sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah

7
Sejarah Perlaksanaan KBKK di dalam Kurikulum Sekolah KBKK (Kemahiran Berfikir Kreatif & Kritis) mula diperkenalkan pada awal tahun 1989 iaitu semasa era peralihan daripada KLSM ( Kurikulum Lama Sekolah Menengah) kepada KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah). Selaras dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah merintis projek percubaan perlaksanaan kemahiran berfikir merentas kurikulum pada awal tahun 1992/1993. Ini Selaras dengan objektif KBSR itu sendiri iaitu untuk membolehkan pelajar menguasai Kemahiran Berfikir dan mengembangkan bakat serta kreativiti. Manakala, objektif KBSM iaitu mengembangkan dan meningkatkan daya intelek serta pemikirian rasional kritis dan kreatif. Secara amnya, Konsep KBKK itu sendiri bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang berdaya saing, maju, berfikiran rasional serta dapat mencungkil bakat serta kreativiti pelajar itu sendiri. Suasana dan gaya pembelajaran yang kreatif dan kritis dapat menggalakkan pelajar- pelajar berfikir lebih daripada pengetahuan yang diperolehinya. Sejak tahun 1993, Kemahiran Berfikir telah diperkenalkan di semua sekolah (Pusat Perkembangan Kurikulum,193). Seramai 3000 pensyarah maktab-maktab perguruan telah dilatih dalam bidang Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (Bahagian Pendidikan Guru, 1993). Pada tahun 1994, Bengkel Penyoalan dan Pemikiran Kritis telah dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah maktab perguruan oleh Profesor William W.Wilen dari Universiti Kent, Ohio, Amerika Syarikat ( Bahagian Pendidikan Guru, 1994). Pengajaran secara KBKK bercirikan “ penyebatian” iaitu ia tidak di ajar secara berasingan malah diserapkan di dalam keseluruhan mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah, Sains dan sebagainya. Wilen (1995) menjelaskan bahawa pemikiran aras tinggi bermula dengan soalan- soalan yang baik selain daripada kebolehan guru untuk mengutarakan soalan yang bersesuaian

Upload: radziah-mokhtar

Post on 03-Jul-2015

2.173 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah

Sejarah Perlaksanaan KBKK di dalam Kurikulum Sekolah

KBKK (Kemahiran Berfikir Kreatif & Kritis) mula diperkenalkan pada awal tahun 1989 iaitu

semasa era peralihan daripada KLSM ( Kurikulum Lama Sekolah Menengah) kepada KBSM

(Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah). Selaras dengan itu, Kementerian Pelajaran

Malaysia melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah merintis projek percubaan

perlaksanaan kemahiran berfikir merentas kurikulum pada awal tahun 1992/1993. Ini Selaras

dengan objektif KBSR itu sendiri iaitu untuk membolehkan pelajar menguasai Kemahiran

Berfikir dan mengembangkan bakat serta kreativiti. Manakala, objektif KBSM iaitu

mengembangkan dan meningkatkan daya intelek serta pemikirian rasional kritis dan kreatif.

Secara amnya, Konsep KBKK itu sendiri bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang berdaya

saing, maju, berfikiran rasional serta dapat mencungkil bakat serta kreativiti pelajar itu

sendiri. Suasana dan gaya pembelajaran yang kreatif dan kritis dapat menggalakkan pelajar-

pelajar berfikir lebih daripada pengetahuan yang diperolehinya.

Sejak tahun 1993, Kemahiran Berfikir telah diperkenalkan di semua sekolah (Pusat

Perkembangan Kurikulum,193). Seramai 3000 pensyarah maktab-maktab perguruan telah

dilatih dalam bidang Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (Bahagian Pendidikan

Guru, 1993). Pada tahun 1994, Bengkel Penyoalan dan Pemikiran Kritis telah dikendalikan

oleh pensyarah-pensyarah maktab perguruan oleh Profesor William W.Wilen dari Universiti

Kent, Ohio, Amerika Syarikat ( Bahagian Pendidikan Guru, 1994). Pengajaran secara KBKK

bercirikan “ penyebatian” iaitu ia tidak di ajar secara berasingan malah diserapkan di dalam

keseluruhan mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah, Sains dan

sebagainya. Wilen (1995) menjelaskan bahawa pemikiran aras tinggi bermula dengan soalan-

soalan yang baik selain daripada kebolehan guru untuk mengutarakan soalan yang bersesuaian

