sejarah sabah & sarawak (lecture note).doc

34
 Universiti Malaysia Sabah TH10403 Sejarah Sabah dan Sarawak (1841-1963  !!!!!!!!!!! !!!!!!!!!!!! !!!!!!! LATAR BELAKANG MASYARAKAT DI SABAH DAN SARAWAK.  "bad ke-19 # $en%enali antara sat& sa$a lain berdasarkan te$'at # s&n%ai te'i 'antai dan seba%ainya) *ritish $ena$akan +ra n%- +ra n% di 'edala$an dan 'erb&kitan seba%ai +ran% ,&s&n yan% $en%&sahakan d&s&n-d&s&n) ,i Sarawak $asyarakat $en%enali antara sat& sa$a lain j&%a $elal&i na$a te$'at # +nt+h. s&n%ai) /ran% *elanda $ena$akan +ran%-+ran% $aj+riti di 'edala$an ali$antan seba%ai +ran% ,ayak) /ran% ,ayak a&t dikenali den%an na$a terseb&t kerana $ereka s&ka $en%e$bara) /ran% ,ayak ,arat dikenali den%an na$a terseb&t kerana $ereka lebih ber$asta&tin di kawasan darat) /ran% yan% tidak a%resi2 dan 'asi2 # tin%%al di kawasan 'edala$an iait& +ran% *iday&h) Masyarakat Peribumi Malaysia 5erib&$i k&$'&lan etnik yan% nati2 ke'ada wilayah yan% dit&nt&t dan di'ertahankan) Masyarakat Saraak i 5erib&$i 7sla$ Melay& Melana& M&sli$ kedayan - Melay& # tin%%al di le$bah dan k&ala s&n%ai serta 'ersisiran 'antai se'erti di &hin% Sad+n% 5&sa Sib& Miri *eken&)  ___________ ______ 1

Upload: azy-atifah-ag-tanjong

Post on 18-Oct-2015

219 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Soalan

PAGE 10

Universiti Malaysia Sabah TH10403 Sejarah Sabah dan Sarawak (1841-1963)

___________________________________________________________________

LATAR BELAKANG MASYARAKAT DI SABAH DAN SARAWAK.

Abad ke-19 mengenali antara satu sama lain berdasarkan tempat sungai, tepi pantai dan sebagainya.

British menamakan orang-orang di pedalaman dan perbukitan sebagai orang Dusun yang mengusahakan dusun-dusun.

Di Sarawak, masyarakat mengenali antara satu sama lain juga melalui nama tempat contoh: sungai.

Orang Belanda menamakan orang-orang majoriti di pedalaman Kalimantan sebagai orang Dayak.

Orang Dayak Laut dikenali dengan nama tersebut kerana mereka suka mengembara.

Orang Dayak Darat dikenali dengan nama tersebut kerana mereka lebih bermastautin di kawasan darat. Orang yang tidak agresif dan pasif tinggal di kawasan pedalaman iaitu orang Bidayuh.

Masyarakat Peribumi Malaysia

Peribumi = kumpulan etnik yang natif kepada wilayah yang dituntut dan dipertahankan.

Masyarakat Sarawak

i) Peribumi Islam

Melayu, Melanau Muslim, kedayan

Melayu tinggal di lembah dan kuala sungai serta persisiran pantai seperti di Kuching, Sadong, Pusa, Sibu, Miri, Bekenu.

Melanau mendiami Mukah, Oya, Bintulu, Sibu, Kanowit.

Kedayan Miri, Bekenu, Lawas.

Abad ke-19, permulaan kedatangan orang Barat. Terdapat kumpulan yang memegang jawatan yang terdiri daripada:

Pengiran, pembesar-pembesar, sharif (berketurunan Arab)

Pemimpin tempatan.

Hamba abdi - pengikut-pengikut pembesar atau hamba abdi anak emas. - jual beli

- hamba suruhan dijadikan hamba kerana berhutang.

ii) Peribumi bukan Islam (Iban, Bidayuh, Kenyah, Kayan, Kelabit, Bisayah, Lun

Bawang, Punan dan Penan). Orang Belanda menamakan kumpulan etnik ini sebagai Daya atau Dayak. Kini pemimpin-pemimpin mereka cuba menyatukan kumpulan etnik di bawah nama Dayak untuk tujuan perpaduan.

Kebanyakan mereka tinggal di pedalaman. Bidayuh di Bahagian Kuching (Serian, Lundu).

Iban di Bahagian Seri Aman, Kanowit, Kapit, Sibu, Lundu Lembah Rejang.

Kenyah, Kayan, Kelabit, Punan terdapat di sepanjang Sungai Beram dan di Tanah Tinggi Berio dan Bekalalan.

Bisayah mendiami Bahagian Limbang.

Lun Bawang tinggal di kawasan sempadan Sarawak atau Sabah dan Kalimantan termasuk di Limbang dan Lawas.

Penan adalah kumpulan etnik yang nomad masih berpindah-randah dan ramai terdapat di Bahagian 3, 4 dan 5.

Pada waktu kedatangan Barat, masyarakat Dayak masih mengamalkan pemburuan kepala.

3 fungsi:

i) Berkaitan dengan nilai kepahlawananii) Memecah masa berkabungiii) Mas kahwin.

Tidak terdapat institusi politik yang teguh melebihi peringkat keluarga atau kampung.

Ikatan keluarga dan sanak saudara (kaban) adalah kukuh.

Kegiatan ekonomi pertanian pindah dan padi huma.

Orang Iban suka berhijrah dan merantau. Oleh itu, boleh dikatakan orang-orang Iban terdapat di mana-mana di Sarawak.

Masyarakat bukan peribumi ialah masyarakat Cina yang menetap di Bau dan Kuching. Brooke membawa masuk ramai pelombong-pelombong Cina ke Sarawak.

Masyarakat Sabah

Masyarakat Peribumi

1. Peribumi beragama Islam:

Bajau, Suluk, Iranun, Bisaya Kedayan, Orang Sungai, Tidong dan Melayu Brunei. Mendiami pesisiran pantai dan kuala sungai dari pantai barat ke utara dan timur di Semporna dan Tawau.

2. Petempatan orang Bajau

Tertumpu di pesisiran pantai seperti di Kuching, Mengkabong, Kota Belud, Lahad Datu, Kudat dan Semporna.

Ada juga yang tinggal dalam perahu (sombang) dikenali orang laut.

Kegiatan ekonomi di laut tetapi pandai bertukang tangan atau besi parang, menenun kain dan memacu kuda.

3. Peribumi bukan Islam:

Kadazan dan Dusun

Mereka tinggal di Penampang, Labuk, Sugut, Kudat, Murudu, Tempasuk, Tuaran, Papar, Ranau dan Tambunan. Merupakan golongan peribumi yang terbesar di Sabah.

Perlihatkan ciri-ciri masyarakat yang punyai sistem ekonomi yang teratur, undang-undang adat yang tersusun.

Susunan masyarakat teguh. Ada ketua masyarakat atau ketua kampung.

Berniaga di pasar tamu, bertenun dan menganyam tikar serta bakul.

Orang Murut

Tribe Nabai mendiami bahagian selatan dan sekitar bandar Keningau.

Suku kaum Peluani tinggal di lereng-lereng bukit di sepanjang lembah Sungai Pegalan.

Tribe Bokan mendiami kawasan Tulid lebih maju dalam pertanian bertanih sawah.

Sulu Tagul atau Semambu tinggal di Sepulut atau Pensiangan kurang maju.

KEDATANGAN BARAT DAN KEMUNCULAN REJIM BROOKE DI SARAWAK DAN SYARIKAT BERPIAGAM BORNEO UTARA DI SABAH.

Rejim Brooke dan Sarawak

Sebelum wujud sebagai unit politik, Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Brunei.

Selepas kemangkatan Sultan Muhamad Hasan (1582-1698), pengganti-penggantinya gagal mengekalkan kegemilangan Brunei.

Pertapakan Sepanyol di Pulau Luzon, Cebu menyebabkan Brunei menjadi sasaran Sepanyol.

Saat yang tidak stabil digunakan oleh pembesar Brunei untuk menguasai jajahan Brunei.

Secara kebetulan, pada waktu ini peranan Borneo dihujani oleh kedatangan Barat abad 18 dan 19.

Kedatangan Barat dengan misi Gold, Glory dan Gospel meruntuhkan jaringan perdagangan (nadi pendapatan) Brunei dan membataskan penguasaan perdagangan Brunei.

Barat mengambil kesempatan di atas kelemahan Brunei pelanunan dan penghambaan.

Orang Inggeris yang berjaya menghancurkan kekuasaan Brunei ke atas Sarawak ialah James Brooke bermula pada tahun 1839.

James Brooke campur tangan dalam kekacauan yang berlaku di Sarawak.

Dinyatakan berjaya menyelesaikan perselisihan di antara Gabenor Sarawak, Pangeran Mahkota dengan pemimpin dan masyarakat setempat.

James Brooke seperti pengembara yang lain yang menguasai daerah Timur yang dianggap kaya dan menggunakan peluang ini untuk mendapatkan tempat di Borneo dan menjadikan Borneo sebagai Jawa kedua.

Selepas kekacauan tamat mendesak Brunei mengiktiraf kedudukannya sebagai Gabenor Sarawak dengan ugutan daripada HMS Diana dan HMS Phlegethon.

Berjaya mendapatkan Sarawak dan menjadi wakil British di Labuan setelah Labuan dapat dirampas daripada Brunei pada tahun 1846.

