sejarah paper lengkap jawapan

31
Sejarah Paper 3 TARGET FULL ANSWER Semua soalan soalan ramalan lengkap jawapan penuh dan bentuk point Sumber dari cikgu mike mahen/internet

Upload: muhd-nashrul

Post on 25-Oct-2015

176 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

jawapan paper 1 sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

Sejarah Paper 3

TARGET FULL ANSWER

Semua soalan soalan ramalan lengkap jawapan penuh dan bentuk point

Sumber dari cikgu mike mahen/internet

Note : bukan bentuk skema

SMK bangsar

Page 2: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

NOTA SEJARAH KERTAS 3 oleh 5 SETIA

1. Tentang pertubuhan serantau/latar belakang Malaysia dalam pertubuhan serantau(pilihan 1)

Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negaranegara yang berjiran. Pembentukan Pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau sosial.Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertainya, iaitu ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN pada tahun 1967. Negara serantau terhasil atas dasar luar kita yang berbaik-baik dengan negara jiran. Usaha-usaha tersubut ditubuhkan atas inisiatif Tunku Abdul Rahman.

1. Bentuk hubungan luar Malaysia(pilihan 2)

Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain Iaitu hubungan bilateral dan hubungan multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu. Contohnya hubungan dengan negara-negara jiran antaranya termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Selain itu hubungan luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju yang lain seperti Britain dan Amerika Syarikat . Hubungan multilateral merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti ASEAN, Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam(OIC), Pergerakan NegaraNegara Berkecuali (NAM) dan sebagainya

1. asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia.(pilihan 3)Asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan corak dan arah dasar luar negara Malaysia. Antara faktor tersebut adalah faktor sejarah. Contohnya,sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara China, Arab dan Siam. Selain itu, dari segi ekonomi, Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia.Seterusnya, dari segi politik, Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Malaysia berhak menentukan masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat.Di samping itu, dari segi geografi, kedudukan Malaysia yang strategik dan bersempadan dengan hampir kebanyakan negara di rantau Asia Tenggara. Faktor demografi juga menjadi asas kepada penggubalan dasar luar Malaysia, iaitu menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam kerana majoriti penduduknya beragama Islam. 1. matlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia dalam hubungan dngan semua Negara(pilihan 4)Matlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia dalam menjalinkan hubungan dengan negara-negara lain adalah untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara. Selain itu, hubungan tersebut juga bertujuan untuk memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara.Seterusnya, untuk menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi Malaysia. Akhir sekali, matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia

2. latar belakang kepada penubuhan pertubuhana) Persatuan Negara-negara Asia Tenggara ( ASA )

Page 3: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

Setelah mencapai kemerdekaan, negara kita dan juga negara-negara serantau diancam hebat oleh pengaruh komunis. Di Malaysia, PKM menyebarkan pengaruh fahaman komunis di kalangan rakyat. PKM telah diharamkan oleh kerajaan menyebabkan ahli PKM melancarkan gerakan gerila bagi menjatuhkan kerajaan. Ancaman komunis hebat terutamanya di Thailand yang bersempadan dengan Malaysia. PKM telah menggunakan sempadan Malaysia-Thailand sebagai pangkalan gerakan gerila supaya usaha kedua-dua negara menghapuskan gerakan komunis dilemahkan. Filipina juga turut diancam oleh komunis. Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran untuk membendung pengaruh dan gerakan PKM. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan ASA. Pertubuhan ini diharapkan dapat melindungi negara-negara anggota daripada ancaman komunis dan menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial. ASA ditubuhkan pada 31 Julai 1961 apabila satu mesyuarat diadakan di Bangkok antara Malaysia dengan Thailand dan Filipina. Matlamat ASA adalah menjalinkan kerjasama dalam kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sains dan sosial. Selain itu, ASA memberi dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi dalam kalangan negara anggota. ASA mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara-negara serantau. Matlamat tersebut tidak banyak dicapai kerana keadaan kerjasama yang erat. ASA dianggap sebagai pertubuhan anti-pemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia. Kesangsian ini timbul kerana Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain sementara Thailand dan Filipina mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat. Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina tentang penubuhan persekutuan Malaysia telahmembawa kepada pertubuhan ASA pada tahun 1963.

b) MAPHILINDO

MAPHILINDO merupakan cantuman Malaysia, Filipina dan Indonesia. Tujuannya adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia.Pertelingkahan yang timbul adalah disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia. Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia kerana Presiden Soekarno menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme. Filipina menentang kerana menuntut Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka. Malaysia mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Hasilnya, tertubuhnya MAPHILINDO. MAPHILINDO mencapai kata sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapat pandangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan persekutuan Malaysia. Wakil PBB, Lawrence V. Michaelmore telah meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak pada tahun 1963. Hasilnya, majoriti rakyat bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia. Namun, Indonesia dan Filipina kurang berpuas hati dengan hasil siasatan PBB dan terus menentang pembentukan Malaysia. Persengketaan yang berterusan menyebabkan MAPHILINDO tidak berperanan lagi.

c) ASEAN

Page 4: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

Hasrat Malaysia untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran tetap diteruskan walaupun ASA dan MAPHILINDO gagal dan tidak dapat bertahan lama. Usaha ini berhasil dengan termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). Antara matlamat penubuhan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial, dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian, memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan pendidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa. Keanggotaan ASEAN terdiri daripada 5 buah Negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Jumlah keanggotaan bertambah menjadi 10 apabila kesemua Negara di Asia Tenggara menjadi ahli. Negara-negara berkenaan ialah Vietnam, Myanmar, Laos, Brunei dan Kampuchea. Negara Papua New Guinea dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan di dalam Zon Asia Tenggara.

3. peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN

Antara sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau khususnya dalam pertubuhan ASEAN adalah dengan menjalinkan kerjasama serantau yang erat dan banyak menjayakan rancangan yang dilaksanakan bersama. Selain itu, Malaysia juga menjadi tuan rumah bagi menjayakan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada 1971. Satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota termasuk Malaysia yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Kata sepakat telah dicapai dalam mengisytiharkan negara ASEAN menjadi kawasan zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) Tujuan utama ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan rantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan Blok Barat atau Blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar.Sumbangan Malaysia seterusnya adalah kesanggupan menjadi tuan rumah bagi mengadakan mesyuarat bagi memulihkan hubungan Vietnam dan Kampuchea. Mesyuarat ini diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982. Isu ini timbul apabila berlaku pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN telah berusaha mengatasi masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk. Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan bersetuju membincangkannya dalam mesyuarat tersebut. Sumbangan lain adalah Malaysia bersama negara anggota ASEAN yang lain bersetuju memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Rantau ini tidak akan membenarkan manamana kapal menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear. Pengistiharan ini menunjukkan komitmen negara Malaysia dan anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN.Malaysia juga telah memberi sumbangan dalam meningkatkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara ASEAN. Negara-Negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Aceh (Indonesia). Kerjasama ekonomi melalui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA) diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di

Page 5: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

Singapura pada tahun 1992. AFTA bertujuan menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara ASEAN. Ini akan mewujudkan satu jumlah pasaran yang luas kerana penduduk ASEAN begitu ramai. Peningkatan barangan keluaran negara-negara ASEAN akan mengembangkan industri terbabit dan seterusnya akan meningkatkan ekonomi negara-negara ASEAN.Seterusnya Malaysia juga turut memberi sumbangan dan dalam mengemukakan idea untuk memperluas skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea itu ialah penubuhan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) yang telah dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Walaupun idea itu ditentang oleh negara maju seperti Amerika Syarikat tetapi usaha ini diteruskan melalui kerjasama tidak rasmi melalui konsep ASEAN+3. Sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau juga dapat dilihat dalam aspek pendidikan. Penubuhan Pertubuhan MenteriMenteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan. Selain itu, pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.Malaysia juga turut memberi sumbangan dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menyokong usaha penubuhan Tabung Kebudayaan. Selain itu, Malaysia juga turut terlibat dalam pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan. Malaysia juga memberi sumbangan dengan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukan SEA pada tahun 2002. Akhir sekali, Malaysia juga turut memberi sumbangan dalam menjadikan kerjasama dalam bidang perlancongan dengan menyokong usaha Tahun Melaawat ASEAN pada tahun 1992.

4. usaha yang diambil oleh Malaysia bagi merealisasikan konsep ZOPFAN dalam ASEAN (pilihan 1)

.Malaysia tidak membenarkan pembukaan pangkalan tentera asing

.Tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau Blok Timur

. Menggelakkan campurtangan kuasa-kuasa Besar

. Menyertai Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

. Tidak menerima bantuan ketenteraan dari kuasa besar untuk

menangani keselamatan serantau

. Menyokong ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear

. Menghalang laluan kapal pengangkut bahan nuklear di perairan ASEAN.

. Malaysia menyuarakan bantahan tegas di forum-forum antarabangsaisu penggunaan senjata nuklear

.Menganjurkan forum-forum antarabangsa yang bertemakan keamanan sejagat

.Melalui ZOPFAN Malaysia menyokong dasar mewujudkan Asia Tenggara sebagai zon bebas nuklear

Page 6: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

. Malaysia mencadangkan negara-negara anggota ASEAN berbaik-baikdengan semua negara tanpa mengira ideologi / bangsa

. Malaysia menubuhkan pusat latihan menangani keganasan serantau

. Menyelesaikan semua isu / pertelingkahan melalui rundingan

. Contoh isu Selatan Filipina dan Selatan Thailand.

4. manfaat kestabilan politik dan keamanan serantau kepada negara kita / konsep ZOPFAN dapat memberi manfaat kepada negara kita.(pilihan 2)

Politik

.Negara aman dan politik yang stabil

.Masalah politik dapat diselesaikan melalui rundingan

. Pelaburan kita di luar juga meningkat

. Filipina membantu dalam pencerobohan Lahad Datu

. Kerjasama Malaysia – Indonesia dalam menghadapi ancaman pengganas

. Tiada konflik besar antara negara-negara jiran

. Mengekalkan hubungan diplomatik

. Mengekalkan kerjasama dari aspek keselamatan dalam mengawal perairan

Ekonomi

. Ekonomi negara meningkat / perdagangan dua hala antara negara jiran

. Dapat menjamin kesinambungan pertumbuhan ekonomi

. Taraf hidup rakyat meningkat

. Bekalan tenaga buruh dari negara serantau / tenaga kerja mahir dan pakar

. Pasaran dalam negara meningkat

. Pasaran luar meningkat / dapat meningkatkan eksport ke negara ASEAN

. Pelaburan luar ke negara kita banyak / memajukan sektor perindustrian

. Dapat meningkatkan produktiviti negara

Page 7: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

. Dapat mengurangkan perbelanjaan untuk ketenteraan

. Dapat menarik lebih banyak pelancong

Sosial

.Dapat wujudkan keharmonian rakyat

. Pergerakan mudah antara rakyat ASEAN

. Integrasi sosial antara rakyat ASEAN

. Pergerakan mudah oleh pelancong antara negara ASEAN

. Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi / kerjasama dalam pembangunan dan penyelidikan

4. keanggotaan Malaysia dalam ASEAN dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara kita(pilihan 3)

Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dapat meningkatkan ekonomi negara melalui kerjasama dalam projek-projek pertanian seperti projek baja urea di Bintulu dan Acheh. Seterusnya, ASEAN diiktiraf sebagai Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang dapat menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara ASEAN.Selain itu, kerjasama ekonomi ini akan mewujudkan pasaran yang luas kepada Malaysia. Hal ini secara tidak langsung akan menggalakkan peningkatan pengeluaran barangan negara-negara ASEAN yang akan mengembangkan lagi sektor perindustrian negara.Seterusnya kerjasama diperluaskan dengan melibatkan negara China, Jepun dan Korea Selatan melalui ASEAN +3. Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) telah ditentang oleh Amerika Syarikat, tetapi kerjasama secara tidak rasmi tetap diteruskan melalui konsep ASEAN+3. ASEAN+3 ini merujuk kepada kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara-negara Timur.Kerjasama antara Malaysia dan negara-negara di rantau Asia Tenggara juga telah berjaya menarik minat pelabur-pelabur asing untuk melabur modal di negara kita. Ekonomi negara juga dapat ditingkatkan melalui pertukaran teknologi antara negara-negara di rantau Asia Tenggara.Akhir sekali, ekonomi Malaysia juga berjaya ditingkatkan melalui pertukaran tenaga kerja antara negara-negara di rantau Asia Tenggara.

