notis pemberitahuan kawalan pergerakan di …

17
1 NOTIS HAD WAKTU OPERASI PERNIAGAAN DALAM TEMPOH PPN – FASA 1 MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU NOTIS PEMBERITAHUAN KAWALAN PERGERAKAN DI BAWAH PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) - FASA 1 HAD WAKTU OPERASI AKTIVITI ***************************************************** KEPADA : SEMUA PEMILIK PREMIS PERNIAGAAN DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU TARIKH : 21 OGOS 2021 SILA AMBIL PERHATIAN! Selaras dengan pengumuman Kerajaan berkaitan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 hampir semua premis perniagaan dibenarkan beroperasi dengan syarat perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sekiranya terdapat jenis/ kategori aktiviti perniagaan yang tidak jelas/ tidak dinyatakan dalam notis ini, ia adalah aktviti tidak dibenarkan. Pemilik premis dan perniagaan DIWAJIBKAN MENGGUNAKAN aplikasi MySejahtera bagi kawasan capaian internet yang luas. Penggunaan buku pendaftaran kehadiran pelanggan hanya dibenarkan di kawasan yang tiada liputan internet atau lain-lain alasan yang munasabah (warga emas, ketiadaan telefon pintar dan lain-lain). Sehubungan dengan itu, pihak Majlis membenarkan semua premis atau pengusaha yang mempunyai lesen perniagaan dari Majlis Bandaraya Johor Bahru yang SAH sahaja untuk beroperasi. SEMUA aktiviti premis perniagaan atau aktiviti perniagaan yang TELAH DIBENARKAN BEROPERASI sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) – Fasa 1 diarahkan bagi dihadkan waktu operasi seperti berikut: BIL JENIS AKTIVITI WAKTU OPERASI DIBENARKAN CATATAN/ ARAHAN 1. a) Hospital & Klinik b) Makmal Perubatan c) Klinik Pergigian d) Pusat Diagnostik e) Pusat Bersalin f) Pusat Fisioterapi/ Rehabilitasi g) Pusat Dialisis h) Optometri i) Perkhidmatan Perubatan Tradisional & Komplimentari (PT&K) dibawah akta 775 Seperti Biasa 1) Beroperasi sebagaimana yang ditetapkan dengan pematuhan SOP 2) Bagi Perkhidmatan Perubatan Tradisional & Komplimentari (PT&K) tidak dibenarkan: - Perkhidmatan yang melibatkan kontak fizikal secara langsunng dengan pesakit - Perkhidmatan yang merangsang pengeluaran cairan tubuh (contoh: kahak, hingus, darah, lender dan muntah) - Perkhidmatan berunsur kesejahteraan (wellness) - Lawatan ke rumah (Home visit) 2. Sektor Perkhidmatan Veterinar a) Klinik Haiwan/ vaterinar b) Kedai Makanan Haiwan c) Kedai Penjagaan Haiwan 8.00 pagi – 8.00 malam Beroperasi sebagaimana yang ditetapkan dengan pematuhan SOP

Upload: others

Post on 11-Nov-2021

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NOTIS PEMBERITAHUAN KAWALAN PERGERAKAN DI …

1 NOTIS HAD WAKTU OPERASI PERNIAGAAN DALAM TEMPOH PPN – FASA 1

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

NOTIS PEMBERITAHUAN

KAWALAN PERGERAKAN DI BAWAH

PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) - FASA 1

HAD WAKTU OPERASI AKTIVITI

*****************************************************

KEPADA : SEMUA PEMILIK PREMIS PERNIAGAAN DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

TARIKH : 21 OGOS 2021

SILA AMBIL PERHATIAN! Selaras dengan pengumuman Kerajaan berkaitan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 hampir semua premis perniagaan dibenarkan beroperasi dengan syarat perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sekiranya terdapat jenis/ kategori aktiviti perniagaan yang tidak jelas/ tidak dinyatakan dalam notis ini, ia adalah aktviti tidak dibenarkan. Pemilik premis dan perniagaan DIWAJIBKAN MENGGUNAKAN aplikasi MySejahtera bagi kawasan capaian internet yang luas. Penggunaan buku pendaftaran kehadiran pelanggan hanya dibenarkan di kawasan yang tiada liputan internet atau lain-lain alasan yang munasabah (warga emas, ketiadaan telefon pintar dan lain-lain). Sehubungan dengan itu, pihak Majlis membenarkan semua premis atau pengusaha yang mempunyai lesen perniagaan dari Majlis Bandaraya Johor Bahru yang SAH sahaja untuk beroperasi. SEMUA aktiviti premis perniagaan atau aktiviti perniagaan yang TELAH DIBENARKAN BEROPERASI sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) – Fasa 1 diarahkan bagi dihadkan waktu operasi seperti berikut:

BIL JENIS AKTIVITI WAKTU OPERASI DIBENARKAN CATATAN/ ARAHAN

1.

a) Hospital & Klinik b) Makmal Perubatan c) Klinik Pergigian d) Pusat Diagnostik e) Pusat Bersalin f) Pusat Fisioterapi/ Rehabilitasi g) Pusat Dialisis h) Optometri i) Perkhidmatan Perubatan Tradisional & Komplimentari

(PT&K) dibawah akta 775

Seperti Biasa

1) Beroperasi sebagaimana yang ditetapkan dengan pematuhan SOP 2) Bagi Perkhidmatan Perubatan Tradisional & Komplimentari (PT&K) tidak

dibenarkan: - Perkhidmatan yang melibatkan kontak fizikal secara langsunng dengan

pesakit - Perkhidmatan yang merangsang pengeluaran cairan tubuh (contoh:

kahak, hingus, darah, lender dan muntah) - Perkhidmatan berunsur kesejahteraan (wellness) - Lawatan ke rumah (Home visit)

2.

Sektor Perkhidmatan Veterinar a) Klinik Haiwan/ vaterinar b) Kedai Makanan Haiwan c) Kedai Penjagaan Haiwan

8.00 pagi – 8.00 malam Beroperasi sebagaimana yang ditetapkan dengan pematuhan SOP

Page 2: NOTIS PEMBERITAHUAN KAWALAN PERGERAKAN DI …

2 NOTIS HAD WAKTU OPERASI PERNIAGAAN DALAM TEMPOH PPN – FASA 1

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

BIL JENIS AKTIVITI WAKTU OPERASI DIBENARKAN CATATAN/ ARAHAN

3.

