laporan selepas

33
LAPORAN SEMASA Hari Pertama ( 1 September 2014) Masa 7.45 pagi - 11.30 petang Aktiviti yang dijalakan Pada hari pertama, para peserta telah berkumpul di hadapan Astaka pada pukul 7.45 pagi. Selepas berkumpul dan membuat persiapan, para peserta telah bertolak dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak institut. Pada pukul 10 pagi, para peserta telah singgah di pertengahan jalan ke Pantai Pasir Lanun, iaitu Jentayu Corner untuk mengisi perut yang kosong dan bertolak semula pada pukul 10.30 pagi. Kira-kira pada pukul 1.00 petang, para peserta telah tiba di tempat perkhemahan iaitu Pantai Pasir Lanun. Setelah tiba di situ, kesemua peserta telah memindahkan semua peralatan- peralatan dan barang-barang yang telah dibawa ke tapak perkhemahan. Kemudian, para peserta telah menjamu makanan tengah hari di situ. Pada pukul 2.00 petang, para ahli KRS telah mendaftar diri dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Mejer KRS Tuan Mohamad Daud Abu Yamin. Beliau telah memberikan taklimat ringkas tentang perkhemahan yang akan dijalankan selama 4

Upload: nurizzati

Post on 01-Oct-2015

69 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

KRS

TRANSCRIPT

LAPORAN SEMASAHari Pertama ( 1 September 2014)Masa7.45 pagi - 11.30 petang

Aktiviti yang dijalakanPada hari pertama, para peserta telah berkumpul di hadapan Astaka pada pukul 7.45 pagi. Selepas berkumpul dan membuat persiapan, para peserta telah bertolak dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak institut. Pada pukul 10 pagi, para peserta telah singgah di pertengahan jalan ke Pantai Pasir Lanun, iaitu Jentayu Corner untuk mengisi perut yang kosong dan bertolak semula pada pukul 10.30 pagi. Kira-kira pada pukul 1.00 petang, para peserta telah tiba di tempat perkhemahan iaitu Pantai Pasir Lanun. Setelah tiba di situ, kesemua peserta telah memindahkan semua peralatan-peralatan dan barang-barang yang telah dibawa ke tapak perkhemahan. Kemudian, para peserta telah menjamu makanan tengah hari di situ. Pada pukul 2.00 petang, para ahli KRS telah mendaftar diri dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Mejer KRS Tuan Mohamad Daud Abu Yamin. Beliau telah memberikan taklimat ringkas tentang perkhemahan yang akan dijalankan selama 4 hari 3 malam di Pantai Pasir Lanun. Alen Ang, sebagai Ketua AJK Tempat dan Disiplin telah membuat pembahagiaan tempat mendirikan khemah. Selepas itu, kami telah menjamu makanan tengah hari dan rehat segenap di tapak perkhemahan tersebut. Pada pukul 4.30 petang, para peserta telah mendirikan khemah selepas membersihkan kawasan perkhemahan. Aktiviti mendirikan khemah ini dipantau oleh Mejer KRS Tuan Sallehudin bin Sahrone. Selepas mendirikan khemah, para peserta telah membuat pagar dan menghiaskan kawasan tapak perkhemahan. Pada pukul 6.30 petang, para peserta dibenarkan rehat. Terdapat sesetengah peserta pula membantu menyediakan makanan untuk makan malam di dapur. Pada pukul 8.00 malam, peserta telah menjamu makanan malam yang disediakan. Selepas itu, iaitu pada pukul 8.30 malam, para peserta telah berkumpul di dewan untuk mempelajari kemahian pioneering. Aktiviti ini telah diketuai oleh Mejer KRS Cik Khalidah binti Khalid dan Mejer KRS Tuan Abdul Jabar bin A. Rahman. Dalam aktiviti ini, para peserta dikehendaki mempelajari 6 kemahiran pioneering seperti buku sila, bunga geti, tindih kasih, lilit balak, simpul manuk dan simpul pulih dan masa yang ditetapkan. Pensyarah yang telibat bertindak sebagai pembimbing untuk memastikan setiap peserta dapat menguasai semua kemahiran pioneering. Pada pukul 11.30 malam, para peserta dibenarkan berehat di khemah masing-masing. Pada pukul 1.00 tengah malam hingga 5.00 tengah malam, rondaan malam telah dibuat oleh peserta-peserta yang telah ditetapkan. Pada malam tersebut, keadaan kawasan perkhemahan KRS terkawal. Tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan rondaan juga berjalan dengan lancar.

