bab 6 fizik nuklear - gurubesar.my

58
BAB 6 FIZIK NUKLEAR Fizik Tingkatan 5 KSSM Oleh Cikgu Norazila Khalid Smk Ulu Tiram

Upload: others

Post on 15-Oct-2021

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

BAB 6

FIZIK

NUKLEAR Fizik Tingkatan 5 KSSM

Oleh Cikgu Norazila Khalid

Smk Ulu Tiram

Page 2: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

6.1 REPUTAN

RADIOAKTIF

Page 3: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

REPUTAN RADIOAKTIF

oReputan radioaktif merupakan proses nukleus tidak stabil menjadi nukleus stabil dengan memancarkan sinaran radioaktif.

o Proses ini berlaku secara rawak dan spontan. Terdapat tiga jenis sinaran radioaktif, iaitu zarah alfa (a), zarah beta (b) dan sinar gama (g).

Page 4: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my
Page 5: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

PERSAMAAN BAGI REPUTAN ALFA (A)

oZarah alfa ialah nukleus helium yang terdiri daripada dua proton dan dua neutron.

o Dalam reputan alfa, nukleus yang tidak stabil mengeluarkan satu zarah alfa untuk menjadi nukleus unsur baharu yang lebih stabil.

Page 6: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

oNukleus induk mempunyai nombor proton, Z dan nombor nukleon, A.

o Selepas reputan a, nukleus anak mempunyai nombor proton, Z – 2 dan nombor nukleon, A – 4

Page 7: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

PERSAMAAN BAGI REPUTAN BETA (B)

oZarah beta ialah elektron yang bergerak pantas.

oDalam reputan beta, sebiji neutron dalam nukleus yang tidak stabil terurai kepada satu proton dan satu elektron

Page 8: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

oProton yang terhasil kekal dalam nukleus manakala elektron akan terpancar keluar dengan tenaga kinetik yang tinggi sebagai zarah b

oSelepas reputan b, nombor proton bagi nukleus anak menjadi Z + 1 dan nombor nukleon, A tidak berubah.

Page 9: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

PERSAMAAN BAGI REPUTAN GAMA (G)

oSinar gama ialah sinaran elektromagnet yang berfrekuensi tinggi.

o Dalam reputan gama, suatu nukleus radioaktif yang tidak stabil membebaskan tenaga lebihannya untuk menjadi lebih stabil

oSinaran elektromagnet tidak berjisim dan bersifat neutral (tidak bercas)

Page 10: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

oSelepas reputan g, tiada perubahan nombor proton dan nombor nukleon berlaku pada nukleus

o Nukleus kurang bertenaga selepas reputan gama.

Page 11: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

oDalam reputan radioaktif, sesetengah nukleus dapat memancarkan lebih daripada satu sinaran

o Misalnya, reputan uranium-234 memancarkan zarah a dan sinar g

o Contoh persamaan reputannya dan persamaan reputan yang lebih ringkas

Page 12: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

SEPARUH HAYAT

Apabila suatu sampel bahan radioaktif mereput, bilangan nukleus radioaktif yang belum mereput berkurang dengan masa manakala bilangan nukleus anak semakin bertambah.

Page 13: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

SEPARUH HAYAT

oSeparuh hayat, T 1/2 ialah masa yang diambil untuk separuh daripada bilangan asal nukleus radioaktif bagi suatu sampel radioaktif mereput.

o Selepas satu separuh hayat, bilangan nukleus yang belum mereput akan menjadi separuh daripada nilai asal.

oApabila suatu nukleus radioaktif yang tidak stabil mereput, nukleus baharu yang terbentuk juga mungkin tidak stabil.

oNukleus baharu akan mengalami satu siri reputan berterusan sehingga nukleus yang stabil terbentuk

Page 14: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my
Page 15: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

oUranium-238 ialah unsur radioaktif yang mempunyai separuh hayat yang panjang, iaitu kira-kira 5 000 juta tahun

o Unsur ini terperangkap semasa pembentukan batu-batuan.

