seperti di tanah melayu

5
Seperti di Tanah Melayu, tidak semua orang Melayu menentang Britiah. Malah, ada juga antara mereka yang menyokong. Keadaan yang sama berlaku di Sarawak kerana terdapat golongan Melayu yang menyokong dan menentang pentadbiran Brooke, terutamanya pada akhir tahun 1940-an apabila timbul cadangan untuk menyerahkan Sarawak kepada kerajaan Britiah di London. Pada masa itu, muncul beberapa pertubuhan nasionalis yang menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. Antaranya ialah Pergerakan Pemuda Melayu dan Barisan Pemuda Sarawak. Kedua-dua pertubuhan ini mengisytiharkan bahawa mereka menyokong kemerdekaan Sarawak di bawah Brooke. Sementara itu. hanya satu pertubuhan kaum Melayu yang menyuarakan sokongan mereka supaya Sarawak diserahkan kepada kerajaan Brltiah, iaitu Pertubuhan Pemuda Melayu yang diketuai oleh Datu Abang Ini menunjukkan bahawa orang Melayu merupakan penduduk tempatan yang terawal menyuarakan pendirian mereka berhubung isu-isu politik dan melibatkan diri dalam kegiatan politik di Sarawak. Walau bagaimanapun. penglihatan secara rasmi dalam kegiatan politik di Sarawak dipelopori oleh kaum cina melalui penubuhan Sarawak United People’s Party (SUPP) pada bulan Mac l959. Usaha menubuhkan SUPP dimulakan sejak tahun l956 oleh Ong Kee Hui,Stephen Yong Kuet Tze dan Song Thian Cheok. Pada peringkat awal, mereka merancang membentuk sebuah parti politik berbilang kaum dengan melibatkan penyertaan Kesatuan Kebangsaan Melayu dan Persatuan Dayak Sarawak, tetapi cadangan tersebut tidak dapat diteruskan kerana kurang sambutan. Malah, para pemimpin Melayu dan Dayak berpendapat terlalu awal untuk membentuk sebuah parti seumpama itu di Sarawak. Walau bagaimanapun, cadangan itu mendapat sokongan daripada Gabenor Sarawak, Sir Anthony Abell. Pihak British bersetuju dengan cadangan menubuhkan parti politik sebagai usaha menghaIang pengaruh komunis dari Singapura berkembang di Sarawak. Pihak British juga menekankan bahawa parti itu harus bersifat berbilang kaum supaya tidak menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat majmuk di Sarawak. SUPP didaftarkan secara rasmi pada 12 Jun 1969 dengan diketuai oleh Ong

Upload: 123ming

Post on 17-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

Page 1: Seperti Di Tanah Melayu

Seperti di Tanah Melayu, tidak semua orang Melayu menentang Britiah.

Malah, ada juga antara mereka yang menyokong. Keadaan yang sama berlaku

di Sarawak kerana terdapat golongan Melayu yang menyokong dan menentang

pentadbiran Brooke, terutamanya pada akhir tahun 1940-an apabila timbul

cadangan untuk menyerahkan Sarawak kepada kerajaan Britiah di London. Pada

masa itu, muncul beberapa pertubuhan nasionalis yang menentang penyerahan

Sarawak kepada kerajaan British. Antaranya ialah Pergerakan Pemuda Melayu

dan Barisan Pemuda Sarawak. Kedua-dua pertubuhan ini mengisytiharkan

bahawa mereka menyokong kemerdekaan Sarawak di bawah Brooke.

Sementara itu. hanya satu pertubuhan kaum Melayu yang menyuarakan

sokongan mereka supaya Sarawak diserahkan kepada kerajaan Brltiah, iaitu

Pertubuhan Pemuda Melayu yang diketuai oleh Datu Abang Ini menunjukkan

bahawa orang Melayu merupakan penduduk tempatan yang terawal

menyuarakan pendirian mereka berhubung isu-isu politik dan melibatkan diri

dalam kegiatan politik di Sarawak.

