sejarah zaibatsu (jepun) selepas perang dunia kedua

26
PENGENALAN Jepun adalah sebuah negara yang mempunyai pembangunan industri ekonomi yang sangat cepat dan maju. Jika dilihat, Jepun adalah antara negara-negara asia yang pertama memegang status ‘Negara Industri’. Secara umumnya, pembangunan ekonomi Jepun mempunyai kaitan besar dengan Zaibatsu. Namun demikian, ada pendapat mengatakan bahawa kedatangan Amerika Syarikat selepas perang turut memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara tersebut. 1 Zaibatsu adalah gabungan syarikat-syarikat keluarga, dimana pada asalnya ianya adalah sebuah syarikat kecil dan syarikat kecil tersebut digabungkan membentuk satu kumpulan yang bernaung diatas satu arahan dan dana setiap aset syarikat turut dikumpulkan untuk dijadikan sumber kewangan dalam mempergiatkan keseluruhan perniagaan. Kumpulan ini telahpun bermula sejak pemerintahan Tokugawa. Pada zaman restorasi Meiji, kumpulan ini menjadi semakin terkenal dan menjadi pemonopoli ekonomi Jepun. Terdapat empat kumpulan awal yang popular dalam Zaibatsu iaitu Mitsui, Mitsubishi, Yasuda dan Sumimoto. Terdapat pelbagai bidang yang diterajui bagi kumpulan perniagaan ini antaranya industri kimia, pembuatan senjata dan industri elektronik. 2 Selepas Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat telah cuba untuk memansuhkan Zaibatsu kerana berpendapat bahawa kumpulan tersebut menjadi pembekal senjata dan kelengkapan tentera 1 Abu Talib Ahmad, 2005, Tamadun Jepun, Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur, Hal. 300-301. 2 Ibid, Hal. 303-304. 1

Upload: hazmin-syahman

Post on 23-Jun-2015

803 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Zaibatsu (Jepun) Selepas Perang Dunia Kedua

PENGENALAN

Jepun adalah sebuah negara yang mempunyai pembangunan industri ekonomi yang sangat

cepat dan maju. Jika dilihat, Jepun adalah antara negara-negara asia yang pertama

memegang status ‘Negara Industri’. Secara umumnya, pembangunan ekonomi Jepun

mempunyai kaitan besar dengan Zaibatsu. Namun demikian, ada pendapat mengatakan

bahawa kedatangan Amerika Syarikat selepas perang turut memberikan sumbangan kepada

pembangunan ekonomi negara tersebut.1

Zaibatsu adalah gabungan syarikat-syarikat keluarga, dimana pada asalnya ianya

adalah sebuah syarikat kecil dan syarikat kecil tersebut digabungkan membentuk satu

kumpulan yang bernaung diatas satu arahan dan dana setiap aset syarikat turut dikumpulkan

untuk dijadikan sumber kewangan dalam mempergiatkan keseluruhan perniagaan. Kumpulan

ini telahpun bermula sejak pemerintahan Tokugawa. Pada zaman restorasi Meiji, kumpulan

ini menjadi semakin terkenal dan menjadi pemonopoli ekonomi Jepun. Terdapat empat

kumpulan awal yang popular dalam Zaibatsu iaitu Mitsui, Mitsubishi, Yasuda dan Sumimoto.

Terdapat pelbagai bidang yang diterajui bagi kumpulan perniagaan ini antaranya industri

kimia, pembuatan senjata dan industri elektronik.2

Selepas Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat telah cuba untuk memansuhkan

Zaibatsu kerana berpendapat bahawa kumpulan tersebut menjadi pembekal senjata dan

kelengkapan tentera Jepun. Tetapi kuasa pemerintahan ketika itu yang seperti cuba untuk

memusnahkan Zaibatsu sememang sukar untuk memadamkan erti kewujudan Zaibatsu yang

telah sinonim dengan ekonomi Jepun. Maka dengan itu juga Zaibatsu masih kekal bertahan

sehingga kehari ini dan dengan cara kerja, sistem pengurusan organisasi dan kepakaran yang

sentiasa dikekalkan terhadap bidang-bidang yang penting dalam kemajuan teknologi pada

hari ini menjadi kunci kejayaan Zaibatsu.

1 Abu Talib Ahmad, 2005, Tamadun Jepun, Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur, Hal. 300-301.2 Ibid, Hal. 303-304.

1

Page 2: Sejarah Zaibatsu (Jepun) Selepas Perang Dunia Kedua

PERKEMBANGAN ZAIBATSU SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Jepun sememangnya terkenal dengan sektor perindustriannya yang maju dan unik berbanding

dengan negara-negara lain sehinggakan firmanya dikenali sebagai Firma Jepun (Japanese

Firm). Selepas 1945, ekonomi Jepun telah mencapai zaman ajaibnya berdasarkan kepada

purata pertumbuhan ekonomi sebanyak 10% pada 1960-an, 5% pada 1970-an dan 4% pada

1980-an. Pertumbuhan yang unik ini telah meletakkan Jepun sebagai kuasa ekonomi dunia

kedua terbesar di belakang Amerika Syarikat sehingga kini.3

Menurut Kanji Haitani (1976), sektor perindustrian moden Jepun boleh dibahagikan

kepada dua fasa. Iaitu fasa prapeperangan dan fasa pascapeperangan. Fasa prapeperangan

bermula pada penghujung Perang Dunia Kedua. Wujud beberapa firma besar milik keluarga

yang merupakan kombinasi sektor perindustrian dan perbankan dikenali sebagai Zaibatsu.

Empat buah Zaibatsu yang terbesar pada ketika itu adalah Mitsui, Sumitomo, Mitsubishi, dan

Yasuda. Mencapai zaman kegemilangan selepas Perang Dunia Kedua, apabila bersama

dengan 6 buah zaibatsu yang lain menguasai 1/3 jumlah perdagangan negara Jepun.

Kebanyakannya bertindak sebagai firma oligopoli dan terlibat dalam sektor pembuatan,

perlombongan, perdagangan dan kewangan. Setiap Zaibatsu terdiri daripada beberapa anak

buah syarikat yang diterajui oleh anak syarikat utama iaitu honsha.4

Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua membuatkan Jepun terpaksa

menstrukturkan semula sistem kewangannya melalui Suruhanjaya Penyusunan Semula

Syarikat (HCLC) di bawah pengawasan Pemerintah Tertinggi bagi Kuasa-Kuasa Bersekutu

diketuai Amerika Syarikat. Di bawah Akta Anti Monopoli, kebanyakan Zaibatsu dibubarkan

dan distrukturkan semula kepada firma-firma lebih kecil dengan sektor perbankan cuba

diasingkan dari sektor perindustrian sehingga tahun 1952. Sebagai contoh, pada 1946, 83

buah firma dijadikan sebagai syarikat berhad.5

Penghujung 1947, 42 firma dibubarkan, 16 firma mengalami muflis, 26 firma

berpisah kepada syarikat-syarikat kecil dan bakinya (41 buah) dikekalkan sebagai syarikat

berhad selepas dipersetujui oleh HCLC. Ini kerana Zaibatsu telah dituduh oleh Pemerintah

Tertinggi bagi Kuasa-Kuasa Bersekutu sebagai punca utama pembekal kelengkapan

3 http://www2.tganu.uitm.edu.my/upena/.../01.SEJARAH%20FIRMA%20JEPUN.doc.4 Ibid.5 Ibid.

2

Page 3: Sejarah Zaibatsu (Jepun) Selepas Perang Dunia Kedua

ketenteraan Jepun pada 1930an dan 1940an yang seterusnya membawa kepada Perang Dunia

Kedua.6

Berakhirnya reformasi sistem kewangan ini, menandakan Jepun mula memasuki fasa

pasca peperangan. Jepun mula melonggarkan kawalan terhadap penstrukturan semula

industrinya. Ini menyebabkan banyak anak-anak syarikat bekas Zaibatsu bergabung kembali

dan menggunakan semula nama syarikat mereka dengan nama lamanya.7 Contohnya, pada

1959 sebanyak 3 buah bekas anak syarikat Zaibatsu Mitsui Busan bergabung kembali

membentuk Keiretsu Mitsui and Corporation. Dalam masa yang sama wujud beberapa pihak

bank dan industri baru (bukan bekas zaibatsu) yang menubuhkan kumpulan mereka sendiri

pada pertengahan 1950an.8

Ini bermakna sektor perbankan dan sektor perindustrian digabungkan kembali (sama

ada secara warisan ataupun baru) dan membentuk kumpulan konglomerat yang besar yang

dikenali sebagai Keiretsu. Enam buah Keiretsu terbesar di Jepun selepas Perang Dunia

Kedua sehingga kini antaranya Mitsubishi, Mitsui, Sumitomo (bekas Zaibatsu) dan Fuyo,

Sanwa, Dai-chi (Keiretsu baru). Mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti Zaibatsu,

cumanya Keiretsu mengalami kekurangan dari segi ketiadaan syarikat induk seperti honsha

yang dimiliki oleh Zaibatsu pada zaman sebelum perang. Honsha merupakan syarikat induk

yang mempunyai kuasa mutlak dalam pembuatan keputusan keseluruhan aktiviti zaibatsu.9

KEIRETSU

Para keiretsu adalah mereka yang muncul di Jepun selama "keajaiban ekonomi" selepas

Perang Dunia Kedua.  Sebelum Jepun menyerah, industri Jepun dikendalikan oleh keluarga

besar menegak monopoli yang disebut zaibatsu.  Selama pendudukan Jepun, di bawah

Panglima Tertinggi Bersekutu, Jeneral Douglas MacArthur, separuh daripada usahanya

berjaya dilakukan untuk membubarkan Zaibatsu di akhir 1940-an. Enam belas Zaibatsu

menjadi sasaran pembubaran lengkap dan dua puluh enam lagi untuk penyusunan semula

6 http://en.wikipedia.org/wiki/Zaibatsu. 7 Joginder Singh Jessy (disunting oleh Ghazali Basri), 1978, Sejarah China dan Jepun, Kuala Lumpur : Anthonian Sdn. Bhd., Hal. 157-158.

8 Ibid.9 Ibid.

3

Page 4: Sejarah Zaibatsu (Jepun) Selepas Perang Dunia Kedua

selepas pembubaran.  Namun, syarikat yang dibentuk dari penghapusan Zaibatsu kemudian

melakukan penyatuan semula.10  

Keiretsu membuat penjualan saham untuk membentuk perikatan melintang berintegrasi

dalam pelbagai industri.  Dalam pada itu, syarikat keiretsu juga akan saling membekalkan

satu sama lain, membuat perikatan juga berintegrasi secara menegak.  Pada tempoh ini, dasar

rasmi kerajaan mempromosikan pembentukan syarikat perdagangan yang kuat yang dapat

menahan tekanan berat dari persaingan dunia perniagaan diintensifkan sepenuhnya.  

Keiretsu utama masing-masing berada di belakang sebuah bank dan meminjamkan

wang kepada ahli syarikat keiretsu.  Setiap bank mempunyai kawalan besar terhadap syarikat

dalam keiretsu dan bertindak sebagai entiti pemantauan dan sebagai entiti kecemasan

khususnya apabila berlaku kemelesetan kewangan kepada sesebuah syarikat.  Salah satu

kesan dari struktur ini adalah untuk meminimumkan kehadiran pengambilalihan bermusuhan

di Jepun, kerana tidak ada entiti boleh mencabar kekuatan bank. Terdapat dua jenis keiretsu

iaitu menegak dan melintang. 

Menegak keiretsu menggambarkan organisasi dan hubungan dalam syarikat

(contohnya semua faktor pengeluaran dari suatu produk tertentu akan disambungkan),

sementara keiretsu melintang menunjukkan hubungan antara syarikat dan industri, biasanya

berpusat di sekitar bank dan syarikat perdagangan. Keduanya saling bekerjasama dan

mempertahankan diri satu sama lain.

Kemelesetan ekonomi Jepun pada tahun 1990-an membawa kesan yang mendalam

terhadap keiretsu ini.  Banyak bank yang besar terkena dengan portfolio pinjaman yang buruk

dan terpaksa untuk menyertai atau keluar dari perniagaan. Hal ini mempunyai pengaruh

untuk menggabungkan bank-bank antara keiretsu. Sebagai contohnya Sumitomo Bank dan

Mitsui Bank, bergabung menjadi Sumitomo Mitsui Banking Corporation tahun 2001, selain

itu Sanwa Bank menjadi sebahagian dari Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ.11 

Terdapat juga pelbagai syarikat dari luar sistem keiretsu, seperti Sony, mula

melangkah maju kehadapan.  Secara umum, penyebab ini memunculkan sebuah gagasan

yang kuat dalam komuniti perniagaan bahawa sistem keiretsu lama bukanlah model

perniagaan yang berkesan dan terdapat cubaan untuk melonggarkan keseluruhan perikatan

10 http://en.wikipedia.org/wiki/Keiretsu11 Charles J. McMillan (Diterjemah Oleh Nazlifah Md. Ali), 1994, Sejarah Perindustrian Jepun, Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur, Hal. 23 – 53.

4

Page 5: Sejarah Zaibatsu (Jepun) Selepas Perang Dunia Kedua

keiretsu.  Hal ini telah mengakibatkan pertumbuhan industri pengambilalihan syarikat di

Jepun, kerana syarikat tidak lagi dapat diselamatkan oleh bank-bank mereka dan saham pihak

luar adalah sangat tinggi hingga menyebabkan autonomi pihak pengurusan semakin kurang

serta pengawalan terhadap perjalanan perniagaan menjadi rendah.12

Model keiretsu juga muncul di luar Jepun. Syarikat-syarikat tersebut di luar daripada

Jepun ini banyak digambarkan sebagai keiretsu seperti Virgin Group (Inggeris), Tata (India)

dan Cisco Systems (USA).  Perikatan penerbangan seperti Oneworld dan Star Alliance juga

telah digambarkan sebagai keiretsu.  Konglomerat Korea Selatan yang disebut Chaebol,

sering dibandingkan dengan keiretsu, tetapi kumpulan Chaebol jauh lebih mirip dengan

kumpulan Barat seperti General Electric atau praPerang Dunia Kedua Zaibatsu.13

12 Ibid.13 http://www.sjsu.edu/faculty/watkins/keiretsu.htm.

5

Page 6: Sejarah Zaibatsu (Jepun) Selepas Perang Dunia Kedua

FAKTOR PERKEMBANGAN DAN KEJAYAAN ZAIBATSU/KEIRETSU

1) Sistem Ie

Kepentingan kontemporari konsep IE mencerminkan banyak aspek kehidupan korporat

Jepun. Begitu juga dalam aspek perniagaan dan dengan itu masyarakat terbiasa untuk

mengguanakannya serta mempraktikkannya dalam kehidupan. Konsep IE sebenarnya lebih

merujuk kepada konsep budaya masyarakat Jepun. Namun demikian, dalam konteks ini

wujud keterkaitan yang amat ketara dalam bidang perniagaan dan zaibatsu itu sendiri.14

Ie merujuk kepada keluarga yang kemudiannya melahirkan Dozoku iaitu set keluarga.

