestasi pengurusan kewangan "sangat baik" adalah seperti berikut: Peringkat Persekutuan: Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat; Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Mineral Dan Geosains, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Produktiviti Malaysia.

Page 275: Pengguna Bijak_2

Peringkat Negeri: Jabatan Bendahari Negeri Sabah, Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak, Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Sembilan, Pejabat Kewangan Negeri Perak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, Mahkamah Syariah Negeri Melaka; Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya, Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban, Pejabat Daerah Kubang Pasu, Majlis Daerah Kota Marudu/Pitas, Majlis Daerah Pekan, Majlis Daerah Sipitang, Majlis Daerah Tambunan, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis Perbandaran Port Dickson, Majlis Perbandaran Sungai Petani; Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu, Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Selangor, Majlis Islam Sarawak, Perbadanan Johor, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan; Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Terengganu, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, Lembaga Pelabuhan Miri dan Perbadanan Pinjaman Sabah. -- BERNAMA SHY SHY ROS  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 276: Pengguna Bijak_2

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK KONTRAKTOR - NOR MOHAMED

Date: 01-08-2010 Author: / SMS SMS DC MOHAMED-KURSUS

JITRA, 1 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan memperbanyakkan kursus khas dalam bidang pengurusan kewangan bagi kontraktor kelas A dan B dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi memastikan mereka dapat menguruskan modal pusingan dengan cekap. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata soal pengurusan kewangan yang lemah merupakan salah satu punca utama sesuatu projek dalam RMK-9 gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Katanya Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dan agensi lain akan diminta menyediakan kursus spesifik dalam bidang kewangan untuk kontraktor terbabit. "Selain pengurusan kewangan yang lemah, faktor lain yang menyebabkan projek terbengkalai ialah masalah tanah dan proses lantikan kontraktor baru yang mengambil masa yang lama," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek bangunan tambahan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, hari ini. Nor Mohamed berkata setakat ini 70 hingga 80 peratus projek dalam RMK9 telah disiapkan manakala selebihnya akan dianggap sebagai projek sambungan dalam RMK-10 dan dijangka siap sepenuhnya hujung 2011. Di Kedah, katanya, hanya beberapa projek dalam RMK-9 yang terbengkalai dan tender telah dibuka semula untuk lantikan kontraktor baru. Selain itu, katanya, aspek pembangunan modal insan adalah diutamakan kerana negara perlu menyediakan tenaga kerja mahir yang mencukupi untuk menarik pelabur. "Negara memerlukan pelaburan kira-kira RM115 bilion setiap tahun untuk tempoh lima tahun...untuk tarik jumlah itu satu syarat yang penting adalah mempunyai tenaga pekerja mahir," katanya. -- BERNAMA SMS SMS DC  

 

 

 

 

Page 277: Pengguna Bijak_2

KEWANGAN ISLAM PERLU KERANGKA KERJA PENGURUSAN KRISIS MELUAS-SISTEM BERKESAN

Date: 03-05-2010 Author: Daripada Nor Baizura Basri / NBB AS NHD NAZRIN-KERANGKAKERJA

RIYADH, 3 Mei (Bernama) -- Kewangan Islam memerlukan kerangka kerja kawal atur yang seragam dan pengurusan krisis dalam keseluruhan sistem yang berkesan untuk seiring dengan cabaran baru dalam industri. Semasa membuat saranan berkenaan, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah bertitah kewangan Islam, mempunyai ciri-ciri dan risiko yang amat unik yang turut memerlukan penyelesaian pengurusan risiko yang unik. "Untuk mengoptimumkan potensinya, terdapat keperluan untuk menangani jurang dan cabaran yang ada sekarang dalam sistem kewangan Islam. Terutamanya, kewangan Islam memerlukan pengembangan infrastruktur bagi menyokong fungsinya yang efisen," baginda bertitah dalam ucaptama pada Sabtu bersempena acara penerangan bergerak Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) di sini. Raja Nazrin, yang merupakan Duta Kewangan MIFC bertitah infrastruktur yang diperlukan melibatkan kerangka kerja pengawasan dan kawal atur yang kukuh, jaringan keselamatan kewangan yang mencukupi serta mekanisme penyelesaian masalah serta punitif yang berkesan. Baginda bertitah mengadakan penyelesaian sedemikian adalah kompleks, oleh itu ia perlu dilaksanakan secara kolektif oleh pengawal atur dan pakar kewangan Islam. "Pengawal atur dan pengamal pasaran sewajarnya bekerjasama untuk memahami dengan lebih lagi keadaan pasaran, kemungkinan interaksi antara sistem kewangan Islam dan konvensional serta kesan perubahan dalam dasar makroekonomi dalam kedua-dua sistem," jelas baginda. Raja Nazrin bertitah memandangkan persaingan dalam kewangan Islam semakin hebat, akan terdapat tekanan untuk penyertaan pasaran bagi inovasi, yang berpotensi menguji batas pematuhan Syariah. Baginda bertitah dengan tawaran peluang baru yang berterusan dan kepelbagaian portfolio kepada pelabur, adalah lebih baik untuk mempunyai parameter Syariah yang dipersetujui di peringkat sejagat, sebagai rujukan bersama untuk peserta. Parameter berkenaan seharusnya memberi penekanan terhadap pengurusan risiko yang baik, amalan tadbir urus yang kukuh, etika dan ketelusan sebagai faktor penyokong, titah baginda. "Ini akan memastikan kewangan Islam terus menawarkan faedah yang sebenarnya kepada pasaran kewangan global daripada hanya meniru kewangan konvensional," titah baginda kepada kira-kira 80 ahli perniagaan dari Arab Saudi dan Malaysia, yang menghadiri ceramah makan tengah hari anjuran MIFC. Mengenai kemunculan dana etika, Raja Nazrin bertitah ia merupakan langkah positif dalam mengubah sistem kewangan semasa kepada suatu yang lebih bertanggungjawab dan menjadikan pelabur lebih menyedari mengenai

Page 278: Pengguna Bijak_2

tanggungjawab mereka dalam membuat keputusan ekonomi. Dengan memberi contoh mengenai pelancaran indeks Kristian di Eropah, baginda bertitah trend ini bagaimanapun tidak seharusnya dilihat dari perspektif agama memandangkan ia akan hanya terus membahagikan dunia. Malah, baginda bertitah, ia sepatutnya dilihat sebagai penyumbang kepada kebaikan sistem kewangan dunia. Sementara itu, mengenai Malaysia dan Arab Saudi, baginda bertitah kedua-dua negara perlu meneruskan keutamaan penting dalam menjadikan kewangan Islam memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi kedua-dua negara. "Dengan berbuat demikian, kedua-dua negara boleh memanfaatkan potensi mereka dengan meneroka usaha perniagaan baru dan memanfaatkan kekuatan masing-masing di samping pada masa yang sama, menjadi jambatan antara Timur dan Asia Barat," titah baginda. Raja Nazrin mengetuai delegasi MIFC ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi dengan objektif antara lain untuk mengukuhkan hubungan dan menarik pelabur ke Malaysia. Delegasi 50 anggota itu termasuk Timbalan Gabenor Bank Negara Datuk Mohd Razif Abd Kadir, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Tan Sri Zarinah Anwar dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Yusli Mohamed Yusoff serta beberapa pengurus dana tempatan dan asing. Penerangan bergerak itu yang berakhir pada Ahad, menyaksikan delegasi melawat Bursa Saham Tadawul, Pihak Berkuasa Pelaburan Am Arab Saudi (SAGIA), Dana Pelaburan Awam (PIF) dan Pertubuhan Am Insurans Sosial (GOSI). -- BERNAMA NBB AS NHD  

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 279: Pengguna Bijak_2

BANGUNKAN PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM BERHEMAT, KATA DR MAHATHIR

Date: 19-04-2010 Author: Nor Baizura Basri / NBB AS LAT MAHATHIR-KEWANGAN

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak. Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri sangat-sangat memerlukan pengurusan yang sempurna, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. "Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, namun cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini. Dr Mahathir akan menyampaikan syarahan khas di Manama, Bahrain, pada 3 Mei ini, dengan menyuarakan pelbagai isu semasa dalam kewangan Islam pada "Acara Malaysia" sempena Sidang Kemuncak Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) ketujuh pada 4 dan 5 Mei. Berdasarkan kepimpinan beliau selama 23 tahun dan kejayaan meletakkan Malaysia pada radar dunia, kehadiran Dr Mahathir pada sidang kemuncak itu ditunggu-tunggu oleh peserta industri, yang tidak sabar lagi menunggu pandangan beliau terhadap pembangunan landskap kewangan global. Dalam pada negara lain seperti Singapura dan Hong Kong mengintai bahagian masing-masing dalam industri kewangan Islam, Malaysia sudahpun memiliki sistem menyeluruh yang dibangunkan berdasarkan pengalaman industri selama lebih 30 tahun. Dalam hubungan ini, siapa yang memahami isu itu dengan lebih baik selain Dr Mahathir? Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dollar Amerika Syarikat (AS) sebagai mata wang global untuk perdagangan. Pada Acara Malaysia itu, Dr Mahathir akan berkongsi pemikiran mengenai landskap kewangan Islam masa depan, perkembangan serta peranan negara Islam untuk meningkatkan lagi industri itu. Pada syarahannya sebelum ini, beliau berkata perbankan Islam merupakan altenatif yang lebih baik memandangkan ia tidak boleh dimanipulasi penyangak dan berbeza daripada sistem perbankan konvensional berdasarkan isu etika dan moral. Dr Mahathir berkata pertumbuhan dan pembangunan kekayaan yang digalakkan oleh perbankan Islam diikat oleh moral dan etika yang boleh membendung rasa tamak. Bagaimanapun nilai-nilai moral dan etika mesti dikekalkan memandangkan

