sejarah kemerdekaan

10
Soalan 90: Analisiskan langkah-langkah ke arah mencapai Kemerdekaan di Tanah Melayu. Pendahuluan. § Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sebagai langkah ke arah berkerajaan sendiri, kerajaan British memperkenalkan beberapa langkah. Sistem ahli diperkenalkan pada tahun 1951. Rundingan kemerdekaan telah diadakan pada bulan Januari 1956. § Suruhanjaya Reid dibentuk untuk menggubal perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu yang merdeka. Kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Isi-isi penting 1. Sistem Ahli § Bertujuan memberi latihan kepada pemimpin tempatan dalam pentadbiran. Beberapa orang Majlis Perundangan Persekutuan dipilih untuk mengetuai jabatan tertentu dan berfungsi seperti menteri. § Ahli-ahli terdiri daripada pelbagai kaum dan bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi. 2. Pilihan raya Majlis Tempatan 1951-1952 § Pilihan raya ini diadakan pada peringkat tempatan sebagai langkah ke arah demokrasi berparlimen. Pada 1 Disember 1951, pilihan raya tempatan pertama diadakan bagi 9 kerusi dalam Majlis Bandaran Pulau Pinang. § Pada tahun 1952, pilihan raya Majlis Kuala Lumpur diadakan. Parti Perikatan UMNO-MCA mencapai kemenagan yang cemerlang dengan memenangi 9 kerusi daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. 3. Pilihan raya Majlis Perumdangan Persekutuan (MPP) 1955 § Pada Julai 1955, pilihan raya diadakan bagi memilh 52 orang ahli Majlis Perudangan Persekutuan. Dalam pilihan raya ini, MIC telah meyertai UMNO

Upload: atikabaizura

Post on 11-Feb-2016

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

atika

TRANSCRIPT

Page 1: sejarah kemerdekaan

Soalan 90: Analisiskan langkah-langkah ke arah mencapai Kemerdekaan di Tanah Melayu.

Pendahuluan.

§ Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sebagai langkah ke arah berkerajaan sendiri, kerajaan

British memperkenalkan beberapa langkah. Sistem ahli diperkenalkan pada tahun 1951. Rundingan

kemerdekaan telah diadakan pada bulan Januari 1956.

§ Suruhanjaya Reid dibentuk untuk menggubal perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu yang merdeka.

Kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Isi-isi penting

1. Sistem Ahli

§ Bertujuan memberi latihan kepada pemimpin tempatan dalam pentadbiran. Beberapa orang Majlis

Perundangan Persekutuan dipilih untuk mengetuai jabatan tertentu dan berfungsi seperti menteri.

§ Ahli-ahli terdiri daripada pelbagai kaum dan bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi.

2. Pilihan raya Majlis Tempatan 1951-1952

§ Pilihan raya ini diadakan pada peringkat tempatan sebagai langkah ke arah demokrasi berparlimen. Pada

1 Disember 1951, pilihan raya tempatan pertama diadakan bagi 9 kerusi dalam Majlis Bandaran Pulau

Pinang.

§ Pada tahun 1952, pilihan raya Majlis Kuala Lumpur diadakan. Parti Perikatan UMNO-MCA mencapai

kemenagan yang cemerlang dengan memenangi 9 kerusi daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.

3. Pilihan raya Majlis Perumdangan Persekutuan (MPP) 1955

§ Pada Julai 1955, pilihan raya diadakan bagi memilh 52 orang ahli Majlis Perudangan Persekutuan. Dalam

pilihan raya ini, MIC telah meyertai UMNO dan MCA dalam Parti Perikatan.

§ Partti Perikatan berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

4. Rombongan Merdeka

Page 2: sejarah kemerdekaan

§ Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rambongan ke London pada Januari 1956 untuk

membincangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

§ Rombongan ini berjaya apabila kerajaan British bersetujui mengsytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu

pada 31 Ogos 1957.

5. Suruhanjaya Reid

§ Suruhanjaya Reid dibentuk untuk menggubal perlembagaan bagi Tanah Melayu yang baharu merdeka.

Ahli-ahlinya terdiri daripada Lord Reid (Britain-Pengerusi), Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William

Mckell (Australia), Hakim Abdul Hamid (Pakistan), dan B. Malik (India).

