perang siffin

30
PENGENALAN Kajian ringkas ini akan membentangkan rentetan peristiwa yang berlaku sehingga munculnya bibit-bibit disiplin Ilmu Kalam. Bibit-bibit disiplin Ilmu Kalam bermula kerana perbahasan berlaku antara golongan Khawarij, Syiah dan Murji’ah.Tiga golongan tersebut muncul kerana disebabkan peristiwa Tahkim. Proses perdamaian Tahkim muncul kerana perselisihan faham antara Saidina Ali dan Saidina Mua’wiyah (radiyallahu’anhuma). Perselisihan faham itu pula muncul disebabkan oleh fitnah pembunuhan ke atas Saidina Uthman (radiyallahu’anhu). Ahli sejarah Ahlul Sunnah Waljamaah mengatakan bahawa faktor yang mencetuskan fitnah yang menyebabkan kematian Khalifah Saidina Uthman (radiyallahu’anhu) adalah daripada golongan Sabaiyyah yang diketuai oleh Abdullah bin Saba`. 1 Siapakah orang ini? Bagaimana dia mendapat sokongan pemberontak?Apakah tindakan-tindakannya yang menghuru-hara umat Islam? Semua ini akan diterangkan selepas ini, insyaAllah. SIAPAKAH ABDULLAH BIN SABA`? Diriwayatkan daripada Imam At-Tabari bahawa semasa pemerintahan Khalifah Saidina Uthman bin Affan (radiyallahu’anhu), seorang Yahudi dari Yaman, bernama Abdullah bin Saba atau dikenali juga sebagai Ibnu Sauda` telah mengisytiharkan keislamannya. Ibnu Sauda` sering menunjukkan kesalehan, menjadi orang yang pertama di masjid untuk solat 1 Muhammad Hamidullah. The Jewish Background of the Battles of Jamal 1

Upload: adam-teh

Post on 12-Jun-2015

192 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

Ilmu Kalam

TRANSCRIPT

Page 1: perang siffin

PENGENALAN

Kajian ringkas ini akan membentangkan rentetan peristiwa yang berlaku

sehingga munculnya bibit-bibit disiplin Ilmu Kalam.

Bibit-bibit disiplin Ilmu Kalam bermula kerana perbahasan berlaku antara

golongan Khawarij, Syiah dan Murji’ah.Tiga golongan tersebut muncul

kerana disebabkan peristiwa Tahkim. Proses perdamaian Tahkim muncul

kerana perselisihan faham antara Saidina Ali dan Saidina Mua’wiyah

(radiyallahu’anhuma). Perselisihan faham itu pula muncul disebabkan oleh

fitnah pembunuhan ke atas Saidina Uthman (radiyallahu’anhu).

Ahli sejarah Ahlul Sunnah Waljamaah mengatakan bahawa faktor yang

mencetuskan fitnah yang menyebabkan kematian Khalifah Saidina

Uthman (radiyallahu’anhu) adalah daripada golongan Sabaiyyah yang

diketuai oleh Abdullah bin Saba`.1 Siapakah orang ini? Bagaimana dia

mendapat sokongan pemberontak?Apakah tindakan-tindakannya yang

menghuru-hara umat Islam? Semua ini akan diterangkan selepas ini,

insyaAllah.

SIAPAKAH ABDULLAH BIN SABA`?

Diriwayatkan daripada Imam At-Tabari bahawa semasa pemerintahan

Khalifah Saidina Uthman bin Affan (radiyallahu’anhu), seorang Yahudi dari

Yaman, bernama Abdullah bin Saba atau dikenali juga sebagai Ibnu

Sauda` telah mengisytiharkan keislamannya. Ibnu Sauda` sering

menunjukkan kesalehan, menjadi orang yang pertama di masjid untuk

solat Suboh dan orang yang terakhir meninggalkan masjid selepas solat

Isyak. Sentiasa menunaikan ibadah sunat seperti solat sunat, puasa sunat,

berzikir dan sebagainya. Ibnu Sauda` kemudian mula mengembara ke

Hijaz, Basrah, Kufah, Syria dan Mesir untuk memaparkan kesalehannya. Di

mana saja dia pergi, dia akan mencari orang-orang sepertinya yang telah

mengisytiharkan keislaman mereka kerana hendak mengambil peluang

1Muhammad Hamidullah. The Jewish Background of the Battles of Jamal

1

Page 2: perang siffin

dalam empayar Islam. Apabila dia bertemu dengan orang-orang seperti

ini, dia mendedahkan rahsia perancangannya untuk merosakkan Islam

dari dalam.Kemudian dia meminta mereka agar tidak bertindak sehingga

mendapat isyarat daripadanya.2

STRATEGI IBNU SABA`

Ibnu Saba’ merancang memecahkan kesatuan umat Islam melalui dua

strategi utama.Yang pertama, dia mula dengan menyeru umat Islam

supaya mencintai ahli keluarga Nabi (s.a.w.). Setelah mendapat

kepercayaan sejumlah pengikut umat Islam, dia mula meracuni pemikiran

mereka dengan konsep hak warisan kekhalifahan adalah hak Saidina Ali

(radiyallahu’anhu) sehingga fahaman ekstrim yang mendewakan Saidina

Ali (radiyallahu’anhu).3

Selain daripada mendapat pengikut yang mengikutnya secara membuta-

tuli, Ibnu Saba’ juga menyebarkan propaganda palsu tentang pentadbiran

Khalifah Saidina Uthman (radiyallahu’anhu).

Terdapat satu model surat layang yang dihantar kepada agen-agen

kepercayaannya di seluruh tempat yang isinya berbunyi:

“Wahai saudara, selamat sejahtera.Islam hidup di tempat anda,

gobenornya jujur dan pentadbirannya adil.Walaubagaimanapun, di

tempatku, Islam mati, tiada sesiapa yang mengamalkannya, gobenornya

pemabuk dan kaki perempuan, pentadbirannya tidak amanah dan masa

hadapan nampak kelam.”

