perang suez

33
1.0 PENDAHULUAN Suez merupakan salah satu bandar yang terdapat di Mesir. Bandar Suez ini terletak di hulu Teluk Suez iaitu di kawasan laut Kaherah. Di bandar Suez ini terdapat satu pelabuhan yang sangat terkenal dan terusan Suez ini telah dirasmikan oleh Ratu Isabella bersama Ferdinand De Lesseps dari Perancis pada tahun 17 November 1869. Dalam sejarah Islam salah seorang daripada khulafa Ar-Rasyidin iaitu Saidina Umar ibn Khattab sama sekali tidak mengizinkan proses penggalian dilakukan di antara Laut Merah dan juga Suez. 1 Beliau mengatakan: “ Kalaulah tembok yang membatasi antara dua Laut itu ditembus, jika Benua Afrika dan Asia Kecil di sebelah timur Nil itu digali maka bangsa-bangsa barat akan menyerbu ke timur lalu menyusahkan rakyat Arab dan Asia.” 2 Banyak usaha yang cuba dilakukan oleh orang luar untuk cuba menggali antara Suez dan Laut Merah ini kerana dikatakan mempunyai pelbagai kemudahan dan manfaat yang akan diperolehi jika proses penggalian ini berlaku namun ianya tetap gagal. Namun Ferdinand De Lesseps yang berasal dari Perancis tetap berkeras untuk menggali terusan Suez berkenaan. Akibat daripada desakan yang tidak putus oleh beliau akhirnya pemerintah Mesir pada ketika itu iaitu Said Pasha telah mengizinkan Ferdinand De Lesseps melakukan penggalian di antara Laut Merah dan juga Suez. 3 Pada ketika ini Suez merupakan salah satu bandar yang sangat besar di Mesir. Suez juga dijadikan sebagai tempat untuk melakukan pemeriksaan kesihatan bagi jemaah haji dari seluruh dunia untuk melakukan ibadat haji di Makkah. Ternyata Suez merupakan sebuah kawasan yang sangat terkenal dan juga maju bahkan sewaktu zaman pemerintahan Islam lagi Suez merupakan antara pelabuhan utama serta sewaktu pemerintahan Sultan Salim I Turki iaitu pada tahun 1517, baginda telah menjadikan Suez ini sebagai pelabuhan tentera laut bagi menghadapi ancaman musuh. 1 Prof. Madya Fadhullah Jamil. 2000. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Selangor : Thinkers Librarys Sdn Bhd. Hal 230. 2 Ibid. Hal 232. 3 Daniel R. Brower. 2000. The World Since 1945: A Brief History. New Jersey: Prentice- Hall Inc. Hal 193. 1

Upload: haryani-jasni

Post on 06-Nov-2015

343 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Perang

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUANSuez merupakan salah satu bandar yang terdapat di Mesir. Bandar Suez ini terletak di hulu Teluk Suez iaitu di kawasan laut Kaherah. Di bandar Suez ini terdapat satu pelabuhan yang sangat terkenal dan terusan Suez ini telah dirasmikan oleh Ratu Isabella bersama Ferdinand De Lesseps dari Perancis pada tahun 17 November 1869. Dalam sejarah Islam salah seorang daripada khulafa Ar-Rasyidin iaitu Saidina Umar ibn Khattab sama sekali tidak mengizinkan proses penggalian dilakukan di antara Laut Merah dan juga Suez.[footnoteRef:1]Beliau mengatakan: [1: Prof. Madya Fadhullah Jamil. 2000. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Selangor : Thinkers Librarys Sdn Bhd. Hal 230. ]

Kalaulah tembok yang membatasi antara dua Laut itu ditembus, jika Benua Afrika dan Asia Kecil di sebelah timur Nil itu digali maka bangsa-bangsa barat akan menyerbu ke timur lalu menyusahkan rakyat Arab dan Asia. [footnoteRef:2] [2: Ibid. Hal 232.]

Banyak usaha yang cuba dilakukan oleh orang luar untuk cuba menggali antara Suez dan Laut Merah ini kerana dikatakan mempunyai pelbagai kemudahan dan manfaat yang akan diperolehi jika proses penggalian ini berlaku namun ianya tetap gagal. Namun Ferdinand De Lesseps yang berasal dari Perancis tetap berkeras untuk menggali terusan Suez berkenaan. Akibat daripada desakan yang tidak putus oleh beliau akhirnya pemerintah Mesir pada ketika itu iaitu Said Pasha telah mengizinkan Ferdinand De Lesseps melakukan penggalian di antara Laut Merah dan juga Suez.[footnoteRef:3] [3: Daniel R. Brower. 2000. The World Since 1945: A Brief History. New Jersey: Prentice-Hall Inc. Hal 193.]

Pada ketika ini Suez merupakan salah satu bandar yang sangat besar di Mesir. Suez juga dijadikan sebagai tempat untuk melakukan pemeriksaan kesihatan bagi jemaah haji dari seluruh dunia untuk melakukan ibadat haji di Makkah. Ternyata Suez merupakan sebuah kawasan yang sangat terkenal dan juga maju bahkan sewaktu zaman pemerintahan Islam lagi Suez merupakan antara pelabuhan utama serta sewaktu pemerintahan Sultan Salim I Turki iaitu pada tahun 1517, baginda telah menjadikan Suez ini sebagai pelabuhan tentera laut bagi menghadapi ancaman musuh.Panjang Terusan Suez ini dianggarkan sepanjang 163 Kilometer(101 batu) dan kelebaran terusan Suez ini adalah 300 Meter (984 kaki).[footnoteRef:4] Terusan ini sangat penting dalam proses perdagangan mahupun penjelajahan dan penerokaan kerana terusan ini berfungsi untuk memendekkan perjalanan dan menjadi laluan terpenting di antara Eropah dan juga Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika. Dengan adanya Terusan Suez ini, perjalanan antara Timur Tengah dan tempat-tempat lain di dunia ini telah dipendekkan sebanyak 40 peratus.[footnoteRef:5] [4: Lois A. Aroian & Richard P. Mitchell. 1991. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 106.] [5: Ian A. Morrison. 1990. World in View: Middle East. London: Heinemann Educational Books Ltd. Hal 33.]

Sebelum pembinaan terusan Suez ini barang-barang dagangan yang sampai akan dipunggah di pelabuhan dan dibawa menggunakan kenderaan darat dan perjalanannya adalah sangat jauh namun selepas sebuah terusan air tawar yang telah dibina di Suez barang-barang dagangan yang hendak dibawa ke Mesir tidak lagi perlu melalui Tasik Bitter yang menyambungkan di antara Laut Mediterranean sehingga ke Suez dan ini sangat membantu dalam urusan perdagangan. Hasil daripada pembukaan terusan ini negara Mesir menjadi sangat kaya hasil daripada kutipan cukai keatas kapal-kapal yang datang berlabuh di pelabuhan berkenaan. Terusan ini juga secara tidak langsung telah memudahkan urusan perhubungan di antara negara-negara Eropah dengan negara-negara sebelah Timur.

Rajah 1: Kedudukan Terusan Suez (Sumber: Google Image)

2.0 SEJARAH PERANG SUEZ Rajah 2: Perang Suez (1956) (Sumber: Google Image)Perang Suez ini telah berlaku pada 29 Oktober 1956 dan berakhir pada 7 November 1956 serta peperangan ini telah melibatkan 3 buah Negara iaitu British, Perancis dan juga Israel di mana pemimpin ketiga-tiga Negara ini berpakat untuk menyerang Mesir. Selain daripada Perang Suez perang ini juga dikenali sebagai Serangan Tiga Pihak, Perang Sinai, Perang Suez-Sinai, Perang Arab-Israel Kedua, Krisis Suez, Operasi Kadesh dan juga Operasi Musketeer.[footnoteRef:6] [6: Prof. Madya Fadhullah Jamil. 2000. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Selangor: Thinkers Librarys Sdn Bhd. Hal 230.]

