1. asal usul manusia

Upload: mumy-shakir

Post on 01-Mar-2016

50 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rujukan utk kursus kpd pelajar

TRANSCRIPT

  • TAJUK CERAMAHASAL USUL KEJADIAN MANUSIA

  • PERJALANAN HIDUP MANUSIA

    ALAM AKHIRATALAM BARZAKHALAM DUNIAALAM RAHIMDARI ALLAHKEPADA ALLAHSILA KAJI KEMBALI MATLAMAT HIDUP ANDA DENGAN MENGAMBIL KIRA PERKARA BERIKUT:DI MANA AKU SEBELUM AKU LAHIR?UNTUK APA AKU DIJADIKAN?KE MANA AKU AKAN PERGI SELEPAS INI?

  • Kisah Asal kejadian AdamPada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam.bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah.Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpah bumi

  • Kisah asal kejadian AdamSetelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah di bumi untuk mencipta Adam

  • Kisah asal kejadian AdamKatakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu. "Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi,maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia."

  • Kisah penciptaan Adam.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

  • Jenis tanah untuk cipta Adam01. Tanah tempat bakal berdiri Baitul Muqaddis02. Tanah Bukit Tursina03. Tanah Iraq04. Tanah Aden05. Telaga Al-Kautsar06. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah07. Tanah Paris08. Tanah Khurasan09. Tanah Babylon10. Tanah India11. Tanah Syurga Firdaus12. Tanah Thaif

  • Menurut Ibnu Abbas1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal. 2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat. 3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepadaNya. 4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan. 5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.

  • Menurut Ibnu Abbas6. Giginya dari tanah Al-Kautsar,tempat memanis-manis.7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia. 8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa. 10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

  • Samb- kata Ibnu Abbas11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan berjalan. 12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman,keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya. 13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

  • Proses kejadian Adam1. Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

    2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

  • Proses kejadian Adam3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan disiramikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

  • Proses kejadian Adam4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna. 5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Para malaikat jadi saksi. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh pun masuk dan menyerah kepada Izrail.

  • Penciptaan AdamDijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya adalah :

    1. Di Kepala ialah Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut. 2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

  • Dijadikan pula lima buah pancaindera: A. Mata alat penglihatan

    B. Hidung alat penciuman

    C. Telinga alat pendengaran

    D. Mulut alat merasa manis, masin dsbnya.

    E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

  • Roh ditiup ke dalam tubuh AdamRoh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak & tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri, ke kanan dan ke bawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

  • Roh ditiup ke dalam tubuh AdamDilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah"

  • Roh ditiup ke tubuh AdamKemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:

    "Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

  • Roh sampai ke perut AdamMaka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

  • Adam diberi penghormatanSetelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah ke langit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

  • Kesan Adam dihantar ke duniaMenurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Apabila Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun ada manusia kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

  • Kejadian InsanManusia makhluk termulia dari segenap makhluk ciptaan Allah SWT. Surah Attin Ayat 4-6:Telah kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian, kemudian kami kembalikan dia serendah-rendahnya kecuali orang yang beriman dan beramal soleh; bagi mereka balasan yang tidak diungkitkan

    2.Insan dilantik sebagai Khalifah untuk memakmurkan alam bukan merosakkannya; insan diberi kebebasan untuk memilih ( tidak dapat dilakukan oleh malaikat) insan dilengkap dengan akal dan potensi

  • Ciptaan manusia Surah Aththariq Ayat 5-8;Dia diciptakan dari air yang terpancar yang keluar dari antara tulang sulbi laki-laki dan tulang dada perempuan.Sesungguhnya Allah SWT benar-benar berkuasa untuk mengembalikannya ( hidup sesudah mati)

    Professor Al-Attas: Manusia dari segi kejadiannya dilengkapkan dengan:a. ruhb. nafsc.qalbd.aql

  • Asal usul kejadian manusia di dunia / alam ini : 7 PERINGKAT1. NUTFAH2. ALAQAH3.MUDHGHAH4. JANIN5. BAYI @ ANAK6. REMAJA7. DEWASA

  • PERINGKAT PERTAMANUTFAH AIR MANI IAITU PERCANTUMAN SPERMA / BENIH LELAKI DENGAN BENIH PEREMPUAN

    Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat Surah Insan ayat 2

  • Sperma menembusi ovum

  • Keadaan Sperma sama seperti Roket yg dilancar ke angkasa lepas, kepalanya berputar putar untuk tembusi dinding ovum & setelah itu ia akan terbuka untuk proses persenyawaan.Ini menunjukkan ia dijaga dengan rapi dalam kapsul sperma tersebut. Perlu diingat hanya benih terpilih yang berjaya dan kita adalah makhluk pilihan Allah sejak di peringkat ini lagi.

  • Penjelasan Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentuknya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

  • Sel sperma

  • Peringkat Kedua ALAQAH : pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Surah al-Mukminun : 14Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah.

