sejarah kertas 3

35
TAJUK : TEMA UMUM : MALAYSIA DAN KERJASAMA ANTARABANGSA Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau. RUJUKAN : BUKU TEKS : TINGKATAN 5 BAB 9 : MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN SERANTAU MUKA SURAT : 253-260 1

Upload: sree-jothi

Post on 21-May-2017

311 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah kertas 3

TAJUK :

TEMA UMUM : MALAYSIA DAN KERJASAMA ANTARABANGSA

Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah

menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan

serantau.

RUJUKAN :BUKU TEKS : TINGKATAN 5 BAB 9 : MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN SERANTAU MUKA SURAT : 253-260

1

Page 2: Sejarah kertas 3

SOALAN 1

PENGENALAN

Jelaskan latar belakang Malaysia dalam pertubuhan serantau

Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang dianggotai oleh negara-negara

yang berjiran antara satu sama lain. Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan

politik, ekonomi dan social. Negara kejiranan Malaysia ialah Indonesia, Filipina, Singapura,

Brunei, Laos, Kemboja,Vietnam. Sejak merdeka, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah

dibentuk dan disertai oleh Malaysia iaitu Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA),

Pertubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia ( MAPHILINDO) dan Persatuan negara-Negara Asia

Tenggara (ASEAN). Menjelang tahun 1970, dasar luar Malaysia berubah kepada dasar

berkecuali dan berbaik-baik dengan semua Negara. Usaha mengisytiharkan konsep Zon

Aman,Bebas dan Berkecuali atau Zone Peace and Nautraliti ( ZOPFAN ) bersama-sama anggota

negara ASEAN.

SOALAN 2

ISI DAN HURAIAN

Terangkan latar belakang pertubuhan-pertubuhan serantau yang disertai Malaysia

I ) Persatuan Negara-negara Asia Tenggara ( ASA)

Setelah mencapai kemerdekaan, negara kita dan juga negara-negara serantau diancam hebat oleh pengaruh komunis. Di Malaysia, pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM) telah memainkan peranan penting menyebarkan pengaruh fahaman komunis dalam kalangan rakyat. PKM telah

2

Page 3: Sejarah kertas 3

diharamkan oleh kerajaan dan ini menyebabkan ahli-ahlinya melancarkan gerakan gerila bagi menjatuhkan kerajaan.

Di negara-negara jiran, ancaman komunis juga hebat terutamanya di Thailand yang bersempadan dengan Malaysia. PKM telah menggunakan sempadan Malaysia-Thailand sebagai pangkalan gerakan gerila mereka dan ini menyukarkan usaha kedua-dua negara untuk melemahkan dan seterusnya menghapuskan gerakan komunis. Begitu juga dengan negara Filipina yang turut diancam oleh pengaruh komunis. Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran agar dapat membendung pengaruh dan gerakan PKM. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan ASA. Pertubuhan ini diharapkan dapat melindungi negara-negara anggota daripada ancaman komunis dan juga menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial. Pada Julai 1991, satu mesyuarat telah diadakan di Bangkok, antara Malaysia dengan Thailand dan Filipina, hasilnya ASA ditubuhkan.

Antara matlamat ASA semasa penubuhannya ialah menjalin kerjasama dalam kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sains dan sosial, memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi dalam kalangan negara anggota dan mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara-negara serantau.

Walau bagaimanapun, matlamat tersebut tidak banyak dicapai kerana tiadanya kerjasama yang erat dalam kalangan negara anggota. ASA juga dianggap sebagai pertubuhan anti pemerintahan Presiden Sukarno di Indonesia. Kesangsian ini timbul kerana Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain manakala Thailand dan Filipina mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat. Pertelingkahan di antara Malaysia dan Filipina tentang penubuhan Persekutuan Malaysia membawa kepada pembubaran ASA pada tahun 1963.

II) Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO)

MAPHILINDO merupakan cantuman nama tiga buah negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia. Tujuan penubuhannya untuk meningkatkan perhubungan, persahabatan dan menyelesaikan pertikaian antara Malaysia Filipina dan Malaysia Indonesia.

3

Page 4: Sejarah kertas 3

Pertelingkahan tersebut disebabkan cadangan pembentukan Malaysia. Indonesia tidak setuju dengan pembentukan Malaysia kerana Presiden Sukarno menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru.

Tentangan Filipina pula adalah kerana negara tersebut menuntut Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka.

Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia mengambil langkah mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Rundingan ini akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHILINDO. Ketiga-tiga negara mencapai kata sepakat memohon bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia. PBB telah menghantar perwakilannya pada tahun 1963 yang diketuai oleh Lawrence V. Michael More untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak. Hasilnya, majoriti rakyat kedua-dua negeri itu bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia. Walau bagaimanapun, Indonesia dan Filipina kurang berpuas hati dengan hasil siasatan PBB dan terus menentang pembentukan Malaysia. Persengketaan yang berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO tidak berperanan lagi.

iii) Persatuan Negara-negara Asia Tenggara ( ASEAN )

Hasrat Malaysia untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan negara jiran tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini, iaitu ASA dan MAPHILINDO telah gagal. Usaha ini akhirnya berhasil dengan termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN.

Antara matlamat ASEAN ialah mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian, memberikan kerjasama dan membantu dalambentuk latihan dan penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Keanggotaan ASEAN pada ketika itu terdiri daripada lima buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Jumlah keanggotaannya bertambah menjadi sepuluh apabila kesemua negara di Asia Tenggara menjadi ahli. Negara-negara berkenaan ialah Vietnam, Myanmar, Brunei , Laos dan Kampuchea. Dua negara iaitu Timor-Leste dan Papua New Guinea menjadi negara pemerhati manakala sekretariat tetap ASEAN terletak di Jakarta, Indonesia.

4

Page 5: Sejarah kertas 3

SOALAN 3

Jelaskan peranan/sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau

Pada tahun 1961 Malaysia telah menyertai Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) kerana ingin membendung masalah komunis di negara-negara anggota iaitu Malaysia,Thailand dan Filipina.Selain itu ASA juga dapat menjalin kerjasama ekonomi, sains dan sosial. ASA turut menyediakan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi.Di samping itu ASA juga dapat menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara-negara serantau.

Pada tahun 1963 Malaysia telah menyertai MAPHILINDO yang merupakan cantuman nama tiga buah negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia.Tujuan penubuhannya adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan antara negara anggota yang bertelingkah akibat cadangan pembentukan Malaysia.Indonesia telah melancarkan konfrantasi terhadap Tanaha Melayu manakala Filiphina menuntut Sabah. Untuk menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia- Filipina dan Malaysia-Indonesia akibat pembentukan Malaysia MAPHILINDO ditubuhkan.Hasil rundingan antara negara-negara tersebut, kata sepakat telah dibuat supaya memohon bantuan PBB dalam menyelesaikan masalah.

