sejarah dunia

Download Sejarah Dunia

Post on 03-Dec-2014

221 views

Category:

Education

13 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki. Negara Jepun dan England mengamalkan sistem feudal pada abad ke 16 dan 17 . Pemerintah Jepun pada abad ke 17 berada di bawah kekuasaan Keshogunan Tokugawa. Di England pula berada di bawah pemerintahan monarki baru. Amalan sistem feudal di kedua-dua pemerintahan ini mempunyai keunikan tersendiri.

TRANSCRIPT

  • 1. SEJARAH DUNIA[1500 1955]Tema 1 : Masyarakat1. Masyarakat feudal England dan Jepun mempunyai corak kehidupan yang unik pada abad ke-16dan 17. Bandingkan .PengenalanSistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu danbukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistemkelas bersusun lapis mengikut hierarki. Negara Jepun dan England mengamalkan sistem feudal padaabad ke 16 dan 17 . Pemerintah Jepun pada abad ke 17 berada di bawah kekuasaan KeshogunanTokugawa. Di England pula berada di bawah pemerintahan monarki baru. Amalan sistem feudal dikedua-dua pemerintahan ini mempunyai keunikan tersendiri.Isi-isiDalam susun lapis masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke 17, raja mempunyai kedudukanyang tertinggi. Raja pada masa itu sangat dihormati dan merupakan lambang perpaduan. Raja jugasering dikaitkan dengan agama dan kepercayaan. . Raja England merupakan ketua gereja Kristian.Manakala Maharaja Jepun merupakan Tuhan Matahari. Malahan pada masa itu, Raja Englandmerupakan pemerintah berkuasa mutlak. Sebaliknya Maharaja Jepun hanya memerintah dari segi teorisahaja. Ini kerana Maharaja Jepun telah menyerahkan tanggungjawab memerintah kepada Shogun sejaktahun 1192. Menjelang abad ke- 17, Shogun Tokugawa memerintah Jepun bagi pihak Maharaja.Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto dengan dikelilingi oleh pegawai istana.Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan pembesar. Golongan bangsawan di Englanddikenali sebagai Lord . Di negara Jepun, pembesar dikenali sebagai daimyo. Kedudukan bangsawan diEngland terbahagi kepada beberapa lapisan seperti bangsawan kelas pertama, bangsawan kelas keduadan bangsawan kelas ketiga. Pembahagian berkaitan dengan keluasan tanah yang dimiliki.Manakala di Negara Jepun terdapat seorang ketua daimyo yang dikenali sebagai Shogun.Daimyo-daimyo pula dibahagi kepada 3 golongan iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan DaimyoTozama. Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga Tokugawa dan sekutunya. Mereka membantu

