semangat nasionalisme

10
Bahagian 1. Sejauhmanakah perjuangan golongan nasionalisme di awal abad ke-20 dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah air. 1.0 Pengenalan Nasionalisme dan kemerdekaan merupakan sesuatu yang berbeza namun mempunyai hubungkait di antara satu sama lain. Merujuk kepada Kamus Dewan nasionalisme bermaksud perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam manakala merdeka bermaksud bebas daripada cengkaman penjajah. Sewaktu pemerintahan British pada abad ke-20,timbulnya semangat nasionalisme yang berkobar-kobar di kalangan masyarakat Melayu. Ini kerana sehingga perang dunia ke-2, kaum-kaum cina dan india mempunyai kiblat taat setia yang tidak serupa. Kiblat taat setia orang Melayu ialah terhadap Tanah Melayu, taat setia orang Cina ialah terhadap negara China dan taat setia orang India adalah terhadap negara India. Maka orang Melayu sahaja yang memikul tanggungjawab untuk membebaskan tanah melayu daripada belenggu penjajah British. Pelbagai cara digunakan untuk memerdekakan Tanah Melayu berdasarkan faktor-faktor tertentu kebangkitan orang Melayu. 2.0 Faktor-faktor kebangkitan semangat nasionalisme

Upload: stephen-lawson

Post on 10-Dec-2015

47 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Semangat Nasionalisme

Bahagian 1.

Sejauhmanakah perjuangan golongan nasionalisme di awal abad ke-20 dalam

memperjuangkan kemerdekaan Tanah air.

1.0 Pengenalan

Nasionalisme dan kemerdekaan merupakan sesuatu yang berbeza namun mempunyai

hubungkait di antara satu sama lain. Merujuk kepada Kamus Dewan nasionalisme

bermaksud perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam manakala

merdeka bermaksud bebas daripada cengkaman penjajah.

Sewaktu pemerintahan British pada abad ke-20,timbulnya semangat nasionalisme yang

berkobar-kobar di kalangan masyarakat Melayu. Ini kerana sehingga perang dunia ke-

2, kaum-kaum cina dan india mempunyai kiblat taat setia yang tidak serupa. Kiblat taat

setia orang Melayu ialah terhadap Tanah Melayu, taat setia orang Cina ialah terhadap

negara China dan taat setia orang India adalah terhadap negara India. Maka orang

Melayu sahaja yang memikul tanggungjawab untuk membebaskan tanah melayu

daripada belenggu penjajah British. Pelbagai cara digunakan untuk memerdekakan

Tanah Melayu berdasarkan faktor-faktor tertentu kebangkitan orang Melayu.

2.0 Faktor-faktor kebangkitan semangat nasionalisme

Terdapat dua faktor utama yang membangkitkan semangat nasionalime di kalangan

masyarakat Melayu dalam usaha membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan

British iaitu faktor luaran dan faktor dalaman.

Faktor luaran ialah Gerakan Pemulihan Islam di Mesir. Gerakan Pemulihan Islam

bermula di Mesir sejak tahun 1850. Konsep pan-Islamisme telah mula diutarakan oleh

Syed Jamaluddin al-Afghani, seorang reformis Islam Timur Tengah yang radikal dan

revolusioner pada akhir abad ke 19 telah memberi perangsang kepada orang-orang

Melayu.

Page 2: Semangat Nasionalisme

Faktor kedua ialah Gerakan di Turki yang dapat dibahagikan kepada tiga gerakan iaitu

Gerakan Pan-Islam, Gerakan Khilafat dan Gerakan Turki Muda.

Faktor luaran yang ketiga ialah pengaruh dari Jepun.Sejak tahun 1868, Jepun muncul

sebagai negara yang moden dan kuat. Pemimpin-pemimpin Meiji seperti Maharaja

Mutsushito telah memodenkan negara Jepun. Jepun mengubahsuai teknologi Barat

untuk kegunaannya. Jepun berjaya meniru teknologi Barat, sekaligus membuktikan

rakyat Asia bijak. Dalam peperangan yang berlaku di antara Rusia dengan Jepun

(1904-1905) menyaksikan Jepun telah memperolehi kemenangan. Kejayaan ini telah

memberi ilham dan kesedaran kepada orang Asia termasuk orang melayu bahawa

barat tidaklah sekuat seperti yang digeruni oleh mereka.