§ Suruhanjaya Reid mengumumkan satu Rang Perlembagaan pada Februari 1957. Parti Perikatan

membantah beberapa perkara seperti: Islam tidak diterima sebagai agama rasmi Tanah Melayu, Bahasa

Mandarin dan Tamil boleh digunakan dalam Majlis Perundangan Persekutuan dalam 10 tahun selepas

kemerdekaan, Seseorang dibenarkan mendapat dwikerakyatan, iaitu rakyat Tanah Melayu dan negara

Tanah Melayu dan negara lain pada masa yang sama, Rang Perlembagaan ini dikaji semula oleh satu

jawatankuasa Eksekutif dan Beberapa pindaan dibuat dan diluluskan oleh MajlisPerundangan

Persekutuan dan berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957.

6. Pengisytiharan Kemerdekaan

§ Tunku Abdul Rahman mengumumkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di stadium

Merdeka, Kuala Lumpur.

Kesimpulan

§ Kemerdekaan Tanah Melayu dicapai melalui tolak ansur antara kaum.

§ Ini menunjukkan bahawa Parti perikatan diterima oleh rakyat.

Soalan 91: Galurkan perkembangan sejarah yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada

tahun 1957.

Pendahuluan

§ Gerakan nasionalisme yang telah berlangsung sejak era sebelum perang telah diteruskan pada zaman

Jepun dan selepas perang

§ Tuntutan, desakan dan tentangan orang Melayu dan diikuti dengan kompromi yang diberikan oleh orang

asing iaitu Cina dan India telah membolehkan British tidak mempunyai pilihan selain daripada

memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957

Page 3: sejarah kemerdekaan

Isi-isi Penting:

1. Pendudukan Jepun telah menjadi satu teladan kepada pejuang-pejuang bangsa untuk berusaha

memerdekakan Tanah Melayu. Di dorong juga oleh peristiwa-peristiwa di negara-negara jiran seperti

Indonesia yang telah menyemarakkan semangat orang Melayu

2. Sebaik Jepun menyerah kalah, British kembali ke Tanah Melayu dengan British Military Administration

(BMA) iaitu pemerintahan tentera bercorak sementara sebelum satu sistem pentadbiran yang lain

diwujudkan di Tanah Melayu. Berikutan perundangan-perundangan yang dilakukan di London, Unit

Perancangan Tanah Melayu telah ditubuhkan dan mengumumkan Malayan Union . Rancangan ini

diumumkan oleh Setiausaha Tanah Jajahan , George Hall pada 10 Oktober 1942 dan utusan khas bagi

memperoleh pendapat dan tandatangan raja-raja Melayu iaitu Sir Harold Mac-Micheal telah dihantar ke

Tanah Melayu.

3. Orang Melayu menentang penubuhan MU, demonstrasi dianjurkan secara besar-besaran. Tentangan

orang Melayu telah menyebabkan British mengemukakan idea Persekutuan Tanah Melayu (PTM ) yang

dilancarkan pada tahun 1948.

4. Pada 1951, kerajaan British memperkenalkan Sistem Ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja

Persekutuan dan ahli-ahli ini diberi taraf menteri. Antaranya ialah Dato’ Onn Jaafar yang memegang

jawatan ahli hal ehwal dalam negeri, Dato’ E.E.C Thuraisingham – ahli pelajaran dan sebagainya.

Sebagai memberi latihan kepada orang tempatan untuk memerintah negara sendiri. Pada 1951

pilihanraya Majlis Perbandaran Pulau Pinang diadakan untuk memilih wakil. Diikuti pilihanraya Umum

yang membabitkan parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO,MIC,MCA,Parti Negara dan Pas.

Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi.

5. Pilihanraya 1955 membawa kepada rundingan ke arah kemerdekaan antara Parti Perikatan

dengan British. Suruhanjaya Reid dibentuk pada 1955 bagi mengesyorkan pembentukan satu

Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen. Januari 1956, rombongan 8 orang

wakil berangkat ke London dalam misi mendapatkan kemerdekaan. British setuju memberikan

kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pengumuman secara rasmi telah dilaungkan oleh Tunku Abdul

Rahman di Stadium Merdeka.

Page 4: sejarah kemerdekaan

Kesimpulan

§ Kemerdekaan yang dicapai pada Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah untuk dicapai.

§ Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang.

Soalan 92: Bincangkan Faktor-Faktor Pembentukan Malaysia pada 1963

Pendahuluan

§ Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan gagasan Persekutuan Malaysia pada tahun 1961 atas sebab

kerjasama politik dan kepentingan ekonomi. Cadangan beliau menjadi realiti apabila Persekutuan Malaysia yang

terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, dan Sabah dibentuk pada 16 September 1963

§ Persekutuan Malaysia dibentuk berdasarkan factor politik, ekonomi dan sosial.