Pada tahun 1967 Malaysia telah menyertai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara( ASEAN).Dalam Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN pada bulan November 1971 di Kuala Lumpur Deklarasi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Malaysia turut bersetuju untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara serta tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur.

Apabila Vietnam menceroboh Kampuchea , Asean telah bersetuju agar satu mesyuarat diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.Mesyuarat tersebut telah mengambil keputusan untuk membentuk Kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk dan perkara ini turut dipersetujui oleh Vietnam.

5

Page 6: Sejarah kertas 3

Malaysia juga telah menyertai mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN pada tahun 1984 bagi memutuskan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Kapal-kapal yang membawa nuklear tidak dibenarkan menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhan di rantau Asia Tenggara.

Malaysia telah bekerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam projek-projek perindustrian, contohnya projek baja urea di Bintulu dan di Acheh. Dalam Sidang Kemuncak Asean di Singapura pada tahun 1992, Malaysia juga telah menyertai Zon Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA). AFTA bertujuan menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi dikalangan negara anggota. Selain itu, akan mewujudkan satu jumlah pasaran yang luas kerana penduduk ASEAN begitu ramai. Peningkatan pengeluaran barangan dari negara-negara anggota akan mengembangkan industri terbabit dan meningkatkan ekonomi negara-negara anggota.

Malaysia telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea ini telah dikemukakan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC). Walaupun ditentang oleh negara-negara maju terutamanya Amerika Syarikat , kerjasama secara tidak rasmi diadakan melalui konsep ASEAN + 3. Menteri-Menteri Luar negara-negara tersebut dijemput menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan.

Malaysia juga memainkan peranan dalam bidang pendidikan di mana terlibat dalam Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Hasilnya pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.

Dalam bidang kebudayaan dan sosial Malaysia terlibat mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan . Dalam bidang sukan,Malaysia terlibat dalam Sukan SEA bagi merapatkan hubungan antara negara anggota. Selain itu, Malaysia juga terlibat dalam Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.

Soalan 4:

Pilihan 1

Apakah usaha yang diambil oleh Malaysia bagi merealisasikan konsep ZOPFAN dalam ASEAN? [10m]

6

Page 7: Sejarah kertas 3

Jawapan:

F1 Tidak membenarkan pembukaan pangkalan tentera asingF2 Tidak bersekongkol mana-mana blokF3 Mengamalkan dasar berkecualiF4 Mengelak campur tangan kuasa besarF5 Menyertai NAMF6 Tidak menerima bantuan ketenteraan kuasa besarF7 Menghalang kapal membawa senjata nuklear di Selat MelakaF8 Menyuarakan bantahan di forum antarabangsaF9 Bertegas dalam menangani keganasan serantauF10 Menyelesaikan sebarang konflik melalui rundingan

Soalan 4:

Pilihan 2Bagaimanakah konsep ZOPFAN dapat memberi manfaat kepada negara kita? [10m]

Penubuhan ASEAN ada hubungan dengan kestabilan politik dan keamanan di rantau Asia Tenggara.Apakah manfaat kestabilan politik dan keamanan serantau kepada negara kita?[10m]

Jawapan:

PolitikF1 Negara aman dan politik yang stabilF2 Masalah politik dapat diselesaikan secara rundinganF3 Pelaburan kita di luar juga meningkatdiselesaikan melalui rundinganF4 Filipina membantu Negara kita dalam pencerobohan Lahad DatuF5 Kerjasama Malaysia – Indonesia dalam menghadapi ancaman pengganasF6 Tiada konflik besar antara negara-negara jiranF7 Mengekalkan hubungan diplomatikF8 Mengekalkan kerjasama dari aspek keselamatan dalam mengawal perairan

EkonomiF1 Ekonomi negara meningkat / perdagangan dua hala antara negara jiranF2 Dapat menjamin kesinambungan pertumbuhan ekonomiF3 Taraf hidup rakyat meningkatF4 Bekalan tenaga buruh dari negara serantau / tenaga kerja mahir dan pakarF5 Pasaran dalam negara meningkatF6 Pasaran luar meningkat / dapat meningkatkan eksport ke negara ASEAN

7

Page 8: Sejarah kertas 3

F7 Pelaburan luar ke negara kita banyak / memajukan sektor perindustrianF8 Dapat meningkatkan produktiviti negaraF9 Dapat mengurangkan perbelanjaan untuk ketenteraanF10 Dapat menarik lebih banyak pelancong

SosialF1 Dapat wujudkan keharmonian rakyatF2 Pergerakan mudah antara rakyat ASEANF3 Integrasi sosial antara rakyat ASEANF4 Pergerakan mudah oleh pelancong antara negara ASEANF5 Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi / kerjasama dalam pembangunan dan penyelidikan

Soalan 4: Pilihan 3

Agenda utama ASEAN adalah kearah mewujudkan integrasi ekonomi.Bagaimanakah keanggotaan Malaysia dalam ASEAN dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara kita? [10m]

Jawapan:F1 Ekonomi negara meningkatF2 Dapat menjamin kesinambungan pertumbuhan ekonomi negaraF3 Taraf hidup rakyat meningkatF4 Bekalan tenaga buruh dari negara serantau yang murah dan mudahF5 Pasaran dalam negara akan meningkatF6 Pasaran luar negara meningkat / dapat meningkatkan eksport ke negara ASEANF7 Pelaburan asing langsung (FDI) yang sihat dan banyakF8 Pelaburan kita di luar juga meningkat seperti melabur di negara MyanmarF9 Dapat meningkatkan produktiviti negaraF10 Dapat mengurangkan perbelanjaan untuk ketenteraanF11 Dapat menarik lebih banyak pelancong / pelancong membelanjakan wangmereka di negara kitaF12 Pertukaran kepakaran dalam bidang perindustrianF13 Malaysia dijadikan pintu masuk dan hub kepada pelbagai aktiviti ekonomiF14 Kemajuan projek perindustrian / baja urea di Bintulu SarawakF15 Kerjasama ekonomi ASEAN + 3 / iaitu dengan Jepun, China dan KoreaF16 Kerjasama antara ASEAN dengan IndiaF17 Malaysia menjadi pintu masuk untuk pasaran produk dan perkhidmatan darinegara luar ke negara ASEANF18 Pemindahan teknologi melalui pelaburan seperti negara SingapuraF19 Kesan perantaraan ketika pergerakan ke negara-negara lain di ASEANF20 Dapat menjamin bekalan sumber makanan seperti beras dari Thailand/Vietnam

