sejarah bab3

13
SEJARAH TINGKATAN 5 2007 (E) Ciri negara & bangsa Camillo Benso Bismarck 2009 (S) Warisan Ng 2 Mel 2010 (S) Ciri negara & bangsa dlm Kesultanan Mel Melaka 2013(E) Prinsip demokrasi NS BAB 3: KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

Upload: lee-tek-son

Post on 16-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

SEJARAHTINGKATAN 5

BAB 3: KESEDARANPEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

2007 (E)Ciri negara & bangsa Camillo Benso Bismarck

2009 (S)Warisan Ng2 Mel2010 (S)Ciri negara & bangsa dlm Kesultanan Mel Melaka2013(E)Prinsip demokrasi NS

Disediakan oleh:En. Lee Teck Soon

3.1 Latar Belakang Pembinaan Negara Dan Bangsa

Politik Masyarakat Melayu Tradisonal Sebelum Penjajahan Barat

F1 muncul kerajaan kerana adanya raja F2 kedudukan raja tinggi & istimewaF3 Raja beri perlindungan politikF4 jamin keselamatan rakyatF5 balasannya rakyat mengakui kekuasaan raja F6 kesetiaan rakyat terhadap raja tentukan sempadan kerajaanF7 kerajaan kuat menakluk kerajaan lemah utk membentuk empayarF8 keseluruhan kerajaan disebut sebagai negeriF9 negeri bererti kawasan seperti negeri Larut

Politik Selepas Penjajahan Barat

F1 ketika British, setiap kerajaan Melayu disebut negeri F2 British menetapkan sempadan setiap negeriF3 konsep kerajaan digantikan dengan konsep negeriF4 British membina sebuah negara bangsa dengan memperkenalkan Malayan Union 1946.H4a gagal dilaksanakan krn ditentang oleh orang MelayuF5 British memperkenalkan PTM 1948H5a menggabungkan semua negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat.F6 British memberikan kemerdekaan kepada PTM 1957.F7 penubuhan Malaysia 1963H7a gabungan PTM, Sarawak dan Sabah

Bangsa Malaysia

BilaF1 selepas PTM diisytiharkan merdeka dan Malaysia dibentuk pada 16/9/ 1963

MaksudF2 masyarakat berbilang kaum yg berlainan bahasa, budaya, yg hidup bersatu padu

CaraF3 Bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan F4 pengamalan kebudayaan kebangsaan F5 dan Rukun Negara.

Pembinaan Negara Dan Bangsa di Eropah

F1 ekoran tercetus revolusi-revolusiH1a Revolusi InggerisH1b Perang Kemerdekaan AmerikaH1c Revolusi Perancis. H1d muncul idea tentang hak rakyat, kerajaan berperlembagaan, negara bangsa moden

F2 kebangkitan nasionalisme telah mengancam empayar Austria, Rusia dan Turki H2a yg mpy penduduk berbilang bangsa.H2b para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa H2c untuk pembentukan negara bangsa

F3 Persidangan Damai Paris melalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson. H3a mencadangkan penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri H3b prinsip sempadan negara berasaskan bangsa H3c kesan deklarasi ialah Empayar AustriaHungary dan Turki yang kalah dalam Perang Dunia 1 dibahagi-bahagikan H3d Kemunculan negara bangsa baru di Eropah seperti Latvia, Finland, Poland

Pembinaan negara bangsa Itali oleh Count Camillo Benso di Cavour

F1 berjaya menyatukan wilayah-wilayah spt Venetia/ Lombardy dengan menghalau orang AustriaF2 beliau menggunakan amalan realpolitikF3 beliau menyanjung pernerintahan monarki F4 berkerjasama dengan Napoleon III bagi menentang Austria.F5 melalui pungutan suara, memperoleh sokongan majoriti rakyat untuk menyatukan Itali.F6 membantu Prussia menewaskan AustriaF7 Venetia dipulangkan kepada ltaliF8 Perancis mengundurkan tenteranya dari RomF9 beliau menyatukan Rom dengan ItaliF10 membentuk negara bangsa Itali

Realpolitik - dipelopori Niccolo Machiavellia dalam bukunya The Prince. Gunakan cara tipu helah, kekerasaan bersenjata dan peperangan utk mencapai matlamat politik

Pembinaan Negara Bangsa Jerman oleh Otto Eduard Von Bismarck

F1 mengamalkan realpolitik F2 dan politik darah dan besi F3 menggunakan taktik tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan ugutan untuk mencetuskan peperangan.F4 menganjurkan sistem kediktatoran untuk penyatuan Jerman.F5 menggunakan isu membenci kuasa asing untuk membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan perang.F6 berperang dengan Denmark, Austria dan PerancisF7 menyatukan Jerman

