sejarah awal sarawak

16
Sejarah Awal Sarawak pada asalnya adalah sebahagian daripada kawasan naungan Brunei. Kesultanan Brunei telah ditubuhkan semenjak akhir abad ke-15 dan telah mencapai puncak kegemilangannya pada awal abad ke-16. Apabila kedatangan pedagang-pedagang Baral bermula, Brunei menerima kesan ekonomi yang buruk kerana mereka diserang oleh orang- orang Porlugis dan Sepanyol yang ingin mendapatkan monopoli perdagangan di kawasan itu. Ekonomi Brunei yang merosot cuba diatasi dengan cara menaikkan kadar cukai di kalangan rakyat. Di samping itu kadar ufti juga turut dinaikan bagi wilayah-wilayah naungan nya. Akibatnya, perasaan tidak puas hati timbul dan penentangan terhadap Kesultanan Brunei berlaku. Penentangan dimulakan oleh masyarakat Melayu yang tinggal di Bahagian Pertama dan Kedua. Mereka telah melancarkan beberapa pemberontakan. Pemberontakan terhadap 1 | Muka suarat

Upload: faisalsalak

Post on 10-Sep-2015

280 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

searah awal serawak

TRANSCRIPT

Sejarah Awal

Sarawak pada asalnya adalah sebahagian daripada kawasan naungan Brunei. Kesultanan Brunei telah ditubuhkan semenjak akhir abad ke-15 dan telah mencapai puncak kegemilangannya pada awal abad ke-16. Apabila kedatangan pedagang-pedagang Baral bermula, Brunei menerima kesan ekonomi yang buruk kerana mereka diserang oleh orang-orang Porlugis dan Sepanyol yang ingin mendapatkan monopoli perdagangan di kawasan itu. Ekonomi Brunei yang merosot cuba diatasi dengan cara menaikkan kadar cukai di kalangan rakyat. Di samping itu kadar ufti juga turut dinaikan bagi wilayah-wilayah naungan nya. Akibatnya, perasaan tidak puas hati timbul dan penentangan terhadap Kesultanan Brunei berlaku. Penentangan dimulakan oleh masyarakat Melayu yang tinggal di Bahagian Pertama dan Kedua. Mereka telah melancarkan beberapa pemberontakan. Pemberontakan terhadap Kesultanan Brunei bertambah hebat dengan adanya bantuan dari orang Dayak yang tinggal di kawasan pedalaman.Faktor lain yang turut melemahkan penguasaan Kesultanan Brunei ialah pertentangan di antara kaum. Sarawak mempunyai pelbagai kaum dan adat yang berbeza sehingga menyebabkan timbulnya permusuhan di antara satu sama lain. Kaum-kaum tersebut ialah Melanau, Bajau, lllanun, Sulu, lban, Dayak dan Melayu. Sultan Brunei tidak mampu untuk mengawal mereka. Bagi mengatasi masalah permusuhan di antara kaum daripada bertambah buruk lagi, Sultan Brunei iaitu Omar Ali Saifuddin telah melantik Pengeran Indera Mahkota untuk mentadbir Sarawak pada awal abad ke-19. Perlantikan ini adalah cubaan Brunei untuk menguatkan semula penguasaannya ke atas Sarawak. Pengeran lndera Mahkota bertaraf wakil Sultan Brunei di Sarawak. Kehadiran Pengeran Mahkota memarakkan lagi penentangan penduduk-penduduk tempatan. Pembesar-pembesar Melayu Sarawak dan orang-orang Bidayuh (Dayak Darat) menentang pentadbiran Pengeran Mahkota. Di bawah pemerintahannya, penduduk-penduduk tempatan dikenakan cukai yang tinggi serta hasil mereka diambil tanpa diberi bayaran dengan kadar yang berpatutan. Orang-orang Bidayuh pula dipaksa bekerja di lombong-lombong antimoni kepunyaan Pengeran Mahkota. Pada tahun 1936, satu pemberontakan menentang Pengeran Mahkota meletus. Pemberontakan ini dipimpin oleh goIongan bangsawan Melayu tempatan seperti Datu Patinggi Ali dan Pengeran Usop (orang buangan Brunei). Mereka bersatu dengan golongan Dayak. Kegiatan penentangan disokong oleh kerajaan Sambas. Pemberontakan ini bertujuan untuk membebaskan Sarawak dari kezaliman pemerintahan orang-orang Brunei yang zalim. Situasi di Sarawak membimbangkan Sultan Brunei. Baginda bertindak menghantar bapa saudaranya, Pengeran Muda Hashim atau gelarannya Bendahara Sri Maharaja Permaisuri Brunei untuk memulihkan keamanan. Pilihan Sultan Brunei tidak tepat kerana Pengeran Muda Hashim berperibadi lemah dan tidak berkelayakan menjadi pemimpin. Beliau telah gagal dalam tugasnya menghapuskan pemberontak.