Surat layang seperti di atas datang daripada Madinah kepada seluruh

Bandar dalam empayar Islam. Ia dibaca oleh setiap agen selepas solat di

masjid. Surat layang juga tiba ke Madinah daripada serata tempat. Pada

mulanya, orang tidak menghiraukannya tetapi apabila banyak surat

2ibid3Muhammad Abu Zahrah, Aliran Politik dan Aqidah Dalam Islam

2

Page 3: perang siffin

diterima dengan pelbagai pengakuan dan aduan, orang awam mula

berang.Berita in sampai ke pengetahuan Khalifah Saidina Uthman

(radiyallahu’anhu) dan setelah bermesyuarat, beliau menghantar

beberapa utusan kepercayaannya ke tempat-tempat tersebut untuk

menyiasat keadaan sebenar.Menurut Imam At-Tabari, semua utusan

pulang ke Madinah dan melaporkan bahawa dakwaan yang terkandung

dalam surat-surat layang tersebut, tidak berasas dan keadaan di tempat-

tempat tersebut semuanya baik dan normal. Malangnya, tiada tindakan

diambil ke atas penduduk yang telah terpengaruh dengan fitnah ke atas

Khalifah Saidina Uthman dan berlebih-lebihan dalam menyanjungiSaidina

Ali (radiyallahu’anhuma).4

GERAKAN DEMONSTRASI KE MADINAH

Perancangan yang rapi telah dibuat untuk menawan hati masyarakat

Islam. Agen-agen Ibnu Saba di Madinah telah mengutus surat palsu ke

Mesir, kononnya ditanda tangani oleh Saidina Ali sendiri, meminta orang-

orang Mesir datang ke Madinah untuk menjatuhkan Khalifah Saidina

Uthman. Surat-surat lain, kononnya ditanda tangani oleh Ummul

Mukminin Saidatina Aisyah yang menyeru penduduk dipelbagai daerah

agar memberontak menentang Saidina Uthman. Surat-surat lain juga,

kononnya ditanda tangani oleh Saidina Talhah dan Saidina Zubair

(radiyallahu’anhum).5

Menurut Imam At-Tabari : “Pada bulan Syawal 35 H, Ibnu Saba

meninggalkan Mesir ke Madinah bersama dengan 600 orang rakannya.

Bagi tidak menimbulkan syak, mereka mengumumkan bahawa mereka

hendak ke Mekah untuk menunaikan Haji. Pada masa yang sama,

golongan Sabaiyyah yang lain daripada Basrah dan Kufah juga berangkat

menghala Madinah. Sudah tentu bukan semuanya berbangsa Yahudi dan

terdapat juga beberapa orang Islam yang berniat baik tetapi telah

terpengaruh dengan propaganda Ibnu Saba.”4 Muhammad Hamidullah. The Jewish Background of the Battles of Jamal5 Muhammad Hamidullah. The Jewish Background of the Battles of Jamal

3

Page 4: perang siffin

Propaganda puak Sabaiyyah telah memburukkan pentadbiran Khalifah

Uthman (radiyallahu’anhu) dengan mendakwa bahawa khalifah adalah

punca segala kejahatan dan menuntut agar khalifah meletakkan

jawatan.Walaubagaimanapun, tidak ada kata sepakat di kalangan mereka

tentang siapa yang patut menjadi khalifah.Mereka dari Mesir mahukan

Saidina Ali, orang-orang dari Basrah mahukan Saidina Talhah dan orang

dari Kufah mahukan Zubair Al-Awwam (radiyallahu’anhum).

Apabila Saidina Mu’awiyah (radiyallahu’anhu), gobenor Syria ketika itu

dapat tahu tentang gerakan daripada Mesir, Basrah dan Kufah ke

Madinah, beliau mengutuskan surat kepada Khalifah meminta izin untuk

menghantar sepasukan tentera yang dipercayai daripada Syria ke

Madinah tetapi Khalifah menolak tawarannya.6

MADINAH DIPENUHI DENGAN ORANG BERDEMONSTRASI

Sebaik sahaja gerakan Ibnu Saba tiba di Madinah, mereka mula-mula

pergi “menghadap” pemimpin “kesayangan” mereka, Saidina Ali, Saidina

Talhah, Saidina Zubair dan isteri-isteri baginda Rasulullah

(sallallahu’alaihiwassalam), yang mana semua bertanya mengapa

mereka disanjung tinggi oleh golongan ini. Mereka dengan tegas menolak

tawaran menjadi khalifah dan menghalau puak Sabaiyyah ini keluar dari

rumah mereka.

Kemudian orang-orang Mesir terus pergi kepada Khalifah dan mengadu

tentang kelakukan gobenor mereka.Lalu Uthman bertanya, “Siapakah

yang anda mahu menggantikannya?” Mereka menjawab: “Anak Abu

Bakar, Muhammad!” Tanpa banyak soal, dengan segera Saidina Uthman

6 http://islamistruth.wordpress.com/2011/01/11/muslims-of-jamal-siffin-were-brothers/

4

Page 5: perang siffin

(radiyallahu’anhu) bersetuju dengan tuntutan mereka, menulis surat

pelantikan dan memberikannya kepada Muhammad dan memintanya

pulang ke Mesir.

Puak Sabaiyyah tidak menjangkakan bahawa mereka akan dapat apa

yang mereka tuntut. Mereka menjadi bingung dan tidak ada sebab lain

untuk berada di Madinah, maka mereka pulang ke Mesir bersama dengan

gobenor yang baru dilantik Muhammad bin Abu Bakar.

Walaubagaimanapun, agen Ibnu Sauda di Madinah telah menulis surat

atas nama khalifah, kepada gobenor Mesir sedia ada agar membunuh

Muhammad apabila dia tiba di Mesir.7

DEMONSTRASI MENJADI PEMBERONTAKAN

Dalam perjalanan ke Mesir, mereka telah dipintas oleh seorang utusan

yang menunggang unta yang pantas menghala ke Mesir.Tidak lama

kemudian, utusan tersebut pulang ke Madinah dan memintas rombongan

mereka.Utusan tersebut memintas rombongan mereka sekali lagi

menghala ke Mesir.Setiap kali mereka dipintas oleh utusan itu, mereka

tidak menghiraukannya.

Sehinggalah pada satu ketika, utusan itu telah menghina dan mencela

mereka.Mereka bertanya, “Engkau siapa dan apakah yang engkau

mahu?”Dengan bangga dia menjawab, “Aku utusan khalifah dan aku

membawa surat kepada gobenor Mesir.” Lalu dia menunjukkan surat itu

kepada mereka. Tertarik dengan isi kandungan surat tersebut,

Muhammad telah membacanya. Di dalamnya didapati bahawa khalifah

telah mengarahkan Gobenor Mesir sedia ada menjatuhkan hukuman

bunuh ke atas Muhammad apabila dia tiba di Mesir dan mengenakan

hukuman lain kepada ahli rombongannya yang lain.