Sektor Pasar a) Pasar Awam & Persendirian

b) Pasar Awam milik MBJB c) Pasar Tani Kekal

Dengan Syarat Kemudahan Kepada Pelanggan Vaksinasi Lengkap

d) Pasar Tani e) Pasar Pagi f) Pasar Borneo g) Pasar Malam

a) 6.00 pagi – 4.00 ptg b) 6.00 pagi – 4.00 ptg c) 6.00 pagi – 4.00 ptg d) 7.00 pagi – 11.00 pagi e) 7.00 pagi – 11.00 pagi f) 9.00 pagi – 4.00 ptg g) 4.00 ptg – 8.00 malam

i) Beroperasi sebagaimana yang ditetapkan dengan pematuhan SOP dan pengawasan Pihak Berkuasa

KEMUDAHAN PADA PENERIMA VAKSINASI LENGKAP ii) Pelanggan yang mendapat kemudahan ini mestilah telah menerima

vaksinasi lengkap iii) Pasar pagi, pasar tani, pasar malam, dan pasar minggu

dibenarkan beroperasi dengan memastikan pelanggan yang ingin memasuki kawasan pasar pagi, pasar tani, pasar malam, dan pasar minggu mesti menunjukkan Kad Sijil Digital Vaksinasi COVID 19 yang membuktikan pelanggan tersebut telah divaksin lengkap.

4. Pasar Borong 12.01 pagi – 6.00 pagi

11.00 pagi – 4.00 petang

Beroperasi sebagaimana yang ditetapkan dengan pematuhan SOP dan pengawasan Pihak Berkuasa

5.

a) Stesen Minyak b) Mart/ Serbaneka di stesen minyak

a) 6.00 pagi – 8.00 malam (kecuali operasi stesen minyak di lebuhraya bertol yang dibenarkan 24 jam) b) 8.00 pagi – 8.00 malam

Beroperasi sebagaimana yang ditetapkan dengan pematuhan SOP

Page 3: NOTIS PEMBERITAHUAN KAWALAN PERGERAKAN DI …

3 NOTIS HAD WAKTU OPERASI PERNIAGAAN DALAM TEMPOH PPN – FASA 1

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

BIL JENIS AKTIVITI WAKTU OPERASI

DIBENARKAN CATATAN/ ARAHAN

6.

Sukan & Riadah a) Aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan secara

individu dikawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal terhad kepada joging, berbasikal, senaman dan permainan individu seperti

skateboarding, inline dan seumpamanya. b) Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi

terbuka (outdoor) dan separa terbuka termasuk kolam renang/ premis sukan & rekreasi air (terbuka / separa terbuka dengan pematuhan kepada 60% kapasiti penggunaan kawasan dengan kawalan penyeliaan kehadiran

c) Program latihan berpusat termasuk kejohanan atau pertandingan tertutup secara kuarantin yang dilaksankaan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) menggunkan konsep Camp Based Training

d) Program latihan berpusat secara kuaratin yang dilaksanakan oleh Majlis-Majlis Sukan Negeri (MSN Negeri) menggunakan konsep Camp Based Training

e) Program latihan berpusat termasuk perlawanan latihan secara kuarantin bagi pasukan-pasukan dalam Malaysian Football League (MFL) menggunakan model gelembung sukan (Camp Based Training)

f) Penganjuran perlawanan Liga Bola Sepak Malaysia anjuran Malaysian Football League (MFL) secara tertutup mengikut model gelembung sukan tanpa kehadiran penonton atau penyokong.

6.00 pagi – 8.00 malam

i) Mematuhi SOP Sektor Sukan & Rekreasi termasuk mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2- 3 meter dan dilakukan di dalam daerah yang sama sahaja.

ii) Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi tertutup (indoor) adalah terhad bagi tujuan pengurusan perlu kewangan penyelenggaraan dan seumpamanya sahaja dengan pematuhan tidak melebihi 30% tenaga kerja termasuk pengurusan dan operasi

BAGI INDIVIDU BELUM LENGKAP VAKSINASI iii) Aktiviti sukan dan rekreasi secara individu boleh dilakukan di kawasan terbuka

(termasuk taman terbuka awam dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang kurangnya 2 hingga 3 meter dan dilakukan dalam daerah yang sama. Aktiviti adalah seperti joging, senaman, berbasikal, skateboarding, inline skating dan

seumpamanya iv) Aktiviti sukan dan rekreasi yang dibenarkan tanpa melibatkan pengoperasian

fasiliti sukan dan rekreasi. KEMUDAHAN KEPADA PENERIMA VAKSINASI LENGKAP v) Penggunaan premis dan fasiliti sukan dan rekreasi adalah terhad bagi individu

yang telah melengkapkan vaksinasi sahaja bagi melakukan semua aktiviti sukan dan rekreasi secara individu yang tidak bersentuhan fizikal bagi tujuan kesihatan kecergasan dan kemahiran kendiri dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang kurangnya 2 hingga 3 meter dan dilakukan dalam daerah yang sama sahaja

vi) Aktiviti yang boleh dilakukan di premis fasiliti adalah seperti renang, ekuestrian, menembak, tenis/ badminton (single), golf, permotoran, memancing dan seumpamanya

vii) Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi komersial terbuka (ourdoor) dan separa terbuka termasuk kolam renang/ premis sukan & rekreasi air (terbuka/ separa terbuka) dengan pematuhan kepada 60% kapasiti penggunaan kawasan DENGAN kawalan penyeliaan. Kehadiran pekerja adalah tidak melebihi 60% tenaga kerja merangkumi pengurusan dan operasi Penggunaan adalah dalam kalangan individu yang telah MELENGKAPKAN vaksinasi sahaja. Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap juga dibenarkan membawa anak anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi aktiviti tersebut dengan pematuhan SOP yang ketat

viii) Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi komersial terbuka (outdoor) dan separa terbuka termasuk kolam renang/ premis sukan & rekreasi air (terbuka/ separa terbuka) awam.

ix) Aktiviti dine in di restoran atau kafe di premis seperti club house adalah dibenarkan.

