pendaftaran sekolah agama rakyat sebagai sekolah … fileinternational conference on research in...

27
International Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian Implikasinya Ke Atas Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996 Azizi Umar & Supyan Hussin Universiti Kebangsaan Malaysia Pengenalan Pendidikan Islam secara formal di Malaysia telah bermula apabila sistem pengajian pondok yang memakai sistem umumi bertukar menjadi sistem nizami dalam sistem persekolahan anak-anak orang Islam yang dipanggil madrasah. Pada masa yang sama pengajaran agama Islam yang diajar di sekolah Melayu turut dianggap sebagai pendidikan formal oleh ibu bapa yang menganut agama Islam. Pendidikan formal ini lebih dikenali sebagai Sekolah Al-Quran yang diajar pada waktu petang di sekolah yang sama. Ini bermakna terdapat dua aliran pendidikan Islam formal telah berjalan serentak sejak sebelum kemerdekaan lagi. Perbezaan kedua-dua aliran ini ialah Sekolah Al-Quran lahir daripada keperluan untuk anak-anak Melayu yang belajar di sekolah-sekolah Melayu. Manakala madrasah pula lahir daripada sistem pengajian tradisional yang berasaskan pengajian pondok sejak awal penjajahan lagi. Sistem madrasah pada hari ini disebut Sekolah Agama Rakyat dalam sistem persekolahan moden. Ini adalah kerana madrasah diusahakan oleh jawatankuasa lembaga masyarakat setempat dan sesetengah pemilikan tanah bagi madrasah tersebut pula dimiliki oleh pengerusi lembaga tersebut. Kewujudan sekolah tersebut tidak melalui mana-mana pendaftaran institusi atau pertubuhan tetapi penubuhannya sama seperti penubuhan sebuah masjid, surau atau balai-balai sah yang diusahakan oleh jawatankuasa penduduk di atas permintaan dan keperluan setempat. Kini, SAR telah melalui zaman kemajuannya apabila institusi tersebut turut diusahakan oleh pihak kerajaan negeri dan kemudiannya oleh kerajaan persekutuan. Terdapat SAR yang telah maju menjadi Sekolah Agama Negeri (SAN) dan terdapat SAR yang menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan. Bagaimanapun perkembangan bagi kedua-dua sekolah ini jauh berbeza kerana pengekalan identiti asasnya yang turut berubah. Ini menjadikan SAN masih kekal dengan sistem madrasahnya sebaliknya SMKA bukan lagi memakai sistem madrasah. Kehilangan identiti ini

Upload: doanminh

Post on 06-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

1

Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

Implikasinya Ke Atas Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996

Azizi Umar & Supyan Hussin

Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengenalan

Pendidikan Islam secara formal di Malaysia telah bermula apabila sistem pengajian

pondok yang memakai sistem umumi bertukar menjadi sistem nizami dalam sistem persekolahan

anak-anak orang Islam yang dipanggil madrasah. Pada masa yang sama pengajaran agama Islam

yang diajar di sekolah Melayu turut dianggap sebagai pendidikan formal oleh ibu bapa yang

menganut agama Islam. Pendidikan formal ini lebih dikenali sebagai Sekolah Al-Quran yang

diajar pada waktu petang di sekolah yang sama. Ini bermakna terdapat dua aliran pendidikan

Islam formal telah berjalan serentak sejak sebelum kemerdekaan lagi. Perbezaan kedua-dua

aliran ini ialah Sekolah Al-Quran lahir daripada keperluan untuk anak-anak Melayu yang belajar

di sekolah-sekolah Melayu. Manakala madrasah pula lahir daripada sistem pengajian tradisional

yang berasaskan pengajian pondok sejak awal penjajahan lagi.

Sistem madrasah pada hari ini disebut Sekolah Agama Rakyat dalam sistem persekolahan

moden. Ini adalah kerana madrasah diusahakan oleh jawatankuasa lembaga masyarakat setempat

dan sesetengah pemilikan tanah bagi madrasah tersebut pula dimiliki oleh pengerusi lembaga

tersebut. Kewujudan sekolah tersebut tidak melalui mana-mana pendaftaran institusi atau

pertubuhan tetapi penubuhannya sama seperti penubuhan sebuah masjid, surau atau balai-balai

sah yang diusahakan oleh jawatankuasa penduduk di atas permintaan dan keperluan setempat.

Kini, SAR telah melalui zaman kemajuannya apabila institusi tersebut turut diusahakan

oleh pihak kerajaan negeri dan kemudiannya oleh kerajaan persekutuan. Terdapat SAR yang

telah maju menjadi Sekolah Agama Negeri (SAN) dan terdapat SAR yang menjadi Sekolah

Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun perkembangan bagi kedua-dua sekolah ini jauh berbeza kerana pengekalan

identiti asasnya yang turut berubah. Ini menjadikan SAN masih kekal dengan sistem

madrasahnya sebaliknya SMKA bukan lagi memakai sistem madrasah. Kehilangan identiti ini

Page 2: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

2

adalah disebabkan syarat-syarat untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai sebuah sekolah milik

kerajaan persekutuan perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu.

Latarbelakang

Kertas kerja ini bertujuan menjelaskan proses pendaftaran SAR dalam sistem pendidikan

kebangsaan setelah pelbagai usaha-usaha sebelum ini untuk menguasainya kurang berjaya dan

tidak dapat membantu perkembangan kemajuan SAR dalam pendidikan nasional. Proses

pendaftaran ini mempunyai banyak perbezaan dengan pengambilalihan Sekolah Agama Rakyat

oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1977 sebelum ini (Azizi Umar, 2007). Berdasarkan

kutipan dan data-data penyelidik semasa membuat penyelidikan ini, masalah pengambilalihan

SAR pada tahun 1977 telah memberikan kesan negatif kepada pengusaha SAR hari ini dan pihak

berkuasa agama negeri dalam memberikan sokongan padu kepada kerajaan Persekutuan dalam

mendaftar SAR.

Bagaimanapun, langkah yang dilaksanakan 30 tahun dahulu agak berbeza dengan hari ini

kerana perubahan polisi dan mekanisme yang digunakan. Penginstitusian dahulu lebih banyak

implikasi negatifnya kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pelajaran 1961 kerana ia

dilaksanakan dengan penuh rigid dan ketat. Hasil perkembangan dan perubahan semasa,

beberapa akta telah mengalami perubahan dan suasana tersebut membolehkan SAR

diinstitusikan dengan lebih baik. Namun perubahan tersebut tidak menghilangkan masalah-

masalah yang ada sebelum ini kerana masih wujud beberapa peraturan yang sama dan terus

menjadikan pemodenan SAR terbantut.

Dapatan awal kajian penyelidik mendapati faktor peraturan dan undang-undang yang

disediakan oleh undang-undang persekutuan adalah salah satu daripada kekangannya. Oleh

sebab itulah, keyakinan mereka terhadap kemampuan kementerian pelajaran untuk

melonggarkan peraturan tersebut amat minimum sekali kerana menjadi amalan biasa mana-mana

jabatan di Malaysia perlu mematuhi sistem birokrasi dan peraturan yang dirangka dalam sistem

pendidikan di Malaysia (Robiah Sidin, 1994). Setiap proses yang dilalui memerlukan kelulusan

mengikut tahap yang ditetapkan. Berkemungkinan besar, pada tahap yang lebih rendah atau di

peringkat awal, SAR tidak mempunyai halangan tersebut tetapi apabila melalui tahap yang lebih

Page 3: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

3

tinggi atau di peringkat akhir, semacam ada kekangan dan halangan yang tidak dapat dielakkan.

Sistem dan peraturan yang wujud tersebut tidak memungkinkan pentadbiran SAR berjalan

mengikut apa yang dikehendaki.

Pernyataan Masalah

Langkah pendaftaran SAR merupakan langkah besar Kementerian Pelajaran untuk

mengangkat martabat sekolah agama bersama-sama dengan institusi pendidikan yang lain namun

ia tidak disambut seratus peratus oleh pihak yang terlibat. Kajian akan melihat apakah masalah

yang dihadapi oleh pihak tersebut. Proses membangunkan SAR di Malaysia bukanlah baru

kerana sebelum ini ia telah diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk

menyelaraskannya berdasarkan pengalamannya dalam menguruskan institusi-institusi agama di

peringkat negeri. Dalam struktur pengurusan JAKIM, satu bahagian telah diwujudkan iaitu

Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam. Bahagian ini telah dijadikan urusetia kepada

Lemabaga Penasihat Penyelarasan Pembangunan Pendidikan dan Pelajaran Agama Islam

(LEPAI) untuk menguruskan semua SAR di Malaysia. Penyelarasan ini dengan harapan ia tidak

banyak menimbulkan konflik. Bagaimanapun pergerakannya agak perlahan dan tidak

menyelesaikan banyak masalah dalam tempoh yang diberi (Mahmood Zuhdi, 2008).