Hari Kedua (1 September 2014)Masa5.30 pagi - 11.30 malam

Aktiviti yang dijalakanPada pukul 5.30 pagi, para peserta yang beragama Islam dikehendaki berkumpul bersama-sama di tanah lapang untuk solat subuh. Aktiviti solat ini dipantau oleh Ustaz Arar. Pada pukul 6.00 pagi, para peserta yang bukan beragama Islam pula berkumpul di dewan Pantai Pasir Lanun untuk aktiviti sesi moral. Sesi moral pada pagi pertama membincangkan tentang kelemahan dan kekuatan diri sendiri serta memahami sifat-sifat rakan lain. Pensyarah pembimbing untuk sesi moral ialah Puan Yeoh Siok Tee. Pada pukul 6.30 pagi, para peserta telah membuat senaman pagi di tepi pantai. Para peserta membuat senaman pagi dengan penuh semangat. Selepas sarapan pagi, para peserta telah berkumpul di tanah lapang di tapak perkhemahan untuk perhimpunan pagi. Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti asas kawad kaki statik. Para peserta telah berkumpul di kawasan lapang tepat pada masanya, iaitu pada 8.15 pagi. Latihan asas telah dijalankan dengan pantauan Mejer KRS Tuan Sallehudin bin Sahrone. Para peserta juga diberi ujian kawad kaki statik mengikut platun. Pensyarah yang menilai ujian ini ialah Mejer KRS Tuan Sallehudin bin Sahrone, Mejer KRS Cik Khalidah binti Khalid dan Mejer KRS Tuan Abd Jabar bin A. Rahman. Pada pukul 10.15 pagi, para peserta dibenarkan untuk rehat sebentar untuk minuman pagi. Selepas minuman pagi, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti asas kawad kaki formasi. Dalam aktiviti ini, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk latihan asas kawad kaki formasi seperti hormat ke hadapan, hormat selaku menerima sijil, tukar langkah semasa berjalan dan sebagainya. Aktiviti ini berjalan dengan lancer dengan pemantauan daripada 3 orang pegawai KRS, iaitu Mejer KRS Tuan Abd Jabar bin A. Rahman, Mejer KRS Tuan Sallehudin bin Sahrone, Mejer KRS Cik Khalidah binti Khalid dan Mejer KRS Tuan Mohd Daud bin Abu Yamin. Pada pukul 12.30 tengah hari hingga 2.00 petang, para peserta dibenarkan menjamu makanan tengah hari. Peserta-peserta yang beragama Islam pula dikehendaki bersolat. Pada pukul 2.00 petang, aktiviti asas kawad kaki formasi telah diteruskan. Selepas rehat, iaitu pada pukul 4.30 petang, aktiviti air dan aktiviti abseling telah dijalankan. Para peserta berlatih berenang atau lebih dikenali sebagai water confidence. Aktiviti ini dipantau oleh Mejer KRS Cik Khalidah binti Khalid. Beliau telah mengajarkan cara berenang dan cara untuk terapung di permukaan air. Pada pukul 6.30 petang, para peserta dibenarkan berehat. Selepas itu, para peserta yang beragama Islam dikehendaki berkumpul bersama-sama dan solat secara berjemaah. Takzirah pendek diberikan oleh imam yang bertugas. Pada pukul 8.30 malam, aktiviti bantu mula telah dijalankan. Ahli kadet dikehendaki melakukan simulasi kecederaan secara berkumpulan. Selepas berla, ahli kadet membentangkan hasil perbincangan dan pensyarah bertugas pula memberi nasihat dan bimbingan. Pada pukul 11.30 malam, para peserta dibenarkan berehat di khemah masing-masing. Seperti malam yang pertama di Pantai Pasir Lanun, rondaan malam telah dibuat oleh peserta-peserta yang telah ditetapkan pada pukul 1.00 tengah malam hingga 5.00 tengah malam. Pada malam tersebut, keadaan kawasan perkhemahan KRS terkawal. Tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan rondaan juga berjalan dengan lancar.

