selamat menyambut ulang tahun integriti ke-13

20
APRIL – MAY 2017 ISSUE NO. 4 & 5 INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA • THE MALAYSIAN INSTITUTE OF INTEGRITY CURRENT AWARENESS SERVICE SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN INTEGRITI KE-13 Berita penuh di muka surat 4 CAS Apr-May (NEW).indd 1 6/4/17 5:42 PM

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN INTEGRITI KE-13

APRIL – MAY 2017Issue No. 4 & 5 INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA • THE MALAYSIAN INSTITUTE OF INTEGRITY

CURRENT AWARENESS SERVICE

SELAMAT MENYAMBUT ULANG

TAHUN INTEGRITI KE-13Berita penuh di muka surat 4

CAS Apr-May (NEW).indd 1 6/4/17 5:42 PM

Page 2: SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN INTEGRITI KE-13

2

EDITORIAL / EDITORIAL

03 Mencari Makna Ulang Tahun Integriti

NEws / BERITA

04 Selamat Menyambut Ulang Tahun IntegrItI Ke-13

06 Breakfast Talk Integrity Pengurusan dan Pembangunan Harta Intelek: Perspektif Integriti

07 Business Ethics Conference 2017: The Ethical Challenge: Building a Culture of Professionalism And Integrity

08 Strategi bagi Mempertingkatkan Tahap Integriti Mahasiswa bagi Memastikan Kepimpinan dan Tadbir Urus Terbaik Buat Negara di Masa Depan

10 Pertemuan Eksklusif IntegrItI dengan Editor Media Cetus Persefahaman Baharu

11 Kerjasama Pintar Antara IntegrItI dan Sinar Harian Dalam Mempromosikan Agenda Integriti

12 Round Table Discussion on Corporate Governance (CG) Watch 2016 Report – Ecosystems Matter

CONTENTs / KANDUNGAN

04 07 09 10 1106

FEATuREs / RENcANA

13 Making Integrity The Custom

14 Integriti Kunci Tadbir Urus Korporat

NEw BOOks IN OuR LIBRARy / BUKU BAhARU DI PUsAT ILmU INTEGRITI

16 Power Of Reading: From Socrates to Twitters

Prosiding Konvensyen Integriti Nasional 2015

GALLERy / GALERI

18 Berita Bergambar Tentang Aktiviti-Aktiviti Lain di IntegrItI

EDITORIAL TEAM / sIDANG PENGARANG

Published monthly byINsTITuT INTEGRITI MALAysIAMenara Integriti, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603-6209 2000 Website: www.integriti.my

Advisor

Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff

Editor

Zubayry Abady Sofian

Assistant Editor

Aimi Farhana Mohd Amin Norsheeda Din

staff writers

Aimi Farhana Mohd Amin Norsheeda Din

Photographer

Rosalizawati Arshad Izal Arif Zahrudin

Cover

Izal Arif Zahrudin

Contributors

Mohd Ismail Abdul JalilAnwar AhmadMohd Hafizdi Che Md Akhir

CAS Apr-May (NEW).indd 2 6/4/17 5:42 PM

Page 3: SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN INTEGRITI KE-13

3

MENCARI MAKNA ULANG TAHUN INTEGRITI

Setiap kali kita menyambut ulang tahun kelahiran (penubuhan), adalah baik untuk kita bersyukur dengan apa yang kita ada dan apa yang telah kita capai dalam

kehidupan. Namun pada masa yang sama kita harus membuka mata kita kepada satu gambaran yang lebih besar. Jika kita ingin menghargai manis buah kehidupan, kita perlu menghargai pahit akar pokok yang menanggung buah-buah kehidupan itu iaitu kelahiran itu sendiri.

Kelahiran adalah permulaan awal kita. Setiap kita dilahirkan dengan misi unik yang telah dibisikkan kepada kita seawal alam roh lagi. Maka hari jadi adalah hari bersejarah, yang akan diingati, disambut dan diraikan. Sama seperti sebuah negara memperingati kelahirannya atau sebagai sebuah organisasi menyambut ulang tahun penubuhannya. Tapi tak kurang juga ada yang menganggap sambutan ulang tahun ini adalah kesempatan untuk menerima hadiah dan ucapan indah semata. Tak lebih dari itu.

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), seperti mana-mana entiti lain ada titik lahir yang sentiasa akan diingati dan diraikan. Tahun ini, genaplah 13 tahun usia INTEGRITI. Insan istimewa yang bertanggungjawab “melahirkan” INTEGRITI ialah Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke Lima.

Menelusuri sejarah penubuhan INTEGRITI, pada tahun 2003, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah mengumumkan penubuhan Institut Etika Awam serta melaksanakan Pelan Kewibawaan Nasional ke arah menggalakkan urus tadbir yang berkesan, akauntabiliti serta kecekapan sektor awam dan swasta. Beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama setelah memegang jawatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 31 Oktober 2003. Sehubungan itu, pada 23 April 2004, Dato’ Seri Abdullah telah merasmikan penubuhan institusi etika yang dikenali sebagai Institut Integriti Malaysia (ketika itu akronimnya ialah IIM) dan turut melancarkan majlis pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN).

INTEGRITI ditubuhkan sebagai agensi penyelaras dan pemantau pelaksanaan PIN dengan objektif utama PIN ialah untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang berintegriti,

EDITORIAL / EDITORIAL

berdaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat. Kerajaan juga telah mengisytiharkan tarikh 5 November 2005, sebagai ‘Hari Integriti Nasional’ dalam usaha membudayakan integriti, memupuk nilai-nilai murni sejagat serta memperteguh tadbir urus di kalangan masyarakat.

