senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan seca

3
Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang- kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman juga melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak. Tidak cukup dengan aktiviti harian, hujung minggu atau ada waktu terluang, anda pasti ringankan badan untuk melakukan senaman. Tetapi kini, sejak anda dihambat oleh kesibukan kerja di pejabat, kuliah, mahupun masalah peribadi, entah kenapa anda seperti malas dan kurang berminat untuk meneruskan riadah tersebut. Jangan risau, anda tetap boleh mengekalkan amalan senaman walaupun sudah lama tidak melakukannya. Ikuti tip-tip berikut untuk meningkatkan kembali semangat serta usaha anda dan seterusnya bagi mendapatkan bentuk badan yang menawan juga untuk kesihatan tubuh badan . Banyak kelebihan yang bakal diperolehi oleh kita sekiranya kita kerap melakukan aktiviti senaman. Antaranya ialah, dapat mencegah diri kita dari sebarang penyakit yang boleh membahayakan diri kita. Aktiviti senaman hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Terdapat beberapa fakta yang menyatakan bahawa dengan melakukan aktiviti senaman dapat mengurangkan penyakit. Antara penyakit yang boleh dibendung melalui aktiviti senaman ialah dapat mencegah sakit belakang. Senaman dapat menguatkan tulang belakang dan otot perut, memperbaiki postur atau posisi tubuh dan sekaligus dapat mencegah sakit belakang. Pada masa ini, kita dapat lihat ramai di kalangan rakyat Malaysia yang mengalami masalah obesiti. Melalui aktiviti senaman juga dapat mengatasi masalah obesiti. Senaman berterusan dan pada masa yang sama, mengamalkan diet seimbang dapat membnatu mengawal masalah berat badan yang berlebihan. Obesiti dapat meningkatkan risiko mendpat pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan batu karang. Senaman juga dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Kajian perubatan mengesahkan bahawa tahap kecergasan yang rendah akan meningkatkan risiko mendapat sesetengah penyakit yang berkaitan dengan kanser. Bersenam secara konsisten juga mapu

Upload: kevin-vin

Post on 05-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

good job

TRANSCRIPT

Page 1: Senaman Ialah Pergerakan Badan Yang Dilakukan Seca

Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali

secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau

mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman juga

melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak. Tidak cukup

dengan aktiviti harian, hujung minggu atau ada waktu terluang, anda pasti

ringankan badan untuk melakukan senaman. Tetapi kini, sejak anda dihambat

oleh kesibukan kerja di pejabat, kuliah, mahupun masalah peribadi, entah

kenapa anda seperti malas dan kurang berminat untuk meneruskan riadah

tersebut. Jangan risau, anda tetap boleh mengekalkan amalan senaman

walaupun sudah lama tidak melakukannya. Ikuti tip-tip berikut untuk

meningkatkan kembali semangat serta usaha anda dan seterusnya bagi

mendapatkan bentuk badan yang menawan juga untuk kesihatan tubuh badan.

Banyak kelebihan yang bakal diperolehi oleh kita sekiranya kita kerap

melakukan aktiviti senaman. Antaranya ialah, dapat mencegah diri kita dari

sebarang penyakit yang boleh membahayakan diri kita. Aktiviti senaman

hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Terdapat

beberapa fakta yang menyatakan bahawa dengan melakukan aktiviti senaman

dapat mengurangkan penyakit. Antara penyakit yang boleh dibendung melalui

aktiviti senaman ialah dapat mencegah sakit belakang. Senaman dapat

menguatkan tulang belakang dan otot perut, memperbaiki postur atau posisi

tubuh dan sekaligus dapat mencegah sakit belakang.

Pada masa ini, kita dapat lihat ramai di kalangan rakyat Malaysia yang

mengalami masalah obesiti. Melalui aktiviti senaman juga dapat mengatasi

masalah obesiti. Senaman berterusan dan pada masa yang sama, mengamalkan

diet seimbang dapat membnatu mengawal masalah berat badan yang

berlebihan. Obesiti dapat meningkatkan risiko mendpat pelbagai penyakit

seperti diabetes, penyakit jantung dan batu karang. Senaman juga dapat

mengurangkan risiko penyakit kanser. Kajian perubatan mengesahkan bahawa

tahap kecergasan yang rendah akan meningkatkan risiko mendapat sesetengah

penyakit yang berkaitan dengan kanser. Bersenam secara konsisten juga mapu

meningkatkan perasaan menghargai diri sendiri dan menjadikan diri lebih

positif dan tenang.

Page 2: Senaman Ialah Pergerakan Badan Yang Dilakukan Seca

Senaman juga dapat menguatkan tulang. Senaman sederhana secara

tetap dapat menguatkan tulang dengan cara meningkatkan kandungan mineral,

sekali gus dapat mengurangkan risiko mendapat osteoporosis dalam jangka

masa panjang. Osteoporosis akan menyebabkan tulang menjadi haus dan lama-

kelamaan akan rapuh serta mudah patah. Aktiviti senaman juga dapat

mengurangkan risiko penyakit jantung. Senaman dapat membantu mencegah

obesiti, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. Bagi sesetengah wanita pula,

melalui senaman dapat mengurangkan kesakitan semasa kedatangan haid.

Senaman juga dapat menggalakkan tidur lena apabila keletihan akibat aktiviti

fizikal menyebabkan badan dan mindaa lebih mudah untuk tidur.

Bersenam dalam jangka masa panjang akan meningkatkan kecekapan

kebanyakan organ dalam tubuh manusia. Antaranya ialah dapat meningkatkan

pengakiran darah ke kulit membuatkan perawakan kelihatan lebih sihat dan

menarik. Ia juga dapat memperbaiki kecekapan paru-paru mengambil oksigen

dari udara. Selain itu, jantung yang lebih cekap dapat meningkatkan pengaliran

darah ke seluruh tubuh badan kita. Sendi yang kuat dapat mengurangkan

kesakitan dan ketegangan apabila umur meningkat.kekuatan dan kecekapan

menggunakan otot semasa melakukan aktiviti senaman membolehkan otot

bekerja untuk tempoh yang lebih lama.

Namun tidak ramai individu yang gemar untuk melakukan aktiviti

senaman. Mereka sering memberi seribu satu alasan untuk melakukan

senaman. Hal ini demikian kerana, kebanyakan individu sibuk dengan aktiviti

seharian tanpa memikirkan betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan dengan

sebaiknya. Bersenam sebagai gaya hidup akan menjadiakan kehidupan lebih

aktif dan lebih penting ialah menikmati kehidupan sihat dan jangka hayat yang

lebih panjang.

Antara contoh aktiviti senaman yang boleh diamalkan adalah berlari,

berjoging, berjalan, berenang, lompat tali dan berbasikal. Jumlah minima

aktiviti fizikal yang perlu dilakukan untuk mendapat faedah kesihatan yang

dikehendaki ialah dengan melakukan aktivtit yang sederhana kuatnya atau

intensiit, sekurang-kurangnya 30 minit untuk setiap sesi, untuk 3 hingga 5 hari

Page 3: Senaman Ialah Pergerakan Badan Yang Dilakukan Seca

seminggu. Senaman hendaklah dilakukan secara perlahan lahan dan

intensitinya ditingkatkan beransur-ansur. Secara kesimpulannya, banyak aktiviti

senaman banyak memberi manfaat dan faedah kepada kehidupan seharian kita.