Sewaktu peperangan ini berlaku Negara Mesir telah diketuai oleh pemimpinnya iaitu Gamal Abdul Nasser manakala tiga buah Negara yang berkompromi ini diketuai oleh Anthony Eden. Peperangan ini telah berlaku di Terusan Suez dan juga di Zon Sina. Peperangan yang berlaku selama 10 hari ini telah dimenangi oleh tiga buah Negara yang bergabung iaitu Perancis, British dan juga Israel. Hasil daripada peperangan ini adalah pihak PBB telah mengumumkan gencatan senjata dan juga kepada pendudukan UNEF di daerah Sinai.3.0 KRONOLOGI PERANG SUEZPerang Suez yang berlaku selama 10 hari ini telah berlaku selepas daripada pihak British dan juga Amerika Syarikat menarik balik bantuan kewangan yang telah mereka berikan kepada Mesir. Tujuan bantuan kewangan itu diberikan kepada Mesir adalah untuk membiayai Empangan Aswan yang merupakan empangan yang penting yang digunakan oleh penduduk Mesir untuk mengairi kawasan pertanian mereka. Pihak British dan juga Amerika Syarikat menarik balik bantuan kewangan yang telah diberikan kepada Mesir berikutan kerajaan Mesir telah mengumumkan untuk memiliknegarakan Terusan Suez pada 26 Julai dan perkara ini telah diumumkan sendiri oleh Presiden Mesir pada ketika itu iaitu Gamal Abdul Naseer. Selain daripada itu beliau juga telah berjanji untuk memberikan pampasan kepada British dan juga Amerika Syarikat. Pihak British dan juga Amerika Syarikat sama sekali tidak bersetuju kerana tindakan Mesir pada ketika itu dikatakan telah melanggar perjanjian yang telah dibuat semasa membenarkan Terusan Suez digali. Dalam Perjanjian Pertama sewaktu Terusan Suez dibuka Mesir hanya boleh mengambil alih sepenuhnya Terusan Suez selepas 99 tahun dan hanya akan bermula pada tahun 1869.[footnoteRef:7] [7: Ibid. Hal 260.]

Namun Mesir telah mengumumkan untuk memiliknegarakan Terusan Suez walaupun ketika itu baru 87 tahun berlalu. Tindakan yang dilakukan Mesir ini jelas menunjukkan bahawa mereka telah melanggar perjanjian yang telah dimeterai. Disebabkan tidak berpuas hati dengan sikap kerajaan Mesir inilah pihak British dan juga Amerika Syarikat telah membuat keputusan untuk menarik balik bantuan kewangan yang telah mereka berikan. Pihak yang tidak berpuas hati ini telah mengumumkan untuk berperang. Pada awal bulan Oktober, British, Perancis dan juga Israel telah membuat satu pakatan dan perjanjian rahsia untuk mengenakan operasi ketenteraan kepada Mesir dan operasi itu akan dilancarkan bermula di sempadan Israel dan juga Mesir. Operasi ketenteraan telah bermula pada 26 Oktober apabila sebanyak 202 Briged pasukan tentera udara pada ketika itu dibawah pimpinan Ariel Sharon telah memulakan pergerakkan dimana mereka telah ditugaskan untuk melakukan pendaratan di Mitla Laluan. Kemudian pada 28 Oktober briged yang berada di bawah pimpinan Ariel Sharon ini telah bergerak ke sempadan antara Israel dan juga Mesir.[footnoteRef:8] [8: Andres Wenger & Doron Zimmermann. 2004. International Relations: From The Cold War To The Globalized World. New Delhi: Viva Books Private Limited. Hal 198.]

Operasi menawan beberapa daerah Mesir telah dimulakan oleh pasukan tentera yang berada di bawah pimpinan Rafael Eitan (Raful) yang telah melakukan pergerakan merentasi Gurun Sinai. Dalam perjalanan yang dilakukan oleh Raful banyak daerah-daerah di Mesir telah ditawan oleh beliau. Beliau terus melakukan pergerakkan merentasi Gurun Sinai sehinggalah mereka sampai ke sempadan Israel-Mesir dan seterusnya bergabung dengan rejim-rejim yang lain. Serangan secara besar-besaran pada mulanya telah dilakukan oleh tentera Israel terlebih dahulu terhadap Mesir kemudian barulah diikuti oleh tentera dari Britain dan juga Perancis. Peperangan ini telah berlarutan selama 10 hari dan kemenangan berpihak kepada tiga buah Negara yang berpakat untuk menyerang Mesir ini.[footnoteRef:9] Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berusaha semampu mungkin untuk menghalang perang daripada terus berlarutan dan juga untuk mengelakkan banyak nyawa terkorban. Akhirnya satu gencatan senjata telah dilakukan dan untuk memastikan gencatan senjata ini berhasil pihak PBB telah menempatkan pasukan pengaman di garisan-garisan sempadan yang menjadi pemisah antara Negara Israel dan juga Mesir. Hal ini dilakukan setelah pihak PBB telah mendapat desakan daripada Negara-negara lain kerana dikhuatiri peperangan ini akan terus berlaku dan gencatan senjata hanyalah usaha yang sia-sia. [9: Ibid. Hal 202.]

Perang Suez ini merupakan sebuah perang yang disebabkan oleh tindakan untuk memiliknegarakan Terusan Suez oleh Mesir. Namun begitu, terdapat beberapa perkara lain lagi yang menyebabkan berlakunya perang ini iaitu merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial. Ketiga-tiga aspek ini ternyata menjadi faktor-faktor yang penting dalam tercetusnya peristiwa ini. Perang ini juga telah memberi kesan positif dan negatif terhadap keempat-empat Negara yang terlibat dalam perang ini.

4.0 FAKTOR-FAKTOR PERANG SUEZ 19564.1 Politik4.1.1 Mesir Dalam Hubungan Luar Negara IsraelBeberapa orang ahli politik Israel khuatir terhadap revolusi Mesir pada tahun 1952 dan perhubungan persahabatan yang lebih erat dengan Amerika Syarikat yang cuba diwujudkan oleh pemimpin baru Mesir iaitu Gamal Abdul Nasser. Mereka bertindak merancang satu serangan ke atas Mesir bagi memastikan negara tersebut tidak menjadi ancaman kepada keselamatan Israel pada masa hadapan. Pada tahun 1954, Nasser menggunakan pelbagai hubungan rasmi bagi mencari satu persetujuan dengan Sharett.Tekanan politik yang dialami oleh Sharett dan kepercayaan peribadinya menghalangnya daripada memberikan tindak balas yang benar-benar serius terhadap tawaran Mesir itu.[footnoteRef:10]Sebaliknya berlaku beberapa siri serangan bom dan kebakaran di beberapa buah pawagam di Kaherah, Kedutaan Amerika di Kaherah, Pejabat Pos Kaherah dan beberapa kepentingan Inggeris. Pada bulan Julai, pendedahan dibuat bahawa ejen-ejen Israel, termasuk beberapa orang Yahudi Mesir telah diarahkan supaya mengkhianati kerjasama erat antara Amerika Syarikat dan Mesir dalam rundingan untuk pengunduran tentera Inggeris dari Mesir. [10: Prof Madya Fadhlullah Jamil. 2000. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Selangor: Thinkers Librarys Sdn Bhd. Hal 350.]

Pada Februari 1955, dua daripada mereka yang didapati bersalah digantung di Kaherah, seorang membunuh diri dan yang lain dijatuhkan hukuman penjara. Seorang pengintip dibebaskan pada tahun 1967 sebagai tukaran dengan tentera Mesir yang ditawan masa perang bulan Jun. Lavon meletak jawatan kerana imejnya terjejas. Beliau digantikan oleh Ben Gurion.[footnoteRef:11]Belum pun sampai sebulan memegang jawatan, Ben Gurion memberikan kebenaran terhadap serangan ke atas pusat kawalan Mesir di Gaza. [11: Ibid. Hal 350. ]

Dalam serangan pada 17 Februari 1955, hampir empat puluh orang Mesir terbunuh dan ibu pejabat Mesir di Gaza dimusnahkan. Walaupun dengan hasrat untuk mencari perdamaian pada awalnya, namun Abdul Nasser tidak dapat melupakan begitu sahaja tindakan yang jelas memperlihatkan betapa terdedahnya Mesir kepada serangan Israel. Peristiwa ini telah memulakan penglibatan Mesir yang lebih emosional terhadap konflik Arab-Israel. Setiausaha Negara Amerika Syarikat iaitu John Foster Dulles menentang idea Negara Mesir yang berkecuali, merdeka dan terlibat secara aktif dalam hal ehwal Negara berkecuali seperti dalam Persidangan Bandung pada April 1955, walaupun Mesir tidak menjalinkan sebarang perhubungan istimewa dengan Soviet Union pada waktu itu. Di Bandung, Abdul Nasser muncul sebagai pemimpin Negara berkecuali yang utama dan menjalin hubungan persahabatan dengan pemimpin China Zhou En-Lai, Perdana Menteri India Jawaharlal Nehru dan pemimpin Yugoslavia, Josip Broz Tito.[footnoteRef:12] Mesir menyeru supaya China menyokong kemerdekaan bagi wilayah yang diduduki oleh Perancis di Afrika Utara. Tidak lama kemudian Soviet Union menawarkan bantuan bagi membolehkan Mesir mendapatkan senjata yang tidak boleh didapati daripada Amerika Syarikat, Britain dan Perancis disebabkan oleh perjanjian sekatan penjualan senjata. [12: Ibid. Hal 350.]