Faktor luaran yang keempat pula merupakan pengaruh dari Indonesia. Gerakan

kemerdekaan rakyat Indonesia menentang pemerintahan Belanda telah memberi

semangat kepada golongan melayu yang inginkan pembebasan daripada penjajahan

British. Beberapa parti politik telah ditubuhkan ditubuhkan di Indonesia. Akibatnya,

timbul persatuan Melayu pada tahap-tahap berlainan. Kemudiannya, Kongres Melayu

Se Malaya diadakan pada 9 Ogos 1939 bertujuan memupuk perpaduan di kalangan

orang Melayu. Antara lain ialah usaha persatuan-persatuan Melayu merintis jalan

penubuhan UMNO pada tahun 1946.

Faktor dalaman pula merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus di Tanah Melayu dan

memberi pengaruh yang sangat besar dalam membangkitkan dan menyemarakkan

semangat nsionalisme orang Melayu. Antara faktor dalaman ialah agama. Pada

penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, masyarakat Melayu terutamanya yang

tinggal di bandar-bandar berasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi, sosial dan

politik mereka. Mereka mulai sedar bahawa kedudukan ekonomi dan sosial terancam

sebab adanya masyarakat dari luar, iaitu Cina dan India. Oleh yang demikian, orang

Melayu sedar bahawa mereka perlu bertindak bagi membawa perkembangan ekonomi

dan sosial ke atas masyarakat mereka supaya tidak lagi mundur dalam bidang tersebut.

Kesedaran ini telah melahirkan kumpulan-kumpulan kecil yang berpengaruh dalam

Page 3: Semangat Nasionalisme

masyarakat Melayu untuk memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang

ekonomi dan sosial.

Faktor kesedaran orang Melayu tentang kemunduran mereka juga turut menjadi punca

dalaman kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Orang melayu menjadi penduduk

pribumi tetapi masih tertinggal jauh dalam bidang ekonomi dan sosial.

Perkembangan sistem perhubungan juga menjadi faktor kebangkitan masyarakat

Melayu. Sistem perhubungan yang telah dimajukan oleh pihak British adalah demi

kepentingan ekonomi mereka. Walau bagaimanapun ianya telah membantu

menyelesaikan halangan geografi di kalangan masyarakat melayu. Masyarakat melayu

di seluruh ceruk rantau dapat berhubung di antara satu sama lain. Keadaan ini secara

tidak langsung dapat menyatupadukan penduduk melayu, yang seterusnya

mewujudkan identiti kebangsaan.

3.0 Perjuangan golongan nasionalisme

Menurut W.R. Roff, pergerakan nasionalisme Melayu dipimpin oleh 3 golongan elit yang

ingin membawa perubahan kepada masyarakat melayu, ke arah yang lebih baik.

Kumpulan pertama ialah golongan reformis Islam berpendidikan Arab yang ingin

mengetengahkan Islam sebagai jalan memajukan orang melayu. Golongan ini

dipengaruhi oleh reformasi Islam yang berlaku di Asia Barat. Kumpulan kedua ialah

golongan inteligensia berpendidikan Melayu, yang menentang penjajahan dengan cara

yang lebih radikal. Mereka terdiri daripada guru dan wartawan. Kumpulan elit melayu

yang ketiga ialah golongan birokrasi berpendidikan, yang terdiri daripada kelompok

pentadbir dan pegawai am di kalangan bangsawan Melayu.

Terdapat empat motif bagi menggerakkan semangat nasionalisme. Pertama ialah

menentang dan cuba manghalau keluar pihak penjajah yang dianggap membawa

masuk unsur yang mengancam struktur politik dan identiti budaya pribumi. Kedua ialah

mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk pribumi. Ketiga ialah mengembalikan

Page 4: Semangat Nasionalisme

tamadun lama dan yang terakhir ialah menegakkan kedaulatan dan kemerdekaan

negara.

Golongan penulis memainkan peranan melalui penulisan seperti novel. Antaranya ialah

Bulan Melayu hasil tulisan Zainon Sulaiman telah membangkitkan isu tentang

mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai islam dan budaya timur dan

menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa. Novel Keris Melaka

misalnya membangkitkan isu menanam semangat perjuangan menentang penjajah

dan menggunakan sejarah sebagai inspirasi perjuangan. Bagi novel Anak Mat Lela

Gila pula lebih kepada menghargai warisan bangsa. Peranan yang dimainkan oleh

golongan penulis, menjadikan rakyat semakin kuat dan saling bantu-membantu dalam

usaha murni untuk keluar dari kepompong penjajah.

Selain itu akhbar memainkan peranan penting dalam kebangkitan nasionalisme.