oUranium-238 yang terperangkap akan mereput dan akhirnya membentuk plumbum-206 yang stabil

Page 16: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

oProses reputan ini mengambil masa yang lama kerana kadar reputannya rendah.

o Dengan penentuan nisbah plumbum-206 kepada uranium-238 dalam suatu sampel batu, usia batu-batuan dapat dianggarkan.

oSemakin tinggi nisbah tersebut, semakin berusia batu-batuan.

oKaedah pengukuran geologi ini juga dapat menganggarkan usia Bumi kita

Page 17: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my
Page 18: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

Bahan radioaktif lazimnya disimpan di dalam bekas tebal yang tertutup, diperbuat daripada plumbum untuk tujuan keselamatan.

Page 19: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

Radioisotop ialah isotop dengan nukleus tidak stabil yang boleh memancarkan sinaran radioaktif.

Page 20: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

MENENTUKAN SEPARUH HAYAT BAHAN SUMBER RADIOAKTIF DARIPADA GRAF

LENGKUNG REPUTAN

oSuatu unsur radioaktif akan mengalami reputan radioaktif secara rawak dan spontan.

o Bilangan nukleus yang belum mereput akan berkurang dengan masa

o Unsur radioaktif yang berlainan mereput pada kadar yang berlainan.

oSifat ini boleh dipaparkan dalam bentuk graf lengkung reputan.

Page 21: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

oKeaktifan sampel radioaktif berkadar terus dengan bilangan nukleus radioaktif yang terdapat dalam sampel pada ketika itu.

oKeaktifan suatu sampel radioaktif ialah reputan per saat, iaitu bilangan zarah radioaktif yang dipancarkan sesaat.

Page 22: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my
Page 23: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my
Page 24: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my
Page 25: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my
Page 26: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my
Page 27: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my
Page 28: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my
Page 29: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

6.2

TENAGA

NUKLEAR

Page 30: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

TENAGA NUKLEAR

oMatahari membekalkan tenaga cahaya dan tenaga haba kepada Bumi sejak berjuta-juta tahun dahulu.

o Tindak balas pelakuran nukleus hidrogen berlaku dalam teras Matahari pada tekanan yang sangat tinggi.

oDalam tindak balas ini, dua nukleus hidrogen akan bercantum membentuk satu nukleus helium dan membebaskan tenaga nuklear.

Page 31: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

TENAGA NUKLEAR

Tenaga ini dipancarkan ke permukaan Matahari dalam bentuk tenaga cahaya dan tenaga haba

Page 32: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

TENAGA NUKLEAR

Tenaga nuklear dikenali sebagai tenaga atom yang dibebaskan semasa tindak balas nuklear seperti reputan radioaktif, pembelahan nukleus dan pelakuran nukleus.

Page 33: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

AGENSI NUKLEAR MALAYSIA (ANM

oSejarah tenaga nuklear di Malaysia bermula dengan penubuhan sebuah Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada 19 September 1972.

o Kini, pusat ini dikenali sebagai Agensi Nuklear Malaysia (ANM)

Page 34: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

PEMBELAHAN NUKLEUS DAN

PELAKURAN NUKLEUS

oPembelahan nukleus dan pelakuran nukleus merupakan dua tindak balas nuklear yang menghasilkan tenaga nuklear.

oKehilangan jisim (cacat jisim) berlaku semasa tindak balas nuklear.

Page 35: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

PEMBELAHAN NUKLEUS Pembelahan nukleus ialah tindak balas nuklear apabila satu nukleus yang berat membelah menjadi dua atau lebih nukleus yang lebih ringan dengan membebaskan tenaga yang banyak.

Page 36: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my
Page 37: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

PELAKURAN NUKLEUS oPelakuran nukleus ialah tindak balas nuklear apabila nukleus yang kecil dan ringan bercantum untuk membentuk satu nukleus yang berat dengan membebaskan tenaga yang banyak.

oTindak balas ini berlaku pada keadaan suhu dan tekanan yang amat tinggi.

