sej n proto sej.docx

4
Arkeologi yang juga dikenali sebagai kaji purba merupakan satu bidang sains yang melakukan kajian mengenai kebudayaan pra- sejarah dengan cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalan. Arkeologi ini juga berkaitan dengan kajian masa silam manusia yang dikaji berasaskan alat-alat peninggalan mereka. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, membawa maksud kajian saintifik mengenai sesuatu bentuk kebudayaan atau cara hidup masyarakat prasejarah dengan cara penggalian dan huraian kesn- kesan tinggalannya. Melalui kajian arkeologi sesuatu corak petempatan dan lokasi petempatan serta kebudayaan zaman prasejarah di Asia Tenggara dapat diketahui. Hal ini kerana, sifat arkeologi ini melangkaui sejarah. Arkeologi boleh menerobos ke zaman yang manusia belum mempunyai system tulisan atau merekodkan sebahagian perilaku mereka. Namun melalui bidang arkeologi kta dapat membina semula kronologi kebudayaan populasi Asia Tenggara bermula zaman Paeolitik sehingga Zaman logam.Hal ini terbukti dengan penemuan petempatan manusia paleolitik di Gua Niah yang mengesan kehadiran manusia terawal iaitu kira-kira 40,000 tahun yang lalu. Seterusnya, melalui kaedah arkeologi yang dijalankan, kebudayaan peralatan masyarakat zaman prasejarah dapat dibongkar. Contohnya, di Tingkayu, Sabah alat-alat batu yang ditemui kebanyakannya dibuat daripada bongkahan batu rijang persegi. Selain itu, kebudayaan pada zaman neolitik menunjukkan perkembangan apabila bukti arkeologi menunjukkan menjumpai pengikir dari batu lahar, serpihan sisa pembuatan beliung batu, industry bilah dan jarum dari dari batu agat dan mata kail dengan pembuatannya yang begitu halus ditemui di Bukit Tengkorak. Beluing batu juga ditemui diKnok Phanam. Oleh itu Selain itu, kebudayaan penciptaan tembikar juga dapat diketahui melalui ekskavasi yang dilakukan di beberapa tapak arkeologi. Contohnya, di Filipina, tembikar yang ditemui berbentuk polos atau berpoles merah dan terdiri dari bejana bulat atau berlekuk bahu dan piring-piring yang beberapa diantaranya mempunyai kaki melingkar dengan lubang-lubang kecil yang berkelompok. Tembikar yang sama turut dijimpai di

Upload: melaniadingkim

Post on 16-Jan-2016

32 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: sej n proto sej.docx

Arkeologi yang juga dikenali sebagai kaji purba merupakan satu bidang sains yang melakukan kajian mengenai kebudayaan pra-sejarah dengan cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalan. Arkeologi ini juga berkaitan dengan kajian masa silam manusia yang dikaji berasaskan alat-alat peninggalan mereka. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, membawa maksud kajian saintifik mengenai sesuatu bentuk kebudayaan atau cara hidup masyarakat prasejarah dengan cara penggalian dan huraian kesn-kesan tinggalannya.

Melalui kajian arkeologi sesuatu corak petempatan dan lokasi petempatan serta kebudayaan zaman prasejarah di Asia Tenggara dapat diketahui. Hal ini kerana, sifat arkeologi ini melangkaui sejarah. Arkeologi boleh menerobos ke zaman yang manusia belum mempunyai system tulisan atau merekodkan sebahagian perilaku mereka. Namun melalui bidang arkeologi kta dapat membina semula kronologi kebudayaan populasi Asia Tenggara bermula zaman Paeolitik sehingga Zaman logam.Hal ini terbukti dengan penemuan petempatan manusia paleolitik di Gua Niah yang mengesan kehadiran manusia terawal iaitu kira-kira 40,000 tahun yang lalu.

Seterusnya, melalui kaedah arkeologi yang dijalankan, kebudayaan peralatan masyarakat zaman prasejarah dapat dibongkar. Contohnya, di Tingkayu, Sabah alat-alat batu yang ditemui kebanyakannya dibuat daripada bongkahan batu rijang persegi. Selain itu, kebudayaan pada zaman neolitik menunjukkan perkembangan apabila bukti arkeologi menunjukkan menjumpai pengikir dari batu lahar, serpihan sisa pembuatan beliung batu, industry bilah dan jarum dari dari batu agat dan mata kail dengan pembuatannya yang begitu halus ditemui di Bukit Tengkorak. Beluing batu juga ditemui diKnok Phanam. Oleh itu

Selain itu, kebudayaan penciptaan tembikar juga dapat diketahui melalui ekskavasi yang dilakukan di beberapa tapak arkeologi. Contohnya, di Filipina, tembikar yang ditemui berbentuk polos atau berpoles merah dan terdiri dari bejana bulat atau berlekuk bahu dan piring-piring yang beberapa diantaranya mempunyai kaki melingkar dengan lubang-lubang kecil yang berkelompok. Tembikar yang sama turut dijimpai di Gua Musang. Tambahan lagi, melalui arkeologi kebudayaan Dongson dan Sa Hyunh juga telah dikenalpasti wujud di Vietnam bahagian Utara dan Selatan semasa zaman Logam.