Ini menyebabkan mereka marah dan pulang ke Madinah. Mereka

membuat skandal dan tidak mempercayai apabila Saidina Uthman

7 Muhammad Hamidullah. The Jewish Background of the Battles of Jamal

5

Page 6: perang siffin

(radiyallahu’anhu) bersumpah bahawa beliau tidak menulis arahan

tersebut.Kemudian mereka pergi ke rumah Saidina Ali (radiyallahu’anhu)

dan berkata, “Mari ikut kami untuk bunuh khalifah yang telah

menjatuhkan hukuman mati ke atas kami tanpa sebarang sebab.”Saidina

Ali (radiyallahu’anhu) menolak.Mereka berkata, “Bagaimana tuan boleh

tolak sedangkan tuan yang menulis kepada kami untuk datang ke

Madinah?”Saidina Ali (radiyallahu’anhu) menjawab, “Demi Allah, aku tidak

pernah menulis apa-apa kepada kamu!”Mendengar jawapan itu, mereka

terkejut dan menjadi bingung.8

Dalam riwayat yang lain, Saidina Ali (radiyallahu’anhu) berkata, “Anda

telah pulang daripada perjalanan ke Mesir semata-mata kerana surat

palsu Uthman, tetapi rombongan dari Basrah dan Kufah juga telah

kembali ke Madinah pada masa yang sama dengan kamu. Bagaimana

mereka tahu apa yang telah berlaku kepada kamu? Komplot ini sudah

pasti dirancang di Madinah.”

SYAHIDNYA SAIDINA UTHMAN (RADIYALLAHU’ANHU)

Pemberontak telah mengepung rumah Saidina Uthman (radiyallahu’anhu)

dan tidak membenarkan beliau mengimami solat jemaah di Masjid.Saidina

Ali, Saidina Talha dan Saidina Zubair (radiyallahu’anhum) telah

menghantar anak-anak mereka untuk melindungi Saidina Uthman

(radiyallahu’anhu).

Anak-anak mereka, Saidina Hasan, Saidina Husain, Saidina Ubaidullah bin

Talha dan Saidina Abdullah bin Zubair (radiyallahu’anhum) menjaga pintu

hadapan rumah Saidina Uthman (radiyallahu’ahu). Pemberontak telah

membakar pintu pagar rumah khalifah tetapi mereka tidak dapat masuk

ke dalam kerana dihalang oleh empat orang pahlawan.

Jadi, sebilangan pemberontak pergi rumah jiran dan memanjat dinding

belakang rumah khalifah.Mereka menceroboh masuk dan membunuh

8ibid

6

Page 7: perang siffin

khalifah yang pada ketika itu sedang membaca Al-Quran. Isteri beliau

Na’ilah cuba menghalang mereka tetapi tidak berjaya. Malah jari-jarinya

telah ditetak oleh penceroboh sehingga terputus.

PELANTIKAN KHALIFAH SAIDINA ALI

(RADIYALLAHU’ANHU)

Untuk menutup jenayah mereka dan mengelak daripada hukuman

keadilan, mereka mula-mula telah pergi kepada Saidina Ali dan

menawarkan jawatan khalifah kepada beliau.Beliau menghambat mereka

keluar. Kemudian mereka pergi kepada Saidina Talhah dan kemudian

Saidina Zubair tetapi kedua-duanya tidak mahu berjumpa dengan mereka.

Kemudian mereka mendapat idea, mereka membuat pengumuman di

jalanan Madinah, “Hei manusia!Minta Ali untuk terima jadi khalifah dan

jika kamu tak buat begitu.Kami akan mula membunuh kamu semua!”

Taktik ini berjaya.Orang ramai pergi berjumpa Saidina Ali

(radiyallahu’anhu) dalam keadaan menangis dan mendesak beliau untuk

menyelamatkan mereka daripada para pemberontak.Saidina Ali

bersimpati kepada mereka dan berkata, “Khilafah adalah urusan

rakyat.Aku tidak boleh menerimanya daripada kamu atau daripada

mereka.Rakyat mesti dirujuk dan sudah tentu kita memerlukan seorang

khalifah.Jadi, esok selepas solat suboh, aku akan meminta pendapat

orang ramai.”

Keesokan paginya, selepas solat subuh, Saidina Ali (radiyallahu’anhu)

telah naik ke atas mimbar, menyesal ke atas kematian mereka yang tidak

bersalah dan kemudian meminta para hadirin memilih seseorang untuk

menjadi khalifah.

Ada suara yang melontarkan pandangan, “Engkau sahaja yang berhak

menjadi khalifah, engkaulah Muslim yang terbaik.”Orang ramai terus

membaiah Saidina Ali (radiyallahu’anhu) sebagai khalifah.

7

Page 8: perang siffin

Pemberontak perasan bahawa ada segelintir sahabat besar yang tidak

mengambil bahagian dalam pelantikan khalifah seperti Saidina Zaid bin

Thabit, Saidina Abdullah bin Umar, Saidina Talhah, Saidina Zubair Al-

Awwam, Saidina Usamah bin Ziyad dan Saidina Suhaib Ar-Rumi

(radiyallahu’anhum)

Mereka rasa terancam dengan Saidina Talhah dan Saidina Zubair

(radiyallahu’anhuma) jadi mereka membawa kedua sahabat ini secara

paksa dengan pedang terhunus, ke Masjid dan mengancam untuk

membunuh jika kedua-duanya tidak mahu membaiah Saidina Ali

(radiyallahu’anhu) sebagai khalifah. Mereka tidak rasa terancam terhadap

sahabat lain dan menyangkakan bahawa mereka akanberbai’ah di masa

akan datang.9

MADINAH PASCA PELANTIKAN KHALIFAH

Selepas peristiwa pelantikan khalifah, Madinah terus tetap berada di

bawah kawalan pemberontak. Rakyat mengharapkan Saidina Ali

(radiyallahu’anhu) akan mula menangkap para pembunuh Saidina

Uthman (radiyallahu’anhu) tetapi setelah hari demi hari dan minggu demi

minggu berlalu, Saidina Ali (radiyallahu’anhu) tidak dapat berbuat apa-

apa tindakan tanpa izin pemberontak.

Apabila situasi ini berlaku, agen Ibnu Sauda telah mengutus surat ke

seluruh empayar Islam mengatakan bahawa Saidina Ali (radiyallahu’anhu)

telah membunuh Saidina Uthman (radiyallahu’anhu) kerana mahu

menjadi Khalifah dan itulah sebabnya mengapa para penjenayah tidak

diambil tindakan.” Lama kelamaan, orang ramai mula mempercayai fitnah

tersebut.10

Berbanding dengan orang lain, isteri dan anak-anak kepada Saidina

Uthman (radiyallahu’anhu) lebih mahukan keadilan dijalankan terhadap

mereka yang terlibat dalam pembunuhan khalifah. Jadi, isteri Saidina 9ibid10ibid

8

Page 9: perang siffin

Uthman (radiyallahu’anha) telah menghantar baju Saidina Uthman yang

berdarah dan jari-jarinya yang ditetak oleh pemberontak kepada Saidina

Muawiyah (radiyallahu’anhu), gobenor Syria dan keluarga terdekat

Saidina Uthman (radiyallahu’anhu) meminta beliau menuntut bela ke atas

saudaranya.

