sejauhmana strategi pengurusan psikologi kanak

Upload: arnett-d-anthony

Post on 18-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pengurusan Psikologi

TRANSCRIPT

1.0PENGENALANKerjaya seorang guru bukan sahaja bertumpu semasa pengajaran dan pembelajaran sahaja, menurut Mok (2010), peranan guru di Malaysia adalah lebih berat dan kompleks selaras dengan perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Guru merupakan pembentuk modal insan berdasarkan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial agar dapat menghadapi cabaran hidup serta berguna untuk pembangunan negara. Seorang guru yang berwibawa seharusnya mempunyai sifat penyayang terhadap muridnya. Guru penyayang adalah guru yang menyedari, prihatin, berminat, peduli, bertimbang rasa, menjaga dan sebagainya dalam menyampaikan pelajaran terbaik kepada murid-muridnya. Guru perlulah sentiasa mengejar ilmu dan menjadi agen perubahan dalam pembentukan dan perkembangan diri murid. 2.0BIDANG PSIKOLOGI KANAK-KANAK

Rajah 1 : Bidang psikologi

Seorang guru yang berdedikasi seharusnya tahu untuk mengurus psikologi kanak-kanak agar penyampaian pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan baik. Bidang psikologi ini adalah meliputi memahami tingkah laku murid, mengawal tingkah laku yang tidak diingini, merancang aktiviti yang dapat merubah tingkah laku yang diingini dan memahami perbezaan individu dari segi fizikal, emosi dan mental. Oleh itu, Noriati A. Rashid et, al (2010) menyatakan sebagai seorang guru, kita perlulah memahami jiwa murid-murid kita. Selain daripada aspek fizikal dan mental kanak-kanak, guru juga perlu tahu untuk mengurus aspek emosi kanak-kanak kerana perkara ini terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Emosi kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan dalam aspek psikologi mereka. Gangguan emosi akan mengakibatkan perkembangan murid dalam pembelajaran terhenti dan mungkin akan mengakibatkan masalah seperti gangguan mental jika tidak diurus dengan baik. Oleh itu guru berperanan sebagai pembentuk modal insan perlu menghadapi masalah seperti ini dan dapat mengatasinya agar tidak berterusan sehingga menyebabkan masalah yang lebih serius.Gangguan emosi berlaku apabila murid mengalami emosi tertentu seperti kemaharahan, depresi dan kecemasan. Perkara ini sentiasa dialami oleh semua murid dan jika tidak diurus dengan baik akan menyebabkan masalah tingkah laku daripada murid tersebut. Selain daripada itu, murid juga sukar untuk menunjukkan kasih sayang, berhubungan dengan rakan yang lain dan mempercayai masyarakat di sekelilingnya. Oleh itu, guru perlulah merancang suatu tindakan bagi mengatasi masalah gangguan emosi murid berdasarkan strategi pengurusan psikologi kanak-kanak agar dapat membendung masalah gangguan emosi ini daripada terus melarat.Terri Mauro (2004) dalam Noriati A. Rashid et, al (2010) menyatakan terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak dan faktor yang paling ketara adalah masalah ketidakfungsian otak, pemakanan dan masalah keluarga. Guru sering berhadapan dengan masalah seperti ini di dalam bilik darjah dan seharusnya melakukan sesuatu bagi mengatasinya dan mengelakkan daripada terus melarat. Murid sering menunjukkan tingkah laku bermasalah seperti pemikiran yang kurang matang, tidak berkerjasama dengan rakan yang lain dan tidak berani untuk menyuarakan pendapat kerana berhadapan dengan masalah yang menyebabkan emosi mereka terganggu.Choong (2009), tingkah laku bermasalah murid di dalam bilik darjah adalah seperti tidak dapat berkomunikasi dengan murid lain, tidak menyiapkan kerja rumah, lupa membawa buku, malas membuat latihan kelas dan menggunakan bahasa cabul. Masalah tingkah laku murid akan mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran terjejas. Kekerapan gangguan terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi keselamatan psikologikal murid-murid, kesediaan mereka untuk belajar dan tingkah laku masa depan. Oleh itu, bagi mengurangkan tingkah laku bermasalah ini, guru perlu tahu punca tingkah laku ini berlaku dan cara untuk mengatasinya. Salah satu faktor masalah tingkah laku ini berlaku adalah gangguan emosi murid yang tidak ditangani lebih awal.

2.1Pengurusan Psikologi Kanak-KanakPengurusan psikologi kanak-kanak adalah penting bagi mengatasi masalah tingkah laku yang disebabkan daripada gangguan emosi mereka. Choong (2009) menyatakan terdapat empat aspek yang perlu dikuasai guru untuk memupuk tingkah laku yang baik dalam kalangan murid iaitu mengenali nama murid. mengetahui latar belakang keluarga mereka, pencapaian akademik dan maklumat umum murid. Aspek ini merupakan antara aspek yang disyorkan oleh ahli teoris berdasarkan teori-teori yang berkaitan.Seorang guru perlulah mengenali muridnya bermula daripada nama mereka. Melalui panggilan nama sahaja, murid dapat merasakan diri mereka dihargai dan diberikan perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran kerana guru dapat mengingati nama mereka. Oleh itu, guru boleh meminta mereka untuk memaparkan nama masing-masing menggunakan kad manila dan diletakkan di atas meja. Cara ini akan memudahkan guru untuk memanggil nama mereka disamping mengelakkan daripada memanggil nama yang salah.Latar belakang murid juga perlulah diketahui oleh seorang guru terutamanya guru kelas kerana butir-butir peribadi murid dapat memberikan gambaran kepada guru mengenai kelebihan dan kekurangan yang ada pada murid dan faktor-faktor sekeliling selain daripada di sekolah yang menyumbang kepada munculnya masalah tingkah laku dalam kalangan murid dan cara untuk mengatasinya agar pemupukan tingkah laku yang baik dapat diberi penekanan kepada murid tersebut.Pencapaian akademik juga amat penting untuk dijadikan rujukan dalam mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid. Sekiranya sebelum ini murid tersebut mempunyai rekod pencapaian yang baik dan secara tiba-tiba pencapaiannya merosot, guru dapat mengetahuinya dan membuat semakan sama ada masalah berpunca daripada penyampaian pengajaran dan pembelajarannya atau masalah luar yang menyebabkan murid tersebut tidak mencapai tahap pencapaian seperti pencapaianya sebelum ini.Akhir sekali adalah maklumat umum murid seperti rekod kehadiran dan rekod disiplin murid tersebut. Melalui pemerolehan maklumat seperti ini, guru akan mendapat gambaran mengenai punca murid tersebut menunjukkan masalah tingkah laku sama ada berkaitan dengan tekanan emosi daripada keluarga yang dibawa ke sekolah atau faktor daripada rakan sebaya mereka.Ng (2012), menyatakan terdapat dua kaedah untuk mengurus tingkah laku murid iaitu secara langsung dan tidak langsung. Dalam pengurusan secara langsung, seorang guru perlulah membuat analisis punca masalah tersebut berlaku terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan terhadap tingkah laku tersebut. Guru perlu tahu mengapa tingkah laku tersebut berlaku, bila ia mula berlaku, untuk apa tingkah laku tersebut berlaku dan apa kesan tingkah laku tersebut kepada orang lain. Melalui pengurusan secara langsung ini, guru dapat mengetahui faktor yang menyebabkan tingkah laku tersebut berlaku sama ada atas faktor gangguan emosi atau masalah pembelajaran seperti murid yang mengalami Attention Deficit Hyperactivity Disoder (ADHD).Pengurusan secara tidak langsung pula, berkaitan dengan kemahiran berkomunikasi guru dengan murid, pemerhatian ke atas aktiviti harian murid, kemahiran sosial dan akademik murid. Murid yang mengalami gangguan emosi lebih cenderung untuk bersendirian, menunjukkan sikap agresif, merendah diri dan sukar untuk melahirkan perasaan sayang dan hormat kepada orang lain. Akibatnya, wujud tingkah laku yang tidak diingini dalam pengajaran dan pembelajaran guru tersebut.3.0EMOSI MURIDGoleman (1995) dalam Abdul Ghani Abdullah & Abdul Rahman Abdul Aziz(2009) menyatakan kecerdasan emosi terbahagi kepada lima elemen iaitu kesedaran kendiri, pemantauan diri, dorongan diri, empati dan kemahiran bersosial. Oleh itu, seorang guru perlulah tahu emosi murid-muridnya agar dapat mengelakkan berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid.Kesedaran kendiri merupakan kunci kepada kecerdasan emosi kerana penilaiannya dilakukan secara realistik ke atas kebolehan dan keyakinan diri yang dimiliki oleh seseorang individu. Tanpa kesedaran kendiri, murid tidak mampu untuk membina makna hasil tindakan dan reaksinya pada persekitaran. Faktor yang menyumbang kepada ketidakstabilan emosi dalam kalangan murid adalah seperti persekolahan, peperiksaan, ujian, kerja rumah, tugasan, tuntutan aktiviti kurikulum dan kokurikulum serta tuntutan guru dan harapan ibu bapa mereka. Sekiranya mereka tindak mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi, dengan mudah faktor-faktor tersebut menyebabkan emosi mereka terganggu.Pemantauan kendiri merupakan kebolehan murid bagi menentukan hala tuju, kebolehan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku dan seterusnya mampu membuat keputusan bagi diri mereka sendiri. Melalui pemantauan kendiri, guru dapat menggalakkan persekitaran pembelajaran untuk membentuk peribadi yang penuh bermakna, sifat saling mempercayai, disiplin, kejujuran dan keadilan dalam kalangan pelajar. Oleh itu guru perlu tahu untuk menguruskan emosi murid agar dapat membantu dalam membina jati diri pelajar dan seterusnya membolehkan pelajar menjauhi tingkah laku negatif yang tidak diperlukan.Dorongan diri pula melibatkan kawalan kecenderungan emosi yang dapat memudahkan pencapaian matlamat dan kejayaan seseorang murid. Guru perlulah memberi dorongan kepada murid agar mereka bermotivasi untuk mengikuti pembelajaran dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian dan komitmen dalam pelajaran mereka. Motivasi dalam diri dapat mempengaruhi fikiran seseorang untuk melakukan sesuatu kerana adanya keinginan dalam diri untuk mencapai kejayaan. Murid yang mempunyai dorongan diri yang tinggi tidak mudah goyah dalam menghadapi cabaran dan rintangan hidup.Akhir sekali, empati merupakan kebolehan individu menyedari dan memahami perasaan orang lain seterusnya dapat menjalinkan perhubungan yang erat dengan semua pihak seperti rakan, guru dan masyarakat setempat. Empati merupakan kemahiran yang kritikal dan dapat membantu murid dalam menghadapi cabaran apabila berdepan dengan tindakan dan pengalaman globalisasi dalam pendidikan.3.1Masalah Emosi Murid

Rajah 2 : Faktor masalah emosi murid

Murid yang mengalami masalah emosi atau gangguan emosi adalah disebabkan faktor-faktor seperti masalah keluarga, tidak dapat mengawal emosi sendiri dengan baik, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Sekiranya masalah emosi murid ini tidak diambil berat oleh guru, ia akan melarat menjadi masalah yang lebih serius lagi.Faktor keluarga dan pengaruh persekitaran seperti rakan sebaya dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif menyebabkan murid-murid bertingkah laku agresif. Hal ini disebabkan mereka dipengaruhi dengan cara hidup rakan sebaya yang dibesarkan dalam suasana keluarga yang sentiasa bersikap kasar dan agresif. Persekitaran sekolah yang tidak kondusif juga menyebabkan tekanan emosi kepada murid seperti cara berfikir dan bertindak seseorang murid dipengaruhi dengan keadaan persekitaran mereka. Contohnya, suka bergaduh, membuli dan merosakkan harta benda sekolah. Secara tidak langsung, gangguan emosi menyebabkan tervetusnya tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid di sekolah.Murid yang gagal dalam mengawal emosi mereka mudah untuk menunjukkan tingkah laku bermasalah ini. Murid yang seperti ini merupakan murid yang mempunyai konsep kendiri yang rendah dan sering menghadapai masalah dalam pergaulan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk mengambil tahu apakah masalah yang dihadapi oleh murid tersebut sehingga mengganggu emosi mereka.4.0APLIKASI STRATEGI PENGURUSAN PSIKOLOGI KANAK-KANAK UNTUK MENANGANI MASALAH EMOSI MURID

Rajah 3 : Langkah-langkah menangani masalah emosi muridMasalah emosi murid seharusnya ditangani dengan lebih awal dan guru perlulah peka terhadap masalah ini bagi melicinkan lagi penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Tugas guru bukan sahaja sebagai pemberi atau penyampai ilmu kepada murid malahan guru adalah pemberi motivasi, pembimbing, tempat berlindung dan banyak lagi peranan guru terhadap murid-muridnya. Oleh itu, guru perlulah menangani masalah emosi muridnya sedaya yang mungkin agar dapat mengelakkan tingkah laku bermasalah daripada berlaku. Antara cara untuk menangani masalah ini adalah dengan mengadakan program-program berbentuk pendidikan dalam pembentukan tingkah laku murid. Wujudnya program-program seperti kem motivasi, kem kepimpinan dan banyak lagi program pembentukan nilai dalam diri murid dapat mengurangkan tingkah laku bermasalah dan memberikan murid peluang untuk memantapkan lima elemen yang terdapat dalam kecerdasan emosi.Guru juga boleh bekerjasama dengan ibu bapa murid untuk bersama-sama memberi cadangan mengenai cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Melalui perbincangan dari semasa ke semasa, ibu bapa akan tahu apa masalah yang dihadapi oleh anak mereka di sekolah disamping memberi sokongan kepada anak-anak mereka dalam pelajaran dan mengelakkan daripada anak-anak dibebankan dengan masalah keluarga.Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlulah mendapat khidmat psikologi dan kaunseling. Setiap sekolah di Malaysia kini mempunyai khidmat bimbingan dan kaunseling dan mempunyai guru bimbingan dan kaunseling yang bertuliah dalam bidangnya. Khidmat tersebut tidak hanya pada murid yang mengalami gangguan emosi malahan murid-murid yang lain boleh menggunakan khidmat tersebut dalam menentukan arah tuju selepas sekolah, bimbingan dalam pembelajaran dan banyak lagi. Tambahan pula melalui khidmat bimbingan dan kaunseling, murid didedahkan dengan teknik-teknik meningkatkan kecerdasan emosi mereka dengan diberi tunjuk ajar cara untuk menguruskan emosi masing-masing.Selain daripada itu, guru juga boleh mengaplikasikan teori-teori medifikasi tingkah laku dalam pengajaran dan pembelajarannya seperti teori Modifikasi Tingkah Laku Skinner. Pengukuhan positif dalam bentuk material diberikan kepada murid yang menunjukkan tingkah laku positif agar tingkah laku tersebut sentiasa ditunjukkan oleh murid manakala tingkah laku negatif diberi pengukuhan negatif dalam bentuk hukuman agar dapat mengurangkan tingkah laku tersebut. Penghapusan tingkah laku yang tidak diingini juga boleh berlaku sekiranya ia tidak diperkukuhkan. Oleh itu, terdapat tiga cara apabila berdepan dengan masalah tingkah laku murid iaitu dengan memberi ganjaran terhadap tingkah laku yang diingini, tidak mengendahkan tingkah laku yang tidak diingini dengan harapan ia tidak berulang atau memberi hukuman kepada murid atas tingkah laku negatif yang dilakukan.Guru juga perlulah mahir dalam kawalan bilik darjah agar murid lebih berdisiplin dan dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Guru seharusnya menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif seperti menyusun atur perabot di dalam bilik darjah dan menceriakan bilik darjah agar murid lebih selesa untuk berada di dalam bilik darjah. Selain daripada itu, penyediaan persekitaran psiko-sosial yang merangkumi tanggungjawab guru dan murid terhadap persekitaran psiko-sosial, kemahiran hubungan antara sesama manusia, dan pengekalan persekitaran psiko-sosial dalam bilik darjah adalah amat penting dan perlu dikuasai oleh guru. Tidak dilupakan peraturan dan prosedur bilik darjah perlulah mantap agar dapat membentuk murid yang berdisiplin disamping mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.5.0RUMUSANStrategi pengurusan psikologi kanak-kanak ini amat membantu guru dalam menangani masalah emosi murid kerana guru dapat membuat pilihan strategi yang sesuai dalam menangani masalah tingkah laku murid di dalam bilik darjah yang berpunca daripada gangguan emosi mereka. Aplikasi daripada strategi pengurusan psikologi kanak-kanak ini dapat memberikan para guru panduan untuk menangani gangguan emosi murid-muridnya. Guru berperanan sebagai pembentuk modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Oleh itu, jika guru hanya berfokus kepada intelek murid sahaja, aspek-aspek yang lain tidak dapat dikembangkan dan akan mempengaruhi perkembangan diri murid. Terdapat pelbagai cara untuk menangani masalah emosi murid, guru boleh mendekati murid secara terus untuk mengetahui punca masalah mereka atau membuat tinjauan ke