dewan negara aturan urusan mesyuarat …isnin).pdf · berketurunan india yang masih belum mempunyai...

27
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 14 OGOS 2017, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 9 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN PN-1352-L00572 1. Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah bentuk kawalan yang diambil pihak Kementerian bagi mengatasi masalah kewujudan syarikat pelancongan tidak berdaftar terutamanya yang menyediakan pakej umrah yang dilihat mengambil kesempatan terhadap pengguna. PN-1352-L00640 2. Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah pemeriksaan kenderaan awam hanya tertumpu pada musim perayaan kerana dikhuatiri kenderaan awam ini hanya diselenggara sewaktu musim perayaan sahaja. PN-1352-L00292 3. Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :- (a) apakah peranan Kementerian dalam penglibatan melaksanakan program-program pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS); dan (b) apakah peranan SMECorp yang merupakan agensi penyelaras utama untuk perlaksanaan program bagi PKS. PN-1352-L00703 4. Datuk Haji Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Haji Omardin minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan adakah Kementerian akan memperluaskan pembinaan rumah komuniti seperti yang dilaksanakan di Besut ke negeri-negeri lain untuk manfaat penduduk setempat bagi golongan miskin.

Upload: truongkien

Post on 13-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 14 OGOS 2017, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

9

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

PN-1352-L00572

1.

Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah bentuk kawalan yang diambil pihak Kementerian bagi mengatasi masalah kewujudan syarikat pelancongan tidak berdaftar terutamanya yang menyediakan pakej umrah yang dilihat mengambil kesempatan terhadap pengguna.

PN-1352-L00640

2.

Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah pemeriksaan kenderaan awam hanya tertumpu pada musim perayaan kerana dikhuatiri kenderaan awam ini hanya diselenggara sewaktu musim perayaan sahaja.

PN-1352-L00292

3.

Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-

(a) apakah peranan Kementerian dalam penglibatan melaksanakan program-program pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS); dan

(b) apakah peranan SMECorp yang merupakan agensi penyelaras utama untuk perlaksanaan program bagi PKS.

PN-1352-L00703

4.

Datuk Haji Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Haji Omardin minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan adakah Kementerian akan memperluaskan pembinaan rumah komuniti seperti yang dilaksanakan di Besut ke negeri-negeri lain untuk manfaat penduduk setempat bagi golongan miskin.

2

AUM DN 14/8/2017

PN-1352-L00318

5.

Dr. Ariffin Bin S.M. Omar minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-langlah yang diambil untuk menentukan bahawa pekerjaan-pekerjaan dalam bidang industri berteknologi tinggi dapat diisi oleh warga Malaysia dan bukan pakar-pakar dari luar negeri.

PN-1352-L00694

6.

Dato' Haji Mohd Salim Bin Sharif @ Mohd Sharif minta PERDANA MENTERI menyatakan implikasi pertumbuhan ekonomi dan impak kepada sosio ekonomi atas pembinaan MRT kepada penduduk Sungai Buloh dan Kajang serta kawasan di bawah jajaran tersebut. Adakah pihak Kerajaan bercadang menyambung jajaran tersebut sehingga ke Seremban.

PN-1352-L00249

7.

Tan Sri Nalla K.S. minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes penculikan dan kehilangan kanak-kanak yang dilaporkan sepanjang tahun 2016 dan apakah tindakan Kerajaan menangani kes-kes tersebut dan juga menangani kerisauan orang awam yang sering mendapat makluman berlaku kes penculikan dan kehilangan ini.

PN-1352-L00007

8.

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan unjuran pelajar pra-sekolah pada tahun 2018, dan bagaimanakah koordinasi Kementerian Pendidikan dengan KEMAS dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) untuk memastikan semua kanak-kanak pra-sekolah Kumpulan B40 mendapat tempat di kelas pra-sekolah di Kementerian Pendidikan, Tadika KEMAS dan Tadika JPNIN.

PN-1352-L00380

9.

Khairul Azwan Harun minta MENTERI KESIHATAN menyatakan akses kepada perkhidmatan kepakaran di hospital-hospital awam masih terhad kerana kos membangunkan perkhidmatan itu sangat tinggi. Selain itu, masalah untuk melatih dan mengekalkan pakar perubatan di sektor awam menjadi halangan untuk memperluaskan perkhidmatan pakar tersebut. Adakah skim insurans kesihatan Kerajaan satu pertimbangan yang serius untuk menangani kelemahan dalam sistem penjagaan kesihatan.

PN-1352-L00290

10.

Datuk Lihan Jok minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah cabaran yang paling dominan yang menggugat keluarga dan masyarakat moden Malaysia sekarang, dan cara menangani cabaran ini.

AUM DN 14/8/2017

3

PN-1352-L00143

11.

Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah program pembangunan dan peruntukan yang disediakan dalam pembangunan belia Orang Asli dalam merealisasikan TN50.

PN-1352-L00217

12.

Dr. Zaiedi Haji Suhaili minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perkembangan mutakhir mengenai Dasar 'Cabotage' kepada Sarawak, Sabah dan Labuan dan apakah penghapusan dasar ini akan menurunkan harga barang-barang di Sarawak, Sabah dan Labuan.