Page 2: Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah

dengan pelajar bagi menggalakkan pemikiran yang tinggi. Guru perlu memiliki pengetahuan

yang meluas dan kemahiran yang tinggi bagi menggunakan teknik-teknik penyoalan yang

berkesan. Onosko dan Newmann (1994) berpendapat bahawa Pemikiran Aras Rendah (lower-

order thinking) merujuk kepada proses pemikiran yang rutin dan penggunaan minda secara

terhad. Proses ini menghasilkan lebih banyak operasi mental yang merupakan pengulangan.

Zevin (1995) menerangkan bahawa Pemikiran Aras Rendah lebih berfokus pada mengumpul,

mengklasifikasi, menyimpan maklumat dan ingatan. Masalah yang mempunyai satu

penyelesaian yang tetap atau soalan yang hanya memerlukan jawapan “betul” atau “salah”

merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Rendah. Ini bererti Pemikiran Aras Rendah tidak

menghasilkan sesuatu yang baru dah kreatif dan tidak memerlukan aktiviti mental yang lebih

rumit. Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa Pemikiran Aras Tinggi (Higher-

order thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghasilkan

cabaran-cabaran baru.

Dalam konteks pendidikan pula, Som dan Mohamad Dahalan (1998) telah

mengemukakan lima garis panduan KBKK iaitu pertama; bagi merealisasikan wawasa 2020,

kedua; memupuk dan mewujudkan pemikiran yang baik dan berkesan, ketiga; Amalkan

budaya secara kreatif dan kritis, keempat; elakkan kesilapan secara terburu-buru, sempit,

kabur dan bercelaru, kelima; meningkatkan kualiti berfikir. Sejak tahun 2000 lagi, 60%

daripada soalan peperiksaan memerlukan kemahiran berfikir dan sehingga yang terkini

Laporan Awal dalam Pelan Tindakan ada menyebut mengenai 80% soalan peperiksaan awam

akan menggunakan soalan aras tinggi.

Page 3: Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah

TOKOH- TOKOH PEMIKIR

EDWARD DE BONO

“kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk

menyelesaikan masalah malah juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai

perspektif”.

Edward de Bono ialah tokoh yang mempelopori kaedah pemikiran “lateral thinking” dan

“parallel thinking”

1. Kaedah Enam Topi Berfikir

Edward de Bono telah memperkenalkan Kaedah berfikir secara parallel dan bertujuan untuk

meluaskan perspektif, melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan masa yang berlainan,

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang terbaik. Berfikir secara parallel

bermaksud berfikir secara selari, teratur dah sistematik. Contohnya, enam idea yang berlainan

diterima dan diletakkan selari antara satu sama lain dan tidak dinilaikan, dibandingbezakan,

dipertikaikan, serta tidak dibuktikan benar atau salah, sebaliknya dicari kelebihan daripada

setiap satunya.

Bagaimana enam topi berfungsi

Melalui kaedah enam topi berfikir (de Bono, 1991/1985), setiap pemikiran dianologikan

kepada topi yang mempunyai warna-warna tertentu, iaitu putih, merah, hitam, kuning, hijau

dan biru.

1. Topi putih – Melambangkan pemikiran neutral dan objektif yang mementingkan fakta

dan perkara objektif semata-mata

Page 4: Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah

2. Topi merah – Melambangkan pemikiran emosional dan berlandaskan perasaan dan

intuisi.

3. Topi hitam – Melambangkan pemikiran negatif yang menekankan keburukan,

kelemahan dan kekacacatan.

4. Topi kuning – Melambangkan pemikiran positif yang menggunakan kebaikan,

keistimewaan dan manfaat.

5. Topi hijau – Melambangkan pemikiran kreatif dan dengan itu mampu menjana idea-

idea baru yang bernas atau mengembangkan idea yang sedia ada, sama ada secara

logik atau sebaliknya.

6. Topi biru – Melambangkan pemikiran kawalan dan dengan itu mengawal perjalanan

sesuatu perkara termasuk topi-topi lain.