  • Penjelasan Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :sesuatu yang bergantung atau melekatpacat atau lintahsuatu buku atau ketulan darahPeringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.

  • Peringkat KetigaMUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat

    lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging. Surah al-Mukminun : 14Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain.

  • Penjelasan Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

  • Peringkat KeempatIDZAM DAN LAHMa : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot.

  • Allah S.W.T. berfirman :

    23Surah al-Mukminun : Ayat 14

  • Maksud Ayat :Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi seketul darah beku. Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta.24

  • Janin berusia 12 minggu

  • Penjelasan Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke paru-paru mula kelihatan.

  • Samb- penjelasanBegitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

  • Peringkat KelimaNASYAH KHALQAN AKHAR iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku.pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.

  • Peringkat kejadian manusia

  • Penjelasan Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud.

  • Janin mendapat makanan melalui uri

  • Peringkat KeenamNAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh.Para ulamak mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks.

  • Janin yang berusia 4 bulan

  • Penciptaan yang teliti

  • Janin berusia 7 bulan

    Perkembangan Janin Usia 7 Bulan Perkembangan Janin

  • Kenapa ada MANUSIA LEBIH ZALIM DARIPADA HAIWAN ! ?

  • Penjelasan Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-Araf : 172.

  • Dalam al-Quran menyatakanASAL KEJADIAN MANUSIA TERDIRI DRP 7 UNSUR KEJADIAN:1. Tanah kering yang dibakar ( shal-shaal)2. Unsur arang ( fakhkhar )3. lumpur hitam ( Hamaa-en )4. tanah (thien ) 5. tanah yang liat ( thienin laazib )6. tanah ( turab )7. ditiup ruh dengan kun payakun.

  • Istilah sains dlm kejadian insan1. Tanah kering dibakar ( shal-shaal)=Oksigen2. Unsur arang ( fakhkhar )= Karbon3. lumpur hitam ( Hamaa-en )= Nitrogen4. tanah (thien ) = Hidrogen5. tanah yg liat ( thienin laazib ) unsur besi = Ferum- unsur yg digunakan utk buat keluli,6. tanah ( turab )7. ditiup ruh dengan kun payakun.

  • Penjelasan Sebatian asli yang terdapat dalam tanah dinamakan Sebatian Inorganik yang terbentuk melalui proses perpaduan karbon, oksigen, nitrogen dan hidrogen.Kemudian berpadu dengan unsur unsur besi ( Ferum ), Natrium, Kalium, Silikon dan Mangan yg disebut laazib.Kalium dianggap terpenting kerana mempunyai peranan dlm proses kehidupan yakni pembentyukan tubuh halus

  • Proses lanjutanProtein Protenisasi yang menjelmakan proses pergantian atau substitusionSetelah alami substitusion, bergeraklah elektron elektron sinar kosmik yang mewujudkan sebab wujudSinar kosmik ialah sinar yang berkemampuan utk mengubah sifat sifat yang berasal daripada tanah.Dengan mudah sinar kosmik dpt mewujudkan rupa bentuk tubuh jasmani spt badan, kepala, mata, telingan, hidung dan seterusnya.

  • Apa yang kita makan, asalnya dari tanah.

    KITA MAKAN DAGING LEMBULEMBU MAKAN RUMPUT, RUMPUT DAN SAYUR TUMBUH DI TANAH

  • Kata orang tua : HAKIKAT TANAHSIFAT TANAH : LEMBUT, LEMBIK DAN KERAS adalah sifat / watak manusiaWARNA TANAH ; hitam, perang, kuning dsb adalah warna kulit manusiaKedudukan TANAH TINGGI, RENDAH ATAU LEMBAH adalah Status atau darjat manusia.JENIS TANAH : BERPASIR, BERLUMPUR, TANAH GAMBUT, TANAH KERING, LIAT : gambaran hati dan citarasa manusia jiwa manusia.

  • TEORI KEJADIAN MANUSIAMANUSIA BERASAL DARI TANAHMANUSIA BERASAL DARI AIRMANUSIA BERASAL DARIPADA BERUK?

  • UNSUR KEJADIAN MANUSIATANAHAIR API ANGIN

    UNSUR UNSUR BUMI

  • Contoh Konflik Dunia sudah ada sejak beberapa jutaan tahun yang laluMahluk Hidup yang ada sekarang tidak diciptakan, melainkan hasil dari proses evolusi.

    Charles Darwin (1809 1882)

  • Gambaran Yang Negatif Darwin

  • Teori Evolusi Primata

  • 1. Manusia Pada Pandangan MaterilismeDari sudut kedudukan manusia hanya:Seketul tanah, daging, tulang belulang dan urat murat.Akal hanya bahan yang dihasilkan oleh otakManusia sama seperti benda-benda hidup yang lain, yang penting dia berkembang melalui peroses evolosi hingga menjadi manusiaBumi hanyalah satu daripada jutaan planet.Daripada sudut masa manusia tidak punya nilai, kerana bumi hidup ratusan juta tahun sedangkan manusia paling lama hanya hidup ratusan tahun, apa erti ratusan tahun berbanding ratusan juta tahun.

