seksyen 32b - notis dan kompaun

14
KOLEJ KESIHATAN AWAM KUCHING DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN (TAHUN 3 SEMESTER 2) PENYEDIAAN KOMPAUN DI BAWAH SEKSYEN 32B DAN KOMPAUN PELATIH : WELLY WONG (BPPKP20104551) PENEMPATAN : PEJ. KESIHATAN KAWASAN KENINGAU, SABAH. TARIKH HANTAR :

Upload: wei-lly

Post on 18-Feb-2015

810 views

Category:

Documents


48 download

DESCRIPTION

Seksyen 32B - notis dan kompaun

TRANSCRIPT

Page 1: Seksyen 32B - notis dan kompaun

KOLEJ KESIHATAN AWAM KUCHING

DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN

(TAHUN 3 SEMESTER 2)

PENYEDIAAN KOMPAUN DI BAWAH SEKSYEN 32B DAN

KOMPAUN

PELATIH : WELLY WONG (BPPKP20104551)

PENEMPATAN : PEJ. KESIHATAN KAWASAN KENINGAU, SABAH.

TARIKH HANTAR :

DIPERIKSA OLEH : EN. EWOL JOSEPH, PPKP U32 PKKKGU (LP)

TARIKH SEMAK :

Page 2: Seksyen 32B - notis dan kompaun

Seksyen 32B - Kuasa Memerintahkan Kehadiran di Mahkamah

32B (1) Jika Pengarah atau seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai alasan

yang munasabah bagi mempercayai bahawa mana-mana orang

melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, dia boleh , sebagai

ganti daripada membuat permohonan kepada mahkamah untuk

mendapatkan saman, dengan serta merta menyampaikan kepada

orasng itu suatu notis yang memerintahkan orang itu supaya hadir di

hadapan mahkamah Majistret yang paling hamper yang mempunyai

bidang kuasa memebicarakan kesalahan itu, pada masa dan tarikh

yang dinyatakan dalam notis itu.

(2) Jika mana-mana orang yang disampaikan suatu notis sebagaimana

yang diperuntukkan oleh subseksyen (1) tidak hadir dengan sendiri

atau melalui peguam, mahkamah boleh jika berpuas hati bahawa notis

itu telah disampaikan, mengeluarkan suatu waran bagi menangkap

orang itu melainkan jika didapati adalah tidak munasabahnya mungkin

bagi orang itu untuk hadir sedemikian atau dalam hal sesuatu

kesalahan boleh kompaun, orang itu telah dibenarkan mengkompaun

kesalahan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu menurut

seksyen 33.

(3) Notis di bawah subseksyen (1) hendaklah sebagaimana yang

ditetapkan melalui peraturan-peraturan.

1

Page 3: Seksyen 32B - notis dan kompaun

Seksyen 33 – Kuasa Untuk Mengkompaun

(1) Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa yang diberi kuasa

olehPengarah boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya,

mengkompaun apa-apa kesalahan boleh kompaun yang dilakukan oleh

orang dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu dan

mengutip daripada orang itu suatu amaun yang tidak melebihi lima

puluh peratus amaun maksimum denda kesalahan yang dilakukan itu.

Seksyen 33 – Kuasa Untuk Mengkompaun

(2) Apa-apa pembayaran kompaun di bawah seksyen ini hendaklah dibuat

di tempat yang dinyatakan dalam notis di bawah seksyen 32B dan

dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, atau dalam hal jika

pelanjutan tempoh diberikan, dalam tempoh itu.

(3) Jika suatu kesalahan dikompaun di bawah subseksyen (1)-

(a) tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan

kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk

mengkompaunkan itu dibuat; dan

(b) apa-apa makanan atau perkakas yang disita hendaklah dilucuthakkan,

dimusnahkan atau dipulangkan kepada orang itu, sebagaimana yang

difikirkan patut oleh Pengarah atau pegawai berkuasa selepas mengambil

kira sifat kesalahan itu dan keadaan makanan atau perkakas itu, dan tiada

prosiding selanjutnya boleh diambil berkenaan dengan makanan itu.