Dalam usia “remaja” begini, INTEGRITI telah melalui pelbagai fasa dan transformasi positif dalam usahanya untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Antara impak ketara yang terhasil daripada usaha memperkasakan integriti dan tadbir urus ialah pertukaran status Badan Pencegahan Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sewaktu Konvensyen Integriti Nasional 2008, penubuhan institut / jabatan / bahagian / unit integriti di peringkat negeri, kementerian, agensi persekutuan serta badan-badan korporat yang secara langsung menggalakkan penglibatan semua pihak dalam usaha menjayakan agenda integriti nasional. Seperti remaja lain juga, INTEGRITI telah menjalin hubungan kerjasama dengan pelbagai pihak sama ada dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Pada hari bersejarah, hari penubuhan INTEGRITI ini, kita semua berhimpun kembali bersama-sama “keluarga integriti” dan rakan seperjuangan untuk melihat ke belakang seketika kisah suka-duka 13 tahun perjalanan kita dalam melaksanakan amanah negara. Kita juga merenung ke hadapan, meramal masa depan serta mengkaji segala kemungkinan agar setiap langkah dan gerak dapat disusun dengan lebih teratur. Tersandung, jatuh bangun itu biasa dalam perjalanan menuju dewasa, tapi yang penting, perjalanan kena diteruskan. Perjuangan membudayakan integriti masyarakat Malaysia wajib dilaksanakan. Selamat menyambut Hari Ulang Tahun INTEGRITI.

Sekian,

Integriti di Hati

Zubayry Abady bin sofian

CAS Apr-May (NEW).indd 3 6/4/17 5:42 PM

Page 4: SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN INTEGRITI KE-13

4

Oleh Zubayry Abady Sofian

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN INTEGRITI KE-13

Pada 23 April yang baru lalu, genaplah 13 tahun usia Pelan Integriti Nasional (PIN)

dan penubuhan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI). PIN dan INTEGRITI yang telah dilancarkan pada 23 April 2004 adalah cetusan ilham oleh Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu.

Bersempena dengan ulang tahun Institut Integriti Malaysia yang ke-13, satu Majlis Penghargaan bersama Ahli-ahli INTEGRITI telah diadakan pada 19 April 2017, majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan dan seterusnya pembentangan program-program serta inisiatif yang telah dilaksanakan oleh INTEGRITI terutamanya pada tahun 2016-2017. Pembentangan ini telah disampaikan oleh Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI.

Menurut Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, “Meningkat usia 13 tahun penubuhan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan INTEGRITI, kami di INTEGRITI akan terus mengorak langkah dengan pelbagai bentuk pendekatan baru bagi mengajak masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan untuk mendekatkan diri dan menjadikan INTEGRITI sebagai hab rujukan integriti dalam negara dan serantau. Mengangkat tema “Integriti di Hati”, saya percaya dalam usaha kami di INTEGRITI untuk menjadikan

NEws / BERITA

Datin Aminah Pit Abd Rahman

Sebahagian daripada Ahli INTEGRITI memotong kek ulang tahun

Dr Zainal Abidin Abdul Majeed En Mohd Salihin Othman

CAS Apr-May (NEW).indd 4 6/4/17 5:42 PM

Page 5: SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN INTEGRITI KE-13

5

NEws / BERITA

masyarakat Malaysia masyarakat yang berintegriti tinggi, setiap amalan yang dilakukan oleh setiap individu perlu datang daripada hati”.

Ahli yang hadir telah memberikan cadangan dan juga pandangan yang positif terhadap pembaharuan yang telah dibawa oleh INTEGRITI dalam usaha menyebarluaskan agenda integriti ke seluruh Negara. Amat penting bagi ahli-ahli supaya sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan program-

program yang dilakukan oleh INTEGRITI agar mereka juga dapat turut serta menyumbang idea kepada pembentukan integriti dalam kalangan masyarakat selari dengan visi dan misi yang dibawa oleh INTEGRITI.

Majlis yang berlangsung selama dua jam menyaksikan ahli yang hadir turut diraikan dengan sesi bergambar dan potong kek simbolik sambutan ulang tahun ke-13 INTEGRITI.

CAS Apr-May (NEW).indd 5 6/4/17 5:42 PM

Page 6: SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN INTEGRITI KE-13

6

BREAKFAST TALK INTEGRITY PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN HARTA INTELEK: PERSPEKTIF INTEGRITIOleh Aimi Amin

Bagi memastikan piawaian jaminan produk dan jenama yang didaftarkan berada pada

tahap tertinggi, semua pegawai MyIPO diterapkan dengan asas integriti yang tinggi. Itu adalah antara perkongsian oleh Tuan Haji Mohd Shahar Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada program Breakfast Talk Integrity yang telah berlangsung pada 27 April yang lalu bertempat di INTEGRITI.

Program anjuran bersama INTEGRITI dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) itu juga telah menampilkan Prof Adj Jeong Chun Phuoc dari Graduate School of Management, MSU University dan dihadiri oleh peserta dari pelbagai agensi sama ada kerajaan mahupun swasta.

Tuan Haji Mohd Shahar ketika mengulas mengenai kepentingan dan keperluan untuk mendaftarkan sesuatu harta intelek, berkata produk atau jenama yang telah didaftarkan sebagai harta intelek milik pengeluar kebiasaannya

mempunyai nilai yang tinggi, malahan boleh dijadikan sebagai cagaran bagi mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan.

Beliau juga turut menegaskan bahawa harta intelek ini bukan sekadar mendaftarkan logo, ia adalah milik atau hak eksklusif seseorang itu yang membolehkan dia mendapatkan bayaran royalti sekiranya haknya itu digunakan oleh orang atau pihak lain.

Hak ini tertakluk di bawah hak moral atau hak integriti dimana hak ini membenarkan penulis untuk menghalang mana-mana pengguna dari penyelewengan, pencacatan atau pengubahsuaian yang lain kerja-kerja beliau di mana hasil daripada pengubahsuaian yang ketara akan mengubah kerja asal dan menjejaskan kehormatan atau reputasi pencipta.

Sehubungan dengan itu, hak perundangan yang diberikan kepada mereka termasuk hak untuk menguatkuasakan karya berhakcipta mereka dalam kes-kes pelanggaran sama ada melalui tindakan sivil atau jenayah.

Turut disyorkan ialah kaedah pendekatan ‘jaminan kualiti’ yang memerlukan kerjasama

NEws / BERITA

semua pihak termasuk masyarakat dalam membuat laporan atau aduan sekiranya wujud sebarang bentuk plagiat atau pengunaan harta intelek pihak lain untuk kegunaan diri sendiri. Usaha itu membuktikan MyIPO komited dalam memastikan nilai integriti dalam agensi berkenaan diperkukuh dan dipelihara ke arah mewujudkan perkhidmatan yang adil, telus dan bebas daripada rasuah.