PN-1352-L00340

13.

Dato' Dr. Hou Kok Chung minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah jumlah nilai FDI negara bagi tahun ini setakat Jun 2017 berbanding Jun 2016 dan nyatakan 5 buah negara yang membuat pelaburan tertinggi pada tempoh tersebut dalam tahun 2016 dan 2017.

PN-1352-L00672

14.

Dato' Hajah Norahan Binti Abu Bakar minta MENTERI KEWANGAN menyatakan baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan pembukaan Hab Asia Pasifik Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO) yang pertama di rantau ini. Kita sedia maklum ia berperanan untuk mewujudkan kerjasama erat merentasi sempadan dan kepakaran dalam kalangan rakan pengawal selia domestik serta antarabangsa dalam membantu pasaran modal Asia Pasifik dan kapasitinya. Sejauh manakah kesan positif dan negatif pembukaan IOSCO ini kepada Malaysia.

PN-1352-L00019

15.

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kejayaan yang dicapai oleh Program MY Daftar dengan butiran seperti bilangan permohonan mengikut jenis permohonan, bilangan kelulusan dari 2011 sehingga kini dan anggaran jumlah orang berketurunan India yang masih belum mempunyai kad pengenalan dan/atau kewarganegaraan.

4

AUM DN 14/8/2017

PN-1352-L00345

16.

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bahawa jumlah pendapatan Kerajaan melalui Jabatan Kastam DiRaja Malaysia telah berjaya mengutip GST sebanyak RM41.2 bilion bagi tahun berakhir 2016. Justeru itu, di manakah jumlah pendapatan tersebut dibelanjakan dan berikan pecahan perbelanjaan daripada hasil kutipan tersebut kepada rakyat Malaysia.

PN-1352-L00204

17.

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilangan kes-kes pencemaran sisa buangan industri yang mencemar sumber air di setiap negeri dan apakah tindakan paling efektif Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan sumber air mentah tidak dicemari dengan pelepasan sisa buangan ini yang menyebabkan masalah penutupan loji rawatan air.

PN-1352-L00458

18.

Datuk Zali Bin Mat Yasin minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan menyenaraikan jumlah usahawan muda yang menerima bantuan dan insentif daripada pihak Kementerian dan jenis bantuan yang telah diberikan dalam tempoh tiga tahun terakhir ini.

PN-1352-L00482

19.

Puan Hajah Khairiah Binti Mohamed minta PERDANA MENTERI menyatakan status kelulusan kawal selia Kerajaan ke atas perkhidmatan teksi atas talian seperti Uber dan GrabCar serta apakah syarat-syarat yang ditetapkan bagi memastikan persaingan yang sihat dengan perkhidmatan teksi sedia ada.

PN-1352-L00369

20.

Tuan Ramli Bin Shariff minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk meliberalisasikan sektor kewangan khususnya polisi bagi pembiayaan peribadi dalam usaha membanteras atau pun mengurangkan kebergantungan kepada 'along' bagi mendapatkan pinjaman.

PN-1352-L00436

21.

Dato' Indera Hoh Khai Mun minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-

(a) jumlah graduan seniman tradisional di Malaysia yang telah mengambil kursus di Institut Kraf Negara mengikut fakulti, jantina, dan prospek kerjaya masa depan; dan

AUM DN 14/8/2017

5

(b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan pengambilan kursus seni dan tradisional yang menghadapi risiko kepupusan.

PN-1352-L00109

22.

Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk memastikan spesies terancam Pokok Karas tidak pupus akibat daripada aktiviti pembalakan haram yang dilakukan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan kayunya yang amat mahal.

PN-1352-L00421

23.

Puan Hajah Rahemah Binti Idris minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah ahli yang berdaftar melalui 'Friends of KPDNKK', apakah peranan dan sejauh mana penglibatan mereka membantu menyelesaikan masalah kepenggunaan.

PN-1352-L00273

24.

Puan Siti Aishah Binti Shaik Ismail minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada pihak Kementerian boleh menempatkan doktor perubatan yang bertauliah untuk bertugas di klinik-klinik 1Malaysia di seluruh negara.

PN-1352-L00628

25.

Tuan Haji Abdul Shukor Bin Mohd Sultan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pandangan Kementerian berkaitan jenayah pemerdagangan manusia yang menjadikan Malaysia antara transit utama di rantau ini sebelum dibawa ke negara-negara maju.

PN-1352-L00065

26.

Datuk Yoo Wei How minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini rangkaian sistem pengangkutan awam yang telah dicapai serta apakah pelaksanaan rangkaian sistem pengangkutan awam yang bakal dinikmati oleh rakyat dalam masa terdekat.

PN-1352-L00447

27.

Dato' Indera Hoh Khai Mun minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan senarai dan peratusan syarikat atau industri kecil dan sederhana tempatan yang dapat menyertai industri sokongan atau subkontraktor kepada projek-projek mega pelaburan negara asing seperti Amerika Syarikat, China dan Arab Saudi.

6

AUM DN 14/8/2017

PN-1352-L00587

28.