Hari Ketiga (3 Seotember 2014)Masa5.30 pagi-11.30 mlam

Aktiviti yang dijalakanPada pukul 5.30 pagi, para peserta yang beragama Islam dikehendaki berkumpul bersama-sama di tanah lapang untuk solat subuh. Aktiviti solat ini dipantau oleh Ustaz Arar. Pada pukul 6.00 pagi, para peserta yang bukan beragama Islam pula berkumpul di dewan Pantai Pasir Lanun untuk aktiviti sesi moral. Sesi moral pada hari ketiga ini membincangkan tentang pendapat para peserta terhadap aktiviti yang telah lalui semasa perkhemahan. Pensyarah pembimbing untuk sesi moral ialah Puan Yeoh Siok Tee. Pada pukul 6.30 pagi, para peserta telah membuat senaman pagi di tepi pantai. Para peserta membuat senaman pagi dengan penuh semangat. Selepas sarapan pagi, para peserta telah berkumpul di tanah lapang di tapak perkhemahan untuk istiadat perhimpunan pagi dan naik bendera. Pada pukul 8.15 pagi, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti kompas dan membaca peta. Semasa aktiviti ini dijalankan, semua peserta dikehendaki mendengar taklimat mengenai kompas dan pembacaan peta daripada Mejer KRS Tuan Abd Jabar bin A. Rahman. Selepas itu, para peserta belajar untuk menggunakan kompas dalam platun masing-masing. Pada pukul 10.30 pagi, aktiviti pengembaraan telah dijalankan. Aktiviti ini diketuai oleh saudara Nik Muhammad Faiq bin Shamsudin, saudara Mohamad Iffat Faishal bin Mohd Nasir, saudara Abdul Latif bin Abd Hamid, saudara Mohd Ibnu Hariz bin Md Ibnu Hajar dan saudara Mohd Aqil bin Mahrop. Kelima-lima ahli ini telah memberi panduan untuk aktiviti pengembaraan memandangkan mereka telah menerokai kawasan-kawasan untuk pengembaraan pada hari yang kedua. Semua peserta telah berjaya menjalani aktiviti pengembaraan tanpa berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini. Pada sebelah petang, iaitu selepas makan tengah hari dan solat bagi peserta yang beragama Islam, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti ikhtiar hidup. Para peserta ahli KRS telah dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk menjalankan aktiviti memasak. Tema menu masakan adalah bebas. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menyediakan menu masakan mengikut kreativiti masing-masing. Aktiviti ini telah berjalan dengan lancar atas pantauan Mejer KRS Tuan Mohamad Daud bin Abu Yamin. Pada pukul 4.30 petang, aktiviti pengelolaan kawad pentauliahan telah dijalankan. Seramai 33 peserta telah menerima pentauliahan Leftenan Muda KRS dari Mejer KRS Tuan Mohd Daud bin Abu Yamin. Majlis ini telah dijalankan di dewan Pantai Pasir Lanun. Pada petang hari tersebut, iaitu antara pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam. Para peserta dibenarkan rehat. Terdapat sesetengah peserta telah membuat latihan persembahan lakonan dan nyayian untuk aktiviti yang akan dijalankan pada malam hari tersebut. Pada pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam merupakan Malam kebudayaan atau dikenali sebagai Malam Ikatan Bersaudara. Aktiviti ini dijalankan selepas solat isyak di kawasan yang lapang berdekatan dengan tempat tinggal pensyarah di Pantai Pasir Lanun. Pelbagai menu telah disediakan pada malam tersebut seperti ayam bakar, ikan bakar, nasi jagung, air sirap, sosej bakar dan sebagainya. Selepas menjamu makanan, para peserta ahli KRS telah mempersembahakan lakonan dan nyayian mengikut kumpulan masing-masing. Selepas persembahan, para peserta KRS telah berehat di khemah masing-masing. Rondaan malam juga dijalankan pada malam tersebut pada pukul 1.00 tengah malam hingga 5.00 tengah malam oleh peserta-peserta yang bertugas. Pada malam tersebut, keadaan kawasan perkhemahan KRS terkawal. Tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan rondaan juga berjalan dengan lancar.