Page 280: Pengguna Bijak_2

terdapat ramai golongan yang tamak, katanya. Pada sidang kemuncak IFSB, pengawal aturan kewangan terkemuka dari negara-negara IFSB akan berhimpun di Manama bagi membincangkan, antara lain perubahan dalam lanndskap kawal aturan kewangan, isu-isu pemantauan makro serta kerangka kewangan Islam baharu. Malaysia ialah antara anggota pengasas IFSB, yang kini mempunyai 191 anggota. Negara anggota melibatkan 50 pihak berkuasa pemantauan dan kawal aturan, enam organisasi antarabangsa antara kerajaan dan 135 peserta pasaran, firma profesional dan persatuan industri yang beroperasi dalam 40 bidang kuasa. Malaysia mempunyai dua anggota penuh, Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti manakala baki 29 lagi terdiri daripada anggota sekutu dan pemerhati. Sehingga ini lebih 200 peserta sudah mengesahkan penyeraan pada Acara Malaysia. Ia dijangka menarik kira-kira 300 hingga 350 peserta. Mereka yang berminat menyertai Acara Malaysia, boleh menghubungi Unit Promosi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC), Azilah Ahmad (03-26944304) atau Roziah Mohd Haniffa (03-26945961). MIFC dilancarkan pada 2006 bagi meletakkan Malaysia sebagai hab antarabangsa bagi kewangan Islam. Menerusi inisiatif MIFC, pengamal industri boleh menggunakan negara ini sebagai pangkalan penerbitan sukuk, dana dan pengurusan kekayaan Islam, Bank Islam Antarabangsa, takaful antarabansga dan pembangunan modal insan. -- BERNAMA NBB AS LAT  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 281: Pengguna Bijak_2

KERANGKA PENGURUSAN MUDAH TUNAI MANTAP DIPERLUKAN BAGI KEWANGAN ISLAM, KATA ZETI

Date: 24-11-2009 Author: / NJK VMD ZK ZETI-MUDAHTUNAI

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Keupayaan institusi kewangan Islam untukmenguruskan mudah tunai perlu ditangani dengan segera, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Beliau berkata kegawatan kewangan ketika ini di ekonomi-ekonomi maju jelasmenunjukkan kesan-kesan daripada kekangan mudah tunai dan perlunya usaha untukmewujudkan kerangka pengurusan mudah tunai yang mantap dan kukuh. Bagi memudahkan pengurusan mudah tunai rentas sempadan yang efektif, Zeti berkata ia memerlukan pembangunan instrumen kewangan berlandaskan Syariah dan kerangka pasaran antarabangsa yang dibangunkan dengan baik. Justeru itu, katanya, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB), dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam (IDB), membentuk pasukan tugas khas pengurusan mudah tunai, awal tahun ini, bagi membangunkan rangka kerja pengurusan mudah tunai. "Kami berharap rangka kerja itu dapat disediakan pada 2010," katanya pada sidang akhbar mengenai kestabilan kewangan di sini, hari ini. Zeti berkata rangka kerja kawal atur dan kawal selia juga perlu diperkukuh. Selain pelaksanaan standard-standard berhemat ini, beliau berkata prasarana kawal selia dan undang-undang juga perlu relevan dengan landskap kewangan Islam yang berubah dengan pantas. "Di Malaysia, usaha-usaha ini juga disokong dengan jaringan keselamatan kewangan menyeluruh yang termasuk skim insurans deposit yang melindungi pendeposit. "Ia juga mendorong resolusi sistem kewangan yang efektif bagi memudahkan permodalan semula institusi kewangan Islam serta program institut untuk menghapuskan aset bermasalah daripada institusi kewangan," katanya. Malaysia, katanya, mempunyai pasaran wang Islam yang berfungsi dengan baikyang memberi keanjalan monetari lebih besar dalam sistem kewangan Islam. "Meskipun pasaran diniagakan dalam mata wang tempatan, ia menarik penyertaan besar daripada komuniti kewangan antarabangsa," kata Zeti. Menurutnya, sistem perbankan Islam hari ini muncul sebagai satu sistem kewangan yang aktif di Malaysia dengan aset perbankan Islam menyumbang 18.8 peratus daripada jumlah aset perbankan. "Ketika kewangan Islam terus menjadi bahagian yang penting dalam sistem kewangan global, rangka kerja kerjasama sekarang boleh terus diperkukuh dan dikembangkan lagi bagi menangani cabaran-cabaran baharu yang muncul," katanya. -- BERNAMA NJK VMD ZK

Page 282: Pengguna Bijak_2

PENDEDAHAN AWAL BANTU PENGURUSAN KEWANGAN YANG BIJAK, KATA MUHYIDDIN

Date: 11-08-2009 Author: / NJ RHM MUHYIDDIN-PENGURUSAN

PUTRAJAYA, 11 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pendedahan awal tentang pengurusan kewangan kepada golongan pelajar akan dapat membantu mereka mengurus kewangan dengan bijak. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata untuk menabung, bukan semestinya bermula apabila mendapat pekerjaan tetapi sekiranya bijak mengurus, duit bantuan atau biasiswa dan duit saku yang diterima setiap hari daripada ibu bapa, nescaya ada lebihan yang boleh disimpan "Mungkin juga kita boleh menggalakkan para pelajar untuk sekurang-kurangnya mempunyai satu akaun dengan PNB (Permodalan Nasional Berhad) sama ada melabur di dalam ASB, ASW 2020 atau ASD. "Sedikit sebanyak, pelaburan ini dapat menampung atau membantu anak-anak ketika ingin melanjutkan pengajian selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) kelak," katanya pada pertandingan akhir Kuiz Pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2009 (Kategori Sekolah Menengah) dan Pidato Kelab Pelaburan Bijak PNB 2009 di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi. Muhyiddin berkata beliau menaruh harapan tinggi agar penyaluran maklumat pelaburan kepada golongan pelajar secara interaktif dan kreatif seperti Kuiz pelaburan dan pidato itu dapat memupuk sikap dan kesedaran berjimat cermat dan kepentingan melabur di kalangan pelajar. Selain itu, katanya pendedahan awal mengenai pengurusan kewangan juga penting kerana kini didapati ramai golongan muda yang terjerat dengan hutang kad kredit dan seterusnya diisytiharkan muflis. Beliau berkata Jabatan Insolvensi dalam laporannya baru-baru ini menyatakan sejak tahun 2005, 10 peratus daripada individu yang diisytiharkan muflis setiap tahun adalah terdiri daripada golongan muda berumur 25 tahun. "Perangkaan Bank Negara pula menunjukkan sebanyak 11 juta kad kredit digunakan di seluruh negara sehingga April 2009 membabitkan had RM105.5 bilion dan dengan purata empat kad seorang, baki tertunggak belum dijelaskan setakat April lalu ialah RM22 bilion. "Jabatan Insolvensi juga mengeluarkan perangkaan bahawa lebih 50 peratus daripada 1,774 individu muflis di kalangan pengguna kad kredit adalah mereka berusia bawah 44 tahun, iaitu usia yang diperlukan untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara," katanya. Timbalan Perdana Menteri berkata adalah malang bagi individu yang diisytiharkan muflis itu yang akan menempuh pelbagai kesukaran dalam usia

Page 283: Pengguna Bijak_2

yang masih muda seperti kesukaran untuk mendapatkan pinjaman, tidak boleh memegang sebarang aset dan juga tidak boleh memiliki pasport yang akan menyukarkan pergerakan mereka ke luar negara. "Hanya dengan kealpaan sendiri, mereka ini akan sukar mencapai kebebasan kewangan dan juga kehidupan harian yang normal," katanya. -- BERNAMA NJ RHM  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 284: Pengguna Bijak_2

PENGURUSAN KEWANGAN MAJORITI AGENSI KERAJAAN PADA TAHAP BAIK, KATA KETUA

Date: 01-09-2008 Author: / BHA LES MAI LAPORAN-AUDIT

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Pengurusan kewangan majoriti agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri adalah baik, demikian rumusan Jabatan Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2007. Menurut kenyataan Ketua Audit Negara hari ini, daripada 212 agensi yang diberi penilaian Indeks Akauntabiliti (IA), sebanyak 4.7 peratus mendapat penarafan sangat baik, 66.5 peratus di tahap baik manakala 28.7 peratus di tahap memuaskan. Agensi di peringkat persekutuan yang berjaya mendapat tahap prestasi pengurusan kewangan yang sangat baik ialah Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (Jabatan Perdana Menteri), Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, Jabatan Peguam Negara dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Badan berkanun persekutuan yang mempunyai prestasi pengurusan kewangan sangat baik pula ialah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd dan Perbadanan Insurans Deposits Malaysia manakala agensi di peringkat negeri pula ialah Perbadanan Johor dan Jabatan Geosains & Mineral Pahang. Mulai tahun 2007, Jabatan Audit Negara telah melaksanakan Sistem Penarafan Audit yang berasaskan kepada IA. Ia dilaksanakan untuk menilai sejauh mana pengurusan kewangan agensi telah mematuhi segala undang-undang dan peraturan kewangan kerajaan. Aspek pengurusan kewangan yang diberi penilaian adalah seperti kawalan pengurusan operasi, kawalan bajet, kawalan terimaan, kawalan perbelanjaan, pengurusan kumpulan amanah, akaun amanah/deposit, pengurusan aset dan inventori, pengurusan pelaburan, pengurusan pinjaman dan penyata kewangan. Menurut kenyataan itu, dengan melaksanakan penarafan IA itu, agensi diberitahu mengenai aspek pengurusan kewangan mereka yang perlu diperbaiki. "Sekiranya ketua agensi melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan mereka dengan penuh komitmen dan konsisten, prospek mereka mendapat penarafan lebih baik amatlah cerah," menurut kenyataan itu. Menerusi sistem penarafan IA itu, agensi kerajaan juga boleh menjadikan ia sebagai tanda aras semasa menilai kemajuan usaha penambahbaikan dalam pengurusan kewangan mereka dari semasa ke semasa. Jabatan Audit Negara juga telah menyediakan buku bertajuk "Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Dari Perspektif Jabatan Audit Negara," dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang akan diedarkan kepada semua warga perkhidmatan awam yang terlibat dalam pengurusan kewangan. Menurut kenyataan itu, Ketua Audit Negara telah mengeluarkan sijil audit tanpa teguran terhadap penyata kewangan 115 badan berkanun persekutuan, 44 badan berkanun negeri negeri dan 47 penyata kewangan pihak berkuasa tempatan. Sijil audit berteguran pula telah dikeluarkan terhadap sembilan akaun badan