4. semangat setia kawan dalam kalangan negara ASEAN dapat diamalkan(pilihan 4)

.Wujud kerjasama dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.

.Kerjasama dalam bidang pendidikan (SEAMEO)/ kebudayaan/ sukan/ radio/ televisyen/ anugerah

. Kukuhkan hubungan dua hala

.Melalui pertukaran pelajar, teknologi, pekerja berkemahiran dan kebudayaan.

Page 8: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

. Memupuk sikap saling hormat menghormati

. Tidak campuri urusan dalaman Negara terbabit.

. Sikap tolong menolong dan bersatu padu.

. Hulurkan bantuan untuk meringankan beban. (bencana)

. Pertukaran maklumat.

. Sikap saling faham memahami, prihatin dan sentiasa mengambil berat.

. Menanamkan sikap mementingkan perdamaian.

. Menamat konflik secara aman melalui rundingan damai.

. Penganjuran sukan secara bergilir-gilir di antara Negara ASEAN.

. Cara diplomasi dan bersikap terbuka.

. Pemimpin-pemimpin negara kerap mengadakan lawatan ke negara ASEAN yang lain

. Mengukuhkan berhubungan dua hala.

. Mesyuarat Ketua-Ketua Negara ASEAN.

4. NEGARA MALAYSIA BERUSAHA MEWUJUDKAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN SERANTAU(pilihan 5)

Sebagai warga global rakyat Malaysia perlu mengamalkan kehidupan bersatu padu dan mencintai keamanan. Setiap kaum mesti saling memahami dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah.Generasi muda Malaysia harus menghindari penyalah gunaan dadah dan menghormati hak asasi manusia. Sebagai warga negara Malaysia yang hebat mesti mematuhi undang-undang negara serta menolak gejala negatif.Selain itu warganegara Malaysia juga mesti secara suka rela melibatkan diri dalam misi kemanusiaan membantu negara-negara yang dilanda bencana atau peperangan. Nilai-nilai kasih sayang mesti dipupuk oleh pemimpin bagi melahirkan generasi muda yang cintakan keamanan. Generasi Malaysia juga berusaha untuk menghindari pencerobohan kedaulatan negara-negara lain. Setiap wargenegara juga berpegang kepada prinsip keadilan, sentiasa rasional dan menentang kezaliman. Kita juga perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain serta mengutamakan rundingan jika menghadapi sebarang pemasalahan atau konflik dua negara. Negara Malaysia perlu mengelakkan peperangan dan sentiasa mengamalkan semangat setiakawan yang bersifat sejagat. Kita juga perlu memastikan wujudnya hubungan baik dengan semua negara bagi menjamin keselamatan negara.Pembangunan dan kemajuan ekonomi juga perlu dijana secara berterusan.Negara juga perlu mengamalkan sikap terbuka dan mengekalkan hubungan diplomatic4. hubungan tersebut dapat dimanfaatkan untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang social(pilihan 6)

Page 9: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dapat dimanfaatkan untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang sosial dengan terbentuknya Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan dalam bidang pendidikan. Malaysia juga mendapat manfaat dalam bidang pendidikan dengan penubuhan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.Dalam bidang kebudayaan, Malaysia juga mengadakan kerjasama dengan negara-negara di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti kebudayaan seperti Festival Kebudayaan dan Kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan. Selain itu, Sukan SEA pula diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara-negara ASEAN melalui semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan pula, kerjasama juga dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN. Malaysia juga telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau melalui dasar berbaik-baik dengan negara jiran. Masalah hak tuntutan pertindihan kawasan juga dapat diselesaikan melalui rundingan yang diadakan. Hubungan erat antara negara-negara di rantau Asia Tenggara juga dapat mengurangkan masalah sosial yang perlu dihadapi bersama seperti masalah penyalahgunaan dadah.Akhir sekali hasil kerjasama yang erat antara negara-negara di rantau Asia Tenggara telah dapat mewujudkan keamanan di rantau Asia Tenggara. Hal ini menyebabkan negara-negara di rantau Asia Tenggara menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.

5. kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita setelah menyertai ASEAN(pilihan 1)

Politik

. Wujud keamanan dalam negara

. Wujudkan Politik yang stabil dalam negara

. Tiada peperangan dan pertelingkahan dengan negara lain

. Berjaya menangani isu jerebu

. Menyelesaikan masalah pertindihan sempadan

. Dapat membendung jenayah sempadan

. Dapat berjaya membendung kemasukan pengganas

. Berjaya menjaga keselamatan perairan Selat Melaka

. Malaysia menjadi orang tengah dalam menyelesaikan pertelingkahan antara kumpulan militan di

Filipina Selatan dengan kerajaan Filipina

. Malaysia membantu Thailand untuk menghadapi pergolakan politik di selatan Thailand.

Ekonomi

Page 10: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

. Ekonomi negara meningkat

. Dapat menjamin kesinambungan pertumbuhan ekonomi negara

. Taraf hidup rakyat meningkat

. Bekalan tenaga buruh dari negara serantau yang murah dan mudah

. Pasaran dalam negara akan meningkat

. Pasaran luar negara meningkat / dapat meningkatkan eksport ke negara ASEAN

. Pelaburan asing langsung (FDI) yang sihat dan banyak

. Pelaburan kita di luar juga meningkat seperti melabur di negara Myanmar

. Dapat meningkatkan produktiviti negara

. Dapat mengurangkan perbelanjaan untuk ketenteraan

. Dapat menarik lebih banyak pelancong untuk membelanjakan wang di negara kita

. Pertukaran kepakaran dalam bidang perindustrian / pertanian

. Malaysia dijadikan pintu masuk dan hub kepada pelbagai aktiviti ekonomi

. Kemajuan projek perindustrian / baja urea di Bintulu Sarawak

. Kerjasama ekonomi ASEAN + 3 / iaitu dengan Jepun, China dan Korea

. Kerjasama antara ASEAN dengan India

. Malaysia menjadi pintu masuk untuk pasaran produk dan perkhidmatan dari negara luar ke

negara ASEAN

. Pemindahan teknologi melalui pelaburan seperti negara Singapura

. Kesan perantaraan ketika pergerakan ke negara-negara lain di ASEAN

. Dapat menjamin bekalan sumber makanan seperti beras dari Thailand/vietanam

Sosial

.Pertukaran kebudayaan antara negara-negara ASEAN

. Penubuhan RECSAM di Pulau Pinang / penubuhan pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN

. Pertukaran pendidikan / pelajar antara negara-negara ASEAN

Page 11: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

. Malaysia menjadi tuan rumah menganjurkan sukan SEA

. Tahun Melawat ASEAN dapat menarik ramai pelancong

. Berjaya menganjurkan Festival Filem ASEAN

. Pertukaran rancangan TV dan Radio antara negara ASEAN

. Malaysia menjadi pusat rawatan kesihatan

. Malaysia menjadi hub pendidikan kepada pelajar ASEAN

. Malaysia meningkatkan laluan udara antara negara ASEAN

5. Kejayaan yang dicapai oleh Negara kita dalam aspek globalisasi hari ini(pilihan 2)

.Menghormati kepelbagaian agama .Contohnya agama Islam /Kristian/Buddha/Hindu. Menyelesaikan masalah melalui rundingan.Contohnya penubuhan MAPHILINDO

. Menggunakan ICT. Contoh internet/sistem tv satelit (ASTRO)

. Memartabatkan kedudukan wanita

. Menyelesaikankonflik. Contoh konfrontasi Malaysia- Indonesia

. Penganjuran sukan. Contoh sukan komanwel/SEA/ASIA

. Mempelopori hab halal

. Peningkatan ilmu pengetahuan. Contoh UIAM

. Pembentukan Negara demokrasi

. Membina mercu bina Negara. Contoh KLCC / Menara KL

. Kepelbagaian budaya

. Memperkayakan bahasa / hasil kesusasteraan

. Kepelbagaian makanan

. Mengendalikan pelbagai bentuk perniagaan keperingkat antarabangsa

. Sistem perbankan Islam. Contoh Bank Islam

5. Bukti yang telah meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati dikalangan negara serantau(pilihan 3)

.Negara aman

Page 12: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

. Masyarakat bersatu padu

. Menyalurkan bantuan kenegara miskin /bencana

. Semangat sukarelawan yang tinggi. Contoh bantuan kemanusian ke Acheh selepas Tsunami.

. Menghantar pasukan pendamai ke Negara yang bergolak contoh Timur Leste

.Menentang dengan lantang dasar apartheid

. Menentang tindakan Israel ke atas Palestine

. Menjadi orang tengah dalam perjuangan bangsa Moro di Filipina

. Memperjuangkan keamanan sejagat

. Negara Islam yang sederhana dan dihormati

. Mempunyai 116 pejabat kedutaan diseluruh dunia.

. Pengerusi pertubuhan dunia seperti NAM 5. FAEDAH / KEJAYAAN / MANFAAT/ KEBAIKAN YANG DIPEROLEH MALAYSIA SEBAGAI ANGGOTA PERTUBUHAN SERANTAU(pilihan 4)Dari segi sosial, Malaysia mendapat kerjasama menangani masalah pengedaran dadah seperti penyeludupan dadah di sempadan Thailand dan Singapura. kes pemerdagangan manusia di atasi dengan kerjasama negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. kes kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI) Indonesia dapat diselesaikan melalui rundingan diplomatik antara Indonesia dan Malaysia. Pertikaian isu penderaaan pembantu rumah asing dapat diselesaikan melalui kerjasama diplomatik. Program pertukaran pelajar antara negara dilakukan untuk meningkatkan kerjasama pendidikan antara negara anggota ASEAN. Contohnya murid asrama penuh di Malaysia telah menerima pertukaran murid dari Thailand dan Indonesia. selain itu isu jerebu yang berlaku di Malaysia dan Singapura yang berpunca daripada pembakaran hutan di Indonesia cuba diselesaikan melalui bantuan bomba dan kesihatan dari Malaysia. Dalam aspek pelancongan, negara-negara ASEAN digalakkan melawat Malaysia pada tahun 2014 bersempena Tahun Melawat Malaysia. Selain kejayaan Program Tahun Melawat ASEAN 1992.Dari segi politik Malaysia berjaya mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara. Selain itu Malaysia berjaya mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea melalui rundingan sehingga terbentuknya Kerajaan demokratik campuran. Malaysia juga tetap komited bagi melaksanakan konsep ZOPFAN bersama dengan pertubuhan ASEAN. Malaysia juga terus mengekalkan Asia tenggara bebas daripada senjata nuclear. Malaysia menjadi perantara dalam mendamaikan konflik di selatan Filipina/ Mindanao dan terlibat dalam perundingan pembentukan kerajaan demokrasi di Myanmar yang sebelum dalam pemerintahan Kundeta. Selain itu, Malaysia menyertai rundingan dengan Thailand mengenai isu penduduk Islam di Patani/ Selatan Thailand. Malaysia menggesa kerajaan Myanmar memberi perhatian terhadap isu Rohingya dan menerima kedatangan pelarian / suaka politik pelarian