Hari Keempat (4 September 2014)Masa5.30 pagi-4.30 petang

Aktiviti yang dijalakanPada pukul 5.30 pagi, para peserta yang beragama Islam dikehendaki berkumpul bersama-sama di tanah lapang untuk solat subuh. Aktiviti solat ini dipantau oleh Ustaz Arar. Pada pukul 6.00 pagi, para peserta yang bukan beragama Islam pula berkumpul di dewan Pantai Pasir Lanun untuk aktiviti sesi moral. Dalam sesi moral ini, setiap peserta dikehendaki membuat refleksi terhadap aktiviti yang telah lalui semasa perkhemahan. Pensyarah pembimbing untuk sesi moral ialah Puan Yeoh Siok Tee. Pada pukul 6.30 pagi, para peserta telah membuat senaman pagi di tepi pantai. Senaman pagi pada hari keempat ini adalah berbentuk permainan. Para peserta membuat senaman pagi dengan penuh semangat dan gembira. Selepas sarapan pagi, para peserta telah berkumpul di tanah lapang di tapak perkhemahan untuk istiadat perhimpunan pagi dan naik bendera. Aktiviti diteruskan pada pukul 8.15 pagi dengan aktiviti khidmat komuniti. Seramai 33 peserta ahli KRS telah menjalankan aktiviti menanggalkan khemah yang telah dipasang dan juga mengemas serta membersihkan tapak perkhemahan supaya menjadi bersih dan kemas. Aktiviti ini telah berjalan lancer atas pemantauan Mejer KRS Tuan Abd Jabar bin A. Rahman dan Mejer KRS Tuan Mohamad Daud bin Abu Yamin. Pada pukul 10.30 pagi, majlis penutupan rasmi telah dijalankan oleh Mejer KRS Tuan Sallehudin bin Sahrone dan Mejer KRS Cik Khalidah binti Khalid. Bendera telah diturunkan dan pemulangan bendera telah dijalankan dengan lancar. Selepas itu, para peserta telah bertolak balik ke IPG Kampus Tun Hussein Onn pada pukul 2 petang dan tiba di institut kira-kira pada pukul 4.30 petang. Setelah tiba di institut, para peserta dikehendaki untuk menyusun semula peralatan yang dibawa balik.