Sejarawan telah meriwayatkan satu peristiwa kecil yang berlaku sebelum

atau sejurus selepas perang Jamal.Beberapa orang Islam telah menegur

Saidina Ali (radiyallahu’anhu) kerana membiarkan pembunuh Saidina

Uthman (radiyallahu’anhu) bebas dalam pasukan tenteranya.Lalu Saidina

Ali (radiyallahu’anhu) melontarkan pertanyaan kepada tenteranya,

“Siapakah pembunuh Uthman?”Dua belas ribu orang bangun dan setiap

seorang daripada mereka menjawab dengan lantangnya, “Aku!”11

Dari sini, kita dapat faham bahawa Saidina Ali (radiyallahu’anhu)

berijtihad dan bertindak sebagaimana yang beliau lakukan adalah kerana

beliau tidak mahu mengakibatkan hura-hara dan fitnah yang lebih besar

dalam Negara umat Islam.

PERANG JAMAL

Pada tanggal16 Jamadil-Thani, Jumaat, tahun 36 H, pertempuran antara

pasukan Khalifah Saidina Ali (radiyallahu’anhu) dan pasukan Ummul

Mukminin Aisyah (radiyallahu’anha) telah tercetus.Satu peperangan yang

sengaja dicetuskan oleh golongan Sabaiyyah.Perang ini dipanggil Perang

Jamal, yang bermaksud Perang Unta sempena kedudukan Ummul

Mukminin yang berada di atas Unta ketika peperangan berlangsung.

IJTIHAD SAIDATINA AISYAH (RADIYALLAHU’ANHA)

11ibid

9

Page 10: perang siffin

Selepas 4 bulan pembunuhan Saidina Uthman (radiyallahu’anhu), Saidina

Talha dan Saidina Zubair (radiyallahu’anhuma) meminta izin daripada

Saidina Ali (radiyallahu’anhu) untuk ke Mekah dan izin diberikan.

Setibanya di Mekah mereka bertemu dengan Ummul Mukminin Saidatina

Aisyah (radiyallahu’anha).Mendengar berita tentang pembunuhan Saidina

Uthman (radiyallahu’anhu), keadaan Madinah yang masih di bawah

kawalan pemberontak yang telah masuk ke dalam tentera Khalifah

Saidina Ali (radiyallahu’anhu) dan mendapat tahu tentang gobenor Syam

yang berijtihad menuntut qisas, Saidatina Aisyah (radiyallahu’anha) juga

berijtihad untuk menuntut bela atas pembunuhan menantunya Saidina

Uthman (radiyallahu’anhu).Satu pasukan telah dibentuk yang diketuai

oleh Ummul Mukminin Saidatina Aisyah (radiyallahu’anha).12

STRATEGI PASUKAN UMMUL MUKMININ

Seperti yang disebutkan dalam Al-Tabari, pasukan itu merancang untuk

bermula dengan berangkat ke Basrah kerana di sanatidak mempunyai

ramai pemberontak dan dari sana, mereka akan ke salah satu sarang

pemberontak iaitu Kufah di Irak. Di sana mereka akan meminta bantuan

orang ramai untuk menentang pembunuh Saidina Uthman

(radiyallahu’anhu) dan mereka akan melakukan ini kepada daerah-daerah

sekeliling sehingga mereka dapat mengepung dan memerangkap

pemberontak yang berada dalam tentera Saidina Ali (radiyallahu’anhu).

Mereka tahu bahawa mereka perlu mendedahkan Sabaiyyah dan

pemberontak yang berada dalam tentera Saidina Ali (radiyallahu’anhu)

agar mereka boleh menghadapi mereka dengan pertumpahan darah yang

paling minimum. Mereka juga tahu bahawa adalah mustahil bagi Saidina

12 http://islamistruth.wordpress.com/2011/01/11/muslims-of-jamal-siffin-were-brothers/

10

Page 11: perang siffin

Ali (radiyallahu’anhu) untuk mengambil tindakan ke atas golongan

Sabaiyyah kerena mereka telah menyerap masuk ke dalam tenteranya di

mana jumlah dan kekuatan mereka telah bertambah.13

HAKIM BIN JABALAH, PEMBERONTAK BASRAH

Setibanya di luar Bandar Basrah, Saidina Uthman bin Hunaif

(radiyallahu’anhu), gobenor Basrah, telah menghantar utusan kepada

Ummul Mukminin untuk mengetahui tujuannya ke Basrah. Beliau

memberitahu bahawa beliau mahukan para pembunuh Saidina Uthman di

qisas.

Perjanjian genjatan senjata telah dibuat antara gobenor Basrah dan

pasukan Ummul Mukminin. Di mana dalam perjanjian tersebut, kuasa

gobenor, masjid dan baitul mal tetap dipegang oleh Saidina Uthman bin

Hunaif (radiyallahu’anhu) sementara Saidina Talhah dan Saidina Zubair

(radiyallahu’anhuma) bebas untuk keluar masuk Basrah, dan kedua-dua

belah pihak tidak mengganggu pihak lain sehingga sampainya Khalifah

Saidina Ali (radiyallahu’anhu).

Agen Sabaiyyah, Hakim bin Jabalah, tidak menyenangi akan perjanjian

damai ini. Lalu, dia bersama pengikutnya telah mula menyerang pasukan

Ummul Mukminin. Dalam pertempuran tersebut 600 ratus orang

pemberontak dari Basrah termasuk Ibnu Jabalah telah terbunuh, kecuali

seorang telah terlepas dan bersembunyi dalam kabilahnya Bani Sa’ad.14

SAIDINA QA’QA’, UTUSAN KHALIFAH

Saidina Ali (radiyallahu’anhu) belum tiba di Basrah tetapi beliau telah

menghantar utusan terlebih dahulu kepada pasukan Ummul Mukminin

untuk mengetahui pendirian mereka. Sahabat yang diutuskan ialah

13ibid

14 ibid

11

Page 12: perang siffin

Saidina Qa’qa’ bin Amru al-Tamimi (radiyallahu’anhu). Beliau memberi

arahan kepadanya, “Pergi jumpa mereka dan ajak mereka dengan lemah

lembut serta terangkan kepada mereka tentang kejahatan perselisihan

dan perpecahan.”15

Saidina Qa’qa’ bin Amru al-Tamimi (radiyallahu’anhu) bertanya pada

Ummul Mukminin Saidatina Aisyah (radiyallahu’anha), “Wahai Ummul

Mukminin, apa yang menyebabkan Ibu datang?” Beliau menjawab,

“Wahai anakku, aku datang untuk memperbaiki keadaan antara

manusia.”