Namun operasi bilik mandi adalah tidak dibenarkan x) Aktiviti perkelahan dan perkhemahan adalah dibenarkan dalam daerah yang sama.

Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi aktiviti tersebut dengan pematuhan SOP yang ketat

Page 4: NOTIS PEMBERITAHUAN KAWALAN PERGERAKAN DI …

4 NOTIS HAD WAKTU OPERASI PERNIAGAAN DALAM TEMPOH PPN – FASA 1

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

BIL JENIS AKTIVITI WAKTU OPERASI

DIBENARKAN CATATAN/ ARAHAN

7.

a) Restoran

b) Kedai Makan/ Kedai Buah-Buahan (Premis) c) Medan Selera/ Pusat Penjaja d) Gerai Makan (berbumbung) e) Kiosk f) Gerai makan milik MBJB g) Penjaja statik (warung/gerai)

6.00 pagi – 10.00 malam

i) Pengusaha restoran termasuk di hotel, rumah kelab sukan dan rekreasi, kedai makan, gerai makan, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan, dan kiosk dibenarkan menyediakan perkhidmatan dine-in dengan mematuhi syarat berikut: • Hanya menerima pelanggan yang telah lengkap divaksin dan tidak bergejala • Pemilik premis perniagaan mesti memaparkan notis penerimaan pelanggan

yang telah lengkap divaksin dan tidak bergejala sahaja di pintu masuk premis • Pekerja yang telah menerima vaksin dos lengkap dan tidak bergejala

sahaja dibenarkan bekerja dengan kadar vaksinasi berikut: a) 40%: Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60% pekerja b) 60%: Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 80% pekerja

c) 80%: Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100% pekerja • Pemilik premis perniagaan perlu memastikan susun atur meja mengikut

penjarakan dan premis mempunyai sistem pengudaraan (ventilation) yang baik

• Aktiviti dine in dengan kapasiti 50% setiap meja dan penjarakan fizikal sekurang- kurangnya 1 meter tertakluk kepada SOP KPDNHEP PPN Fasa 1- Perdagangan Pengedaran

ii) Digalakkan jualan secara bawa pulang/ take away, delivery, dan drive-thru. iii) Digalakkan membuat tempahan secara atas talian untuk take away iv) Pastikan disediakan tempat cuci tangan lengkap dengan sabun v) Menggalakkan penggunaan peralatan makan biodegradable pakai buang BAGI INDIVIDU BELUM LENGKAP VAKSINASI vi) Dine in dan perkhidmatan park & dine tidak dibenarkan. KEMUDAHAN KEPADA PENERIMA VAKSINASI LENGKAP vii) Bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak

anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in di premis dengan mematuhi protokol kesihatan umum

Page 5: NOTIS PEMBERITAHUAN KAWALAN PERGERAKAN DI …

5 NOTIS HAD WAKTU OPERASI PERNIAGAAN DALAM TEMPOH PPN – FASA 1

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

BIL JENIS AKTIVITI WAKTU OPERASI

DIBENARKAN CATATAN/ ARAHAN

8.

a) Penjaja Tepi Jalan (sementara) b) Penjaja Beredar c) Foodtruck d) Luton Van e) Food Street/ Back Street

*Hanya bagi pemilik/ pengusaha yang memiliki lesen perniagaan yang sah dari MBJB

6.00 pagi – 10.00 malam

i) Pengusaha kenderaan bersaji, penjaja tepi jalan, penjaja beredar, pusat penjaja dibenarkan menyediakan perkhidmatan dine-in dengan mematuhi syarat berikut: • Hanya menerima pelanggan yang telah lengkap divaksin dan tidak bergejala

• Pemilik premis perniagaan mesti memaparkan notis penerimaan pelanggan

yang telah lengkap divaksin dan tidak bergejala sahaja di pintu masuk premis

• Pekerja yang telah menerima vaksin dos lengkap dan tidak bergejala

sahaja dibenarkan bekerja dengan kadar vaksinasi berikut:

d) 40%: Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60% pekerja

e) 60%: Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 80% pekerja

f) 80%: Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100% pekerja • Pemilik perniagaan perlu memastikan susun atur meja mengikut penjarakan

dan premis mempunyai sistem pengudaraan (ventilation) yang baik

• Aktiviti dine in dengan kapasiti 50% setiap meja dan penjarakan fizikal sekurang- kurangnya 1 meter tertakluk kepada SOP KPDNHEP PPN Fasa 1- Perdagangan Pengedaran

ii) Digalakkan jualan makanan dan minuman secara bawa pulang/ take away, delivery, dan drive-thru.

iii) Kepentingan untuk menghadkan bilangan pelanggan di kawasan perniagaan pada satu-satu masa

iv) Tidak dibenarkan berkumpul semasa menunggu pesanan.

v) Menggalakkan penggunaan peralatan makan biodegradable pakai buang

BAGI INDIVIDU BELUM LENGKAP VAKSINASI

vi) Dine in dan perkhidmatan park & dine tidak dibenarkan. KEMUDAHAN KEPADA PENERIMA VAKSINASI LENGKAP vii) Bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak

anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in di premis dengan mematuhi protokol kesihatan umum

Page 6: NOTIS PEMBERITAHUAN KAWALAN PERGERAKAN DI …

6 NOTIS HAD WAKTU OPERASI PERNIAGAAN DALAM TEMPOH PPN – FASA 1

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

BIL JENIS AKTIVITI WAKTU OPERASI

DIBENARKAN CATATAN/ ARAHAN

9.

Sektor Perdagangan Pengedaran Tanpa Syarat Vaksin 1) Kompleks membeli-belah ditutup kecuali pasar raya/ pasar raya besar dan

departmental store termasuk semua perkhidmatan perlu yang disenaraikan bagi dibenarkan.