LAPORAN SELEPASPerkhemahan Unit beruniform program PISMP ambilan Januari 2013 selesai berlangsung selama empat hari tiga malam daripada 1 hingga 4 September 2014 di Pantai Pasir Lanun, Penyabong. Banyak pengalaman diperoleh sepanjang menjalani perkhemahan ini. Kami tiba di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn pada petang khamis iaitu 4 September 2014 pada jam 4.00 petang. Setibanya kami sampai di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn kami perlu menurunkan barang dan alatan yang digunakan untuk proses mengemas dan membersihkan. Selepas perkhemahan ini selesai, kami perlu membuat laporan untuk semua aktiviti yang berlaku sebelum, semasa dan selepas perkhemahan.Setiap guru pelatih pasti memperoleh perkara yang berfaedah. Bagi kami setiap aktiviti itu mengajar kami sesuatu yang baru terutamanya daripada aspek kepimpinan. Setiap guru pelatih pasti akan memegang satu jawatan kecil untuk memudahkan pengurusan ahli jawatankuasa induk. Contohnya, Siti Irma Fatima binti Ibrahim memegang jawatan sebagai quarter master makanan bagi unit Kadet Remaja Sekolah untuk membantu quarter master makanan induk. Walaupun jawatan yang dipegang adalah kecil tetapi kami dapat lihat bagaimana jawatan yang kecil ini membantu jawatankuasa besar untuk mengurus sesuatu aktiviti sekali gus memberi peluang pada kami untuk mengurus ahli-ahli lain. Tugas mengurus ahli lain bukan satu tugas yang mudah dan memerlukan komunikasi dan kerjasama yang baik sesama ahli. Menjadi tanggungjawab ketua apabila ada ahli yang tidak mahu bertugas jika tiba masa bertugas untuk berhadapan dengan pengurusan dan menerangkan situasi. Semua itu mengajar kami untuk berunding dengan menggunakan kemahiran komunikasi yang baik.Selain itu, perkara yang kami dapat semasa menjalani perkhemahan unit beruniform ini ialah membuat gadjet. Sebelum kami mula perkhemahan, kami telah belajar untuk membuat gadjet menggunakan ikatan yang telah kami pelajari. Kami belajar setiap satu fungsi gadjet dan cara menggunakan gadjet. Sebelum perkhemahan berlangsung juga kami telah cuba untuk membuat gadjet dan mengaplikasikan ikatan yang kami pelajari. Ternyata banyak perkara yang kami perlu pelajari kerana keadaan gadjet kami yang tidak kukuh dan tidak sesuai digunakan memberikan motivasi kepada kami untuk membuat gadjet yang lebih baik semasa perkhemahan berlangsung. Sepanjang empat hari tiga malam perkhemahan kami telah berjaya membuat beberapa jenis gadjet, antaranya penyapu, ampai, tong sampah dan rak kasut. Keadaan gadjet kami lebih kukuh daripada gadjet kami yang sebelum ini. Ini semua disebabkan kesalahan yang kami lakukan sebelum ini mengajar kami untuk membuat gadjet yang lebih baik.Semua aktiviti semasa perkhemahan unit beruniform yang kami lakukan adalah mengikut unit masing-masing. Berbanding dengan unit lain, kami lebih banyak memakai uniform Kadet Remaja Sekolah penuh kerana aktiviti kami yang banyak melibatkan aktiviti kawad. Kadet Remaja Sekolah merupakan unit yang paling banyak sekali membuat aktiviti kawad. Apa-apa yang seronok semasa belajar kawad ialah mengajar kami untuk lebih berdisiplin dan memerlukan kerjasama berpasukan yang sangat baik untuk menjadikan kawad kami lebih nampak cantik dan harmoni tanpa ada kesalahan yang berlaku. Aktiviti kawad juga akan mengeratkan silaturahim antara kami kerana belajar kawad bukan hanya kita perlu memikirkan diri kita sahaja tetapi perlu memikirkan orang lain di hadapan, belakang, kiri dan kanan kita. Semua ini memerlukan satu proses dan tempoh yang lama.Tambahan lagi, seperti mana unit-unit lain kami juga perlu berjaga malam. Setiap malam akan ada ahli Kadet Remaja Sekolah yang akan berjaga malam untuk menjaga ahli-ahli yang lain tidur. Semua ini mengajar kami erti pengorbanan. Ahli yang berjaga akan mengorbankan waktu tidur dan waktu rehat mereka supaya keselamatan semua ahli terjaga. Sepanjang empat hari tiga malam perkhemahan berlangsung tiada apa-apa yang menganggu keselamatan ahli dan semua ahli pulang ke Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn dengan selamat. Diharapkan segala aktiviti dapat memberikan pengalaman yang bermakna kepada setiap guru pelatih yang mengikuti perkhemahan unit beruniform ini. Semoga segala apa-apa yang dipelajari dapat digunakan pada masa akan datang dalam apa-apa jua situasi.

