sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang

5
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan. Dalam tempoh tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia. Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya

Upload: chegu-bob

Post on 06-Apr-2016

228 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Hari Ibu Telah Dikenalpasti Sebagai Perayaan Musim Bunga Orang

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah

Page 2: Sejarah Hari Ibu Telah Dikenalpasti Sebagai Perayaan Musim Bunga Orang

mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biar pun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.Seorang datang berjumpa Rasulullah saw. dan bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk saya berbuat baik? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab : Bapamu. (HR Muslim No.4621)

“Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan ja nganlah kamu sekutukan dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang som bong, takbur dan membanggakan diri.” (an-Nisa’: 36)

Tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa adalah satu perintah Allah yang wajib diikuti. Berbuat baik sifatnya umum, ini termasuk bersikap lemah lembut, berbudi bahasa, tidak berlaku kasar, malah selalu mengingati dan menghargai pengorbanan yang mereka berikan kepada kita selama ini.

Jasa dan pengorbanan ibu bapa amat besar. Mereka bersusah payah memelihara dan menjaga si anak siang dan malam, mengorbankan waktu, tenaga, perasaan serta wang ringgit demi memberikan yang terbaik dan ingin melihat anaknya menjadi seorang yang terbaik.

Atas faktor itu, Islam dari awal lagi menetapkan tang gungjawab kepada si anak supaya melakukan kebaikan kepada ibu bapa dalam segenap aspek, bermula dari hati, tutur bicara dan tindakan.Malah, jika diteliti tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa diberikan keutamaan dalam al-Quran, kerana perintah ber kenaan digandingkan dengan perintah tauhid kepada Allah.

“Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak me nyembah melainkan kepadanya dan hendaklah engkau ber buat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua

Page 3: Sejarah Hari Ibu Telah Dikenalpasti Sebagai Perayaan Musim Bunga Orang

dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun per kataan “uh” dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (al-Isra’: 23)

Melalui ayat itu juga dapat difahami, anak wajib berbuat baik kepada ibu bapa tanpa mengira keadaan dan kedudukan mereka, malah ketika mereka tua dan berkeadaan lemah, lebih-lebih lagi perlu diberikan perhatian. Jangan sesekali disisih.

Islam mengingatkan umatnya, di samping bersyukur kepada Pencipta, sebagai anak wajib bersyukur kepada kedua ibu bapa, kerana ibu bapa dapat si anak melihat dunia dan menikmati kemanisannya, malah dapat mengenal Allah dan beribadat kepada-Nya.

“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima ba lasan).” (Lukman: 14)Maksud daripada beberapa ayat al-Quran terbabit jelas menunjukkan tuntutan berbuat baik terhadap ibu bapa bukan satu perkara remeh yang boleh diambil ringan, malah ia satu tanggungjawab besar yang wajib bagi anak melaksanakan sebaik mungkin.

Jika mahu dibandingkan nilai pengorbanan ibu bapa ter hadap anak dan kebaikan si anak kepada ibu bapa, memang tidak terbanding, malah sangat jauh perbezaannya.

Seorang ibu misalnya, sanggup melakukan apa saja demi anak, bersengkang mata hingga pagi jika si anak tidak lelap tidur, tidak berhenti daripada menyusukan anak selagi tidak kenyang, malah dalam aspek makanan dan pakaian anak diutamakan. Tetapi anak belum tentu mendahului ibu ba panya.

Begitu besar pengorbanan ibu bapa dan sudah semesti layak mereka diberikan penghormatan tinggi, lebih-lebih lagi ibu yang sangat rapat dengan anak. Ini

Page 4: Sejarah Hari Ibu Telah Dikenalpasti Sebagai Perayaan Musim Bunga Orang

tepat sekali dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w, bermaksud: “Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu.”

Kisah Alqamah misalnya elok dijadikan pengajaran. Beliau sukar untuk melafazkan kalimah syahadah di saat sakaratul maut kerana perasaan ibunya yang tergores atas layanannya.

Walaupun Alqamah kuat beribadah, beliau melakukan sesuatu yang menggores perasaan ibunya, lalu ibunya kecil hati dengan tindakannya, sehingga ibunya sukar untuk memaafkannya. Peristiwa itu sepatutnya dijadikan iktibar, semoga perkara yang dialami Alqamah tidak terjadi kepada kita.

Jika sebelum ini berlaku beberapa kes yang mengecewakan seperti dipaparkan media, mencederakan dan mengasingkan ibu bapa, mudah-mudahan dengan kesedaran mengenai perintah Allah supaya berbuat baik kepada ibu bapa, tiada lagi kes seumpama itu berulang.

Ibu bapa perlu diberikan layanan terbaik, diperuntukkan masa berbicara bersamanya, diziarahi jika berjauhan, di berikan hadiah pada waktu yang sesuai, malah sesekali diajak bercuti atau bersiar-siar bersama bagi menghiburkan ha tinya.

Tidak rugi berbakti kepada ibu bapa, malah ia memberikan satu kepuasan kepada si anak kerana dapat membalas jasa orang tua, walaupun tidak dapat dibandingkan dengan pengorbanan mereka. Tetapi sekurang-kurangnya, mereka bangga kerana mempunyai anak yang mengenal orang tua.

Anak juga bertanggungjawab mendoakan keampunan dan kesejahteraan kepada ibu bapanya, malah apabila mereka sudah tiada sekalipun, doa kepada mereka tidak dilupakan, sesuai dengan hadis nabi ‘terputus amalan anak Adam, kecuali tiga perkara, ilmu bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak soleh

Read More: http://www.serikasih.com/tazkirah-berbakti-kepada-ibu-bapa#ixzz1udHd7X7f