Menjadi Raja Putih Sarawak 1841-1868, merampas wilayah Brunei yang lain melalui perjanjian atau kekerasan dari Kuching, Skrang, Saribas, Mukah, Bintulu, Oya dan Tatan.

Dengan bantuan anak saudaranya, Raja Putih kedua, Charles Brooke, menakluki Beram, Trusan, dan Limbang pada tahun 1890.

1888 perjanjian Protectorate British melindungi wilayah Brooke di Sarawak, wilayah BNBCC di Sabah dan Brunei Sendiri.

British North Borneo (Chartered) Company (BNBCC) dan Sabah Jika di Sarawak kegiatan British bermula pada abad ke-19, di Sabah atau Borneo Utara, berlaku awal pertengahan abad ke-18, 1762 dimulai dengan Pulau Balambangan hanya beberapa ketika kerana diserang lanun 1775 beralih ke Labuan.

Kerjasama Brunei-Sulu bagi menghapuskan kekacauan dalaman Brunei membawa kepada penyerahan sebahagian wilayah Brunei dari Timur Kimanis ke Sungai Sibuku pada tahun 1704.

Pada pertengahan abad ke-19, 1865 orang Amerika tidak mahu ketinggalan mendapatkan konsesi melalui perjanjian dengan Sultan Brunei, Sultan Abdul Mumin Charles Lee Moses mendapat pajakan selama 10 tahun ke atas wilayah Borneo Utara Perjanjian 1865 menjadi asas kepada penaklukan Barat di Borneo apabila Moses menjual hak pajakan kepada dua orang saudagar Amerika di Hong Kong: Joseph Torrey dan Thomas Harris.

Kerana kesulitan wang, Torrey menjualkan pajakan kepada konsul Austria-Hungry di Hong Kong Baron Von Overbeck, Jan 1877 selama 10 tahun.

Overbeck gagal mendapatkan sokongan Austria berkongsi dengan Alfred Dent, saudagar British.

Selain menandatangani perjanjian dengan Sultan Brunei, Overbbeck telah mendapatkan konsesi di wilayah-wilayah bebas lain.

Overbeck dilantik sebagai Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan.

Menyedari sebahagian Borneo Utara milik Sultan Sulu menandatangani perjanjian dengan Sultan Sulu pada 22 Januari 1878.

Borneo Utara tidak boleh diserahkan kepada mana-mana kuasa lain tanpa merujuk kepada kerajaan British.

Overbeck menyerahkan kesemua bahagiannya kepada Dent.

Dent menubuhkan Provisional Association bagi mengumpulkan modal untuk menerokai Borneo Utara.

Usaha untuk mendapatkan pengiktirafan melalui Piagam Diraja British.

Dent berkedudukan tinggi di kalangan masyarakat atasan British dan mendapat sokongan orang-orang berpengaruh seperti Richard Biddulph, Sir Hendry Keppel dan Sir Rutheford Alcock.

Mereka ini berjaya mempengaruhi Sir Julian Phuncerforta dari Pejabat Luar British bagi mendapatkan Piagam.

Kebimbangan kuasa-kuasa Barat lain akan menguasai Borneo Utara British bersetuju memberi piagam dengan syarat seperti:

Pengawasan dari luar dengan kuasa pembatal terhadap pemindahan kawasan Borneo Utara kepada kuasa atau orang perseorangan yang lain.

PEMERINTAHAN DINASTI BROOKE DI SARAWAK DAN SYARIKAT (BERPIAGAM ) BORNEO UTARA BRITISH DI SABAH

Rejim Brooke 1841 1941

A. James Brooke dan Pemerintahannya 1841-1868.

Bagaimana James Brooke mendirikan pemerintahannya?

Tindakan pertama menghapuskan musuh-musuhnya seperti pembesar-pembesar Brunei dan tempatan yang menentangnya.

Penghapusan dan penyingkiran dilakukan dengan alasan lanun pertempuran Beting-Maru.

Menggunakan kapal angkatan laut Diraja Britain HMS Albatros, Royalist dan Namesis.

Mengasingkan petempatan Melayu dan Iban bagi melemahkan tentangan dan kerjasama Iban Melayu.

Bekerjasama dengan pemimpin tempatan yang menyokongnya seperti Datu Patinggi Ali.

Untuk tidak mengganggu perjalanan dan pentadbiran tempatan peringkat awal mengekalkan sistem dan undang-undang yang diwarisi daripada Kesultanan Brunei terutama di Kuching diadakan dengan sistem British secara perlahan-lahan.

Dasar ekonomi bebas galakkan kemasukan saudagar berniaga di Sarawak. Tapi tidak membenarkan sebarang syarikat swasta luar selain Syarikat Borneo menanam modal di Sarawak kononnya melindungi anak negeri.

Kesan, tiada syarikat besar dan ladang besar wujud di Sarawak pekebun kecil dan monopoli Syarikat Borneo.

Dasar ini diteruskan oleh warisnya Charles dan Vyner Brooke.

Namun, wujud percanggahan bila Charles Brooke membawa masuk secara beramai-ramai orang Cina pada awal abad ke-20.

B. Charles Brooke dan Pengukuhan Pemerintahan Dinasti Brooke 1868-1917.

Berjaya mengukuhkan pentadbiran yang tegas dalam memerangi musuh, memulihkan ekonomi dengan dasar jimat-cermat, meluaskan wilayah Sarawak tegas dalam urusan pemerintahan dengan missionary kristian.

Wujud bahagian pentadbiran 3 bahagian 1972 berpusat di Kuching.

Satu sistem birokrasi yang lengkap Residen sebagai ketua bahagian.

Bahagian diketuai oleh Residen, dibantu oleh pegawai daerah di daerah-daerah.

Majlis Bahagian dengan Residen sebagai Pengerusi Ahli dilantik oleh Raja.

Mengekalkan Majlis Negeri yang diwujudkan sejak zaman James Brooke lagi. Ahli-ahli terdiri daripada Ketua-ketua Anak Negeri Datu-datu dan ketua masyarakat Cina yang dilantik oleh raja.

Mewujudkan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Anak Negeri.C. Vyner Brooke dan Berakhirnya Sebuah Dinasti

Kurang berminat tinggal di Sarawak pentadbiran kerap diserahkan kepada adiknya.

Mendapat pendidikan tinggi dan hidup dalam lingkungan atasan Britain cenderung kepada liberalisasi dan kehidupan yang mewah.

Meneruskan dasar-dasar pemerintahan James dan Charles.

Tubuhkan Jawatankuasa bagi pentadbiran Anak Negeri bukan Islam dan orang Cina.

Wujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan dan Lembaga Bandaran Kuching, Sarikei, Binatang, Sibu dan Miri.

Pertama kali melantik bukan Melayu menjadi Pegawai Anak Negeri 1932 (Lucas Chuat).

Naikkan taraf Datu Bandar kepada Datu Patinggi 1937 dan melantik 4 orang Datu baru dan melantik 2 orang wakil Cina di Majlis Negeri.

SYARIKAT (BERPIAGAM) BORNEO UTARA DI SABAHA. Pentadbiran Syarikat 1881 1941

Pengurniaan piagam memberi hak kepada British terhadap Borneo Utara dan kuasa-kuasa lain tak boleh campur tangan.

Syarikat tidak berhak pindahkan Borneo Utara kepada kuasa lain tanpa persetujuan British.

Syarikat memberi kemudahan pelabuhan untuk Angkatan Tentera Laut British dengan percuma.

Segala pelantikan pegawai tinggi di Borneo Utara mesti mendapat persetujuan British.

Kesan kepada Syarikat mendapat pengiktirafan mentadbir sambil mengeksploit bumi Borneo Utara.

Kesan kepada British kepentingan strategi dan keselamatan British terjamin.

B. Pentadbiran

Mewujudkan pentadbiran pusat dimulakan dengan Kudat sebagai ibu negeri. 3 tahun kemudian berpindah ke Sandakan.

Borneo Utara dibahagikan kepada 2 residensi Pantai Barat dan Pantai Timur. 1935 dibahagikan kepada 4 iaitu Tawau, Sandakan, Pantai Barat dan Pedalaman. Tiap-tiap residensi dibahagikan kepada bahagian daerah.

Pentadbiran diketuai oleh Gabenor, dibantu seorang setiausaha yang bertanggungjawab kepada Lembaga Pengarah di London.

Di bawah Gabenor residen-residen yang mengetuai residensi Pegawai Daerah (DO), ADO, DADO, Bendahari, Pegawai Tanah, Juruukur, Ketua Anak Negeri.

Dalam pentadbiran Borneo Utara, DO berfungsi sebagai pengukuh pentadbiran, mentadbir daerah, mengurus kesihatan, pertanian dan menjalankan undang-undang dan peraturan. Menjadi orang tengah antara kerajaan dan rakyat.

Wujud Majlis Penasihat dan digantikan dengan Majlis Undangan pada 1912. berfungsi sebagai penasihat kepada Gabenor. Ahli terdiri daripada Pegawai Pentadbir, wakil persatuan peladang, perniagaan dan komuniti Cina. Tiada wakil peribumi. Kuatkan dasar syarikat untuk kepentingan pelabur-pelabur pedagang.

C. Pentadbiran Peribumi

Wujudkan Ketua Anak Negeri dan ketua kampung bagi membantu pentadbiran syarikat di Pedalaman.