Sementara itu, Prof Adj Phuoc menekankan bahawa dasar harta intelek merupakan salah satu bukti usaha kerajaan bagi menjaga keaslian atau ketulenan sesuatu hasil karya. Secara umumnya, harta intelek terbahagi kepada tujuh jenis, iaitu paten, pembaharuan utiliti, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi, rekabentuk susunatur litar bersepadu dan hak cipta. Dari sudut plagiarisme atau pelanggaran hak pula, umum harus diberi pendidikan awal mengenai kepentingan hak cipta terutama dari peringkat persekolahan ataupun universiti.

Sebahagian daripada peserta Breakfast Talk Integrity

Ahli panel bergambar bersama peserta

CAS Apr-May (NEW).indd 6 6/4/17 5:42 PM

Page 7: SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN INTEGRITI KE-13

7

BUSINESS ETHICS CONFERENCE 2017 :THE ETHICAL CHALLENGE: BUILDING A CULTURE OF PROFESSIONALISM AND INTEGRITYBy Mohd Ismail Abdul Jalil

On 24th April 2017, directors and top executives from among the largest global financial institutions,

regulators, and subject matter experts on corporate ethics and governance met at Sasana Kijang, Kuala Lumpur for the Business Ethic Conference 2017. The event was jointly organized by the Asian Institute of Finance (AIF) and the Financial Services Professional Board (FSPB).

Among those who present were, Tan Sri Dr Mohd Munir Majid, Chairman, Financial Services Professional Board and Chairman, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, Deputy Governor, Bank Negara Malaysia, Mahenda Gursahani, Managing Director and Chief Executive Officer, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad and Dato’ Yusli Mohamed Yusoff, President of the Malaysian Institute of Corporate Governance.

The conference entitled, “The Ethical Challenge: Building a Culture of Professionalism and Integrity”, aims to raise awareness of the importance of developing ethical conduct and professionalism across the financial services industry and its role in restoring customers’ confidence and public trust in the industry. The conference also involves a series of discussions with participants in and outside of the financial industry on the importance of professionalism and business ethics which are impacting the financial services landscape and the implications for financial institutions and their regulators.

Though some participants questioned the pace and scale of the positive changes coming to the financial industry,

it is increasingly clear that all financial institutions must adopt and implement professional standards locally as well as across borders and to bring it to the next level.

The Deputy Governor reiterated that company shareholders should demand more than just the bottom line. For instance, they should ask for a more balanced and diversified board, ensure companies respect their employees’ human rights and continuously enhance corporate governance. He also added that banks should stop asking those who violate the banking laws to quietly leave the bank instead of dealing with the matter professionally. It is akin to transferring the problem to other parties for the troubled employee who left the bank may commit the same wrong doings when hired by other banks.

Realizing that the public trust and confidence in the financial services industry have suffered worldwide in recent years, the AIF has commissioned a survey of Malaysian industry practitioners in order to gauge the ethical health of the Malaysian financial services industry. The findings suggest

NEws / BERITA

that ethical values are not embraced by all employees of the banks and are not always practised consistently. There have also been incidences where supervisors reward employees who get good results through less ethical means. Furthermore, mechanisms to deter unethical behaviour do not enjoy the confidence of employees. What is even more alarming is that younger professionals are twice as likely to act unethically should the opportunity to do so exist. The lesson learnt from the survey is that the industry clearly needs to reform to regain the public’s trust which is essential for sustainable progress.

From the conference it is quite obvious that if a financial institution wants to have a long term future, it must be built on an acceptable ethical foundation. A bank should strive not just to become the biggest or the most profitable institution but also the most respected. Warren Buffett once said that, “It takes 20 years to build a reputation and five minutes to ruin it.” Professor Thomas Donaldson of Wharton School, University of Pennsylvania, USA who delivered the Keynote address, went a step further when he said, “Trust arrive by foot and leaves by Ferrari.”

Mr. Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, Deputy Governor of Bank Negara Malaysia

CAS Apr-May (NEW).indd 7 6/4/17 5:42 PM

Page 8: SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN INTEGRITI KE-13

8

NEws / BERITA

STRATEGI BAGI MEMPERTINGKATKAN TAHAP INTEGRITI MAHASISWA BAGI MEMASTIKAN KEPIMPINAN DAN TADBIR URUS TERBAIK BUAT NEGARA DI MASA DEPANOleh Anuar Ahmad

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah menganjurkan satu perbincangan Meja Bulat (RTD) bertajuk “Strategi Bagi Mempertingkatkan Tahap Integriti Mahasiswa Bagi

Memastikan Kepimpinan Dan Tadbir Urus Terbaik Buat Negara Di Masa Depan” yang menampilkan tiga orang ahli panel berpengalaman bertempat di Auditorium INTEGRITI pada 23 April 2017 yang lalu iaitu, YBhg. Prof Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Haji Ahmad Bajunid, Ahli Lembaga Pengarah Integriti, Prof Madya Dr Sopian Bin Bujang, Pengarah Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi dan Encik Mohamad Zaki Bin Ibrahim, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

RTD kali ini turut disertai oleh seramai 19 orang wakil-wakil dari pelbagai kementerian dan agensi seperti Kementerian Pendidikan Tinggi. Kementerian Pelajaran, MARA, Biro Tata Negara dan sebahagian besar IPTA yang berpengkalan di sekitar Lembah Klang.

Umumnya kita mengetahui bahawa terdapat seramai lebih kurang 1.2 juta mahasiswa di Malaysia. Statistik terkini KPT menunjukkan bahawa terdapat seramai 502,448 pelajar lelaki (43%) dan 664,629 pelajar wanita (57%). Dalam pada itu, di Malaysia terdapat sebanyak 20 buah IPTA, 21 buah Universiti Swasta, 5 buah Universiti Luar Negara dengan kampus di Malaysia dan 28 buah Kolej Universiti atau University College di Malaysia pada ketika ini yang mengeluarkan ratusan ribu graduan setiap tahun. Sementara itu terdapat sebanyak 27 buah IPGM di seluruh negara dengan bilangan pelajar seramai lebih kurang 10 ribu orang.