Page 13: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

Rohingya. Di samping itu, Malaysia dan Filipina bersetuju menolak pencerobohan tentera bekas kesultannan sulu di Lahad Datu, Sabah. Malaysia juga telah menerima dan memberi layan baik kepada pelarian dari Kampuchea ketika konflik di Kampuchea. Isu perebutan Pulau Batu Putih dan Pulau Sipadan juga berjaya diselesaikan melalui meja rundingan.Dari segi ekonomi, malaysia dapat menjalin kerjasama ekonomi serantau. Selain itu, Malaysia dapat mewujudkan pasaran perdagangan lebih luas dan menggalakan pelaburan asing. Ini secara tidak langsung akan memudahkan pinjaman modal oleh bank dan menurunkan kadar faedah atau cukai untuk pelabur negara serantau. Kerajaan juga akan mendapat pulangan cukai dari pelaburnegara serantau. Seterusnya, Malaysia akan dapat mengamalkan sikap ekonomi terbuka dalam konteks serantau. Di samping itu dapat menjalinkan hubungan baik dengan negara serantau untuk menarik pelabur asing. Malaysia juga akan dapat kerjasama pakar ekonomi serantau untuk meningkatkan ekonomi Negara. Secara tidak langsung, ini akan dapat membangunkan kepakaranuntuk meningkatkan produktiviti negara kita. Seterusnya membawa kepada peningkatan prasarana Negara. Kewujudan Zon Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dapat menghapuskan sekatan dagangan barangan Negara kita seterusnya meningkatkan kadar eksport Negara kita. Kemajuan ekonomi Negara dapat menjamin keseimbangan dan keadilan pasaran dagangan serantau. Selain itu, Malaysia juga dapat mengatasi masalah kekurangan buruh melalui pengambilan buruh luar dan seterusnya akan dapat mengembangkan industri Negara kita. Akhir sekali hubungan baik ini akan dapat menjamin keselamatan pelaburan atau perdaganga Negara kita.5. Bukti pertubuhan serantau telah membawabanyak kejayaan kepada negara kita(pilihan 5)

Antara kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dalam pertubuhan serantau ialah penubuhan Zon aman, bebas, dan berkecuali atau ZOPFAN. Tujuan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan serantau, mengekalkan kestabilan politik serantau, dan menjadikan rantau ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear. Selain itu, dapat mengadakan kerjasama dari segi ekonomi. Contohnya projek baja urea di Bintulu Sarawak. Seterusnya, berjaya mewujudkan Kawasan Perdagangan Bebas atau AFTA. AFTA bertujuan menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi ASEAN.Manakala, konsep ASEAN+3 dikemukakan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad pula telah berjaya mewujudkan kerjasama antaranegara ASEAN dengan negara Timur iaitu China, Jepun dan Korea. Di samping itu, kejayaan dalam bidang pendidikan. Misalnya tertubuhnya Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). SEAMEO memberi tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidangyang berkaitan dengan pendidikan. Kejayaan hasil kerjasama ini membolehkan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik ( RESCAM) ditubuhkan di Pulau Pinang. Seterusnya, kejayaan menjalinkan kerjasama seperti pertukaran pelajar dari negara-negara ASEAN di peringkat sekolah dan universiti.Selain itu, kejayaan mewujudkan semangat kerjasama ASEAN dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Seterusnya, kejayaan mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio antara negara ASEAN.Akhir sekali, kejayaan lain ialah penganjuran Sukan SEA dan mengadakan Tahun Melawat ASEAN serta Tahun Melawat Malaysia SEA memberi impak yang baik dalam merapatkan hubungan antara negara ASEAN dan seterusnya melonjakkan ekonomi negara Asia Tenggara.

Page 14: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

5. kejayaan yang dicapai oleh pertubuhan ASEAN sehingga kini(pilihan 6)

Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh pertubuhan ASEAN antaranya ialah kejayaan mengekalkan keamanan, keselamatan dankestabilan politik serantau. Kejayaan ini hasil daripada pengisytiharan ASEAN sebagai zon aman, bebas, dan berkecuali atau dikenali sebagai Zone of Peace, Free dan Neutrality (ZOPFAN). Selain itu, Menteri-Menteri Luar ASEAN juga berjaya mencapai kata sepakat dalam memutuskan bahawa ASEAN merupakan Zon Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau Asia Tenggara terjamin keselamatannya dengan tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan aatau senjata nuklear.Seterusnya, kejayaan meningkatkan kerjasama dari segi ekonomi. Negara-negara ASEAN berjaya membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu Sarawak dan di Aceh Indonesia. Kejayaan ASEAN menwujudkan zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau AFTA. AFTA bertujuan menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi ASEAN. Konsep ASEAN+3 dikemukakan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad berjaya mewujudkan kerjasama antara ASEAN negara Timur iaitu China, Jepun dan Korea. Di samping itu, kejayaan dalam bidang pendidikan. Misalnya tertubuhnya Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). SEAMEO memberi tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan. Kejayaan hasil kerjasama ini membolehkan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik ( RESCAM) ditubuhkan di Pulau Pinang. Seterusnya, kejayaan menjalinkan kerjasama seperti pertukaran pelajar dari negara-negara ASEAN di peringkat sekolah dan universiti.Selain itu, kejayaan mewujudkan semangat kerjasama ASEAN dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Seterusnya, kejayaan mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio antara negara ASEAN. Akhir sekali, kejayaan lain ialah penganjuran Sukan SEA dan mengadakan Tahun Melawat ASEAN serta Tahun Melawat Malaysia SEA memberi impak yang baik dalam merapatkan hubungan antara negara ASEAN dan seterusnya melonjakkan ekonomi negara Asia Tenggara.

6. cabaran telah dihadapi oleh Malaysia untuk mengekalkan hubungan baik dengan negaranegara serantau(pilihan 1)

.Masalah sempadan seperti isu tuntutan pemilikan Pulau Batu Putih oleh Singapura

. Tuntutan pemilikan Pulau Sipadan dan Ligitan oleh Indonesia

. Isu Pattani, tuduhan Thailand Malaysia beri bantuan kepada gerakan pemisah Pattani

. Aktiviti lanun di sempadan perairan Sabah dan Filipina

. Masalah pendatang tanpa izin (PATI)

. Isu pembantu rumah Malaysia – Indonesia, Malaysia – Kampuchea

. Tuntutan Kepulauan Spratly antara negara ASEAN dan China

Page 15: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

. Jenayah melintasi sempadan / pengedaran bekalan senjata dari Thailand

. Malaysia dijadikan transit pengedaran dadah dalam kalangan negara ASEAN

. Penjenayah menjadikan negara serantau sebagai tempat bersembunyi / OPS CANTAS

. Pencerobohan ruang udara seperti latihan tentera udara Singapura

. Pencerobohan Zon Ekseklusif / Pencerobohan nelayan

. Industri pelacuran di Thailand

. Perkhawinan pasangan Islam di Selatan Thailand

. Pemerintahan tentera di Myanmar yang bertentangan dengan amalan demokrasi

. Penyeludupan minyak diesel drai Thailand

. Isu Pelarian Rohingya di Myanmar

. Pemerdagangan manusia (Human Trafficking)

. Isu jerebu yang tiada penyelesaian

. Konflik politik antara Timur Leste dengan Indonesia

langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut

. Menteri-menteri luar mengadakan perundingan, forum pertemuan dan perbincangan / Forum

Serantau ASEAN (ARF)

. Setiap negara anggota ASEAN perlu menghayati falsafah, nilai dan etika sebenar ketika ASEAN

dibentuk pada tahun 1967.

. Memupuk kesepakatan melalui tema kesatuan dalam kepelbagaian (Unity in Diversity) ketika

sambutan ulang tahun ASEAN ke-44.

. Perlu mengutamakan kepentingan serantau daripada kepentingan nasional

. Menyelesaikan isu pendidikan melalui penubuhan SEAMEO

. Bantuan kewangan / biasiswa

. Mengetatkan kawalan keselamatan sempadan

Page 16: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

. Memberikan bantuan kemanusiaan ketika bencana alam

. Tidak mencampuri masalah politik dalam negara lain

. Mengadakan penjanjian persefahaman (MOU)

. Berunding dengan negara lain kemasukan pekerja secara sah

. Melihat setiap masalah demi kepentingan bersama

. Merapatkan hubungan diplomatik antara negara ASEAN11

. Mewujudkan Sistem pengawalan jerebu / ditubuhkan ASEAN Experts Group on the Environment

(AEE) / disediakan ASEP

. Penubuhan AFTA untuk meningkatkan urusan perdagangan

. Sebarang masalah sempadan perlu diselesaikan melalui Mahkamah Dunia.

. menghantar perutusan untuk menjelaskan keadaan sebenar

. mengadakan sesi dialog untuk menangani sebarang masalah yang timbul

. meningkatkan penguatkuasaan tentera laut untuk mengatasi masalah lanun

. Peningkatkan kerjasama pihak polis antarabangsa (Interpol)

. mewujudkan Preventive Diplomacy bagi membina keyakinan negara anggota

. Penubuhan CEPT untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara anggota

6 CABARAN/ ISU/ MASALAH/ HALANGAN/ ANCAMAN YANG DIHADAPI OLEH MALAYSIA DALAM MENJALIN HUBUNGAN SERANTAU DAN LANGKAH UNTUK MENGATASINYA(pilihan 2)Antara cabaran yang dihadapi Malaysia adalah pencerobohan wilayah. Sebagai contohnya pencerobohan di Lahad Datu oleh kumpulan minoriti Filipina. Selain itu, Malaysia juga menghadapi cabaran apabila ruang udara dicerobohi oleh Singapura untuk melakukan latihan penerbangan.Malah, telah berlakunya penyeludupan subsidi minyak secara besar-besaran di kawasan sempadan Malaysia – Thailand. Hal ini, menyebabkan negara terpaksa menanggung kerugian yang banyak.Di samping itu, Malaysia turut berdepan dengan kebanjiran PATI dari negara-negara serantau misalnya kemasukan pembantu rumah asing dan buruh binaan dari Indonesia serta Filipina.Sehubungan dengan itu, sektor perburuhan di Malaysia telah dimonopoli oleh warga asing. Hal ini sekali gus telah merugikan negara kerana berlaku pengaliran keluar wang secara berleluasa.Sementelahan pula, aktiviti negara serantau seperti Singapura yang membuat tambakan laut berhampiran perairan negara telah menjadikan

Page 17: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

kawasan laut cetek.Keadaan ini telah menghalang laluan kapal besar selain akan menggugat mata pencarian nelayanserta menjejaskan aktiviti maritim negara. Malahan, isu lain yang turut mengancam keamanan negara adalah masalah sosial yang ditimbulkan oleh warga asing yang berhijrah ke sini. Sebagai contohnya, berleluasanya aktiviti jenayah. Isu pemerdagangan manusia turut menjadi ancaman besar kepada negara.Perbezaan pandangan ideologi turut menjadi satu isu besar. Contohnya Thailand terikat kuat dengan Amerika Syarikat, Filipina pula dianggap sebagai “Ranting Asia” Amerika Syarikatmanakala Vietnam dikelompokkan sebagai “National Communist”.Selain itu, antara isu besar yang turut dihadapi oleh Malaysia adalah tekanan nasionalisme negara serantau kerana pertubuhan serantau masih lagi dipandang rendah oleh pertubuhan antarabangsa yang lain. Malah, dalam hubungan ekonomi dua hala antara Malaysia dengan pertubuhan dunia, Negara Malaysia sering dikenakan syarat perdagangan yang tidak adil seperti cukai yang tinggi. Kedudukan Malaysia yang berhampiran dengan Negara serantau turut menimbulkan ancaman lanun kepada penduduk setempat. Di samping itu, penyeludupan beras, mercun dan senjata api dari Negara-negara jiran atau serantau terpaksa dihadapi oleh Malaysia. Pelbagai isu lain turut timbul seperti perebutan sempadan. Contoh isu perebutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura serta konflik Pulau Sipadan dan Ligitan di Sabah.Langkah-langkah Mengatasi:Antara langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan isu yang sering menggugat hubungan baik dalam kalangan negara jiran ialah mengadakan rundingan diplomatik di antara ketua-ketua Negara. Selain itu, Pertubuhan ASEAN juga boleh memainkan peranan dengan mengadakan mesyuarat di kalangan Menteri-menteri Negara ASEAN Dalam isu pemerdagangan manusia, kerjasama antara pihak polis dan pasukan keselamatan dalam kalangan Negara serantau direalisasikan. Contohnya gambar-gambar dan penjenayah di edar kepada pihak berkaitan.Berkaitan dengan isu pencerobohan Lahad Datu,peranan Kerajaan Filipina dengan tidak menyokong dan membantu kumpulan pengganas sangat dialu-alukan.Selain itu, isu pendatang asing tanpa izin dapat diselesaikan melalui rundingan antara Negara. Malaysia mengadakan rancangan Pemutihan dan program penghantaran pulang PATI member peluang pendatang tanpa izin balik ke Negara asal mereka tanpa dikenakan tindakan.Malaysia juga menyerahkan isu tuntutan bertindih seperti isu Pulau Sipadan dan Pulau Batu Putih kepada Mahkamah Antarabangsa(ICJ) diselesaikan.Dalam isu alam sekitar iaitu isu jerebu, pasukan bomba Negara kita telah dihantar ke Indonesia untuk membantu usaha memadamkan kebakaran.