Kedudukan dikukuhkan dengan Ordinan Pentadbiran Kampung 1891, memberi kuasa kepada Ketua Anak Negeri menjadi orang perantaraan antara rakyat dan pemerintah di Pedalaman. Tapi status mereka rendah dengan upah yang rendah. Kedudukan dibaiki oleh West Ridgeway pada 1913.

Ketua Anak Negeri kelas satu diberi gelaran OKK.

Menubuhkan Mahkamah Anak Negeri bagi membicarakan kes-kes yang berkaitan dengan anak negeri.

Undang-undang baru mengkategorikan 2 kumpulan Ketua Anak Negeri berasaskan pengaruh, lama berkhidmat dan rekod perkhidmatan yang baik dan kenal huruf gred satu ditauliahkan di daerah dan gred dua di daerah kecil.

1916 satu gred diwujudkan.

Wujud Majlis Penasihat Ketua Anak Negeri bermula pada 1883 dihidupkan pada 1915 oleh Gabenor Parr untuk meninggikan taraf Ketua Anak Negeri bila mereka dipinggirkan dalam Majlis Undangan.

Bila D.J. Jardine menjadi Gabenor 1934-1937 mengukuhkan kedudukan Ketua Anak Negeri Majlis menjadi eksekutif membahaskan hal ehwal kebajikan, pendidikan dan ekonomi Bumiputera.

Pusat Pentadbiran Peribumi Bingkor 1936.

Diwujudkan untuk memberi peluang kepada Peribumi bertanggungjawab dalam bidang pentadbiran dan urusan kewangan mereka. Pusat ini sebagai percubaan untuk memberi laluan kepada pembukaan pusat-pusat lain.

Masalah kewangan yang dihadapi menyebabkan sehingga tahun 1941 hanya Bingkor wujud sebagai satu-satunya pusat pentadbiran peribumi dan pusat ini dianggap sebagai lembaga tempatan pertama diwujudkan di Sabah.

Perkembangan Sosial Mengambil Borneo Utara bagi penuhi matlamat mendapat keuntungan.

Oleh itu, bentuk satu sistem pentadbiran yang tersusun sebagai asas mengeksploitasi bumi Borneo Utara.

Kekukuhan pentadbiran keamanan dan kestabilan negeri mudah melaksanakan pembangunan syarikat.

Kestabilan dapat diwujudkan selepas penentangan Mat Salleh dan Rundum 1915.

Walau bagaimanapun, syarikat mementingkan keuntungan ekonomi terdapat ahli lembaga pengarah yang dipengaruhi idea kemanusiaan.

Mereka berpendapat kebajikan anak negeri perlu diberi perhatian.

Untuk menjamin tenaga buruh yang sihat, syarikat berusaha menyediakan kemudahan kesihatan, seperti contoh: mencegah penyakit taun, cacar dan penyakit tropika lain.

Sehingga 1940, terdapat 9 buah hospital dan 10 pusat kesihatan di seluruh Borneo Utara (lebih banyak dari Sarawak).

Prihatin tentang penurunan jumlah penduduk Murut, Ian Black mengaitkannya dengan korban penentangan Rundum, penyakit, kekurangan makanan dan kesan psikologi penentangan (upheavals).

Pemerintahan syarikat telah menjalankan penyiasatan rasmi mengenai masalah orang Murut:

i) Penyelidikan yang dilakukan pada tahun 1932-1936.

ii)Penyelidikan selepas perang 1958-1962.

Penyelidikan mendapati faktor-faktor yang menyumbang kepada Murut depopulation, selain daripada yang didakwa Black

a) Malaria (Dr. Copeland dan Clapham)

b) Malnutrition (Rick, Shircone dan Clarke) dan goiter.

c) General disease (Tregarthen dan Godkins)

d) Inbreeding perkahwinan sedarah atau terdekat dan minum tapai berlebihan, kurang kesuburan (Ride).

e) The decline of traditional culture (Regester) penghijrahan dan percampuran dengan masyarakat lain menyebabkan mereka kena kejutan budaya (the decline of traditional values).

Pendidikan

Dasar Pendidikan Syarikat

Pendidikan penduduk Borneo Utara, sama ada peribumi atau orang asli adalah tanggungjawab dan kewajipan kerajaan.

Namun, pembinaan sekolah kerajaan pertama berlaku pada 1915 bila sekolah-sekolah latihan bagi anak-anak negeri ditubuhkan.

Bertujuan untuk melatih bakal Ketua Anak Negeri tapi terbatas di peringkat rendah dan bahasa pengantarnya Inggeris.

Kegagalan sekolah latihan menyebabkannya ditutup pada 1930

-kekurangan sambutan kerana pengantar Melayu, sekolah rendah dan tiada pengajaran al-Quran.

Menyedari tanggungjawab kepada rakyat terbanyak, syarikat menubuhkan sekolah vernakular Melayu pertama pada 1921 selaras dengan dasar syarikat:

Pendidikan untuk penduduk peribumi menjadi pertimbangan pertama kerajaan.. pendidikan untuk orang asli, golongan penghijrah pula (dipertimbangkan) kemudian.

Dasar syarikat yang sedemikian menyebabkan pendidikan untuk orang Cina dan pendidikan Mission dikendalikan oleh komuniti dan badan dakwah masing-masing.

Apabila D.J. Jardine menjadi Gabenor 1934-1937 bilangan sekolah rendah kerajaan (Melayu) bertambah.

Kurikulum sekolah kerajaan Melayu mencontohi kurikulum sekolah di Tanah Melayu. Sekolah Cina menggunakan kurikulum negara China dan Sekolah Mission menggunakan kurikulum sekolah Inggeris di England atau Tanah Melayu.

Sehingga 1941, terdapat 28 buah sekolah kerajaan Melayu dan murid 1663 orang.

Selain 3M diajar, pertukangan tangan dan berkebun sesuai dengan dasar rural-bias. Bahasa Inggeris tidak dibenarkan diajar walaupun dipohon oleh NCAC kerana dianggap belum sesuai dan .. boleh memisahkan kanak-kanak dari kampung halamannya dan melahirkan golongan yang terlalu angkuh untuk bekerja sebagai petani di kebun ibu bapa mereka.

Bertentangan dengan dasar pengajaran bahasa Inggeris di sekolah vernakular Melayu, di sekolah Cina dan sekolah Mission bahasa Inggeris digalakkan.

Tiada maktab perguruan masa pemerintahan syarikat.

Ekonomi

Borneo Utara mempunyai potensi ekonomi yang baik peringkat awal tanpa kemudahan prasarana bergantung kepada sumber hasil tradisional seperti sarang burung, damar, getah perca dan hasil-hasil laut dan hasil hutan.

Hasil yang berpotensi besar kayu balak 1888 eksport kayu Belian untuk pasaran Hong Kong dan China bagi pembinaan kereta api di China yang perlukan landasan yang teguh.

The British Borneo Trading Co. mengeksport $44,584 kayu balak 1890 dan eksportnya meningkat berlipat kali ganda menjelang 1900.

Untuk memantau pengeluaran balak, pemerintah menubuhkan Jabatan Perhutanan dan mendapatkan khidmat pegawai hutan terlatih Fusaji Gota pada 1913 dan Dale Mathews pada 1914 (American di Philip).

Dengan bantuan modal Harison and Crosfield, sebuah syarikat baru, The British Borneo Timber Co. ditubuhkan

i) BBTC memonopoli pengeluaran balak selama 25 tahun (cut, collect and export timber on all state land)

ii) Semua syarikat kecil perlu mendapat lesen daripada BBTC menimbulkan kontroversi dan bantahan daripada syarikat-syarikat kecil.

Selain balak ialah hasil tembakau sehingga 1900

-Terdapat 61 ladang tembakau di Pulau Banggi, sekitar Teluk Marudu, Labuk, Sugut, Kinabatangan dan Segama, Lahad Datu, Tawau, dan Sandakan eksport ke Amsterdam.

Pengenalan cukai baru yang tinggi oleh Amerika Syarikat pada 1891 memusnahkan pengeluaran tembakau Borneo Utara dan membawa penutupan beberapa ladang-ladang. Namun, eksport masih berjalan sehingga 1929.

Getah menggantikan tembakau pada 1928 Borneo Utara mengeksport 15,033,412 ib getah kawasan yang ditanam ialah 67,230 ekar ladang dan 228,087 ekar pekebun kecil.

Pada zaman meleset, eksport pengeluaran getah menurun beberapa langkah diambil bagi membasmi pengeluarannya. Kesan pembatalan banyak dirasai oleh pekebun kecil.

Selain tiga keluaran terbesar Borneo Utara, terdapat juga hasil-hasil lain seperti kopi, lada, gambir, manila hemp dan hasil laut (ikan, ikan kering, mutiara).

Mineral-emas, arang batu dan minyak kurang berjaya.

Dasar syarikat yang liberal dalam menggalakkan pengeksploitasian tanah Borneo Utara mengakibatkan begitu banyak tanah diagihkan kepada orang asing dan syarikat-syarikat besar Eropah dan Jepun.

Membawa kesan negatif kepada peribumi.

Berbeza dengan Sarawak Dasar Brooke melindungi anak negeri dan tanah dibahagikan mengikut kategori tertentu seperti mixed zone yang boleh dimiliki oleh sesiapa saja dan tanah yang diiktiraf sebagai tanah adat.

E.g. NCR Native Customary Rights Overland diiktiraf oleh undang-undang Tanah Sarawak terdapat temuda (farmland), pulau (primary forest) dan pemakai menoa (territorial domain of a longhouse community).