Laksamana Tan Sri Dato' Sri Mohd Anwar Bin Hj. Mohd Nor (B) minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada rancangan untuk menjadikan ikan kembung sebagai ikan rakyat supaya harga dapat dikawal mengikut kemampuan rakyat golongan B40.

PN-1352-L00488

29.

Puan Hajah Khairiah Binti Mohamed minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan mangsa wabak 'Rabies' yang dikenal pasti di seluruh negara mengikut negeri dan langkah pencegahan yang telah diambil.

PN-1352-L00383

30.

Tuan Ramli Bin Shariff minta PERDANA MENTERI menyatakan keberkesanan penubuhan 'The Northen Corridor Implementation Authority' (NCIA) dalam mempromosikan dan memberi impak tinggi dan mampan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi berskala besar terutamanya kepada negeri Perlis dan menyatakan statistik kejayaan sehingga hari ini.

PN-1352-L00241

31.

Tan Sri Nalla K.S. minta MENTERI KESIHATAN menyatakan situasi wabak penyakit 'rabies' bawaan anjing yang kini menular ke Perak serta apakah tindakan yang telah diambil khususnya dalam menangani anjing-anjing liar yang terbiar yang banyak terdapat di kawasan awam.

PN-1352-L00498

32.

Datuk Haji Yahaya Bin Mat Ghani @ Abbas minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan sedang atau bercadang mewujudkan satu Jawatankuasa Tetap Khas bagi isu-isu yang berkaitan agama Islam dan bukan Islam bagi menangani isu-isu sensitif antara agama agar kekeliruan dalam masyarakat tidak berlaku setiap kali terdapat kes berkaitan, di samping menghormati prinsip dan hak setiap agama terhadap penganutnya. Jika ia sudah di wujudkan nyatakan sejauh manakah keberkesanan jawatankuasa ini.

PN-1352-L00157

33.

Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sasaran Kerajaan dalam mengurangkan pencemaran karbon dan mewujudkan persekitaran bandar dan luar bandar yang lebih selesa dan kondusif.

AUM DN 14/8/2017

7

PN-1352-L00257

34.

Puan Siti Aishah Binti Shaik Ismail minta PERDANA MENTERI menyatakan rasional rumah mampu milik yang dibina oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) terbuka untuk pembeli rumah kedua sedangkan ramai pembeli rumah pertama masih tercari-cari rumah seumpamanya.

PN-1352-L00013

35.

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan :-

(a) jumlah pelajar IPTA di negeri Kelantan mengikut bidang pengajian dan persijilan; dan

(b) apakah perancangan Kerajaan untuk menambah kapasiti pelajar IPTA di Kelantan dan membuka lebih banyak fakulti atau sekolah baru di bawah UITM dan UMK agar pertumbuhan ekonomi Kelantan lebih berkembang.

PN-1352-L00393

36.

Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) status terkini wabak jangkitan penyakit anjing gila (Rabies) di negara ini terutamanya di negeri Sarawak; dan

(b) langkah-langkah kawalan yang diambil termasuk program vaksinasi besar-besaran serta kawalan ke atas haiwan seperti anjing dan kucing.

PN-1352-L00427

37.

Datuk Zali Bin Mat Yasin minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sejauh manakah persiapan atlet negara bagi menghadapi Sukan SEA 2017 ini dan berapakah sasaran pingat emas untuk negara .

PN-1352-L00616

38.

Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tahap pencapaian terkini KPI seperti mana yang ditetapkan dalam Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya 2016-2022.

8

AUM DN 14/8/2017

PN-1352-L00039

39.

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah majikan yang gagal membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tahun 2015, 2016 dan 2017 dengan butiran jumlah pekerja yang terlibat, jumlah caruman yang gagal dibayar serta tindakan yang telah diambil terhadap majikan berkenaan.

PN-1352-L00666

40.

Dato' Hajah Norahan Binti Abu Bakar minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kesesakan kenderaan di atas lebuh raya meningkat setiap tahun terutamanya apabila tiba musim perayaan. Nyatakan jumlah kenderaan yang menggunakan LPT Fasa 1 yang masuk melalui Plaza Tol Bentong dan Karak semasa musim perayaan utama dan adakah pihak Kementerian bercadang untuk melebarkan lebuh raya bagi mengelak kesesakan yang berlaku.

PN-1352-L00163

41.

Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan usaha sama yang dijalinkan bersama Kerajaan Negeri Sabah dalam memelihara kualiti perkhidmatan, infrastruktur dan kebersihan kawasan pelancongan di Sabah.

PN-1352-L00566

42.

Laksamana Tan Sri Dato' Sri Mohd Anwar Bin Hj. Mohd Nor (B) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah konkrit dan berkesan untuk membina karakter pelajar-pelajar yang mampu meningkatkan tingkah laku patriotisme dan budaya cintakan negara.

PN-1352-L00175

43.

Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mat Yasin minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bilangan syarikat tempatan dan antarabangsa yang telah diberikan status Multimedia Super Corridor (MSC) oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan nyatakan jumlah pelaburan asing FDI yang telah berjaya dibawa masuk ke negara ini melalui syarikat-syarikat berstatus MSC ini.