Isi-Isi Penting

Kemerdekaan

§ Pembentukan Persekutuan Malaysia akan mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura, dan Brunei.

Negeri-negeri ini masih dibawah penjajahan British. Saiz Singapura dan jumlah penduduk Sarawak, Sabah, dan

Brunei yang kecil menyulitkan usaha mendapatkan kemerdekaan secara bersendirian dari British.

§ Keanggotaan mereka dalam Persekutuan Malaysia akan menjamin pencapaian kemerdekaan yang lebih awal.

Keselamatan/ancaman komunis/pengaruh berhaluan kiri.

§ Menjaga keselamatan dan kestabilan politik singapura dan Sarawak daripada ancaman komunis. Penyertaan

singapura, sabah, dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia dapat dijadikan benteng pertahanan yang kukuh

terhadap ancaman komunis tersebut.

§ Bagi British, Pembentukan Persekutuan Malaysia dilihat sebagai satu langkah bagi kestabilan politik kepada rantau

Asia Tenggara. British berharap Pembentukan Persekutuan Malaysia dapat melemahkan perjuagan komunis di

Sarawak dan di wilayah Borneo. Usaha ini penting bagi british untuk melindungi kepentingan ekonominya di

rantau Asia Tenggara khasnya di singapura.

Dekolonisasi

§ Pembentukan Persekutuan Malaysia dianggap sebagai satu proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil

yang belum membangun. Memberi pembebasan kepada tanah jajahan.

§ Idea Pembentukan Persekutuan Malaysia sejajar dengan usul PPB tersebut. Pada ketika itu, hampir semua Negara

di Asia Tenggara telah mendapat kemerdekaan.

Kemajuan sosioekonomi

§ Penubuhan Persekutuan Malaysia dapat menjamin kerjasama yang lebih erat dari segi ekonomi.

Membentuk satu kawasan pasaran ekonomi yang luas. Tanah melayu kaya dengan bahan mentah

seperti bijih timah dan getah. Sarawak dan Sabah kaya dengan sumber balak dan tembakau. Brunei

kaya dengan sumber minyak. Menyatukan sumber tenaga manusia dan sumber asli dalam kalangan

Page 5: sejarah kemerdekaan

negeri dalam Persatuan.

§ Menghapuskan sekatan cukai dalam kalangan Negeri Persekutuan. Memudahkan usaha menarik pemodal

luar. Memajukan taraf hidup rakyat Sarawak, sabah, dan brunei.

§ Menbawa manfaat ekonomi kepada singapura kerana bekalan bahan mentah terjamin. Meningkatkan

perusahaan dan pangkalan British di singapura.

Kependudukan/ keseimbangan kaum

§ Mengimbangi penduduk Melayu dan Bumiputera dengan bukan bumiputera dalam Persekutuan Malaysia. Tunku

Abdul Rahman bimbang akan timbul masalah ketidakseimbangan kaum sekiranya hanya singapura sahaja yang

menyertai Persekutuan Tanah Melayu dalam gabungan Malaysia. Bilangan kaum cina akan melebihi kaum

Melayu keran 80% daripada penduduk singapura merupakan orang cina.

§ Penyertaan Sabah, Sarawak, dab Brunei ke dalam Persekutuan Malaysia dapat mengatasi masalah

ketidakseimbangan kaum. Sabah, Sarawak, dan Brunei mempunyai bilangan bumiputera yang ramai.

Penutup

§ Pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu,

Sarawak, Sabah, dan Singapura. Brunei menarik diri atas soal hasil minyak dan kekananan menjadi ketua Negara

Persekutuan.

§ Pembentukan Malaysia memperlihatkan usaha kea rah mempercepatkan kemerdekaan dan kepentingan ekonomi

negeri-negeri anggota.

Soalan 93: Bincangkan reaksi dalam dan luar negara terhadap pembentukan Malaysia.

Pendahuluan

§ Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan gagasan Persekutuan Malaysia pada tahun 1961 atas sebab

kerjasama politik dan kepentingan ekonomi. Cadangan beliau menjadi realiti apabila Persekutuan Malaysia yang

terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, dan Sabah dibentuk pada 16 September 1963

§ Persekutuan Malaysia dibentuk berdasarkan factor politik, ekonomi dan sosial.

