latar belakang sejarah awal malaysia

13
PENGAJIAN MALAYSIA LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA Objektif Modul: ◘ Menceritakan kesengsaraan hidup pada zaman Jepun ◘ Menyatakan reaksi penduduk tempatan terhadap pemerintahan Jepun ◘ Mengumpul maklumat tentang tokoh-tokoh tanah air yang berjuang menentang Jepun ◘ Menerangkan tentang kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua ◘ Menjelaskan kesan pemerintahan Jepun kepada masyarakat Malaysia

Upload: norlizaismail2013

Post on 12-Feb-2017

186 views

Category:

Education


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia

PENGAJIAN MALAYSIA

LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA

Objektif Modul:◘ Menceritakan kesengsaraan hidup pada zaman Jepun

◘ Menyatakan reaksi penduduk tempatan terhadap pemerintahan Jepun◘ Mengumpul maklumat tentang tokoh-tokoh tanah air yang berjuang menentang

Jepun◘ Menerangkan tentang kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua

◘ Menjelaskan kesan pemerintahan Jepun kepada masyarakat Malaysia

Page 2: Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia

FAKTOR JEPUN BERJAYA

MENAKLUKI TM

Perang Dunia Kedua

Sikap pihak Barat Persediaan & perancangan

Jepun

Penyebaran dakyah

anti-British

Kelengkapan senjata perang

Jepun

Kelemahan tentera British

Semangat juang yang tinggi

Page 3: Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia

■ British lebih menumpukan perhatian kepada peperangan di Eropah■ British membantu Rusia, Perancis dan Belanda■ Tanah Melayu terbiar & membuka peluang kepada Jepun menyerang

■ Menyerahkan pertahanan di timur kepada Amerika Syarikat■ Pengeboman Pearl Habour telah melumpuhkan terus pertahanan di timur

Page 4: Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia

■ British memandang rendah kemampuan Jepun.■ Terlalu yakin dengan kemampuan tentera laut & udaranya.■ Kejayaan Jepun menenggelamkan 2 kapal lautnya telah mengaibkan British

■ Penubuhan unit Perisikan Khas berjaya mendapatkan maklumat kekuatan tentera British■ Menghantar perisik untuk menjalankan pengintipan■ Maklumat ini digunakan oleh tentera Jepun untuk mengkaji kedudukan pertahanan TM sebelum serangan

Page 5: Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia

■ Melalui Doro Nawa, Jepun berjaya memujuk askar- askar India yang berkhidmat dengan British untuk meninggalkan perkhidmatan mereka & bekerjsama dengan Jepun.■ Jepun berjanji untuk membebaskan India daripada penjajah British■ Kejayaan mempengaruhi golongan nasionalis radikal daripada Kesatuan Melayu Muda (KMM) di bawah Ibrahim Hj Yaakob memudahkan penguasaan Jepun di Tanah Melayu

■ Mengadun kekuatan tentera laut , udara dan darat.■ Tentera udara mengambil kira jarak dan sasaran, menggunakan kapal terbang pejuag yang lebih moden darpada Brtish, memberi perlindungan kepada kapal pengebom, bantuan perlindungan kepada pesawat-pesawat pengangkut & logistik, tembakan meriam daripada kapal-kapal pemusnah dan diperkuat dengan bekalan peluru, makanan dan ubat-ubatan

Page 6: Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia

■ Tentera British di Tanah Melayu & Singapura kurang terlatih dan pengalaman.■ Mereka bukan orang tempatan dan tidak mempertahankan Tanah Melayu dengan bersungguh-sungguh.■ Kelewatan tentera bantuan dari London & India.■ British hanya bergantung kepada dua buah kapal perangnya iaitu Prince of Wales & Repulse. ■ Apabila kapal-kapal tersebut berjaya ditenggelamkan, Jepun telah berjaya menguasai sepenuhnya perairan Tanah Melayu.■ Pengkalan laut di Singapura juga tidak digunakan sepenuhnya kerana tiada kapal yang dihantar oleh British.■ Ruang udara Tanah Melayu hanya dikawal oleh beberapa ratus pesawat berbanding kemampuan tentara Jepun yang lebih hebat.■ Pertahanan British hanya bergantung kepada 3 pasukan tentera (89,000 orang) berbanding 150,000 orang tentera Jepun.■ British menyangka Jepun menyerang dari arah selatan (Singapura) dan semua kekuatan tentera Brtish dihala ke sana. Kemaraan tentera Jepun dari utara (Kelantan) adalah di luar jangkaan Jepun.

Page 7: Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia

■ Tentera Jepun memiliki kekuatan daripada segi bilangan dan sangat terlatih.■ Mempunyai semangat juang dan disiplin yang tinggi.■ Mempunyai moral tinggi & menganggap perjuangan mereka adalah perjuangansuci bagi negara dan Maharaja.

