borag peg esaha statustesis€¦selepas pertandingan di kalangan atlet tinju sukma johor. objektif...

22
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UIVERSITI TEKOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORAG PEGESAHA STATUS TESIS JUDUL: KESA TAHAP KEBIMBAGA SEBELUM DA SELEPAS PERTADIGA DI KALAGA ATLET TIJU EGERI. SESI PEGAJIA: 2007/2008 Saya: ALDELLAH BITI ALI Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: O. 41, JALA SUTERA TIGA , DR. MOHAD AIZU BI MOHD OOR TAMA SETOSA, 80150 JOHOR BAHRU, JOHOR Tarikh: 2 MEI 2008 Tarikh: 2 MEI 2008

Upload: others

Post on 02-Nov-2019

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORAG PEG ESAHA STATUSTESIS€¦selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

U�IVERSITI TEK�OLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan

tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan

Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja

kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORA�G PE�GESAHA� STATUS TESIS ����

JUDUL: KESA� TAHAP KEBIMBA�GA� SEBELUM DA� SELEPAS

PERTA�DI�GA� DI KALA�GA� ATLET TI�JU �EGERI.

SESI PE�GAJIA�: 2007/2008

Saya: ALDELLAH BI�TI ALI

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan (� )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap:

�O. 41, JALA� SUTERA TIGA, DR. MOHAD A�IZU BI� MOHD �OOR

TAMA� SE�TOSA,

80150 JOHOR BAHRU, JOHOR

Tarikh: 2 MEI 2008 Tarikh: 2 MEI 2008

����

Page 2: BORAG PEG ESAHA STATUSTESIS€¦selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan

KESAN TAHAP KEBIMBANGAN SEBELUM DAN SELEPAS

PERTANDINGAN DI KALANGAN ATLET TINJU PERINGKAT NEGERI

ALDELLAH BI�TI ALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 3: BORAG PEG ESAHA STATUSTESIS€¦selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)”.

Tandatangan : .........................................

Nama Penyelia : Dr. Mohad Anizu Bin Mohd Noor

Tarikh : 2 Mei 2008

Page 4: BORAG PEG ESAHA STATUSTESIS€¦selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan

KESAN TAHAP KEBIMBANGAN SEBELUM DAN SELEPAS

PERTANDINGAN DI KALANGAN ATLET TINJU

ALDELLAH BINTI ALI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Muda serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2 Mei 2008

Page 5: BORAG PEG ESAHA STATUSTESIS€¦selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .........................................

Nama Penulis : Aldellah binti Ali

Tarikh : 2 Mei 2008

Page 6: BORAG PEG ESAHA STATUSTESIS€¦selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan

iii

DEDIKASI

Buat yang dikasihi datuk dan nenek

Syed Mustaffa bin Baki dan Hajjah Salmah binti Mohd. Kassim

buat yang tersayang ibu Sharifah Fadilah binti Syed Mustaffa

serta abang dan adik-adik

untuk tunang tercinta Mohamed Faisal bin Saat

Dan yang terakhir sekali dan yang pasti akan dirindui semua rakan-rakan warga

SPS 2004-2008

terutama pada rakan sebilik Mariana binti Abd Manan

Page 7: BORAG PEG ESAHA STATUSTESIS€¦selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan

iv

PE�GHARGAA�

Pertama sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia

Projek Sarjana Muda, iaitu Dr. Mohad Anizu Bin Mohd Noor di atas bimbingan

serta tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikkan Projek

Sarjana Muda ini.

Selain itu juga, saya ingin ucapkan terima kasih kepada keluarga tersayang

yang banyak memberi sokongan dan dorongan yang tidak putus-putus sepanjang

menjayakan Projek Sarjana Muda ini terutamanya kepada kedua ninda yang tercinta.

Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada semua rakan-rakan yang

banyak membantu dan memberi dorongan kepada saya dalam menyempurnakan

Projek Sarjana Muda ini. Kerjasama dari rakan-rakan semua amat saya hargai.