Tanpa perlindungan seperti ini di Borneo Utara menyebabkan peribumi Borneo Utara kurang dilindungi dalam isu tanah.

Dasar syarikat yang liberal dalam mengeksploitasi Borneo Utara menyebabkan sabah mempunyai banyak ladang-ladang besar tapi menjadi the second poorest state in Malaysia Judge Iia, H.C. Chin, Sarawak.

Keperluan buruh luar

-Kemasukan buruh-buruh dari China Selatan China Utara, Jawa dan Jepun (buruh-buruh mahir) untuk keperluan tenaga di ladang-ladang.

PERANG DAN PENJAJAHAN JEPUN DI SABAH DAN SARAWAKPerang dan Penjajahan Jepun di Sarawak Semasa perang meletus, raja Vyner Brooke berada di Australia dan Tuan Muda Bertram di London.

Pentadbiran Sarawak dikendalikan oleh Setiausaha Negeri, Le Gros Clark.

Jepun mula masuk dari perbatasan Sarawak atau Brunei Miri pada 16 Disember 1941.

Kuching jatuh pada hari khamis dan dengan itu seluruh Sarawak ditakluki oleh Jepun.

Kebanyakan orang Eropah melarikan diri setelah Miri mereka binasakan.

Sarawak ditawan dengan mudah kerana benteng pertahanan askar Punjabi yang kecil bilangannya.

Semasa Jepun tiba, kesedaran kebangsaan di Sarawak kurang, oleh itu, laungan Jepun Asia untuk orang Asia kurang mendapat sambutan. Jepun menggalakkan penubuhan persatuan-persatuan berdasarkan perkauman seperti Persatuan Dayak, Persatuan Cina dan Persatuan India. Kegiatan Persatuan Melayu Sarawak yang wujud sejak 1937 telah disekat kerana dianggap bahaya kepada politik Jepun. Jepun gunakan dasar yang hampir-hampir sama dengan Brooke bekerjasama dengan pemimpin tradisional. Hal ehwal Melayu diuruskan oleh sebuah Jabatan, diketuai oleh Tuanku Bujang dan Abang Openg. Demikian juga dengan hal ehwal Cina dan Iban. Jepun galakkan penubuhan perimpun Dayak, sebuah syarikat kerjasama Iban Jepun beri sumbangan $4000. Wujudkan persatuan kaum ibu dengan melantik 4 orang wakil bagi mewakili 4 kumpulan etnik.-Lily Eberwein wakil Melayu-Mary Ong wakil Cina-Barbara Bay wakil Iban-Mrs Gopal wakil India Adakan kegiatan kerja amal seperti kutip derma untuk tentera Jepun. Perang dan Penjajahan Jepun di Sabah

1 Januari 1942, Jepun mendarat di Labuan, Borneo Utara mudah dikalahkan diikuti dengan Jesselton dan Sandakan.

Kedudukan Borneo Utara yang berhampiran Filipina, tanah jajahan Amerika Syarikat menyebabkan Borneo Utara mengalami kerosakan perang yang teruk.

Demi kepentingan strategi pertahanan, pusat pentadbiran diletakkan di bahagian pedalaman seperti di Ranau, Keningau dan Pensiangan.

Akibatnya landasan terbang telah dibina di Ranau dan Keningau.

Carta Pentadbiran Tentera Jepun di Sabah dan Sarawak

Gabenor Jeneral

Gabenor

Gabenor Gabenor

Gabenor Gabenor

Kuching Sibu Miri

Jesselton Sandakan

Residen

Pegawai Daerah

Ketua Tempatan

Pentadbiran Jepun di Borneo Utara, Sarawak dan Brunei digabungkan dalam satu unit pentadbiran Borneo Utara (North Borneo).

North Borneo diletakkan di bawah tanggungjawab pentadbiran angkatan tentera Jepun ke 37.

Gabenor Jepun merupakan Ketua Tertinggi pentadbiran mengawas perjalanan sistem pentadbiran Borneo Utara berpusat di Kuching.

Mulai Oktober 1943, dipindahkan ke Borneo Utara setelah berlaku penentangan Double Tenth.

Setiap wilayah ada Majlis Penasihat menekankan penyertaan bumiputera dalam pentadbiran. Wakil Cina dan India sebagai ahli tambahan.

Ahli-ahli majlis dipilih dari kalangan ketua tradisional dan ketua masyarakat yang berpengaruh.

Kesan memberi keyakinan diri kepada anak negeri mentadbir.

Kegiatan politik adalah terbatas.

Galakan kepada penubuhan persatuan-persatuan perkauman telah menambahkan perasaan perkauman di kalangan penduduk setempat perasaan ini terserlah selepas Jepun menyerah kalah contoh peristiwa yang berlaku di Kuching.

Di sabah, keadaan adalah berbeza kerana terdapatnya kerjasama penduduk tempatan menentang Jepun melalui pemberontakan Double Tenth yang dilancarkan oleh kumpulan Gerila Kinabalu. Kumpulan ini dipimpin oleh Musa, Korom dan Albert Kwok. Kumpulan ini telah bekerjasama dengan Gerila Sulu di bawah pimpinan Imam Marajakiu menentang Jepun.

Penentangan Double Tenth gagal tapi perjuangan diteruskan dalam bentuk-bentuk kecil-kecilan seperti di Kudat dan Sandakan.

Kesan pendudukan Jepun

-Ekonomi merosot kesempitan hidup, hampir berlaku kebuluran.

-Galakkan penduduk bercucuk tanam sara diri.

-Penduduk Cina dan Bandar merasa bahawa perang kerana tekanan pihak Jepun.

-Kekejaman tentera Jepun khasnya Kempetai (polis rahsia) Jepun membangkitkan rasa benci rakyat terhadap Jepun.

Kesan politik atau pentadbiran

Memberi peluang anak tempatan memegang jawatan penting seperti pegawai daerah, pegawai perhubungan.

Kesan menanam keyakinan diri untuk berdikari.

Jepun memerintah selama 3 tahun 8 bulan menyerah kalah di tangan pihak berikat.

BMA ambil alih pemerintahan sementara.

SEBAB-SEBAB BRITISH MENGAMBIL SABAH DAN SARAWAK PADA TAHUN 1946.

Mengapa Sarawak Diserahkan Kepada British?

Sarawak diserahkan dengan rasmi pada 1 Julai 1946.

Faktor pertama penyerahan berkait dengan soal peribadi dan keluarga Brooke sendiri.

-Vyner Brooke tak punyai anak lelaki bagi mewarisi Sarawak (seperti termaktub dalam undang-undang Sarawak) adiknya Bertram uzur dan tua tiada pilihan lantik anak saudaranya Anthony Brooke.

-Anthony Brooke sentiasa dicurigai Vyner dan sudah 2 kali dipecat dari jawatan Raja Muda persengketaan memuncak menyebabkan Bertram Brooke mengatakan: Saya lebih rela melihat dinasti ini lenyap daripada persengketaan di kalangan kerabat kita yang menyebabkan pergolakan kaum di Sarawak.

Anthony pula terlalu ingin menjadi raja dan cuba menentang berhabis-habisan rancangan menjadikan Sarawak Crowm Colony.

Pada masa peperangan, rundingan diadakan dengan pihak British tekanan dan desakan dikenakan ke atas Vyner Brooke supaya menyerahkan Sarawak kepada British.

Kedua-dua faktor keluarga dan tekanan daripada pihak British menyebabkan Vyner menambil keputusan menyerahkan Sarawak kepada Mahkota British.

Mengapa Sabah diserahkan kepada British?

Faktor penyerahan alasan Syarikat Berpiagam. Mengapa diserahkan kepada British.

Kesan peperangan dan pendudukan Jepun telah mengakibatkan Sabah musnah.

-Sentiasa diserang oleh Pihak Berikat terutama sekali Sandakan.

Kerosakan yang buruk menyebabkan Lembaga Pengarah Syarikat Berpiagam di London berpendapat Syarikat tak mampu membangunkan semula Sabah.

Persetujuan tercapai antara Syarikat dan kerajaan British bagi memindahkan negeri Sabah dan kedaulatannya kepada British Crown.

15 Julai 1946, Sabah menjadi Tanah Jajahan British (Crown Colony) dengan bayaran permulaan sebanyak 860,000.

Selain alasan ketidakmampuan syarikat, syarikat berpendapat pentadbirannya sudah ketinggalan zaman.

Sejak awal lagi syarikat mencadangkan supaya Sabah ditadbir terus oleh Britain tetapi British tidak berupaya.

Sebab-sebab British Mengambil Sabah dan Sarawak

Penjajahan British secara langsung ke atas Sabah dan Sarawak 1946 bertentangan dengan Piagam Atlantik tanah jajahan perlu dibebaskan 19 Ogos 1941.

6 faktor British menjajah Sabah dan Sarawak

a) Prestige / wibawa British selepas perang dunia kedua merasa zaman imperialisme belum tamat.

b) Dasar British selepas perang dunia kedua di Tanah Melayu dan British Borneo.

c) Faktor ekonomi dan peranan Big Business pelaburan dan perladangan syarikat-syarikat seperti Harisson dan Crossfield, Sime Darby, BBTC, Syarikat Minyak Shell British perlu bertanggungjawab melindungi kepentingan pelabur-pelabur mereka, di samping menjamin kepentingan ekonomi Britain yang hampir muflis selepas perang dunia kedua.

d) Sabah dan Sarawak penting bukan sahaja sebagai pembekal bahan mentah tetapi juga sebagai pasaran barangan Britain.

e) Kepentingan Singapura sebagai pusat pertahanan dan perdagangan Britain di Asia Tenggara untuk kedudukan survival agar terus kukuh British perlu mempastikan Singapura dibekalkan dengan bahan mentah dari tanah jajahan di sekelilingnya dan menjadi pusat pengedaran barangan selepas itu jelas kelihatan bila Singapura diasingkan dari kesatuan Malaya.

f) Alasan kerosakan akibat perang dunia kedua kedua-dua pemerintah Syarikat Berpiagam dan Rejim Brooke tidak mampu membangunkan semula negeri-negeri itu.