Isi-isi Penting:

1. Reaksi dalam Negara

Persekutuan Tanah Melayu

§ Persekutuan tanah melayu melihat pembentukan gagasan tanah melayu sebagai usaha murni untuk

membantu dan memimpin negeri2 anggota. Parti politik di tanah melayu menyokong cadangan

Tunku Abdul Rahman dan menerima prinsip gagasan persekutuan malaysia.

§ Parti Islam se-tanah melayu (PAS) dan barisan sosialis mahu idea gagasan dirundingkan terlebih

Page 6: sejarah kemerdekaan

dahulu dalam kalangan rakyat. UMNO menyokong penggambungan dengan sabah, sarawak dan

brunei tetapi tanpa singapura.

Singapura

§ Parti Tindakan Rakyat (PETIR) dibawah Lee Kuan Yew memenangi pilihan raya umum pada 1959

ingin bergabung dengan Persekutuan tanah melayu. Perpecahan dalam PETIR berlaku berikutan

perbezaan fahaman politik antara ahli yang berpendidikan Inggeris dengan ahli yang

berpendidikan cina. Lee kuan Yew menghadapi tentangan hebat daripada ahli berpendidikan cina

yang berhaluan kiri. PETIR kalah dalam pilihan raya kecil Hong Lim pada April 1961 dan pilihan

raya kecil Anson pada bulan julai 1961.

§ Lee Kuan Yew berunding dengan Tunku Abdul Rahman dan menyeru supaya penggabungan

diantara kedua-dua negeri ini dijalankan dengan secepat mungkin. Golongan Berhaluan kiri

pimpinan Dvid Marshall, pemimpin sekretariat kongres kesatuan sekerja singapura, barisan

sosialis, dan parti buruh membantah cadangan Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew terpaksa

mengadakan satu pungutan suara.

Sabah

§ Pengumuman gagasan Persekutuan Malaysia telah melahirkan beberapa buah parti politik yang

masing2 memperjuangkan hak dan kepentingan kaum tertentu. Masyarakat kadazan

menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) yang berjuang mengeratkan

hubungan orang kadazandusun. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) ditubuhkan di

bawah pimpinan Dato Mustapha Datu Harun menyokong gagasan malaysia kerana ekonomi dsn

politik akan terjamin jika sabah menyertai persekutuan malaysia.

§ Parti pasok Momogun pimpinan G.S. Sundang disokong oleh orang cina berasa bimbang dengan

kedudukan ekonomi mereka sekiranya Sabah meyertai perssekutuan tanah melayu. Parti

Bersaatu dan parti Demokratik membentuk persatuan cina sabah (SCA) dengan tujuan menjaga

kepentingan masyarakat cina di sabah.

Sarawak

§ Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bimbang sarawak dan sabah akan dikuasai oleh persekutuan

tanah melayu. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pimpinan Stephen kalong Ningkan menentang

pembentukan Persekutuan Malaysia dan menamatkan penentangan apabila menyertai Parti

Page 7: sejarah kemerdekaan

Perikatan Sarawak pada tahun 1962. Parti Negara Sarawak (PANAS) menentang pembentukan

Malaysia pada awalnya tetapi memberi sokongan apabila sedar dan manfaat ekonomi sarawak

yang diperoleh.

§ wakil sabah dan sarawak mengemukakan perkara 20 untuk di masukkan ke dalam Perlembagaan

Malaysia yang akan dibentuk oleh jawatankuasa antara kerajaan (JAK).

Brunei

§ Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Persekutuan Malaysia sebab ingin mempercepatkan

kemerdekaan, memerlukan perlindungan, dan brunei akan terselamat dari ancaaman komunis.

Pemimpin Parti Rakyat Brunei A.M. Azahari menentang hebat pembentukan malaysia kerana

ingin memulihkan zaman kegemilangan, menubuhkan Persekutuan Bor neo, dan mendakwa

brunei akan menjadi tanah jajahan di tsanah melayu.

§ A.M.Azahari mendapat sokongan kewangan dari Filipina dan indonesia yang juga menentang

pembentukan malaysia. Apabila Azahari gagal mendapat sokongan dari Sultan Brunei, beliau

melancarkan pemberontakan ingin menggulingkan Sultan Brunei pada 7 disember 1962 yang

dikenali sebagai Pemberontakan Brunei tetapi dikalahkan oleh tentera british. Sultan Omar

Saifuddin menolak jemputan tanah melayu menyertai gagasan Persekutuan Malaysia pada bulan

julai 1963.

2. Reaksi luar negara

British

§ British bersetuju dengan idea pembentukan gagasan persekutuan malaysia. British bimbang

ancaman komunis berpendapat bahawa pembentukan persekutuan Malaysia dapat menyekat

perkembangan pemgaruh komunis.