Terakhir sekali penghargaan ini ditujukan kepada semua yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan Projek Sarjana Muda ini

hingga selesai.

Page 8: BORAG PEG ESAHA STATUSTESIS€¦selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan tahap kebimbangan sebelum dan

selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini

adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan atlet.

Kepentingan kajian adalah untuk atlet tinju sendiri disamping menjadi bahan

rujukan kepada Persatuan Tinju Johor dan Negeri Johor. Tiga komponen set soal

selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu Soal Selidik SCAT (Sport Anxiety

Test), Soal-Selidik STAI (State Trait Anxiety Inventory) dan Soal-Selidik CSAI-2

(Competitive State Anxiety Inventory-2). Seramai 9 orang atlet telah dipilih sebagai

subjek dalam lingkungan 18 - 21 tahun. Subjek diberikan 3 set soal selidik yang

diedarkan tiga hari sebelum dan selepas perlawanan dimana 1 set soal selidik sehari.

Hasil kajian mendapati kebimbangan dalaman selepas perlawanan (sebelum (x) =

21.78 kepada 15.22). Selain itu, subjek-subjek menunjukkan penurunan

kebimbangan luaran (sebelum (x) = 57.11 kepada 27.67) dan tahap keyakinan diri

meningkat selepas perlawanan (x = 7.43 kepada 7.71). Dari kajian yang dilakukan

pengalaman merupakan faktor utama dalam mengawal tahap kebimbangan.

Semakin banyak pertandingan yang disertai oleh atlet semakin banyak kesilapan

yang dilakukan semakin banyak kemahiran yang akan atlet perolehi, sekaligus ia

akan membantu dan memudahkan atlet mengawal tahap kebimbangan sebelum

pertandingan.

Page 9: BORAG PEG ESAHA STATUSTESIS€¦selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan

vi

ABSTRACT

This researched investigate the effect of anxiety level before and after the

boxing game. The main objective of this researched to find out the effect of anxiety

towards athletes performance. The important of this research is for the boxing

athletes itself. Besides that, this research can be used as reference to the boxing

club. There are 3 difference types of questionnaire were used in this research such

as SCAT (Sport Anxiety Test), STAI (State Trait Anxiety Inventory) and CSAI-2

(Competitive State Anxiety Inventory-2). Around 9 athlete were selected conducted

this study aged between 18-21 years old. These subjects were given 3 types of

questionnaire to be answered within 3 days, before and after the games. Each

questionnaire was distributed in 3 different days. The result of this researched

shows that the level of inner anxiety after the game is (before (x) = 21.78 to 15.22

(after) ). In addition, this subjects also show decreasing outer anxiety which is

(before (x) =57.11 to 27.67) and the level of self confidence increase right after the

game (x=7.43 to 7.71). From this research it can be concluded that experience is an

important factor which control the subject anxiety level. The athlete performance

consistently improve when they play many games, this is because they gain

experience from each mistake they made in previous games. This will automatically

help the athletes to control their anxiety level before the games.

Page 10: BORAG PEG ESAHA STATUSTESIS€¦selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan

vii

KA�DU�GA�

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PE�GAKUA� ii

DEDIKASI iii

PE�GHARGAA� iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SE�ARAI JADUAL xii

SE�ARAI RAJAH xiii

SE�ARAI LAMPIRA� xiv

BAB 1 PE�DAHULUA� 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang 3

1.2.1 Pernyataan Masalah 4

1.3 Objektif Kajian 4

1.4 Hipotesis 5

1.4.1 Hipotesisi Alternatif 5

1.4.2 Hipotesis Null 5

1.5 Persoalan Kajian 5

Page 11: BORAG PEG ESAHA STATUSTESIS€¦selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan

viii

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.6.1 Atlet Tinju Johor 6

1.6.2 Persatuan Tinju Johor 6

1.6.3 Negeri Johor 6

1.7 Definasi Operational 7

1.7.1 Kebimbangan 7

1.7.2 Sukma 9

1.7.3 Atlet Tinju 10

1.8 Limitasi Kajian 11

BAB 2 SOROTA� KAJIA� 12

2.1 Pendahuluan 12

2.2 Kajian-Kajian Berkaitan 13

2.3 Kesimpulan 18

BAB 3 METODOLOGI 19

3.1 Pengenalan 19

3.2 Reka Bentuk Kajian 19

3.3 Prosedur Kajian 20

3.3.1 Pemilihan Subjek 20

3.3.2 Borang Maklumat Diri Dan Rekod Kesihatan 20

3.3.3 Taklimat Kajian 20

3.3.4 Surat Perjanjian 21

3.3.5 Jadual Pengujian 22

Page 12: BORAG PEG ESAHA STATUSTESIS€¦selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan

ix

3.4 Pembolehubah Kajian 21

3.4.1 Suasana Keliling 21

3.4.2 Gaya Hidup 21

3.5 Tempat Kajian 22

3.6 Populasi Dan Sampel Kajian 22

3.7 Alatan Kajian 22

3.7.1 Soal Selidik SCAT (Sport Anxiety Test) 22

3.7.2 Soal-Selidik STAI (State Trait Anxiety Inventory) 23

3.7.3 Soal-Selidik CSAI-2 24

(Competitive State Anxiety Inventory-2)

3.8 Pengumpulan Data 24

3.9 Analisis Data 24

3.10 Jangkamasa Kajian 25

BAB 4 A�ALISIS DATA DA� KEPUTUSA� 26

4.1 Pendahuluan 26

4.2 Statistik Deskriptif 27

4.2.1 Bilangan Subjek Mengikut Jantina 27

4.2.2 Bilangan Dan Peratusan Subjek Mengikut Bangsa 27

4.2.3 Peringkat Tertinggi Yang Pernah Diceburi Oleh Subjek 27

4.3 Jumlah Skor yang diperolehi Sebelum Pertandingan 28

4.3.1 Soal Selidik SCAT (Sport Anxiety Test) 28

4.3.2 Soal-Selidik STAI (State Trait Anxiety Inventory) 28

4.3.3 Soal-Selidik CSAI-2 29

(Competitive State Anxiety Inventory-2)

Page 13: BORAG PEG ESAHA STATUSTESIS€¦selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan

x

4.4 Norms Skor 29

4.4.1 Soal Selidik SCAT (Sport Anxiety Test) 29

4.4.2 Soal-Selidik STAI (State Trait Anxiety Inventory) 30

4.4.3 Soal-Selidik CSAI-2 31

(Competitive State Anxiety Inventory-2)

4.5 Jumlah Skor yang diperolehi Sebelum Pertandingan 33

4.5.1 Soal Selidik SCAT (Sport Anxiety Test) 33

4.5.2 Soal-Selidik STAI (State Trait Anxiety Inventory) 33

4.5.3 Soal-Selidik CSAI-2 34

(Competitive State Anxiety Inventory-2)

4.6 Norms Skor 34

4.6.1 Soal Selidik SCAT (Sport Anxiety Test) 34

4.6.2 Soal-Selidik STAI (State Trait Anxiety Inventory) 35

4.6.3 Soal-Selidik CSAI-2 36

(Competitive State Anxiety Inventory-2)

4.7 Rumusan Keputusan Sebelum dan Selepas Pertandingan 38

BAB 5 PERBI�CA�GA�, KESIMPULA� DA� CADA�GA� 39

5.1 Pendahuluan 39

5.2 Perbincangan 40

5.2.1 Kebimbangan Dalaman 40

5.2.2 Kebimbangan Luaran 41

Page 14: BORAG PEG ESAHA STATUSTESIS€¦selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan

xi

5.2.3 Keyakinan Diri 42

5.3 Kesimpulan 43

5.4 Masalah-Masalah Yang Dihadapi 44

5.4.1 Pengedaran Soal Selidik 44

5.5 Cadangan 44

5.5.1 Hasil Kajian 44

5.5.2 Kajian akan Datang 45

5.6 Penutup 47

LAMPIRA� 50

Page 15: BORAG PEG ESAHA STATUSTESIS€¦selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan

xii

SE�ARAI JADUAL

�O. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Peringkat Tertinggi yang diceburi oleh Subjek 28