Page 285: Pengguna Bijak_2

berkanun persekutuan, tiga penyata kewangan badan berkanun negeri dan dua penyata kewangan pihak berkuasa tempatan. Menurut kenyataan itu, penyediaan penyata kewangan bagi kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan badan berkanun persekutuan secara keseluruhannya adalah bertambah baik. "Bagaimanapun, bagi penyata kewangan Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan masih terlalu awal untuk memberi sebarang pandangan mengenai kerana tidak semua penyata kewangan telah diserahkan untuk pengauditan," menurut kenyataan itu. Menurut kenyataan itu, terdapat kelewatan penyerahan penyata kewangan badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi tahun 2006 dan 2007 untuk pengauditan. Antara faktor kelewatan penyerahan penyata kewangan itu ialah rekod perakaunan yang tidak diselenggara dengan sempurna. Bagi akuan PBT pula kelewatan itu berpunca dari Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang tidak menetapkan secara khusus tempoh penyerahan untuk pengauditan. Sebanyak 57 pengauditan prestasi telah dilaksanakan di peringkat persekutuan dan 76 di peringkat negeri bagi menilai sejauh mana aktiviti dan projek kerajaan yang di rancang dan menilai keberkesanan projek berkenaan. Jabatan Audit menggesa agensi kerajaan mengambil iktibar daripada kelemahan dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap aktiviti yang dibangkitkan dalam laporan audit prestasi yang disediakan. Menurut kenyataan itu, kebanyakan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2006 telahpun diselesaikan. -- BERNAMA BHA LES MAI  

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 286: Pengguna Bijak_2

KUMPULAN KEWANGAN PERLU NILAI SEMULA KEUTAMAAN PENGURUSAN RISIKO, KATA

Date: 04-08-2008 Author: / CL LC RIZ LAT BASEL-PENGURUSAN RISIKO

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Walaupun Basel II diterima secara meluas kerana menyediakan rangka tindakan terperinci yang baik dalam memberikan hala tuju kepada institusi bagi membangunkan pengurusan risiko mereka, krisis subprima baru-baru ini telah menimbulkan beberapa kebimbangan tentang keberkesanannya. Krisis subprima baru-baru ini juga menimbulkan kebimbangan mengenai sama ada bidang pengurusan risiko yang lain, sebagai contoh kecairan, seharusnya diberikan keutamaan mengatasi pelaksanaan Basel II, demikian menurut satu laporan KPMG yang baru. KPMG ialah jaringan firma profesional global yang menyediakan perkhidmatan audit, cukai dan khidmat nasihat. Laporan bertajuk "Keutamaan Pengurusan Risiko bagi Institusi Kewangan Asia Pasifik: Basel II dan Selepasnya", menyelami pelbagai faktor termasuk Basel II, yang memberi hala tuju kepada institusi untuk meningkatkan pengurusan risiko mereka dan mencadangkan cara institusi menilai keperluan mereka dan merancang dan memberi keutamaan terhadap proses pembangunan secara berkesan. "Krisis subprima telah sampai ke satu tahap yang mengalihkan tumpuan institusi kewangan dan pengawal aturan daripada Basel II dan ke arah mengukuhkan beberapa bidang pengurusan risiko, seperti risiko kecairan dan pengujian tekanan kecairan, yang tidak ditangani sepenuhnya oleh Basel II" kata Prinsipal, Pengurusan Risiko Kewangan, KPMG China, Simon Topping. "Bagaimana pun, kedua-dua Forum Kestabilan Kewangan dan Jawatan Kuasa Basel telah mengesahkan semula pelaksanaan Basel II tepat pada masanya dalam respons mereka terhadap krisis subprima," katanya. Berdasarkan pentingnya Basel II dan subprima, wujud bahaya bahawa institusi mungkin tidak dapat melihat faktor ketiga dan penting yang seharusnya memberi hala tuju inisiatif pengurusan risiko mereka, iaitu keperluan perniagaan mereka, demikian menurut laporan itu. Menurutnya institusi yang paling berjaya membabitkan mereka yang meletakkan keutamaan pengurusan risiko di tempat yang betul dan menyusunnya serapat yang boleh dengan keperluan perniagaan mereka, dan memenuhi kehendak kawal aturan. Institusi juga perlu menempatkan kerangka kerja pengurusan risiko yang berdaya maju, terutama ketika melaksanakan pendekatan yang lebih terkini menerusi Basel II, seperti penggunaan model. Oleh itu institusi yang paling berjaya terdiri daripada mereka yang berjaya menyepadukan teknik pengurusan risiko terkini ke dalam sistem dan kawalan mereka, kata laporan itu.

Page 287: Pengguna Bijak_2

Laporan itu juga menekankan mengenai institusi kewangan dalam bidang kuasa Asia Pasifik yang menghadapi masalah persekitaran kawal aturan tempatan yang secara relatifnya kaku dan kurang dibangunkan. Menurutnya kurangnya kemahiran dan data yang terhad juga menimbulkan cabaran bagi institusi untuk menerima pakai pendekatan terkini yang digariskan menerusi Basel II. -- BERNAMA CL LC RIZ LAT  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 288: Pengguna Bijak_2

PENGARAH URUSAN, CEO PKS DIMINTA HADIRI LATIHAN PENGURUSAN KEWANGAN

Date: 04-06-2008 Author: / PJR LC RIZ NHD MUHYIDDIN-LATIHAN

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif perusahaan kecil dan sederhana(PKS) akan dikehendaki menghadiri latihan dalam pengurusan kewangan sebelum geran atau pinjaman dapat diagihkan kepada mereka, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Mulai bulan ini, menjadi satu mandatori bagi penerima pinjaman dan geran PKS untuk dilatih dalam pengurusan kewangan, kata beliau "Ini bagi memastikan mereka (PKS) mempunyai pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan, justeru mengurangkan risiko kegagalan projek," katanya di majlis pelancaran SMIDEX 2008 dan Konvensyen PKS Asia Timur yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Muhyiddin berkata kerajaan akan terus mengukuhkan sistem penyampaian awam dalam usaha untuk mewujudkan satu persekitaran yang mesra perniagaan. Dalam konteks ini, beliau berkata Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) mempunyai saluran baru bagi PKS untuk memeriksa status permohonan geran mereka menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) mulai hari ini.Dengan sistem SMS, syarikat sekarang ini boleh memeriksa status permohonan geran mereka pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, katanya. Sejak Mac 2007, SMIDEC mula mengagihkan geran kepada PKS menggunakan pemindahan dana elektronik.Setakat Mei tahun ini, sejumlah 1,777 pembayaran telah pun dibuat dengan dana bernilai RM115.1 juta berasaskan pemindahan secara elektronik. Melalui inisiatif sebegini, Muhyiddin berkata PKS akan berupaya menerima geran mereka dalam tiga hari selepas kelulusan. PKS yang mewakili 99.2 peratus daripada penubuhan syarikat, dianggap sebagai tulang belakang ekonomi Malaysia. Menyedari hakikat kepentingan PKS, kerajaan menyediakan bantuan kewangan berjumlah RM3.7 bilion tahun lepas bagi pelaksanaan program PKS, menumpukan kepada pembinaan kapasiti, keupayaan, pembangunan modal insan, teknologi dan inovasi dan juga pemasaran dan promosi. Daripada jumlah itu, RM607 juta diperuntukkan kepada MITI untuk pelaksanaan 36 program utama. Muhyiddin berkata kerajaan telah memperuntukkan RM4.5 bilion tahun ini bagi 198 program pembangunan PKS. Kerajaan turut meningkatkan jumlah maksimum di bawah tiga skim geran bagi PKS mulai bulan ini, dengan geran pemadanan bagi perniagaan yang baru bermula ditingkatkan kepada RM100,000 daripada RM40,000, katanya. Geran pemadanan bagi penambahbaikan produk dan proses, digunakan untuk pembelian mesin dan peralatan, ditingkatkan kepada RM200,000 daripada RM100,000. Geran peningkatan kemahiran, yang membolehkan pekerja PKS dilatih di 42 pusat pembangunan kemahiran dan penyedia latihan profesional, ditingkatkan kepada sebanyak 80 peratus daripada 50 peratus sebelumnya.