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI SARAWAK: GERAKAN ANTI CESSION.Kesedaran kebangsaan peringkat awal

Nasionalisme dalam bentuk moden wujud di Borneo 1930an.

Penentangan-penentangan awal terhadap penguasaan luar berlaku pada abad ke-19 seperti: penentangan Pengiran Mahkota, Datu Patinggi Gapor, Rentap dan Sharif Masahor Sarawak.

Dari penentangan berasaskan semangat patriotisme dan menghalau penjajah asing perjuangan awal abad ke-20 kebangkitan nasionalisme dalam bentuk moden melalui pendidikan sekular.

Walaupun tanpa pendidikan tinggi pendidikan rendah Melayu memberi pendedahan kepada penuntut-penunut tentang rasa kekitaan, kemegahan terhadap bahasa, budaya dan sastera mereka.

Kesedaran di Sarawak dipelopori oleh Rakawi Mohd Yusuf melalui Fajar Sarawak 1930 dan Persatuan Melayu Sarawak.

Kesedaran disebarkan juga melalui cawangan-cawangan PASPAM dan majalah.

Menerusi PASPAM, ahli-ahli dapat ikuti perkembangan sosial, ekonomi dan politik yang berlaku di negara jiran.

PASPAM galakkan ahli membaca melalui pertukaran buku dan membuka bilik bacaan di cawangan-cawangannya.

Bagi Sarawak, keahlian dalam PASPAM adalah penerusan pendedahan sejak Fajar Sarawak diterbitkan.

Peranan Fajar Sarawak dalam menyebarkan kesedaran supaya orang Melayu tidak terus tertidur dibuai mimpi khayal.

Kesulitan kewangan dan kekurangan sambutan menyebabkan Fajar Sarawak ditutup.

Rakawi dan rakan-rakan berusaha menubuhkan sebuah persatuan yang akhirnya dinamakan Persatuan Melayu Sarawak (PMS) 1937. penubuhan sebenar berlaku pada 1939 setelah Rakawi meninggal dunia.

PMS diterajui oleh pemimpin tradisional merupakan persatuan sosial yang menyokong pemerintah.

Tujuan untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan usaha untuk memperjuangkan nasib orang Melayu yang ketinggalan dari kaum lain dalam ekonomi dan pendidikan.

Nasionalisme menjelang Perang Dunia Kedua di Sarawak dipaparkan melalui keluhan rasa tidak puas hati terhadap kedudukan ekonomi dan pelajaran Bumiputera jika dibandingkan dengan kedudukan orang asing dalam akhbar dan persatuan sosial.

Kesan pendidikan Melayu dipertingkatkan melalui penubuhan Madrasah Melayu dan Maktab Perguruan Melayu.

Masa pendudukan Jepun, nasionalisme tidak digalakkan berkembang dibentuk pertubuhan perkauman Liga Kemerdekaan India cawangan Sarawak, Persatuan Cina Seberang Laut, Dayak dan Persatuan Kaum Ibu Kuching. Kesan melebarkan jurang pemisahan dan melebarkan perasaan perkauman.

Semangat nasionalisme yang terpendam pada zaman Jepun dihidupkan semula bila Vyner Brooke membuat pengumuman menyerahkan Sarawak kepada kerajaan Britain.

Majoriti Melayu diwakili PKMS (PKM) dan sebahagian orang Iban (SDA) telah bangun menentang cession.

Sebab

1. Melanggar Prinsip Perlembagaan 1941 menjanjikan pemerintahan sendiri.

2. Vyner Brooke buat keputusan tanpa berunding dengan Ketua-ketua Anak Negeri Sarawak.

3. Enggan dijajah oleh British.

Bantahan peringkat awal melalui surat dan telegram.

Tunjuk perasaan dan pemulauan perayaan dan kedatangan Gabenor.

bantahan cara kekerasan oleh Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) Rukun 13 setelah cara baik tidak dilayan.

Kekerasan digunakan juga kerana ugutan melalui Circular No. 19 yang memberi kata dua kepada pegawai-pegawai kerajaan yang menentang cession.

Kesan ramai pegawai kerajaan Melayu dan Iban meletak jawatan (guru-guru Melayu dan perkeranian)

Mereka tubuhkan sekolah rakyat.

Rukun 13 telah bertindak menikam Gabenor Sarawak kedua, Duncan Stewart.

Akibat gerakan anti-cession diharamkan yang terlibat dihukum mati dan dipenjarakan.

Dari Disember 1949-1958 tiada kegiatan politik sehingga dihidupkan semula Barisan Pemuda Sarawak.

PERSATUAN-PERSATUAN SOSIO-POLITIK SABAH 1939-1963.

Kesedaran kebangsaan peringkat awal

Tidak seperti di Sarawak, di Borneo Utara tidak terdapat akhbar atau majalah peribumi sebelum perang dunia kedua.

Keluhan, kegelisahan disalurkan melalui Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri (MPKKAN).

Melalui majlis ini, Ketua-ketua Anak Negeri (KKAN) menyuarakan pandangan dan cadangan mengenai hal ehwal peribumi kepada pemerintah.

Mengemukakan resolusi untuk dipertimbangkan dalam perkara-perkara keperluan pelajaran Bahasa Inggeris, pelajaran bagi anak-anak perempuan, soal tanah peribumi dan hutang-piutang mereka kepada orang Cina.

Selain MPKKAN, saluran lain ialah PASPAM terhad di kalangan mereka yang tinggal di Labuan Jesselton dan Tawau.

Kegiatan berpersatuan yang terhad ini menyebabkan peribumi Borneo Utara lewat mengalami kebangkitan nasionalisme jika dibandingkan dengan Sarawak dan Tanah Melayu.

Ketiadaan kesedaran sebelum Perang Dunia Kedua (iaitu pendidikan, pentadbiran, komunikasi dan faktor geografi) menyebabkan peralihan kuasa dari SBBUB kepada kolonial British tidak menimbulkan sebarang masalah.

Walaupun tidak wujud sebarang gerakan menentang penjajahan British 1946, namun kehadiran 2 persatuan sosio-politik: Parti Kebangsaan Melayu Labuan atau Jesselton dan Barisan Pemuda Society (BARIP) menunjukkan Borneo Utara juga tidak terlepas daripada gelombang kesedaran nasional selepas perang.

Kegiatan berpersatuan dirangsangkan oleh pemimpin-pemimpin dari Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia seperti Harun Aminurrashid, Hatta, Sjahrir dan Soekarno.

Pelopor PKML ialah Hj. Zakaria Gunn, Abu Bakar Ahmad dan Cikgu Suhaimi. Tengku Noordin sebagai Yang Di Pertua.

Majoriti ahli jawatankuasa bekas ahli PASPAM yang aktif dan pernah menulis rencana berunsurkan perpaduan dan nasionalisme.

PKML dan BARIP banyak dipengaruhi oleh gerakan nasionalisme Indonesia dengan cogan kata merdeka tidak disenangi oleh penjajah British.

PKML dan BARIP dilemahkan dengan penukaran pemimpin-pemimpinnya.

Tindakan British dan masalah sokongan yang kurang dan persaingan dengan BARIP membawa kepada kelumpuhan PKML/J.

Demikian juga dengan apa yang berlaku kepada BARIP menyebabkan pada bulan September 1949, BARIP hanya berfungsi sebagai Moslem Club.

Pada awal 1950an muncul beberapa persatuan Islam, persatuan sosial dan AGABA.

Persatuan-persatuan Islam seperti Khairat Jumaat Muslimin dan Persatuan Ikhwan Sabah hanya wujud beberapa tahun akhir 1950an persatuan-persatuan ini tidak mendapat sokongan sepatutnya kerana wujud persatuan-persatuan sosial lain seperti Angkatan Caya Baru dan Persatuan Anak Negeri Sandakan.

Selepas kedua-dua persatuan Islam itu tidak berfungsi, masyarakat Islam dan bekas pemimpin Ikhwan menubuhkan persatuan-persatuan Islam baru seperti Persatuan Islam Putatan, Tawau dan akhirnya Persatuan Islam Sabah.

Persatuan-persatuan Islam inilah akhirnya merangsangkan penubuhan USNO pada tahun 1961.

Dalam tempoh 1952an itu juga berlaku perkembangan dalam perlembagaan di Borneo Utara.

Contohnya: 2 majlis: Executive (kerja) Legislative (undangan) dibentuk.

Buat pertama kali wakil Bumiputera dilantik. Sebelum ini, wakil Bumiputera tidak pernah diberi peluang menduduki Majlis Penasihat dan Undangan.

Ahli tidak rasmi dalam majlis terus ditambah menjadikan bilangannya melebihi ahli rasmi bagi memberi latihan kepada lebih ramai orang tempatan menyertai pemerintahan.

-Perkembangan-perkembangan ini dilaksanakan secara beransur-ansur sehingga gagasan Malaysia diumumkan pada tahun 1961.

