menteri kesihatan malaysia kenyataan akhbar … · 2018-12-04 · manakala 165 keping notis di...

2
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KENYATAAN AKHBAR MENTERI KESIHATAN MALAYSIA PENGUATKUASAAN OPSGEMPUR AEDES SIRI 3/2013 Kementerian Kesihatan Malaysia amat prihatindengan penjagaan kesihatan awam untuk melindungi masyarakat daripada jangkitan penyakit berjangkit terutamanya peningkatan kes Denggi yang semakin ketara kebelakangan ini. Untuk tujuan menyedarkan masyarakat, KementerianKesihatan Malaysia telah melancarkan operasi penguatkuasaan AktaPemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (APSPP) dengan tema "Ops Gempur Aedes" di seluruh negara pada09 September 2013. Operasi bersepadu penguatkuasaan ini melibatkan lokaliti yang dikenalpasti bermasalah kejadian kes Denggi di seluruh negara. Penghuni-penghuni atau pemilik premis di lokaliti tersebut telah dimaklumkan terlebih dahulu sebelum operasi dijalankan untuk memastikan aktiviti penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan adil dantelus. Hasil daripada operasi "Ops Gempur Aedes" ini sejumlah 17,774 buah premis telah diperiksa oleh anggota penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia dan PihakBerkuasa Tempatan. Daripada jumlah tersebut 181 premis telah didapati positif dengan pembiakan nyamuk Aedes. Sebanyak108 kompauntelah dikeluarkan kepada pemilik premis yang melakukan kesalahan dengan nilai tawaran kompaun berjumlah RM 54,000.00. Sejumlah dua buah premis diberikan arahan penutupan sementara selama tujuh hari agar kerja-kerja pembersihan dapat dijalankan.Kedua-dua premis tersebut adalah tapak binaan manakala 165 keping notis di bawah Seksyen 8 APSPP telah dikeluarkan untuk arahan pembersihan premis kepada pemilik premis. Tindakan mahkamah akan diambil kepada pemilik-pemilik yang gagal membayar kompaun dalam tempohyang diberikan atau yang gagal mematuhi arahan kerja seperti dalam Notis Seksyen 8 yang dikeluarkan. Sekiranya disabitkan kesalahan, denda maksimum adalah berjumlah RM 10,000.00 ataudua tahunpenjara atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan bagikesalahan kalipertama. Bagikesalahan yang berulang, dendamaksimum adalah RM 50,000.00 atau limatahunpenjara atau kedua-duanya sekali. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYS I A ARAS I3, BLOK 87, PARCEL E, PRESINT I, PUSAT PENTADBTRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62.590 PUTRA.IAYA TEL : 03-13t3U3 2-5 I I FAX : 03-88t3tt 6lSti

Upload: others

Post on 27-Jan-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBARMENTERI KESIHATAN MALAYSIA

PENGUATKUASAAN OPS GEMPUR AEDES SIRI 3/2013

Kementerian Kesihatan Malaysia amat prihatin dengan penjagaankesihatan awam untuk melindungi masyarakat daripada jangkitanpenyakit berjangkit terutamanya peningkatan kes Denggi yang semakinketara kebelakangan ini.

Untuk tujuan menyedarkan masyarakat, Kementerian KesihatanMalaysia telah melancarkan operasi penguatkuasaan Akta PemusnahanSerangga Pembawa Penyakit 1975 (APSPP) dengan tema "Ops

Gempur Aedes" di seluruh negara pada 09 September 2013. Operasibersepadu penguatkuasaan ini melibatkan lokaliti yang dikenalpastibermasalah kejadian kes Denggi di seluruh negara. Penghuni-penghuniatau pemilik premis di lokaliti tersebut telah dimaklumkan terlebihdahulu sebelum operasi dijalankan untuk memastikan aktivitipenguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan adil dan telus.

Hasil daripada operasi "Ops Gempur Aedes" ini sejumlah 17,774 buahpremis telah diperiksa oleh anggota penguatkuasa KementerianKesihatan Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan. Daripada jumlahtersebut 181 premis telah didapati positif dengan pembiakan nyamukAedes. Sebanyak 108 kompaun telah dikeluarkan kepada pemilikpremis yang melakukan kesalahan dengan nilai tawaran kompaunberjumlah RM 54,000.00. Sejumlah dua buah premis diberikan arahanpenutupan sementara selama tujuh hari agar kerja-kerja pembersihandapat dijalankan. Kedua-dua premis tersebut adalah tapak binaanmanakala 165 keping notis di bawah Seksyen 8 APSPP telahdikeluarkan untuk arahan pembersihan premis kepada pemilik premis.

Tindakan mahkamah akan diambil kepada pemil ik-pemil ik yang gagalmembayar kompaun dalam tempoh yang diberikan atau yang gagalmematuhi arahan kerja seperti dalam Notis Seksyen 8 yang dikeluarkan.Sekiranya disabitkan kesalahan, denda maksimum adalah berjumlahRM 10,000.00 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali bolehdikenakan bagi kesalahan kali pertama. Bagi kesalahan yang berulang,denda maksimum adalah RM 50,000.00 atau lima tahun penjara ataukedua-duanya sekali.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYS I AARAS I3 , BLOK 87, PARCEL E, PRESINT I ,

PUSAT PENTADBTRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62.590 PUTRA.IAYA

TEL : 03-13t3U3 2-5 I I FAX : 03-88t3tt 6lSti

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati masih ada segelintirmasyarakat yang masih tidak peka dengan kebersihan sekeliling danmembiarkan premis mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedeswalaupun telah dimaklumkan mengenai operasi ini terlebih dahulu.Kementerian Kesihatan berharap agar masyarakat dapat mengubahsikap dan bersama-sama bertanggungjawab untuk menjaga kebersihanpremis serta persekitaran agar bebas daripada pembiakan nyamukAedes.

Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus melaksanakan operasipenguatkuasaan APSPP di seluruh negara bagi membendungpeningkatan kes Denggi dan mengurangkan risiko jangkitan Denggi dikalangan masyarakat. Harapan saya adalah agar semua lapisanmasyarakat dapat bersama-sama berusaha ke arah mengubah diri kitamenjadi satu masyarakat yang prihatin dan melaksanakantanggungjawab untuk memusnahkan tempattempat pembiakan nyamukAedes.

Bersama-samalah berusaha bagi mencapai persekitaran yang sihat.

Sekian dan t kasih.

DR. S. SUBRAMANTAM )September 2013

, l t i