4.2 Jumlah Skor Sebelum Pertandingan bagi Soal 29

Selidik SCAT

4.3 Jumlah Skor Sebelum Pertandingan bagi Soal 30

Selidik STAI

4.4 Jumlah Skor Sebelum Pertandingan bagi Soal 30

Selidik CSAI-2

4.5 Norms Skor SCAT Sebelum Pertandingan 31

4.6 Norms Skor STAI Sebelum Pertandingan 32

4.7 Norms Skor CSAI-2 Sebelum Pertandingan 33

4.8 Jumlah Skor Selepas Pertandingan bagi Soal 34

Selidik SCAT

4.9 Jumlah Skor Selepas Pertandingan bagi Soal 34

Selidik STAI

4.10 Jumlah Skor Selepas Pertandingan bagi Soal 35

Selidik CSAI-2

4.11 Norms Skor SCAT Selepas Pertandingan 35

4.12 Norms Skor STAI Selepas Pertandingan 36

4.13 Norms Skor CSAI-2 Selepas Pertandingan 37

4.14 Rumusan Tahap Kebimbangan Dalaman, Luaran 39

dan Keyakinan Diri Sebelum dan Selepas Pertandingan

Page 16: BORAG PEG ESAHA STATUSTESIS€¦selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan

xiii

SE�ARAI RAJAH

�O. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Tahap Pencapaian atlet sebelum pertandingan bagi 31

skor SCAT

4.2 Tahap Pencapaian atlet bagi sebelum pertandingan 32

skor STAI

4.3 Tahap Pencapaian atlet bagi sebelum pertandingan 33

skor CSAI-2

4.4 Tahap Pencapaian atlet selepas pertandingan bagi 36

skor SCAT

4.5 Tahap Pencapaian atlet selepas pertandingan bagi 37

skor STAI

4.6 Tahap Pencapaian atlet selepas pertandingan bagi 38

skor CSAI-2

Page 17: BORAG PEG ESAHA STATUSTESIS€¦selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan

xiv

SE�ARAI LAMPIRA�

LAMPIRA� TAJUK MUKA SURAT

A Surat Pelantikan Subjek 52

B Rekod Kesihatan dan Kecergasan Diri 53

Penilaian Rekod Kesihatan 54

C Surat Perjanjian 56

D Soal Selidik STAI 57

E Soal Selidik SCAT 59

F Soal Selidik CSAI-2 62

Page 18: BORAG PEG ESAHA STATUSTESIS€¦selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan

BAB 1

PE�DAHULUA�

1.1 Pengenalan

Tinju merupakan salah satu sukan yang dipertandingkan di Sukan Sukma. Ia

adalah sukan yang hanya diceburi atau di monopoli oleh atlet lelaki sahaja buat

setakat ini. Sukan ini tidak terbuka kepada atlet wanita. Sukan tinju jarang di

ketengahkan atau diketahui oleh masyarakat umum, namun apa yang

membanggakan di sini, Persatuan Tinju Johor telah berjaya melahirkan beberapa

jaguh tinju yang mempunyai prestasi persembahan yang baik dan berkualiti.

Walaubagaimanapun, sukan ini kurang dikenali oleh atlet-atlet muda sekarang

memandangkan dengan jumlah atletnya yang tidak ramai dalam sukan ini.

Tinju ialah sejenis sukan yang dua orang peserta sama berat melawan antara

satu sama lain dengan menggunakan penumbuk dalam siri tempoh satu hingga tiga

minit yang dikenali sebagai pusingan. Dalam Sukan Olimpik dan profesional,

peserta (peninju) mengelakkan diri tumbukan lawan sementara cuba menumbuk

lawannya. Markah diberikan untuk tumbukan padu yang tepat pada kawasan sah di

bahagian hadapan tubuh lawan atas pinggang, dengan tumbukan pada kepala dan

tubuh amat bernilai. Tinju juga adalah salah satu sukan yang mengukur tahap

ketangkasan serta keyakinan seseorang atlet.

