senario hubungan etnik di malaysia

2
SENARIO HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Sebelum kedatangan penjajah, alam melayu mempunyai hubungan yang erat malah mempunyai hubungan silang budaya antara satu sama lain. Ia berteraskan konsep permeable ethnicity dan canopy ethnicity. Walaupun berlainan etnik, namun setiap etnik berteduh dibawah satu payung etnik melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sektor ekonomi dijalankan secara perkongsian antara etnik. Politik pada waktu ini adalah stabil, pelbagai kaum berkongsi kuasa mmembentuk kerajaan. Dari segi sosial, walaupun setiap etnik mempunyai etnik masing-masing dan berbeza seperti etnik melayu, cina dan india, namun setiap etnik ini hidup dalam keadaan bersatu dan menolak keganasan iaituhidup dal keadaan aman tanpa ada rasa tidak puas hati diantara entik. Selepas kedatangan penjajah, etnik telah dikategorikan berdasarkan konsep ras dan rasisme. Konsep ras bermaksud kelompok manusia yang ditentukan melalui ciri-ciri fizikal semata-mata. Manakala, rasisme didefinasikan pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap sesuatu kelompok yang lain berdasarkan ciri-ciri fizikal atau ras semata-mata. Sewaktu kedatangan penjajah, sistem sosial masyarakat disusun atur, orang kulit putih iaitu orang inggeris di atas diikuti orang Cina, India, Melayu dan Bumiputera di bawahnya. Pihak British telah mengatur struktur ekonomi Tanah Melayu. Di mana, orang putih menjalankan sektor perdagangan, bijih timah dan getah. Orang Cina mereka dijadikan sebagai buruh dalam kegiatan melombong bijih timah dan perniagaan. Manakala, orang India pula dijadikan sebagai buruh dalam sekror awm, pembinaan infrastruktur bangunan, jalan raya, jalan kereta api dan terlibat dalam perladangan iaitu menoreh getah dan kelapa sawit. Orang Melayudijadikan sebai petani, nelayan dan pentadbir bawahan.

Upload: muhammad-ghazali

Post on 16-Jan-2016

59 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Senario Hubungan Etnik di Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Senario Hubungan Etnik Di Malaysia

SENARIO HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Sebelum kedatangan penjajah, alam melayu mempunyai hubungan yang erat malah

mempunyai hubungan silang budaya antara satu sama lain. Ia berteraskan konsep permeable

ethnicity dan canopy ethnicity. Walaupun berlainan etnik, namun setiap etnik berteduh dibawah

satu payung etnik melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sektor ekonomi dijalankan secara

perkongsian antara etnik. Politik pada waktu ini adalah stabil, pelbagai kaum berkongsi kuasa

mmembentuk kerajaan. Dari segi sosial, walaupun setiap etnik mempunyai etnik masing-

masing dan berbeza seperti etnik melayu, cina dan india, namun setiap etnik ini hidup dalam

keadaan bersatu dan menolak keganasan iaituhidup dal keadaan aman tanpa ada rasa tidak

puas hati diantara entik.

Selepas kedatangan penjajah, etnik telah dikategorikan berdasarkan konsep ras dan

rasisme. Konsep ras bermaksud kelompok manusia yang ditentukan melalui ciri-ciri fizikal

semata-mata. Manakala, rasisme didefinasikan pandangan, pemikiran atau kepercayaan

negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap sesuatu kelompok yang lain berdasarkan ciri-

ciri fizikal atau ras semata-mata. Sewaktu kedatangan penjajah, sistem sosial masyarakat

disusun atur, orang kulit putih iaitu orang inggeris di atas diikuti orang Cina, India, Melayu dan

Bumiputera di bawahnya. Pihak British telah mengatur struktur ekonomi Tanah Melayu. Di

mana, orang putih menjalankan sektor perdagangan, bijih timah dan getah. Orang Cina mereka

dijadikan sebagai buruh dalam kegiatan melombong bijih timah dan perniagaan. Manakala,

orang India pula dijadikan sebagai buruh dalam sekror awm, pembinaan infrastruktur bangunan,

jalan raya, jalan kereta api dan terlibat dalam perladangan iaitu menoreh getah dan kelapa

sawit. Orang Melayudijadikan sebai petani, nelayan dan pentadbir bawahan. Sistem politik yang

dilaksanakan oleh pihak british ialah berdasarkan dasar pecah dan perintah. Sistem ini secara

tidak langsung telah mengubah hubungan etnik yang terbina di Alam Melayu.

Seterusnya, hubungan etnik zaman pasca merdeka dari sudut politik, ia memperlihatkan

penggabungan parti politik yang terdiri daripada MIC, MCA dan UMNO bagi menuntut

kemerdekaan dari British. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sepuluh tahun, etnik

Cina dan India diberikan kerakyatan dengan mudah tetapi ia adalah berdasarkan kerakyatan

prinsip jus soli. Namun, pada hujung dekad 60-an, wujud ketegangan dalam hubungan etnik

pada 13 Mei 1969. Hal ini adalah berpunca daripada pengkhususan sektor ekonomi mengikut

kaum yang diperkenalkan oleh pihak British.

Page 2: Senario Hubungan Etnik Di Malaysia