2) Pasar raya dan pasar raya besar 3) Departmental store 4) Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai penjagaan diri dan mini mart 5) Kedai Farmasi 6) Dobi dan Dobi Layan Diri – SYARAT dobi layan diri perlu ada pekerja

sentiasa dipremis bagi pematuhan SOP yang ditetapkan 7) Kedai Cermin Mata dan barang optik 8) Kedai hardware 9) Bengkel kenderaan, penyelenggaraan alat ganti 10) E-dagang (semua kategori produk) 11) Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan

perlu sahaja) 12) Operasi kurier 13) Kedai telekomunikasi (Menjual telefon/ membaiki telefon/ menjual tambah

nilai- top up/ aksesori) 14) Kedai input pertanian (baja/ racun) 15) Kedai buah-buahan 16) Kedai menjual barangan bayi 17) Kedai barang keagamaan 18) Kedai gas 19) Penjual bunga bagi tujuan keagamaan (kiosk dan gerai berhampiran kuil) 20) Kedai komputer 21) Kedai buku dan alat tulis (termasuk perkhidmatan seperti percetakan,

fotostat, penjilidan, binding dan laminate adalah dibenarkan) Dengan Syarat Kemudahan Kepada Pelanggan Vaksinasi Lengkap 22) Kedai cuci kenderaan 23) Kedai elektrik dan elektronik 24) Kedai barangan rumah dan peralatan dapur 25) Kedai perabot 26) Kedai peralatan sukan 27) Kedai aksesori kenderaan

28) Pusat pengedaran dan jualan kenderaan 29) Kedai pakaian, fesyen dan aksesori (kasut/beg/ stokin dll) 30) Kedai barang kemas 31) Kedai gunting rambut dan pusat/ salun kecantikan (perkhidmatan gunting

rambut asas sahaja)

8.00 pagi – 8.00 malam

i. Beroperasi sebagaimana yang ditetapkan dengan pematuhan SOP

ii. Hanya premis restoran/ medan selera/ kedai makan &

minuman/ kiosk makanan & minuman dalam pusat beli-

belah atau pasaraya boleh beroperasi lanjut masa hingga 10.00

malam tertakluk pada kebenaran pihak pengurusan bangunan

masing-masing.

KEMUDAHAN KEPADA PENERIMA VAKSINASI LENGKAP iii. Pelanggan yang mendapat kemudahan ini mestilah telah

menerima vaksinasi lengkap 1. Kedai cuci kenderaan 2. Kedai elektrik dan elektronik 3. Kedai barangan rumah dan peralatan dapur 4. Kedai perabot 5. Kedai peralatan sukan 6. Kedai aksesori kenderaan 7. Pusat pengedaran dan jualan kenderaan 8. Kedai pakaian, fesyen dan aksesori 9. Kedai barang kemas 10. Kedai gunting rambut dan pusat/ salun kecantikan

(perkhidmatan gunting rambut asas sahaja) iv. Pemilik premis perlu memastikan pelanggan yang ingin

memasuki premis mesti menunjukkan Kad Sijil Digital Vaksinasi COVID 19 yang membuktikan pelanggan tersebut telah divaksin lengkap

v. Bagi ibu bapa penjaga yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak anak berusia 17 tahun dan ke bawah ke premis tersebut dengan mematuhi protokol kesihatan umum

Page 7: NOTIS PEMBERITAHUAN KAWALAN PERGERAKAN DI …

7 NOTIS HAD WAKTU OPERASI PERNIAGAAN DALAM TEMPOH PPN – FASA 1

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

BIL JENIS AKTIVITI WAKTU OPERASI

DIBENARKAN CATATAN/ ARAHAN

10.

Sektor Pertanian, Perikanan, Perladangan dan komoditi a) Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya

(contoh: kedai menjual baja dan racun/ kilang memproses buah sawit)

b) Perladangan dan komoditi serta rantaiannya (kelapa sawit, getah, lada dan koko)

c) Aktiviti memancing bagi tujuan sara hidup

8.00 pagi – 8.00 malam

i) Beroperasi sebagaimana yang ditetapkan dengan pematuhan SOP ii) Aktiviti memancing bagi tujuan sara hidup adalah dibenarkan dan bukan

bagi tujuan riadah

11.

Sektor Pengilangan dan Pembuatan a) Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and

overhaul – MRO)

b) Makanan dan minuman c) Bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan

bahan makanan dan kesihatan d) Barang-barang penjagaan diri dan bahan pencuci e) Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk

penokok diet f) Peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan

getah dan peralatan keselamatan kebakaran g) Komponen bagi peranti perubatan h) Elektrik dan elektronik (kepentingan rantaian ekonomi

global) i) Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan

produk petrokimia

j) Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan makanan sahaja

k) Tekstil (yang melibatkan pengeluaran PPE) l) Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan

pengagihan bahan api dan pelincir

Seperti Biasa

i) Beroperasi sebagaimana yang ditetapkan dengan pematuhan SOP ii) Pemilik syarikat dalam sektor pengilangan dan pembuatan dalam

perkhidmatan perlu mendaftarkan syarikat serta mendapat kebenaran beroperasi terkini dengan MITI (https://notification.miti.gov.my)

Kemudahan Tambahan Pada Penerima Vaksinasi Lengkap: iii) Bagi aktiviti yang tidak disenaraikan dalam Senarai Perkhidmatan Perlu

Sektor Pembuatan dan Pembinaan yang mencapai kadar vaksinasi lengkap bagi pekerja dibenarkan beroperasi seperti berikut: (a) 40% Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60% pekerja (b) 60% Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 80% pekerja (c) 80% Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100% pekerja

iv) Ujian RTK Antigen ke atas pekerja dilaksanakan setiap 2 minggu dengan

kos ditanggung majikan

Page 8: NOTIS PEMBERITAHUAN KAWALAN PERGERAKAN DI …

8 NOTIS HAD WAKTU OPERASI PERNIAGAAN DALAM TEMPOH PPN – FASA 1

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

BIL JENIS AKTIVITI WAKTU OPERASI

DIBENARKAN CATATAN/ ARAHAN

12.