6. cadangan ASEAN boleh menjadi sebuah pertubuhan yang lebih berkesan pada masa akan datang.(pilihan 3)

Antara cadangan bagi menjadikan ASEAN sebagai sebuah pertubuhan yang lebih berkesan pada masa akan datang ialah memilih pemimpin yang bijak membuat keputusan, pemimpin yang berilmu pengetahuan, pemimpin yang berpandangan jauh dan pemimpin yang mengutamakan rundingan dan perdamaian.Selain itu, ASEAN perlu terus mengekalkan perjuangannya yang

Page 18: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

berkesan dalam memelihara keamanan serantau seperti konsep ZOPFAN dan ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear. Di samping itu, kerjasama yang erat antara pasukan keselamatan negara anggota juga perlu diperhebatkan lagi bagi membanteras jenayah serantau.Seterusnya, ASEAN perlu terus mempertingkatkan lagi kerjasama dalam bidang ekonomi seperti pengkongsian teknologi dan kepakaran dalam sektor industri, dan pertanian serta mempertingkatkan kecekapan pemasaran produk-produk negara anggota.Akhir sekali, hubungan yang erat antara negara anggota melalui pengamalan nilai-nilai yang baik seperti kerjasama, tolong-menolong, permuafakatan, tolak ansur, dan bersatu padu dalam kalangan negara anggota merupakan pemangkin kepada kejayaan ASEAN sebagai sebuah pertubuhan yang berkesan.

7. nilai-nilai yang perlu dimiliki oleh pemimpin negara-negara ASEAN bagi mengukuhkan lagi hubungan baik antara negara serantau(pilihan 1)

. Menitik beratkan sikap bertolak ansur

. memiliki sifat hormat menghormati antara pemimpin / menghormati budaya negara lain

. Pemimpin berpandangan jauh

. Pemimpin berfikiran terbuka apabila menerima teguran

. Ada keadilan semasa menangani sesuatu isu

. Pemimpin yang berwawasan

. Pemimpin yang berdaya saing

. Mencintakan keamanan

. Mementingkan kepentingan serantau daripada kepentingan nasional

. Pemimpin yang berdiplomasi dan prihatin

. Menghormati hak asasi manusia

. Sedia menerima perubahan

. Tabah menghadapi cabaran

. Berusaha meningkatkan kualiti diri

. Mementingkan ilmu pengetahuan

. Sentiasa berhati-hati dalam menangani masalah

. Gigih berusaha

Page 19: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

. Berintegriti dan amanah

. Berpegang teguh pada nilai sejagat

. Bersedia berkorban untuk mewujudkan keamanan dan keharmonian

7. iktibar penubuhan ASEAN kepada kegemilangan dan kecemerlangan negara kita(pilihan 2)

.Perlu mewujudkan keamanan negara / mengelakkan peperangan antara negara serantau

. Sentiasa mewujudkan kesepakatan

. Sebarang masalah perlu diselesaikan melalui rundingan / bersikap positif dalam rundingan

. Kerjasama dalam ekonomi akan meningkatkan taraf hidup rakyat

. Mengalakkan semangat tolak ansur dalam menangani masalah

. Kepentingan serantau lebih penting daripada kepentingan nasional

. Menghormati dan menerima kepelbagaian

. Sebarang perbezaan jangan diakhiri dengan konflik

. Pemuafakatan akan membawa keberkatan

. Mengutamakan keadilan dalam menyelesaikan masalah.12

. Menyumbang idea dan kemahiran untuk memajukan negara

. mementingkan semangat kejiranan

. Bekerjasama antara satu sama lain

. Bangga sebagai rakyat Malaysia

. Mempunyai semangat kekitaan yang tinggi

7. unsur patriotisme yang diperoleh melalui pertubuhan serantau(pilihan 3)

. Memelihara perpaduan

. Mengekalkan keamanan

. Menghargai pemimpin

Page 20: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

. Taat setia pada negara dan bangsa

. Cinta akan negara

. Sedia berkorban untuk mempertahankan negara dan bangsa

. Bangga sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam negara aman dan makmur

. Mementingkan kepentingan nasional melebihi kepentingan diri

Menyokong dan melibatkan diri dalam pembangunan negara

. Menghormati kedaulatan negara lain

. Berfikiran positif apabila dikritik oleh negara lain

. Bertoleransi apabila berlaku percanggahan pendapat

7. NILAI-NILAI MURNI /IKTIBAR /PATRIOTISME HASIL DARIPADA HUBUNGAN DENGAN

NEGARA LUAR(pilihan 4)

Sifat hormat-menghormati, bertolak ansur dan kerjasama dengan negara luar boleh mendatangkan

manfaat kepada negara kita. Di samping itu, sejarah perhubungan dengan negara luar dapat

mempertingkatkan semangat cinta akan tanah air serta melahirkan masyarakat berharmoni dalam

kalangan warganegara kita.

Akhirnya rakyat kita akan menjadi masyarakat yang mementingkan budaya ilmu, mampu berdikari

dan tabah menghadapi cabaran luar pada masa akan datang.

Pemimpin yang berwibawa serta berwawasan akan berupaya mentransformasikan negara kita menjadi

sebuah negara yang sentiasa disegani oleh masyarakat luar.

7. Iktibar yang boleh diambil/ dijadikan teladan daripada hubungan yang dijalankan Malaysia dengan pertubuhan serantau.(pilihan 5)

Iktibar yang boleh diambil daripada hubungan Malaysia dalam pertubuhan serantau adalah dengan mengamalkan semangat ASEAN seperti mengutamakan persahabatan, perpaduan, keamanan, kestabilan, kegigihan, kedinamikan, kesucian dan kemakmuran. Selain itu, kita hendaklah mengukuhkan kerjasama dan menunjukkan sikap kesungguhan menuntut ilmu dan melengkapkan

Page 21: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

diri dengan pelbagai kemahiran untuk memajukan negara. Jati diri rakyat Malaysia perlu diperkasakan. Kita juga hendaklah mempunyai semangat daya saing yang tinggi agar dapat setanding di peringkat global. Oleh itu, kita perlu mempunyai pemimpin yang bijak dan berwawasan untuk meningkatkan ekonomi dan mewujudkan kestabilan politik.