Panel pertama Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid memberikan fokus kepada strategi yang boleh diambil bagi meningkatkan tahap integriti golongan mahasiswa berdasarkan pandangan beliau selaku orang veteran dalam dunia pendidikan sementara panel kedua Prof Madya Dr. Sopian Bujang memberikan tumpuan kepada polisi, strategi

Kesemua ahli panel bergambar bersama wakil-wakil dari pelbagai kementerian dan agensi tempatan

CAS Apr-May (NEW).indd 8 6/4/17 5:42 PM

Page 9: SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN INTEGRITI KE-13

9

NEws / BERITA

dan pendekatan yang telah dan akan diambil oleh KPT bagi memastikan tahap integriti mahasiswa negara sentiasa berada pada tahap cemerlang dan Ahli panel ketiga Tuan Mohamad Zaki Ibrahim dari SPRM mengupas mengenai dapatan Kajian Tahap Integriti Mahasiswa yang telah dijalankan oleh SPRM pada tahun 2016 bagi membolehkan kita membuat satu generalisasi mengenai status dan tahap integriti Mahasiswa pada ketika ini. Kesemua input yang diperolehi melalui RTD ini akan diperhalusi oleh urusetia untuk dibentangkan kembali oleh pengurusan INTEGRITI kepada mesyuarat lembaga pengarahnya dan jika perlu dijadikan sebagai asas kepada penyediaan satu kertas dasar untuk di angkat ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Kajian Persepsi Mahasiswa Terhadap Rasuah oleh SPRM menunjukkan bahawa timbul kesedaran yang tinggi oleh mahasiswa terhadap buruknya rasuah di mana jika kita lihat pada tahun 2002 sebanyak 30.5% mahasiswa mengatakan mereka sanggup berkompromi dengan rasuah jika mereka telah menjawat jawatan-jawatan yang berwibawa satu hari kelak, tetapi kajian terkini tahun 2016 yang melibatkan seramai 2,564 orang responden yang 70% adalah mahasiswa dan 30% ialah

belia yang baru mengharungi alam pekerjaan menunjukkan hanya 16.5% sahaja yang sanggup berkompromi dengan rasuah dan ini menunjukkan peningkatan yang positif terhadap usaha menyemai kesedaran terhadap buruknya rasuah. Namun begitu, perkara ini masih merupakan satu kebimbangan yang perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak dalam usaha

kita semua untuk membanteras sebarang bentuk kecederungan berlakunya jenayah rasuah.

Umumnya, pensyarah banyak memainkan peranan dalam pembentukan sahsiah mahasiswa. Sekiranya pensyarah menunjukkan perilaku yang negatif, maka ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi tingkah laku mahasiswa.

Sehubungan dengan itu, pensyarah perlu menjadi ‘role model’ terbaik buat mahasiswa. Kesemua ahli panel dan peserta RTD kali ini sependapat bahawa untuk melahirkan mahasiswa yang berintegriti tinggi, integriti para pensyarah juga amat perlu untuk sentiasa dipantau dan berada pada paras terbaik.

Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff menyampaikan cenderahati kepada Prof. Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Ahmad Berjunid

En. Mohamad Zaki bin Ibrahim (SPRM), Prof Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Berjunid (Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI), Prof Madya Dr. Sopian Bujang (Kementerian Pengajian Tinggi) bersama moderator, Tuan Haji Mohammad Diah (INTEGRITI)

CAS Apr-May (NEW).indd 9 6/4/17 5:42 PM

Page 10: SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN INTEGRITI KE-13

10

input dan pandangan bernas daripada perspektif media untuk membantu INTEGRITI menyebarluas mesej integriti kepada segenap lapisan masyarakat.

Antara pandangan menarik yang telah diberikan adalah pemilihan tajuk dan penceritaan yang lebih “sexy”. INTEGRITI disarankan supaya tidak terlalu serius dengan pemilihan tajuk dan penceritaan perlu lebih “catchy” supaya pembaca atau penonton akan terus tertarik dengan mesej yang ingin disampaikan.

Selain itu, editor juga berpendapat adalah amat sesuai jika Modul Integriti Pra Sekolah (MIPS) yang sedang dilaksanakan oleh INTEGRITI agar mencari peluang untuk menerapkan elemen integriti dalam bentuk yang lebih santai iaitu dengan kolaborasi rancangan kartun seperti Didi & Friends dan Chichi Chacha yang disiarkan di ASTRO Ceria. Ini kerana program-program ini bukan sahaja ditonton oleh anak-anak namun oleh ibu bapa juga yang merupakan sasaran pelaksanan modul MIPS ini

Pandangan editor juga mencadangkan INTEGRITI meluaskan promosi dan kempen integriti terutamanya apabila menjelang sambutan Ulangtahun dan Hari Integriti Nasional yang diadakan pada setiap tahun.

Pertemuan seperti ini telah memberikan impak positif dengan kedua-dua pihak yang hadir telah membentuk persefahaman baharu dan usaha INTEGRITI untuk memperkukuhkan lagi hubungan baik sedia ada dengan pihak media dapat diteruskan lagi agar usaha menyebarluas mesej integriti dapat dipertingkatkan dengan bantuan media arus perdana.

PERTEMUAN EKSKLUSIF INTEGRITI DENGAN EDITOR MEDIA CETUS PERSEFAHAMAN BAHARU Oleh Norsheeda Din

Satu pertemuan eksklusif antara INTEGRITI dengan pihak editor media utama di Malaysia telah

diadakan pada 16 Mei lalu. Program selama dua jam ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan input untuk memperkukuhkan usaha memupuk budaya integriti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Umum mengetahui INTEGRITI telah dan sedang melaksanakan pelbagai kaedah dan instrumen baru dalam usaha menyebarluas elemen integriti dalam kalangan masyarakat. Usaha yang dilaksanakan oleh INTEGRITI memerlukan gandingan dan kerjasama segenap lapisan masyarakat. Salah satu komponen yang paling penting dan berkesan adalah media massa yang mempunyai peranan khusus dalam menyebar luas maklumat selain mempromosikan usaha-usaha diambil dari semasa ke semasa bagi mencapai matlamat yang disasarkan.

Sesi pertemuan yang julung kali diadakan ini telah dihadiri oleh editor berita am dan rencana yang terlibat secara langsung dalam proses penentuan liputan media di organisasi masing-masing. Pertemuan ini telah memberi gambaran dengan lebih jelas mengenai perjalanan dan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh INTEGRITI.

Sesi dimulakan dengan perbentangan bertajuk “Cabaran dalam Membudayakan Integriti di Malaysia” oleh YBhg. Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI dan seterusnya sesi berkongsi pandangan antara para editor yang hadir.