Penulis akhbar di Tanah Melayu ketika itu telah mengkritik dasar British yang menekan

orang melayu. Persoalan tentang pendidikan,ekonomi dan politik telah dibangkitkan di

dalam akhbar. Isu-isu yang dibangkitkan ialah memajukan pendidikan orang Melayu

dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Dari segi ekonomi,mereka

meminta supaya British mengurangkan kadar kemasukan pedagang asing.

Dari segi politik pula mereka menyeru orang Melayu bersatu dan mengkritik British

kerana mengurangkan kuasa raja-raja Melayu. Antara lain,melaui tulisannya di dalam

Ai-Iman, Zaaba menyeru orang Melayu supaya bersatu dan membina jati diri masing-

masing. Ia berjaya memberi kesan kepada masyarakat Melayu untuk sama-sama

bangun menentang penjajahan British.

Ibrahim Yaakob pula dalam penulisannya menyebut bahawa pada dekad itulah orang

Melayu mula sedar akan ancaman yang dibawa oleh pendatang-pendatang asing

terhadap hak mereka. Pada waktu itu jugalah perasaan membenci pada orang asing

mula bertunas. Hasil daripada kesedaran itu muncullah seorang demi seorang

nasionalis Melayu, yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan ulama dan mereka

yang terlibat dalam bidang persuratan dan persuratkhabaran.

Page 5: Semangat Nasionalisme

Sebagai contoh pada 23 Julai 1906, akhbar Al-Imam telah diterbitkan di Singapura oleh

golongan kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin,

Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass Mohammad Taha. Ia bertujuan

menyampaikan pandangan dan fikiran baru mengenai Agama Islam untuk kemajuan

masyarakat di samping membangkitkan kesedaran orang Melayu mengenai

kemunduran dan menggesa mereka supaya berusaha mencapai kemajuan sosial dan

ekonomi.

Golongan penulis ini berjaya menaikkan semangat nasionalisme di kalangan orang-

orang Melayu yang akhirnya sedar bahawa hanya kemerdekaan sahaja yang akan

memberi kuasa mutlak kepada merka mencorakkan Tanah Melayu mengikut acuan

sendiri.

Selain itu persatuan- persatuan orang Melayu telah dibentuk bermula pada abad ke-20.

Ianya banyak membincangkan persoalan ekonomi,pendidikan,bahasa

sastera,perpaduan,dan pembelaan politik. Antara persatuan yang aktif ialah Kesatuan

Melayu Singapura (KMS), PASPAM, Persatuan Negeri, KMM, dan Kongres Melayu.

Matlamat utama kesatuan ini ialah untuk menggalakkan orang Melayu melibatkan diri

dalam pemerintahan.Ia juga sebagai perantaraan antara orang Melayu dengan penjajah

Inggeris. Kesan perjuangan mereka telah terbukti dalam tahun-tahun 1930-an apabila

Gabenor Cecil Clementi Smith merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu

Bersekutu, melaksanakan rancangan desentralisasi yang menunjukkan sikap

menyebelahi Negeri-negeri Melayu dan orang Melayu.

Selain daripada kesatuan Melayu, kesatuan Cina dan juga India ditubuhkan di Tanah

Melayu. Mereka memperjuangkan hak mengikut bangsa masing-masing. Kesannya

daripada penubuhan kesatuan-kesatuan ini mendorong kepada timbulnya semangat

nasionalisme di kalangan masyarakat Melayu yang tidak mahu lagi berada di bawah

telunjuk dan pemerintahan British.

Golongan guru dan juga SITC memainkan peranan dalam pembentukan semangat

nasionalisme di kalangan masyarakat Melayu. Mereka ini mendapat pendiidkan Melayu

Page 6: Semangat Nasionalisme

dan Inggeris. Pelajar yang mendapat pendidikan Melayu bentuk perjuangan adalah

melalui cara yang lebih radikal di mana mereka inilah dikatakan sebagai haluan kiri oleh

British. Mereka ini terdiri daripada guru dan wartawan di mana Sultan Idris Teacher

College ( SITC ) memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan semangat

kebangsaan ini.

Penubuhan SITC dianggap sebagai satu era baru yang menyemarakkan alam

pemikiran dan pendidikan bangsa Melayu. Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Selat,

Tuan Wolffe dalam ucapannya sewaktu perasmian SITC menyatakan bahawa, hari

tersebut manandakan hari bersejarah bagi orang-orang Melayu kerana ia (Penubuhan

SITC) merupakan titik tolak dalam perkembangan vernakular Melayu. Menurutnya lagi,

orang-orang Melayu merasakan suatu pengiktirafan besar serta penghargaan yang

tiada tolok bandingnya bagi peningkatan taraf pelajaran anak-anak Melayu .

