seni essay

2
i) HURAIKAN DAN JELASKAN 3PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DI ANTARA ASEMBLAJ DAN 2D DAN 3D. Asemblaj merupakan bahan terbuang yang boleh digunakan semula untuk mencipta sesuatu menjadi kesatuan menarik. Selain dapat menjimatkan bajet untuk membeli bahan baru untuk dijadikan karya seni ianya juga mampu memberikan impak yang positif terhadap penjagaan alam sekitar. · Aktiviti menghasilkan arca asemblaj mampu menerapkan nilai menghargai alam sekitar di dalam diri murid-murid. Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan. Bahan 2D ialah bahan yg mempunyai dua dimensi, iaitu lebar dan panjang. § Jenis bahan 2D ialah : bahan bercetak, carta, graf, poster dan gambar. Bahan 3D ialah bahan visual yg mempunyai lebar, panjang dan ketinggian. § Jenis bahan 3D ialah : realia, model, dan ciptaan objek tiruan (diorama, binaan pasir dan model-model). Asemblaj dan bahan 2D dan 3D mempunyai persamaan dan perbezaan yang tersendiri. Antara persamaanya, bahan yang dihasil daripada kedua-dua aspek ini boleh dilihat dengan jelas dan

Upload: niveetha-nivee

Post on 03-Oct-2015

87 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

esei pendidikan seni

TRANSCRIPT

i) HURAIKAN DAN JELASKAN 3PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DI ANTARA ASEMBLAJ DAN 2D DAN 3D.Asemblaj merupakan bahan terbuang yang boleh digunakan semula untuk mencipta sesuatu menjadi kesatuan menarik. Selain dapat menjimatkan bajet untuk membeli bahan baru untuk dijadikan karya seni ianya juga mampu memberikan impak yang positif terhadap penjagaan alam sekitar.Aktiviti menghasilkan arca asemblaj mampu menerapkan nilai menghargai alam sekitar di dalam diri murid-murid. Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan. Bahan 2D ialah bahan yg mempunyai dua dimensi, iaitu lebar dan panjang. Jenis bahan 2D ialah : bahan bercetak, carta, graf, poster dan gambar. Bahan 3D ialah bahan visual yg mempunyai lebar, panjang dan ketinggian. Jenis bahan 3D ialah : realia, model, dan ciptaan objek tiruan (diorama, binaan pasir dan model-model).Asemblaj dan bahan 2D dan 3D mempunyai persamaan dan perbezaan yang tersendiri. Antara persamaanya, bahan yang dihasil daripada kedua-dua aspek ini boleh dilihat dengan jelas dan tepat. Ia akan memudahkan pelajar untuk memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru berkenaan. Selain itu, ia juga boleh mewujudkan suasana yang seronok dalam kalangan murid kerana ia mampu menarik minat pelajar. maka, murid dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dari segi perbezaannya pula, asemblaj akan memakan masa yang lebih lama berbanding dengan bahan 2D dan 3D. Tambahan pula, ia memerlukan tenaga dan masa yang banyak bagi membuat asemblaj. Manakala, penghasilan bahan 2D dan 3D pula tidak memakan masa yang lebih lama. Seterusnya, penghasilan asemblaj tidak memerlukan kos yang tinggi kerana ia dapat dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan buangan manakala, bahan 2D dan 3D memerlukan kos yang tinggi untuk dihasilkan.ii) Huraikan sebuah karya baru dengan menggabungkan komponen-komponen asemblaj dalam bentuk 2D dan 3D untuk menghasilkan keseluruhan idea, struktur yang kreatif dan inovasi. Setiap penjanaan idea dengan Thumbnail-Print sehinggalah kepada pemilihan lakaran akhir untuk penghasilan karya baru.