sejarah program kedap.doc

5
SEJARAH PROGRAM KEDAP Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil. 5/2007 pada 23 November 2007 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hasan telah memutuskan pelaksanaan program KEDAP ini akan dilaksanakan mulai Mac 2008. Program ini akan dilaksanakan mulai Mac 2008. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kadar literasi dalam kalangan ibu bapa murid orang asli dan peribumi agar mereka dapat member dorongan dan tunjuk ajar kepada anak-anak mereka selepas waktu persekolahan di sekolah. Program KEDAP yang telah dibentangkan oleh Dato’ Fatimah Deni TKSU Pembangunan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Sidek dan dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran pada 27 Febuari 2008 dengan objektif untuk mengurangkan kadar buta huruf rakyat khususnya Orang Asli, Penan dan Peribumi Sabah, membasmi kemiskinan tegar melalui agenda pendidikan, membantu anak-anak meningkatkan pencapaian dan menggalakkan anak-anak ke sekolah bagi mengurangkan masalah keciciran dan ponteng sekolah. 4.0 OBJEKTIF PROGRAM KEDAP Objektif pelaksanaan Program KEDAP adalah untuk: i. mengurangkan kadar buta huruf rakyat khususnya Orang Asli, Penan dan peribumi Sabah. ii. membasmi kemiskinan tegar melalui agenda pendidikan.

Upload: si-naga-naga

Post on 11-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH PROGRAM KEDAP.doc

SEJARAH PROGRAM KEDAP

Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil. 5/2007 pada 23

November 2007 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri

Mohd Sidek bin Hj. Hasan telah memutuskan pelaksanaan program KEDAP ini akan

dilaksanakan mulai Mac 2008. Program ini akan dilaksanakan mulai Mac 2008.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kadar literasi dalam kalangan ibu bapa

murid orang asli dan peribumi agar mereka dapat member dorongan dan tunjuk ajar

kepada anak-anak mereka selepas waktu persekolahan di sekolah.

Program KEDAP yang telah dibentangkan oleh Dato’ Fatimah Deni TKSU

Pembangunan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Yang

Berbahagia Tan Sri Mohd Sidek dan dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri

Pelajaran pada 27 Febuari 2008 dengan objektif untuk mengurangkan kadar buta

huruf rakyat khususnya Orang Asli, Penan dan Peribumi Sabah, membasmi

kemiskinan tegar melalui agenda pendidikan, membantu anak-anak meningkatkan

pencapaian dan menggalakkan anak-anak ke sekolah bagi mengurangkan masalah

keciciran dan ponteng sekolah.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM KEDAP

Objektif pelaksanaan Program KEDAP adalah untuk:

i. mengurangkan kadar buta huruf rakyat khususnya Orang Asli, Penan

dan peribumi Sabah.

ii. membasmi kemiskinan tegar melalui agenda pendidikan.

iii. membantu anak-anak meningkatkan pencapaian.

iv. menggalakkan anak-anak ke sekolah bagi mengurangkan masalah

keciciran dan ponteng sekolah.

Oleh itu, pendidikan dewasa adalah pendekatan tepat dalam mengurangkan

bilangan buta huruf, melahirkan modal insan berkualiti, meningkatkan taraf hidup,

seterusnya menjayakan konsep pendidikan sepanjang hayat sebagaimana yang

telah dihasratkan dalam Pelan Tranformasi Pendidikan Negara.

