selangor appeal board law reports vol 3 issue 3 page 1

14
Volume 3, Issue 3 [SABLR/3/3/2013, Disember 2013] [Section 36, Town and Country Planning Act, 1976 (Act 172)] TETUAN TRINITY OUTREACH BHD. v. MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA TETUAN TADIKA SAYANG MANJA v. MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR Published By State of Selangor Selangor State Town And Country Planning Department and Selangor Appeal Board Disember 2013

Upload: vuphuc

Post on 28-Jan-2017

228 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Selangor Appeal Board Law Reports Vol 3 Issue 3 PAGE 1

Volume 3, Issue 3 [SABLR/3/3/2013, Disember 2013]

[Section 36, Town and Country Planning Act, 1976 (Act 172)]

TETUAN TRINITY OUTREACH BHD.v. MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

TETUAN TADIKA SAYANG MANJAv. MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR

Published By State of Selangor Selangor State Town And Country Planning Department and Selangor Appeal Board

Disember 2013

Page 2: Selangor Appeal Board Law Reports Vol 3 Issue 3 PAGE 1
Page 3: Selangor Appeal Board Law Reports Vol 3 Issue 3 PAGE 1

HIGHLIGHTS

Volume 3, Issue 3 [SABLR/3/3/2013, Disember 2013]

SELANGOR APPEAL BOARD LAW REPORTS

TETUAN TRINITY OUTREACH BHD.v. MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

TETUAN TADIKA SAYANG MANJAv. MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR

Published By State of Selangor Selangor State Town And Country Planning Department and Selangor Appeal Board

Disember 2013

Page 4: Selangor Appeal Board Law Reports Vol 3 Issue 3 PAGE 1

ChairmanY.Bhg. Dato’ Abu Bakar b. Awang (DSDK, SDK, SMP, BCK)

Deputy of ChairmanY.Bhg. Tuan Hj. Nordin b. Sulaiman

EditorialY.Bhg. Dato’ Abu Bakar b. Awang

©All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or any means, electronic or mechanical, including photocopy, recording or any information storage and retrieval system, without the prior written approval of The Appeal Board of Selangor

View expressed by contributors are entirely their own and do not necessarily reflect those of the Selangor Appeal Board.

Published by:

MEMBERS OF SELANGOR APPEAL BOARD

MembersY.Bhg. Dato’ Azmeer b. RashidY.Bhg. Dato’ Hj. Abd. Mutallib b. JelaniY.Bhg. Datin Teh Zawahir bt. Abdul MalekY.Bhg. Tuan Ho Khong MingY.Bhg. Prof. Ezrin ArbiY.Bhg. Puan Hjh. Norasiah bt. YahyaY.Bhg. Tuan. T. Mahesan

RegistrarEn. Saifuddin b. Marsuk

SecretariatsEn. Yuen Kai TuckPn. Azlina bt. AsiarEn. Nooryady b. Mohd. Panut Town & Country Planning Department and Selangor

Appeal Board

Page 5: Selangor Appeal Board Law Reports Vol 3 Issue 3 PAGE 1

Volume 3, Issue 3 [SABLR/3/3/2013, Disember 2013]

AWARDS REPORTED

FILE NO PARTIESLR SEL.(255) MBPJ/04/2012 TETUAN TRINITY OUTREACH BHD.

v. MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

LR.SEL.(230)MPSpg/07/2011 TETUAN TADIKA SAYANG MANJAv. MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR

Page 6: Selangor Appeal Board Law Reports Vol 3 Issue 3 PAGE 1
Page 7: Selangor Appeal Board Law Reports Vol 3 Issue 3 PAGE 1

DALAM LEMBAGA RAYUAN SELANGOR

RAYUAN NO : LR SEL.(255) MBPJ/04/2012

DI ANTARA

TETUAN TRINITY OUTREACH BHD. PERAYU

DAN

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA RESPONDEN

AHLI LEMBAGA RAYUAN

Dato’ Abu Bakar Bin AwangDatin Teh Zawahir Binti Abdul MalekPuan Hjh. Norasiah Binti Yahya

- Pengerusi - Ahli - Ahli

PendaftarEn. Saifuddin B. Marsuk

RAYUAN TERHADAP PENOLAKAN KEBENARAN MERANCANG BAGI TUJUAN MEMBUAT PERUBAHAN MATAN DALAM PENGGUNAAN BANGUNAN DARIPADA KEDIAMAN KEPADA RUMAH ORANG TUA DI PREMIS NO. 15, JALAN 5/39, SEKSYEN 5, PETALING JAYA, DAERAH PETALING OLEH TETUAN TRINITY OUTREACH BHD.

