manual pengguna sistem eptk · web viewterdapat 4 pilihan kategori pengguna sistem iaitu:-pengguna...

10
SISTEM STARS V3.0 SISTEM eLatihan NAMA MANUAL PENGGUNA BIASA 1.0 Menu Utama. Sistem eLatihan dibangunkan sebagai satu kemudahan proses permohonan, semakan permohonan dan carian berkenaan latihan secara atas talian ( online) kepada semua staf UiTM. Terdapat 4 pilihan kategori pengguna sistem iaitu:- 1) Pengguna Biasa, 2) Moderator, 3) Ketua Jabatan, dan 4) Pentadbir Sistem. a) Maklumat login pengguna. Memaparkan nama pengguna sistem mengikut login id yang digunakan (no staf). b) Syarat permohonan latihan. Memaparkan syarat-syarat am permohonan menyertai latihan yang perlu dipatuhi oleh setiap staf UiTM jika ingin menyertai latihan. Disediakan oleh : Bahagian STARS, Pusat Sistem Maklumat Bersepadu, Universiti Teknologi MARA ms | PB 1 Klik Pengguna Biasa Maklumat login pengguna Syarat permohonan latihan

Upload: others

Post on 03-Feb-2021

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Manual Pengguna Sistem ePTK

SISTEM

STARS V3.0 SISTEM eLatihan

NAMA

MANUAL PENGGUNA BIASA

1.0 Menu Utama.

Sistem eLatihan dibangunkan sebagai satu kemudahan proses permohonan, semakan permohonan dan carian berkenaan latihan secara atas talian (online) kepada semua staf UiTM.

Terdapat 4 pilihan kategori pengguna sistem iaitu:-

1) Pengguna Biasa,

2) Moderator,

3) Ketua Jabatan, dan

4) Pentadbir Sistem.

a) Maklumat login pengguna.

· Memaparkan nama pengguna sistem mengikut login id yang digunakan (no staf).

b) Syarat permohonan latihan.

Memaparkan syarat-syarat am permohonan menyertai latihan yang perlu dipatuhi oleh setiap staf UiTM jika ingin menyertai latihan.

1.1 Pengguna Biasa.

a) Skrin Pengguna Biasa memaparkan statistik permohonan yang pernah dibuat secara on-line mengikut status permohonan.

b) Terdapat 4 pilihan utama pada bahagian ini iaitu:-

i) Semak/Mohon Permohonan,

ii) Semak Status Permohonan,

iii) Sejarah Penyertaan Latihan, dan

iv) Borang Permohonan.

c) Pengguna boleh membuat carian statistik mengikut tahun dan bulan seterusnya memilih butang cari untuk memaparkan maklumat yang dicari.

d) Setiap skrin Pengguna Biasa juga akan dipaparkan senarai moderator jabatan bagi memudahkan pengguna membuat rujukan jika menghadapi sebarang masalah berhubung pengendalian sistem.

1.1.1 Semak / Mohon Latihan.

a) Skrin ini berfungsi untuk membuat carian iklan latihan dan seterusnya memohon untuk menyertai latihan tersebut. Pada skrin ini pengguna boleh:-

i) Pilih butang “Cari” :

· Membuat carian dengan nama kursus, tahun dan bulan seterusnya klik Cari.

· Jenis Latihan adalah dikhususkan kepada Latihan Anjuran JPbSM sahaja.

ii) Pengguna hanya boleh membuat carian bagi jenis latihan yang dianjurkan oleh pihak JPbSM sahaja.

iii) Sistem juga akan maklumkan pengguna jika latihan pernah disertai sebelum ini.

iv) Keterangan icon pada ruangan “Semak” :.

Bil

Icon

Keterangan

1

Latihan ini masih dibuka untuk permohonan.

2

Anda pernah membatalkan permohonan bagi latihan ini tetapi anda masih boleh memohon semula.

3

Anda telah membuat permohonan bagi latihan ini.

4

Latihan ini sudah ditutup untuk permohonan.

5

Anda telah mencapai had memohon semula bagi latihan ini.

(Pengguna akan disekat dari memohon jika pernah membatalkan permohonan sebanyak 3 kali bagi suatu latihan)

6

Latihan ini masih belum dibuka untuk permohonan.

