sejarah t4 3

Upload: shirley-wong

Post on 09-Mar-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sejarah T4 Bab 3

TRANSCRIPT

  • Tingkatan 4 - Bab 3: Tamadun Awal Asia Tenggara

    Petempatan Awal Asia Tenggara

    - Asia Tenggara terbahagi dua iaitu kerajaan di Tanah Besar Asia Tenggara dan Kepulauan Asia Tenggara .

    a) Kerajaan di Tanah Besar Asia Tenggara seperti kerajaan:

    i. Funan

    ii. Angkor

    iii. Ayuthia

    b) Kerajaan di Kepulauan Asia Tenggara seperti kerajaan:

    i. Kedah Tua, Langkasuka (di Kepulauan Melayu )

    ii. Srivijaya, Majapahit (di Kepulauan Indonesia )

    1) Bilakah munculnya petempatan dan kerajaan awal?

    - Sejarahwan menggunakan sumber bertulis dan artifak arkeologi untuk menentukan jangka masa kemunculan sesuatu kerajaan.

    i. Sumber dari China

    - menyatakan kewujudan kerajaan Funan pada pertengahan abad ke-2 Masihi

    - membuktikan Funan ialah kerajaan terawal di Asia Tenggara

    - Raja Funan aka Houen-Tien aka Kaundinya

    ii. Data Arkeologi

    - Jumpaan seni arca berunsur Hindu dan Buddha

    - langgam arca dipengaruhi oleh seni arca Amaravati dari India

  • Tahap awal :

    - Hubungan awal dengan China berbentuk diplomatik .

    - Hubungan awal dengan India berbentuk kebudayaan .

    - Hubungan perdagangan antarabangsa antara kawasan petempatan awal wujud sejak zamanlogam buktinya jumpaan gendang gangsa di Dongson (Vietnam), Batu Buruk (Terangganu), Sg.Klang (Selangor).

    - Hubungan perdagangan dengan Rom juga berlaku buktinya jumpaan persamaan artifak manik di Kota Tinggi dan Muar (Johor).

    - Bijih Timah telah diproses menjadi gendang gangsa di Dongson dan menjadi pelabuhan pembekal

    - Kebanyakan petempatan awal ini belum boleh ditakrif sebagai kerajaan kerana masih belum menpunyai raja .

    -Walau bagaimanapun, perdagangan maritim berkembang seiring dengan kemahiran membuat kapal layar dan perahu.

    - Jumpaan manik dan tembikar membuktikan perdagangan maritim berlaku sejak abad ke 5 SM tetapi kerajaan awal Asia Tenggara hanya muncul pada abad ke 2 M.

    Ekonomi Kerajaan Awal Asia Tenggara

    1) Bentuk-bentuk Kerajaan Awal

    a) Kerajaan Agraria

    - kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan, memungut hasil hutan dan sungai.

    - Kerajaan agraria ini muncul di kawasan pertanian yang subur seperti kerajaan Dvaravati di Sg Irrawady (Myanmar), Kerajaan di lereng bukit dan tanah gunung berapi kerajaan Taruma (Indonesia).

    b) Kerajaan Maritim

  • - kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan , kelautan dan pelabuhan.

    - Ia terletak di pesisiran pantai , lembah sungai dan kepulauan seperti Srivijaya di Sg Musi (Sumatera), Kedah Tua di Sg Mudadan Merbok (Kedah), Tiumah di Pulau Tioman (Pahang).

    - Terdapat juga kerajaan agraria yang berkembang menjadi kerajaan maritim contohnya Funan.

    2) Kegiatan Ekonomi Kerajaan Agraria

    - Tanaman utama ialah padi . Padi sawah di lembah sungai kerana bekalan air cukup. Padi huma di tanah tinggi dan bukit dibuat teres dan relung kerana kurang air.

    - Tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek dan sayur.

    - Hasil hutan seperti kayu gaharu , damar , buah- buahan.

    - Hasil rempah seperti cengkih , lada hitam.

    - Sarang burung diambil dari gua untuk perdagangan.

    - Menangkap ikan di sawah, sungai, paya .

    - mendapatkan kulit kura-kura.