8

Page 9: Sejarah kertas 3

Soalan 4: Pilihan 4

Bagaimanakah semangat setia kawan dalam kalangan negara ASEAN dapat diamalkan? [10m]

Jawapan:F1 Wujud kerjasama dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.F2 Kerjasama dalam bidang pendidikan (SEAMEO)/ kebudayaan/ sukan/ radio/ televisyen/ anugerahF3 Kukuhkan hubungan dua hala F4 Melalui pertukaran pelajar, teknologi, pekerja berkemahiran dan kebudayaan.F5 Memupuk sikap saling hormat menghormati F6 Tidak campuri urusan dalaman Negara terbabit.F7 Sikap tolong menolong dan bersatu padu.F8 Hulurkan bantuan untuk meringankan beban. (bencana)F9 Pertukaran maklumat.F10 Sikap saling faham memahami, prihatin dan sentiasa mengambil berat.F11 Menanamkan sikap mementingkan perdamaian.F12 Menamat konflik secara aman melalui rundingan damai.F13 Penganjuran sukan secara bergilir-gilir di antara Negara ASEAN.F14 Cara diplomasi dan bersikap terbuka.F15 Pemimpin-pemimpin negara kerap mengadakan lawatan ke negara ASEAN yang lainF16 Mengukuhkan berhubungan dua hala.F17 Mesyuarat Ketua-Ketua Negara ASEAN.

Soalan 4: Pilihan 5

Bagaimanakah semangat setia kawan dalam kalangan negara serantau dapat dieratkan?

9

Page 10: Sejarah kertas 3

Semangat setia kawan dalam kalangan negara serantau dapat dieratkan melalui wujudnya kerjasama dalam bidang ekonomi , politik, dan sosial. Sebagai contoh kerjasama dalam bidang pendidikan,kebudayaan sukan dan sebagainya. Selain itu memupuk sikap saling menghormati antara negara-negara anggota sebagai contoh tidak mencampuri urusan dalaman negara terbabit.

Antara usaha lain untuk mengeratkan hubungan setia kawan dapat dilakukan melalui mengukuhkan hubungan dua hala contohnya melalui pertukaran pelajar, teknologi dan kebudayaan. Sikap tolong menolong juga mampu melahirkan semangat setia kawan dan mengeratkan lagi keakraban negara anggota contohnya apabila sesebuah Negara anggota menghadapi masalah bencana alam seperti Tsunami, banjir besarnya dan sebagainya maka Negara anggota lain menghulurkan bantuan meringankan beban.

Melalui pertukaran maklumat, hubungan Negara anggota dapat dieratkan. Ini boleh dilakukan melalui pertukaran bidang ICT, ekonomi dan pelaburan. Sikap saling faham memahami antara satu sama lain akan melahirkan semangat setiakawan serta amalan tolong menolong dan bersatu padu dalam menyelesaikan sebarang masalah dan konflik.

Setiap Negara anggota juga seharusnya menanamkan sikap mementingkan perdamaian bagi mengelakkan konlik yang berterusan. Ini akan memupuk semangat saling hormat menghormati khususnya kedaulatan Negara anggota dan kedaulatan wilayah seperti perjanjian perairan. Jalinan kerjasama dan kesefahaman ini mampu menamatkan konflik secara aman melalui rundingan seperti konflik sempadan seperti pertikaian Batu Putih.

Sekiranya terdapat perselisihan pendapat antara pemimpin kalangan negara anggota maka perlu diselesaikan dengan segera melalui rundingan secara damai.

Negara-negara anggota perlu jujur dan telus menguruskan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara anggota seperti menghulurkan sebarang bentuk bantuan mengikut kemampuan negara anggota masing-masing. Malah sikap prihatin dan sentiasa mengambil berat juga patut wujud dalam setiap negara anggota tanpa mengira agama dan rakyat negara terbabit.

Usaha murni ini dapat juga diterjemahkan melalui penganjuran sukan seperti sukan SEA di mana negara anggota bersepakat menganjurkan sukan tersebut secara bergilir-gilir. Setiap Negara anggota harus menekankan usaha untuk meneruskan hubungan yang rapat dengan

10

Page 11: Sejarah kertas 3

negara-negara jirannya secara diplomasi dan bersikap terbuka. Segala usaha tersebut mampu mengeratkan hubungan sesama anggota demi kebaikan bersama.

SOALAN 5

Pilihan 1

Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia setelah menjalin hubungan baik dengan negara-negara serantau

Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia setelah menjalin hubungan baik dengan negara-negara serantau ialah dapat menyelesaikan konflik di meja perudingan contohnya masalah pergolakan di Mindanao dan perebutan Pulau Batu Putih.

Di samping itu keupayaan meningkatkan kesepakatan mempengaruhi usaha negara menyekat pendatang tanpa izin(PATI) melalui Undang Kawalan Sempadan Malaysia Thailand.

Melalui pertukaran maklumat risikan serantau telah membolehkan gerakan keganasan berjaya ditangani oleh Malaysia dengan baik.

Keupayaan meningkatkan kesepakatan mempengaruhi usaha negara menyekat pendatang tanpa izin(PATI) melalui Undang Kawalan Sempadan Malaysia Thailand.

11

Page 12: Sejarah kertas 3

Kewibawaan Malaysia menyelesikan masalah serantau menyebabkan Pemimpin Malaysia dihormati di peringkat dunia

Pandangan /pendapat negara ini juga dihormati oleh negara-negara lain. Imej negara yang positif dari standard antarabangsa telah meningkatkan keyakinan para pelabur asing terhadap negara ini.Secara tidak langsung Malaysia berjaya menarik pelabur asing ke negara ini

Rundingan Perjanjian perdagangan Bebas (FTA) membolehkan barangan negara mampu bersaing dengan negara-negara lain kerana tarif yang rendah dan ketiadaan duti import.Barangan keluaran Malaysia menjadi lebih murah

Kawasan Perdagangan bebas ASEAN(AFTA) mewujudkan Pasaran yang luas kepada barangan Malaysia.Dengan itu, akan dapat meningkatkan eksport negara termasuk eksport barangan pertanian melalui penghapusan dan pengurangan duti import.

Keupayaan meningkatkan kesepakatan mempengaruhi usaha negara menyekat pendatang tanpa izin (PATI) melalui Undang Kawalan Sempadan Malaysia Thailand. Di samping ituaktiviti pemerdagangan orang dapat dikurangkan dengan kerjasama antara negara-negara serantau.Kejayaan perjanjian Selatan Filipina telah berjaya mengurangi kemasukan rakyat selatan Filipina ke Sabah

Kawasan Perdagangan bebas ASEAN(AFTA) mewujudkan pasaran yang luas kepada barangan Malaysia.Dengan itu, akan dapat meningkatkan eksport negara termasuk eksport barangan pertanian melalui penghapusan dan pengurangan duti import.