Raja Husain mengikut jejak langkah yang diambil oleh Abdul Nasser dengan tidak menyertai Pakatan Baghdad. Pada Mac 1956, Husain mendapat latihan tentera di England bertindak menyingkir Sir John Glubb Komander iaitu pasukan Legion Arab. Perdana Menteri Parti Konservatif Britain, Sir Anthony Eden kemudiannya mengundurkan semua pegawai Inggeris dari Jordan. Pengalaman Eden sebagai Setiausaha Luar Britain sebelum Perang Dunia II, terutamanya ingatan terhadap krisis untuk melembutkan sikap pihak Jerman dan Itali, menyebabkan beliau menyamakan Abdul Naseer dengan Hitler atau Mussolini. Beliau merasakan bahawa hanya tanpa Abdul Nasser sahaja Britain boleh mengekalkan keagungannya dalam hal ehwal Timur Tengah. Mereka menjadi musuh ketat dalam hal yang berkaitan dengan pertahanan serantau. Pada Mei 1956, Mesir mengiktiraf Republik Rakyat China (R.R.C) yang kemudiannya membawa kepada tindakan Dulles menarik balik tawaran Amerika Syarikat untuk membiayai bahagian utama pembinaan Empangan Tinggi Aswan yang dianggap oleh Abdul Nasser sebagai kunci kepada keperluan makanan dan tenaga Mesir. Amerika Syarikat berharap dengan tawarannya itu akan dapat menghalang perluasan pengaruh Soviet di Mesir. Apabila Amerika Syarikat menarik balik tawarannya, Mesir juga turut kehilangan punca pinjaman dari Bank Dunia dan Tabung Inggeris.[footnoteRef:13] [13: Mohammad Redzuan Othman. 1991. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. Hal 351.]

Sungguhpun penarikan balik tawaran bagi membiayai bahagian utama pembinaan Empangan Tinggi Aswan, namun kesan positif yang diterima oleh Mesir terhadap perhubungan dengan China ialah perdagangan Mesir dengan Negara China semakin bertambah.[footnoteRef:14] Kita dapat lihat di sini bahawa hubungan Mesir dengan British, Perancis serta Israel kian renggang disebabkan oleh pelbagai isu yang berbangkit. Namun hubungan luar Mesir dengan blok Soviet dan China kian erat. Hal ini sekaligus mengancam kuasa-kuasa barat seperti British dan Perancis. [14: Prof. Madya Fadhiullah Jamil. 2000. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan & Pergolakan. Selangor: Thinkers Librarys Sdn. Bhd. Hal 253.]

4.1.2 Hubungan Mesir Dengan Blok KomunisPada awalnya, hubungan Mesir lebih rapat dengan Amerika Syarikat, namun disebabkan Gamal Abdul Nasser lebih cenderung mengamalkan dasar berkecuali maka sikap ini tidak disenangi oleh Amerika Syarikat. Dalam usaha Amerika Syarikat menangani masalah ini, Amerika Syarikat telah bertindak menyekat bekalan senjata dan ekonomi Mesir. Perkara ini menyebabkan Gamal Abdul Nasser beralih kepada blok komunis yang menjanjikan bekalan senjata kepada Mesir. Hal ini dapat dibuktikan dengan penyataan berikut:

Washington would supply arms only if accompanied by military personnel to oversee their preparation and use, a condition Nasser refused. He turned to Soviets, who replied in early May.[footnoteRef:15] [15: Charles D. Smith, Palestine and the Arab-Israeli Conflict: A History with documents. Boston & New York: Bedford/St. Martins. Hal 239.]

Pada September 1955, Gamal Abdul Nasser telah membeli senjata dari Czechoslovakia secara besar-besaran dan mengiktiraf blok komunis Cina serta menunjukkan bahawa Negara Mesir tidak lagi dibawah lindungan Barat. Selain itu juga, Gamal Abdul Nasser turut merancang membeli kapal terbang dan tank (kereta kebal) dari Soviet Rusia.[footnoteRef:16] Hal ini menyebabkan Negara Mesir menjadi kurang bergantung dengan kuasa barat tetapi kebergantungan dengan Blok Soviet pula semakin bertambah. Dasar Nasser ini telah menyebabkan kuasa komunis semakin aktif dalam rantau ini. [16: Lois A. Aroian & Richard P. Mitchell. 1991. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 252.]

4.1.3 Pemiliknegaraan Terusan Suez Faktor seterusnya ialah Gamal Abdul Nasser telah memiliknegarakan Terusan Suez. Abdul Nasser telah meletakkan harta negara di bawah penguasaan Mesir tanpa melanggar sebarang peruntukan dalam undang-undang antarabangsa. Tindakan tersebut dengan jelas dipercepatkan oleh keperluan bagi mendapatkan sumber kewangan bagi membiayai Empangan tinggi. Sebagai seorang pragmatik, Abdul Nasser dengan segera menunjukkan kepada dunia bahawa Mesir mampu mengendalikan terusan dengan lancar. Pada 26 Julai 1956, Gamal Abdul Nasser telah mengumumkan bahawa Mesir akan mengambil Syarikat Terusan Suez Inggeris-Perancis dan juga terusannya.[footnoteRef:17] Hal ini berikutan daripada tindakan pihak British yang menarik balik tawaran pinjaman yang dijanjikan kepada Mesir. Gamal Abdul Nasser turut menyatakan bahawa syarikat yang memiliki terusan ini akan dibayar pampasan. Menurut Gamal lagi, pembinaan Terusan Suez ini telah dilakukan dan dibiayai sendiri oleh rakyat Mesir. Maka Terusan Suez ini adalah harta negara Mesir. Berikutan penarikan balik pinjaman yang ditawarkan oleh pihak British, maka Mesir tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membiayai pembinaan Empangan Aswan. Hal ini dapat dibuktikan melalui penyataan William L. Cleveland dalam A History of the Modern Middle East iaitu: [17: John W. Young. 1999. America, Russia and the Cold War 1941-1998, USA: Addison Wesley Longman. Hal 95.]

and Nasser proclaimed that the revenues from the canal would be use to fund the development projects the West refused to sponsor.[footnoteRef:18] [18: William l. Cleveland, A History of the Modern Middle East. U.S: Westview Press. Hal 292.]

Maka, melalui tindakan memiliknegarakan Terusan Suez ini, Mesir mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung pembinaan projek empangan tersebut. Empangan Tinggi Aswan ini amat penting kerana sebagai kunci kepada bekalan makanan dan tenaga Mesir.[footnoteRef:19] Tindakan Nasser ini menyebabkan pihak Barat memaksa beliau menarik balik penyataan pemiliknegaraan Terusan Suez, tetapi Nasser mendapat sokongan daripada blok Soviet.[footnoteRef:20] Maka tindakan pemiliknegaraan Terusan Suez ini juga telah menjadi faktor dalam mencetus Perang Suez. [19: Prof. Madya Fadhullah Jamil. 2000. Islam Di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Selangor: Thinkers Librarys Sdn Bhd. Hal 350.] [20: Ibid. Hal 95.]