Di samping itu, melalui arkeologi juga tinggalan-tinggalan kesenian pada zaman prasejarah di Asia Tenggara juga diketahui. Buktinya, penemuan lukisan yang menggunakan arang yang dijumpai melalui kaedah arkeologi di Bukit Sarang, Sarawak. Lukisan-lukisan yang dijumpai terdapat dalam bentuk manusia dan binatang-binatang.

Kesimpulannya, melalui bidang arkeologi kita dapat mengetahui atau membongkar perkembangan kebudayaan mahupun kegiatan masyarakat zaman prasejarah. Hal ini demikian kerana arkeologi boleh menghuraikan gambaran tahap-tahap kehidupan manusia prasejarah Asia Tenggara secara terperinci melalui penemuan-penemuan dan penyelidikan yang dilakukan.

Page 2: sej n proto sej.docx

Forum 3

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Austronesia didefinisikan sebagai semua pulau yang terletak di Lautan Pasifik Selatan dan Tengah, termasuk Irian, Polinesia, Melanesia, Australia dan New Zealand. Teori penyebaran Bahasa Austronesia ke Asia Tenggara dapat dikenal pasti melalui beberapa pendapat dan teori ahli tokoh-tokoh.

Tokoh-tokoh terkenal telah membuat andaian tentang teori migrasi dengan satu tanggapan bahawa Austronesia adalah berasal dari Taiwan yang merupakn tapak bermulanya penyebaran Bahasa Austronesia iaitu kira-kira 4000 ke 3000 BC tetapi ada juga pendapat menyebut 3500 BC. Penuturnya adalah terdiri daripada penduduk majoriti yang mendiami kawasan maritim. Ketika itu juga telah wujud pelbagai kebudayaan di Taiwan yang dibawa bersama oleh penduduk terawal Austronesia ke Nusantara dan kawasan lain. Dari Taiwan, penyebaran Bahasa Austronesia tersebar melalui banyak peringkat.

Menurut Belwood, penyebaran Bahasa Austronesia bermula dari Taiwan ke Luzon, Filipina; kemudian dari Borneo dan Sulawesi merentas Jawa, Sumatera, Malaysia dan Vietnam. Selepas itu, ia dibawa dari Maluku ke Sunda Kecil, dan akhir sekali melalui Halmaherasebelum sampai ke ranatau Oceana. Pendapat ini juga disokong oleh Higham dan Blust yang juga mengutarakan pendapat ia tersebar di Pesacadores berdekatan Taiwan yang dipenuhi penduduk yang bercakap dalam 900 bahasa-bahasa kecil kecil Austronesia sejak 4000 BC.

Bahasa Austronesia ini turut dikatakan telah menyeberangi Lautan Hindi untuk sampai ke Madagascar sebagai persinggahan terakhir Bahasa tersebut. Penyebaran Bahasa ini didorong oleh pertumbuhan ekonomi perdagangan yang berkembang pesat ketika itu. Buktinya, terdapat kesan pengaruh Bahasa Sanskrit pada penggunaan Bahasa Malayo-Polynesia Barat yang digunakan di sana.

Kesimpulannya, terdapat banyak teori yang dikemukan oleh tokoh-tokoh untuk membuktikan dan mengemukakan teori penyebaran Bahasa Austronesia.

Page 3: sej n proto sej.docx

Zaman logam bermula kira-kira 4000 tahun dahulu. Manusia telah mula mencipta alat gangsa

dan besi . Pada zaman Logam, masyarakat sudah pandai membuat alat-alat dari logam dan alat- alat

daripada batu. Masyarakat zaman logam juga sudah mengenal teknik melebur logam, mencetaknya menjadi

alat-alat yang diinginkan mengikut keperluan mereka. Pada masa itu juga wujud pelbagai

jenis pengebumian.

Antara jenis pengebumian yang dapat dikesan pada zaman logam ialah penguburan

tempayan yang merupakan penguburan sekunder. Tulang-tulang dan rangka manusia yang

telah dikuburkan dimasukkan ke dalam wadah berupa tempayan atau Guci. Wadah tersebut

akan dikebumikan bersama bekal kubur.

Seterusnya, pengebumian peti batu yang mana penguburan mayat adalah dalam posisi

membujur. Antara tempat penemuan kubur peti batu di Malaysia adalah di Selatan Perak dan

Selanggor.Terdapat juga penemuan kubur peti batu di Jawa, Indonesia.

Kesimpulannya, pada zaman logam masyarakat telah mengolah kemahiran mereka

dan mengadaptasikannya di dalam kehidupan seharian.