Page 289: Pengguna Bijak_2

Selain itu, PKS dalam semua sektor kini boleh memohon untuk pensijilan siri ISO 9000 di bawah geran pemadanan bagi pensijilan dan sistem pengurusan kualiti. Bagi terus membantu PKS, kementerian mewujudkan pakej bantuan PKS yang baru bagi menyokong pertumbuhan perniagaan serta peningkatan nilai ditambah produk dan perkhidmatan PKS. Muhyiddin berkata pakej baru itu, yang sedang dalam pertimbangan kerajaan, akan menumpukan kepada pemasaran dan promosi, akses pemasaran, latihan dan akses kepada pembiayaan. -- BERNAMA PJR LC RIZ NHD  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 290: Pengguna Bijak_2

KERAJAAN AKAN TERUS AMALKAN PENGURUSAN KEWANGAN BERHEMAT

Date: 16-04-2008Author: / PJR AA AMIRSHAM-KEWANGAN

KUALA LUMPUR, April 15 (Bernama) -- Kerajaan akan terus mengamalkan pengurusan kewangan berhemat yang bukan sahaja dapat memastikan kemampanan ekonomi tetapi juga kebajikan rakyat terjamin dalam jangka masa panjang, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amirsham A. Aziz. Sehubungan dengan itu, kerajaan akan lebih berhati-hati apabila menguruskan Petronas iaitu perbadanan minyak negara, kata beliau ketika menolak cadangan yang Petronas perlu membiayai secara langsung projek-projek infrastruktur dan pembangunan di dalam negara. "Ini adalah kerana rizab minyak dan gas asli adalah terhad," katanya di dalam rancangan "Bersemuka Bersama Media" yang disiarkan di TV1 RTM malam ini. Beliau berkata kerajaan yang kini mendapat dividen dan cukai dari Petronas, akan melabur hasil itu sebaik-baiknya supaya dapat menjamin masa depan rakyat. Amirsham yang menolak cadangan terutamanya dari pihak pembangkang supaya menggunakan pendapatan Petronas secara langsung untuk projek-projek pembangunan berkata, "Penggunaan pendapatan Petronas, jika tidak berjaga-jaga akan menjejaskan masa depan Malaysia." "Menurut penganalisis, rizab gas dan minyak, hanya akan bertahan dalam tempoh empat hingga lima tahun. Rizab minyak dan gas asli tidak akan melimpah selama-lamanya. Dan jika pendapatan Petronas terjejas, kedudukan rating kewangan Malaysia juga akan turut terjejas dan sukar untuk kita untuk mendapatkan pinjaman," kata beliau. Rancangan selama sejam itu turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarang, Perkhidmatan Berita Ekonomi, Bernama, Salbiah Said dan Pengarang Meja Ekonomi, Utusan Malaysia, Mustafa Kamal Basri. Apabila ditanya mengenai cadangan projek keretapi laju KL-Singapura, beliau berkata kerajaan tidak sepatutnya mengambil risiko memajukan projek berkenaan kerana ia melibatkan perbelanjaan yang amat tinggi. Projek itu dianggarkan menelan kos RM8 bilion dan dicadangkan oleh konglomerat YTL COrporation. Ia dijangka mengurangkan tempoh perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapuran kepada hanya 90 minit. Mengulas mengenai persepsi oleh beberapa pihak bahawa kadar inflasi yang kini berada pada paras dua peratus adalah tidak realistik, Amirsham berkata pandangan itu mungkin timbul kerana rakyat beranggapan bahawa komponen makanan sahaja yang diambilkira dalam kompilasi (compilation) Indeks Harga Pengguna (IHP). "Walaupun harga makanan telah meningkat, komponen telekomunikasi dan pengangkutan juga diambil kira di mana kos kedua-dua sektor ini telah berkurangan. Dengan itu, purata inflasi negara adalah rendah," kata beliau.

Page 291: Pengguna Bijak_2

Dalam pada itu, Amirsham juga berkata bahawa kerajaan kini menumpukan perhatian kepada program-program untuk meningkatkan pendapatan per kapita rakyat dalam usaha mengukuhkan lagi ekonomi Malaysia supaya dapat menyerap kejutan-kejutan seperti lonjakan harga minyak dan pasaran saham yang tidak menentu. "Saya cukup yakin pendapatan rakyat akan naik," kata beliau. Beliau berkata kerajaan juga sentiasa prihatin dalam usaha menangani kemiskinan di luar bandar mahupun di bandar di mana lebih banyak perumahan disediakan. Di bandar, di samping menyediakan kemudahan perumahan, kerajaan juga akan terus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, kata beliau. Amirsham turut menegaskan bahawa tidak ada sebarang petunjuk bahawa "pelaburan sudah mengalir keluar dari Malaysia." Beliau menegaskan yang Malaysia akan terus konsisten dalam dasar menarik pelaburan asing serta memastikan iklim mesra perniagaan berterusan. Katanya, persepsi bahawa pelabur-pelabur kini mengamalkan sikap berhati-hati kerana senario politik Malaysia yang tidak menentu hanyalah satu fenomena sementara. "Kestabilan politik di Malaysia masih ada, BN masih menerajui kerajaan," kata beliau. -- BERNAMA PJR AA  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 292: Pengguna Bijak_2

KETUA MENTERI SABAH MINTA SEMUA PIHAK AMAL PERBELANJAAN BERHEMAH TAHUN DEPAN

Date: 25-11-2010 Author: / NAB NAB ROS MUSA-PERBELANJAAN

KOTA KINABALU, 25 Nov (Bernama) -- Semua pihak, termasuk anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) di Sabah, diminta supaya mengamalkan perbelanjaan yang berhemah memandangkan sumber kewangan negeri terhad bagi tahun depan. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang juga Menteri Kewangan Negeri, berkata keutamaan harus diberi kepada pelaksanaan program dan projek yang mampu memberi impak maksimum kepada peningkatan sosioekonomi rakyat. "Saya juga meminta semua Adun supaya terus bekerjasama dengan pihak lain, khususnya kepada penjawat awam negeri dan Persekutuan serta badan bukan kerajaan (NGO) yang turut sama menyumbang kepada kerjasama yang erat," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini. Beliau berkata hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Sabah sebuah negeri maju menjelang 2015 dan berpendapatan sederhana tinggi menjelang 2020 menuntut kerjasama yang erat dan bersepadu daripada semua pihak. "Hubungan baik yang sedia terjalin di antara barisan pemimpin dan wakil-wakil rakyat dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan perlu dipelihara dan diperkukuhkan lagi. "Dengan persefahaman dan hubungan kerja yang mantap, saya yakin kita akan berjaya membangun dan membawa negeri Sabah ke mercu kejayaan seperti yang kita inginkan," katanya. Musa berkata rakyat sentiasa berharap kepada kerajaan supaya dapat menikmati hasil daripada semua dasar dan strategi yang telah digubal oleh kerajaan. Katanya kerajaan negeri di bawah kepimpinan Barisan Nasional akan memberi komitmen penuh untuk merealisasikan segala objektif dan matlamat yang disasarkan dalam Bajet Negeri 2011. -- BERNAMA NAB NAB ROS  

 

 

 

 

 

Page 293: Pengguna Bijak_2

PENINGKATAN POSITIF DALAM PERBELANJAAN BERHEMAH OLEH KERAJAAN - KETUA AUDIT NEGARA

Date: 27-09-2010 Author: / SLR SLR RS AUDIT-POSITIF

PORT DICKSON, 27 Sept (Bernama) -- Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buangberkata terdapat perubahan semakin baik pada jabatan dan agensi kerajaan dalammelaksanakan perbelanjaan kewangan berhemah dan telus. Beliau bagaimanapun tidak menolak bahawa terdapat kepincangan dalam perbelanjaan yang menyebabkan pembaziran wang rakyat sebelum ini. "Tetapi pucuk pimpinan sama ada di peringkat kabinet mahupun exco kerajaannegeri sangat serius dalam menanganinya. "Macam di Negeri Sembilan ini, kita tahu Menteri Besarnya baca laporan audit kita dan beliau selanjutnya berbincang dengan pegawai-pegawai kanan, jadi ini merupakan tindakan yang sangat wajar," katanya kepada pemberita selepas MajlisAudit se-Malaysia di sini hari ini. Ambrin berkata, setiap kepincangan didedahkan melalui laporan audit negarasetiap tahun sebenarnya mendapat tindakan dan bukan dibiarkan begitu saja. Hasilnya, pada tahun ini jabatan audit memberi Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akautabiliti 2009 kepada 47 jabatan danagensi kerajaan berbanding hanya lebih kurang 20 pada tahun sebelumnya, katanya. Beliau menafikan bahawa sistem yang diwujudkan oleh kerajaan hari ini mempunyai banyak kepincangan, menyebabkan berlaku pembaziran wang rakyat. "Banyak masalah yang ada adalah disebabkan kelemahan manusia, sistem itu telah direka bentuk supaya ada 'check and balance', untuk memastikan ada akauntabiliti dan sebagainya," kata beliau. Katanya, kehendak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kakitangan kerajaan menerapkan budaya berprestasi tinggi tidak akan berlaku jika pegawai di bawahnya tidak mengambil sikap pro aktif dan tidak mahu belajar dari pengalaman. Beliau bagaimanapun bersyukur kerana setiap teguran dalam laporan audit negara telah diambil tindakan dan pegawai kerajaan berusaha untuk membaiki kelemahan diri mereka. Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan ketika memberikan ulasannya berkata, beliau cukup bertuah kerana pernah berada dalam sistem pengurusan swasta dan hari ini menjawat jawatan penting dalam kerajaan. "Saya hendak mengikis persepsi masyarakat yang menyatakan jabatan kerajaanini lemah dan tidak berubah, sebab saya pernah berada di swasta dan kerajaan. "Saya boleh nampak sikap dan prestasi kakitangan kerajaan, saya boleh katakan ia semakin baik," katanya yang pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam syarikat swasta sebelum menjadi ahli politik. Kunci kepada perubahan ini ialah ketua jabatan perlu memantau kerja anak buah mereka dan sesekali memberikan semangat kepada mereka, katanya. -- BERNAMA SLR SLR RS