Dalam bidang sukan,Malaysia menjadi tuan rumah sukan berprestij antarabangsa seperti LIMA di Langkawi, Perahu Layar, Le Tour De Langkawi dan Formula One

Di samping itu Malaysia berjaya menyediakan pelabuhan bertaraf antarabangsa ti pelabuhan Klang, Tanjung Pelepas, Pelabuhan Bintulu

Malaysia juga merupakan negara pengeluar petroleum di dunia.Di samping menjadi pengeluar komoditi dunia seperti getah, kelapa sawit, lada hitam.Malaysia juga berjaya mewujudkan pusat pelaburan persisir pantai di Labuan

Dalam dunia pendidikan,negara ini menjadi pusat pendidikan tinggi dunia seperti Kolej perubatan Manipal, UIAM, Universiti Lim Kok Wing.

Malaysia turut menjadi pengeluar hub halal yang utama dunia

Wujud pusat-pusat pelancongan antarabangsa seperti Pulau Langkawi, Legoland Johor, Genting Highland .

12

Page 13: Sejarah kertas 3

Malaysia berjaya meningkatkan industri Hiliran, industri Kraf, industri fesyen dan Tekstil. Yang menyumbang kepada RM9.4 billion kepada KDNK Malaysia

Kemajuan dalam sains dan teknologi telah menjayakan Malaysia membina bangunan tertinggi di dunia iaitu Menara Berkembar Petronas

Malaysia juga telah melahirkan atlet yang bertaraf dunia dan mengharumkan nama negara –iaitu Nicole David, Lim Chong Wei, Pandalela Rinong.

Perkembangan Sistem pengangkutan turut menjadi ukuran kejayaan Malaysia antaranya ialah pembinaan KLIA.Air Asia merupakan satu-satunya pengangkutan tambang murah yang berjaya di negara ini.

Malaysia turut mencipta sejarah dengan kejayaan membina Sistem pengangkutan yang efektif seperti LRT, komuter, Putra

Negara ini juga berjaya dalam bidang Bioteknologi

Dalam bidang sukan,Malaysia menjadi tuan rumah sukan berprestij antarabangsa seperti LIMA di Langkawi, Perahu Layar, Le Tour De Langkawi dan Formula One.

Malaysia juga berjaya membina Koridor Raya Multi media (MSC) Malaysia telah mencipta kejayaan dalam bidang Aeroangkasa dengan menghantar angkasawan ke ISS hasil kerjasama dengan Russia

Dari segi industri berat,Malaysia berjaya mengeluarkan kereta nasional-Proton dan Perodua.

Soalan 5

Pilihan 2

Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia setelah menjalin hubungan baik dengan negara-negara serantau

Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dalam aspek politik iaitu dapat menyelesaikan konflik melalui meja rudingan dengan menjadi orang tengah di selatan Filipina dan Thailand. Kesepakatan antara Malaysia dan Thailand membolehkan isu pendatang tanpa izin (PATI) melalui undang-undang kawalan sempadan Malaysia Thailand dapat diselesaikan. Hubungan yang baik dengan negara serantau membolehkan aktiviti keganasan dapat dibanteras melalui

13

Page 14: Sejarah kertas 3

pertukaran maklumat risikan seperti penangkapan suspek pengebom di selatan Thailand warga Iran.

Kejayaan Malaysia dalam aspek ekonomi dapat dilihat melalui peningkatan keyakinan para pelabur asing menanam modal dalam pelbagai sector seperti peladangan, perindustrian dan perkhidmatan. Kewujudan pelabuhan bertaraf dunia seperti pelabuhan Klang dan Tanjung Pelepas meningkatkan lagi ekonomi Negara melalui peningkatan bilangan eksport ke luar negara. Pengeksportan barangan buatan Malaysia seperti kereta nasional ke negara Thailand, Indonesia dan Singapura menunjukkan peningkatan hasil perjanjian ekonomi ASEAN. Malaysia turut menjadi pengeluar hub halal yang utama di dunia.

Kejayaan Malaysia dalam aspek sosial adalah menjadi tuan rumah Sukan SEA telah meningkatkan imej dalam penganjuran sukan bertaraf dunia. Malaysia turut menjadi pusat pelancongan kesihatan terutamanya pelancong Indonesia yang ingin mendapatkan rawatan. Malaysia juga menjadi pusat intelektual serantau melalui pengiktirafan USM selaku universiti APEX dan RECSAM di Pulau Pinang

SOALAN 6

Pilihan 1

Cabaran Malaysia untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara serantau

Cabaran Malaysia untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara serantau ialah isu Pendatang Tanpa Izin (PATI). Isu ini merupakan perkara yang serius terutama kerana terdapat rakyat Indonesia yang masuk ke Malaysia sering menimbulkan permasalahan sehingga menimbulkan ketegangan dalam hubungan Malaysia-Indonesia. Selain itu, kebanjiran PATI ke Malaysia juga turut meningkatkan kes-kes jenayah di negara ini dan menggugat keselamatan negara ditambah lagi dengan isu pembantu rumah warga Indonesia yang seolah-olah tiada kesudahan.

Selain daripada isu pendatang asing, terdapat beberapa isu lain yang memberi implikasi besar kepada keselamatan negara termasuklah aktiviti-aktiviti seperti penyeludupan dadah dan senjata, beras ,artifak,tekstil dan alkohol di sempadan negara terutamanya melibatkan negara Thailand. Penyeludupan dadah yang semakin berleluasa telah menjadi ancaman kepada kesejahteraan negara.

14

Page 15: Sejarah kertas 3

Cabaran turut dirasai dengan adanya kegiatan pelanunan dan rompakan laut, serangan daripada kumpulan bersenjata dan keganasan antarabangsa. Hal ini dapat dilihat dalam pencerobohan pengganas-pengganas Sulu terhadap Lahad Datu. Pencerobohan pihak luar di sempadan Malaysia ini berlaku disebabkan kurangnya kawalan kemasukan rakyat negara luar terutamanya Filipina ke Malaysia. Semua kegiatan yang bersifat rentas sempadan ini memberi kesan besar ke atas hubungan dan kerjasama dua hala Malaysia dengan negara-negara jiran demi menjaga keamanan dan keselamatan.