    - Menternak seperti lembu, kerbau, kambing, ayam.

    - Bermula dengan sara diri, kemudian terdapat lebihan hasil dijual kepada penduduk Bandar atau kerajaan maritim.

    - Sistem pengairan amat penting dalam pertanian contoh Tasik Tonle Sap dan Sg Mekong di Angkor.

    - Sistem pengairan yang baik mempengaruhi perkembangan pertanian. Raja sendiri terlibat dalam pembinaan.

    1. Kegiatan Pertanian Kerajaan Angkor

    - kerajaan Agraria yang kuat

    - terletak di Lembah Sungai Mekong

    - tanah sekitar subur

    - iklim panas lembab, pertanian

  • - Raja Angkor (Raja Indravarman I ) membina baray (tempat takungan air) & mengurus sistem pengairan. Kesannya, hasil padi telah menampung keperluan makanan penduduk kerajaan Angkor.

    Kepentingan Tasik Tonle Sap

    - Pada musim banjir - Bekalan air diterima dari Sg Mekong yang mengalir ke Tasik Tonle Sap dan menyuburkan tanah.

    -Pada musim kemarau - kawasan sekitar menjadi subur disebabkan lumpur yang subur.

    - Tasik ini turut mengairi kawasan penanaman sawah padi. Menampung keperluan penanaman padi.

    - Tasik Tonle Sap juga membekalkan ikan air tawar . Sumber protein .

    - Tasik ini amat penting untuk bekalan sumber air minuman.

    3) Kegiatan Ekonomi Kerajaan Maritim

    - Kerajaan ini terletak di pesisir pantai dan kepulauan.

    - Peringkat awal menangkap ikan, memungut hasil laut.

    - Kemudian, berkembang menjadi perkampungan nelayan .

    - Ada yang berkembang menjadi pengeluar emas, bijih timah .

    - Hasil lebihan telah didagangkan maka petempatan ini menjadi tempat berdagang dan berkembang menjadi pelabuhan pembekal seperti Klang ( Selangor ), Kuala Selinsing ( Perak ).

    - Pelabuhan ini disinggahi pedagang untuk mendapatkan barangan hasil tempatan emas, timah, rotan, damar, hasil laut.

    - Pelabuhan pembekal maju menjadi pelabuhan kerajaan seperti Champa, Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya. Pelabuhan kerajaan muncul disebabkan wujudnya kerajaan.

    - Mulanya pelabuhan ini berdagang di kawasan berhampiran kemudian berkembang, contohnya Langkasuka dan Champa akhirnya berdagang dengan Vietnam, China Selatan, hingga ke India dan barat.

    - Pelabuhan entrepot muncul kerana kedudukannya yang strategik contohnya kedudukan Kedah Tua dan Srivijaya yang terletak yang terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda serta menjadi laluan perdagangan antara China dan India. Ini juga mendorong kedatangan pedagang kedua-dua negara ke situ.

    - Bekalan pelabuhan entrepot seperti emas, timah, hasil hutan, dan hasil dari kerajaan lain di sekitarnya.

  • Membeli barangan daripada pedagang antarabangsa dan edarkan kepada pedagang lain.

    - Emas menjadi tumpuan sehingga Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera dikenali Semenanjung Emas dan Bumi Emas orang Yunani dan India telah mengetahui tentang kekayaan emas di sini sejak awal abad masihi lagi.

    - Penduduk maritim yang terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan orang pedagang luar.

    - Mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca (bahasa perhubungan).

    - Orang Melayu terkenal sebagai pelaut, pedagang, peneroka dan mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan seperti di Champa dan Srivijaya.

    - Mereka mampu belayar kerana berkemahiran membuat perahu (jarak dekat) dan kapal layar (jarak jauh).

    - Mereka juga tahu menggunakan kaedah untuk menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit.

    []

    1. Ciri-ciri Kerajaan Srivijaya

    - Terletak di Sg. Musi dan Batang Hari.

    - Memiliki tentera laut yang besar, terdiri daripada pelbagai golongan rakyat termasuk orang laut. Mereka mengawal keselamatan kerajaan dan perdagangan di Selat Melaka.