Pelajar SITC terdiri daripada guru-guru Melayu yang berperanan sebagai pemimpin

masyarakat. Mereka telah menyedari masalah yang dihadapi oleh orang Melayu dan

berazam untuk mengatasi masalah ini dan memperkenalkan satu generasi baru orang

Melayu yang akan membela bangsa dan negara mereka. SITC disifatkan sebagai ‘The

Cradle of Malay Nationalism’. Warga SITC berganding bahu dengan golongan cerdik

pandai agama untuk memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Ia dilakukan melalui penyampaian matapelajaran iaitu melalui syarahan matapelajaran

sejarah. Oleh kerana kekurangan buku untuk dijadikan bahan bacaan maka buku-buku

daripada Indonesia di bawa ke negeri-negeri Melayu menyebabkan penuntut SITC

terpengaruh dengan ideologi Indonesia yang ketika itu sibuk menentang dan menuntut

kemerdekaan daripada Belanda.

Kesannya setelah tamat pengajian di SITC penuntut-penuntut ini telah dihantar ke

merata sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu. Ia secara tidak langsung

mengembangkan fahaman semangat kebangsaan kepada murid-murid melalui

pengajaran mereka. Antara contoh keluaran SITC adalah Ibrahim Haji Yaakob yang

menubuhkan Kesatuan Melayu Muda ( 1938 ) di mana beliau telah membeli Warta

Malaya di Singapura dengan bantuan wang dari Jepun. Beliau telah menjadi ketua

pengarang dan menerbitkan rencana-rencana yang mengandungi isu-isu anti-British.

Page 7: Semangat Nasionalisme

SITC turut menerbitkan majalah Cenderama 1923 dan majalah Guru 1924 menyiarkan

pendapat penuntut.

Selain itu, pada tahun 1923 graduan-graduan SITC telah menubuhkan Persatuan

Sastera Melayu bagi menggalakkan pertumbuhan sastera Melayu melalui novel Melur

Kuala Lumpur hasil karya Harun Mohd. Amin. Karya-karya yang diterbitkan oleh ahli-

ahli persatuan ini telah membangkitkan perasaan nasionalisme di kalangan masyarakat

Melayu. Pada tahun 1929 dan 1930 pula, semasa di SITC Ibrahim Yaacob telah

menubuhkan 2 buah pertubuhan bercorak politik iaitu “Ikatan Semenanjung-Borneo”

dan “Ikatan Pemuda Pelajar”. Pertubuhan ini bertujuan menyemaikan semangat

kebangsaan di kalangan orang Melayu supaya sedar tentang nasib buruk bangsa

mereka. Keseluruhannya, kesemua usaha ini telah menimbulkan kesedaran untuk

membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British. Antara tokoh nasionalis

terkenal ialah Harun Aminurrashid, Ibrahim Haji Yaacob dan Abdul Hadi Hassan. Harun

Aminurrashid adalah tokoh pejuang kebangsaan lepasan SITC. Beliau

merupakan guru yang bersemangat kebangsaan. Beliau juga merupakan

penulis aktif yang mempelopori penulisan puisi bertemakan semangat

kebangsaan. Abdul Hadi Hassan pula adalah seorang pensyarah SITC. Beliau

sentiasa menanamkan semangat cinta akan bangsa dan negara kepada para

pelajarnya.

Perkembangan pendidikan Tanah Melayu telah melahirkan satu golongan intelektual

yang terpelajar. Golongan terpelajar ini telah terpengaruh dengan idea-idea dan

falsafah-falsafah politik seperti demokrasi, liberalisme, sistem parlimen dan

perlembagaan serta nasionalisme.. Golongan ini telah memainkan peranan yang

penting dalam membantu meniup semangat nasionalisme ke dalam diri penduduk

Tanah Melayu.

Kesimpulannya golongan nasionalisme abad ke 20 telah memainkan peranan yang

penting dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan cara mereka

sendiri. Usaha gigih mereka telah berjaya membuka mata masyarakat Melayu tentang

betapa pentingnya kemerdekaan dan sistem pemerintahan yang bercorakkan acuan

sendiri tanpa diganggu gugat oleh penjajah.

Page 8: Semangat Nasionalisme