seminar penulisan penerbitan saintifik

9

Click here to load reader

Upload: zamri-mohamad

Post on 15-May-2015

538 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

Kertas kerja ini akan mendedahkan situasi yang menyekat karya saintifik berkembang menjadi karya popular dan bagaimana menukarkan situasi ini berdasarkan model yang sedia diamalkan oleh industri.

TRANSCRIPT

Page 1: Seminar penulisan penerbitan saintifik

Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan Saintifik

1

Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan Saintifik

Zamri bin Mohamad

Jurulatih Senior Penulisan untuk Organisasi

Akademi Penulis Sdn Bhd

9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur MALAYSIA

(t) +60192880451 (e) [email protected] (fb) facebook.com/penulisbuku

www.fineacademy.com.my

Abstrak

Kertas kerja ini akan mendedahkan situasi yang menyekat karya saintifik berkembang

menjadi karya popular dan bagaimana menukarkan situasi ini berdasarkan model yang sedia

diamalkan oleh industri.

Dilema penerbit dan pekedai buku memenuhi desakan penulis karya saintifik yang ilmiah

dan bagaimana kaedah pintu belakang diaplikasi bagi mengatasi situasi ini.

Pendekatan gaya popular merujuk kepada amalan industri buku yang dipraktikkan penerbit

tempatan dan luar negara.

Page 2: Seminar penulisan penerbitan saintifik

Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan Saintifik

2

Laluan manakah yang kita pilih?

Kita bermula dengan soalan, laluan manakah kita pilih dari lokasi mula ke lokasi akhir?

Hasilkan garisan laluan itu pada peta di bawah.

Mengapa karya saintifik tempatan tidak dapat menjadi buku popular?

Universiti dan institusi belum berani mencipta inovasi penerbitan. Kebimbangan

hilang nilai ilmu apabila menjadi karya popular menjadikan universiti dan institusi

kekal dengan cara lama dan menunggu cara baru yang meraikan keselesaan mereka.

Para ahli akademik lebih menumpukan kepada penulisan karya akademi yang

mendorong kepada kenaikan pangkat. Karya popular tidak memberi merit kepada

mereka ke arah kenaikan pangkat itu.

Ahli akademik tidak dilatih secara formal melalui bengkel dan kursus bagaimana

menukarkan karya akademik menjadi karya popular.

Penerbit sukar mendapatkan penulis pakar yang bersedia bekerjasama sepenuhnya

dengan kumpulan kreatif dalam bidang lain. Maka produk akhir kembali kepada asal,

iaitu buku ilmiah untuk bacaan pakar bidang.

Page 3: Seminar penulisan penerbitan saintifik

Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan Saintifik

3

Bagaimana Harvard Business Publishing berinovasi?

Laman web Harvard Business Publishing

Harvard Business Publishing menjadi satu rantaian dalam sebuah institusi yang dikagumi

sebagai sebagai perintis yang membawa keluar dunia akademik kepada khalayak.

Kekaguman itu dapat diikuti oleh para pengagum dengan mengikuti model atas ke

bawah yang digunakan bagi memastikan apa yang berada di sebalik tembok universiti

sampai ke kedai buku umum.

Pakej bahan akademik kepada beberapa bentuk

Jurnal akademik

Buku teks universiti

Buku rujukan pengamal industri

Buku popular

Majalah untuk pasaran umum

Tutorial online

Blog

Audio dan video

Pakej-pakej ini menjadikan bahan akademik berlegar secara aktif dan konsisten di

kalangan ahli akademik, pengamal industri dan pembaca umum.

Apa yang membezakan setiap pakek adalah Harvard Business Publishing

menentukan maklumat yang relevan kepada kumpulan sasar yang berbeza.

Formula ini kekal digunakan bagi mereka sejak tahun 1994 dan terus berkembang

selama 28 tahun.

Page 4: Seminar penulisan penerbitan saintifik

Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan Saintifik

4

Bagaimana karya saintifik dapat menjadi karya popular?

Sebuah karya saintifik tulen tidak dapat kekal menjadi karya asal sepenuhnya apabila ia

menjadi karya popular. Itu adalah hakikat yang mesti diterima oleh penulis.

Perkara ini disebut oleh Mark Changizi, professor dalam bidang kognitif dan penulis

The Vision Relevation berkata, tujuan karya saintifik dijadikan sebagai karya popular adalah

bagi mendorong pembaca menjadi sebahagian daripada perbincangan saintifik dan bukan

terlibat sama dalam perbincangan tersebut.

Ini bermakna, apa yang perlu diberikan kepada pembaca hanyalah idea-idea yang

mencetuskan keterujaan.

Ini bukan berkaitan pembelajaran sains sebagai satu subjek.

Fungsi karya popular dan karya akademik adalah berbeza, maka pakej karya

keseluruhan diubah berdasarkan keperluan pembaca.