Sektor Pembinaan a) Kerja-kerja pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan

kritikal b) Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam c) Kerja-kerja pembinaan bangunan yang menyediakan

penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) yang diluluskan

d) Kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan oleh kontraktor G1, G2, G3 dan G4.

e) Kerja-kerja pengubahsuaian rumah kediaman perseorangan

f) Kerja-kerja pembinaan projek Kerajaan (Government Funded Project)

g) Kerja-kerja penyiasatan tanah h) Perkhidmatan professional/ perunding yang terlibat bagi

kerja-kerja pembinaan yang dibenarkan beroperasi. i) Perkhidmatan dalam rantaian bekalan yang terlibat bagi

kerja-kerja pembinaan yang dibenarkan beroperasi. (Kedai jubin, kedai kaca, menjual & membuat kunci, kedai cermin/ tingkap/ pintu, aluminium, plastik, keluli, besi, alat- alat keselamatan, kedai menjual alat penapis)

Seperti Biasa

i) Beroperasi sebagaimana yang ditetapkan dengan pematuhan SOP ii) Pemilik syarikat dalam sektor pembinaan perlu mendaftarkan

syarikat serta mendapat kebenaran beroperasi terkini dengan MITI (https://notification.miti.gov.my)

Kemudahan Tambahan Pada Penerima Vaksinasi Lengkap: iii) Bagi aktiviti yang tidak disenaraikan dalam Senarai Perkhidmatan

Perlu Sektor Pembuatan dan Pembinaan yang mencapai kadar vaksinasi lengkap bagi pekerja dibenarkan beroperasi seperti

berikut: iv) 40% Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60% pekerja v) 60% Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 80% pekerja vi) 80% Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100% pekerja vii) Ujian RTK Antigen ke atas pekerja dilaksanakan setiap 2 minggu

dengan kos ditanggung majikan

13. Perkhidmatan Perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar

Seperti Biasa Beroperasi sebagaimana yang ditetapkan dengan pematuhan SOP

14.

Sektor Perkhidmatan Kewangan dan Rantaiannya a) Institusi Kewangan (Perbankan, kemudahan mesin ATM/

CDM, Insurans, Takaful dan entiti-entiti lain yang dilesen, diilulus atau didaftar oleh Bank Negara Malaysia)

b) Entiti-entiti pasaran modal yang dilesen, didaftar atau dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

c) Pemegang lesen perniagaan perkhidmatan wang d) Ejen perbankan, ejen dan agensi insurans/ takaful e) Agensi kaunseling & pengurusan kredit (AKPK) f) Kredit komuniti (pajak gadai dan Ar-Rahnu)

i. Seperti Biasa (a) dan (b) ii. 8.00 pagi - 8.00 malam

(c) hingga (f)

i) Beroperasi sebagaimana yang ditetapkan dengan pematuhan SOP Waktu operasi berhadapan pelanggan dan orang ramai termasuk SSTs adalah dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam

Page 9: NOTIS PEMBERITAHUAN KAWALAN PERGERAKAN DI …

9 NOTIS HAD WAKTU OPERASI PERNIAGAAN DALAM TEMPOH PPN – FASA 1

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

BIL JENIS AKTIVITI WAKTU OPERASI

DIBENARKAN CATATAN/ ARAHAN

15.

Sektor Telekomunikasi Digital, Perkhidmatan Perniagaan Global dan E-Dagang a) Infrastuktur telekomunikasi dan digital termasuk

perkhidmatan ICT dan perkhidmatan perniagaan global (GBS)

b) E-Dagang dan rantaiannya termasuk perkhidmatan e-marketplace, pembayaran digital dan pusat internet e-dagang setempat

Seperti Biasa Beroperasi sebagaimana yang ditetapkan dengan pematuhan SOP

16.

Sektor Perhotelan a) Hotel b) Premis Penginapan

Seperti Biasa

i) Beroperasi sebagaimana yang ditetapkan dengan pematuhan SOP ii) Hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi

perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan

iii) Restoran/ kafe/ dapur dibenarkan penyediaan secara pack food / take away/ delivery/ room service.

iv) Tidak dibenarkan beroperasi: a) Fasiliti hotel, kolam renang, gym atau SPA

17.

Sektor Pemajuan Perumahan a) Pejabat pengurusan pemaju perumahan b) Urusan serahan notis milikan kosong (vacant possession)

dan kunci rumah c) Kerja-kerja baik pulih kerosakan kritikal dalm tempoh liability

kecacatan (defect liability period) d) Kerja-kerja pembinaan untuk Rumah Mesra Rakyat (RMR) di

bawah SPNB bagi kontraktor G1 hingga G4

Seperti Biasa

i) Beroperasi sebagaimana yang ditetapkan dengan pematuhan SOP termasuk SOP bagi:

b) SOP Sektor Pemajuan Perumahan c) SOP Pembinaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya

(KKR)

Page 10: NOTIS PEMBERITAHUAN KAWALAN PERGERAKAN DI …

10 NOTIS HAD WAKTU OPERASI PERNIAGAAN DALAM TEMPOH PPN – FASA 1

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

BIL JENIS AKTIVITI WAKTU OPERASI

DIBENARKAN CATATAN/ ARAHAN

18.

Lain-Lain Sektor Perkhidmatan a) Utiliti (air dan tenaga) b) Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan,

kebajikan dan bantuan kemanusiaan. c) Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan

pembentungan d) Pengangkutan melalui darat, air atau udara e) Perkhidmatan feri (bukan tujuan pelancongan) f) Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan

lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan

atau pemukalan komoditi. g) Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos

dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja)

h) Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu i) Perundangan dan kehakiman j) Guaman dan pesuruhjaya sumpah k) Perkhidmatan Perakaunan l) Perkhidmatan profesional dan juru perunding (tertakluk

kepada pihak berkuasa kawal selia Badan Profesioanal berkenaan)

Seperti Biasa Beroperasi sebagaimana yang ditetapkan dengan pematuhan SOP

19.

