selepas pertandingan

4
Selepas Pertandingan Permainan yang dikelolakan oleh kumpulan kami ialah permainan congkak. Dalam permainan ini, kami telah menggunakan sistem permainan kalah mati kerana kami melibatkan ramai peserta dalam permainan ini. Tambahan pula, masa juga menjadi faktor utama kami menggunakan sistem ini. Terdapat beberapa peserta yang mendapat bye untuk ke pusingan yang seterusnya. Kami juga telah membuat undian kepada peserta di mana lawan setiap peserta adalah berdasarkan undian yang telah dibuat. Dalam melicinkan lagi pertandingan, kumpulan kami telah menghasilkan papan mata. Oleh itu, peserta yang menang akan terus ke pusingan seterusnya berdasarkan papan mata yang telah dibuat. Melalui papan mata ini juga, kami dapat melihat perjalanan setiap peserta yang layak ke pusingan seterusnya dan siapa lawan yang bakal mereka temui sehingga ke pusingan akhir. Gambar 2.1 : papan markah dan hadiah pertandingan congkak Dalam pertandingan tersebut, pusingan akhir telah menemukan antara saudara Muhammad Faiz bin Rosli dan saudari Suhana binti Sabudin. Perlawanan tersebut berlangsung dengan sengit di mana kedua-dua peserta menunjukkan reaksi yang tidak mahu mengalah.

Upload: kamal-leo

Post on 28-Sep-2015

226 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

qqq

TRANSCRIPT

Selepas PertandinganPermainan yang dikelolakan oleh kumpulan kami ialah permainan congkak. Dalam permainan ini, kami telah menggunakan sistem permainan kalah mati kerana kami melibatkan ramai peserta dalam permainan ini. Tambahan pula, masa juga menjadi faktor utama kami menggunakan sistem ini. Terdapat beberapa peserta yang mendapat bye untuk ke pusingan yang seterusnya. Kami juga telah membuat undian kepada peserta di mana lawan setiap peserta adalah berdasarkan undian yang telah dibuat. Dalam melicinkan lagi pertandingan, kumpulan kami telah menghasilkan papan mata. Oleh itu, peserta yang menang akan terus ke pusingan seterusnya berdasarkan papan mata yang telah dibuat. Melalui papan mata ini juga, kami dapat melihat perjalanan setiap peserta yang layak ke pusingan seterusnya dan siapa lawan yang bakal mereka temui sehingga ke pusingan akhir.

Gambar 2.1 : papan markah dan hadiah pertandingan congkak

Dalam pertandingan tersebut, pusingan akhir telah menemukan antara saudara Muhammad Faiz bin Rosli dan saudari Suhana binti Sabudin. Perlawanan tersebut berlangsung dengan sengit di mana kedua-dua peserta menunjukkan reaksi yang tidak mahu mengalah. Setelah hampir sepuluh minit berlangsungnya, akhirnya perlawanan tersebut telah dimenangi oleh saudari Suhana binti Sabudin yang mengalahkan naib johan pertandingan tersebut iaitu, saudara Muhammad Faiz bin Rosli. Penentuan tempat ketiga dan keempat pula menemukan saudari Siti Aisyah binti Mohd Adib dan saudari Fatin Najwa binti Othman. Keputusannya, saudari Siti Aisyah telah memenangi tempat ketiga manakala saudari Fatin Najwa hanya berpuas hati di tempat keempat. Berikut merupakan keputusan penuh bagi pertandingan congkak :Tempat Nama Peserta

JohanSuhana binti Sabudin

Naib JohanMuhammad Faiz bin Rosli

KetigaSiti Aisyah binti Mohd Adib

KeempatFatin Najwa binti Othman

Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh pensyarah, Encik Rosli Sham bin Ramli. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan kepada yang tidak bernasib baik, teruskan usaha sehingga berjaya.

Gambar 2.1 : pemenang tempat keempat

Gambar 2.3 : pemenang tempat ketiga

Gambar 2.4 : naib johan, saudara Muhammad Faiz bin Rosli

Gambar 2.5 : saudari Suhana binti Sabudin (dua dari kanan) dengan trofi yang dimenangi