seminar sains & teknologi nuklear ke arah agenda … · 2017-07-27 · seminar sains &...

4
SEMINAR SAINS & TEKNOLOGI NUKLEAR KE ARAH AGENDA 2030 UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI DI MALAYSIA 24 - 26 JULAI 2017 AGENSI NUKLEAR MALAYSIA, BANGI, 43000 KAJANG, SELANGOR Pada 24-26 Julai 2017 yang lepas, Agensi Nuklear Malaysia telah berjaya menganjurkan Seminar Sains & Teknologi Nuklear ke arah Agenda 2030 untuk Pembangunan Lestari di Malaysia, di Nuklear Malaysia, Bangi, Selangor. Seminar ini telah dianjurkan oleh Nuklear Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan United Nation Country Team (UNCT) di Malaysia. Lebih 200 peserta telah menghadiri seminar ini termasuk dari agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, organisasi masyarakat sivil, sektor swasta dan agensi antarabangsa. Objektif utama seminar ini adalah untuk menyediakan platform bagi menyebarkan maklumat mengenai peranan sains dan teknologi (S&T) nuklear dalam menyumbang kepada Agenda 2030 untuk Pembangunan Lestari di Malaysia. Di samping itu, seminar ini juga akan mengenalpasti peluang dan cabaran serta menggariskan pendekatan inovatif dalam meningkatkan perlaksanaan S&T nuklear dalam mencapai Agenda 2030 untuk Pembangunan Lestari. Seminar ini juga bertujuan untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang S&T nuklear antara Nuklear Malaysia, pihak-pihak berkepentingan, IAEA dan sistem UN di Malaysia. Foto Seminar mengenai Sains & Teknologi Nuklear ke arah Agenda 2030 untuk Pembangunan Mapan di Malaysia, 24-26 Julai 2017, Nuklear Malaysia, Bangi, Selangor

Upload: lamhanh

Post on 23-Apr-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEMINAR SAINS & TEKNOLOGI NUKLEAR KE ARAH AGENDA … · 2017-07-27 · SEMINAR SAINS & TEKNOLOGI NUKLEAR KE ARAH ... AGENSI NUKLEAR MALAYSIA, BANGI, 43000 KAJANG, SELANGOR Pada 24-26

SEMINAR SAINS & TEKNOLOGI NUKLEAR KE ARAH AGENDA 2030 UNTUK

PEMBANGUNAN LESTARI DI MALAYSIA

24 - 26 JULAI 2017

AGENSI NUKLEAR MALAYSIA, BANGI, 43000 KAJANG, SELANGOR

Pada 24-26 Julai 2017 yang lepas, Agensi Nuklear Malaysia telah berjaya menganjurkan

Seminar Sains & Teknologi Nuklear ke arah Agenda 2030 untuk Pembangunan Lestari di

Malaysia, di Nuklear Malaysia, Bangi, Selangor. Seminar ini telah dianjurkan oleh Nuklear

Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Agensi

Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan United Nation Country Team (UNCT) di Malaysia.

Lebih 200 peserta telah menghadiri seminar ini termasuk dari agensi kerajaan, institusi

pengajian tinggi, organisasi masyarakat sivil, sektor swasta dan agensi antarabangsa.

Objektif utama seminar ini adalah untuk menyediakan platform bagi menyebarkan maklumat

mengenai peranan sains dan teknologi (S&T) nuklear dalam menyumbang kepada Agenda

2030 untuk Pembangunan Lestari di Malaysia. Di samping itu, seminar ini juga akan

mengenalpasti peluang dan cabaran serta menggariskan pendekatan inovatif dalam

meningkatkan perlaksanaan S&T nuklear dalam mencapai Agenda 2030 untuk Pembangunan

Lestari. Seminar ini juga bertujuan untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang S&T nuklear

antara Nuklear Malaysia, pihak-pihak berkepentingan, IAEA dan sistem UN di Malaysia.