Sektor Pendidikan a) Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di IPT di

bawah kawal selia KPT dilaksanakan secara dalam talian b) Menghadiri peperiksaan skolah antarabangsa dan sekolah

ekspatriat yang telah ditetapkan oleh badan peperiksaan antarabangsa

c) Pelajar yang menduduki peperiksaan antarabangsa dan badan professional serta aktiviti penyelidikan yang memerlukan kemudahan makmal di (IPT)

d) Pelajar yang berada di asrama selain di bawah KPM, universiti atau institusi Pendidikan agensi lain

Seperti Biasa i) Beroperasi sebagaimana yang ditetapkan dengan pematuhan

SOP ii) Pelajar yang berada di asrama dibenarkan kekal berada dalam

asrama

20. Sektor Penjagaan Sosial a) Pusat Jagaan Harian atau pusat rehabilitasi bagi Orang Kurang

Upaya (OKU), warga emas, wanita dan pusat jagaan pelbagai Seperti Biasa

Dibenarkan beroperasi dengan kebenaran beroperasi oleh Kementerian/Agensi berkaitan.

Page 11: NOTIS PEMBERITAHUAN KAWALAN PERGERAKAN DI …

11 NOTIS HAD WAKTU OPERASI PERNIAGAAN DALAM TEMPOH PPN – FASA 1

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

BIL JENIS AKTIVITI WAKTU OPERASI

DIBENARKAN CATATAN/ ARAHAN

21.

Seminar, Bengkel, Kursus, Latihan dan Ceramah a) Seminar, bengkel kursus, latihan dan ceramah yang

dilaksanakan secara dalam talian (online) b) Temuduga kritikal yang perlu dilaksanakan adalah dibenarkan

secara bersemuka dan dalam talian.

Seperti Biasa Beroperasi sebagaimana yang ditetapkan dengan pematuhan SOP

22.

Sektor Perlombongan dan Pengkuarian a) Pembekalan mineral, bahan batuan serta pergerakannya dari

lombong atau kuari ke premis atau tapak projek pembinaan infrastruktur awam yang utama dan kerja-kerja pembinaan bangunan

b) Pembekalan simen serta pergerakannya ke premis atau tapak projek pembinaan insfrastruktur awam yang utama dan kerja-kerja pembinaan bangunan

c) Kerja-kerja penyelenggaraan lombong dan kuari d) Pengoperasian lombong dan kuari

8.00 pagi- 8.00 malam

i) Beroperasi sebagaimana yang ditetapkan dengan pematuhan SOP

ii) Pemilik syarikat dalam sektor perlombongan dan pengkuarian perlu mendaftarkan syarikat serta mendapat kebenaran beroperasi terkini dengan MITI (https://notification.miti.gov.my)

iii) Bagi sektor perlombongan dan pengkuarian yang mencapai kadar vaksinasi lengkap bagi pekerja dibenarkan beroperasi seperti berikut:

iv) Kurang 60%: Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60 pekerja

v) 60%: Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 80 pekerja vi) 80%: Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100 pekerja vii) Ujian RTK Antigen ke atas pekerja dilaksanakan setiap 2

minggu dengan kos ditanggung majikan

23.

Lain-lain a) Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan

sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia

perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan

8.00 pagi- 8.00 malam Beroperasi sebagaimana yang ditetapkan dengan pematuhan SOP

AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN

BIL JENIS AKTIVITI CATATAN/ ARAHAN

24.

Perniagaan Dan Perkhidmatan 1) Bazar JB/ Car Boot Sale 2) Operasi kafe siber dan pusat siber 3) Aktiviti fotografi 4) Kedai gambar/ menjual kamera/ studio 5) Kedai perkhidmatan percetakan/ fotokopi/ logo/ stiker/ cap getah (rubber stamp) 6) Agensi Nombor Ramalan (NFO)- termasuk induk dan pusat jualan/ kasino 7) Operasi SPA, Refleksologi, Pusat Urutan 8) Wellness dan salun kecantikan 9) Perkhidmatan pedicure dan manicure

Tidak Dibenarkan

Page 12: NOTIS PEMBERITAHUAN KAWALAN PERGERAKAN DI …

12 NOTIS HAD WAKTU OPERASI PERNIAGAAN DALAM TEMPOH PPN – FASA 1

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN

BIL JENIS AKTIVIIT CATATAN/ ARAHAN

24.

10) Kedai langsir/ permaidani 11) Kedai menjahit pakaian 12) Butik Andaman/ pengantin 13) Kedai alat permainan 14) Perkhidmatan kerja ke rumah (Coway dll) 15) Kolam pancing dalam premis tertutup (indoor) 16) Kedai bunga/ nurseri/ barangan landskap/ tapak semaian 17) Kedai menjual minyak wangi/ menjual kosmetik/ butik kecantikan 18) Pejabat persatuan/ kelab komuniti 19) Kedai bingkai gambar

20) Kedai pengiklanan/ membuat iklan 21) Menjual tembakau/ perusahaan tembakau (termasuk di duty-free shop lot) 22) Kedai menjual peralatan karaoke/ audio 23) Pejabat am/ agensi hartanah 24) Kedai barangan terpakai 25) Bengkel kimpalan/ kejuruteraan 26) Perusahaan/ peniaga kecil dan sederhana 27) Kedai menjual keranda & batu nisan 28) Kedai besi 29) Kedai getah 30) Kedai tembikar 31) Membeli/ menjual barangan kitar semula 32) Perkhidmatan tabib (akupuntur)

33) Pejabat urusan/ kontraktor hiasan dalaman 34) Kedai menjual/ membuat cenderamata 35) Kedai jam/ membaiki jam 36) Operasi kilang dan kedai minuman keras

Tidak Dibenarkan

Page 13: NOTIS PEMBERITAHUAN KAWALAN PERGERAKAN DI …

13 NOTIS HAD WAKTU OPERASI PERNIAGAAN DALAM TEMPOH PPN – FASA 1

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN

BIL JENIS AKTIVIT CATATAN/ ARAHAN

25.

Sektor Pendidikan a) Semua Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran,

sekolah selain di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pusat tahfiz dan institusi-institusi pendidikan lain

b) Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM, institusi pendidikan swasta kategori sekolah dan pusat tuisyen, pusat Bahasa, pusat kemahiran(Kelas Tuisyen/ Muzik/ Tarian/ Kelas Seni/ Kelas Mengaji/ Kelas Bahasa dan sebagainya), pusat bimbingan dan lain-lain yang berdaftar di bawah KPM

c) Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kecuali kepada pelajar IPT yang berkeperluan

Tidak Dibenarkan

26. Taska, Tabika dan Tadika Taska, tadika di sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun

Tidak Dibenarkan kecuali hanya untuk anak-anak di mana kedua-dua ibu bapa dan penjaga merupakan petugas barisan hadapan dan bekerja dalam perkhidmatan perlu

27.