4.1.4 Matlamat IsraelFaktor lain yang menyebabkan tercetusnya Perang Suez ialah matlamat Israel sendiri. Israel merupakan salah sebuah negara yang terlibat dalam Perang Suez menentang Mesir. Israel mempunyai matlamat melalui kerjasamanya dengan dua kuasa yang lain dalam serangan pada Oktober iaitu untuk menamatkan sekatan Mesir di Teluk Aqaba, menamatkan pencerobohan Fidayeen (pejuang kebebasan) dan menggulingkan Gamal Abdul Nasser kerana khuatir akan kemunculannya sebagai pemimpin serantau kelak.Matlamat pertama Israel iaitu menamatkan sekatan Mesir di Teluk Aqabah adalah kerana Teluk Aqabah merupakan jalan pintas untuk sampai ke Israel tanpa melalui Terusan Suez. Matlamat kedua ialah untuk menamatkan pencerobohan Fidayeen di Israel. Fidayeen merupakan satu pertubuhan gerila rakyat Palestin yang menentang Israel. Gerila ini menimbulkan kerisauan dalam pentadbiran Israel. Matlamat ketiga ialah untuk menggulingkan Gamal Abdul Nasser. Hal ini disebabkan ketokohan dan keberanian beliau telah mendatangkan kerisauan kepada Israel sekiranya beliau berjaya mempengaruhi kuasa-kuasa Arab di rantau ini. Keupayaan beliau membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat Arab serantau akan mengganggu hubungan ekonomi Israel dengan Barat. 4.1.5 Perubahan Dasar PerancisSebuah lagi negara yang terlibat secara langsung dalam Perang Suez ini ialah Negara Perancis. Sebelum ini, Perancis merupakan sebuah negara yang mengamalkan dasar pro-Arab. Perancis akan bertindak mengambil sikap berkecuali sekiranya terdapat konflik dalam rantau Arab.[footnoteRef:21] Hal ini berikutan dengan kebangkitan nasionalisme di Algeria yang mendapat semangat daripada kepimpinan Gamal Abdul Nasser. Hal ini dapat dilihat dalam petikan berikut: [21: Lois A. Aroian & Richard P. Mitchell. 1991. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 254.]

Worse, they became convinced that Nasser was giving the Algerian rebels crucial military and financial assistance, without which the rebellion would collapse. [footnoteRef:22] [22: Charles D. Smith. 2001. Palestin and the Arab-Israeli conflict: A History with document. Boston & New York:Bedford/St. Martins. Hal 239.]

Perancis kurang senang dengan sokongan Mesir terhadap Revolusi Algeria. Mesir juga menyeru supaya China menyokong kemerdekaan bagi wilayah yang diduduki oleh Perancis di Afrika Utara.[footnoteRef:23]Perkara ini telah menyebabkan Perancis tidak menyenangi Presiden Gamal Abdul Nasser. Selain itu, Perancis mengingkari perjanjian dan membekalkan senjata kepada Israel. [23: Fadhullah Jamil. 2000. Islam Di Asia Barat Moden:Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Selangor: Thinkers Librarys Sdn Bhd. Hal 350.]

Hal ini telah menyebabkan Gamal Abdul Nasser mengiktiraf komunis di China sebagai tanda protes terhadap keputusan Amerika Syarikat membiarkan Perancis menjual senjata kepada Israel.[footnoteRef:24]Soviet Union juga menawarkan bantuan bagi membolehkan Mesir mendapat senjata yang tidak boleh diperolehi dari Amerika Syarikat, Perancis dan British.[footnoteRef:25]Perubahan dasar Perancis juga dilihat sebagai satu faktor peperangan ini berlaku kerana Perancis merasa tergugat dengan kehadiran pemimpin seperti Gamal yang akan menyemarakkan lagi semangat nasionalisme di tanah jajahan mereka. [24: Edward H. Judge & John W. Langdon. 1996. A Hard and Bitter Peace: A Global History of the Cold War. New Jersey: Prentice-Hall Inc. Hal 132.] [25: Ibid. Hal 350.]

4.1.6 Penggulingan Gamal Abdul NasserBritish, Perancis dan Israel berkongsi keinginan yang sama iaitu untuk menjatuhkan kepimpinan Gamal Abdul Nasser. Matlamat yang sama membolehkan mereka bekerjasama dan membentuk angkatan yang kuat untuk menyerang Mesir. Menurut buku The Post-Imperial Age: The Great Powers and the Wider World yang ditulis oleh J.P.D Dumbabin, British merasakan bahawa perbuatan Nasser perlu dihentikan. Hal ini dapat dilihat dalam pernyataan di bawah,

..British it felt instinctively that Nasser would have to be stopped; and it had an added concern [footnoteRef:26] [26: J.P.D Dumbabin. 1994. The Post-Imperial Age: The Great Powers and the wider world. London & New York: Longman. Hal 280.]

British dan Perancis menyembunyikan pakatan mereka dengan Israel yang termeterai pada 24 Oktober 1956. Pihak British dan Perancis berharap agar dengan berlakunya peperangan ini, maka kuasa Gamal Abdul Nasser akan jatuh dan imej Gamal sebagai seorang Hero Arab akan jatuh di mata masyarakat arab di rantau ini. Jelas sekali bahawa jalan penyelesaian kuasa-kuasa besar ini adalah dengan menggulingkan kepimpinan Gamal Abdul Nasser itu sendiri.4.2 Ekonomi4.2.1 Kedudukan yang strategikDari segi ekonomi pula, kepentingan Terusan Suez itu sendiri yang mendorong kepada peperangan berlaku. Terusan Suez telah dibuka pada tahun 1869 secara besar-besaran oleh Ratu Isabella bersama Ferdinand De Lesseps dari Perancis. Secara tidak langsung pengaruh Perancis telah bertapak di Mesir.[footnoteRef:27] Pembinaan terusan ini memendekkan perjalanan antara Timur dan Barat. Pada permulaan tahun 1950 Britain, kuasa asing sangat berpengaruh di Timur Tengah kerana kegiatan perdagangan Britain di Terusan Suez. Timur Tengah mempunyai ekonomi yang membawa kepada keuntungan negara kerana memiliki simpanan-simpanan minyak yang luas dan laluan terusan tersebut. [27: Ewan W. Anderson. 2000. The Middle East-Geography and Geopolitics. London & New York: Routledge. Hal 102.]

Pada masa ini, Suez sangat strategik dan berkepentingan dalam konteks Perang Dingin dalam membangkitkan Britain untuk mengukuhkan kedudukan di sana. Kekuatan tentera Britain bergerak ke seluruh rantau, termasuklah di pengkalan Suez seramai lebih kurang 80,000 orang dan dikatakan pengkalan-pengkalan tentera terbesar di dunia. Suez dianggap berkedudukan strategik bagi Britain di Timur Tengah. Kedudukan terusan yang strategik ini, telah menjadi rebutan kepada kuasa-kuasa Barat. Kita sedia maklum bahawa hubungan perdagangan Barat dan Timur amat pesat kerana terdapat beberapa barangan Timur menjadi rebutan pedagang-pedagang Barat seperti rempah ratus. Pemendekan masa perjalanan ini juga menyebabkan mereka dapat meningkatkan hasil pendapatan mereka.

4.2.2 Laluan Kapal-Kapal Dagang Seperti yang telah diketahui, Terusan Suez terkenal sebagai laluan perdagangan. Sebelum terusan Suez dibuka, kapal dagang perlu melalui dan mengelilingi Benua Afrika untuk sampai ke tempat yang dituju dan ini mengambil masa yang sangat lama. Namun, pembukaan Terusan Suez telah menjimatkan perjalanan kapal-kapal dagang ini. Dengan adanya Terusan Suez, bermulalah sejarah baru dunia Eropah. Kapal-kapal tidak lagi melalui Tanjung Pengharapan.[footnoteRef:28]Peristiwa ini menimbulkan pengaruh lebih lanjut, khususnya dalam bidang ekonomi. Lalu lintas di Laut Tengah dan Laut Merah menjadi tumpuan pedangang-pedagang dunia. Sultan Turki pernah menjangkakan bahawa jika antara dua laut itu dipertemukan, maka tembuslah dinding pertahanan bangsa Arab dan Asia. Barat ke benua Timur pula semakin pesat di laluan Terusan Suez. [28: Ibid. Hal 102.]