-Pengumuman ini telah memberi kelutan kepada penduduk tempatan Borneo Utara. Jika dulu mereka bergiat dalam persatuan-persatuan sosial, kini sudah sampai masanya mereka memikirkan peri pentingnya ditubuhkan parti politik. Melalui parti-parti politik ini mereka dapat menyuarakan pandangan dan tuntutan malah menubuhkan kerajaan jika menang dalam pilihan raya.

-USNO-United Sabah National Organization bekas pemimpin-pemimpin persatuan Islam dan sosial membantu Datu Mustapha.

-UNKO-United Nasional Kadazan Organization diasaskan oleh pemimpin-pemimpin Persatuan Kadazan (PK) yang lahir pada 1950an. PK didokongi oleh para inteligensi di kalangan lepasan sekolah Mission yang terangsang daripada perkembangan politik yang berlaku di kalangan bumiputera Islam dan Cina serta galakan daripada perkembangan-perkembangan yang berlaku pada masa itu.

-Peranan yang dimainkan oleh pendidikan Mission dan agama Kristian dalam membina dan membentuk sikap atau pemikiran para pelajar yang kemudiannya menjadi pemimpin-pemimpin politik.

-Golongan ini berjaya menanamkan rasa kekitaan, perpaduan dan nasionalisme di kalangan masyarakat Dusun atau Kadazan.

PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EKONOMI DI SABAH DAN SARAWAK PADA ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH. Penjajahan British di Sarawak berlaku pada zaman penjajahan mula pudar dan semangat kebangsaan berkembang luas di Asia Tenggara.

Oleh itu, British berhati-hati dan terpaksa bersikap liberal memberi sedikit kemudahan awam dan kebajikan kepada penduduk yang dijajah tidak mahu dituduh sebagai kuasa penindas.

Di Sabah, British bernasib baik kehadiran mereka tiada tentangan.

Sepatutnya mudah menyediakan pembangunan tapi dilakukan secara perlahan dengan alasan tahun antara 1946-1952 pemerintah masih mengalami kekurangan wang kerana terpaksa membayar sejumlah besar pampasan kepada SBBUB detailnya lihat M.H. Baker.

Sedikit kemajuan dalam kemudahan awam prasarana, kesihatan dan ekonomi.Perkembangan sosial dan ekonomi di SabahPerhubungan

1. Wujudkan perkhidmatan penerbangan awam Malayan Airways 1949 => Borneo Airways 1950 diluaskan hingga ke Brunei dan Sarawak 1955.

2. Bina landasan terbang di Jesselton, Sandakan dan Labuan. Dan landasan kecil di Kudat, Lahad Datu dan Keningau.

Jika diteliti kemudahan ini lebih ditujukan untuk syarikat British dan pegawai British dan syarikat tempatan lain.

3. Jalan Raya: baru dibina 30 batu dari Jesselton => Kota Belud 1954-1957 pembinaan dilipatgandakan. Pembinaan besar dari Jesselton, Sandakan dan Ranau dimulakan pada tahun 1960 Papar ke Bukit Manggis: 1961, 100 batu dari Kota Belud ke Kudat.

4. Jalan kereta api: dibina waktu SBBUB untuk kepentingan hubungan ladang-ladang getah, kayu balak dan kelapa kering, terutamanya dari Tenom, Papar, Beaufort dan Keningau.

Pembinaan jalan kereta api diluaskan melalui Putatan, Benoni, Kimanis Bongawan, Membakut Beaufort ke Melalap => Sungai Padas ke lembah Tenom.

5. Pelabuhan dan pangkalan laut dibaiki dan ditambah di sepanjang pantai Borneo British dari Kuching ke Tawau.

Kesihatan

Zaman SBBUB tiada perancangan teratur dan khusus untuk rakyat kecuali bantuan terhad dan usaha badan dakwah Kristian.

Masa British, perkhidmatan kesihatan lebih terancang melalui penyusunan Jabatan Perubatan untuk 5 tahun, wujudkan bahagian kesihatan, melatih pegawai kesihatan tempatan. Bina 14 pusat kesihatan dan rawatan di kampung-kampung. Bina bangunan tetap hospital. Pembinaan kelinik-kelinik di Pedalaman.

Adanya badan sukarela seperti Red Cross, Rotary Club dan badan sukarela lain memberi ceramah mengenai kesihatan dan perubatan moden.

Usaha mencegah penyakit berjangkit dan penyakit tropika 2 buah hospital besar didirikan 1952 Duchess of Kent, Sandakan dan Queen Elizabeth, Jesselton 1957.

Bantuan dari WHO membasmi penyakit seperti malaria.

Pembinaan pusat kesihatan kusta di Pulau Berhala ditutup pada 1958 kerana dipindahkan ke Kuching.

Membawa masuk pakar-pakar perubatan luar melalui bantuan Rancangan Colombo.

Kesan taraf kesihatan meningkat => penduduk bertambah dan rakyat semakin sedar tentang kepentingan kebersihan bagi menjamin kesihatan yang baik.Pendidikan

Corak pendidikan pada zaman SBBUB diteruskan. Cthnya: Sekolah Rendah Melayu adalah sekolah kerajaan, Sekolah Mission Rendah dan Menengah aliran Inggeris. Sekolah-sekolah Cina ada sekolah Cina persendirian, ada sekolah Mission Cina yang dikendalikan oleh Basel Mission.

1956 barulah pindaan pendidikan dibuat. Sebuah lembaga pelajaran dibentuk bagi membincang dan mengesyorkan cara-cara yang baik yang perlu dilakukan terhadap sistem pendidikan Sabah.

Perkenalkan Ordinan Pelajaran Baru. Pindaan telah dicadangkan bagi membolehkan sekolah-sekolah di Sabah diletakkan di bawah pentadbiran pusat. Ini termasuk sekolah-sekolah Mission dan sekolah Cina apabila sekolah-sekolah itu menerima bantuan pemerintah. Tujuannya untuk mendidik pelajar supaya mempunyai pandangan yang sama tentang Sabah dan sekali gus dapat memupuk ketaatsetiaan kepada Sabah.

Mulai 1948, kerajaan sama ada membina sekolah baru atau membaiki yang telah ada, bagaimanapun, bilangan anak yang bersekolah kurang daripada 4000. kemudahan pendidikan di pedalaman masih terbatas.

Pemerintah memang tak galakkan penyebaran pelajar secara meluas sebelum 1956.

Kekurangan guru-guru terlatih daripada 169 orang guru waktu itu, hanya 14 orang yang terlatih. Oleh sebab itu, 1952, Maktab Kent dibina bagi melatih guru-guru sekolah rendah untuk 3 aliran.

Maktab kedua ialah Maktab Gaya yang hanya dibina pada 1953 bagi melatih guru-guru sekolah Menengah rendah bagi aliran Inggeris.

Menjelang penubuhan Malaysia, kedudukan pendidikan di Sabah masih terbelakang. Kenal huruf di kalangan peribumi masih rendah walaupun kesedaran tentang kepentingan pendidikan meningkat

daripada 1000 Bumiputera 55 celik huruf

daripada 1000 Cina 303 celik huruf

Ekonomi

Meneruskan kegiatan ekonomi yang dilaksanakan oleh SBBUB.

Penekanan masih kepada ekonomi pertanian sebagai pembekal bahan mentah kepada industri British.

Pada peringkat awal, tidak banyak perubahan dilakukan sehingga pemerintah mendapat bantuan daripada skim kebajikan dan pembangunan kolonial - $4.5 juta.

Bantuan ini membolehkan kerajaan buat perancangan 5 tahun.

Pembalakan dasar British memonopoli pengurusan dan mendapat lesen jangka panjang (25 tahun) to cut, collect and export timber on all state land.

Pembatalan monopoli BBTC menyebabkan banyak syarikat menyertai kegiatan pembalakan seperti The Bombay Burma Trading Corporation Kenedy Bay Timber Co. dan The North Borneo Timbers Ltd.

Kesan: hasil pembalakan menjadi keluaran eksport terbesar bernilai $102 million. Manakala getah $41.2 million tahun 1961. Pada 1963, eksport balak meningkat ke $149.6 million.

Kelapa kering adalah eksport ketiga terbesar. Penanaman bertambah dari 35 000 ekar (1945) ke 80 000 ekar (1963). Perusahaan banyak dikendalikan oleh pekebun kecil Cina. Eksport meningkat ke 47 170 tan.

Kelonggaran undang-undang Borneo Utara dalam kes pemilikan tanah menyebabkan ramai orang Cina berpeluang mendapatkan tanah jika dibandingkan dengan Sarawak.

Manila hemp juga turut dimajukan pengeluarannya khasnya di Tawau 1963 hasilnya meningkat ke 3 638 tan.

Penanaman baru = koko diperkenalkan di Tawau 1950-an dan terus dimajukan hingga kini seperti di Tenom, demikian juga kelapa sawit ditanam pada 1960-an di Kinabatangan.

Walaupun ekonomi terus berkembang pada masa British, tetapi masih kekal sebagai negeri pertanian. Perkembangan sosial dan ekonomi di Sarawak

Perhubungan Sama seperti Borneo Utara, terdapat kemajuan dari segi ekonomi dan sosial masa British.

