sejarah merejam lembing

2
Sejarah merejam lembing Mengikut laman web trackfieldevents.com, Hercules anak kepada Zeus dipercayai merupakan orang pertama yang merejam lembing. Dalam pertandingan sukan ianya mula diperkenalkan dalam tahun 708 SM. Pada permulaanya acara ini dibahagikan kepada dua kategori merejam kepada sasaran dan merejam berdasarkan jauh. Pada zaman dahulu konsep dan prinsip merejam lembing paling jauh adalah lebih kurang sama dengan apa yang dipertanmdingkan sekarang, sementara merejam lembing beradasrkan sasaran biasanya peserta akan menunggang kuda dan sambil kuda berlari merejam lembing ke arah sasaran. Menunggang kuda yang sedang berlari dan merejam lembing memerlukan koordinasi yang luar biasa untuk menepati sasaran. Lembing pada zaman tersebut dibuat daripada kayu “olive” yang beratnya adalah 400 gm dan panjangnya antara 2.3 hingga 2.4 meter. Dalam tahun 1780acara merejam lembing telah mengalami perubahan, saiznya telah ditukar kepada 800 gm berat dan panjangnya 2.6 meter dan diperbuat daripada kayu “hickory”. Sejak dari zaman Hercules hingga ke zaman moden ini perubahan teknologi mengikut peredaran masa, lembing juga turut sama akan perubahan tersebut, di era in i lembing diperbuat dari logam. Menurut laman web web trackfieldevents.com, pada tahun 1953 Franklin Head telah mencipta lembing yang “hollow” yang memberi lembing tersebut untuk terapung lebih lama dan ke sasaran yang lebih jauh. Laman web Olympic.org pula menerangkan acara merejam lembing pada zaman Olimpik purba tahun 778 SM acara ini sudah mula dipertandingkan sebagai salah satu acara dalam sukan tersebut.

Upload: intansyafikaanuar

Post on 16-Jan-2016

71 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

semua ALLAH punya

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah merejam lembing

Sejarah merejam lembing

Mengikut laman web trackfieldevents.com, Hercules anak kepada Zeus dipercayai merupakan orang pertama yang merejam lembing. Dalam pertandingan sukan ianya mula diperkenalkan dalam tahun 708 SM. Pada permulaanya acara ini dibahagikan kepada dua kategori merejam kepada sasaran dan merejam berdasarkan jauh. Pada zaman dahulu konsep dan prinsip merejam lembing paling jauh adalah lebih kurang sama dengan apa yang dipertanmdingkan sekarang, sementara merejam lembing beradasrkan sasaran biasanya peserta akan menunggang kuda dan sambil kuda berlari merejam lembing ke arah sasaran. Menunggang kuda yang sedang berlari dan merejam lembing memerlukan koordinasi yang luar biasa untuk menepati sasaran.

Lembing pada zaman tersebut dibuat daripada kayu “olive” yang beratnya adalah 400 gm dan panjangnya antara 2.3 hingga 2.4 meter. Dalam tahun 1780acara merejam lembing telah mengalami perubahan, saiznya telah ditukar kepada 800 gm berat dan panjangnya 2.6 meter dan diperbuat daripada kayu “hickory”.

Sejak dari zaman Hercules hingga ke zaman moden ini perubahan teknologi mengikut peredaran masa, lembing juga turut sama akan perubahan tersebut, di era in i lembing diperbuat dari logam. Menurut laman web web trackfieldevents.com, pada tahun 1953 Franklin Head telah mencipta lembing yang “hollow” yang memberi lembing tersebut untuk terapung lebih lama dan ke sasaran yang lebih jauh.

Laman web Olympic.org pula menerangkan acara merejam lembing pada zaman Olimpik purba tahun 778 SM acara ini sudah mula dipertandingkan sebagai salah satu acara dalam sukan tersebut.

Merejam lembing mempunyai banyak kaitan antara peperangan dan acara Olimpik. Di antara era Mycenaean dan zaman Kerajaan Roman, lembing digunakan dalam peperangan, bezanya tentera zaman tersebut menggunakan lembing yang lebih berat berbanding dengan atlit. Dalam suka Olimpik zaman moden pemenang acara ini di peringkat dunia secara tradisinya dikuasai oleh negara-negara “Nordic” di Eropah, daripada 69 pingat Olimpik dalam acara merejam lembing lelaki sebanyak 32 pingat telah dimenangi oleh Negara Norway, Sweden atau Finland.

Menurut laman web pjpkipkb.forumphpbb3.com acara ini mula dipertandingkan buat pertama kali dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Dalam Sukan Olimpik moden ia mula dipertandingkan dalam tahun 1912. Sejak itu acara merejam lembing merupakan acara balingan/padang yang penting yang

Page 2: Sejarah merejam lembing

dipertandingkan dalam semua acara sukan dunia. Acara merejam lembing sekarang ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan wanita