Karya ilmiah saintifik yang mempunyai ciri-ciri akademik dilihat memenuhi fungsi

berikut.

Dibaca oleh kumpulan bidang.

Asas kepada perkembangan ilmu.

Mementingkan data empirikal yang dapat membantu.

Cenderung kepada aspek perkembangan ilmu.

In depth reading, pembacaan secara mendalam.

Manakala penerbitan karya popular saintifik mempunyai fungsi berikut

Dibaca oleh kumpulan umum.

Memberi tahu pembaca, “Topik ini wujud.”

Mencetuskan minat berdasarkan sebahagian idea yang diketengahkan.

Cenderung kepada aspek human interest.

Leisure reading, pembacaan santai.

Kedai buku universiti menggunakan buku popular sebagai umpan survival

Gelagat pembeli di kedai buku adalah berbeza di antara kedai buku umum dan kedai buku

universiti.

Daya tarikan kedai buku umum telah mengubah lanskap kedai buku universiti. Buku-

buku popular turut disenaraikan di kedai buku universiti.

Pembahagian seksyen buku akademik dan popular seperti di Darul Kutub, Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia merupakan bayangan situasi yang sedang, sudah dan akan

berlaku di universiti-universiti dan institusi lain.

Bagaimana memilih genre yang bersesuaian?

Page 5: Seminar penulisan penerbitan saintifik

Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan Saintifik

5

Statistik peminjam buku bertambah melalui bandingan angka dua tahun

kebelakangan ini. Ketua Pengarah, Perpustakaan Negara Malaysia, Datuk Raslin Abu Bakar

dalam satu kenyataan media pada 23 April 2012 di Berita Harian berkata, sejumlah 1.03 juta

buku dipinjam oleh pembaca tempatan pada tahun 2010 berbanding 7776,347 buah buku

pada tahun 2011.

Laporan Publishing Perspective, melalui rencana As KL Book Fair Opens, Publishers

Eye Booming Southeast Asia pada 25 April 2012, mendedahkan sejumlah 500 penerbit

berdaftar di Malaysia dan jumlah ini adalah peningkatan yang mendadak bagi memenuhi

kehendak industri buku.

Dari aspek judul baru, jumlahnya bertambah dari 10,000 judul buku pada tahun 2005

ke 15,800 pada tahun 2010 dan 16,000 pada tahun berikutnya.

Ini adalah tanda aras positif kepada penulis dan penerbit bahawa buku baru dalam

pelbagai kategori masih diperlukan.

Karya saintifik dapat menjadi karya popular apabila penulis jelas apakah genre buku

yang mahu dihasilkan.

Apabila kita berkunjung ke kedai buku, terdapat sejumlah besar buku yang ditulis di

bawah satu kategori. Adanya banyak judul dalam kategori yang sama memberi gambaran

kasar permintaan ramai bagi genre buku seperti itu.

Meskipun banyak buku diterbitkan dalam kategori yang sama, terdapat faktor-faktor

berikut memberi momentum dan penentu yang membawa kepada peningkatan angka jualan

buku.

Buku dalam kategori sama dipakejkan semula dan diberi konsep baru.

Penghasilan kulit buku yang menarik perhatian pembaca.

Pilihan judul buku yang mencetus rasa ingin tahu dan terus kepada sasaran

pembaca.

Susun atur buku yang berbeza dan memberi kepuasan kepada pembeli.

Harga yang kompetitif.

Latar belakang penulis yang memberi keyakinan pembaca.

Page 6: Seminar penulisan penerbitan saintifik

Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan Saintifik

6

Kulit buku Tip Menjadi Penulis Bestseller (2009 dan 2011) terbitan PTS Media Group

Kedai buku memerlukan faktor kesegaran bagi menarik kumpulan pembaca berkali-kali.

Kerana itu penerbit karya popular bersedia menukar kulit buku tiga tahun sekali atau pun

apabila didapati kulit buku memperlahankan jualan di kedai-kedai buku.

Bagi bertahan lama di rak buku, ini adalah satu strategi yang digunakan oleh penerbit

bagi memanjangkan hayat karya di rak.

Bagaimana penulisan ilmiah saintifik menambah beban hutang kedai umum?

Pasaran buku tempatan masih dalam proses kematangan melalui pengenalan genre-genre

baru.

Ketika ini karya saintifik yang masih ilmiah sifatnya mempunyai pasaran yang kecil

jika diletakkan sebaris dengan buku-buku lain.

Meskipun desakan penulis dan penerbit akademik agar kedai-kedai buku memberi

ruang kepada karya-karya ilmiah berada di rak kedai buku, kita mesti menyedari bahawa apa

sahaja yang masuk ke dalam kedai buku mempunyai kos untuk ditanggung.