Ternyata sesi pertemuan ini dilihat telah berjaya menarik perhatian para editor yang hadir apabila mereka memberikan

NEws / BERITA

Suhaimi Sulaiman, CEO Astro Awani

Rash Behari, Associate Editor, The Edge

Sebahagian Editor yang hadir

Nasharuddin Tajuddin, Ketua Bahagian Berita Media Prima Berhad (MPB)

CAS Apr-May (NEW).indd 10 6/4/17 5:42 PM

Page 11: SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN INTEGRITI KE-13

11

KERJASAMA PINTAR ANTARA INTEGRITI DAN SINAR HARIAN DALAM MEMPROMOSIKAN AGENDA INTEGRITI Oleh Mohd Hafizdi Che Md Akhir

Menyedari bahawa betapa pentingnya peranan media dalam usaha membantu negara

ke arah mencapai negara berintegriti tinggi, berdaya tahan dan mengamalkan nilai-nilai murni sejagat, INTEGRITI dan Sinar Harian telah menandatangani satu Memorandum Peserfahaman (MOU) bagi melaksanakan kerjasama pintar dalam mempromosikan agenda integriti pada 17 Mei 2017 bertempat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.

Melalui MOU yang ditandatangani oleh Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI dan Dato’ (Dr.) Hussamuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd., kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam menjadikan Sinar Harian sebagai rakan strategik INTEGRITI dalam usaha-usaha untuk membudayakan integriti dalam Malaysia. Selain itu, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk bekerjasama dalam menerbit dan menyiarkan bahan berbentuk laporan berita atau rencana yang menjurus kepada agenda mempromosikan integriti dalam kalangan masyarakat, dan bekerjasama

dalam melaksanakan projek Wacana Sinar Harian yang bertemakan integriti.

MOU yang turut disaksikan oleh Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI dan Dato’ Abd Jalil Ali, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Karangkraf, itu berkuatkuasa serta merta dan ianya melibatkan tempoh selama tiga (3) tahun.

Pada hari dan tempat yang sama, sejurus selesai upacara menandatangani MOU tersebut, Wacana Sinar Harian Siri 46 yang bertajuk “Rasuah & Penyelewengan: Di Mana Maruah Kita?’’

NEws / BERITA

telah diadakan secara langsung melalui Sinar TV. Wacana Sinar Harian yang dikendalikan oleh Nazri Kahar, Astro Awani ini melibatkan ahli panel seperti Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, Datuk Akhbar Satar, Presiden Transparency International Malaysia dan Ustaz Nor Azamir Alias, Timbalan Mufti Negeri Sembilan. Pelbagai isu dan cadangan telah diutarakan oleh barisan panelis, antaranya ialah pelaku rasuah yang ditangkap perlu dijatuhkan hukuman yang setimpal, kurang penekanan terhadap didikan kerohanian dan kajian semula hukuman penjara minimum sehari kepada pesalah rasuah.

Sesi Wacana Sinar Harian “Rasuah & Penyelewengan: Di Mana Maruah Kita?”

Sesi menandatangani MoU bersama Sinar Harian

CAS Apr-May (NEW).indd 11 6/4/17 5:42 PM

Page 12: SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN INTEGRITI KE-13

12

NEws / BERITA

ROUND TABLE DISCUSSION ON CORPORATE GOvERNANCE (CG) WATCH 2016 REPORT – ECOSYSTEMS MATTERBy Mohd Ismail Abdul Jalil

The objective of this round table was to discuss on “Corporate Governance Watch or better known

as CG Watch 2016 Report - Ecosystems Matter” which was recently released by CLSA Limited, formerly known as Credit Lyonnais Securities Asia (CLSA), Asia’s leading and longest-running brokerage and investment group in collaboration with the Asian Corporate Governance Association (ACGA).

The report is regarded as a comprehensive assessment of corporate governance performance, looking at issues and trends in Asia and it is the eighth joint report since 2003, CG Watch analyses and rates 12 key Asia-Pacific markets, which includes Malaysia and 1,047 Asian companies.

CG Watch 2016 brings into focus the importance of the corporate governance ecosystem as the differentiating factor between the long-term system success and failure of markets and companies. Secretary General of the ACGA Jamie Allen believes no single stakeholder can drive the governance process. Allen says: “It is the collective interaction of all parties that delivers better outcomes. Reforms also matter but how markets and companies

respond and deliver them is crucial. A more robust ecosystem demands accountability and compliance, which in itself makes for better governance.”

The event was moderated by En Mohd Ismail Abdul Jalil of Malaysian Institute of Integrity. Two panellists were invited to brief the participants on the details of the CG 2016 Report in order to give them a better understanding of the survey and its findings. They were Ms Gillian Ng, Director of Corporate Governance in The Iclif Leadership and Governance Centre and Dr Elsa Satkunasingam who is in charge of Governance Affairs in Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, President and Chief Executive Officer of INTEGRITI was also present and was kind enough to give an opening remark at the beginning of the session.

It was highlighted by the panellists that compared to the other 11 countries, Malaysia is at no 6 in terms of ranking and how its score has drop from 58 in 2014 to 56 in 2016. It is claimed in the Report that the main contributing factor is the declining in public governance. The 1MDB saga is also seen as an issue. Same goes for the perceived lower press freedom in

the country. However, Malaysia Regulators are said to have taken stronger steps on enforcement and regulations. CLSA also acknowledged SC’s important court cases victories.

One of the participants, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim, former Finance Ministry Secretary general pointed out that, a high level of accountability, freedom and access to information, “is still very much lacking” in Malaysia compared to countries such as Australia, which has a more developed corporate governance regime.

Another participant, Mr Ho Kay Tat, the Edge Media group publisher and group Chief Executive Officer noted that in terms of corporate governance of public listed companies, there has been tremendous improvement in the regulations and the enforcement by both the SC and Bursa Malaysia.

Other participants such as Tan Sri Ambrin Buang, the former Auditor General and Tan Sri Abu Kassim Mohamed, the former Chief Commissioner of the MACC also contributed to the discussion. A lot of inputs and suggestions were made and INTEGRITI plan to bring the matter up to the relevant authorities for further deliberation.

Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff showing the report to Dr. Elsa Satkunasingam Part of the Round Table Discussion participants

CAS Apr-May (NEW).indd 12 6/4/17 5:42 PM

Page 13: SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN INTEGRITI KE-13

13

MAKING INTEGRITY THE CUSTOMBy Tan Sri Lee Lam ThyePublished in The Star on 25 April 2017

I REFER to the report “Snuffing out the smugglers” (Sunday Star, April 9) which highlighted the newly-appointed Customs Director General Datuk Subromaniam Tholasy’s strong

determination to tackle smuggling activities and strengthen integrity among his men.

Subromaniam, who took over the post on March 24, has expressed his resolution to plug all the loopholes that could lead to corruption and leakages in tax collection.

I would like to take this opportunity to congratulate Subromaniam on his efforts to curb smuggling activities that have caused the country billions of ringgit in tax losses.

He also walks his talk. His department recently confiscated three containers of illicit cigarettes in Port Klang, that would have cost an estimated RM18mil in duties.

It is indeed a significant seizure as for every 40-foot container of contraband cigarettes smuggled, the Government will lose RM6mil.

I hope that the Customs Department would intensify its collaboration with other enforcement agencies to curb smuggling activities through the main seaports and along the coastal areas.

Based on media reports, smugglers also bring in contraband items such as illicit cigarettes using small boats or “bot pancung”.

It will be an uphill task for the Customs Department to monitor more than 6,000km stretch of our shoreline. It should instead utilise the National Blue Ocean Strategy (NBOS), which involves other enforcement agencies such as the police, Immigration Department, Malaysian Maritime Enforcement Agency and the Armed Forces.

Smugglers have become more creative and the Customs Department must strengthen cooperation with its regional counterparts and invest in the latest technology, including installing modern scanners at the entry points.

The NBOS approach must be expanded further to also include courier companies to help check thousands of parcels that come into the country through online shopping.

The Customs Department, together with other enforcement

agencies and courier companies, must also prepare for the anticipated surge in parcel shipments with the launch of the Digital Free Trade Zone (DFTZ) recently. They should implement an integrated and centralised system and use the latest technology to check all the parcels without jeopardising the speed of shipments.

At the same time, other law enforcement agencies must also intensify security at DFTZ and our borders. They should conduct a stringent check to prevent illegal items or their parts, including firearms, from being smuggled in.

The new director-general must also focus on strengthening integrity among Customs officers and men and take stern action against those who are involved in corruption.

Only when it is purged of corrupt personnel will its credibility be reinforced and public confidence be strengthened.

It has been proven in many instances that law enforcers accept bribes mainly because he or she is greedy and was presented with opportunities to commit corrupt practices.

Officers involved in corrupt practice are mostly those in charge of law enforcement and to eradicate such practices. As such the department should have an internal control system which can detect irregularities.

Subromaniam should ensure continuous efforts to instil integrity and ethical values so that Customs officers will not commit corrupt practices under whatever circumstances.

Smugglers will always find ways to bribe or beat the enforcement department. The latter must always stay one step ahead of the culprits and hold fast to the basic principle of integrity and ethical values which are very vital to the department.

In his interview (Sunday Star, April 23) Subromaniam also emphasised that integrity is his top most priority, adding that they cannot be in denial. If that is his commitment he should be given the fullest support to realise a noble and much-needed goal.

The new Director General should also focus on making the Customs Department more people-friendly, be more consultative and ever ready to engage tax payers and the industries to find solutions to their problems.

FEATuREs / RENcANA

CAS Apr-May (NEW).indd 13 6/4/17 5:42 PM

Page 14: SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN INTEGRITI KE-13

14

FEATuREs / RENcANA

INTEGRITI KUNCI TADBIR URUS KORPORATOleh Rohami ShafieDisiarkan di Utusan Malaysia, 3 Mei 2017

SEMEMANGNYA sumbangan yang diberikan oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan pelabur institusi seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji

dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) amat bermakna buat rakyat Malaysia. Jasa institusi sebegini tidak terhitung banyaknya. Malah, tiada siapa pun boleh mempertikaikan peranan institusi terbabit dalam menyejahterakan rakyat Malaysia. Mi salnya, PNB banyak menabur jasa meningkatkan taraf ekonomi bumiputera. Begitu juga, Tabung Haji banyak membantu umat Islam Malaysia sehingga diiktiraf di peringkat global.

Kejayaan institusi berkenaan dalam membina ekonomi rakyat dan umat Islam Malaysia terbentuk daripada amalan tadbir urus korporat yang baik. Amalan tadbir urus korporat yang baik inilah yang perlu diketahui oleh rak yat Malaysia bahawa bukan senang untuk mentadbir urus sesebuah organisasi seperti PNB dan Tabung Haji. Bagi mereka yang berada di luar organisasi terutamanya segelintir ahli politik, mudah sahaja mengkritik tanpa usaha memberi idea membina untuk meningkatkan kualiti GLIC dan pelabur institusi.

Kita boleh lihat bagaimana banyak pihak di Malaysia berusaha meningkatkan amalan tadbir urus korporat yang baik. Misalnya, Kod Tadbir Urus Korporat 2017 yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada Rabu minggu lalu bertujuan memastikan kemapanan pasaran modal Malaysia. Ini bukan pertama kali Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia dilancarkan. Sudah empat kali iaitu pada 2000, 2007, 2012 dan terkini minggu lalu.

Dalam hal ini, ramai sebenarnya berusaha untuk menyumbang sesuatu yang bermakna kepada amalan tadbir urus korporat yang baik termasuk dalam kalangan para penyelidik dan ahli akademik. Kita perlu meramaikan jagoan dalam hal tadbir urus korporat sama ada di pihak kerajaan, pihak berkuasa, syarikat-sya rikat swasta atau pakar dan ahli akademik. Tujuannya ti dak lain tidak bukan untuk meningkatkan kualiti amalan tadbir urus korporat dalam kalangan syarikat di Malaysia.

Mereka yang menyumbang ini adalah golongan yang cuba memperkukuhkan pe ranan integriti dalam tadbir urus korporat Malaysia. Malang sekali kita asyik mengkritik institusi negara se-perti Tabung Haji sehingga terlupa masih ada syarikat korporat

lain yang tidak berintegriti. Buktinya, seperti yang dilaporkan oleh media massa kebelakangan ini mengenai integriti membayar cukai oleh syarikat-syarikat korporat.