4.2.3 Ekonomi British dan Perancis tergugatEkonomi British dan Perancis tergugat apabila Mesir bertindak memiliknegarakan Terusan Suez. Kedua-dua Negara menentang peranan serantau Gamal Abdul Nasser yang semakin menonjol. Britain khuatir terhadap kehilangan penguasaan disebabkan 50 peratus import petroleumnya melalui Terusan Suez. Perancis kurang senang dengan sokongan Mesir ke atas revolusi Algeria. Pembekal utama senjata kepada Israel pada waktu itu ialah Perancis. Melalui ucapan Gamal Abdul Nasir, beliau menyatakan bahawa Syarikat Terusan Inggeris-Perancis menjadi milik Negara Mesir. Perkara ini akan menggurangkan hasil pendapatan mereka meskipun dibayar pampasan. Pihak British akan kehilangan 50 peratus import mereka dengan pemiliknegaraan terusan ini. Hal ini dapat dibuktikan melalui penyataan dalam buku Islam Di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan iaitu:Britain khuatir terhadap kehilangan penguasaan disebabkan 50 peratus import petroleumnya melalui Terusan Suez. [footnoteRef:29] [29: Fadhlullah Jamil. 2000. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Selangor: Thinkers Librarys Sdn Bhd. Hal 351.]

4.2.4 Pengasas Utama Dari Kuasa Asing (Perancis)Pertengahan abad ke-19 pihak Perancis mengajukan rancangan penggalian Terusan Suez, tetapi ditolak oleh pemimpin Mesir, Muhammad Ali kerana bimbang akan menjejaskan kedaulatan dan kemerdekaan Mesir. Namun, semasa pemerintahan Muhammad Said Pasha, rancangan ini dipersetujui dan proses penggalian Terusan Suez bermula. Terusan Suez siap digali dan dibuka pada tahun 1869. Mesir mempunyai saham sebanyak 44% terhadap Terusan Suez manakala 56% lagi adalah milik Perancis. Walaupun Terusan Suez terletak di Mesir, namun Terusan Suez terletak dibawah kawalan Perancis kerana pembukaan Terusan Suez menggunakan modal dari Perancis. British yang menyedari kepentingan Terusan Suez telah membeli sebahagian saham Terusan Suez dan ini menyebabkan Terusan Suez terletak dibawah kawalan tiga kuasa iaitu Perancis, Mesir dan British.[footnoteRef:30] [30: Ibid. Hal 350.]

Oleh kerana Terusan Suez dibina oleh orang Perancis dengan menggunakan modal Perancis untuk laluan kapal-kapal Eropah, maka Mesir dan Suez di bawah pengawasan negara Eropah Barat. Di samping itu, Inggeris juga menyedari kepentingan Terusan Suez, maka Inggeris membeli sebahagian daripadanya. Dari sini berlakulah krisis perebutan antara Perancis dan Inggeris. Pada masa yang sama Mesir menambahkan lagi krisis dengan mengumumkan bahawa Terusan Suez milik Kerajaan Mesir.4.2.5 Pembinaan Empangan AswanSebelum empangan ini dibina, Sungai Nil mengalami banjir setiap tahun iaitu pada akhir musim panas setelah air mengalir ke hilir lembah lembangan saliran di Afrika Timur. Mesir meminjam daripada Bank Dunia sejak 1955 untuk membiayai pembinaan Empangan Aswan. Bank dunia, Amerika Syarikat dan Britain meminjamkan ASS 70 juta untuk projek ini namun pinjaman tersebut telah ditarik balik. Oleh itu Nasser telah mengumumkan untuk memiliknegarakan Terusan Suez bagi membiayai pembinaan Empangan Aswan dan siap dibina pada Januari 1968.[footnoteRef:31] Hal ini telah menambahkan ketegangan antara Mesir, Britain dan Perancis. [31: Fadhlullah Jamil. 2000. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Selangor: Thinkers Librarys Sdn Bhd. Hal 350.]

Sejak tahun 1950-an, nama empangan ini merujuk kepada Empangan Hulu yang mana lebih besar dan baru berbanding empangan Hilir Aswan yang telah disiapkan pada tahun 1902. Pembinaan empangan ini menjadi keinginan utama bagi kerajaan Mesir selepas tamatnya Revolusi Mesir 1952. Hal ini disebabkan keupayaan untuk mengawal air banjir dan meningkatkan kuasa hidroelektrik yang mampu dijananya. Empangan hulu ini telah dibina antara tahun 1960 hingga 1970 dan bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran ekonomi dengan mengawal aliran sungai tahunan dan menyediakan takungan bagi menyimpan air untuk pertanian serta menjana kuasa hidroelektrik.

4.3 SOSIAL4.3.1 Kepimpinan Gamal Abdul NasserKemunculan Gamal Abdul Nasser telah menggusarkan Israel, British dan Perancis. Israel berasa risau dengan Revolusi Mesir 1952 yang berlaku kerana ia akan mempengaruhi politik di Tanah Arab pada masa tersebut. Kemunculan Gamal Abdul Nasser dilihat akan menjadi pemimpin negara Arab serantau. Hal ini disebabkan keberanian beliau untuk menentang kuasa-kuasa barat lain. Menurut Daniel R. Brower dalam bukunya iaitu The World since 1945: A Brief History menyatakan bahawa:The most dramatic international consequence of the military revolution was Egypts defiance of western policies and Nassers emergence as nationalist leader among Arab People. [footnoteRef:32] [32: Daniel R. Brower. 2000. The World Since 1945: A Brief History. New Jersey: Prentice-Hall Inc. Hal 167.]

Selain itu, Israel juga bimbang perhubungan persahabatan Mesir dengan Amerika Syarikat. Hal ini disebabkan dasar yang dilakukan oleh pemerintahan Gamal Abdul Nasser sendiri yang cuba mewujudkan persahabatan yang erat dengan Amerika.[footnoteRef:33] Hubungan yang baik ini dikhuatiri oleh Israel kerana Amerika Syarikat merupakan sebuah kuasa yang kuat yang boleh memberikan pengaruh dari segi ekonomi dan politik di rantau Asia Barat. [33: Fadhlullah Jamil. 2000. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Selangor: Thinkers Librarys Sdn Bhd. Hal 349.]

Gamal Abdul Nasser juga enggan menyertai Pakatan Baghdad. Pakatan Baghdad merupakan satu pakatan keselamatan bersama di rantau Asia Barat yang dicetuskan oleh Amerika Syarikat. Pakatan ini turut disertai oleh kuasa besar Arab yang lain seperti Turkey, Iran dan Iraq. Hal ini telah diikuti oleh Raja Husain di Jordon. Raja Husain bertindak menyingkirkan Sir John Glubb, Komander Legion Arab pada Mac 1956.[footnoteRef:34] [34: Ibid. Hal 351.]

Tindakan Raja Husain ternyata dipengaruhi oleh sifat Gamal Abdul Nasser yang tidak gentar dengan kuasa Barat yang lain. Sir Anthony Eden menyamakan Gamal Abdul Nasser ini dengan Hitler dan Mussolini. Eden berpendapat bahawa dengan kemunculan Nasser di rantau Arab ini, maka Britain sukar untuk mengekalkan keagungan mereka. Maka tidak hairanlah bahawa kepimpinan Gamal Abdul Nasser juga merupakan faktor kepada tercetusnya Perang Suez.4.3.2 Sifat Peribadi Gamal Abdul Nasser dan Kebangkitan Nasionalisme ArabSelain daripada itu, sifat peribadi Gamal Abdul Nasser juga menjadi pendorong kepada tercetusnya perang ini. Sikap bercita-cita tinggi dan tidak suka kepada persaingan menyebabkan beliau muncul sebagai tokoh yang berani dan tidak mudah gentar. Hal ini dapat dilihat melalui penyataan di bawah.Dalam pada itu, masalah kedua yang dihadapi oleh Nasir pada tahun 1955 ialah Iraq, negara Arab yang merdeka, dan diketuai oleh Nuri al-Said, pemimpin yang juga bercita-cita tinggi. [footnoteRef:35] [35: Lois A. Aroian & Richard P. Mitchell. 1991. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 252.]