Malaysia turut menghadapi cabaran untuk mendapatkan kembali beberapa wilayah seperti Pulau Batu Putih, Pulau Sebatik dan Pulau Spartly. Cabaran ini agak sukar ditangani tanpa adanya ketelitian dan kebijaksanaan pemimpin negara dalam menangani isu-isu antarabangsa ini. Keadaan ini kadangkala menunjukkan kelemahan negara Malaysia berbanding dengan negara serantau contohnya Malaysia terpaksa melepaskan hak terhadap Pulau Batu Putih kepada Singapura.

Cabaran seterusnya ialah, isu jerebu yang tiada penyelesaian. Akibat tindakan-tindakan pengusaha perladangan di Indonesia yang melakukan pembakaran terbuka, kabut dan asab tebal menyelubungi Negara-negara jiran seperti Malaysia dan Singapura. Masalah Jerebu ini menjejaskan kegiatan harian serta menjejaskan ekonomi Negara-negara jiran. Biarpun, Indonesia memohon maaf dan berjanji akan memastikan perkara ini tidak berulang tetapi masalah jerebu tidak pernah ada jalan penyelesainnya.

Isu pembantu rumah Malaysia-Indonesia; Malaysia- Kampuchea turut mengeruhkan hubungan Negara-negara serantau. Jenayah melintasi sempadan, penyeludupan senjata api daripada Negara jiran turut menjadi cabaran Negara-negara Asean. Penjenayah menjadikan Negara serantau sebagai temat persembunyian. Hal ini terjelas apabila kerajaan Malaysia melancarkan Ops Cantas, ramai penjenayah yang dikehendaki melarikan diri ke Negara jiran.Dalam isu penyeludupan dadah, Malaysia dijadikan transit pengedaran dadah dalam kalangan Negara ASEAN.

Fahaman politik yang berlainan turut menjadi cabaran politik Negara-negara serantau. Singapura dikatakan menjadi pangkalan tentera Negara-negara barat seperti Amerika Syarikat. Hubungannya yang sangat rapat dengan Israel turut menimbulkan rasa pra sangka antara Negara-negara ASEAN.Hubugan ketenteraan dan penempatan teknologi tentera yang canggih oleh Israel kepada Singapura bertentangan dengan konsep ZOPFAN ASEAN. Di Myanmar

15

Page 16: Sejarah kertas 3

pemerintahan ala tentera bertentangan dengan anggota-anggota ASEAN yang menyokong hak rakyat berorientasikan amalan demokrasi.

ii) Langkah-langkah Langkah-langkah untuk menangani cabaran- cabaran tersebut ialah pihak kerajaan perlu memperketat undang-undang bagi mengawal kes-kes jenayah yang semakin berleluasa terutamanya yang melibatkan PATI.Perundingan dengan negara-negara ASEAN bagi mempermudahkan kemasukan pekerja-pekerja asing secara sah perlu dipergiatkan.ik

Selain itu, Konsep Zon Aman Bebas dan Berkecuali(ZOPFAN) perlu dikekalkan agar negara terpelihara daripada anasir-anasir luar yang boleh menggugat keselamatan negara.Negara-negara ASEAN harus menghormati dan mematuhi piagam ASEAN yang telah dipersetujui bersama-sama. Tindakan negara-negara anggota meletakkan kepentingan politik individu perlu dielakkan.

Setiap negara anggota ASEAN perlu menghayati falsafah ,nilai dan etika sebenar ketika ASEAN dibentuk pada tahun 1967. Memupuk kesepakatan melalui tema “kesatuan dalam Kepelbagaian” (Unity in Diversity) ketika sambutan ulangtahun ASEAN ke 44 perlu dipraktikan sepanjang masa.

Usaha menghulurkan bantuan kemanusiaan ketika bencana alam perlu juga diteruskan. Ada negara-negara ASEAN sering menempuhi bencana alam seperti tsunami, kebakaran hutan dan banjir yang berterusan. Negara-negara ASEAN perlu memilki dana khas untuk membantu negara-negara ini.

Negara-negara ASEAN perlu menghormati kedaulatan negara-negara serantau. Apa jua masalah politik dalam sesebuah negara, tidak perlukan campurtangan negara-negara serantau. Mana-mana negara serantau tidak usaha melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung

16

Page 17: Sejarah kertas 3

dalam urusan politik negara lain.Usaha mengadakan perjanjian persefahaman (MOU) antara negara-negara serantau amat penting dan perlu diperbanyakan dalam pelbagai bidang.

Pihak kerajaan juga perlu memperketat kawalan di perairan negara termasuklah kawalan imegresen bagi mengelakkan pencerobohan wilayah, penyeludupan dan pemerdagangan orang. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya pencerobohan di sempadan negara serta mengawal penyeludupan barang terlarang seperti dadah dan senjata api.kerjasama antara pasukan keselamatan negara-negara ASEAN perlu ditingkatkan.

Selain itu, Akta Buruh juga perlu dikuatkuasakan bagi mengelakkan kebanjiran PATI ke negara ini. Hal ini kerana dengan adanya kouta buruh, kemasukan PATI ke negara ini dapat dikurangkan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar jenayah di negara ini yang melibatkan PATI.

Hubungan Malaysia dengan negara-negara serantau perlu disepadukan lagi bagi mewujudkan kestabilan politik,ekonomi dan sosial. Melalui hubungan yang baik ini, akan mewujudkan perkongsian maklumat keselamatan serta kerjasama pertahanan antara negara-negara serantau. Pihak kerajaan juga perlu menyelesaikan masalah perebutan sempadan secara diplomasi dan bijak. Hal ini kerana penyelesaian yang dibuat secara terburu-buru tanpa ketelitian yang jitu akhirnya akan merugikan negara. Kita tidak mahu keadaan ini seperti kata pepatah iaitu pisang berbuah dua kali berlaku lagi dan Malaysia akan kehilangan satu lagi wilayah disebabkan kelemahan pihak yang terlibat.

Hubungan antara negara-negara serantau dapat dieratkan lagi melalui pertukaran budaya dan mewujudkan pertukaran rancangan radio antara negara-negara serantau. Hubungan baik juga dapat dijalinkan melalui sukan contohnya mengadakan Sukan SEA dan mewujudkan pasukan bola sepak ASEAN.

Usaha meningkatkan peranan SEAMEO dengan mengalakkan pertukaran pelajar antara negara-negara ASEAN perlu dilakukan.Ini dapat memupuk semangat setiakawan ASEAN di kalangan generasi muda lagi.

Tahun Melawat ASEAN perlu diperhebatkan lagi. Ini bukan sahaja membantu meningkat ekonomi melalui industri pelancongan malahan mengeratkan hubungan silahturahim antara

17

Page 18: Sejarah kertas 3

masyarakat ASEAN. Negara-negara ASEAN perlu memikirkan untuk memberikan tawaran istimewa kepada para pelanacong yang melancong dalam negara-negara serantau.