A. Pendaftaran SAR Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan

1. Maksud Pendaftaran

Proses pendaftaran SAR telah dilaksanakan atas persetujuan dan arahan YAB Perdana

Menteri pada masa itu iaitu Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Persetujuan tersebut setelah

menerima syor daripada Laporan Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Pendidikan Islam, Peranan

Sekolah Agama Rakyat dan Memperkasa Sekolah Kebangsaan Khususnya Berkaitan Dengan

Pendidikan Islam. Laporan ini juga dikenali sebagai Jawatankuasa Tan Sri Murad yang

mengesyorkan agar SAR berdaftar dengan Kementerian Pelajaran bagi membolehkan bantuan

yang lebih baik diberikan. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan bagi

sekolah tersebut. Langkah tersebut bermaksud mendaftar SAR seluruh negara dan

menjadikannya institusi pendidikan bantuan kerajaan berdasarkan Seksyen 16 (b). Kategori (a)

ialah institusi pendidikan kerajaan, manakala kategori yang ketiga atau (c) ialah institusi

Page 4: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

4

pendidikan swasta. Dalam akta tersebut juga menjelaskan maksud sekolah bantuan kerajaan

iaitu:

“institusi pendidikan yang menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh”

Sumbangan bantuan tersebut dijelaskan lagi ; “apa-apa bayaran dari wang awam, selain

daripada sumbangan modal”. Manakala maksud sumbangan modal pula “bayaran daripada

wang awam kepada sesuatu institusi pendidikan bagi (Akta Pendidikan 1996):

(a) Mengadakan bangunan

(b) Mengubah atau menambah premis yang sedia ada

(c) Mengadakan perabot atau kelengkapan bagi premis yang baru, diubah atau ditambah

(d) Apa-apa maksud lain sebagaimana ditetapkan.

2. Status Pendaftaran

Mengikut sumber dari Kementerian Pelajaran, sehingga ke hari ini jumlah sekolah agama

yang berdaftar sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) ialah 154 buah daripada 380 buah ke

semuanya. Jumlah sekolah tersebut boleh dikategorikan kepada dua peringkat iaitu peringkat

rendah sebanyak 54 buah dan peringkat menengah sebanyak 103 buah. Peringkat menengah pula

dikategorikan kepada empat jenis sekolah iaitu Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri

(milik kerajaan negeri dan majlis agama Islam negeri), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Negeri

dan Sekolah Menengah Agama Biasa (tiada kurikulum Mata pelajaran Diniah atau Kurikulum

Al-Azhar). Ini bermakna hanya 40 peratus sahaja yang bersedia untuk mendaftar sebagai

Sekolah Bantuan Kerajaan anjuran kementerian (Dangiran Mustapha, 2008). Itu pun termasuk

sekolah-sekolah agama yang bukan SAR bersistem madrasah seperti mana asal penubuhannya.

Bagaimana pula dengan baki sekolah yang belum mendaftar sebanyak 60 % lagi sedangkan

segala usaha kempen, rayuan dan cadangan telah diberikan. Lebih menyedihkan lagi apabila

SAR yang telah mendaftar sekitar 40% tersebut juga berada dalam keadaan yang serba salah.

Persetujuan yang dibuat sebelum ini melalui memorandum persefahaman tidak melalui proses

atau dalam keadaan terdesak dan tiada pilihan lain. Satu perkara penting yang mungkin perlu

diambil perhatian oleh kedua-dua pihak sama ada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri

ialah tentang persetujuan LEPAI terhadap proses pendaftaran ini. Penyelidik tidak mempunyai

Page 5: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

5

data dan kajian mendalam tentang perkara tersebut. Ia memerlukan kajian lanjut yang

menumpukan kepada permasalahan tersebut dan perlu dibincangkan dalam kertas yang lain.

Penyelidik hanya menumpukan perhatian kepada 40% yang telah mendaftar.

3. Penangguhan Pendaftaran

Cadangan untuk menjadikan SAR sebagai sekolah bantuan kerajaan sebenarnya bukanlah

hasil laporan tersebut semata-mata kerana kajian dan cadangan pendaftaran tersebut sebenarnya

telah siap disediakan oleh kementerian pelajaran sejak 1996 lagi. Pada tahun 1997, satu lagi

laporan kementerian pelajaran mencadangkan pendaftaran tersebut ditangguhkan atas beberapa

faktor (Kementerian Pelajaran, 1997).

Kesan daripada peristiwa 11 September, di mana SAR telah digambarkan sebagai salah

satu lahirkan unsur keganasan kepada umat Islam menyebabkan bantuan per kapita yang

dinikmati sejak kemerdekaan telah dihentikan. Pada tahun 2002, semasa timbul perbahasan isu

SAR di media massa dan sidang parlimen selepas peristiwa 11 September 2001, YB Menteri

Pelajaran (pada masa itu, Menteri Pelajaran ialah Tan Sri Musa Muhammad) sendiri pernah

mencadangkan gesaan agar SAR didaftar sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan.. Pemberhentian ini

telah dihentikan atas alasan pihak SAR tidak menggunakan dengan sebaiknya peruntukan yang

telah diberikan. Hasil pemberhentian tersebut, satu laporan yang telah dikemukakan oleh Tan Sri

Murad mencadangkan pendaftaran SAR sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan berdasarkan Akta

Pendidikan 1996. Dengan pendaftaran tersebut SAR bukan setakat memperolehi semula bantuan

per kapita yang diperolehinya sebelum ini bahkan mereka juga mendapat pelbagai jenis yang

lain.

Dalam kajian penulis, terdapat dua faktor yang menghalang proses pendaftaran dilaksanakan

lebih awal. Pertamanya ialah isu kewangan. Sekiranya proses pendaftaran hendak dilaksanakan

satu implikasi besar yang perlu dipikul iaitu sejumlah peruntukan wang yang besar diperlukan.

Perbelanjaan ini melibatkan perbelanjaan mengulang dan mengurus setiap tahun untuk tujuan

emolumen dan pentadbiran. Faktor kedua ialah kebimbangan dan kekhuatiran terhadap

penentangan pendaftaran tersebut. Ia memberi maksud terdapat unsur-unsur politik sama ada

untuk bersetuju atau menentang langkah tersebut. Langkah pendaftaran ini bukanlah satu-

Page 6: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

6

satunya langkah terbaru kementerian untuk memajukan SAR di Malaysia kerana usaha tersebut

telah dimulakan sejak tahun 1977 lagi melalui arahan kabinet mengambil alih SAR dan

menjadikannya institusi pendidikan kerajaan sepenuhnya seperti SMKA hari ini (Azizi Umar,

2001). Setelah lebih 30 tahun berlalu, ternyata usaha tersebut telah gagal dan memberikan

masalah kepada matlamat asal penubuhan SAR di Malaysia. Kesan yang paling ketara ialah

kehilangan kurikulum mata pelajaran Diniah atau kurikulum Al-Azhar yang menjadi identiti

penting sekolah tersebut sejak zaman berzaman (Mohd Amar Abdullah, Temu bual) .

B. Implikasi Pendaftaran Kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan

1. Pertembungan Kuasa Sah Perlembagaan

Pendaftaran SAR sebagai SBK pada asasnya boleh menimbulkan pertembungan kuasa sah

melalui undang-undang yang telah digubal sebelum ini iaiatu melalui enakmen negeri masing-

masing. Kuasa sedia ada sudah wujud yang berpunca dari enakmen setiap negeri. Sebagai

contoh, kuasa Menteri besar ke atas sebuah Sekolah Agama Rakyat. Dengan pendaftaran ini

akan wujudnya satu kuasa baru iaitu kuasa Menteri Pelajaran ke atas Sekolah Agama Rakyat.

Pertembungan ini masih belum mengambil kira kedudukan Raja sesebuah negeri yakni sultan

dan kedudukan Majlis Raja-raja di peringkat persekutuan.

Pertembungan dua kuasa ini sangat besar implikasinya kepada perjalanan pentadbiran

sesebuah sekolah khususnya SAR. Masalah pertembungan sumber kuasa ini bertitik tolak dari

kewujudan SAR sebagai institusi pembelajaran agama secara informal bukan formal. Asas

tersebut telah meletakkan institusi SAR berada di dalam senarai negeri di bawah perlembagaan

persekutuan. Perkembangan dan pengelolaan institusi tersebut telah diselenggarakan oleh pihak

berkuasa agama negeri sama ada majlis agama Islam atau jabatan agama Islam sesebuah negeri

terbabit.