Walau bagaimanapun. penglihatan secara rasmi dalam kegiatan politik di

Sarawak dipelopori oleh kaum cina melalui penubuhan Sarawak United

People’s Party (SUPP) pada bulan Mac l959. Usaha menubuhkan SUPP

dimulakan sejak tahun l956 oleh Ong Kee Hui,Stephen Yong Kuet Tze dan Song

Thian Cheok. Pada peringkat awal, mereka merancang membentuk sebuah parti

politik berbilang kaum dengan melibatkan penyertaan Kesatuan Kebangsaan

Melayu dan Persatuan Dayak Sarawak, tetapi cadangan tersebut tidak dapat

diteruskan kerana kurang sambutan. Malah, para pemimpin Melayu dan Dayak

berpendapat terlalu awal untuk membentuk sebuah parti seumpama itu di

Sarawak. Walau bagaimanapun, cadangan itu mendapat sokongan daripada

Gabenor Sarawak, Sir Anthony Abell. Pihak British bersetuju dengan cadangan

menubuhkan parti politik sebagai usaha menghaIang pengaruh komunis dari

Singapura berkembang di Sarawak. Pihak British juga menekankan bahawa parti

itu harus bersifat berbilang kaum supaya tidak menimbulkan perpecahan di

kalangan masyarakat majmuk di Sarawak. SUPP didaftarkan secara rasmi pada

12 Jun 1969 dengan diketuai oleh Ong Kae Hui sebagai Pengerusi dan Stephen

Page 2: Seperti Di Tanah Melayu

Yong Kuet Tze menjadi Setiausaha. SUPP yang menganut faham sosialis

sebagai dasar perjuangan politik telah mendapat sokongan kuat daripada

pelbagai kaum di Sarawak, terutamanya orang Cina. Sokongan yang semakin

bertambah terhadap SUPP mendorong British menggalakkan penubuhan Parti

Negara Sarawak, iaitu sebuah parti kaum Melayu sebagai usaha untuk

melindungi kepentingan mereka dan melemahkan perpaduan kaum dalam

SUPP.

Parti Negara Sarawak (PANAS) telah ditubuhkan pada 9 April 1960, iaitu

10 bulan setelah kemunculan SUPP. Penuhuhan PANAS diusahakan oleh Datu

Bandar Abang Haji Mustapha, seorang pemimpin bangsawan dari Kuching

dengan melibatkan semua ahli Majlis Negeri yang tidak menyertai SUPP.

Perjuangan PANAS berbeza dengan SUPP kerana matlamat penubuhannya

adalah unmk membela kaum bumiputera Sarawak, terutamanya orang Melayu.

Datu Bandar Abang Haji Mustapha dipilih menjadi Pengerusi PANAS yang

pertama dan Abang Othman sebagai Setiausaha. Pada peringkat awalnya,

PANAS memberi saingan hebat kepada SUPP kerana parti itu dianggotai oleh

sekumpulan kaum Dayak, beberapa orang Cina dan sebilangan besar orang

Melayu yang tidak terlalu menyokong pihak yang menentang penyerahan

Sarawak kepada kerajaan British. Tidak lama kemudian, PANAS dlkuasai

sepenuhnya oleh kaum Melayu walaupun terdapat sejumlah kecil kaum lain

dalam parti itu, tetapi mereka hanya menjadi ahli biasa. PANAS mendapat

sokongan kuat daripada kaum Melayu dan Melanau Islam, terutamanya dari

Bahagian Ketiga.

Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) ditubuhkan pada 4 Disember

1961, akibat rasa tidak puas hati kaum Melayu dan Melanau Islam terhadap

PANAS. Kemunculan Barjasa berkait rapat dengan perpecahan yang berlaku di

kalangan kaum Melayu sendiri. Perpecahan itu menghasilkan dua kelompok,

iaitu golongan anti penyerahan dan propenyerahan. Antara dua kelompok ini

wujud perbezaan yang agak ketara. Golongan propenyerahan dianggotai oleh

kaum Melayu yang sebahagian besarnya tertumpu di Sibu dan tidak mendapat

Page 3: Seperti Di Tanah Melayu

kedudukan penting dalam pentadbiran Brooke. Sementara golongan anti

penyerahan pula melibatkan kaum Melayu yang semakin memuncak berakhir

dengan peristiwa pembunuhan Gabenor kedua Sarawak, Sir Duncan Steward

oleh Rosli Dhoby di Sibu pada 3 Disember 1946.

Antara matlamat penubuhan Barjasa adalah untuk memperjuangkan

kebajikan dan kemajuan penduduk Sarawak, khususnya kaum bumiputera;

melindungi dan mendukung prinsip demokrasi; memelihara dan

mengembangkan perasaan muhibah dan harmoni antara kaum serta meyelamat

penduduk Sarawak daripada pengaruh komunis. Barjasa dipimpin oleh Datu

Tuanku Bujang bin Tuanku Osman, seorang pemimpin bangsawan Melayu dari

Sibu. Walaupun berasal daripada golongan bangsawan, Datu Tuanku Bujang

mendapat sokongan daripada orang Melayu Sibu kerana beliau menentang Datu

Bandar Abang Haji Mustapha semasa Sarawak diserahkan kepada kerajaan

British. Barisan kepimpinan Barjasa mengabungkan pemimpin daripada dua

kelompok yang berbeza, iaitu golongan agama dan intelek. Antaranya ialah

Mohd Mortadza bin Haji Daud, Abdul Kadir bin Hassan dan Haji Buarah bin

Othman yang kesemuanya mewakili golongan agama. Mereka pernah

berkhidmat dengan Majlis Agama lslam Sarawak. Sementara itu, Abdul Rahman

bin Yaacob dan Abdul Taib bin Mahmud, kedua-duanya berkelulusan undang-

undang mewakili golongan intelek dalam pucuk pimpinan parti.