Ie adalah hubungan bapa dan anak manakala Dozoku pula sebuah set keluarga atau

masyarakat yang wujud dalam sesebuah kampung. Dengan itu juga, lahir istilah Iemoto

dimana hasil interaksi sosial dalam perkampungan tersebut dianggap sebagai perhubungan

sukarela. Selepas itu, wujud pula sifat On iaitu satu penyataan tentang kewajipan atau

terhutang budi. Dengan keseluruhan itu, hadir istilah Oyabun-Kobun, bermaksud hubungan

ibu, bapa, pemilik, pelanggan dengan penuh rasa tangunggjawab.15

Daripada istilah-istilah tersebut, setiapnya mempunyai motif yang menggambarkan

bahawa seseorang itu harus berinteraksi atau bersifat sebagaimana mengikut istilah yang

tersedia. Hubungan yang wujud dengan konsep perniagaan Zaibatsu dapat dilihat khususnya

dalam konsep On, Oyabun-Kobun dan lain-lain. Konsep zaibatsu menggunakan istilah On

dimana sifat tanggungjawab dan hutang itu perlu ada pada seseorang ahli perniagaan.

Walaupun sesama keluarga, Oyabun-Kobun.16

2) Hubungan Perniagaan Dengan Kerajaan

Seperti semua negara kapitalis, Jepun mengamalkan ekonomi campuran. Peranan kerajaan

dalam mengaktifkan lagi perniagaan di Jepun sememangnya telah menjadi perhatian sama

ada pihak luar dan juga dalam Jepun itu sendiri. Hubungan kerajaan dan perniagaan telah

14 Charles J. McMillan, Hal. 46 – 48.15 Ibid.16 W. Scott Morton dan J. Kenneth Olenik, 200, Japan : Its History and Culture (Edisi Keempat), New York : McGraw Hill Inc, Hal. 96.

6

Page 7: Sejarah Zaibatsu (Jepun) Selepas Perang Dunia Kedua

wujud sejak pemerintahan Tokugawa dan keadaan tersebut sentiasa berterusan sehinggalah

pada masa kini.

Zaibatsu-zaibatsu yang sebelum ini menjadi penyokong utama parti-parti politik

Jepun telah dipisahkan dengan parti tersebut. Sebagai contohnya, Mitsubishi yang

menyokong Parti Demokrat, Mitsui penyokong kepada parti Persatuan Sahabat Politik.

Namun selepas perang sokongan tersebut dihapuskan. Kemudiannya, selepas perang

hubungan perniagaan atau keiretsu dengan kerajaan telah dihidupkan semula.

Melalui Pertubuhan Keidanren, hubungan antara keduanya semakin besar kerana

terdapat pelbagai konglomerat ekonomi berada di bawah Keidanren. Antaranya Dewan

Perdagangan dan Industri Jepun dan Nikkeiran (Bidang Pendidikan). Keidanren ditubuhkan

pada tahun 1946, suatu kumpulan utama perusahaan bebas. Pertubuhan ini memiliki

kekuasaan dalam membuat keputusan dasar kerajaan. Terutamanya dalam penggubalan

polisis-polisi perniagaan. Dalam erti kata lain, Jepun adalah antara negara yang memiliki

pertubuhan atau persatuan yang sangat konservatif dalam melahirkan pendapat terhadap

kerajaan dan mampu mempengaruhi dasar-dasar yang akan digubal oleh kerajaan.17

3) Sistem Pengurusan dan Organisasi

Dari aspek ini dapat dilihat bahawa sistem pengurusan atau organisasi Zaibatsu itu

mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Antaraya dalam pengumpulan dana atau modal

bagi meluaskan dan memperkembangkan bidang perniagaan. Zaibatsu sememangnya

dikenali dengan sistem pengabungan syarikat-syarikat yang akhirnya menjadi satu entity

perniagaan yang besar. Dengan penggabungan tersebut, maka setiap keuntungan yang

diperolehi akan bahagikan sama ada untuk masuk kedalam bidang perniagaan baru serta

berpotensi memberi keuntungan, dana yang terkumpul digunakan untuk membantu syarikat-

syarikat yang berada di bawah kawalan pusat untuk bertambah efektif dan sebagainya.

Selain itu, walaupun zaibatsu/keiretsu mempunyai organisasi induk pusat, namun

pembuat keputusan atau autoriti dibahagi-bahagikan agar syarikat yang bernaung di

bawahnya mampu menjalankan pengurusan sendiri dan masalah membuat keputusan akan

lebih cepat. Tetapi dalam mengelakkan autoriti yang diberikan tidak disalah gunakan atau

mungkin keputusan yang dibuat tidak sesuai, pengurusan induk akan sentiasa membuat

17 Charles J. MicMillan, op. cit., Hal. 54.

7

Page 8: Sejarah Zaibatsu (Jepun) Selepas Perang Dunia Kedua

peyeliaan. Sistem pengurusan zaibatsu ini bermula khususnya selepas perang dunia kedua.