8. RUMUSAN(pilihan 1)

Pengetahuan yang saya peroleh daripada hubungan Malaysia dengan negara serantau ialah, Malaysia telah menjalinkan kerjasama serantau melalui ASA, MAPHILINDO, dan ASEAN. Saya dapat mengetahui proses penubuhan, matlamat dan kepentingan pertubuhan tersebut serta faedah dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN. Saya juga dapat menilai pentingnya mewujudkan jalinan kerjasama antara negara-negara anggota ASEAN. Saya mengambil iktibar bahawa kita mestilah mempunyai sikap tolak ansur, tolong menolong dan saling menghargai supaya dapat menghadapi krisis dan cabaran pada setiap masa. Kita juga mesti menghormati dan mematuhi peraturan dan undang- undang negara lain untuk mengelakkan sebarang masalah. Selain itu, mana-mana pihak perlu mengelakkan menimbulkan isu- isu yang sensitif untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan negara serantau. Rundingan dan diplomasi dapat mengekalkan kestabilan hubungan antara negara serta dapat mengelakkan konflik yang berpanjangan. Harapan saya agar bangsa Malaysia sentiasa bekerjasama, mengamalkan perpaduan dengan negara lain, mengekalkan hubungan baik dan kerjasama dengan negara jiran, mengambil langkah-langkah yang pragmatik agar dapat terus bersaing dalam dunia kini, dan menjadi negara maju menjelang 2020 sekaligus dapat meralisasikan Wawasan 2020. Malaysia akan terus aktif dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa dan memperoleh manfaat daripada pertubuhan-pertubuhan tersebut

8. RUMUSAN(pilihan 2)

.Kita perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi untuk sama-sama meningkatkan hubungan serantau.

. Pemimpin negara perlu bijak menggunakan peluang sedia ada untuk memajukan negara

. Saya akan menghormati undang-undang serantau.

. Saya akan menghormati hak asasi masyarakat serantau.

. Saya tidak akan melibatkan diri dalam aktiviti negatif yang boleh menjejaskan hubungan serantau.

. Negara akan jadi kuat jika rakyat bersatu-padu

. Masyarakat perlu bekerjasama mempertahankan negara

. Pemimpin yang cekap,berintergriti dan pentadbiran sistematik untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna.

Page 22: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

. Semoga hubungan serantau dapat mewujudkan hubungan baik yang berkekalan / berterusan antara Negara

. Saya dapat menyumbang ke arah hubungan yang erat dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara.

8. RUMUSAN(pilihan 3)

Pengetahuan yang diperolehi

-Pengetahuan yang saya peroleh ialah Malaysia mengambil usaha-usaha yang positif untuk menjalin hubungan dengan negara-negara serantau. Selain itu,Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua Negara. Pemimpin negara kita sentiasa mengambil inisiatif untuk menyelesaikan sebarang masalah dengan cara perundingan.Malaysia menjalin hubungan dengan negara luar sejak Kesultanan Melayu Melaka. Perdagangan Malaysia maju kerana hubungan yang baik dengan negara jiran

Iktibar kepada diri

-sentiasa berunding antara satu sama lain untuk menyelesaikan masalah

-Menjaga keharmonian negara

-Meningkatkan pengetahuan sejarah untuk mengkaji budaya negara lain untuk menjalin hubungan

dua hala

Iktibar kepada bangsa

-Rakyat Malaysia perlulah mengamalkan nilai-nilai murni untuk menjaga keamanan. Rakyat Malaysia juga perlulah berfikiran positif demi kemajuan Negara. Setrusnya Masyarakat perlu mengamalkan budaya bersaing untuk memajukan ekonomi Negara Iktibar kepada Negara.Malaysia harus menjalin hubungan dengan semua negara untuk menjaga kepentingan politik,ekonomi dan social.Kestabilan politik menjamin kedaulatan Negara. Negara yang bijak menyelesaikan konflik tanpa pertumpahan darah dipandang tinggi oleh negara lain

Harapan kepada masa depan Malaysia yang lebih cemerlang

-Harapan saya ialah Malaysia akan menjadi contoh kepada negara lain dalam mengekalkan keamanan. Selain itu, Malaysia akan muncul sebagai negara yang maju selaras dengan hasrat wawasan 2020. Malaysia juga perlu menambahkan kejayaan ekonomi diperingkat antarabangsa melalui hubungan bilateral dan multilateral. Akhirnya agar Malaysia Dapat memimpin dunia dalam menyelesaikan konflik antarabangsa

8. RUMUSAN

Rumusannya, pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau melalui dasar berbaik-baik dengan negara jiran melalui penyertaan

Page 23: Sejarah Paper Lengkap Jawapan

Malaysia yang aktif dalam pertubuhan serantau seperti ASA dan MAPHILINDA serta ASEAN khasnya. Sebagai warganegara Malaysia yang cinta akan negara, kita harus mengamalkan semangat ASEAN untuk memperkukuhkan perpaduan bagi memastikan keamanan rantau ini terus terjamin. Bangsa Malaysia harus mempunyai semangat berdaya saing tinggi bagi menghadapi cabaran serantau dan berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Negara kita harus mempunyai barisan kepimpinan yang mampu mengutamakan rundingan damai dalam menyelesaikan masalah dan berwawasan. Konklusinya, Malaysia harus berperanan lebih aktif, mengemukakan idea-dea yang bernas, dan terus menjalinkan hubungan baik dengan negara serantau supaya kerjasama yang erat dalam bidang politik, ekonomi dan sosial dapat terus kongsi bersama. Malaysia juga perlu terus mendokong memperkasakan prinsip ZOPFAN kerana ini memberi impak positif kepada keamanan sejagat,

sekali gus mampu melonjakkan kecemerlangan negara Malaysia.