Saidina Qa’qa’ bin Amru al-Tamimi (radiyallahu’anhu) meminta penjelasan

daripada mereka, “Beritahu aku bagaimana kamu mahu memperbaiki

keadaan ini? Jika kami mengetahuinya, mungkin kami boleh membantu

kamu.”

Saidina Talha dan Saidina Zubair (radiyallahu’anhuma) menjawab, “Para

pembunuh Uthman (radiyallahu’anhu), mereka mesti dibunuh.Jika mereka

dibiarkan tanpa qisas maka ini adalah sama seperti meninggalkan Al-

Quran dan mengingkari hukum-hakamnya.”

Saidina Qa’qa’ bin Amru al-Tamimi (radiyallahu’anhu), seorang yang

pakar dalam strategi peperangan dan seorang pahlawan yang tidak

kurang hebat seperti Saidina Khalid bin Walid (radiyallahu’anhu) telah

berkata, "Di Basrah, dulunya ada enam ratus daripada pembunuh Uthman

dan kamu telah membunuh kesemuanya kecuali seorang iaitu Hurqus bin

Zuhair al-Sa'adi. Apabila lelaki ini terlepas daripada kamu, dia telah

mengambil pelindungan dalam kabilahnya Bani Sa'ad dan apabila kamu

meminta mereka menyerahkannya, mereka enggan dan menghalang

kamu.Akibatnya, enam ribu orang menjadi berang dengan kamu dan

bersatu untuk menentang kamu tetapi jika kamu melepaskan Hurqus dan

tidak membunuhnya sedangkan kamu terus menuntut daripada Ali untuk

melakukannya, maka kamu telah jadi orang yang meninggalkan hukuman

dalam Al-Quran seperti yang kamu katakan kepadaku. Sebaliknya, jika

15ibid

12

Page 13: perang siffin

kamu melawan Bani Sa'ad kerana Hurqus dan mereka mengalahkan

kamu, maka kamu akan berada dalam keadaan yang sukar dan

kedudukan mereka akan menjadi bertambah kuat disebabkan kekalahan

kamu dan kamu tidak akan suka itu berlaku. Aku juga katakan bahawa

dengan menuntut Hurqus, kamu juga telah menyebabkan kemarahan

Bani Rabi'ah dan kabilah Mudar, dan menjadikan mereka musuh kerana

mereka telah bersetuju untuk menentang kamu kerana mereka memberi

sokongan kepada sekutu mereka Bani Sa'ad. Inilah sebenarnya yang

terjadi dengan Ali ketika dia cuba berdepan dengan para pembunuh

Uthman di dalam tenteranya."

Pada ketika ini, Saidina Qa'qa' bin Amru (radiyallahu'anhu) telah berjaya

meyakinkan mereka terhadap pendangan Saidina Ali (radiyallahu'anhu).

Jadi, Saidatina Aisyah (radiyallahu'anha) meminta pendapatnya tentang

apa yang perlu dilakukan, lalu dia memberitahu, "Penyelesaian kepada

masalah ini adalah dalam kesabaran dan ketenangan. Kita perlu lebih

berhati-hati dalam urusan Qisas dan apabila konflik ini selesai dan umat

telah bersatu di bawah satu kalimah dan kamu bersetuju dengannya (Ali),

maka ini adalah tanda keberkatan. Jadi kamu patut membai'ah Ali dan

kamu menyerahkan urusan Qisas kepadanya dan jangan dedahkan kami

kepada kesukaran yang akan memusnahkan pihak kamu dan kami. Demi

Allah, aku katakan ini dan mengajak kamu kepadanya dan aku khuatir ia

tidak terlaksana..."

Mereka berkata kepadanya, “Kamu telah bercakap benar dan betul, jadi

baliklah dan apabila Ali datang dan beliau berpendapat seperti kamu,

maka ketahuilah bahawa urusan ini telah selesai, in sya Allah.”

KHALIFAH SAIDINA ALI TIBA DI BASRAH

Pasukan Khalifah Saidina Ali (radiyallahu’anhu) akhirnya tiba di pinggir

bandar Basrah.Utusan beliau, Saidina Qa’qa (radiyallahu’anhu)

menyampaikan persetujuan perdamaian pasukan Ummul Mukminin

kepadanya.Mendengar berita ini, Saidina Ali (radiyallahu’anhu) gembira

13

Page 14: perang siffin

dan beliau menghantar dua orang utusan lagi untuk mengetahui lebih

lanjut pandangan Saidatina Aisyah dan Saidina Zubair

(radiyallahu’anhuma).Kedua-dua mereka pulang dan memberitahu

bahawa pendirian mereka masih sepertimana yang diberitahu Saidina

Qa’qa’ (radiyallahu’anhu).

Kemudian Saidina Ali (radiyallahu’anhu) mara bersama tenteranya dan

berkhemah berhampiran dengan pasukan Ummul Mukminin

(radiyallahu’anha), lalu beliau bertemu dengan Saidina Talha dan Saidina

Zubair (radiyallahu’anhum). Mereka bersetuju untuk menyelesaikan

perselisihan ini dengan cara yang aman. Maka, masing-masing pulang ke

khemah pada malam tersebut dengan perasaan tenteram.

Sebelum masuk beradu, Khalifah Saidina Ali (radiyallahu’anhu)

mengumumkan bahawa beliau akan ke Basrah pada esok harinya.

“Ketahuilah bahawa aku akan berangkat esok ke Basrah, jadi bersedialah

untuk berangkat bersama kecuali mereka yang menentang Uthman atau

yang menyokong mereka.”

IBNU SABA` MENCETUSKAN HURU-HARA

Mendengar kenyataan ini daripada Khalifah menyebabkan Ibnu Saba`

risau kerana dia faham bahawa Saidina Ali dan pasukan Ummul Mukminin

sudah ada kesefahaman untuk bersatu bagi menjalankan hukuman qisas

ke atas mereka yang menentang Uthman dan yang menyokongnya.Maka,

pada malam tersebut Ibnu Saba` membuat komplot dengan mengarahkan

pengikut-pengikutnya, “Jika kamu bergaul dengan orang ramai, maka

berkatalah yang baik-baik saja, dan jika orang ramai berkumpul esok,

maka cetuskan peperangan di antara mereka.Ini akan membuatkan Ali,

Talha dan Zubair sibuk dan akan menjauhkan mereka daripada perkara

yang aku dan kamu benci (iaitu dihukum).”