Dimana sebelum ini autoriti dipegang oleh organisasi pusat, khususnya sebelum Perang

Dunia Kedua.18

4) Kepakaran/Latihan Perniagaan

Dalam aspek ini, seperti yang diketahui zaibatsu akan menghantar pekerja-pekerja keluar

negara yang mempunyai kepakaran untuk menjalankan latihan. Sebagai contohnya,

menghantar pekerja-pekerjanya ke Jerman khususnya dalam meningkatkan bidang automotif

kerana Jerman mempunyai kepakaran automotif yang sangat tinggi dan antara negara terawal

mencipta automotif. Dapat dikatakan juga bahawa Jepun adalah negara asia yang terawal

menggunakan sistem ini dalam mengekalkan dan mengetahui kekurangan kepada bidang

yang mereka terajui. Selain itu, bagi meningkatkan prestasi perniagaan dan mendapatkan

sumber tenaga kerja mahir, zaibatsu akan menjalankan servey kepada setiap universiti-

universiti dan menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang mempunyai potensi.19

SEJARAH MITSUBISHI

18 http://www.keiretsuforum.com/frontend/index.aspx19 http://www.google.com.my/search?hl=ms&q=keiretsu+economy&meta=&aq=f&aqi=&aql=&oq=&gs_rfai=

8

Page 9: Sejarah Zaibatsu (Jepun) Selepas Perang Dunia Kedua

Sebagai negara dengan ekonomi terkuat kedua di dunia, kemajuan Jepun turut disokong oleh

kewujudan perusahaan-perusahaan Jepun berskala internasional. Kebanyakan, perusahaan

tersebut menjadi besar dan terhasil bukan dengan cara spontan dan dalam waktu singkat,

melainkan kerana telah menjalani sejarah dan tradisi sejak lebih dari seratus tahun yang

lalu.Salah satu perusahaan tersebut adalah syarikat Mitsubishi.

Mitsubishi merupakan sebuah komuniti yang terdiri daripada pelbagai perusahaan

bebas (multitude of independent companies). Hampir semua nama perusahaan tersebut

memiliki unsur nama Mitsubishi, namun ada pula yang sebaliknya. Jumlah total anggota

kelompok Mitsubishi yang ada saat ini sekitar 400 perusahaan yang bergerak dalam berbagai

bidang di seluruh dunia. Perniagaan tersebut memiliki pengurusan yang tersendiri. Namun,

perusahaan-perusahaan ini memiliki prinsip, semangat dan profil perniagaan yang sama iaitu

tiga prinsip yang telah dibuat oleh Koyata Iwasaki (presiden keempat Mitsubishi yang

lama).20

Mitsubishi yang didirikan oleh Yataro Iwasaki pada tahun 1870, merupakan

perusahaan yang dikembangkan oleh keluarga Iwasaki. Beliau turut dibantu oleh ahli

keseluruhan keluarga seperti adik-beradik dan anak saudara dalam melebarkan sayap

perniagaan Mitsubishi kepada berbagai bidang. Pada awal penubuhannya, Mitsubishi

hanyalah merupakan perniagaan yang bergerak dalam bidang perkapalan dengan aset tiga

buah kapal wap. Namun ketika ini, Mitsubishi telah menjadi kelompok perniagaan raksasa

yang terdiri lebih dari 400 anggota perusahaan.21

Kewujudan Mitsubishi tidak dapat dilepaskan dari sejarah dan perkembangan sejarah

Moden Jepun, terutama sejak akhir Pemerintahan Tokugawa. Dengan kata lain, Mitsubishi

telah lahir sejak 139 tahun hingga kehari ini. J ika dilihat sejarah dan perkembangannya,

setelah Perang Dunia Kedua organisasi Mitsubishi sempat dibubarkan oleh Amerika Syarikat

kerana mempunyai kaitan dengan ketenteraan. Kemudiannya, Misubishi bergerak dalam

bentuk yang tidak memonopoli.22

Yataro Iwasaki

20 http://www.sjsu.edu/faculty/watkins/mitsubishi.htm21 Ibid.22 Ibid

9

Page 10: Sejarah Zaibatsu (Jepun) Selepas Perang Dunia Kedua

Yataro Iwasaki merupakan usahawan utama yang mendirikan Mitsubishi. Yataro pada

awalnya bekerja di pelabuhan di daerah Nagasaki sebagai anak kapal. Namun, pasca

Restorasi Meiji 1868, Osaka menggantikan posisi Nagasaki sebagai pelabuhan perdagangan

utama. Selain itu, pemerintahan Jepun yang baru melarang para anggota klan untuk

menjalankan perniagaan. Oleh itu, Yataro mengambil alih perusahaan perkapalan tersebut.

Pada tahun 1870, ia mendirikan perusahaan perkapalan sendiri dengan nama

Tsukumo Shokai, dengan aset tiga buah kapal wap. Perusahaan tersebut mula menggunakan

nama Mitsubishi pada Mac 1873 yang dimana pada ketika itu Yataro secara rasmi menjadi

pemimpinya. Simbol Mitsubishi melambangkan tiga berlian dan “Mitsubishi” merupakan

kombinasi dari kata mitsu dan hishi. Mitsu bererti tiga dan hishi bererti water chestnut yang

digunakan masyarakat Jepun untuk melambangkan bentuk berlian. Simbol tiga berlian yang

menjadi simbol Mitsubishi berasal dari three-leaf crest milik klan Tosa (tempat dimana