REFLEKSIBersyukur saya ke hadrat llahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Saya juga ingin memanjatkan kesyukuran dan terima kasih kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakan-rakan saya yang terlibat dalam Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah 2014 pada 1 September 2014 hingga 4 September 2014. Tugasan bagi subjek WAJ 3111 iaitu Unit Beruniform II iailah tugasan berkumpulan. Kami dikehendaki menulis laporan sepanjang terlibat dalam perkhemahan tersebut. Laporan ini terbahagi kepada tiga iaitu sebelum, semasa dan selepas. Seterusnya, kami dikehendaki menulis refleksi secara individu. Secara khususnya, kursus ini banyak memberi impak yang positif kepada saya dan rakan-rakan. Perkhemahan ini adalah wajib disertai oleh semua guru pelatih Semester 4 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2013. Kami dikehendaki melantik ahli jawatankuasa induk mahupun unit beruniform masing-masing bagi melicinkan pelaksanaan program ini. Kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa dan semua ahli unit beruniform terutamanya Kadet Remaja Sekolah (KRS) memainkan peranan yang penting dalam menambahkan pengetahuan yang baru. Hal ini demikian kerana kursus ini dianggap sebagai titik permulaan untuk kami sebagai bakal guru dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikum khusunya untuk aktiviti perkhemahan. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Antaranya ialah mendirikan khemah, isitiadat menaikkan bendera, kawad kaki, asas bantu mula, ikhtiar hidup, orienteering, kembara dan banyak lagi. Sepanjang berada di sana saya dapat mempraktikkan ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kami sepenuhnya dalam pelbagai hal. Terdapat banyak kelebihan sepanjang menghadiri perkhemahan unit beruniform. Antaranya ialah saya dapat belajar mengenai banyak perkara bermula hari pertama hingga hari terakhir perkhemahan. Saya dapat menambahkan pengetahuan tentang membaca kompas dengan betul, membuat ikatan seperti ikatan buku sila, asas bantu mula dan kawad kaki. Kami dapat menambahkan lagi latihan dalam kawad kaki kerana setiap ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS) dikehendaki melaksanakan amali Kawad Kaki. Kelebihan yang lain ialah saya dapat merasai pengalaman mendaki gunung semasa aktiviti kembara dijalankan. Aktiviti kembara ini sangat mencabar mental dan fizikal. Saya belajar cara untuk yakin pada diri sendiri, kerjasama dan sentiasa bersabar. Walaupun aktiviti ini amat mencabar, namun hasilnya amat memuaskan kerana kami dapat melihat kesungguhan yang dipamerkan serta kerjasama dalam ahli kumpulan. Saya dan ahli kumpulan yang lain mendapat pelbagai manfaat sepanjang aktiviti perkhemahan tersebut dilaksanakan.Seterusnya, kelebihan lain yang saya peroleh ialah saya dan ahli kumpulan dikehendaki membina gadjet untuk diletakkan di tapak perkhemahan. Antara gadjet-gadjet yang telah kami bina ialah rak kasut, tong sampah, ampaian baju dan lain-lain. Kami membantu antara satu sama lain dalam proses penghasilan gadjet Kerjasama dan kesepaduan yang wujud dalam melaksanakan aktiviti ini amat penting dan akhirnya kami dapat menyiapkan kesemua gadjet tersebut dengan jayanya. Kelebihan lain ialah saya telah mempelajari cara-cara untuk memasang khemah dengan betul. Saya dan rakan-rakan tidak mengambil masa yang lama dalam menyiapkan pemasangan khemah. Saya juga mendapat ilmu baru dalam aktiviti ikhtiar hidup. Kami dikehendaki memasak dengan cara menghidupkan api menggunakan ranting dan kayu kering yang ada di kawasan perkhemahan tersebut. Pengalaman sedia ada secara tidak langsung memudahkan kami