Page 294: Pengguna Bijak_2

KABINET MAHU SEMUA KEMENTERIAN LAKSANAKAN PERBELANJAAN BERHEMAH

Date: 06-01-2010 Author: / SNS KHY NH RAIS-KOS

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Kabinet, dalam mesyuarat mingguannya hariini memutuskan supaya semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan melaksanakan perbelanjaan berhemah terutama berhubung masalah penentuan kos pembinaan dan pewujudan sesuatu projek. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata menerusi pengamatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sesuatu projek yang menelan kos yang besar boleh dikurangkan pada tahap lebih munasabah jika dibuat perkiraan terperinci mengenai komponen-komponen dan jenis bangunanyang hendak didirikan. "Mungkin juga tidak perlu melibatkan bahan-bahan yang keterlaluan tinggi kosnya seperti bahan yang diimport, atau terlalu mengikut nasihat konsultan yang terlampau tinggi harganya," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca kabinet di sini. Rais berkata, pada masa kini tidak ada suatu sistem yang jelas untuk menentukan kos sesuatu projek, sebaliknya kebanyakan projek-projek kerajaan bersandarkan pandangan konsultan projek. Katanya perkara itu dipandang serius Perdana Menteri dalam memastikan setiap projek pembinaan yang dilaksanakan adalah berkualiti dan tidak merugikan wang rakyat. Rais berkata Perdana Menteri juga berpandangan bahawa satu sistem penentuan kos harus diwujudkan sebagai panduan bagi penetapan kos projek pembangunan di bawah mana-mana kementerian. Langkah itu juga dapat memastikan mana-mana kementerian dan agensi di bawahnya tidak terlalu mengikut nasihat atau telunjuk konsultan yang dilantik dalam menentukan kos sesuatu projek yang hendak dilaksanakan, kata Rais. Sehubungan itu, Rais berkata semua projek pembangunan di bawah KementerianPenerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan dipantau semula bagi memastikan kos pembinaan sesuatu projek di tahap munasabah dan benar-benar menepati keperluan. "Walaupun di bawah kementerian ini projek pembangunan tidak begitu banyak,tetapi kami akan mengambil iktibar dari nasihat kabinet itu supaya setiap projek kita yang ada misalnya di Sabah, di Kelantan dipantau semula terhadap pengisian kelengkapan dan bagaimana untuk membida atau mengisi kehendak sesuatu tender,"katanya. Dalam isu lain, Rais berkata, kementerian kini sedang menyusun strategi program yang benar-benar dapat memberikan 'sentuhan rakyat' dalam menjayakan konsep Gagasan 1Malaysia. Katanya dalam konteks itu, kementerian akan bekerjasama dengan jawatankuasa Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) bagi melaksanakan program-program induk 1Malaysia di seluruh negara. "Kita mahu konsep Gagasan ini dapat dirasai oleh rakyat di bawah dan tidak

Page 295: Pengguna Bijak_2

hanya menerusi ucapan di stadium dan padang-padang besar. Kita akan bawa ia kekampung-kampung di mana Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau pemimpin dapat melakukan 'sentuhan rakyat'," katanya. -- BERNAMA SNS KHY NH

WARGA TLDM MESTI BERHEMAH DALAM PERBELANJAAN BERIKUTAN KENAIKAN KOS SARA

Date: 28-06-2008 Author: / RAS RAS RS SULTAN-TLDM

LUMUT, 28 Jun (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengingatkan warga kerja Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) agar berhemah dalam perbelanjaan mereka berikutan kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan harga minyak. "Beta berharap warga TLDM merancang perbelanjaan keluarga dan tidak melakukan pembaziran. Selain itu, diharapkan kenaikan kos sara hidup tidak melemahkan semangat juang pasukan TLDM dalam mempertahan kedaulatan negara. "Pemimpin tertinggi, pegawai dan bintara turut diingatkan menjaga kebajikan warga TLDM kerana kecemerlangan sesuatu organisasi bermula daripada suasana kerja serta keluarga bahagia," titah baginda selaku Kapten Yang Dipertua TLDM,pada majlis istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah PegawaiKadet Tauliah Jangka Pendek ke-56 dan Graduan ke-17, di KD Pelandok, PangkalanTLDM, di sini. Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusopdan Panglima TLDM, Datuk Abdul Aziz Jaafar. Titah baginda, warga TDLM juga perlu menyuburkan semula tradisi 'The Navy People' yang menjadi kemasyhuran pelaut dulu dan menjadikan tradisi berkenaan sebagai alat untuk bersatu-padu selain menggunakan ungkapan 'naval term' sebagai satu bahasa dan kebanggaan di kalangan pegawai serta anggota TLDM. "Pada masa sama, beta mengingatkan supaya warga TLDM tidak melupakan cabaran lain yang dihadapi di peringkat antarabangsa terutama perkembangan teknologi maklumat yang begitu pantas memberi kesan kepada keselamatan dunia. "Warga TLDM perlu sentiasa proaktif dalam menangani apa jua ancaman sama ada konvensional atau assimetrik berikutan pola politik dan ekonomi yang banyak berubah," titah baginda yang turut mengingatkan pegawai dan anggota TLDM menggunakan sebaik mungkin pelbagai aset terkini untuk memantapkan daya tempurarmada TLDM. Sultan Sharafuddin bertitah, pegawai dan anggota TLDM mesti mempunyai keupayaan seimbang antara akademik dan ilmu ketenteraan kerana sistem persenjataan moden memerlukan pengendali berilmu tinggi dalam peperangan. Baginda bertitah, pencapaian akademik dan ilmu ketenteraan perlu ditingkatkan dan proses menimba ilmu perlu dilakukan secara berterusan bagi memastikan anggota TDLM mahir mengendalikan senjata serta strategi peperangan. "Warga TDLM juga disarankan supaya mempelajari dan mengkaji sejarah kewujudan, keagungan dan peranan Tentera Laut di seluruh dunia dalam menghadapi

Page 296: Pengguna Bijak_2

peperangan serta mempertahan keselamatan negara," titahnya. Seramai 61 Pegawai Kadet Kanan (PKK) Pengambilan ke-56 dan lima Pegawai Graduan (PG) Pengambilan Ke-17 menerima pengurniaan watikah masing-masing daripada Sultan Sharafuddin. -- BERNAMA RAS RAS RS

KENAIKAN HARGA BAHAN API: MASA UNTUK PENGGUNAAN DAN PERBELANJAAN BERHEMAH

Date: 06-06-2008 Author: MELATI MOHD ARIFF / MMA CR PENGGUNA-MINYAK

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Tiada pilihan selain berjimat! Walaupun pahit tetapi itulah kenyataan yang terpaksa ditelan oleh masyarakat pengguna. Sememangnya, kenaikan kos sara hidup tidak lagi dapat dielakkan lebih-lebih lagi apabila kerajaan menaikkan harga bahan api mulai 5 Jun meskipun ramai yang menjangkakannya Ogos ini. Harga petrol kini melambung kepada RM2.70 seliter berbanding RM1.92 dan diesel RM2.58 seliter berbanding RM1.58 sebelumnya. Kenaikan ini disifatkan yang paling buruk dalam sejarah negara ini! Kali terakhir kerajaan menaikkan harga petrol ialah pada 28 Feb 2006 sebanyak 30 sen. Di sebalik kenaikan terbaharu ini, kerajaan dilapor masih perlu menampung subsidi sebanyak RM18 bilion setahun. Pengguna juga berhadapan dengan kemungkinan terpaksa menanggung kenaikan harga bahan api yang lebih tinggi sekiranya kerajaan membuat keputusan menariksemula semua subsidi bahan api. PENGGUNAAN BERHEMAH Setiausaha Agong Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata pengguna negara ini perlu sedar bahawa petroleum adalah satu sumber yang bukan boleh diperbaharui. Kerajaan, kata beliau, perlu merancang penggunaan yang berhemah supaya pengurusan sumber ini dapat bertahan lebih lama. "Malaysia sebagai pengeluar dan pengeksport harus bersedia menghadapi tahun 2014 di mana negara dijangka perlu mengimport bagi menampung keperluan dan pada tahun 2020-an, kita dijangka menjadi pengimport sepenuhnya keperluan petroleum," jelasnya lagi. Dalam masa yang sama, beliau berkata, kerajaan mesti memenuhi janji untuk mengurangkan beban kos sara hidup ke atas pengguna. Kerajaan, tegasnya perlu memastikan perbelanjaan kerajaan adalah berhemah dan memenuhi ketelusan serta bertanggungjawaban awam supaya lebih peruntukan dapat diagihkan ke sektor sosial dan ekonomi secara cekap. "Bayaran rebet tunai bahan api tidak harus menjadi tindakan bantuan kerajaan kepada rakyat. Kerajaan juga perlu menyelaraskan tarif dan kadar perkhidmatan telekomunikasi, air, cukai jalan, tambang pengangkutan awam, kesihatan, pendidikan dan perumahan di samping tarif TNB. Ini penting supaya golongan berpendapatan rendah dan sederhana mendapat keselesaan hidup," kata