    - Kapal dagang dalam perjalanan antara China dan India singgah di sini kerana kedudukan pelabuhannya baik dan kedudukan strategik di Selat Melaka.

    - Bekalan barang dagang dibekalkan dari kawasan pemerintahannya dan jajahan takluknya.

    - Menurut I Tsing, Sivijaya mampu menghasilkan kapal besar .

    2. Ciri-ciri Kerajaan Kedah Tua/ Chieh-cha/ Kataha

    - Terletak di Sg. Mas (pada abad ke-5 hingga 11 menganut agama Buddha ) dan di lembah Sg. Bujang (abad ke 11 hingga 13 menganut agama Hindu). Buktinya ialah jumpaan candi berunsur Hindu/Buddha dan arca Hindu/Buddha.

    - Merupakan pelabuhan enterpot yang banyak dipengaruhi Srivijaya.

    - Pelabuhan dan kerajaan tertua di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu. Buktinya jumpaan tembikar China zaman Dinasti Tang, Song dan Yuan [ 3 ], pelita tembaga dan tembikar dari Timur Tengah , manik dari India, Sri Lanka dan Myanmar.

    - Gunung Jerai menjadi panduan kapal dagang ke sini. Malam melalui nyalaan api

  • -Kedudukan strategik di laluan Selat Melaka dan terlindung daripada tiupan angin monsun memajukan pelabuhannya.

    - Pelabuhannya mempunyai tempat menyimpan barang dagangan seperti damar, rotan, timah.

    - Barang dagang juga dibawa dari luar seperti sutera , teh, kaca, manik, tembikar.

    4) Konsep saling bergantung dan melengkapi antara Kerajaan Agraria dan Maritim

    - Kerajaan agraria yang ramai penduduk seperti Sailendra di Jawa Tengah menghasilkan sumber makanan seperti beras yang banyak untuk dibekalkan kepada kerajaan maritim. Sebaliknya kerajaan agraria memerlukan kerajaan maritim untuk mendapatkan barang mewah dari Negara luar seperti China dan India seperti tembikar China, tekstil dari India dan China, pelbagai jenis gelas dan manik.

    - Kerajaan agraria membekalkan keperluan makanan dan hasil hutan untuk kerajaan maritim sebagai barang pertukaran.

    - Kerajaan maritim membina kapal dengan mendapatkan bahan kayu yang baik daripada kerajaan Pegu di Burma.

    - Kerajaan maritim juga mendapatkan tukang kayu dan tukang batu yang mahir dari kerajaan agrarian.

    - Gajah yang menjadi kenderaan raja maritim juga didapati daripada kerajaan agraria di Burma dan Siam.

    - Kerajaan agraria juga membekalkan tenaga kerja .

    Pengaruh Agama Hindu dan Buddha dalam Kerajaan Awal

    1) Cara Kedatangan Pengaruh Hindu dan Buddha

    - Pengaruh India dibawa oleh golongan Ksyatria atau tentera . Golongan penakluk dari India membentuk tanah jajahan takluk di Asia Tenggara.

    - Dibawa oleh Vaisya atau pedagang

    - Dibawa oleh Brahmin atau pendeta

  • -Perdagangan Asia Tenggara .

    - kebudayaan India Asia Tenggara India .

    - Penyesuaian dan pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja dengan budaya tempatan berlaku, buktinya jumpaan seni arca bercirikan Asia Tenggara di Srivijaya ikatan tali kulit harimau hanya ada di Srivijaya.

    *Bukti Kemasukan pengaruh kebudayaan dari India*

    - peninggalan data arkeologi seperti candi-candi

    - Lembah Bujang candi : ciri Hindu dan Buddha

    - Angkor candi : ciri Hindu

    - Srivijaya candi : ciri Buddha

    - Perkembangan agama Buddha di Srivijaya didukung dengan data catatan I-Tsing.

    - Aspek Hindu/Buddha yang diambil berbeza antara seoang pemerintah di Asia Tenggara dengan pemerintah Asia Tenggara yang lain di Kedah Tua (Buddha), Dieng di Indonesia (Hindu), Pulau Bangka (Hindu mazhab Vishnu).

