sejarah kami - ajinomoto.com.my · 128 buah kilang pengeluaran dan pejabat di seluruh dunia. ......

5

Upload: dinhduong

Post on 11-Jun-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH KAMI - ajinomoto.com.my · 128 buah kilang pengeluaran dan pejabat di seluruh dunia. ... Melaka Kami membina ... berkuah) dan untuk membuat sos
Page 2: SEJARAH KAMI - ajinomoto.com.my · 128 buah kilang pengeluaran dan pejabat di seluruh dunia. ... Melaka Kami membina ... berkuah) dan untuk membuat sos

Sejarah kami bermula apabila Profesor Kikunae Ikeda dari Universiti Tokyo mengasingkan glutamat, iaitu sejenis asid amino yang memberikan rasa *Umami daripada rumpai laut. Pada tahun 1908, beliau menemui ciri-ciri glutamat yang berupaya mempertingkatkan rasa. Tahun berikutnya, penemuan beliau diperkenalkan di pasaran dalam bentuk penambah perisa dan dikenali sebagai Perencah Umami AJI-NO-MOTO®.

Sejak Perencah Umami AJI-NO-MOTO® diasaskan pada 1909, Kumpulan Ajinomoto telah berjaya berkembang kepada 3 operasi perniagaan utama yang berasaskan Produk Makanan dan Perasa, ‘Bio-Fine’, Farmaseutikal dan Kesihatan. Kini, rangkaian Kumpulan Ajinomoto berkembang ke 26 buah negara dan wilayah dengan lebih 128 buah kilang pengeluaran dan pejabat di seluruh dunia.

Ajinomoto (Malaysia) Berhad memulakan operasi perniagaannya di Malaysia pada tahun 1961. Ia merupakan antara syarikat usaha sama Jepun yang paling awal ditubuhkan di negara ini. Ajinomoto (Malaysia) Berhad telah berkembang sebagai pengeluar makanan & perencah makanan yang memasarkan pelbagai jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia sejak beberapa dekad yang lalu.

*Umami merupakan rasa asas ke-5, selain daripada rasa manis, masam, masin dan pahit. Ia dirujuk sebagai “鲜味” (xian wei) dalam Bahasa Cina; “Rasa seperti sup atau daging” dalam Bahasa Malaysia dan “Savoury” dalam Bahasa Inggeris.

SEJARAH KAMI

AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD

pahit

“UMAMI”

manis

masin

masam

“UMAMI”

MelakaMelaka

Kami membina kehidupan yang lebih baik di seluruh dunia dengan menyumbang kepada kemajuan dalam bidang Makanan dan Kesihatan serta berusaha demi kehidupan yang lebih sempurna.

Kami berusaha mempertingkatkan perisa produk makanan dan menggunakan teknologi asid amino dalam kehidupan, perubatan dan kesihatan sejak satu abad yang lalu. Kini, Kumpulan Ajinomoto akan terus memberi sumbangan secara meluas dan mendalam untuk semua manusia di dunia ini pada 100 tahun yang akan datang.

FALSAFAH

Page 3: SEJARAH KAMI - ajinomoto.com.my · 128 buah kilang pengeluaran dan pejabat di seluruh dunia. ... Melaka Kami membina ... berkuah) dan untuk membuat sos

KOMITMEN KAMI TERHADAP PRODUK BERKUALITI & INOVATIFAjinomoto (Malaysia) Berhad terus memberikan produk berkualiti tinggi dan selamatmelalui kajian dan pembangunan yang komprehensif.

Pemanis yang memberikan rasa manis semula jadi yang membolehkan anda menikmati minuman kegemaran harian anda sepenuhnya dengan kalori yang rendah. Ia juga sesuai bagi pengguna kencing manis kerana ia tidak menyebabkan kenaikkan tahap glukosa.

Perencah Umami AJI-NO-MOTO® merupakan jenama Monosodium Glutamat yang terkenal di seluruh dunia sejak 1909. Ia diperbuat daripada ubi kayu atau tebu melalui proses penapaian. Ia melazatkan semua jenis masakan tanpa mengubah rasa asli masakan. Dengan menambah sedikit sebelum, semasa atau selepas memasak, makanan akan menjadi lebih lazat.

PemanisBerkalori Rendah

PerencahMakanan

Sejenis perencah diadun khas yang diperbuat daripada bawang putih, bawang merah dan ramuan lain. Ia dapat memperkayakan rasa keseluruhan makanan, meningkatkan rasa daging dan mengimbangi rasa masakan anda. Ia adalah ideal untuk memasak (terbaik dalam masakan sup dan berkuah) dan untuk membuat sos.

Perencah am atas meja yang terdiri daripada Lada Berperisa dan Lada Hitam Berperisa untuk menambahkan rasa serta kesedapan makanan.

TUMIX® Perencah Pati AyamDengan keseimbangan rasa ayam, bawang putih dan bawang merah yang sempurna, TUMIX® Perencah Pati Ayam menjamin kelazatan setiap masakan. Anda boleh gunakannya untuk semua jenis masakan terutamanya sup dan kacau goreng. Ia juga boleh didapati dalam perisa Ikan Bilis.