PN-1352-L00078

44.

Dr. Mohd Nor Bin Haji Monutty minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah bersepadu yang telah diambil oleh pelbagai institusi Kerajaan bagi mengawal insiden bunuh diri dalam kalangan remaja yang semakin meningkat akibat sindrom penyakit mental.

AUM DN 14/8/2017

9

PN-1352-L00453

45.

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa banyak pelajar-pelajar bukan kaum Cina yang mendaftar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di negara kita. Adakah Kementerian mempunyai apa-apa syarat untuk mereka memasuki Sekolah SJKC.

PN-1352-L00682

46.

Dato' Haji Mohd Salim Bin Sharif @ Mohd Sharif minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapa ramaikah pengusaha stesen minyak kecil yang terpaksa menutup stesen minyak mereka akibat kerugian yang tidak dapat dibendung.

PN-1352-L00027

47.

Datuk Koh Chin Han minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah penentuan kriteria yang digunakan oleh Kementerian untuk menentukan atau memilih rujukan buku serta bacaan memastikan rujukan yang dicadangkan mempromosikan nilai murni, perpaduan kaum di kalangan mahasiswa serta mahasiswi.

PN-1352-L00124

48.

Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan jumlah kutipan surcaj denda lewat membayar bil elektrik TNB sehingga Ogos 2017 dan kemanakah kumpulan wang yang dikutip ini disalurkan.

PN-1352-L00090

49.

Dr. Mohd Nor Bin Haji Monutty minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah PDRM ada menubuhkan unit hal ehwal agama Islam seperti KAGAT yang telah diwujudkan dalam Angkatan Tentera.

PN-1352-L00053

50.

Datuk Yoo Wei How minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah kali terakhir semakan dilakukan oleh Kementerian ke atas formulasi ubat-ubatan dan rawatan fasiliti dalam Buku Biru kepada pesakit kronik di klinik serta hospital Kerajaan.

10

AUM DN 14/8/2017

PN-1352-L00361

51.

Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kriteria yang digunakan untuk melantik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan kaedah yang digunakan untuk mengukur keberkesanan mereka dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

PN-1352-L00593

52.

Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah dasar Kementerian berkaitan pemberian tongkat putih dan mesin 'Perkins Brailler' kepada warga OKU penglihatan. Berapakah OKU penglihatan yang telah menerima alat-alat ini sepanjang tahun 2015 dan 2016.

PN-1352-L00577

53.

Laksamana Tan Sri Dato' Sri Mohd Anwar Bin Hj. Mohd Nor (B) minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada bangunan-bangunan mencecah langit dan pangsapuri di Kuala Lumpur mengikut undang-undang yang menetapkan penggunaan bahan kalis api (fire retardant material) supaya insiden kebakaran seperti di Kota London tidak berlaku di sini .

PN-1352-L00045

54.

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan kes pasar raya yang menjual produk makanan yang telah tamat tarikh luput pada tahun 2016 dan 2017 serta langkah-langkah untuk mengawal penjualan produk makanan berkualiti rendah di kaunter 'mark-down'.

PN-1352-L00130

55.

Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bagaimana Kerajaan melalui perwakilan Malaysia di luar negara menangani isu-isu sabotaj imej kedaulatan negara terutama dalam isu campur tangan asing dalam hal ehwal pentadbiran negara Malaysia.

PN-1352-L00229

56.

Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan adakah Kementerian akan merombak semula semua peruntukan penyelidikan di bawah satu dana atau tabung sebagai satu 'platform' bagi memudahkan para penyelidik dari universiti tempatan mendapat tajaan penyelidikan dan Kementerian dapat memperhalusi bentuk penyelidikan yang berpotensi untuk pemasaran.

AUM DN 14/8/2017

11

PN-1352-L00300

57.

Datuk Lihan Jok minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah penjara dan jumlah penghuni penjara di negara kita setakat ini.

PN-1352-L00068

58.

Puan Hajah Azizah Binti Haji Harun minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kes integriti agensi penguatkuasaan yang dilaporkan kepada EAIC pada tahun 2016 sehingga Julai 2017, serta berapakah kes yang disiasat penuh oleh EAIC dan telah diambil tindakan sepenuhnya oleh JPA atau Lembaga Tatatertib Agensi Penguatkuasaan.

PN-1352-L00325

59.

Dr. Ariffin Bin S.M. Omar minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk mengurangkan kemalangan serius di Lebuhraya Utara-Selatan yang telah menjadi perkara biasa.

PN-1352-L00688

60.

Dato' Haji Mohd Salim Bin Sharif @ Mohd Sharif minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah Kementerian untuk menyekat dan menghalang kes jangkitan anjing gila (Rabies) di Sarawak yang berlaku baru-baru ini serta tindakan Kementerian menyekat virus ini berjangkit ke Semenanjung .

PN-1352-L00001

61.