Page 8: Selangor Appeal Board Law Reports Vol 3 Issue 3 PAGE 1

ALASAN PERINTAH

Rayuan ini adalah terhadap penolakan Kebenaran Merancang bagi tujuan Membuat Perubahan Matan Dalam Penggunaan Bangunan Daripada Kediaman Kepada Rumah Orang Tua Di Premis No. 15, Jalan 5/39, Seksyen , Petaling Jaya, Daerah Petaling oleh Tetuan Trinity Outreach Bhd, suatu syarikat kebajikan masyarakat yang menjalani satu pusat harian penjagaan orang tua.

Premis ini terletak di hujung jalan mati (cul de sac) di jalan 5/39, Seksyen 5, Petaling Jaya. Jalan 5/39 ini terdapat 4 unit rumah banglo 2 tingkat dan subjek lot ialah satu darinya. Yang tiga lagi itu tidak membantah malah tuan rumah di sebelah subjek lot telah mewakafkan subjek lot sebagai pusat harian kebajikan orang tua.

Jalan 5/39 ini digunapakai oleh tuan punya rumah banglo di situ dan tiada seorang pun membantah. Rujuk Penyata Alasan Rayuan Pihak Perayu bertarikh 30 Mac 2012. Pihak Responden tidak menafikan fakta ini. Pihak Responden telah menolak permohonan Kebenaran Merancang ini dengan alasan berbunyi ‘’ Majlis menolak Kebenaran Merancang di atas kerana tidak selaras dengan garispanduan yang tidak membenarkan aktiviti taska beroperasi di jalan mati ’’. Alasan di atas amatlah mengelirukan dan salah kerana dua (2) sebab iaitu :-

i.

ii.

Aktiviti yang pihak Perayu memohon Kebenaran Merancang ialah aktiviti Rumah Orang Tua, bukan Taska atau aktiviti taska dan aktiviti rumah orang tua sememangnya boleh dibenarkan. Rujuk Bab Kelas Kegunaan Tanah, Jadual A.6. Kegunaan/Aktiviti Bagi Kawasan Perdagangan Terhad (Institusi). Rancangan Tempatan Petaling Jaya Pengubahan (1).

Jikalaupun rumah ini terletak di jalan mati adakah pihak Reponden telah mengkaji samada kehadiran rumah ini atau penghuninya mengacau ganggu lalulintas atau menggugat keharmonian penduduk di sana? Tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak Responden.Pihak Responden telah gagal menyokong alasan penolakannya dengan Rancangan Tempatan atau mana-mana pindaannya. Malah pihak Perayu telah berjaya mengutarakan alasan untuk menyokong kesahan kehadirannya di situ. Oleh itu Rayuan ini hendaklah dibenarkan dan pihak Responden diperintah memberi Kebenaran Merancang kepada pihak Perayu selama 2 tahun mulai 1 Januari 2012 sehingga 31 Disember 2014 dan tiada perintah kos.

Volume 3, Issue 3 [SABLR/3/3/2013, Disember]

6

Page 9: Selangor Appeal Board Law Reports Vol 3 Issue 3 PAGE 1

Obiter

Adalah didapati di sini bahawa pihak Responden telah membuat kesilapan yang tidak sepatutnya dalam mengklasifikasikan rumah orang tua sabagai taska. Kedua, pihak Responden sepatutnya meneliti dengan membuat lawatan tapak atau site visit samada kehadiran pusat ini mengacau ganggu lalulintas atau keharmonian kehidupan penduduk di Jalan 5/39, Petaling Jaya.

Bertempat di SHAH ALAM Pada 25 Jun 2012

Dato’Abu Bakar b. AwangPengerusiLembaga Rayuan Negeri Selangor

No. Rujukan Fail:LR SEL.(255) MBPJ/04/2012

Bagi Pihak Perayu - Tetuan Trinity Outreach Bhd.

Bagi Pihak Responden - En. Mohd. Yusof b. Che Aziz Pn. Manizah Mohamed En. Khairul Hannan Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Volume 3, Issue 3 [SABLR/3/3/2013, Disember]

7

Page 10: Selangor Appeal Board Law Reports Vol 3 Issue 3 PAGE 1
Page 11: Selangor Appeal Board Law Reports Vol 3 Issue 3 PAGE 1

LEMBAGA RAYUAN NEGERI SELANGOR

RAYUAN NO : LR SEL.(251)MDKS/01/2012

DI ANTARA

TETUAN TADIKA SAYANG MANJA PERAYU

DAN

MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR RESPONDEN

AHLI LEMBAGA RAYUAN

Dato’ Abu Bakar Bin Awang - Pengerusi Prof. Ezrin Arbi - Ahli Pn. Hjh. Norasiah Bt. Yahya - Ahli

PendaftarEn. Saifuddin B. Marsuk

RAYUAN TERHADAP PENOLAKAN KEBENARAN MERANCANG BAGI TUJUAN MEMBUAT PERUBAHAN MATERIAL DALAM PENGGUNAAN BANGUNAN DARIPADA KEDIAMAN KEPADA TADIKA DI ATAS LOT 13741, NO. 1, JALAN ALAM SURIA 16/24, SEKSYEN 16, ALAM SURIA, 42300 BANDAR PUNCAK ALAM, SELANGOR OLEH TETUAN TADIKA SAYANG MANJA.

Page 12: Selangor Appeal Board Law Reports Vol 3 Issue 3 PAGE 1

ALASAN KEPUTUSAN

Latar Belakang

Pihak Perayu adalah Tetuan Tadika Sayang Manja telah membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan pada 5 Januari 2012 terhadap keputusan pihak Responden bertarikh 19 Disember 2011 yang menolak permohonan Kebenaran Merancang atas sebab-sebab berikut :-i. Jarak kurang 500 meter daripada tadika sediada (Tadika Excel Mind Resources)ii. Mendapat bantahan daripada pemilik-pemilik berjiran; daniii. Tapak lokasi (Jalan Alam Suria 16/24) terletak di jalan mati (cul-de sac) yang boleh menyebabkan kepada kesesakan jalan raya.

Fakta Kes

Lokasi tapak yang dicadangkan berada di dalam kejiranan Alam Suria, Bandar Puncak Alam dan kurang dari 500 meter dari tadika sediada yang terletak di dalam kawasan kejiranan yang lain. Dari segi fizikal pula, premis terletak di hujung jalan mati (cul- de sac). Jalan Alam Suria 16/24 yang mempunyai jalan keluar masuk terkawal dan merupakan tulang belakang kepada keharmonian kawasan jiran ini disebabkan sistem jalan yang terkawal dan ‘self contained’.

Dari segi bantahan, ada seorang penghuni berjiran telah membantah atas alasan :-

i.

ii.

iii.

Pihak Perayu berhujah bahawa kehadiran mereka di situ adalah untuk membantu perancangan bagi menyediakan kemudahan sosial yang mana belum lagi diperuntukkan oleh pihak Responden dan perancangan ini patut diberi keutamaan dan bukan bagi menyekatkannya.

a.

Jalan Alam Suria 16/24 adalah jalan mati (cul- de sac) yang dibentuk untuk mengawal laluan. Justeru itu cadangan tadika berkenaan akan menyebabkan kesesakan jalan yang disebabkan oleh kenderaan ibu bapa murid-murid tadika;

Tadika tersebut menyebabkan suasana bising dan akan mengganggu keharmonian jiran-jiran di sekeliling;

Ketiadaan jalan khusus sebagai jalan masuk ke tadika mengganggu penduduk di situ.

Mengikut Rancangan Tempatan Daerah Kuala Selangor 2015, kegunaan tanah tadika di dalam taman perumahan adalah dibenarkan kerana ia adalah satu kemudahan penting untuk penduduk-penduduk bagi setiap kawasan kejiranan.

Volume 3, Issue 3 [SABLR/3/3/2013, Disember]

10

Page 13: Selangor Appeal Board Law Reports Vol 3 Issue 3 PAGE 1

b.

c.

Isu perancangan yang perlu dipertimbangkan ialah bahawa kemudahan tadika adalah satu keperluan masyarakat bagi sesuatu kawasan kejiranan dan merupakan prinsip perancangan kejiranan dan selaras dengan Rancangan Tempatan Daerah Kuala Selangor 2015. Justeru itu, menggunakan bangunan kediaman dengan membuat perubahan material daripada kediaman kepada Tadika adalah selaras dengan pelan pemajuan Kuala Selangor mengikut Seksyen 13, Akta Perancangan Bandar 1976 (Akta 172).

Pemakaian piawaian adalah relevan untuk mengawal keperluan tetapi penggunaan piawaian seperti jarak lebih kurang 500 meter bagi cadangan sesuatu tapak tadika sahaja tanpa melihat piawaian dan fakta lain adalah tidak praktikal kerana jarak 500 meter mungkin berada di kawasan kejiranan yang lain seperti kedudukan Tadika Sayang Manja ini.

Bagi mengawal operasi tadika berkenaan beberapa peraturan/kaedah boleh dikenakan oleh pihak Responden sebagai syarat kelulusan Kebenaran Merancang. Satu peraturan umum telah disediakan dan boleh digunapakai bukan sahaja kepada Tadika Sayang Manja tetapi lain-lain pencadang tadika dalam kedudukan yang sama seperti berikut:-

i.

ii.

iii.

iv.

Memandangkan bahawa Tadika sediada terletak di dalam kawasan kejiranan yang berlainan maka piawaian jarak lebih 500 meter tidak sesuai dipakai untuk menyekat keperluan kemudahan tadika ini di dalam kawasan kejiranan Jalan Alam Suria 16/24.

Kesulitan yang mungkin dihadapi oleh penduduk kawasan perumahan Jalan Aman Suria seperti bising boleh diatasi melalui langkah kawalan yang perlu dilaksanakan dan dipantau oleh pihak Responden.

Menyediakan laluan khusus untuk bas sekolah dan kenderaan ibu bapa di kawasan sekitar kejiranan;

Menyediakan tempat menunggu yang selamat dan tidak mengganggu jiran-jiran untuk kanak-kanak semasa datang dan balik;

Pihak Perayu hendaklah mematuhi peraturan dan syarat yang dikenakan oleh pihak Responden; dan

Kegagalan mematuhi syarat-syarat ini boleh menyebabkan Kebenaran Merancang itu dibatalkan.

Volume 3, Issue 3 [SABLR/3/3/2013, Disember]

11

Page 14: Selangor Appeal Board Law Reports Vol 3 Issue 3 PAGE 1

Ulasan Lembaga & Perintah

i.

ii.

iii.

Oleh itu, cadangan pihak Perayu adalah sesuatu keperluan dan penting untuk kawasan kejiranan Alam Suria, yang tidak mempunyai tapak tadika yang dirancang oleh pihak Responden. Justeru itu penggunaan bangunan kediamannya untuk menjalankan aktiviti tadika di atas Lot 13741, No. 1, Jalan Alam Suria adalah sesuai dan tepat. Oleh itu rayuan pihak Perayu ini hendaklah dibenarkan dan Lembaga memerintahkan bahawa satu Kebenaran Merancang selama (3) tahun bermula 1 Januari 2012 dan tamat pada 31 Disember 2015 diberikan kepada pihak Perayu.Tidak ada perintah kos.

Bertempat di Shah AlamBertarikh 4hb April 2012

Dato’Abu Bakar b. AwangPengerusiLembaga Rayuan Negeri Selangor

Pihak Perayu - Pn. Shafiqun Nisah bt. Qutubuddin Tetuan Tadika Sayang Manja

Bagi Pihak Responden - Tn Hj. Arpaii b. Hj. Sanat P.P.T Pn. Saidah bt. Mahmud En. Zakir Hussein b. Mohd. Zahid

Cadangan pihak Perayu untuk menyediakan tadika di atas lot 13741 adalah merupakan satu keperluan masyarakat kejiranan dan tidak bercanggah dengan Rancangan Tempatan Daerah Kuala Selangor dan Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor;

Bantahan yang diterima merupakan satu isu teknikal dan operasi dan boleh dikawal melalui peraturan kawalan oleh pihak Responden;

Kegunaan tanah masih kediaman dan Kebenaran Merancang boleh diberi mengikut tempoh masa yang sesuai dan secara sementara.

Volume 3, Issue 3 [SABLR/3/3/2013, Disember]

12