Tidak pula kedengaran sebarang kritikan oleh ahli-ahli politik terhadap tahap integriti syarikat korporat tersebut. Yang ada, hanyalah kritikan terhadap institusi negara se perti GLIC yang selama ini cukup banyak menyumbang terhadap ekonomi Malaysia. Jika GLIC diakui kehebatannya sehingga diiktiraf di peringkat global, kenapa kita sendiri sukar untuk menerima hakikat ini? Jika tidak mahu mengakui sekali pun, usahlah pula memburuk-burukkannya.

Sebab itulah dalam hal ini, aspek integriti juga me rangkumi hal ehwal melontarkan pandangan. Bagi ahli akademik, mereka lebih selesa melontarkan pandangan berasaskan kajian. Misalnya, dalam aspek tadbir urus korporat, banyak sekali kajian telah dilakukan dalam konteks Malaysia. Kajian-kajian ini untuk melihat kembali bagaimana setiap pihak dalam tadbir urus korporat menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin. Mereka ini terdiri daripada ahli lembaga pengarah, juruaudit dalam dan luar serta pihak pengurusan tertinggi. Integriti adalah kuncinya selain elemen kepakaran dalam bidang masing-masing.

Misalnya, Kod Tadbir Urus Korporat 2017 menyatakan bahawa jawatankuasa audit secara keseluruhannya wajar hanya terdiri daripada ahli lembaga pengarah bebas. Jika asalnya, Kod Tadbir Urus Korporat 2000 hanya menyatakan dua pertiga ahli jawatankuasa audit terdiri daripada ahli lembaga pengarah bebas, kini, keseluruhan mereka wajar hanya terdiri daripada ahli lembaga pengarah bebas. Tujuannya, tidak lain tidak bukan untuk memastikan ahli jawatankuasa audit berperanan secara berkesan dan cekap dalam memastikan kualiti pelaporan kewangan syarikat berada pada tahap terbaik.

Apabila mereka ini secara keseluruhannya bebas, maka, mereka lebih berani menegakkan kebenaran jika sesuatu yang tidak kena dilaporkan oleh juruaudit luar dan dalam syarikat. Dengan kata mudah, tindakan susulan akan dilakukan untuk memperbetulkan sebarang tingkah laku yang tidak berintegriti.

Dalam hal ini, jelas dinyatakan oleh Kod Tadbir Urus Korporat 2017 tentang integriti dalam pelaporan korporat untuk pemegang taruh. Pemegang taruh bukan setakat pemegang saham tetapi

CAS Apr-May (NEW).indd 14 6/4/17 5:42 PM

Page 15: SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN INTEGRITI KE-13

15

FEATuREs / RENcANA

merangkumi orang awam yang juga ingin mengetahui sejauh manakah amalan tadbir urus sesebuah syarikat dalam hal ehwal pelaporan korporatnya.

Keinginan untuk mengetahui tentang pelaporan kewangan syarikat dalam kalangan orang awam semakin tinggi. Mereka ingin mengetahui sejauh manakah wang tersebut digunakan untuk disumbangkan kembali kepada orang awam dan pada masa sama menitikberatkan tentang integriti pelaporan kewangan.

Usah menjadi sebagaimana syarikat-syarikat besar barat yang telah menghancurkan kepercayaan orang ramai selepas pelbagai cara penipuan kewangan dilakukan terutamanya

dalam pelaporan kewangan. Walhal, pada suatu ketika, mereka ingin mengajar erti integriti kepada negara membangun seperti Malaysia.

Justeru, kita tidak perlu terlalu taksub dengan cara hidup barat sedangkan integriti itu sendiri dijuarai oleh agama Islam dan diwariskan oleh nenek moyang kita. Acuan sebegini yang perlu diteruskan dalam membina negara secara tersusun, berhemah, terangkum dan mampan. Hakikatnya, meskipun tadbir urus korporat itu adalah sesuatu yang dinamik, namun integriti itu tetap kunci kejayaan amalan tadbir urus korporat yang baik pada bila-bila masa.

DR. ROHAMI SHAFIE ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) Kolej Perniagaan (COB) Universiti Utara Malaysia.

CAS Apr-May (NEW).indd 15 6/4/17 5:42 PM

Page 16: SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN INTEGRITI KE-13

16

NEw BOOks IN OuR LIBRARy / BUKU BAhARU DI PUsAT ILmU INTEGRITI

POWER OF READING: FROM SOCRATES TO TWITTER

PROSIDING KONvENSYEN INTEGRITI NASIONAL 2015

Eminent cultural and social historian Frank Furedi presents an eclectic and entirely original history of reading. The very act of reading and the choice of reading material endow individuals with an identity that possesses great symbolic significance. In ancient Rome, Cicero was busy drawing up a hierarchy of different types of readers. Since that time, people have been divided into a variety of categories--literates and illiterates, intensive and extensive readers, or vulgo and discreet readers. In the 19th century, accomplished readers were praised as “men of letters,” while their moral opposites were described as “unlettered.” Today, distinctions are made between cultural and instrumental readers and scorn is directed toward the infamous “tabloid reader.”

Power of Reading explores the changing meanings attributed to the act of reading. Although it has a historical perspective, the book’s focus is very much on the culture of reading that prevails in the 21st century. It is a fascinating insight into understanding the post-Gutenberg debates about literacy in a multimedia environment with such a strong emphasis on the absorption of information. Taking a cue from George Steiner, Furedi argues vigorously for the restoration of the art of reading--every bit as important as the art of writing.

BUKU ini mengandungi semua kertas kerja yang di bentangkan ketika Konvensyen Integriti Nasional 2015 yang diadakan selama sehari di Kuala Lumpur.

Walaupun sudah beberapa ta¬hun konvensyen berkenaan ber¬lalu, kertas kerja yang dibentangkan itu masih relevan untuk dijadikan rujukan oleh semua pihak.

Banyak saranan masih boleh diguna pakai terutama ketika masyarakat baru-baru ini dikejutkan dengan berita seorang anggota polis berpangkat koperal berusia 52 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Publisher: Bloomsbury Publishing Plc

Published: 2015

Writer: Frank FurediPublisher: Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)

Published: 2016

Editors: Mohd Yany Yusoff, Norasikin Baharudin, Zareena Izmin Ismail, Rozana Md Tahir

Ulasan oleh Nizam Yatim, disiarkan di Utusan Malaysia pada 26 Mei 2017

CAS Apr-May (NEW).indd 16 6/4/17 5:42 PM

Page 17: SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN INTEGRITI KE-13

17

NEw BOOks IN OuR LIBRARy / BUKU BAhARU DI PUsAT ILmU INTEGRITI

selepas didapati menyimpan wang tunai RM800,000 dalam stor kediamannya.