Yataro pertama kali bekerja) dan juga melambangkan three stacked rhombuses dari

keluarganya (Iwasaki).23

Selama menjalankan perniagaannya, Yataro dipercayai telah melakukan banyak

perniagaan dan projek dari pemerintah Jepun yang baru, sehingga ia dapat mengembangkan

perusahaanya dengan membeli lebih banyak kapal serta mendapatkan subsidi daripada

pemerintah yang besar. Projek-projek tersebut antaranya menyediakan kapal untuk

membawa pasukan tentera Jepun ke Taiwan, serta pengangkutan persediaan dan peralatan

yang diperlukan oleh pemerintah. Sejak saat itu, Mitsubishi berkembang cepat. Dengan

adanya sokongan dari pemerintah, Yataro telah mengembangkan bidang syarikatnya kepada

bidang-bidang yang lain.24

Dalam perjalanan sejarah Mitsubishi, perusahaan milik Yataro mengalami banyak

perubahan nama, antaranya Mitsukawa Shokai, Mitsubishi Shokai, Mitsubishi Jokisen Kaisha

(Mitsubishi Steamship Company), serta Yubin Kisen Mitsubishi Kaisha (Mitsubishi Mail

Steamship Company). Mitsubishi Mail Steamship Company yang bergerak di bidang

pelayaran dan perdagangan ke China, menjadi perusahaan Jepun pertama yang membuka

melebarkan sayap perniagaan ke luar negera.25

23 http://www.mitsubishi.com/e/history/24 Ibid.25 Ibid.

10

Page 11: Sejarah Zaibatsu (Jepun) Selepas Perang Dunia Kedua

Pada tahun 1880-an, terjadi perubahan angin politik dimana kuasa pemerintah yang

telah mendokong Mitsubishi menjadi lemah. Keadaan ini sangat memberikan pengaruh yang

besar kepada Mitsubishi. Pada tahun yang sama juga ada perusahaan yang bergerak di

bidang perkapalan, sehingga menjadi pesaing utama bagi Mitsubishi. Dengan adanya

persaingan ini, ianya hampir memusnahkan kedua-dua syarikat. Untuk mengatasinya,

digabungkan kedua-dua perniagaan tersebut. Namun, lapan bulan sebelum penggabungan

dilaksanakan, Yataro meninggal dunia akibat kanser perut pada tahun 1885.

Yanosuke Iwasaki

Setelah kematian Yataro, Yanosuke Iwasaki yang merupakan adik kandung Yataro,

menggantikannya sebagai presiden Mitsubishi. Sebagai tugas pertamanya, Yanosuke

bertanggungjawab untuk mengatasi krisis persaingan perniagaan yang sebelum ini tidak

sempat diselesaikan oleh Yataro. Pembentukan gabungan antara Mitsubishi dan pesaingnya

disokong oleh kerajaan pada tahun 1885 dan gabungan tersebut digelarkan sebagai Nippon

Yusen (kini NYK Line).26

Yanosuke membuatkan Mitsubishi semakin maju dan mantap dibawah kepimpinan

beliau hingga menjadi perusahaan yang sangat besar. Yanosuke telah melakukan pengalihan

fokus usaha Mitsubishi dari perniagaan di perairan kerana persiangan yang semakin tinggi

dan menerokai perniagaan lain.

Ia juga membentuk organisasi Mitsubishi sebagai perusahaan moden. Yanosuke

merancang untuk memodenkan kembali organisasi dalam bidang pengangkutan air dan

pembuatan kapal. Selain itu, Yanosuke juga memperluas perniagaan dalam bidang

perbankan dengan mengambil alih pengurusan The 119th National Bank (yang kemudian

menjadi Mitsubishi bank), insurans dan warehousing (Mitsubishi Logistics, Tokyo

Warehouse). Semua hal ini menjadi titik tolak bagi pertumbuhan dan perkembangan

Mitsubishi pada masa kemudiannya.27

Pada tahun 1890, ia membeli lapan puluh hektar tanah di Imperial Palace yang

dikenal sebagai Marunouchi. Marunouchi merupakan business street modern Jepun yang

26 Ibid.27 http://www.mitsubishi-cars.co.uk/company/history.asp

11

Page 12: Sejarah Zaibatsu (Jepun) Selepas Perang Dunia Kedua

pertama, sehingga dikatakan sebagai a block of London. Kerana prestasin tersebut, Yanosuke

diberikan jawatan dalam kerajaan. Ia mewakili komuniti perniagaan di Imperial Assembly,

dan atas sokongan dari perdana menteri, Yanosuke menjadi gabenor jeneral The Bank of

Japan. Yanosuke meninggal pada tahun 1908, ketika berumur lima puluh tujuh tahun.

Hisaya Iwasaki

Selepas Yanosuke meninggal dunia, anak kepada Yataro Iwasaki, Hisaya Iwasaki, menjadi

presiden Mitsubishi ke-tiga pada tahun 1893. Hisaya adalah lulusan dari luar negera, iaitu

the University of Pennsylvania. Beliau berperanan sebagai pemoden dan perancang

organisasi Mitsubishi dan meneruskan perniagaan yang telah diwujudkan oleh ayahnya.

Modernisasi tidak hanya dilakukan kepada kualiti produk yang sedia ada, tetapi juga kepada

penggunaan teknologi dan budaya korporat yang sangat berkait-rapat dengan perkembangan

industri Jepun dengan cepat demi mengejar barat.28

Beberapa perniagaan peribadi milik Hisaya turut dijadi sebahagian dari Mitsubishi.