Kebaikan Menggunakan Kaedah Enam Topi Berfikir

Enam topi berfikir akan membantu seseorang untuk :

1. Menjadi lebih fokus dan disiplin dalam cara berfikir, justeru menghasilkan idea yang

lebih berstruktur dan sistematik.

2. Berfikir dengan lebih kritikal.

3. Memahami keperluan untuk memisahkan proses pemikiran kepada mod-mod yang

berbeza dan belajar untuk berfikir dalam satu mod pada satu masa.

4. Mempelajari garis panduan (topi putih) yang akan membantu dalam mengenal pasti

kelemahan dan risiko (topi hitam) sesuatu idea atau cadangan baru.

Page 5: Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah

2. Kaedah Enam Kasut Bertindak

1. KASUT BIRU : Kasut ini ialah lambang cara berfikir yang digunakan untuk

membuat kerja-kerja rutin. Banyak kerja kita laksanakan dengan mematuhi

suatu senarai rutin. Dengan mematuhi rutin kita akan mengelakkan sebarang

kesilapan yang merbahaya. Rutin dicipta oleh orang-orang yang pakar supaya

orang-orang yang bukan pakar boleh melakukan kerja itu dengan cara yang

selamat.

2. KASUT KUNING : Kasut ini ialah lambang tindakan dalam keadaan yang

cemas dan berbahaya. Kuning ialah lambang amaran. Pegawai-pegawai polis,

bomba dan doktor adalah orang-orang yang sentiasa berhadapan dengan

keadaan-keadaan cemas. Kita juga mesti mengenal pasti perkara-perkara yang

boleh memburukkan keadaan.

3. KASUT KELABU : Kasut ini ialah lambang kekaburan. Banyak tindakan tidak

dapat kita buat kerana keadaan masih kabur. Tindakan yang mesti dilakukan

untuk menghilangkan kekaburan ialah bertindak mencari maklumat dahulu.

Maklumat itu kemudian kita gunakan bagi menghadapi keadaan tersebut.

4. KASUT PERANG : Kasut ini ialah lambang tindakan yang pragmatik.

Tindakan-tindakan pragmatik ialah gabungan antara nilai-nilai yang baik,

prinsip-prinsip yang baik dan pemikiran yang baik. Kita akan lihat keadaan

yang ada dan fikirkan sendiri apa yang paling baik untuk kita lakukan. Kita

buat apa yang boleh dibuat.

5. KASUT MERAH JAMBU : Kasut ini ialah lambang kasih sayang, belas

kasihan dan kelembutan. Kita gunakan dalam keadaan-keadaan yang

Page 6: Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah

melibatkan perasaan kemanusiaan. Para doctor , peguam, guru, pegawai

kebajikan dan banyak lagi pro-profesional yang bekerja dengan perasaan

kemanusiaan.

6. KASUT UNGU : Kasut ini melambangkan kuasa rasmi. Apabila kita membuat

sesuatu tindakan berdasarkan kuasa dan tanggungjawab rasmi. Kita

mempunyai peranan rasmi. Para doctor, guru, peguam, pegawai polis

mempunyai peranan rasmi. Mereka mempunyai kuasa dan mereka melakukan

tindakan berdasarkan peranan rasmi mereka apabila perlu.

TONY BUZAN ( PENCIPTAAN PETA MINDA)

Peta minda adalah satu teknik mengrafik yang sungguh berkesan dimana ia mampu

membuka potensi pemikiran seseorang. Peta minda terdiri daripada pelbagai kemahiran

berhubung penggunaan konteks yang melibatkan perkataan, imej, nombor, logik,muzik,

warna, kepekaan ke atas ruang dengan berkesan. Peta minda boleh diaplikasikan dalam semua

aspek kehidupan di mana ia mampu meningkatkan pembelajaran dan pemikiran seseorang

individu justeru melibatkan perkembangan diri.

Penciptaan peta minda bermula pada akhir 1960-an oleh Tony Buzan yang kini

digunakan oleh jutaan individu di seluruh dunia. Peta minda digunakan oleh semua golongan

daripada yang sangat muda hingga kepada yang sangat tua dimana mereka ingin

menggunakan pemikiran dengan lebih berkesan.

Tujuan penggunaan peta minda adalah untuk membolehkan pelajar mencatat nota

dengan lebih ringkas, merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan,

projek dan sebagainya.

Page 7: Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah