sejarah perkembangan dan asal usul bahasa melayu

11
Sejarah Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu 1. Bagi mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno. 2. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara. 3. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi 4. Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-

Upload: mohd-akmal-mohd-din

Post on 31-Dec-2015

46 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Perkembangan Dan Asal Usul Bahasa Melayu

Sejarah Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu

1. Bagi mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur

aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayu sehingga kini

masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert

von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar

belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.

2. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok

Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang

kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan

akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.

3. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun

Sebelum Masehi

4. Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang

dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di

pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan

orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan,

Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan hutan dan

pedalaman. Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek moyang masyarakat Melayu

yang ada pada masa kini.

5. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-

Page 2: Sejarah Perkembangan Dan Asal Usul Bahasa Melayu

bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada

rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa

Tibet-Cina.

6. Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap

utama iaitu:

a. Bahasa Melayu Kuno,

b. Bahasa Melayu Klasik dan

c. Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno

1. Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan

bahasa Sumatera. Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13

pada zaman kerajaan Sriwijaya. pada waktu itu, Bahasa Melayu kuno telah menjadi

lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang bersifat

sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu juga tidak terikat

kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah

berbanding dengan bahasa Jawa.

2. Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu, bahasa Melayu

banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang kepada

pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa

Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan. Bahasa

Melayu juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

3. Bukti penggunaan Bahasa Melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu bersurat abad

ke-7 yang ditulis dengan huruf Palawa iaitu:

a. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)

b. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)

c. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)

Page 3: Sejarah Perkembangan Dan Asal Usul Bahasa Melayu

d. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

4. Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja

Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa,

Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan

bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa

pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekali gus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke

tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa

Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya.

5. Istilah “Melayu” timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645

Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang “Mo-Lo-Yue” yang mengirimkan utusan

ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China.

Letaknya kerajaan “Mo-Lo-Yue” ini tidak dapat dipastikan tetapi ada yang mencatatkan

di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.

6. Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas,batu bersurat di Gandasuli,

Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

7. Bahasa Melayu kuno mempunyai beberapa ciri iaitu;

a. Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit.

b. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)

c. Tidak wujud bunyi e pepet (Contoh dengan - dngan atau dangan)

d. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)

e. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)

f. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh:

Page 4: Sejarah Perkembangan Dan Asal Usul Bahasa Melayu

sukhatshitta)

g. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

1. Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13

turut memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu. Kedatangan Islam ke

Tanah Melayu telah banyak mengubah sistem bahasa Melayu terutama dari aspek

kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan.

2. Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India dan

mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya

berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- masih memakai abjad India dan buat

pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan

rahmat

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)- ditulis dalam tulisan

Jawi dan membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada

abad itu.

3. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa

Melayu kuno kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk

tulisan.

Bahasa Melayu Klasik

1. Abad ke –13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu

dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa

dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit

demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Kegemilangannya

Page 5: Sejarah Perkembangan Dan Asal Usul Bahasa Melayu

bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman

kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau

2. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka.

Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar

yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di

rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan

serta menjadi “lingua franca” para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat

penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah

mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah

bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa

oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam

“Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang

sangat tinggi nilainya.

3. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan

Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai

di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai

bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah :

a. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama

Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada

tahun 1521. Kamus ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh

orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar

kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada

tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar.

Page 6: Sejarah Perkembangan Dan Asal Usul Bahasa Melayu

b. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia

antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah

Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap

sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

c. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah

bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah

menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :

“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi

juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur,

sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”

4. Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di

wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan

Melayu. Antaranya ialah :

a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)

b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)

c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)

(Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)

5. Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk

menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang

morfologi, sintaksis dan fonologi.

6. Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan

usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah

menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Tokoh-tokoh di Acheh

antaranya ialah :

a. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”)

b. Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)

c. Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”)

Page 7: Sejarah Perkembangan Dan Asal Usul Bahasa Melayu

d. Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)

7. Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab “Hikayat Al-

Salakin”.

8. Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempat

lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah

menghasilkan “Syair Rakis”, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-

Banjari dengan kitab “Sabil Al-Muhtadin”. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani

pula menghasilkan “Matla’al Badrain” dan “Furu’ Al-Masail”.

Ciri-ciri bahasa Melayu klasik:

1. Ayatnya panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak menggunakan struktur ayat

pasif.

2. Menggunakan bahasa istana: contoh tuanku, baginda, bersiram, mangkat dsb.

3. Kosa kata arkaik dan jarang digunakan ; ratna mutu manikam, edan kesmaran

(mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

4. Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah,

hatta, adapun.

5. Banyak menggunakan ayat songsang: pendepanan predikat

6. Banyak menggunakan partikel ``pun' dan `lah'

Perkembangan Bahasa Melayu Moden

1. Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi

Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana sifatnya

yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk bahasa Melayu klasik. Sebelum

Page 8: Sejarah Perkembangan Dan Asal Usul Bahasa Melayu

penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai

bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat

pendidikan Islam.

2. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris

sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.

3. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa,

"Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam

apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”.

4. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah

bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan

persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun).

5. Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa

pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara

kaum.