Page 19: BORAG PEG ESAHA STATUSTESIS€¦selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan

2

Bukti terawal menunjukkan bahawa sukan tinju tersebar luas di Afrika Utara sejak dari

tahun 4000 SM dan di Mediterranean sejak dari tahun 1500 SM. Raja Thesus, seorang raja

Yunani Purba yang memerintah pada sekitar 900 SM dikatakan dihiburkan oleh lelaki-lelaki

yang duduk berhadapan satu sama lain dan saling menumbuk sehingga salah satu mereka

dibunuh. Dengan berlalunya masa, penumbuk-penumbuk berdiri semasa melawan dan

memakai sarung tangan (tidak berpad) dan pembalut pada lengan bawah mereka tetapi selain

ini, peninju telanjang semasa bertanding. Diterima sebagai sukan Olimpik (orang Yunani

Purba menggelarnya Pygme/Pygmachia) buat pertama kali pada tahun 688 SM, peserta-

peserta ketika itu berlatih dengan menggunakan karung tinju (dipanggil korykos).

Membebaskan jari-jari mereka, para petinju kemudian memakai pembalut kulit (dikenali

sebagai himantes) pada kedua-dua tangan pergelangan tangan, dan kekadangnya juga pada

lengan bawah untuk melindungi mereka daripada kecederaan.

Di Rom Kuno, peninju biasanya merupakan penjenayah dan hamba abdi. Mereka

harap menjadi johan untuk mencapai kebebasan mereka. Bagaimanapun, lelaki bebas juga

boleh bertinju. Akhirnya, tinju menjadi amat popular sehingga orang bangsawan juga turut

bertinju tetapi perbuatan mereka ini diharamkan oleh Raja Augustus. Pada tahun 500, sukan

tinju diharamkan sama sekali oleh Theodoric Agung. Jaguh tinju negara seperti Rakib Ahmad

dari Kelantan juga bergiat dalam sukan Tomoi. Beliau pernah merangkul pingat emas pada

kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA), 1994, dan pernah mengharumkan nama negara dengan

memenangi pingat gangsa di Temasya Sukan Komanwel 1998, ketika Malaysia menjadi tuan

rumah kepada kejohanan yang berprestij itu.

Jurulatih tinju kontinjen SUKMA Kelantan, Ramli Hamat, 57, seorang pesara tentera

yang telah lama berkecimpung dalam arena tinju melihat kehadiran regu Tomoi dari Thailand

sebagai satu alternatif kepada peninju muda untuk menimba pengalaman. "Tomoi

mengutamakan ketahanan fizikal, manakala tinju lebih kepada kepantasan menumbuk.

Kedua-dua elemen itu boleh digabung bersama ke arah mencapai satu matlamat, bergelar

juara, demi kecemerlangan masa depan sukan tinju," katanya.

Beliau mula memberi tunjuk ajar kepada atlet tinju selepas bersara pada 1996.

Perubahan mendadak kepada skuad negeri bermula pada tahun 2003 di mana kesemua lima

Page 20: BORAG PEG ESAHA STATUSTESIS€¦selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan

3

atlet pimpinannya adalah remaja yang masih bersekolah berumur di bawah 18 tahun dan

penglibatan awal mereka bermula di gelanggang Tomoi. Malah apa yang lebih

memberangsangkan lagi, dua daripada atlet itu masing-masing berjaya merangkul setiap satu

pingat perak dan gangsa bagi kategori 45kg dan 51kg dalam kejohanan SUKMA IX 2006, di

Alor Setar, baru-baru ini.

Sehubungan itu, tujuan kajian ini adalah untuk membuat satu perbandingan tahap

kebimbangan atlet Tinju Johor dari segi dalaman dan luaran yang memberi kesan kepada

prestasi sebelum dan selepas sesuatu perlawanan.