Page 2: SEJARAH PROGRAM KEDAP.doc

5.0 PERUNTUKAN PROGRAM KEDAP

Sepanjang tahun 2012 keseluruhan kos pengurusan kelas-kelas KEDAP di seluruh

Negara adalah sebanyak RM4,792,500. Kos kelas-kelas KEDAP mengikut elaun

dan peralatan adalah seperti jadual 1 yang berikut:

Jadual 1 : Kos Elaun Peserta Dan Guru KEDAP Tahun 2012

* JENIS ELAUN KADARBILANGAN

HARI/TAHUN/JAM

BILANGAN PELAJAR

(orang)

JUMLAH(RM)

Elaun Kehilangan Pendapatan

RM15.00/hari 75 hari 2,220 2,497,500

Elaun Makan RM4.00/hari 75 hari 2,220 666,000Elaun Pakaian RM50.00/setahun 1 tahun 2,220 111,000Bantuan Buku Dan Peralatan Pembelajaran

RM50.00/setahun 1 tahun 2,220 111,000

Elaun Kesihatan RM50.00/setahun 1 tahun 2,220 111,000Pakej Lawatan RM50.00/setahun 1 tahun 2,220 111,000Elaun Guru RM50.00/sejam 150 jam 158 1,185,000

JUMLAH BESAR(RM)

4,792,500

* Berdasarkan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2008, Panduan Skim Insentif

Pelaksanaan Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Penan, Kementerian Pelajaran

Malaysia

6.0 KURIKULUM PROGRAM KEDAP

Page 3: SEJARAH PROGRAM KEDAP.doc

6.1 Konsep dan Reka Bentuk Kurikulum KEDAP

Pelaksanaan Progam Kelas Dewasa Bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Penan

(KEDAP) menggunapakai kurikulum dan modul yang di bina oleh Bahagian

Pembangunan Kurikulum. Kertas Konsep Kurikulum KEDAP telah mendapat

kelulusan bagi pelaksanaan oleh Mesyuarat Profesional KPM Bil.4/2008 pada 6

Februari 2008. Kurikulum KEDAP adalah bersifat komuniti dan mengambilkira

budaya masyarakat setempat. Ia dibina berdasarkan Kurikulum Pendidikan Literasi

Fungsian (PLF) yang dibangunkan dan digunakan oleh KEMAS dalam program

meningkatkan taraf hidup dan ekonomi peribumi di Sabah dan Sarawak. Literasi

Fungsian adalah kaedah yang digunakan untuk mengajar membaca agar seseorang

boleh berfungsi di dalam masyarakat yang komplek. Penekanan Kurikulum KEDAP

adalah kepada kemahiran asas 3M dan literasi fungsian sebagai pendekatan bagi

mencapai matlamat dan objektif KEDAP.

Pembinaan Kurikulum KEDAP didasari oleh dua perkara utama iaitu Teori

andragogi dan Prinsip Pembelajaran Orang Dewasa yang dipelopori oleh Malcom

Knowles (1984). Prinsip tersebut adalah:

1) Orang dewasa belajar secara terarah kendiri.

2) Orang dewasa berpengalaman luas.

3) Pembelajaran orang dewasa berorientasikan matlamat

4) Pembelajaran orang dewasa berorientasikan perkara yang relevan

dengan mereka.

5) Orang dewasa adalah praktikal dan berfokus

6) Orang dewasa perlu dihormati

6.2 MATLAMAT PROGRAM KEDAP

Matlamat kurikulum KEDAP adalah untuk membantu ibu bapa murid Orang Asli dan

Penan meningkatkan tahap literasi dan membentuk sikap positif terhadap

Page 4: SEJARAH PROGRAM KEDAP.doc

pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan taraf kualiti hidup.

  

6.3 OBJEKTIF  KURIKULUM KEDAP

Kurikulum KEDAP membolehkan ibu bapa murid Orang Asli dan Penan:

1) Bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan mudah dan jelas.

2) Membaca bahan-bahan yang ditulis dalam Bahasa Malaysia yang

berkaitan dengan kehidupan harian.

3) Menulis dan memahami ide mudah.

4) Mengenal dan menulis angka-angka.

5) Menyelesaikan masalah mengira dengan mudah.

6) Berminat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran dalam

penyelesaian masalah mengira.

7) Meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial.

8) Mempraktikkan amalan kekeluargaan, kesihatan, sivik, ekonomi dan

keselamatan.