§ British berharap agar indonesia mengugurkan tuntutannya terhadap kepualauan borneo. British

berhasrat melindungi kepentingan ekonominya di malaysia dan masih meneruskan bantuan

ketenteraanya.

Filipina

§ Filipina dibawah pimpinan Presiden Macapagal menentang persekutuan Malaysia dan mendakwa

Page 8: sejarah kemerdekaan

Sabah adalah milik Filipina. Menurut Presiden Macapagal, kesultanan sulu memajak sabah

kepada SBUB dan bukan menjualnya. Ini dibuktikan dengan pembayaran tahunan secara tetap

oleh SBUB kepada Sultan Sulu.

§ Hubungan Tanah Melayu dengan Filipina renggang apabila A.M.Azahari melawat macapagal dan

menghasut agar tidak menyokong gagasan persekutuan malaysia. Pada tahun 1946, SBUB telah

menyerahkan Sabah kepada British, pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris sultan sulu.

Filipina mengiktiraf penubuhan malaysia pada jun 1966.

Indonesia

§ Menganggap pembentukan malaysia adalah satu bentuk neokolonialisme yang akan mengancam

indonesia. Memberikan latihan tentera kepada anggota parti rakyat brunei yang memberontak

pada disember 1962. Menggunakan pemberontakan parti rakyat brunei sebagai alasan brunei

tidak menyokong pembentukan malaysia. Mengumumkan secara rasmi sokongan kepada

A.M.Azahari semasa pemberontakan brunei.

§ Hubungan tanah melayu dengan indonesia yang renggang. Sebab konfrontasi ialah soekarno

menuduh malaysia sebuah negara neokolis.

Penutup

§ Pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu,

Sarawak, Sabah, dan Singapura. Brunei menarik diri atas soal hasil minyak dan kekananan menjadi ketua Negara

Persekutuan.

§ Pembentukan Malaysia memperlihatkan usaha kea rah mempercepatkan kemerdekaan dan kepentingan ekonomi

negeri-negeri anggota.

Soalan 94: Bincangkan isi-isi perjanjian Malaysia pada tahun 1963

Pendahuluan

§ Rundingan akhir pembentukan Malaysia diadakan di London pada bulan Jun 1963. Setelah persetujuan dicapai,

perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 antara kerajaan Britain, Tanah Melayu,

Singapura, Sabah, dan Sarawak yang mengesahkan peralihan kedaulatan Britain ke atas Sabah, Sarawak, dan

Sarawak. Ratu Elizabeth 2 telah memperkenankan Akta Malaysia yang diluluskan oleh Parlimen British. Ini

seterusnya disusuli dgn kelulusan perjanjian Malaysia oleh Parlimen Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan

Singapura, Majlis Undangan Sarawak, dan Majlis Undangan Sabah . Pada 26 Ogos 1963, Yang di-Pertuan Agong

tlh memperkenankan Akta Malaysia.

§ Akta Malaysia tlh memperuntukkan beberapa perkara yang kemudiannya diterima dan dimasukkan ke dlm

perlembagaan persekutuannya.

Isi-isi penting

Page 9: sejarah kemerdekaan

Isi-isi Perjanjian Malaysia 1963

1. Semua urusan yang berkaitan dgn hal ehwal luar terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab kerajaan

persekutuan.

2. Agama Islam adalah agama rasmi persekutuan, kecuali Sabah dan Sarawak tetapi agama-agama lain boleh

diamalkan dgn bebas.

3. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, tetapi bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain masih boleh

digunakan. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, bahasa rasmi bahasa Inggeris dan bahasa itu masih boleh digunakan

sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia.

4. Sabah dan Sarawak diberi kuasa mengawal hal ehwal imegresen dan perkhidmatan awam di kedua-dua negeri

itu.

5. Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah 16 kerusi, dan Singapura 15 kerusi dlm badan perundangan di

peringkat persekutuan, iaitu parlimen.

6. Rakyat bumiputera di Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama, iaitu kedudukan istimewa dlm

perlembagaan persekutuan seperti yang dinikmati oleh orang melayu di Tanah Melayu.

Penutup

§ Hampir semua tuntutan Sabah dan Sarawak diberikan pertimbangan sewajarnya, diterima, dan dimuatkan dlm

perlembangan Malaysia 1963.

§ Dengan ini, pembentukan gagasan Persekutuan Malaysia menjadi kenyataan pada 16 September 1963.