2. Tokugawa menguasai pemerintahan dan dikurniakan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu.Daimyo Shimpan dikenali sebagai rumah bersaudara yang terdiri daripada saudara-mara keluargaTokugawa. Daimyo Tuzama pula dikenali sebagai daimyo luar di mana mereka merupakan musuhShogun Tokugawa yang terdiri daripada suku-suku Barat. Mereka juga dilarang mengumpul kekayaandemi mengelakkan mereka menjadi terlalu kuat dan mengancam kedudukan Shogun. Oleh itu sistempembesar feudal di Jepun sangat berbeza dengan sistem pembesar feudal di England.Di Negara Jepun, daimyo memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam bidangpentadbiran. Golongan daimyo menguasai dan mentadbir daerah-daerah yang diberikan oleh Shogunkepada mereka. Manakala kedudukan bangsawan di England mengalami kemerosotan dengankemunculan monarki baru. Raja monarki baru mampu mengawal golongan bangsawan. Ini keranamereka tidak bergantung sepenuhnya kepada ketenteraan yang dibekalkan bangsawan kerana rajamempunyai tentera upahan. Namun begitu Raja masih lagi memerlukan sokongan golongan bangsawan. Raja telah memberi gelaran-gelaran kepada golongan bangsawan seperti Lord , Earl dan Duke justeru kesetiaan bangsawan terhadap raja dapat dikekalkan. Di Jepun pula, Shogun telah member tanah kepadadaimyo untuk mendapatkan sokongan dan kesetiaan.Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan ketenteraan. Di England golongan tenteradikenali sebagai Knight. Di Jepun golongan tentera dikenali sebagai Samurai. Knight dan Samurai iniberkhidmat kepada pembesar. Golongan Knight di England mempunyai hak untuk mengutip cukaidaripada penduduk di bawah penguasaan mereka. Sebaliknya golongan samurai Jepun tidakmempunyai tanah. Oleh itu, kekayaan golongan Knight diukur berdasarkan jumlah tanah yang dimilikitetapi kekayaan golongan samurai diukur berdasarkan jumlah beras yang dimiliki. Satu lagi perbezaanantara Knight dan Samurai ialah golongan Knight di England adalah buta huruf dan hanya menawarkanperkhidmatan mereka dalam bidang ketenteraan. Sebaliknya golongan Samurai merupakan golonganyang paling berpendidikan dalam sistem feudal. Pemilikan ilmu dianggap perkara mulia dalam kalanganpahlawadi Jepun. Semasa zaman keamanan Tokugawa, samurai melibatkan diri dalam aktiviti kesenianseperti tarian Kabuki.Masyarakat petani merupakan golongan yang penting dalam sistem feudal di Jepun dan England. DiEngland golongan petani dikenali sebagai Freeman dan Villein, manakala golongan petani Jepun dikenalisebagai nomin. Di England golongan petani tidak mempunyai tanah dan hanya mengusahakan tanahmilik tuan tanah. Sebagai balasannya , tuan tanah akan memberi mereka perlindungan dan jaminankeselamatan. Sebaliknya petani di Jepun mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam kalangan rakyatjelata. Mereka memiliki tanah sendiri . Golongan petani akan membayar sewa kepada tuan tanahdengan menyerahkan sebahagian daripada hasil pertanian. Di samping itu, petani juga diperlukan untukmenawarkan khidmat buruh kepada tuan tanah. Manakala petani di Jepun terpaksa membayar cukaiyang tinggi. Kebiasaannya petani Jepun menyerahkan 50% daripada hasil keluaran sebagai cukai 3. tahunan kepada daimyo. Petani juga memberi beras kepada Samurai untuk mendapat jaminankeselamatan.KesimpulanBerdasarkan perbincangan di atas, terdapat perbezaan dan pesamaan dalam system feudal yangmenjadi amalan di Jepun dan England. Keduan-dua sistem feudal mempunyai keunikan masing-masing.2. Masyarakat Belanda abad ke-16 dan 17 menjalankan aktiviti ekonomi berasaskan pertanian.Bincangkan.Pengenalan:Masyarakat agraria merupakan masyarakat berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasilhutan serta hasil dari sungai. Kebiasaannya, petempatan terbentuk di sekitar kawasan yang subur,misalnya di lembah-lembah sungai, kawasan berbukit serta kawasan yang mempunyai sistem saliranyang baik. Belanda telah mengalami ledakan ekonomi pada tahun 1585 selepas berjaya melepaskancengkaman pemerintahan