Page 38: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my
Page 39: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

HUBUNGAN ANTARA TENAGA YANG DIBEBASKAN SEMASA TINDAK BALAS NUKLEAR DENGAN CACAT JISIM

oUnit jisim atom (u.j.a) digunakan sebagai ukuran jisim suatu atom. Jisim satu atom adalah sangat kecil dan sukar diukur menggunakan unit seperti gram atau kilogram.

o Maka, perbandingan relatif di antara jisim atom lain dengan jisim satu atom karbon-12 telah digunakan.

o Isotop karbon-12 digunakan sebagai rujukan kerana karbon terkandung dalam banyak sebatian yang ditemui di Bumi.

Page 40: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

oJumlah jisim selepas reputan radioaktif adalah sentiasa kurang daripada jumlah jisim sebelum reputan radioaktif.

oKehilangan jisim ini dikenali sebagai cacat jisim, m.

Page 41: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my
Page 42: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

HUBUNGAN ANTARA TENAGA YANG DIBEBASKAN SEMASA TINDAK BALAS NUKLEAR DENGAN CACAT

JISIM

Page 43: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

ALBERT EINSTEIN

oAlbert Einstein menyatakan bahawa jisim dan tenaga boleh saling bertukar antara satu sama lain.

oHubungan antara dua kuantiti itu dinyatakan dalam persamaan E = mc2.

Page 44: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my
Page 45: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my
Page 46: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my
Page 47: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK DALAM

REAKTOR NUKLEAR

Page 48: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

TRIGA PUSPATI (RTP)

oMalaysia tidak mempunyai reaktor nuklear untuk penjanaan tenaga elektrik.

o Reaktor nuklear penyelidikan TRIGA PUSPATI (RTP) yang terletak di Bangi dibina bagi tujuan penyelidikan berkaitan bidang sains nuklear dan pendidikan.

Page 49: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my
Page 50: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my
Page 51: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

TINDAK BALAS BERANTAI

oDi dalam reaktor nuklear, tindak balas pembelahan nukleus uranium-235 menghasilkan dua nukleus anak, tiga neutron yang bergerak pantas dan membebaskan tenaga yang besar.

oNeutron-neutron tersebut akan membedil nukleus uranium-235 yang lain dan akan membebaskan neutron yang lebih banyak melalui pembelahan nukleus yang berterusan

o Tindak balas berterusan ini dikenali sebagai tindak balas berantai

Page 52: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my
Page 53: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

TINDAK BALAS BERANTAI oTindak balas berantai yang berlaku dalam teras reaktor perlu dikawal.

o Reaktor perlu mempunyai struktur binaan yang boleh menghalang kebocoran sinaran radioaktif ke persekitaran.

Page 54: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

KAWALAN KADAR TINDAK BALAS

NUKLEAR DAN CIRI-CIRI KESELAMATAN

YANG TERDAPAT DALAM SEBUAH

REAKTOR NUKLEAR.

Page 55: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR SEBAGAI TENAGA ALTERNATIF

UNTUK MENJANA TENAGA ELEKTRIK

oDi Malaysia, tenaga elektrik dijana menggunakan sumber arang batu, gas asli dan air.

oEmpangan hidro di Bakun, Sarawak sepermerupakan empangan kedua terbesar di Asia yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik.

Page 56: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR SEBAGAI TENAGA ALTERNATIF

UNTUK MENJANA TENAGA ELEKTRIK

Namun, negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, India dan China telah menggunakan tenaga nuklear bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik.

Page 57: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR SEBAGAI TENAGA ALTERNATIF UNTUK

MENJANA TENAGA ELEKTRIK

oTenaga nuklear kini merupakan sumber alternatif untuk menjana kuasa elektrik bagi menampung permintaan tenaga yang semakin meningkat dan menggantikan sumber tenaga bahan api fosil.

o Walau bagaimanapun, penggunaan tenaga ini masih menjadi isu yang hangat dibincangkan

Page 58: BAB 6 FIZIK NUKLEAR - gurubesar.my

TAMAT