Wang tunai itu sudah tentu bukan wang gaji sebaliknya suspek dipercayai berperanan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi dan rumah urut untuk diagih¬kan kepada beberapa pegawai kanan polis di Melaka.

Kenapakah masih ada anggota polis tidak berpegang kepada in¬tegriti? Adakah faktor utama gejala itu berlaku kerana sikap ber¬¬kenaan tidak disemai sejak mereka berusia muda lagi?

Integriti atau kejujuran bererti seseorang itu tidak akan melakukan sebarang salah laku walaupun tiada siapa yang mengetahui kecuali Allah SWT.

Antara perkara menarik yang dibincangkan adalah ketika sesi bertajuk, Keluarga: Dekat Tapi Jauh yang menampilkan dua ahli panel iaitu perunding motiva¬si keluarga, Zaid Mohamad dan Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Dr. Raj Abdul Karim.

Kedua-dua ahli panel terbabit sependapat bahawa keluarga adalah komponen terpenting dalam proses pembentukan masyarakat dan negara berintegriti.

Namun budaya masyarakat sekarang yang mengutamakan kebendaan menyebabkan ibu bapa sibuk bekerja bagi mendapat sebanyak mungkin wang dan harta sehingga menyebabkan masa berkualiti bersama keluarga turut terabai.

Menurut ahli-ahli panel berkenaan, ibu bapa perlu berperanan secara lebih berkesan dalam menerapkan integriti dalam kalangan ahli keluarga dan tidak menjadikan sibuk bekerja sebagai alasan tidak berbuat demikian.

Ibu bapa mesti mencari masa dan ruang untuk bersama-sama anak-anak

dan bukan sekadar bergantung harap kepada guru-guru di sekolah.

Mereka perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya untuk makan malam, beriadah dan beribadat bersama-sama.

Dalam kes anggota dan pegawai polis yang ditahan SPRM di Melaka, kebanyakan mereka dilahirkan pada era 1960-an dan 1970-an. Ketika itu pun ibu bapa sudah menghadapi kesukaran untuk mendidik anak-anak untuk menjadi individu berintegriti.

Kesukaran itu sudah tentu semakin bertambah lagi pada zaman sekarang apabila anak-anak asyik dilalaikan dengan pelbagai perkara negatif yang disifatkan oleh ahli-ahli panel berkenaan sebagai penjajahan alaf baharu.

Ibu bapa perlu memastikan anak-anak tidak menghabiskan terlalu banyak masa menonton televisyen, menggunakan komputer dan telefon pintar serta permainan video.

Satu kesimpulan penting daripada sesi itu adalah perlakuan ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak. Ini bermakna tiada guna memberi banyak nasihat kepada anak-anak supaya mengutamakan integriti jika ibu bapa sendiri tidak melakukan perkara yang betul termasuk menerima rasuah.

Ahli-ahli panel berkenaan turut berpandangan, salah satu punca anak-anak terlibat dengan salah laku adalah faktor struktur keluarga tidak stabil apabila ibu bapa bercerai atau kerap bergaduh sehingga menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak men¬dapat perhatian dan kasih sayang sewajarnya.

Mereka tidak dibelai, dipeluk dan dicium oleh ibu bapa. Tiada juga masa khusus disediakan untuk semua ahli keluarga bersantai bersama-sama. Ini

menyebabkan anak-anak tiada tempat untuk mengadu dan berkongsi segala masalah dihadapi mereka.

Anak-anak ini lebih banyak menghabiskan masa bersendirian ataupun bersama-sama rakan yang dirasakan boleh memahami jiwa mereka. Kanak-kanak ini juga cenderung untuk terpengaruh dengan kawan-kawan dan orang yang berada di sekeliling mereka.

Sehubungan itu, ibu bapa per¬lu bertoleransi dan berkorban ba¬gi mewujudkan keluarga bahagia. Hargai setiap masa bersama ke¬luarga dan jangan kedekut untuk memberikan hadiah kepada anak-anak sebagai galakan apabila mereka melakukan perkara-perkara yang positif.

Sementara itu, majikan tidak harus memaksa pekerja membuat kerja lebih masa terlalu kerap sehingga mereka tidak mempunyai banyak masa terluang untuk bersama-sama keluarga.

Selain itu, majikan perlu memberi kelonggaran kepada pekerja untuk balik awal bagi menguruskan anak-anak dengan syarat kerja dapat diselesaikan mengikut waktu ditetapkan.

Kerajaan juga perlu mewajibkan majikan menyediakan kemudahan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja bagi membolehkan anak-anak mendapat perhatian sewajarnya walaupun ibu bapa bekerja.

Ketika sesi itu, ahli-ahli panel berpendapat, kurang sokongan daripada majikan menjadi pun¬ca ibu bapa terpaksa mengutamakan kerjaya berbanding keluarga.

Walaupun sudah ada organisasi yang mempraktikkan bekerja dari rumah untuk pekerja wanita¬nya, namun pelaksanaan itu belum meluas.

CAS Apr-May (NEW).indd 17 6/4/17 5:42 PM

Page 18: SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN INTEGRITI KE-13

18

GALLERy / GALERI

Pemasangan Signage LeIKA di Kem Sungai Pauh Mossy Forest Cameron Highlands

CAS Apr-May (NEW).indd 18 6/4/17 5:42 PM

Page 19: SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN INTEGRITI KE-13

19

GALLERy / GALERI

En Juarez Salih Lowe ketika sesi perkongsian What It Takes to be a Consultant: The Do’s and Dont’s

Perjumpaan dengan CEO Kumpulan Karangkraf YBhg. Dato Dr. Hussamuddin Yaacub pada 6 April 2017

YBhg. Dato’ Seri Dr. Isahak Yeop Mohamad Shar, mantan Presiden INTEGRITI sebagai pembicara utama Breakfast Talk Integrity FELDA

CAS Apr-May (NEW).indd 19 6/4/17 5:42 PM

Page 20: SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN INTEGRITI KE-13

www.integrit i .my

Integrit i .my @Integrit idotmy Integrit i .my

CAS Apr-May (NEW).indd 20 6/4/17 5:42 PM