Pemerintahan James BrookeJames Brooke merupakan anak seorang pegawai yang bertugas dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris. Beliau telah dilahirkan pada 29 April 1803 di Secrone, India. Apabila dewasa James Brooke memasuki perkhidmatan angkatan tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris di antara tahun-tahun 1819-1830. Selepas bersara, Brooke terlibat dalam perdagangan dan merupakan seorang ahli pelayaran. Tahun 1930-an beliau telah membuat beberapa siri pelayaran ke Asia Tenggara dan negcri China. Pada tahun 1939, Brooke tiba di Sarawak dengan kapalnya 'Royalist". Kedatangannya adalah sebagai utusan Gabencv Bonham dan ahli-ahli Dewan Pemiagaan di Singapura yang telah menghargai jasa baik Pengeran Muda Hashim kerana menyelamatkan kapal Inggeris yang karam tidak jauh dari pantai laut Kuching pada tahun 1838.Di Sarawak, James Brooke telah menemui Pengeran Muda Hashim dan berjaya mengasaskan satu hubungan yang baik dengan Pengeran Muda Hashim. Pada penghujung September 1839, James Brooke belayar semula ke Singapura. Setahun kemudian pada tahun 1840, James Brooke datang semula ke Sarawak. Beliau tiba di Kuching pada 29 Ogos 1840. Pada ketika itu peperangan semakin hebat berlaku. Penentangan dari pihak Datu Patinggi Ali telah memasuki tahun keempat. Kekacauan yang berlaku menyebabkan Brooke berhasrat untuk meninggalkan negeri itu. Pengeran Muda Hashim merayu James Brooke agar dapat membantunya mengawal kekacauan. Dalam keadaan terdesak itu, Pengeran Muda Hashim berjanji akan menyerahkan Seniawan dan Sarawak (Kuching) serta menggelar James Brooke "Raja Sarawak" jika James Brooke berjaya mematahkan pemberontakan itu. Beliau haruslah meminta kebenaran daripada Sultan Brunei terlebih dahulu sebelum menyerahkan mana-mana wilayah Sarawak kepada kuasa-kuasa asing. Manakala James Brooke terus mendesak menuntut janji. James Brooke telah mengambil beberapa langkah tertentu untuk menyegerakan perlantikannya. Beliau membawa kapal "Royalist" ke Sungai Sarawak berhampiran dengan istana Pengeran Muda Hashim lalu menghalakan semua meriamnya ke arah istana itu. Beliau juga mcndesak Pengeran Muda Hashim mengusir Pengeran Mahkota keluar dari Sarawak. James brooke mcngancam akan menyerang istana Pcngeran Mahkota dan mengusimya keluar dari Sarawak jika tuntutannya tidak dipenuhi. Pengeran Muda Hashim tidak ada pilihan lain, sebaliknya terpaksa tunduk kepada kemahuan James Brooke. Beliau memecat Pengeran Mahkota sebagai wakil Sultan Brunei yang memerintah Sarawak. Oleh itu pada 24 September 1941, James Brooke telah diisytiharkan sebagai ''Raja Sarawak" yang perlama dengan taraf Gabenor di hadapan khalayak ramai di bandar Kuching. 9. Pada masa yang sama satu surat perjanjian penyerahan telah ditandatangani di antara James Brooke dan Pengeran Muda Hashim. Kandungan surat perjanjian itu ialah:a) Pengeran Muda Hashim menyerahkan Sarawak serta jajahan takluknya dan hasil cukai Sarawak kepada James Brooke.b) James Brooke akan bertanggungjawab ke atas pungutan cukai dan bertanggungjawab mentadbir Sarawak.c) James Brooke bersetuju akan membayar sebanyak$1,000 kepada Sultan Brunei dan Pengeran Muda Hashim. Sebanyak $300 kepada Datu Patinggi, $150 kepada Datu Bandar dan $100 kepada Datu Temenggung.James Brooke berjanji akan menghonnati dan memelihara undang-undang negeri Sarawak.d) Jika ada pakatan sulit untuk menyerang Sarawak, Sultan Brunei dan Pengeran Muda Hashim akan membantu James Brooke.

James Brooke yang bertaraf Gabenor telah pergi ke Brunei untuk mendapat pengesahan mengenai kuasanya di Sarawak. Hasil rundingan dengan Sultan Brunei, James Brooke akan membayar sebanyak $2,500 setiap tahun.

Penentangan Terhadap James Brooke. Perlantikan James Brooke menimbulkan reaksi yang berbagai. Tentangan timbul daripada pemimpin masyarakat pribumi Sarawak. Mereka enggan menerima orang asing terlibat dalam hal ehwal tempatan. Mereka bangkit menentang James Brooke, malangnya kebangkitan mereka telah berjaya menambahkan lagi kuasa dan perluasan wilayah Sarawak oleh James Brooke.

Tentangan dari Lanun Dayak Orang-orang Dayak dianggap sebagai "lanun" oleh orang-orang Eropah. Kumpulan ini diketuai oleh orang-orang Arab. Pihak Inggeris menyatakan orang-orang Arab sebagai ketua lanun kerana mereka merupakan pengedar hamba abdi. Pengeran Usop dari golongan pemberontak Sarawak telah bergabung dengan Sharif Usman dan kaum lanun dari TelukMarudu. Pada tahun 1843-1844, James Brooke meminta bantuan dari Angkatan Tentera Laut British di Singapura untuk menentang lanun. Brooke bersama-sarna dengan Henry Keppel yang membawa kapal perang H.M.S Dido menyerang dan memusnahkan kubu-kubu lanun di Sungai Saribas, Padeh, Layar, Rimbas dan Paku. Pada Ogos 1845, Laksamana Thomas Cochrane telah mcmusnahkan penempatan lanun yang diketuai oleh Sharif Usman di Teluk Marudu. Setelah berlaku pertempuran hebat, angkatan itu berjaya menewaskan angkatan lanun. Orang Iban di Sungai Saribas dan Sungai Sekrang masih lagi melakukan kegiatan perlanunan. James Brooke dengan kapal perangnya H.M.S Royalist, H.M.S Albratos dan Nemesis berjaya mengepung lanun Iban Saribas. Akhimya kumpulan lanun ini berjaya ditewaskan dalam satu pertempuran yang dikenali sebagai "Perang Beting Maru". Beberapa minggu selepas tewas dalam pertempuran, ketua-ketua orang Iban dari Sungai Saribas telah meminta damai dari James Brooke. Mereka telah menandatangani satu perjanjian dan berjanji tidak akan melakukan serangan lagi terhadap pihak British.

Tentangan daripada Pembesar-pembesar

Brooke turut menerima tentangan dari pembesar-pembcsar Melayu. Mereka menentang pemerintahan Brooke kerana mercka kehilangan kedudukan istimewa dan kuasa mcmungut cukai. Tentangan dari Sharif Mashor dan Datu Patinggi Abdul Gafur. Sharif Mashor merupakan Pembesar Daerah Rejang yang menetap di Sarikei sejak tahun 1849. Sementara Abdul Gafur memegang jawatan Datu Patinggi di Kuching. Pada tahun 1854, Datu Patinggi Abdul Gafur telah dilucutkan jawatannya oleh Raja Sarawak (James Brooke) kerana mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyatnya. Bagi membalas dendam terhadap tindakan Brooke, beliau telah berpakat dengan Sharif Mashor untuk menghapuskan orang-orang Inggeris di Sarawak. Pada bulan Jun 1859, (zaman Brooke) berada di England, pengikut-pengikut Sharif Mashor dan Abdul Gafur membunuh 2 orang pegawai Brooke iaitu Charles Fox yang menjadi ketua menjaga kota yang baharu didirikan di Sarikei dan Henry Steele. Mereka tinggal di Kanowit, Bahagian Ketiga Sarawak. Pada waktu itu Sarawak ditadbir oleh Charles Brooke (anak saudara James Brooke). Beliau telah bertindak balas dengan membawa sepasukan angkatan perang ke Sungai Rejang lalu mendarat di Kanowit. Charles Brooke telah menjatuhkan hukuman bunuh kepaada 10 orang yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan itu. Seramai 5 orang penjaga kota juga dihukum bunuh kerana mereka telah meninggalkan kota semasa kejadian pembunuhan itu berlaku. Selepas kejadian itu, Sharif Mashor merancang untuk menentang British. Beliau telah berkomplot dengan Datu Patinggi Abdul Gafur yang telah dipecat dari jawatannya oleh James Brooke. Menurut rancangan, Gafur akan menyerang Pontianak dan membunuh semua orang Belanda, sementara Sharif Mashor akan menyerang Kuching serentak. Malangnya rancangan mereka gagal kerana Charles Brooke mengetahui perkara itu. Kegagalan Charles Brooke membunuh Sharif Mashor menyebabkan usaha-usaha terns dilakukan untuk memburu Sharif Mashur. Charles Brooke telah menyerang dan membakar Igan, kampung asal Sharif Mashor. Pasukan itu seterusnya menyerang Mukah, tetapi oleh kerana pertahanan kuat, Mukah tidak dapat ditawan oleh Inggeris. h. Pad a 20 April1861, James Brooke berjaya merayu kepada Sultan Brunei supaya meletakkan Mukah di bawah kuasa Brooke. Serentak dengan itu juga Sultan Brunei mengarahkan Sharif Mashor keluar dari Mukah. Dalam satu rundingan, akhirnya Sharif Mashor bersetuju menjadi orang buangan di Singapura. Sementara Abdul Gafur yang gagal usahanya di Pontianak telah ditawan oleh Belanda lalu dipenjarakan di Batavia (Jakarta).

