seni visual

11
SENI TEMBIKAR, UKIR DAN TENUNAN Seni tembikar (Seramik) adalah sejenis barang hiasan yang dibuat dari tanah liat bakar seperti pasu/vas, set makan dan sebagainya. Ia dihasilkan untuk memenuhi keperluan harian masyarakat. Seni ukir pula adalah seni kraftangan yang dibuat pada kayu , logam (emas, perak dan tembaga), tanduk atau batu. Ia dihasilkan sebagai pelengkap kepada gaya penampilan dan personaliti seseorang. Kain adalah hasil tenunan yang biasanya dibuat dari bahan benang kapas dan benang sutera. Harga tenunan benang sutera lebih mahal daripada tenunan benang kapas. Seni sulam turut berkembang selari dengan perkembangan tenunan.

Upload: kiu-boon

Post on 25-Dec-2015

244 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

KRAF

TRANSCRIPT

Page 1: SENI VISUAL

SENI TEMBIKAR, UKIR DAN TENUNAN

• Seni tembikar (Seramik) adalah sejenis barang hiasan yang dibuat dari tanah liat bakar seperti pasu/vas, set makan dan sebagainya. Ia dihasilkan untuk memenuhi keperluan harian masyarakat.

• Seni ukir pula adalah seni kraftangan yang dibuat pada kayu, logam (emas, perak dan tembaga), tanduk atau batu. Ia dihasilkan sebagai pelengkap kepada gaya penampilan dan personaliti seseorang.

• Kain adalah hasil tenunan yang biasanya dibuat dari bahan benang kapas dan benang sutera. Harga tenunan benang sutera lebih mahal daripada tenunan benang kapas. Seni sulam turut berkembang selari dengan perkembangan tenunan.

Page 2: SENI VISUAL

SENI TEMBIKAR • Selain masyarakat di Cina, masyarakat Iran di Nishapur dan

Samarqand juga terkenal dengan kemahiran mereka membuat tembikar. Hasil kerja tangan mereka mempunyai mutu yang tinggi kerana kemahiran ini telah mereka miliki sejak zaman kerajaan Samaniyah menguasai Iran.

• Kehalusan pada seni tembikar karya masyarakat Islam terletak kepada jenis bahan yang digunakan, reka bentuk (design)nya serta motif atau corak yang menghiasinya.

• Biasanya bahan yang digunakan ialah tanah liat. Sementara bentuknya pula ada yang bulat silinder, bersegi, bertangkai, berlubang dan sebagainya. Pelbagai motif seperti tumbuh tumbuhan, haiwan, alam, tulisan khat dan sebagainya menjadi hiasan yang diperindahkan lagi dengan penggunaan warna warna yang menarik.

• Di antara contoh seni seramik adalah sebuah mangkuk dari Samarra abad 19 yang menggunakan motif alam sebagai hiasan.

Page 3: SENI VISUAL

SENI UKIR

• Ukiran dapat memperindahkan lagi sesuatu bentuk bahan yang diukir di atasnya. Misalnya, memperindahkan permukaan kayu pada sesebuah dinding, daun pintu, tingkap, tangga, pagar dan perhiasan-perhiasan lain.

• Hiasan khat biasanya menjadi pilihan dalam mengukir ruang ruang tertentu seperti mimbar masjid dan tempat-tempat lain. Selain itu motif-motif tumbuh-tumbuhan, geometri, kosmos dijadikan hiasan ukiran pada pelbagai benda lain seperti cerek, bekas air, buyung, tungku, pedang, topi besi perang dan lain lain.

Page 4: SENI VISUAL

• Kemahiran mengukir dan pertukangan sebenarnya telah diwarisi oleh masyarakat Islam dari bangsa Arab yang telah memiliki kemahiran terse but jauh sebelum kedatangan Islam, seperti kaum Saba' di Yam an. Mereka telah meninggalkan bukti-bukti yang menunjukkan kepakaran dalam bidang tersebut menerusi peninggalan runtuhan-runtuhan bangunan seperti empangan Ma'rib, ukiran batu yang dipercayai puteri Balqis yang sedang duduk di atas kursi dan diapit oleh dua orang dayang, ukiran-ukiran di tempat penyembelihan dan pemujaan, alat-alat rumah dan sebagainya

Page 5: SENI VISUAL

• Setelah kedatangan Islam, masyarakat Islam menggunakan teknik-teknik dan motif-motif yang diambil dari orang Semitik, Byzantine dan Sasanian yang memang terkenal pakar dalam bidang ukiran. Mereka mengubah dan memberi nafas Islam pad a karya-karya seni ukir. Misalnya, mengguna motif tumbuhan-tumbuhan, arabesque, geometrik, kaligrafi dan lain lain yang diukir kebanyakannya pada bangunan masjid, istana, pusat pengajian, perpustakaan mahupun makam.