Berdasarkan penyataan diatas, jelas menunjukkan keperibadian Gamal Abdul Nasser yang tidak sukakan persaingan. Kemunculan tokoh dari Iraq iaitu Nuri al-Said yang turut semakin meningkat pada masa tersebut telah menyebabkan wujud pertentangan pendapat sesama mereka. Nuri merupakan seorang pemimpin yang bersifat pro-Barat. Hal ini dapat dilihat apabila beliau mahu seberapa banyak negara Arab yang merdeka menyertai satu organisasi pertahanan Timur Tengah yang dipelopori oleh Amerika Syarikaat dan dikelolakan secara langsung oleh Kerajaan Eden dari Britain. Selain itu juga, Nasser juga bercita-cita untuk memerdekakan seluruh bangsa Arab. Berdasarkan cita-cita beliau ini, maka ianya telah membimbangkan kuasa-kuasa besar di rantau Asia Barat ini. Oleh sebab itu, keperibadian Gamal Abdul Nasser juga dapat dikatakan membawa kepada Perang Suez. 5.0 Kesan-Kesan Perang SuezSecara keseluruhannya, Kesan umum daripada perang Suez ini ialah Mesir telah berjaya mengawal Terusan Suez secara sepenuhnya walaupun dalam perang yang berlaku Mesir telah kalah kepada tiga kuasa besar iaitu Perancis, Israel dan British. Selain itu juga, peperangan ini telah menyebabkan banyak berlaku kematian dan kemusnahan di antara kedua dua pihak yang berperang iaitu Mesir dan pakatan Perancis, Israel dan British. Walaubagaimanapun, kesan yang dihadapi oleh negara-negara yang terlibat dalam perang Suez secara khusus dapat dilihat seperti di bawah.

5.1 Mesir5.1.1 Kawalan Sepenuhnya Ke Atas Terusan SuezPerang Suez yang berlaku ini telah menyaksikan kekalahan kuasa Mesir kepada tiga kuasa iaitu British, Israel dan Perancis. Walaubagaimanapun, keputusan yang dibuat telah memberikan kuasa kepada Mesir untuk mengawal secara sepenuhnya Terusan Suez yang sememangnya terletak dalam wilayah Mesir sendiri.[footnoteRef:36] Selain itu, pengaruh British secara nyata telah tamat. Hal ini kerana pada November 1956, Rusia Union telah mengeluarkan arahan mendesak semua negara-negara asing supaya keluar dari Mesir dan arahan ini telah dipatuhi oleh Britain, Perancis dan Israel. [36: Fadhlullah Jamil. 2000. Islam Di Asia Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Selangor: Thinkers Library. Hal 255.]

Dengan pengunduran tentera British dan Perancis, Mesir dapat merampas segala bekalan ketenteraan yang banyak di kawasan Terusan Suez. Walaubagaimanapun, Mesir telah kehilangan pangkalan tenteranya di Sham al-shaikh yang mengawal jalan masuk ke Teluk Aqabah hinggakan kapal-kapal Israel kini dapat belayar dengan mudahnya ke Elath dan terus sampai ke Asia dan Afrika Timur tanpa menggunakan Terusan Suez.[footnoteRef:37] [37: Ibid. Hal 256.]

5.1.2 Melonjakkan Nama Gamal Abdul Nasser Gamal Abdul Nasser digelar Hero Arab yang Agung berikutan dengan kejayaannya dalam membangunkan dunia Arab dan menjadikan negara Mesir merdeka. Antara usaha beliau ialah memboloskan diri daripada pihak barat terutamanya dari segi ekonomi telah berjaya. Kekuatan pengaruh Rusia di rantau ini menyebabkan Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk empangan Aswan pada 1956.[footnoteRef:38] Pada mulanya, Nasser telah meminta bantuan daripada pihak barat untuk membantunya membina empangan, namun barat memungkiri janjinya menyebabkan Nasser menjalinkan hubungan dengan Rusia. [38: Craig S. Davis. 2003. The Middle East For Dummies. Kanada: Wiley Publishing Ins. Hal 93.]

Hal ini menyebabkan Israel menyertai peperangan kerana bimbang senjata yang dibekalkan oleh Rusia kepada Mesir akan digunakan untuk menentang Israel.[footnoteRef:39] Di sini kita dapat melihat bermulanya konflik Arab Israel. Selain itu, pada tahun 1957, Mesir dengan bantuan Amerika telah berjaya membuka semula laluan di Terusan Suez, manakala harta benda British dan Perancis dirampas dan rakyat kedua-dua negara Barat tersebut dihalau.[footnoteRef:40] Hal ini demikian menyebabkan Mesir berkuasa sepenuhnya ke atas Terusan Suez. [39: Josept J. Hobbs. 2007. Egypt (second edition). New York: Infobase Publishing. Hal 63.] [40: Fadhullah Jamil, 2007. Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Hal 261.]

Nasser juga digelar hero Arab yang agung setelah beliau mengisytiharkan Perlembagaan Republik baru yang menjadikan Islam sebagai agama negara pada bulan Jun 1956. Namun demikian disebaliknya, beliau merupakan seorang yang berani bersuara lantang dan bertindak melemahkan kedudukan Islam di Mesir. Pada Januari 1956, beliau dengan bangganya menghapuskan segala mahkamah Syariah.[footnoteRef:41] [41: Ibid. Hal 260.]

Kedudukan Nasser yang begitu kukuh di Mesir menyebabkan beliau mendapat sokongan daripada Shaikh Abd al-Rahman Taj dari al- Azhar dalam penghapusan mahkamah syariah yang dianggap sebagai satu langkah pembebasan. Selain itu, kita juga dapat lihat Nasser sebagai hero Arab apabila beliau menjadi Presiden di Mesir selama enam tahun. Walaubagaiman pun, ketiadaan calon menyebabkan beliau menjadi presiden sehingga hari kematiannya pada tahun 1970.[footnoteRef:42] Pelantikan Presiden Nasser, menandakan penerimaan negara Mesir sebahagian daripada tanah Arab dan juga penubuhan sebuah Kerajaan Berpresiden di Mesir.[footnoteRef:43] [42: Josept J. Hobbs, Egypt (second edition), 2007. New York: Infobase Publishing. Hal 65.] [43: Fadhullah Jamil, 2007. Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Hal 261.]

( Sumber: Google Image)Antara tahun 1956 sehingga 1959, Nasirisme (falsafah politik Naseer) telah menjulang ke puncak di Asia Barat. Inilah sebenarnya era kejayaan bagi Naseer. Di merata-rata tempat potretnya tergantung. Syarahannya bergema dan diikuti rakyat. Ke mana dia pergi, rakyat melaung-laungkan Ya, Gamal! Ya, Gamal!. Di Mesir sendiri, dia disanjung sebagai al-Rais (presiden) iaitu pemimpin agung. Kedudukannya begitu popular dan disanjung oleh rakyat Arab telah menggugat kewibawaan para pemimpin Arab yang lain termasuk Nuri al-Said dari Iraq dan al-Malik Hussain dari Jordan yang pro-Barat serta tergolong dalam kumpulan konservatif.5.1.3 Kemenangan Politik Dan MoralPerang Suez 1956merupakan satu kekalahan ketenteraan bagi Mesir kerana mengalami kerugian antara 2000 hingga 3000 orang yang terbunuh atau ditangkap.[footnoteRef:44] Hal ini dapat dilihat apabila Israel iaitu musuh Mesir yang ketat bersama- sama dengan Britain dan Perancis melanggar kawasan Terusan Suez walaupun seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat mengecam perbuatan tersebut.[footnoteRef:45] Oleh itu, Nasir dengan penuh semangat melancarkan pertahanan Mesir. Namun dalam menghadapi dua kuasa besar dengan Israel yang lebih bertenaga dalam ketenteraan, Mesir telah mengalami kekalahan yang teruk. [44: Fadhlullah Jamil. 2000. Islam Di Asia Moden : Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Selangor : Thinkers Library. Hal 255.] [45: Peter Mansfield, Nasser Egypt. Hal 57.]

Walaubagaimanapun, dari sudut yang lain ia juga merupakan satu kemenangan politik kepada Mesir. Hal ini kerana pada awalnya Suez diduduki tentera Inggeris dan Perancis manakala Gurun Sinai jatuh di tangan Israel. Atas desakan negara-negara lain, Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) terpaksa mengusahakan satu gecatan senjata dan menempatkan pasukan pendamainya di garisan gencatan senjata yang memisahkan Israel dan Mesir. Britain dan Perancis pula terpaksa berundur atas desakan PBB.[footnoteRef:46] [46: Fadhlullah Jamil. 2000. Islam Di Asia Moden : Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Selangor : Thinkers Library. Hal 255.]