semasa aktiviti ikhtiar hidup dijalankan. Makanan yang dimasak sangat sedap dan menyelerakan.Selain itu, kelemahan yang saya alami sepanjang perkhemahan ini berlangsung ialah sumber air yang tidak mencukupi. Hal ini demikian kerana, kemudahan air dan tandas yang disediakan agak terhad dan tidak mencukupi kerana jumlah ahli yang ramai. Ketiadaan air tersebut membuatkan kami terpaksa beratur dan menunggu air apabila tiba waktu mandi. Oleh itu, kami perlu menghadkan aktiviti yang melibatkan penggunaan air yang banyak seperti mandi.Di samping itu, perkara baru yang saya belajar semasa perkemahan unit beruniform ialah saya belajar tentang kawad terima sijil dan cara-cara menggunakan kawad terima sijil tersebut semasa watikah perlantikan pada hari terakhir perkhemahan. Hal ini demikian kerana ketua kumpulan dikehendaki mengaplikasikan kawad terima sijil semasa watikah perlantkan Leftenan Muda. Perkara baru lain yang saya belajar ialah saya belajar tentang cara berurusan dengan menggunakan kompas dalam situasi sebenar. Semasa aktiviti kembara dijalankan,kami dikehendaki menggunakan kompas untuk mencari arah yang ingin dituju. Kami juga menjalankan aktiviti seperti mencari kedudukan pokok-pokok secara berkumpulan. Secara tidak langsung saya dapat mengaplikasikannya dalam keadaan atau situasi yang sebenar. Seterusnya, perkara baru yang saya belajar ialah berkaitan dengan jenis-jenis ikatan. Ikatan-ikatan seperti buku sila ini kami aplikasikannya semasa aktiviti membina gadjet. Perkara yang tidak dapat dilupakan ialah malam kebudayaan yang disertai oleh semua ahli unit beruniform. Kadet Remaja Sekolah (KRS) berjaya mendapat tempat ketiga dalam persembahan tersebut. Kami berasa berpuas hati dengan semua persembahan daripada rakan-rakan. Sehubungan itu, terdapat beberapa penambahbaikan yang ingin saya lakukan iaitu meningkatkan kemahiran dalam beberapa aktiviti seperti kawad kaki dan ikatan. Hal ini demikian kerana, jika tidak digunakan secara berterusan maka kemungkinan untuk lupa mengenai asas-asas ini amatlah tinggi. Oleh itu saya akan mengaplikasikan pengetahuan dengan situasi sebenar. Selain itu, penambahbaikan lain ialah saya hendaklah menyiapkan diri untuk menghadapi situasi-situasi yang tidak diingini. Contohnya, ketiadaan sumber bekalan air di kawasan perkhemahan tersebut menjadikan saya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Walaupun mengalami kesukaran namun saya tetap berpuas hati sepanjang berada di tapak perkhemahan. Konklusinya, melalui aktiviti perkhemahan yang diadakan selama 4 hari 3 malam, saya berupaya memantapkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan unit beruniform untuk membolehkan saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru penasihat di sekolah kelak. Selain itu, saya juga berpeluang menguruskan aktiviti perkhemahan unit beruniform, meningkatkan jati diri dan merapatkan silaturrahim dalam kalangan pelajar guru lebih-lebih lagi dalam unit Kadet Remaja Sekolah (KRS). Sesungguhnya, aktiviti perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan berjaya mencapai objektifnya dan memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan untuk saling tolong-menolong dan bekerjasama dalam melakukan semua kerja yang ditugaskan. Dengan berakhirnya perkhemahan ini juga, kesemua ahli Kadet Remaja Sekolah telah berjaya dalam kesemua ujian dan kami dengan bangganya telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Kadet Remaja Sekolah. Saya bangga menjadi ahli Kadet Remaja Sekolah. Semoga perkhemahan kali ini memberikan manfaat kepada semua guru pelatih dan sentiasa berusaha untuk mencari ilmu dalam pelbagai bidang.