  • # Mereka tidak membezakan alam ruh Ilahi dan alam satu jiwa yang bertutur, manusia hanya lembaga material dan jasad haiwaniJasad manusia terdiri daripada unsur:

    1. Oksigen 45,000mg. 6. Posporan 700mg. 11. Magnasium 35mg.2. Karbon 12,600mg. 7. Belerang 170mg. 12. Besi 4mg.3. Haidrogen 7000mg. 8. Potisium 140mg. 13. Tembaga 0.1mg.4. Asid 2100mg. 9. Sodium 105mg. 14. Magnet .02mg.5. Kalsium 1050mg. 10. Klorait 105mg. 15. Yud .03mg.

    Dalam gambaran lain, dengan jasad manusia dapat hasilkan:

    1. Minyak cukup untuk 7 ketul sabun2. Karbon cukup untuk 7 batang pensel3. Posporan cukup untuk 120 kepala batang jarum4. Garam magnasium cukup untuk seteguk minuman berperisa5. Besi cukup untuk sebatang paku sederhana besar6. Kapur cukup untuk cuci kutu seekor anjing7. Air cukup untuk memenuhi bekas muatan 10 gelen

  • 2. Manusia Pada Pandangan MukminManusia makhluk paling mulia, paling baik kejadian, ditiupkan ruh, malaikat sujud kepadanya, Allah permudahkan langit dan bumi untuknya.Semua makhluk dicipta untuk manusia, tetapi manusia dicipta untuk Allah.Manusia kerdil berbanding alam jagat, namun dari sudut maknawi manusia lebih besar.Usia manusia pendek berbanding usia dunia, tetapi mati bukan akhir kehidupan, bagi mukmin dunia hanya perantara untuk satu dunia lain yang kekal abadi dan sarmadi.

  • # Inilah kemuliaan manusia.# Bagi Islam manusia punya kedudukan istimewa# Banyak ayat Q bukti kedudukan manusia istimewa3. Kedudukan Manusia Di Sisi AllahManusia hampir dengan AllahKedudukan ini hapuskan wasilah dalam hubungan manusia dengan Allah.Banyak ayat nyatakan keudukan dan hubungan tanpa wasilah ini. ( 7 ) dllHadis Rasulullah perkukuhkan. ..... dll

  • 4. Kedudukan Manusia Di Kalangan Penghuni LangitKedudukan manusia di kalangan makhluk alam ruh amat tinggi, tidak mampu dicapai malaikatManusia jadi khalifah Allah di bumiAllah buktikan kedudukan tinggi ini, perentah malaikat sujud kepada AdamSemua sujud kecuali iblis.

  • 5.Kedudukan Manusia Dalam Alam Material.Manusia pengendali alam jagat.Semua yang di bumi dan di langit dijadikan untuk krmudahan manusiaJustifikasi kedudukan ini kerana manusia mempunyai ruh dan akal dan kemampuan mengurus dunia. ( 14 ) Islam iktiraf apa yang ada pada manusia: ruh dan jasad, akal dan hati, iradah dan nurani, naluri dan keinginan, semuanya Islam layan. ( 6 ) ( 6-8 )

  • 1. Muttaqi ( orang yang bertaqwa)2.Mukmin (orang yang beriman)3.Muslim (orang Islam)4.Muhsin (orang yang berbuat ehsan/kebaikan/kebajikan5.Kafir (orang yang menolak kebenaran drp Allah SWT)6.Musyrik (orang yang menyekutukan Allah SWT)7.Munafik (orang yang bermuka-muka)8.Fasik ( orang yang sedar tentang dosa tetapi sentiasa berbuat dosa)9.Zalim ( orang yang mengaiayai orang lain)10.Mutraf (orang yang tidak mahu bersyukur dgn nikmat Allah SWT)

  • Tayangan Peta hidup manusia

  • INGATLAHDARI ALLAH KITA DATANGKEPADANYAKITA DIKEMBALIKANOLEH ITU

  • SOLAT USAH DIABAIKAN,BACALAH AL-QURAN, BERAMAL DAN BERDOA.

  • PENCERAMAH TIDAK MAMPU MENGUBAH ANDA DALAM KULIAH PENDEK INI, HANYA ANDA YANG BOLEH MENGUBAH DIRI SENDIRI !

  • AKHIRUL KALAMMASA KECIL MEMANGLAH SERONOKSUDAH LAHIR KENALLAH DUNIAHIDUP USAH FIKIR NAK SERONOKHIDUP DI DUNIA BUKANNYA LAMA

  • SEKIAN, TERIMA KASIH

  • DARIKU UNTUKMU