Maka pada malam itu, mereka telah menyerang khemah pasukan Ummul

Mukminin.Ini telah menyebabkan kekecohan dalam pasukan

14

Page 15: perang siffin

tersebut.Saidina Talha dan Saidina Zubair telah mengarahkan supaya

mempertahankan diri dan mengusir serangan itu.Apabila mereka berjaya

mengusir serangan tersebut, Saidina Talha dan Saidina Zubair

(radiyallahu’anhu) bertanya, “Apa semua ini?”Mereka diberitahu, “Ahli

Kufah (pasukan khalifah) telah menyerang pada waktu malam.” Mereka

berkata, “Kami tak tahu pula Ali telah mengubah fikirannya untuk

menumpahkan darah dan menghalalkan apa yang telah diharamkan.”

Khalifah Saidina Ali (radiyallahu’anhu) dan Ahli Kufah terdengar riuh-

rendah dari jauh dan bertanya mengenainya. Lalu mereka diberitahu oleh

orang Sabaiyyah, “Kami terkejut apabila kami dapati sekumpulan dari

mereka (pasukan Ummul Mukminin) menyerang, jadi kami

mempertahankan diri dan berjaya mengusir mereka.”

Jadi, Khalifah mengarahkan pasukannya bersiap-siaga untuk

mempertahankan diri dari serangan.

Akhirnya, golongan Sabaiyyah, pembunuh Saidina Uthman

(radiyallahu’anhu) berjaya memulakan peperangan pada hari Jumaat 16

Jamadil-Thani pada tahun 36 H di kawasan bernama Al-Zabuqah yang

berhampiran dengan Basrah.16

Saidina Ali mengarahkan pegawai penyerunya untuk membuat satu

seruan, “Wahai manusia!Berhenti perang!” Tetapi seruannya tidak

diendahkan dan peperangan terus marak.

Kemudian Saidina Ali, Saidina Talha dan Saidina Zubair

(radiyallahu’anhum) mengarahkan orang-orang mereka, “Jangan bunuh

orang yang membelakangi kamu. Jangan bunuh mereka yang

cedera.Jangan kejar mereka yang lari dari medan perang.”

UMMUL MUKMININ INGIN PEPERANGAN DIHENTIKAN

16ibid

15

Page 16: perang siffin

Puak Sabaiyyah, para pemberontak, yang berada dalam pasukan Khalifah

melakukan serangan sengit terhadap pasukan Ummul Mukminin. Ramai

yang terkorban.Berita ini sampai kepada Ummul Mukminnin di Basrah.

Maka, Ummul Mukminin inginkan peperangan diberhentikan. Beliau keluar

ke medan perang menaiki unta – duduk di dalam kotak singgahsana

(haudaj) yang berada di atas unta tersebut, bersama sekumpulan orang

yang melindungi beliau. Beliau memberikan satu mushaf Al-Quran kepada

Kadi Basrah, Ka’ab bin Sur dan mengarahkannya untuk berhentikan

peperangan. Beliau berharap mereka akan mendengar seruannya kerana

kedudukannya sebagai Ummul Mukminin dan kecintaan terhadapnya

dalam hati umat Islam.

Ka’ab berdiri dihadapan tentera khalifah dan menyeru, “Wahai manusia!

Aku adalah Ka’ab bin Sur, Kadi Basrah. Aku menyeru kalian kepada kitab

Allah dan melaksanakan apa yang terkandung dalamnya, maka

berdamailah mengikutnya.” Puak Sabaiyyah yang berada di barisan

hadapan khuatir bahawa seruannya akan didengari, jadi mereka

memanah dan membunuh Ka’ab yang masih memegang mushaf Al-Quran

di dalam tanggannya.

UMMUL MUKMININ DALAM BAHAYA

Masalah besar bermula apabila mereka, pemberontak, mengarahkan

tombak mereka kepada unta yang ditunggangi Ummul Mukminin.Mereka

berjaya memukul unta tersebut sambil Saidatina Aisyah

(radiyallahu’anha) menjerit, “Duhai anakku! Allah! Allah! Ingatlah Allah

dan Hari Akhirat! Berhentilah berlawan!”

Puak Sabaiyyah dan pemberontak yang berada di barisan hadapan tidak

pernah mengendahkan Saidina Ali mahupun Saidatina Aisyah

(radiyallahu’anhuma), dan mereka teruskan serangan mereka. Apabila

Ummul Mukminin melihat tindakan mereka ini, beliau tahu bahawa

merekalah disebalik pembunuhan Saidina Uthman (radiyallahu’anhu), lalu

16

Page 17: perang siffin

beliau berdoa kuat-kuat, “ Wahai manusia! Laknatilah pembunuh Uthman

dan penyokongnya.”

Mendengar doa ini, tentera Basrah mula melaknat para pembunuh

Uthman. Saidina Ali (raiyallahu’anhu) dan yang berada di sekeliling beliau

juga mendengar doa tersebut, lalu beliau memberitahu orang-orangnya,

“Ikut berdoa bersamaku. Laknatilah pembunuh Uthman dan

penyokongnya!”

Serangan bertambah-tambah sengit.Puak Sabaiyyah dan pemberontak

akhirnya menumpukan serangan mereka kepada unta yang dinaiki

Ummul Mukminin.Diberitakan bahawa, serangan panah dan tombak yang

banyak telah dibuat ke arah Kotak Singgahsana (Haudaj) sehingga telah

mengakibatkan kotak tersebut kelihatan seperti landak.17

PERANG JAMAL BERAKHIR

Saidina Ali (radiyallahu’anhu) yang melihat keadaan ini, mahukan

peperangan ini berhenti dengan segera kerana keselamatan Ummul

Mukminin sudah terancam.Beliau mendapat satu akal.Beliau telah

mengarahkan agar kaki unta tersebut ditetak dan Kotak Singgahsana

tersebut dipindahkan ke tempat yang selamat.Sebaik saja perintah itu

dilaksanakan, peperangan Jamal beransur berhenti.

Setelah berakhirnya Perang Jamal, Saidina Ali (radiyallahu’anhu) memberitahu Saidatina Aisyah (radiyallahu’anha), “Semoga Allah mengampunimu”.Saidatina Aisyah (radiyallahu’anha) berkata, “Engkau juga, aku cuma ingin membaiki keadaan.”