Kerana itu kedai buku mengalihkan kos menanggungnya kembali kepada penerbit

melalui cara-cara berikut.

Penerbit menyewa rak bagi meletakkan buku mereka.

Memberi tempoh masa jualan kepada penerbit. Di Amerika, tempoh masa dua

minggu diberikan kepada penerbit. Di Malaysia, tempoh dua bulan diberikan kepada

penerbit. Sekiranya buku tidak bergerak dari rak, iaitu tidak dapat dijual. Maka ia

dipulangkan semula kepada penerbit.

Page 7: Seminar penulisan penerbitan saintifik

Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan Saintifik

7

Jumlah naskhah diambil sangat minima bermula sepuluh naskhah bagi satu

rangkaian kedai buku.

Penerbit bimbang apabila pekedai memulangkan buku kembali. Penerbit perlu

menyimpan buku-buku yang dipulangkan di gudang. Setiap naskah buku yang disimpan di

gudang dianggap sebagai aset.

Selagi mana buku-buku berada di gudang, ia adalah aset yang dicukai.

Bayangkan bagaimana buku-buku yang tidak laku dan tidak mendapat pesanan

pekedai menjadikan penerbit menanggung kerugian dengan menanggung cukai.

Adakah ini bermaksud penulisan saintifik tidak dapat menembusi kedai buku?

Bagaimana penulis saintifik menggunakan strategi pintu belakang?

Kajian rak buku dan kategori buku melalui laman web kedai buku memberi gambaran

kuasa beli pembaca. Penulis bermula dengan mengenal pasti apakah kategori yang berada

di keda-kedai buku.

Kategori buku Amazon, Kobo dan MPH

Pendekatan strategi pintu belakang digunakan oleh penulis karya saintifik sebagai

cara mendidik pasaran buku.

Memilih kategori yang sedia ada dan menggunakan ia sebagai platform pendidikan

dapat dilakukan hanya apabila penulis bersedia melakukanya.

Page 8: Seminar penulisan penerbitan saintifik

Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan Saintifik

8

Strategi pintu belakang digunakan oleh Eliyahu M. Goldratt dan Jeff Cox. Mereka

menulis sebuah novel berjudul The Goal : A Process Of Ongoing Improvement. Novel ini

adalah berkaitan pengurusan perniagaan yang diterbitkan pada tahun 1984.

The Goal karya Eliyahu M. Goldratt dan Jeff Cox

Novel ini pernah menjadi rujukan pengajian di universiti tempatan kerana ia

membawa kepada implementasi Theory of Constraint (TOC) yang diperkenalkan oleh

Eliyahu sendiri sebagai konsep dan sistem pengurusan.

Ulasan oleh Brady Uselmen lima tahun selepas novel ini diterbitkan menerangkan

bahawa prinsip akaun pengurusan kos diterangkan dalam novel ini pada halaman 259.

Ini tidak mengejutkan apabila novel The Goal menjadi bacaan rujukan peperiksaan

akhir semester di universiti dan dibaca oleh khalayak umum serta pengamal industri.

Novel ini dipersembahkan dalam bentuk karya thriller.

Eliyahu merupakan ahli fizik berbangsa Yahudi yang kemudian menukar bidang

kepada pengurusan organisasi. Novel The Goal mengambil masa selama 13 bulan dan

ditolak oleh beberapa penerbit.

Apabila diterbitkan oleh North River Press, novel ini terjual sebanyak 2,000,000

naskhah.

Page 9: Seminar penulisan penerbitan saintifik

Pendekatan Gaya Popular bagi Penulisan Saintifik

9

Siapa pembentang di atas pentas sebentar tadi?

Zamri Mohamad adalah trainer atau jurulatih penulis yang melatih agensi kerajaan dan swasta melibatkan penulisan berikut

Penulisan buletin berpengaruh untuk edaran dalaman.

Penulisan buletin berpengaruh untuk pelanggan.

Penulisan fasa Mekah untuk web portal agensi

Penulisan rencana akhbar dan majalah.

Beliau juga melatih kakitangan dalam bidang kreativiti dan inovasi kepada kakitangan. Pada masa sama melatih strategi kempen media sosial untuk organisasi berdasarkan formula Membina Kecantikan Sosial.

Menulis di akhbar dan majalah sejak tahun 2001 dan menulis sejumlah 22 buah buku kategori popular. Tugas beliau adalah menukarkan jurnal dan bahan akademik kepada bahan bacaan umum. Merupakan finalis Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR – Berita Harian pada tahun 2010 dan 2011

Zamri bin Mohamad Jurulatih Senior Penulisan untuk Organisasi Akademi Penulis Sdn Bhd 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur MALAYSIA (t) +60192880451 (e) [email protected] (fb) facebook.com/penulisbuku (web) www.fineacademy.com.my