Dalam konteks pengagihan kuasa di antara dua buah kerajaan di atas, sekiranya wujud

satu keadaaan di mana sesuatu perkara tidak dapat dikenal pasti dalam mana-mana senarai pada

Jadual Sembilan sama ada Negeri atau Persekutuan, perlembagaan telah menyerahkan kepada

badan Perundangan negeri untuk melaksanakannya. Kuasa perundangan ini dipanggil kuasa

perundangan baki seperti mana yang tercatat dalam Perkara 77 Perlembagaan Persekutuan.

Page 7: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

7

Bagaimanapun, dalam soal pengurusan SAR ia bukan soal berlaku kekosongan tetapi

pertindihan yang sebenarnya telah diwujudkan dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri

tetapi tidak dimasukkan dalam Senarai Bersama. Dengan maksud lain, urusan mengenai SAR

akan mudah diselesaikan sejak dulu lagi jika isu pendidikan Islam dimasukkan dalam senarai

bersama. Persoalan lain yang berbangkit ialah mengapa perkara tersebut tidak dimasukkan dalam

Senarai Bersama.(Mohd Noor Alam Hussain, 1984)

2. Implikasi Dalam Akta Pendidikan 1996

Begitu juga dalam konteks Akta Pendidikan 1996, terdapat beberapa aspek penting dalam

akta yang boleh memberikan implikasi dalam proses pendaftaran SAR selain kuasa pentadbiran

seperti pendaftaran institusi, pendaftaran guru dan murid, surat cara pengelolaan dan

pelaksanaan kurikulum kebangsaan. Semua aspek tersebut bukan menjadi aspek penting dalam

perlembagaan kerana ia dikelolakan oleh kementerian yang ditugaskan dalam hal ehwal

pendidikan. Terdapat satu seksyen yang menekankan khusus tentang bantuan kepada sekolah

agama rakyat. Melalui seksyen ini lah bantuan per kapita yang diberikan kepada SAR diguna

pakai iaitu Seksyen 52 di bawah bab Pengajaran Agama di Institusi Pendidikan.

Sebenarnya seksyen ini telah wujud sejak awal kemerdekaan lagi iaitu sejak Akta

pelajaran 1961 diluluskan hasil daripada beberapa laporan sebelum itu iaitu Laporan Rahman

Talib. Sejarah bantuan ini telah diberikan sejak tahun 1956 lagi. Apabila SAR telah dinaikkan

taraf dan didaftar di bawah Seksyen 16 bermakna ia bukan hanya akan terikat kepada seksyen 52

sahaja tetapi juga semua seksyen yang lain berdasarkan Akta Pendidikan 1996 atas sebab

pendaftaran tersebut. Penyelidik akan membincangkan konflik dan permasalahan yang timbul

apabila ia mengikut sepenuhnya akta tersebut. Implikasi yang besar kepada SAR ialah masalah

perlaksanaan kurikulum mata pelajaran Diniah. Perkara ini berlaku apabila SABK diminta

untuk menerima pakai sepenuhnya kurikulum kebangsaan seperti yang terdapat dalam

peraturan–peraturan Terpilih dalam Akta tersebut. Dalam Akta Pendidikan 1996, ada

menyatakan kuasa menteri dalam melonggarkan pelaksanaan kurikulum khususnya jadual seperti

mana yang telah di atas.

Page 8: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

8

3. Pengaruh Sekularisasi

Status kedudukan SAR sebagai institusi agama sejak awal telah memberikan kesan tidak

baik kepadanya dalam memasuki sistem pendidikan moden walaupun sejarah kewujudannya

juga telah membuktikan kepentingan perubahan dan pemodenan tersebut. Perlembagaan

Persekutuan mentafsirkan agama adalah bidang yang dihubung kait dengan tuhan dan upacara

hari kebesaran. Doktrin ini telah menjadi falsafah dan kepercayaan rakyat khususnya mereka

yang terlibat dalam membuat polisi. Sebagai sebuah institusi agama, ia menghadapi kesukaran

dalam memajukannya kerana terikat dengan perlembagaan persekutuan yang membenarkannya

hidup dalam lingkungan keagamaan. Ini memberi kesan dan kekangan perkembangannya apabila

ia melibatkan kuasa kerajaan negeri yang kecil, sumber kewangan juga terhad dan proses

perjalanannya bersifat usaha masyarakat setempat dengan pemilikan tanah secara waqaf. Apabila

SAR di daftar sebagai SBK, sempadan institusi agama telah ditembusi dan dinaikkan taraf

menjadi institusi pendidikan walaupun ia sudah menjadi institusi pendidikan sejak awal sebelum

kemerdekaan lagi. Sebagai sebuah institusi pendidikan, ia layak mendapat segala haknya seperti

mana dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai contoh, Kerajaan persekutuan telah menjalankan tanggungjawab dengan

menyediakan pendidikan agama Islam kepada rakyat melalui peruntukan Akta Pendidikan 1996

di bawah Seksyen 50 mengenai bab Pengajaran Agama di Institusi Pendidikan.

(1)Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat 5 orang murid atau lebih yang

menganut agama Islam maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama

Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri

Berdasarkan akta di atas, salah satu peranan institusi pendidikan Islam sebelum ini ialah

menyediakan guru untuk mengajar pelajaran agama Islam. Namun hari ini ia telah diuruskan

oleh kerajaan persekutuan tanpa sebarang masalah. Proses ini tidak memberikan masalah besar

kepada guru sehinggalah ia diterima pakai sepenuhnya. Jika dilihat dalam akta di atas, masih

wujud perlunya guru pendidikan Islam mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa negeri.

Adakah ia disedari dengan peranan hari ini atau kita perlu mempunyai pentafsiran sendiri

terhadap akta tersebut ?

Page 9: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

9

Pada pandangan penyelidik, kita perlu melihat sejarah perkembangan penjajahan di Malaysia

sehingga munculnya perlembagaan itu sendiri melalui Laporan Suruhanjaya Reid. Penjajahan

dikaitkan dengan tujuan dan matlamat penjajahan itu sendiri. Selain daripada faktor ekonomi dan

politik, mereka juga mahu memastikan pemikiran dan cara hidup serta budaya masyarakat

setempat turut dijajah berasaskan ideologi sekularisme mereka yang datang bersama-sama

dengan ajaran Kristian. Ajaran ini telah memisahkan agama daripada kehidupan (S.S. Hussain &

S.A. Ashraf, 1980). Perkara pendidikan jelas menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan,

mengapa penjajah dan pemerintahan selepas penjajahan tidak mengambil tanggungjawab

institusi pendidikan orang-orang Islam seperti pondok sejak awal sebelum merdeka lagi.

Penjajah telah berjaya mempengaruhi sistem pendidikan yang bakal dijadikan sistem

pendidikan di Malaysia iaitu sistem pendidikan yang merupakan hasil warisan daripada sistem

mereka, bermakna mereka tidak begitu bimbang dengan kemerdekaan yang telah diberikan

kepada penduduk Tanah Melayu (Nabir Abdullah, 1976). Mereka telah berjaya mentafsirkan dan

membudayakan sistem pendidikan kebangsaan dengan menganggap pondok dan SAR bukanlah

institusi pendidikan atau sekolah moden tetapi sistem pengajian agama yang menjadi budaya

masyarakat Islam di surau-surau sedangkan pada masa itu, pondok telah bertukar menjadi sistem

nizami (sistem persekolahan) setanding dengan sekolah-sekolah Melayu yang lain (Abdullah

Ishak, 1995)

Perbincangan di atas mungkin membangkitkan persoalan baru adakah negara dan

perlembagaan Malaysia telah disekularkan? Siapakah yang mensekularkannya ? Atas asas apa

kita menerimanya dengan mudah pensekularan tersebut ? Menurut Aziz Bari (2008),

perlembagaan telah menyediakan ruang yang luas untuk pelaksanaan Islam. Lebih daripada itu,

keseluruhan undang-undang tersebut sebenarnya tidak memperkenalkan dan menunjukkan

konsep agama yang sekular. Pengaruh sekularisme yang wujud mungkin disebabkan Malaysia

dijajah oleh British yang berpegang kepada ajaran agama Kristian yang bersifat sekular.

Hari ini sudah lebih 50 tahun negara kita telah mencapai kemerdekaan. Mengapa kita

masih memahami perlembagaan sepertimana mereka? Undang-undang adalah ciptaan manusia

yang digubal untuk kebaikan manusia. Jika undang-undang tersebut menyusahkan manusia itu

sendiri, manusia boleh mengubahnya, meminda atau mentafsir semula undang-undang dengan

perkembangan semasa agar ia memberikan kebaikan pada manusia tersebut. Begitu juga dari

Page 10: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

10

sudut pindaan peruntukan undang-undang, ia harus dilaksanakan dengan lebih berkesan supaya

segala rintangan dan halangan yang timbul boleh diatasi dengan cepat terutamanya ke atas aspek

yang menghadapi proses perubahan pesat dan dinamik. (Tie Fatt Hee, 2002).