Kedudukan Mesir di antara negara-negara Arab semakin kukuh. Jamal Abdul Nasir sendiri dikatakan telah memperolehi kemenangan dari aspek moral kerana menerima sokongan daripada pelbagai pihak. Hal ini antara lain kerana Amerika mengecam perang itu sebagai perang Eden, iaitu Perdana Menteri Inggeris dan bukan sebuah perang yang secara langsung mempunyai kaitan dengan kepentingan dasar sebuah negara.5.1.4 Mengalami Sekatan EkonomiAmerika Syarikat, Britain dan Perancis membuat hasutan supaya diadakan sekatan ekonomi ke atas barangan Mesir. Amerika Syarikat melarang barangan utama Mesir, iaitu kapas daripada memasuki pasarannya selepas tahun 1956. Tindakan ini memaksa Mesir mencari rakan dagangannya yang lain. Disebabkan Mesir telah pun berundur dari kawasan-kawasan sterling, kebanyakan perdagangannya lebih terarah kepada Blok Timur.[footnoteRef:47] [47: M.E. Yapp. 1996. The near east since the first world war. Singapore: Longman Singapre Publisher (Pte) Ltd. Hal 409.]

Tambahan lagi, penghantaran senjata oleh negara-negara Barat ke Israel dan kepada tentera penyokong raja di Yaman menyebabkan timbulnya keperluan untuk meningkatkan perbelanjaan senjata di Mesir. Bagi membayar harga senjata-senjata ini Mesir secara berterusan tertekan supaya memperluaskan eksport barangan utamanya.[footnoteRef:48] Disebabkan itu, Gamal Abdul Naseer memalingkan Mesir dengan lebih jauh ke blok Timur (Komunis) dan menaikkan pula prestij Rusia di mata bangsa Arab umumnya.[footnoteRef:49] Usaha ini gagal untuk memboikot ekonomi Mesir. Hal ini kerana Nasser yang melihat cubaan kuasa-kuasa barat untuk melumpuhkan ekonomi negaranya mula melancarkan langkah berjimat-cermat. [48: Mohammad Redzuan Othman. 1991. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Hal 353.] [49: Fadhlullah Jamil. 2000. Islam Di Asia Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Selangor: Thinkers Library. Hal 256.]

5.1.5 Inspirasi Kepada Negara ArabBanyak negara Arab khususnya Afrika cuba memerdekakan dari Barat. Bagi Mesir dan dunia Arab umumnya, Perang Suez tersebut telah menumbuhkan rasa Pan Arabisme di kalangan bangsa Arab yang berakhir dengan kemerdekaan seluruh negara Arab yang semula berada di bawah jajahan Inggeris dan Perancis (Harry Browne : 1971). Apa yang paling ketara ialah Mesir yang sebelum ini tersisih muncul sebagai ketua pergerakan perpaduan Arab.5.2 Israel5.2.1 Menghadapi Serangan GerilaAkibat peperangan ini, Syria telah bersekutu dengan Blok Soviet dan melancarkan serangan gerila ke atas Israel sekitar awal 60an. Blok Soviet merupakan blok yang dianggotai oleh komunis. Blok ini telah bekerjasama untuk melancarkan serangan terhadap Israel bagi mengusir kuasa tersebut di bumi Palestin. Hal ini telah menyebabkan kedudukan Israel sedikit terancam kerana serangan yang dilakukan melibatkan jumlah tentera yang agak besar serta dilakukan juga secara berulang-ulang. Israel hanya berhasil "memeras ugut" Perancis untuk membantu menjalankan projek nuklearnya di gurun pasir Demona.5.2.2 Berjaya mengusir keluar pangkalan-pangkalan fedayeenApabila kawasan Gaza ditawan oleh Israel pada tahun 1956, kumpulan fedayeen secara individu atau kumpulan telah melancarkan beberapa serangan ke atas Israel. Walaubagaimanapun, mereka tidak mempunyai senjata yang lengkap untuk menentang tentera Israel. Dengan penempatan pasukan pendamai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Gaza menamatkan serangan-serangan fedayeen (para pejuang Palestin) buat sementara waktu. Sekaligus dapat melumpuhkan percubaan pemberontakan fedayeen yang boleh memusnahkan Kota Israel.Akibat daripada terhentinya serangan-serangan fedayeen, Eilat bertambah maju, berkembang daripada sebuah bandar kecil yang mempunyai kurang daripada 1000 penduduk kepada sebuah pelabuhan yang maju dengan lebih daripada 13,000 penduduk telah mengadakan perdagangan hampir ke seluruh dunia dan menjadikan sekatan Terusan Suez tidak bermakna. Semangat Israel yang suka berperang terus dipupuk dan bersama dengan kemahiran tekniknya telah meletakkan Israel ke suatu tahap yang menjadikannya sebuah kuasa nuklear.5.2.3 Pembukaan Selat TiranPada tahun 1965 Amerika Syarikat telah memberikan tekanan ke atas Britain dan Perancis untukmenarikdiridaripada perebutan ke atas terusanSuez, begitu juga dengan Israel walaupun pada akhirnya Israel memperolehi kuasa ke atas selat Tiran.[footnoteRef:50] Hal ini dapat dilihat apabila berakhirnya peperangan ini, Israel berjaya mendesak agar pembukaan Selat Tiran dilakukan. Usaha Israel ini berjaya apabila Selat Tiran tersebut telah berjaya dibuka. Selat Tiran ini penting kepada Israel kerana ianya merupakan laluan perdagangan antarabangsa serta memberi kepentingan ekonomi dan ketenteraan kepada Israel. Walaupun gagal mendapatkan hak penguasaan ke atas Terusan Suez, melalui pembukaan Selat Tiran Israel masih beruntung kerana fungsi Selat Tiran adalah lebih kurang sama dengan peranan yang dimainkan oleh Terusan Suez dan Teluk Aqaba. [50: M.E. Yapp. 1996. The near east since the first world war. Singapore: Longman Singapre Publisher (Pte) Ltd. Hal 414.]

5.2.4 Berundur Daripada Semenanjung SenaiWalaupun berhasil merebut semenanjung Sinai, Israel dipaksa untuk berundur disebabkan tekanan daripada Amerika SyarikatdanKesatuan Sovietsebagai ganti rugi atas jaminan hak pelayaran Israel di Laut Merah dan Terusan Suez.[footnoteRef:51] Selepas peperangan 1956, Mesir bersetuju untuk meletakkan pasukan pengaman PBB di Sinai iaitu U.N.E.F.(United Nations Emergency Force). U.N.E.F.(United Nations Emergency Force) ini adalah untuk memastikan kawasan sempadan tersebut bebas tentera, dan juga menghalang kumpulan gerila daripada menyeberang ke dalam sempadan Israel. Hasil daripada U.N.E.F.(United Nations Emergency Force) ini, keadaan sempadan antara Mesir dan Israel menjadi tenang untuk seketika. [51: The Suez Crisis, 2005. University Of San Diego. ]

5.3 British5.3.1 Mengalami krisis kewanganKrisis ini berlaku disebabkan oleh pengaliran wang keluar yang agak besar untuk membiayai kos peperangan. Bagi mengatasi masalah tersebut, British cuba untuk meminjam kewangan daripada pihak Amerika Syarikat dan Bank Dunia iaitu IMF tapi malangnya kedua-duanya enggan untuk memberikan pinjaman kecemasan kepada Britain melainkan dipanggil sebagai pencerobohan.[footnoteRef:52] Bagi mereka, krisis kewangan yang berlaku ini merupakan peluang besar untuk melumpuhkan kuasa British. Dengan melumpuhkan kuasa British, secara langsung akan dapat mengurangkan persaingan penguasaan kuasa-kuasa barat di Asia. Ini memberi tekanan yang besar kepada pihak British. Oleh itu pihak British terpaksa menumpukan sepenuh perhatian untuk memulihkan ekonomi negaranya. Selain itu juga krisis ini berlaku disebabkan oleh kerajaan Jordan memutuskan hubungan dengan Inggeris yang selama ini memberi subsidi kepada kerajaannya.[footnoteRef:53] [52: M.E. Yapp. 1996. The Near East Since The First World War. Singapore: Longman Singapre Publisher (Pte) Ltd. Hal 409.] [53: Mohammad Redzuan Othman. 1991. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Hal 354.]