    - Pengaruh Hindu/Buddha berlaku serentak dengan hubungan perdagangan, apabila Rom menghentikan perdagangan emas ke India maka India beralih mendapat logam emas di Asia Tenggara. [ Maharaja Vespian dari Rom memberhentikan perdagangan tersebut untuk mengelakkan kekurangan sumber logam emas di Rom]

    2) Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Sistem Pemerintahan

    - Gelaran raja bermula digunakan selepas kedatangan pengaruh sistem beraja India.

    [ raja , ketua, raja ]

    - Di bawah raja ialah kerabat diraja dan pembesar termasuk ahli agama seperti Brahmin. Selepas iturakyat dan hamba (bawah sekali).

    - Raja berkuasa mutlak dalam semua hal, perintah raja menjadi undang-undang, sesiapa yang menentang perintah dianggap menderhaka .

    [Derhaka: konsep yang menjelaskan hubungan antara raja dengan rakyat, iaitu rakyat mesti taat dan tidak boleh menentang raja ]

    -Walau bagaimanapun raja harus adil kepada golongan diperintah.

    *konsep dewa-raja*

  • - raja merupakan bayangan tuhan , takut derhaka.

    -maka muncul konsep dewa-raja

    - raja memiliki kesaktian

    - wujud unsur mitos dan legenda tentang asal usul raja digunakan untuk memperkuat kedudukandan status raja.

    -Adat Istiadat (Upacara pertabalan raja) dipimpin oleh Brahmin aka pendeta untuk mengukuhkan kedaulatan raja.Bertujuan membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah.

    - Raja yang terpengaruh sistem Buddha/Hindu membina kompleks kota raja raja yang terulung.

    - Komples kota melambangkan alam semesta (orde kosmos). Negara dianggap alam semesta, raja dan ibu kota ialah pusat alam (pusat pemerintahan), maka raja perlu mengatur kesejahteraan negara dan rakyat (alam semesta).

    1. Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Pemerintahan Angkor

    - Kerajaan Angkor , Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavaram II.

    - Angkor, Raja dianggap raja dewa.

    -Raja dibantu pembesar atau gabenor di daerah.

    - Brahmin pula berperanan dalam upacara agama.

    - Raja juga dibantu oleh pembesar dalam kalangan pegawai tentera dan hakim.

    2. Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Pemerintahan Srivijaya

    - Pengaruh yang muncul ialah agama Buddha Mahayana .

    - Raja dibantu pentadbiran pusat dan daerah.

    - Pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja putra. Seorang daripada anak raja tersebut bakal menggantikan raja kecuali raja putra kerana beliau anak gundik.

    - Di bawah anak raja ialah ketua pentadbiran pusat (parvanda atau senapati), seterusnya pegawai lain seperti hakim, temenggung dan penghulu.

    - Kedudukan hamba terletak paling bawah sekali.

    - Pentadbiran daerah ditadbir oleh Datu. Datu terbahagi kepada parvanda (berketurunan raja) dan bhupati (orang-orang kaya). Datu perlu bersumpah taat setia di tempat suci bernama Telaga Batu,Palembang.

  • Bukti: jumpaan sebuah batu bersurat dengan ular tedung berkepala tujuh.

    *Mengangkat Sumpah di Srivijaya*

    - Datu akan meminum air yang disiram pada batu bersurat.

    - Air dikumpulkan di bahagian bawah batu bersurat untuk diminum

    - Tujuan: menetapkan pembesar memberikan taat setia kepada raja

    - diketuai oleh Brahmin[ agama/kepercayaan diketuai oleh Brahmin ]

    - disertakan doa (mengkhianati persetujuan ditimpa bencana)

    3) Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesenian

    - Monumen, ialah binaan/bangunan daripada batu untuk memperingati orang ternama atau peristiwa penting seperti candi /kuil, wat/stupa , arca dan patung .

    - Candi berfungsi sebagai monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha, rumah ibadat, tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya, tempat menyimpan patung dewa utama dan lambang kepada keagungan dan kehebatan seseorang raja/pemerintah.

    - Angkor Wat dan Candi Borobudurmelambangkan order kosmos.

    - Rumah ibadat di Thailand, Kemboja, Vietnam disebut wat, tetapi di Burma disebut stupa, di Indonesia disebut candi.