SAR menjadi institusi agama apabila pihak Kerajaan Persekutuan tidak memainkan

peranan yang berkesan ke atas SAR. Negeri telah memikul dan mengambil tanggungjawab besar

ini walaupun sebenarnya sebahagiannya adalah juga tanggungjawab persekutuan. Setelah lebih

50 tahun merdeka, adakah kita masih mahu mentafsirkan sekolah SAR bukan institusi

pendidikan sedangkan ia telah lama wujud sebagai sebuah sekolah untuk mendidik anak bangsa

sama seperti sekolah-sekolah yang lain dan banyak memberikan sumbangan besar kepada negara

sendiri dalam melahirkan insan yang mempunyai budi pekerti yang baik bahkan sesetengahnya

menjadi pemimpin dan pembuat polisi untuk memajukan negara sendiri.

SAR adalah sebuah institusi pendidikan sejak dahulu lagi dan pada masa yang sama ia

juga adalah institusi keagamaan yang telah hidup lama sebagai satu tradisi pembudayaan sejak

zaman berzaman. Sebagai sebuah institusi pendidikan dan amalan dasar demokrasi pendidikan

yang wujud di Malaysia, adalah wajar mereka diberikan hak yang sama dan sepadan dengannya

seperti sebuah institusi pendidikan yang lain. Hak yang dimaksudkan di sini ialah hak

penubuhannya, hak pengurusan, hak melaksanakan kurikulum (ilmu dan pengajarannya), hak

pemilihan ibu bapa ke atas SAR, hak mendapat sumber kewangan dan penyediaan guru dan hak

sebagai seorang pelajar.

4. Kedudukan SAR Dalam Akta dan Enakmen Negeri

SAR telah didaftar sebagai sekolah bantuan Kerajaan berdasarkan Seksyen 16(b) Akta

Pendidikan 1996 dalam sistem pendidikan kebangsaan. Pendaftaran ini sangat penting bagi

memudahkan saluran kewangan dan pemberian pelbagai jenis bantuan ke atas SAR. Ini

bertepatan dengan Seksyen 79 hingga 82 Akta tersebut. Dalam seksyen 79 (1) berbunyi ;

“Tertakluk kepada peruntukan lain dalam Akta ini, tiap-tiap institusi pendidikan

hendaklah didaftarkan di bawah Akta ini”.

Page 11: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

11

Dengan penggunaan seksyen-seksyen di atas, secara automatik SAR juga terikat dengan

seksyen-seksyen lain termasuk pembatalan pendaftaran tersebut seperti mana dalam seksyen

seterusnya iaitu seksyen 87. Perlu disebutkan di sini, walaupun SAR perlu mendaftar sebagai

SBK, ia juga sebenarnya sejak dari awal penubuhannya telah mendaftar di bawah enakmen

negeri masing-masing. Sama ada ia telah berdaftar di bawah Enakmen Majlis Agama Islam

Negeri atau lebih kukuh lagi di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam

yang mula dilaksanakan pada tahun 1988. Penguatkuasaaan enakmen tersebut bergantung pada

negeri-negeri masing. Enakmen ini sebenarnya telah digubal oleh Jabatan Kemajuan Islam

(JAKIM) untuk diterima pakai oleh negeri dan diluluskan dalam dalam Dewan Undangan negeri

masing-maing (Salehuddin Kayat, Temu bual). Sebagai contoh di negeri Selangor, sekolah

agama telah berjalan dengan sah berdasarkan Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama

Islam 1988 Enakmen No. 2 Negeri Selangor. Dalam Bahagian II No. 4(1) menyebut ;

“Maka adalah menjadi tanggungjawab Pendaftar untuk memastikan dan mengawasi

yang semua Sekolah Islam dalam Negeri ditadbirkan dengan sepatutnya”

Berdasarkan apa yang disebutkan di atas, penyelidik melihat wujudnya konflik

pendaftaran sekolah iaitu di bawah enakmen dan akta. Ini bermakna terdapat dua kuasa

perundangan bagi sekolah ini. Ini memberi maksud terdapat dua kuasa pentadbiran, dua kuasa

perlantikan dan dua sumber kewangan bagi SAR. SBK berpotensi besar untuk berkonflik pada

masa hadapan jika tidak diuruskan dengan baik oleh kedua-dua belah pihak. Suasana ini

memungkinkan SAR menjadi sebuah institusi pendidikan yang mempunyai „dua nakhoda‟. Bagi

penyelidik, pengurusan kebersamaan dan tolak ansur adalah jalan penyelesaian terbaik jika

kedua-dua pihak ingin memainkan peranan masing-masing tanpa melintasi sempadan kuasa yang

dibenarkan.

5. Memorendum Persefahaman (MoU) Sebagai Mekanisme

Proses pendaftaran SAR telah dilaksanakan melalui satu memorandum persefahaman

antara kerajaan negeri atau pihak majlis agama Islam negeri atau lembaga pengelola sekolah

dengan kementerian pelajaran. Dalam MoU tersebut, terdapat proses penyelesaian jika berlaku

sebarang masalah berkaitan pentadbiran. Bagaimanapun MoU yang dilaksanakan dengan

Page 12: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

12

kementerian mempunyai perbezaan antara negeri dengan negeri-negeri yang lain. Perbezaan ini

akan memberikan masalah yang besar dari sudut jaminan dan pengukuhan perundangan jika ia

tidak dibuat dengan adil dan saksama. Walaupun setiap negeri mempunyai kepelbagaian yang

tidak sama antara satu sama lain, tetapi biarlah perbezaan tersebut bukan dalam perkara besar

dan penting bagi negeri itu seperti amalan pelaksanaan kurikulum mata pelajaran Diniah.

Persoalan awal yang mungkin timbul hasil pendaftaran tersebut berdasarkan akta ialah

siapakah ketua kepada SAR atau SABK? Perlu disebutkan di sini pengalaman menguruskan

SAR bukanlah perkara baru di Malaysia kerana sebelum ini segala penyelarasan dan

pentadbirannya telah diuruskan oleh Lembaga Penasihat Penyelarasan Pembangunan Pendidikan

Agama Islam (LEPAI), satu unit urusetia yang diletakkan di bawah pentadbiran JAKIM yang

dinamakan juga bahagian pendidikan Islam untuk menguruskan SAR. Dalam penyelarasan

sebelum ini, sekolah agama sendiri mempunyai lebih daripada „satu nakhoda‟. Jika dilihat dari

segi perkembangan sejarahnya, kita dapat melihat sejarah „nakhoda‟ tersebut. Pertama, pihak

lembaga pengelola sekolah tersebut, kedua, majlis agama Islam dan ketiga kerajaan negeri

(Dziauddin Abdul Rahman, Temu bual). Sesetengah negeri mempunyai kuasa yang berbeza ke

atas sekolah agama. Sebagai contoh antara kerajaan negeri dengan majlis agama Islam. Kedua-

dua badan ini dibina atas enakmen yang berbeza. Oleh sebab itulah, Sultan sebagai ketua agama

Islam amat berkuasa ke atas majlis agama Islam negeri tetapi tidak mempunyai kuasa penuh ke

atas sekolah agama milik negeri seperti di Kelantan. Ia bergantung pada enakmen yang

ditubuhkan bagi sesebuah negeri tersebut (Yahya Othman, Temu bual).

Tujuan utama MoU ialah mencari persefahaman yang semaksima mungkin agar kedua-

dua belah yang berkepentingan berpuas hati dengan semua syarat-syarat persefahaman yang

telah dibincang dan ditandatangani. Oleh yang demikian, apabila kita bercakap tentang masalah

„satu kapal dua nakhoda‟ dalam isu kuasa negeri dan persekutuan bukanlah satu perkara yang

mudah untuk diselesaikan. Ini adalah kerana pentadbiran Sekolah-sekolah Agama Rakyat dan

Sekolah Negeri mempunyai sejarahnya sendiri dan mempunyai sempadan sensitiviti pemilik asal

SAR. Oleh sebab itulah, isu SAR boleh membawa kepada “satu kapal tiga nakhoda” dan kadang

kala membawa kepada „empat nakhoda‟.