PERBEZAAN IJTIHADANTARA SAIDINA ALI

DAN SAIDINA MU’AWIYAH

Selepas Khalifah ke-3, Saidina Uthman bin Affan (radiyallahu’anhu) mati

syahid pada tahun 35 H, Saidina Ali bin Abu Talib (radiyallahu’anhu) telah 17ibid

17

Page 18: perang siffin

dilantik menjadi khalifah. Ramai yang berbaiah kepada beliau daripada

kalangan orang Ansar dan Muhajirin tetapi terdapat beberapa orang yang

tidak mahu berbuat demikian sehingga pembunuh dan mereka yang

berkomplot dalam pembunuhan Saidina Uthman (radiyallahu’anhu)

dihukum. Daripada kalangan ini ialah Saidina Muawiyah bin Abu Sufyan

(radiyallahu’anhu), Gobenor Sham.

Sebagai saudara terdekat Saidina Uthman (radiyallahu’anhu), Saidina

Muawiyah (radiyallahu’anhu) mahukan tindakan pertama khalifah Saidina

Ali (radiyallahu’anhu) adalah mengambil tindakan terhadap mereka yang

terlibat dalam pembunuhan tersebut. Saidina Ali (radiyallahu’anhu) juga

mahukan perkara yang sama tetapi beliau berijtihad bahawa keadaan

semasa negara perlu dapat dikawal terlebih dahulu sebelum mengambil

apa-apa tindakan seterusnya.

Saidina Ali (radiyallahu’anhu) berpendapat demikian kerana pada ketika

itu, bilangan mereka yang berkomplot membunuh Saidina Uthman

(radiyallahu’anhu) adalah besar dan jika diambil tindakan terlalu awal,

akan mengakibatkan hura-hara dan fitnah yang lebih besar dalam negara.

Oleh sebab itu, apabila Saidina Muawiyah (radiyallahu’anhu) menuntut

agar tindakan diambil ke atas mereka ini, Saidina Ali (radiyallahu’anhu)

tidak memberikan respon yang positif dan tidak bersetuju dengan

rancangan tindakan Saidina Muawiyah (radiyallahu’anhu).

Ada di antara mereka yang bersama Saidina Muawiyah (radiyallahu’anhu)

memberitahunya bahawa Saidina Ali (radiyallahu’anhu) hanya

melengahkan perkara ini dan sebenarnya tidak mahu menangkap dan

mengadili mereka yang berkomplot membunuh Saidina Uthman

(radiyallahu’anhu). Keadaan ini bertambah buruk apabila ada yang

memberitahu berita palsu kepada Saidina Muawiyah (radiyallahu’anhu)

bahawa Saidina Ali (radiyallahu’anhu) terlibat sama dalam komplot

pembunuhan tersebut.Disebabkan salah faham terhadap pendirian dan

situasi sebenar Saidina Ali (radiyallahu’anhu), maka Saidina Muawiyah

(radiyallahu’anhu) berijtihad untuk meneruskan agendanya – memburu

18

Page 19: perang siffin

pembunuh Saidina Uthman dan qisas - walaupun Saidina Ali

(radiyallahu’anhu) tidak bersetuju. 18

RINGKASAN PERANG SIFFIN

Apabila Saidina Ali (radiyallahu’anhu) mendapat tahu tentang rancangan

Saidina Muawiyah (radiyallahu’anhu), beliau menghantar beberapa utusan

untuk berbincang dengan Saidina Muawiyah (radiyallahu’anhu). Namun,

semua perbincangan gagal. Beliau membuat keputusan mengumpulkan

tenteranya dan bergerak ke arah Sham, untuk menghalang Saidina

Muawiyah (radiyallahu’anhu) daripada meneruskan rancangannya dan

pada masa yang samahendak mengawal keadaan sebelum ia

melemahkan empayar umat Islam.

Namun, semasa dalam perjalanan ke Syam, Saidina Ali (radiyallahu’anhu)

mendapat berita tentang gerakan pasukan Ummul Mukminin ke Basrah

dari utusan gobenor Basrah.Maka Saidina Ali telah mengubah haluannya

ke arah Basrah kerana mahu menyelematkan Ummul Mukminin dari

fitnah. Pada masa yang sama, beliau menghantar utusan19 kepada Ummul

Mukminin seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

Selepas berakhirnya perang Jamal.Saidina Ali (radiyallahu’anhu) bersama

tenteranya meneruskan perjalanan mereka ke arah Syam.Berita tentang

perang Jamal dan gerakan tentera Khalifah ke Syam sampai kepada

Saidina Mu’awiyah (radiyallahu’anhum).Maka, Saidina Mu’awiyah juga

telah mempersiapakan tenteranya dan berangkat menuju ke arah

gerakan pasukan khalifah.

Akhirnya, kedua-dua pasukan bertemu di sebuah tempat bernama Siffin,

Syam.Pada awalnya, perbincangan demi perbincangan diadakan tetapi

akhirnya peperangan berlangsung yang memakan ramai mangsa

daripada kedua belah pihak.

18http://www.askimam.org/public/question_detail/2838919Saidina Qa`qa` (radiyallhu’anhu)

19

Page 20: perang siffin

Sebaik sahaja kelihatan pasukan Saidina Ali (radiyallahu’anhu) hampir

menang, pasukan Saidina Muawiyah (radiyallahu’anhu) telah

mencadangkan agar peperangan diberhentikan dan perbincangan damai

diadakan.Sepertimana dalam perang Jamal, perdamaian ini diseru melalui

mushaf Al-Quran seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal

dari jalan Habib bin Abu Tsabit berkata, “Aku pergi kepada Abu Wa’il,

salah seorang pendukung setia Ali bin Abu Talib, dia berkata, ‘Kami di

Siffin, manakala orang-orang Syam banyak terkorban, Amru (bin Al-Aas)

berkata kepada Mu’awiyah, ‘Kirimkan mushaf kepada Ali, ajaklah dia

kepada Kitab Allah, sesungguhnya dia tidak akan menolak.’ Lalu seorang

utusan dikirim kepada Ali dan berkata, ‘Antara kami dengan kalian adalah

Kitab Allah, (mafhumnya), “Tidakkah engkau memperhatikan orang-orang

yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat), mereka diseru

kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim di antara

mereka.Kemudian sebahagian daripada mereka berpaling ingkar sambil

menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu).” (Surah Ali Imran, ayat 23).

Ali menjawab, ‘Baik, aku adalah orang yang paling patut untuk itu.”19

PERISTIWA PERDAMAIAN - TAHKIM

Dengan penerimaan Saidina Ali (radiyallahu’anhu) terhadap tawaran

damai tersebut, peperangan pun berakhir.Bagi menjayakan proses

perdamaian tersebut, telah diputuskan bahawa seorang wakil harus dipilih

bagi setiap pihak dan kedua-dua wakil inilah yang

dipertanggungjawabkan untuk membuat perbincangan damai ini. Dalam

sejarah Islam, peristiwa ini dikenali sebagai Tahkim.