Page 6: SENI VISUAL

• Keluasan kawasan penaklukan Islam juga banyak memberi sumbangan kepada dunia seni ukiran, kerana umat Islam berpeluang mempelajari kemahiran tersebut. Misalnya, dari bangsa Parsi, Syam dan Mesir.

• Sehingga hari ini bukti peninggalan seni ukir Islam sentiasa dikagumi oleh masyarakt dunia kerana kehebatannya seperti ukiran yang dapat dilihat pada istana al-Hambra' (Sepanyol), Bait al-Hikmah dan Universiti Nizamiyyah (Baghdad), Masjid Biru (Istanbul), walaupun sesetengahnya telah musnah akibat kejatuhan Islam.

Page 7: SENI VISUAL

SENI TENUN

• Hasil tenunan tekstil dan permaidani Islam pada abad pertengahan, bukan sahaja terse bar di seluruh dunia Islam, bahkan ia telah menjangkau hingga ke Eropah. Dar al-Tiraz adalah salah satu tekstil hasil kerja tangan umat Islam yang paling popular pada masa itu di Eropah.

• Orang-orang Islam telah mendirikan kilang-kilang tenunan. Mereka mahir menghasilkan pelbagai rupa dan warna tekstil dengan sulaman benang emas dan perak.

Page 8: SENI VISUAL

• Kain-kain atau bahan yang dihasilkan, dinamakan pula dengan nama-nama bandar Islam ketika itu. Misalnya, kain Fustian berasal dari Fustat, kain Damasks berasal dari Damsyik, Mussolina (Muslin) berasal dari kota Mosul di Iraq utara, Baldacco dari dari Baghdad, Grenadines berasal dari Granada dan Dimiti berasal dari Damietta.

• Kebanyakan tekstil yang ditenun menggunakan baris-baris motif secara mendatar dan membulat kerana dipercayai ia dipengaruhi oleh budaya Sasan. Namun begitu hasil kerja tangan orang-orang Islam ini, diakui terdapat penyempurnaan yang lebih kemas dan indah, yang tidak didapati dalam corak tekstil sebelumnya

Page 9: SENI VISUAL

• Selain gaya sasan, gaya Saljuk (menjelang abad 11 M) dan Cina (abad 14-15 M) juga mendapat tempat dalam tekstil.

• Tekstil yang ditenun dan disulam bukan hanya digunakan sebagai pakaian, malahan turut digunakan untuk hiasan rumah mahupun perabot.

• Tekstil terawal yang dapat dikesan ialah pada abad ke 10 di Samarra (Mesopotamia), berbentuk hiasan dinding di sebuah istana.

Page 10: SENI VISUAL

• Di antara kilang-kilang tenunan yang terkenal ialah kilang yang terdapat di bandar-bandar seperti Seville, Almeria, Malaga, Granada, Alicante, Murcia dan BaIza.

• Sementara permaidani dihasilkan dengan bentuk yang unik dan berkualiti tinggi. Ia bukan sahaja mencerminkan keindahan yang luar biasa, malahan ketekunan dan ketelitian umat Islam yang luar biasa. Kebanyakan mereka yang terlibat dalam pembuatan tenunan permaidani adalah terdiri dari kaum wanita melalui pengetahuan yang diwarisi secara turun temurun dari satu generasi kepada generasi yang lain.Pemaidani berkembang dari sudut fungsinya. Pada peringkat awal ia digunakan sebagai hamparan istana, ruang masjid dan rumah kediaman. Selanjutnya ia dibuat berbentuk tikar sembahyang yang dihiasi dengan gambar mihrab beserta bunga-bungaan. Bentuk tikar sembahyang ini banyak dihasilkan oleh masyarakat Islam Turki pada ketika itu. Sementara permaidani Parsi merupakan permaidani yang sangat terkenal kerana kehalusan, wama dan motif arabesque yang digunakan serta ketahanannya

Page 11: SENI VISUAL

KESIMPULAN

• Kehalusan jiwa umat Islam dalam menghayati kebesaran Al lah (SWT) sebagai zat yang terindah telah menjadi asas penting bagi umat Islam menggunakan kepakaran mereka dalam menghasilkan tembikar, ukiran dan tenunan yang terkenal kerana keindahan dan kualitinya