asal-usul-nombor 1.pptx

12
ASAL USUL NOMBOR NORSHAFIKA BINTI DAOD D20111048922 NUR IZZATI BINTI ABDUL RASHID D20111048921 TAN YONG CHUAN D20111048923 NURUL AMIRAH BINTI MARZUKI D20111048899

Upload: nur-izzati-rashid

Post on 17-Nov-2015

57 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

permulaan awal nombor

TRANSCRIPT

ASAL USUL NOMBOR

ASAL USUL NOMBOR

NORSHAFIKA BINTI DAODD20111048922NUR IZZATI BINTI ABDUL RASHIDD20111048921TAN YONG CHUAN D20111048923NURUL AMIRAH BINTI MARZUKID20111048899

PengenalanPerkataan matematik berasal dari perkatan yunani iaitu Mathemata yang bermakna sains, ilmu dan pembelajaran. Sistem angka sebelum 6 abad yang lalu diwujudkan untuk mengira haiwan penternakan,mengira tanaman, mengira barangan untuk menjalankan sistem bater dan mencatat kehidupan harian (Burton, 1997). Konsep matematik yang paling awal ialah konsep kesamaan dan ketaksamaan (Boyer, 2007).

Mengira Menggunakan AtanomiKaedah pengiraan terawal manusia ialah kaedah pembilangan jari. Jari pada tangan telah digunakan bagi menunjukkan set yang mengandungi dua, tiga, empat atau lima objek, umumnya nombor satu pada mulanya tidak diiktiraf sebagai nombor sebenar. Dengan menggunakan jari pada kedua-dua belah tangan, maka ia dapat mewakili kumpulan yang mengandungi sepuluh unsur. Dengan menggabungkan jari tangan dan jari kaki, seseorang dapat membilang sehingga dua puluh unsur (Boyer,2007).

Longgokan BatuSeterusnya, apabila digit yang ada pada manusia tidak mencukupi, maka manusia mula menggunakan longgokan batu untuk mewakili padanan dengan unsur dalam set lain. Apabila orang buta huruf menggunakan skema perwakilan sedemikian, mereka sering melonggokkan batu dalam longgok yang mengandungi lima biji batu kerana mereka telah biasa dengan kembar lima melalui pemerhatian mereka pada jari tangan dan kaki manusia (Burton, 1997).

Membuat takuk pada Kayu,Batu, Kerang atau tulang haiwanLonggokan batu hanya dapat menyimpan maklumat untuk seketika sahaja. Oleh itu, manusia prasejarah kadangkala membuat beberapa catatan seperti membuat takuk pada kayu, batu atau tulang haiwan. Sebahagian kecil catatan tersebut masih ada sehingga hari ini. Di Czechoslovakia, ditemui tulang seekor serigala muda dengan torehan sebanyak 55 takuk. Takukan tersebut diatur dalam dua deretan, dengan 25 takukan pada deretan pertama dan 30 pada deretan kedua. Dalam tiap-tiap deretan, takuk diatur dalam kumpulan lima (Burton, 1997).

Pada tahun 1880 Tulang Ishango ditemukan di pantai Tasik Edward

Tulang-tulang berkenaan membawa maksud bilangan atau jumlah pemburuan mereka. Walau bagaimanapun, di percayai bahawa orang purba pertama mengira masa pada tulang berkenaan dengan urutan nombor berulang dengan bilangan hari termasuk dalam fasa bulan. Terdapat beberapa pendapat bahawa tulang yang bertakuk ini mewakili kalendar lunar. Kaum wanita zaman purba juga menggunakan takuk pada tulang haiwan untuk mengira kitaran haid mereka (Burton, 1997).

Sebutan NomborSuku kaum orang asli Australia mengira dari satu hingga dua sahaja. Jika bilangan lebih daripada dua, ianya di panggil sebagai banyak (Boyer, 2007). Orang asli Amerika Selatan India dapat mengira dari nombor satu hingga ke nombor enam walaupun mereka tidak mempunyai nama khas bagi nombor tiga, empat, lima dan enam. Nombor tiga dipanggil sebagai dua-satu (2-1), nombor empat pula sebagai dua-dua (2-2) dan sebagainya (ibid). Masyarakat Bushman di Afrika Selatan mengira hingga ke nombor sepuluh dengan dua perkataan. Selepas nombor sepuluh, frasa deskriptif menjadi sangat panjang (ibid).

Menggunakan QuipuDi Empayar Inca (sebuah empayar yang dikenali sebagai Peru dan Ecuador, di Amerika Selatan), jumlah tali yang diikat dipanggil quipu. Quipu dibuat daripada tali yang tebal atau palang yang diikat dengan tali yang halus dengan panjang dan warna yang berbeza. Kebiasaannya tali digantung ke bawah seperti helaian mop (Burton,1997).

Menurut Gary & Carrie (2009), urutan gandaan knot ini mewakili angka yang membentuk jumlah yang lebih besar daripada sepuluh. Quipu adalah kedudukan sepuluh berasaskan sistem angka bukannya dikodkan dalam simbol bertulis tetapi dikodkan dalam knot. Sebagai contoh, bilangan 321 akan di wakili dengan tiga urutan knot, yang pertama dengan tiga ikatan, yang kedua dengan dua knot dan yang terakhir dengan satu simpulan. Kebiasaannya simpul tunggal digunakan untuk mewakili nilai satu kecuali dalam kedudukan terakhir. Knot angka lapan mewakili nilai satu digit yang terakhir dan knot panjang ganda empat pula mewakili nilai-nilai yang lebih tinggi daripada satu dalam kedudukan terakhir.

Setiap Quipu yang dijumpai semasa penggalian di tahun 1950-an dipercayai mengandungi banyak tali yang mewakili nombor bermula dari sifar kepada beribu-ribu (Lawrence, 2009). Quipu ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tahap 1 yang mempunyai enam bahagian, tahap 2 mempunyai tiga bahagian dan tahap 3 yang mempunyai hanya satu bahagian. Berikut adalah contoh tali dari tahap dua:

RujukanBoyer, C.B.. A History of Mathematics (1968). USA, John Wiley & Sons.Burton,D.M.. (2011). The History of Mathematics : An Introduction (7th ed.) . New York, McGraw-Hill.Hyams, E. & Ordish, G. (1996). "The last of the Incas: the rise and fall of an American empire." New York: Barnes & Noble