segak

5
JANGKAUAN MELUNJUR Ujian dijalankan bagi mengukur fleksibiliti murid tahun 4 hingga tingkatan 5. Alatan dan kemudahan: 1. Alat pengukur jangkauan 2. Borang Skor Pengurusan dan organisasi: 1. Ujian dilakukan menggunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan. Prosedur: 1. Ujian dimulakan dengan murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki diletakkan di belakang penanda 23 cm. 2. Kedua-dua kaki hendaklah lurus sepanjang masa ujian. Rakan dibenarkan memegang lutut murid. 3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri. Dagu pastikan rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang boleh atas pita pengukur. 4. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 2 saat tanpa menyentap. 5. Murid diberi tiga kali percubaan berturut-turut. Percubaan terbaik akan diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada cm yang terhampir.

Upload: cikgu-norshazwan

Post on 07-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

df

TRANSCRIPT

Page 1: SEGAK

JANGKAUAN MELUNJURUjian dijalankan bagi mengukur fleksibiliti murid tahun 4 hingga tingkatan 5.

Alatan dan kemudahan:

1. Alat pengukur jangkauan

2. Borang Skor

Pengurusan dan organisasi:

1. Ujian dilakukan menggunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.

Prosedur:

1. Ujian dimulakan dengan murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki diletakkan di

belakang penanda 23 cm.

2. Kedua-dua kaki hendaklah lurus sepanjang masa ujian. Rakan dibenarkan memegang lutut

murid.

3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri. Dagu pastikan rapat ke

dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang boleh atas pita pengukur.

4. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 2 saat tanpa menyentap.

5. Murid diberi tiga kali percubaan berturut-turut. Percubaan terbaik akan diambil kira sebagai

skor. Bacaan dikira pada cm yang terhampir.

Page 2: SEGAK

UJIAN TEKAN TUBIUjian dijalankan bagi menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu murid tahun 4 hingga tingkatan 5.

Alatan dan kemudahan:

1. Kawasan lapang dan rata2. Span (5cm x 15cm x 10cm)3. Rakaman/Metronome

Pengurusan dan organisasi:1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.3. Sediakan rakaman/metronome rentak 40 detik seminit.

Jantina:Lelaki

Prosedur:1. Ujian dimulakan dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh

tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman/metronome dengan kadar 40 detik seminit.3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.7. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid :-

1. Tidak dapat mengikut rentak rakaman/metronome.2. Tidak dapat mengekalkan teknik tekan tubi dengan sempurna untuk dua ulangan

bertutur-turut (4 detik metronome) setelah ditegur oleh guru.

Jantina:Perempuan

Prosedur:1. Ujian dimulakan dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh

tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan.2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman/metronome dengan kadar 40 detik seminit.3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.7. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid :-

1. Tidak dapat mengikut rentak rakaman/metronome.2. Tidak dapat mengekalkan teknik tekan tubi dengan sempurna untuk dua ulangan

bertutur-turut (4 detik metronome) setelah ditegur oleh guru.

Page 3: SEGAK

NAIK TURUN BANGKUUjian dijalankan selama 3 minit bagi menilai daya tahan kardiovaskular murid tahun 4 hingga tingkatan 5.

Alatan dan kemudahan:

1. Bangku - Ketinggian 30.5 cm

2. Jam Randik

3. Borang Skor

4. Rakaman/Metronome

Pengurusan dan organisasi:

1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.

2. Bangku diletakkan di atas lantai yang rata dan selamat. (Pastikan bangku tidak bergerak

semasa ujian dijalankan)

3. Sediakan rakaman/metronome rentak 96 detik seminit.

Prosedur:

1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.

2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan diletakkan di atas bangku.

3. Penguji akan memberi isyarat 'mula'.

4. Murid akan melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki

kiri turun, kemudian kaki kanan naik dan seterusnya).

5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman/metronome dengan kadar 96 detik

seminit selama 3 minit.

6. Selepas tamat, murid dikehendaki duduk serta merta.

7. Selepas 5 saat, kadar nadi dikira.

8. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.

Page 4: SEGAK

RENGKUKUjian dijalankan selama 1 minit bagi menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen murid tahun 4 hingga tingkatan 5.

Alatan dan kemudahan:

1. Pita Pelekat bersaiz 2.5 cm

2. Pita Ukur

3. Rakaman/Metronome

4. Jam Randik

Pengurusan dan organisasi:

1. Lekatkan pita pelekat secara selari berjarak 10 cm pada lantai di kiri dan kanan.

2. Sediakan pita rakaman/metronome rentak 40 detik seminit.

Prosedur:

1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.

2. Murid A berbaring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki hendaklah sentiasa

menyentuh lantai.

3. Buka kaki seluas bahu.

4. Kedua-dua belah tangan lurus disisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pita pelekat

pertama.

5. Murid A mestilah melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman/metronome dengan

kadar 40 kali rengkuk seminit. Pada setiap lakuan rengkuk, bahu perlu diangkat supaya jari

tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua.

6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal

(ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.

7. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.

8. Murid B menjaga keselamatan dengan meletakkan kedua tapak tangan selari dengan lantai

tanpa memberi bantuan kepada murid A.

9. Murid B mengira ulangan perlakuan.

10. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :-

1. Berasa tidak selesa.

Page 5: SEGAK

2. Tidak dapat mengikut rentak rakaman/metronome.

3. Tidak dapat mengekalkan teknik rengkuk dengan sempurna untuk dua ulangan

bertutur-turut (4 detik metronome) setelah ditegur oleh guru.

4. Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan pita pelekat kedua.

5. Tumit diangkat.