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan prestasi terkini dan KPI yang disasarkan kepada Ketua Polis Negeri Kelantan, Pengarah AADK Kelantan dan agensi penguatkuasa yang mengawal sempadan negara dalam memastikan operasi dan penguatkuasaan membasmi sindiket pengedaran dadah, pil kuda dan dadah sintetik dari Selatan Thailand dapat dikekang sepenuhnya menjelang tahun 2018.

PN-1352-L00349

62.

Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah rasional menukar Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada bentuk sukarela dan adakah PLKN akan mempunyai bilangan pelatih yang cukup untuk mengekalkan 'viability' kem-kem PLKN yang sedia ada.

12

AUM DN 14/8/2017

PN-1352-L00506

63.

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan prestasi murid dalam mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah kebangsaan bagi tahun 2010 hingga 2016, serta langkah-langkah yang sedang dan bakal dilaksanakan bagi mempertingkatkan kualiti pengajaran ilmu-ilmu dan nilai-nilai moral demi pembentukan sahsiah yang utuh di kalangan murid .

PN-1352-L00246

64.

Puan Siti Aishah Binti Shaik Ismail minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah semua pusat tahanan tetap dan sementara PATI di seluruh negara.

PN-1352-L00562

65.

Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah pihak Kementerian menemui teknologi baru dalam mengatasi masalah jalan berlubang di negara kita yang seringkali mengakibatkan berlakunya kemalangan jalan raya.

PN-1352-L00314

66.

Dato' Dr. Hou Kok Chung minta PERDANA MENTERI menyatakan unjuran keperluan negara untuk tenaga kerja profesional khasnya doktor, doktor gigi, jurufarmasi, jurutera dan akauntan dalam tempoh 5 tahun akan datang dan mengikut "output" graduan rakyat Malaysia dalam bidang-bidang tersebut daripada institusi pendidikan tinggi dalam dan luar negara pada masa ini, nyatakan tahap kelestarian bekalannya untuk negara.

PN-1352-L00210

67.

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan bagaimanakah polisi Kerajaan dan langkah-langkah Kementerian dalam memastikan kemudahan-kemudahan sukan di bawah kelolaan dan jagaan KBS selamat untuk digunakan oleh belia wanita dan memastikan tempat ini dilindungi dari kacau-ganggu seksual atau eksploitasi terhadap wanita yang menggunakan kemudahan sukan KBS dapat dielakkan dan dipastikan selamat.

PN-1352-L00059

68.

Datuk Yoo Wei How minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tahap perlaksanaan Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya (OKU) 2016-2022 setakat ini. Apakah hasil perlaksanaan yang paling nyata setakat ini.

AUM DN 14/8/2017

13

PN-1352-L00401

69.

Tuan Zahari bin Sarip minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak Kementerian bagi menangani masalah beban tugas guru.

PN-1352-L00189

70.

Dr. Zaiedi Haji Suhaili minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah peruntukan yang diluluskan di bawah Bajet 2017 untuk Program Bandar Selamat dan bagaimana ianya diagihkan kepada PBT-PBT dan apakah item perbelanjaannya. Apakah perancangan Kementerian untuk memohon peruntukan yang lebih banyak di bawah Bajet 2018 akan datang.

PN-1352-L00646

71.

Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha yang dilakukan bagi membendung kebanjiran warga asing kerana perkara ini boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat Malaysia.

PN-1352-L00151

72.

Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta PERDANA MENTERI menyatakan peruntukkan yang diberikan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi tahun 2012 hingga 2017 mengikut kategori perbelanjaan operasi, pengurusan dan pembelian aset.

PN-1352-L00476

73.

Puan Hajah Khairiah Binti Mohamed minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah Kerajaan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kesan-kesan penggunaan gajet seperti 'handphone', ipad dan sebagainya kepada anak-anak dengan penggunaan tanpa pemantauan ibu bapa.

PN-1352-L00260

74.

Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan negeri yang mengguna pakai Akta 672 (Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007) dan apakah status permohonan Kerajaan Negeri Kelantan mengenai perkara tersebut.

14

AUM DN 14/8/2017

PN-1352-L00341

75.

Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tindakan yang diambil bagi membolehkan anak-anak kepada bapa yang berstatus warganegara tetapi tidak mendaftarkan perkahwinannya dengan warga asing, bersekolah di sekolah Kerajaan.

PN-1352-L00408

76.

Puan Hajah Rahemah Binti Idris minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah status terkini projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSSB) dan Jalur Lebar Untuk Orang Ramai (BBGP) dan apakah limpahan manfaat yang akan diterima oleh rakyat dari projek ini.

PN-1352-L00524

77.

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status pelaksanaan projek pembesaran dan peningkatan taraf Hospital Miri ke Hospital Besar Utara Sarawak serta jenis komponen projek tersebut .

PN-1352-L00137

78.

Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam mengekang penjualan madu tiruan sama ada madu tualang atau madu kelulut serta tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian.

PN-1352-L00494

79.

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan langkah-langkah strategik Kerajaan dalam membantu dan menggalakkan generasi muda memulakan perniagaan dan kerjaya mereka, terutamanya dalam industri yang berasaskan digital.

PN-1352-L00656

80.

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah sebabnya wujud banyak syarikat yang mengendalikan skim pelaburan yang tidak sah yang mengakibatkan rakyat kita tertipu sehingga kerugian mencecah berjuta-juta ringgit dan apakah tindakan Kerajaan agar dapat membayar balik pelaburan rakyat melalui pembekuan akaun syarikat berkenaan.

AUM DN 14/8/2017

15

PN-1352-L00103

81.

Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan lebih lanjut tentang keputusan Kementerian Pendidikan untuk menyerahkan kuasa membuat keputusan pertukaran guru kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

PN-1352-L00020

82.

Datuk Koh Chin Han minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah perbezaan aplikasi atau pun laman web MyTeduh ini dengan laman web perumahan awam seperti PR1MA dan laman web KPKT dan apakah fungsi utama MyTeduh ini dibangunkan.

PN-1352-L00678

83.

Dato' Hajah Norahan Binti Abu Bakar minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan mengenai isu lambakan pendatang asing yang semakin hari semakin meningkat. Penjelasan Kementerian mengenai bagaimana pendatang asing ini dibenarkan berniaga di tepi jalan atau lot kedai seperti mana kita lihat di sekitar Jalan TAR, SOGO dan lain-lain. Sejauh manakah pihak Kerajaan memandang serius isu ini.

PN-1352-L00172

84.

Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mat Yasin minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat manakah impak perlaksanaan projek Transit Aliran Massa (MRT) 1 Fasa Kedua Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) sebagai pembangunan infrastruktur bertaraf dunia khususnya dari segi pembangunan ekonomi setempat dan penyertaan usahawan Bumiputera serta sistem jaringan perkhidmatan pengangkutan awam berasaskan rel di ibu kota.

PN-1352-L00167

85.

Dr. Zaiedi Haji Suhaili minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah guru yang berasal dari Sarawak dan berkhidmat di Semenanjung Malaysia dan Sabah yang telah kembali berkhidmat ke Sarawak dari tahun 2015 sehingga 30 Jun 2017. Apakah formula 90:10 bilangan guru di Sarawak boleh dicapai seperti mana yang disarankan oleh Kerajaan Sarawak.

PN-1352-L00697

86.

Datuk Haji Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Haji Omardin minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah jangkaan impak dan kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap kewujudan 'Mass Rapid Transit' (MRT) yang telah pun siap dan beroperasi sepenuhnya baru-baru ini .

16

AUM DN 14/8/2017

PN-1352-L00454

87.

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan pihak Kementerian ke atas tempat-tempat perjudian haram yang menempatkan operasi perjudiannya di kawasan perumahan. Berapakah pusat perjudian di kawasan perumahan yang telah dikenal pasti dan berapa banyak telah didakwa di bawah undang-undang sedia ada.

PN-1352-L00358

88.

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bahawa Jalan Sapulut-Kalabakan di Sabah sejauh 145 kilometer yang menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Barat Negeri Sabah telah dibina sejak tahun 2011 dan siap sepenuhnya pada awal tahun 2015 dengan kos RM270 juta. Pada ketika ini, Jalan Sapulut-Kalabakan sudah rosak teruk dan menyukarkan kenderaan kecil melalui jalan ini. Apakah usaha-usaha Kementerian dalam menaik taraf jalan ini agar lebih kondusif kepada pengguna jalan raya tersebut.

PN-1352-L00149

89.

Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jumlah liputan Asyik FM di perkampungan Orang Asli, kerana banyak kampung Orang Asli tiada liputan Asyik FM dan apakah usaha bagi perluasan kawasan liputan tersebut.

PN-1352-L00316

90.

Datuk Lihan Jok minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Malaysia sudah berjaya melaksanakan konsep gaji minima setakat ini.

PN-1352-L00634

91.

Tuan Haji Abdul Shukor Bin Mohd Sultan minta PERDANA MENTERI menyatakan status pencerobohan bot nelayan asing di perairan 'EEZ', perairan wilayah dan perairan berhampiran perairan Labuan, Sarawak dan Sabah pada tahun 2016 dan 2017 mengikut kategori milik negara dan jenis kapal termasuk kapal penguatkuasaan luar negara.

PN-1352-L00614

92.

Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan statistik pemberhentian kerja di sektor-sektor swasta dan apakah puncanya.

AUM DN 14/8/2017

17

PN-1352-L00081

93.

Puan Hajah Azizah Binti Haji Harun minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilangan projek-projek jalan luar bandar di Selangor dan manfaat yang diperoleh penduduk Selangor dalam peruntukan penyelenggaraan ataupun pembinaan baharu jalan luar bandar pada tahun 2016 dan 2017.

PN-1352-L00220

94.

Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah peratusan penyelidikan dan kepakaran ahli-ahli dalam sektor pencegahan rasuah serta pelajar yang menceburi pengajian rasuah, program sarjana sains sosial yang ditawarkan di universiti awam bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

PN-1352-L00428

95.

Dato' Indera Hoh Khai Mun minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah bentuk penglibatan kampung baru Cina dalam program 'engagement' untuk Transformasi Nasional (TN50) serta bagaimanakah kepentingan kampung baru Cina akan dirangkumkan dalam pelan TN50 ini.

