segak

12
PENGENALAN Pengenalan Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran PendidikanJasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu.Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikutnorma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur . Tujuan Pengenalan Ujian Segak ini bertujuan memberi sedikit sebanyak info tentang Ujian Kecergasan yang dilakanakan 2 kali setahun. Ini bertujuan membantu guru-guru dan sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan maklumat tentang Ujian Segak ini. DEFINISI Kecergasan Fizikal ialah “Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan daripada ancamanpenyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan

Upload: anuar-zainal-sepri

Post on 20-Jun-2015

610 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

PJK

TRANSCRIPT

Page 1: Segak

PENGENALAN

Pengenalan Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah

Malaysia ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran PendidikanJasmani dan

Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.Gaya hidup masyarakat Malaysia kini

bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan

aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu.Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang

terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap

item ujian dan dinilai mengikutnorma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang

standard dapat diukur . Tujuan Pengenalan Ujian Segak ini bertujuan memberi sedikit sebanyak

info tentang Ujian Kecergasan yang dilakanakan 2 kali setahun. Ini bertujuan membantu guru-

guru dan sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan maklumat tentang Ujian Segak ini.

DEFINISI

Kecergasan Fizikal ialah “Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang

berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu

perlindungan daripada ancamanpenyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit

jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula

merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan

bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.”Falls, 1980

Matlamat murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk

meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.

SEGAK – STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN

Program program penilaian standard kecergasan fizikal kebangsaan (SEGAK)

ini dirancang selari dengan sukatan pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan

sekolah rendah dan menengah. Program penilaian segak dirancang selari dengan sukatan

pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Sekolah

Menengah, sebagai menggantikan Ujian Daya Tahan Asas (UDTA)

Page 2: Segak

OBJEKTIF

Murid dapat :

1.Mengetahui kepentingan kecergasan fizikal.

2.Melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah.

3.Menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu.

4.Melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui

perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik.

5.Pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

MATLAMAT

Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk

meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.

UJIAN-UJIAN SEGAK

1. NAIK TURUN BANGKU ( 3 MINIT )

2. TEKAN TUBI/TEKAN TUBI SUAIAN ( 1 MINIT )

3. RINGKUK TUBI SEPARA ( 1 MINIT )

4. JANGKAUAN MELUNJUR ( 3 KALI )

PROSEDUR UJIAN

Setiap ujian- ujian di atas mestilah di selesaikan dalam hari yang sama. Setiap aktiviti

mesti mengikut tertib dan berturut-turut. Sekiranya aktiviti pertama gagal disudahkan, maka

ujian seterusnya tidak boleh dilaksanakan. Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks

Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini. Ujian yang dicadangkan ini boleh

digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun

pada bulan Mac dan Ogos.

Page 3: Segak

PERSEDIAAN

Murid telah berlatih secukupnya sebelum menjalani ujian, khasnya dalam latihan

aerobik. Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan secukupnya sebelum

menjalani ujian. Aktiviti Memanaskan BadanMurid mesti melakukan aktiviti memanaskan

badan sebelum memulakan ujiankecergasan ini seperti Regangan otot bahu, tangan, pinggang

dan kaki, lari setempat, lompat, skip atau turun naik bangku.

Murid mesti melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas melakukan ujian kecergasan

seperti berjalan perlahan-lahan selama 3 minit, regang otot bahu, tangan, pinggang dan

kaki perlahan-lahan. Pelaporan1.Setiap Murid perlu direkod hasil ujian mereka. Guru juga

perlu mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid dan membuat melaporkan hasil

ujian dalam laporan Penilaian Kendalian Sekolah.

Sebelum menjalani ujian SEGAK Indeks Jisim Badan (BMI-for-age) perlu dikira

bertujuanuntuk menilai komposisi badan murid. Peralatan yang perlu disediakan ialah

Pengukur tinggi, Penimbang berat,Borang skor Pengurusan dan organisasi. Pengukuran ini

hendaklah dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula.

Prosedurnya ialah :-

1.Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur

ketinggian dalam meter.

2. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut: Indeks Jisim Badan =

Berat badan (kg) Tinggi (m) x Tinggi (m).

LANGKAH – LANGKAH KESELAMATAN

1.Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika : -

(a) Disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan

fizikal;

(b) Mengidap penyakit kronik;

(c) Tidak sihat pada waktu ujian.

2. Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.

3. Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.

4. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.

5. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.

Page 4: Segak

6. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.