Tentangan dari Rentap Pemimpin Dayak

Pemerintahan British di Sarawak telah ditentang oleh seorang pemimpin Dayak Laut bemama Rentap yang tinggal di Ulu Sekrang. Rentap tidak puashati dengan usaha-usaha menghapuskan amalan "mengayau' iaitu pemburuan kepala di kalangan kaum peribumi Sarawak.Pada Disember 1853, Rentap telah menyerang kubu Inggeris di Nanga Sekrang. Seorang pegawai Inggeris Alan Lee telah dibunuh. Berikutan itu pad a 1854,2 angkatan perang telah diarahkan untuk membunuh Rentap. Rentap dan pengikut-pengikutnya telah berjaya melarikan diri dan menubuhkan kubu barn di Bukit Saduk. Pada Jun 1857, satu angkatan yang mengandungi 3,500 orang Iban dan 500 orang MeJayu dipimpin oleh Charles Brooke mara ke Bukit Saduk untuk membunuh Rentap. Tetapi usaha itu gagal, begitu juga usaha pada tahun 1858 turut menemui kegagalan. Rentap hanya dapat ditewaskan pada tahun 1861 dalam ekspedisi ke-3 Charles Brooke ke Bukit Saduk. Tempat kediaman Rentap dan pengikut-pengikutnya dibakar pada 28 Oktober 1861. Rentap melarikan diri ke Sungai Entabai cawangan Sungai Kanowit. Beliau meninggal dunia beberapa tahun selepas kejadian itu.

Kesimpulan Secara keseluruhan gerakan-gerakan penentangan yang berlaku bermula semenjak awal abad ke 19 adalah disebabkan oleh ketamakan pembesar-pembesar Brunei yang ingin mengaut keuntungan segera dengan mengenakan cukai yang tidak munasabah. Akibatnya rakyat bangun menentang kezaliman yang dilakukan. Penentangan diketuai oleh pembesar atau ketua tempatan yang mempunyai pengaruh yang besar terhadap penduduk tempatan.Akibat penentangan yang semakin bertambah campur tangan Inggeris telah berjaya memasuki Sarawak. Penentangan akibat campur tangan orang Inggeris telah menyebabkan semakin banyak penentangan berlaku tetapi kebanyakan telah berjaya ditumpaskan dengan kekuatan senjata yang lebih bagus berbanding penduduk tempatan.Penentangan ini boleh di kumpulkan dalam 2 gerakan utama iaitu penentangan terhadap Kesultanan Brunei dan juga penentangan terhadap campur tangan orang Inggeris yang dimulakan oleh James Brooke. Penentangan ini telah menyatukan hubungan beberapa kaum yang terlibat dalam peperangan menentang pihak Inggeris. Walau bagaimanapun masih terdapat juga penduduk yang membantu pihak lawan bagi mendapatkan perlindungan disebabkan kekuatan pihak Inggeris. Sebahagian besar penentangan oleh pihak pribumi dapat dipatahkan oleh pihak Inggeris dengan dibantu oleh Kesultanan Brunei serta sekutunya. James Brooke telah berjaya mengugut, memanipulasikan keadaan semasa Kesultanan Brunei untuk mendapatkan hak pemerintahan ke atas Sarawak. Walau bagaimanapun berlaku beberapa perubahan yang ketara dalam pemerintahan James Brooke semasa memerintah Sarawak. James Brooke telah dapat menguruskan penentangan pelbagai puak yang berlainan yang suka berperang dengan menguatkuasakan undang-undang yang dibentuk berbanding semasa dibawah Kesultanan Brunei. Beliau telah mengubahkan lanskap politik tempatan dengan menubuhkan Majlis Tetinggi yang diwakili oleh kaum yang dominan terdiri daripada 4 orang Datu. Ini membantu meredakan gerakan penentangan. Aspek ekonomi juga telah mengalami perubahan yang lebih teratur iaitu semua kaum boleh berniaga dengan bebas dan dikenakan cukai yang berpatutan dengan mengadakan sistem percukaian yang lebih teratur. Sementara itu aspek sosial juga James Brooke telah mengubah beberapa tradisi kejam seperti mengayau dengan menghapuskan melalui undang-undang. Penentangan masih terus berlaku dibeberapa tempat tetapi berjaya dipertahankan dengan mendirikan kubu-kubu ditempat strategik. Pemerintahan oleh keluarga Brooke diteruskan sehingga penyerahan pemerintahan Sarawak kepada Kerajaan British

10 | Muka suarat