Sarawak National Party (SNAP) ditubuhkan pada 10 April 1961 oleh

sekumpulan pekerja Shell yang berketurunan lban. Barisan kepimpinan SNAP

yang pertama terdiri daripada orang lban yang berasal dari Saribas dan pekerja

Shell di Brunei dan kawasan yang berdekatan dengan Sarawak. Pengerusi

SNAP yang pertama ialah J.S Tinker dan Setiausahanya ialah Stephen Kalong

Ningkan, pembantu hospital Syarikat Shell Brunei. Penubuhan SNAP memberi

pilihan kepada kaum Dayak bergerak dalam bidang politik, terutamanya kepada

mereka yang tidak berminat menyertai mana-mana parti lain. SNAP ditubuhkan

sabagai reaksi kaum Dayak terhadap penubuhan SUPP, PANAS dan Barjasa

kerana sebagai kaum terbesar di Sarawak, kaum Dayak merasakan perlu untuk

Page 4: Seperti Di Tanah Melayu

menubuhkan sebuah parti politik sendiri. Pada dasarnya, perjuangan SNAP

bertujuan untuk menjaga kepentingan kaum lban, walaupun terdapat sebilangan

kecil kaum Bidayuh yang menyertai parti itu. Kaum Iban merasakan kepentingan

mereka kurang mendapat perhatian parti-parti politik yang sedia ada di Sarawak.

Oleh itu, mereka mengusahakan penubuhan SNAP.

Penubuhan Parti Pesaka Anak Sarawak (Pesaka) mempunyai

persamaan dengan kemunculan Barjasa. Seperti orang Melayu, kaum lban juga

berpecah kepada dua kumpulan, akibat dasar pemerintahan Brooke. Semasa

pemerintahan Brooke, kaum Iban di Bahagian Kedua, terutamanya Saribas

diberi keutamaan dengan mengambil mereka sebagai pekerja. Tindakan ini

dilakukan untuk melemahkan kaum Iban di Sungai Rajang dalam Bahagian

Ketiga. Perpecahan kaum Iban membawa kepada penubuhan Pesaka pada

bulan Jun 1962. Antara mereka yang terlibat dalam mengasaskan Pesaka ialah

Penghulu Masam anak Radin, T.R. Francis Bujang anak Manja, Penghulu

Francis Umpau, Pengarah Banyang dan Penghulu Chundi anak Resa. Pesaka

menetapkan tiga matlamat utama penubuhannya, iaitu menyatukan kaum Dayak

untuk mengejar kemajuan dan melindungi kepentingan bersama; memelihara

warisan tradisi Sarawak dan memperjuangkan hak serta kepentingan kaum

Dayak mengikut cara berperlembagaan. Pesaka kemudiannya mendapat

sokongan daripada dua orang tokoh Iban yang penting, iaitu Temenggung Jugah

anak Barieng dan Temenggung Oyong Lawi Jau. Pengaruh kuat Jugah

menyebabkan beliau dilantik menjadi Pengerusi Pesaka yang pertama,

sementara Temenggung Oyong menjadi salah seorang naib Pengerusi.

Sarawak Chinese Association (SCA) ditubuhkan pada bulan Julai 1962

oleh dua kumpulan peniaga Cina daripada suku Teochew, Kuching dan suku

Foo chow, Sibu. Kemunculan SCA didorong oleh kesedaran sekumpulan

pemimpin Cina yang merasakan perlu ditubuhkan sebuah parti lain sebagal

pilihan kepada SUPP. Ini kerana mereka berpendapat bahawa fahaman socialis

yang dipeljuangkan oleh SUPP tidak begitu sesuai dengan persekitaran

tempatan, terutamanya menjelang kemerdekaan Sarawak pada tahun l968. Oleh

Page 5: Seperti Di Tanah Melayu

itu, mereka berusaha menubuhkan SCA. Pengerusi SCA yang pertama ialah

William Tan yang berasal dari suku Teochew. Beliau kemudiannya digantikan

oleh Ling Beng Siew, seorang pedagang balak suku Foochow dari Sibu. Pada

peringkat awalnya, sebilangan besar pucuk pimpinan SCA terdiri daripada kaum

cina dari Bahagian Satu, Kuching. Tidak lama kemudian pucuk pimpinan parti

beralih pula kepada suku Foochow dari Bahagian Ketiga. Pada umumnya, SCA

mendapat sokongan berasaskan kelompok dialek suku kaum Cina dan parti itu

berperanan untuk menjaga kepentingan kaum Cina, terutamanya golongan

peniaga.