Page 13: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

13

C. Sebab Implikasi dan Cadangan Penyelesaian

1. Institusi pelajaran atau agama ?

Mengikut Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual 9, Senarai 1 (Persekutuan), No. 13 (a)

pelajaran, termasuk:

Pelajaran rendah, menengah dan universiti; pelajaran vokasional dan teknik; latihan

guru-guru; pendaftaran dan kawalan bagi guru-guru, pengurus-pengurus dan sekolah-

sekolah; memajukan pengajian dan penyelidikan khas; pertubuhan sains dan sastera;

Perkara berkaitan dengan peruntukan kewangan dan perbelanjaan ke atas SAR sama ada

negeri dan persekutuan adalah berdasarkan Bahagian 7 Perkara 96 hingga 112 Perlembagaan

Persekutuan yang membincangkan sumber pendapatan kedua-dua kerajaan. Sumber kewangan

adalah berdasarkan kepada sumber kuasa masing-masing dan pembahagian tanggungjawab

berdasarkan senarai negeri dan persekutuan seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan.

Bantuan per kapita atau Per Capita Grant (PCG) adalah satu bantuan kewangan yang

diperuntukkan kepada setiap murid sekolah sama ada bertaraf sekolah kerajaan dan bantuan

kerajaan. Ia meliputi PCG mata pelajaran dan bukan mata pelajaran (Mohd Ismail Othman,

2003). Oleh sebab pelajaran menengah menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan, sumber

kewangan juga seharusnya datang dari kuasa yang sama seperti mana dalam perlembagaan tadi.

Sekolah-sekolah dan institusi pendidikan yang lain menikmati pembangunan,

infrastruktur dan kemudahan yang pelbagai atas sebab sekolah tersebut didaftar dan

mengamalkan kurikulum kebangsaan. Ini bermaksud walaupun SAR telah menjalankan

kurikulum kebangsaan sejak tahun 1960-an lagi, namun bantuan yang diberikan hanyalah

bantuan per kapita sahaja iaitu bantuan berasaskan bilangan murid dalam sesebuah sekolah.

Bagaimana pula dengan bantuan-bantuan yang lain yang disebut sebagai bantuan mata pelajaran

dan bukan mata pelajaran. Apakah SAR telah dinafikan peruntukan perbelanjaan pendidikan ke

atas mereka hanya kerana tidak mendaftar dengan kementerian ?

Bagaimanapun, SAR tidak diberikan bantuan sebagai institusi pendidikan sebagaimana

yang diperolehi oleh institusi pendidikan yang lain kerana beberapa sebab ;

Page 14: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

14

i Tidak mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996

ii Dianggap hanya mengajar perkara-perkara berkaitan pengajaran agama sahaja

iii Telah menjadi tanggungjawab negeri untuk mengurus dan membangunkannya

2. Peruntukan dan Jaminan Dalam Perlembagaan

Dalam Jadual yang sama, senarai 2, No. 1 menyatakan dengan jelas bahawa hal-hal yang

berkaitan dengan agama Islam adalah tanggungjawab kerajaan Negeri. Perkara 12 dalam

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak mengenai pendidikan kepada rakyat tanpa

mengira agama, kaum, keturunan atau tempat lahir. Dalam Perkara 12 (2) Perlembagaan

Persekutuan iaitu hak-hak berkenaan dengan Pelajaran ;

(2) Tiap-tiap kumpulan ugama berhak menubuhkan dan menyenggara institusi-institusi

untuk pelajaran kanak-kanak dalam ugama kumpulan itu sendiri, dan tidaklah boleh ada

perbezaan semata-mata oleh sebab ugama dalam mana-mana undag-undang berkaitan

dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu ;

tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara

institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam

ugama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi

maksud itu.

Jika dilihat dalam peruntukan di atas, ia selaras dengan kehendak agama Islam sebagai

agama rasmi negara seperti mana dalam Perkara 3(1). Peruntukan tersebut juga tidaklah hanya

menjadi tanggungjawab kerajaan negeri yang pada dasarnya mempunyai autonomi di dalam hal-

hal mengenai agama tetapi juga tanggungjawab kerajaan persekutuan sebagai agensi kerajaan

Pusat. Sehingga ke hari ini, masih belum wujud undang-undang persekutuan yang

memperuntukkan mana-mana akta bagi mengukuhkan jaminan bantuan tersebut kecuali melalui

Seksyen 52 Akta Pendidikan 1996 berbunyi seperti berikut ;

“Tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang difikirkan oleh Menteri patut

dikenakan, bantuan kewangan secara sumbangan boleh diberikan daripada wang yang

diperuntukkan oleh Parlimen kepada sesuatu institusi pendidikan Islam, yang tidak

disenggarakan oleh Menteri di bawah Ata ini atau oleh Kerajaan sesuatu Negeri dan

Page 15: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

15

sama ada yang merupakan suatu institusi pendidikan mengikut pengertian Akta ini atau

bukan institusi pendidikan sedemikian, hanya kerana pengajaran di institusi itu adalah

terbatas kepada pengajaran agama Islam semata-mata”.

Kerajaan Persekutuan telah membantu pendidikan Islam di sekolah agama bukan

penyelenggaraan negeri berdasarkan Seksyen 52 di atas mengenai bantuan kewangan kepada

institusi pendidikan Islam yang tidak ditubuhkan atau disenggarakan oleh Menteri atau Kerajaan

Negeri. Peruntukan Seksyen 52 ini telah dilaksanakan sejak awal kemerdekaan lagi. Menurut

Ordinan 1957, terdapat peruntukan undang-undang yang membenarkan bantuan kerajaan pusat

kepada sekolah agama (Federation of Malaya 1957). Ordinan ini adalah hasil daripada satu

laporan yang dikenali Laporan Jawatankuasa Menimbang Bantuan Kewangan Kepada Sekolah

Agama Islam Bukan Kerajaan. Jawatankuasa tersebut telah menyarankan bantuan subsidi untuk

menampung pembiayaan pentadbiran sekolah tersebut di samping beberapa cadangan-cadangan

lain.

Bagaimanapun, akta di atas juga boleh dipersoalkan bantuan tersebut kerana institusi

yang dimaksudkan ialah institusi pendidikan yang mengajar agama Islam semata-mata.

Penyelidik tidak melihat SAR hari ini menumpukan pengajaran agama semata-mata kerana ia

sejak dari awal penubuhan lagi telah memperkenalkan kurikulum moden seperti mana kurikulum

kebangsaan hari ini. Institusi yang benar-benar melaksanakan pengajaran agama Islam semata-

mata ialah institusi pondok tetapi mereka langsung tidak menerima bantuan per kapita tersebut.

Kita boleh memahami bantuan per kapita yang diberikan berdasarkan akta tersebut tepat

dan tidak salah dari sudut undang-undang kerana bantuan yang diberikan berasaskan adanya

pengajaran agama Islam di SAR. Bantuan yang diberikan pula adalah disebabkan mata pelajaran

agama diajarkan di situ. Dari sudut pentafsiran lain, bantuan ini diberikan kepada sekolah yang

tidak diselenggarakan oleh pihak berkuasa agama negeri. Mengikut pemerhatian penyelidik,

kekangan kewangan kerajaan negeri sebenarnya sangat terhad untuk membangunkan sekolah

agama. Sewajarnya negeri tidak dibebankan untuk menguruskan sekolah agama lebih-lebih lagi

negeri-negeri yang mempunyai sumber pendapatan yang rendah seperti Kedah dan Kelantan.

Pada pandangan penyelidik, terdapat kekeliruan dalam memahami bagaimana saluran

kewangan yang seharusnya diberikan oleh kerajaan persekutuan dalam konteks membantu SAR

Page 16: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

16

agar tidak menghadapi masalah kewangan. Sebenarnya sekiranya wang bantuan per kapita

dikembalikan semula kepada SAR, ia juga masih tidak mampu membantu dalam pengurusannya

kerana ia masih belum cukup untuk menampung kos pentadbirannya. Perlu disebutkan di sini,

dalam mana-mana institusi pendidikan yang dijalankan, ia memerlukan sejumlah peruntukan

wang yang besar untuk menampung guru, kemudahan pelajar, pembangunan sekolah dan

pengurusannya. Peruntukan yang paling besar sekali dalam menguruskan sesebuah sekolah ialah

bebanan perbelanjaan ke atas guru.

Selain bantuan kewangan yang disebutkan di atas, SAR juga diberikan peluang untuk

mendapatkan pegawai perkhidmatan persekutuan sama ada melalui pertukaran perkhidmatan

atau disediakan pegawai tersebut oleh kementerian pelajaran. Langkah ini diambil kerana pihak

berkuasa agama negeri sendiri menghadapi kekangan kewangan yang sangat terhad untuk

mewujudkan perjawatan guru yang setaraf dengan perkhidmatan persekutuan. Apatah lagi SAR

tidak mampu menyediakan gaji yang cukup kepada guru setanding dengan perkhidmatan lain.