Menambah kemudahan awam yang sedia ada seperti perhubungan. Penekanan dibuat kepada membaiki dan mempertingkatkan perhubungan air. Keadaan muka bumi Sarawak menyulitkan pembinaan jalan raya dan kereta api. Beberapa pangkalan baru dibuka dan dibaiki seperti Kuching, Simanggang, Miri, Sibu, Binatang dan Sarikei. 1950-an beberapa syarikat pengangkutan air tubuhkan seperti Sibu Express. Rancangan pembinaan jalan raya bermula 1958, Kuching-Serian-Simanggang seperti dari Serian-Simanggang hanya dibuka pada 1962.Selepas Malaysia dibentuk barulah pembinaan jalan raya ke Sibu dilancarkan.

Perhubungan udara seperti di Borneo Utara dibaiki dan dipertingkatkan.Kesihatan

Semasa di Borneo Utara British telah membaiki dan menambah jumlah hospital dan klinik dispensari.

Klinik khas untuk pesakit TB didirikan 1963 di Kuching. Berusaha mencegah penyakit tropika dan berjangkit, contohnya: malaria terutama di pedalaman. Bantuan diperolehi dari badan kesihatan sedunia WHO. Usaha dipertingkatkan bagi memberi kesedaran tentang kepentingan kesedaran untuk menjadikan kesihatan dan perubatan moden menerusi ceramah-ceramah di pedalaman oleh pegawai kerajaan dan badan sukarela. Kesan pertambahan penduduk pada tahun 1950-an.Pelajaran

Peringkat awal meneruskan corak pendidikan Rejim Brooke tidak ada penyatuan tentang dasar pelajaran sehingga 1956. Hal ehwal pendidikan sekolah rendah diletakkan di bawah Lembaga Tempatan yang ditubuhkan pada 1948. Sekolah-sekolah Cina baik rendah mahupun menengah adalah terbanyak di Sarawak. Sebelum 1956, punyai sistem tersendiri dikendalikan oleh masyarakat atau individu atau golongan peniaga Cina. Ada juga yang dikendalikan oleh Christian Mission. Perbandingan 1951: 45 sekolah kerajaan, 65 sekolah mission dan 216 sekolah Cina. 1956 kesemua jenis sekolah ini cuba diselaraskan melalui pemberian bantuan seperti termaktub dalam peraturan (grant code). Dengan menerima bantuan kerajaan, sekolah-sekolah Mission dan Cina tertakluk kepada syarat-syarat seperti penyeragaman sukatan pelajaran dan Bahasa Inggeris dicadangkan menjadi bahasa pengantar di semua sekolah. Local authorities diberi bantuan untuk laksanakan sistem pelajaran kerajaan di daerah-daerah. 1957, sekolah menengah kerajaan pengantar Inggeris didirikan di Kuching. Menerbitkan buku-buku teks yang mempunyai kandungan yang sama bagi semua jenis sekolah. Begitu juga dengan tarikh dan tutup penggal persekolahan disamakan. Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di semua sekolah mulai 1960. Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa rasmi Sarawak. Bantahan daripada masyarakat Cina SUPP Penguatkuasaan dibuat setelah Council Negeri meluluskannya pada tahun 1961. 1961, 45 820 murid bagaimanapun mewakili 33.9% daripada jumlah yang patut bersekolah.62 223 mewakili 78.2% murid Cina yang bersekolah. Kerajaan juga menubuhkan Rural Improvement School untuk orang dewasa sejak tahun 1948. selain mengajar 3M, mereka juga diajar kaedah atau teknik pertanian, penternakan dan tatarakyat. 1962, sebuah sekolah pertukangan didirikan. Latihan tenaga profesional dan teknikal dilaksanakan dengan bantuan Rancangan Colombo....beberapa orang pelajar telah dihantar ke luar negara Australia, New Zealand dan United Kingdom. Sebelum di Sabah, di Sarawak pemerintah telah menubuhkan Maktab Perguruan bagi mengatasi masalah kekurangan guru maktab perguruan Batu Lintang didirikan pada 1948 memberi latihan guru sekolah rendah dan menengah. 1957 Maktab perguruan Sibu ditubuhkan untuk latihan guru sekolah Cina. Bagi mengatasi kekurangan buku teks, kerajaan mendirikan Borneo Literature Bureau di Kuching menerbitkan buku-buku dalam bahasa Inggeris Cina, Melayu dan Iban untuk kegunaan tempatan. Ekonomi

Meneruskan kegiatan pertanian yang sedia ada seperti getah, lada hitam, sagu dan kelapa kering.

Berbeza dengan Sabah, di Sarawak lebih banyak kebun kecil daripada ladang besar. Sama seperti Sabah, di Sarawak British membangunkan ekonomi dan sosial menerusi bantuan Skim Kebajikan Pembangunan Kolonial $3,253,703 pada 1956. ini membolehkan pemerintah melaksanakan rancangan 5 tahun. Rancangan ini kurang berjaya kerana kekurangan tenaga terlatih. Untuk memajukan keluaran pertanian, pemerintah telah menubuhkan Jabatan Pertanian-Jabatan memastikan kesuburan tanah

-Memajukan tanah secara intensif dan mempelbagaikan pertanian

-Memberi perhatian khusus kepada pengeluaran bahan makanan terutama sekali beras.

-Menambahkan eksport getah di samping mengukuhkan ordinan getah 1958 iaitu menggalakkan penanaman semula.

-Untuk membantu petani, seterusnya kerajaan memberi bantuan peralatan dan kemudahan pinjaman melalui Sarawak Finance Corporation.

Walaupun banyak ladang dan kebun-kebun kecil dibuka, tapi sehingga tahun 1961, tidak ada rancangan untuk mendirikan perusahaan bagi memproses bahan-bahan mentah itu.

Walau bagaimanapun, 70% daripada bahan yang dieksport adalah keluaran pertanian dan hasil hutan.

Perusahaan perkapalan dan pemasaran dimonopoli oleh orang Cina.

Buruh tidak seperti Sabah, Sarawak tidak menghadapi masalah kekurangan buruh.

Sepanjang 17 tahun British menjajah Sabah dan Sarawak, pemerintah tidak pernah merancang pembangunan secara besar-besaran.

Kerajaan enggan menggunakan lebihan belanjawan atau memberi pinjaman untuk pembangunan.

PERKEMBANGAN PENTADBIRAN DAN POLITIK DI SARAWAK DAN SABAH 1946-1963.Sarawak

Imbasan keadaan pentadbiran atau perlembagaan semasa Rejim Brooke begitu terhad. Pengurniaan Perlembagaan 1941 bukanlah didesak oleh rakyat semata-mata atau jasa baik Vyner sempena 100 tahun pemerintahan.

Sebab tersembunyi mengelakkan dari campur tangan British dalam hal ehwal dalam negeri Sarawak. Dari segi kuasa perlembagaan itu tidak membawa perubahan dari segi kuasa kerana kesemua ahli-ahli majlis dilantik dan dipilih oleh Raja. Keadaan yang sama berlaku peralihan kuasa daripada Brooke ke British hasil rancangan Britain dan Brooke sendiri. Demikian juga, pada masa Malaysia ditubuhkan. Pemerintahan Brooke kurang memberi persediaan kepada anak negeri untuk memerintah sendiri.

Tapi jika dibandingkan dengan Sabah, didapati keadaan di Sarawak lebih maju dari segi perlembagaan dan latihan pentadbiran.

Pada masa British, Sarawak ditadbir oleh seorang Gabenor dengan bantuan nasihat Council Negeri dan supreme Council, kerajaan British mengekalkan fungsi kedua-dua majlis sama seperti yang termaktub dalam perlembagaan 1941.

Kedua-dua majlis diwakili oleh pegawai-pegawai Eropah, Bumiputera dan Cina. 25 ahli Council Negeri, 14 ahli rasmi dilantik dari pegawai perkhidmatan awam. 11 ahli tidak rasmi mewakili penduduk Sarawak, dilantik oleh Gabenor selama 3 tahun. Council Negeri berkuasa membuat undang-undang mengawal kewangan negeri.

Bagi Majlis Tertinggi, perlembagaan mensyaratkan supaya tidak kurang daripada 5 ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai perkhidmatan awam dan ahli Council Negeri. Majlis-majlis tempatan juga ditubuhkan untuk kendalikan pentadbiran kerajaan tempatan, 1948 5 buah majlis ditubuhkan, 1950 10 buah lagi dibentuk. Asas kekuasaan ialah Ordinan Local Authority 1945 buat permulaan LA ini ditubuhkan berdasarkan ras. 1961 diubah bila LA berjalan mengikut garis semua kaum. LA pertama ialah Kuching Municipal Authority merupakan LA pertama mengadakan pilihan raya melalui undi sulit pada November 1956. 1959 semua ahli LA adalah dilantik melalui pemilihan.

Mulai 1950an, sama seperti aspek ekonomi, pemerintah mengadakan sedikit perubahan dalam perlembagaan.

Pilihan raya tidak langsung ke Council Negeri

Council Negeri

Majlis-majlis Bahagian

Majlis-majlis Tempatan

(Daerah, Municipal, Urban, Rural)

Penduduk Sarawak Perubahan perlembagaan 1963 menambah ahli tidak rasmi kepada 36 dan kurangkan ahli rasmi kepada 6. Pindaan perlembagaan 1963 memperuntukkan jawatan Ketua Menteri yang dilantik dari kalangan pemimpin parti politik yang mendapat kerusi terbanyak di Council Negeri. Ketua Menteri akan memilih 5 menteri daripada kalangan ahli Council Negeri. Ketua Menteri akan menjadi ahli Supreme Council dan di majlis ini mereka akan menentukan segala dasar-dasar penting.