Foto Seminar mengenai Sains & Teknologi Nuklear ke arah Agenda 2030 untuk Pembangunan Mapan di Malaysia, 24-26 Julai

2017, Nuklear Malaysia, Bangi, Selangor

Page 2: SEMINAR SAINS & TEKNOLOGI NUKLEAR KE ARAH AGENDA … · 2017-07-27 · SEMINAR SAINS & TEKNOLOGI NUKLEAR KE ARAH ... AGENSI NUKLEAR MALAYSIA, BANGI, 43000 KAJANG, SELANGOR Pada 24-26

Seminar ini telah dirasmikan oleh Dr Mohd Ashhar Hj Khalid, Ketua Pengarah Nuklear

Malaysia. Penyerahan Plak IAEA Collaborating Centre (ICC) for Radiation Processing of

Natural Polymer and Nano-Materials daripada IAEA kepada Nuklear Malaysia juga telah

diadakan semasa sesi pembukaan. Seminar ini mengandungi tujuh sesi termasuk sesi

mengenai Agenda 2030, sesi-sesi mengenai penggunaan teknologi nuklear dalam lima bidang,

iaitu industri, tenaga, air & alam sekitar, perubatan & penjagaan kesihatan dan pertanian &

makanan. Pembentang terdiri daripada pakar-pakar antarabangsa dan kebangsaan, ahli

akademik dan wakil-wakil dari Jabatan-Jabatan Kerajaan.

Penyerahan Plak IAEA Collaborating Centre (ICC) for Radiation Processing of Natural Polymer and Nano-Materials oleh En. Oscar

Acuna, Ketua Bahagian Asia dan Pasifik, IAEA kepada Dr Mohd Ashhar Hj Khalid, Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, disaksikan

oleh En. Asfaazam Kasbani, Penolong Wakil Residen (Program) UNDP Malaysia

Pada masa yang sama, pameran mini turut diadakan semasa seminar ini berlangsung. Ia

melibatkan enam booth yang mempamerkan hasil pencapaian Penyelidikan dan Pembangunan

(R&D) oleh pakar dan saintis Nuklear Malaysia iaitu pengesan sinaran pintar, meter tinjau

sinaran pintar, padi mutan, getah kompaun untuk aplikasi penjagaan kesihatan, radioisotop

untuk perubatan dan aplikasi lubang gerek. Dua booth yang lain mempamerkan buku-buku dan

Nuklear Malaysia at Glance sempena Ulangtahun Nuklear Malaysia ke-45.

Page 3: SEMINAR SAINS & TEKNOLOGI NUKLEAR KE ARAH AGENDA … · 2017-07-27 · SEMINAR SAINS & TEKNOLOGI NUKLEAR KE ARAH ... AGENSI NUKLEAR MALAYSIA, BANGI, 43000 KAJANG, SELANGOR Pada 24-26

Seminar ini secara rasminya telah ditutup oleh Dr Mohd Ashhar Hj Khalid, Ketua Pengarah

Nuklear Malaysia pada 25 Julai 2017. Sebelum majlis penutup, satu sesi panel yang

dipengerusikan oleh Dr Zulkifli Mohamed Hashim, Pengarah Kanan (Pengkomersilan) Agensi

Nuklear Malaysia telah diadakan untuk membincangkan subjek bagi seminar ini iaitu Sains &

Teknologi Nuklear ke arah Agenda 2030 untuk Pembangunan Lestari di Malaysia. Ahli-ahli

panel terdiri daripada En Oscar Acuna, Section Head, Division for Asia & the Pacific, IAEA, Dr

Zulkafli Ghazali, Pengarah Bahagian Teknologi Sinaran Agensi Nuklear Malaysia, En Asfaazam

Kasbani, Assistant Resident Representative (Programme), United Nations Development

Programme (UNDP) Malaysia dan Datin Dr Zaharah Musa, Ketua Perkhidmatan Radiologi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pada 26 Julai 2017, satu lawatan teknikal ke beberapa kemudahan utama Nuklear Malaysia

telah diadakan. Kemudahan tersebut adalah Reaktor TRIGA PUSPATI, Pusat Pengurusan Sisa

Radioaktif, Makmal Pemprosesan Sinaran, Kemudahan Penyinaran SINAGAMA dan Rumah

Hijau Gamma. Hampir 60 peserta telah mengambil bahagian dalam lawatan teknikal ini.

Semasa lawatan teknikal, peserta berpeluang melihat dengan lebih dekat operasi kemudahan-

kemudahan ini serta bagaimana teknologi nuklear digunakan dalam pelbagai sektor seperti

pertanian, pengurusan sisa dan industri.

Page 4: SEMINAR SAINS & TEKNOLOGI NUKLEAR KE ARAH AGENDA … · 2017-07-27 · SEMINAR SAINS & TEKNOLOGI NUKLEAR KE ARAH ... AGENSI NUKLEAR MALAYSIA, BANGI, 43000 KAJANG, SELANGOR Pada 24-26

Lawatan teknikal ke Gamma Green House Nuklear Malaysia