TUMIX® Penambah Rasa KuahBiasa dikenali sebagai TUMIX® Kuah. Ia mengandungi adunan seimbang perasa asas dan bawang putih serta bawang merah. Ia sememangnya sempurna untuk semua jenis masakan berkuah, yang menjamin kelazatan dalam langkah mudah. Ia meningkatkan rasa hebat keseluruhan serta keberzatan makanan berkuah dengan membekalkan rasa yang seimbang dan harmoni dalam masakan tanpa mengubah rasa asasnya.

Perencah khusus untuk menu yang membantu anda menyediakan pelbagai jenis masakan rumah yang lazat dengan cepat dan mudah. Ia merupakan campuran lengkap daripada pelbagai bahan dan perasa bermutu tinggi yang dapat memuaskan cita rasa anda dan keluarga anda. Ia juga boleh digunakan untuk menyediakan menu yang lain.

Protein SayuranTerhidrolisis (HVP)

Ia diperbuat daripada kacang soya untuk memberikan rasa yang mantap dan kuat.

Penambah perasa premium yang dapat meningkatkan lagi keenakkan semua jenis masakan dengan penggunaan yang sedikit. AJI-NO-MOTO® PLUS boleh digunakan dalam semua jenis masakan dan ia adalah lebih menjimatkan.

Campuran ramuan asas dan perasa makanan untuk membekalkan rasa yang ist imewa.

Mengandungi Protein Sayuran Terhidrolisis, Asid Amino atau asid organic dan penambah perisa yang berupaya meningkatkan rasa asli makanan.

Siri ACTIVATM TG merupakan rumusan enzim yang dihasilkan untuk berfungsi di bawah pelbagai keadaan dan kaedah p e m p r o s e s a n m a k a n a n . Transglutaminase merupakan ramuan aktif dalam siri ACTIVATM TG. Ia mampu menggabungkan produk makanan laut/daging serta mempertingkatkan tekstur produk yang berasaskan protein melalui tindakan semula jadi enzim transglutaminase.

ProdukIndustri

Page 4: SEJARAH KAMI - ajinomoto.com.my · 128 buah kilang pengeluaran dan pejabat di seluruh dunia. ... Melaka Kami membina ... berkuah) dan untuk membuat sos

Ajinomoto (Malaysia) Berhad tekun berusaha untuk memberi pelanggan kami produk dan perkhidmatan yang selamat dan bermutu tinggi.

Kami memberi keutamaan kepada keselamatan produk melalui penyelidikan yang berterusan serta mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

Kami menjamin mutu melalui Sistem Jaminan Kualiti Ajinomoto (ASQUA) dan Piawaian Kualiti Antarabangsa (ISO); berusaha mencapai kemajuan berterusan dan menggariskan objektif yang boleh ditentukur.

MS1480:2007

CERTIFIED TO ISO 9001:2008CERT. NO.: AR 1266

Sistem Pengurusan Kualiti- SIRIM -

“Hazard Analysis and Critical ControlPoint System”

- Kementerian Kesihatan Malaysia -

JAMINAN KUALITI

Di setiap negara, nama Syarikat Ajinomoto melambangkan piawaian mutu dan kesihatan bertaraf dunia. Kami menyumbang kepada kehidupan yang lebih baik untuk semua dengan memberikan produk dan perkhidmatan yang selamat dan bermutu tinggi.

MS1500:20091092-02/2004

Persijilan Halal Malaysia- JAKIM -

MAKANAN DAN NUTRISIDengan kerjasama daripada rakan sekerja, rakan perniagaan, para pelanggan dan sebagainya, kami melaksanakan inisiatif berasaskan makanan dan nutrisi di negara ini untuk menyumbangkan kepada kesihatan dan kecergasan masyarakat.

AKTIVITI MASYARAKATKami percaya bahawa adalah tanggungjawabkami sebagai warga korporat yang dedikasidalam pembangunan masyarakat setempat dan pembinaan komuniti yang sihat.

ALAM SEKITARSejak seabad lalu, kami beriltizam untuk menangani isu alam sekitar dalam aktiviti perniagaan kami untuk mempromosikan kelestarian global.

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIAKami membangunkan sumber manusia generasi masa depan melalui program biasiswa dan pemberian geran penyelidikan, serta memberikan latihan kepada para pekerja kami untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan bakat mereka.

Sebagai sebuah syarikat yang benar-benar global, kami komited untuk kesejahteraan sosial dan persekitaran. Kami akan menyumbang ke arah matlamat ini melalui bidang Makanan dan Kesihatan yang tidak mungkin dapat dicapai oleh syarikat lain, dan akan berusaha untuk mendapat kepercayaan dari seluruh warga dunia untuk generasi yang akan datang.

CERTIFIED TO ISO 14001:2004CERT. NO. : ER 0478

Sistem PengurusanAlam Sekitar

- SIRIM -

CERTIFIED TO OHSAS 18001:2007CERT. NO. : SR 0391

Sistem PengurusanKeselamatan Dan

Kesihatan Pekerjaan- SIRIM -

TANGGUNGJAWAB KORPORAT

Page 5: SEJARAH KAMI - ajinomoto.com.my · 128 buah kilang pengeluaran dan pejabat di seluruh dunia. ... Melaka Kami membina ... berkuah) dan untuk membuat sos

www.ajinomoto.com.myFind us on FacebookFacebook.com/MyAjinomoto

Lot 5710, Jalan Kuchai Lama, Petaling, 58200 Kuala Lumpur, Malaysia.Tel: +60-3-7980 6958 Faks: +60-3-7981 1731

Talian Perkhidmatan Pelanggan: +60-3-7980 5643