sebagai rakyat malaysia

3
Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa bersyukur kepada tuhan kerana saya dapat hidup di sebuah negara yang aman, stabil dan harmoni walaupun negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama, bangsa serta adat resam. Kepelbagaian ini merupakan satu keunikan dan kekuatan yang dimiliki oleh negara kita jika dibandingkan negara lain. Saya juga berdoa kepada tuhan agar keadaan ini akan berterusan bila-bila masa. Semangat Kesetiaan kepada Raja dan Negara perlu disemai pada jiwa setiap rakyat Malaysia sejak kecil lagi. Konsep Kesetiaan kepada Raja dan Negara perlulah dipegang dengan kuat tanpa berat sebelah kepada mana-mana pihak. Konsep Kesetiaan kepada Raja dan Negara merupakan tonggak kedua dalam Rukunnegara. Kesetiaan kepada Raja dan Negara membawa maksud bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia,jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Perasaan cinta dan rasa sayang terhadap raja dan negara ini perlulah wujud dengan tersendiri dalam sanubari setiap rakyat di negara ini. Terdapat pelbagai cara untuk menunjukkan bahawa kita setia kepada Raja dan Negara kita. Antaranya ialah melalui perlakuan dan percakapan kita sendiri. Hal ini dapat dijadikan

Upload: prem-kumar

Post on 15-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

tanggungjawab sebagai rakyat malaysia

TRANSCRIPT

Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa bersyukur kepada tuhan kerana saya dapat hidup di sebuah negara yang aman, stabil dan harmoni walaupun negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama, bangsa serta adat resam. Kepelbagaian ini merupakan satu keunikan dan kekuatan yang dimiliki oleh negara kita jika dibandingkan negara lain. Saya juga berdoa kepada tuhan agar keadaan ini akan berterusan bila-bila masa.Semangat Kesetiaan kepada Raja dan Negara perlu disemai pada jiwa setiap rakyat Malaysia sejak kecil lagi. Konsep Kesetiaan kepada Raja dan Negara perlulah dipegang dengan kuat tanpa berat sebelah kepada mana-mana pihak. Konsep Kesetiaan kepada Raja dan Negara merupakan tonggak kedua dalam Rukunnegara. Kesetiaan kepada Raja dan Negara membawa maksud bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia,jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Perasaan cinta dan rasa sayang terhadap raja dan negara ini perlulah wujud dengan tersendiri dalam sanubari setiap rakyat di negara ini.Terdapat pelbagai cara untuk menunjukkan bahawa kita setia kepada Raja dan Negara kita. Antaranya ialah melalui perlakuan dan percakapan kita sendiri. Hal ini dapat dijadikan sebagai teladan kepada orang ramai khususnya rakyat Malaysia. Sebagai contoh, sikap kita mengibarkan bendera Malaysia di kenderaan, rumah dan sekolah menunjukkan perasaan cinta akan raja dan negara kita. Selain itu, kita berdiri tegak semasa lagu Negaraku dinyanyikan dan dimainkan tanpa mengira tempat jelas menunjukkan betapa kita sayang dan cinta terhadap raja dan negara kita.

Seterusnya, kita juga perlu memainkan peranan sebagai rakyat yang bertanggungjawab dalam memastikan kestabilan dan keselamatan negara. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengikut dan mentaati segala undang-undang yang terdapat di dalam negara ini. Kita tidak boleh menyalahgunakan kebebasan yang diberikan kepada kita. Setiap perkara yang kita lakukan adalah berlandaskan kepada undang-undang dan peraturan. Dengan mematuhi undang-undang jelas menunjukkan kita mentaati dan menjunjung segala perintah yang dikeluarkan oleh raja kerana raja merupakan simbol tertinggi negara serta simbol perpaduaan negara kita. Akhir sekali, semangat Kesetiaan kepada Raja dan Negara juga dapat dilihat dengan jelas apabila kita tidak memberitahu atau memecahkan rahsia negara kita kepada negara lain. Kita lebih menumpahkan kesetiaan kita kepada Raja dan Negara kita walaupun kita ditawarkan dengan ganjaran yang lumayan. Perbuatan memecah rahsia ini merupakan satu perbuatan yang mengkianati ibu pertiwi sendiri dan perbuatan ini tidak dapat diampuni sama sekali.Kesemua perkara ini telah membukitkan bahawa betapa pentingnya kita perlu mempunyai rasa kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara yang tercinta ini. Pepatah Melayu mengatakan bahawa Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung menunjukkan perasaan cinta dan setia yang tulen kepada raja dan negara.