Pembentukan negara bangsa oleh Nabi Muhammad s.a.w

F1 kerajaan Islam di Madinah dibentuk melalui prinsip Islam.F2 Nabi menyusun perlembagaanF3 Piagam Madinah menyatukan penduduk berbilang kaum.F4 melalui cara diplomasi, musyawarah dan permuafakatan.F5 antara pemimpin dengan pemimpin F6 antara pemimpin dengan rakyat.F7 mengutamakan ikatan ummahF8 menentang sebarang bentuk paksaan

Pembentukan negara Malaysia

F1 tidak ada pertumpahan darah F2 hasil kebijaksanaan pemimpin F3 melalui rundingan F4 tolak ansur kaumF5 pakatan murni antara kaum

Ciri-ciri Negara Dan Bangsa

Ciri-ciriKeterangan

F1 NegaraH1a merupakan wilayah yg mempunyai penduduk,H1b sempadan H1c dan pemerintah yg berwibawaH1d ada institusi pemerintahan yang tersusun H1e yg melaksanakan keputusan politik dan undang-undangH1f Negara Malaysia terdiri daripada PTM, Sarawak dan Sabah.

F2 BangsaH2a merujuk sekumpulan manusia yg mendiami sebuah wilayah H2b persamaan bahasa, adat resam dan pengalaman sejarah

F3 KerajaanH3a Institusi pemerintah utk gubal dan laksanakan dasar negara H3b merangkumi 3 badan H3c Badan Perundangan H3d Badan Pelaksana H3e Badan Kehakiman

F4 PerlembanganH4a Undang/Peraturan tertinggi sesebuah negara H4b sama ada bertulis atau tidak bertulisH4b dijadikan panduan utk mentadbirH4d bertujuan memberikan perlindungan kepada rakyat

3.2 Kesultanan Melayu Melaka-Asas Pembentukan Negara Dan Bangsa

F1 Sejarah Melayu/Sulalatus Salatin (Tun Seri Lanang) merupakan dokumen historiografi Melayu.

Ciri-ciri Negara Dan Bangsa Dalam Kesultanan Melayu Melaka

Ciri-ciriKeterangan

F1 wilayah pengaruhH1a ialah kawasan yg rakyatnya mengakui pemerintahan seseorang rajaH1b KMM meliputi keseluruhan Semenanjung TM dan seluruh timur Sumatera

F2 kedaulatanH2a merujuk kekuasaan tertinggi pemerintah H2b kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh sesiapa H2c seperti raja yang memerintah di MelakaH2d guna kuasa ini utk menggubal/melaksana undang-undangH2e raja mempunyai hak mutlak ke atas rakyat

F3 keunggulan undang-undangH3a dpt mengawal masyarakat H3b jaga keamanan H3c Hukum Kanun Melaka - 44 fasal - menyentuh kuasa raja dan pembesar - pantang larang masyarakat - hukuman jenayah/ sivil/ undang-undang keluarga H3d Undang-undang Laut Melaka - tatacara pelayaran di laut - bidang kuasa nakhoda - aturcara pelayaran & perniagaan

F4 rakyatH4a merujuk kpd penduduk sesebuah wilayah H4b terikat pada undang-undang H4c rakyat taat pada rajaH4d berdedia pertahankan NegaraH4e menghadiri adat istiadat kerajaanH4f lakukan kerahan tenagaH4g lakukan gotong royong

F5 lambang-lambangH5a merupakan symbol/identiti sesebuah negara H5b bahasa Melayu lambang penyatuan Negara & bangsa H5c kebesaran KMM dilambangkan dengan alat regalia/ nobat/ warna/ bahasa/ undang-undang/ adat istiadat istana

F6 kerajaanH6a badan yg menguruskan pentadbiran H6b jaga keamanan H6c pertahankan kedaulatan negara H6d KMM, sultan pemerintah tertinggi H6e dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan LaksamanaH6f diberi portfolio mengikut tugas masing-masing di istana, darat & laut

3.3 Warisan Negeri-Negeri Melayu

NegeriUnsur-unsur warisan

Johor Perak PahangF1 diasaskan oleh kerabat diraja MelakaF2 menggunakan gelaran SultanF3 mementingkan jurai keturunan sebelah bapa F4 putera sulung sultan dengan permaisurinya mewarisi takhta kerajaan F5 sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan mewarisi takhtaF6 mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan F7 perbezaan pada gelaran pembesar sahajaF8 undang-undang dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka F9 adat istiadat Melayu, alat-alat kebesaran, agama Islam, Bahasa Melayu turut berkembang

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor

LatarbelakangF1 diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar F2 merupakan perlembagaan bertulisBertujuan F3 membentuk kerajaan bercorak demokrasi. F4 mantapkan pentadbiran F5 halang British menguasai JohorKandunganF1 keturunan sultan sebagai pewaris takhta kerajaanH1a Raja hendaklah berbangsa MelayuH1b lelakiH1c beragama IslamF2 pengiktirafan orang Melayu Johor sebagai rakyat Johor.F3 agama Islam sebagai agama rasmi.F4 Raja, Menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa luar.F5 Raja berkuasa melantik Menteri Besar F6 Naib Menteri Besar dipilih oleh Jemaah MenteriF7 pegawai kerajaan yg dilantik perlu angkat sumpah & setia kpd rajaBadanF1 ada Majlis Mesyurat Kerajaan H1a terdiri drp Majlis Negeri ada kuasa perundanganH1b dan Jemaah Menteri ada kuasa pelaksanaan F2 Majlis Negeri dipengerusi Menteri Besar F3 bantu raja dan Jemaah Menteri F4 Jemaah Menteri terdiri dari 8 - 12 org pegawai H4a berbangsa Melayu, H4b beragama Islam H4c rakyat Johor. F5 Persidangan Jemaah Menteri H5a sebulan sekali H5b atau bila-bila masa dikehendaki oleh raja H5c atau bila diminta oleh Menteri Besar /Naib Menteri Besar H5d atau atas permintaan tiga orang ahli Jemaah Menteri

Sistem Jemaah Menteri Kelantan

F1 Sultan Muhammad II membentuk sistem Jemaah Menteri F2 terdapat 8 Jemaah Menteri F3 setiap Jemaah Menteri dianggotai 4 pembesar F4 jumlah pembesar adalah 32F5 setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas tertentu

F6 Jemaah Penasihat RajaH6a menguruskan perkara dan urusan penting yg bukan rahsia.

F7 Jemaah Menteri Istana

H7a menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri

F8 Jemaah Menteri Keadilan dan KehakimanH8a mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman

F9 Jemaah Menteri Dalam NegeriH9a menjaga keamanan negeri

F10 Jemaah Menteri Luar NegeriH10a menguruskan dasar dan hal ehwal luar Negara

F11 Jemaah Menteri Perbendaharaan

H11a mengendalikan harta benda dan hasil mahsul

F12 Jemaah Menteri Peperangan

H12a menguruskan pertahanan dan keamanan negeri.

F13 Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri

H13a menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri.

F14 kerabat diraja yang terlibat dalam pertikaian merebut kuasa disingkir F15 diganti dengan pembesar yang bergelar Nik dan Wan.

Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu (Ittiqan-ilmuluk bi-tadil il-suluk)

LatarbelakangF1 diperkenalkan oleh Sultan Zainal Abidin III F2 berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor F3 bertujuan menghalang British meluaskan kuasanya di Terengganu F4 kekalkan amalan monarki F5 perkenal pemerintahan Raja BerperlembagaanKepentingan F1 dapat menjamin pentadbiran berkesanF2 gambarkan kebijaksanaan pemerintah meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran F3 sebagai banteng mengekal kedaulatan TerengganuKandunganF1 pemerintahan bercorak raja berperlembagaan F2 pemerintah mesti beragama Islam/ berbangsa Melayu/ lelaki/ waris sultan F3 Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan F4 dan Jemaah Menteri. F5 menteri mestilah beragama Islam/ Melayu/ rakyat Terengganu F6 dan taat setia kpd sultan F7 Masjlis Mesyuarat Kerajaan diketuai oleh Menteri Besar F8 Menteri Besar dilantik oleh Sultan F9 Jemaah Menteri berhak memilih Naib Menteri Besar F10 Ahli Mesyuarat Kerajaan bantu sultan dan Jemaah Menteri.

Negeri Sembilan Prinsip Demokrasi Dan Konsep Persekutuan

F1 sistem pemerintahan berdasarkan Adat PerpatihF2 kedaulatan di tangan rakyatF3 ada amalan demokrasiF4 mirip persekutuan

F5 pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah

Unsur demokrasiF6 Anak Buah melantik Buapak,F7 Buapak melantik Lembaga, F8 Lembaga melantik Undang, F9 Undang melantik Yang Dipertuan Besar.

F10 YDPB pemerintah tertinggiF11 tidak berhak melantik pembesarF12 setiap keputusan YDPB adalah berdasarkan perundingan dengan Undang

Peraturan hidup yang menjadi amalan dalam Adat Perpatih. F1 kepentingan bersama.F2 semangat gotong royong.F3 bermuafakat di kalangan masyarakat untuk memilih pemimpimF4 saling menghormati di antara satu sama lain.F5 kerjasama antara suku

Anak Buah menganggotai PerutBuapak ketua perut Menjadi rujukan masalah spt adat/ pembahagian harta pusaka Lembaga ketua sukuUndang ketua luak Ada 4 luak Rembau/ Sg. Ujong/ Jelebu/ JoholYAMTUAN bersemayam di Seri Menanti

Soalan KBAT

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah konsep realpolitik akan menghancurkan keharmonian dunia sekiranya diamalkan pada hari ini? H1 tidak mengikut undang-undangH2 mengetepikan aspek kemanusiaanH3 melakukan pembunuhanH4 ugutanH5 tipu helahH6 provokasiH7 mencetuskan peperangan H8 pemerintahan bersifat diktator

Bagaimanakah negara bangsa berteraskan konsep 1 Malaysia dapat dicapai?H1 pelaksanakan pendidikan kebangsaanH2 pengamalan kebudayaan kebangsaanH3 penggunaan bahasa kebangsaanH4 program khidmat NegaraH5 kegiatan sukan / kokurikulum

Pada pemerhatian anda, bagaimanakah undang-undang dapat mewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni masyarakat hari ini?H1 menjamin kedaulatanH2 taat pemerintahH3 hukuman adilH4 mengikut protokolH5 pembahagian kuasa raja dan menteriH6 pentadbiran kemas

Pada pandangan anda, bagaimanakah amalan musyarawah dan rundingan dapat dimanfaatkan bagi menjamin keamanan negara dan masyarakat hari ini? H1 Hormat menghormatiH2 Mampu menyelesaikan masalahH3 Mewujudkan hubungan dua halaH4 Mewujudkan kerjasama antara kaumH5 Elak perasaan perkaumanH6 Perkongsian ideaH7 Mewujudkan kesepakatanH8 Perkongsian maklumat

Mengapakah pembentukan Negara Malaysia dianggap sebagai suatu yang unik?H1 Perpaduan kaum menjadi asas kemerdekaanH2 Melalui rundingan antara semua kaumH3 Tidak menyebabkan sebarang kemusnahan harta bendaH4 Tidak melibatkan pertumpahan darahH5 Melalui proses pakatan murni dan tolak ansur antara kaumH6 Sokongan daripada Raja-Raja MelayuH7 Unsur permuafakatan dititikberatkanH8 Pendekatan yang sederhanaH9 Kemerdekaan dicapai melalui rundinganH10 Menggunakan unsur diplomasi

Mengapakah kita harus berbangga dengan pencapaian Kesultanan Melayu Melaka?H1 Menjadi asas pemerintahan negaraH2 Menjadi asas sistem berajaH3 Lambang ketamadunan MelayuH4 Bukti kita mampu menerajui duniaH5 Pusat pengembangan dan penyebaran ilmuH6 Berjaya melahirkan pemimpin yang berwibawaH7 Berjaya membentuk empayar agungH8 Menjadi pusat perdagangan bertaraf antarabangsaH9 Berjaya memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa lingua francaH10 Menjadi pusat penyebaran Islam

Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka untuk kegemilangan bangsa dan negara Malaysia.H1 Mengambil iktibar peristiwa laluH2 Mengekalkan kedaulatan negaraH3 Menjaga nama baik negaraH4 Kebijaksanaan pemerintah menjamin kemakmuranH5 Menyanjung warisan bangsaH6 Kesetiaan rakyat menjamin kemanan negaraH7 Pertahankan maruah negaraH8 Kemajuan ekonomi membawa kesejahteraan kepada rakyatH9 Sedia berkorban untuk negaraH10 Sedia berubah ke arah kemajuan

Sebagai rakyat Malaysia, mengapakah kita perlu mempertahankan sistem beraja di negara kita?H1 Warisan turun temurun sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka H2 Raja merupakan tonggak dan keutuhan negaraH3 Raja memelihara hak keistimewaan dan kedudukan orang Melayu H4 Raja lambang kedaulatan negaraH5 Raja sebagai ketua negaraH6 Lambang penyatuan orang MelayuH7 Pelindung bagi semua rakyat MalaysiaH8 Mengekalkan keharmonian antara kaumH9 Raja merupakan lambang keutuhan negaraH10 Ketua agama Islam