1.2 Latarbelakang Masalah

Semasa latihan, atlet akan melalui pelbagai jenis serta bentuk latihan fizikal untuk

memantapkan lagi kemahiran dan secara tidak langsung ia turut menambahkan lagi keyakinan

serta semangat dalam diri pemain. Tetapi adakah tahap psikologi pemain akan kekal seperti

mana mereka dalam sesi latihan setelah mereka berada di gelanggang perlawanan?. Atlet

mula akan bermain dengan perasaan, apatah lagi apabila penampilan fizikal pihak lawan

kelihatan lebih gagah sedangkan perlawanan belum bermula. Atlet akan mula rasa

cemas,gelisah dan berdebar-debar ditambah lagi dengan riuhan penyokong-penyokong yang

akan membuat atlet lebih rasa tertekan.

Kesimpulannya, tahap kebimbangan akan menjadi semakin tinggi dan prestasi pemain

tidak akan menjadi seperti yang diharapkan. Namun, ini juga turut bergantung pada atlet itu

sendiri, samada ia akan menjadikan semua pengaruh di persekitarannya positif pada

persembahan prestasinya atau ia akan menjadi sebaliknya jika atlet itu tidak mampu

menerima gangguan persekitarannya dan menganggap ia adalah satu tekanan dan bebanan

yang akan membuat ‘goal setting’ terkeluar dari sasaran sebenar.

1.2.1 Pernyataan Masalah

Page 21: BORAG PEG ESAHA STATUSTESIS€¦selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan

4

Prestasi atlet tinju SUKMA, Johor semakin meningkat. Namun ada di antara atlet

yang disasarkan untuk pingat emas tidak mencapai tahap seperti yang dijangkakan. Atlet ini

sering tersasar atau prestasi mereka ketika hari pertandingan tergugat dan terganggu. Dengan

ini saya berminat untuk membuat kajian bagi menilai kesan tahap kebimbangan dikalangan

atlet tinju SUKMA, Johor.

Atlet akan lebih rasa tertekan dan tahap kebimbangan akan meningkat apabila tidak

berjaya memungut sebarang mata atau ketinggalan mata. Atlet akan mula rasa tidak selesa,

cemas dan celaru serta mula hilang tumpuan terhadap setiap pergerakan yang dibuat. Apabila

sudah sampai tahap hilang kawalan, atlet akan mula bermain atau bertanding mengikut

perasaan dan tidak mengikut strategi serta teknik yang betul dan selamat. Ini akan

membuatkan atlet bermain di luar kawalan dan akan membuatkan diri sendiri cedera kerana

hilang kawalan untuk mempertahankan diri.

1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Mengenalpasti tahap kebimbangan dalaman atlet tinju Sukma Johor sebelum dan

selepas hari perlawanan.

1.3.2 Mengenalpasti tahap kebimbangan luaran atlet tinju Sukma Johor sebelum dan selepas

hari perlawanan.

1.3.3 Mengenalpasti tahap keyakinan diri atlet tinju Sukma Johor sebelum dan selepas hari

perlawanan.

1.4 Hipotesis Kajian

1.4.1 Ha 1

Terdapat perbezaan yang signifikan ke atas tahap kebimbangan dalaman,

kebimbangan luaran dan keyakinan diri atlet Tinju Sukma Johor sebelum dan selepas hari

perlawanan.

Page 22: BORAG PEG ESAHA STATUSTESIS€¦selepas pertandingan di kalangan atlet Tinju Sukma Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan kebimbangan terhadap prestasi persembahan

5

1.4.2 Ho 1

Tidak terdapat perubahan yang signifikan ke atas tahap kebimbangan tret,

kebimbangan stet dan keyakinan diri atlet Tinju Sukma Johor sebelum dan selepas hari

perlawanan.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Adakah terdapat perbezaan tahap kebimbangan dalaman atlet tinju Sukma Johor

sebelum dan selepas hari perlawanan ?

1.5.2 Adakah terdapat perbezaan tahap kebimbangan luaran atlet tinju Sukma Johor sebelum

dan selepas hari perlawanan ?

1.5.3 Adakah terdapat perbezaan tahap keyakinan diri atlet tinju Sukma Johor sebelum dan

selepas hari perlawanan ?