(4) Semua jumlah wang yang diterima oleh Pengarah atau pegawai berkuasa di

bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian

daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

(5) (dipotong).

2

Page 4: Seksyen 32B - notis dan kompaun

Cara Mengeluarkan Notis.

Maklumat pesalah yang diperlukan :

KESALAHAN DI BAWAH SUBPERATURAN 9(1), 11(1) DAN 13(1) :-

Minta puntung rokok pesalah sebagai bukti (eksibit), serta Kad

Pengenalan atau Dokumen Perjalanan bagi warga asing

Alamat kediaman semasa

Pelajar – perlu dapatkan nama dan alamat sekolah / institusi

Warga asing – nama dan alamat majikan (jika berkaitan)

KESALAHAN DI BAWAH SUBPERATURAN 8(1), 12(1)(a), 12(1)(b), 14(1) dan

21(2)

Gambar dan eksibit (jika berkaitan) dan meminta pesalah serahkah

Kad Pengenalan dan Lesen Perniagaan (jika berkaitan)

Salinan dokumen-dokumen yang berkaitan menurut subseksyen 8(2)

Akta Makanan 1983

Cara-Cara Membuka Notis

Tiap –tiap Notis hendaklah disediakan dalam TIGA salinan berkarbon :

Asal (Putih) - Salinan untuk disimpan dalam IP

Pendua (Kuning) - Salinan untuk diserahkan kepada pesalah

Peniga (Hijau) - Salinan dalam buku Notis

Isi Notis dengan cermat dan teliti

Semua butiran dalam Notis hendaklah diisi dengan betul, lengkap

dan mudah dibaca.

3

Page 5: Seksyen 32B - notis dan kompaun

Penetapan tarikh untuk pesalah hadir di mahkamah

Sekiranya hari berkenaan adalah cuti minggu atau kelepasan am, tarikh perlu

hadir di mahkamah hendaklah ditetapkan pada tarikh selepas tempoh tersebut.

Penetapan tarikh bagi kompaun perlu dibayar :

─ COP berikut perlu disediakan dan dicopkan di belakang Notis pendua:

KPPKP / PPKPK DAERAH perlu adakan perbincangan dengan Timbalan

Pendakwa Raya untuk memaklumkan pelaksanaan Notis.

─ UIP Negeri perlu mendapatkan persetujuan mengenai tempoh yang

diperlukan untuk mendapat izin mendakwa dan izin untuk mengkompaun

kesalahan daripada Timbalan Pendakwa Raya.

─ Pegawai yang mengeluarkan Notis hendaklah menetapkan satu tarikh di

mana pesalah perlu menjelaskan kompaun sekiranya pesalah memilih untuk

ditawarkan kompaun.

Tarikh tersebut hendaklah tidak melebih tempoh SATU (1) bulan dari tarikh

Notis dikeluarkan.

─ Bagaimana pun pesalah adalah dinasihatkan untuk datang ke pejabat

selepas DUA (2) minggu dari tarikh Notis dikeluarkan.

─ COP berikut perlu disediakan dan dicopkan di belakang Notis pendua :

“Sekiranya kesalahan boleh dikompaun, anda dinasihatkan supaya pergi

ke mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah selepas DUA (2) minggu dan

tidak lewat SATU (1) dari tarikh notis ini dikeluarkan untuk ditawarkan

kompaun.”

4

Page 6: Seksyen 32B - notis dan kompaun

Kesilapan pada Notis

A) Ejaan salah atau kesilapan ringkas.

─ Perkataan yang silap dipotong dengan membuat satu garisan di atasnya

dan diturunkan tandatangan ringkas.

B) Kesilapan yang memerlukan pembukaan notis baru.

─ Keluarkan Notis yang baru.