Page 297: Pengguna Bijak_2

Muhammad Sha'ani. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi bahan api pada 4 Jun lepas berkata kerajaan akan membayar subsidi minyak secara tunai kepada pemilik kenderaan. Bagi meringankan beban rakyat, pemilik kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 2000cc dan pikap serta jip sehingga 2500cc akan diberibayaran tunai RM625 setahun untuk setiap kenderaan. Pemilik motosikal persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 250cc pula menerima bayaran tunai RM150 setahun bagi setiap kenderaan. JAGA KEPENTINGAN PENGGUNA BERPENDAPATAN RENDAH Di tengah-tengah kenaikan terbaharu harga bahan api ini, Muhammad Sha'ani berkata kerajaan harus mengarahkan semua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mengkaji semula kadar perkhidmatan kepada pengguna. "Penyelarasan perlu dibuat supaya pengguna kecil dikenakan kadar rendah dan pengguna berpendapatan tinggi dikenakan kadar lebih serta kadar berdasarkan unit masa sesaat dan sewa bulanan dihapuskan," jelasnya. Muhammad Sha'ani turut mencadangkan supaya kerajaan mengarahkan semua bankmengutamakan penjadualan semula bayaran balik pinjaman atau pun penukaran kepada pinjaman bertempoh bagi kemudahan kad kredit dan overdraf yang bermasalah. Kerajaan, katanya, perlu juga mengarahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Malaysian Building Society Bhd (MBSB) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyediakan pinjaman perumahan kepada ahli-ahlinya dengankadar yang rendah atau pun tanpa faedah kepada golongan berpendapatan rendah. IMPAK KENAIKAN Sebelum kenaikan terbaharu harga bahan bakar, kenaikan harga barangan sudah menjadikan dompet pengguna semakin kempis. Dari awal tahun hingga ke pertengahan tahun, ada sahaja harga barangan keperluan harian yang naik. Bagi mereka yang berpendapatan lumayan kenaikan ini mungkin tidak begitu dirasa apatah lagi jika menggunakan 'wang plastik'! Yang malangnya adalah mereka yang 'kais pagi makan pagi, kais petang makanpetang' dan bermukim di tengah bandar, semakin terpaksa 'mengikat perut' untukmeneruskan kelangsungan hidup. "Kenaikan harga bahan bakar ini sudah tentu akan memberikan kesan besar kepada pengguna, khususnya peningkatan kepada kos pengangkutan. "Begitu juga kenaikan harga bahan bakar ini akan memberi kesan jaringan kepada pengeluaran barang dan kos pengangkutan. Ini menyebabkan kos pengeluaran dan pengangkutan turut meningkat. Seterusnya ini akan menyebabkan kenaikan harga barang di pasaran," jelas Mohd Yusof Abdul Rahman, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA). Menurut beliau, secara puratanya pengguna di Malaysia membelanjakan kira-kira 40 peratus pendapatan mereka untuk perbelanjaan makanan. "Kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga bahan api ini tidak dapat tidak akan menyebabkan perbelanjaan mereka turut meningkat kepada sekitar 50 peratus. "Harga makanan yang diproses akan naik kerana harga bahan mentah naik disebabkan kos pengangkutan yang meningkat. Oleh itu, restoran dan gerai akan menaikkan harga makanan," jelasnya kepada Bernama.

Page 298: Pengguna Bijak_2

MULAKAN LANGKAH PENJIMATAN Justeru, tambah beliau, pengguna di negara ini terpaksa mengkaji semula pola perbelanjaan bagi menyesuaikannya dengan kenaikan kos sara hidup termasukmembuat perancangan semula kewangan dan gaya hidup. "Mereka juga perlu melakukan langkah jimat-cermat dalam kehidupan. Jika terdapat kawasan di halaman rumah, mulalah bercucuk tanam. Ini dapat menjimatkan kos membeli sayur-sayuran. "Bagi mereka yang tinggal di rumah bertingkat seperti pangsapuri, mereka boleh bercucuk tanam di dalam pasu atau mengikut kaedah penanaman hidroponik,"kata Mohd Yusof. Bagi mengurangkan kos pengangkutan, beliau berkata sudah tiba masanya untuk pengguna beralih kepada pelbagai jenis pengangkutan awam yang ada untuk ke tempat kerja atau destinasi-destinasi lain. "Jika boleh, amalkan berkongsi kenderaan. Gunakan kenderaan yang lebih kecil kemampuan enjinnya (cc). Kenderaan kecil menggunakan minyak yang kurang berbanding kenderaan berkuasa tinggi dan besar. "Kos perbelanjaan di rumah juga perlu dikurangkan. Langkah berjimat-cermatboleh dilakukan terhadap kos utiliti seperti bil elektrik, telefon dan air. Perbelanjaan telefon di rumah atau telefon bimbit dengan mengurangkan panggilan yang tidak perlu. "Jika perlu gunakan khidmat pesanan ringkas (sms) kerana kadarnya lebih rendah. Hentikan langganan perkhidmatan telefon bimbit seperti nada dering, permainan, maklumat tertentu dan sebagainya," syor Mohd Yusof. -- BERNAMA MMA CR

Page 299: Pengguna Bijak_2

PERAK TEKANKAN DASAR PERBELANJAAN LEBIH BERHEMAH

Date: 05-10-2004 Author: / KAY ROS Dewan-Perak (Bajet)

IPOH, 5 Okt (Bernama) -- Pendekatan penyediaan Bajet 2005 oleh kerajaan negeri Perak memberi penekanan kepada dasar perbelanjaan lebih berhemah danberjimat cermat dengan berbelanja mengikut keperluan serta mengambil kira status kewangan negeri. Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata defisit dalam bajet tahun depan merupakan kali pertama yang dialami oleh kerajaan negeri dan tidak dapat dielakkan kerana peningkatan perbelanjaan berbanding hasil yang diperolehi. Semasa membentangkan Bajet negeri Perak 2005 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, beliau berkata kerajaan negeri mencadangkan perbelanjaan mengurus dan pembangunan sebanyak RM669.24 juta bagi tahun depan serta menjangkakan defisit sebanyak RM15.45 juta. Katanya ini berlaku kerana perbelanjaan mengurus memerlukan peruntukan sebanyak RM505.45 juta manakala RM163.79 pula untuk perbelanjaan pembangunan dengan anggaran hasil sebanyak RM490 juta. Beliau berkata antara faktor penyumbang kepada bajet defisit itu adalahpeningkatan sebanyak RM5.45 juta terhadap caruman Kumpulan Wang Pembangunandan juga peningkatan peruntukan bagi perbelanjaan mengurus. Tajol Rosli berkata kerajaan negeri juga akan mengambil pendekatan lebih berhati-hati apabila meluluskan sesuatu peruntukan kewangan manakala perbelanjaan mengurus akan dipantau dengan teliti bagi memastikan perbelanjaan dilakukan secara bijaksana tetapi tidak menjejaskan keperluan jentera pengurusan kerajaan negeri. "Walaupun akan mengalami bajet defisit, kerajaan negeri akan memastikansemua kerja dan projek untuk kemudahan rakyat yang ditangguhkan pada tahun ini dilaksanakan tahun depan. "Untuk itu, kerajaan negeri akan terus melaksanakan pemantauan prestasipelaksanaan projek pembangunan melalui Jawatankuasa Pemantauan Projek yang diurusetiakan oleh pejabat pembangunan negeri," katanya. Beliau berkata jawatankuasa itu akan memastikan tidak berlaku masalah kurang belanja dalam pembiayaan projek dan dalam masa yang sama, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana kontraktor yang tidak dapat menyiapkan projek mengikut jadual. Katanya bagi mencapai matlamat serta keberkesanan bajet tahun depan, kerajaan negeri akan merealisasikannya melalui lima strategi iaitu mempergiatkan usaha untuk mencapai bajet yang seimbang dan merangsang sertameningkatkan pertumbuhan ekonomi. Tiga lagi strategi ialah meneruskan agenda menyediakan infrastruktur fizikal dan sosial yang lengkap; mempercepatkan peralihan ekonomi daripada yang bercorak tradisional dan berasaskan sumber semula jadi kepada perindustrian moden dan yang berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi; serta memastikan kecemerlangan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Beliau berkata peruntukan yang dicadangkan bagi perbelanjaan mengurus merupakan peningkatan 14.78 peratus daripada peruntukan tahun ini. Perbelanjaan pembangunan pula meningkat sebanyak 25.99 peratus berbanding tahun 2004 dengan mengambil kira keperluan setiap sektor pembangunan untuk memantapkan pertumbuhan ekonomi serta keseimbangan dalam pembangunan antara bandar dan luar bandar. -- BERNAMA KAY ROS

Page 300: Pengguna Bijak_2

KERAJAAN NEGERI PAHANG LAKSANA PERBELANJAAN BERHEMAH

Date: 14-04-2003 Author: / LIB MS RHM Dewan-Pahang (Ekonomi)