5.3.2 Maruah British TerjejasKesan sosial yang terpaksa dihadapi oleh pihak British ialah maruahnya terjejas. Maruahnya tercalar kerana sebagai sebuah kuasa besar British gagal untuk mempertahankan Terusan Suez walaupun sudah melabur terlalu banyak kewangan untuk urusan pembinaan Terusan Suez tersebut. Selain itu, British juga kehilangan pangkalan ketenteraan yang terletak di Aden. Sebaik sahaja penempatan Pasukan Pengaman PBB di Semenanjung Sinai, British terpaksa mengundurkan tenteranya yang berpusat di Aden. Tenteranya tidak dibenarkan lagi untuk berpengkalan di Aden tersebut.

5.4 Perancis5.4.1 Berlaku Pemberontakan Secara Besar-BesaranPerancis menghadapi pemberontakan besar-besaran di daerah jajahannya, terutama di Arab dan Afrika. Hal ini kerana daerah jajahan Perancis merangkumi negara-negara Arab yang lain. Apabila Perancis terlibat dalam peperangan ini, Negara Arab yang berada dalam jajahannya marah lalu melancarkan pemberontakan secara besar-besaran. Terdapat juga Negara Arab yang menjadikan pemberontakan tersebut sebagai kesempatan untuk menuntut kemerdekaan dan keluar daripada penjajahan Perancis. Setelah tamatnya perang Suez, kesemua harta benda Perancis di Mesir telah dirampas. Lebih kurang 3,000 rakyat Perancis telah diusir keluar dan beribu-ribu lagi keluar dengan sendirinya kerana kehilangan mata pencarian.[footnoteRef:54] [54: Fadhlullah Jamil. 2000. Islam Di Asia Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Selangor: Thinkers Library. Hal 255.]

6.0 PENILAIANPerang Suez yang berlaku pada 1956 ini mempunyai kesan positif dan negatif. Pada pendapat kami perkara yang paling jelas dapat dilihat adalah kepimpinan Perdana Menteri Mesir itu sendiri iaitu Gamal Abdul Nasser yang berperanan menaikkan semangat Nasionalisme Negara-negara di kawasan Timur Tengah. kemunculannya dalam arena politik sewaktu beliau memimpin revolusi beliau telah membangkitkan nasionalisme penduduk Arab untuk menentang kuasa-kuasa Barat yang merupakan kuasa yang mendominasi kawasan Timur Tengah ketika itu. Gamal Abdul Nasser telah menunjukkan bahawa rakyat tempatan sememangnya mampu untuk mengusir kuasa-kuasa Barat jika mereka bersatu untuk memperjuangkan kebebasan mereka. Perjuangan Gamal Abdul Nasser dalam mempertahankan Terusan Suez menyebabkan beliau dianggap sebagai Hero Arab di mana walaupun beliau kalah dalam peperangan tersebut namun beliau tidak berputus asa dan berjaya mengusir kuasa Barat serta mempertahankan hak Mesir. Di samping itu, Perang Suez ini telah menonjolkan Negara yang sebenarnya memperoleh keuntungan yang banyak berbanding dengan Negara lain. Israel mendapat paling banyak keuntungan disebabkan mereka memenangi peperangan tersebut dan mereka merasakan mereka hebat. Selain daripada itu disebabkan mereka bekerjasama dengan Amerika Syarikat mereka telah dapat membuka satu terusan baru iaitu Terusan Aqabah yang mempunyai fungsi sama dengan Terusan Suez. Pada permulaannya Teluk Aqabah ini berada di bawah penguasaan Mesir. Sewaktu kerajaan Mesir menguasai Teluk Aqabah mereka tidak membenarkan langsung Teluk Aqabah dilalui oleh mana-mana kapal pedagang dari Israel melaluinya. Oleh kerana Negara Israel yang memenangi perang Suez, Amerika Syarikat telah memaksa kerajaan Mesir untuk melepaskan Teluk Aqabah. Hal ini sangat menguntungkan Israel kerana apabila Teluk Aqabah dibuka Negara Israel telah mempunyai hubungan dengan Negara luar iaitu hubungan melalui jalan air.Kami juga berpendapat bahawa peranan pihak Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranan yang penting dalam menyelesaikan masalah ini di mana mereka telah berjaya untuk menghentikan peperangan ini daripada terus berlarutan. Sememangnya tindakan mereka sangat efektif dan sekaligus dapat menunjukkan bahawa persatuan ini sama sekali tidak menyokong Barat atau mana-mana pihak sebaliknya bersikap adil. Pihak PBB ini bersikap adil di mana mereka telah menghantar pasukan tentera pengaman untuk meredakan keadaan. Jika PBB gagal untuk meredakan keadaan, ini boleh menyebabkan peperangan mungkin akan terus berlarutan kerana kuasa-kuasa Eropah lebih kuat daripada PBB namun perkara sebaliknya terjadi iaitu mereka akur dengan PBB dan ini menunjukkan peranan PBB itu sangatlah diperlukan di dunia untuk membela mana-mana Negara yang ditindas tanpa sebab. Selain itu, Perang suez ini telah menyebabkan maruah Negara-negara Barat seperti Perancis, Israel dan juga Britain yang merupakan antara kuasa Barat yang kuat telah gagal untuk memiliki Terusan Suez sebaliknya berjaya dimiliki oleh Mesir walaupun Mesir kalah. Hal ini menunjukkan strategi yang digunakan oleh mereka adalah tidak bertepatan kerana kuasa Perancis, dan Britian telah mendapat malu akibat tidak mendapat Terusan Suez dalam perang ini.Selain itu juga pihak Barat ini mempunyai alasan lain sewaktu menyerang Mesir iaitu selain untuk mendapatkan Terusan Suez mereka juga ingin menjatuhkan Gamal Abdul Nasser yang merupakan seorang pemimpin Arab yang sangat terkenal dan juga dianggap Hero Arab. Terusan Suez berjaya dipertahankan oleh Mesir membuatkan rakyat Mesir lebih mempercayai kepimpinan beliau. Dalam hal ini pihak Perancis dan juga Britain gagal untuk merealisasikan kedua-dua rancangan mereka dan mereka telah membazirkan banyak wang selain daripada maruah mereka tercalar.7.0 KESIMPULANSecara kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan perang Suez 1956 ini berlaku. Faktor- faktor ini dapat dilihat dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Dari sudut politik, factor yang mencetuskan perang ini adalah seperti faktor Mesir dalam hubungan luar Negara Israel, hubungan Mesir dengan blok Komunis, Pemiliknegaraan Terusan Suez, Matlamat Israel, Perubahan dasar Perancis dan penggulingan Gamal Abdul Nasser. Dari aspek ekonomi pula, antara faktor perang ini ialah kedudukan terusan Suez yang strategik, laluan kapal-kapal dagang, ekonomi British dan Perancis tergugat, pengagas utama dari kuasa asing (Perancis) dan Pembinaan empangan Aswan. Dari aspek sosial pula ialah, kepimpinan Gamal Abdul Nasser, sifat peribadi Gamal Abdul Nasser dan kebangkitan nasionalisme Arab.Setiap perang yang berlaku pasti ada kesan yang akan dihadapi oleh Negara yang terlibat. Begitu juga dalam perang Suez 1956 ini. Kesan umumnya ialah, dalam perang ini banyak kemusnahan harta benda dan nyawa yang telah terkorban. Kesan khusus pula merujuk kepada kesan yang dihadapi oleh sesebuah Negara seperti Mesir telah mendapat kawalan yang sepenuhnya ke atas Terusan Suez, perang ini juga telah melonjakkan nama Gamal Abdul Nasser, kemenangan plitik dan moral bagi Mesir, walaubagaimanapun Mesir telah menghadapi sekatan ekonomi dan menjadi inspirasi kepada Negara Arab. Kesan yang dihadapi oleh Israel pula ialah menghadapi serangan gerila, berjaya mengusir keluar pangkalan-pangkalan Fedayeen, pembukaan Selat Tiran dan diarahkan untuk berundur daripada Semenanjung Senai. Pihak British pula telah mengalami krisis kewangan dan sekaligus maruah British turut terjejas. Perancis pula menghadapi pemberontakan yang berlaku secara besar-besaran.Namun apa yang paling penting perang Suez 1956 ini telah memberikan kuasa kepada Mesir untuk mengawal sepenuhnya Terusan Suez yang sememangnya terletak di Mesir. Begitu juga dengan munculnya hero Arab iaitu Gamal Abdul Nasser berikutan daripada Perang Suez ini, di mana beliaulah sebenarnya yang berani untuk mempertahankan hak Mesir iaitu Terusan Suez.24