atas semua aspek perkembangan murid tersebut seperti pencapaian, penglibatan dalam aktiviti pembelajaran, tingkah laku, latar belakang keluarga dan kemahiran yang murid ada. 6.0REFLEKSIPelaksanaan tugasan projek ini banyak membantu saya dalam mengenal pasti strategi pengurusan psikologi murid dan mengaplikasikannya dalam menangani masalah emosi murid. Melalui pembacaan daripada bahan bertulis dan bahan daripada internet, saya dapat mendalami aspek-aspek yang perlu ada dalam diri guru serta peranannya dalam menangani masalah tersebut. Seperti yang dinyatakan oleh Choong (2009), peranan guru tidak hanya bertumpu pada penyampaian ilmu semata-mata malahan guru berperanan membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Sebagai bakal guru, saya perlulah tahu mengenai perkara ini kerana sudah pasti suatu hari nanti ia akan berlaku pada diri saya sendiri semasa mengajar kelak. Selama lima tahun setengah mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini, banyak perkara telah saya pelajari bermula daripada pengurusan bilik darjah, sehinggalah kepada guru dan cabaran semasa yang berguna kepada semua guru pelatih yang mengikuti program ini sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.Kekuatan semasa pelaksanaan tugasan ini adalah saya perlu mendalami tajuk yang telah dipilih dan merujuk kepada sumber-sumber yang berkaitan. Hasil daripada pembacaan dapat meningkatkan pengetahuan saya mengenai tajuk yang dipilih ini. Secara tidak langsung, pembacaan daripada pelbagai sumber dapat meluaskan lagi ilmu pengetahuan seperti peranan guru dalam bilik darjah, pengurusan psikologi murid, faktor gangguan emosi murid dan langkah-langkah menangani gangguan emosi murid. Selain daripada itu, tugasan kedua dalam projek ini memerlukan saya untuk membentangkan mengenai pandangan penambahbaikan dasar perkhidmatan pendidikan; satu inisiatif menangani stress dalam kalangan guru. Perkara yang sama saya lalui semasa menyiapkan pembentangan ini kerana pembacaan daripada pelbagai sumber diperlukan untuk mengemukakan hujah-hujah yang berkaitan.Halangan yang saya alami sepanjang pelaksanaan projek ini adalah pengurusan masa yang tidak sistematik. Oleh kerana kursus yang lain juga diberikan tugasan berupa projek saya perlu membahagikan masa untuk menyiapkan setiap tugasan lebih-lebih lagi pada semester akhir ini yang memerlukan guru pelatih menyiapkan laporan tesis dan seterusnya membuat pembentangan pada akhir semester. Pengurusan masa yang sistematik adalah amat penting agar setiap tugasan yang diberikan tidak tertangguh dan menyebabkan masalah pada pelaksanaan tugasan yang lain. Setiap semester bermula daripada awal lagi perkara yang sama akan berbangkit oleh itu bagi mengelakkan masalah ini daripada terus dialami oleh setiap guru pelatih, kebijaksanaan dalam mengurus masa adalah amat penting dan perlu diberi perhatian. Akhir sekali saya bersyukur kepada Tuhan kerana diberi kesempatan untuk menyiapkan tugasan ini serta tugasan yang lain dan berharap hasil penulisan ilmiah serta pembentangan yang dijalankan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Oleh itu, ilmu dan pengajaran daripada pengalaman melaksanakan tugasan ini amatlah bermakna buat saya dan sudah pasti perkara yang sama untuk rakan-rakan seperjuangan yang kini berada pada semester terakhir. Segala ilmu yang diperolehi tidak hanya untuk memenuhi tuntutan kursus ini malahan dengan izin-Nya ilmu ini dapat diaplikasikan di sekolah kelak. Sekian.7.0SENARAI RUJUKANAbdul Ghani Abdullah & Abdul Rahman Abdul Aziz (2009). Mengurus Tingkah Laku Pelajar. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.BhdChoong, L. K (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.BhdChoong, L. K (2009). Murid dan Alam Belajar untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.BhdMok, S. S (2009). Penilaian Tahap Kompetensi Umum untuk Pegawai Perkhidmatan Awam. Selangor. Multimedia-ES Resources Sdn.BhdMok, S. S (2010). Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan IX , Bah. II (B) : Kompetensi Fungsional (Khusus-Guru Bimbingan & Kaunseling) Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn.BhdNg, A.L.O (2012). Bengkel Asas Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Dicapai pada 1 September 2014, daripada www.necicmalaysia.org/view_file.cfm?fileid=7Nordin Tahir (tahun tidak dinyatakan). Pengurusan Tingkah Laku Murid. Dicapai pada 1 September 2014, daripada www.amaljaya.com/.../masalah-tingkahlaku-kpli.pdfNoriati A. Rashid, et, al (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor. Oxford Fajar Sdn.Bhd

LAMPIRAN

12