─ Notis terdahulu perlu dirujuk kepada KPPKP / PPKPK Daerah untuk

dibatalkan dengan membuat satu palang dengan pen dakwat MERAH

dengan perkataan “BATAL” dan sebab pembatalan.

─ Notis tersebut perlu dikekalkan dalam buku notis.

Urusan Pengeluaran Kompaun

1. Setiap Pejabat Kesihatan Daerah hendaklah menyediakan jadual untuk

mengaturkan pegawai diberi kuasa yang mempunyai kuasa mengkompaun

bertugas di pejabat untuk melayan kunjungan pesalah yang ingin

ditawarkan kompaun.

2. Berpandu kepada notis yang diserahkan, pegawai yang bertugas hendaklah

menyemak Daftar Notis (NMKDM – 01/2007(D)) untuk memastikan bahawa

keizinan untuk mengkompaun daripada TPR telah diperolehi. Sekiranyan

izin telah diperolehi, keluarkan kompaun atas kesalahan yang tercatit

dalam Notis berkenaan dan meminta pesalah menjelaskan bayaran di

Bahagian Pentadbiran.

3. Nilai kompaun bagi kesalahan yang berikut hendaklah seperti ditetapkan

dalm Pekeliling Kesihatan Awam Bil. 1Tahun 2005 (Pindaan).

4. Sekiranya notis tersebut dikeluarkan oleh daerah yang lain, pegawai

bertugas hendaklah menghubungi UPP Daerah atau UIP negeri berkenaan

untuk mengetahui status izin mengkompaun oleh TPR. Sekiranya izin telah

diperolehi, kompaun dikeluarkan.

5

Page 7: Seksyen 32B - notis dan kompaun

5. Dapatkan salinan surat izin mengkompaun dari UPP Daerah berkenaan

untuk tujuan rekod.

PEMBATALAN NOTIS ATAU KOMPAUN

1. Notis atau kompaun yang dikeluarkan kepada pesalah tidak boleh

DIBATALKAN tanpa dirujuk dan mendapat izin daripada TPR. Setiap

pembataln hendaklah mempunyai izin bertulis daripada TPR melalui UIP

Negeri dan izizn berkenaan hendaklah difailkan dalam IP bagi kes

berkenaan.

6

Page 8: Seksyen 32B - notis dan kompaun

CARTA ALIR UNTUK PROSES PENGELUARAN NOTIS

Suatu kesalahan telah dikenalpasti.

Kenalkan diri, terangkan kesalahan,

dapatkan eksibit, ambil gambar (jika

perlu) dan minta kad pengenalan dan

Lesen Perniagaan Ijika berkaitan).

Lengkapkan NOTIS dan Senarai

Pemeriksaan (Bongkar).

Minta pesalah berkenaan untuk

menandatangani akuan penerimaan

NOTIS dan Senarai Pemeriksaan

(Bongkar).

Enggan TandatanganiTandatangan

Catitkan “Enggan TANDATANGAN di belakang NOTIS Tandatangan oleh pesalahasal. Terima Enggan Terima

Catitkan”ENGGANTERIMA” di belakangNOTIS asal.

TERIMA” di belakang Serah salinan pendua NOTIS (Kuning) Dan Seanrai Pemeriksaan (Bongkar) kepada pesalah berkenaan dan terangkan prosedur untuk ditawarkan kompaun atau ke Mahkamah.

7

MULA

Page 9: Seksyen 32B - notis dan kompaun

Apabila kembali ke pejabat – Buka IP dan sediakan dokumen-dokumen

berkaitan dan serahkan kepada UPP Daerah.

UPP Daerah – Semak dan

daftar IP.

UPP Daerah – Hantar IP

kepada UIP Negeri untuk

disemak dan mendapt izin

TPR.

UIP Negeri – Semak dan

daftar IP.

Kembalikan kepada

UIP Daerah untuk

dilengkapkan.

Tidak Lengkap

Lengkap

UIP Negeri - Hantar IP

kepada TPR.

8

B

C

Page 10: Seksyen 32B - notis dan kompaun

9