KUANTAN, 14 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Pahang mengambil langkah melaksanakan perbelanjaan berhemah sebagai strategi ekonomi untuk menghadapi sebarang kesan berikutan peperangan di Iraq. Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata bagi melaksanakan strategi berkenaan, kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada projek-projek pembangunan utama yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi negeri. "Selain itu projek pembangunan itu nanti perlu menyediakan peluang-peluang pekerjaan bagi menjamin pendapatan rakyat serta mendatangkan pulangan kepada kerajaan," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Mohd Hayani Abdul Rahman (BN- Bera) berkenaan persediaan kerajaan bagi menghadapi kesan perang di Teluk pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini. Ketika menjawab soalan tambahan Mohd Soffi Abdul Razak (BN-Benta) mengenai strategi lain kerajaan negeri bagi mengukuhkan ekonomi, Adnan berkata rakyat negeri ini tidak perlu bimbang kerana kerajaan tidak bercadang untuk menarik balik sebarang bentuk pelaburan yang telah dibuat. Katanya dalam keadaan sekarang kerajaan pusat berpendirian tegas untuktidak menyekat perdagangan yang datang dari Amerika Syarikat sebaliknya kerajaan hanya menentang pentadbiran dan pemerintahan Presidennya iaitu George W Bush yang bersikap kaki buli. Sementara itu, ketika menjawab soalan asal Redzwan Harun (BN-Sanggang)berkenaan tindakan kerajaan terhadap pelajar tajaan Yayasan Pahang di AsiaBarat yang terlibat dengan gerakan antikerajaan, Adnan berkata kerajaan negeri telah menghantar pegawai bagi memastikan pelajar negeri ini tidak terlibat dengan gerakan tersebut. Katanya pengurusan Yayasan Pahang dan wakil kerajaan negeri juga mengadakan lawatan secara berkala ke Asia barat bagi mengadakan perjumpaandengan pelajar di sana. Kerajaan negeri akan mengambil tindakan menamatkan pinjaman sekiranya terdapat pelajar tajaan Yayasan Pahang yang terlibat dengan gerakan antikerajaan, katanya. -- BERNAMA LIB MS RHM  

 

 

 

 

 

 

Page 301: Pengguna Bijak_2

BANGUNKAN PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM BERHEMAT, KATA DR MAHATHIR

Date: 19-04-2010 Author: Nor Baizura Basri / NBB AS LAT MAHATHIR-KEWANGAN

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak. Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri sangat-sangat memerlukan pengurusan yang sempurna, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. "Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, namun cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini. Dr Mahathir akan menyampaikan syarahan khas di Manama, Bahrain, pada 3 Mei ini, dengan menyuarakan pelbagai isu semasa dalam kewangan Islam pada "Acara Malaysia" sempena Sidang Kemuncak Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) ketujuh pada 4 dan 5 Mei. Berdasarkan kepimpinan beliau selama 23 tahun dan kejayaan meletakkan Malaysia pada radar dunia, kehadiran Dr Mahathir pada sidang kemuncak itu ditunggu-tunggu oleh peserta industri, yang tidak sabar lagi menunggu pandangan beliau terhadap pembangunan landskap kewangan global. Dalam pada negara lain seperti Singapura dan Hong Kong mengintai bahagian masing-masing dalam industri kewangan Islam, Malaysia sudahpun memiliki sistem menyeluruh yang dibangunkan berdasarkan pengalaman industri selama lebih 30 tahun. Dalam hubungan ini, siapa yang memahami isu itu dengan lebih baik selain Dr Mahathir? Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dollar Amerika Syarikat (AS) sebagai mata wang global untuk perdagangan. Pada Acara Malaysia itu, Dr Mahathir akan berkongsi pemikiran mengenai landskap kewangan Islam masa depan, perkembangan serta peranan negara Islam untuk meningkatkan lagi industri itu. Pada syarahannya sebelum ini, beliau berkata perbankan Islam merupakan altenatif yang lebih baik memandangkan ia tidak boleh dimanipulasi penyangak dan berbeza daripada sistem perbankan konvensional berdasarkan isu etika dan moral. Dr Mahathir berkata pertumbuhan dan pembangunan kekayaan yang digalakkan oleh perbankan Islam diikat oleh moral dan etika yang boleh membendung rasa tamak. Bagaimanapun nilai-nilai moral dan etika mesti dikekalkan memandangkan

Page 302: Pengguna Bijak_2

terdapat ramai golongan yang tamak, katanya. Pada sidang kemuncak IFSB, pengawal aturan kewangan terkemuka dari negara-negara IFSB akan berhimpun di Manama bagi membincangkan, antara lain perubahan dalam lanndskap kawal aturan kewangan, isu-isu pemantauan makro serta kerangka kewangan Islam baharu. Malaysia ialah antara anggota pengasas IFSB, yang kini mempunyai 191 anggota. Negara anggota melibatkan 50 pihak berkuasa pemantauan dan kawal aturan, enam organisasi antarabangsa antara kerajaan dan 135 peserta pasaran, firma profesional dan persatuan industri yang beroperasi dalam 40 bidang kuasa. Malaysia mempunyai dua anggota penuh, Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti manakala baki 29 lagi terdiri daripada anggota sekutu dan pemerhati. Sehingga ini lebih 200 peserta sudah mengesahkan penyeraan pada Acara Malaysia. Ia dijangka menarik kira-kira 300 hingga 350 peserta. Mereka yang berminat menyertai Acara Malaysia, boleh menghubungi Unit Promosi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC), Azilah Ahmad (03-26944304) atau Roziah Mohd Haniffa (03-26945961). MIFC dilancarkan pada 2006 bagi meletakkan Malaysia sebagai hab antarabangsa bagi kewangan Islam. Menerusi inisiatif MIFC, pengamal industri boleh menggunakan negara ini sebagai pangkalan penerbitan sukuk, dana dan pengurusan kekayaan Islam, Bank Islam Antarabangsa, takaful antarabansga dan pembangunan modal insan. -- BERNAMA NBB AS LAT  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 303: Pengguna Bijak_2

KERAJAAN AKAN TERUS AMALKAN PENGURUSAN KEWANGAN BERHEMAT

Date: 16-04-2008Author: / PJR AA AMIRSHAM-KEWANGAN

KUALA LUMPUR, April 15 (Bernama) -- Kerajaan akan terus mengamalkan pengurusan kewangan berhemat yang bukan sahaja dapat memastikan kemampanan ekonomi tetapi juga kebajikan rakyat terjamin dalam jangka masa panjang, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amirsham A. Aziz. Sehubungan dengan itu, kerajaan akan lebih berhati-hati apabila menguruskan Petronas iaitu perbadanan minyak negara, kata beliau ketika menolak cadangan yang Petronas perlu membiayai secara langsung projek-projek infrastruktur dan pembangunan di dalam negara. "Ini adalah kerana rizab minyak dan gas asli adalah terhad," katanya di dalam rancangan "Bersemuka Bersama Media" yang disiarkan di TV1 RTM malam ini. Beliau berkata kerajaan yang kini mendapat dividen dan cukai dari Petronas, akan melabur hasil itu sebaik-baiknya supaya dapat menjamin masa depan rakyat. Amirsham yang menolak cadangan terutamanya dari pihak pembangkang supaya menggunakan pendapatan Petronas secara langsung untuk projek-projek pembangunan berkata, "Penggunaan pendapatan Petronas, jika tidak berjaga-jaga akan menjejaskan masa depan Malaysia." "Menurut penganalisis, rizab gas dan minyak, hanya akan bertahan dalam tempoh empat hingga lima tahun. Rizab minyak dan gas asli tidak akan melimpah selama-lamanya. Dan jika pendapatan Petronas terjejas, kedudukan rating kewangan Malaysia juga akan turut terjejas dan sukar untuk kita untuk mendapatkan pinjaman," kata beliau. Rancangan selama sejam itu turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarang, Perkhidmatan Berita Ekonomi, Bernama, Salbiah Said dan Pengarang Meja Ekonomi, Utusan Malaysia, Mustafa Kamal Basri. Apabila ditanya mengenai cadangan projek keretapi laju KL-Singapura, beliau berkata kerajaan tidak sepatutnya mengambil risiko memajukan projek berkenaan kerana ia melibatkan perbelanjaan yang amat tinggi. Projek itu dianggarkan menelan kos RM8 bilion dan dicadangkan oleh konglomerat YTL COrporation. Ia dijangka mengurangkan tempoh perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapuran kepada hanya 90 minit. Mengulas mengenai persepsi oleh beberapa pihak bahawa kadar inflasi yang kini berada pada paras dua peratus adalah tidak realistik, Amirsham berkata pandangan itu mungkin timbul kerana rakyat beranggapan bahawa komponen makanan sahaja yang diambilkira dalam kompilasi (compilation) Indeks Harga Pengguna (IHP). "Walaupun harga makanan telah meningkat, komponen telekomunikasi dan pengangkutan juga diambil kira di mana kos kedua-dua sektor ini telah berkurangan. Dengan itu, purata inflasi negara adalah rendah," kata beliau.