Kerajaan negeri menghadapi kekangan kewangan yang sangat terhad untuk mewujudkan

jawatan guru. Terdapat satu persefahaman di mana pihak kerajaan persekutuan melalui Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) bersedia mewujudkan perjawatan guru tetap dan berpencen

sekiranya negeri dapat menunjukkan kemampuannya membayar gaji kepada guru (Muhammad

Ya, 2009). Ini memberi maksud gaji bagi guru hendaklah dibayar oleh kerajaan negeri manakala

pembayaran pencen disediakan oleh persekutuan (Akta Pencen 227 1980). Peraturan dan sistem

ini sudah menjadi tradisi sejak dulu kerana beberapa buah negeri tertakluk kepada Akta yang

digubal sebelum kemerdekaan lagi. Biasanya negeri–negeri tersebut ialah negeri-negeri yang

diletakkan di bawah Kesatuan Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu seperti Kelantan,

Terengganu, Kedah dan Johor.

Seperti mana yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan Bahagian 10 (Perkhidmatan

Awam) Perkara 132 (1) (h) menjelaskan tentang kuasa Kerajaan Persekutuan dalam mewujudkan

jawatan perkhidmatan awam. Ia telah diserahkan kepada satu Suruhanjaya Perkhidmatan

Pelajaran untuk menguruskannya seperti mana dalam Perkara 141A. Begitu juga dengan

perkhidmatan negeri-negeri juga tertakluk kepada Perlembagaan dalam perkara yang sama.

Persoalan ini berbangkit apabila kita meletakkan guru wajar mendapat perkhidmatan awal seperti

mana perkhidmatan–perkhidmatan pendidikan bagi institusi pendidikan yang lain. Walaupun

Page 17: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

17

perjawatan tersebut boleh diwujudkan melalui akta lain seperti Akta Pekerja yang biasanya

diamalkan dalam sektor swasta, tetapi perbelanjaan mengenai pendidikan ini adalah perbelanjaan

yang besar di mana-mana negara dan ia menjadi tanggungjawab sosial kepada kerajaan untuk

memikulnya.

Kerajaan Negeri dan SAR tidak mempunyai kuasa mutlak untuk mewujudkan perjawatan

guru berdasarkan kehendak Enakmen dan Perlembagaan. Dalam Perkara 132 Fasal (1)

Perlembagaan Persekutuan mengenai perkhidmatan awam, adalah jelas kuasa mewujudkan

jawatan dalam perkhidmatan awam adalah di bawah Kerajaan Persekutuan. Ia telah diletakkan di

bawah urusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Jawatan yang diwujudkan oleh negeri melalui

perkhidmatan negeri juga sebenarnya tertakluk kepada kelulusan JPA (Salehuddin Kayat,

Temubual). Kedudukan masalah perjawatan ini dijelaskan dalam Perkara 144 Fasal (1)Tugas-

tugas Suruhanjaya Perkhidmatan ;

”Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada

peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya

yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam

perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan

menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan atau

perkhidmatann-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya”.

Kerajaan Negeri dan pihak Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) hanya mempunyai kuasa

penuh dalam mewujudkan dan merangka bentuk kurikulum matapelajaran Diniah yang

diperlukan dengan keadaan semasa. Bagaimanapun mereka tidak mempunyai sumber kewangan

yang kukuh untuk mewujudkan jawatan guru yang akan mengajar kurikulum tersebut setanding

dengan keperluan semasa. Mereka boleh melantik dan membayar gaji guru tetapi imbuhan dan

jumlah gaji yang mampu diberikan tidaklah setanding dengan kemampuan yang ada pada

Kerajaan Persekutuan (Junaidi Abdullah, Temubual). Apatah lagi dari sudut elaun-elaun

tambahan yang lain dan status berpencen.

Dengan memperkenalkan dwi-kurikulum dalam sistem pendidikan, bermakna kerajaan

negeri perlu menyediakan dua kategori guru iaitu guru matapelajaran akademik dan diniah.

Page 18: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

18

Kekangan ini sangat dirasai memandangkan di peringkat persekutuan telah diwujudkan

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk merancang sumber manusia berkaitan dengan guru

di peringkat sekolah. Persoalan besar yang dihadapi oleh negeri ialah mana mungkin kerajaan

negeri boleh menanggung keseluruhan perbelanjaan mengenai semua hal ehwal persekolahan

seperti infrastruktur, gaji dan latihan guru serta perbelanjaan lain dalam jangka masa panjang

(Azizi Umar & Supyan Hussin 2007). Persoalan besar yang ada di hadapan kita ialah penyediaan

kurikulum Diniah adalah kuasa negeri, bagaimana pula dengan guru Diniah ? Ini adalah kerana

jawatan guru adalah tanggungjawab persekutuan.

3. Tanggungjawab Bersama Antara Persekutuan dan Negeri

Dalam Perlembagaan dengan jelas menunjukkan bahawa perjawatan guru menjadi

tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Dari sudut tanggungjawab juga tidak dibebankan ke atas

Kementerian Pelajaran yang bertanggungjawab menguruskan institusi pendidikan. Oleh

demikian, satu lagi tanggungjawab yang perlu difikirkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi

memastikan pengajaran agama Islam berjalan dengan baik di SAR ialah dengan memberikan

bantuan perjawatan guru kepada institusi tersebut. Semasa cadangan penubuhan sebuah

Perbadanan LEPAI pada tahun 1997, mekanisme ini adalah salah satu alternatif untuk

mewujudkan jawatan guru pengajaran agama Islam melalui sebuah konsortium tanpa

memerlukan prosedur dan syarat-syarat melalui permohonan perjawatan kepada Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA). Bagaimanapun cadangan ini juga perlu memerlukan tempoh yang

panjang untuk dilaksanakan.

Bagi menyelesai masalah ini tentang peranan kebersamaan antara persekutuan dan negeri

sesuai dengan amalan federalism dalam Perlembagaan Malaysia, amat wajar sekali semangat

persekutuan tersebut diterjemahkan dalam memahami masalah tanggungan dan bebanan. Sejarah

Perlembagaan Malaysia telah meletakkan konsep persekutuan yang lebih memberatkan kuasa

pusat yang kuat mungkin adalah sebahagian daripada masalah ini. Bagaimanapun, apakah

konsep federalism itu salah dan wajar dihapuskan. Memang benar bahawa pusat menjadi kuasa

yang lebih ke atas negeri bukan setakat dalam konteks pembahagian kuasa tetapi dalam kes

pembangunan SAR ini yang melibatkan lima aspek penting. Sebahagian besar daripadanya

Page 19: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

19

adalah jelas di bawah kuasa pusat. Ia memberi maksud kerajaan pusat harus memikul

tanggungjawab untuk memajukan dan membangunkan institusi tersebut. (Tun Suffian, 1990).

Dua implikasi yang baik pendaftaran ini ialah pertambahan sumber kewangan dan

tanggungan perlantikan jawatan guru. Perbelanjaan menguruskan SAR diuruskan oleh pihak

lembaga itu sendiri melalui yuran, sumbangan dan derma masyarakat selain daripada peruntukan

perbendaharaan negeri berdasarkan Perkara 97 (2) dan sumber daripada undang-undang negeri

melalui enakmen seperti sumber zakat, waqaf dan hasil agama Islam yang lain seperti mana

dalam perkara yang sama dalam kurungan (3).

Memandangkan proses pendaftaran SAR masih baru dan semua pihak sedang meneroka

permasalahan baru yang bakal timbul. Perselisihan dan pergeseran tentang kuasa akan terus

menjadi polemik kerana pendaftaran SAR telah didaftarkan atas dua sumber kuasa yang sah

dalam perundangan negara antara negeri dan persekutuan. Menurut Aziz Bari (2002), oleh sebab

Islam telah diletakkan di bawah bidang kuasa negeri, sepatutnya apabila timbul keraguan

mengenai hal-hal yang berkaitan dengannya, bermakna keraguan harus diselesaikan dengan

mengutamakan tafsiran yang memberi kelebihan kepada negeri. Ini adalah semangat umum

pembahagian kuasa dalam kerangka kerajaan yang mengamalkan konsep federalism (Aziz Bari,

2008)

Percanggahan dalam menentukan kuasa eksekutif ini bukan perkara yang dibuat kerana ia

adalah hasil daripada bermulanya ilmu mengenai pelaksanaan persekutuan itu sendiri di mana-

mana tempat di dunia hari ini. Ringkasnya di Malaysia ini, sejauh mana masalah „competitive

federalism‟ tersebut boleh dielakkan dan diganti dengan galakan semangat kerjasama yang

dipanggil „co-operative federalism‟(Shaikh Mohd Noor Alam Hussain,1984). Kerajaan-kerajaan

dalam persekutuan mestilah bertindak bersama bukan bertelagah supaya kebajikan awam dapat

dicapai sepenuhnya. Beliau juga berhujah kelangsungan sesebuah sistem negara persekutuan

akhirnya bergantung kepada budaya politik dan sistem parti negara berkenaan. Mungkin boleh

dikongsi ideanya di sini ialah sekiranya formula pembahagian itu kurang sekalipun tetapi jika

budaya politiknya sihat dan memberi keutamaan kepada demokrasi bermakna harapan untuk

melihat konsep federalism itu sihat adalah lebih baik (Aziz Bari, 2003)

Page 20: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

20

Dalam penyelesaian yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran dan pihak Jemaah

Pengurusan Sekolah, perundingan bersama telah diputuskan dalam perlantikan tersebut. Ini

menjadikan masalah „satu kapal dua nakhoda’ tidak berbangkit sebaliknya yang timbul ialah

“satu keluarga dua penjaga” iaitu ibu dan bapanya. Sama-sama memainkan peranannya

menjadikan keluarga lebih bahagia dan sejahtera.