19Ali Muhammad Ash-Shallabi.Mu’awiyah bin Abu Sufyan

20

Page 21: perang siffin

Saidina Amru bin al-‘As (radiyallahu’anhu) telah dipilih menjadi wakil bagi

pihak pasukan Saidina Muawiyah (radiyallahu’anhu) sementara Saidina

Abu Musa al-Asha’ari (radiyallahu’anhu) telah dipilih bagi mewakili pihak

pasukan Khalifah Saidina Ali (radiyallahu’anhu).

Keputusan daripada perbincangan tersebut adalah, peperangan

diberhentikan dan keputusan terakhir akan dibuat dalam bulan Ramadan

pada tahun yang sama, iaitu 37 H.

Sebaik sahaja Ramadan, Saidina Amar bin al-As (radiyallahu’anhu) dan

Saidina Abu Musa al-Asha’ari (radiyallahu’anhu) berbincang dan cuba

mendapatkan persetujuan bersama berkenaan dengan isu perselisihan

ijtihad di antara Saidina Ali dan Saidina Muawiyah (radiyallahu’anhuma).

Telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam At-Tarikh Al-Kabir secara

ringkas dengan para perawi yang tsiqah dan diriwayatkan juga oleh Ibnu

Asakir secara panjang dari Husain bin Mundzir, bahawa Saidina Muawiyah

berkata kepadanya, “Aku mendengar sesuatu yang tidak aku sukai

daripada Amar, datanglah kepadanya dan tanyakan kepadanya tentang

perkara yang dibicarakan oleh Amar dan Abu Musa, apa yang mereka

berdua lakukan padanya?” Amar menjawab, “Orang-orang telah berkata

tentang hal itu apa yang mereka katakan. Demi Allah, perkaranya tidak

sebagaimana yang mereka katakan, akan tetapi saat aku bertemu dengan

Abu Musa, aku berkata kepadanya, ‘Apa pendapatmu tentang urusan ini?’

Abu Musa menjawab, ‘Aku berpendapat menyerahkannya kepada orang-

orang yang diredhai oleh Rasulullah (sallallahu’alaihiwassalam) sebelum

baginda wafat.’Aku berkata, ‘Lalu bagaimana engkau mendudukanku

dengan Mua’wiyah?’Dia berkata, ‘Bila kamu berdua diperlukan, maka

kamu berdua memang boleh membantu tetapi bila tidak, maka itu bererti

Allah memang tidak memerlukan kamu berdua.’”20

Perbincangan antara kedua-dua hakim ini akhirnya tidak mendatangkan

apa-apa persetujuan dan kedua-dua pihak berpisah tanpa sebarang

keputusan.

20ibid

21

Page 22: perang siffin

KESIMPLULAN: KEMUNCULAN BIBIT DISIPLIN ILMU

KALAM

Sebagai respon kepada sikap Saidina Ali (radiyallahu’anhu) menerima

keputusan Tahkim, satu kelompok terus mendokong Saidina Ali manakala

sekelompok lagi keluar daripada pasukan beliau kerana mereka

berpendapat bahawa Tahkim itu tidak berdasarkan hukum Allah SWT, lalu

mereka melaungkan slogan “Tidak ada penghukum kecuali Allah.”

Kelompok yang mendokong Saidina Ali (radiyallahu’anhu) dikenali sebagai

Syiah Ali dan yang keluar itu dikenali sebagai golongan Khawarij.21

Golongan Khawarij beriktikad bahawa semua yang terlibat dalam Tahkim

yakni Saidina Ali, Saidina Muawiyah, Saidina Amar bin al-As dan Saidina

Abu Musa Al-Asha’ari (radiyallahu’anhum) telah melakukan dosa besar,

dan pelaku dosa besar adalah kafir.

Sebagai respon terhadap fahaman Khawarij ini, muncul satu kelompok

yang mengatakan bahawa pelaku dosa besar masih beriman dan

terserahlah kepada Allah untuk mengampuni mereka atau memasukkan

mereka ke dalam neraka terlebih dahulu sebelum memasukkan mereka

ke dalam syurga di akhirat kelak.

Oleh kerana golongan ini mempunyai fahaman yang memberi irja’ atau

arja’a iaitu harapan dan penangguhan keputusan terhadap orang Islam

yang berdosa hingga Allah memutuskannya di akhirat kelak, ia dikenali

sebagai puak Murji’ah. Ideologi puak ini akhirnya berevolusi menjadi,

selain daripada dosa syirik, dosa tidak memberi apa-apa kesan terhadap

iman seseorang.

Manakala, sebahagian daripada Syiah Ali beriktikad bahawa Ali itu adalah

tuhan dan sebahagiannya lagi berfahaman bahawa ketiga-ketiga khalifah

sebelum ini adalah tidak sah kerana telah merampas hak Saidina Ali

21 Muhammad Abu Zahrah, Aliran Politik dan Aqidah Dalam Islam

22

Page 23: perang siffin

(radiyallahu’anhu) menjadi khalifah setelah wafatnya Nabi Muhammad

(sallallahu’alaihi wassallam).

Maka, berlakulah banyak dialog dan perbincangan bersama dengan

ketiga-tiga golongan ini untuk menjawab dan meluruskan fahaman

mereka kepada fahaman yang benar.Sejak itu bermulalah bibit-bibit awal

pembentukan disiplin Ilmu Kalam.

RUJUKAN

Al Quran, Terjemahan Pimpinan Ar-Rahman.

Dr. Ali Muhammad Ash-Shallabi. 2012. Mu’awiyah bin Abu Sufyan. Terj. Jakarta: Darul Haq

Dr. Muhammad Hamidullah. Tanpa Tarikh. The Jewish Background of the Battles of Jamal and Siffin. http://ebooksland.blogspot.com/2013/11/the-jewish-background-of-battles-of.html Diambil pada 25 Mac 2014

23

Page 24: perang siffin

Kamal El Mekki, The Fitnah Audio CD http://www.youtube.com/watch?v=g1tAQ_YqLew Diambil pada 1 April 2014

http://islamistruth.wordpress.com/2011/08/15/battle-of-jamal-its-real-face/

Diambil pada 25 Mac 2014

http://www.askimam.org/public/question_detail/28389 Title: Alī and Mu'āwiyah Radiyallahu 'Anhumā and the battle of Siffin oleh Bilal Mohammad. Diambil pada 25 Mac 2014

Muhammad Abu Zahrah. 1996. Aliran-aliran politik dan akidah dalam Islam. Selangor: Edaran Kalam.

24