Kerjasama dalam mengatasi masalah-masalah yang timbul di luar jangkaan melalui tindakan pro aktif amat penting. Usaha mewujudkan Sistem Pengawalan Jerebu melalui ASEAN Experts Group on The Envoirment( AEE ) perlulah dimantapkan. Usaha “preventive diplomasi” (diplomasi pencegahan ) perlu menjadi dasar penting antara negara-negara ASEAN.

Soalan 6

Pilihan 2

Apakah isu diperingkat ASEAN dan langkah yang diambil oleh Malaysia.

Isu yang dihadapi Malaysia ialah kebanjiran Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang melalui perairan Malaysia. Selain itu, isu pemerdagangan manusia yang melibatkan negara ASEAN . Isu Pelarian Vietnam dan Rohingya. Konflik budaya seperti persamaan tarian pendet antara Malaysia dan Indonesia. Isu penyeludupan senjata dan rokok melalui lorong tikus di pintu sempadan antara negara ASEAN. Isu pengedaran dadah segi tiga emas dalam kalangan negara serantau. Pencemaran alam sekitar seperti tumpahan minyak di perairan ASEAN, Selat Melaka dan masalah jerebu.Masalah cetak rompak filem-filem ASEAN.

Langkah-langkah mengatasi ialah Pemutihan PATI di Sabah. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang di pintu sempadan Malaysia.Pegawai-pegawai hendaklah mempunyai integriti dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.Malaysia menyediakan kem pelarian di Pulau Bidong. Program kerjasama antara kerajaan dan rantau ASEAN dan perkongsian bijak ICT untuk mengesan maklumat jenayah sempadan antara negara ASEAN. Malaysia perlu memasang CCTV untuk mengesan PATI dan aktiviti jenayah di perairan dan sempadan Malaysia. Bantuan rakan kongsi ASEAN menyelesaikan masalah pelarian. Mewujudkan Jawatankuasa Sekateriat Alam Sekitar antara negara Indonesia dan Malaysia dan Singapura untuk mengatasi masalah alam sekitar.Negara-negara ASEAN mengadakan Festival Filem ASEAN.

Soalan 6: Skema jawapan

18

Page 19: Sejarah kertas 3

Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh Malaysia untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara serantau.

(i) Dengan menggunakan pengetahuan sejarah anda, jelaskan cabaran-cabaran tersebut. [5m]

(ii) Cadangkan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut. [5m]

Jawapan:(i)

F1 Masalah sempadan seperti isu tuntutan pemilikan Pulau Batu Putih oleh SingapuraF2 Tuntutan pemilikan Pulau Sipadan dan Ligitan oleh IndonesiaF3 Isu Pattani, tuduhan Thailand ke atas Malaysia dikatakan memberi bantuan kepada gerakan pemisah PattaniF4 Aktiviti lanun di sempadan perairan Sabah dan FilipinaF5 Masalah pendatang tanpa izin (PATI)F6 Isu pembantu rumah Malaysia – Indonesia, Malaysia – KampucheaF7 Tuntutan Kepulauan Spratly antara negara ASEAN dan ChinaF8 Jenayah melintasi sempadan / pengedaran bekalan senjata dari ThailandF9 Malaysia dijadikan transit pengedaran dadah dalam kalangan negara ASEANF10 Penjenayah menjadikan negara serantau sebagai tempat bersembunyi / OPS CANTASF11 Pencerobohan ruang udara seperti latihan tentera udara SingapuraF12 Pencerobohan Zon Ekseklusif / Pencerobohan nelayanF13 Industri pelacuran di ThailandF14 Perkhawinan pasangan Islam di Selatan ThailandF15 Pemerintahan tentera di Myanmar yang bertentangan dengan amalandemokrasiF16 Penyeludupan minyak diesel drai ThailandF17 Isu Pelarian Rohingya di MyanmarF18 Pemerdagangan manusia (Human Trafficking)F19 Isu jerebu yang tiada penyelesaianF20 Konflik politik antara Timur Leste dengan Indonesia

Jawapan:(ii)F1 Menteri-menteri luar mengadakan perundingan, forum pertemuan dan perbincangan / Forum Serantau ASEAN (ARF)F2 Setiap negara anggota ASEAN perlu menghayati falsafah, nilai dan etika sebenar ketika ASEAN dibentuk pada tahun 1967.F3 Memupuk kesepakatan melalui tema kesatuan dalam kepelbagaian (Unityin Diversity) ketika sambutan ulang tahun ASEAN ke-44.F4 Perlu mengutamakan kepentingan serantau daripada kepentingan nasional

19

Page 20: Sejarah kertas 3

F5 Menyelesaikan isu pendidikan melalui penubuhan SEAMEOF6 Bantuan kewangan / biasiswaF7 Mengetatkan kawalan keselamatan sempadanF8 Memberikan bantuan kemanusiaan ketika bencana alamF9 Tidak mencampuri masalah politik dalam negara lainF10 Mengadakan penjanjian persefahaman (MOU)F11 Berunding dengan negara lain kemasukan pekerja secara sahF12 Melihat setiap masalah demi kepentingan bersamaF13 Merapatkan hubungan diplomatik antara negara ASEANF14 Mewujudkan Sistem pengawalan jerebu / ditubuhkan ASEAN Experts Group on the Environment (AEE) / disediakan ASEPF15 Penubuhan AFTA untuk meningkatkan urusan perdaganganF16 Sebarang masalah sempadan perlu diselesaikan melalui Mahkamah Dunia.F17 menghantar perutusan untuk menjelaskan keadaan sebenarF18 mengadakan sesi dialog untuk menangani sebarang masalah yang timbulF19 meningkatkan penguatkuasaan tentera laut untuk mengatasi masalah lanunF20 Peningkatkan kerjasama pihak polis antarabangsa (Interpol)F21 mewujudkan Preventive Diplomacy bagi membina keyakinan negara anggotaF22 Penubuhan CEPT untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara anggota

SOALAN 7

Nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme daripada hubungan luar Malaysia di peringkat serantau yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita

Banyak nilai yang diperolehi daripada hubungan luar Malaysia di peringkat

serantau yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita antaranya menghargai pemimpin,

menghormati hak asasi manusia, memiliki sikap toleransi, sedia menerima perubahan dan

tabah menghadapi cabaran.

Ikhtibar diperolehi daripada hubungan luar Malaysia di peringkat serantau ialah belajar

bersungguh-sungguh, sentiasa berusaha meningkatkan kualiti diri, menyumbang idea dan

kemahiran untuk memajukan negara serta kepentingan ilmu pengetahuan untuk memajukan

negara.