4. Pengukuhan Negeri Sebagai Kuasa Eksekutif

Dapatan kajian penyelidik mendapati terdapat dakwaan mengatakan pihak kementerian

pelajaran tidak mempunyai kuasa ke atas SAR. Oleh sebab itu, permasalahan ini diserahkan

kepada JAKIM melalui urusetia LEPAI untuk menyelesaikan semua masalah berkaitan dengan

SAR di seluruh negara. Persoalan yang berbangkit pula ialah JAKIM tidak mempunyai

„eksekutif power‟ dalam menentukan polisi untuk SAR dan inilah antara sebab mengapa SAR

sukar untuk dibangunkan dengan baik dalam arus pendidikan perdana. JAKIM hanya

mempunyai kuasa menyelaras dan menasihati sahaja sebagaimana mereka berperanan dalam

menyelaras undang-undang lain yang diuruskan oleh negeri.

Jika demikian, persoalan seterusnya yang boleh dibangkitkan ialah di mana peranan

Majlis Raja-raja seperti mana dalam perlembagaan dalam urusan hal ehwal agama Islam ;

3(2) Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja,

kedudukan Raja sebagai ketua agama Islam dalam negerinya secara dan setakat mana

yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan negeri itu, dan juga tertakluk kepada

Perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang

dinikmati olehnya sebagai ketua agama Islam tidaklah tersentuh dan tercatat tetapi

dipersetujui oleh Majlis Raja-raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap

orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang

di-Pertuan Agong mewakilinya.

Penyelidik percaya wujud pendapat yang melihat JAKIM tidak mempunyai kuasa

eksekutif ke atas SAR adalah disebabkan tiadanya dalam perlembagaan yang menyatakan

peranan agama di peringkat pusat. Persoalan tersebut seharusnya tidak timbul kerana semasa

Page 21: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

21

perundingan untuk mencapai kemerdekaan dahulu, raja-raja yang bersetuju memberikan

kebenaran supaya peruntukan tentang pengisytiharan agama Islam sebagai agama persekutuan

dimasukkan dalam perlembagaan pada masanya yang sama kedudukan mereka juga tidak terjejas

sebagai ketua agama Islam di negeri masing-masing (Aziz Bari, 2002) .

Oleh sebab itu, kebenaran diberikan kepada seorang raja untuk memutuskan fungsi

agama meskipun baginda menjalan tugasan Yang Dipertuan Agong. Perlu diingatkan bahawa

Majlis-majlis Raja yang dibentuk di bawah Perkara 38 (1) juga adalah terdiri daripada raja-raja

yang kesemuanya menjadi ketua agama. Dalam Perkara yang sama 38(2) (b) baginda berkuasa

atas semua perbuatan, amalan dan upacara keagamaan ;

“mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan , amalan atau

upacara agama meliputi seluruh Persekutuan”

Dengan lain perkataan, peranan majlis-majlis Raja-raja atau Yang Dipertuan Agong

mempunyai alasan-alasan yang praktikal seperti kebaikan dan faedah umat Islam. Kedudukan ini

perlu untuk menjaga martabat dan kesucian agama Islam di peringkat persekutuan. Sebagai suatu

kenyataan, majlis raja-raja merupakan institusi perlembagaan tertua dan kewujudannya lebih

awal berbanding dengan perlembagaan persekutuan itu sendiri. Oleh yang demikian, dalam apa-

apa keputusan yang berkaitan dengan SAR perlulah mengambil kira peranan raja di peringkat

negeri dan majlis Raja-raja di peringkat persekutuan. Jika tidak, ia akan menambahkan

kerumitan yang sudah sedia ada (Aziz Bari, 2002).

Cadangan-cadangan Lain

Berikut adalah beberapa cadangan awal penulis untuk merungkai permasalahan yang

ditimbulkan hasil daripada konflik di atas. Cadangan pertama ialah bagi SAR yang mempunyai

masalah kewangan yang serius hendaklah mendaftar sebagai sekolah bantuan kerajaan pada

kadar segera mungkin tanpa merasai kebimbangan terhadap proses tersebut. Pendaftaran tersebut

dengan syarat mereka telah mempunyai persediaan yang cukup dari kuasa pentadbiran, sudut

perundangan dan jaminan kurikulum. Persetujuan tersebut perlulah mendapat kerjasama padu

daripada pihak berkuasa agama negeri. Seperti SAR, pihak berkuasa agama negeri hendaklah

Page 22: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

22

mempunyai pemahaman yang jelas tentang pendaftaran ini. Sebarang permasalahan yang timbul

perlu dirunding bersama dan adalah amat penting sekali pihak SAR dan pihak berkuasa agama

negeri memahami jaminan kekukuhan perundangan mereka dari sudut keabsahan enakmen

negeri yang telah diluluskan.

Cadangan kedua, sekiranya terdapat perselisihan dalam memorandum yang telah

ditandatangani, kedua-dua pihak boleh membuat semakan semula agar mereka benar-benar

merasa bertanggungjawab ke atas sekolah tersebut dan tidak ada pengabaian mana-mana pihak.

Kandungan dan syarat-syarat dalam memorendum tersebut perlulah adil dan saksama kepada

pihak yang terlibat. Bagi pengkaji, sekiranya memorendum ini dilaksanakan tanpa curiga dan

berjalan lancar tidak mustahil perlembagaan dan akta pendidikan perlu kepada pindaan dan

pengubahsuaian agar sesuai dengan keadaan semasa. Pindaan dan perubahan adalah perkara

biasa dalam penggubalan undang-undang kerana manusia akan terus berfikir untuk kebaikan

mereka sendiri.

Cadangan seterusnya ialah sekiranya pihak kementerian merasakan sukar untuk membuat

pindaan perlembagaan dan undang-undang yang berkaitan, jalan alternatif yang mungkin ada

ialah mengeluarkan sistem pentadbirannya daripada pentadbiran bahagian kepada status

persendirian. Status persendirian bukanlah bermaksud sebuah persyarikatan tetapi melalui

perbadanan awam yang memungkinkan pihak kementerian mempunyai autoriti sendiri dalam

memutuskan sesuatu keputusan dengan cepat. Perkara ini boleh dibuat secara berperingkat

dengan beberapa opsyen. Sebagai contoh dengan menaik taraf Sektor Kemajuan Sekolah Agama

kepada Lembaga Kemajuan Sekolah Agama.

Kesimpulan

Rumusan kepada perbincangan di atas boleh dibuat seperti berikut ; pendaftaran SAR

sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan adalah sebahagian daripada usaha menginstitusikan sekolah

tersebut dalam sistem pendidikan kebangsaan dan seterusnya berada dalam arus pendidikan

perdana. Sejarah penginstitusian ini bukanlah perkara baru kerana ia sudah diambil langkah

tersebut sebelum ini pada tahun 1977. Namun langkah tersebut telah menghadapi kegagalan dari

Page 23: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

23

sudut berjaya dengan tidak menafikan kebaikannya khususnya dari sudut kemudahan

infrastruktur.

Bagaimanapun, sejarah kegagalan jangan diulangi sekali lagi apabila identiti SAR telah

tidak dititikberatkan dan tidak disedari dari pemilik asal SAR. Bagi penyelidik, ini adalah

peluang yang sangat baik bagi kedua-dua belah pihak mengambil sikap tolak ansur dengan

memurnikan sebarang pertelingkahan yang timbul. Terlalu banyak peraturan sama ada melalui

perlembagaan persekutuan dan akta-akta lain yang bersangkutan telah menjadi penghalang

kepada proses pendaftaran ini.

Pendaftaran SAR yang dicadangkan ialah untuk menjadi SAR sebagai Sekolah Bantuan

Kerajaan bukan sebagai Sekolah Kerajaan berdasarkan Seksyen 16 (b) Akta Pendidikan 1996.