Raja Phillip II dari Sepanyol. Revolusi pertanian yang berlaku telah menaikkantaraf hidup masyarakat Belanda di Eropah. Belanda telah menjadi kuasa perdagangan di Eropah danpelabuhan Amsterdam juga turut berkembang kesan daripada kemajuan ekonomi pada abad ke- 16 dan17.Isi-isi penting :Masyarakat Belanda mengusahakan pertanian berskala kecil untuk dijual di pasaran tempatan dandipasarkan di bandar lain di Belanda. Pelbagai jenis tanaman dan sayur-sayuran ditanam ialah bawang,biji kol, ketumbar, lobak dan teasel. Biji kol menjadi tanaman yang mendapat perhatian petani-petaniBelanda kerana tanaman ini menguntungkan. Biji kol diproses untuk menghasilkan minyak danmenjadi minyak yang penting bagi masyarakat Belanda menjelang pertengahan abad ke17. KawasanZeeland dan Bogaurden banyak ditanam dengan biji kol. Tanaman ini seterusnya ditanam di Artois,Rhineland, Schleswig dan Holstein pada abad ke-16 hingga abad ke-17 4. Masyarakat petani lebih memberi tumpuan kepada tanaman bijiin seperti gandum, barli dan oat sebagaisumber pertanian yang utama di Belanda. Menjelang akhir abad ke-16, petani Belanda menghasilkangandum antara 1150 kg hingga 1900 kg bagi setiap hektar. Selain itu, tanaman seperti kobis, kekacangdan bunga-bungaan turut diusahakan. Manakala di Amsterdam, tanaman jagung diusahakan. Hasilpertanian telah diekport ke luar negara. Walau bagaimanapun keadaan ini berubah pada abad ke17,Belanda tidak dapat memenuhi permintaan terhadap bijirin kerana pertambahan bilangan pendudukkesan dari migrasi penduduk di wilayah selatan. Kegagalan ini telah menyebabkan Belanda mengimportbijirin dari Baltik, Perancis dan wilayah Walloon.Selain itu, dianggarkan satu perlima daripada masyarakat Belanda terlibat dalam industri perikanan yangmenguntungkan Belanda. Belanda terkenal sebagai sebuah negara yang mengusahakan pembinaankapal yang terbaik di Eropah. Buktinya , industri pembinaan kapal di Belanda telah mendapatkepercayaan pedagang-pedagang Nngara Eropah pada abad ke-17. Misalnya pada tahun 1630an,sebanyak 2500 kapal Belanda telah digunakan dan jumlah ini merupakan separuh daripada jumlahperkapalan di Eropah.Selain pertanian, masyarakat agraria Belanda juga menjalankan penternakan binatang. Penternakanlembu susu telah diusahakan untuk pengeluaran bahan tenusu dan Belanda merupakan tempat utamapenternakan lembu. Misalnya, pengeluaran hasil tenusu di Holland dan Friesland amat tinggiberbanding dengan negara-negara Eropah yang lain. Belanda adalah negara pengeluar hasil tenususeperti mentega dan keju yang terbesar di dunia. Selain dari lembu susu, lembu daging juga diternakuntuk disembelih dan dieksport ke kawasan lain di selatan. Malahan, pengeksportan lembu yang telahdisembelih dan diproses berlaku antara tahun 1500 hingga tahun 1660.Menjelang abad ke-17, penanaman bunga seperti tulip dan hop juga dijalankan secara meluas. Hal iniberikutan permintaan yang tinggi akibat peningkatan harga tulip antara tahun 1636 hingga 1637. Bungahop pula ditanam secara meluas di sepanjang Sg Maas dan menjelang abad ke 16, penanaman initersebar ke luar Belanda seperti pantai timur England iaitu di Kent, Essex dan Surrey. Bunga hopdigunakan dalam industri minuman keras sejak abad ke-14 dan terdapat 21 buah kilang minuman kerasdi Amsterdam dan Rotterdam antara tahun 1600 hingga 1621Kesimpulan:Masyarakat agraria Belanda sememangnya mengamalkan aktiviti ekonomi berasaskan pertanian namunturut sama menjalankan aktiviti ekonomi lain. Perkembangan ekonomi Belanda membolehkan Belandamuncul sebagai kuasa penjajah pada abad ke19. 5. 3. Masyarakat Portugal mempunyai kebijaksanaan dalam bidang maritim pada abad ke 16 dan 17.Buktikan pernyataan ini.PengenalanMasyarakat maritim merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut.Masyarakat ini terlibat dalam perdagangan , perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan,penerokaan, penjelajahan dan aktiviti-aktiviti lain yang mempunyai kaitan dengan kelautan. Kem

Recommended

View more >