Page 304: Pengguna Bijak_2

Dalam pada itu, Amirsham juga berkata bahawa kerajaan kini menumpukan perhatian kepada program-program untuk meningkatkan pendapatan per kapita rakyat dalam usaha mengukuhkan lagi ekonomi Malaysia supaya dapat menyerap kejutan-kejutan seperti lonjakan harga minyak dan pasaran saham yang tidak menentu. "Saya cukup yakin pendapatan rakyat akan naik," kata beliau. Beliau berkata kerajaan juga sentiasa prihatin dalam usaha menangani kemiskinan di luar bandar mahupun di bandar di mana lebih banyak perumahan disediakan. Di bandar, di samping menyediakan kemudahan perumahan, kerajaan juga akan terus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, kata beliau. Amirsham turut menegaskan bahawa tidak ada sebarang petunjuk bahawa "pelaburan sudah mengalir keluar dari Malaysia." Beliau menegaskan yang Malaysia akan terus konsisten dalam dasar menarik pelaburan asing serta memastikan iklim mesra perniagaan berterusan. Katanya, persepsi bahawa pelabur-pelabur kini mengamalkan sikap berhati-hati kerana senario politik Malaysia yang tidak menentu hanyalah satu fenomena sementara. "Kestabilan politik di Malaysia masih ada, BN masih menerajui kerajaan," kata beliau. -- BERNAMA PJR AA  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 305: Pengguna Bijak_2

BAJET 2004 SATU AMALAN PENGURUSAN KEWANGAN YANG CERMAT

Date: 12-09-2003 Author: / MFJ MFJ MOZ Bajet-Abdullah/I

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Bajet 2004 merupakan satu amalan pengurusan kewangan yang cermat dan pengukuhan fiskal. Beliau berkata faktor-faktor luaran seperti kegawatan ekonomi Amerika Syarikat, perang di Iraq dan Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS) telah menjejaskan Malaysia dan menghalang kerajaan daripada menyediakan bajet berimbang. "Tetapi kita telah membuat kawalan dengan memastikan defisit berada pada kadar yang boleh diterima sementara pada masa sama memastikan semua sektor masyarakat mendapat manfaat. "Ini tentu dapat mengurangkan kebimbangan pihak yang berpendapat kadar defisit mungkin lebih tinggi dan memaparkan betapa rakyat biasa terus mendapat pembelaaan," kata Abdullah kepada Bernama ketika mengulas pembentangan bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat hari ini. Dr Mahathir membentangkan Bajet 2004 yang menggariskan beberapa inisiatif polisi berani yang mengambil kira perkembangan pantas ekonomi dansosial Malaysia selama setengah abad dan ke arah kesejahteraan rakyat Malaysia dalam abad ke-21. Dr Mahathir, yang juga Menteri Kewangan, berkata bajet berkenaan mengguna pakai strategi serampang lima mata yang mengambil kira prestasi separuh pertama pelan pembangunan lima tahun ke-8 bagi memastikan pelaksanaan sepenuhnya dasar-dasar pembangunan dan strategi untuk negara. Bajet 2004, dengan perbelanjaan sebanyak RM112.5 bilion, merupakan pengurangan sebanyak 1.6 peratus daripada RM114.3 bilion perbelanjaan pada Bajet 2003. Berdasarkan kepada anggaran pendapatan sebanyak RM95.6 bilion, Bajet 2004 akan menyaksikan defisit belanjawan yang lebih kecil memandangkan keseluruhan defisit Kerajaan Persekutuan dijangka dikurangkan kepada 3.3 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK) berbanding dengan 5.4 peratus pada 2003. Abdullah yang menyifatkan bajet terakhir sebelum persaraan Dr Mahathir Oktober ini sebagai "bajet penyayang", berkata peruntukan besar kepada sektor pendidikan menunjukkan kerajaan serius bagi memastikan Malaysia terus melahirkan modal sumber manusia berpengetahuan demi pembangunan masa depan negara. Kerajaan mencadang peruntukan sebanyak RM20.2 bilion kepada sektor pendidikan yang merupakan satu perempat daripada peruntukan perbelanjaan mengurus 2004. Timbalan Perdana Menteri berkata Bajet 2004 memberi manfaat kepada semua golongan yang memerlukan bantuan seperti peniaga kecil, usahawan industri kecil dan sederhana, pelajar, penyelidik, pesakit, orang kurang berupaya, ibu tunggal, bekas pejuang (Dana Merdeka) dan peneroka Felda. Abdullah berkata sebenarnya, ia adalah satu belanjawan yang benar-benarprihatin dan bertimbang rasa, dan membantu mereka yang memerlukan bantuan. "Langkah dan strategi yang dinyata dalam bajet akan merangsang ekonomi domestik dan mencergas dan meluaskan pasaran domestik. "Pendekatan untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara perdagangan dan juga untuk menghasilkan barangan tempatan yang bermutu tinggi dan berdaya saing di pasaran antarabangsa," katanya.

Page 306: Pengguna Bijak_2

Beliau berkata strategi untuk menggalakkan pelaburan langsung domestik adalah langkah yang bijak ketika pelaburan langsung asing sedang berkurangan. Katanya, langkah itu akan membantu perusahaan domestik, terutamanya industri kecil dan sederhana menerima suntikan modal untuk berkembang. -- BERNAMA MFJ MFJ MOZ  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 307: Pengguna Bijak_2

RUJUKAN

Page 308: Pengguna Bijak_2

RUJUKAN

Abd. Rahim Abd. Rashid Konsumerisme dalam masyarakat membangun. DEWAN BUDAYA 20(12) : 14-15; Dis 1998.

Abdullah Salehhuddin. Pengguna perlu bijak menangani tekanan inflasi. DEWAN EKONOMI. Jil. 9(597): 36-37; Dis. 2005. Adakah harga betul. MINDA. Bil (4) : 54; Jan 2002. Amalan Penggunaan Lestari. [Online].

Available:http://www.smartconsumer.my/index.php?option=com content&view=article&i d=68:pengenalan-penggunaan-lestari&catid=47:penggunaan-lestari&itemid=17.

(22 September 2011) Arman, Arshad. 111 cara mudah berjimat cermat. Petaling Jaya : True Wealth, 2009. A.Wahab Hamzah Biar papa asal bergaya dan shopaholism. DEWAN BUDAYA 20(12) : 22-23; Dis 1998. Bagaimana jimat belanja. Kuala Lumpur: Alaf 21, 1999. Berbelanja dengan bijak. MINGGUAN WANITA. Bil.(1123). 124-125; 27 Mei – 2 Jun 2005. Bernama Library & Infolink Service. [Online]. Available: http://blis.bernama.com/mainHome.do. (22 September 2011) Consumer Association of Penang [Online].Available: http:www.cap.org.my/.

(22 September 2011)

Page 309: Pengguna Bijak_2

Darina Osman. Bijak berbelanja ketika durian runtuh. DEWAN EKONOMI. Jil .9(580) : 47-48; Jun 2004. Hak-hak Pengguna. [Online]. Available: http:www.kdpnkk.gov.my. (22 September 2011) Jadilah pengguna bijak. MINDA. Bil (30) : 41; Mei 2004 Ketahui hak anda sebagai pengguna. MINDA. Bil (28) : 70; Mac 2004. Lau, K.C. Tip-tip kewangan untuk rakyat Malaysia. Petaling Jaya : True Wealth, 2010. Mohd Tamsir Ali dan Halimah Mohd Arsat. Supaya poket tidak kosong lagi. Kuala Lumpur : PTS Millennia, 2007. Mohd. Hamdan Adnan Pengguna dalam kegawatan ekonomi. DEWAN BUDAYA 20(12) : 20-21; Dis 1998. Mohd. Izranuddin Jelani Iklan dan kepenggunaan. MINDA. Bil (33) : 62-63; Ogos 2004. Mohd. Izranuddin Jelani

Amalan perdagangan tidak adil terhadap pengguna. MINDA. Bil (29) : 60-61; Disember 2004.

Prof. Mohd Hamdan Adnan. Bijak berbelanja Negara sejahtera. DEWAN BUDAYA 20(12) : 10-13; Dis 1998. Nurkhairiah Abdullah Sumber biaya rumah kian mengecil. DATANIAGA (40) : 60-61; Feb. 1998. Penyata ringkas bantu nilai kedudukan kewangan pengguna. MINDA. BIL (29) : 62-63;

Disember 2004.

Panduan untuk menggunakan tenaga dengan cekap di rumah. [Online]. Available: http://www.ukm.my/energy/PDF/Buku%20Panduan%20Cekap%20Tenaga.pdf?in

tCID=6 (22 September 2011)

Page 310: Pengguna Bijak_2

Zaharah Nawawi Pengguna memerangkap diri. DEWAN BUDAYA 20(12) : 16-17; Dis 1998. Sarina Mohd. Som Berbelanja dengan bijak. REMAJA. Bil. 486 : ms.90; 15 Nov.2006 Syed Mohamad Al Junid MD. Pengguna harus bijak memilih : caj tinggi tidak jamin mutu khidmat. IBU (92) : 36-38; Nov.1996. S.M. Mohamed Idris

Rakyat Malaysia menghabiskan banyak masa di pusat beli-belah. MINDA. Bil (4) : 52-53; Jan 2002 Wang : panduan CAP mengenai cara mengurusnya & lain-lain. Pulau Pinang : Persatuan pengguna Pulau Pinang, 2005.

Tips pengguna. [Online]. Available : http://www.kdpnkk.gov.my. (22 September 2011) Syarat Kredit : Guna wang plastik kena berdisiplin. Berita Harian.: (5); 3 September 2011. POWER! Pengurusan wang ringgit anda. [Online]. Available : http://www.akpk.gov.my. (22 September 2011) Utusan Malaysia Online. [Online]. Available : http:www.utusan.com.my/index.asp. (22 September 2011) News and Image Bank. [Online]. Available : http://emedia.com.my/..(22 September 2011) Wan Abd. Hamid Wan Teh Kepenggunaan dari sudut islam. DEWAN BUDAYA 20(12) : 18-19; Dis 1998.