PRINSIP LATIHAN

Untuk mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi, murid perlu

mematuhiprinsip-prinsip latihan kecergasan seperti berikut: -

1. Prinsip tambah bebanan ketika menjalani latihan, penambahan beban perlu dibuat

secara beransur-ansur berdasarkan kemampuan agar tidak mendatangkan kecederaan.

Keadaan ini melatih otot bekerja lebih kuat seterusnya meningkatkan kecergasan.

2. Prinsip perbezaan individu. Kemampuan dan keupayaan individu adalah berbeza. Guru

harus menyesuaikan aktiviti latihan mengikut keupayaan individu.

3. Prinsip kekhususan Latihan fizikal yang dijalankan perlulah diberikan berdasarkan keperluan

kecergasan individu dan jenis sukan yang diceburi.

4. Prinsip kebolehbalikan. Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya

latihan tidak dilakukan secara berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku.

5. Prinsip kepelbagaian latihan Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan

minat individu dalam sesuatu aktiviti bagi mengelakkan kebosanan.

UJIAN 1 - NAIK TURUN BANGKU

(3 MINIT)

Page 5: Segak

TUJUAN : MENGUKUR DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

PROSEDUR

- Murid memakai kasut sukan yang sesuai

- Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (ikut keselesaan) di letakkan di atas

bangku.

- Penguji akan memberi isyarat “mula”

- Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik di ikuti kaki kanan kemudian

kaki kiri turun di ikuti kaki kanan)

- Murid melakukan pergerakan mengiku rentak rakaman atau metronome - 96 detik/minit

selama 3 minit

- Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta .

- Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat dan perlakuan - kiraan dilakukan oleh guru atau

menggunakan Polar Heart Rate Monitor .

- Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit

- Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan .

UJIAN 2 - TEKAN TUBI

(1 MINIT)

Page 6: Segak

TUJUAN : MENGUKUR KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU

PROSEDUR

- Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang

lurus dan dan jari-jari kaki. Badan diluruskan

- Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span

- Luruskan tangan seperti dlm kedudukan sedia

- Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya

- Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan

1 hingga 3

- Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.

UJIAN 2 - TEKAN TUBI SUAIAN (1 MINIT)

(MURID PEREMPUAN SAHAJA )

Page 7: Segak

TUJUAN : MENGUKUR KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA

OTOT BAHU

PROSEDUR

- Mula dengan kedudukan sokong hadapan

dengan berat badan disokong oleh tangan

yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki

bersilang. Badan diluruskan

- Turunkan badan dengan membengkokkan

siku sehingga dada menyentuh span

- Luruskan tangan seperti dlm kedudukan

sedia

- Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak

berupaya meneruskannya

- Ujian akan ditamatkan jika murid tidak

melakukan aktiviti secara sempurna

mengikut arahan 1 hingga 3

- Murid B mengira dan merekod bilangan

lakuan Murid A

UJIAN 3 - RINGKUK TUBI SEPARA

(1 MINIT)

TUJUAN : MENGUKUR DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT ABDOMEN

PROSEDUR

Page 8: Segak

- Ujian ini dijalankan dengan murid memakai

kasut yang sesuai

- Murid A berbaring dengan lutut bengkok 90

darjah dan tumit dan kaki sentiasa

menyentuh lantai

- Buka kaki seluas bahu

- Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan

hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat

pertama

- Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu

diangkat supaya jari tengah kedua-dua

tangan menyentuh bahagian luar pelekat

kedua

-Bahagian bawah belakang badan hendaklah

rata dan jari tengah pada kedudukan asal

(ulang prosedur 4) sebelum melakukan

ulangan yang seterusnya

- Murid melakukan pergerakan mengikut

rentak rakaman atau metronome dengan

kadar 50 detik/minit selama 1 minit

- Murid B mengira ulangan perlakuan

Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A

- Berasa tidak selesa

- Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua

- Tumit terangkat

UJIAN 4 - JANGKAUAN MELUNJUR

Page 9: Segak

TUJUAN : MENGUKUR FLEKSIBILITI

PROSEDUR

- Murid duduk melunjur tanpa kasut.

- Tumit kaki di letak di belakang penanda 23

sentimeter.

- Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian.

Rakan memegang lutut.

- Tapak tangan kanana ditindih di atas belakang

tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari

tengah hendaklah sama.

- Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan

perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita

pengukur.

- Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat

tanpa menyentap.

- Murid diberi tiga percubaan berturut-turut.

– Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor.

Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.

- Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.

- Murid yang membantu memegang lutut pelaku

tidak menganggu pelaku.