Sebagai contoh, ia membeli perusahaan seperti Kobe Paper Mill (kini dikenali sebagai

Mitsubishi paper Mills), perusahaan batu serta tembaga yang diperlukan untuk menjalankan

industri, serta Osaka Refinery yang dimiliki oleh kerajaan pada awalnya untuk memproses

tembaga. Usaha dalam mengeksport produk mineral Mitsubishi ini menjadi sumber penting

bagi menjadi sumber dana Mitsubishi yang lebih banyak. Hisaya juga telah mendirikan

perbankan dan estet. Selain itu juga terdapat perniagaan yang berbentuk penyediaan ruang

pejabat di Tokyo atau ruang infrastruktur.29

Bagi bidang perkapalan yang menjadi perniagaan awal Mitsubishi, Hisaya

melebarkan usaha ini dengan menyuntikkan dana untuk memoden dan melebarkan Nagasaki

Shipyard dengan membuka dua cabang di Kobe dan Shimonoseki. Usaha tersebut

menjadikan Mitsubishi sebagai perusahaan swasta dalam sektor pembuatan perkapalan

terbesar di Jepun. Hisaya juga sangat aktif dalam menjalani industri yang baru seperti produk

makanan dan minuman. Ia memulakan usaha produk tersebut dengan minuman coke, yang

merupakan perusahaan pertama yang berbentuk karbon kimia dan di luar negera Mitsubishi

mendirikan steel plant di Korea Utara.

28 http://www.mitsubishi.com/e/history/series/hisaya/29 Ibid.

12

Page 13: Sejarah Zaibatsu (Jepun) Selepas Perang Dunia Kedua

Hisaya menjadi pelopor dalam mendirikan Kirin Brewery dan membantu sepupunya,

Toshiya Iwasaki untuk mendirikan Asahi Glass yang merupakan perusahaan Jepun pertama

yang berjaya dalam industri plate glass. Kemudian, demi mengembangkan perusahaan yang

dipimpinnya, Hisaya melakukan kajian dan penelitian mengenai prinsip-prinsip atau kod

etika dalam proses perjanjian perniagaan. Beliau juga berjasa pada Tokyo dengan

mendirikan taman iaitu taman Rikugien dan Kiyosumi Teien. Selain itu, Hisaya mendirikan

Toyo Bunko, sebuah perpustakaan.

Pada tahun 1916, kedudukannya sebagai presiden Mitsubishi diganti oleh Koyata

Iwasaki, anak kepada Yanosuke Iwasaki. Setelah itu, Hisaya menumpukan perhatian pada

perniagaan peribadinya dalam bidang pertanian dan cattle projects yang tersebar di Korea,

Taiwan, Sumatra, Semenanjung Malaya, Brazil dan tempat-temat lainnya. Pada akhirnya,

Hisaya kehilangan hampir semua kekayaan pribadinya kerana keruntuhan Zaibatsu dan

industri di Jepun setelah Perang Dunia Kedua. Beliau kemudiannya menetap di Suehiro

Farm hingga meninggal pada tahun 1955.30

Koyata Iwasaki

Seperti yang telah disebutkan sebelumnya, Koyata Iwasaki menggantikan Hisaya pada tahun

1916, sebagai presiden keempat sekaligus terakhir dari Mitsubishi khususnya sebelum

pemansuhan Zaibatsu. Koyata juga memiliki pendidikan dari luar negera iaitu University of

Cambridge. Ia memimpin organisasi Mitsubishi selama 29 tahun dan turut memainkan

peranan yang penting dalam membentuk perkembangan industri di Jepun.31

Koyata membawa Mitsubishi sebagai public share company dan menjadikannya

sebagai perusahaan raksasa yang berfokus pada heavy and chemical industries, yang

mengembangkan perniagaan automotif dan lain-lainnya. Koyata juga berperanan sebagai

penggubal prinsip-prinsip perniagaan Mitsubishi yang menjadi panduan bagi perusahaan

Mitsubishi hingga saat ini. Di bawah kepimpinannya, Mitsubishi menjadi antara kelompok

syarikat yang terdiri daripada tujuh puluh cabang perusahaan di bawah payung Mitsubishi.32

30 Ibid.31 http://www.mitsubishi.com/e/history/series/koyata/index.html32 Ibid.

13

Page 14: Sejarah Zaibatsu (Jepun) Selepas Perang Dunia Kedua

Koyata telah memperbagaikan perniagaan Mitsubishi sehingga menjadikannya

kumpulan perniagaan yang berukuran skala besar. Dengan adanya pengurusan yang baik,

memberikan kesempatan pada kumpulan ini untuk lebih tumbuh dan berkembang.

Perkembangan industri juga sangat cepat terjadi di Jepun ketika Eropah memasuki era

Perang Dunia Pertama yang memerlukan industri berat dan kimia. Oleh yang demikian,

Mitsubishi menjadi pemimpin dalam industri-industri mesin elektronik, aircraft, oil refining,

chemicals, dan steel making. Mitsubishi juga sangat aktif dalam perniagaan internasional.