Dengan itu, tanggungjawab dan kuasa pemerintah bertukar tangan daripada pegawai awam kolonial kepada pemimpin politik. Speaker mengambil alih tugas Setiausaha Kerajaan melalui Sidang Majlis Negeri.

Pilihan raya memilih ahli-ahli baru Council Negeri diadakan pada April dan Julai 1963.

Perlembagaan baru dan pengenalan pilihan raya telah membawa kepada penubuhan parti-parti politik 1959-1962.

Dimulakan dengan Sarawak United People Party (SUPP) diketuai oleh Ong Kee Hui. Majoriti ahli dari kalangan pekerja, petani, dan peniaga Cina yang menentang dasar-dasar pelajaran dan bahasa pemerintah. Terdapat juga Dayak dan Melayu peringkat awal multinasional. 1960, Parti Negara Sarawak (PANAS) ditubuhkan dipimpin oleh Datuk Bandar Datu Abang Haji Mustapha multi-racial juga pada peringkat awal didukung majoriti golongan pro-cession. Anti-cessionists menubuhkan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) Tuanku Bujang Melayu dan Peribumi lain Jan 1961.

Sarawak National Party (SNAP) Stephen Kalong Ningkan majoriti ahli Iban Bahagian II April 1961.

PESAKA Parti orang Iban majoriti dari Bahagian III, Julai 1962 Temenggung Jugah. Kesemua parti kecuali SUPP menyokong Malaysia dan untuk tujuan tersebut pertandingan pilihan raya 1963 bergabung menjadi Perikatan beroleh kemenangan Stephen Kalong dipilih menjadi Ketua Menteri I.

Sabah

Dari 1946-1950, Sabah ditadbir oleh Gabenor dengan bantuan Majlis Penasihat, 1950 barulah Majlis Undangan dan Majlis Kerja dibentuk.

Majlis Undangan mengandungi 9 ahli tidak rasmi, 10 orang ahli rasmi, 3 ex-officio dan Governor sebagai presiden.

Pada peringkat ini, Sabah dibahagikan kepada 3 residensi, Pantai Barat, Pantai Timur dan Pedalaman.

Residensi dibahagikan kepada beberapa daerah dan daerah kecil KAN dan ketua kampung membantu DO dan ADO, dalam pentadbiran daerah KAN biasanya menjadi hakim Mahkamah Anak Negeri mengadili kes-kes yang bersangkutan dengan undang-undang adat dan undang-undang Islam. 1956, keahlian Majlis Undangan diperluaskan dengan membawa masuk ahli-ahli yang mewakili Majlis Ketua-ketua Anak Negeri Chinese Chamber / Commerce, The North Borneo Chamber of Commerce dan The Planters Association. Kesannya, 1960, ahli tidak rasmi bertambah menjadi 12 melebihi ahli rasmi (8).

1962, ahli tidak rasmi ditambah kepada 18 dan ahli rasmi menurun kepada 7.

Di peringkat tempatan, penyertaan orang North Borneo diperluaskan dalam local goverment. Kepentingan penyertaan orang tempatan terserlah bila setiausaha kepada local goverment dilantik sebagai ex-officio dalam Majlis Kerja. Kota Belud mandapat taraf Majlis Daerah pada 1952, Sipitang 1955. Ini diikuti oleh Papar, Tuaran, Beaufort 1958, Kudat, Semporna 1959, Tenom, Lahad Datu 1960, Keningau, Kuala Penyu dan Tambunan 1961.

Kesan secara perlahan-lahan sebahagian authority (tanggungjawab) dan power (kuasa) diturunkan kepada orang tempatan.

Di kawasan Pedalaman, Majlis-majlis kampung dibentuk bagi memberi kefahaman dan kesedaran penghuninya tentang peranan dan tanggungjawab kerajaan serta mendedahkan mereka kepada The Working of Democratic Process.

1954, Municipal and Urban Authorities Ordinance digunakan bagi membentuk Lembaga Bandaran. Kecuali Pegawai Daerah, ahli-ahli lain di Jesselton, Sandakan-Tawau dan Labuan adalah ahli tidak rasmi.

Walaupun terdapat perkembangan perlembagaan, namun perlembagaannya tidak sampai ke tahap membenarkan orang Sabah menubuhkan parti politik sehingga tahun 1961. Cadangan Malaysia barulah menyedarkan pemimpin-pemimpin Sabah tentang pentingnya mereka menubuhkan parti politik sebagai saluran memperjuangkan kepentingan parti pemimpin dan masa depan komuniti masing-masing dalam menghadapi gelombang politik yang bakal mendatang.

Ogos 1961 Parti politik pertama Sabah UNKO dirasmikan di bawah pimpinan Donald Stephens, peranakan Australia Dusun. UNKO berasal dari Kadazan Cultural Association (KCA/KA) Menentang Malaysia pada awalnya.

- Asas perjuangan untuk orang Dusun atau Kadazan perjuangkan Kadazan untuk semua Peribumi bukan Muslim tidak diterima terutamanya Dusun di luar Papar dan Penampang dan orang Murut dipimpin oleh Datuk G.S. Sundang dengan Parti United Pasok Momogun Organisation.

Jan 1962

-Pasok Momogun Organisation (menentang Malaysia).

Jan 1964-Selesai perselisihan UNKO dan PM bercantum jadi UPKO tapi perselisihan berterusan antara Sundang dan Stephens.

Dis 1961-USNO ditubuhkan, diketuai Datu Mustapha Datu Harun, terbuka kepada semua Peribumi, menyokong Malaysia dari awal dasarnya sesuai dengan dasar Perikatan Malaya memudahkan hubungan dan terjalin hubungan baik di antara Mustapha dan pemimpin federal. Mid 1965-Sabah Chinese Association ditubuhkan setelah bercantum dengan SANAP, iaitu nama asal bagi B.U. National Party (BUNAP) hasil cantuman Democratic Party dan United Party, Oct 1962.

Dis 1961

Pilihan raya negeri I diadakan bagi memilih wakil ke Majlis Undangan secara tidak langsung melalui Residency Electrical Colleges, setiap Residensi adakan pilihan raya untuk majlis tempatan dan majlis daerah.

Setiap majlis tempatan itu memilih wakil ke badan pemilih college. Setiap college memilih ahli untuk Majlis Undangan pada Julai seperti berikut:ResidensiNo. Kerusi KolejKerusi Majlis Undangan

Pedalaman

Sandakan

Tawau

Pantai Barat12

14

14

404

3

3

8

Gagasan Persekutuan Borneo Utara Gagasan Persekutuan Borneo yang dicadangkan sebelum perang dunia kedua dihidupkan semula oleh Malcolm Mac Donald, Pesuruhjaya Am British di Asia Tenggara pada bulan April 1953.

Untuk tujuan kerjasama antara Borneo Utara, Sarawak dan Brunei, ke arah pembentukan persekutuan Borneo, satu persidangan diadakan di antara Gabenor Borneo Utara-Ralph Hone, Gabenor Sarawak-Anthony Abel, dan Sultan Brunei-Omar Ali Saifudin III. Wujudkan badan Konferensi Antara Wilayah (KAW).

Beberapa mesyuarat diadakan di Kuching, Bandar Brunei dan Jesselton 2 kali setahun bagi membincangkan kerjasama wilayah. Contohnya: komunikasi dan pentadbiran.

Sultan menolak sebarang usaha untuk membawa Brunei mengadakan hubungan politik dengan Sarawak dan Borneo Utara.

Usaha ke arah pembentukan persekutuan itu dibangkitkan semula pada tahun 1958 secara aktif ikatan politik dipropogate Radio Sarawak dan Sabah. Majlis Perbandaran Kuching menyokong cadangan Persekutuan Borneo Utara yang dicadangkan Anthony Abell 1958 itu kecuali wakil Melayu yang mengatakan Brunei tidak mungkin bersetuju dengan cadangan itu, walaupun Sultan dicadangkan menjadi ketua negara.

Pemimpin-pemimpin Borneo Utara dan Sarawak mendesak agar Sultan Brunei menimbangkan cadangan Persekutuan Borneo Utara.

Reaksi Sultan

Orang bijak pandai di Brunei lebih suka melihat negeri itu bersekutu dengan Persekutuan Tanah Melayu yang baru merdeka daripada bersatu dengan Sarawak dan Borneo Utara terpaksa membantu pembangunan kedua-dua negeri itu. (The Straits Times, Singapore). Sultan berhati-hati dalam soal hubungan politik yang boleh menurunkan martabat sultan dan negeri Brunei sebagai negeri naungan bukannya negeri jajahan. Cadangan Persekutuan Borneo Utara diumumkan tanpa terlebih dahulu berunding dengan sultan. Parti Rakyat Brunei (PRB) punyai gagasan sendiri iaitu Negeri Kesatuan Kalimantan Utara. Sama ada gagasan itu berjaya atau tidak, bergantung kepada pendirian Sultan Brunei. Bilangan penduduk 1958Sarawak- 700 000

Borneo Utara- 400 000

Brunei

- 60 000

Jumlah

-1 160 000

Reaksi Borneo Utara dan Sarawak Orang Cina majoriti menyokongPeribumi majoriti Merasa sangsi dan bimbang. Mereka yang tercicir.Brunei PRB

Menyokong ini disokong pula oleh SUPP dan Pasok Momogun memorandum yang dihantar kepada Setiausaha Agung PBB pada 9 September 1962 menyokong konsep Persekutuan Borneo Utara (Negara Kesatuan Kalimantan Utara).PAGE ___________________________________________________________________________