20

Page 21: Sejarah kertas 3

Selain itu, kita harus memelihara perpaduan, kekalkan keamanan dan taat setia kepada

raja dan negara. Semangat cintakan negara sangat penting untuk mengekalkan kesejahteraan

negara disamping semangat kejiranan dan bekerjasama antara satu sama lain.

Soalan 7:

Pilihan 1: Nyatakan nilai-nilai yang perlu dimiliki oleh pemimpin negara-negara ASEAN bagi mengukuhkan lagi hubungan baik antara negara serantau. [5m]

Jawapan:F1 Menitik beratkan sikap bertolak ansurF2 memiliki sifat hormat menghormati antara pemimpin / menghormati budaya negara lainF3 Pemimpin berpandangan jauhF4 Pemimpin berfikiran terbuka apabila menerima teguranF5 Ada keadilan semasa menangani sesuatu isuF6 Pemimpin yang berwawasanF7 Pemimpin yang berdaya saingF8 Mencintakan keamananF9 Mementingkan kepentingan serantau daripada kepentingan nasionalF10 Pemimpin yang berdiplomasi dan prihatinF11 Menghormati hak asasi manusiaF12 Sedia menerima perubahanF13 Tabah menghadapi cabaranF14 Berusaha meningkatkan kualiti diriF15 Mementingkan ilmu pengetahuanF16 Sentiasa berhati-hati dalam menangani masalahF17 Gigih berusahaF18 Berintegriti dan amanahF19 Berpegang teguh pada nilai sejagatF20 Bersedia berkorban untuk mewujudkan keamanan dan keharmonian

Pilihan 2: Apakah iktibar penubuhan ASEAN kepada kegemilangan dan kecemerlangan negara kita? [5m]

21

Page 22: Sejarah kertas 3

Jawapan:F1 Perlu mewujudkan keamanan negara / mengelakkan peperangan antara negara serantauF2 Sentiasa mewujudkan kesepakatanF3 Sebarang masalah perlu diselesaikan melalui rundingan / bersikap positif dalam rundinganF4 Kerjasama dalam ekonomi akan meningkatkan taraf hidup rakyatF5 Mengalakkan semangat tolak ansur dalam menangani masalahF6 Kepentingan serantau lebih penting daripada kepentingan nasionalF7 Menghormati dan menerima kepelbagaianF8 Sebarang perbezaan jangan diakhiri dengan konflikF9 Pemuafakatan akan membawa keberkatanF10 Mengutamakan keadilan dalam menyelesaikan masalah.F11 Menyumbang idea dan kemahiran untuk memajukan negaraF12 mementingkan semangat kejirananF13 Bekerjasama antara satu sama lainF14 Bangga sebagai rakyat MalaysiaF15 Mempunyai semangat kekitaan yang tinggi

Pilihan 3: Apakah unsur patriotisme yang diperoleh melalui pertubuhan serantau? [5m]

Jawapan:F1 Memelihara perpaduanF2 Mengekalkan keamananF3 Menghargai pemimpinF4 Taat setia pada negara dan bangsaF5 Cinta akan negaraF6 Sedia berkorban untuk mempertahankan negara dan bangsaF7 Bangga sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam negara aman dan makmurF8 Mementingkan kepentingan nasional melebihi kepentingan diriF9 Menyokong dan melibatkan diri dalam pembangunan negaraF10 Menghormati kedaulatan negara lainF11 Berfikiran positif apabila dikritik oleh negara lainF12 Bertoleransi apabila berlaku percanggahan pendapat

JAWAPAN DALAM ESEI

Apakah unsur patriotisme ,nilai dan iktibar yang diperoleh ?

22

Page 23: Sejarah kertas 3

Kita sedia berkorban untuk mempertahankan bangsa dan negara daripada ancaman luar. Selain itu, kita hendaklah menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara untuk bersaing dengan negara serantau . Perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia terhadap kebijaksanaan dan kesepakatan pemimpin dalam kerjasama serantau .

Antara nilai yang perlu kita contohi ialah menghormati pemimpin negara. Selain itu, menghargai kedaulatan negara melalui prinsip Rukun Negara dan tabah menghadapi cabaran dalam pelbagai bidang.

Iktibarnya ialah pemimpin hendaklah berfikiran jauh dalam menghadapi cabaran agar negara kita dapat berdaya saing di peringkat ASEAN dan global, malahan kita hendaklah mempunyai semangat kekitaan yang tinggi dalam memajukan negara dari segi politik,ekonomi dan sosial serta kita hendaklah sentiasa berhati-hati dalam menangani masalah ASEAN supaya masalah konfrantasi tidak akan berulang lagi.

SOALAN 7

Antara nilai-nilai murni yang diperoleh daripada kerjasama antara negara-negara serantau ialah bekerjasama dalam memajukan negara. Selain itu, kita mesti mengamalkan nilai bertoleransi dalam menyelesaikan masalah. Kita juga perlu berani menghadapi risiko dalam membuat keputusan. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu sanggup berkorban untuk negara demi menjamin kedaulatan negara. Kita juga perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti diri bagi menyumbang idea dan kemahiran untuk menaikkan nama negara. Kita seharusnya berbangga sebagai rakyat Malaysia serta berusaha untuk memberikan kerjasama dalam mengekalkan keamanan negara. Antara nilai-nilai murni yang lain adalah sentiasa berdaya saing dan gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.

SOALAN 7

Nyatakan nilai-nilai murni hasil daripada hubungan dengan negara serantau.

Nilai –nilai murni hasil daripada hubungan serantau seperti hormat-menghormati, bertolaransi, bekerjasama dan hidup berharmoni. Pentingnya semangat setiakawan dalam mencapai kesepakatan. Kepimpinan utama negara serantau perlulah berintegriti, amanah dan berpandangan jauh. Rakyat perlu menghormati hak asasi manusia, sedia menghadapi perubahan dan memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan.

23

Page 24: Sejarah kertas 3

SOALAN 7:

Apakah nilai-nilai patriotisme dan iktibar yang diperoleh daripada hubungan Malaysia dengan serantau yang lain?

Antara nilai-nilai murni dan iktibar yang diperolehi daripada hubungan Malaysia dengan Negara serantau ialah kita mesti mengamalkan sikap tidak mementingkan diri sendiri, mempunyai semangat kekitaan dan sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kebaikan bersama. Selain itu, kita juga mesti mempunyai nilai menghormati kedaulatan negara lain, saling bertolak-ansur dan tidak bersikap emosi apabila berlakunya sebarang konflik antara sesama negara ASEAN. Seterusnya, kita mestilah berpandangan jauh , bijak merancang strategi sebelum bertindak dan berpegang teguh kepada nilai sejagat bagi memastikan keamanan serantau terus terjamin. Tidak ketinggalan, kita perlu bersikap jujur, amanah dan berani bersuara demi kepentingan Malaysia dan Negara ASEAN yang lain.