Sukan & Riadah a) Semua aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan secara berkumpulan atau bersentuhan

fizikal. b) Semua aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan di kawasan tertutup (indoor) c) Kehadiran penonton atau penyokong ke venue sukan dan rekreasi. d) Penganjuran kejohanan atau pertandingan atau perlawanan tempatan dan antarabangsa

kecuali pertandingan/ kejohanan dalaman atau tertutup anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) dan perlawanan liga pasukan-pasukan di bawah Malaysian Football League (MFL)

e) Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan di luar atau merentas kawasan arahan kawalan pergerakan yang sedang dikuat kuasa kecuali mendapat kebenaran PDRM

Tidak Dibenarkan

28.

Industri Kreatif a) Pembangunan dan penyiaran kandungan keatif secara rakaman atau siaran langsung

merangkumi animasi, penggambaran filem, drama, promosi, sitkom dan seumpamanya, termasuk aktiviti seni tari, seni teater, seni muzikal, persembahan kebudayaan dan warisan serta seni muzik.

b) Penyiaran secara rakaman atau secara langsung c) Pawagam dan pawagam pandu masuk d) Aktiviti indoor atau outdoor busking

Tidak Dibenarkan kecuali: i) Bual bicara dan live streaming secara individu ii) Program berbentuk penyampaian maklumat (selain daripada hiburan) seperti

berita, forum dan bual bicara iii) Indoor atau outdoor busking di Pusat Pemberian Vaksin

29.

Seminar, Bengkel, Kursus, Latihan dan Ceramah a) Latihan dalam perkhidmatan b) Seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, pameran, ceramah dan aktiviti

berkaitan dengan Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) secara

bersemuka c) Institut latihan memandu dan pusat latihan maritime d) Pusat Latihan Penerbangan

Tidak Dibenarkan kecuali: Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan menerusi kaedah Camp Based Training

Page 14: NOTIS PEMBERITAHUAN KAWALAN PERGERAKAN DI …

14 NOTIS HAD WAKTU OPERASI PERNIAGAAN DALAM TEMPOH PPN – FASA 1

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN

BIL JENIS AKTIVITI CATATAN/ ARAHAN

30.

Aktiviti Hiburan a) Aktiviti di kelab malam atau pub b) Snuker/ pool table c) Aktiviti di panggung wayang d) Persembahan di lounge hotel

Tidak Dibenarkan

31.

Majlis Sosial a) Majlis rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan & Swasta b) Majlis Sosial seperti kenduri- kendara, majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri, majlis

meraikan pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial

c) Menerima tetamu atau pelawat di kediaman kecuali kes-kes kecemasan dan perkhidmatan penghantaran (delivery)

Tidak Dibenarkan

32.

Aktiviti Pelancongan Dan Kebudayaan a) Syarikat pengendali pelancongan b) Produk tarikan pelancong awam seperti zoo, farms, akuarium, pusat edutainment,

extreme adventure, nature parks dan lain-lain c) Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat

atau kampung seni warisan budaya, pentas persembahan budaya dan lain-lain d) Taman Tema, Pusat Hiburan Keluarga, indoor playground dan karaoke termasuk karaoke

keluarga e) Aktiviti pelancongan ke luar daerah dan negeri f) Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam

negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia

Tidak Dibenarkan

33.

Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan a) Aktiviti perkelahan dan perkhemahan bagi individu yang tidak lengkap divaksinasi. b) Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir disuatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah

Kesihatan c) Mana-mana aktiviti yang tidak disenaraikan dalam SOP MKN d) Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa

Page 15: NOTIS PEMBERITAHUAN KAWALAN PERGERAKAN DI …

15 NOTIS HAD WAKTU OPERASI PERNIAGAAN DALAM TEMPOH PPN – FASA 1

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

Peringatan tentang Pelaksanaan Langkah-langkah Pencegahan Penularan Wabak Penyakit:

Kebenaran Operasi dan Pergerakan bagi Perkhidmatan Awam dan Swasta 1) Semua sektor ekonomi dan perniagaan yang diluluskan dan dibenarkan oleh Kementerian atau Agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh PPN. Pergerakan pekerja adalah

tertakluk kepada pendaftaran atau surat kelulusan beroperasi atau pas pekerja atau surat pengesahan majikan.

2) Syarikat-syarikat dan pemilik yang terlibat dengan perkhidmatan perlu (essential service) perlu berdaftar dengan pangkalan data MITI iaitu COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) melalui pautan https://notification.miti.gov.my serta memaparkan surat kebenaran yang diperolehi.

3) Sektor perkhidmatan awam:

a) Hanya dibenarkan bagi perkhidmatan fontliners, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan manakala selainnya adalah 100% Bekerja Dari Rumah (BDR) berdasarkan Pekeliling

atau Arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). b) Hanya untuk perkhidmatan perlu dengan kehadiran tidak melebihi 40% pada satu-satu masa c) Kaunter Perkhidmatan Kerajaan dibenarkan beroperasi secara fizikal melibatkan:

- Perkhidmatan yang tiidak boleh dilaksanakan secara dalam talian - Kapasiti petugas kaunter tidak melebihi 50% - Kehadiran pelanggan secara fizikal hanya melalui temujanji berjadual

4) Sektor perkhidmatan swasta: a) Dibenarkan beroperasi dengan keberadaan 60% untuk perkhidmatan perlu termasuk operasi dan pengurusan b) Semua sektor perkhidmatan perlu yang diluluskan oleh Kementerian atau Agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh PPN tertakluk kepada surat kelulusan Kementerian

yang berkaitan yang berkuatkuasa mulai 1 Jun 2021 Pergerakan pekerja adalah tertakluk kepada pendaftaran atau surat kelulusan beroperasi atau pas pekerja atau surat pengesahan majikan

Vaksinasi Lengkap

Individu yang telah lengkap divaksin adalah individu yang telah memenuhi kriteria- kriteria berikut:

1) Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac) individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke 14 dari tarikh suntikan dos kedua, atau;

2) Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino) individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke 28 dari tarikh suntikan

Protokol Kesihatan Umum 1) Pemegang lesen dan pemilik premis diwajibkan menyediakan kemudahan kod QR MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan.

2) Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

3) Hand sanitizer disediakan di pintu masuk dan dipastikan penggunaannya sebelum masuk.

Page 16: NOTIS PEMBERITAHUAN KAWALAN PERGERAKAN DI …

16 NOTIS HAD WAKTU OPERASI PERNIAGAAN DALAM TEMPOH PPN – FASA 1

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

4) Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan pelanggan check in premis menggunakan MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon sekiranya tiada liputan

internet.

5) Pelanggan dan pengunjung diwajibkan check in MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon yang boleh dibaca sebelum memasuki premis.

6) Bagi kompleks membeli belah, pasar raya atau departmental store, pelanggan hanya perlu menjalankan imbasan suhu badan sekali sahaja di pintu masuk kompleks dan bukan di setiap

premis perniagaan bawah satu kompleks.

7) Suhu badan melebihi 37.5 ˚C adalah tidak dibenarkan memasuki kompleks dan premis.

8) Pihak pemilik kompleks dan premis di luar kompleks perlu memastikan hanya pelanggan dengan status ‘Low Risk’ termasuk ‘Casual Contact Low Risk’ dalam MySejahtera

sahaja yang dibenarkan masuk ke kompleks atau premis masing-masing.

9) Kanak-kanak berumur 17 tahun dan kebawah tidak digalakkan untuk berada di tempat dan kemudahan awam kecuali bagi tujuan kecemasan, rawatan dan pendidikan.

10) Pemegang lesen dan pemilik premis menghadkan bilangan pelanggan berada di dalam premis dengan penjarakan fizikal 1 meter radius dalam sesuatu masa. Penggunaan sistem nombor

giliran digalakkan bagi pelanggan masuk dari sesuatu premis.

11) Semua pemilik/pengusaha premis diminta mengikuti Langkah-langkah Kerja Pembersihan (Disinfeksi) menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite yang

selaras dengan tatacara yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada mana-mana permukaan yang bersentuhan serta alatan yang diguna sama oleh orang ramai

terutamanya troli, bakul barangan, tombol pintu, kaunter bayaran, eskalator, nozzle pump, dan sebagainya secara kerap atau sebaik-baiknya pada setiap kali digunakan.

12) Proses nyah kuman dan pembersihan dilaksanakan 2 atau 3 kali sehari dalam tempoh operasi terutamanya di kawasan umum atau guna sama seperti production floor, lobi, lif, surau,

tandas, stor, pejabat, kaunter, kafeteria/ kantin, bilik mesyuarat, dewan serbaguna dan lain-lain.

13) Mewajibkan/ menggalakan pemakaian topeng muka (face mask) kepada semua pekerja yang sedang bertugas mengikut jenis perkhidmatan.

14) Memastikan ventilasi dan sistem pengudaraan yang baik di premis berdasarkan garis panduan pengudaraan dan kualiti udara dalaman yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan

dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

15) Diwajibkan memakai pelitup muka terutama apabila berada di tempat awam yang sesak kecuali bagi aktiviti dan tempat seperti berikut:

a) Bilik hotel atau penginapan berbayar bersendirian dan melibatkan ahli isi rumah

b) Ruang kerja bersendirian

c) Aktiviti sukan dan rekreasi

d) Kenderaan sendiri dan melibatkan ahli isi rumah

e) Kawasan dan tempat awam indoor atau outdoor tanpa ada individu lain

f) Sewaktu makan dan minum di tempat awam tanpa ada individu lain selain di restoran atau premis makanan

Page 17: NOTIS PEMBERITAHUAN KAWALAN PERGERAKAN DI …

17 NOTIS HAD WAKTU OPERASI PERNIAGAAN DALAM TEMPOH PPN – FASA 1

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

16) Menggalakkan sistem temujanji secara atas talian/online terhadap pelanggan yang ingin berurusan di premis dan juga sistem pesanan serta penghantaran secara atas talian bagi

mengelakkan kesesakan atau orang ramai berkumpul dalam satu lokasi yang sama dalam tempoh yang panjang.

17) Menggalakkan penggunaan peralatan makan jenis pakai buang biodegrasi (biodegradable).

18) Menggalakkan kaedah pembayaran tanpa wang tunai atau cashless (e-wallet, kad kredit dan lain-lain) bagi premis yang mempunyai kemudahan ini terutamanya pasaraya mini, kedai

runcit dan kedai serbaneka.

19) Pemilik premis, aktiviti atau program yang disenaraikan dalam senarai Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) hendaklah mengambil tindakan intervensi iaitu

melaksanakan sanitasi premis, meningkatkan kawalan dan pemantauan pematuhan pelanggan dan melaksanakan penutupan premis jika diarahakan oleh Pegawai Kesihatan Daerah

selepas penilaian risiko dijalankan.

20) Melaksanakan lain-lain arahan dan prosedur operasi standard bagi setiap sektor yang dibenarkan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berdasarkan panduan yang telah

dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dari semasa ke semasa.

21) Melaksanakan langkah-langkah pencegahan penularan wabak penyakit lain yang sesuai mengikut panduan dan saranan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke

semasa.

Pengusaha premis perniagaan diminta mematuhi arahan ini BERMULA 21 Ogos 2021 (12.01 pagi) selaras dengan peruntukan kepada kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru di bawah

Seksyen 72(1)(f), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Pemakluman dan arahan ini dikeluarkan dari masa ke semasa dan akan dipinda jika ada arahan selanjutnya dari pihak Kerajaan Negeri. Kerjasama dan tindakan tuan/puan dalam perkara ini

diucapkan terima kasih.

Dengan Arahan;

Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Johor Bahru

*Dikemaskini pada 21 Ogos 2021