Koyota menganggap bahwa belajar dari negara lain adalah sangat penting. Di bawah

kepemimpinannya, Mitsubishi mengasimilasikan teknologi, perbankan serta sistem

pengurusan dari perniagaan terbaik di dunia. Ia juga menjalin hubungan perniagaan dengan

berbagai perusahaan di seluruh dunia. Mitsubishi turut megambil teknologi yang diimport

dari luar, kemudian menghasilkan teknologi baru yang original. Keunggulan teknologi ini

menjadi kekuatan utama bagi Mitsubishi.33

Setelah melalui perjalanan yang jauh bagi Mitsubishi, Koyata menyedari bahawa

dengan mengurangkan kawalan langsung dari keluarga Iwasaki pada Mitsubishi dapat

membantu perkembangan organisasi ini. Beliau mula menjualkan saham-saham Mitsubishi

kepada umum. Dengan itu, hampir semua saham Mitsubishi lebih banyak dipegang oleh

umum berbanding dengan ahli keluarga Iwasaki.

Sistem pemgurusan yang digunakan oleh Koyata merupakan gabungan permintaan

kerajaan dengan idealisme barat. Kemudian, beliau mencipta tiga prinsip perniagaan yang

amat penting dalam perjalanan kumpulannya dan menjadi dasar semangat serta nilai-nilai

Mitsubishi. Prinsip ini disebut Sankoryo, dicipta pada tahun 1930an. Iaitu ;

1. Shoki Hoko ; corporate responsibility to society

2. Shoji Komei ; integrity and fairness.

3. Ritsugyo Boeki ; international understanding through trade (an international

perspective)34

Sejarah Mitsubishi Pasca Perang Dunia Kedua Hingga Kini

33 Ibid.34 Ibid.

14

Page 15: Sejarah Zaibatsu (Jepun) Selepas Perang Dunia Kedua

Dengan berakhirnya Perang Dunia kedua, peguasaan keluarga Iwasaki dalam sejarah

Mitsubishi terpaksa berakhir. Pasukan Amerika Syarikat yang memenangi perang

menginginkan kelompok industri besar Jepun yang dijalankan oleh keluarga Zaibatsu

dibubarkan. Koyata sememangnya telah menolak dan membantah pemansuhan tersebut,

namun beliau telah meninggal pada Desember 1945. Mitsubishi dibubarkan pada 30

September 1946 dan kumpulan Mitsubishi berpecah menjadi perusahaan yang lebih kecil.35

Apabila Dibubarkan Mitsubishi, turut membuat Mitsubishi holding company lenyap

daripada ekonomi Jepun kumpulan perusahaan ini telah terbahagi menjadi ratusan perniagaan

yang bebas. Kebanyakan bekas kumpulan Mitsubishi tersebut dilarang menggunakan nama

dan simbol perusahaan Mitsubishi, terutamanya selama berada di bawah penguasaan

Amerika Syarikat. Namun begitu, setelah disahkan oleh The San Fransisco Peace Treaty

tahun 1952, Jepun mendapatkan kembali tempatnya dalam komuniti perniagaan

antarabangsa, yang bererti industri dan perniagaan yang ada diberi kesempatan untuk bangkit

kembali.

Tahun 1954, lebih dari 100 perniagaan yang sebelum ini menjadi kumpulan

Mitsubishi corporation, bergabung untuk membangun kembali perniagaan tersebut.

Komponen-komponen perusahaan utama dari Mitsubishi Heavy Industries bergabung

kembali pada 1964. Selain itu, Mitsubishi yang namanya dilarang setelah perang, telah mula

menggunakan nama dan simbol “tiga berlian”.36

Jepun berjaya membangunkan kembali ekonomiannya pasca Perang Dunia Kedua

pada tahun 1950-1960an, keadaan tersebut berlaku kerana wujudnya kumpulan-kumpulan

Zaibatsu dan telah bertukar menjadi Keiretsu, termasuk Mitsubishi. Hingga saat ini,

Mitsubishi corporations tetap berjaya dalam membangunkan ekonomi Jepun. Serta syarikat-

syarikat yang ada dibawah naungannya terus berjalan, bahkan menjadi peneraju bagi

beberapa bidang industri di dunia.37

35 http://www.slideshare.net/kaichew/tajuk-4-pembangunan-ekonomi-presentation36 http://www.mitsubishicorp.com/37 Ibid.

15

Page 16: Sejarah Zaibatsu (Jepun) Selepas Perang Dunia Kedua

PENUTUP

Kesimpulannya, zaibatsu atau keiretsu mampu berjaya sehingga kehari ini kerana mempunyai

satu sistem pengurusan dan organisasi yang sangat efektif. Dalam pada itu juga ianya

memiliki cara mengumpulkan modal yang mudah dan kepakaran juga sentiasa dikekalkan.

Daripada itu juga, perkara yang menjadi aspek utama kepada zaibatsu adalah budaya

perniagaan atau kerja yang sangat professional sehingga menjadikannya satu entiti

perniagaan yang terkenal di seluruh dunia seperti Mitsubishi pada hari ini.

16

Page 17: Sejarah Zaibatsu (Jepun) Selepas Perang Dunia Kedua

BIBLIOGRAFI

Abu Talib Ahmad, 2005, Tamadun Jepun, Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur

http://en.wikipedia.org/wiki/Zaibatsu. Joginder Singh Jessy (disunting oleh Ghazali Basri), 1978, Sejarah China dan Jepun, Kuala Lumpur : Anthonian Sdn. Bhd., Hal. 157-158.

17

Page 18: Sejarah Zaibatsu (Jepun) Selepas Perang Dunia Kedua

http://www2.tganu.uitm.edu.my/upena/.../01.SEJARAH%20FIRMA%20JEPUN.doc.

18