1.1.1.1 Maklumat Terperinci Latihan / Kursus.

a) Skrin ini berfungsi untuk membuat permohonan iklan latihan yang telah dipilih.

b) Pengguna perlu terlebih dahulu memilih kompetensi latihan yang sesuai sebelum membuat permohonan.

c) Kategori latihan berkaitan adalah:-

i) Umum,

ii) Khusus, dan

iii) ICT.

d) Pengguna juga perlu memastikan bahawa staf sasaran bagi latihan adalah terbuka kepadanya. Jika tidak pengguna tersebut tidak akan boleh memohon.

e) Apabila butang Hantar dipilih dan bagi permohonan yang berjaya dihantar, sistem akan emel kepada ketua jabatannya berhubung permohonan pengguna.

f) Sistem juga akan maklumkan bilangan permohonan pengguna.

g) Pengguna boleh semak penceramah atau fasilitator terlibat berkenaan latihan.

1.2 Semak Status Permohonan

a) Skrin ini berfungsi untuk membuat semakan atau carian bagi permohonan yang telah dibuat.

b) Semakan atau carian boleh dibuat berdasarkan tahun, bulan dan status permohonan.

c) Pengguna boleh pilih ikon diruangan “Semak” untuk melihat perincian maklumat berkenaan permohonannya.

d) Pengguna boleh membuat pembatalan permohonan hanya sekiranya permohonannya masih belum disokong oleh Ketua Jabatannya. Butang kebenaran tidak akan dipaparkan sekiranya permohonan telah melepasi sokongan ketua jabatan.

1.2.1 Maklumat Terperinci Permohonan

a) Skrin ini memaparkan maklumat terperinci permohonan yang dipilih oleh pemohon. Pada skrin ini pengguna boleh:-

b) Pilih butang “Batal” :

· Membuat pembatalan permohonan hanya jika status permohonan adalah permohonan baru yang masih belum disokong oleh ketua jabatannya.

c) Pilih butang “Kemaskini” :

· Pengguna boleh mengemaskini kompetensi latihannya hanya jika status permohonnya adalah permohonan telah diisi atau telah disokong oleh ketua jabatan.

(Jika status permohonannya selain daripada itu, pengguna perlu memohon bantuan daripada moderator jabatan untuk mengemaskinikannya)

d) Jika status permohonan adalah Ditawarkan, skrin akan memaparkan ruang sebab menolak tawaran seandainya pengguna memilih untuk menolak tawaran. Pengguna perlu menyatakan sebab menolak tawaran. Sebaliknya jika tidak, butang Tolak tidak akan dapat dipilih.

e) Pilih ikon pencetak :

· Mencetak surat tawaran menyertai latihan hanya jika status permohonan adalah “Menerima Tawaran Menyertai Latihan”.

1.3 Sejarah Latihan.

a) Skrin ini berfungsi untuk membuat semakan atau carian bagi latihan-latihan yang telah disertai pengguna.

b) Semakan atau carian boleh dibuat berdasarkan tahun dan bulan seterusnya klik Cari.

c) Pengguna juga boleh memperoleh maklumat bilangan jam yang terbabit bagi setiap latihan yang disertai dan mengikut kategori terbabit.

1.4 Borang Permohonan.

a) Skrin ini berfungsi untuk memudahkan capaian pengguna ke borang-borang permohonan berkaitan latihan.

b) Terdapat 2 jenis Borang Permohonan Berkursus Dalam Negara dan Borang Permohonan Berkursus Luar Negara iaitu untuk staf pentadbiran dan staf akademik. Sistem hanya memaparkan salah satu mengikut jenis staf yang berkaitan pengguna samada pentadbiran atau akademik.

Klik Pengguna Biasa

Pilih tahun dan bulan yang sesuai dan klik Cari

Maklumat login pengguna

Klik Borang Permohonan

Klik pada nama borang untuk lihat borang.

Pilih tahun dan bulan yang sesuai dan klik Cari

Klik Sejarah Penyertaan Latihan

Klik Info Penceramah untuk perincian.

Klik untuk batalkan permohonan

Klik untuk kemaskini kompetensi latihan

Klik untuk semak perincian permohonan

Pilih tahun dan bulan yang sesuai dan klik Cari

Klik untuk batalkan permohonan. Tiada pilihan bermaksud permohonan tidak boleh dibatalkan.

Senarai moderator jabatan

Statistik permohonan pengguna

Syarat permohonan latihan

Klik Semak/Mohon Latihan

Klik icon untuk semak

Tetapkan klu nama latihan serta pilih tahun dan bulan yang sesuai dan klik Cari

Makluman berkenaan bilangan permohonan terkini.

Klik Semak Status Permohonan

Klik Hantar untuk memohon menyertai latihan.

Klik Kembali untuk lihat senarai latihan.

Tetapkan Kompetensi bagi latihan yang dipohon.

Pastikan anda tergolong dalam Staf Sasaran.

Disediakan oleh :

Bahagian STARS, Pusat Sistem Maklumat Bersepadu, Universiti Teknologi MARAms | PB 8