Jaminan terhadap pengekalan kurikulum mata pelajaran Diniah dan perkara-perkara yang

bersangkutan dengannya seperti mana yang diamalkan sebelum ini ada kewajarannya kerana ia

berkait rapat dengan seksyen–seksyen lain. Jaminan ini juga memerlukan kesungguhan dari

pihak di luar kementerian pelajaran khususnya Kementerian Kewangan dan Kementerian di

Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Perkhidmatan Awam) untuk memahami masalah yang

dihadapi oleh mereka. Ini bermakna implikasi pendaftaran SAR bukan setakat Akta Pendidikan

bahkan akta-akta lain seperti Akta Prosedur Kewangan 1957 dan Akta Perkhidmatan Awam.

Semua akta-akta di atas mendapat sumber kuasa daripada Perlembagaan Persekutuan.

SBK yang mendaftar pula terdiri daripada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama

Negeri. Sekolah Agama Rakyat memang wajar menerimanya hasil daripada pemberhentian

bantuan per kapita tetapi bagi SAN pula mereka sebenarnya tidak menerima pun bantuan per

kapita tersebut sebelum ini dan pendaftaran ini menambahkan lagi kesempurnaan daripada yang

sudah baik kepada yang lebih baik. Daripada jumlah tersebut terdapat juga Sekolah Menengah

Agama milik majlis Agama Islam Negeri yang tidak menerima pakai kurikulum Diniah

(Kurikulum Al-Azhar). Ini menjadikan sekolah ini tidak akan menghadapi masalah besar

khususnya berkaitan dengan kurikulum. Dari sudut perlembagaan dan akta pendidikan juga,

sekolah ini tidak menghadapi implikasi yang besar kerana kewujudannya tidaklah memberikan

masalah seperti mana SAR yang lain dari sudut bebanan guru dan lain-lain. Bagi penyelidik,

sekolah ini bukan setakat boleh mendaftar sebagai Sekolah Bantuan kerajaan tetapi lebih jauh

dari itu boleh mendaftar sebagai Sekolah Kerajaan seperti SMKA yang lain sekiranya ia

Page 24: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

24

dipersetujui oleh pihak Jemaah Pengurusannya dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh

pihak kementerian.

Terdapat juga SBK tersebut, sekolah peringkat rendah yang juga tidak menghadapi

masalah besar implikasinya kerana pertama, tiada kurikulum Al-Azhar yang diajar di sekolah

tersebut dan bebanan tanggungannya agak ringan berbanding dengan peringkat menengah.

Apakah kementerian tidak merasa „terseksa‟ dalam menguruskan sekolah agama rakyat dan

negeri dengan pelbagai ragam dan kerenah selama ini. Sebenarnya „keseksaan‟ ini telah dirasai

oleh JAKIM sebelum ini tetapi mereka sukar menggunakan „ubat mujarab‟ untuk

menyembuhinya kerana sebab-sebab tertentu. Sekarang giliran kementerian pula menggunakan

ubat tersebut yang sudah ada sebelum ini tetapi tidak dapat digunakan dengan sebaiknya pada

masa tersebut. Bagaimanapun, usaha ini juga memerlukan beberapa perkiraan seperti kedudukan

kewangan, kepakaran dan kesediaan serta komitmen yang tinggi oleh semua pihak.

Penyelidik percaya masih banyak lagi kelompangan yang perlu diatur dan disusun untuk

menjadikan ia lebih baik pada masa depan. Kebijaksanaan dan kehebatan yang ada pada

pemimpin sebagai pembuat polisi dan pegawai perkhidmatan yang boleh mencadangkan sesuatu

cadangan kepada pihak berkuasa adalah satu modal besar yang sangat mahal harganya ke arah

penyelesaian tersebut. Sepanjang tempoh perkembangan dan penginstitusian SAR sejak dari

awal kemerdekaan lagi, ia menunjukkan masalah ini bukan mudah untuk diselesaikan. Ia adalah

satu kerja yang sangat rumit dan memeningkan. Hanya segelintir sahaja pemimpin dan pegawai

yang mampu menghadapinya.

Page 25: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

25

RUJUKAN

Abdul Aziz Bari (2001). Perlembagaan Malaysia : Asas-asas dan Masalah. Kuala Lumpur :

DBP.

Abdul Aziz Bari (2002). Majlis Raja-raja : Kedudukan dan peranan dalam Perlembagaan

Malaysia. Kuala Lumpur : DBP.

Abdul Aziz Bari (2003). Malaysian Constitution: A Critical Introduction. Kuala Lumpur : The

Other Press.

Abdul Aziz Bari (2005). Islam dan Perlembagaan Malaysia. Petaling Jaya : Intel Multimedia &

Publications.

Abdullah Ishak (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

Al-Attas, Syed Muhammad Al-Naquib (1979). Aims and objectives of Islamic education. Jeddah

: Hodder & Stoughton, King Abdul Aziz University.

Azizi Umar & Supyan Hussin (2007). Konflik sekolah agama rakyat dalam dasar pendidikan

kebangsaan : suatu analisis awal. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Isu-isu Pendidikan

Negara Kali Ke-Tiga. Anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi,

Selangor, 13-14 Februari.

Azizi Umar & Supyan Hussin (2008). Peranan Kerajaan Negeri dan Pusat Ke Atas Sekolah

Agama Rakyat : Satu Kajian Masalah Pengurusan Bersama Terhadap Pemilkan Kuasa.

dalam Jurnal Pengurusan Pendidikan Institut Aminuddin Baki. Bil. 15 Edisi Internet

Dangiran Mustapha (2008). Program Pendaftaran Sekolah Agama Sebagai Sekolah Agama

Bantuan Kerajaan : Satu Sorotan. Kertas kerja Seminar Pemantapan Kurikulum Sekolah

Agama Bantuan Kerajaan Peringkat Kebangsaan bertarikh 3 -5 Disember 2008 di Port

Dickson, Negeri Sembilan.

Federation of Malaya (1956). Report of the comettee to consider financial aids to non –

government islamic religious schools

Jawatankuasa Penyemak Pelajaran (1960). Laporan mengenai perlaksanaan dasar pelajaran

terhadap pelajaran agama Islam mengikut syor-syor penyata Razak 1956

K C Wheare (1980). Kerajaan Persekutuan. Kuala Lumpur : DBP

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1996). Buku laporan kajian status SMAR

Page 26: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

26

Lembaga Penyelidikan Undang-undang (2007). Perlembagaan Persekutuan (pindaan sehingga

2007), Kuala Lumpur : Internasional Law Book Services.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Ramlah Yong & Zul Azli Ismail (2008). Penyelarasan

Kurikulum SMAN dan SMAR : Perancangan, Pelaksanaan dan Perundangan. Kertas kerja

Seminar Pemantapan Kurikulum Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Peringkat Kebangsaan

bertarikh 3 -5 Disember 2008 di Port Dickson, Negeri Sembilan

Malaysia (2005). Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) & Peraturan-peraturan terpilih.

International Law Book Services.

Mohammad Agus Yusoff (2006). Malaysia Federation : conflict or consensus. Bangi : UKM.

Mohd. Ismail Othman (2003). Undang-undang untuk Pengetua dan Guru Besar. Bentong : PTS

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Nabir Haji Abdullah (1976). Maahad Il Ihya Assyariff Gunung Semanggol 1934-1959. Kuala

Lumpur : Jabatan Sejarah, UKM.

Robiah Sidin (1994). Pendidikan di Malaysia : Cabaran Untuk Masa Hadapan. Kuala Lumpur :

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

S.S. Hussain & S.A. Ashraf (1980). Crisis in muslim education. Jeddah : Hodder & Stoughton,

King Abdul Aziz University.

Shaikh Mohd Noor Alam Hussain (1984). Federalisme di Malaysia. Kuala Lumpur : DBP

Tie Fatt Hee (2002). Undang-undang pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

Tuan Mohamed Suffian (1990). Pengenalan sistem undang-undang Malaysia. Kuala Lumpur :

DBP.

Temubual

Abrar Idris. (Penolong Pengarah JAPIM, Kem. Pelajaran). Putrajaya 16 Mei 2006.

Dziauddin Abdul Rahman. (bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam,

JAKIM ). 2 Julai 2006.

Mohd Amar Abdullah. (Exco Pendidikan Kerajaan Kelantan). Kota Bharu. 29 April 2007

Mohd Nor Yasin (bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang ditempatkan di Bahagian

Pendidikan Islam, JAKIM). 9 Mac 2007.

Page 27: Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah … fileInternational Conference on Research in Islamic Law 1 Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian

International Conference on Research in Islamic Law

27

Muhamad Ya. (Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah, Yayasan Islam Kelantan).

Kota Bharu. 7 Mei 2009.

Salehuddin Kayat. (Mantan Timbalan Pengarah Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor).

Bangi. 20 Mac 2007.

Yahya Othman. (Mantan Exco Pendidikan Kerajaan Kelantan). Machang 1 Mei.2007.