SOALAN 7

Nilai-nilai yang boleh diperolehi melalui kerjasama yang wujud adalah setiap negara anggota perlu saling hormat menghormati antara satu sama lain. Negara anggota juga perlu berganding bahu membantu membangunkan negara. Negara anggota juga perlu hidup bersatu padu agar keharmonian dapat dikekalkan. Setiap negara anggota perlu menghormati undang-undang negara anggota lain. Negara anggota perlu saling menyokong dan melibatkan diri dalam membangunkan negara.

Sebagai seorang warganegara, kita mesti meningkatkan ilmu pengetahuan bagi bersama-sama membangunkan negara. Selain itu, kita hendaklah mentaati dan menghormati undang-undang bagi mengekalkan kestabilan Negara.

SOALAN 8.

RUMUSAN

24

Page 25: Sejarah kertas 3

Pengetahuan yang saya perolehi darpada hubungan Malaysia dengan Negara serantau adalah Malaysia telah menjalinkan kerjasama serantau melalui ASA, MAPHILINDO dan ASEAN, dapat mengetahui proses penubuhan ASEAN, matlamat penubuhan ASEAN serta faedah dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN. Kita hendaklah bijak mengggunakan peluang – peluang yang wujud untuk memajukan negara kita sendiri. Selain itu kita mestilah mempunyai sikap tolak ansur, tolong menolong dan saling menghargai supaya dapat menghadapi krisis dan cabaran pada setiap masa. Kita juga mestilah menghormati dan mematuhi undang-undang negara sendiri atau pun negara lain untuk mengelakkan sebarang masalah. Harapan saya agar bangsa Malaysia sentiasa bekerjasama, mengamalkan perpaduan dengan negara lain, mengekalkan hubungan baik dan kerjasama dengan negara jiran, menjadi negara maju menjelang 2020 dan Malaysia akan terus aktif dan memperoleh manfaat daripada pertubuhan serantau

SOALAN 8 :

RUMUSAN

Pengetahuan yang diperoleh

Daripada tugasan ini, saya dapat mengetahui secara mendalam tentang pertubuhan Negara-negara serantau atau ASEAN. Aspek yang difahami ialah maksud pertubuhan serantau, tujuan penubuhan khususnya mewujudkan keamanan dan kesejahteraan serantau. Saya juga mendapat kemahiran untuk berfikir secara menyeluruh pada aras tinggi seperti mengaplikasi,menilai,menganalisis serta mencipta idea-idea berasaskan pengetahuan yang diperoleh. Saya juga mendapat ikhtibar menganalisis nilai betapa peri pentingnya mewujudkan jalinan kerjasama antara negara-negara anggota ASEAN. Iktibar yang diperoleh daripada tugasan ini ialah saya berasa amat bersyukur kerana mempunyai pemimpin-pemimpin yang berwawasan serta berani untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah bangsa dan negara. Menimbulkan keinsafan bahawa pentingnya memupuk hubungan baik serta saling hormat menghormati antara satu sama lain. Dengan ini akan dapat melahirkan sebuah negara yang aman tenteram, maju serta mencapai keamanan serantau,seterusnya memacu negara kearah kegemilangan pada masa depan dalam aspek politik,ekonomi dan sosial.

SOALAN 8-rumusan

25

Page 26: Sejarah kertas 3

Hubungan serantau sangat penting bagi sesebuah negara agar dapat bersaing dalam dunia yang pesat mengalami perubahan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dalam melaksanakan hubungan serantau kita mestilah mempunyai sikap bertolak ansur, berkerjasama, tolong-menolong dan menghargai supaya dapat menghadapi krisis dan cabaran pada setiap masa. Harapan saya semoga egara kita dapat menjadi sebuah negara bermaklumat dan mengikuti arus perubahan semasa dunia. Adalah juga diharapkan pada masa hadapan negara kita memperoleh kemajuan terutamanya dalam dunia tanpa sempadan. Secara keseluruhan rakyat perlu mempunyai kehendak, semangat dan daya saing untuk berjaya di peringkat global.

SOALAN 8

Pengetahuan yang saya perolehi melalui kerjasama serantau ialah kita mesti mematuhi undang-undang negara sendiri dan negara lain. Selain itu, kita hendaklah bekerjasama dalam semua aspek bagi keharmonian dan kemajuan bersama. Rundingan dan diplomasi dapat mengekalkan kestabilan hubungan serta dapat mengelakkan sebarang konflik yang berpanjangan. Seterusnya, imej yang baik membolehkan negara luar mencontohi kita dalam semua aspek terutamanya perpaduan.

Iktibar kepada negara melalui kerjasama serantau ialah Malaysia perlu mengekalkan hubungan diplomatik yang baik. Selain itu, Malaysia perlu berkerjasama dalam semua aspek terutamanya aspek pembangunan negara. Malaysia juga perlu menonjolkan imej yang baik untuk dicontohi oleh negara lain.

Harapan saya agar hubungan baik yang sedia terjalin berkekalan. Selain itu, saya berharap agar pemimpin negara dapat memastikan perpaduan yang utuh terus wujud. Kerjasama antara rakyat dan pemimpin akan terus diperkukuhkan.

SOALAN 8: RUMUSAN

Banyak pengetahuan yang saya perolehi daripada hubungan Malaysia dalam kerjasama serantau . Antaranya ialah Malaysia mendapat banyak faedah dalam aspek ekonomi, poitik dan sosial. Selain itu, Malaysia turut memberi sumbangan yang besar terhadap kemajuan yang besar terhadap rantau ASEAN. Malaysia turut dihormati kerana kebijaksanaan pemimpin negara menyuarakan pandangan untuk memajukan ASEAN. Antara iktibar yang diperoleh ialah mana-mana pihak jangan menimbulkan isu-isu yang sensitif untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara serantau. Sebarang masalah boleh diselesaikan melalui rundingan dan

26

Page 27: Sejarah kertas 3

diplomasi disamping setiap Negara serantau perlu bersama menghargai kemanan yang telah sekian lama wujud. Harapan saya semoga Malaysia akan terus aktif memainkan peranan dalam ASEAN. Selain itu, semoga Negara-negara ASEAN akan dapat mengekalkan hubungan baik dan dapat bersama-sama menjaga kemanan dan kedaulatan rantau ini.

27