Page 8: Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia

Politik■ Jepun memperkenalkan Malaya Military Administration (MMA) untuk pulihkan ketertiban awam, mengeksploitasi sumber ekonomi bagi keperluan tenteranya di Tanah Melayu. ■ Menubuhkan Polis Rahsia Jepun & Badan Perisikan Jepun (Kempeitai Tekkikan & Toko)■ Menubuhkan Majlis Penasihat yang majoriti ahlinya adalah orang Jepun & Melayu tetapi kuasa sebenar berada di tangan Jepun.

■ Penderitaan yang dialami & propaganda Jepun ‘Asia Untuk Orang Asia’ telah membangkitkan kesedaran penduduk tempatan untuk berjuang menuntut kebebasan politik & kemerdekaan.■ Jepun lebih mengutamakan orang Melayu kerana menganggap TanahMelayu sebagai hak orang Melayu. Orang Melayu diberi jawatan pentadbiran seperti Pegawai Daerah.

Page 9: Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia

■ Jepun mengharapkan kerjasama orang India dalam usaha menjayakan rancangan Jepun untuk menguasai India. Untuk mendapat sokongan, Jepun telah menubuhkan Kerajaan India Buangan (Azad Hind) di Singapura di bawah pimpinan Subhas Chandra Bose.  ■ Jepun melakukan pembunuhan & kezaliman ke atas orang Cina kerana mereka telah membantu Negara China semasa Jepun menyerang China 1937. Akibat penindasan tersebut, ramai orang Cina melarikan diri ke dalam hutan & menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM).

■ Kemenangan Jepun telah menjatuhkan maruah British & telah melenyapkan mitos superiority yang mengganggap kuasa Barat tidak boleh dikalahkan. Menyedarkan masyarakat tempatan bahawa mereka tidak boleh bergantung kepada British untuk mempertahankan Tanah Melayu.

■ Tindakan Jepun menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara kepada Siam pada Ogos 1943 menyedarkan penduduk tempatan bahawa Jepun tidak berminat untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Malah Jepun lebih kejam daripada British.

Page 10: Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia

■ Permusuhan yang timbul dengan orang Cina akibat pendudukan Jepun telah menyedarkan orang Melayu untuk bangun memperjuangkan hak-hak kepentingan mereka sebagai bumiputera Tanah Melayu.

■ Akibat penindasan Jepun, Parti Komunis Malaya (PKM) telah berkembang & mendapat sokongan terutamanya orang Cina. Mereka melarikan diri ke dalam hutan untuk meneruskan perjuangan dan menyertai Malayan People anti-Japanese Army (MPAJA). MPAJA mendapat bantuan senjata, makanan, ubat-ubatan dan latihan daripada pihak Berikat terutama Pasukan Force 136. Pengalaman dalam peperangan di hutan & senjata yang diperolehi menuntungkan PKM. Kegagalan mencapai matlamat melalui perlembagaan telah mendorong PKM melakukan pemberontakan bersenjatasejak 16 Jun 1948 bagi menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Page 11: Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia

■ Munculnya kesedaran politik secara berparti / berpersatuan seperti UMNO, MCA, MIC, API, AWAS, PKMM, Hizbul Muslimin.  ■ Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) telah ditubuhkan bagi memberi kemerdekaan Tanah Melayu melalui lingkungan ‘Indonesia Raya’. Namun, idea kemerdekaan ini gagal akibat kekalahan Jepun pada 15 Ogos 1945.

Page 12: Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia

Ekonomi■ Ekonomi & taraf hidup penduduk Tanah Melayu mengalami kemerosotan.■ Eksport getah & bijih timah berkurangan. ■ Pokok getah, kilang-kilang, jentera-jentera & lombong-lombong telah dirosakkan British bagi mengelakkannya daripada jatuh ke tangan Jepun.■ Jepun mengharamkan eksport getah & bijih timah kecuali ke Jepun.■ Jepun mengeksploitasi bijih besi & bauksit untuk kepentingan mereka.■ Kekurangan barang pengguna seperti tekstil. & beras. Import beras dari Burma juga tergendala akibat perang. ■ Akibatnya, penduduk Tanah Melayu terpaksa bergantung kepada tanaman lain seperti jagung, pisang & ubi kayu. ■ Inflasi berlaku kerana pengedaran wang kertas yang tidak terkawal & kekurangan barang pengguna. ■ Kemusnahan sistem perhubungan & infrastruktur.

Page 13: Latar Belakang Sejarah Awal Malaysia

Sosial■ Kekejaman polis rahsia Jepun / Kempeitai menambahkan penderitaan rakyat Tanah Melayu terutama mereka yang anti-Jepun. ■ Ramai orang Cina dibunuh menyebabkan ramai yang melarikan diri ke hutan yang akhirnya mewujudkan masalah setinggan. ■ Orang India telah dijadikan buruh paksa & dihantar ke sempadan Thai-Burma untuk membina jalan keretapi. Kekurangan makanan & penyebaran wabak penyakit menyebabkan ramai mati (Jalan Keretapi Maut). ■ Penularan wabak penyakit yang membawa maut seperti malaria & beri-beri akibat kekurangan makanan & ubat-ubatan (dirampas oleh Jepun).

Disediakan oleh:Penyelaras

Pengajian Malaysia KVKK