    - Candi Dieng dan Candi Prambanan di Indonesia untuk agama Hindu, tetapi candi seperti Chaiya dan Yarang di Thailand untuk agama Buddha.

    - Patung dewa Visnu, Siva, Brahma, Durga dan Lingga merupakan patung agama Hindu.

    - Patung Avalokitesvaramerupakan patung agama Buddha.

    - Candi dan patung di Asia Tenggara yang dijumpai terdapat beberapa jenis dan hasil campuran gaya tempatan dan India. Antara pengaruh India tersebut ialah patung zaman Dinasti Gupta.

    [ patung & candi, zaman penciptaannya ]

    1. Pengaruh Hindu dalam Kesenian Angkor Wat

    - Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarmen II untuk agama Hindu di Kemboja.

    - melambangkan orde kosmos dengan ketinggian 213 meter dan keluasan 208 hektar .

    - Candi ini mempunyai tempat pemujaan, menara, tembok.

  • - Tempat pemujaan di bahagian tengah setinggi 39 meter dengan teres bertingkat 4. Setiap sudutnya mempunyai menara.

    - Ia juga mempunyai ukiran di dinding yang menggambarkan epik Ramayana dan Mahabhrata.

    2. Pengaruh Buddha dalam Kesenian Borobudur

    - Candi di Jawa Tengah ini untuk agama Buddha Mahayana.

    - Ia terbahagi kepada 3 tingkat iaitu sila, samadhi dan panna. Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan yang diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha.

    - Dikaitkan dengan ajaran Buddha, iaitu konsep Lapan Jalan Kebenaran.

    -Di tingkat pertama diukir cerita kehidupan Gautama Buddha .

    -Bahagian paling atas dianggap sebagai tertinggi dan lambang kepada pencapaian tahap nirwana(), iaitu tahap manusia membebaskan dirinya daripada nafsu.

    3. Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesenian Lembah Bujang

    - Candi Lembah Bujang terdapat di Bukit Batu Pahat Pendiat dan Pangkalan Bujang.

    - Candi Hindu - terbahagi 2 iaitu Vimana ( bahagian suci tempat arca keagamaan ) dan Mandapa ( bahagianluar).

    - Candi Buddha - memiliki pelan jenis cruciform.

    4) Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Bahasa

    1. Pengaruh Bahasa Sanskrit

    - Kewujudan bahasa Sanskrit meningkatkan pencapaian dalam bidang intelektual masyarakat.

    - Batu bersurat tulisan Sanskrit mengandungi maklumat agama, pemerintahan, raja dan undang-undang. Contohnya Batu Bersurat di Kutei tentang keturunan raja, Batu bersurat di Sg Mas Kedah Tua berkaitan dengan agama Buddha.

    - Bahasa Sanskrit merupakan bahasa keagamaan.

    - Bahasa Sanskrit ini digunakan dalam kitab-kitab keagamaan dan bahasa.

    - Bahasa sankrit juga terdapat dalam kitab sastera Hindu, Buddha, Tamil.

    - Bahasa sankrit telah mengalami penyesuaian dengan bahasa Melayu seperti perkataan dukkha (duka),

  • dorhaka (derhaka).

    - Bahasa ini menjadi bahasa ilmu dan bahasa komunikasi kerajaan awal Asia Tenggara.

    - Inskripsi di Palembang memaparkan kemahiran pahat batu yang tinggi- penulisnya mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa sankrit. [ seni ukir]

    5) Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesusasteraan

    1. Kesusasteraan India

    - Pengaruh India terhadap Asia Tenggara dalam bidang kesusasteraan dikesan melalui peranan bahasa Sanskrit.

    -Kesusasteraan India melalui epik Ramayana dan Mahabhrata.

    - Pengaruhnya terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabhrata serta Puranas (sastera klasik Asia Tenggara).

    - Pengaruh dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama, Sutasoma.

    - Epik disampaikan melalui kesusasteraan, cerita lisan dan teater seperti wayang kulit.

    - Karya Mahabhrata diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya.

    - Karya Ramayana pula melahirkan Hikayat Seri Rama.