PN-1352-L00282

96.

Datuk Haji Abdullah Bin Mat Yasim minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah tindakan Kementerian untuk menangani masalah agar rakyat tidak terbeban oleh sikap peniaga yang mencari untung semata-mata kerana bila harga minyak naik, harga barangan turut naik, tetapi bila harga minyak turun, harga barangan tetap tidak turun.

PN-1352-L00605

97.

Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan mengenai iklan 'Public Service Announcement' di media untuk mendidik masyarakat umum supaya tidak menyalahgunakan kemudahan yang disediakan bagi golongan OKU di tempat awam.

PN-1352-L00659

98.

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah keseluruhan Syarikat GLC setakat Jun 2017, dan berapa ramai Ahli Lembaga yang dilantik bagi mewakili kaum India agar mereka tidak tercicir dalam arus pembangunan negara.

18

AUM DN 14/8/2017

PN-1352-L00415

99.

Puan Hajah Rahemah Binti Idris minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan pendekatan yang diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan kuota bumiputera dalam pemilikan rumah tidak disalah gunakan atau pun di manipulasi oleh pemaju atau pihak-pihak tertentu.

PN-1352-L00469

100.

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bagaimana Kementerian bercadang untuk membawa kemudahan asas seperti pejabat pos, ATM, stesen minyak ke kawasan luar bandar.

PN-1352-L00591

101.

Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah usaha yang dilakukan bagi membendung penularan penyakit anjing gila atau rabies dan sejauh manakah seriusnya kes tersebut.

PN-1352-L00525

102.

Datuk Haji Kadzim M. Yahya minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah persiapan dan kecerdasan para atlet Malaysia telah mencapai tahap yang dikehendaki oleh Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) serta adakah dengan persiapan yang telah dibuat dengan rapi itu akan membolehkan para atlet mencapai sasaran kutipan pingat untuk Malaysia.

PN-1352-L00173

103.

Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mat Yasin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah tangkapan yang direkodkan bagi jenayah pemerdagangan manusia dan bilangan yang telah dihadapkan ke mahkamah untuk pengadilan sepanjang tahun 2017 ini serta nyatakan sejauh manakah tindakan ini telah memberi kesan kepada tahap kedudukan (tier level) Malaysia dalam Laporan Tahunan Jabatan Amerika Syarikat (JNAS) mengenai pemerdagangan manusia.

PN-1352-L00576

104.

Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah langkah proaktif Kerajaan bagi meningkatkan kuasa membeli dalam kalangan masyarakat agar peniaga tidak memindahkan kos kepada pengguna khususnya barangan yang diimport akibat daripada kelemahan nilai ringgit.

AUM DN 14/8/2017

19

PN-1352-L00622

105.

Tuan Haji Abdul Shukor Bin Mohd Sultan minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah pemulihan industri minyak dan gas di samping melindungi pemain industri tempatan menerokai pelbagai peluang dalam usaha mengukuhkan kedudukan mereka terutamanya menangani situasi turun naik pasaran bahan api tempatan.

PN-1352-L00507

106.

Datuk Haji Yahaya Bin Mat Ghani @ Abbas minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kawasan perumahan PPR yang telah dan sedang dalam pembinaan di Parlimen Batu, Wilayah Persekutuan. Berapakah jumlah baki kekosongan rumah PPR yang masih boleh dipohon oleh penduduk terutamanya penduduk asal Wilayah Persekutuan. Nyatakan tempoh maksimum untuk maklum balas bagi sesuatu permohonan.

PN-1352-L00552

107.

Datuk Ng Chiang Chin minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah tahap risiko daripada ancaman siber terhadap Kerajaan selepas peristiwa serangan siber global seperti 'Wanna Cry' dan 'NotPetya'; dan

(b) apakah langkah-langkah pencegahan yang dilakukan oleh Kerajaan untuk memastikan bahawa sistem siber yang penting dalam negara seperti pertahanan dan kewangan akan kekal terlindung daripada sebarang serangan siber yang berniat buruk dan subversif.

PN-1352-L00235

108.

Tan Sri Nalla K.S. minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah Kementerian berpuas hati dengan mekanisme penetapan harga bahan bakar (minyak) yang dilaksanakan sekarang dan adakah terdapat hasrat untuk mengkaji semula mekanisme tersebut untuk memberi lebih impak positif tanpa menjejaskan kepentingan pengguna dan juga pengusaha pam minyak.

PN-1352-L00602

109.

Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah lebih tegas bagi membendung perbuatan memfitnah dan menghina pemimpin negara termasuklah raja-raja Melayu yang semakin berleluasa.

20

AUM DN 14/8/2017

PN-1352-L00198

110.

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta PERDANA MENTERI menyatakan perincian sebenar pakej Pelaburan Saudi Aramco di Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang, Johor dan bagaimanakah manfaat dan unjuran guna tenaga tempatan yang akan terlibat di dalam pelaburan projek berkenaan.

PN-1352-L00074

111.