NAMA : NUR IZZATI BINTI MOHD MUHAIYUDINNO. KAD PENGENALAN : 930621-05-5110

REFLEKSIDengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Bersyukur kepada Allah kerana dengan jayanya dapat saya menghadiri dan menyiapkan laporan Perkhemahan Unit beruniform program PISMP ambilan Januari 2013 yang berlangsung selama empat hari tiga malam daripada 1 hingga 4 September 2014 di Pantai Pasir Lanun, Penyabong. Terlalu banyak perkara yang dipelajari sepanjang menghadiri perkhemahan ini. Antara kelebihan sepanjang menghadiri perkhemahan ini ialah saya dapat belajar membantu jawatankuasa induk untuk menyediakan makanan. Sebelum perkhemahan berlangsung, saya dilantik menjadi quarter master untuk makanan. Oleh itu, saya perlu menyediakan jadual bertugas untuk unit Kadet Remaja Sekolah supaya setiap ahli ada giliran bertugas untuk memasak di dapur. Saya juga ada mmebantu dalam penyediaan makanan untuk semua guru pelatih yang menghadiri perkhemahan kali ini. Kelebihan lain yang saya peroleh ialah saya dapat merasai aktiviti amali kawad. Semasa amali kawad saya dapat pengalaman untuk memberikan hukuman kawad kepada ahli kumpulan saya. Walaupun ahli kumpulan saya tidak ramai tetapi perasaan takut tetap ada semasa memberikan hukuman kawad. Semasa membuat gadjet juga saya dan rakan-rakan membantu antara satu sama lain dalam proses penghasilan gadjet. Setiap proses yang berlaku mengajar perkara baru kepada saya. Saya juga ada belajar ikatan semasa slot ikatan. Pelbagai jenis ikatan telah saya pelajari untuk digunakan tidak kira apa-apa jua situasi terutama semasa membuat gadjet. Kelebihan lain yang saya ada ialah saya telah pelajari cara-cara untuk memasang khemah. Oleh itu, kumpulan saya tidak menggunakan masa yang lama semasa proses memasang khemah. Saya dan ahli yang lain juga pernah memasak dengan cara menghidupkan api menggunakan ranting dan kayu kering yang ada di kawasan perkhemahan. Pengalaman sedia ada ini memudahkan kami semasa aktiviti ikhtiar hidup. Makanan yang dihasilkan sangat menyelerakan dan sedap.Selain itu, kelemahan yang saya alami sepanjang perkhemahan berlangsung ialah saya tidak biasa dengan keadaan yang tidak ada sumber air yang cukup. Kemudahan air dan tandas yang disediakan agak terhad dan tidak mencukupi untuk bilangan kami yang agak ramai. Oleh itu, kami perlu menghadkan aktiviti yang melibatkan penggunaan air yang banyak seperti mandi. Kelemahan yang seterusnya ialah saya mengalami masalah untuk menyuruh ahli lain yang tidak mahu bertugas untuk bertugas apabila tiba waktu bertugas. Saya seorang yang kurang sabar dan cepat marah. Disebabkan sifat ini saya sukar untuk menghadapi ahli yang bermasalah untuk bertugas. Kelemahan saya yang seterusnya, saya agak sukar untuk mengingat sesuatu fakta. Contohnya seperti doa kawad. Doa kawad agak panjang daripada hukuman kawad yang lain. Tetapi akhirnya saya berjaya juga menghafal doa kawad tersebut. Seterusnya ialah tentang perkara baru yang saya belajar semasa perkemahan unit beruniform. Antara perkara baru yang saya belajar ialah saya belajar tentang kawad terima sijil dan cara-cara menggunakan kawad terima sijil tersebut semasa watikah perlantikan berlangsung. Semua ahli Kadet Remaja Sekolah perlu beajar kawad terima sijil tersebut tetapi hanya ketua platun yang betul-betul mengaplikasikan kawad terima sijil tersebut semasa watikah perlantikan. Agak susah untuk mengaplikasikan kawad tersebut dalam situasi sebenar. Perkara baru lain yang saya belajar ialah saya belajar menggunakan kompas dalam situasi sebenar. Sebelum ini pernah belajar menggunakan kompas tetapi saya tidak mengaplikasikan dalam situasi sebenar. Saya juga dapat belajar tentang kawasan-kawasan di dalam hutan. Keadaan agak mencabar semasa di dalam hutan dengan cerun dan pokok-pokok yang berduri. Seterusnya, perkara baru yang saya belajar ialah berkaitan dengan ikatan. Seronok apabila tahu pelbagai jenis ikatan dan lebih seronok apabila tahu cara untuk mengaplikasikan ikatan tersebut dengan situasi sebenar.Tambahan lagi, penambahbaikan yang ingin saya lakukan ialah belajar mengaplikasikan pengetahuan dengan situasi sebenar lebih-lebih lagi tentang ikatan. Sesuatu yang saya belajar jika tidak digunakan secara berterusan akan mudah untuk saya lupakan. Saya juga akan lebih bersedia dalam apa-apa jua situasi. Contohnya jika kawasan perkhemahan tiada sumber air yang cukup. Saya perlu menyediakan keperluan yang secukupnya untuk menghadapi situasi-situasi ini. Semoga perkhemahan kali ini memberikan manfaat kepada semua guru pelatih terutamanya diri saya dan memberikan semangat untuk terus menimba ilmu meneroka sesuatu yang baru.

NAMA : SITI IRMA FATIMA BINTI IBRAHIMNO. KAD PENGENALAN : 930731-01-5494

LAMPIRAN Mendirikan Khemah

Membina Gadjet

Ikatan Tali

Membaca Peta dan Kompas

Amali Kawad Kaki

Aktiviti Kembara

Ikhtiar Hidup

Pentauliahan Leftenan Muda