Puan Hajah Azizah Binti Haji Harun minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan warga emas pada tahun 2017 dan bagaimana persediaan Kerajaan menghadapi negara tua menjelang 2030 serta langkah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) merencana satu dasar komprehensif menangani masalah trend membujang pada masa kini.

PN-1352-L00445

112.

Datuk Zali Bin Mat Yasin minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik jumlah peserta yang mengikuti kursus anjuran Biro Tatanegara mengikut peringkat usia, pendidikan dan kerjaya sepanjang 2 tahun yang terakhir ini dan apakah keberhasilan yang diperoleh daripada kursus yang dianjurkan.

PN-1352-L00332

113.

Dr. Ariffin Bin S.M. Omar minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan orang Melayu yang telah meninggal dunia semasa dalam tahanan polis dari tahun 2012 sehingga 2016 mengikut negeri dan berikan sebab-sebab kematian.

PN-1352-L00375

114.

Tuan Ramli Bin Shariff minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memberi pertimbangan meminda undang-undang sedia ada atau memperkenalkan peraturan baru ke atas pekerja-pekerja asing terutamanya Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berkaitan had kiriman wang keluar negara bagi mengekang pengaliran mata wang ringgit keluar.

PN-1352-L00118

115.

Datuk Rabiyah Binti Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian BNM dalam aktiviti pasaran FOREX pada tahun 1990-1999.

AUM DN 14/8/2017

21

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan :-

"Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 70, Majlis Dewan Negara melantik sebuah Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Penggal Kelima Parlimen Ketiga Belas yang mengandungi seorang Pengerusi dan 4 orang ahli Jawatankuasa seperti berikut : 1. Y. B. Dato’ Sri SA. Vigneswaran [ Pengerusi ]………………………………... [ Yang di-Pertua Dewan Negara ] 2. Y. B. Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Haji Abd. Samad………………… [ Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara ] 3. Y. B. Dato' Dr. Hou Kok Chung 4. Y. B. Dato' Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh 5. Y. B. Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty "

2. ( D.R.10/2017 ) Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat ]

3. ( D.R.7/2017 ) Rang Undang-Undang Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Sumber Manusia ]

4. ( D.R.15/2017 ) Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. ( D.R.16/2017 ) Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

22

AUM DN 14/8/2017

6. ( D.R.24/2017 ) Rang Undang-undang Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar ]

7. ( D.R.18/2017 ) Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2017

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan ]

8. ( D.R.19/2017 ) Rang Undang-undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2017

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan ]

9. ( D.R.25/2017 ) Rang Undang-undang Bantuan Guaman (Pindaan) 2017

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

10. ( D.R.26/2017 ) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2017

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kewangan ]

11. ( D.R.20/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Pindaan) 2017

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

12. ( D.R.23/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pindaan) 2017

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

AUM DN 14/8/2017

23

13. ( D.R.21/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

14. ( D.R.22/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Pindaan) 2017

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

15. ( D.R.28/2017 ) Rang Undang-Undang Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2017

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Pengangkutan ]

16. ( D.R. 13/2017 ) Rang Undang-Undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Dalam Negeri ]

17. ( D.R.17/2017 ) Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Dalam Negeri ]

18. ( D.R.33/2017 ) Rang Undang-undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

19. ( D.R.31/2017 ) Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2017

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Pertahanan ]

24

AUM DN 14/8/2017

20. ( D.R.30/2017 ) Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Pindaan) 2017

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kewangan ]

AUM DN 14/8/2017

25

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN NEGARA)

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH

2017

DIBENTANGKAN

ST.39 Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2016

14 Ogos 2017

CMD.4 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Kewangan Kementerian/ Jabatan/ Badan Berkanun Persekutuan Tahun 2016

14 Ogos 2017

CMD.5 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian / Jabatan Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun 2016 Siri 1

14 Ogos 2017

CMD.6 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan dan Agensi Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun 2016 Siri 1

14 Ogos 2017

CMD.7 Maklum Balas ke Atas Isu-Isu Utama Dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Tahun 2016, Aktiviti Kementerian / Jabatan Serta Pengurusan Syarikat Kerajaan dan Agensi Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun 2016 Siri 1

14 Ogos 2017

CMD.8 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2016 Siri 1

14 Ogos 2017

CMD.9 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Tahun 2016 Siri 1

14 Ogos 2017

CMD.10 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2016 Siri 1

14 Ogos 2017

26

AUM DN 14/8/2017

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH

2017

DIBENTANGKAN

CMD.11 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2016 Siri 1

14 Ogos 2017

CMD.12 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2016 Siri 1.

14 Ogos 2017

CMD.13 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2016 Siri 1.

14 Ogos 2017

CMD.14 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perak Tahun 2016 Siri 1.

14 Ogos 2017

CMD.15 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2016 Siri 1

14 Ogos 2017

CMD.16 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2016 Siri 1.

14 Ogos 2017

CMD.17 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2016 Siri 1.

14 Ogos 2017

CMD.18 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sarawak Tahun 2016 Siri 1

14 Ogos 2017

AUM DN 14/8/2017

27

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH

2017

DIBENTANGKAN

CMD.19 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2016 Siri 1

14 Ogos 2017

CMD.20 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2016 Siri 1.

14 Ogos 2017